Rabu, 2 Mac 2011

Prk Kerdau : Video Felda Plantations organisasi haram - ANAK

Prk Merlimau : Video Pakatan Rakyat Tak Boleh Berkempen Dalam Estate

Tak cukup lagi, kot??


Tarikh bagi mentekedarah duit rakyat dilanjutkan sehingga 10 Mac.

[Selanjutnya di sini]

Kesian.... nampak sangat kerajaan terdesak, hadapkan duit rakyat untuk mengisi kantungnya yang semakin runtuk menenuhi kantung mereka yang semakin ringan.

Maklumlah... dengan 2 PRK yang sedang on-going, mereka terpaksa guna banyak wang untuk tabur gula-gula serta untuk menampung kos mengelolakan dua PRK tersebut. Bukan sikit duit, banyak ooooo....

Dalam keadaan tak berduit, kerajaan masih boleh berlagak untuk membuat pelbagai janji manis atas nama pembangunan untuk memancing undi. Mau tak mau,terpaksa beb!! Dah pokai....

Duit yang dah keluar mesti diganti semula, kalau tidak.... parah. Jadi, cara paling mudah ialah dengan mentekedarah duit rakyat. Fast cash beb!!

Well... kepada mereka yang banyak duit dan suka sedekah duit segera kepada kerajaan dengan begitu saja, anda bolehlah berbuat demikian sementara diskaun masih ditawarkan sampai 10 Mac ini.

Lain kali, berwaspada.... jangan biarkan diri anda diperangkap dan terperangkap dengan saman-saman gilerr ini. Daripada anda sedekahkan duit itu kepada kerajaan, lebih baik anda sedekahkan untuk keluarga. Lebih afdal, gitu....

Siapa bodoh?

Saman ekor umpama ISA..zalim

1. ISA adalah satu akta yang zalim kerana menahan dan menghukum tanpa bicara.  Begitulah dengan Saman Ekor yang yang dihantar notis samannya terus memaksa penerimanya membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah .

2. Jika seseorang ditahan dalam satu - satu sekatan jalanraya oleh pihak polis trafik ataupun JPJ dan kemudiannya surat saman dikeluarkan agar pemandunya menandatangani surat tersebut , pun tidak bermaksud pemandu itu mesti terus membayar saman tersebut .

3. Sebaliknya pemandu itu akan dihadapkan ke mahkamah . Tandatangan itu hanya persetujuan untuk hadhir ke pembicaraan di mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan dalam surat saman tersebut . Kecuali pihak pemandu mengambil langkah mahu menyelesaikan kes di luar mahkamah dengan membayar kompaun . Itu pilihan yang ada .

4. Saman Ekor jelas menzalimi pengguna jalanraya . Pihak polis seperti mengendap - ngendap atau menyorok mahu mengenakan mangsa . Lalu surat saman dihantar ke rumah dan penerima mesti membayar saman tersebut jika tidak beberapa tindakan lain akan dikenakan seperti tidak boleh menyambung roadtax dan lain - lain .

5. Sepatutnya saman tersebut tidak menghukum rakyat atau pengguna jalanraya sebaliknya membawa mereka ke mahkamah untuk diadili sebab bukan satu kes kesilapan dan kekeliruan berlaku . Apa yang penting rakyat perlukan keadilan dan peluang mereka membela diri jika mereka merasakan mereka tidak bersalah .

6. Jika pihak polis mempunyai bukti yang kukuh , maka usah dirisau kerana pesalah tetap akan dihukum atau tidak terlepas dari hukuman justeru pihak polis mempunyai bukti yang kukuh . Apa yang kita maksudkan ialah memberi ruang proses keadilan itu berlaku .

7. Perkara kedua ialah kerajaan sepatutnya mengambil langkah mendidik rakyat atau pengguna jalanraya agar memandu dengan selamat dan mematuhi peraturan jalanraya . Pengalaman saya di Jepun , setiap kenderaan dibekalkan sejenis alat mengesan kelajuan dan alat itu akan mengeluarkan bunyi siren yang kuat apabila pemandunya memandu melebihi had laju yang dibenarkan .

8. Saya difahamkan bahawa kaedah di Jerman bagaimana beberapa buah kereta peronda polis akan berada di beberapa lokasi pada kadar setiap 5 ke sepuluh kilometer sebelum satu - satu sekatan atau tindakan dikenakan kepada pengguna yang masih melanggar peraturan jalanraya . Cara itu dilihat berkesan dan mengurangkan kadar saman dikeluarkan kepada pengguna jalanraya dan pengguna juga selamat .

