Jumaat, 4 Mac 2011

UMNO's hooliganism


Menyampah??

Kah... Kah... Kah...

Penduduk menyampah ke,
atau
Hangpa yang mengelabah??

Terdesaknya....
Hingga terpaksa bertindak macam hooligans.

Kah... kah... kah...
 

Mahathir, Najib penyambung perjuangan Atartuk

Suhaimi Mokhtar   
Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan kematian Mustafa Kamal Atartuk baru-baru ini ketika membuat lawatan resmi ke Turki. Amerika Syarikat (AS) dan barat memberi pengiktirafan, Atartuk sebagai bapa sekularisme dan pengasas Turki Moden.

Tiada pemimpin dunia termasuk pemimpin-pemimpin dari negara umat Islam yang berkunjung ke Turki tidak memberikan penghormatan kepada Kamal Atartuk sebagai salah satu acara resmi di negara umat Islam yang mempertahankan sekularisme habis-habisan itu, walaupun ia kini ditadbir oleh parti AK pimpinan Abdullah Gul dan Racip Tayyeb Erdogan,masing-masing sebagai Presiden dan PM.

Parti AK tidak mampu menukar tradisi ini kerana kuasa tentera di Turki yang mempertahankan amanah sekularisme yang diasaskan oleh Atartuk. Jika ada pihak yang cuba menukar asas sekularisme ini, pihak tentera akan bertindak merampas kuasa seperti yang pernah berlaku terhadap kerajaan Erbakan yang memerintah dalam waktu yang singkat. Erbakan meninggal dunia baru-baru ini.

Parti AK walaupun telah mengukuhkan kuasa pemerintahannya dengan sedikit demi sedikit mengubah landskap politik Turki termasuk mampu menahan beberapa general tentera yang dikatakan cuba menguling kerajaan pilihan rakyat, tetapi ia tidak mampu melintasi garisan amalan pemerintahan sekularisme Turki dan pernah mengistiharkan bahawa Turki akan tetap melaksanakan pemerintahan berasaskan prinsip-prinsip sekularisme yang diasaskan oleh Atartuk.

Tun Dr Mahahtir sangat mengagumi Atartuk dan tidaklah pelik dan menghairankan jika anak didiknya, Najib yang sering mendapat panduan dari Mahathir, secara langsung atau tidak langsung, turut mengagumi bapa sekularisme Turki itu.

Siapa sebenarnya Mustafa Kamal Atartuk? Dalam buku-buku sejarah termasuk buku sejarah yang dipelajari oleh pelajar-pelajar negara ini, Mustafa Kamal Atartuk dianggap sebagai penyelamat Turki dan bapa Turki moden.

Fakta sejarah telah diselewengkan.Hakikatnya Atartuklah yang meruntuhkan khalifah Islam terakhir yang berpusat di Turki. Atartuk berkerjasama dengan penjajah dan menjadi ejan dan talibarat penjajah. Dialah yang cuba menukar dan menghapuskan apa-apa yang berbentuk dan berbau Islam di Turki, sehingga solat dan azan pun hendak ditukar dalam bahasa Turki. Ada yang menganggapnya sebagai ejen CIA.

Sejarah perlu ditulis semula, bukan sahaja sejarah Turki tetapi juga sejarah negara ini. Bagi negara ini, penulisan semula sejarah negara hanya mampu dilakukan jika berlaku perubahan dalam
pemerintahan negara dan perubahan itu mesti dilakukan dalam pilihanraya umum ke-13 ini.

Sebagai permulaan kepada perubahan itu, para pengundi hendaklah sanggup berkorban dan berani melakukan perubahan paradigma dengan mengundi PAS dan Pakatan dalam pilihanraya kecil Dun Merlimau di Melaka dan Dun Kerdau, di Pahang. Dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini termasuk di Tenang, Johor, tiada perubahan yang dilakukan, maka sudah sampailah masanya kali ini perubahan dilakukan, walaupun kerusi kedua-dua Dun itu adalah kubu kuat Umno-BN.

Para pengundi di dua Dun ini perlu mengajar pimpinan Umno-BN yang angkuh, menindas,lupa diri sehingga menganggap tiada kuasa yang mampu menumbangkan pemerintahannya, sedangkan hakikatnya tiada mana-mana pemerintahan pun yang kekal untuk selama-lamanya. Kalau pemerintahan yang adil dan bersih, di sisi Allah akan mendapat ganjaran kebaikan dan begitu pula sebaliknya, jika pemerintahan zalim dan menindas akan tetap jua mendapat ganjaran dari kezaliman yang dilakukan, PM Najib yang mendapat ilham dan mengagumi Atartuk dengan meletakkan kalungan bunga di tugu peringatannya di Turki merasa perlu dan sanggup membelasah hebat ulama kontemporari yang tersohor diseluruh dunia, Sheikh Yusof Qardawi dan Pergerakan Islam Ikhwan Muslimin sebagai pengganas.

Najib mempunyai hati untuk mmbelasah sedemikian rupa. Najib keliru dan tidak faham perjuangan Islam dan sejarahnya. Najib juga bagaikan menjadi jurucakap AS dan barat. Tidak payahlah Obama, Hiliry Clintan dan pemimpin barat yang lain, David Cameron,Sarkozy dan lain-lain untuk melebalkan demikian terhadap Yusof Qardawi dan Ikhwan Muslimin. Mereka sudah ada jurucakapnya. Di sini Tun Mahathir sedikit boleh di hormati kerana semasa era pentadbirannya sanggup mengecam polisi AS dan barat.

Najib perlu tahu bahawa sejak berakhirnya khalifah Islam diTurki pada 1924, maka empat tahun kemudian terbentuklah gerakan Ikhwan Muslimin pada 1928 sebagai wadah menggantikan penerusan perjuangan Islam.

Ketika negara kuasa penjajah membahagi-bahagikan ghanimah, harta rampasan dalam bentuk negara Islam dan hasil mahsulnya, maka ketika tidak wujudnya negara Islam, maka umat Islam hendaklah berada dibawah payung pimpinan Islam dalam bentuk pergerakan, pertubuhan atau jemaah Islam. Inilah hakikat kewujudan Ikhwan Muslimin.

Sheikh Yusof Qardawi pula adalah satu-satunya ulama yang memperhambakan diri untuk perjuangan Islam dan sanggup menyatakan kebenaran Islam hatta di depan pemerintah atau penguasa yang ganas dan zalim. Sheikh Yusof sanggup meninggalkan negara tumpah darah untuk satu perjuangan menegakkan Islam, namun Najib sanggup mengecam beliau. Siaplah Najib dan rakyat perlu menolak pimpinannya dalam pilihanraya ke-13 ini.

