Selasa, 22 Februari 2011

Kemenangan Pro M, signal mahasiswa mahukan perubahan- SMM

KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyifatkan kemenangan besar Pro Mahasiswa (Pro M) di Universiti-universiti awam utama di Malaysia bukti jelas gelombang kebangkitan mahasiswa yang mahukan perubahan.
Pengerusinya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, keputusan itu juga menunjukkan mahasiswa hari ini mengutamakan kebebasan memilih wakil mereka dan menolak calon-calon yang hanya menjadi pak turut kepada pihak pentadbiran Universiti.
“Antara faktor kemenangan besar calon-calon Pro M ialah kerana kesedaran mahasiswa kini yang mahukan kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) mampu menyuarakan tuntutan mereka dan bukannnya MPM yang hanya berperanan sebagai ahli jawatankuasa pihak pengurusan universiti.
“Mahasiswa juga menuntut sistem pilihan raya yang bebas, adil dan telus,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Beliau mengulas kemenangan besar calon-calon pro M pada Pilihan Raya Kampus kali ini apabila berjaya menawan dua Universiti awam, masing-masing di  Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Selain itu, Pro-M juga mencatat kejayaan memberangsangkan di Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.
Di UM yang merupakan Universiti tertua di Malaysia, pro Mahasiswa membolot 23 daripada 36 kerusi dipertandingkan. Manakala di UKM, kumpulan tersebut  mengakhiri kemarau tujuh tahun apabila berjaya menumpaskan Pro Aspirasi dengan kemenangan 22 daripada 37 kerusi.
Di USM, strategi Pro M yang tidak bertanding pada PRK lalu bagi memperkuatkan jentera, amat berbaloi kali ini apabila menang 14 kerusi seterusnya mempertingkatkan imej dan moral kumpulan itu di kalangan mahasiswa.
Di UPM, walaupun kumpulan Aspirasi menang 31 kerusi, Pro M memperbaiki kedudukannya apabila berjaya memenangi 12 kerusi berbanding 10 sebelum ini.
Shazni yang juga bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) berkata, secara keseluruhan Pro M berjaya memperbaiki kedudukan mereka kali ini.
“Dalam keadaan sistem pilihan raya yang tempang, pengurusan universiti berpihak kepada kumpulan tertentu, alhamdulillah gelombang kesedaran di kalangan mahasiswa terus meningkat dan semakin terkeluar dari zon selesa.
“Jelas mahasiswa yang juga anak muda mahukan pembaharuan dan revolusi yang berlaku di Timur Tengah yang dicetuskan anak muda sedikit sebanyak membantu menyedarkan anak muda Malaysia untuk bangkit memperjuangkan hak mereka,” tegasnya yang juga ahli Majlis Sekretariat Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku (GMMA) selain pernah diamanahkan sebagai Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).
Shazni turut mengingaktkan Pro Mahasiswa supaya tidak lalai dengan kemenangan itu yang akan dijadikan kesempatan sesetengah pihak untuk melemahkan gerakan pro mahasiswa.
“Kemenangan Pro M khasnya di UM sebenarnya bukan sekadar kegembiraan tetapi lebih kepada ‘kejutan’ kerana di awal penamaan calon, kita tertinggal jauh di belakang selain kekangan berkempen dihadkan dengan pelbagai peraturan yang berat sebelah,” ujarnya.

PRK Dun Kerdau: Dua 'Ibrahim' bakal berhitung?

Bahang pilihan raya dua serangkai di Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang kian terasa. Tinggal beberapa hari saja lagi untuk hari pencalonan dan pastinya esok lusa semua parti yang bertanding akan mengemukakan nama calon masing-masing.

Paling menarik untuk diperkatakan ialah, pertembungan kali ini sekali lagi menyaksikan parti PAS (Pakatan Rakyat) akan bertemu UMNO (Barisan Nasional). Biarpun ada desas-desus mengatakan PKR berminat untuk bertanding di salah satu kerusi Kerdau atau Merlimau, namun nampaknya ia mungkin tidak menjadi kenyataan.

Malah besar kemungkinan Pengarah Pilihan Raya PAS di Merlimau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man juga akan balik ke Pahang untuk menumpukan perhatian sepenuhnya di kawasan beliau. Harus diingat bahawa DUN Kerdau terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krau di mana Dato' Tuan adalah Yang Dipertua PAS kawasan itu. Makanya, amat wajarlah beliau balik ke Pahang untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap kempen pilihan raya kecil di Kerdau nanti.

Malah terdapat maklumat dalaman mengatakan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkemungkinan cerah akan dipilih sebagai calon di DUN Kerdau ini. Tambahan pula beliau adalah Yang Dipertua PAS Kawasan, Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Presiden PAS Pusat sekarang ini. Maka, namanya lebih menonjol daripada calon-calon lain sebenarnya.

Jika benar telahan ini, maka PAS berpeluang untuk menang jika mereka melipat gandakan usaha ke arah itu. Harapan nampak cerah.

Pihak UMNO pula meletakkan calonnya Syed Ibrahim Syed Mohamad al Yahya. iaitu Pegawai Agama Kepada MB Pahang. Tambahan pula beliau adalan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Krau sekarang. Syed Ibrahim sudah pun berkempen sekarang termasuk mewakili Menteri Besar Pahang berucap dan menyampaikan sumbangan komputer riba kepada wakil cawangan-cawangan di majlis anjuran Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Negeri Pahang.

