| Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali |
Saya ingin menarik perhatian media dan pemilik serta pewaris tanah Kampong Bharu khasnya kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato’ Raja Nong Chik Zainal Abidin bahawa Kerajaan berhasrat menangguhkan perbahasan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 (RUU PPKB 2010) dalam sesi Parlimen bermula 7/3/2011 hingga 7/4/2011 ini.Pertamanya saya merasa agak lega dengan kenyataan itu tetapi ini tidak bermakna apa-apa bagi pemilik tanah Kampong Bharu khasnya. Saya lega kerana akhirnya desakan dan luahan rasa pemilik tanah Kampong Bharu diambil perhatian oleh Kerajaan. Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa melalui Sekretariat Pembangunan Kampong Bharu (SPKB) yang ditubuhkan khusus untuk menangani isu ini telah mengadakan siri penerangan kepada pemilik tanah di enam (6) buah kampong di dalam Kampong Bharu agar pemilik tanah faham dan tahu isi kandungan RUU PPKB 2010 ini. Kami juga mengambil inisiatif mengedarkan salinan RUU PPKB 2010 kepada pemilik tanah yang hadir sesi penerangan kami. Sukacita saya menasihatkan pemilik tanah Kampong Bharu supaya jangan mudah terpedaya dan terpesona dengan janji-janji manis ini. Ini bukan hasutan tetapi peringatan. Sejarah sudah membuktikannya di Kampong Bharu sendiri bagaimana janji-janji manis yang ditaburkan oleh Kerajaan hanya tinggal janji. Saya mengambil contoh Projek Puncak Baru di tapak Pasar Minggu Kampong Bharu yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 30/3/2009 dengan peruntukkan RM500 juta. Telah dijanjikan projek itu akan dimulakan 3 bulan dari tarikh perasmian pecah tanah tersebut tetapi sehingga kini masuk 2 tahun, tiada apa yang berlaku. Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang menangguhkan RUU Perbadanan PKB semalam memang dialu-alukan dan saya selaku wakil rakyat mengucapkan terima kasih. Walau bagaimana pun pemilik dan pewaris Kg Baru yang majoriti menolak RUU PPKB mahukan RUU ini ditarik sepenuhnya terlebih dahulu di Parlimen kerana telah dibentangkan untuk bacaan pertama pada Bulan Disember 2010 yang lalu. Ini untuk memastikan kenyataan yang dikeluarkan menteri dilaksanakan dan bukan hanya untuk menyedapkan hati orang Kg Baru seperti mana yang berlaku sebelum ini dimana RUU PPKB telah terlebih dahulu dibentang di Parlimen baru menteri turun jumpa orang-orang Kg Baru tidak seperti janji dan kenyataan menteri sebelumnya. Kenyataan Raja Nong Chik yang menyatakan 90% orang Kg baru bersetuju dengan RUU Perbadanan adalan sangat tidak tepat dari realitinya jika melihat bantahan-bantahan yang dizahirkan melalui baner-baner yang dinaikkan oleh penduduk Kg Baru. Saya berharap selepas di tarik balik sepenuhnya barulah KSU Kementrian dan JK yang ditubuhkan menteri datang berjumpa & berbincang dgn pemilik/pewaris dan bukan hanya wakil-wakil NGO-NGO. Ini kerana kebanyakan orang Kg Baru telah diberi penerangan secara terperinci dan memiliki salinan RUU PPKB untuk mereka teliti dan memahami dengan ini mereka boleh memberi cadangan klausa-klausa mana yang tidak mereka setuju atau mahu dibuat bantahan. Sebanyak 6 Majlis Penerangan telah diusahakan oleh Sekretariat Pembangunan Kg Baru dibawah Pusat Khidmat Wakil Rakyat TW dan saya sendiri selaku wakil rakyat dalam memberi penerangan dan berdialog dengan pemilik dan pewaris Kg Baru. Saya yakin kini orang Kg Baru mampu untuk mencadangkan pandangan dan idea-idea mereka tentang pembangunan Kg Baru terutama dikalangan