KAMPUNG GAJAH, 26 Feb – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.
Beliau berkata Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.
“Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian,” katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini.
Bekas Perdana Menteri itu berkata mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.
“Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti PAS, baru dianggap sah sebagai orang Islam,” katanya.
Dr Mahathir berkata pemimpin PAS itu juga sanggup mengeluarkan kenyataan beliau sedih dilahirkan sebagai orang Melayu kerana ingin mendapat simpati dan sokongan daripada kaum lain.
Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, beliau berkata Negara perlu mencatat pertumbuhan ekonomi 7 peratus setiap tahun bagi mencapai sasaran taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Beliau berkata rakyat juga perlu bekerja kuat untuk memastikan pengeluaran produktiviti berkualiti tinggi kerana negara tidak boleh bergantung kepada pelaburan luar sahaja sebaliknya mesti memberi galakan kepada pelaburan dalam negara.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah antara kira-kira 5,000 orang yang menghadiri perhimpunan itu. – Bernama
SHAH ALAM, 26 Feb – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor akan mendedahkan laporan kedudukan kewangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadual berlangsung Mac ini.Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata beliau akan menerangkan kedudukan sebenar kewangan GLC untuk tahun semasa dan cara akaun dibuat kepada setiap wakil rakyat pada persidangan itu.
“Saya akan dedahkan akaun GLC negeri (secara berperingkat) bermula persidangan DUN bulan Mac. Standard (laporan kewangan) serupa macam di PNB (Permodalan Nasional Berhad) dulu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kejohanan Karate di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media hari ini yang memetik kenyataan Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus yang menggesa Menteri Besar mendedahkan pendapatan, perbelanjaan serta tanggungan hutang sebenar GLC negeri setakat ini kepada rakyat.
Beliau berkata langkah itu perlu bagi melihat aliran dan prestasi kewangan serta nilai pertumbuhan pelaburan yang dicapai sejak pakatan pembangkang ambil alih pentadbiran Selangor pada Mac 2008.
Katanya mengikut prosedur, penyata kewangan GLC negeri Selangor mesti disiap dan diaudit dalam tempoh enam bulan selepas tahun berakhir 31 Disember.
Beliau juga mendakwa terdapat laporan kewangan GLC negeri itu yang tidak dikemas kini selama lima tahun sewaktu pentadbiran terdahulu. – Bernama





Najib memalukan Malaysia dan dunia Islam
Selain itu, Perdana Menteri juga menggesa Ikhwanul Muslimin disisih dari agenda perubahan di Mesir kerana terlibat dalam keganasan. Tuduhan ini sangat berat dan Perdana Menteri perlu buktikan bagaimana Ikhwanul Muslimin boleh terlibat dengan keganasan. Ikhwanul Muslimin telah menyertai pilihanraya dan proses demokrasi di Mesir secara aman sejak sekian lama dan menjadi oposisi di bawah penerintah rejim Hosni Mubarak, bagaimana Dato’ Seri Najib boleh kaitkan pertubuhan ini dengan keganasan?



JASIN, 26 Feb: Jika diberikan undi kepada calon PAS, Yuhaizad Abdullah, beliau sekurang-kurangnya boleh membawa suara rakyat ke persidangan Dun Melaka untuk dibela, setelah mereka ditipu sekian lama oleh para pemimpin Umno.
PASIR SALAK, 26 Feb – Malaysia makmur dan aman pada hari ini disebabkan kesediaan orang Melayu untuk berkongsi kuasa negara ini dengan kaum-kaum, kata Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan “perjuangan kami adalah halal.”


Beliau memberitahu demikian kepada wakil Persatuan Pendidikan Cina
Seorang guru di Confucian Chinese School dari 1935 hingga 1961, 





















