Program itu diadakan di Dewan Tun Razak, Temerloh dan dirasmikan oleh Presiden PBTM Datuk Muhammad Abdul Ghani. Syed Ibrahim yang berucap mewakili Adnan itu dikatakan sempat ‘berkempen’ secara isyarat kepada bekas-bekas tentera itu.

Jika ini berlaku maka pertembungan dua nama yang hampir sama bakal berlaku iaitu Syed Ibrahim dengan Tuan Ibrahim. Ini pastinya akan mengelirukan para pengundi di situ nanti sebenarnya.

Muammar Gadafi lelaki gila, halal darahnya – Syaikh al-Qaradhawi

Libya's leader Moamer Kadhafi stands during a press conference with Italy's President Giorgio Napolitano (not pictured) at Rome's Quirinale presidential palace on June 10, 2009 during Kadhafi's first visit to Italy. The three-day visit seals a major rapprochement since Italy signed a deal with its former 1911 to 1947 colony last year pledging five billion dollars (3.5 billion euros) over the next 25 years as compensation for colonising it. Rome has also stepped up its relations with Tripoli in recent years in a bid to rein in a massive influx of clandestine migrants, many of whom come by boat from Libya across the Mediterranean.
Hanya orang gila sahaja yang sanggup membunuh rakyatnya sendiri dengan jet-jet pejuang dan mengupah orang asing membunuh mereka!… Gaddafi memang gila,Muka pun macam orang Gila

Qaradhawi : Muammar Gadafi lelaki gila, halal darah

Perkembangan terbaru di Libya menyerlahkan sekali lagi kepekaan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia.
Sebelum ini, perkembangan di Mesir telah menampilkan karektor itu pada sosok ulama besar itu.
Terbaru, al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa supaya ‘diktator gila’, Muammar Gadafi dibunuh!
Beliau memfatwakan sedemikian disebabkan tindakan gila Muammar Gadafi membunuh rakyatnya sendiri. Bukan dengan pedang. Bukan dengan senapang.
Tapi dengan jet-jet pejuang! Dengan mengupah pembunuh-pembunuh upahan asing!
Apa yang dilakukan oleh Gadafi ke atas rakyatnya sendiri, menurut Qaradhawi, lebih teruk daripada apa yang dilakukan oleh Israel ketika mengganyang Gaza.
Gadafi memang gila!
Hanya orang gila sahaja yang sanggup membunuh rakyatnya sendiri dengan jet-jet pejuang dan mengupah orang asing membunuh mereka!
Tidak peliklah jika sejak dahulu lagi beliau disifatkan gila.
Dan sekarang al-Qaradhawi menyifatkannya sebagai ‘sudah tidak waras’.
Al-Jazeera. net melaporkan :
أفتى رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الشيخ يوسف القرضاوي بقتل الطاغية الليبي معمر القذافي بسبب قتله أبناء شعبه عن طريق قصفهم بالطائرات واستخدام المرتزقة الأجانب لقتلهم
(Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh al-Qaradhawi telah memfatwakan [supaya] dibunuh Penindas Berbangsa Libya, Muammar Gadafi disebabkan [tindakannya] membunuh rakyatnya melalui cara membedil mereka dengan jet-jet pejuang dan penggunaan orang-orang upahan asing bagi [tujuan] membunuh mereka)
Menurut Qaradhawi, sesiapa sahaja yang berkemampuan melepaskan tembakan kepada Gadafi, hendaklah berbuat demikian.
Al-Jazeera.net memetik beliau sebagai berkata :
أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه.
(Sekarang, saya keluarkan fatwa [supaya] dibunuh Gadafi.Mana-mana pegawai [keselamatan], tentera atau mana-mana individu [yang] mampu melepaskan tembakan kepadanya, maka lakukanlah bagi membebaskan orang-orang Libya dan ummah daripada kejahatan dan kezaliman lelaki gila ini!)
Saiful Jahiliyyah, bukan Saiful Islam!
Anak diktator itu, Saiful Islam (Pedang Islam) yang bersekongkol dengan ayahnya, turut ditempelak oleh Qaradhawi dengan menyifatkannya sebagai ‘salah satu daripada pedang-pedang jahiliah’, bukannya pedang Islam!
Dalam ucapannya, Qaradhawi tidak lupa memberi semangat kepada rakyat Libya agar terus melakukan pemberontakan keatas pemerintahan Muammar Gadafi,  sambil menegaskan sesiapa yang terbunuh dalam pemberontakan itu sebagai ‘syahid di sisi tuhannya dan baginya kedudukan yang agung di syurga Firdaus’.
Sesiapa pun boleh bersetuju atau tidak dengan fatwa terbaru Qaradhawi ini.
Namun, mesejnya di sini ialah, Qaradhawi sesungguhnya telah memberi contoh peranan sebenar seorang ulama dalam masyarakat.
Peka. Semasa. Bergerak seiring dengan denyut nadi ummah. Proaktif. Berani. Lantang. Terkehadapan…

PERCAYAKAH Anda? Mamat ni dah banyak kali kencing rakyat....

