Selasa, 8 Mac 2011

Kerajaan tak tahu beza notis dengan saman

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Kegagalan pihak kerajaan khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membezakan di antara notis dan saman dianggap sebagai memalukan.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan juga gagal mematuhi tafsiran yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuching berhubung Akta Undang-undang Pengangkutan Jalan Seksyen 17 (1) (D).
"Kita agak terkejut bagaimana pihak kerajaan sendiri khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh memahami persoalan pokok yang terdapat dalam Akta Pengangkutan Jalan itu sendiri dan mereka tidak boleh membezakan antara saman dengan notis.
"Kalau kerajaan tidak boleh membezakan antara notis dan saman satu perkara yang sangat memalukan apabila dia menganggap notis itu sebagai saman.
"Kerajaan sendiri tak boleh akur kepada tafsiran yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuching berhubung Akta Undang-undang Pengangkutan Jalan Seksyen 17 (1) (D)," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Mahkamah Tinggi Kuching mentafsirkan Akta Undang-Undang Pengangkutan Jalan Seksyen 17 (1)(D) merupakan perkara yang dianggap perkara belum selesai, merujuk kepada perkara yang belum diselesaikan di peringkat mahkamah.
Mahfuz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase) sebelum itu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.
Sebelum itu, Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia mempunyai kaedah tertentu atau mencari jalan penyelesaian secara pantas semasa berurusan di kaunter Pembaharuan Cukai Jalan dan Pembaharuan Lesen Memandu dalam kes-kes saman Polis atau JPJ di mana berlakunya pemalsuan nombor kenderaan tanpa pengetahuan pemilik kenderaan - kesalahan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Penasihat Undang- Undang Kase, Zulhilmi Shariff dalam sidang media sama berkata, rakyat perlu faham kuasa menghukum semua pesalah tertakluk pada mahkamah dan bukannya pihak kerajaan.
"Persoalan yang paling besar ditimbulkan dalam isu saman ekor ini, Ketua Trafik Bukit Aman atau Timbalan Menteri menyebut, kita beri peluang untuk rakyat membayar saman sehingga 10 Mac. Persoalannya di sini, siapa yang suruh bayar? Itu yang paling penting," katanya.

Najib Cakap Lain, Bikin Lain, Kata Saifuddin

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menasihati pemimpin Libya, Muammar Gadafi supaya menghormati hak rakyat untuk mengadakan tunjuk perasaan secara aman.
Saifuddin berkata teguran Najib itu betul tetapi malangnya tidak diamalkan oleh pemimpin itu sendiri di Malaysia.
"Perdana Menteri menempelak Gadaffi kerana menggunakan tindakan keras terhadap rakyatnya. Katanya Gadaffi harus menghormati hak rakyatnya untuk berhimpun. Untuk pertama kalinya saya bersetuju dengan perdana menteri," kata Saifuddin.  
Dan beliau secara sinis dan menerusi bahasa kiasan mengingatkan Najib apa yang berlaku di negara ini apabila rakyat keluar menzahirkan perasaan mereka.
"Waktu kami serahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung 2 tahun lalu, dalam himpunan BERSIH, kami dilayan baik penuh budi bahasa oleh pasukan keselamatan. Tidak ada gas, tidak ada air bercampur bahan kimia. Kemudian kami berhimpun lagi menentang akta ISA, kami juga tidak menerima layanan keras itu.
Kerana dinegara kita perdana menteri amat menghormati hak rakyat untuk berhimpun. Sebab itu perdana menteri ada kelayakan untuk menegur Gadaffi," katanya.
Perhimpunan BERSIH yang diadakan pada tahun 2007, yang disertai Pakatan Rakyat dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Perhimpunan itu turut disertai hampir 100,000 orang.

Anak tetap anggap Felda Plantation haram

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsan (Anak) mengulangi dakwaan bahawa Felda Plantation ialah organisasi haram dan terbatal kerana bertentangan dengan Akta GSA 1960 iaitu status pemilikan hanya individu (seksyen 7 (2) dan koperasi (seksyen 11(1).
Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata dakwaan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa Felda Plantation tidak tertakluk di bawah GSA adalah alasan semata-mata untuk tindakan kerajaan yang bertentangan dengan matlamat asal menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.
Beliau berkata, Kerajaan Pusat telah menipu dan mengkhianati Kerajaan Negeri kerana mewujudkan penempatan tanpa peneroka.
"Dasar yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir pada tahun 1992, bercanggah dengan hasrat Allahyarham Tun Abdul Razak ketika beliau membentangkan Akta GSA dibentang dan digubal untuk memberikan panduan dan keseragaman kepada semua negeri-negeri di tanah Melayu bagi mencapai hasrat kerajaan untuk membangunkan taraf kehidupan penduduk luar bandar.
"Keluasan 367,710 hektar tanah Felda Plantation adalah datangnya dari kerajaan negeri. Jik tidak tertakluk di bawah GSA, ia bernaung melalui peruntukan apa?" soalnya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Dakwaan Anak berhubung perkara ini sebelum ini dinafikan Ahmad yang mengatakan ianya tidak berasas kerana syarikat itu memiliki surat hak milik ladang berkenaan.
Menurut Mazlan lagi, tanah ialah aset yang berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan kesediaan kerajaan negeri memberikan sejumlah tanah yang luas kepada Kerajaan Pusat menerusi Felda adalah bertujuan memberikan tanah kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah.
Semak semula pemberian tanah untuk Felda Plantation
Beliau turut mendedahkan bahawa pengambilan tanah untuk tujuan Felda Plantation dibuat secara paksaan dari kerajaan negeri yang tidak difahami secara jelas maksudnya.
"Hujah Perdana Menteri yang mengatakan bahawa 51 peratus kepentingan Koperasi Permodalan Peneroka Berhad ada dalam Felda Plantation dan memberi dividen 14 peratus setiap tahun kepada peneroka adalah lari dari realiti sebenar ayahanda beliau, Tun Abdul Razak," katanya.
Sehubungan itu, Anak mencadangkan semua kerajaan negeri meyemak semula pemberian tanah untuk Felda Plantation degan dimulai Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Selangor dan Kedah dan boleh dirujuk melaui seksyen 44(GSA) iaitu kuasa menamatkan GSA.
"Tidakkah kita berasa bangga jika tanah Felda Plantation dikurniakan kepada generasi kedua dan ketiga Felda ia memberi manfaat kepada 79,000 orang dan merangsang sosioekonomi rakyat khususnya bangsa Melayu?" soalnya lagi.
Katanya juga, nasib 45,000 pekerja Felda Plantation ketika ini sedang menderita dengan gaji rendah, diperlaku seperti hamba dan kebajikan mereka yang diabaikan.
Malah peserta Felda Plantation Sagu 4, Kuantan mengadakan mogok dan membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan tekanan melampau pihak pentadbiran Felda Plantation.

Mahathir 'Nyanyuk' Ibarat Penulis Upahan, Kata PR


KUALA LUMPUR 8 MAC : Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini senada membidas Tun Mahathir Mohamad sebagai "ibarat orang nyanyuk"  kerana melemparkan fitnah dan tuduhan liar terhadap Anwar Ibrahim dalam buku nukilan kisah hidup Mantan Perdana Menteri itu.  
Ahli Parlimen Indera Mahkota,  Azan Ismail menyifatkan Mahathir sebagai ahli politik yang hilang keupayaan berfikir secara waras dalam menghasilkan buku berjudul  'Doktor Dalam Rumah'.
Dalam buku itu Mahathir sekali lagi mengulangi pelbagai fitnah terhadap Anwar bersabit perlakuan seks. Sepanjang masa dalam membuat tuduhan-tuduhan itu, Mahathir enggan memberi keterangan di mahkamah khususnya pada perbicaraan pertama Anwar tahun 1998.
Azan berkata beliau sangsi buku itu ditulis oleh Mahathir sendiri kerana tuduhan dan fitnah yang dilontar lebih mirip kepada perlakuan penulis upahan.
"Dr Mahathir ini terbukti nyanyuk, dan orang yang peringkat umur 80 tahun ke atas memang dalam keadaan tidak sihat secara klinikal. Jadi bagi saya sesiapa yang menulis buku berkenaan ini, hanya mengambil kesempatan di atas ketidakupayaan mental Dr.Mahathir," katanya.
Azan mempersoalkan tindakan Mahathir melontarkan tuduhan-tuduhan liar itu melalui buku dan bukannya di mahkamah, lebih-lebih lagi kerana beliau menjadi Perdana Menteri pada masa itu.
"Sepatutnya menjadi tanggungjawab dia sebagai Perdana Menteri untuk membawa perkara ini ke mahkamah pada masa itu bersempena dengan perbicaraan kes liwat pertama. Kenapa dia sembunyikan perkara ini? Kenapa dia memilih untuk mendedahkan perkara ini dalam buku, dalam bentuk penulisan? Ini sangat tidak bermoral bagi seorang Perdana Menteri atau bekas Perdana Menteri," katanya.
Azan menyifatkan buku "Doktor Dalam Rumah" nukilan Mahathir sama taraf dengan penulis-penulis bebas yang menghasilkan karya fitnah seperti Khalid Jafri.
"Saya merasa simpati kepada Tun Mahathir kerana menghabiskan sisa baki umur dia dengan merendahkan martabatnya sendiri. Pemikiran beliau sebagai mantan PM seharusnya lebih berkualiti. Namun dia  meletakkan dirinya sama dengan penulis nyamuk yang tidak ada kualiti," katanya.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yakin bahawa Mahathir menulis buku itu untuk membela  imejnya yang buruk dan kegagalan beliau dalam politik.
"Mahathir sudah tidak relevan dalam pentas politik Malaysia. Namun beliau ingin menujukkan bahawa dirinya masih berpengaruh. Mahathir ingin menguasai agenda Perdana Menteri Najib. Kalau bukan kerana Najib masih takut dan beri  muka kepada Mahathir,  saya agak media tidak akan pandang Mahathir," kata beliau.
"Saya bersimpati dengan orang tua ini yang lama memerintah tetapi dihujung hayatnya dia rasa ketinggalan dan rasa dipinggirkan oleh masyarakat," tambah Tian.

Saifuddin :Muhyiddin Dangkal Dan Angkuh

KUALA LUMPUR 8 MAC :Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin kerana bersikap angkuh dalam menangani insiden kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibaling batu pada kempen pilihanraya kecil di Kerdau baru-baru ini.
Menurut Saifuddin, kenyataan Muhyiddin bahawa pihak di sebalik jenayah itu berhak berbuat demikian mencerminkan kedangkalan pemimpin nombor dua negara itu.

" Mengikut media arus perdana, Timbalan Perdana Menteri berkata masyarakat Felda bertindak demikian kerana menyampah dengan Anwar. Kejadian berlaku di kawasan mereka, dan itu hak mereka'. Menggunakan logik yang sama, saya kira jika Muhyiddin datang ke Machang,dan kalau orang Machang menyampah dengan beliau, maka orang Machang boleh baling batu ke kereta TPM.