Sesuatu yang ironis sekali, bagaimana Najib sanggup mengecam Sheikh Yusof, sedangkan ulama tersohor ini pernah diberi pengiktirafan sebagai tokoh hijrah beberapa tahun lalu oleh regim yang
dipimpinnya.

Apakah dengan pengiktirafan itu, Najib mahukan supaya Sheikh Yusof Qardawi menutup mulut dan memberi pujian kepada pimpinannya. Najib patut bertindak terhadap mereka yang merekomenkan Qardawi mendapat anugerah tokoh hijrah itu dari merasa terseksa kerana Qardawi tidak menyatakan pujian terhadap pentadbirannya.

Kemarahan Najib ini bertolak dari penerusan Qardawi menyokong Anwar dalam kes mahkamahnya dan enggan menukarkan pendiriannya terhadap Anwar yang dikenalinya begitu lama. Qardawi juga telah bersedia menyampaikan ceramahnya di Mesjid Negeri Selangor yang dihadiri orang ramai yang memenuhi mesjid pada malam hari beliau menerima anugerah tokoh hijrah dari kerajaan pusat.

Ceramah itu dikelolakan oleh Kerajaan Negeri Selangor atas inisiatif Anwar sendiri yang turut sama hadir pada malam bersejarah itu. Najib dan kerajaan pusat tidak dapat menerima hakikat ini, sedangkan inilah peluang untuk orangramai untuk mendengar ceramah dari tokoh berkarisma itu.

Betapa sempitnya dan tidak terbukanya minda dan dada orang-orang yang dipanggil pemimpin ini, sedangkan sepatutnya mereka berlapang dada. Qardawi tidak boleh ditutup mulutnya kerana semata-mata dengan anugerah itu. Qardawi baru-baru ini telah kembali ke Kaherah dan menyampaikan khutbah Jumaat di Dataran Tahrir, Kaherah, Dataran yang menyaksikan bermulanya sejarah baru Mesir dan tumbangnya regim zalim Hosni Mubarak. Lihatlah betapa umat Islam memberi penghormatan kepada ulama tersohor ini. Umat Islam seluruh dunia mengkagumi Qardawi.

Najib hanya mengagumi Atartuk kerana mempunyai pemikiran sekularismenya dan menolak pemikiran Islam yang dibawa oleh Qardawi.

Prk Merlimau : PAS kesal polis berdiam diri dengan sikap samseng dan ganas UMNO@BN.

JASIN, 4 Mac: PAS kesal dengan sikap berdiam diri pihak polis terhadap beberapa insiden keganasan yang berlaku, didakwa daripada pihak Umno BN sepanjang  berkempen.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, meskipun PAS dan Pakatan Rakyat berkali-kali mengingatkan Umno BN agar berkempen secara bersih, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Pihak lawan, katanya terus mengganggu dan menimbulkan provokasi di ceramah-ceramah Pakatan Rakyat selain melakukan perbuatan khianat terhadap kenderaan yang dikesan milik penyokong Pakatan Rakyat.
“Kami bagi pihak PAS amat kesal kerana tak ada tindakan daripada pihak polis meskipun kita telah berkali-kali membuat laporan secara formal dan tidak formal mengani perbuatan khianat yang berlaku.
“Setiap kali ceramah kita diganggu, ada kumpulan bermotor datang membuat kacau sedangkan bila Umno berceramah, kita tak pernah ganggu pun,” katanya.
Beliau yang juga ahli Parliman Kubang Kerian mengingatkan pasukan polis yang dihantar bertugas di Merlimau ini menjalankan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan rakyat sepanjang tempoh kempen.
“Apa gunanya kehadiran polis yang ramai kalau perkara-perkara kecil begini tidak dapat diselesaikan. Tak perlulah satu pertemuan formal untuk berbincang perkara begini. Sepatutnya pihak polis tahu tanggungjawab mereka.
“Saya bimbang yang ramai hanya daripada cawangan khas yang datang berkempen untuk pihak Umno BN,” katanya pada sidang media di Markas Induk PAS PRK, pekan Merlimau, petang tadi.

Selangor Pastikan Tiada Pelajar Disisih Pulang Ke Mesir



SHAH ALAM 4 MAC : Kerajaan Selangor akan memastikan setiap pelajar dari negeri ini tidak disisihkan dalam misi menghantar pulang pelajar ke Mesir yang bermula 12 Mac ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata setiap pelajar akan diberi layanan seadil-adilnya untuk membolehkan mereka pulang dan menyambung pelajaran yang tertangguh ekoran pergolakan politik di Mesir.

Beliau berkata, semua kos menghantar pulang pelajar ke Mesir ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri tanpa mengira pelajar terlibat adalah pelajar tajaan, persendirian atau tajaan lain.

Menurut beliau,usaha ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan negeri terhadap kebajikan rakyatnya selain ia pengiktirafan kepada pelajar tersebut yang merupakan aset penting kepada negeri.

"Untuk menjaga anak-anak ini yang dianggap aset penting kepada kita (Kerajaan Negeri) dalam menentukan kemajuan negeri Selangor masa depan," katanya ketika
menyampaikan amanat kepada kira-kira 1,000 pelajar Mesir di Masjid Negeri, Shah Alam, hari ini.

Khalid turut mengesa para pelajar agar menyiapkan diri untuk berdepan dan bersedia memikul amanah, bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk kemajuan  negeri bila tamat pengajian kelak.

"Bukan sahaja kita harus mentelaah buku-buku ilmiah tetapi kita juga harus mengetahui persekitaran dan bagaimana kita berdepan dalam arus pergolakan tersebut.
" Ini kerana kejayaan demokrasi negara kita adalah hasil daripada kekuatan pelajaran yang dilalui oleh ramai pemimpin-pemimpin kita yang mendapat pendidikan
di kaherah dan pulang ke Malaysia bukan sahaja mengaungkan demokrasi malah mempertahankan islam", katanya.

Menurut beliau, kerajaan negeri juga telah menghantar pegawai ke Mesir untuk memastikan penghantaran pulang pelajar ini berjalan lancar manakala Tourism Selangor pula menguruskan penerbangan pulang pelajar-pelajar ini.

