Jumaat, 25 Februari 2011

InsyaAllah, seandainya.....


Pengetua Sekolah Mengandung Melaka kata.....

Malaysia akan senasib dengan Mesir jika diperintah oleh PAS. Itu menjadi berita di Bernama dan juga di Malaysiakini. Akhbar-akhbar lain... I'm not very sure. Malas aku nak cerita panjang-panjang apa yang di-bla-bla-kannya. Klik sini dan baca sendiri.

Cerita panjang aku tak nak. Aku nak respons sikit jer kepada apa yang dia kata. Jika PAS memerintah Malaysia.... demonstrasi mungkin tidak akan berlaku. Ini kerana.... apabila PAS memerintah, kebajikan rakyat akan lebih terpelihara dengan keadilan untuk semua akan lebih terserlah. Negara akan lebih sejahtera. Kerajaan PAS akan disayangi dan disanjung. Jika ada keperluan untuk berdemonstrasi.... ia akan dilakukan secara aman. No hal punya.

PAS tidak akan menzalimi mana-mana pihak... hatta pihak pembangkang sekali pun. Well.... of course, that will be.... UMNO/BN ler, kan?? Kalau berlaku pun demonstrasi, itu mungkin kerja puak-puak lahanat daripada UMNO ler. But... not to worry. PAS tidak akan halang atau sekat. Sebaliknya, PAS akan benarkan demonstrasi yang dianjurkan oleh puak-puak lahanat ni atau mana-mana pihak sekali pun.

Kebebasan untuk berdemonstrasi dan meluahkan perasaan ialah hak asasi rakyat, yang akan dihormati oleh PAS. In fact... PAS akan pastikan polis akan dikerah untuk memastikan ia diadakan dengan cara yang teratur. Polis akan bagi kerjasama yang sepenuhnya. Keselamatan rakyat yang berdemonstrasi akan diberi keutamaan oleh pihak polis. Sebab... di bawah PAS.... polis akan ditarbiah untuk melindungi rakyat. Rakyat ialah tuan mereka.

Sekiranya, UMNO/BN nak berdemonstrasi..... go ahead. Tiada siapa yang akan menghalang. Bagi tahu jer.... dan kerajaan PAS akan beri kerjasama. Hak asasi rakyat..... PAS akan hormati. Not to worry, okay....??

Dan... jika seandainya, nauzubillah.... PAS jadi haprak macam UMNO/BN, akibat terpesong daripada landasan perjuangannya, jangan bimbang. PAS dengan rela hati akan pulangkan semula kuasa kepada rakyat. Biar rakyat menentukan. PAS tak gila kuasa. Kuasa bukan boleh bawak mati pun.... Terpulanglah kepada rakyat untuk pilih pihak mana yang mereka suka untuk pikul tanggung jawab menjaga amanah rakyat dan negara.

Tak payahlah susah-susah nak berdemonstrasi dan bertumpah darah untuk merentap kuasa daripada PAS. PAS dengan rela hati akan mengembalikan semula kuasa pada rakyat... dan adakan pilihan raya.

Jam PAS memerintah nanti... pilihan raya akan diadakan secara telus dan adil. Tak ada undi-undi pos dan tak ada hantu-hantu yang akan mengundi. Hantu tak ada hak mengundi!! SPR pula, akan dapat semula kebebasan mereka untuk mengendalikan pilihan raya, tanpa ada sesiapa pun yang akan memberi tekanan atau menguasainya.

Sebab itu.... aku nak bagi tahu, yang Ali Ketam ni.... dah keliru. Kalau tak keliru.... sah dia bangang!! Malaysia di bawah PAS nanti... tidak akan senasib dengan Mesir hari ini. Yang sama dengan Mesir hari ini ialah 1Malaysia hari ini.

Nak tau persamaannya..??

Di Mesir... firaun moden dan koncu-koncunya, menjadi kaya raya dengan merompak harta rakyat dan negara. Di Malaysia pun... bapak-bapak lanun dan anak-anak buahnya juga menjadi kaya raya dengan merompak harta rakyat dan negara. Di sana rakyat dizalimi dan di sini pun...apa kurangnya. 1Malaysia....rakyat dahulu dizalimi, perut pemimpin diutamakan.

Oooppss!! Sori... aku bilang tadi, nak respons sikit jer, rupanya dah berjela-jela. Tak per.... Tak per.... Ngkorang layan jer ler. Thank you... assalamualaikum.

Pentadbir universiti jangan jadi tali barut Umno

KUALA LUMPUR, 25 Feb: PAS mengharapkan pentadbir universiti jangan menambahkan lagi keahlian dalam komponen Barisan Nasional (BN).
Justeru, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meminta pentadbir universiti tidak menjadi tali barut Umno BN di negara ini.
Di luar kampus, katanya demokrasi berada di padang yang tidak sama kerana SPR yang menjadi budak suruhan Umno.
“Jangan cemarkan menara ilmu dengan bersikap seperti jawatankuasa kampung Umno yang melakukan diskriminasi kepada penyokong pembangkang ketika memberi subsidi  beruk dan baja,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, pembatalan keputusan 11 kerusi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putera Malaysia daripada Pro Mahasiswa merupakan sejarah hitam dan tindakan yang melampau.
PAS, katanya ingin mengingatkan kepada pihak universiti bahawa mahasiswa bukan manusia yang boleh dicucuk hidung kerana mereka ialah insan yang terpilih di kalangan 27 juta rakyat di negara ini.
“PAS hendak menasihatkan pihak pentadbir tumpulah kepada usaha untuk mengangkat darjat ilmu di menara gading.
“Universiti perlu fokus kepada tugas melahirkan generasi yang berilmu dan beramal untuk berbakti kepada agama dan negara,” ujarnya lagi.
Menurutnya, jika universiti tidak fokus kepada tugas hakiki, maka jadilah seperti polis yang sepatutnya menjaga keselamatan dan membanteras jenayah sebaliknya telah menumpu kepada aktiviti pembangkang.
Kesannya, kata beliau jenayah meningkat dan keselamatan sosial tidak selesa.
Tambahnya lagi, tindakan berani mahasiswa yang bertindak membantah ketidakadilan Hal Ehwal Pelajar patut disanjung dan disokong.
“Inilah bahasa yang boleh difahami oleh orang suruhan  Umno di universiti,” katanya.

Polis diminta siasat risalah berbaur hasutan

TEMERLOH, 25 Feb: Dewan Pemuda PAS Pahang membuat satu laporan di Balai Polis Temerloh, di sini petang tadi berhubung penyebaran risalah berbaur hasutan dan perkauman yang mahu memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat.
Timbalan ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim membuat laporan itu yang turut disertai beberapa pemimpin dewan itu.
Katanya, laporan itu dibuat kerana risalah berkenaan disebarkan di dalam kawasan pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau.
Tambahnya, risalah yang bertajuk ‘Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan’ diterbit dan disebarkan oleh pihak tertentu untuk menghasut rakyat supaya membenci PAS dan Pakatan Rakyat.
Menurutnya lagi, risalah yang berbaur hasutan melampau itu boleh menimbulkan rasa keluh kesan di kalangan rakyat dan boleh menggugat ketenteraman awam.
Sehubungan itu, beliau memohon polis agar menyiasat risalah itu di bawah Akta Hasutan termasuk pihak yang menyebarkannya kerana menyelewengkan fakta Buku Jingga 100 Hari yang ditawarkan Pakatan Rakyat.

PRK Merlimau - Ketua Wanita UMNO Jasin Akan Bertanding Bebas

“Wanita ada melancarkan program ‘Gelombang Merah Wanita’ untuk menunjukkan kepada pucuk pimpinan komitmen dan persediaan kita, tetapi nampaknya ‘signal’ tidak diperhatikan.

“Jika pihak pembangkang boleh mengeluarkan calon dalam kalangan wanita kenapa tidak BN. BN tidak pernah meletakkan wanita sebagai calon walaupun sudah 15 kali PRK,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Zaleha yang juga antara tujuh nama calon tersenarai berkata, beliau kecewa kerana calon dipilih bukan pilihan pengundi di kawasan itu.