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama Kementerian Kewangan sedang mengkaji opsyen-opsyen tertentu untuk menstabilkan harga minyak bagi mengelak kenaikannya dalam masa terdekat," kata Datuk Ismail Sabri Yaakob

K'jaan cari opsyen elak petrol RON 95 naik lagi
Kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan bagi memastikan impak kenaikan global tidak terlalu menekan rakyat.

"Kita perlu ada keseimbangan sebab kita bimbang kalau harga minyak naik, harga barangan turut meningkat dan bebanan kepada rakyat akan menjadi semakin tinggi.


"Sebab itu, Kementerian ini bersama Kementerian Kewangan sedang mengkaji opsyen-opsyen tertentu untuk menstabilkan harga minyak bagi mengelak kenaikannya dalam masa terdekat," katanya ketika menjawab pertanyaan berhubung dakwaan akan berlaku kenaikan harga RON95 dalam masa terdekat pada sidang media di Pusat Latihan Harta Intelek di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketuanan for Dummies

By dUMNO
Assamualaikum Yang Maha Bagus NON-NON's. Anak Harams, dan lain-lain. Hari ini, saya berbangga untuk menyampaikan Defini Istillah "Ketuanan" di kalangan Masyarakat Malaysia. Buku ini dalam proses di terjemahkan kepada dua ribu bahasa dan di edarkan serata Dunia, untuk manfaat Manusia. Demi kelemahan engkau, yang kurang ajar, saya akan Change my Mode Lagi sekali...
What is the meaning of Ketuanan?
It translates into the Inferior English Language to mean "The Lordship". But even then, this is insufficient to explain what it means. What it really should be, is that UMNO is BETTER than GOD !!! You want proof? Simple. You pray. God NEVER answers. You have to try very hard to "imagine those answers". God NEVER talks to you in a Voice !! You ask UMNO, UMNO answers !! and UMNO answers to you in a REAL voice which you can hear! No need to "imagine hearing answers" !! You give money to God, or make animal sacrifice to God, and you just kiss that money goodbye, and the animal dies. No results, or you may or may not get it. But if you gave money to UMNO, then you see instant results !! And the results are instant !! Even instant Noodles also must wait 2 minutes !! UMNO is FASTER than instant Noodles !! God may or may not answer you, but UMNO definitely answers you. Sometimes, we say "Yes", and sometimes we say "No". But pay us enough, and most of the time, it will shift from "No" to a "Yes". This is the generosity of UMNO. You pay more, you get more. You pay less, you get less. Why is UMNO better than God? You can bargain with UMNO, but you cannot bargain with God!! Which you prefer? Engkau faham-kah? Simple arithmetik. Matematik yang paling senang untuk difahami !!
You see, even the Sultans eat out of our hands. And we simply tell you to "RESPECT the Sultans" as our excuse, so that you will Shut Up. Why? Simple. We cannot arrest you for insulting UMNO, but we can arrest you for insulting the Sultans. and there are so many of them, so it just makes our job easier. No other country in the world has so much "Royalty". Of course, no other country in the world has so many Holidays as well.. but that's just because we are officially LAZY. After all, Malaysia Boleh !!! Boleh what? Shut Up !! Don't ask so many questions, or you will Strangle Yourself and Jump out of the 14th Floor !! And no Thai Expert-Doctor from the Top 5 University in Asia can help you.
What else does Ketuanan mean?
Ketuanan means that you stupid Malaysian will never revolt. Egypt, Libya, Tunisia, Iran, Italy, Bahrain, Thailand, Indonesia, can have all the riots they want, but Malaysians will NEVER riot. Why? Coz Malaysians are all too stupid ! They don't even know what we, UMNO has in store for them. Actually, they don't even care what we have in store for them. As long as they have their stupid Astro, they are happy already. Why are Supermarkets so empty at "Wayang Time"? Because they have their backside stuck on the chair watching Astro !! Even if there was a riot, they would rush home to watch their Wayang.. Hahahahahaha This is why we have Ketuanan !! And we control ASTRO !!! Even better is that we collect money from you so that we can control you !! It doesn't get any more dumber than that ! School is not important !! Astro is more important !
What does Ketuanan mean for you?
Ketuanan is a VERY important concept. It means you can continue to do anything you want. But if you get caught, then because of Ketuanan, you can pay your way out. So, it's kinda like a "Bargaining with God". And as I said before, because you cannot "Bargain with God", but you can bargain with UMNO. We can provide Happiness !! We can provide Security. If you vote for the Opposition, you cannot "Bargain with Honesty". So, which one do Malaysians prefer? Of course we all know that Malaysians prefer to be able to Bargain. And ONLY UMNO, and UMNO alone can allow for that. You try to Bargain with PAS and see what you get? NOTHING !! And that is why we have to work so hard to discredit Tok Guru. He is a COMPLETE PAIN IN THE ASS for us !! He is TOO Righteous !! See, even the King of Bahrain is nicely Corrupt. Even the Sultan of Brunei imports his women. They ALL have their vices, and yet, can pretend to be good pious Muslims. So, we too, can pretend to be religious people !! And we chose Islam, because it is the easiest to defend, AND you CANNOT question our faith !! So good, right? hahahahahaha There's actually no problem with the religion. It is how we manipulate it, and regulate it, that makes us INVINCIBLE !!!
hahahahahahahaha
Long Live our Ketuanan ! Now that you know what Ketuanan really means... just shut up, and continue to pay us your tax dollars, and go home to watch Astro. You miserable dumb-bells !!!
Salam.

