Khamis, 24 Februari 2011

2 PRK : Yuhaizad di Merlimau, Hasanuddin di Kerdau

KUALA LUMPUR, 24 Feb: PAS malam ini memilih Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Hassanuddin Salim, 43, bagi PRK Kerdau.
Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pada 26 Februari.
Di JASIN, pemilihan Yuhaizad selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS Dun Merlimau.
Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.
Pemilihan anak jati  Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.
Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.
Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek  Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan
Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas.
Di TEMERLOH, pengumuman Hassanuddin sebagai calon PAS telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.
Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.
Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.
Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di sudan dalam industri minyak dan gas.
Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga  aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.

PRK Merlimau: PAS Pilih Yuhaizad Untuk DUN Merlimau

PAS menurunkan Timbalan Yang Dipertua Kawasan Jasin, Sdr Yuhaizad Abdullah, sebagai calon pilihanraya kecil N27 Merlimau untuk berdepan dengan calon BN, Roslan Ahmad.

Yuhaizad juga adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda Negeri Melaka.

Beliau amat dikenali pengundi-pengundi di DUN Merlimau ini kerana beliau ialah seorang yang amat aktif di dalam kerja-kerja masyarakat.

Di dalam mana-mana kegiatan parti yang melibatkan kawasan Jasin atau pemuda negeri, nama Yuhaizad tidak asing lagi sekalipun di kalagan pengundi bukan Melayu kerana beliau sering menjadi pengerusi majlis (mc) di pentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat.

Laporan tambahan akan menyusul

Yuhaizad di mana-mana





Hassanuddin tentang calon Umno di Kerdau

KERDAU,24 Feb: PAS meletakkan aktivis partinya yang juga seorang ushawan, Hassanuddin Salim, 43 sebagai calon untuk menghadapi Umno dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau.
Nama Hassanuddin diistiharkan secara rami oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di tapak Komplek Markas PAS Pahang dekat sini sebentar tadi.
Turut hadir dalam majlis itu Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali; Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad; Ahli Jwatankuasa PAS Pusat, Muhammad Sabu dan barisan pimpinan tertinggi parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
Hassanuddin salim merupakan anak tempatan Kerdau yang lahir di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh. Beliau mempunyai Seorang isteri yang bertugas sebagai guru dan tujuh orang anak.
Hassanuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sanggang dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh.Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran keperingkat Diploma dalam bidang Ukur Tanah, di UiTM Shah Alam.
Selepas menamatkan pengajian Hassanuddin memulakan kerjayanya dalam Industri Pembinaan dan Ukur Tanah selama 15 tahun.
Sepanjang menceburi bidang itu beliau pernah berkhidmat dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur untuk industri minyak dan gas dan antaranya pembinaan hospital Temerloh.
Beliau juga pernah Berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.
Dalam politik, Hassanuddin merupakan bekas Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pahang dan kini menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS Pahang, Setiausaha PAS Kawasan Temerloh.
Dalam pilihan raya, Hassanuddin pernah diamanah mewakili PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 sebagai calon di DUN Lanchang dan DUN Kerdau dalam PRU 2008.
Sementara itu 22 Feb lalu Umno mengumumkan Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44 tahun, sebagai calon mereka.
Pengumuman itu dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Sri Ketumbit.

Hasanuddin calon PAS di Kerdau

TEMERLOH, 24 Feb: Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, pada jam 10.46 malam ini.
Turut berucap pada majlis itu ialah Timbalan Presiden PAS dan PKR, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.
Hasanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.
Beliau yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak adalah seorang usahawan.
Hasanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.
SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Kerdau pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pula 26 Februari.

Pengambilalihan PLUS Tunjuk Desakan PR Berhasil


SHAH ALAM, 24 FEB: Tindakan kerajaan untuk mengambil alih lebuhraya PLUS menunjukkan desakan Pakatan Rakyat selama ini berhasil dalam memastikan rakyat menikmati kemudahan yang disediakan.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Zulkefly Ahmad ketika dihubungi TV Selangor berkata, prinsip yang lebih penting adalah kerajaan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Plus Expressway Bhd (PEB) dalam satu mesyuarat agung tergempar (EGM) semalam memutuskan untuk menerima tawaran ambil alih oleh gabungan UEM Engineering Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Kedua-dua resolusi tawaran RM23 Billion serta pelan pembayaran modal telah diterima dalam mesyuarat itu dan penyenaraian saham PEM akan dilakukan hujung September.
"Prinsip lebih penting adalah memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan perkhidmatan asas dalam harga yang rendah dan munasabah," katanya.
Tambah Dr Dzulkefly, kerajaan diharapkan tidak menggunakan wang KWSP sehingga menjejaskan pembayaran dividen kepada pencarum pada masa akan datang.
KWSP dan UEM, subsidiari milik sayap pelaburan negara Khazanah Nasional, memiliki lebih 60 peratus ekuiti dalam pengendali lebuh raya itu.
"Jangan sampai penggunaan KWSP dan wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan GLC yang sakit dan dikhuatiri tidak dapat memberikan dividen yang tinggi kepada pencarum," katanya.
Beliau berkata lagi, kerajaan diminta agar terus memastikan setiap polisi yang dirangka dan pelaksanananya perlu mengutamakan kepentingan rakyat serta mengelakkan daripada dibebani dengan kos yang akan membebankan.
"Saya secara peribadi, dasar yang sepatutnya diambil dan benar-benar merakyatkan ekonomi sepatutnya mesti menumpukan kepada akhirnya membekalkan perkhidmatan itu kepada harga paling minima. Kita tahu perkhidmatan ada kos andainya ia dapat dibekalkan pada kos yang minima, maka kita akan dapat melihat kos kepada perkhidmatan lain dapat diturunkan," katanya.

Bekas Ketua Penyiasat ICAC Hong Kong Dilantik Siasat Kematian TBH



KUALA LUMPUR 24 FEB: Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini mengumumkan pelantikan Michael Leslie Squires, bekas Ketua Penyiasat Suruhanjaya Bebas Menentang Penyelewengan (ICAC) Hong Kong bagi membantu dalam siasatan.
Tujuan utama perlantikan Michael adalah bagi menyiasat dua perkara yang menjadi teras penyiasatan suruhanjaya ini, iaitu pertama bagi menyiasat samada terdapat salah laku atau kesilapan semasa penyiasatan, soal siasat ataupun kesilapan dalam prosedur semasa mendiang Beng Hock ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam.
Kedua ialah menyiasat berkenaan situasi sebenar semasa kematian Beng Hock dan punca sebenar yang menyebabkan kematiannya.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh panel tersebut, Michael juga diberikan kuasa setara dengan pegawai penyiasat polis menyiasat kes seperti ini, dan juga diberi kuasa menggeledah mana-mana premis serta mengambil apa jua objek sebagai bahan bukti yang berkaitan dengan siasatan kematian Teoh Beng Hock.
Dalam perkembangan lain, pakar forensik England, Profesor Peter Vanezis telah menyatakan persetujuan untuk memberikan kenyataannya di hadapan panel.
Sebelum ini, pakar forensik Thai, Dr Pornthip Rojanasunand juga telah memberikan persetujuan beliau untuk hadir dan memberi keterangan di hadapan panel diraja.
Sementara itu, panel hari ini dikejutkan dengan pengakuan pegawai penyiasat (IO) ASP Ahmad Nazri Zainal bahawa beliau telah membuat kesilapan dalam keterangannya yang diberikan semasa inkues.
Ahmad memberitahu panel, beliau telah tersilap mengecam Zurinawati Zulkifli sebagai pegawai SPRM yang memberikannya kad pengenalan Beng Hock dan menyatakan kad tersebut diberikan kepada beliau oleh pegawai SPRM yang hanya dikenali sebagai Azian.
Katanya lagi, Zurinawati merupakan pegawai SPRM yang menunjukkan kepada beliau beg Beng Hock yang diletakkan di atas sofa.