“Kami menutup Bilik Gerakan Wanita di Taman Merlimau Jaya dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil yang berada di luar negara melalui setiausahanya,” katanya

Sumber - putra merdeka

Prk Merlimau : Wanita Pakatan guna pendekatan mesra rakyat

JASIN, 25 Feb: Wanita Pakatan Rakyat (PR) akan memperkasakan pendekatan wanita mesra rakyat pada kempen pilihan raya kecil Dun Merlimau, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh.
Beliau berkata, jentera wanita PR akan berusaha menjelaskan tawaran PR kepada rakyat jika diberi peluang untuk membawa suara mereka ke sidang Dun.
"Kita akan menggunakan pendekatan wanita mesra rakyat di mana kita menjelaskan dengan bersungguh-sungguh tawaran PR kepada rakyat," kata beliau dalam Majlis Pelancaran Jentera Wanita Pakatan Rakyat di markas induk PAS PRK Merlimau, dekat sini petang tadi.
Nuridah berkata, wanita PR juga akan menerangkan kepada pengundi bahawa PR bukan bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat negeri itu tetapi ingin membawa mereka keluar daripada politik lama Umno BN.
"Kita kena jelaskan kepada pengundi-pengundi bahawa kita tidak berniat memecah belahkan masyarakat tapi ingin membawa mereka kepada pemerintahan yang lebih telus.
"Kita boleh jadikan negeri-negeri PR yang berjaya mentadbir negeri dan menjaga kebajikan rakyat sebagai contoh," katanya yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.
Turut berucap dalam majlis yang dihadiri kira-kira 300 orang itu ialah Timbalan Speaker Dun Selangor, Haniza Talha.
Haniza mengingatkan wanita PR agar tidak gentar untuk berhadapan dengan Umno BN.
"Kita jangan khuatir dan gentar dengan propaganda Umno BN kerana ia perkara biasa.
"Kita harus memberi cabaran kepada mereka agar tidak berasa selesa dengan kemenangan sebelum ini," katanya yang juga Timbalan Ketua Wanita PKR.
Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Halim Abdul Rahman dan wakil dari DAP.

Prk Kerdau : Kpg baru saksi persaingan undi Cina

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, yang bakal menghadapi pilihan raya kecil pada 6 Mac ini mempunyai kira-kira 800 pengundi Cina, 450 orang tinggal di Kampung Baru, berhampiran bandar Kerdau.

Yang nyata walaupun bilangannya kecil namun persaingan untuk meraih undi kaum Cina di Kampung Baru Kerdau sudah pasti sukar.

Esok merupakan hari penamaan calon dan parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil ini harus berusaha menangani segala masalah yang dibangkitkan oleh penduduk di sini.

MCA dipertanggungjawabkan untuk meyakinkan penduduk di kampung baru ini agar menyokong BN.

"Kita sedang berusaha menyelesaikan isu kecil. Isu besar akan dibincangkan bersama timbalan perdana menteri atau perdana menteri," kata timbalan pengerusi MCA Pahang Datuk Hoh Khai Mun yang juga anggota exco negeri.

Isu kecil ialah menyediakan jalan raya yang lebih baik, penambahan lampu jalan dan bantuan untuk SJK (C) Kerdau manakala isu yang lebih besar ialah permintaan untuk skim rumah kos rendah di kawasan itu.

Kempen MCA untuk pilihan raya kecil itu akan diketuai timbalan presiden parti dan pengerusi MCA Pahang Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya parti itu akan melaksanakan konsep 'Kumpulan 10' atau 'G-10' di mana setiap 14 bahagian MCA di Pahang akan menjaga 10 buah rumah di kawasan itu yang mempunyai 100 keluarga.

"Kita akan mengamalkan kempen sentuhan peribadi," katanya dan menambah parti itu akan menjelaskan dengan terperinci usaha kerajaan membangunkan negara dan rakyatnya serta berharap pengundi dapat menilai kerajaan pada perspektif yang lebih baik.

Liow yang juga menteri kesihatan berkata kebanyakan pengundi muda dari kampung itu sama ada tinggal di Temerloh atau Mentakab dan parti itu sedang berusaha menghubungi mereka.

Kita tidak menjangka sebarang masalah untuk mereka pulang mengundi kerana kedua-dua bandar kira-kira 20 hingga 30 kilometer sahaja," katanya.

Kawasan DUN Kerdau terletak di bawah Parlimen Kuala Krau, dua lagi ialah Jenderak dan Jengka di mana Kuala Krau, Jenderak dan Jengka diwakili kerusi BN.

Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohd Said berkata RM120,000 telah diperuntukkan untuk SJK (C) Kerdau untuk menaiktaraf kemudahan sekolah termasuk makmal komputer.

Beliau juga berkata peruntukan sebanyak RM950,000 telah digunakan untuk pelbagai projek di kawasan DUN Kerdau termasuk dewan komuniti (RM300,000) dewan bola keranjang tertutup (RM200,000), pejabat jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (RM100,000) dan menaiktaraf dua jalan utama (RM300,000) serta pembinaan tembok penahan untuk loji rawatan air di Taman Kerdau 2 (RM50,000).

"Kita tidak pernah kalah di kerusi (Kerdau) dan berharap untuk mempertahankan rekod itu," katanya.

Pada April 2000, pilihan raya kecil juga diadakan di kerusi itu yang sebelum ini dikenali sebagai Sanggang, selepas Adun Datuk Abdullah Kia meninggal dunia akibat serangan angin ahmar. Datuk Redzwan Harun mengekalkan kerusi untuk BN dengan majoriti 1,963 undi.

Berikutan persempadanan semula pada 2003, DUN Sanggang terbahagi dua kepada Kerdau dan Jengka.

Pengerusi DAP Pahang dan Adun Triang Leong Ngah Ngah mengakui sukar untuk menawan Kerdau tetapi parti itu akan membantu rakan pakatan, PAS dalam pilihan raya kecil itu.

"Sukar untuk menang tetapi kita akan memberi tentangan untuk mengurangkan majoriti BN," katanya.

BN memperolehi majoriti 1,615 undi dengan kemenangan calonnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada pilihan raya umum 2008, menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim.

Kematian Zaharuddin, 63, pada 12 Februari lepas menyaksikan pilihan raya kecil di DUN Kerdau yang mempunyai 8,999 pengundi berdaftar, 15 daripadanya adalah pengundi pos.

BN menamakan Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang dan Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, sebagai calon pilihan raya kecil itu.

Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanuddin Salim, 43, diumumkan sebagai calon parti itu yang merupakan bekas calon bagi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008.

- Bernama

‘I’ll give PAS first seat in Malacca’

If Yuhaizad Abdullah is right, the Malacca state assembly will have its first Malay-Muslim opposition representative.

MERLIMAU: PAS’ candidate for the Merlimau by-election, Yuhaizad Abdullah, believes he can give the party its first seat in Malacca.
Speaking to reporters last night soon after Pakatan Rakyat announced that he was its candidate for the March 6 vote, Yuhaizad said the opposition parties had gained a sure footing in the Umno stronghold and the time was ripe for a PAS takeover.
He noted that PAS lost to Umno by 5,000 votes in the 2004 general election but reduced that figure by more than half in 2008.
“I’m optimistic that the time has come for us to snatch this seat from Barisan Nasional,” he said.
“For the past three years, we and our friends in PKR and DAP have made a lot of new inroads in Merlimau. We have opened new branches and we have been organising Pakatan programmes consistently.”
Yuhaizad said his victory would be a boon to Malay-Muslim interest in the state because he would be the first opposition state assemblyman from the community.
But he promised that he would be a voice for the Merlimau Chinese and Indians as well.
Yuhaizad, 38, is a fulltime politician. He is deputy chief of Malacca PAS’ Youth wing as well deputy chief of the party’s Jasin division.
He is also a member of the party’s election, democracy and mobilisation committee.
He is married and has four children. Jasin is his hometown.

