Rabu, 9 Mac 2011

Benarkah Mahathir Hanya ikut Telunjuk Orang Lain?


KOMENTAR : Adakah keterlaluan jika dirumuskan Tun Mahathir Mohamad tidak mempunyai banyak kuasa selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri? Kesimpulan ini mungkin boleh dibuat berasaskan  nilai “pengakuan” beliau sendiri dalam buku kisah hidupnya, “Doctor in the house”.

Atau, adakah Mahathir sekadar berbohong untuk menutup pekung di dada dan menghalalkan segala penyelewengan kuasa, pemborosan dan rasuah dan kronisme yang mewarnai pemerintahan beliau? 

Bersandarkan buku “A doctor  in the house”  dan pengakuan Mahathir sendiri, mantan perdana menteri itu mahu awam percaya bahawa bukan keputusan beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988.

Malah beliau juga tidak bertanggungjawab ke atas penangkapan lebih seratus orang aktivis masyarakat dan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Operasi Lalang pada tahun 1987.

Dalam buku nukilannya sendiri, Mahathir meletakkan beban pemecatan Salleh Abas kepada mantan Sultan Johor Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar.

Almarhum yang mangkat tahun lalu, kononnya mendesak Mahathir selaku Perdana Menteri ketika  itu untuk memecat Salleh.

Selain itu Mahathir, mengikut pengakuannya sendiri, terpaksa akur desakan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar untuk melancarkan Ops Lalang.

Mungkin perlu ditambah kepada pendedahan Mahathir itu adalah  tema yang sering dikitar oleh beliau, bahawa  Anwar Ibrahim kononnya “menggadaikan” negara apabila  berurusan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF.

Mahathir mahu rakyat mempercayai bahawa walaupun menjadi  Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri atau dalam erti kata lain, orang paling berkuasa di Malaysia,  beliau  tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menegur Anwar mengenai tugas-tugasnya.

Mahathir juga mahu kita mempercayai bahawa beliau TIDAK  sama sekali mengarahkan Petronas menggunakan hasil minyaknya untuk membeli kapal-kapal tangki  bernilai lebih RM1bilion untuk menyelamatkan  anaknya Mirzan ketika kemelesetan ekonomi 1997.

Begitu juga dengan keputusan Petronas untuk membiayai projek-projek seperti pembinaan Putrajaya, Lapangan Terbang KLIA dan sebagainya.   Kesemua pelaburan berjumlah lebih RM100 bilion ringgit itu itu adalah berasaskan keputusan dibuat oleh pengurusan Petronas sendiri dan bukan atas kehendak Mahathir.

Jadi rakyat tidak boleh dipersalahkan jika merumuskan Mahathir adalah seorang Perdana Menteri yang mengaku dirinya sebagai tidak mempunyai kuasa dan hanya mentadbir di bawah telunjuk pihak lain.

Semalam,  ketika melancarkan buku nukilannya itu, Mahathir berkata beliau mengambil masa lapan tahun menulisnya dan menunggu masa sesuai sebelum melancarkan buku itu.

Amat mendukacitakan Almarhum Sultan Mahmud sudah mangkat dan tidak dapat membela diri terhadap tuduhan Mahathir bersabit pemecatan Salleh Abas.  Pemecatan beliau bersama lima hakim kanan yang lain masih menjadi detik hitam dalam sejarah perundangan negara.

Mahathir mengelak daripada memikul  tanggungjawab mencalar dan menghakis kewibawaan sistem kehakiman negara tetapi sebaliknya menyalahkan seorang Sultan yang sudah mangkat.

Dalam kes Anwar, Mahathir mengelak untuk memberi keterangan di  Mahkamah, tetapi ibarat seorang pengecut, beliau melontarkan fitnah dan tuduhan dan berlindung di bawah payung Umno yang melihat Anwar sebagai musuh politik utamanya.

Mungkin kini sudah sampai masanya  pihak Istana  menegur Mahathir kerana sifat celuparnya mengheret  keluarga diraja Johor semata-mata untuk menghalalkan tindakannya memecat Salleh Abas demi menyelamatkan diri beliau dan Umno pada tahun 1988.

Dan, mungkin sampai masa Mahathir sedar bahawa lebih banyak beliau bercakap, lebih terserlah pembohongannya.

Reseptif Kepada Kritikan, Mantapkan Strategi Pakatan Rakyat

Oleh Muhd Faris Mohd Zaini

Berlalunya PRK Kerdau dan Merlimau, sudah 3 PRK terus-menerus PAS gagal untuk memenanginya. Tidak bermakna PAS gagal kerana jumlah undi PAS turut meningkat dalam 2 PRK tersebut, cuma gagal untuk menang, jadi ianya masih tetap dianggap gagal oleh pejuang kebenaran yang perlu menawan untuk menegakkan Islam.

Jika kita lihat keputusan dan mengkaji pula kaedah dan strategi yang digunakan oleh PAS, jelas UMNO tidak segagah yang disangka (mengharapkan jentera dan agensi kerajaan malah duit rakyat berjuta-juta yang disalahguna untuk peruntukan 'mee segera' di sana) tapi kelemahan strategi PAS yang kelihatan.

Sudah sampai masanya PAS Pusat merombak semula jentera pilihan rayanya dan melantik 'team baru' menggantikan team yang ada. Team yang ada merupakan team yang sudah hilang taringnya dan daya saing malah gagal menghadapi cabaran-cabaran di zaman dunia teknologi dan pantas ini. Buktinya, jentera PAS belum ada team perang saraf yang berstrategik malah juga dikatakan 'dingin' dengan bloggers-bloggers Pro Pakatan Rakyat akhir-akhir ini. Ini sangat merugikan pihak kita sebenarnya.
Sedangkan pihak BN yang diakui mempunyai sumber kewangan yang lebih kukuh telah mempunyai team-team perang saraf yang mereka sendiri memberi upah yang agak lumayan. Pendekatan berbaik-baik dengan bloggers-bloggers Pro Barisan Nasional pula umpama suatu kelebihan buat mereka. Perang media alternatif lebih dikuasai pihak BN buat masa sekarang, berbanding ketika mana tsunami politik melanda rakyat pada tahun 2008 yang lalu.
Team pilihan raya kita pula masih berada di kalangan orang lama yang agak terhad dengan idea-idea baru, dengan sasaran pengundi baru pula yang mahukan pembaharuan dalam usaha untuk memikat hati mereka. Jentera dari pelbagai peringkat perlu di'tamrin'kan dengan kursus-kursus dan strategi menghadapi pilihan raya, terutama berkaitan perang saraf dan gerak kerja yang berkesan untuk menawan hati rakyat.
Petikan-petikan analisis yang saya 'kepilkan' dalam blog saya ini, buat tatapan dan muhasabah untuk pembaca sekalian. Bukan untuk memburukkan mana-mana pihak, namun untuk membuka minda kita, dalam proses penambahbaikan dan menjadikannya sebagai suatu kritikan membina bagi pihak yang memperjuangkan kepentingan rakyat.
Sebagai contoh di Kerdau, Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Pengarah Pilihan Raya hendak membuat laporan polis oleh kerana organisasi pilihan rayanya dibolosi oleh 'mata-mata' dari UMNO. Sebenarnya intip-mengintip ni adalah aktiviti biasa dalam strategi perang dan gerak saraf, namun perkara berkenaan pun belum dapat ditangani dengan sebaiknya oleh pihak kita.
Jika pejabat pilihan raya PAS boleh dibolosi oleh musuh bermakna sistem keselamatan bilik pilihan raya PAS tidak cekap dan tidak sistematik. Tidak cukup ampuh untuk menangkis susupan susuk tubuh dari pihak musuh. Inilah contoh betapa kurang strategiknya jentera pilihan raya PAS dalam menghadapi pilihan raya seumpama ini.
Sekiranya PAS Pusat tidak mengatasi masalah ini, berkemungkinan besar dalam PRU ke13 akan datang, PAS akan kehilangan banyak kerusi kelak. Jangankan menambah kerusi, kerusi yang ada dalam genggaman pun kemungkinan akan terlepas ke tangan pihak lawan.
Kita melihat kerusi yang majoriti Melayu pun bukan boleh dijadikan taruhan atau kawasan target untuk dimenangi, maka ia menjadi satu amaran bermakna buat pihak PR. Pimpinan PR perlu sedar segera dari lamunan ini, sebelum ianya menjadi barah dan rakyat melihat pimpinan PR tidak mahu berubah, maka rakyat yang akan berubah angin dari meneruskan tsunami PRU 2008 yang lalu.
Saya melihat, tidaklah sampai perlu menukar Presiden PAS dan pucuk pimpinannya dalam masa terdekat seperti mana cadangan 'Tulang Besi' seorang blogger PR di alam maya, namun cukuplah dahulu merombak dan 'review' semula jentera pilihan raya PAS itu sendiri. Mungkin juga 'review' jawatan-jawatan penting yang dirasakan perlu bagi menerajui cita-cita PR ke Putrajaya. Kemudian buat kerja rumah tentang strategi pilihan raya secara efektif. Perkasakan jentera penerangan hingga ke akar umbi. Ianya sangat-sangat penting untuk mendepani pihak BN yang semakin menghargai bloggers-bloggers dan suara anak muda kini.
Kita perlu mendengar luahan dan rasa orang bawahan dan jangan melihat dari atas semata-mata, kerana sikap tersebut akan memakan diri sendiri. Suara ahli dari akar umbi penting bagi mengetahui realiti yang berlaku di peringkat akar umbi parti. Perpecahan dalam PKR pun dilihat berlaku dek kerana egonya pucuk pimpinan yang mengabaikan suara ahli bawahan. Kritikan membina ahli hanya dilihat sebagai melukut di tepi gantang.
Imej PKR misalnya sudah tercemar di kalangan sebahagian rakyat, jadi elakkan PR membincangkan isu-isu yang boleh memecahkan Pakatan Rakyat menggunakan media. Bincang secara dalaman berkaitan isu-isu sensitif. PAS perlu meraih semula undi Melayu yang semakin 'lari' kepada UMNO, PKR perlu membersihkan imej mereka sedikit demi sedikit dengan menaikkan imej PR di Selangor misalnya.
Kenyataan Timbalan Pres. PKR, Azmin Ali untuk perebutan kerusi di Sarawak, sangat merugikan PR. SNAP perlu didekati untuk menguatkan Pakatan Rakyat untuk mengalahkan BN di Sarawak. SNAP lebih lama dari PKR sendiri di sana. Mantapkan PKR sendiri dahulu sebelum menunjukkan gaya angkuh seperti itu. DAP dan SNAP lebih kuat dari PKR di Sarawak. Bincang terlebih dahulu, sebelum keluarkan kenyataan tidak cerdik di media, yang pasti akan dimanipulasikan berhari-hari oleh media BN.
Sekarang ini, paling utama juga, isu-isu berkaitan anak muda dan kepentingan rakyat perlu diperhebatkan oleh PR, gunakan isu yang BN dilihat membebankan rakyat dan menyalahgunakan duit rakyat seperti saman ekor, saman trafik, pelaksanaan GST, kenaikan harga barang dan minyak petrol, kutipan tol, penyelewengan PKFZ dan sebagainya.
Bukti Buku Jingga boleh dilaksanakan secara berperingkat perlu dimaksimumkan PAS, DAP dan PKR di negeri-negeri PR seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Semua parti PR perlu berganding bahu memperkukuhkan kepercayaan rakyat di negeri-negeri PR sebelum meraih kepercayaan rakyat Malaysia umumnya untuk menawan hati rakyat dalam PRU 13 nanti.
Antara perkara yang paling penting juga, PR perlu mengabaikan provokasi isu oleh pihak BN untuk melambatkan gerak kerja PR sendiri. Banyak isu sengaja ditimbulkan BN untuk merencatkan gerak kerja dan fokus isu PR sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah dalam menangani gerak kerja perang saraf dari pihak lawan.
Selain itu,saya amat bersetuju BERSIH 2 perlu dilancarkan segera untuk memastikan sistem pilihan raya yang ada bukan menjadi padang yang tidak rata sebagai medan demokrasi di negara kita. Cukuplah segala agensi kerajaan menjadi kuda tunggangan pihak mereka, jangan pula kuasa rakyat untuk menuntut keadilan SPR diabaikan. Jika tidak, tiada guna menggunakan pilihan raya kecuali menggunakan medan jalan raya seperti mana di Tunisia dan Mesir. Fikir-fikirkanlah.