Pakatan Rakyat anjur bantahan anti-Gaddafi esok

Pakatan Rakyat akan membuktikan solidariti bersama rakyat Libya yang menentang pemimpin diktatornya, Muammar Gaddafi dengan mengadakan perhimpunan aman di luar kedutaan Libya di Jalan Madge, Ampang, Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat esok.

NONESekurang-kurangnya 500 penyokong, termasuk pelajar Libya yang menuntut di negara ini dan kakitangan kedutaan berkenaan akan mengambil bahagian.

Ketua biro antarabangsa PAS, Syed Azman Syed Ahmad berkata satu memorandum juga akan dihantar kepada duta Libya bagi menuntut pemberhentian serta merta pembunuhan orang awam.

"Kami berpendapat ada keperluan mendesak bagi menyokong rakyat Libya, sebab pembunuhan beramai-ramai rakyat yang tidak berdosa tidak harus dibiarkan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

NONEPerhimpunan itu dijadualkan pada jam 2.30 petang selepas solat Jumaat dan dijangka berlangsung selama sejam. Beberapa NGO juga dijadualkan akan mengambil bahagian.

Menurut Syed Azman, duta Libya ke Malaysia juga kemungkinan besar akan menyertai perhimpunan di luar kedutaannya itu.

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamad Sabu pula meminta semua rakyat Malaysia mengambil bahagian dengan berkumpul di luar pejabat kedutaan Libya.

NONE"Semua orang patut hadir esok bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap keganasan dan pembunuhan penunjuk perasaan yang tidak berdosa,” kata Mohamad.

Selasa lalu, pegawai kedutaan Libya di Kuala Lumpur menyertai rakan-rakan mereka di seluruh dunia membidas Gaddafi kerana pembunuhan ramai rakyat yang mengambil bahagian dalam protes di negara itu.

Mereka membakar potrait diktator yang telah berkuasa lebih empat dekad lalu pada protes lebih dua jam itu sebelum diarahkan oleh polis supaya bersurai.

Gaddafi clings to power amid exodus fears

Thousands of Libyans are trying to flee as Muammar Gaddfi makes good his bloodcurdling vow to remain in power by any means.

TOBRUK: Eastern Libya was in full revolt today as veteran strongman Muammar Gaddafi made good his bloodcurdling vow to cling to power by any means, prompting a desperate expatriate exodus.
Thousands scrambled to flee what former colonial ruler Italy said was a “bloodbath” of hundreds of protesters in the oil-rich north African state, parts of which have fallen to opposition control and others into lawlessness.
“There is no going back… even if we all die, at least our children will not have to live with him,” a Gaddafi opponent said in eastern Libya.
In Tripoli, sustained gunfire was heard in the eastern suburbs last night. Today morning, the streets of the capital were virtually deserted.
One of Gaddafi’s seven sons, Saadi, told the Financial Times today that after four decades in power, his father could retreat to a “big father” advisory role under a new government.
But the 68-year-old Gaddafi himself is hardly talking of retreat, vowing in a fiery televised address on Tuesday to purge opponents “house by house” and “inch by inch”.
As senior generals and Gaddafi comrades from his 1969 coup have switched sides to join the revolt, his opponents appeared in control of Libya’s coastal east, from the Egyptian border through the cities of Tobruk and Benghazi, towns made famous as key World War II battlefields.
Journalists saw regime opponents – many of them armed – all along the highway that hugs the Mediterranean coast.
Trying to ‘scare Europe’
Deputy Foreign Minister Khaled Khaim said al-Qaeda had set up an Islamic emirate in Derna, between Tobruk and Benghazi, headed by a former Guantanamo Bay inmate.
But residents dismissed the reports as the Libyan government trying to “scare Europe”.
A statement posted in the name of al-Qaeda’s North African branch pledged support for the uprising but made no comment about any seizure of territory.
Acclaiming the successful anti-regime uprisings in Egypt and Tunisia, the group said it was time for the “impostor, sinful, hard-hearted bastard” Gaddafi to meet the same end, in a statement reported by US monitoring group SITE.
Saudi King Abdullah, mindful of anger building in his own country, decreed an increase in social benefits as he returned to a Middle East rocked by anti-regime uprisings after three months abroad.
Abdullah, the 86-year-old monarch of the world’s leading oil exporter, was returning from back surgery in New York and recuperation in Morocco.
Elsewhere in the turbulent region, demonstrators in Yemen and Bahrain defiantly faced down teetering governments.
In Yemen, thousands of demonstrators vowed to keep protesting after government loyalists shot dead two of them, as deep fissures appeared in President Ali Abdullah Saleh’s regime.
Undeterred by reports of carnage in Libya, Bahrainis vowed not to budge from the capital Manama’s Pearl Square, the heart of their protests, despite the release of leading Shi’ite opposition activists and renewed calls from King Hamad for talks.
Amid ominous signs of growing unrest in Jordan, the Islamist opposition said it planned to stage a “day of anger” with other parties tomorrow to demand reforms.
Unarmed demonstrators
Meanwhile, thousands of Libyans are heading to the country’s borders with Egypt and Tunisia to try to escape, a UN spokesman said.
About 5,000 people have arrived at the border with Tunisia and 15,000 at the border with Egypt, UN spokesman Martin Nesirky said, quoting figures from the Office for the Coordination of Humanitarian Affairs.
“The office is concerned about access to health services for the injured, a lack of medical supplies and the need for blood,” Nesirky told reporters.
Italian Foreign Minister Franco Frattini told reporters that he feared 300,000 Libyans would attempt to flee to Europe.
Security forces fired on anti-regime demonstrators in the country’s third city Misrata yesterday, killing several people, witnesses said.
“Partisans of the regime have attacked unarmed demonstrators with their machine guns and RPGs (rocket-propelled grenades),” a witness told AFP by telephone. Several people were “martyred” in the shootings, the witness said.
The first of thousands of foreigners fleeing Libya said Tripoli itself had turned into a war zone amid a merciless crackdown by Gaddafi’s forces.
-AFP

Pegawai Polis Akui Silap Beri Keterangan Semasa Inkues


Suruhanjaya Teoh: IO akui buat kesilapan

Pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal berkata terdapat kesilapan dalam keterangannya ketika inkues kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock yang berakhir bulan lalu.