Merlimau kini jadi tumpuan

Merlimau, sebuah pekan di daerah Jasin, kini menjadi perhatian berikutan pilihan raya kecil kerusi DUN Melaka kawasan Merlimau yang bakal diadakan pada 6 Mac.

Pekan kecil yang terletak kira-kira 30 km dari bandar raya Melaka yang sebelum ini kurang sibuk, mulai dimeriahkan dengan kehadiran ramai pelawat dari luar kawasan itu.

Dari warung di pinggir jalan hingga restoran dan medan selera, mula dibuka sehingga larut malam dengan hiasan lampu warna-warni.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya dari BN Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian, jika ada pertandingan, pada 6 Mac.

DUN Merlimau yang mempunyai 10,679 pengundi berdaftar, meliputi tujuh daerah mengundi iaitu Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.

Kedatangan pilihan raya kecil juga umpama "durian runtuh" bagi sesetengah pihak yang mahu mengaut keuntungan segera dan mudah.

Tinjauan mendapati, paling melambung harga ialah sewa rumah kediamaan dan rumah kedai kepada pihak yang ingin menjadikan premis itu sebagai pusat operasi sempena pilihan raya kecil itu.

Di luar musim pilihan raya kecil, rata-rata sewa rumah kediaman di kawasan perumahan antara RM300 dan RM400 sebulan tetapi sekarang ini naik berlipat kali ganda sehingga ada yang mencecah RM8,000 untuk sewaan sebulan.

"Pilihan raya kecil bukan selalu datang, inilah peluang untuk kami memperoleh rezeki yang lebih, walaupun sewa tinggi tetapi ada pihak yang sanggup," kata seorang pemilik rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad.

Bagi para peniaga, kunjungan ramai ke DUN Merlimau diharap dapat meningkatkan pendapatan harian mereka.

"Sudah tentu saya suka ramai yang datang tetapi saya jual macam biasa, satu ringgit bagi satu (uncang) plastik (atau segelas)," kata Abdul Ghani Idris, 56, peniaga air tebu di pekan Merlimau.

Abdul Ghani yang lebih 15 tahun berniaga di situ, juga seperti para peniaga lain di DUN Merlimau, mahu mengekalkan jualan pada harga biasa.

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Melaka sudah menasihati peniaga di sekitar DUN Merlimau agar tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya kerana mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Untuk sampai ke pekan Merlimau, pengunjung dari bandar raya Melaka boleh menggunakan Lebuh Alor Gajah-Melaka-Muar (Lebuh AMJ) manakala mereka yang menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) boleh mengambil susur keluar Merlimau Jasin di Plaza Tol Lipat Kajang.

Pembangunan seimbang yang dikecapi penduduk di kawasan DUN Merlimau dilihat memberi nafas baru kepada pertumbuhan ekonomi dari aspek ekonomi, pendidikan dan pelancongan sejak Lebuh AMJ dibuka pada Jun 2007, Laluan empat lorong sepanjang 70km bernilai RM505 juta, dibina dengan pembiayaan sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan ternyata melancarkan lagi perjalanan dari Simpang Ampat di Alor Gajah hingga ke Muar, Johor.

Kawasan perindustrian Merlimau sudah dibangunkan bagi menjana peluang pekerjaan kepada penduduk terutama di kawasan itu.

DUN Merlimau mempunyai penduduk sebanyak 14,215 orang di mana penduduk Melayu adalah kaum majoriti iaitu 10,088 orang atau 71.0 peratus diikuti Cina (2,752 atau 19.4 peratus), India (1,314 atau 9.2 peratus) dan lain kaum lain (61 orang atau 0.4 peratus).

Majoriti penduduk ialah pekerja swasta diikuti penjawat awam, peniaga kecil dan sendiri, peladang, penternak dan nelayan.

Kemudahan pendidikan yang terdapat di DUN Merlimau ialah Politeknik Merlimau (1), Kolej Komuniti Jasin (1), sekolah kebangsaan (5), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil (2), SJK Cina (3), Sekolah Menengah Kebangsaan (3), Sekolah Menengah Agama (1) dan Sekolah Rendah Agama Rakyat (1).

Tabika Kemas (9), Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (1), Tadika Perpaduan (1), Tadika Pra Sekolah (11) dan Tadika Swasta (2).

Prasarana lain seperti dewan serba guna (2), kompleks sukan (1), bank komersial (3), pejabat Tabung Haji (1), klinik kesihatan (1), klinik desa (2), klinik swasta (5) dan klinik pergigian (1).

Di pekan Merlimau terdapat Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, perhentian bas dan teksi, pejabat pos dan perpustakaan awam.

Tempat beribadah pula meliputi Masjid (6), surau (20), tokong (5), kuil (6), gereja (2) manakala dari segi keselamatan DUN Merlimau dilengkapi masing-masing 2 balai polis.