Pengasas S'wak Report: Bukan kerja saya jatuhkan Taib

Seorang wartawan Britain yang mengendalikan lamanweb dan radio online yang kritis terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, tugasnya bukanlah untuk menggulingkan pemimpin tersebut.

NONE"Saya tidak lihatnya sebagai tugas saya untuk menjatuhkan Taib. Itu
terpulang kepada rakyat Sarawakian untuk memutuskan," kata Clare Rewcastle Brown dalam sebuah wawancara melalui e-mel dengan Malaysiakini.

Clare mengendalikan lamanweb anti-Taib - Sarawak Report - yang telah mendedahkan dakwaan empayar perniagaan ketua menteri itu dan dakwaan kegiatan rasuah.

Beliau juga bertanggungjawab mengendalikan stesen radio Free Sarawak, yang mulai ke udara November tahun lalu.

"Saya hanya ingin memastikan bahawa mereka mendapat semua maklumat tentang apa yang telah terjadi pada sumber dan kekayaan mereka, supaya mereka dapat membuat pilihan bermaklumat," katanya.

'Bukti mudah diperolehi'


NONEClare berpendapat dia menyediakan "perkhidmatan penting dari jarak
yang selamat" demi hak rakyat Sarawak kepada kebebasan media yang dinafikan oleh penggunaan Akta Dalam Negeri (ISA) dan penyalahgunaan kuasa.

"Terpulang kepada rakyat Sarawak bagaimana mereka mahu menyebarkan berita (yang kami sediakan)," katanya.

Bekas wartawan BBC itu, yang memulakan kerjayanya pada tahun 1983, juga berkata tugasnya berdasarkan kepada bahan yang boleh dibuktikan dan dia bersedia menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Malaysia.

Pakatan leads anti-Gadaffi protest, warns BN it can happen here

Pakatan leads anti-Gadaffi protest, warns BN it can happen here Amid excessive police control and harassment, Pakatan Rakyat leaders managed to lead a protest of about 100 people including Libyan students to the Libyan embassy here, demanding the resignation of despot Muammar Gaddafi.
“We call on the Libyan military to immediately lay down their arms and stop the killing of innocent civilians. We call for respect towards the Libyans and for Gaddafi to step down immediately,” PKR vice-president Nurul Izzah Anwar told a press conference on Friday.
Earlier, the Lembah Pantai MP and her comrades had handed over a memorandum to the Libyan mission, urging an immediate end to the escalating violence taking place in the country.
It can happen here, the corruption is just as bad
Malaysian opposition leaders have been among the first in the world to express solidarity with the people of the Middle East, who appear to have had enough and were revolting against decades of oppression at the hands of cruel regimes.
In the past two months, Tunisia's Ben Ali was the first to fall followed by Egypt's Hosni Mubarak and it looks like there is no escape for Muammar Gadaffi either.
Governments around the world are already calling for the freezing of his assets, in a sharp lesson to corrupt regimes that have stolen for decades or have been accused of cheating their countrymen of their wealth while clinging to power.
In Malaysia, the ruling BN regime arguably extends a greater measure of civil liberties than say, Hosni Mubarak's Egypt, but experts warn the corruption in the Southeast Asian nation was not lesser.
This could trigger the same sort of people's uprising - even if not immediately then in the not too distant future unless reforms were carried out sincerely and immediately.
Meanwhile, Batu MP Tian Chua told Malaysia Chronicle that it was a personal disappointment to him how Gaddafi, a world figure whom he once respected, had allowed absolute power to corrupt himself absolutely.
"He once fought against imperialism and was a breath of fresh air to region. Now he is regarded as a madman dictator. Let his downfall, those of Ben Ali in Tunisia and Mubarak in Egypt be a lesson for Najib and Mahathir in Malaysia and the other despots in Southeast Asia. In the end it is not them or their parties but the people who are paramount," Tian told Malaysia Chronicle.
Also present were at the protest were PSM secretary-general S Arutchelvam, PAS international bureau chief Syed Azman Syed Ahmad and former PAS vice-president Muhamad Sabu.
Paranoia
The protesters had initially planned to make their way from the Tabung Haji mosque along Jalan Tun Razak, where they gathered, to the Libyan embassy, but they were stopped by police a short distance away from the embassy.
The intense police harrassment turned many people away, although they had been eager to take part in the procession.
“We were stopped by the police a few times but we still managed to find our way there. We are shocked at the paranoia displayed by the authorities. It shows they are very worried,” Muhamad Sabu later told Malaysia Chronicle.
When they finally arrived at the embassy, the protesters chanted “Malaysia Boleh, Gaddafi Tak Boleh!” and waved anti-Gaddafi placards. Libyan embassy officials in Kuala Lumpur have themselves condemned Gadaffi for killing innocent citizens and refusing to step down peacefully.
This phenomenon has also taken place at other countries, with Libyans openly welcoming world citizens to support them in urging their leaders to step down.

SKANDAL SEKS KETUA PENGARAH PENGUATKUASA?


Oleh: KREW SABAHKINI.NET
SKANDAL Seks Ketua Pengarah (KP) sebuah Agensi Penguatkuasa dengan seorang gadis berusia dua puluhan telah dihidu oleh Papparazzi Sabahkini.net ketika terserempak dengan kelibat KP berkenaan sebaik sahaja mendarat di sebuah lapangan terbang di Eropah dalam keadaan tergesa-gesa menuju sebuah hotel mewah.
KP berkenaan dipercayai telah lama menjalinkan hubungan dengan gadis berkenaan yang telah sehari lebih awal mendaftar masuk atas nama seorang tauke Cina yang pernah berurusan dengan KP sebelum ini, kerana bimbang tembelangnya dikesan.
Mengikut risikan Paparazzi Sabahkini.net yang kebetulan bercuti di Eropah, gadis berkenaan merupakan anak kepada seorang mangsa penguatkuasaan jabatannya yang terpaksa ditawarkan bagi menutup kes jenayah yang dilakukan bapa gadis tersebut.
Walaupun gadis berkenaan tinggal di Kuala Lumpur dan tidak bekerja, namun menjadi ‘Gundik’ KP berkenaan yang selama ini kegersangan kerana isterinya sakit dan melampiaskan kejantanannya kepada gadis yang sebaya dengan anak perempuannya.
Menurut Paparazzi Sabahkini.net, beliau sedang mengintip untuk mendapatkan rakaman gambar kemesraan KP dan ‘Gundik’nya, namun usaha seminggu lalu agak sukar kerana KP berkenaan sentiasa mengelak dan menggunakan pintu belakang hotel untuk keluar bersendirian dan gundiknya hanya mengurung diri di dalam bilik ‘connecting room’.
"Pelanduk selalu lupakan jerat. Kita tunggu masa sesuai kerana minggu hadapan KP berkenaan akan menemui gundiknya di suatu tempat yang sudah ditempah lebih awal dan tiket penerbangannya telah kita kesan. Kali ini harap berjaya,” ujar Paparazzi Sabahkini.net yang masih melanjutkan pelajarannya di sebuah negara Eropah.