9. Apa yang berlaku dalam negara kita seperti pihak berkuasa mahu mengenakan pengguna jalanraya . Malah perkataan " Jerangkap Laju " itu sendiri telah menggambarkan bahawa pihak berkuasa mahu memerangkap bukan mendidik pengguna jalanraya .

10. Pengamatan saya mutaakhir ini , hampir setiap kali menghadapi pilihanraya umum akan timbul isu seperti saman ekor ini . Seolah - olah kerajaan sedang memeras rakyat untuk mendapatkan wang saku kerajaan UMNO dan BN bagi menghadapi pilihanraya umum . Malanglah jika perkara ini benar . Jika begini , Saman Ekor telah menjadi ISA kedua negara untuk terus membelenggu rakyat dengan kezaliman menghukum tanpa bicara

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan
------------------------------------
Nasrudin bin Hassan adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Guan Eng Anti Melayu : P Pinang bagi RM2,000 pelajar kembali ke Mesir

GEORGETOWN, 2 Mac: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menyerahkan RM2,000 kepada 318 pelajar Mesir dari negeri ini termasuk anak kepada Yang bekas Dipertua Majlis Agama Islam (Maipp), Shabudin Yahya.
Sumbangan tersebut adalah pembuka tirai negeri pertama menyerahkan sumbangan berbanding negeri lain di Malaysia.
Sebelum ini Pulau Pinang juga mendahului mengumumkan peruntukan dan mengadakan perjumpaan antara pelajar dan waris pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri yang diadakan di Dewan Sri Pinang baru-baru ini.
Pada peringkat awal Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria telah bertekad memberi keringanan kepada ibu bapa dengan mengeluarkan wang menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) sekurang-kurangnya RM1,000 seorang.
Tetapi, setelah perbincangan dalam mesyuarat Exco semua sepakat menambah RM1,000 lagi daripada kerajaan negeri menjadikan RM2,000 semuanya.
Pada program yang dimulai meraikan pelajar dan ibu bapa dengan makan tengah hari itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, hasil penjimatan akhirnya banyak perkara boleh Kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakannya termasuk bantuan berkenaan sebagai meringankan tanggungan ibu bapa.
Slogan Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) membawa kebaikan walaupun pada awal pemerintahan terpaksa berhadapan cercaan dan hutang peninggalan Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Selepas mempekenalkan dasar CAT pada umum ia terus melonjak terutamanya para pelabur yang bertambah sejak kebelakangan ini.
"Tentu pelajar tertanya-tanya apakah CAT. Ia bukan kucing sepertimana yang selalu dihebohkan oleh Umno sebaliknya pentadbiran yang menjurus kepada kebebasan, keadilan dan jauh daripada sikap rasuah," ujar Guan Eng.
Sementara itu, Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, Muhamad Hilmi Mohd Yusuf menyifatkan, bantuan itu sebagai galakan terhadap pelajar untuk teruskan belajar di serata univesiti di Mesir.
"Saya mewakili keseluruhan pelajar ucap terima kasih yang tidak terhingga dan berharap kerajaan negeri dapat pula ke sana menziarahi kami sebab sampai saat ini belum ada seorang pun kepimpinan negeri yang berbuat demikian," katanya.