Bagi kemudahan penduduk beriadah dan bersukan, DUN Merlimau turut dilengkapi padang awam, gelanggang sepak takraw, badminton dan futsal, taman permainan kanak-kanak.

Antara tempat bersejarah yang menyumbang kepada tarikan pelancong ke Merlimau ialah rumah Penghulu Nattar dan makam Tun Teja di Kampung Sempang Laut.

Tun Teja, warisan sejarah yang berhubungkait dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka.

DUN Merlimau meliputi kawasan pantai Selat Melaka iaitu di kawasan Pengkalan Samak yang adalah perkampungan nelayan tradisional.

Di sekitar DUN ini juga terdapat banyak kedai makan dan restoran yang menyajikan makanan yang enak dan tidak kurang juga gerai menjual kuih-muih dan pisang goreng.

Tidak lengkap ke DUN Merlimau jika tidak menikmati kuih ubi ketuk dan kopi o panas di pekan Merlimau.

--Bernama

Tanah NCR : Diancam samseng, penduduk didakwa 'liar' pula

Mereka dihalau daripada tanah adat (NCR) yang didakwa hak mereka, dituduh mengingkari perjanjian pembangunan yang dimeterai dan baru-baru ini 'dikunjungi' oleh kira-kira 100 'pengawal keselamatan' yang bersenjatakan parang dan bahan letupan.

NONEKini, penduduk Rumah Ranggong di Miri mula menggaru kepala mereka kehairanan apabila membaca laporan surat khabar yang menggambarkan mereka sebagai pihak yang bertindak liar dan menuduh mereka mencuri traktor milik sebuah pemaju swasta.

Jika itu tidak cukup, pihak polis - yang dihubungi penduduk kampung untuk mendapatkan perlindungan - dilaporkan oleh Borneo Post telah digerakkan bagi mengendurkan ketegangan di antara penduduk pribumi Iban dari Rumah Ranggong dan pengawal keselamatan syarikat swasta berkenaan.

"Kami tidak pernah merampas sebarang traktor mahupun mengancam syarikat itu," kata Changgai Dali, pengerusi keselamatan Rumah Ranggong dalam satu kenyataan akhbaar melalui pertubuhan bukan kerajaan - Borneo Resources Institute Malaysia (Brimas).

"Ini adalah syarikat yang membawa samseng bersenjata lengkap dengan parang dan bahan letupan untuk menakut dan mengancam orang-orang rumah panjang kami," katanya.

BLD Resources telah menubuhkan sebuah syarikat kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Tanah Sarawak bagi membangunkan sebuah kawasan pertanian di kawasan Ulu Niah. Satu lagi perjanjian persefahaman atau MoU dimeterai oleh anak syarikat BLD Resources, - SLDB dan penduduk Rumah Belili dan Rumah Ranggong untuk membangunkan projek kerjasama yang dinamakan 'Konsep Baru'.

NONEMoU itu akhirnya dibatalkan pada tahun 2008 apabila kerajaan negeri Sarawak mengakui melakukan kesilapan dengan mengkelaskan tanah tersebut di bawah NCR.

Pada tahun yang sama, BLD Resources membuat laporan polis yang mendakwa Changgai dan beberapa penduduk lain mencerobohi kawasan mereka.

Penduduk Rumah Ranggong kemudian mengemukakan tuntutan saman kerana tidak puas hati mereka dengan dakwaan BLD Resources yang mendakwa mempunyai hak pajakan sementara ke atas tanah mereka. Mereka mendakwa kerajaan negeri telah mengakui tanah tersebut sebagai NCR.

NONEPenduduk juga melarang syarikat itu daripada memasuki tanah mereka kerana memungkiri janji membangunkan tanah tersebut.

Berikutan itu, penduduk mendakwa sekitar 100 samseng dihantar bagi mendirikan kem di sempadan tanah mereka.

Lelaki Ditahan Cuba Seludup Masuk Lima Ekor Cicak Gecko (Tokek)


Johor Baharu -- Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Johor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk lima ekor cicak Gecko selepas menahan seorang lelaki rakyat Indonesia di Jeti Stulang Laut, di sini, Ahad.

Gambar: Kakitangan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia menunjukan seekor cicak Gecko atau Tokek yang diletakkan dalam botol mineral sebelum diseludup oleh seorang rakyat Indonesia.

Penolong Pengarahnya Siti Nur Ahmad berkata lelaki berusia 40 tahun yang tiba dengan feri dari Batam, Indonesia, itu ditahan kira-kira pukul 6.30 petang oleh pegawai MAQIS bersama anggota Kastam Diraja Malaysia yang menjalankan pemeriksaan di jeti berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati setiap Gecko yang masih hidup itu diletakkan di dalam botol plastik dan dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Gecko itu disedari dibawa masuk ketika diperiksa di mesin pengimbas," katanya kepada pemberita, di sini Isnin.

Siti Nur berkata siasatan mendapati lelaki itu masuk secara sah ke negara ini dan dia dilepaskan selepas direkodkan keterangan.

Beliau berkata Gecko itu dianggarkan seberat 300 gram setiap seekor dan dipercayai mampu mencecah harga RM35,000 seekor di pasaran tempatan.

"Gecko atau dikenali sebagai Tokek oleh masyarakat tempatan dipercayai diseludup masuk ke negara ini selepas mendapat permintaan tinggi bagi tujuan perubatan," katanya.