Katanya, kesemua pelajar akan ditempatkan di satu pusat untuk memudahkan urusan menghantar mereka ke lapangan terbang.

Sementara itu, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesediaan kerajaan Selangor menanggung semua kos penghantaran ini adalah
selaras dengan program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan slogan negeri berkebajikan yang diperjuangkan.

Beliau juga menasihatkan pelajar-pelajar supaya ambil tahu dan peka dengan perkembangan politik, sosial dan ekonomi di Selangor dan negara biarpun sibuk belajar di luar negara.

Sebanyak lima penerbangan disediakan untuk menghantar pelajar pulang ke Mesir bermula 12 hingga 16 Mac 2011. Semua pelajar perlu mendaftar di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bermula 11 hingga 15 Mac 2011.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penasihat Ekonomi Selangor, Dato Sri Anwar Ibrahim, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, Exco Selangor, Iskandar Samad, Yaakob Sapari, Azmin Ali, Rodziah Ismail, Setiausaha Negeri Selangor, Dato Khusrin Munawi dan Pengarah Jais Hj Marzuki Hussin.

Video : Harunssani Digesa Letak Jawatan

Guna Agama Tarik Undi : Harussani Digesa Letak Jawatan, Sertai Politik



KOTA BHARU 4 MAC : PAS Kelantan menggesa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meletak jawatan sebagai Mufti dan menyertai politik sekiranya beliau berterusan memberi kenyataan memihak kepada umno Barisan Nasional.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, fatwa yang dikeluarkan oleh Harussani mengelirukan umat Islam, dan menasihatkan beliau tidak menggunakan institusi mufti sebagai wadah untuk menunjukkan sokongan terhadap parti perkauman itu.

Fadzli berkata, sebagai ilmuan agama, Harussani sememangnya sudah mengetahui setiap perbuatan dilakukan manusia tidak terlepas dari hukum halal dan haram.

"Beliau hendaklah jujur dengan ilmunya,"kata Fadzli.

Beliau turut menggesa Harussani agar berterus terang dengan pendirian dengan meletakkan jawatan dan terjun ke bidang politik.

Selasa lalu, Harussani menasihatkan pemimpin PAS khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik abdul Aziz Nik Mat supaya tidak menggunakan hukum agama untuk meraih undi kerana dibimbangi menyebabkan masyarakat Islam terkeliru.

Nik Aziz dalam reaksinya berkata, Harunssani tidak harus berkata sedemikian kerana seluruh amalan hidup manusia tertakluk kepada hukum.

"Segala- galanya berkenaan dengan hukum, samaada wajib, sunat, haram, makhruh,"kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz turut memetik sirah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang bertindak meninggalkan Kota Mekah semata- mata mahu menegakkan negara di Madinah.

"Nabi tinggalkan Mekah untuk tegakkan Madinah. Ertinya perjuangan tegakkan negara adalah sebahagian daripada perjuangan baginda,"ujar beliau.

Kisah itu jelas menunjukkan perjuangan menegakkan negara adalah sebahagian daripada perjuangan baginda dan harus dicontohi oleh semua pemimpin Islam yang lain.

Video : PR Sudah Sedia Untuk PRU - 13

Pakatan Sudah Atur Strategi PRU Ke-13


SHAH ALAM 4 MAC :Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, Pakatan Rakyat akan bekerja keras dalam memastikan gagasan itu berjaya menawan tampuk pemerintahan pada PRU akan datang.
Bercakap kepada Tv Selangor, Azmin berkata, Pakatan Rakyat juga akan memastikan pilihanraya negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi, mampu memberi tamparan hebat kepada Barisan Nasional, sekaligus menyampaikan mesej rakyat kepada parti itu.

"Insya-Allah kita bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan dalam masa terdekat ini. memang kita sudah menjangkakan bahawa pilihanraya umum-13 akan
diadakan lebih awal daripada jangkaan kita untuk mendapatkan mandat semula,"katanya.

Azmin turut menjelaskan, pihaknya kini sedang mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak.

Malah beliau turut menyatakan kesediaannya jika Pilihanraya Negeri Sarawak diadakan serentak dengan Pilihanraya Umum ke-13.

" Saya yakin, Pakatan Rakyat khususnya Keadilan bersedia menghadapi pilihanraya akan datang. Esok saya akan ke Sarawak untuk meneliti persiapan Pilihanraya
Negeri Sarawak. Kita sudah sampai ke tahap yang terakhir dari segi pengagihan kerusi dan juga calon. Sekiranya dilakukan secara bersama dengan peringkat
pusat, Insya-Allah kita juga bersedia.
" Malahan dengan perkembangan baru ini saya kira semangat rakyat untuk membawa perubahan itu terlalu kuat dan hanya menanti masa PRU akan datang,"katanya lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini tidak menolak kemungkinan akan mengadakan pilihan raya umum awal, yang disebut-sebut bakal diadakan tahun ini.

Dalam temu bual dengan Reuters sempena lawatan ke Australia hari ini, Najib berkata, prestasi yang baik pada pilihan raya negeri Sarawak akan membantu tanggapan orang ramai dan kemungkinan memberikan petanda ke arah pilihan raya umum awal.

Mandat semasa kerajaan pusat hanya berakhir April 2013. Di DUN Sarawak, BN kini memiliki 63 daripada 71 kerusi.

Najib, yang perikatan pimpinannya BN menyaksikan prestasi buruk tiga tahun lalu, berjanji untuk memulihkan keyakinan pelabur di Malaysia dengan melaksanakan pembaharuan termasuk memperkenalkan cukai tertangguh berganda.

Gugur imuniti: Kejayaan penting penduduk Kg Baru

Pemuda PAS Titiwangsa (DPPKT) mengucapkan tahniah kepada Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru, pejabat pusat khidmat wakil rakyat Titiwangsa (PKWR) serta semua pejuang hak pemilik Kampung Baru kerana berjaya mendesak kerajaan menggugurkan klausa imuniti “tidak boleh dicabar” yang terkandung dalam Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010.

"DPPKT menganggap kejayaan ini penting sebagai pemangkin kepada pewaris serta pemilik asal Kampung Baru dalam perjuangan menuntut hak mereka yang jauh lebih besar selepas ini," katanya ketuanya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan.

lot 25, pasar minggu kampung baruBeliau berkata, pihaknya percaya, desakan banyak pihak, khususnya MAS serta ahli parlimen Titiwangsa, menyebabkan kerajaan terpaksa akur dengan tuntutan tersebut.