generasi muda mereka. Saya mencadangkan setiap kampung pilih10 wakil untuk perbincangan dengan JK yang dilantik menteri yang diketuai KSU kementerian. MAS hendaklah diwakili sepenuhnya oleh ahli-ahli lembaga dan ketua-ketua kampung. Setiap yang hadir mestilah datang dengan persediaan cadangan-cadangan balas mereka dalam bentuk bertulis sebaik-baiknya setelah mereka berbincang sesama wakil-wakil kampung. Wakil-wakil juga hendaklah datang dari pemilik-pemilik hartanah yang bukan dibawah MAS tetapi termasuk dalam Kg Baru. Saya juga mengingatkan Menteri supaya tidak samakan MAS dgn NGO kerana MAS adalah satu entiti 'Kerajaan Tempatan' yang ada enakmen tersendiri dan jauh berwibawa berbanding NGO-NGO yang sebenarnya tidak mewakili suara majorirti penduduk. Lembaga MAS melalui ketua-ketua kampung kena segera mengadakan perbincangan dengan penduduk masing-masing supaya persiapan yang rapi sebelum perjumpaan dan perbincangan dengan JK yang dilantik menteri SPKB akan membantu MAS dan wakil-wakil kampung kearah persiapan tersebut. Selepas selesai semua perbincangan dgn pemilik/pewaris barulah RUU Perbadanan yang baru di wujudkan dengan persetujuan kesemua wakil-wakil tersebut. Sebagai wakil rakyat saya masih berpegang dan yakin satu Badan Amanah perlu diujudkan dan MAS dinaik taraf untuk menjaga amanah geran hartanah Kg Baru kerana walau bagaimana pun PPKB yang akan diujudkan semula tetap akan berkonsepkan entiti perniagaan seperti Perbadanan Putrajaya dan lain-lain perbadanan dengan ini boleh menimbulkan konflik kepentingan antara menjana keuntungan dengan menjaga amanah pemilik dan pewaris. Setelah semua proses ini selesai dan draf RUU PPKB 2010 serta cadangan penubuhan Badan Amanah dipersetujui dan dikemukakan semula kepada pewaris dan pemilik barulah boleh dibentangkan di parlimen oleh menteri. Saya juga sangat berharap pihak menteri memberi peluang kepada saya sebagai wakil rakyat untuk terlibat secara langsung dengan penyediaan RUU dan majlis perbincangan yang akan diadakan sebab mahu tidak mahu saya sudah pasti mesti melibatkan diri sebagai wakil rakyat yang telah diberi amanah oleh penduduk Titiwangsa. |
KUCHING, 5 Mac — Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak akan meletakkan calon ‘kitar semula’ dalam pilihan raya negeri yang akan datang, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.Taib (gambar), yang juga Pengerusi BN negeri, berkata BN Sarawak yang dianggotai empat parti komponen — Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) - tidak akan mengitar semula pemimpinnya dalam pilihan raya itu.
“Pihak pembangkang yang mempunyai pemimpin kitar semula. Kami (BN Sarawak) tidak meletakkan calon yang pernah tewas,” katanya kepada pemberita selepas tamat Konvensyen BN Sarawak yang diadakan secara tertutup hari ini.
Konvensyen sehari itu dihadiri oleh kira-kira 5,300 anggota dan penyokong BN untuk mengukuhkan hubungan, terutamanya menjelang pilihan raya negeri akan datang yang mesti diadakan sebelum 24 Julai.
Taib turut memberitahu perwakilan bahawa BN Sarawak akan mengetengahkan seberapa ramai muka baru dalam pilihan raya itu kelak. — Bernama
Saya ingin menarik perhatian media dan pemilik serta pewaris tanah Kampong Bharu khasnya kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato’ Raja Nong Chik Zainal Abidin bahawa Kerajaan berhasrat menangguhkan perbahasan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 (RUU PPKB 2010) dalam sesi Parlimen bermula 7/3/2011 hingga 7/4/2011 ini.