" Ini kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Mana ada TPM yang berkata begitu. Beza politik, bezalah. Kena ingat, dulu kita pun berkawan. Takkanlah benci dan meluat sampai begitu sekali, sehinggakan perkara salah pun dikata betul,"katanya.

Saifuddin berkata demikian semasa membahas titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen hari ini.

Beliau dipilih menggantikan slot Anwar yang digantung dari parlimen selama enam bulan kerana mendedahkan urusan Umno-BN dengan syarikat pro rejim Yahudi Apco Worldwide.

Dalam ucapannya, Saifuddin berkali-kali menyebut bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini terikat dengan sindrom penafian.

Pelbagai perkara yang berlaku di dalam negara ini cuba dinafikan oleh pemerintah termasuk insiden yang meragut nyawa pembantu kepada exco Selangor, Teoh Beng
Hock, kematian dalam tahahan yang melibatkan seorang lelaki India, A.Kugan, kes penyelewengan dalam Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan banyak lagi.

Malah dalam isu kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia juga turut dinafikan oleh kerajaan.

" Memang kerja pembangkang guling kerajaan seperti mana di Selangor, Umno-BN asyik hendak menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat. Di Kedah, di Pulau Pinang,
Kelantan, dan di Perak, mereka sudah rampas. Jadi ini kita lihat lebih kepada sindrom penafian. Ketika satu dunia mengucapkan tahniah atas kebangkitan rakyat
Timur Tengah, pemimpin kita pula berhempas pulas meyakinkan rakyat bahawa di sana, tidak sama dengan di sini.     

" Sebab itu juga saya mengajak rakan-rakan saya dalam Barisan Nasional untuk melihat secara jujur, ini bukan berkisar tentang pembangkang bercakap di luar
negara, tapi ini soal persepsi yang terang di depan mata,"tambah beliau lagi.    

Menurut Saifuddin, titah Tuanku Mizan semalam harus dijadikan panduan kepada kerajaan pada hari ini.

Di sebalik negara yang aman dengan ekonomi yang masih baik, Tuanku masih mengingatkan tentang pentingnya menjaga soal reputasi.

Hujah Saifuddin, kerajaan tidak seharusnya menyalahkan pembangkang apabila integiriti negara terus dipertikai dunia sehingga menyebabkan Perdana Menteri terpaksa melantik firma perunding, Apco Worldwide yang didakwa untuk menangkis serangan pembangkang.

Beliau juga turut mengingatkan kerajaan supaya menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat dengan jujur dan amanah

" Saya mengajak rakan-rakan Barisan Nasional supaya tidak menyempitkan konsep bersyukur ini kepada bersyukur kepada kerajaan yang memerintah, tugas kita ialah sebagai khalifah, memakmurkan alam ini dan menguruskan alam ini dengan agama.Ekonomi bukan hanya tentang wang dan saham.  

" Tetapi ia amat berkait dengan integriti dan reputasi.Kata pujangga 'losing money is bad, losing reputation mission is worse,"tambah Saifuddin.  

Masalah kewangan kritikal antara penyebab bunuh diri

Sebanyak 4,118 kes bunuh diri dilaporkan sejak 2001 sehingga 2010, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata antara faktor yang sering dikaitkan dengan kes bunuh diri yang dikategorikan sebagai kes mati mengejut ialah tekanan perasaan akibat kegagalan dalam hidup, masalah keluarga dan kematian orang tersayang.

NONE"Faktor lain ialah mengalami penyakit jiwa seperti kemurungan dan trauma, terlibat dengan jenayah (bagi mengelak hukuman), terlibat dengan dadah dan menghidap penyakit yang tidak dapat dirawat," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sim ingin tahu jumlah kes membunuh diri dari tahun 2001 hingga 2010 dan punca kejadian serta badan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha untuk mencegah kejadian tersebut.

Hishammuddin berkata masalah kewangan yang kritikal seperti menanggung hutang yang banyak dan terlibat dengan judi juga merupakan penyebab individu membunuh diri.

Beliau berkata terdapat beberapa NGO yang berusaha menangani dan mencegah kejadian bunuh diri.

"Usaha ini dilakukan melalui program seperti khidmat kaunseling, ceramah, bengkel dan seminar mengenai kemahiran kaunseling dan pencegahan bunuh diri serta kempen kesedaran mengenai kesihatan mental," katanya.

- Bernama

Ahli Parlimen PKR Lompat Parti terus Mampu beli Tanah RM1.5 Juta?

KUALA LUMPUR 8 MAC: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di Parlimen hari ini beberapa keping cek ditandatangan oleh seorang ahli parlimen bagi membeli tanah bernilai RM1.5 juta.
Beliau mendedahkan perkara tersebut semasa membahaskan ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung petang tadi menjelaskan, cek tersebut ditandatangani oleh seorang ahli parlimen PKR yang baru-baru ini keluar parti tetapi yang menghairankan beliau ialah ahli parlimen tersebut berkemampuan membeli tanah tersebut dalam masa dua bulan sahaja selepas keluar parti.
Beliau menegaskan parti PKR bukanlah tempat untuk menjadi kaya ataupun membuat duit seperti tanggapan segelintir yang keluar parti, maka ahli yang tidak berpuas hati bertindak keluar parti dan mula melontarkan tohmahan yang tidak benar terhadap parti.

"Yang tak dicerita apa dia? Bila berada dalam barisan pembangkang, khususnya PKR ini, bukannya lesen nak jadi kaya. Kalau  hidup berpendapatan RM10, jangan berbelanja RM100. Ketidakupayaan untuk menambah RM90 kadang-kadang menyebabkan mereka tewas dengan ujian," kata beliau.

Beliau menjelaskan, ada ahli yang mula membuat pelbagai dakwaan liar terhadap parti selepas keluar parti, bahawa kononnya parti ini telah meninggalkan perjuangan membela rakyat, parti dipimpin pengkhianat, seorang ketua yang mahu menjadi Perdana menteri walau apa cara sekalipun dan bermacam lagi semata-mata sebagai alasan keluar parti.

"Pada saya ini ada salinan cek yang ditandatangani oleh satu daripada enam rakan saya yang keluar parti. Satu cek, RM700 ribu bertarikh 12 Januari, 2011. Satu cek lagi, 15hb Mac, 'post dated'. Tujuannya apa? Bayar harga tanah, nilainya RM1.5 juta," ujar beliau.

Saifuddin kemudiannya mempersoalkan punca pendapatan tersebut sehingga dapat memberi kemampuan luar biasa kepada ahli parlimen tersebut membuat pembelian semewah itu.

"Duduk dalam parti, (dia) tanya tak dapat itu ini. Keluar sahaja, dapat bayar tanah RM1.5juta. Dari mana dapatnya duit ini? Itu sahaja persoalannya," tegas beliau.

Katanya lagi, beliau ingin tahu samada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memulakan siasatan atau tidak terhadap ahli parlimen tersebut selepas beliau mendedahkan perkara tersebut.

Ibrahim Ali cadang wujud suruhanjaya pelecutan kerakyatan

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Seorang anggota Parlimen hari ini mencadangkan supaya suruhanjaya pelucutan kerakyatan diwujudkan bagi mengambil tindakan terhadap rakyat negara ini yang mencemarkan nama baik negara.
Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata suruhanjaya itu perlu memandangkan kini terdapat trend di mana golongan tertentu cuba menimbulkan isu sensitif dan menghina kerajaan bagi mendapat sokongan politik, yang mana turut mencetuskan ketegangan di dalam negara.
“Saya cadangkan agar ia (suruhanjaya itu) diwujudkan bagi menghukum pihak yang cuba memburukkan negara di dalam dan di luar negara menggunakan media massa tidak kira kaum, Melayu, Cina atau India, sesiapa sahaja.
“Suruhanjaya ini perlu sebab buat apa seseorang itu jadi warganegara (Malaysia) tapi tidak setia dan melakukan kerja yang bercanggah dengan undang-undang (negara),” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ibrahim (gambar) juga mencadangkan supaya Akta  Hasutan dipinda atau mewujudkan undang-undang baru bagi menegah orang bukan Islam mempersoalkan dan melakukan perkara sensitif terhadap agama Islam.
Beliau berkata ini adalah kerana terdapat keadaan akhir-akhir ini di mana pihak bukan Islam mula mempersoalkan laungan azan, memetik ayat-ayat Al-Quran ketika berkempen dan memberi ucapan di dalam masjid.
“Jika dalam Islam sekalipun, ayat Al-Quran tidak boleh dibaca oleh mereka yang masih berhadas (tidak suci), ini kan pula orang bukan Islam yang memetik ayat-ayat suci Al-Quran,” katanya.
Beliau turut mencadangkan agar subjek asas kenegaraan dimasukkan ke dalam mata pelajaran Sejarah agar para pelajar didedahkan dengan asas pembentukan negara ini.
Katanya masih terdapat rakyat negara ini masih tidak tahu berbahasa Malaysia meskipun ia merupakan bahasa kebangsaan negara ini.
Persidangan Dewan Rakyat disambung esok. — Bernama

Video : MRT Why award to Gamuda's pricier bid

Video : Pakatan rubbishes 'political awakening' theory

Ibu bapa hadapi tindakan jika pelajar buat salah

Ibu bapa yang anak mereka melakukan kesalahan trafik ketika ke sekolah bakal menghadapi tindakan undang-undang, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk tidak memiliki lesen, tidak memakai topi keledar dan cukai jalan tamat tempoh.

NONE"Ini merupakan antara usaha bagi menurunkan kadar jenayah melibatkan pelajar sekolah selain membentuk jati diri mereka agar lebih berdisiplin,” katanya kepada pemberita selepas sesi perbincangan dengan Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur, Mohd Adenan Deraman di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, tindakan akan dikenakan mengikut kesalahan yang dilakukan dan perkara ini akan dilaksanakan dalam satu tempoh yang akan ditetapkan pada bulan ini.

Katanya tindakan ini merupakan kerjasama pelbagai pihak dalam membentuk sahsiah pelajar yang bebas daripada kesalahan trafik, jenayah jalanan dan samseng sekolah.

- Bernama

Kerajaan PR Khianat Anak Selangor...!!!

PERHATIAN KEPADA MAHASISWA: PINJAMAN TANPA FAEDAH KERAJAAN SELANGOR
Bagi semua pelajar rakyat Selangor sila ambil perhatian tarikh tutup permohonan pinjaman ubah alih kerajaan Selangor(convertible loan) untuk fasa 1 ialah 1.4.11
Sila hantar permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat kepada BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA, SUK SHAH ALAM
Semoga berjaya

IKLAN

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
SESI PERTAMA TAHUN 2011
Tarikh Tutup Permohonan Pada 1 April 2011
Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara Sepenuh Masa bagi Sesi Pertama Tahun 2011 bermula pada 31 Januari 2011 (Isnin).
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau
(iv) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
2. Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:
(i) Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:
Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).
(ii) Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor:
Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.
3. Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:
Peringkat Pengajian Kelayakan Akademik Ijazah Pertama
  • Memperolehi kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STPM;
  • atau Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STAM.
Diploma
  • Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM; atau Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
Sijil (IPTA)
  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM.
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)
  • Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM.