"DPPKT sendiri tidak boleh menerima istilah atau klausa ini digunapakai kerana ia akan menyebabkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru akan menjadi kebal daripada mana-mana tindakan undang-undang dan sekaligus menafikan hak MAS yang telah mentadbir kampung tersebut berdekad lamanya.

"Dengan pengguguran klausa ini, akhirnya kerajaan baru sedar bahawa segala tindakan mereka sebelum ini adalah tindakan tergesa-gesa yang membelakangkan kehendak dan tuntutan pewaris serta pemilik tanah Kampung Baru.

"DPPKT hairan mengapa kerajaan tidak berfikir dan berbincang dahulu sebelum sesuatu tindakan dibuat. Hari ini, setelah didesak, barulah kerajaan mengambil tindakan.

"Jelaslah bahawa apa yang diperjuangkan rakyat khususnya MAS, PKWR dan seluruh pemilik Kampung Baru selama ini adalah perjuangan yang benar dan realiti, bukan didasarkan kepada sentimen dan emosi semata-mata," tegasnya.

Sehubungan itu, katanya,DPPKT mengharapkan MAS serta Ahli Parlimen Titiwangsa akan terus komited memperjuangkan hak pemilik Kampung Baru.

"Kampung baru akan menjadi mercutanda sejauhmana kerajaan Umno-BN benar-benar memperjuangkan nasib bangsa Melayu, serta mendahulukan rakyat seperti slogan yang didendangkan selama ini," tambahnya.

Muhyiddin-Hishamuddin Sokong Budaya Samseng?



SHAH ALAM 4 MAC : Budaya samseng semakin terserlah pada kempen pilihanraya kecil di Kerdau dan Merlimau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Pakatan Rakyat menjadi sasaran.
Kenderaan  Anwar diserang penyokong Umno ketika beliau dalam perjalanan untuk menyampaikan ceramah di sebuah rancangan Felda di Kerdau malam semalam.

Manakala calon PAS di Merlimau Yuhaizad Abdullah serta pimpinan Pakatan Rakyat Melaka menerima ugutan bahawa keselamatan mereka akan terancam jika tidak menghentikan kempen untuk menewaskan calon Umno.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bertindak angkuh apabila diberitahu tentang serangan terhadap kereta Anwar.

"Itu (terjadi) kalau orang Felda tak boleh menerima Anwar. Itu kampung mereka sendiri, itu hak merekalah," kata pemimpin kedua tertinggi di Malaysia yang sebelum ini sering mengutarakan keperluan  berkempen secara bersih dan tidak mengikut emosi.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang, Ahmad Nizam Hamid menegaskan serangan itu bukan dibuat oleh peneroka Felda tetapi penyokong dan samseng upahan Umno sendiri.

Beliau berkata serangan terhadap kereta Anwar berlaku  di  simpang menghala FELDA Jengka 22.

Ahmad menjelaskan, sekumpulan penyokong BN memakai baju biru dan putih serta vest yang tertera logo BN yang  menghalang kenderaan tersebut.

Beliau  yang turut berada di dalam kereta bersama Anwar  mendengar para penyokong BN memaki Anwar serta PR menggunakan kata-kata kesat.

"Mereka ini pakai baju biru, ada pakai baju putih dan ada yang pakai vest BN, dengan bendera BN. Ada juga yang memakai pelekat 'Kami tak mahu peliwat'lah, 'pengkhianat negara', 'pengkhianat bangsa'dan sebagainya. Mereka kepung kereta dan mula membaling batu. Ada yang ketuk kereta dengan kayu tiang bendera," kata Ahmad ketika dihubungi Tv Selangor.

Beliau seterusnya menghubungi polis bagi mendapatkan perlindungan untuk Anwar serta ahli-ahli PR lain yang turut bersama mereka pada masa itu.

Ahmad berkata penyokong Umno itu bukan sahaja melontar batu tetapi juga menabur paku di kawasan ceramah.

"Kemudian apa yang telah berlaku ialah, mereka telah menaburkan paku di kawasan ceramah. Banyak kereta yang rosak, dan banyak juga motosikal petugas kita dan yang datang, pancit. Ada kereta yang diguris," kata beliau.

Budaya samseng yang sama berlaku di Merlimau dengan kereta-kereta pekerja dan pemimpin PR dipecahkan.

Terbaru adalah ugutan yang dibuat terhadap calon merlimau Yuhaizad dan pimpinan Pakatan di Melaka.

Namun seperti Muhyiddin, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein membuat kenyataan politik apabila berkata beliau “paling merasakan paling selamat  di Merlimau dan hanya merasakan terancam  ketika berada di Permatang Pauh(Anwar adalah Ahli Parlimen kawasan itu).

Dengan Muhyiddin dan Hishamuddin - dua pemimpin kanan kerajaan mengambil pendiirian sebegitu-tidak hairanlah proses demokrasi di Malaysia semakin tercalar dengan rasuah menyogok pengundi dan penggunaan samseng untuk menakutkan  pembangkang.

Prk Kerdau : Lagi bukti fitnah jadi kebanggaan Songkok Tinggi...!!!


Tak tahu nak cakap apa lagi dah. Fitnah sememangnya jadi makanan gerombolan songkok tinggi demi meraih undi untuk Barisan Nasional. Mereka dengan sengaja mencipta risalah fitnah untuk mengelirukan para pengundi terhadap Parti Islam se-Malaysia, PAS. Malah dengan bangga menyebarkannya dengan tujuan memperbodohkan orang ramai.



Risalah ini diambil dari facebook penyokong tegar gerombolan songkok tinggi yang menggunakan nama PAS Beruk. Risalah bertulis "Undilah PAS, setiap undi menjanjikan syurga" ini disebarkan di Kerdau dan di ruang-ruang maya untuk memburuk-burukkan imej PAS. Namun begitu, penyokong gerombolan akan terus jadi bodoh dan bangga menjadi bodoh serta rela diperbodohkan.

Lihat sendiri bagaimana mereka menyebarkan fitnah rujuk link ini [Facebook]

ReJaM© "Inilah pejuang Islam gaya gerombolan songkok tinggi, fitnah jadi makanan..."