BUKTI: Mahathir Penjilat Lendir dan Agen Zionist Di Malaysia

Oleh: setisab

"Anwar ditangkap, didera dan dikhianati olih Mahathir serta jerangkong aparat kepimpinan Umno harami sekitar 1998. Pada 1999, seorang India yang menyamar Melayu yang dulunya mengikut bapanya berhijrah ke Tanah Melayu kemudiannya diusung dan dijunjung oleh Melayu Umno menjadi Perdana Menteri telah meminta bantu Israel / Yahudi / Zionist laknatullah untuk menekan dan mengkhianati agama Islam di negara kita, Malaysia... !!

Persekongkolan Mahathir, Umno dan Zionist ini adalah konspirasi pengkhianatan yang teramat bahaya terhadap bukan sahaja negara dan bangsa tetapi lebih utama adalah terhadap Agama Islam. Setiap tindakan yang menjurus kepada menyokong Mahathir dan parti dokongannya, UMNO jelas membawa maksud Pengkhianatan terhadap Agama, Bangsa dan Negara... !!!

Penyeludupan Zionis Ke Malaysia Kerja Mahathir"

DAP: PAS, jangan tak sedar diri...!!!

Untuk puluhan tahun yang lalu, adalah menjadi sikap kaum Cina di negara kita untuk menjauhkan diri daripada PAS.  Selain hujah sekelompok pemimpin PAS yang ekstrem dan tidak direstui, hujah perkauman MCA yang berbaur ugutan turut menjadi punca terpupuknya sikap sedemikian.
Selepas "tsunami politik", DAP, PKR dan PAS telah mengambil-alih kuasa lima kerajaan negeri, malah menafikan majoriti dua pertiga BN dalam Dewan Rakyat.  Perubahan ini membuka lembaran baru dalam senario politik Malaysia, malah pembentukan Pakatan Rakyat telah membuka tirai sistem dua parti.  Pada masa yang sama, komuniti Cina telah berpeluang untuk mendampingi PAS secara dekat, yang selama ini dilabel secara negatif oleh MCA.
Ketika PR memerintah di Perak, Menteri Besar dari PAS, Nizar Jamaluddin telah disanjungi bukan muslim kerana sikapnya yang terbuka dalam pentadbirannya.  Hujah dan tingkahlaku beliau telah menghakis "sikap berwaspada" komuniti Cina terhadap PAS.  Walaupun kerajaan negeri Perak akhirnya dirampas BN dengan cara yang tidak bermoral, namun Nizar Jamaluddin tetap disanjungi, jauh dalam hati komuniti Cina.  Ini menjelaskan bahawa komuniti Cina mulai menerima PAS sebagai sebahagian daripada PR, dan ketakutan terhadap PAS telah berkurang jikalau dibandingkan dahulu.
Pada ketika komuniti Cina mula cuba untuk menerima PAS, sekelompok oportunis yang ekstrem dalam PAS pula cuba untuk memikat komuniti Melayu dengan hujah agama yang ekstrem, agar reputasi mereka ditingkatkan dalam masyarakat Melayu.  Tingkahlaku kumpulan ini termasuklah Dewan Pemuda PAS yang melarang muslim untuk menyambut Hari Kekasih, malah Majlis Perbandaran Kota Bharu merampas tiket perjudian yang dijual di kedai buku yang diusahakan bukan muslim, ketika PRK Merlimau dan Kerdau.
Lebih-lebih lagi, Ketua Dewan Pemuda, Nasrudin Tantawi menyeru agar negeri PR yang lain turut mencontohi apa yang dilakukan di Kelantan, dan mengharamkan perjualan tiket perjudian di semua negeri PR.  Walaupun Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub cuba meredakan keadaan, dengan mendakwa bahawa kenyataan tersebut hanya pandangan peribadi, namun ia tidak membantu untuk menyelesaikan masalah.  Hujah dan tingkahlaku Dewan Pemuda PAS dan Majlis Perbandaran Kota Bharu yang ektrem telah menyinggung perasaan pengundi Cina, sehingga menguburkan harapan tipis untuk menang dalam kedua-dua PRK.  Hujah dan kelakuan yang ekstrem ini telah menyebabkan kekalahan teruk PAS dalam kedua-dua PRK ini.
Walaupun punca kekalahan dalam kedua-dua PRK ini adalah jelas, namun sesetengah pemimpin PAS masih tidak sedar diri, cuba elak dari realiti dan enggan memikul tanggungjawab.  Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim secara terbuka menafikan isu pengharaman sambutan Hari Kekasih dan pengharaman tiket perjudian sebagai punca kekalahan PRK, malah menekankan bahawa kerajaan Kelantan akan mengharamkan penjualan tiket perjudian sepenuhnya selepas April.
Semoga pimpinan atasan PAS meneliti pengajaran PRK ini, dan jangan lagi menyinggung perasaan bukan muslim, agar tidak ditolak dalam PRU akan datang.  Pada masa yang sama, PAS diharapkan supaya tidak lagi mengeheret diri dan orang lain dengan kesilapannya, sehingga tergendala rancangan menawan Putrajaya.  Jikalau PAS masih berdegil untuk teruskan dengan dasar Islamnya, maka ia adalah keputusan PAS sendiri, dan diharapkan rakyat tidak menyalahkan PR secara keseluruhan.  DAP masih tegas pendiriannya dalam isu Negara Islam, iaitu berpegang kepada Malaysia sebagai negara demokrasi sekular.  Jangan harap Negara Islam terlaksana di Malaysia selagi DAP wujud.

*Kenyataan media oleh Frankie Wong (gambar kiri) selaku pegawai khas Naib Pengerusi DAP, M.Kula. Diterjemah daripada kenyataan medianya dalam bahasa Cina.

P/raya Sarawak penentu nasib Pakatan Rakyat?

