Malaysia telah lama dalam dilema. Dilema ini boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang amat serius. Ia berlaku disebabkan ketamakan dan kelemahan pemimpin mengurus tadbir negara. Sehingga detik ini, rakyat Malaysia menanggung liabiliti yang terlalu besar. Kita sebagai rakyat dan pembayar cukai terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak memanfaatkan - malah amat merugikan negara.
Atas kesedaran ini, Pakatan Rakyat prihatin-telah lama sedar dengan urus tadbir negara yang cacat. Demi memacu semula pertumbuhan ekonomi dan ketelusan pentadbiran, Pakatan Rakyat telah melancarkan Buku Jingga yang menggariskan agenda unggul 100 hari pertama pentadbiran di peringkat Persekutuan.
Hasan Ali: Malam yang bererti buat rakyat
Dalam ucaptama majlis, EXCO Selangor Hassan Mohd. Ali menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor komited dalam menaik taraf kehidupan rakyat baik dari segi sosial maupun ekonomi. Beliau menyifatkan sambutan kali ini sebagai "malam yang sangat bererti buat rakyat". Buktinya telah pun dirasakan oleh rakyat dalam tempoh tiga tahun ini. Menurut Hassan lagi, bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Selangor kepada rakyat adalah adil tanpa mengira faham politik, bangsa mahupun agama. "Ini janji kita kepada rakyat yang meletakkan amanah kepada Pakatan Rakyat memerintah selama tiga tahun".
Khalid: Prestasi Kerajaan Negeri PR
"Rakyat Malaysia akan mendapat lebih nikmat dari sekarang sekiranya tidak berlaku kebocoran. Kebocoran oleh pentadbiran BN lebih besar dari bajet yang dicadangkan Buku Jingga!" Inilah yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim ketika berucap di Maljis Sambutan Tiga Tahun Pakatan Rakyat Selangor dan Pelancaran Buku Jingga peringkat negeri.
Kebocoran ini menyebabkan rakyat menanggung beban yang sangat mahal. Beban-beban ini berselindung di sebalik kenaikan harga bahan api, kenaikan harga barang-barang keperluan, kenaikan cukai tertentu, pertambahan syarikat-syarikat GLC dan sebagainya. Hakikatnya, kemakmuran negara yang melimpah ruah cuma dirasai oleh sebahagian golongan tertentu sahaja. Keadaan sekarang menuntut kita untuk sedar. Kesedaran inilah yang akan memacu perubahan yang unggul, katanya.
Menurut Khalid (gambar kanan) lagi, ini tidak termasuk dengan usaha dan janji yang telah dilaksanakan di Selangor. Dengan dasar "Merakyatkan Ekonomi Negeri-hasil untuk rakyat", tanpa mendapatkan sokongan Pusat, Selangor mengorak langkah menaiktaraf kehidupan rakyatnya dengan memperuntukkan sejumlah RM50 juta untuk Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL) bagi membantu golongan miskin luar bandar dan RM20 juta untuk Skim mikrokredit MiMBAR yang akan membantu masyarakat miskin di bandar. Wang ini menurut Khalid adalah hasil kutipan balik hutang tertunggak Syarikat Talam Corporation Berhad sebanyak RM321 juta. Selain itu Selangor juga telah menaikkan elaun guru-guru Kafa sebanyak RM500 sebulan. Ini menjadikan jumlah gaji RM1300 sebulan.Tambah Khalid, banyak lagi usaha dan janji yang telah dilaksanakan antaranya adalah peruntukan RM 26 juta untuk sekolah-sekolah aliran agama dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di Selangor. Selain itu, penubuhan SELCAT pula merupakan usaha murni kerajaan negeri dalam memastikan urustadbir yang telus dan berkesan. Kerajaan negeri telah meluluskan Enakmen kebebasan maklumat Selangor yang akan membolehkan rakyat mengetahui bagaimana negeri Selangor ditadbir termasuk tatacara perbelanjaan hasil negeri. Dalam tempoh 1000 hari pentadbiran di Selangor, kerajaan Negeri berjaya membuktikan kesungguhan pentadbiran Pakatan Rakyat.
Tan Seng Giaw: Skandal PKFZ dengan Buku Jingga
Mendahului ucapan menteri besar, Timbalan Pengerusi DAP Tan Seng Giaw menekankan bahawa Malaysia masih dalam masa peralihan. Rasionalnya, setelah sekian lama ditadbir oleh Perikatan kemudiannya BN, banyak "perkara yang tidak baik berlaku". Ia melibatkan isu-isu penyelewengan dan kebebasan.
Menurut Ahli Parlimen Kepong itu lagi, skandal PKFZ yang berjumlah hampir RM 12.5 billion lebih besar jumlahnya daripada apa yang ditawarkan dalam Buku Jingga justeru fakta ini menempelak pandangan yang mengatakan bahawa perlaksanaan Buku Jingga adalah tidak relevan.Tan Seng Giaw (gambar kiri) juga mendedahkan bagaimana salah urus projek-projek dalam RMK-9 di antara tahun 2006-2010. Sebanyak 3737 projek dilaksanakan, skan tetapi sejumlah 1673 projek di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya ini tertangguh (abundance). Ini merupakan sebuah "hasil" daripada urustadbir yang lemah juga memungkinkan penyelewengan wang rakyat yang besar. Beliau berkata bahawa perlaksanaan agenda dan dasar-dasar dalam Buku Jingga ini merupakan merupakan sebuah natijah untuk menyelamatkan wang rakyat.
Di akhir ucapan beliau, beliau sekali lagi menekankan akan kepentingan "accountable" dalam pentadbiran dan menyeru seluruh rakyat Malaysia agar memberi mandat kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang.