The super heroine in Ummi Hafilda

The super heroine in Ummi HafildaToday, saw the return of a long lost daughter of Malaysia. A new super heroine is born.
What happened to you, and where were you all these years? Out of nowhere, you returned again to enthrall the nation with your wit. Single-handedly, you brought hope back to our BN government, and you also brought the joy and laughter back to us sober Malaysians. We missed you so much. Our country has never been the same after you left. Caught in the evil clutches of Pakatan Rakyat, our country is slowly being run to the ground.
But since your return, you’ve made the headlines again; fame has followed you, and hopefully fortune will too!!
Already on the lips of everyone, you have been called the saviour of the nation; while there are others who named you the Second Messiah.
Your message to everyone to piss on Anwar was incredible.
Kinky fans of yours salivate at the thought of Anwar lying on the ground and you squatted squarely over his face, while a fountain of whisky-colored liquid comes pouring forth. As Anwar screams, how therapeutic for the BN and how lady-like of you - our heroine -  to share this secret formula of yours with the rest of the nation.
The way you socked it to poor old Tok Guru Nik Aziz, that he has the face of a communist is also hilarious. I’m sure he’s still looking at himself in the mirror right now.
And assisting BN to tell the people of the evil of Pakatan is nothing short of commendable.
Your dislike for Batman (Anwar and his trusty assistant, the Boy Wonder Robin who also happens to be your brother) and your resolve to destroy him, skin him alive for the world to see, is nothing short of a compelling novel that only you with your mighty talent can write. Readers simply cannot put it down.
Your aim in returning is to divulge all of Anwar’s secrets. Does Anwar have a lot of secrets?
Does he have a secret Bat Cave? Or is Anwar a secret agent for the Jews? Why would he want to be secret agent for the Jews when he was earning so well as a Deputy Prime Minister? Or did he have a secret lover that you found out lately?
Saying that Anwar is the most dangerous man on the planet is also really brave. If Anwar is that dangerous, you might be C4ed before you can even say ‘MEOW’. But the most scary is to say that Anwar is going to sell the country to the Jews.
If you can make our Old Man cry, it shows you have the power to move mountains. And your aim to prove Tun Mahathir and former IGP Musa Hitam’s innocence is commendable. What a big heart you have!!!
And with 50 light force police strike force to arrest you is impressive. Did they land from the air in attack helicopters, abseiling down to blow up the roof, overpowering you after a terrible fight, and shipped you off in the Black Maria (or was it the Batmobile?). When Batman was arrested, it was just a couple of Special Forces men in balaclavas. So Anwar couldn’t be as strong as you.
You also called on Malaysians to thank Musa for arresting this Batman 13 years ago, which saved this country from being sold to the Jews. So I like to say to Musa on behalf of all Malaysians: “Dear Musa, A big thank you for saving us from the Jews. Do take care and all the best.”
Your last words were PKR is People’s Piss Party. But I beg to differ. Isn’t that supposed to be initialled as PPP instead? But anyway, that’s not so important with initials, as come to think of it, I do get pissed sometimes with PKR.
The fact that you were disowned by your parents and willing to lose another brother to save this country is really heart-rending. The Nation cries for you. What a saviour. All Hail the new Super heroine ... OOO... MEE.
You are such a ravishing beauty, with jet black hair, and a smile like Mona Lisa, and a slender body that makes other famous Malaysian personalities look fat. From your photo, we can see you still have the dashing, killer looks of Cat Woman. Or was that picture taken 13 years ago?
You are one person, who does not believe in money. Money, cannot buy you. That’s why you took 13 years to exact your revenge. What did Batman do to you? Did he reject your advances? How can Batman jilt such a lovely creature? So Batman is in big trouble, for hell hath no fury, like a woman scorned.
Imagine, 13 years have gone by since we last heard of your exploits. Boy, how time flies! 13 years ago, I was as young as Saiful, and if Anwar wasn’t interested in you, I would go after you myself. But I am just an ordinary mortal while you are a superhero.
With your daring, no nonsense and open personality, I wish more Malaysian women would emulate you. With your dashing good looks, your hair flying in the wind, your confidence and your flair to save Malaysia and the world, you would be the perfect heroine.
And now together with the Godfather of Soul and the Chosen One, they have all taken the gauntlet to save Malaysia from the evil clutches of Pakatan Rakyat. You have told everyone that no matter what, you will bare all (really? ... that will be fun to watch) just so our country can be saved. And like the patriot that you are, you have declared that your Mission is all in the name of Bangsa, Agama dan Negara.
So ...  all Hail ...  Catwoman!!!

Fracturing Malaysia

Fracturing Malaysia Racial tension is boiling over at a crucial political moment.
Malaysia was once regarded as one of Asia's most promising emerging economies, but over the last decade that story has soured. Output growth has cooled, and foreign investment plummeted from its peak in 2008. The government's failure to speed up economic reform is partly to blame, but the underlying cause of the policy gridlock is social tension. With the United Malays National Organization at its head, the ruling National Front coalition maintains an uneasy peace between the country's three main ethnic groups: Malays, Indians and Chinese.
Protests by Indian activists last month reveal just how fragile that peace is. The controversy arose late last year when the government announced the addition of "Interlok," a 1971 Malay-language novel, to the curriculum in some public schools. Cabinet ministers from the Malaysian Indian Congress, the largest ethnic-Indian party in the National Front, cried foul, saying that the novel depicted the Indian community in an offensive way.
The issue ignited furious debate in the Malaysian media but did not at first seem to threaten broader unrest. A group of ethnic-Indian NGOs undertook a formal investigation of the novel's content and found that it did contain a number of historical errors and misrepresentations. In mid-January the Ministry of Education convened a committee to amend the novel's offensive bits, apparently satisfying the MIC.
The situation intensified, however, when two Indian-rights organizations—the Hindu Rights Action Force, or Hindraf, and a splinter group, the Human Rights Party—called for nationwide protests against both the book and what they say are UMNO's "racist" policies generally. Hindraf was banned in 2008 for holding a massive antiracism rally the year before, at which hundreds of its supporters were jailed under the country's stiff Internal Security Act. Last month, police denied the groups' requests for public-assembly permits and threatened to charge anyone who attended protests with participating in unlawful organizations.
Undeterred, demonstrators took to the streets in several cities, first on Feb. 13 and then in greater numbers last Sunday. Police delivered on the promised crackdown, patrolling the protest route with trucks and keeping water cannons menacingly nearby. Around Kuala Lumpur, officers appeared to be accosting anyone even suspected of being a Hindraf sympathizer. On Sunday over 100 people were jailed, and though most were released the next day, 11 remain under investigation.
This sort of response to peaceful protests shows the troubled state of civil liberties in Malaysia. Since taking office in 2009, Prime Minister Najib Razak has clamped down on the press, jailed bloggers and suppressed public demonstrations, all in the name of maintaining unity and stability. In a speech early last month, he cautioned his countrymen against getting any ideas from the revolutions unfolding in the Arab world. "We will stop any attempt to bring such trouble into Malaysia," he said.
In part, it was the National Front that created the conditions for the present turmoil to begin with. Less well-off than Malaysia's Chinese, Indians attribute their economic woes to affirmative-action rules that favor ethnic Malays in hiring and education. Groups like Hindraf accuse the ruling coalition of yielding too readily to nativist Malay voices that agitate against meritocratic reforms.
Political games seem also to be afoot in the Indian groups' rabble-rousing, though. Hindraf and the HRP are likely using the present conflict to galvanize the Indian community ahead of a general election expected later this year. They may even calculate that an excessively harsh reaction by the government or ethnic-Malay factions to protests will win them additional public favor.
But the MIC has distanced itself from last month's unrest, and even opposition parties like the National Justice Party, or PKR, appear uneasy about siding with the protesters. Addressing his supporters in January, PKR chief Anwar Ibrahim advised against using the "Interlok" issue to score political points. "It would be extremely useful for the Ministry of Education to listen to reasonable comments on 'Interlok' and not to turn it into a divisive political issue," he said.
Too late for that, it seems. Malaysia's Indians have legitimate reason to feel marginalized in society and ignored by their own leaders. But the risk now is that political parties representing the three races will be steered by extremist groups that exacerbate conflict for their own gain. The past month's events suggest that years of redistributive policies designed to paper over ethnic divisions have only perpetuated the strife instead.