Seandainya 9 Mac 2008 menandakan permulaan era baru politik Malaysia, dan menjadi pembuka tirai zaman "tsunami politik"; maka hari ini adalah hari terakhir selepas genap tiga tahun "tsunami" berlaku.  Apa yang berlaku menjelang ulang tahun ketiga ini adalah kekalahan teruk Pakatan Rakyat dalam dua pilihan raya kecil, malah UMNO mencapai prestasi yang lebih baik daripada PRU tahun 2004 di Kerdau.
Sebaik sahaja PRK melabuh tirai, DAP terus membantah pengharaman penjualan tiket perjudian oleh kerajaan PAS di Kelantan, mendedahkan kontradiksi dalaman PR.  Justeru itu, apakah ia penghujung "zaman tsunami" mulai esok, atau apakah pergolakan yang berlaku sepanjang tiga tahun ini sekadar riak air yang bakal kembali tenang tanpa meninggalkan kesan?
Sejauh manakah impak tsunami politik 8 Mac 2008 terhadap perkembangan sejarah kita?  Apakah PR bakal kembali kepada bentuk asalnya selepas PRU yang akan datang?  Kita perlu membuat penilaian dalam konteks sejarah yang lebih luas, dan bukannya tertumpu kepada apa yang berada di depan mata sahaja - barulah jawapan yang lebih jelas diperolehi.  Samuel P. Huntington mengibaratkan "pendemokrasian" sebagai ombak, kerana ada pasang dan surutnya fikrah demokrasi.  Ia bukan sahaja berlaku di luar dunia, malah Malaysia juga tidak terkecuali.
Sistem dua parti
Pada awal pembentukan Tanah Malaya (Malaysia), Barisan Sosialis (SF) dan Malaysian Solidarity Covention (MSC) yang didominasi PAP pernah cuba untuk membentuk pakatan yang melangkaui batas etnik untuk menentang Perikatan (yang didominasi UMNO).  Namun, SF hanya wujud untuk dua penggal, berpecah kerana isu bahasa; sementara MSC pula wujud hanya sekelip mata, menghembus nafas terakhirnya selepas Singapura diusir dari Persekutuan Malaysia.
Perubahan yang menggoyah kuasa UMNO hanya berlaku selepas tragedi 13 Mei 1969, zaman Dasar Ekonomi Baru yang mencapai kemuncaknya hingga mencetus pergelutan kuasa antara pimpinan tertinggi dalam UMNO.
Peluang pertama untuk pertukaran kerajaan wujud pada tahun 1990.  Tengku Razaleigh Hamzah (Kuli) diusir oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad dari UMNO.  Kuli cuba memimpin dua barisan pembangkang melalui Semangat 46.  Salah satu daripadanya adalah Gagasan Rakyat yang dibentuk bersama DAP; dan satu lagi adalah Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang ditunjangi PAS.  Ini kerana DAP dan PAS pantang duduk sebumbung ketika itu.  Gagasan Rakyat akhirnya terbubar sebelum PRU tahun 1995, malah APU dibubuh noktah setelah Kuli kembali ke pangkuan UMNO, setahun selepas PRU tahun 1995.
Namun, hanya selepas dua tahun, pergelutan kuasa tercetus lagi dalam UMNO.  Kali ini, gelombang Reformasi muncul, dan Parti KeADILan Nasional (kini PKR) mengisi kekosongan Semangat 46.  Berbeza dengan dahulu, KeADILan tidak bersaing dengan UMNO untuk menjuarai wacana nasionalis Melayu, sebaliknya mendukung politik berbilang kaum.  DAP dan PAS pula bersepakat secara terbuka, dan akhirnya terbentuklah Barisan Alternatif.  Namun demikian, dua tahun kemudian, BA terkubur dalam sejarah selepas DAP meninggalkan PAS kerana tidak berpuas hati dengan dasar Islamnya - tinggal sesetengah anggota PAS yang ada kalanya ditemui menyarung jersi yang mempunyai logo empat parti politik itu.
Dari makna teknikalnya, PR ditubuhkan pada 1 April 2008, merupakan jalinan pakatan antara PKR, DAP dan PAS selepas pilihan raya umum.  Dari makna sebenarnya, PR adalah versi "BA" yang diperbaharui.  Momentumnya berasal daripada gelombang Reformasi - menentang pemerintahan Mahathir yang autokratik; tetapi pada masa yang sama memberi manfaat kepada sekta kuasa Mahathir dalam UMNO yang lama, dan ingin menyekat pembaharuan beransur-ansur oleh Abdullah Ahmad Badawi.
Seandainya dilihat dalam konteks sejarah, wujud tiga kemungkinan untuk Pakatan Rakyat dalam PRU yang akan datang.  Pertama, seperti kejayaannya menafikan majoriti dua pertiga parlimen BN, PR menyempurnakan tugas yang gagal dicapai oleh Gagasan Rakyat, APU pada tahun 1990, juga BA pada tahun 1999, iaitu berjaya untuk menukar kerajaan.  Kedua, PR berpijak di tempat asal, mengekalkan kira-kira satu pertiga kerusi Dewan Rakyat, dan kuasa kerajaan di beberapa negeri.  Ketiga, PR kehilangan pengkalannya, dengan masa depan yang malap, malah mencetuskan kontradiksi dalaman dan antara parti, mengulangi nasib tiga pakatan pembangkang sebelum ini.
Jatuh bangun dalam 16 PRK
Selepas keputusan PRK Merlimau dan Kerdau, rata-rata menganggap BN telah kembali berkuasa di gelanggang yang pernah mereka tumpas sebelum ini.  Jadi, ia sememangnya memberangsangkan semangat BN untuk berdepan dengan PRU yang akan datang, dan PR mungkin gagal menangkis kemaraan tersebut.  Pada hakikatnya, pilihan raya kecil adalah pilihan raya pertengahan yang mencerminkan perubahan suara rakyat.  Namun demikian, disebabkan ia bukan berlangsung serentak di seluruh negara, maka ia turut memperlihatkan unsur tempatannya. 
Seandainya PRK ini berlangsung di kawasan MCA atau Gerakan, hampir pasti BN akan kecundang.  Untuk memahami perubahan hasrat rakyat melalui PRK dengan lebih sempurna, kita perlu mengkaji keputusan pilihan raya yang lalu di kawasan tersebut.  Selain Sarawak, kawasan DUN dan parlimen di seluruh negara tidak disempadankan semula sejak tahun 2003.  Jadi kita boleh bandingkan keputusan PRK PR dengan keputusan PRU tahun 2004 (kemuncak BN), dan PRU tahun 2008 (kemuncak pembangkang, sewaktu "tsnami politik").
Dari rajah di atas, kekencangan PR menyusuli tsunami telah menjadi lemah ketika PRK Penanti pada 31 Mei 2009.  Walaupun mungkin menggerunkan BN sebelum ini, sehingga tidak mengambil bahagian dalam PRK buat kali pertamanya.  Namun, PR telah kembali ke paras asalnya semasa PRK Manek Urai, dengan kemenangan yang tipis.
Permatang Pasir adalah kawasan kuat PAS di Pulau Pinang, malah berada dalam lingkungan kawasan parlimen Anwar Ibrahim, maka prestasi tahun 2008 dikekalkan.  PRK selepas ini, melainkan keajaiban yang muncul di Sibu, PR sebenarnya berlegar antara dua kemuncak, iaitu prestasi PRU pada tahun 2004 dan 2008.  Sesungguhnya kegagalan PR di Kerdau dan Merlimau menunjukkan kelemahan PR di kawasan desa, tetapi ia tidak cukup untuk menggambarkan keadaan seluruh negara.
Seandainya ada lagi PRK sebelum genap tiga tahun Dewan Rakyat bersidang, malah kebetulan di kawasan Cina, maka PR mungkin dapat mengembalikan semangatnya, sebagaimana dalam PRK Sibu.  Sememangnya PRK sukar diduga, tetapi sudah pasti pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat.  Jadi, pilihan raya Sarawak bakal menjadi peluang terakhir PR untuk menaikkan semangatnya.
Sarawak penentu kemenangan dan kekalahan?
Dalam pilihan raya negeri Sarawak yang lalu, pembangkang memenangi 9 kerusi daripada 71 kerusi, prestasi pembangkang yang terbaik sejak tahun 1987.  SUPP menjadi MCA di Sarawak, dan menjadi pentanda pertama tsunami politik pada tahun 2008.
Kini, pemerintahan Taib Mahmud (gambar kanan) yang telah memunggah kekayaan dari bumi kenyalang untuk 30 tahun dibandingkan dengan Mubarak di Mesir.  Isu tanah adat bumiputera mungkin menjadi arus yang menderas di bawah untuk menumbangkan BN, dari kalangan kaum asal.  Meskipun jentera pembangkang agak lemah, namun masih berkemungkinan menembusi beberapa kawasan.
Di kawasan bandar pula, angin yang kencang bertiup di kawasan majoriti Cina.  SUPP mungkin tenggelam di selatan Sarawak (sekitar Kuching), dan pertarungan sengit di kawasan pertengahan Sarawak (sekitar Sibu) - mungkin mengulangi keputusan PRK Sibu.  SUPP hanya mungkin menang di bahagian utara Sarawak (sekitar Miri).
Dalam keadaan sedemikian, DAP dijangka merangkul 10-14 kerusi, dan PKR mungkin berjaya merampas kira-kira 10 kerusi.  Seandainya PR bekerjasama untuk merampas sekurang-kurangnya 20 kerusi, biarpun mungkin belum cukup untuk menafikan dua pertiga, namun tetap menggemparkan.
Maka Taib Mahmud semestinya berdepan dengan tekanan untuk berundur, dan tercetusnya pergelutan kuasa yang baru.  Paling penting, seandainya kuasa kerajaan negeri BN di Sarawak tergugat, maka ia bukan lagi "deposit tetap" untuk BN dalam PRU akan datang.  Semangat PR akan teruja, dan tekanan itu beralih kepada BN.  Justeru itu, biarpun BN kekal berkuasa, namun PR masih mampu mengekalkan kerusinya yang hampir satu pertiga dalam Dewan Rakyat.
Namun demikian, seandainya PR kecundang dalam suasana sebegini, dan hanya memperolehi kira-kira tiga hingga lima kerusi DUN Sarawak?  Bukan sahaja PR Sarawak akan menemui ajal, malah Najib Razak mungkin mengambil kesempatan untuk mengadakan PRU.  Jika itu berlaku, maka PR di peringkat persekutuan mungkin mengulangi nasib BA, hilang dari pentas politik selepas PRU - dan pertukaran kerajaan mungkin ditunda lapan atau 10 tahun kemudian.
Mengapa dikatakan Sarawak bakal menjadi penentu kemenangan atau kekalahan PR?  Ini kerana seandainya harapan untuk menawan Putrajaya berkecai, maka ketiga-tiga parti politik akan kembali kepada asasnya, lantas mencungkil kontradiksi antara tiga parti.  Apakah pengharaman perjudian oleh PAS adalah reaksi spontan terhadap kekalahan PRK yang berturut-turut?  Jikalau BN kekal kukuh di Malaysia Timur, PAS yang hilang harapan untuk menawan Putrajaya akan menekankan dasar islamnya - untuk selamatkan dirinya.  Adakah DAP akan kompromi dengan keadaan itu?  Jadi, apakah manifesto yang ingin diketengahkan PR ketika itu?  Apakah mungkin PR tidak kalah?
Apakah PR Sarawak jelas dengan kepentingan dirinya?  Seolah-olah tidak.  Dalam saat-saat DUN Sarawak akan dibubar bila-bila sahaja, DAP dan PKR masih tegang kerana Dominique Ng - rundingan pengagihan kerusi yang belum diselesaikan.  Sementara itu, PKR juga bermasalah dengan SNAP.  Malah, rundingan manifesto bersama pun belum bermula!  Seandainya mereka terus melengah-lengahkannya, maka terpaksalah kita bersedia untuk menunggu 8 atau 10 tahun lagi, untuk pertukaran kerajaan persekutuan!
*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis

Umno Selangor sedia hadapi pilihanraya umum

Berdasarkan keputusan pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau, pengundi memberi sokongan kepada calon BN.

PETALING JAYA:  Umno Selangor telah bersedia menghadapi pilihanraya umum, kata Ketua Penerangan, Syukor Idrus hari ini.
“Jentera kita telah bersiap sedia, cuma tunggu dewan dibubarkan. Umno berada dalam keadaan merampas terbaik untuk merampas semula Selangor.
“Dan kita yakin akan menang ke atas Pakatan Rakyat kali ini,” katanya.
Katanya, berdasarkan keputusan pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau, pengundi memberi sokongan kepada calon BN.
Selangor ditawan Pakatan Rakyat selepas gabungan parti pembangkang itu menang kali pertama dalam pilihanraya umum 2008.
Syukor berkata, sejak Selangor diperintah Pakatan Rakyat  pelbagai masalah berlaku kepada rakyat negeri itu.
Katanya, Kumpulan Darul Ehsan terpaksa meminjam wang kerajaan negeri berjumlah RM13 juta setahun untuk memberi subsidi air.
Manakala wang kerajaan negeri pula digunakan untuk membiayai kegiatan parti politik Pakatan Rakyat.
“Banyak projek yang dijanjikan dalam kempen pilihan raya ujmum lalu tidak dillaksanakan.
“Buku Jingga hanya gimik sahaja, nama Selangor tidak ada dalam buku tersebut,” katanya.

SPAD Dikhuatiri Hanya Retorik Semata


KUALA LUMPUR 9 MAC: Maklumbalas awam yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dikhuatiri hanya dilaksanakan semata-mata utuk mengaburi mata rakyat bahawa satu tinjauan menyeluruh telahpun dijalankan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam satu sidang media di Parlimen hari ini berkata, selain slogan retorik oleh SPAD bahawa Aliran Transit Massa (MRT) dapat menaik taraf sistem pengangkutan di Lembah Klang dan kononnya dapat membantu peningkatan ekonomi, agensi kerajaan tersebut gagal memperincikan satu pelan tindakan menyeluruh bagi projek MRT.

"Walaupun proses mendapatkan maklumbalas sedang berjalan, makumat berkenaan laluan, rekaan stesen, maklumat trafik serta pelan integrasi antara terminal pengangkutan baru dan lama langsung tiada. Lebih buruk lagi, keputusan berkenaan projek MRT dibuat tanpa mengambil mengira maklumbalas awam kerana tender
bagi projek berkenaan akan dibuka bulan depan," tegas beliau.

Kata beliau, ini bermaksud SPAD langsung tidak menghiraukan hasil maklumbalas tersebut kerana dokumen tender serta segala proses berkaitan dengan pembukaan  tender telahpun dilaksanakan agar tender dapat dibuka bulan depan.

Dalam pada itu, Tony Pua memberitahu bahawa firma  McKinsey & Co iaitu firma yang sama dilantik oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), telah dilantik oleh SPAD bagi melaksanakan kajian pengurusan nilai (VMS) projek MRT.
Katanya lagi, Mckinsey mungkin mengambil sikap berat sebelah sekiranya kajian VMS yang dijalankan tidak menyebelahi dalam meneruskan perlaksanaan projek  tersebut.

"Walaupun tiada percanggahan perundangan secara langsung tetapi persoalannya ialah samada McKinsey akan menjalankan analisis yang adil berkenaan kos sistem MRT, sedangkan mereka juga adalah sebahagian daripada Pemandu?" tanya beliau.

Tony Pua berkata, laporan oleh McKinsey serta mana-mana laporan awam yang dibuat di masa hadapan perlu didedahkan kepada umum serta menegaskan tiada isu keselamatan negara berbangkit sekiranya laporan-laporan tersebut didedahkan.