Wan Azizah: Perkara 153 tidak disentuh
Isu demokrasi dan hak asasi telah diketengahkan oleh Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail yang mewakili Ketua Umum Keadilan, Anwar Ibrahim. Dalam teks yang dibacakan, Wan Azizah antara lain menegaskan bahawa Pakatan Rakyat bertekad menyusun atur program transformasi dan reformasi sistem-sistem tertentu di Malaysia.
Menurut beliau lagi, antara dasar bersama Pakatan Rakyat adalah memartabatkan demokrasi, memperkasa ketuanan rakyat, memacu ekonomi negara yang mapan dan mewujudkan keadilan sosial serta hubungan kerajaan persekutuan dan negeri. Presiden Keadilan itu juga pada masa yang sama menegaskan bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan akan terus dipertahan dan dimartabatkan. "Pakatan Rakyat memberi jaminan sepenuhnya perkara ini tidak disentuh atau dicabar," ujar beliau dalam ucapannya.Pada masa yang sama, Wan Azizah (gambar kiri) sekali lagi menekankan pelaksanaan program 100 Hari pakatan Rakyat dalam usaha melakukan reformasi secara menyeluruh sistem urustadbir di Malaysia.
*Hafiz Zainuddin
Di Merlimau, calon UMNO-BN Roslan Ahmad menewaskan calon PAS-PR Yuhaizad Abdullah, dengan majoriti 3,643 undi. Berbekalkan peratusan pengundian setinggi 78.98%, Roslan memenangi 5,962 undi, sementara Yuhaizad hanya memperolehi 2,319 undi.
Untuk N.28 DUN Kerdau, jumlah pengundi ialah 8,999 orang, dengan 7,988 orang Melayu (88.7%), 454 orang Cina (5%), 298 orang India (3.3%), dan lain-lain (2.9%). Dalam PRU pada tahun 2008, Allahyarham Zaharuddin Abu Kassim daripada BN memperolehi 4,135 undi, menewaskan Hassanuddin Salim daripada PAS dengan majoriti 1,615 undi. Peratusan pengundian pada PRU ke-12 adalah 75.3%.
Keadaan tidak memulih, meskipun Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009. dalam tiga PRK serentak di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, BN hanya mampu menang satu daripadanya, ketinggalan dengan kedudukan 1-4. BN hanya menamatkan kekalahan dirinya di Semenanjung, apabila Isa Samad menyumbang melalui PRK Bagan Pinang, pada 11 Oktober 2009.
Kekuatan dan gerakan agresif jentera bersepadu BN melalui eksploitasi media arus perdana, jentera kerajaan peringkat negeri dan persekutuan seakan tidak termampu untuk jentera PAS yang turun sekadar ala kadar mengimbangi persaingan demokrasi di sini. Akibatnya, pengundi tenggelam perhitungan dengan kempen BN yang lebih mengasak dan mendesak survival pengundi dari aspek keselamatan sosial dan janji habuan selepas pilihan raya.
Tinjauan ini dilakukan di semua daerah mengundi iaitu Pangkalan Saman, Permatang Serai, Merlimau Pasir, Merlimau Utara, Jasin Lalang, Chin Chin dan Ayer Merbau dengan menemubual pengundi berdaftar secara bersemuka. Responden yang berjaya dinilai sebagai "sample" kajian ini seramai 423 orang yang terdiri daripada semua komposisi kaum, peringkat umur, jantina dan pekerjaan.
Menerusi tinjauan pihak ILHAM Centre, jentera DAP dilihat begitu bersungguh-sungguh meyakinkan pengundi Cina untuk menolak BN dalam kempen mereka. Mereka juga begitu komited menjaga peti-peti undi majoriti Cina bagi memastikan jentera MCA tidak akan memanipulasi perubahan undi Cina kepada BN dalam pilihan raya ini. Paten pengundi Cina di sini dijangka kekal.
Berdasarkan respon daripada dapatan lapangan seakan mengesahkan bahawa kehadiran PAS dalam pertembungan PAS dengan UMNO hanya sekadar mencabar dan "berdakwah" dan bukannya hadir untuk mencapai kemenangan.
Menerusi maklum balas di kalangan pengundi di Merlimau, kekuatan Ali Rustam agak signifikan kepada penduduk setempat walaupun imej beliau di peringkat nasional agak buruk. Kempen 1 Malaysia yang dibawa oleh jentera BN kelihatan diterima di peringkat bawahan. Ini boleh dilihat apabila 56.5% responden memberikan respon positif kepada kempen ini.
Menggunakan metodologi penyelidikan tinjauan lapangan secara tatap muka dengan responden dalam menyokong dapatan kajian yang lebih akurat. Di samping dibantu oleh felo penyelidik yang kredibel diharapkan dapat membuat analisa dapatan yang lebih baik dan absah.
KUALA LUMPUR, 6 Mac: Datuk Seri Anwar Ibrahim duduk di dalam kandang tertuduh setiap hari kini adalah kerana beliau sedang berusaha untuk membuat perubahan asas dalam sistem pentadbiran negara ini, kata Naib Presiden PKR, N Surendran.




TEMERLOH, 6 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihati PAS, PKR dan DAP supaya mendaftarkan Pakatan Rakyat — perikatan mereka — bagi membolehkan ketiga-tiga parti itu menggunakan logo yang sama pada pilihan raya.














































