PROSEDUR PERMOHONAN
1. Borang permohonan berharga RM3.00 boleh diperolehi melalui:

(i) Kaunter: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam; atau

(ii) Pos: Dengan mengemukakan sampul surat 16 cm x 23 cm yang dilekatkan dengan setem RM1.00 ringgit beralamat sendiri serta no. telefon untuk dihubungi beserta wang pos/ money order bernilai RM3.00 atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ke alamat seperti yang tersebut di bawah.
Borang-borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke alamat berikut:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-55212275 / 55447480/ 55447543
2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 April 2011 (Jumaat). Borang-borang yang diterima selepas tarikh tersebut atau didapati tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan permohonan, sila hubungi Urus Setia di talian 03-55447480 / 55212275.
3. Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web rasmi Negeri Selangor www.selangor.gov.my

DJ "terpancung" kembali dengan Durian FM


Pengacara rancangan "Say Hi to Malaysia" yang "dipancung" pada Ogos 2010, Jamaluddin Ibrahim kini kembali ke ruang udara melalui saluran internet, dengan DurianFM.com.  Stesen radio yang berpengkalan di laman internet ini menyasarkan audien berbilang kaum, dengan tiga bahasa pengantar, iaitu bahasa Cina, Inggeris dan Malaysia.
Ketika DurianFM.com dilancarkan pada jam 3.08 petang, Jamaluddin Ibrahim (gambar kanan) menyifatkan ia sebagai detik yang terharu, sambil merakamkan penghargaannya kepada mereka yang menjayakan radio internet ini.  "Akhirnya kita berjaya menubuhkan stesen radio internet ini," beliau berjanji untuk mempromosi kebebasan bersuara menerusi saluran ini.
Berkata kepada wartawan selepas upacara perlancaran, pengasas DurianFM.com Jamaluddin Ibrahim menjelaskan bahawa nama "durian" dipilih kerana  sifat tempatannya (local), lebih-lebih lagi bunyinya hampir sama ketika diungkapkan dalam pelbagai bahasa.
Berbeza dengan stesen radio tradisional, stesen radio internet memerlukan kos yang lebih rendah.  Jamaluddin menambah, penubuhan radio internet tidak memerlukan lesen daripada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC), lantas membenarkan ruang bersuara tanpa tapisan dan sekatan, selaras dengan slogannya, "Tiada Tapisan, Tiada Sekatan".
Apabila ditanya sama ada beliau berdepan dengan "tekanan politik" sepanjang penubuhan radio internet ini, Jamaluddin Ibrahim berkata, "Tiada, tiada.  Setakat ini tiada.  Saya berharap tiada (tekanan) pada masa depan, memandangkan penubuhan radio sedemikian adalah dibenarkan di bawah undang-undang."
Beliau memilih 8 Mac sebagai tarikh perlancaran radio internet ini untuk memperingati "tsunami politik" yang berlaku tiga tahun lalu.  Untuk Jamaluddin Ibrahim, 8 Mac adalah tanda di mana rakyat bangkit untuk menggunakan hak mereka, dan beliau berharap ia diteruskan.  Jamaluddin juga berharap agar ruang ini digunakan sebagai platform untuk perdebatan pandangan daripada latar belakang politik yang berbeza.
Radio internet ini dilancarkan oleh speaker DUN Selangor Teng Chang Khim, bersama EXCO Kanan Selangor Teresa Kok dari DAP.  Turut hadir untuk memeriahkan upacara perlancaran termasuklah Timbalan Menteri Kewangan Donald Lim (gambar atas, kiri), Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah, Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Zaid Ibrahim, EXCO Selangor Elizabeth Wong, ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh, Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin, dan wakil daripada MCA, selain aktivis sosial seperti Hishamuddin Rais.
Ketika diundang sebagai tetamu untuk rancangan tadi, Teng Chang Khim diminta untuk mengaitkan kebebasan dengan durian.  Sambil berseloroh beliau berkata, "Durian bagaikan kebebasan.  Kamu mungkin tercedera, dan berdarah seandainya tidak tahu cara untuk membuka durian.  Kita perlu tahu cara untuk membuka durian, supaya kita mampu menikmati buahnya (kebebasan) tanpa berdarah"
Ruang semakin sempit dalam media elektronik
Sebelum ini, Jamaluddin Ibrahim terpaksa digugurkan dari rancangan call-in pada pagi 19 Ogos 2010, berikutan "tekanan politik" yang kononnya datang daripada majikannya, iaitu MCA.  Rancangan tersebut didakwa "mengutarakan hujah yang tidak sesuai dan bias", sehingga disiasat Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC).
Susulan daripada kejadian tersebut, Star Rfm Sdn. Bhd mengambil langkah untuk menggantung jawatan (suspend) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO 98.8) Wong Lai Ngo, dan Pengarah Program (Director of Programming 98.8) Tan Chia Yong, sebelum memecat mereka kemudiannya.
Antara kejadian yang berlaku dalam media elektronik pada ketika itu termasuklah perletakan jawatan penerbit rancangan NTV7, Joshua Wong sebagai protes kerana self-censorship yang keterlaluan.  Chou Z Lam, penerbit rancangan yang dihentikan RTM sebelum tempoh perkhidmatan tamat mengikut kontrak, dan Tan Ean Nee yang tidak diperbaharui kontraknya oleh RTM.
Kejadian bersiri ini dibaca sebagai tekanan terhadap media elektronik, yang semakin sempit ruang kebebasannya.  Satu gerakan bergelar "1 Muted Malaysia" telah diadakan, dengan aktiviti perarakan dan forumnya, sebagai usaha untuk menyedarkan orang awam terhadap pencabulan kebebasan bersuara pada zaman pemerintahan PM keenam, Najib Razak.