Ahmad Nazri hari ini mengakui kesilapannya itu kepada Suruhanjaya Diraja dengan berkata beliau keliru identiti pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membekalkannya salinan kad pengenalan Teoh dengan orang lain.

Dalam keterangan hari ini, Ahmad Nazri berkata beliau silap apabila peguam dari Majlis Peguam menyoalnya berhubung kejadian apabila pihak polis tiba di lokasi kejadian pada tengahari 16 Julai 2009.

Beliau kemudian dengan cepat memperbetulkan kesilapan itu dengan mennjelaskan bahawa pegawai penguatkuasa SPRM yang hanya dikenali sebagai Azian yang memberikannya salinan kad pengenalan Teoh dan bukannya Zurinawati Zulkifli, seseorang yang disebutnya pada inkues yang lalu.


“Zurinawati adalah orang yang menunjukkan saya beg Teoh di sofa. Bukan dia yang memberi saya salinan IC itu,” katanya.

Ahmad Nazri semasa memberikan keterangannya juga berkata beliau tidak membuat siasatan terperinci bagi setiap laluan yang mempunyai “access card" ketika membuat membuat pemeriksaan di tingkat 14 dan 15, bangunan Plaza Masalam, Shah Alam

"Apakah tugas kamu sebagai pegawai penyiasat dalam kes ini... adakah hanya membuka dan menutup kertas siasatan?” soal pengerusi suruhanjaya Tan Sri James Foong Cheng Yuen.

Ahmad Nazri menjawab: “Saya hanya ada masa dalam tujuh hari bagi menyiapkan kertas siasatan (IP) untuk diserahkan kepada Mahkamah Koroner.”

Seorang anggota panel suruhanjaya itu, Datuk T Selventhiranathan yang juga bekas hakim mahkamah Rayuan kemudiannya mencelah dengan berkata: "Masa tujuh hari tidak mencukupi untuk menyiapkan kertas siasatan yang lengkap dan terperinci... adakah kamu pernah memberitahu Mahkamah Koroner bahawa kamu perlukan masa yang lebih untuk menyiapkan kertas siasatan itu?”

Ahmad Nazri memberitahu beliau tidak ingat.

Suruhanjaya itu juga mengumumkan pelantikan seorang bekas anggota polis dari Liverpool, England, Michael Leslie Squires sebagai penyiasat bebas bagi membantu mereka. -mk

Ulasan GB

Dari semalam lagi banyak tandatanya timbul dari keterangan yang dikemukakan oleh Pegawai Polis yang bernama Ahmad Nazri Zainal ini.

Terlalu jelas melakukan kerja secara cuai dan tidak kompeten untuk satu kes yang berprofil tinggi.

Surendran: Mansuhkan semua Undang-Undang Darurat, Selamatkan penduduk Estet Batu

Merujuk kepada kes Estet Batu, kami ingin melahirkan rasa terkejut dengan tindakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah sekali lagi terpaksa menggunakan Kuasa Darurat untuk mengusir rakyat miskin dari tanah mereka.  Pihak DBKL telah mengeluarkan notis kepada pemilik tanah di bawah Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969: Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan-Setinggan 1969) supaya mengosongkan rumah dan meninggalkan tanah mereka.  Pihak DBKL juga mengarahkan penduduk supaya merobohkan rumah-rumah mereka sendiri sebelum meninggalkan tanah tersebut.
Arahan ini perlu dilaksanakan menjelang minggu depan.  Kuasa-kuasa Darurat sebelum ini digunakan sewaktu menghadapi situasi darurat selepas rusuhan 13 Mei 1969; dan bukannya dalam isu berkaitan tanah dalam tahun 2011.  Ini bukan kali pertama peruntukan Darurat digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengusir rakyat dari tanah mereka.  Sejak sekian lama, kuasa luar biasa di dalam peruntukan ini telah digunakan oleh pihak berkuasa yang menyokong pemaju kaya dan menzalimi rakyat miskin yang berjuang untuk mencari rezeki.
Kenapa pihak berkuasa perlu campur tangan dalam pertikaian yang melibatkan rakyat yang memiliki tanah dengan pemaju, yang sewajarnya diselesaikan melalui rundingan atau proses perundangan di mahkamah?  Masanya telah tiba agar semua peruntukan Kuasa Darurat dan undang-undang yang bersifat jahat dimansuhkan.  Beberapa undang-undang Darurat yang dibuat antara 1964 dan 1977 tetap berlaku, termasuk undang-undang tahun 1964 bertujuan untuk menangani konfrontasi dengan Indonesia dan undang-undang Mei 1969 selepas rusuhan Mei 13. Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969: Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan-Setinggan 1969) hanya salah satu daripada 92 ordinan yang digubal dibawah Perisytiharan Darurat 1969.
Kewujudan dan penggunaan undang-undang Darurat jelas sekali melanggar norma-norma antarabangsa.  Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik 1966 (ICCPR) menyatakan bahawa undang-undang Darurat hanya boleh digunakan jika ianya "benar-benar diperlukan bergantung kepada tahap situasi".  Apa yang pasti, isu tanah penduduk Estet Batu pada masa ini tidak termasuk di dalam kategori tersebut.
Kami terkesan dengan laporan berita bahawa kabinet Algeria baru saja mengumumkan pemansuhan undang-undang Darurat yang telah dilaksanakan selama 19 tahun di negara itu dan memulihkan semula kebebasan politik negara itu.  Sebaliknya, undang-undang Darurat Malaysia yang berusia lebih setengah abad bukan saja tidak dimansuhkan bahkan diperkuat dengan beberapa perubahan dan penambahan-penambahan tertentu.  Ini merupakan sesuatu yang memalukan ditambah pula dengan kecenderungan kerajaan yang suka membandingkan tahap pentadbiran mereka dengan beberapa pemerintahan diktator di Afrika Utara yang terburuk.
Kami menyeru kepada kerajaan supaya tidak menggunakan undang-undang luar biasa dan tidak adil ini terhadap rakyat biasa di Estet Batu yang bekerja keras mencari rezeki.  Kami juga menggesa kerajaan supaya mengambil langkah segera untuk memansuhkan peisytiharan dan undang-undang Darurat yang hingga ke hari ini masih menghantui dan menekan rakyat di negara ini.
*Kenyataan media oleh N.Surendran (gambar kiri) selaku Naib Presiden PKR.

Risalah rasis: PERKASA buat laporan polis

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Melaka, hari ini membuat laporan polis ekoran pengedaran risalah yang didakwa memfitnah pertubuhan itu dan berbaur hasutan.