Tetapi, bagaimanakah hati Pehin Sri untuk pergi ke arah itu jika kehidupan dan amanah Allah SWT itu tidak mendapat tempat di hati Pehin Sri? Sementelah pulak Pehin Sri telah mendapat isteri baru yang muda lagi cantik. Bertenagakah Pehin Sri melayari bahtera bersamanya? Umur Pehin Sri yang melewati batas dan tidaklah sihat sangat, tetapi bertenaga seperti disahkan oleh doktor bukanlah beristeri muda tetapi sepatutnya beristeri Ibu Tunggal dari kalangan wilayah kita (matla’) dan gunakanlah sisa hidup ini untuk mengingati Allah dan bertaubat kepadanya sebelum kita dipanggil menghadapi Rabbul Jalil Alamin.
Tuduhan lain-lain terhadap Pehin Sri seperti Syarikat Pembalakan keluarga, Kontraktor kelas berjuta-juta ringgit ,Tanah-tanah NCR, kehilangan anak Pehin Sri juga Ahli Parlimen Kota Samarahan yang tidak kelihatan kini, Rumah Pehin Sri yang mempunyai patung-patung yang tak sepatutnya ada pada Pemimpin Islam, aturcara keagamaan yang sering Pehin Sri adakan di rumah yang cacamerba dan tidak mengikuti disiplin agama Islam dan tidak menunjukkan contoh teladan yang baik kepada non-Muslim, Pehin Sri mempunyai bomoh-bomoh yang ramai untuk Pehin Sri mendapatkan khidmat nasihatnya, ( kenapa tidak Langgsung kepada Allah SWT? ) dan bermacam-macam lagi yang menunjukkan peraturan Allah SWT kepada hambanya telah dicabuli.







Kelibat Umi Halfida saksi Penting dalam kes prbicaraan Liwat 1 13 tahun lepas kini dilihat semakin kerap kelihatan terutamanya sejak sebelum dan selepas kempen PRK Merlimau dan Kerdau bermula lagi.Umi sudah tentunya berucap bagi pihak UMNO-BN dalam sebagai usaha meraih sokongan dari rakyat dalam mendedahkah pelbagai cerita yang mengaibkan Anwar Ibrahim dan Abang Kandungnya sendiri iaitu Azmin.Dalam ceramahnya Umi bercerita mengenai salah laku Anwar dengan begitu transparent dan cukup jijik dan berat untuk mendengarnya.
JASIN, 5 Mac: Menjelang hari pengundian esok, calon PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah membuat rayuan terakhir agar pengundi-pengundi memilih beliau agar dapat membawa suara mereka ke Dun Melaka.


TEMERLOH, 5 Mac: Seorang penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau mengingatkan, jika pengundi membuat keputusan memilih calon BN besok, bermakna mereka redha dengan pembinaan kilang simen di kawasan mereka yang akan menjejaskan manusia dan alam.
TEMERLOH, 5 Mac: Para pemimpin dan media Umno terbukti berbohong ketika mereka memfitnah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membeli tanah peneroka Felda kerana ianya sebenarnya dibeli oleh pihak lain.
Ibrahim menjelaskan fitnah yang dibuat Umno dan medianya terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau Datuk Tuan Ibrahim dengan mendakwa beliau membeli tanah peneroka Felda yang dalam kesempitan bukannya membantu beliau.
TEMERLOH, 5 Mac: Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum tamat tempoh berkempen kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dan Umno (Barisan Nasional) yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.
PAS sebelum ini mendakwa BN meletakkan pengurus-pengurus Felda di setiap blok rumah dalam kawasan Felda untuk memantau setiap perkembangan yang berlaku.
TEMERLOH, 5 Mac: Seorang peneroka hari ini membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengurus Besar Wilayah Jengka Saari Din berkaitan janji pemberian wang kepada peneroka yang boleh dianggap sebagai jerat hutang.