Lim Guan Eng: Pos Malaysia atau Pos Mata Duitan?

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang kecewa dengan Pos Malaysia berikutan tindakan menaikkan caj komisen yang dikenakan iaitu daripada 70 sen kepada 90 sen bagi setiap pembayaran bil air.  Walau bagaimananpun Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) belum membuat sebarang keputusan dan akan terus menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia sebagai medium bagi memudahkan orang awam membayar bil.
PBA membelanjakan RM700,000 setiap tahun sebagai komisen kepada Pos Malaysia.  Ini dilakukan bagi mengurangkan beban kepada pengguna Pulau Pinang.  Peningkatan 20 sen iaitu daripada 70 sen sehingga 90 sen telah mengakibatkan peningkatan kos sebanyak RM200,000 dari RM700,000 kepada RM900,000 setiap tahun.

Kerajaan negeri Pulau Pinang Malaysia berharap bahawa Pos tidak akan meningkatkan kos yuran sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kepada pelanggan dan juga memenuhi tanggungjawab sosial mereka kerana air merupakan keperluan bagi setiap orang.  Seperti itu adalah 70 sen dibebankan untuk setiap bil air sudah tinggi berbanding dengan kos 50 sen perkhidmatan dikenakan oleh bank.
Oleh itu, kerajaan negeri Pulau Pinang berharap Pos Malaysia mempertimbangkan semula keputusan untuk menaikkan caj komisen sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kepada pelanggan dan juga memenuhi tanggungjawab sosial kerana air merupakan keperluan asas bagi setiap orang.  Bayaran caj komisen 70 sen dilihat sudah tinggi berbanding 50 sen perkhidmatan yang dikenakan oleh bank dan perkara ini terbukti akan membebankan rakyat terutama daripada golongan rendah.
Kenaikan kadar caj komisen ini adalah satu tindakan tidak masuk akal Pos Malaysia dan hanya dilihat sebagai satu cara untuk Pos Malaysia bagi mengaut keuntungan tanpa mengira nasib golongan bawahan.  Sekiranya Pos Malaysia masih berkeras dengan tindakan untuk terus menaikkan kadar caj ini, lebih baik Pos Malaysia berhenti daripada terus menggunakan nama Pos Malaysia sebaliknya menggantikan dengan Pos Mata Duitan.
PBA tidak mempunyai pilihan lain selain terus menanggung kos komisen seperti mana yang telah dimeterai dalam perjanjian antara Pos Malaysia dan PBA.  Dan saya sendiri telah mengarahkan agar PBA tidak memberhentikan peruntukan tersebut bagi mengelakkan kesulitan kepada semua masyarakat yang ingin membayar bil mereka di pejabat- pejabat Pos Malaysia.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kiri) selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

Prk Merlimau : Samseng Politik Makin Berani Kerana Dilindungi UMNO@BN..!!!

Perkhidmatan pesanan ringkas (sms) berbaur ugutan tersebar di sekitar kawasan Merlimau, memberi amaran supaya pengundi tidak menghadiri ceramah politik yang dianjurkan Pakatan Rakyat.  Calon PAS-PR, Yuhaizad Abdullah (gambar bawah, tengah) bersama empat orang ahli PAS, menerima sms sedemikian pada petang semalam.
"Geng jebat derhaka akan terus mengganas di ceramah-ceramah PR yang menjadi pentas memecah belahkan Melayu. Sekiranya anda mahu kejadian pecah kenderaan di chinchin dan Jalan Pahlawan berulang, hadirla ke ceramah2 PR pd mlm ini dan seterusnya. awas keselamatan kenderaan anda tidak dijamin," demikianlah kandungan sms yang diterima oleh Setiausaha PAS Melaka, Harun Mohamad, daripada nombor telefon 0124496241.
Dalam laporan polisnya, Harun Mohamad mendakwa dirinya menerima sms ini pada jam 7.20 petang 3 Mac, ketika beliau berada di bilik gerakan PAS Merlimau.  Beliau percaya bahawa sms ini datang daripada pihak UMNO, kerana beliau juga menerima satu sms daripada nombor tersebut, sebelum ini, berbunyi, "TPM bayau makan minumnya di chinchin supaya halal dan dia x amik kesempatan bukan macam nik aziz...naik haji pun nak free..nak org sponsor..itu rasuah namanya dan tak ikut sunnah nabi..sah ke hajinya?"
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyanggah kenyataan Ketua Polis Melaka bahawa tuduhan pemimpin PR diserang tidak berasas, menekankan bahawa sms berbaur ugutan itu dihantar melalui nombor telefon tertentu, dan polis harus menyiasat dalam hal ini.  Dalam satu sidang media tadi, Salahuddin Ayub berkata dirinya mengesyaki bahawa Geng jebat derhaka dilindungi, malah diupah oleh pihak tertentu.
Shamsul Iskandar: Kereta Anwar diserang
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar telah membuat laporan polis pada 12.30 tengah hari ini, bahawa kereta Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim diserang pada 2 Mac ketika beredar selepas ceramah di Jalan Pahlawan.
Menurut Shamsul Iskandar (gambar kiri, kiri), kereta Anwar melalui Jalan Merlimau/Batu Gajah, di mana terletaknya beberapa bilik gerakan UMNO-BN.  Kereta Anwar telah diserang dengan benda-benda yang keras, sehingga kemek pada bahagian depan kereta.  Kereta yang menyusul di belakang kereta Anwar pula dipecahkan kaca belakangnya, dan kemek pada bahagian pintu kanan.