Laporan itu dibuat yang dipertua PERKASA Melaka, Abdul Rahim Osman di balai polis Merlimau kira-kira jam 1.30 petang tadi

Menurutnya, risalah tersebut bermotifkan politik dan bertujuan menghasut serta membangkitkan kemarahan kaum bukan Melayu, khususnya Cina.

NONE"Kami mendapati risalah yang diedarkan ini berbaur hasutan dan membangkitkan provokasi dengan menggunakan nama PERKASA.

"Ia dikesan diedarkan di taman-taman perumahan sekitar Merlimau pada malam semalam," katanya ketika ditemui di Perkarangan Balai Polis Merlimau hari ini.

Abdul Rahim berkata, PERKASA menafikan sekeras-kerasnya terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan, pengeluaran, percetakan dan pengedaran atau penyebaran risalah berkenaan kepada umum, khasnya pengundi di dalam DUN Merlimau.

"Kami PERKASA tidak pernah berkempen untuk mana-mana parti politik dan menyifatkan tindakan itu sebagai tindak balas yang tidak bertanggungjawab selepas ceramah yang diadakan pertubuhan ini tiga hari lalu di kampung Pengkalan Samak.

"Kami adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak pernah menafikan sumbangan kaum Tiong Hwa dalam pembangunan negara," katanya.

Beliau berkata, PERKASA tidak pernah mengajar ahli untuk bersifat perkauman, malah mengajak orang Melayu bersama-sama mempertahankan perlembagaan negara dan hak-hak mereka.

"PERKASA sentiasa mengamalkan sikap berbaik-baik kepada semua pihak dan menyeru ke arah keharmonian kaum-kaum yang terdapat di negara ini.

"Antara lokasi yang kami kesan dipercayai berlakunya pengedaran risalah terbabit termasuk di sekitar Taman Muhibbah, Taman Merlimau Baru, Taman Debunga, Taman Seri dan Taman Pasir," katanya.

Tiga hari lalu, PERKASA menganjurkan Program Perdana PERKASA bertajuk 'Membongkar Rahsia Pengkhianat Melayu' di perkarangan rumah seorang penduduk berhampiran Makam Tun Teja, Kampung Pengkalan Samak.

Berucap di ceramah tersebut ialah beberapa penceramah termasuk, Presiden PERKASA Malaysia, Datuk Paduka Ibrahim Ali, Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kasim dan Ketua Wira PERKASA Malaysia, Arman Abu Hanafiah.

Teguran Nik Aziz persoal Islam saya tuduhan serius, kata Mahathir


KUALA LUMPUR, 24 Feb – Tun Dr Mahathir Mohamad bertanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berapa banyak bukti yang Murysidul Am PAS itu perlukan untuk mendakwa beliau dan Umno adalah “kafir.”
Malah pada masa yang sama Dr Mahathir berkata tindakan Nik Aziz menidakkan keislamannya juga “satu tuduhan amat serius.”
“Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan Umno kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS,” kata bekas perdana menteri dalam tulisan terbaru blognya hari ini.
Tulisan Dr Mahathir (gambar) itu menjawab kenyataan Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir Umno baru-baru ini.
“Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, “tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini. Jadi nasionalis Umno didakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan, dia bertanya, ‘apa nama kerja ini’.”
“Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh Umno kafir,” katanya lagi.
Kata Dr Mahathir, Nik Aziz menuduh beliau “fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya.”
“Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan,” kata beliau lagi.
“Tetapi sebelumnya dia mendakwa ‘sokong PAS ertinya sokong Islam’. Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah – ‘Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah’,” kata beliau yang juga bekas presiden Umno.
Beliau seterusnya bertanya apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap “sokong PAS” baru jadi Islam dan sebelum itu kafir.
“Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan Umno tolak Islam selain daripada mendakwa Umno adalah kafir,” kata Dr Mahathir yang terlibat dalam ‘perang’ kenyataan menerusi blog dan facebook masing-masing sejak bulan ini.
Malah Dr Mahathir berkata, Nik Aziz juga membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi.
“Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik,” katanya sambil menambah, teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.
Malah kata Dr Mahathir, teguran Nik Aziz menidakkan keislamannya adalah satu teguran dan “lebih tepat lagi satu tuduhan yang amat serius.”
“Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting,” katanya.
Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, kata Dr Mahathir, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.
“Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja.
“Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu.Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan Kemelayuan mereka. Dan, sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi,” katanya lagi.
Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan selepas negeri itu jatuh ke tangan PAS pada pilihan raya umum 1990 iaitu pilihan raya umum ketiga bagi Dr Mahathir selepas menjadi perdana menteri keempat.
Kini PAS bergandingan dengan DAP dan PKR membentuk Pakatan Rakyat.

Prk Kerdau : ‘Biar rakyat tentukan’ — Syed Ibrahim

TEMERLOH, 24 Feb — Sekalipun tempoh kempen dan hari penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau belum bermula, calon Barisan Nasional (BN) sudah pun menerima cercaan dan tuduhan tidak berasas daripada penyokong dan parti pembangkang.
Syed Ibrahim Syed Ahmad dituduh menipu berhubung kelulusan akademiknya.
Beliau didakwa tidak lulus semasa belajar di Universiti Al-Azhar dan dituduh membeli ijazah dari universiti berkenaan.
Syed Ibrahim yang lebih dikenali sebagai ‘Syed Ibra’ di kalangan penduduk tempatan hanya tersenyum lebar ketika ditemui Bernama bagi mengulas perkara berkenaan.
“Biarlah apa orang nak kata, kita tak boleh ikut dia (penyokong dan parti pembangkang), dia macam-macam boleh kata, kalau kita jawab lebih pun tak guna.
“Biarlah rakyat tahu sendiri,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau yang juga Naib Ketua Umno bahagian Kuala Krau adalah lulusan dari Universiti Al-Azhar dalam bidang Bahasa Arab.
Syed Ibrahim mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Krau dan di Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Temerloh sebelum menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar pada 1989 hingga 1996.
Beliau diumumkan sebagai calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lepas.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ketika ditemui di sini hari ini turut kesal dengan tindakan para penyokong PAS dan parti itu yang membuat dakwaan tidak berasas.
“Saya tengok sijil dia, kalau dia tak lulus tinggi, takkan saya nak ambil dia bekerja sebagai Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar. Bodohlah saya ambil orang tak ada kelulusan.
“Tuduhan mengatakan dia tak ada kelulusan, itu satu pembohongan dan fitnah,” katanya.
DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Feb lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan Sabtu ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac depan. — Bernama

Bekas Calon PAS Parlimen Kuala Krau Khabarnya Jadi Sebutan Untuk Terpilih Sebagai Calon Pakatan Rakyat Di PRK DUN Kerdau Nanti!