Tuntutan (NGO) Melaka Sempena PRK Merlimau 2011

Latar belakang
"Merentasi parti politik, Mengambil berat terhadap isu negara, Memberi layanan yang adil kepada pendidikan bahasa ibunda, Mengembalikan hak kerakyatan mendiang Lim Lian Geok."
1. Memberi layanan yang adil dan saksama kepada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR), memansuhkan serta-merta polisi yang bersifat diskriminasi yang membezakan sekolah subsidi separuh dan subsidi penuh dengan tindakan-tindakan konkrit termasuk menubuhkan SJK dan SAR mengikut keperluann rakyat, memindahkan guru-guru SJK yang tidak memahami dwi-bahasa, melatih guru-guru yang mencukupi serta membiayai penuh perbelanjaan elektrik dan air sekolah.
2. Menuntut kerajaan negeri menggubal Enakmen Bantuan Pendidikan Rakyat dengan kadar 1:1 menetapkan kerajaan negeri memberi bantuan RM1000 kepada setiap pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sekolah Menengah Islam/ Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) yang dibiayai penuh oleh masyarakat, mengiktiraf sijil peperiksaan SMPC dan membenarkan pemegang sijilnya untuk memohon kemasukan IPTA serta sebagai kakitangan awam.
3. Menuntut kerajaan memberi peruntukan kepada lima buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) untuk memperbaiki kemudahan asas pengajaran dan seterusnya menunaikan pelbagai janji kerajaan semasa pertukaran aliran sekolah berkenaan dan terus menghulurkan sumbangan pembangunan yang mencukupi.
Mengembalikan hak kerakyatan mendiang Lim Lian Geok dan mengiktirafkan beliau sebagai Patriot Negara.
Alasan: Oleh kerana mendiang Lim Lian Geok (LLG) terlibat dalam pembantahan dan penolakan pertukaran aliran Sekolah Menengah Cina, kerakyatan beliau telah dilucutkan pada tahun 1961 kononnya atas dakwaan beliau sengaja memutar-belitkan dasar pendidikan negara dan menghasut rakyat benci akan DYMM Yang Dipertuan Agong serta kerajaan persekutuan sehingga mengakitbatkan permusuhan antara kaum.  Namun hakikatnya sebelum kemerdekaan, mendiang LLG merupakan pemimpin pertama yang menyeru masyarakat Cina bersetia dan menjadikan Malaya sebagai tanahair dan memohon kewarganegaraan.  Malah, beliau sering memupuk perpaduan kaum dan pernah mewartakan perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun 1956 di Utusan Melayu agar rakyat Malaysia dapat mendukung gagasan "Hidup Berbilang, Makmur Bersama" dengan melayani semua kaum sebagai anggota sekeluarga.
Petisyen:
Atas dasar pendidikan bahasa ibunda prinsip asas hak asasi manusia dan penegasan bahawa sumber pendidikan perlu dibahagikan sama rata kepada semua aliran sekolah, kami selaku badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melaka ingin mengemukakan tuntutan rakyat ini kepada parti-parti politik yang menyertai PRK Merlimau 2011 agar ia diterapkan sebagai polisi parti dan dilaksanakan secara menyeluruh di setiap lapisan kerajaan negeri dan persekutuan.

*Petisyen oleh Malacca Chinese Education Progressive Association kepada semua calon PRK Merlimau 2011, yang ditandatangani 104 pertubuhan tempatan sehingga kini. Petisyen ini dimuat turun dari sini.

Prk kerdau : Awal-awal lagi ustaz Umno dah kena serang

Malaysiakini melaporkan:
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ketika ditemui hari ini turut kesal dengan tindakan para penyokong PAS dan parti itu yang membuat dakwaan tidak berasas.

"Saya tengok sijil dia, kalau dia tak lulus tinggi, takkan saya nak ambil dia bekerja sebagai pegawai khas agama kepada menteri besar. Bodohlah saya ambil orang tak ada kelulusan.

"Tuduhan mengatakan dia tak ada kelulusan, itu satu pembohongan dan fitnah," katanya. - Mkini
Semalam MalaysianInsider melaporkan: 
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kesal dengan dakwaan PAS kononnya calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau gagal menamatkan pengajiannya di Mesir.

Beliau berkata dakwaan itu tidak berasas kerana calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar dalam bidang Bahasa Arab. - TMI
Memang tak patut la Pakatan Rakyat ni, belum apa-apa dah serang peribadi. Bagi la blogger Umno seronok dulu. Depa baru ja nak berseronok dapat calon seorang Ustaz, takdan berapa hari pun dah kena serang.

Bila dah kena serang pasai lulus tak lulus ni, aku yakin lepas ni akan ada blogger Umno yang keluarkan satu imej skrol yang menunjukkan ustaz ni tamat pengajian.

Sebelum ni MalaysianInsider melaporkan:
Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Fakulti Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir dari tahun 1989 hingga 1996. - TMI
Setakat ni takdak pulak dibagitau dia ni lulus tahap mana. Takkan belajar sampai 7 tahun boleh lulus takat sijil bahasa arab saja kut.

Kalau betui ustas Umno ni tak lulus pun takdak masalah sebenarnya. Bukan susah mana kalau takat nak buat skrol tu. Blogger pencacai Umno senang-senang boleh buat kalau ada yang nak.

   Cenangau Daunkari

Amerika Di Balik Demo Libya - Presiden Venezuela


Menteri Luar Negara Venezuela menggaungkan kembali tuduhan Fidel Castro bahwa Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya berada di belakang penunjuk perasaan di Libya untuk menguasai cadangan minyak di negara Afrika Utara tersebut.

Menteri Luar Negeri Venezuela Nicolas Maduro menyatakan, AS dan negara kuat lainnya sedang merencanakan pergerakan di dalam Libya yang bertujuan untuk menumbangkan kekuasaan Moammar Khadafi.

Namun, Maduro tidak mengutuk atau membela kekerasan yang dilakukan Pemerintah Libya terhadap para penunjuk perasaan yang menentang Khadafi.

Maduro meminta solusi damai harus diutamakan atas kerusuhan yang terjadi di Libya dan mempertanyakan kebenaran berita tentang kekecohan di Libya yang diberitakan oleh media yang menyudutkan kubu Khadafi di Tripoli.

"Mereka merekayasa situasi untuk melakukan pencerobohan ke Libya,” ujar Maduro seperti dikutip dari CBS, Jumaat (25/2/2011).

"Libya sedang mengalami saat sulit yang seharusnya tidak di pengaruhi oleh maklumat menyesatkan dari pejabat berita media barat,” Maduro menambahkan.

Khadafi sudah menjadi sekutu dekat Presiden Venezuela Hugo Chavez, dan lawan politik Chavez mengkritik pedas hubungan kedua negara tersebut.

Sebelumnya, pada Selasa (22/2/2011), Fidel Castro yang merupakan mentor Chavez, mengatakan, aksi protes di Libya merupakan dalih AS untuk melakukan pencerobohan oleh North Atlantic Treaty Organization (NATO).

Castro dalam sebuah ruangan di surat kabar nasional Kuba mengatakan, terlalu awal untuk mengkritik pemerintahan Khadafi. Tapi, ia mash keras menyatakan bahawa aksi protes tersebut adalah rencana pencerobohan AS untuk mengambil alih cadangan minyak di Libya.

Venezuela dan Libya merupakan anggota Organization of Petroleum Exporting Countries (OPEC).

Chavez, yang sudah menjalin hubungan dekat dengan Khadafi sejak memangku jabatan presiden sejak 1999, telah berulang kali menuduh Pemerintah AS berkonspirasi menjatuhkan pemerintahannya.

Presiden yang mendakwa dirinya sebagai seorang sosialis itu menyatakan AS ingin menguasai cadangan besar petrolium di Venezuela.

Namun, Pemerintah AS mengejek tuduhan bahwa AS berencana melawan Pemerintahan Venezuela.

Ulasan GB

Berita di atas mungkin ada kebenarannya selepas mengetahui PM Malaysia sendiri (yang telah dikenali mendapat nasihat dari APCO) mengkritik Presiden Ghaddafi dan apabila kita membaca berita ini:


Anak Kadaffi Bergabung dengan Demonstran

Anak termuda Kadafi, Saif al-Arab diberitakan bergabung dengan para demonstran di Timur kota Benghazi yang mendesak agar ayahnya meletakkan jawatannya.

Padahal Saif yang dikenal berpenampilan sederhana, diperintahkan Ayahnya untuk menumpas aksi para demonstran di kota Benghazy, Kamis (24/2).

Saif yang mendapat dukungan pasukan dan sejumlah perlengkapan tenter juga mengakui ayahnya akan melakukan aksi bunuh diri atau melarikan diri ke Amerika Latin bila gagal mengawal aksi demonstrasi. Ketika ini sejumlah tentera di kota ketiga terbesar di Libya, al-Bayda telah mengundurkan diri.