Teks Ucapan Ketua Pembangkang Parlimen

Yang diPertua Dewan Rakyat, Ahli-Ahli Dewan Rakyat sekalian
PENDAHULUAN
Ucapan perbahasan Ketua Pembangkang pada kali ini mempunyai beberapa keunikan.
Pertamanya, ia jatuh pada tanggal 8 Mac yang terpahat sebagai tarikh keramat kematangan rakyat Malaysia menuntut reformasi yang memungkinkan wujudnya satu pakatan pembangkang persekutuan yang kuat untuk menyemak setiap tingkah laku kerajaan.
Dalam masa tiga tahun Parlimen Kedua Belas berlangsung, dengan kehadiran wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat satu persatu tindakan Barisan Nasional yang membelakangkan rakyat dihentikan.  Bermula dengan desakan supaya pengenalan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan ditangguhkan sehinggalah beberapa syarat yang membela rakyat dicapai dahulu, sehinggalah pemansuhan judi bola yang cuba dilaksanakan secara senyap-senyap oleh Barisan Nasional.
Kematangan rakyat Malaysia yang dizahirkan di peti undi pilihanraya tiga tahun lalu membuka lembaran baru dalam sejarah negara kita.  Dewan Rakyat pada hari ini adalah dewan yang diperkasakan dengan suara rakyat.  Kehadiran wakil-wakil dari Pakatan Rakyat memberi makna kepada fungsi dan perjalanan Dewan Rakyat, bukannya dewan kosong yang jarang dikunjungi wakil-wakil Barisan Nasional sebelumnya.
Pun begitu, Barisan Nasional tetap mengintai ruang untuk menggunakan Dewan Rakyat pada hari ini bagi menutup suara rakyat.  Apabila wakil-wakil rakyat mempersoalkan kewajaran membelanjakan ratusan juta ringgit untuk membayar syarikat asing yang ada kaitan dengan perisikan Yahudi bagi menjalankan kempen-kempen kerajaan, Ketua Pembangkang dan tiga wakil rakyat digantung.
Dalam suasana itu, kita kembali bersidang dengan hikmah yang jelas untuk dihayati.  Suara rakyat yang dilambangkan oleh 8 Mac akan terus berkumandang di Dewan Rakyat tidak kira apa helah yang akan digunakan Barisan Nasional selepas ini.
SUARA RAYA RAKYAT SEBAGAI PEDOMAN
Dewan yang mulia, tempoh dua bulan sejak dewan ditangguhkan akhir tahun lalu menyaksikan perubahan mendadak dunia.  Penggal Ketiga ditangguhkan dalam suasana dunia Islam di Timur Tengah masih di bawah telunjuk diktator-diktator yang telah berkuasa berdekad-dekad lamanya.  Sewaktu dewan ditangguhkan dulu, tidak ada seorang pun yang berada di dalam dan di luar dewan ini, hatta mereka yang sering melawat ibu kota-ibu kota Timur Tengah pun akhir-akhir ini, yang dapat menduga bahawa diktator-diktator ini boleh ditumpaskan oleh rakyat mereka dalam masa sesingkat dua bulan.
Sumber: Gambar Reuters
Hosni Mobarak (gambar kanan) ada segala-galanya.  Seluruh sistem negara dan kerajaan berada dalam genggamannya.  Semua bentuk tentangan yang boleh mencabarnya telah dicantas.  Aktivis politik yang tidak disukainya dipenjarakan sewenang-wenangnya.  Corong-corong televisyen secara berterusan menyiarkan saban hari imej-imej seorang diktator yang harus ditakuti dan diikuti rakyatnya.
Mesir diperintah dibawah undang-undang darurat sejak tahun 1967.  Dalam pilihanraya parlimen 2010 yang berlangsung serentak dengan sidang dewan ini Disember lalu, partinya menang 95% dari semua kerusi parlimen yang dipertandingkan.
Makanya, tidak ada sesiapa pun yang boleh menyangka sebulan selepas itu Hosni Mobarak hilang tampuk pemerintahan dan dalam sekelip mata, Mesir yang ada hari ini adalah Mesir yang cukup berbeza.
Hosni Mobarak, isterinya dan keluarga terus menghilangkan diri seperti mana Ben Ali dan isterinya dan keluarga; pada waktu rakyat Mesir bangkit menuntut keadilan dan kebertanggungjawaban.  Diktator-diktator yang sekian lama berkuasa ini tenggelam dalam sekelip mata di tengah-tengah gelombang suara rakyat yang tidak boleh dihentikan oleh sesiapa pun.
Apakah Hosni Mobarak tidak menguasai setiap aparatus kerajaan, tentera dan polis? Apakah pengendalian pilihanraya tidak dipesongkan supaya partinya menang besar dalam pilihanraya terbaru?  Apakah Hosni Mobarak membenarkan sekelumit ruang pun bagi media melaporkan secara adil dan terbuka?
Namun apabila suara rakyat sudah menjadi suararaya, semuanya akan tenggelam.  Keputusan pilihanraya yang diadu-domba akan hanyut bersama-sama pimpinan bobrok yang tidak pernah serik mencari manipulasi untuk menghalalkan penipuan di peti undi.
Sebab itu, penggal Dewan Rakyat kali ini perlu memandang serius perkembangan tidak sihat bersabit manipulasi pilihanraya dan ketelusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang semakin dipersoalkan.  Selepas tsunami 8 Mac, kegilaan untuk memanipulasi perjalanan pilihanraya demi menjamin kemenangan Barisan Nasional semakin menjadi-jadi.
Hari ini, rakan saya dari Machang mendedahkan bagaimana 449 isteri anggota tentera dari Kok Lanas ditukar status menjadi pengundi pos, sedangkan mereka tidak pernah memohon atau membenarkan penukaran tersebut.  SPR tidak dapat mempertahankan tipu helah menukar status undi dan terpaksa tunduk kepada tuntutan untuk membatalkan status undi pos tersebut.
Minggu lepas, rakan-rakan dari Perak telah mendedahkan peningkatan mendadak undi pos sebanyak 8,470 pengundi di 6 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi oleh pemimpin kanan Barisan Nasional Perak.  Dari jumlah itu, peningkatan paling tinggi adalah di kerusi Menteri Besar sendiri iaitu 5,669 pengundi pos baru di Pangkor.
Manipulasi dan permainan kotor sebegini boleh sahaja diteruskan.  Rakyat akan terus memerhati, tetapi jangan sampai keyakinan rakyat kepada saluran peti undi luntur dan bertukar kepada saluran suara raya rakyat yang diperturunkan di rapat-rapat umum.
Mutakhir ini, menteri-menteri dari sebelah sana amat ghairah memberi amaran kepada rakyat supaya tidak mengambil jalan suara raya rakyat seperti yang berlaku di Timur Tengah.  YB Pekan berkali-kali memberi amaran bahawa keadaan di Timur Tengah dan Malaysia adalah berbeza.
Saya ingin mengajak semua ahli dewan supaya mengambil pedoman dari kebangkitan suara raya rakyat yang berlaku di seluruh dunia Islam.  Dunia pada hari ini sudah berubah.  Zaman penguasa memberi amaran kepada rakyat supaya mengikut telunjuknya sudah berakhir.  Zaman kerajaan menjadi penguasa sudah berakhir dalam dunia Islam.
Ini zaman suara raya rakyat.  Kita perlu hadam bahawa dalam arus ini, rakyat yang memberi amaran kepada penguasa, bukannya penguasa menakut-nakutkan rakyat dengan ugutan dipenjara, dihadapkan ke mahkamah atau digantung dari Parlimen.
SPR dan semua badan yang bertanggungjawab perlu mengambil pedoman dari kebangkitan rakyat di Timur Tengah.  Jangan sampai pilihanraya umum hanya memuncakkan kemarahan rakyat dan kerajaan yang dipilih di saluran peti undi ditumbangkan oleh rakyat tidak sampai dua bulan selepas pilihanraya, kerana kerajaan yang dipilih dengan cara manipulasi undi adalah kerajaan yang tidak sah di mata rakyat.
PRESTASI EKONOMI YANG TERKEBELAKANG, DAYA SAING SEMAKIN BERKURANG
Tuan Yang diPertua, saya juga ingin melahirkan kebimbangan bahawa prestasi ekonomi negara dalam tahun 2010 disalahertikan oleh Barisan Nasional sehingga menutup isu-isu besar mengenai struktur dan kedudukan ekonomi negara yang memerlukan perhatian serius.
Angka pertumbuhan 7.2% perlu dibandingkan dengan pencapaian jiran-jiran kita dan bukannya dinilai secara bersendirian.  Singapura dan Indonesia contohnya masing-masing berjaya mencatatkan pertumbuhan 14.5% dan 6.1% dalam tahun 2010.  Kedua-dua jiran kita ini mengatasi pertumbuhan Malaysia; apatah lagi apabila pertumbuhan Indonesia adalah berdasarkan angka pertumbuhan asas yang lebih tinggi kerana Indonesia tidak mengalami penguncupan ekonomi dalam tahun 2009 seperti mana Malaysia dan Singapura.
Pertumbuhan 14.5% yang dicatatkan Singapura disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam sektor perkilangan pada kadar 29.7% pertumbuhan tahunan.  Jika dibandingkan dengan Singapura, pencapaian kita malap dalam kedua-dua aspek - pertumbuhan ekonomi hanyalah separuh dari yang dicapai Singapura, sementara pertumbuhan sektor perkilangan pada kadar 11.4% hanyalah setakat satu pertiga pencapaian Singapura.
Pertumbuhan sektor perkilangan yang lebih rendah berbanding jiran diburukkan lagi dengan penguncupan dua sektor penyumbang utama di dalam suku keempat 2010.  Sektor perlombongan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada pendapatan Kerajaan Persekutuan melalui hasil minyak dan gas serta kelapa sawit.  Kedua-dua sektor ini mencatatkan penguncupan dalam suku keempat pada kadar 1.3% (perlombongan) dan 4.3% (pertanian).  Akibatnya, pertumbuhan tahunan yang sangat rendah pada kadar 0.2% (perlombongan) dan 1.7% (pertanian) adalah satu lagi petanda bahawa ekonomi kita semakin malap.
Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan telah mencecah RM407 bilion menjelang akhir 2010, bersamaan 53.1% berbanding saiz KDNK negara.  Kegagalan merancakkan pelaburan swasta menyebabkan kerajaan terlalu bergantung kepada projek-projek mega dan perbelanjaan kerajaan untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi, sehinggakan defisit fiskal menjadi salah satu masalah utama ekonomi negara.
Defisit fiskal negara memuncak pada aras 7% dalam tahun 2009 dan hanya menurun kepada 5.6% tahun lalu, sedangkan sasaran kerajaan yang diumumkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 adalah 5.3% bagi tahun 2010.  Malaysia hanya berjaya menarik aliran masuk pelaburan asing (FDI) sebanyak USD7 bilion dalam tahun 2010, jauh ditinggalkan Singapura yang mendapat sejumlah USD37.4 bilion aliran masuk pelaburan asing.
Angka-angka ini secara jelas menunjukkan bahawa ekonomi kita terus malap dan rakyat cuba dikaburi oleh Barisan Nasional dengan angka-angka yang tidak mencerminkan keadaan sebenar ekonomi negara.
TATAKELOLA PETRONAS AKIBAT CAMPUR TANGAN POLITIK
Tuan Yang diPertua, saya ada menyebut mengenai pertumbuhan 0.2% dalam sektor perlombongan yang berkait rapat dengan industri minyak dan gas di negara ini.  Pengurusan dan tatakelola yang kukuh dalam industri minyak dan gas adalah sangat penting, memandangkan kedudukan strategik PETRONAS sebagai pemacu kemajuan negara.
Jasa dan peranan PETRONAS tidak boleh dipersoalkan lagi.  Kemampuan PETRONAS mengambil pendekatan strategik bersaing di peringkat antarabangsa untuk menambah rizab minyak dan gas negara telah meletakkan landasan PETRONAS di landasan yang baik sebagai salah sebuah gergasi minyak dan gas dunia.
Saban tahun sebelum ini, kita mendengar berita gembira bagaimana perolehan dan keuntungan yang disumbangkan oleh operasi luar negara PETRONAS semakin meningkat.  Secara langsung, ia memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa kita berjaya mengurangkan kebergantungan kepada rizab minyak dan gas dalam negara yang dijangkakan akan susut antara 20 tahun (bagi minyak mentah) dan 34 tahun (bagi gas).
Strategi PETRONAS mengimbangi pelaburan kapitalnya di dalam dan luar negara dipersetujui rakyat dan ia juga menjadi lambang kebanggaan rakyat Malaysia apabila PETRONAS menjadi rakan pintar membangunkan negara-negara lain seperti Sudan, Vietnam, Turkmenistan dan Chad.
Namun kebelakangan ini, ada satu peralihan dasar yang cukup-cukup membimbangkan dan mempersoalkan hala tuju pelaburan PETRONAS.