KERDAU, 24 Feb- Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau nampaknya kian panas biarpun Hari Pencalonan ialah Sabtu ini. Malam ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bakal umumkan calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat di Markas PAS Darul Hikmah Simpang Kerdau dekat sini. Turut dijangka hadir malam ini ialah Mat Sabu dan juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Ribuan penyokong pembangkang dijangka hadir untuk mendengar amanat dan melihat siapakah calon mereka. Angin bertiup kencang mengatakan nama bekas calon Parlimen Kuala Krau dari PAS dalam pilihanraya umum lalu Ustaz Kamal Ashaari (foto), bakal menjadi pilihan. Apapun, nama popular seperti Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang, Naib Presiden PAS Pusat dan Yang Dipertua PAS Kuala Krau), Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat) serta Hasanuddin Salim (Bekas Calon PAS PRU12 DUN Kerdau dan Ketua Penerangan PAS Pahang) tetap menjadi pilihan sebenarnya. Cuma, hanya seorang yang bakal bersaing untuk menentang Penasihat Agama MB Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang diumumkan sebagai calon BN itu. Apapun pertembungan sengit dijangka berlaku di DUN Kerdau kali ini. Majoriti undi BN pada pilihanraya lalu hanyalah sekitar 1,615 undi sahaja. Ini bermakna peluang PAS untuk membuat kejutan tetap ada, ditambah lagi dengan peningkatan jumlah pengundi muda dalam pilihan raya kecil ini.


Tiga calon popular yang juga turut menjadi pilihan sebenarnya
Dato' Tuan Ibrahim, Ustaz Nasharuddin dan Hasanuddin Salim
[Apapun, harapan PAS untuk menakluki DUN Kerdau mungkin akan terkubur jika mereka tidak berhati-hati dan menjaga tiga kawasan Felda dan satu kawasan Felcra di DUN itu. Difahamkan DUN Kerdau mempunyai tiga kawasan Felda iaitu Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25. Sementara itu satu kawasan Felcra ialah di Rumpun Makmur. Jumlah pengundi di kesemua kawasan terbabit dipercayai melebih 3,000 orang. Oleh itu, tumpuan yang lebih besar perlu diberikan kepada kawasan terbabit jika PAS ingin memenangi pilihanraya kecil kali ini. Jika tidak, senario yang sama pasti akan berlaku seperti di DUN Tenang baru-baru ini. Tingkatkan usaha dan gandakan kerja jika berhasrat untuk menang. Fokus utama harus diberikan kepada kawasan terbabit, kerana disitulah talian hayat BN sebenarnya. Jika tidak berhati-hati, cerita yang sama di Tenang bakal berulang di sini. Oleh itu, aturlah strategi yang berkesan mulai sekarang!].
PDO.

Pekeliling K'jaan Selangor: Mahkamah Tolak Rayuan


PUTRAJAYA 24 FEB : Peguam Negara mempunyai locus standi untuk memulakan tindakan undang-undang bagi mencabar kesahihan arahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bahawa kakitangan awam negeri hanya boleh disoal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat masing-masing.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha memutuskan perkara itu perlu dihantar kembali ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Panel itu yang turut dianggotai hakim Datuk Azhar@Izhar Ma''ah dan hakim Datuk Mohamed Apandi Ali, menolak rayuan setiausaha kerajaan negeri Selangor dan kerajaan negeri Selangor dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka (setiausaha kerajaan negeri Selangor dan kerajaan negeri Selangor) untuk membatalkan saman pemula Peguam Negara.

Setiausaha kerajaan negeri dan kerajaan negeri Selangor juga diperintahkan membayar RM30,000 bagi kos undang-undang.

Peguam Negara memfailkan permohonan itu bagi memohon mahkamah mengisytiharkan Pekeliling No 4, 2009 bertarikh 28 Julai itu adalah batal kerana pekeliling itu adalah tidak sah kerana melanggar Akta Pencegahan Rasuah Malaysia yang baru dikuatkuasakan.

Umno Pahang cuba rasuah ahli KEADILAN keluar parti

KUALA LUMPUR: KEADILAN mendedahkan beberapa laporan dalaman parti mengenai usaha tersusun Umno untuk merasuah pimpinan akar umbi KEADILAN supaya keluar parti menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau Mac ini.
Terbaru, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifudin Nasution Ismail, berkata Umno Pahang dikatakan memujuk lima pimpinan cabang parti di negeri itu untuk keluar parti bersama kira-kira 500 anggota.
“Mereka dijanjikan ribuan ringgit dan projek untuk mengisytiharkan keluar parti dalam masa terdekat,” katanya pada kenyataan media yang dibacakan Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam sidang media di ibu pejabat parti. Hadir sama, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau adalah yang pertama di Pahang dan ia dilihat menguji sejauh mana sokongan rakyat di negeri itu terhadap kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Saifuddin berkata, parti sedang mengumpul bukti lengkap berkenaan taktik Umno BN dan mendedahkannnya dari semasa ke semasa.
“Ini perlu dipandang serius Suruhanjata Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana gejala itu adalah kesalahan serius dan jika SPRM enggan membasminya, ia akan menjadi asam garam politik Malaysia.
“KEADILAN juga akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana anggota parti yang terlibat menerima rasuah dengan menggantung keanggotaan serta-merta sementara siasatan penuh dijalankan.
“Ini keputusan parti sebagaimana yang diputuskan Biro Politik pada mesyuarat 23 Februari lalu,” katanya yang kesal berikutan Umno BN setiap kali menjelang PRK menggunakan media untuk melaporkan kononnya ahli KEADILAN keluar parti.
Peliknya, Saifuddin berkata, ada  antara yang dilapor keluar parti itu sudahpun lama meninggalkan KEADILAN tetapi dilapor kembali bagi mengelirukan pengundi.

TPM arah polis bertegas dengan perarakan Hindraf

Polis diminta mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan yang mendakwa sebagai Hindu Rights Action Force (Hindraf), yang merancang perarakan raksasa di ibu negara, Ahad ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

muhyiddin pc 200910 02Katanya Hindraf adalah satu badan yang telah diharamkkan oleh kerajaan dan kerana itu nama Hindraf tidak wajar diperjuangkan oleh mana-mana pihak.

"Mereka (pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan itu) tahu mereka perlu mendapatkan kelulusan dan permit daripada pihak berkuasa seperti polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Matrikulasi Bersama-sama Masyarakat peringkat kebangsaan di Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rancangan kumpulan Hindraf, sebuah pertubuhan yang telah diharamkan kerajaan, untuk mengadakan perarakan raksasa dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sehingga ke Jalan Dang Wangi di Kuala Lumpur, Ahad ini.

Muhyiddin berkata terserahlah kepada polis mengenai bentuk tindakan yang akan diambil tetapi sebarang aktiviti seperti perhimpunan oleh kumpulan yang diharamkan perlu dikenakan tindakan tegas.

human rights party hindraf hrp convoy 2"Kalau mereka bertindak di luar batas undang-undang dan tidak ikut peraturan, seperti mengadakan perhimpunan, itu juga satu kesalahan. Sesiapa menggepalai tindakan haram ini perlu diambil tindakan tegas," katanya.