Erbakan, Islamis yang menggugat sekularisme Turki

 Haris Zalkapli 
 Necmettin Erbakan, tokoh gerakan Islam Turki yang meninggal dunia pada Ahad, 27 Februari lalu merupakan seorang yang telah mencatat sejarah penting politik Islam di negara sekular itu. b
Turki secara rasmi menjadi republik pada 1923 dan menegaskan identiti sekular berasaskan ide Mustafa Kamal Ataturk pada 1928 dengan klausa Islam sebagai agama negara dipadamkan daripada perlembagaan.
Sejak itu, Kamalisme menjadi satu tunjang penting republik Turki, menegaskan identiti sekular Turki yang memisahkan agama daripada ruang politik.
Sekularisme di Turki jauh sekali daripada definisinya yang sepatutnya menjadikan negara neutral terhadap agama, tetapi menjadikan negara mengambil sikap memusuhi agama Islam.
Erbakan mencatat sejarah sebagai pemimpin parti Islam yang pertama berjaya membentuk kerajaan dan menjadi perdana menteri, walaupun untuk satu tempoh yang singkat.
Erbakan menyaksikan laluan sukar sejak terlibat secara aktif dalam politik pada 1969, apabila memenangi wakil bebas untuk Konya di Parlimen Turki.
Pada 1970, beliau menubuhkan Parti Orde Nasional, yang diharamkan pada tahun berikutnya kerana didakwa menentang asas sekular negara Turki.
Pada 1972, Erbakan menubuhkan Parti Penyelamat Nasional dan menunjukkan prestasi cemerlang dalam pilihan raya 1973 dan 1977. Beliau malah pernah menjawat jawatan timbalan perdana menteri dalam tiga kerajaan pakatan bersama parti lain.
Parti itu turut diharamkan pada 1980 dan Erbakan dipenjarakan, ekoran satu rampasan kuasa oleh pihak tentera. Erbakan dan beberapa ahli politik lain diharamkan daripada terlibat dalam politik, sehingga larangan itu ditamatkan pada 1987.
Pada 1983, Parti Kebajikan (Refah) ditubuhkan dan Erbakan mula memimpin Refah pada 1987 selepas pengharaman penglibatannya dalam politik ditarik balik. Refah berjaya meletakkan 40 orang wakil di Parlimen Turki dengan pakatan bersama Parti Rakyat.
Kemudian, Parti Kebajikan menyaksikan kemenangan terbesarnya pada 1995 apabila menjadi parti pertama mendapat 21 peratus undi, menjadi kumpulan terbesar dalam parlimen.
Dengan pakatan bersama parti pimpinan Tansu Ciller, sebuah kerajaan ditubuhkan pada 1996 dengan Erbakan menjadi perdana menteri Islamis pertama Turki. Erbakan hanya menjadi perdana menteri selama setahun, bermula Jun 1996 hingga Jun 1997.
Kemunculan parti Islam pimpinan Erbakan mencetuskan satu debat hangat di Turki yang sekular itu, debat yang masih berjalan sehingga ke hari ini, walaupun selepas parti yang lebih sekular mengetuai kerajaan.
Pihak tentera, penjaga sekularisme Turki kemudian bertindak sekali lagi terhadap parti pimpinan Erbakan dan memaksanya meletak jawatan.
Parti Kebajikan kemudian diharamkan pada 1998 dan Erbakan diharamkan daripada terlibat dalam politik selama lima tahun.
Erbakan menamatkan hayatnya sebagai pemimpin sebuah parti Islam, mencatat sejarah tersendiri sebagai Islamis Turki dan dalam perjuangan Islam di negara yang paling fanatik dalam mempertahankan apa yang ditafsir sebagai sekularisme, lebih daripada apa yang dilihat di Eropah.
Oktober tahun lalu, Parti Kebahagiaan (Saadet) melantik Erbakan sebagai pemimpin parti dalam satu konvensyen diadakan untuk memilih pimpinan baharu.
Kepimpinan Erbakan dalam Parti Kebahagiaan mencatatkan parti keempat yang dipimpin beliau selama hayatnya.
Episod perjuangan Erbakan menyaksikan satu persaingan sengit merentasi tekanan sekularisme yang kuat di Turki, sehingga asas-asas demokratik dilanggar untuk memenangkan sekularisme.
Sejarah penglibatan Erbakan dalam politik telah menyaksikan kemampuan parti Islam untuk terus terlibat dan menerima sokongan, termasuk pada masa ini ketika parti pasca-Islamis pimpinan Recep Tayyip Erdogan memimpin Turki.
Kes Islamis di Turki telah mengukuhkan hujah untuk menyokong pilihan fasa pasca-Islamisme dalam perjuangan parti-parti Islam.
Parti Erbakan dilihat sebagai tidak berupaya meneruskan perjuangan di Turki dengan wajah Islamis, berbanding Parti Keadilan dan Pembangunan, AKP.
AKP muncul dengan lebih berupaya bercakap dalam bahasa semasa, menyentuh isu-isu yang mudah diterima ramai.
Walaupun sentiasa diberi amaran supaya tidak mengulangi sikap dan tindakan Islamis di Turki, AKP diterima Barat sebagai model bagi gerakan Islam dan peranan Islam dalam politik.
Di peringkat antarabangsa, usaha AKP mendekatkan Turki dengan Kesatuan Eropah dengan tindakan-tindakan yang menyelaraskan amalan di Turki dengan Eropah menerima pujian dari Barat.
Terbaharu, tindakan melibatkan Israel melonjakkan lagi nama AKP dan Turki, menyumbang kepada peningkatan dan pengukuhan kedudukan Turki sebagai kuasa serantau di Timur Tengah.
Erbakan, di penghujung hayatnya memperlihatkan sikap kritikal terhadap AKP dan kepimpinan Erdogan.
Ekoran episod serangan ke atas kapal Mavi Marmara, Erbakan mengkritik keras kerajaan Erdogan yang didakwa bersikap hipokrit apabila mengamalkan dua amalan berbeza dalam urusan melibatkan Israel.
Menurut Erbakan, Turki terus berurusan berbilion dolar melibatkan senjata dengan Israel, walaupun apa yang terjadi di Forum Ekonomi Dunia di Switzerland pada 2009 melibatkan Erdogan dengan Shimon Peres memperlihatkan hal yang berbeza.
Dalam konvensyen yang menyaksikan pemilihannya sebagai pemimpin parti baharunya, Erbakan turut mengkritik AKP dan menyatakan Parti Kebahagiaan sebagai parti Islam sebenar.
Menjelang pilihan raya Turki akan datang pertengahan tahun ini, parti Islam pimpinan Erbakan dijangka mengadakan aliansi dengan parti Islam lain.
Parti Kebahagiaan yang ditinggalkan Erbakan akan meneruskan perjuangan Islamis Turki, yang kini menjadi satu legasi penting tokoh yang dianggap “guru gerakan Islam” itu.
Dalam suasana pasca-Islamisme dilihat sebagai pilihan yang tidak dapat dielakkan lagi untuk gerakan Islam, Erbakan telah memperlihatkan kelangsungan hidup Islamis, yang terus mengambil bahagian dalam politik Turki.
Perjuangan panjang politik Erbakan telah mencatat sejarah dalam perjuangan Islamis menghadapi sekularisme Turki.
Erbakan telah mencatat sejarah sebagai Islamis yang terus menjadi pencabar utama fahaman Kamalisme Turki yang meletakkan sekularisme sebagai asas utama negara.