Mejar Jenderal Suleiman Mahmoud, komandan tentera di bahagian timur kota Tobruk bersama sejumlah anak buahnya juga menyatakan perletakan jawatan dari ketenteraan dan bergabung dengan para demonstran.

Sejumlah demonstran dan tentara telah ditembaki dari udara dan itulah alasannya untuk bergabung dengan demonstran. ''kami bersama rakyat. Saya dulu bergabung dengan Kadafi, tapi dia seorang tirani,'' katanya seperti dikutip antiwar.com

Najib: Polis perlu tindak, kaum India wajar tolak Hindraf

KUALA LUMPUR, 25 Feb — Masyarakat India tidak perlu bergantung harap pada pertubuhan haram, Hindraf dalam memperjuangkan nasib mereka kerana kerajaan telah menjaga kepentingan kaum itu dengan sewajarnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kaum India seharusnya bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) yang mengambil berat terhadap masa depan dan kepentingan setiap kaum di negara ini.
“Soal kepentingan kaum India kita telah ambil tindakan, maknanya mereka tidak perlu pada Hindraf, mereka hanya perlu pada BN sahaja,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.
Najib (gambar) berkata beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang supaya pertubuhan itu tidak muncul kembali dan bergerak bebas walaupun ia telah diharamkan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan pertubuhan itu untuk mengadakan perhimpunan tanpa permit di ibu negara, Ahad ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemimpin Hindraf perlu dikenakan tindakan tegas atas dua kesalahan iaitu memperjuangkan sebuah badan yang sudah diharamkan kerajaan dan merancang mengepalai perhimpunan tanpa permit. — Bernama

Pro-M menang tidak semestinya untungkan Pakatan Rakyat?

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Dalam suasana pilihan raya kampus yang agak berkecamuk, apabila dicemari beberapa insiden yang menggambarkan ia tidak dijalankan secara adil dan bebas, mahasiswa sudah pun membuat keputusan tersendiri. (Terkini, isu pembatalan kemenangan calon-calon Pro-M di Universiti Putra Malaysia menunjukkan pentadbiran universiti, terutama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, meletakkan kedudukan mereka begitu rendah pada kacamata pelajar kerana dilihat memihak dan mengamalkan pilih kasih).

Tahniah buat yang menang dan juga yang kalah. Kesediaan anda, tidak kira daripada kumpulan mana sekali pun (aneh sekali, kemenangan calon Pro-M di UPM disebabkan mereka bertanding secara berkumpulan, sedangkan dunia tahu pembentukan dua kumpulan terbesar hampir di semua kampus), untuk menawar diri sebagai pemimpin di kampus sudah cukup membanggakan.
Saya lebih terkesan dan prihatin dengan proses pendemokrasian di universiti, kecacatan dan kelemahannya, juga keupayaan gerakan mahasiswa mengangkat martabat warga kampus, terutama dalam memenuhi tanggungjawab dalam pelbagai dimensi kepimpinan. Soal kecenderungan politik mereka, sama ada condong ke kiri atau ke kanan, atau benar-benar berdiri tegak atas kapasiti mahasiswa, bukan isu besar.
Kumpulan Pro-Mahasiswa, yang dilihat lebih independen dan berani bersikap kritis, berjaya merebut kembali penguasaannya di beberapa universiti "ternama". Manakala saingannya, Pro-Aspirasi, kumpulan yang mendominasi kampus sejak beberapa lama -- dengan bantuan pentadbiran universiti, Kementerian Pengajian Tinggi dan BN -- menerima tamparan hebat, walaupun baru saja mengadakan perhimpunan besar, yang turut melibatkan bekas pimpinannya, bersama bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Kejayaan Pro-M menawan kampus utama di Lembah Klang, seperti Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia, selain mengekalkan penguasaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dikaitkan sebagai perkembangan positif buat Pakatan Rakyat, sekali gus babak hitam buat BN. Tanpa mengetepikan sentimen di dalam kampus mungkin boleh mempengaruhi realiti politik di luar, saya melihat perkaitan itu tidak semestinya selari.
Misalnya, semasa PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum 1986, sehingga calonnya di Parlimen berbaki seorang sahaja, namun hampir semua kampus dibolot calon-calon yang mempunyai kecenderungan politik yang rapat dengan Parti Islam itu. Begitu juga ketika Pakatan Rakyat mencatatkan kejutan dan tsunami politik pada 2008, kumpulan Pro-Aspirasi menang selesa di kebanyakan universiti. Bagi saya, dan sejarah membuktikan, pendirian politik mahasiswa boleh dan mudah berubah apabila bergelar siswazah.
Ramai pemimpin pelajar bersuara lantang menegur pemerintah, membongkar penyelewengan, mengetuai siri bantahan dan demonstrasi, tetapi apabila keluar kampus menjadi rapat dan dekat dengan elit penguasa. Tidak kurang pula yang menjadi pegawai kerajaan yang "setia dan tidak nakal-nakal lagi". Ada juga semasa di kampus, segar dengan idealisme sosialisme dan intim dengan kehidupan marhaen, tetapi apabila berkerjaya, menjadi "kapitalis" yang memeras.
Justeru, harus diperingatkan kepada pihak universiti, KPT dan kerajaan agar tidak turut risau dengan trend politik kampus pelajar-pelajar kita. Usah terlalu mengaitkannya dengan pergolakan politik di luar menara gading. Tugas universiti hanya menyediakan platform dan kemudahan sama rata buat semua calon atau kumpulan (dan saya rasa  harus mahasiswa dibenarkan kembali bertanding atas tiket kumpulan; jangan hidup dalam sindrom penafian) yang bertanding.
Berilah pengiktirafan kepada anak-anak muda ini untuk melaksanakan impian, melakukan eksperimen dan meneroka pengalaman baru. Cabaran berorganisasi akan lebih segar jika calon-calon dibenarkan bertanding secara berkumpulan, dengan merencanakan strategi dan teknik kempen, selain bebas menemui "pengundi" melalui pelbagai pendekatan, juga apa salahnya menawarkan kabinet bayangan.
Malah, sepatutnya, mahasiswa sendiri melalui Majlis Perwakilan Pelajar mampu mengendalikan pilihan raya kampus dengan penyeliaan minimum universiti,  dan seterusnya mengelolakan aktiviti semua persatuan pelajar di bawahnya. Kebanyakan fungsi Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang dibentuk pada 1975 (dan sering menimbulkan masalah kepada aktivisme mahasiswa) juga boleh dijalankan oleh mahasiswa.