Katanya jika ada usaha-usaha untuk menghidupkan semula badan-badan yang telah diharamkan, perkara itu perlu dipandang serius.

- Bernama

Permulaan baik, anak muda sertai PAS di Kerdau


TEMERLOH, 24 Feb: Penyertaan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau mendapat sambutan awal yang amat menggalakkan apabila seramai 15 orang pemuda Kampung Telok Sentang menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli PAS.
Borang  permohonan keahlian anak-anak muda itu diserahkan sendiri Ketua PAS Cawangan Telok Sentang, Abu Bakar Bakri kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena ceramahnya di kampung tersebut malam tadi.
Menurut Abu Bakar penyertaan golongan muda itu akan menambahkan semangat dan keyakinan PAS cawangan untuk berhadapan dengan pihak lawan pada pilihan raya kecil Dun Kerdau dan pilihanraya umum yang akan datang.
“Bersyukur kepada Allah di atas penyertaan golongan muda yang memberangsangkan ini dan kami menerima  banyak permohonan yang dalam proses pengumpulan maklumat dari golongan muda kampung yang berada di luar,” katanya.
Turut  menyaksikan penyerahan borang tersebut ialah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Nasihat Najib Razak Kepada Gaddafi Umpama 'Mengata Dulang Paku Serpih'


SHAH ALAM 24 FEB : "Mengata dulang paku serpih, nasihat orang dia yang lebih" itu peribahasa yang digunakan oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua bersabit nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mahukan pemerintah Libya tidak menggunakan kekerasan bagi menumpaskan bantahan orang awam di negara itu.
Tian berkata Najib Razak harus terlebih dahulu membendung keghairahan polis Malaysia melepaskan gas pemedih mata dan memukul rakyat setiap kali mereka berkumpul membantah pelbagai isu berkepetingan awam sebelum mengeluarkan nasihat sedemikian.
Tian berkata teguran Najib kepada pemimpin Libya Muammar Gaddafi tidak kena pada tempatnya, kerana kerajaan Umno-BN turut menggunakan kekerasan untuk menyuraikan tunjuk perasaan di negara, walaupun ia diadakan secara aman.
Contoh terbaru kekerasan polis yang didokong oleh Umno BN adalah himpunan rakyat bagi membantah usaha menaikkan harga air di Selangor pada Disember lalu.
Ratusan orang ditembak dengan gas pemedih mata dan pancutan air kimia walaupun mereka berkumpul secara aman untuk menyampaikan memorandum kepada Istana Negara.
Wanita dan kanak-kanak serta pelajar universiti menjadi mangsa kezaliman pihak berkuasa.

Tian berkata penggunaan polis anti rusuhan adalah taktik biasa yang digunakan oleh semua rejim diktaktor bagi kelangsungan politik mereka dan Malaysia tidak terkecuali dari amalan sedemikian.
"Najib sebenarnya tidak banyak beza dengan Gaddafi dan Mubarak atau diktator-diktator lain yang lama memerintah dan saya menganggap apa yang ditegur oleh Najib adalah satu hipokrasi yang sangat melucukan," katanya.
Media arus perdana kawalan Umno-Bn hari ini memberi liputan meluas kepada nasihat Najib mahukan Gaddafi berhenti daripada menggunakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan yang mahukan pemimpin itu berundur.
Tian berkata Najib sepatutnya mengambil iktibar daripada pergolakan di Libya, Mesir dan dunia Islam yang lain dalam usaha untuk menyelami keinginan rakyat untuk sebuah kerajaan yang amanah dan demokratik.
"Najib dilihat mewakili pemimpin seperti Gaddafi dan Mubarak, pemimpin dari parti poltik yang lama memerintah dan aspirasi rakyat ialah inginkan pembaharuan dan parti yang lama ini harus diganti dengan sistem yang lebih demokratik, dengan perkongsian kuasa yang lebih adil, hubungan antara kaum yang harmoni kerana rejim yang lama ini sama seperti apa yang berlaku di Malaysia," ujarnya.
Tian berkata sekiranya Najib mahu membuktikan kesungguhan beliau untuk menghormati prinsip demokrasi dan keadilan hendaklah dengan memansuhkan undang-undang zalim serta membenarkan tunjuk perasaan secara aman tanpa dikongkong polis.
"Kalau betul-betul Najib ikhlas perkara ini, saya mencabar agar Najib tarik kembali semua akta darurat yang kita telah digazetkan lebih 50 tahun, dan membenarkan perhimpunan aman tanpa gangguan polis serta membubarkan ISA, " katanya lagi.

Sekolah Cina tolak akhbar Melayu percuma

Akibat tekanan dan bantahan kumpulan pendidikan Cina dan parti pembangkan, sebuah sekolah rendah Cina di Kuantan menukar keputusannya untuk menerima akhbar percuma Utusan Malaysia.

utusan mahathir malay losing power 240910Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam.

Pengerusi lembaga sekolah itu, Goh Kim Fah memberitahu Sin Chew Daily, sekolahnya pada asalnya memang mahu menerima akhbar percuma Utusan Malaysia yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta yang bertujuan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajarnya.

“Diakui, kami memang lalai dalam isu ini. Kami tidak mengkaji impak keputusan (untuk menerima sumbangan itu),” katanya.

Menurut Goh, pelajar tidak seperti orang dewasa tidak akan dapat membezakan laporan Utusan Malaysia yang lazimnya menurut pengkritik adalah berat sebelah dan bersifat perkauman dengan berita sebenar.

utusan article on free paper give to chinese school 200211 02Ini antara alasan lembaga itu menolak tajaan sumbangan tersebut.

Isu berkenaan timbul apabila Utusan Malaysia melaporkan syarikat hartanah Pasdec Holdings Berhad akan menaja 4,375 akhbar percuma kepada empat sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Pahang.