Kes itu, katanya disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. -- BERNAMA

Rakyat Malaysia! Standby!!! "DIA" Datang Lagi!


Haaa..
Kalau Tsunami..
Ada Gempa bumi dulu sebelum Tsunami sampai...

Haaa... Berita kat bawah ni ibarat Gempa bumi laaa..
Jap lagi sampai la ombak Tsunami Kenaikan harga minyak!
Dan paling malang...
Tsunami kenaikan harga barang pulakkk!!
Itu yang tak tahan tuh!!
Minyak petrol bukan isi hari-hari..
Tapi Nasi hari-hari kena makan!

hmmm..
Agak-agak Dapur Mahligai Rosmah di Putrajaya perasan tak harga barang naik?

Tapi ye laa..
Bak kata makcik pakcik Felda kat Tenang..
"Ada kami kesah??"
sunsnake 22022011

Harga petrol mungkin naik?

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.
Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.
"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia.
"Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak di pasaran dunia yang berharga RM315 setong hari ini.
Beberapa negara telah pun mengambil langkah menaikkan harga minyak masing-masing termasuk China kelmarin sebanyak 4.6 peratus iaitu kenaikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas kenaikan sebesar 14.4 peratus pada Disember lalu.
Sepanjang tahun lalu pula, kerajaan memberi subsidi RM6.3 bilion termasuk untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95.

Hentikan Segera Pembunuhan Rakyat Libya

22 Februari 2011
BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT


KENYATAAN MEDIA UNTUK HEBAHAN SEGERA
Petaling Jaya, Selangor, 22 Februari 2011, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), berasa amat sedih dan memandang serius perkembangan politik yang sedang berlaku di Libya sekarang ini. Rakyat yang bangkit menentang pemerintah kuku besi berhadapan dengan tindak balas pihak berkuasa yang tidak berperikemaknusian. Jelas sekali, pemerintah Libya secara terbuka telah mengisytiharkan perang terhadap rakyatnya sendiri.
KEADILAN ingin menzahirkan sokongan terhadap rakyat mana-mana negara sekalipun yang bangkit menyatakan bantahan mereka terhadap pemerintah yang zalim. Kebebasan bersuara merupakan hak asasi rakyat. Pemerintah bertanggungjawab memastikan bahawa hak yang dijamin masyarakat antarabangsa ini dihormati dan dilaksanakan.
J
ustru, KEADILAN menuntut pemerintah Libya segera menghentikan tindakan zalim membunuh rakyat secara beramai-ramai. KEADILAN yakin bahawa rakyat Libya berupaya menentukan nasib mereka sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak yang berkepentingan.
KEADILAN menyeru seluruh lapisan masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera bagi menghentikan pelbagai tindakan tidak berperikemanusiaan. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Liga Arab dan Pertubuhan Negara-negara Islam tidak boleh berdiam diri berpeluk tubuh membiarkan rakyat Libya terus dibunuh oleh pemerintahnya sendiri.
KEADILAN juga mendesak Kerajaan Malaysia yang menganggotai PBB, NAM dan OIC supaya berperanan tegas dalam menangani isu-isu seperti ini.
Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan

NEGERI MAJU ADE SEKOLAH BUDAK NAKAL dan SEKOLAH LAHIR ANAK HALAM... KAHKAHKAH

NEGERI MAJU.... TAPI NEGERI MAJU ADA SEKOLAH HARAPAN.. SEKOLAH BUDAK JAHAT.. TAPI AIR NGAN API ADA YANG MASIH TAKDE... MAJU..MAJU... KAHKAHKAH TANG MANA MAJU NYE GUA PUN TAK TAHU... hahaha MAJU YANG DIIKTIRAF SINDRI... KAHKAHKAH 
(baca selanjutnya....)


MK
Beberapa bulan lalu, Melaka diisytiharkan sebagai 'negeri maju' oleh ketua menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bagaiamanapun, C Ragunathan tidak bersetuju.

Rumahnya yang berusia lebih 25 tahun terletak di atas sebidang tanah milik swasta di sebuah estet kelapa sawit di Kampung Paya Yoki, kira-kira 6km dari pekan Merlimau dan kira-kira 500 meter dari kawasan kejiranan yang paling hampir.

Hanya lima tahun lalu Ragunathan mendapat sambungan bekalan elektrik ke rumahnya, itupun bukan melalui cara yang sepatutnya.

Selepas bertahun-tahun permohonannya asyik ditolak, beliau membayar RM30,000 kepada seorang juruteknik bagi membuat penyambungan 'haram' bagi mendapatkan bekalan elektrik. Ini dilakukan dengan pemasangan tiang ke rumahnya dari grid tenaga yang terletak kira-kira 2km jaraknya.

Namun, bagi rumahnya yang didiami oleh lebih 10 orang itu, mereka masih tidak menikmati bekalan air bersih.

Ragunathan, ayah kepada tiga anak itu berkata, bekalan air harian kini diperolehi menerusi sebuah kolam di belakang rumah mereka. Bagi air minuman, bekalan diperolehi dari sebuah perigi.

“Saya masih bertanya kepada pihak berkuasa bila boleh dapat bekalan air paip. Malah, sehingga hari ini, saya terus telefon mereka,” katanya ketika ditemui.