NONE Sedih mendengar aduan Pro-M yang mendakwa kempen mereka disekat terutama di kolej-kolej kediaman, amalan double-standard dalam menguatkuasakan peraturan tertentu, hatta sabotaj pihak fakulti ketika mendapatkan tandatangan dekan misalnya, selain mensyaratkan kehadiran bengkel calon yang sebenarnya memperlekeh potensi kepimpinan mahasiswa. Soal Pro-Aspirasi atau Penggerak Mahasiswa mendapat bantuan, khususnya kewangan, daripada parti-parti politik tidaklah membimbangkan saya asalkan perjalanan pilihan raya kampus tidak diganggu kelompok berkepentingan di luar.
Kata kuncinya, pihak universiti terutama HEP terus memperbodoh serta meremehkan potensi mahasiswa, dan menganggap mereka tidak lebih daripada budak sekolah yang boleh diperkotak-katikkan. Gumpalan mesej yang cuba disampaikan mahasiswa melalui perarakan, demontrasi, mengusung "keranda", membaringkan "mayat", juga peti undi, seperti tidak difahami birokrat universiti. Sedih sekali. Masakan semuanya harus ditegur atau "dinasihatkan" Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah!
Gerakan pelajar merupakan sebahagian penting masyarakat sivil yang perlu dihormati. Mereka bukannya "pemimpin masa depan" (yang perlu menunggu giliran untuk berbakti) tetapi adalah "pemimpin hari ini" (yang seharusnya segera terjun ke kancah), terutama buat rakan sebaya dan golongan belia, selain berupaya menjadi gandingan yang boleh menyumbang dengan berkesan kepada kepemimpinan kerajaan, dan berperananan sebagai agen "semak dan imbang".
Dinamisme gerakan mahasiswa memang terpendam sekian lama. Elit penguasa melakukan pelbagai konspirasi untuk melumpuhkan fungsi "advokasi", dengan membataskan kegiatan pelajar dalam skop yang cukup sempit. Saya kira, dari sudut ini, Pro-M harus membuktikan mereka memang mempunyai idealisme luhur dan tekad-azam politik yang cukup kuat bagi menampilkan kelainan berbanding Pro-Aspirasi.
Kumpulan Pro-M atau mereka yang sealiran dengannya bukan tidak pernah menguasai majlis perwakilan pelajar. Banyak juga kelemahan dan kedaifan yang dipamerkan, dan ini tidak seharusnya diulangi.
II. Bukti penyelewengan Taib Mahmud
Ada pihak cuba mengaitkan Taib Mahmud di Sarawak dengan Hosni Mubarak yang tersungkur oleh Revolusi Rakyat Dataran Tahrir, sekurang-kurangnya daripada segi usia pemerintahan mereka. Taib sudah berkuasa sejak 30 tahun lalu dan masih mahu bertanding dalam pilihan raya umum negeri, yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Alasannya, seperti juga daleh lazim sang diktator di Timur Tengah, iaitu belum ada pengganti yang sesuai.
Selain lama berkuasa, Taib juga didakwa mengumpulkan kekayaan luar biasa melalui rasuah dan salahguna kuasa. Tuduhan beliau merampas hak dan harta rakyat (terutama membabitkan tanah adat dan monopoli permit balak) kian lantang disuarakan. Ramai juga melabelkan kehidupan Taib seolah-olah seorang raja berkuasa mutlak.
Di atas kertas BN Sarawak, yang sering dianggap simpanan tetap BN Pusat bagi mengekalkan kemenangan mudah di Parlimen, seperti tidak menghadapi masalah besar dalam pilihan raya nanti. Berbekalkan 63 kerusi daripada 71 kerusi Dun (enam DAP, masing-masing satu KeADILan dan Parti Cinta Malaysia), Taib dijangka mampu terus berkuasa. Sepanjang kerjaya politiknya, saingan dalam pilihan raya negeri 1987 -- melalui peristiwa Ming Court dan terbentuknya Kumpulan Maju yang dihubungkan dengan bekas Ketua Menteri Abd Rahman Yaakub, serta kebangkitan politik Dayak dan PBDS -- memang cukup sengit.
Zaman sukar Taib seolah-olah sudah berlalu apabila menang 28 daripada 48 kerusi Dun pada 1987 dan seterusnya berjaya "membeli" sebahagian besar Adun pembangkang waktu itu. Namun real politik hari ini tidak boleh diduga. Perasaan tidak puas hati rakyat Sarawak terhadap pemerintahan Taib dan tingkah-laku saudara-maranya yang dilihat suka mempamerkan kemewahan, semakin menjalar.
Beberapa laman khas diwujudkan bagi mendedahkan "penyelewengan" Taib, siap dengan bukti-bukti yang dikira dapat meyakinkan pengunjung. Antara laman yang paling popular adalah sarawakreport.org.  Tidak rugi jika anda mengunjunginya.

III. "Jangan teragak-agak bunuh Gaddafi"
Pembunuhan beramai-ramai di Libya cukup menggerunkan. Regim Muammar Gaddafi yang menunggu masa untuk tumbang bertindak zalim di luar batas kemanusiaan, dibantu tentera upahan asing. Libya lebih tertutup berbanding regim lain di Timur Tengah  dan ini menyukarkan kebocoran berita kepada dunia luar. Gaddafi mungkin lupa, rakyatnya yang dilatih dengan semangat antiimperialisme (bentuk baru), apatah lagi mengambil roh perjuangan Umar Mukhtar, bakal memahat "paku terakhir buat kerandanya".


Suka saya merakamkan fatwa ulama tersohor Dr Yusof Al-Qaradawi: "Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh! Barangsiapa sama ada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya, maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! Ia semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!"

Najib perlu mohon maaf kepada Yusuf Qaradawi – Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera memohon maaf terhadap ulama terkemuka, Sheikh Yusuf al Qaradawi dan pertubuhan Islam, Ikhwanul Muslimin. “Sekiranya terbukti benar Najib melemparkan fitnah terhadap Sheikh Yusuf al Qaradawi, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut,” kata Anwar dalam blognya.
Ketua Umum KEADILAN itu turut menegur Najib kerana pandangan sebegini dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat.
“Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Najib di Amerika Syarikat?” soal Anwar lagi.
Beliau menyifatkan kenyataan terbaru Najib itu membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kian giat menyertai proses demokratisasi.
Kata Anwar, jika Najib mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa kerajaan menganugerahkan Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2009/1431.
Beliau berkata, petikan ucapan Najib dalam National Review sarat dengan prasangka buruk terhadap Yusuf Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin lantaran menggesa Ikhwanul Muslimin disisih dari agenda perubahan di Mesir kerana terlibat dalam keganasan.
“Pendapat seperti ini dikritik pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan,” katanya.

Polis tolak rayuan HRP untuk berhimpun di hadapan KLCC Ahad ini

KUALA LUMPUR, 25 Feb — Polis Kuala Lumpur menolak rayuan Parti Hak Asasi Manusia (HRP) dan mengekalkan keputusan untuk tidak mengeluarkan permit perhimpunan dan perarakan di KLCC, di sini Ahad ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah berkata beliau telah menerima surat rayuan itu daripada peguam yang mewakili pemohon bagi menganjurkan perhimpunan dan perarakan itu.
“Saya telah mempertimbangkan rayuan itu dan menolaknya serta sekaligus mengekalkan keputusan untuk tidak mengeluarkan permit perhimpunan dan perarakan sepertimana yang telah diputuskan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan dan perarakan haram itu.
“Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mereka yang terbabit sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.
Semalam, polis Kuala Lumpur telah menghubungi Setiausaha Agung HRP untuk memaklumkan bahawa permohonan mereka untuk mengadakan perhimpunan tidak diluluskan dan polis akan mempertimbangkan semula sekiranya HRP mengadakan perhimpunan di tempat yang lebih sesuai dan tidak menimbulkan keadaan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. — Bernama

Tak Ada Siasatan- Pen Pada Poket Mangsa Dan Nota Misteri


KUALA LUMPUR 25 FEB : Suruhanjaya yang ditubuhkan bagi menyisat punca kematian mendiang Teoh Beng Hock mendedahkan bahawa pen yang ditemui pada poket mangsa diberikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari mendiang ditahan.

Bagaimanapun, menurut Pegawai Penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal, beliau tidak melakukan pemeriksaan sama ada dakwat tulisan nota misteri, yang dikatakan ditulis oleh mendiang, datang dari pen yang sama.

Nota kontroversi itu dipertikaikan selepas dikemukakan sebagai bukti ketika inkues menghampiri peringkat akhir tahun lalu.

Hari ini, Ahmad Nazri berkata beliau dimaklumkan yang SPRM memberikan pen itu kepada Beng Hock pada satu majlis yang diadakan di Plaza Masalam, Shah Alam pada hari dia ditahan untuk siasatan.

“(Maklumat) ini berdasarkan satu kenyataan daripada seorang pegawai SPRM. Saya tidak boleh ingat siapa,” kata Ahmad Nazri.

Semalam, Suruhanjaya Siasatan menegur Ahmad Nazri kerana tidak menjalankan tugas dengan teliti ketika menjalankan siasatan ke atas kematian Beng Hock.