Dalam suasana PETRONAS menghadapi keadaan tidak menentu akibat referendum di Sudan yang memilih untuk memisahkan Sudan Selatan dari persekutuan kerajaan di utara, PETRONAS pula mengambil tindakan drastik mahu menumpukan operasi carigali dan pelaburannya di dalam negara.
Saya mohon supaya YB Pekan menjelaskan kepada dewan apakah kesan perkembangan di Sudan kepada perolehan dan keuntungan PETRONAS, memandangkan lapangan minyak di Sudan adalah lapangan minyak luar negara terbesar yang diusahakan oleh PETRONAS.  Dianggarkan satu pertiga dari operasi minyak mentah PETRONAS di luar negara datangnya dari lapangan-lapangan minyak di Sudan.  Di manakah kebijaksanaan menukar strategi pelaburan yang membelakangkan operasi luar negara; sedangkan PETRONAS mungkin kehilangan hasil sedia ada dari lapangan minyaknya di Sudan?
Saya juga memohon supaya Dewan membahaskan dengan mendalam pengumuman terbaru PETRONAS menganugerahkan kontrak perkhidmatan petroleum kepada sebuah konsortium yang dianggotai oleh Petrofac (sebuah syarikat minyak berasal dari United Kingdom), Kenchana Petroleum dan Sapuracrest Petroleum untuk membangunkan lapangan gas Berantai yang membabitkan pelaburan kapital RM2.5 bilion.
Berbeza dengan kontrak perkongsian pengeluaran yang biasa digunakan sejak PETRONAS ditubuhkan, sehingga kini rakyat masih belum mendapat maklumat yang jelas apakah bentuk risiko dan pelaburan yang akan ditanggung oleh PETRONAS, memandangkan kedua-dua syarikat tempatan di dalam konsortium adalah syarikat berkepentingan yang mempunyai hubungan rapat dengan elit pemerintah di negara ini.
Kita juga mempersoalkan bagaimanakah dua buah syarikat yang tidak pernah terbabit di dalam operasi carigali dan pengeluaran gas tiba-tiba diberikan peluang menyertai konsortium terbabit, dalam keadaan rakyat tidak pasti apakah bentuk imbuhan kewangan yang diberikan oleh PETRONAS kepada mereka.
Perkara-perkara ini menimbulkan tanda tanya mengenai tahap tatakelola dan pengurusan di PETRONAS sejak akhir-akhir ini; selepas campur tangan dari Pejabat Perdana Menteri yang mengakibatkan pucuk pimpinan di PETRONAS bertukar.
Masa depan negara berkait rapat dengan PETRONAS, maka sewajarnya perubahan-perubahan dasar yang besar seperti ini dibincangkan dengan mendalam di Dewan Rakyat agar kepentingan rakyat benar-benar terjaga.
KETIDAKTELUSAN PROJEK MEGA DI BAWAH ETP
Tuan Yang diPertua, YB Pekan menjanjikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pengurusan ekonomi dan kewangan negara di dalam semua kempen yang menelan belanja yang besar.  Paling kurang, beliau faham bahawa rakyat memerhatikan kesungguhan beliau memerangi rasuah dan memastikan wang rakyat tidak disonglap oleh golongan elit pemerintah.
Memang benar ada beberapa bekas menteri yang kini dihadapkan ke mahkamah dan kita menunggu keadilan diberikan kepada rakyat Malaysia, yang terpaksa menanggung bebanan hutang berbelas billion akibat pimpinan negara yang dengan mudah sahaja boleh ditipu oleh menteri-menteri yang dilantik Perdana Menteri sendiri.
Pun begitu, adalah tidak memadai sekiranya beberapa kerat bekas menteri ini dijadikan kambing hitam sedangkan seluruh perjalanan kerajaan masih belum menampakkan tanda-tanda prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan diamalkan sepenuhnya.
Saya bimbang dengan pengumuman-pengumuman besar yang dibuat oleh YB Pekan akhir-akhir ini yang melibatkan hampir seratus billion wang rakyat, melalui projek-projek mega yang disenaraikan sebagai projek EPP.
Pada mulanya Barisan Nasional mengabui mata rakyat bahawa kononnya projek-projek ini akan dibiayai oleh swasta, tetapi senyap-senyap kemudian menganugerahkan kontrak kepada syarikat-syarikat tertentu yang akhirnya akan dibiayai keseluruhannya oleh dana rakyat.
Kita perlu berwaspada dengan terma-terma baru yang digunakan oleh pentadbiran ini, yang terkini adalah project delivery partner atau rakan pengurus projek yang sebenarnya adalah nama baru untuk menganugerahkan projek mega kepada kroni dengan menggunakan wang rakyat.
Bagaimana konsep PDP ini berbeza dengan pelbagai konsep-konsep yang menyelewengkan wang rakyat sebelum ini?  Sebuah syarikat berkepentingan membelanjakan wang mereka menyiapkan satu cadangan, kemudian cadangan itu dibawa kepada kerajaan.
Kerajaan yang bersetuju akhirnya menganugerahkan projek yang dicadangkan itu untuk diuruskan sepenuhnya oleh syarikat kroni terbabit, tetapi dibiayai oleh wang rakyat.  Syarikat kroni kononnya akan mengadakan tender terbuka dalam menguruskan projek, tetapi pemilihan PDP langsung tidak melalui tender terbuka.
Oleh yang demikian, saya cukup gusar dengan anggaran kos projek MRT yang dikatakan sudah mencecah RM50 bilion yang dianugerahkan kepada Gamuda-MMC.  Pertamanya, tidak ada jaminan bahawa kos tersebut sudah disemak secara bebas dan telus - maka tidak ada jaminan bahawa bayaran komisen beberapa peratus - 10%, 20%? - telah pun dimasukkan ke dalam jumlah keseluruhan RM50 bilion, memandangkan kerajaan menerima bulat-bulat cadangan projek dan kos yang dibentangkan oleh Gamuda-MMC.
Begitu juga aspek tatakelola pemilihan sub-kontraktor, apabila konsortium Gamuda-MMC sendiri yang akan terbabit di dalam beberapa pakej bawah tanah yang menelan sebahagian besar kos pembinaan MRT.  Hanya di Malaysia yang mana sebuah syarikat yang akan membida diberi tanggungjawab menjadi penyelia proses bidaan, tidak ubah seperti kuasa seorang hakim, polis dan penghukum semuanya dipusatkan di dalam satu tangan.
Oleh itu, kita perlu berwaspada dengan tiga pengumuman projek mega di bawah ETP yang langsung tidak menghormati suara raya rakyat yang menuntut kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pengurusan wang rakyat.
Projek-projek itu adalah pembinaan MRT yang menelan belanja RM50 bilion dan dianugerahkan kepada Gamuda-MMC, projek River of Life yang menelan belanja RM8 bilion dan telah dianugerahkan kepada MRCB dan Ekovest serta pembangunan semula hartanah Sungai Besi yang dilaporkan menelan belanja RM26 bilion dan dianugerahkan kepada 1MDB, sebuah lagi syarikat berkepentingan.
Melalui konsep PDP yang secara jelas akan menggunakan wang rakyat, sebanyak RM84 bilion wang rakyat akan digunakan.  Jika kerajaan menerbitkan bon sebanyak RM84 bilion lagi untuk menampung projek-projek ini, bermakna sepuluh generasi akan datang akan menanggung hutang.
Ini tidak termasuk jumlah hutang sedia ada yang ditanggung oleh 20 GLC dan dijamin kerajaan, pun sebanyak RM84 bilion pada akhir tahun 2009 seperti yang terkandung di dalam laporan terkini Ketua Audit Negara.
Makanya, yang berubah hanyalah Perdana Menteri dan kabinet serta istilah-istilah baru untuk mengabui mata rakyat.  Kebobrokan dan penyelewengan wang rakyat akan terus berlaku, bezanya jumlah sudah meningkat berkali ganda.
BARANG NAIK DI BAWAH BN
Tuan Yang diPertua, saya juga tertarik dengan komen-komen pimpinan kerajaan bahawa kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa mengenai kenaikan harga barang kerana ia satu fenomena dunia.
Saya cukup tercuit apabila melihat rakan-rakan dari Barisan Nasional gundah gulana setiap kali rakyat menimbulkan isu Barang Naik, kerana BN dan Barang Naik sudah sinonim di mata rakyat.
Namun, saya mohon supaya kerajaan memainkan peranan yang lebih proaktif menangani masalah inflasi yang dihadapi oleh rakyat, kerana kadar inflasi sesebuah negara dan kemampuan rakyat berbelanja berdasarkan pendapatan boleh belanja (disposable income) adalah tanggungjawab kerajaan, mengikut dasar-dasar ekonomi yang ditetapkan oleh kerajaan.
Contohnya, apabila rakyat terpaksa membayar 70% cukai ke atas setiap buah kereta yang dibeli, sudah tentu pendapatan boleh belanja rakyat akan menurun, kerana menanggung bayaran tetap yang tinggi bagi perumahan dan kenderaan setiap bulan.
Apabila kerajaan membuat keputusan untuk menarik balik sejumlah satu hingga dua bilion subsidi bahan api dan makanan kepada rakyat sedangkan RM84 bilion diperuntukkan untuk projek mega, sudah tentu harga barang akan naik mendadak.
Apabila kerajaan sehingga kini belum berjaya mencapai sasaran pengurangan import makanan walaupun lebih RM10 bilion dibelanjakan untuk pelbagai tabung keselamatan makanan sejak tahun 2000, sudah tentu negara akan terus bergantung kepada import makanan dan dipengaruhi turun naik harga komoditi dunia.
Tetapi dalam ketiga-tiga contoh tadi, kerajaan persekutuan boleh mengambil tindakan proaktif dan meletakkan keutamaan yang sebetulnya, jika benar rakyat yang diutamakan.  Di mana letaknya kekuatan moral sebuah kerajaan yang boleh membelanjakan RM84 bilion untuk projek mega sedangkan satu dua bilion yang betul-betul mempunyai kesan kepada perbelanjaan rakyat seharian dipotong.
Sebab itu, saya mengulangi pendirian Pakatan Rakyat bahawa harga minyak petrol dan diesel akan diturunkan serta merta apabila Pakatan Rakyat berkuasa. Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport minyak mentah berkualiti tinggi akan tetap membuat laba keuntungan yang melebihi kenaikan kos menanggung subsidi setiap kali ada perubahan harga minyak di pasaran dunia.
Dalam keadaan harga minyak mencecah USD$100 setong dan kos pengeluaran purata sekitar USD$40 setong, sebahagian kecil keuntungan dari hasil minyak negara boleh diperuntukkan demi mengurangkan bebanan rakyat seharian, sementara kita mencari mekanisme terbaik merasionalisasikan subsidi agar hanya golongan yang layak diberikan subsidi.
Kalau Barisan Nasional tidak ada kekuatan moral dan keberanian untuk melaksanakan ini, Barisan Nasional juga tidak boleh mendabik dada dengan peneroka-peneroka FELDA seolah-olah harga komoditi kelapa sawit yang tinggi itu adalah hasil pengurusan FELDA di bawah pentadbiran Barisan Nasional.
Kalau mahu mencuci tangan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak berkemampuan mengawal kenaikan harga barang, maka Barisan Nasional juga perlu mengakui bahawa kenaikan apa-apa harga komoditi termasuklah kelapa sawit tidak ada kene-mengena dengannya.
PENUTUP
Tuan Yang diPertua, akhir sekali saya mohon supaya kita kembali kepada suara raya rakyat kerana perubahan dunia yang mendadak akhir-akhir ini, memberi gambaran bahawa kita berada di dalam era baru.
Perkara-perkara kebajikan rakyat perlu ditangani dengan sebaiknya dan setiap sen wang rakyat perlu ada kebertanggungjawaban, bukannya di zaman-zaman lalu yang mana wang rakyat menjadi harta peribadi golongan elit negara.  Zaman itu telah berlalu.
Sebab itu, rakyat akan memandang sinis pengumuman kerajaan pada muka surat 11 Titah Seri Paduka Baginda yang disiapkan oleh kerajaan Barisan Nasional, perenggan 27 bahawa hanya ada 100 keluarga yang berada di dalam paras kemiskinan tegar di seluruh Malaysia.
Data itu langsung tidak kena dengan penerimaan Menteri Sumber Manusia sendiri bahawa dianggarkan 34% dari pekerja di Malaysia dibayar gaji dibawah paras kemiskinan.  Kerajaan boleh sahaja mendabik dada bahawa hanya ada 100 orang keluarga miskin tegar di Malaysia, tetapi keluar sahaja Bangunan Parlimen, jika kita menjelajah sekitar Kuala Lumpur - kita tahu hakikatnya berbeza.
Kerajaan yang sudah hilang pedoman dan lupa realiti sebenar kesengsaraan rakyatnya selalunya akan bertemu dengan kebangkitan suara raya rakyat.
Saya doakan supaya mana-mana kerajaan yang berkuasa baik di peringkat persekutuan atau negeri akan terus mendengar suara raya rakyat sebagai pedoman.
Wabillahi taufik walhidayah, wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