TNC UPM didesak letak jawatan

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Fauzi Ramlan didesak meletakkan jawatannya, ekoran kelemahan dan kegagalannya dalam menangani PRK kampus itu dengan baik, sehingga dilihat langsung tidak berkredibiliti.
Di mata mahasiswa UPM, Dr Fauzi bukanlah seorang yang berwibawa untuk memegang jawatan itu dan tempatnya perlu digantikan oleh individu lain yang lebih berkelayakan.
Jurucakap Majlis Politik Nasional (MPN) Gamis, Shukri Kamarudin berkata, desakan tersebut kini sedang disuarakan dengan keras oleh para pelajar UPM dan ia perlu didengar oleh Dr Fauzi demi kepentingan UPM itu sendiri.
Menurut beliau, bukti kegagalan Dr Fauzi dalam menjalankan tugasnya cukup banyak, tetapi antara yang amat ketara termasuklah kegagalannya dalam melaksanakan tanggungjawab bagi menghidupkan sistem demokrasi terhadap pilihanraya kampus.
Katanya, selain itu, beliau juga begitu angkuh sehingga langsung tidak mahu mendengar suara, pandangan, bantahan dan desakan para pelajar berhubung sesuatu isu, khususnya berhubung PRK kampus itu, walaupun ia amat baik untuk dilaksanakan.
"Lebih ketara lagi, beliau tetap enggan memohon maaf kepada para pelajar, khususnya aktivis Pro Mahasiswa (Pro-M) UPM, walaupun mereka telah dianiaya, didiskriminasi dan diperlakukan dengan tidak sepatutnya sebegitu teruk oleh beliau," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
PRK UPM menjadi amat kacau apabila 11 calon Pro-M yang menang 21 Februari lalu dibatalkan kemenangannya atas alasan amat tidak munasabah, iaitu menyertai pilihanraya secara berkumpulan.
Walaupun tindakan yang sama turut dilakukan oileh pihak lawan, tetapi calon-calon Pro Aspirasi tidak pula menerima nasib buruk itu, sehingga jelas memperlihatkan sikap diskriminasi pihak terbabit khususnya Jawatankuasa Pelaksana PRK kampus itu terhadap mereka.
Setelah didesak dan dibantah oleh calon-calon dan aktivis Pro-M yang mula berkumpul beramai-ramai di hadapan pejabat pentadbiran UPM sejak malam semalam, pembatalan kemenangan mereka itu telah ditarik balik dan surat rasmi mengenainya telah dikeluarkan oleh Dr Fauzi.   
Tindakan pembatalan itu ternyata amat menyusahkan para pelajar. Selain harapan mereka untuk berunding tidak dilayan dengan baik, 11 calon Pro-M terbabit turut dikenakan bayaran RM100 setiap seorang untuk mengadakan bantahan, pada hal mereka adalah pelajar yang mempunyai kewangan amat terhad.
Menurut Shukri, tahun lalu, calon-calon Pro-M UPM turut menerima nasib sama apabila 7 calonnya dibatalkan kemenangannya, tetapi tahun ini menjadi lebih parah sehingga meningkat 11 orang atau kesemuanya.
Ekoran itu, delegasi aktivis Pro-M UPM tengah hari tadi turut menghantar satu memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di pejabatnya di Putrajaya yang isinya antara lain menuntut perjalanan demokrasi PRK UPM yang lebih baik, lebih telus dan demokratik pada masa akan datang.
"Selain itu, mereka juga menuntut agar perjalanan PRK di UPM pada masa akan datang bebas dari campur tangan politik luar, iaitu daripada para pemimpin parti tertentu, bagi menjamin perjalanan demokrasi yang telus.

Krisis Libya: Penunjuk perasaan mahu ‘tangkap’ Gaddafi

TRIPOLI, 24 Feb — Pihak berkuasa Libya menggesa penunjuk perasaan menyerahkan senjata sambil menawarkan mereka ganjaran jika memberi maklumat mengenai ketua-ketua demonstrasi sementara pembangkang pula merancang untuk membebaskan Tripoli dan “menangkap” Muammar Gaddafi.
Pasukan keselamatan meningkatkan tindakan ke atas penunjuk perasaan antikerajaan dan pertempuran kini merebak ke Tripoli, ibu negara Libya, selepas tercetus di sebelah timur minggu lalu.
Muammar tidak memberikan sebarang bayangan akan berundur selepas menerajui negara itu lebih empat dekad.
“Sesiapa yang menyerahkan senjata dan rasa kesal (dengan tindakan mereka) akan dikecualikan daripada dikenakan tindakan undang-undang.
“Jawatankuasa meminta agar kesemua rakyat bekerjasama dan memaklumkan pihak yang memimpin golongan muda (mengadakan demonstrasi) atau membekalkan wang, peralatan,” kata kenyataan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Keselamatan Am Rakyat Libya menerusi stesen Libya TV.
Dipetik laporan msnbc, jawatankuasa itu juga berkata, mereka yang bekerjasama akan diberikan wang.
“Ganjaran kewangan yang lumayan akan diberikan kepada seiapa yang menyumbang atau memberi maklumat tentang mereka,” kata kenyataan yang dibacakan oleh pegawai tentera Libya, yang siarannya dipantau di Kaherah.
Sementara itu, laporan Reuters pula berkata, kumpulan militia antikerajaan kini menguasai bandar Zuara, kira-kira 120 kilometer ke barat Tripoli.
Pekerja-pekerja Mesir yang menyeberang ke Tunisia memberitahu Reuters hari ini bahawa tiada tanda-tanda polis atau tentera mengawal bandar itu, sebaliknya dikuasai oleh “jawatankuasa popular” dengan senjata automatik.
“Rakyat kini mengawal (bandar Zuara),” kata pekerja-pekerja itu, yang bekerja di tapak pembinaan sebelum memutuskan untuk meninggalkan kawasan tersebut.
Pasukan tentera yang setia kepada Muammar juga hilang kawalan ke atas wilayah timur Cyrenaica minggu lalu dan ada tanda-tanda mereka hilang penguasaan di beberapa wilayah di sebelah barat.

MB Selangor Ziarah Mendiang Ibu Ronnie Liu

RAUB 24 FEB : Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim  menziarahi mendiang ibu kepada Exco Selangor, Ronnie Liu malam semalam.
Tan Sri Khalid yang hadir ditemani isterinya, Puan Sri Salbiah Tunut memberikan perhormatan terakhir kepada mendiang.
"Saya bagi pihak kerajaan negeri dan exco Negeri Selangor hadir di sini hari ini untuk memberi perkhidmatan terakhir kepada mendiang ibu Ronnie Liu, dengan menghormati adat keluarga Ronnie, saya di sini bagi bersama meratapi pemergian ibundanya, saya mengucapakan takziah dan saya juga berharap Ronnie akan tabah tempuhi pemergian ini dan sentiasa bersemangat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,"  katanya.
Ibu kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan ini meninggal dunia di kediamannya di Raub Pahang kira-kira jam 5 petang Ahad lalu.
Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran berkata, mendiang ibunya, Lee Yon Moi, 79, meninggal dunia akibat penyakit hati walaupun telah menerima rawatan di Pusat Perubatan Sunway pada 9 Februari lalu.
Menurut Ronnie, beliau bersama lima adik-beradik yang lain berasa sedih atas kehilangan ibunya yang dianggap individu penting dalam hidup mereka.
"Bagi pihak keluarga kami memang rasa terharu dengan kehadiran Tan Sri dan Puan Sri walaupun sudah lewat malam untuk memberi penghormatan kepada ibu saya, walaupun jadual beliau penuh dengan pelbagai urusan, sebagai exco yang berkhidmat dibawah beliau, saya begitu terharu," katanya.

Fitnah II : Anwar memang hadir di kondo, tapi untuk taklimat ekonomi

KUALA LUMPUR: Setiusaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kehadiran Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 bukan bererti beliau bersalah atas tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau.
Dalam mahkamah hari ini, pihak pendakwa akan membawa CCTV yang diambil dari kondo tersebut.
Seorang pakar, saksi kerajaan telah mengesahkan bahawa beliau dapat mengecam no plat kereta yang dipercayai milik Anwar dan Saiful dalam CCTV itu.