"Maka, laporan penuh Mckenzie juga perlu ditunjukan kepada umum agar kita boleh memutuskan samada projek ini bagus atau tidak, samada kajian tersebut telah dijalankan dengan adil dan telus," kata beliau lagi.

Megat Junid peroleh rakannya projek ‘jambatan bengkok’, kata pengawal peribadi


KUALA LUMPUR, 9 Mac – Bekas menteri pusat Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub telah membantu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memperoleh hak untuk membina jambatan Laluan Antarabangsa Malaysia-Singapura, yang turut dikenali sebagai “jambatan bengkok” 13 tahun lalu.
Pengawal peribadi Allahyarham Megat Junid, Mohamad Mahti Abdul Rahim memberitahu mahkamah hari ini bahawa dia pertama kali mengetahui tentang projek itu apabila bekas menteri berkenaan menyerahkan satu surat daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) kepada Shazryl pada 1998.
“Pada satu hari tahun 1998, Datuk Eskay (gambar) bertemu dengan Tan Sri Megat. Datuk Eskay sangat gembira apabila Tan Sri Megat menyerahkan sepucuk surat daripada EPU kepada Datuk Eskay.
“Hanya selepas itu, saya mengetahui yang Datuk Eskay memperoleh projek membina jambatan Johor-Singapura bagi menggantikan Tambak Johor,” kata Mohamad Mahti di mahkamah hari ini.
Katanya, Megat Junid menganggap Shazryl sebagai “keluarganya” manakala anak lelaki Megat Junid dan isteri Shazryl adalah rakan kongsi perniagaan industri automotif.
“Mereka sangat rapat. Datuk Eskay melawat rumah atau pejabat Tan Sri Megat dua atau tiga kali dalam seminggu,” kata Mohamad Mahti, yang menjadi pengawal peribadi Megat Junid dari 1984 hingga 2000.
Dia memberikan keterangan pada hari pertama kes sivil berkaitan pemerolehan projek membina jambatan itu.
Shazryl memfailkan kesnya pada Januari 2002 dengan mendakwa terdapat pelanggaran kontrak oleh defendan Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana gagal membayarnya RM20 juta selepas mendapatkan projek itu bagi mereka.
Awal hari ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan defendan untuk mengetepikan kes itu atas alasan adanya isu yang perlu didengar.
Mahkamah menetapkan tiga hari untuk mendengar kes itu.
Megat Junid yang meninggal dunia pada Januari 2008 pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri dan kemudian sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Idea pembinaan “jambatan bengkok” digerakkan oleh Dr Mahathir tetapi tidak menjadi kenyataan selepas dibatalkan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Pejabat FLOM Hanya Urus Surat-Menyurat?


KUALA LUMPUR 9 MAC: Kerajaan Umno-BN masih mahu berdolak dalih dengan isu kewujudan pejabat 'First Lady Of Malaysia' (FLOM), kali ini dengan mengatakan tiada pegawai tetap yang bekerja di bawah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebaliknya hanya membantu dalam urusan pentadbiran.

Menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook pagi tadi di Dewan Rakyat berkenaan fungsi pejabat FLOM, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menafikan adanya pegawai tetap, sebaliknya para pegawai tersebut adalah dari pejabat Perdana Menteri yang membantu Rosmah dari masa ke semasa.
" Saya telah katakan tiada kakitangan tetap atau kontrak yang khusus untuk isteri PM sebaliknya pegawai-pegawai daripada pejabat PM dari masa ke semasa telah membantu isteri PM dalam menjalankan tugas-tugas beliau sebagai isteri kepada PM. Oleh demikian, tak timbul elemen kos-kos tambahan untuk menguruskan kakitangan kerana mereka adalah kakitangan PM," kata Nazri.

Nazri seterusnya mengatakan para pegawai tersebut bertujuan membantu Rosmah memudahkan urusan pentadbiran seperti surat-menyurat dan jemputan rasmi, serta ada pegawai yang membantu Rosmah menguruskan penglibatan beliau dalam jemputan-jemputan dari dalam dan luar negara.

Athony Loke kemudiannya menyoal Dewan, bagaimana beberapa nama dan jawatan boleh disiarkan dalam laman sesawang pejabat Perdana Menteri sekiranya benar tiada pegawai tetap ditugaskan untuk FLOM.
"Tadi YB Menteri kata tidak ada pegawai tetap untuk apa yang dikatakan unit FLOM divisyen, tetapi dalam portal PM pernah dipaparkan divisyen khas ini atau yang dikatakan FLOM divisyen.
"Terdapat enam jawatan tetap yang dipaparkan dalam portal rasmi PM, enam pegawai, seorang pegawai khas, Datuk Siti Azizah bt Sheikh Abut, lepas itu ada pembantu peribadi, pembantu pegawai dengan tugas khas, dua jawatan pembantu pegawai dengan tugas khas," soal beliau.

Beliau seterusnya mempersoalkan bagaimana nama-nama berkenaan lengkap dengan nombor telefon pejabat FLOM boleh disiarkan sekiranya benar tiada jawatan tetap untuk pejabat FLOM serta bagaimana pula jawatan-jawatan tersebut boleh disiarkan sekiranya kerajaan tidak memperuntukkan mana-mana pegawai tetap bagi pejabat FLOM.

Kata beliau lagi, sebaik sahaja kebenaran ini didedahkan, laman sesawang tersebut telah dikeluarkan sama sekali seolah-olah seperti percubaan untuk menyembunyikan sesuatu.
Nazri yang cuba mengelak dari terus disoal Anthony Loke berkata, laman sesawang tersebut kini sedang dikemaskini.

P’raya: PAS terus tuntut walau SPR bakul sampah

KUALA LUMPUR, 9 Mac: PAS tidak akan berputus asa untuk meneruskan empat tuntutan mengenai demokrasi pilihan raya yang dibakulsampahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa berkata, bagi meneruskan tuntutan itu, PAS bersama-sama Pakatan Rakyat dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak teragak-agak untuk mengadakan himpunan kali kedua seperti yang berlaku pada 2007.
Ini kerana katanya, pilihan raya umum ke-12 dan siri pilihan raya kecil selepas itu, SPR bersikap berat sebelah iaitu memberi keutamaan kepada BN sahaja.
"Sehari demi sehari hal demokrasi diuji dalam negara kita. SPR tidak memainkan peranannya dan pengalaman yang sudah banyak kita alami dalam siri pilihan raya.
"Tuntutan Bersih pada pilihan raya umum ke-12 masih belum dilaksanakan malah mungkin tidak dikaji langsung oleh SPR dan tuntutan-tuntutan kita dibakulsampahkan.
"Saya tidak menolak sekiranya tuntutan PAS, NGO dan Pakatan Rakyat keseluruhannya terhadap demokrasi tidak dilayan dan diperbetulakn kerajaan, kita akan melancarkan satu lagi himpunan Bersih secara besar-besaran ke Istana Negara sebelum pilihan raya umum ke-13 untuk kita minta suara kita didengar," kata beliau sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Empat tuntutan berkenaan ialah pemansuhan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses kepada media dan pembersihan daftar pemilih.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS itu turut menyentuh mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat yang mendapat kritikan hebat daripada BN.
Katanya, janji 100 hari Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga itu dibuat berdasarkan kajian pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan sebagai baik pulih kepada pengurusan ekonomi negara yang semakin pincang di bawah pentadbiran BN.
"Kami menawarkan Buku Jingga dan ada yang bertanya bagaimana nak laksanakan janji itu. Memanglah setakat ini kita tak boleh laksanakan sebab kita belum duduk sebelah sana (BN).
"Sebab itulah kami berikan tawaran, ada benda yang kita boleh buat dalam tempoh seratus hari. Dalam tempoh seratus hari pun kita boleh menjanjikan sesuatu, apatah lagi kalau kita memerintah.
"Segala yang kami tawarkan itu bukan kita buat sambil-sambil bersila, sambil-sambil bersembang.
"Kami punya satu kumpulan pakar ekonomi, satu kumpulan yang membuat kajian daripada semua sudut dan tawaran ini akan disusuli dengan komitmen untuk mengembalikan kehebatan negara yang mula runtuh di bawah BN," katanya.

Hubungan PAS-DAP: Umno umpama ‘paku dulang paku serpih’, kata Pemuda

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Dewan Pemuda PAS menyifatkan Umno bertindak “macam paku dulang paku serpih” kerana terus mempersoalkan hubungan parti Islam itu dan DAP sedangkan pada masa yang sama menjalin kerjasama dengan parti-parti bukan Melayu.
Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan (gambar) berkata, dalam mempertikaikan hubungan dan kerjasama kedua-dua komponen Pakatan Rakyat itu, Umno juga bertindak sebagai “paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga.”
PAS dengan kerjasama DAP dan PKR menjalin kerjasama menghadapi pilihan raya umum ke-12 sebelum membentuk ikatan bersama Pakatan Rakyat.
Kerjasama itu membawa kepada pentadbiran kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Kelantan, yang dipimpin PAS sejak 1990.
“Begitu juga orang tua-tua pernah bisik pada saya, Umno ini macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda pada saya mengenai Umno ini. Kata mereka, paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga,” kata beliau dalam kenyataannya hari ini.
Sehubungan itu soal beliau, siapa yang sebenarnya menjadi alat dan boneka dalam kerjasama seumpama itu.
“Bukankah Umno menjadi alat dan kuda tunggangan dalam Barisan Nasional?” katanya dengan merujuk kepada beberapa perkembangan sejauh mana Umno bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu khususnya Cina.
Katanya, sekian lama Umno bertanding di kerusi Parlimen Raub, Pahang akhirnya menyerahkan kerusi itu kepada MCA, demikian juga kerusi Parlimen Kuantan yang akhirnya Umno terpaksa gadaikannya kepada MCA.
Selain itu kata beliau, Umno pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding Gerakan di Pulau Pinang semasa dahulu kala, tetapi malang Umno menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti itu.
“Lebih tiga penggal pilihan raya, Umno yang menjadi kerajaan tidak pernah menambah kerusi Melayu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada setiap kali persempadan semula kawasan pilihan raya, sebaliknya menambah kerusi di negeri-negeri lain yang akhirnya mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan Melayu di Parlimen. Bukankah Umno menjadi alat dan boneka kepada pihak lain?” katanya.
Nasrudin berkata kelihatan Umno dan BN ‘all out’ menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang-orang Melayu untuk menanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS.
“Umno dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat Melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan ‘sepanduk’ mereka bahawa  ‘PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan Melayu Umno’.
“Secara sentimennya, sebahagian masyarakat Melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini,” katanya.
Kata Nasrudin, beliau tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini.
Namun katanya, ia bukanlah faktor besar dan sebenar, justeru unjuran undi sokong yang diperoleh oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam, sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihan raya kecil.
Menjawab persoalan kenapa PAS sedia berhubung, berkawan dan bekerjasama dengan DAP, Nasrudin berkata,  beliau mahub seluruh rakyat khasnya umat Islam mengkaji kebijakan Nabi Muhammad s.a.w bertindak melalui seerah perjuangan Baginda demi menyelamatkan ummah sekali gus menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliah.
“Kenapa Umno dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP? Bagaimana pula dengan Umno sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC? Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India?
Atau ada yang lebih Cina dari MCA dan terlebih India dari MIC? Perangai Umno ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah Arab Dia pukul aku dia yang menangis, dia fitnah aku dia yang mengadu.”