*Ucapan Ketua Pembangkang Perbahasan Pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Ke-12, dibacakan Saifuddin Nasution Ismail (ahli parlimen Machang, gambar kanan), berikutan penggantungan Anwar Ibrahim daripada memasuki Dewan Rakyat selama enam bulan.

Ucapan menjunjung titah YDP Agong oleh Ketua Pembangkang sarat mesej dan peringatan

Ucapan perbahasan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang yang disampaikan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution hari ini menyentuh pelbagai perkara, termasuk isu ekonomi, media dan kebajikan kepada rakyat.
Kehadiran ramai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional menunjukkan perhatian secara khusus diberikan kepada ucapan tersebut, meskipun tanpa kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Intipati yang dirumus dalam titah Yang Dipertuan Agong berkisar kepada perkara antaranya kepentingan memelihara agama, menjaga jiwa, menjaga akal, memelihara keturunan dan memelihara harta,” kata Saifuddin dalam mukadimahnya.
Beliau menjelaskan bahawa agenda yang digagaskan oleh Pakatan Rakyat berhubung pengurusan ekonomi dan pentadbiran negara adalah berasaskan keadilan, kesaksamaan dan kebebasan dari ketakutan.
“Keadilan hanya dapat dicapai ketika rakyat ditadbir oleh pemerintahan yang berintegriti. Memang integriti itu tinggi, tetapi kekuasaan lebih kuat. Oleh itu, dimana-mana integriti sering dikalahkan oleh kekuasaan.
“Keyakinan kami adalah gerakan rakyat yang menggerakkan kuasa keramat yang mampu menundukkan keangkuhan dan kesombongan. Rakyat yang akan memimpin, pemimpin pula akan menuruti,” katanya.
Ketika ucapan mulai menyentuh isu kebangkitan rakyat Arab di Timur Tengah, beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat turut bangun meminta laluan untuk ‘menambah pedas’ dalam ucapan perbahasan tersebut.
Antaranya ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).
Mahfuz ‘membidas’ pandangan Saifuddin dengan menegaskan bahawa Malaysia dan Mesir ‘jauh berbeza’.
“Salah tuduhan Yang Berhormat itu. Malaysia dengan Mesir memang tak sama, tapi ‘serupa’,” seloroh Mahfuz.
Saifuddin turut memberikan laluan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional, antaranya Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid.
Azmi berkata kerajaan Malaysia telah melaksanakan dasar kebebasan media, dengan mengemukakan bukti kewujudan akhbar-akhbar seperti Harakah dan Suara Keadilan.
Sementara itu, Khalid Samad (Shah Alam) mencelah dan bercadang agar tawaran dalam Buku Jingga yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat dikemukakan secara terbuka melalui forum atau debat yang disiarkan secara langsung.
“Dengan cara itu barulah rakyat dapat membuat penilaian berdasarkan kepada hujah kedua-dua pihak. Inilah penyakit yang dialami oleh negara kita, kerana hanya mendengar dari satu pihak sahaja,” kata Khalid tanpa disanggah oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional,.
Ucapan perbahasan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong Ketua Pembangkang yang disampaikan oleh Saifuddin berakhir dengan peringatan agar mana-mana pemerintah tidak lupa tanggungjawab dan amanah yang diberikan.
“Kerajaan yang sudah hilang pedoman dan lupa realiti sebenar kesengsaraan rakyatnya selalunya akan bertemu dengan kebangkitan suara rakyat.
“Saya doakan supaya mana-mana kerajaan yang berkuasa baik di peringkat persekutuan atau negeri akan terus mendengar suara raya rakyat sebagai pedoman,” katanya.

Projek MRT Perlu Dihentikan Sehingga Jawatankuasa Parlimen Ditubuh

KUALA LUMPUR 8 MAC: Kerajaan Umno-BN digesa mengeluarkan surat henti kerja projek Sistem Transit Awam (MRT) sehingga satu jawatankuasa parlimen ditubuhkan  bagi memantau projek tersebut.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu sidang media di Parlimen pagi tadi berkata satu jawatankuasa parlimen bagi memantau projek MRT ini  perlu ditubuhkan untuk menjelaskan perincian projek berkenaan.

"Kita mewakili PR menggesa agar satu arahan henti kerja dikeluarkan sehingga kesemua persoalan yang berlegar di sekitar isu ini diselesaikan.
"Saya rasa kita semua sedar berkenaan projek MRT yang merupakan projek pembinaan terbesar pernah dilaksanakan di negara ini, walaupun hasilnya membawa kebaikan kepada penduduk Lembah Klang tetapi projek ini telah menimbulkan pelbagai persoalan dari kontroversi semasa pemilihan syarikat rakan pengurusan projek, pemilihan  syarikat yang tidak boleh dipercayai, timbulnya tanda-tanda awal serupa seperti sebelum isu penyelewengan PKFZ (Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang) dan kekurangan pelan intergasi dengan sistem sedia ada," jelas beliau.

Beliau menambah, kerajaan juga telah bertindak menolak kertas cadangan sebuah syarikat tempatan, Scomi Group Bhd yang telah menawarkan untuk melaksanakan
projek tersebut dengan kos RM25 bilion sahaja berbanding RM36.6 Bilion yang diterima oleh kerajaan Umno-BN bersama rakan pembangunannya iaitu syarikat  kerjasama antara Gamuda dan MMC Corp Bhd.

"Kita meminta kerajaan untuk menjelaskan isu ini dan sekiranya benar, kerajan perlu jelaskan kenapa kertas cadangan mereka (Scomi) ditolak dan diberikan pula
kepada Gamuda-MMC. Pengalaman serta kepakaran Gamuda-MMC adalah pada pembinaan serta kerja-kerja pembinaan terowong yang mana tidak mencukupi berbanding dengan Scomi yang merupakan salah satu daripada dua syarikat pembekal sistem integrasi di dunia yang memberi khidmat penyelesaian awal ke akhir, termasuk mereka, merangka, dan intagrasi stok monorail dengan sistem sedia ada," kata beliau lagi.

Beliau seterusnya mempersoalkan mengapa kerajaan Umno-BN tidak menerima kertas cadangan Scomi yang mempunyai pengalaman dan rekod kerja yang bagus di timur Tengah, Amerika Selatan serta Asia.

Tambah lagi, kerajaan juga perlu jelaskan sebab Scomi ditolak sekiranya benar tawaran Scomi jauh lebih murah daripada syarikat pembinaan yang dilantik sekarang.

"Malangnya tiada jawapan diterima setakat ini maka PK menggesa kerajaan mengeluarkan arahan henti kerja dengan seberapa segera sehingga satu jawatankuasa
parlimen ditubuhkan yang mana akan memantau dan memastikan kertas cadangan terbaik sahaja yang akan diterima dan dilaksanakan oleh kerajaan,"tegas Izzah lagi.

Muhyiddin: Komponen Pakatan Rakyat tidak ‘sebulu’....!!!! BN tak skodeng...!!!

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Tindakan pemimpin pakatan pembangkang yang membuat penafian bahawa ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai liability kepada PAS merupakan satu cara untuk mengaburi mata rakyat.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hakikat sebenarnya adalah hubungan di antara PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tidak ‘‘sebulu’’.
“Kenapa perlu buat kenyataan seperti ini (penafian), ia sudah menjadi lumrah pada pihak PAS dan Anwar bekerja dalam pakatan tetapi kenapa buat kenyataan untuk jelaskan, pengajaran bagi kita ialah sikap bermuka-muka antara mereka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau pada Ahad lepas antara lain disebabkan faktor Anwar sebagai liabiliti kepada parti tersebut.
Muhyiddin (gambar) berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution hari ini yang menolak keras tanggapan Najib dan menyifatkannya bahawa ia sebagai satu serangan politik biasa oleh Barisan Nasional (BN).
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata pembangkang mengakui bahawa Anwar bukanlah satu-satunya faktor kemenangan tetapi ianya seperti satu hakikat yang diterima bahawa faktor Anwar adalah sangat relevan dan signifikan dalam menentukan kekuatan pakatan pembangkang.
Muhyiddin berkata kekalahan itu memberikan satu tamparan hebat kepada PAS kerana kehadiran Anwar dan anggota pembangkang yang lain ketika kempen pilihan raya kecil tersebut dilihat tidak menyumbang kepada undi yang dikehendaki oleh PAS.
“Kalau boleh mereka (PAS) tidak mahu Anwar turun, mereka tidak mahu mengaku, tetapi kita tahu daripada beberapa sumber yang kita dapat bahawa mereka rasa Anwar sudah menjadi liabiliti, imej Anwar sudah tercalar dengan perkara yang telah berlaku pada diri beliau.
“Sebab itu PAS kalau boleh nak jauhkan diri, tetapi Anwar fikir ini adalah hak dia kerana dia adalah kepala (ketua) pembangkang sebab itu dia turun ke bawah (berkempen),” katanya.
Mengulas mengenai kerajaan PAS Kelantan yang tetap mempertahankan pendiriannya mengharamkan segala bentuk perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman tersebut, Muhyiddin berkata perkara itu perlu diserahkan kepada masyarakat bukan Islam untuk menilai sikap dan pendirian kerajaan PAS dalam soal itu.
“Di situ telah berbangkit masalah tentang perkara biasa yang diamalkan dan sekatan baru yang diperkenalkan oleh kerajaan PAS yang telah dianggap oleh pihak bukan Islam menyentuh hak mereka.
Mereka kata dari segi undang-undang tidak salah, disebabkan itu tindakan mereka telah menimbulkan rasa tidak puas hati, itu petanda tentang sikap PAS sebenar dan layanan (terhadap) masyarakat bukan Islam dalam negara kita,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau dimaklumkan bahawa MCA sudahpun mengambil maklum mengenai perkara itu dan difahamkan bahawa parti komponen BN itu sudah membuat laporan kepada pihak berkuasa.
“Apakah tindakan yang pihak MCA hendak buat saya tidak tahu kerana saya tidak dapat laporan lagi, pihak-pihak tertentu merasakan bahawa hak mereka ini dihalang atau disekat dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan,” katanya.
Pada 28 Februari lalu, pihak berkuasa tempatan menyaman dua pemilik kedai buku di Kelantan kerana menjual tiket loteri menyebabkan timbul dakwaan bahawa Kerajaan PAS Kelantan menidakkan hak penganut agama lain di negeri itu. — Bernama

NAK KAJI APA LAGI? PRK DAH HABIS...PENAIK SAJA LA



NAK BERBUNGA-BUNGA PULAK
KONON-KONON TUNJUK BAIK
KAH! KAH! KAH!

PENAIK SAJA LA HARGA MINYAK
TAK PAYAH DOK BERDOLAK-DALIH
SEMUA RAKYAT DAH SOKONG BN
APA-ADA HAL


Harga RON95 perlu dikaji semula

KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.

''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.

''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini.

Pada masa ini hanya harga petrol RON97 yang didagangkan mengikut harga semasa minyak mentah dunia.

Tambah Yeoh, diharap trend kenaikan harga pasaran minyak mentah global itu bersifat sementara dan akan kembali stabil apabila krisis politik di Timur Tengah kembali reda.