Jangan heret tentera!

Bermula dengan Tunisia sebagai keping domino yang pertama, catatan babak-babak berita semasa sebagai draf primer dalam proses konstruk sejarah baru bakal memberikan pengiktirafan bukan sahaja kepada peranan kebangkitan kuasa rakyat di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) tetapi juga peranan pasukan tentera.
Penukilan bahan berita berhubung tindakan dan reaksi pihak tentera bakal memberikan nafas baru bukan sahaja kepada proses pendemokrasian rantau MENA tetapi juga transformasi dalaman sifat ketenteraan seperti yang disaksikan dalam sejarah pendemokrasian Indonesia pasca Soeharto.
Salah satu cabaran terbesar kita hari ini adalah untuk mengasingkan tentera daripada politik.  Kini tibalah waktunya orang awam (civilian) memainkan peranan yang sepatutnya.  Begitulah wacana baru yang dibawa oleh Amien Rais, tokoh penggagas reformasi Indonesia semasa beliau berceramah di Bandung pada 5 Jun 1998.
Wacana baru tidak berkembang secara semula jadi.  Begitu juga, wacana baru peranan pihak tentera dan sifat ketenteraan terhasil daripada proses konstruksi melalui aktor.  Setiap satu konstruksi turut membawa bersamanya bermacam-macam tindakan dan reaksi dalam kalangan anggota masyarakat.
Dalam konteks Indonesia pasca Soeharto, wacana di atas merupakan sesuatu yang baru.  Begitu juga, dalam konteks kejatuhan rejim-rejim pemerintah di rantau MENA, kemungkinan wacana baru berhubung transformasi dalaman sifat ketenteraan bakal muncul setelah masyarakat sedunia menyaksikan babak-babak memberangsangkan apabila semakin ramai dalam kalangan anggota tentera yang tidak menekan kebangkitan kuasa rakyat.
Sekurang-kurangnya, janganlah pihak tentera menyokong mana-mana kuasa politik termasuk rejim pemerintah yang sering kali cuba mengongkong minda pasukan tentera seperti kisah "Mitos Gua" yang aku ceritakan dalam artikel sebelum ini.  Rejim pemerintah berbuat demikian untuk mewujudkan suasana takut atau apa yang disebut sebagai politics of fear dalam kalangan rakyat secara amnya dan dalam kalangan anggota tentera secara khususnya.  Dengan kata lain, rejim pemerintah cuba menjadikan pihak tentera sebagai sebahagian daripada apparatus hegemoni politik.
Pendirian tentera cukup memberangsangkan!
Dalam konteks Malaysia pasca 8 Mac, pendirian jelas yang dibuat oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Zulkifeli Mohd Zin cukup penting untuk dibangkitkan dalam diskusi peranan tentera dan sifat ketenteraan dewasa ini.
"Jangan heret pasukan tentera ke kancah politik kerana kami bersifat berkecuali dan hanya bertanggungjawab menjaga keamanan dan kedaulatan negara."
"Tentera tidak campur tangan langsung dalam urusan politik negara, namun menyokong sepenuhnya kepada kerajaan memerintah yang dipilih rakyat.  Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita tidak ambil tahu pasal soal politik negara atau antarabangsa."