Seorang anggota panel suruhanjaya itu, Datuk T.Selventhiranathan yang juga bekas Hakim Mahkamah Rayuan berpendapat kes kematian Beng Hock yang disiasat oleh Ahmad Nazri boleh diklasifikasikan sebagai kes yang penting dan luar biasa.

“Oleh itu, kes ini hendaklah diperhatikan dengan mendalam dan terperinci bukannya disiasat secara rambang,” katanya.

Pandangan itu turut disokong oleh pengerusi suruhanjaya Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong yang mempersoalkan tugas Ahmad Nazri sebagai pegawai penyiasat kes tersebut.

Ahmad Nazri turut memberitahu bahawa pada hari yang sama Beng Hock disoal siasat, Ahli Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah, kontraktor Lee Wai Leng dan seorang lagi kontraktor bernama Harun juga dipanggil memberi keterangan.

Ditanya adakah mereka membuat aduan telah dianiayai dan dikasari pegawai SPRM, Ahmad Nazri berkata: “Saya hanya ingat Boon Wah yang dia ada kata diarahkan berdiri beberapa jam dan tidak dibenarkan duduk dan ada pegawai yang mengacu-gacukan tangan padanya. Dua lagi itu tiada aduan.”

Menyentuh mengenai nota yang ditinggal Beng Hock, Ahmad Nazri berkata isi kandungannya tidak menyatakan beliau dicederakan atau dipukul.

Kelmarin menyaksikan, suruhanjaya mengarahkan Nazri untuk mencari kepala jam yang tidak ditemui semasa siasatan.

Arahan dikeluarkan selepas Nazri berkata, beliau tidak memeriksa dengan terperinci untuk mendapatkan kepala jam itu, yang mungkin boleh menunjukkan masa kematian Beng Hock.

Di awal prosiding Ahmad Nazri berkata sekiranya kepala jam tangan Beng Hock dijumpai ia berkemungkinan dapat menentukan waktu beliau meninggal dunia.

Bagaimanapun ketepatannya hanya boleh ditentukan sekiranya kepala jam tersebut terhenti ketika Beng Hock jatuh.

Ekoran menyedari betapa pentingnya jam tersebut, beliau dan beberapa pegawai polis lain berusaha mencarinya berkali-kali meliputi kawasan mangsa ditemui dan juga di tempat lain tetapi gagal menemuinya dan hanya tali jam tangan yang ditemui.

Pro-M UPM batal jumpa TNC atas nasihat peguam

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Putra Malaysia UPM membatalkan pertemuannya dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan petang ini untuk berbincang berhubung pembatalan calon mereka dalam pilihan raya kampus 21 Februari lalu, atas nasihat peguam.

Pertemuan tersebut dijadual diadakan di Kolej Kediaman ke-13 pada jam 3.30 petang in untuk turut membincangkan mengenai cadangan penambahbaikan proses pilihan raya kampus itu pada masa akan datang.

NONEPertemuan tersebut sepatutnya dijadual semalam, bagaimanapun ditangguh ke hari ini, atas permintaan kumpulan tersebut kerana suasana di kampus "masih panas".
"Kita ikut nasihat peguam kerana (isu ini) dalam siasatan polis. Apa-apa tindakan, kita rujuk kepada peguam," kata bekas pengerusi pro-M UPM, Mohd Lokman Al-Hakim Low Abdullah (kanan).
Katanya, mereka dimaklumkan oleh pihak peguam mengenai perkara itu sebelum solat Jumaat hari ini.
Lokman dijadualkan bertemu dengan Dr Mohd Fauzi bersama empat lagi aktivis pro-M.
Kelmarin lebih 100 penyokong pro-M berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus berkenaan.

Bagaimanapun, pada sebelah tengaharinya pentadbiran universiti menarik balik pembatalan kemenangan itu selepas menolak tiga bantahan kerana "tidak berasas disebabkan di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM 2011 dan kesalahan teknikal".

upm scuffle 230211Susulan itu, mereka mendesak Dr Mohd Fauzi memberikan penjelasan mengapa kemenangan calon mereka dalam pilihan raya kampus itu kelmarin dibatalkan dan bertindak merempuh pintu kaca bangunan itu sehingga pecah, ekoran keengganan beliau berbuat demikian.

Fitnah II : Prosedur Ujian DNA Tidak Dipatuhi


KUALA LUMPUR 25 FEB: Ketua Unit Paterniti DNA Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak mematuhi garis panduan di dalam manual prosedur ketika menjalankan ujian DNA dalam perbicaraan kes fitnah kedua, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pasukan Peguambela Anwar terus mempertikaikan ketelusan ujian yang dijalankan dan keputusan-keputusan hasil ujian yang tidak bertepatan dengan kesimpulan laporan DNA itu.
Peguambela Ram Karpal Singh berkata ujian yang dijalankan ke atas tuala muka, berus gigi dan botol mineral yang diterima oleh Nor Aidora menunjukkan sampel yang membabitkan lebih daripada seorang individu.
Nor Aidora bersetuju bahawa beliau tidak menjalankan ujian untuk memastikan DNA Pegawai Penyiasat Polis Timbalan Penguasa Jude Pereira terkecuali daripada hasil ujian yang dijalakan ke atas tuala berkenaan.
Saksi juga bersetuju bahawa sampel-sampel DNA berkenaan sudah melalui proses penghakisan, sungguhpun tidak ada ujian berkaitan yang dijalankan.
Nor Aidora bertegas bahawa ujian DNA yang dilakukan menunjukkan hanya seorang penyumbang walaupun ia dipertikaikan oleh peguam Ram Karpal yang merujuk kepada keputusan ujian yang menunjukkan sebaliknya.
Pasukan peguam Anwar semalam berjaya menimbulkan keraguan terhadap peralatan analisa DNA di Jabatan Kimia Malaysia yang dikenalpasti diselenggara kali terakhir pada Mei 2208.
Peralatan tersebut adalah Genetic Analyser 3XL300, Sequence Detector 7000 dan Thermo Cycler 970.
Pengurus Projek dan Servis ATP Service, Alan Tiang yang dipertanggungjawab menyelenggara kesemua mesih tersebut turut didapati oleh mahkamah tidak bertauliah dan menjalankan kerja penyelenggaraan berdasarkan pengalaman sejak dari tahun 2005.

Mahkamah bersambung pada hari Isnin jam 8.30 pagi.

Sistem Dajjal : Tenaga Ritual...Bah.4 (BahteraWawasan)

Bolehkah black hole (seperti stargate) wujud di bumi?
Kumpulan pakar fizik New Scientist dari Royal Institute of Technology Sweden terdiri daripada Ulf Leonhardt dan Paul Piwnicki pada 2006 telah menemui satu penemuan menarik dan direkod dalam kertas kajian yang diterbitkan universiti itu. Mereka berjaya mencipta prototaip mesin yang mampu bertindak seperti black hole. Dalam eksperimen mereka, mesin itu dihidupkan dengan bantuan tenaga magnetik dan elektrik bagi menguji tahap radiasi Hawking.


 
Cermin diletakkan dalam mesin itu bagi menguji pantulan sejumlah cahaya yang akan dihalakan ke arah mesin itu. Kesimpulan yang mereka buat ialah black hole boleh wujud di bumi berdasarkan penemuan iaitu, cahaya yang memasuki mesin itu tidak pernah memantul kembali, sebaliknya diserap terus. Satu-satunya komponen cahaya yang terpantul hanyalah kesan radiasi Hawking daripada sisa cahaya, dan bukan semua komponen dalam cahaya itu terpantul sepenuhnya. 

Mereka juga membuat kesimpulan bahawa penemuan itu sangat bertentangan dengan hukum pantulan dan tersasar daripada hukum alam semulajadi. Satu-satunya komponen yang boleh memantul ialah radiasi Hawking. (Terdapat beberapa komponen dalam cahaya seperti ultraviolet, haba, radiasi dan sebagainya). *Cahaya hanya tidak akan terpantul jika dihalakan ke arah dinding atau objek yang diwarnakan hitam.
Eksperimen itu tidak terhenti di situ, mereka kemudian memasuki fasa pengujian kedua iaitu menguji tahap graviti quantum mesin tersebut melalui percubaan untuk menyatukan teori quantum fizik yang pernah dibangunkan Einstein untuk dipadankan dengan teori mereka sendiri. Cahaya sekali lagi menjadi subjek untuk diuji.