Sementara itu, beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kadar inflasi semasa ekoran kenaikan harga makanan dunia.

''Penganalisis ekonomi berpendapat, peningkatan harga makanan akan menyebabkan kadar inflasi tempatan melonjak melebihi tiga peratus pada tahun ini,'' jelasnya.

Ketika ditanya mengenai pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini, Yeoh berkata, prestasi Malaysia adalah baik dengan pertumbuhan dijangka pada paras enam peratus.

''Pertumbuhan kukuh akan disokong oleh pemulihan dalam sektor eksport serta harga komoditi yang kukuh,'' tambah beliau.

Selain itu, prestasi pasaran saham tempatan juga kekal positif dan dijangka mencecah paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.

utusanmeloya

Pulangkan Interlok: Polis Soal Pelajar Lebih 10 Jam


KUALA LUMPUR 8 MAC : Tiga pelajar tingkatan lima mendakwa mereka diheret ibu pejabat polis Kuala Kubu Baru dan disoal siasat selama 10 jam selepas mengambil keputusan memulangkan novel Interlok kepada pengetua mereka, Jumaat lalu.

Pada awalnya, tujuh pelajar SMK Kuala Kubu Baru bercadang memulangkan buku teks sekolah mereka kerana mendakwa tidak berpuas hati dengan kandungannya tetapi dihalang oleh guru disipilin yang kemudian mencaci mereka.

"Semua tujuh daripada kami berjalan dengan tenang ke bilik guru besar apabila guru disiplin menahan kami dan mengeluarkan kata-kata yang melukakan perasaan kami," kata seorang daripada pelajar di ibu pejabat Parti Hak Asasi di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut pelajar, guru disiplin didakwa menuduh mereka sengaja menimbulkan masalah di sekolah itu dan mengeluarkan kata-kata yang menghina mereka.

"Kenapa orang India garang? India memang suka rosakkan nama sekolah. Keling memang dasar pariah sejak sejarah lagi," guru itu dilaporkan berkata.

Selepas pertemuan itu, mereka gagal memulangkan novel berkenaan kerana diarahkan bersurai.

Dakwa mereka lagi, semalam, pengerusi persatuan ibu bapa sekolah berkenaan, Baktiar Md Rashid, yang juga seorang pegawai polis membawa tiga pelajar yang terbabit itu ke balai polis untuk disoal siasat tanpa kebenaran ibu bapa mereka.

P Gomathi, 42, ibu kepada seorang daripada pelajar itu berkata beliau berang kerana anak lelakinya dibawa tanpa kehadiran ataupun kebenarannya.

"Anak saya tidak melakukan apa-apa jenayah. Dia cuma mahu memulangkan buku yang tidak mahu dibacanya. Sebaliknya dia dihina dan dibawa ke balai polis seperti seorang penjenayah dengan kereta peronda polis," katanya.

USAHA NAJIB MAHU PECAH BELAHKAN PAS DAN PKR

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHBAR hari ini memetik kenyataan Najib bahawa semasa PRK Dun Merlimau dan Dun Kerdau, terdapat pimpinan PAS tidak menggalakkan DS Anwar datang berkempen ke kawasan tersebut. Satu lagi usaha Najib untuk melaga-lagakan kerjasama PKR dan PAS setelah usaha memperdayakan PAS dengan `Kerajaan Perpaduan' gagal.

Najib selaku PM tentunya mempunyai ramai SB yang ditugaskan meninjau kempen PR di dua kawasan tersebut, malangnya beliau masih tidak tahu apa-apa maklumat atau sememangnya beliau tidak diberitahu. Najib tidak tahu betapa Anwar telah menjelajah dari satu tempat ke satu tempat di dalam satu hari sahaja di Merlimau. Begitu juga di Kerdau, di mana kehadiran Anwar disambut secara `samseng' berperangai `monyet' oleh sekumpulan pemuda yang mengepung dan melontar batu ke kereta Anwar.

Kehadiran Anwar di dalam mana-mana kempen PRK amat dinantikan oleh semua penyokong PR termasuk PAS, ini dibuktikan semua ceramah Anwar mendapat sambutan yang hangat. Jika tidak, masakan ada `monyet upahan' yang menanti kehadiran Ketua Pembangkang itu. Tidak seperti Umno, jika Najib atau Muhyiddin tidak membawa `bekal' serta uncang-uncang yang mahu ditaburkan kepada pengundi, sudah pasti kehadiran beliau tidak dipedulikan rakyat. Bayangkan, Umno sampai ke tahap memanggil betina tua yang masih bujang itu untuk mengajar anak-anak muda dio Merlimau dan Kerdau bagaimana untuk mencarut, bercakap lucah dan melakukan fitnah.

Betina itu mahu anak-anak muda Melayu khususnya menjadi sepertinya yang tiada moral sehingga dibuang oleh keluarganya sendiri. Umno juga sanggup menjemput raja golek punggung M.Daud Kilau dan berdangdut selepas ceramah Ezam sesumpah dan Berahim raja katak. Mengapa bergelek dan berdangdut selepas ceramah? Ini adalah kerana untuk mengelakkan penonton lari sebaik sahaja selesai bergelek dan ceramah pun tidak laku. Itu bezanya cara kita dengan cara mereka.

Namun puak mereka menang bukan kerana Najib, Muhyiddin, betina tua atau ketiga-tiga raja itu iaitu raja gelek, raja sesumpah atau pun raja katak. Mereka menang kerana `habuan' yang diberi dan dijanjikan. Dijanjikan wang tunai RM13 Ribu dibayar Isnin selepas selesai pilihanraya bagi beberapa ratus Peneroka Felda. Terbukti ianya dibayar juga tetapi dengan cek. Tidak kisah cek atau tunai, tetapi mereka telah mendapat apa yang mereka mahu. Peduli apa mereka dengan perjuangan Islam yang ingin dibawa oleh PAS. Selepas ini mereka akan bayar balik wang itu, itu tiada masalah kerana setiap tahun mereka sudah pasti ada bonus kerana harga sawit tetap akan tinggi sehingga kiamat. Peneroka felda orang bertuah di Malaysia sekarang.

Bagaimana dengan warga felda yang lain yang mencukupi syarat untuk mendapat imbuhan seperti yang diperolehi oleh wara felda di Kerdau? Kamu jangan bimbang, bersabarlah manalah tahu ada pula PRK di kawasan kamu selepas ini. Cuma, jangan berdoa Wakil Rakyat kamu mati pula.

Anwar label Mahathir pembohong besar, pecat kerana takut dicabar


KUALA LUMPUR, 8 Mac — Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pelbagai dakwaan dibuat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam buku autobiografinya yang dipasarkan bermula hari ini.
“Dr Mahathir pembohong besar, (dengan) amnesia yang selektif,” kata Anwar kepada The Malaysian Insider menerusi e-mel hari ini menjawab perkara-perkara disentuh bekas ketuanya itu dalam buku tersebut.
Kata Anwar (gambar), dakwaan-dakwaan yang digariskan Dr Mahathir dalam bukunya bukan sesuatu yang baru dan secara konsisten telah menjawab perkara tersebut sejak sebelum dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri.
“Saya telah menafikan dakwaan ini secara terbuka sejak 1997.
“Rujukan beliau kepada empat wanita, saya nafikan,” kata Ketua Umum PKR ini.
Anwar, kini Ketua Pembangkang di Parlimen juga berkata beliau tidak mengulas dakwaan berhubung aktiviti homoseksual kerana dari segi “konteks” yang sebenar telah pun menafikan dakwaan berkaitan hubungan seks melibatkan empat wanita.
“Dalam konteks itu, saya tidak menyebut mengenai (dakwaan) liwat,” kata Anwar lagi.
Dalam bukunya ini, Dr Mahathir menulis bahawa beliau memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri atas dua sebab iaitu tidak layak untuk berkhidmat dalam kerajaan dan juga untuk menggantikannya sebagai perdana menteri.
Bagaimanapun Anwar menegaskan bahawa pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri ekoran keputusan dibuat oleh beliau selaku pemimpin nombor dua ketika itu.
“Keputusan berhubung pemecatan saya: keputusan saya agar Price Waterhouse Coopers menyiasat penyelewengan kewangan melibatkan Tan Sri Eric Chia dan Perwaja,” kata Anwar.
Malah Anwar juga berkata Dr Mahathir menganggapnya sebagai ancaman dan bimbang akan mencabarnya kerana tahu tentang rasuah di kalangan keluarga Dr Mahathir.
“Kebimbangan akan dicabar: saham-saham dan kontrak-kontrak kepada Mokhzani (Mahathir) dan Mukhriz (Mahathir) serta ‘bailout’ bagi Mirzan (Mahathir),” tambah Anwar.
Dr Mahathir mendakwa Anwar telah dibekalkan empat wanita untuk mengadakan hubungan seks sebelum beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.
Bekas timbalan presiden itu berkata beliau ada menemu bual wanita-wanita yang memberitahunya bahawa mereka telah dibawa untuk mengadakan hubungan seks dengan timbalannya ketika itu, yang kemudian didakwa dan dihukum penjara berhubung tuduhan kes liwat dan salah guna kuasa.
Dr Mahathir menulis bahawa merema dipujuk agar berbuat demikian oleh seorang lelaki India bersama Nalla, dipercayai Datuk K. S. Nallakarupan, ketika itu rakan Anwar.
Nallakarupan telah memutuskan hubungan dengan Anwar selepas pemilihan PKR tahun 2007.
“Dia telah membawa setiap perempuan secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di sana mereka bertemu dengan seorang yang (mereka) kenalinya sebagai timbalan perdana menteri.
“Mereka telah diminta menanggalkan pakaian untuk tujuan mengadakan hubungan seks,” tulis Dr Mahathir.
“Dua daripada mereka enggan (mengadakan hubungan seks) tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan,” kata bekas perdana menteri itu.
Dr Mahathir berkata beliau memanggil pemimpin-pemimpin Umno termasuk ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar ke kediaman rasminya Sri Perdana di sini untuk memberi taklimat mengenai perkara itu dan menunjukkan mereka gambar para saksi.
“Dia mengisytiharkan dia tidak melakukan sesuatu yang luar biasa dan menegaskan bahawa setiap orang termasuk kesemua ahli Majlis Tertinggi memang ada berbuat demikian,” tulis Dr Mahathir mengenai pendirian Anwar membela dirinya di hadapan kepimpinan tertinggi Umno.
“Ketika penjelasan panjang lebar, Anwar tidak pernah dirujuk kepada soal hubungan homoseks, hanya fokus hubungan dengan wanita,” katanya.
Anwar kini berhadapan dengan tuduhan kes liwat kali kedua.