Kebimbangan radiasi menular di Gebeng

Pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, menurut laporan akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT).

NONEMenurut beberapa pakar yang dipetik dalam laporan itu, kebimbangan mula timbul berhubung sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek itu beroperasi.

Pusat penapiasan bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp. Mereka akan menghantar tanah jarang yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal.

Ini adalah percubaan kedua Malaysia dalam penapisan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak pada sekitar 1980an.

NONENYT memetik pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan sebagai berkata kelulusan diberikan kepada projek Lynas selepas melalui penilaian oleh pelbagai agensi kerajaan.

Katanya, bijih yang diimport dan sisa tanah itu akan mempunyai tahap radiasi yang rendah dan mampu dikendalikan dengan selamat.

“Kami telah mempunyai pengalaman dan tiada sesiapa yang akan diberikan sebarang kebebasan,” kata Raja Adnan yang merujuk kepada Bukit Merah.

NONENamun bagi seorang pengamal perubatan dan ahli toksilogi, Dr Jayabalan A Thambyappa, yang pernah merawat beberapa pesakit di Bukit Merah, beliau kurang yakin dengan kenyataan itu.

“Perkataan 'rendah' adalah semata-mata persepsi - ia adalah karsinogen,” katanya kepada NYT.

Di sebalik kebimbangan itu, kerajaan Malaysia cukup cenderung agar pusat pemprsosesan Lynas itu dibina dan telah menawarkan taraf perintis selama 12 tahun.

Interlok: DAP kemuka usul tergempar di Parlimen minggu depan

KUALA LUMPUR, 9 Mac – DAP akan memfailkan usul tergempar minggu depan bagi meminta Parlimen membincangkan isu kontroversial novel Interlok sambila menggesa agar kerajaan menarik balik teks itu daripada digunakan sebagai sukatan di sekolah.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago memberitahu partinya juga berhasrat untuk bertemu dengan Menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu tersebut.
“Kami mahu merayu kepada beliau sekali lagi agar menarik balik novel itu daripada sistem sekolah,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
“Buku ini diperkenalkan untuk mewujudkan harmoni dan perpaduan nasional, tetapi sekarang ia pasti akan menyebabkan perpecahan di kalangan pelajar dan guru, dan juga akan mewujudkan persekitaran permusuhan antara guru-guru Melayu dan pelajar India,” katanya lagi.
Kata beliau, pemimpin-pemimpin DAP telah mengadakan satu pertemuan semalam dan bersetuju untuk mengemukakan usul tergempar di Parlimen Isnin ini bagi menggesa kerajaan agar menarik balik novel Interlok.
“Kami mahu isu ini dibincang dan dibahaskan di kalangan ahli Parlimen,” katanya lagi.
Charles juga berkata DAP akan mengadakan program jelajah negara, yang akan dimulakan di Sungai Petani, dalam dua minggu ini untuk menjelaskan sebab novel itu akan menjadi penghalang kepada usaha menyemai perpaduan negara.
Akhir Januari lalu, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.
Katanya, satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.
“Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik,” katanya.
Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini.
Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah.
Sementara pindaan itu disiapkan, beliau berkata Kementerian Pelajaran akan mengarahkan guru-guru untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan menggunakan silibus yang sedia ada untuk tidak menjejaskan pembelajaran murid.
Panel bebas mengkaji pindaan novel, Interlok, menjangkakan untuk mengemukakan perakuan kepada kerajaan mengenai bentuk pindaan terhadap novel itu dalam tempoh sebulan dari sekarang.
Pada sidang media hari ini, Charles juga membangkitkan insiden di Kuala Kubu Baru di mana seorang didakwa menghina tujuh pelajar apabila mereka mahu memulangkan novel tersebut.
Guru berkenaan didakwa berkata “Kenapa orang India garang? India memang suka rosakkan nama sekolah. Keling memang dasar pariah sejak sejarah lagi.”
“Ini bukan kali pertama insiden macam ini berlaku. Insiden-insiden seperti ini juga terjadi tahun ini, di Taman Tasik Ampang, apabila pengetua wanita menggunakan perkataan ‘pariah’ ketika perhimpunan pagi,” katanya.
Kata beliau, apabila ditanya dari mana beliau mendapat perkataan itu, pengetua itu mengatakan bahawa dari novel itu.
“Proses pembelajaran kini menjadi lebih bersifat memecahbelahkan, bukannya menyatupadukan,” kata beliau lagi.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau terkejut apabila mengetuai pelajar-pelajar terbabit dibawa ke balai polis tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.
“Mengapa sekolah membawa pelajar ke balai polis tanpa memaklumkan ibu bapa mereka? Ini untuk menyemai budaya takut,” katanya.

Kekalahan PAS: Rais pula bidas Nik Aziz

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bersikap lebih realistik dalam membuat sebarang penilaian.

NONEBeliau berkata kenyataan Nik Aziz kononnya media yang berat sebelah adalah punca kekalahan calon parti itu dalam pilihan raya kecil Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang pada Ahad lalu, adalah tidak relevan.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Rais berkata apabila PAS mengekalkan mandat di Kelantan, menawan beberapa negeri lain dan menang di beberapa kawasan dalam pilihan raya sebelum ini, media tidak dipersalahkan pula.

"Ada pepatah Melayu berkata, bila tak pandai menari dikatakan lantai jungkang-jungkit. Jadi saya fikir Datuk Nik Aziz harus melihat sejarah."

Beliau berkata media mempunyai gambaran sendiri yang disajikan menerusi televisyen dan radio, jadi ada juga beberapa sajian yang tidak menepati cita rasa masing-masing.

"Tentu sekali beliau tidak puas hati dengan beberapa sajian, saya juga tidak berpuas hati dengan beberapa sajian surat khabar ataupun media cetak," kata Rais.

Beliau berkata apa saja keputusan pilihan raya kecil baru-baru ini yang diputuskan oleh rakyat wajar diterima.

- Bernama

Analisis PRK Kerdau: Undi PAS meningkat di Felda

TEMERLOH: Sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau diketahui, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kekalahan di pihaknya memang telah dijangkakan kerana hakikatnya PAS terpaksa berhadapan dengan kerajaan Malaysia.

Bayangkan, pemimpin BN turun bergentayangan dengan kapasiti sebagai menteri, menteri besar, timbalan menteri, pengarah jabatan dan sebagainya berkempen dan mengeluarkan peruntukan masing-masing melalui pelbagai program mendekati penduduk.

Jentera Umno daripada seluruh negara juga sudah tentu tersuntik semangat luar biasa kerana ini merupakan PRK pertama di negeri perdana menteri.

Sehinggalah warga Kerdau menjadi ‘tuan’ dalam tempoh masa 10 hari dan semua mereka mendapat ‘ang pau’ di atas pelbagai nama daripada kanak-kanak, pelajar sekolah, belia, orang kurang upaya hinggalah kepada warga emas, usahawan dan petani.

Jumlah sebenar wang yang dibelanjakan BN tidak diketahui namun Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Kerdau, Ahmad Mohd Yaman, berkata daripada sumber yang diperolehinya setiap keluarga mendapat tidak kurang daripada RM450 hingga RM2,000.

Itu belum masuk lagi dengan kenduri besar dan jamuan sepanjang masa, kos perbelanjaan petugas, pelbagai projek segera dan penempatan anggota polis yang berjumlah besar di empat lokasi.

Di pihak PAS pula, Kerdau bukan dikelaskan sebagai ‘dun tumpuan’ kerana sejarah keputusan pilihan raya. Justeru jenteranya tidak sekuat Jengka, iaitu satu lagi dun dalam parlimen Kuala Krau. Malah keputusan PRU dahulu Kerdau berada di ‘ranking’ ketiga selepas Jenderak. Sebab itu terdengar juga rungutan daripada pembantu dari luar Pahang berkenaan kurangnya tenaga pembantu tempatan.

Setiausaha MTD Kerdau, Sharuddin Saleh, mengakui PAS mempunyi 11 cawangannya dalan Dun berkenaan tetapi lima daripadanya tidak aktif. Bagaimanapun terdapat 1,200 ahli dan ‘hardcore’ PAS di situ.

Notis penetapan tarikh PRK Kerdau pula agak singkat bagi persediaan PAS apabila serentak dengan Merlimau. Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, meninggal dunia pada 21 Januari 2011 sedangkan Adun Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, meninggal pada 12 Februari.

Dari segi calon, pandangan pemerhati PAS mempunyai kelebihan kerana sepanjang kempen tidak ada isu peribadi yang dibangkitkan. Berbeza dengan calon Umno, pada peringkat awal kempen kelihatan terkial-kial mempertahankan diri termasuk terpaksa memanggil media untuk menunjukkan kelulusan ijazahnya.

Akan tetapi setelah beberapa hari kempen berjalan, dengan pelbagai usaha dan inisiatif bertindak pihak BN menyebabkan akhirnya pengundi tidak lagi melihat kriteria calon bahkan memilih parti iaitu sama ada kerajaan atau pembangkang.

Akibatnya pada PRK ini PAS mengalami kemerosotan sebanyak 184 undi atau 7 % berbanding pilihan raya umum (PRU) 2008. Pada PRU tersebut calon PAS yang sama, Hassanuddin Salim mendapat undi sebanyak 2,520. Tetapi pada PRK ini undi beliau susut kepada 2,336.

Jika pada PRU 2008 calon BN mendapat undi sebanyak 4,135, kini calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad mendapat 5,060. Ini menunjukkan BN mendapat pertambahan undi sebanyak 925 atau peningkatan 22.4%.

Sekali gus majoriti kekalahan PAS daripada 1,615 pada 2008 melebar kepada 2,724. Faktor peningkatan undi BN juga dibantu dengan peratusan keluar mengundi yang paling tinggi dalam sejarah pilihan raya di sini iaitu 83%. Jika pada PRU lalu jumlah keluar mengundi ialah 6,777, jumlah keluar mengundi kali ini ialah 7,445.

Undi popular PAS jatuh dari 37 % (2008) kepada hanya 31 %. Keputusan ini mengakibatkan PAS kalah di semua 13 unit peti undi (UPU), malah di semua saluran dan undi pos.

Tiga belas UPU dalam Kerdau Rumpun Makmur, Jengka 25, Jengka 22, batu Sawar, Jengka 23, Kuala tekal, Pulau Pasir Mandi, Kerai, Lipat Kajang, Desa Murni, Kerdau, Kuala Kerdau, Teluk Sentang dan 51 undi pos.

Undi PAS di Felda meningkat, undi Cina menurun

Pada PRU 2008 PAS menang di UPU Teluk Sentang dengan kelebihan 5 undi. Tetapi kali ini PAS tewas di situ dengan kekurangan 71 undi.

Undi kaum Cina yang dulunya banyak membantu kepada peningkatan PAS turut merosot. Jumlah pengundi Cina hanya 461 orang atau 5.12% dan  kebanyakannya tertumpu di UPU Kerdau. Keputusan menunjukkan PAS hanya memperolehi 261 undi sedangkan BN mendapat 428. Ini bermakna PAS tewas di situ dengan majoriti 212 undi atau kemerosotan sebanyak 24 %. Pada PRU lepas PAS hanya tewas 37 undi.