Najib the prodigal son has returned to the fold

Najib the prodigal son has returned to the foldFor now, Prime minister Najib Adul Razak may breathe a sigh of relief as Malaysia has yet to see the chaos that has beset the north African and middle-eastern countries. However, all is not calm. Beneath the surface, tensions are simmering.
Malaysians have seen how the Egyptians and Tunisians have effected change. Therefore, it is not a question of if, but more a question of when change will come to Malaysia.
Najib is aware that Malaysia is a member of the United Nations Human Rights Council (UNHRC), a body which is responsible for strengthening the promotion and protection of human rights around the globe.
He knows full well that Malaysian leaders should respect the Universal Declaration of Human Rights (UDHR) as Article 20(1) of UDHR states that everyone has the right to freedom of peaceful assembly and association.
These rights are enshrined in Article 10 (1) of the federal constitution and guarantees the freedom of speech and the right to assemble peacefully.
When the Human Rights Party (HRP) decided to organise the 'Solidarity March against Racism' last Sunday, an application was filed but their permit was rejected on the eve of their march.
The initial plan was to muster at KLCC and march to the Dang Wangi police station to lodge a police report against the Form Five Malay literature textbook Interlok which portrays the Indian and Chinese communities in a negative light.
On the morning of the protest march, leaders and members of HRP were systematically rounded up in a dawn swoop and all roads into the city-centre blocked off.
Perversely, anyone who resembled an Indian had their possessions searched, their identities questioned and they, too were arrested.
Days earlier, Najib told Libyan leader Muammar Gaddafi to refrain from using violence against protestors who were opposed to the rule of the Libyan dictator.
He said, “We believe that he should not use violence. What is important for us is to take into account the aspirations of people.”
Najib also believed that the Indian community did not need HRP because the government has been looking after their interests.
His deputy, Muhyiddin Yassin also called for firm police action and to ban the march.
The following day, on 28 February, Malaysian inspired marches were underway in London, England and in Ottawa, Canada. This time, Malaysians were protesting against the corrupt and cruel regime of the Chief Minister of Sarawak, Taib Mahmud.
Despite the relatively short notice given and the fact that it took place on a cold and wet Monday morning, the turn-out in London was impressive. The Malaysians who studied and worked in UK were joined by other nationalities. There was no dawn swoop or lockdown of Central London.
A policeman from the Metropolitan Police Force came for a quick chat with the organisers and left minutes later. The protestors marched from one of Taib’s properties to another of the buildings he owned.
Along the way, various members of the public voiced their support for the demonstrators and the whole event was recorded by Malaysian reporters as well as an Australian film crew and Italian media.
What these three marches serve to show is that Malaysians are capable of holding peaceful demonstrations and that it is only in Malaysia, that the leaders and its police fail to respect the peoples’ right to peaceful assembly, association and expression.
Malaysian leaders do not show any leadership. Perhaps these so-called leaders need to understand human behaviour. For example, if they treat a child like a baby, it will behave like one. If they treat a child with respect, it will behave like a respectable adult.
Banning the HRP march last Sunday has made a mockery of the UDHR principles which the Malaysian government pledged to uphold, when it assumed its seat on the UNHRC.
More importantly, when Najib warned Gaddafi to refrain from violence, he wanted to show the world that he (Najib) was a magnanimous leader.
When he failed to listen to his own words of advice and used violence to intimidate his own people, the world saw him as a hypocrite and a cruel despot. Najib is desperate to further his political ambitions and will tread on anyone in his path.