'Faktor' Anwar Gerunkan UMNO BN



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih relevan dan mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan penyokong gagasan Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata sebaik sahaja Anwar dibebaskan dari penjara pada 2008, prestasi Pakatan Rakyat meningkat secara drastik.
"Tahun 1999 selepas insiden Anwar Ibrahim, pembangkang memenangi hampir 27 kerusi parlimen Anwar dalam penjara. Tahun 2004 Anwar masih dalam penjara dan prestasi pembangkang menjunam. Tahun 2008 Anwar telah keluar dari penjara dan menjelajah ke seluruh negara dan itu menumbang kepada peningkatan 81 kerusi parlimen secara keseluruhan," katanya.
Kenyataan Saifuddin itu menolak dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Anwar sudah tidak relevan berikutan rakyat semakin menyampah kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Terdahulu, Muhyiddin mendakwa insiden kereta pemimpin pembangkang termasuk kereta Anwar dikasari di DUN Kerdau baru- baru ini menunjukkan pengaruh tokoh politi itu semakin luntur.
Saifuddin berkata UMNO Barisan Nasional gerun pada kreadibiliti dan integriti yang dimilik Anwar seraya berusaha dengan pelbagai cara bagi membenamkan karier politik Anwar.
"UMNO Barisan Nasional mengkaji segala kelebihan dan kelemahan Pakatan Rakyat dan telah mensasarkan serangan watak dengan harapan menjadi lemah," ujar Anwar.
Terbaru, UMNO Barisan Nasional mengekang kemaraan Pakatan Rakyat dengan menggantung Anwar dan 3 lagi Ahli Parlimen Pembangkang iaitu, Azmin Ali (PKR-Gombak), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).
Dalam pada itu Saifuddin menjelaskan tidak timbul isu memilih ketua pembangkang baru bagi menggantikan Anwar di Dewan Rakyat.
"Kita bukan memilih ketua pembangkang. Majlis presiden membuat keputusan tidak ada sebarang pemilihan ketua pembangkang memandangkan ini hanyalah agenda membahas titah diraja," kata Saifuddin.

Lagi pemimpin Umno 'serang' Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus 'diserang' oleh pemimpin BN, khususnya dari Umno.

Hari ini, Bernama melaporkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata rakan sejawatannya dari Kelantan itu semakin menjadi liabiliti kepada PAS apabila sering menyuarakan pendapat mengenai sesuatu isu tanpa asas dan mengelirukan rakyat.

NONEKatanya, kecenderungan Nik Abdul Aziz itu menyebabkan parti Islam itu semakin kehilangan sokongan rakyat.

Menurut Ali (berjaket hitam) kemenangan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini dan DUN Kerdau, Pahang pada Ahad lalu membuktikan sokongan rakyat kepada PAS semakin merosot berbanding pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang beliau tidak menghalalkan kemenangan BN pada kedua-dua pilihan raya kecil itu kerana mendakwa BN menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

Sambil menyangkal dakwaan bahawa BN menggunakan taktik kotor untuk memenangi pilihan raya kecil berkenaan, Ali berkata: "Dia (PAS) sudah kalah, dia (Nik Abdul Aziz) salahkan orang pula, kemenangan BN satu kemenangan yang sahih, bersih, telus dan ikhlas".

NONEMohd Ali yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Melaka berkata, BN tidak menggunakan fitnah, penipuan dan gangsterisme untuk memenangi hati rakyat berbanding PAS yang menggunakan taktik negatif antaranya menggunakan bahasa kesat semasa berceramah.

Katanya, taktik negatif yang digunakan PAS itu tidak menampakkan nilai Islam yang diperjuangkan mereka dan ini menyebabkan perjuangan parti itu dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela masyarakat Islam di negara ini.

"Umno memperjuangkan kebaikan serta kejujuran, rakyat memilih Umno yang lebih baik daripada banyak segi, PAS juga semakin lari daripada perjuangan Islam apabila berkawan dengan DAP," katanya.

BN mengekalkan DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad, 44, mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, dengan majoriti 3,643 undi manakala di DUN Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, menewaskan calon PAS Hasannuddin Salim, 43, dengan majoriti 2,724 undi.

Saranan Buku Jingga Mansuhkan Felda Plantations Amat Tepat

KUALA LUMPUR 8 MAC : Tawaran PR melalui Buku Jingga yang menyebut akan menyemak dan memansuhkan Felda Plantations amat tepat untuk mengembalikan hak rakyat dan tanah milik kerajaan negeri kembali.
Dalam sidang media di Parlimen petang tadi, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata saranan PR amat relevan serta bertepatan dengan matlamat asal Felda iaitu menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.
"Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan mempertegas kenyataan sebelum ini bahawa Felda Plantations adalah organisasi haram dan terbatal kerana bertentangan dengan Akta GSA 1960 yang mana status pemilikan hanya individu berdasarkan Seksyen 7(2) atau koperasi, Seksyen 11(1)," tegas beliau.
Kata beliau, dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Mazlan bahawa Felda Plantations tidak tertakluk di bawah Akta GSA hanya alasan semata-mata untuk menghalalkan tindakan kerajaan Umno-BN yang bertentangan dengan matlamat asal iaitu menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.
Beliau menjelaskan, Allahyaraham Tun Abdul Razak telah membentang dan menggubal Akta GSA ataupun Group Settlement Act 1960 yang memperincikan kuasa-kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang menyatakan tanah-tanah yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri adalah untuk diberikan kepada rakyat dalam bentuk individu ataupun pemilikan koperasi.
Katanya lagi, Felda Plantations yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Muhammad sangat bertentangan dengan dasar yang diwujudkan oleh Allahyarham Tun ABdul Razak.
"Kerajaan pusat telah menipu dan mengkhianati kerajaan negeri kerana mewujudkan penempatan tanpa peneroka. Dasar yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir pada tahun 1992 bercanggah dengan hasrat Tun Abdul Razak ketika beliau membentangkan Akta GSA di Parlimen pada 27 April 1960," tegas Mazlan.
Beliau seterusnya mempersoalkan, keseluruhan tanah milikan Felda Plantations yang berjumlah 360,710 hektar merupakan tanah pemberian kerajaan-kerajaan negeri, maka apa peruntukkan yang digunakan untuk memegang milikna tanah tersebut sekiranya Felda Plantations tidak tertakluk di bawah GSA seperti didakwa oleh Ahmad.
"ANAK ingin menegaskan, saya ingin mempertegaskan dan mendedahkan bahawa pengambilan tanah untuk tujuan Felda Plantations dibuat secara paksaan dari kerajaan negeri yang tidak difahami secara jelas apa maksudnya. Hujah PM yang mengatakan bahawa 51 peratus kepentingan Koperasi Permodalan Felda Bhd ada dalam Felda Plantations dan memberi dividen 14 peratus setiap tahun kepada peneroka adalah lari daripada realiti sebenar aspirasi ayahanda beliau, Tun Abdul Razak," tegas beliau.
Katanya lagi, Anak juga mencadangkan agar kesemua kerajaan negeri menyemak semula pemberian tanah kepada Felda Plantation kerana ia boleh ditamatkan dengan merujuk kepada Seksyen 44 Akta GSA.

Pensyarah: BN akan terus berkuasa di Sarawak

Pakatan Rakyat dijangka merampas sekurang-kurangnya 15 kerusi dewan undangan negeri Sarawak pada pilihan raya negeri yang bakal diadakan, kata Profesor Madya Shaharudin Badaruddin.

NONEDaripada 15 kerusi itu, 12 adalah kerusi yang akan ditanding oleh SUPP, katanya membentangkan kertas kerja yang bertajuk "Lanskap Politik Semasa Menjelang PRU Ke-13: Analisis Sabah Dan Sarawak di Universiti Malaya hari ini.

“Jika berdasar trend pengundian masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil di Sibu tahun lalu berterusan kemungkinan BN akan tewas di 12 kerusi DUN yang terdiri daripada masyarakat Cina,” katanya.

Selain gagal merampas kembali tujuh kerusi yang ditumbang kepada DAP dan PKR pada pilihan raya negeri 2006, Shaharudin berkata kerusi di Repok, Dudong, Pelawan, Batu Kawah dan Bawang Assam juga berkemungkinan dikuasai pembangkang.
Terlalu lama

DAP kini menguasai Bukit Assek, Pending, Meradong, Batu Lintang, Kidurong dan Kota Sentosa manakala PKR pula menduduki kerusi Padungan. Ngemah pula dimenangi oleh wakil Snap yang kemudiannya berpaling tadah ke Parti Cinta Malaysia.
azlanSarawak mempunyai 71 kerusi DUN.

Menurut Shaharudin, beberapa isu tempatan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat khususnya berkaitan dengan kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mula memberi kesan

"Siapa yang mengganti Abdul Taib, akan menjadi isu besar. Jika BN tidak berjaya merungkai masalah ini, BN akan menghadapi masalah.

"(Beliau) menjadi liabiliti dalam pilihan raya kecil Sibu. Dan beliau akan menjadi isu besar dalam pilihan raya (negeri) akan datang," katanya.

Program ini dianjurkan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) di Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
Kerusi Melayu

Mengulas lanjut, Shaharudin tidak menolak kemungkinan tiga kerusi kawasan Melayu yang kini dimilik oleh PBB yang diketuai oleh Taib juga diramal tumbang kepada Pakatan.

Kerusi itu ialah di Beting Maro, Sadong Jaya dan Saribas.yang majoriti pengundinya terdiri daripada masyarkat Melayu.

sarawak BN convention taib and wifeIni kerana pada pilihan raya negeri yang lalu, ketiga-tiga kerusi itu dimenangi undi kurang daripada 1,000.undi.

Menurut Shaharudin, tempoh pemerintahan Taib yang terlalu lama, iaitu berkuasa selama 30 tahun dan isu dinasti turut menjadi duri dalam daging kepada BN.

Apatah lagi katanya, manifesto DAP turut diterima oleh masyarakat Cina dan ini diperlihatkan semasa pilihan raya kecil Sibu tahun lalu, termasuk protes senyap di kalangan masyarakat tersebut.
Pilihan raya April ini?

Beliau juga turut menunjukkan slide yang menunjukkan beberapa kain rentang yang muncul ketika pilihan raya kecil Sibu seperti Vote for SUPP =Vote for Taib sebagai contoh isu itu akan dimainkan.

"Selagi ada Taib, mereka tidak akan mengundi BN," katanya ketika ditemui selepas pembentangan itu.

NONEShaharuddin juga menjangkakan pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung pada bulan April.

Namun, dalam pembentangan ini juga, Shaharudin berkata Pakatan Rakyat di Sabah dan Sarawak masih belum bersedia untuk membentuk kerajaan negeri.

Ini katanya, terutama bagi PKR di Sabah yang masih mempunyai masalah mencari pemimpin dan gabungan Pakatan di Sarawak pula dikatakan "tidak sekukuh" seperti BN.

"Kerajaan (BN) sudah bersedia, banyak pembangunan di sana," katanya.