Namun yang menakjubkan ialah PAS mendapat peningkatan undi di semua UPU Felda iaitu Jengka 22, 23, dan 25. Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri turun menjanjikan habuan wang SES RM13,000, MPOB RM4,000 kepada peneroka dan lot tanah kediaman.

Di Jengka 22 PAS menokok 62 undi atau kenaikan 28.2 %, di Jengka 23 naik 30 undi (8 %) dan di Jengka 25 yang dianggap kubu Umno paling kebal di Felda, juga meningkat dua undi atau 5 %. Peningkatan ini dipercayai hasil gerak gempur Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) dan kerja keras Biro Felda PKR.

Jika dalam PRK ini peneroka dikepung dan diasak tetapi PAS boleh membuat peningkatan undi, ini bermakna PAS boleh menawan kawasan berkenaan andainya gerak kerja dilakukan berterusan.

Terdapat satu lagi peti undi kampung tradisional yang mengalami peningkatan undi. Jika pada 2008 PAS hanya dapat 94 kini meningkat kepada 108 iaitu naik 14 undi. Walau bagaimanapun tetap tewas dengan majoriti 36 undi.

Jika diukur dari segi kekuatan dan potensi, hanya tiga UPU yang melepasi paras 40 % iaitu Kuala Kerdau (44 %), Pulau Pasir Mandi (43 %) dan Teluk Sentang (43 %). Dua UPU dianggap sangat lemah iaitu Jengka 25 (12 %) dan Kerai (13 %). Kerai ialah peti undi Orang Asli.

Permasalahan setempat gagal dibangkit
Seperti kata Tuan Ibrahim, PAS perlu melihat kemerosotan ini sebagai satu cabaran besar dalam PRU yang hampir tiba.
Perlu diakui, jentera PAS sememangnya lemah terutama melibatkan penerangan dan gerak saraf (PGS). PAS masih bergantung kepada medium ceramah umum dalam penyampaian maklumat. Tidak dinafikan ceramah PAS mendapat sambutan luar biasa sehingga terpaksa ‘melepaskan’ Ummi Hafilda, Ibrahim Ali, Mohd Nor Deris dan M. Daud Kilau untuk mengganggu ceramah PAS.

Namun dipercayai pengundi sebenar tidak ramai yang hadir kerana disibukkan dengan pelbagai program menteri. Lagipun penduduk Kerdau kurang termakan dengan isu nasional dan antarabangsa. Di sinilah terletaknya kelompangan jentera PGS PAS kerana gagal memanupulasi isu-isu tempatan yang menjadi kudis selama ini.

Contohnya, telah lama terdengar rungutan penduduk mengenai agihan saham Felcra Kerdau yang dikatakan tidak adil. Isu yang menyentuh terus penduduk Kerdau ini hampir tidak kedengaran langsung dibangkitkan.

Begitu juga dengan isu tanah kampung untuk generasi kedua yang telah lama dijanjikan, masalah bekalan air paip di deretan kampung yang tidak pernah selesai selama 20 tahun, ketakutan penduduk dengan binaan projek kilang simen di Gunung Jebak Puyuh, kegagalan projek nangka madu di Kampung Gunung Senyum dan banyak lagi.

Menurut pemerhati, isu yang amat berkesan yang berjaya meracuni pengundi Melayu kampung ialah isu perkauman ‘PAS jadi alat DAP’. Isu ini dimainkan bersungguh-sungguh tanpa ditangkis oleh PGS PAS. Kenapa tidak, umpamanya, dicetak risalah yang memuatkan pengakuan Karpal Singh sanggup menerima negara Islam?

Satu perkara lagi yang perlu diambil perhatian, PAS kalah di semua saluran 2 dan 3 iaitu saluran pengundi muda. Senario ini amat bahaya kerana orang muda sifat asalnya ialah ‘anti-establishment’. Namun ia tidak berlaku dalam PRK ini.

Akhirnya, ada yang berkata Kerdau tidak mustahil diambil semula oleh PAS dalam PRU akan datang jika gerak kerja tidak terhenti. Ini berdasarkan PRK Ijok pada 2007 di mana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) tewas kepada calon BN K. Parthiban. Tetapi pada PRU 2008 Khalid menang dengan bergaya.

Sama ada pengundi Kerdau menyamai ciri-ciri yang serupa dengan pengundi Ijok, itu hanya boleh dijawap oleh mereka sendiri.

Namun begitu ada yang mahu PAS menilai semula penyertaan parti itu dalam mana-mana PRK berdasarkan penggunaan berleluasa agensi kerajaan, premis awam dan media oleh BN. Bagi mereka, jika didapati kawasan tersebut dalam PRU pun sukar untuk dimenangi tidak usahlah bertanding. Hujah mereka, kekalahan berturut-turut PAS dalam siri PRK dikhuatiri sedikit sebanyak melemahkan moral pekerja parti dan memburukkan imej di mata umum.

Pengikut Syiah dilarang sebar ajaran kepada pengikut ahli Sunnah al-Jamaah

Penganut agama Islam di Puchong, Selangor sewaktu Hari Raya Haji. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 9 Mac — Pengikut ajaran Syiah di negara ini adalah dilarang sama sekali menyebarluaskan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi bebas untuk terus mengamalkannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata mereka dibenarkan berbuat demikian selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan hak beragama kepada rakyat negara ini.
“Kita tidak melarang pengikut ajaran ini untuk terus beramal, tetapi terdapat akta-akta yang telah diperuntukkan dalam undang-undang syariah di negeri-negeri yang tidak membenarkan ajaran ini disebarkan kepada penganut ahli Sunnah wal-Jamaah yang sedia ada,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Ismail mahu tahu sama ada Syiah merupakan satu ajaran baru atau mazhab baru dan tindakan yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.
Jamil Khir berkata walaupun Syiah telah dikategorikan sebagai ajaran menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi tidak semua ajaran fahaman itu yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah seperti yang diamalkan oleh umat Islam di negara ini.
“Oleh sebab itu mereka (pengikut Syiah) tidak boleh ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA),” katanya ketika menjawab soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) yang mahu tahu mengapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.
Menjawab soalan asal Ismail, Jamil Khir berkata pelbagai usaha dilakukan kerajaan dalam membanteras fahaman Syiah daripada terus menular.
Ini termasuk menyebarluaskan fatwa-fatwa yang telah dibuat tentang larangan penyebaran fahaman tersebut, sesi penerangan kepada masyarakat menerusi ceramah dan media massa, pemantauan dan mengawal bahan-bahan media yang cenderung dalam menyebarkan fahaman Syiah.
Selain itu, kerjasama antara agensi-agensi agama turut ditingkatkan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar peruntukan negeri-negeri yang mewartakan kesalahan penyebaran ajaran Syiah. — Bernama

PAS bedah siasat kekalahan PRK

PAS akan membuat bedah siasat terhadap kekalahan besar parti itu dalam dua pilihan raya kecil – Kerdau dan Merlimau, kata Ketua Pemudanya, Nasruddin Hassan. Beliau berkata, bedah siasat adakan diadakan secepat bagi mengetahui secara lebih mendalam kekalahan tersebut. “Parti akan membentuk satu jawatankuasa untuk membuat bedah siasat itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau  berkata demikian ketika ditanya mengenai kekalahan dua calonnya, Yuhaizad Abdullah di Merlimau dan Hasanuddin Salim di Kerdau.
Bagaimanapun, Nasruddin menegaskan PAS akan terus bertanding dalam pilihanraya walaupun menyedari ia tidak dijalankan secara adil.
PAS, katanya menerima kekalahan secara profesional meskipun `padang pertandingan tidak sama rata.’
“Kita tidak mengambil jalan singkat yang boleh mencetuskan kekacauan tetapi tetap mengukut lunas demokrasi,” katanya.
Pada masa sama Ketua Pemuda PAS tersebut memberi amaran kepada Barisan Nasional dan Umno khususnya bahawa pilihanraya kecil bukan ukuran untuk membandingkan kekuatan kedua-dua parti itu.
Nasruddin berkata, selalunya keputusan pilihanraya kecil tidak sama dengan keputusan pilihanraya umum.
“Contoh terbaik ialah di Ijok di mana calon Pakatan Rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim kalah tetapi menang dalam pilihanraya umum tahun 2008.
“Dalam pilihanraya kecil ada unsur ugutan dan tekanan kepada pengundi seperti yang berlaku di Kerdau dan Merlimau.
“Di Kerdau daripada 12 permit ceramah yang dipohon hanya empat yang diluluskan sedangtkan PAS sangat bergantung kepada ceramah ,” tambahnya.
Untuk itu, Nasaruddin meminta undi pos dihapuskan kerana ia terdedah manipulasi dan membenarkan Pakatan Rakyat memiliki saluran televisyen sendiri untuk menyampaikan maklumat parti kepada rakyat.
Sementara itu, kehadiran orang ramai ke majlis ceramah Pakatan Rakyat tidak lagi boleh dijadikan ukuran sokongan kepada komponen pembangkang, kata Pengarah Pilihan raya PKR Melaka, Mohd Yusuf Abdullah.
Beliau berkata, memang ceramah pemimpin utama Pakatan Rakyat mendapat sokongan rakyat tetapi malang undi yang diperolehi tidak sama dengan sokongan mereka.
“Ini yang perlu Pakatan Rakyat ambil pelajaran dari kekalahan PAS di Kerdau dan Merlimau.
“Sangat penting untuk kita meletakkan calon yang ada potensi untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jamil Khir: Ajaran Syiah bebas diamal

Pengikut ajaran Syiah di negara ini adalah dilarang sama sekali menyebarluaskan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi bebas untuk terus mengamalkannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata mereka dibenarkan berbuat demikian selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan hak beragama kepada rakyat negara ini.
“Kita tidak melarang pengikut ajaran ini untuk terus beramal, tetapi terdapat akta-akta yang telah diperuntukkan dalam undang-undang syariah di negeri-negeri yang tidak membenarkan ajaran ini disebarkan kepada penganut ahli Sunnah wal-Jamaah yang sedia ada,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Ismail mahu tahu sama ada Syiah merupakan satu ajaran baru atau mazhab baru dan tindakan yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.
Jamil Khir berkata walaupun Syiah telah dikategorikan sebagai ajaran menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi tidak semua ajaran fahaman itu yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah seperti yang diamalkan oleh umat Islam di negara ini.
“Oleh sebab itu mereka (pengikut Syiah) tidak boleh ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA),” katanya ketika menjawab soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) yang mahu tahu mengapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.
Menjawab soalan asal Ismail, Jamil Khir berkata pelbagai usaha dilakukan kerajaan dalam membanteras fahaman Syiah daripada terus menular.
Ini termasuk menyebarluaskan fatwa-fatwa yang telah dibuat tentang larangan penyebaran fahaman tersebut, sesi penerangan kepada masyarakat menerusi ceramah dan media massa, pemantauan dan mengawal bahan-bahan media yang cenderung dalam menyebarkan fahaman Syiah.
Selain itu, kerjasama antara agensi-agensi agama turut ditingkatkan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar peruntukan negeri-negeri yang mewartakan kesalahan penyebaran ajaran Syiah.
— Bernama

Who is the one with the guilty conscience: Anwar or Mahathir?