Prk Merlimau : PAS menabur benih Jasmin

Analisa : PRK Merlimau memasuki hari keempat. Sesungguhnya, keadaan kelihatan memihak kepada Barisan Nasional, setelah Perdana Menteri dan Timbalan-nya melawat ke kubu tradisional BN ini. Malah, suasana yang baik ini mungkin antara faktor yang menguja Pengerusi BN Najib untuk mengungkapkan "Lu tolong gua, gua tolong lu" (Kamu tolong saya, saya tolong kamu) ketika berucap kepada khalayak ramai di Jalan Pekan Merlimau.
Seperti biasa, MCA menjadikan isu Negara Islam sebagai senjata serangannya, di samping jamuan, rawatan perubatan Cina percuma, ceramah feng shui, dan perkhidmatan tempatan ketika turun ke padang.
Suasana di sebelah Pakatan Rakyat yang kekurangan sumber kelihatan amat suram, dengan strategi kempen yang agak berbeza daripada sebelumnya. Apakah mereka keletihan selepas PRK demi PRK yang terlalu banyak dari segi bilangannya? Media rata-rata menganggap PAS meletakkan tenaga jenteranya di PRK Kerdau, Pahang, yang berlangsung serentak dengan PRK Kerdau.
Mungkin juga PAS memilih untuk mengelakkan pertembungan sengit dengan BN yang berkempen dengan cara berpesta pada kali ini. Sebaliknya, PAS mengambil pendekatan "perang gerila", menumpukan tenaganya untuk pemilihan parti dan PRU yang akan datang.
PAS menabur benih Jasmin
Ketika berucap dalam ceramah memperkenalkan calon PAS, Presiden PAS Hadi Awang telah menetapkan tema kempen kali ini, iaitu anti-rasuah, memperjuangkan sistem pilihan raya yang bersih, dan kepentingan untuk menyedarkan rakyat. Malah Hadi Awang berkata, "Kita minta BN buat perubahan. Bila umur panjang, ia nyanyuk, akan jatuh."
"Laut ada pasang surut, kalau tidak, pasir tidak bersih. BN perlu ingat, tak ada kerajaan yang selama-lamanya. Libya, Tunisia dan Egypt adalah seruan Allah yang minta bangsanya berubah," kata Hadi Awang (gambar kiri), "Malam pun jadi siang. Jika bangsanya tidak berubah, alam sekitarnya akan berubah."
Revolusi Jasmin nampaknya telah menyuntik momentum baru kepada pemimpin veteran ini, yang berucap dengan penuh bersemangat untuk kira-kira 40 minit. Malah, Hadi Awang memetik penyair terkenal di Tunisia pada awal kurun ke-10, Abou-Al-kacem El-chebbi dengan puisinya, To the Tyrants of the World. Mereka yang menanam duri akan ditusuk durinya, katanya.
Seterusnya, bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin (gambar kanan) mengambil contoh bagaimana Mohd Ali Rustam dan Mohd Isa Samad yang terpalit dengan amalan rasuah dalam pemilihan UMNO dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka dan dilantik sebagai Pengerusi FELDA.
Malah, Nizar Jamaluddin tidak melepaskan kesempatan untuk menyasarkan isteri Perdana Menteri, menggambarkan betapa mewahnya cara hidup Rosmah Mansor, yang tidak jauh berbeza dengan isteri bekas Presiden Tunisia, Leïla Ben Ali dan isteri bekas Presiden Mesir, Suzanne.
Kempen yang Anti-klimaks
Nizar Jamaluddin berjaya menghangatkan suasana pada malam pertama selepas penamaan calon. PAS dijangka meletakkan pemimpin barisan pertamanya untuk ceramah pada malam-malam seterusnya. Tanpa diduga, hari kedua menyaksikan pemimpin muda, termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan At Tantawi, Timbalan Ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan sebagainya masuk ke gelanggang. Percaturan sedemikian nampaknya sedikit sebanyak anti-klimaks.