"Kita tetap mengikuti perkembangan politik Malaysia dan dunia.  Ini hanya untuk pengetahuan, malah pegawai dan anggota tentera pun mempunyai hak memilih (mengundi)."
Izinkan aku memetik tiga perenggan di atas daripada laporan berita yang disiarkan pada muka depan Berita Harian dua hari yang lepas (2 Mac 2011).  Telitilah bahagian-bahagian yang aku tekankan, mesejnya cukup penting, cukup jelas dan cukup memberangsangkan!
Profesional tentera disifatkan prinsip berkecuali
Samuel P. Huntington, sarjana Amerika yang terkenal dengan tesis "pertembungan peradaban" (clash of civilization) yang penuh kontroversial pernah berbicara secara panjang lebar tentang peranan tentera dan sifat ketenteraan dalam karya lama beliau "The Soldier and the State: The Theory and Politics of Civil-Military Relations".
Menurut Huntington, terdapat perbezaan antara sifat ketenteraan yang mendokong nilai profesionalisme dan yang tidak mendokong nilai profesionalisme.  Begitu juga, terdapat perbezaan antara peranan tentera yang melihat faktor dalaman sebagai ugutan dan yang melihat faktor luaran sebagai ugutan.  Perbezaan di atas mencorakkan hubungan kompleks civilian-military.
Secara asas, profesionalisme pasukan tentera disifatkan oleh prinsip berkecuali.  Pelengkap kepada prinsip tersebut ialah kepakaran yang khusus dan mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi melalui latihan, pendidikan, pengalaman dan sentiasa mengikuti perkembangan dalam bidang kepakarannya.
Sebagai suatu profesion, Huntington menekankan bahawa, pasukan tentera wajar mengekalkan sifat berkecualinya dan mengasingkan diri daripada godaan politik.  Institusi ketenteraan yang tidak terbawa-bawa oleh kuasa politik juga dapat mengekalkan semangat esprit de corps yang tinggi.
Balik kepada komen Jeneral Zulkifeli.  Mesej positifnya adalah bahawa konflik politik merupakan lumrah masyarakat maka profesion tentera tidak wajar campur tangan dalam proses tersebut khususnya sepanjang tempoh pilihan raya umum (PRU) diadakan.
Pasukan tentera tidak tunduk kepada tekanan politik
Begitu juga, sekiranya keputusan PRU Ke-13 yang bakal diadakan nanti membawa perubahan besar yang menyaksikan kesedaran, kemahuan dan kebangkitan rakyat yang lebih besar berbanding dengan PRU Ke-12, semangat esprit de corps profesion tentera dapat dikekalkan apabila pasukan tentera tidak diperkudakan oleh rejim pemerintah untuk menentang aspirasi rakyat.  Atau secara ringkas, pasukan tentera berkecuali, tidak tunduk kepada tekanan politik!
Sebagai suatu profesion, anggota tentera juga haruslah diberikan hak memilih calon wakil rakyat secara bebas tanpa tekanan politik dan tanpa sebarang kemungkinan manipulasi undi pos.  Justeru, anggota tentera sewajarnya berhak menuntut ketelusan yang lebih tinggi dalam proses pengundian yang melibatkan hak memilih mereka.
Dalam berita tersebut, Jeneral Zulkifeli juga menyentuh keperluan tentera darat untuk sentiasa membuat pembaharuan dari segi latihan dan peralatan ketenteraan untuk memantapkan keupayaannya.  Sebagai suatu profesion, ini merupakan sebahagian daripada keperluan khususnya dalam konteks modenisasi.
Menurut seorang sarjana Indonesia, Soerjono Soekanto, modernisasi dicorakkan oleh ciri-ciri tertentu termasuk tata kelola yang baik.  Prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban merupakan asas kepada tata kelola yang baik.
400 tahun sebelum masihi, Chanakya (c. 350-275 BC) yang sering mendapat julukan sebagai Indian Machiavelli, telah menulis karya yang berjudul Arthashastra yang dapat dianggap sebagai pendahulu dari Machiavelli's The Prince.  Karya tersebut ada menyentuh aspek tata kelola dalam konteks seni pemerintahan raja.
Kini, susulan daripada mesej positif yang dibawa oleh Jeneral Zulkifeli, khalayak rakyat yang prihatin terhadap isu-isu berhubung pemerolehan kelengkapan dan senjata ketenteraan juga mengharapkan perubahan positif dapat berlaku dalam erti kata transformasi dalaman profesion tentera dari segi tata kelola yang baik.
Dalam jawapan yang diberikan oleh Kementerian Pertahanan kepada ahli parlimen Selayang Willian Leong Jee Keen (gambar kiri) berhubung pertanyaan lisan beliau pada 20 Oktober 2010, kementerian berpendapat bahawa Pengawasan Anggaran dan Perolehan Pertahanan/Ketenteraan Parlimen (Parliamentary Oversight of Defense Budget and Procurement) tidak perlu diwujudkan.
Alasan yang diberikan adalah "kerana sebarang rancangan perolehan Kementerian Pertahanan akan dinyatakan dalam anggaran belanjawan pembangunan untuk dibahaskan dan diluluskan oleh pihak Parlimen sendiri."
Jawapan kementerian mengecewakan kerana tanpa mekanisme pengawasan yang dapat menjamin ketelusan dari segi butiran (yang tidak berkaitan dengan rahsia keselamatan), alasan tersebut akan mengekang kemajuan pasukan tentera dalam proses modenisasi seterusnya menjejaskan semangat esprit de corps pihak tentera yang tinggi susulan komen Jeneral Zulkifeli yang begitu memberangsangkan!

JKM BERSIKAP ‘MAIN TARIK TALI’ - Pengundi Umno bosan


 Sinar Harian 4 Mac 2011
 
SEREMBAN – Sepatutnya pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang ke rumah membuat siasatan terhadap permohonan bantuan Japri Kassim, 55, untuk anak saudaranya, Nik Airani Suraya Nik Roselan, 12, yang juga orang kurang upaya (OKU) tetapi amat dikesali dengan hanya membuat panggilan telefon, JKM terus menolak permohonannya itu.
 
Alasan diberikan, bapa kepada empat anak ini mempunyai pendapatan keluarga lebih daripada hak kelayakan sedangkan permohonan itu dibuat untuk anak saudaranya.
 
Malah permohonannya mendapatkan kad OKU pada awal Januari lalu juga masih tidak diketahui statusnya walaupun segala dokumen yang diminta sudah dihantar.
 
“Sepatutnya pihak JKM datang ke ke rumah melihat sendiri keadaan anak saudara saya tetapi pegawai yang dipertanggungjawabkan sekadar telefon untuk mendapatkan maklumat.
 
“Isteri saya sudah buat permohonan sejak tahun lalu dan pihak berkenaan kata, November nak datang buat siasatan tetapi sampai sekarang tak datang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seremban Jaya, dekat sini.
 
Menurutnya, terbaru adik iparnya ada menghubungi pihak JKM untuk mendapatkan status sebenar permohonan namun pegawai JKM yang dipertanggungjawabkan memaklumkan permohonan diterima tetapi status tidak diketahui, sementara permohonan kad OKU pula tidak mempunyai rekod.
 
Japri berkata, jika permohonannya ditolak, sepatutnya pihak JKM sudah memaklumkan ia gagal.
 
“Permohonan ini untuk anak saudara saya yang terlantar di rumah sejak kecil kerana menghidap penyakit celebral hydrocaepulus.
 
“Saya dan isteri bersedia ambil tanggungjawab menjaganya kerana emaknya ibu tunggal dan kini bekerja di Kuala Pilah,” katanya.
 
Menurutnya, sebelum ini dia memang tidak pernah ambil tahu mengenai bantuan disediakan untuk golongan OKU dan perlunya mendaftar.
 
“Bagaimanapun, ada rakan dan pemimpin masyarakat yang memaklumkan bantuan disediakan untuk golongan berkenaan.
 
“Saya bukannya mahu besarkan isu menggunakan saluran media untuk melaporkan masalah dihadapi tetapi kecewa kerana JKM seolah-olah menafikan hak yang sepatutnya diberi untuk OKU,” katanya.
 
Japri berkata, jika bantuan JKM diterima, sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban ibu kanak-kanak terbabit.
 
“Ibunya setiap minggu ada datang menjenguk Airani dan dia juga bagi duit belanja. Anak saya pun ada membantu.
 
“Jika ada bantuan JKM, dapat juga beli kerusi roda, lampin pakai buang dan lain-lain,” katanya.
 
Justeru Japri berharap, JKM tidak terus ‘bermain tarik tali’ berhubung status permohonan mendapatkan bantuan dan mendapatkan kad OKU untuk anak saudaranya itu. 

Prk Kerdau : Lensa Kempen Calon Dan Pimpinan Pakatan - 8




























Foto : Minaq Jinggo