Who is the one with the guilty conscience: Anwar or Mahathir?It seems that the Anwar Sodomy Saga never goes away.
Dr Mahathir in his latest book has made some serious accusations against him. If Anwar happens to be found innocent, will Anwar seek to ban his book?
SO is Anwar really a homosexual, or more appropriate a bisexual? Judging from the heydays, Anwar has always had a controversial life. As a fiery Youth student leader, he has led many protests and demonstrations against the government, as well as at nongovernmental establishments. Together with Ibrahim Ali who thinks the world of him, and refused to leave his side during his incarceration under the ISA, they have made a name for themselves.
In his book:  4 women reportedly testified against him, for trying to solicit sex. 2 women had refused while 2 women consented to have sex with him. Somehow, the identities of these women were never divulged, so there is no concrete evidence other than what was penned by Dr M.
Ummi Hafilda came into the picture openly accusing him. However The Public turned against her in anger, ostracized and disowned by her parents, Ummi still bears the reputation and stigma of ‘perempuan sundal’ (loose woman) I think she should get it tightened! She still maintains good relations with the former PM.
The book also said: during the Supreme Umno Tribune internal inquiry, accusations of Sodomy levelled against Anwar was not denied, and Anwar continued to keep a silence on that issue.
While behind bars, the infamous Black Eye incident by IGP Rahim was seen as Harm to the nation. His picture published worldwide, added sympathy to Annuar’s cause.
In 1998 he was sacked as Deputy Prime Minister, on the charge of Sodomy and Corruption. Jailed for 6 years, and released after Dr Mahathir resigned and the Sodomy charge dropped. In his book, Dr Mahathir acknowledged some of his past mistakes, but he affirmed that the sacking of Anwar wasn’t a mistake.
After leading the charge to deny BN a 2/3rds majority, Anwar was again charged later for Sodomy, based on the loose testimony of one Saiful Bukhari, The ongoing trial littered with inconsistencies, and flimsy evidence has been touted in the world media as a sham trial.
Today, even as he stands accused of corruption and sodomy, Anwar is still seen as a national hero. I am sure, that when the time comes, no one will have any qualms for Anwar Ibrahim to become the New Premier.
Everyone attests to his oratorical skills and the grace he conducts himself in public. He comes across as an intelligent and admirable person. Unlike other politicians, he emanates charisma and confidence.
The thought on peoples mind are, whether he will he make a good prime minister, despite his questionable reputation. Even with all the bad press, there is hardly a murmur from the public, and people’s respect for him is still at an all time high.
At an Umno general assembly, the controversial book: “50 Dalil of why Anwar should not become Prime Minister” was circulated and Ibrahim Ali was among the first of Umno supreme council leaders to support Mahathir in the allegation that Anwar was homosexual. Although a copy was sent by someone to Dr M, the Doctor said that he has not read the book.
But till today, it seems his association with Ibrahim is still very close and it looks like Dr M’s vendetta against Anwar will continue to his last days.
Oddly, not much of the misdeeds on BN has been written, even though at one time he complained of corruption in Umno under Badawi’s administration. In his book, he did not see it fit to bring up the misdeeds of UMNO and BN, although as former PM he is an authority on it. Is this not selective persecution?
And should the unforeseen happens, that Anwar is found innocent, Pakatan Rakyat manages to take over, and Anwar becomes Premier, it will be a nightmare for both Dr M and Ibrahim Ali.
Although I think Dr M's book will be an interesting read, someone has commented he’d rather contribute the RM100 as donation to the needy and handicapped.

Rosmah not milking taxpayers, says Nazri

The minister tells Parliament that FLOM officers are members of the PM's staff.

KUALA LUMPUR: The government today maintained its claim that the office of the First Lady of Malaysia (FLOM) is not an extra burden on taxpayers.
Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Abdul Aziz told Parliament that the officers working there were not specifically employed to serve the First Lady, a title claimed by Rosmah Mansor, Prime Minister Najib Abdul Razak’s wife.
He said the Prime Minister’s Department would occasionally assign some of its workers to help Rosmah with her administrative and correspondence duties.
“There is no question of additional costs,” he said in reply to Anthony Loke (DAP-Rasah).
Loke did not seem satisfied with the reply. He pointed out to Nazri that the website of the Prime Minister’s Office (PMO) once listed the names of six officers holding specific posts at FLOM.
“Why does this occur if there are no officers designated to FLOM?” he asked
Nazri read again his reply from a prepared text and added that PMO was going through an updating process to avoid confusion on the matter.
The FLOM page on the PMO site was removed in late January, soon after online news portals highlighted it and provoked a deluge of criticism and ridicule on Najib and Rosmah.
FMT reported that FLOM had the same status held by the offices of the Prime Minister’s private secretary, political secretary and economic adviser, among others.

BODOHNYA PAS JIKA MEMUSUHI BLOGGERS YANG MENYOKONGNYA

Oleh: WFAUZDIN NS
ADAKAH benar bahawa PAS memusuhi atau menjauhi Bloggers Pro-PR sehinggakan PAS tewas di dalam PRK baru-baru ini? Sekali lagi saya rasa Tulang Besi menembak tidak tepat ke sasarannya.

Jika tidak silap, Tuan Guru Nik Aziz bersama Kerajaan Negeri Kelantan ada membuat satu program berjumpa dengan Bloggers Pro PR di Selangor jika tidak salah dan dihebahkan kepada semua Blogger untuk hadir. Tidak tahu pula saya samada Tulang Besi hadir atau tidak. Saya sememangnya tidak hadir pada perjumpaan tersebut tetapi mengikutinya dari jauh. Bukankah ini salah satu program merapatkan hubungan Kerajaan Negeri di bawah PAS dengan Bloggers?

Dan, sebelum kempen bermula di PRK Dun Merlimau terdapat juga satu pertemuan di antara PAS dengan Bloggers di sana. Pertemuan tersebut juga dihebahkan melalui beberapa blog pro PR. Justeru itu, di mana Tulang Besi mendapat ilham untuk mengatakan Bloggers PR dipinggirkan?

Tulang Besi masih tidak jemu membicarakan soal Kerajaan Perpaduan yang pimpinan PR telah secara terbuka mahu isu tersebut dihentikan. Beliau juga seolah-olah tidak berputus asa dan masih bekerja kuat untuk menentukan kepimpinan PAS ditukar. Adakah Tulang Besi juga mahu DS Anwar ditukar setelah beberapa MP dari PKR melompat atau PKR tewas di dalam pilihanraya? Jika itu formula yang beliau fikir untuk menjayakan cita-cita PR, saya rasa bukan sahaja ianya akan berjaya malahan PR akan hancur lebih teruk.

Memang benar, ada waktunya Bloggers juga dikritik oleh pimpinan PAS sepertimana Bloggers juga mengkritik pimpinan. Jika kita boleh kritik pemimpin, mustahil pemimpin tidak boleh kritik kita sebagai pengikut. Tegur menegur sesama kita akan memperbaiki perjuangan kita bersama. Jika kita ada hujah, kita tulis dan berhujah lah dengan baik. Jika pemimpin pula merasakan perlu menjawab hujah kita, maka pemimpin akan berhujah. Setahu saya belum ada Bloggers samada dari PKR atau PAS yang dipecat sebagai ahli semata-mata mengkritik pemimpin. Jika itu lah keadaannya, mustahil pemimpin pula perlu berundur semata-mata dikritik oleh Bloggers.

Tulang Besi cuba membawa kisah seorang sahabat Aduka Taruna yang kununnya di belasah di perkarangan masjid Rusila. Saya ada mengulas isu tersebut sebelum ini di dalam blog saya. Pandangan saya tidak berubah iaitu Aduka Taruna bersalah dan lebih bersalah lagi adalah mereka yang didakwa memukulnya. Pendapat saya ini adalah berpandukan cerita dari Aduka Taruna sendiri. Maksud saya, Aduka yang bersalah tetapi tidak berhak untuk sesiapa memukulnya. Itu pandangan saya.

Justeru itu, pendapat Tulang Besi bahawa PAS meminggirkan atau memusuhi Bloggers PR adalah satu tuduhan semata-mata. Tiada satu bukti pun menunjukkan Bloggers PR dipinggirkan bahkan bukti PAS semakin mendekati para Bloggers boleh kita buktikan.

Dr Mahathir dan motif ‘Doktor Dalam Rumah’…


Kita lihat karektor Dr Mahathir dalam memetakan politik tanah air.
Apa saja yang dilafazkan atau dilakukan oleh Dr Mahathir, saya selalu mengajar diri saya untuk tidak melihat apa yang dilakukannya, tetapi saya cuba untuk melihat motif di sebalik tindakannya.

Saya percaya kita tentu tidak lupa tindakan Dr Mahathir dalam Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987 menahan kira-kira 106 rakyat di mana 37 daripada adalah ahli politik oposisi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Sehingga hari ini, Umno memberitahu kita bahawa Operasi Lalang tercetus berpunca oleh sikap anti Melayu di kalangan rakyat Cina khususnya Timbalan Presiden MCA Dato’ Lim Kim Sai.
Respons rasis oleh Dato’ Muhammad Mohd Taib, Ibrahim Ali dan beberapa pemimpin Umno yang lain bertujuan untuk mempertahankan hak Melayu-Bumiputera (bukan hak Umno).
Kita mungkin terlupa untuk melihat krisis dalaman Umno apabila Dr Mahathir dicabar oleh (Tengku) Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali sebagai Ku Li dalam merebut jawatan Presiden dalam pemilihan agung Umno, April 1987.
Dr Mahathir menang tipis dengan 761 undi sahaja manakala Kuli mendapat 718 undi.
Pergelutan kuasa khususnya oleh kumpulan  ’11 Umno’  akhirnya mengakibatkan pertubuhan rasis itu diharamkan oleh Mahkamah pada 4 Februari 1988.
Walaupun Ku Li kemudiannya keluar Umno dan menubuhkan Semangat 46 (S46), Dr Mahathir yang juga perdana menteri terpaksa menghadapi saingan dari  ’dalam’  parti dan  ’luar’ (iaitu oleh pembangkang).
Bekas kenalan Dr Mahathir yang baru ditemui hujung bulan lalu memberitahu, “Dr Mahathir tangkap pembangkang ramai-ramai dalam Operasi Lalang semata-mata untuk memberi amaran kepada ahli-ahli Umno khususnya pro Ku Li agar menghentikan protes kepadanya…kalau tidak  ’tunduk’, ISA saja.”
To achieve victory we must mass our forces at the hub of all power and movement. The enemy’s ‘Center of Gravity’…” -Von Clausewitz
Nampak tak motif di sebalik tindakan Dr Mahathir ketika itu?
Sebab itu, saya berpendapat motif di sebalik terbitan buku  ”Doktor Dalam Rumah”  bukan kerana dendam atau mahu fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata.
Motif sebenar Dr Mahathir semata-mata demi mengganggu fokus Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pilihan raya umum ke-13.
Jika Anwar kian  ’fokus’, Pakatan Rakyat dan rakyat pun akan ‘fokus’. ‘Fokus’ akan melahirkan imiginasi atau mood yang mungkin akan mengulangi Thunami Politik 8 Mac 2008.
‘Fokus’ menyerang Najib sekaligus akan meruntuhkan kepercayaan orang kepada Umno dan BN di pilihan raya umum ke-13.
Ini kerana Najib merupakan ‘produk BN’ paling marketable untuk pilihan raya kali ini. (Nanti saya jelaskan mengenai ini dalam entri seterusnya).
‘Produk’ ini tidak dapat tidak mesti dipertahankan kerana Dr Mahathir mahu mempertahankan kepentingan anaknya Datuk Mukhriz serta servivalnya.
Jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat, bukan sahaja kepentingan Mukhriz akan musnah, malah mungkin akan ada Maha Firaun diheret ke Istana Keadilan.
Anwar wajar melihat motif di sebalik tindakan Dr Mahathir dan fokus menyerang  ‘pillar’ BN, iaitu Najib.
Setuju?