Wartawan melawat ke bilik gerakan PAS pada hari Ahad, dan hanya satu poster didapati. "Segala-galanya masih dalam persediaan," kata pekerja di situ. Ketika wartawan membuat liputan di Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di Merlimau Pasir pada sebelah malamnya, ceramah yang dijadualkan untuk bermula pada jam sembilan malam ditundakan sehingga jam 10 malam.
Ia agak tidak serasi dengan sikap PAS yang agak berkesan dalam kerjanya sebelum ini. Jika diperhatikan bendera parti, poster yang kurang, dan berselerak di sana sini, ditambah pula hampir tiada kenyataan daripada calon - ia mungkin menyimpulkan bahawa strategi PAS di Merlimau jauh berbeza daripada PRK yang lalu. Mungkin PAS semakin ketandusan sumber, selepas beberapa PRK yang melibatkan calonnya.
Ketika dihubungi MerdekaReview, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata tumpuan PRK Merlimau adalah untuk mendampingi pengundi dan menyebarkan maklumat. Beliau berkata strateginya menumpukan tenaga dalam aktiviti lawatan rumah ke rumah, menjelaskan mengapa tiada aktiviti lain diadakan. Pasukan mereka bakal menjelaskan kepada pengundi, mengapa ekonomi merudum, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku, dan mengapa calon PAS harus dipilih untuk membawa masuk agenda rakyat ke dalam Dewan Undangan Negeri.
Menurut analisa PAS, ramai lagi pengundi yang belum membuat keputusan muktamad, menandakan bahawa calon PAS mungkin berpeluang untuk menang. Untuk Adly Zahari, sambutan pengundi agak memberangsangkan, dan kebanyakan daripada mereka mendakwa dirinya tidak mengetahui penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang berlaku selama ini.
Strategi DAP pula...
Adly Zahari enggan mengulas sama ada cara kempen yang "low profile" ini disebabkan langkah pemilihan parti PAS yang semakin dekat. Beliau menekankan bahawa mustahil PAS tidak bersungguh-sungguh ketika berkempen untuk PRK ini. Ini kerana setelah memberi kata dua untuk bertanding, maka kemenangan akan digariskan sebagai matlamat.
Ketika dibangkitkan bahawa kenyataan dan notis aktiviti yang kurang sepanjang tempoh ini, Adly menjelaskan bahawa media arus perdana tidak menyiarkan kenyataan mereka biarpun segala-gala ini disediakan. Jadi, mesej gagal sampai ke pengundi, dan keadaan ini tidak membantu dalam aktiviti kempen mereka.
Ada persamaannya dari segi pendekatan yang diambil DAP dalam PRK Merlimau. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng belum tampil ke Merlimau dalam tempoh dua hari ini. DAP hanya membariskan ahli parlimen seperti Anthony Loke (Rasah), Tony Pua (Petaling Jaya Utara), Charles Santiago (Klang), Teo Nie Ching (Serdang) dan lain-lain di Merlimau. Menurut ADUN Air Keroh-DAP Khoo Poay Tiong (gambar kiri), Lim Kit Siang akan turun pada pada 3 Mac, dan Lim Guan Eng pula pada 4 Mac.
Khoo Poay Tiong mengakui bahawa DAP mengubah strateginya yang menekankan ceramah perdana, kerana mendapati situasi di Merlimau agak berbeza, yang menuntut pemimpin untuk turun ke padang sendiri. Pada masa yang sama, DAP mendapati mereka yang hadir ke ceramah perdana tidak semestinya pengundi tempatan, tetapi penduduk di Melaka yang berada di sekitar Merlimau.
"BN selalunya menghantar perisiknya ke ceramah PR. Mereka akan berdiri di sekeliling, menimbulkan rasa takut di kalangan penduduk tempatan. Penduduk tempatan bimbang tindakan diambil ke atas diri mereka," kata Khoo Poay Tiong.
Pengundi enggan nyatakan pendirian