“Memang kita tidak pernah menafikan Anwar hadir di kondo tersebut pada 26 Jun 2008. Kita juga tidak menafikan kehadiran Saiful kerana memang ketika itu beliau bertugas sebagai pembantu Anwar.
“Tetapi kehadiran Anwar pada hari itu adalah untuk program taklimat ekonomi oleh sekumpulan pakar-pakar ekonomi,” kata Saifuddin.
Ditanya kenapa kondo tersebut dipilih sebagai lokasi, beliau menegaskan: “Sebahagian dari pakar-pakat tersebut masih berkerja dengan kerajaan ketika itu. Jadi adalah menjadi kelaziman bagi mereka untuk mengadakan pertemuan dengan tokoh pembangkang di tempat yang di kira jauh dari pandangan umum. Kerana itu Kondominium Desa Damansara.”
Anwar kini sedang menghadapi fitnah kedua bagi menjatuhkan kareir politik beliau. Pada tahun 1998, Dr Mahathir Mohamad mengetuai sebuah konsprasi bagi merekacipta dan memfitnah bekas timbalannya itu dengan tuduhan liwat.
Konspirasi ini diteruskan lagi di pemerintahan Najib Razak. Ramai berpendapat konspirasi kali ini bertujuan memenjarakan Anwar sebelum pilihanraya Umum ke 13 kerana itu perbicaraan mesti dijalankan dalam keadaan terdesak dan tergopoh-gapah.

10 negara yang tidak di Akui Dunia


Sepanyol, Brazil, Itali dan negara-negara lainnya dikenali di seluruh dunia karana kedudukan mereka, budaya dan sejarah. Tapi, mungkin anda tidak mengenali negara-negara di bawah ini.


Seluruh negara tersebut sangat asing di telinga anda. Bahkan mungkin baru pertama kali mendengarnya. Inilah 10 daftar negara yang tidak pernah diketahui seperti yang dikutip dari Indoblogmedia tersebut:


10. Vanuatu


90% penduduk di Vanuatu makan ikan dan 80% tinggal di lluar bandar, kampung-kampung terpencil dengan kebun mereka sendiri yang hasilkan bahan pangan.
Scuba diving merupakan aktiviti yang sangat popular di sini. Tsunami bukanlah hal yang asing di Vanuatu, dan gempa bumi memiliki kesan negatif pada pertumbuhan ekonomi negara-negara tersebut.
 
 
9. Nauru

Nauru, sebuah bekas koloni penjajah Jerman, juga dikenal sebagai Pulau Pleasant Pasifik Selatan. Orang-orang Nauru mengumpulkan air hujan selama musim hujan antara bulan November dan Februari kerana mereka sangat terbatas dalam air tawar.

Sukan paling popular di negara ini adalah sepak bola ala Australia. Mereka sudah memiliki liga sepak bola dengan tujuh kelab liga.


8. Tuvalu


Tuvalu adalah sebuah monarki konstitusi dengan Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Mereka tidak memiliki kekuatan tentera sendiri. Jadi mereka tidak banyak menghabiskan wang untuk urusan pertahanan.

Tuvalu adalah negara terkecil peringkat keempat di dunia. Penduduk pertama negara ini adalah orang-orang Polinesia.


7. Comoros


Komoro adalah negara kepulauan Afrika di Samudera Hindia yang terletak di antara Mozambeque dan Madagaskar.

Pulau ini merupakan bekas jajahan Perancis tua,. Hari ini ada sekitar 300 000 orang Comorians tinggal di Perancis. 98% dari penduduk di Comors adalah Muslim.


6. Guernsey


Guernsey berada di bawah tanggung jawab Britain tetapi negara ini tidak dikira sebagai sebahagian dari England, serta Kesatuan Eropah. Guernsey terletak di Selat Inggeris di pantai Normandia.

Negara ini memiliki otonomi penuh atas urusan antarabangsa. Sekarang ini negara ini sedang berusaha untuk kemerdekaan penuh dari Kerajaan Britain.



5. Isle of Man


Isle of Man juga dikenal sebagai Mann, mempunyai sebuah pemerintahan sendiri dari British Crown Dependency, terletak di laut Ireland antara pulau Britain dan Ireland


Negara ini bukan merupakan sebahagian dari Kesatuan Eropah. Penghasilan negara ini berasakan pada perbankan luar negeri dan perikanan. Pulau ini telah dihuni sejak sebelum 6500 SM.

4. Tokelau
Tokelau adalah wilayah yang tidak memiliki pemerintah sendiri. Nama Tokelau berasal dari kata Polinesia yang berarti "angin utara".
Pulau ini memiliki sumber ekonomi terkecil dari negara mana pun di dunia yang membuat mereka hampir sepenuhnya tergantung pada subsidi dari Selandia Baru. 96% dari penduduk adalah orang Kristian dan 57% di antaranya adalah perempuan.
 
 
 
3. Cook Islands
 
 
Cook Islands memiliki demokrasi berparlimen dengan pemerintahan sendiri. Dengan lebih dari 90.000 wisatawan setiap tahun, perikanan adalah kegiatan utama ekonomi mereka dengan potensi lepas pantai, laut, mutiara dan eksport buah.
Cook Island yang dinamakan oleh navigator Inggeris Kapten James Cook ketika ia sampai di pulau tersebut pada 1773.
 
 
 
2. Pitcairn Islands
 
 
Kepulauan Pitcairn secara rasmi bernama Pitcairn, Henderson, Ducie dan Oeno Islands, tersepit dari empat pulau vulkanik. Sebelumnya ia sebahagian dari jajahan Inggeris, yang merupakan sebahagian dari Pasifik.
Bahasa penduduknya campuran bahasa Inggeris dan Tahiti. Dalam beberapa tahun terakhir gereja telah ditutup kerana hanya lapan orang yang mengunjungi secara teratur.
Hanya ada satu Café dan Bar di pulau itu, dan sumber pemerintah menjual alkohol dan rokok. Ada hukum-hukum moral yang ketat yang melarang menari, merokok dan minum alkohol.
(Jika pemerintah menjual alkohol dan rokok lalu mengapa ada hukum yang tegas yang melarang merokok dan minum alkohol? Apakah mereka menjualnya ke negara lain?)
 
 
 
1. Nagorno-Karabakh
 
 
Nagorno-Karabakh adalah republik merdeka yang terletak di antara Armenia dan Azerbaijan. Di negara ini banyak terdapat penduduk dari bekas Kesatuan Soviet kerana selama 1991-1994 Perang Nagorno-Karabakh.
Negara ini masih tidak diakui oleh negara lain, termasuk Armenia. 95% dari penduduknya adalah Armenia, dan bakinyanya adalah orang-orang Yunani dan Kurdis.
Kegiatan ekonomi negara ini pada dasarnya diarahkan untuk Armenia yang tinggal di negara-negara Barat. Cirebonpost