Hasil pengujian itu, mereka kemudian membuat kesimpulan. Black hole yang berkemungkinan boleh wujud di bumi memiliki daya tarikan graviti yang sangat hebat, ia mampu bertindak seperti black hole yang ada di ruang angkasa lepas. Ia juga mampu menjadi medium untuk manusia mengembara merentas waktu. Pusat graviti dalam black hole itu mungkin mempunyai beberapa terowong masa. Itu hanya andaian mereka kerana yang terhasil itu bukan black hole sebenar, ia hanya proses terhasil yang menyerupai black hole.

Di bumi, elemen yang paling rapat dengan black hole ialah vortice (vortex) yang mempunyai persamaan dengan sifat puting beliung (tenaga angin). Puting beliung akan menyedut semua objek yang berhampiran dengannya sama seperti black hole, ia wujud disebabkan keadaan bertekanan rendah (suhu) di pusat kitaran udara bersuhu tinggi atau sederhana. Kita ambil sandaran ini, puting beliung (vortex) terhasil disebabkan wujudnya tekanan rendah di tengah-tengah kitaran udara bersuhu tinggi.
 

Menurut Leonhardt dan Piwnicki, vortex seharusnya mempunyai sifat yang sama dengan kemampuan menyedut cahaya dan benda fizikal. Cahaya pula seperti diketahui menjadi alat untuk mengukur masa disebabkan sifatnya yang pantas bergerak. Kemampuan vortex memerangkap cahaya juga menjadi petunjuk kepada kemungkinan cahaya itu mengembara ke dimensi lain. Jika vortex mampu berpusing (seperti puting beliung) dalam kiraan sama pantas seperti cahaya, maka ia mungkin mengandungi gas (udara) yang mampu memerangkap cahaya, ia mungkin gas yang mempunyai sifat graviti (tenaga), ia benar-benar memungkinkan black hole boleh terhasil di bumi.

Jadi, jelas bahawa vortex memerlukan elemen tenaga untuk terhasil, manakala cahaya mampu mengembara dalam vortex dan kajian tersebut pula hanya menjelaskan dari segi logik, bukan secara ghaib. Untuk mengkaji hubungkait antara tenaga yang dihasilkan manusia dengan bukaan pintu gerbang ghaib, kita perlu kembali kepada aspek ghaib yang sukar dijelaskan dengan penjelasan saintifik.

Bersambung
 

Anwar kesal Najib label Yusuf Qaradawi sebagai pengganas

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Datuk Seri Najib Razak memusuhi Islam apabila melabel Sheikh Yusuf al-Qaradawi sebagai pengganas dan pelampau.
“Najib menyelar gerakan Ikhwan kerana terlibat dengan keganasan dan melahirkan kebimbangannya terhadap Sheikh Yusuf Qaradawi. Prasangka ini mewakili sikap musuh Islam,” kata Ketua Pembangkang itu melalui twitternya.
Najib hari ini melabel Yusuf Qaradawi yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan ada kaitan dengan pertubuhan Ikhwanul Muslimin, sebagai pengganas sewaktu bercakap pada  satu persidangan di Istanbul.
“Sesiapa saja yang mahu menjadi sebahagian dari proses politik (Mesir) perlu mengambil nilai yang sesuai dengan demokrasi. Ikhwanul Muslimin sepatutnya tidak menjadi sebahagian dari proses itu selagi mereka tidak menolak keganasan dan sikap
pelampau (mereka),” kata Najib.
Kenyataan Perdana Menteri itu dipetik dari National Review, sebuah majalah politik antarabangsa dalam talian.
Najib dilapor berkata, beliau ‘risau, sangat risau’ dengan Yusuf Qaradawi yang kerana menganggap pemimpin seperti itu akan menyesatkan Timur Tengah kerana menghalalkan keganasan.
“Kita hilang jalan pertengahan kepada puak pelampau di Timur Tengah,” kata Najib, dipetik.
Kenyataan Najib mengejutkan banyak pihak kerana Qaradawi adalah tokoh Islam yang dihormati di seluruh dunia, baik di kalangan masyarakat Barat mahupun dunia Islam.
Malah, Yusuf Qardawi pada 18 Disember 2009, dianugerah gelaran Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 1431H oleh Timbalan Yang DiPertuan Agung pada masa itu, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

PENYAMUN LEBUHRAYA KELAHIRAN KERAJAAN BN


BAPA BOREK ANAK RINTIK,…
 
Inilah sikap dan perangai rakyat Malaysia yang jijik dan memalukan. Sanggup membiar seorang insan yang kesakitan dalam kemalangan!,  sebaliknya mereka berlumba-lumba merompak hak orang lain. Mengambil harta orang tanpa kebenaran samalah dengan mencuri!!  Agaknya dalam hati mereka berkata,.. mengambil secara terang-terang itu bukan perbuatan mencuri….Inilah contoh rakyat Malaysia hasil bikinan kerajaan UmnoBn yang telah memerintah selama 53 tahun.

Perangai buruk mereka ini samalah macam sebahagian besar pemimpin UmnoBn yang selama ini begitu rakus mengambil dan mengikis hak rakyat sesuka hati!.  Menepati kata pepatah!  “bapa borek anak rintik”.  Kemanalah tumpahnya kuah!..kalau tidak kenasi!!......

Oleh : rahimothman

Pegawai Penerangan diminta siap sedia hadapi PRU13

KOTA KINABALU, 25 Feb — Pengarah Penerangan Sabah Almain Ajirul mengingatkan kakitangan jabatan itu menggandakan gerak kerja sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Banyak pihak mengandaikan PRU-13 akan diadakan pada masaterdekat. Oleh itu Jabatan Penerangan sepatutnya sudah menekan butang kecemasan, melihat kepada prestasi PRU-12 lalu secara keseluruhannya,” katanya pada perhimpunan bulanan jabatan itu di sini hari ini.
Almain berkata jika diimbas kembali, Jabatan Penerangan sememangnya cukup disegani pada masa lalu, berkat dedikasi dan kecekalan pegawai dan anggotanya dalam memberi khidmat yang amat tinggi.
“Kepentingan perjuangan jabatan ini pada era membanteras komunis misalnya akan kekal dalam lakaran sejarah negara manakala bagi kita di negeri ini, era konfrontasi dengan negara jiran juga tidak lengkap butiran sejarahnya bagi negeri ini tanpa mengaitkan perjuangan pegawai dan anggota jabatan kita,” katanya.
Pada zaman itu anggota jabatan hanya bekerja berbekalkan semangat waja dan ada kalanya perlu menghadapi ancaman seperti lanun jika bertugas di pulau-pulau tetapi jika dilihat hari ini pula, anggota jabatan hampir tidak mampu menyempurnakan tugas dan peranan jika tidak bergantung kepada teknologi yang ada manakala ada pula yang mahu memilih untuk bertugas di kampung sendiri atau tempat asal untuk lebih selesa sedangkan khidmat mereka mungkin diperlukan di tempat lain, kata Almain.
“Natijahnya, kemajuan yang kita kecapi dalam pelbagai aspek pada hari ini, telah menenggelamkan sedikit demi sedikit peranan kita di mata masyarakat sekeliling.
“Saya membawa saudara saudari mengimbas kembali kisah lama tentang perjuangan dan cabaran jabatan kita, dengan harapan kita akan menjadi lebih kuat selepas ini nanti, kerana peranan saudara-saudari di pelbagai peringkat dalam menyebarkan dasar kerajaan, sememangnya amat penting,” katanya. — Bernama

Demo Anti Gaddafi Di Kedutaan Libya - 25 Feb 2011 ( Foto )
















































Foto Oleh Abah_Anas@