Menurut pengamatan wartawan, pengundi di kubu tradisional BN ini kurang senang untuk menyatakan pendirian ketika ditanya parti mana yang disokong. Semasa berbual dengan beberapa pengundi muda, dua orang cuba keluar tajuk, seorang lagi pula meminta agar kad wartawan ditunjukkan. Hanya seorang yang berkata, "(Pertarungan yang) sangat sengit, kedua-duanya bagus."
Dalam perbualan bersama beberapa pengundi yang lanjut usianya, mereka enggan mendedahkan nama mereka kepada wartawan. Salah seorangnya bagaimanapun meramalkan 80% warga emas akan mengundi BN, sementara PR akan meraih undi daripada 55% pengundi muda.
Merlimau adalah kawasan campuran dengan majoritinya Melayu. Daripada 10,679 orang undi, 64.9% terdiri daripada Melayu (6935 orang), 20.8% Cina (2218 orang) dan 14.1% India (1510 orang). PR menyasarkan tiga golongan, iaitu pengundi Cina (2,218 orang), pengundi muda (1,300 orang) dan pengundi yang mengundi buat kali pertama (400 orang).

Siapa kata Perdana Menteri Malaysia Cerdik...!!!!


Yang ini dan satu kabinetnya kena kencing dengan Ling Leong Sick... kah ..kah..kah...


Yang ini pulak kena kencing dengan Chang Kong Choy... muahahahaaaaa...


Yang ini kena kencing dengan laki dia...  lagi haruuuu.... 2 x 5 dengan Pak Lah.... kah..kah.. kah...


Yang ini pulak... ???? Lu orang jelah yang komen.... hahaha...

Siapa kata Perdana Menteri Malaysia dari 1981 hingga 2011 cerdik.... mudah bangat kena tipu....
ISA.

Brengsek!! Sapa suruh Polis ni menipu? .. BN ke??


Aku ingatkan ramai polis yang perasuah cuma. Rupanya yang kaki kelentong lagi ramai.. malah bukan hanya polis, pegawai JPJ pun sama naik!!  Brengsek betullah depa ni.. !!

Opp!! Jangan lupa, masih ada ramai juga anggota dan pegawai Polis dan JPJ yang baik dan berhemah... Tabik Tuan.. !! Semoga polis-polis dan pegawai JPJ yang baik, bersopan, berhemah dan jujur menjalankan amanah tu akan dirahmati Allah SWT hendaknya. Semoga yang bagus-bagus tu dilimpahi dengan rezeki yang halal dari Allah SWT dan berkatlah hidup mereka sekeluarga insyaAllah.

Tolong klik di sini dan fahami kenapa saya cakap ada anggota polis dan pegawai JPJ yang haramjadah!!

Saman trafik: TPM tolong jangan perlekeh rakyat sendiri


Kata TPM Muhyiddin “Traffic summons have nothing to do with politics”..Bernama . Itu komen seorang ahli politik dan seorang Timbalan Perdana Menteri. Penjelasan seperti ini hanya layak didengari oleh mereka yang tidak kisah dengan kehidupan atau tidak tahu apa langsung tentang kejadian dan peristiwa semasa.

Saya bukan seorang peguam atau hakim tetapi saya seorang graduan diantara jutaan graduan yang ada dan sedang melihat scenario politik di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia saya mendoakan semoga peristiwa yang berlaku di Negara luar tidak berlaku di Malaysia melainkan jika pemimpin-pemimpin yang sedia ada tidak mengambil iktibar.

Prk Merlimau : TEKUN jadi mangsa UMNO..!!!

Prk Kerdau : Lensa Presiden Terima Borang Ahli PAS Dari Bekas Umno - 4




 Presiden Bersama Program DAP dan Ceramah








Majlis Penyerahan Borang Keahlian PAS dari bekas ahli UMNO Jengka.

Prk Kerdau : Lensa Calon Dan Isteri Bersama Rakyat - 3