Zainulfaqar Yaacob

‘Doktor Dalam Rumah’ berjaya alih tumpuan Anwar dari serang ‘pillar’ Najib di PRU13?

Melalui buku terbaru “Doktor Dalam Rumah”, Tun Dr Mahathir Mohamad seakan berjaya mengalihkan fokus Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari terus mempersoal polisi pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.
Buku yang turut memuatkan tuduhan-tuduhan liar kononnya Anwar ketika 1998 lalu pernah mengaku melakukan homoseksual dalam suatu mesyuarat majlis tertinggi Umno sehingga memaksa Dr Mahathir selaku perdana menteri memecat Anwar dari jawatan timbalan perdana menteri.
Anwar yang kini merupakan Ketua Pembangkang bagaimanapun berkata, tuduhan-tuduhan dalam buku tersebut menyerlahkan kepada khalayak bahawa Dr Mahathir tidak pernah putus asas mengfitnah dirinya sejak lebih sedekad yang lalu.
Ini kerana katanya Dr Mahathir tidak pernah sekali pun menghadirkan diri di mahkamah bagi memberi kererangan dalam perbicaraan kes Anwar tahun 1998 walaupun atas didesak beberapa kali oleh pihak pembelaan.
Bahkan Anwar dalam reaksi spontan hari ini tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan terdesak Dr Mahathir membunuh karektornya semata-mata bagi menyelamatkan kepentingan anak mantan perdana menteri itu, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
“Sebenarnya apa yang saya lihat adalah ketakutan dia (Mahathir) terhadap perubahan kerana kezaliman yang berlaku semasa pemerintahanya seperti yang didedahkan dalam buku (penulis) Barry Wain (berjudul) Malaysia Maverick.
“(Dalam buku Barry Wain mendedahkan) beliau menghabiskan RM100 bilion lebih (duit rakyat.
“Mahathir juga mahu menjamin masa depan anaknya seperti yang dilakukan oleh Hosni Mubarak terhadap anaknya (bernama) Kamal.
“Dia (Dr Mahathir) mahu menjamin anaknya dalam golongan terulung di negara ini. Ini yang menjadi pertimbangan dia,” ujarnya kepada TVS.
Anaknya Mukhriz walaupun tewas pada saingan menjadi Ketua Pemuda Umno tetap dilantik menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selain dimahsyurkan juga sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.
Pemerhati politik percaya bahawa tindak-tanduk Dr Mahathir tersebut adalah suatu negosiasi peringkat tertinggi dengan Najib bagi kepentingan anaknya itu.
Lanjutan itu Anwar mengaku bahawa beliau tidak terkejut sekiranya perang persepsi terbaru ini menyaksikan firnah Dr Mahathir turut disokong oleh gerombolan pemimpin Umno yang lain.
“Nyata satu lagi pembohongan jahat ialaj Mahathir mendakwa kononnya saya mengaku (tuduhan) dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
“Saya tidak akan terkejut sekiranya kuncu-kuncu Umno akan mengesahkan (tuduhan Dr Mahathir tersebut).
“Tetapi kta ada rakaman mesyuarat itu. Seperti yang saya ingatkan, perjalanan mesyuarat Majlis Tertinggi Umni itu telah bocor dan tidak ada sama sekali pengakuan saya kononnya mengesahkan tuduhan (Dr Mahathir),” tegas Anwar.
Dengan partisipasi Dr Mahathir membunuh karektor Anwar, dipercayai umum sedikit banyaknya membantu Najib memperkukuh tapak sokongannya di kalangan rakyat yang sebelum ini dijangka menolak Umno BN di pilihan raya umum kelak.

by notamerah.

KERDAU - Kisah tetamu yang ditipu dan dikhianati

Oleh: wfauzdin_ns

"DI DALAM kehangatan kempen PRK Dun Kerdau baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita kemasukan bekas Ketua cawangan Umno Jengka 25, Muzammil Mualip yang menyerahkan borang menyertai PAS bersama 11 lagi rakannya pada 01 Mac yang lalu.

Kemasukan beliau ke dalam PAS kita raikan dan disyukuri walaupun kita tahu kemasukannya bukan menjadi satu laluan mudah untuk PAS memenangi PRK tersebut kerana penghalang yang lebih besar menanti di situ iaitu umpan dan sogokan kepada pengundi-pengundi.

Namun, sebagai sebuah parti yang sentiasa menjalankan usaha dakwahnya maka kemasukan beliau kita syukuri dan kita raikan sebagai penambah semangat kita di PRK tersebut. PAS tidak memaksa atau mengugut beliau, jauh sekali untuk memberikan apa-apa habuan kepada Muzammil dan rakan-rakannya. Sebagai meraikannya, PAS memberi penghormatan terhadapnya dengan Presiden PAS sendiri Tuan Guru Hj Hadi bersama Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man datang ke rumahnya untuk menerima borang penyertaan ke dalam PAS.

Terlalu istimewa kita raikan beliau, dan saya percaya mungkin tidak ramai ahli-ahli PAS yang mendapat layanan istimewa seperti itu. Siapa di antara kita yang memasuki PAS yang Presiden PAS sendiri terima borang kita di rumah kita sendiri? Oleh kerana ketika itu PAS sedang berdepan dengan situasi getir berdepan dengan seluruh jentera kerajaan, maka Presiden PAS bersedia hadir ke rumah beliau menandakan keikhlasan PAS menerimanya sebagai jemaah.

Amat menyedihkan, selang tiga hari lebih kurang Muzammil kembali `rujuk' kepada Umno. Mengapa Muzammil tergamak bermain politik semurah itu? Mengapa tergamaknya beliau mengkhianati Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang pernah menjejakkan kaki ke rumahnya sebagai tetamu? Kita tidak sedih jika beliau tidak mahu bersama PAS tetapi mengapa cara itu beliau lakukan? Bukankah jelas itu merupakan satu cara terancang untuk memalukan PAS terutamanya Tuan Guru Hj Hadi?

Mustahil Muzammil keluar PAS kerana tidak setuju dengan dasar PAS kerana di dalam masa tiga hari mana mungkin Muzammil boleh mengenali PAS secara mendalam. Sebenarnya beliau telah merancang itu semua dan beliau sanggup menjadikan rumahnya sebagai saksi pengkhianatannya terhadap PAS. Sedikit pun beliau tidak menghargai kedatangan Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man ke rumahnya, sebaliknya beliau sanggup menipu demi untuk memalukan PAS sekaligus kemenangan moral buat Umno.

Perbuatan Muzammil pada saya adalah satu perbuatan yang jahat dan tidak bermoral. Adakah PAS merasa marah terhadap beliau? Tidak, malahan dengan sabar dan tenang Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan ahli-ahli PAS agar tidak memusuhi Muzammil. Sepatutnya Muzammil tidak perlu berbuat demikian jika inginkan kemenangan buat Umno kerana Umno sudah cukup kuat dengan segala jentera kerajaan dan wang rakyat yang mereka curahkan di Kerdau. Tidak perlu melakukan perbuatan tidak bermoral seperti itu. Menipu di siang hari nescaya kehidupan orang seperti ini tidak aklan mendapat keberkatan.

Sekiranya beliau terasa rugi menyertai PAS setelah mendengar pengumuman wang tunai RM13 ribu itu akan dibayar selepas PRK, kita berharap Muzammil akan berbahagia dan senang dengan apa yang dihajati olehnya. PAS bukan parti senang lenang dan mungkin Muzammil tidak layak berada di dalam jemaah PAS. Buat kita yang menyokong perjuangan PAS teruskan perjuangan ini. Meski pun kita tewas, kita mesti bersyukur kerana kita tidak tergolong di dalam golongan orang yang memikirkan kebendaan duniawi yang sementara ini. Teruskan berjuang.

Anwar: Masalah besar BN atau modal besar Pakatan

Ahli panel forum yang membincangkan tajuk "Survival Parti Politik Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13" di Universiti Malaya (UM) semalam, dilihat memberi pandangan berbeza sewaktu menjawab soalan berhubung pesonaliti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONETiga ahli panel yang dijemput - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, dan dua ahli parlimen Pakatan Rakyat - Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) dan Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) - memberi pandangan berbeza tentang Anwar sama ada beliau menjadi faktor penarik pengundi kepada Pakatan atau merupakan cabaran BN dalam pilihan raya akan datang.

Forum tersebut adalah anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) diadakan di Dewan Kuliah C Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS).

Bagi Nurul Izzah, sewaktu reformasi meletus pada tahun 1998, beliau, melihat bapanya lebih kepada simbol agenda reformasi dan bukan dari sudut hubungan kekeluargaan.

reformasi 1998 270808 02"(Beliau) adalah simbol kepada (mangsa) kezaliman (yang berlaku) dan bagaimana (beliau) membebaskan institusi demokrasi. Saya melihat beliau bukan kepada peribadi tetapi simbol kepada agenda reformasi," katanya dihadapan kira-kira 120 hadirin.

Katanya lagi, sebagai simbol itu, beliau berharap Anwar yang juga ketua pembangkang diberi ruang untuk ditemuramah atau bercakap di media arus perdana supaya rakyat dapat menilai agenda yang ingin dibawanya.

Manakala rakan gabungannya Nasir pula dilihat bersependapat dengan Nurul Izzah. Bagaimanapun beliau menambah dengan menyatakan PAS "sanggup bersama-sama Anwar" kerana "perjuangannya untuk menghapuskan sistem yang korup dan zalim, dan bukan kerana peribadinya".

reformasi 1998 270808 01"Bukan isu individu (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), tetapi (isu) bagaimana hendak selamatkan Malaysia... Beliau adalah pemimpin yang dikenali (di seluruh dunia)," katanya.

Katanya, rakyat Malaysia perlu berbangga dengan ahli parlimen Permatang Pauh itu yang banyak menyampaikan kuliah atau syarahan di peringkat antarabangsa khususnya di universiti terkemuka sebelum ini.

Menurutnya lagi, sewaktu beliau memimpin Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM sewaktu reformasi meletus, beliau juga diminta untuk memperjuangkan keadilan kepada Anwar yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

"Dalam antara program terakhir beliau adalah di Universiti Malaya, beliau ada memberitahu kemungkinan beliau akan ditangkap dan dipenjarakan," katanya sambil mendakwa ia merupakan satu kezaliman disebabkan sistem yang ada.

NONESementara itu, Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno berkata terpulang kepada individu itu melihat sama ada Anwar memberi "masalah besar" kepada BN atau "modal besar" kepada Pakatan.

"Itu adalah persepsi masing-masing," katanya sambil menambah "pembunuhan karektor" dalam politik "bukan politik yang segar" dalam konteks politik hari ini.