“Mereka (pihak berkuasa) kata tidak dapat bekalkan keperluan itu kerana tidak ada orang tinggal di kawasan ini tetapi, bukankah kita juga orang?”

Terdapat lebih kurang 20 pemilik tanah yang masih tinggal di kawasan yang sama. Ada yang telah berpindah kerana terlalu sukar bagi meneruskan kehidupan tanpa keperluan asas.

Menjelang pilihan raya kecil ini, Ragunathan berharap masalahnya dapat diselesaikan.

Awal bulan ini, pembantu ketua menteri Melaka melawat kawasan itu bersama pegawai Tenaga Nasional Bhd, dan berjanji masalah mereka akan diselesaikan sebelum pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac ini.

“Saya telah undi dacing (logo BN) sejak beberapa pilihan raya lalu, dan ini kali pertama ada orang yang bertanyakan mengenai kehidupan kami.

"Keluarga saya ada 12 undi… kita akan lihat apa yang berlaku pada pilihan raya kecil nanti,” kata Ragunathan, yang juga mendakwa dirinya sebagai penyokong MIC.

People not bothered to vote, says EC

Automatic voter registration would mean little if people did not vote, said the Election Commission.

PETALING JAYA: Even if the government amended the Federal Constitution to allow for automatic voter registration, it would have little effect on voter turnout during the polls, according to Election Commission (EC) deputy chairman Wan Ahmad Wan Omar.
“If most people can’t be bothered to vote, then voter turnout will be lower during election time (if they were automatically voters).
“Furthermore, what is the point of putting them on the electoral roll if they don’t bother to vote?” he said in response to heckles from a 100-strong crowd attending a Bersih 2.0 (Coalition for Free and Fair Elections) forum last night.
Wan Ahmad said automatic voter registration would mean little if people did not vote.
He said that despite voter registration efforts by civil societies and political parties, there were still more than 4.1 million unregistered voters in the country.
“Only those who are committed to politics and committed to change will take the trouble to vote,” he said.
Jasmine Ng, head of Growing Emerging Leaders (GEL), echoed Wan Ahmad’s sentiments.
GEL, she said, had been involved in a voter registration campaign called “Voice Your Choice”.
The campaign had todate registered more than 140,000 people.
But its experience registering voters had shown that not everybody was keen on voting despite having registered as voters.
Said Ng: “Some people have told me to my face ‘we’re only doing this because you are here. We won’t bother to vote.’”
No to indelible ink
Wan Ahmad also touched on calls for the EC to absorb the National Registration Department’s (NRD) database.
He said he was against doing so.
“The old address is still at the NRD but the body (individual) is elsewhere… many Malaysians travel across to different parts of the country without changing their addresses,” he said.
He added that more than 30% of Malaysians did not bother with updating their addresses at the NRD.
Nevertheless, Wan Ahmad said that if the government wanted to introduce automatic voter registration, it would have to amend Article 119(4)(b) of the Federal Constitution.
On calls for the use of indelible ink, Wan Ahmad said this too needed an amendment to the constitution.
“If we want to use indelible ink, there must be a change to the Federal Constitution.”
He was responding to a volley of questions posed by PKR-Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar over voting fraud.
Wan Ahmad said the Cabinet did not find indelible ink as an appropriate counter measure when it came to fighting electoral fraud.
He also shared the Cabinet’s views and expressed preference for the use of “biometrics”, citing them as a better solution.
Biometrics a better option
Wan Ahmad, however, did not specify what kind of methods a “biometrics” approach would entail.
“The EC is working on ways to ensure that there is no impersonation (of voter identities). If you really want to introduce indelible ink, you have to make noise,” he told the crowd.
Despite his explaination, many civil society members present urged the EC to consider indelible ink, especially with its widespread use in other countries.
Said Bersih 2.0 chief Ambiga Sreenevasan: “If you want to assure the public over electoral fraud, indelible ink is a good idea.”
But Wan Ahmad was adamant over his stance on indelible ink.
He later told reporters that it was also possible for people to sabotage elections via the use of indelible ink.
He said that there would be some groups that would take advantage of indelible ink to mark people before they went to vote.
He added that Malaysia also had a more sophisticated identity system than larger democracies, such as India, Bangladesh and the Philippines.
This, however, was greeted with laughter from the c rowd.

Mari Mengasah Minda Lu Orang Di Sini.

CIA, FBI dan PDRM masing-masing nak membuktikan bahawa merekalah yang paling terrer sekali dalam menyelesaikan kes-kes jenayah. Jadi... si President Polis Dunia pun buat laa... satu ujian untuk menilai tahap kecekapan mereka.

Salah satu dari bentuk ujian itu ialah dengan melepaskan seekor arnab ke dalam hutan dan menyuruh ketiga-tiga anggota yang mewakili Agensi masing-masing mencarinya.


1) Mula-mula giliran Angota CIA masuk ke hutan. Biasalah CIA... mereka selalu menganggap merekalah yang terbaik, jadi dengan segala kelengkapan dan kecekapan yang ada, mereka membuat perancangan modus operandi dengan menempatkan segala binatang dalam hutan tu... sebagai informer ke seluruh pelusuk hutan.

Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan batu2 yang ada di dalam hutan. Selepas penyiasatan yang memakan masa selama 3 bulan, mereka membuat kesimpulan yang arnab itu tidak wujud.

hahaha... senangkan peranan CIA...!!!!

2) Sekarang sampai pula giliran FBI, selepas 2 minggu ketiadaan sebarang petunjuk, mereka mengambil tindakan dengan membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dalamnya, termasuklah arnab tadi. Lalu mereka membuat kesimpulan yang sudah nasib si arnab tadi untuk mati di dalam hutan tersebut.

hahaha.... lagi mudah untuk menutup kes...

3) Dan kini tibalah giliran PDRM untuk meneruskan siasatan mereka, setelah bersetuju dengan modus operandi mereka anggota PDRM mula masuk ke hutan. PDRM memang cekap wa cakap luuuu.... mereka keluar 2 jam selepas itu dengan seekor beruang yang dah lembik sebab kena pelupuh kow-kow punyear....

Beruang itu menjerit-jerit, 'OK.. OK... aku arnab... aku arnab... aku mengaku aku arnab...!!!

So... dari ketiga-tiga sketsa ujian siasatan di atas... lu orang anggaplah diri lu orang sebagai Presiden Polis SeDunia dan lu orang buatlah penilaian... di antara CIA, FBI dan PDRM yang manakah paling cekap sekali dalam menyelesaikan kes jenayah...????

hahaha.... 
 
ISA

Muhyidin Yassin nak swastakan sekolah pulak

Senang betul jadi menteri, kalau malas nak fikir pasal sekolah swastakan sahaja sekolah, biar orang lain yang ambil tahu hal ehwal sekolah, kena bayar lebih tak apa, bukan duit menteri, itu semua duit kerajaan, duit rakyat, menteri tak rugi apa-apa.

Cadangan baru Pak Din anak Yassin, untuk menswastakan sekolah benar-benar di luar jangkaan. Apa dah jadi ni sampai nak swastakan sekolah kerajaan pulak? mana tanggugjawab sosial kerajaan kepada rakyat? Apakah dgn cadangan tersebut ibubapa/penjaga pelajar akan membayar kos pengurusan sekolah dan mgkin juga gaji guru?

Apa perlunya untuk menswastakan sekolah kerajaan? Menteri dah malas nak buat kerja? Dah malas nak uruskan hal ehwal sekolah? Dah malas nak ambil tahu hal ehwal pengurusan pembinaan sekolah? Kalau dah malas buat kerja serahkan sahaja kepada orang lain yang masih rajin nak buat kerja, masih sanggup nak jaga kebajikan rakyat.

Tindakan ini akan meningkatkan kos sedia ada. Mungkin penyokong-penyokong kerajaan akan kata ini cerita karut, cerita fitnah dan macam-macam dari pihak pembangkang. Jadi di sini, RentaP© bagi bukti dari akhbar rasmi pembodek kerajaan sila rujuk link ini [Utusan]

Semua benda nak swastakan, tak payahla ada kerajaan, tak payah kutip cukai. Lagi elok, tak payah perintah Malaysia lagi, swastakan saja Malaysia kepada Pakatan Rakyat.


RentaP© "Kalau boleh jual, dah lama sekolah kena jual, duit masuk kocek menteri"

PAS tidak letak harapan tinggi di Kerdau

"Tidak ada harapan yang tinggi tetapi sekadar mahu membuat kejutan. Tetapi peluang 50-50.
PETALING JAYA: PAS tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, 6 Mac depan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Tidak ada harapan yang tinggi tetapi sekadar mahu membuat kejutan. Tetapi peluang 50-50.
“Tetapi kena bekerja keras dan menggunaka taktik yang betul, pilihanraya kecil ini tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan sebenar PAS kerana  penggunaan wang ringgit dan jentera kerajaan  oleh BN” katanya ketika dihubungi hari ini.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon dan 6 Mac depan hari mengundi.
Pilihanraya kecil Kerdau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim akibat serangan jantung 12 Febuari lalu.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan mengumumkan calon PAS dalam satu majlis di Kerdau, Khamis ini.
Tuan Ibrahim yang juga pengarah pilihanraya Kerdau berkata, kekuatan BN kerana ada tiga kawasan Felda satu Felcra yang sekian lama mengundi Umno.
Bagaimanapun, menurutnya, kini mula kelihatan bahawa generasi kedua Felda berani menyokong pembangkang setelah Pakatan Rakyat mendedahkan penyelewengan agensi tanah tersebut.
“Dengan pendedahan dan maklumat yang dibuat oleh Pakatan Rakyat nampaknya mereka mula menyebelahi kita,” katanya.
Ketika diminta mengulas dakwaan bahawa PAS telah mengalami kemeroston sokongan di kalangan pengundi Melayu, Tuan Ibrahim berkata, “cuma merosot di kawasan tertentu.”
“Merosot di kawasan perkampungan tradisi Melayu kerana mereka tidak mendapat malkumat.
“Tetapi di kawasan bandar pengundi Melayu tetap menyokong PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya.
Baru-baru ini, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mendakwa sokongan orang Melayu kepada PAS telah merosot.

Skandal Pulau Jerejak: Guan Eng desak Tsu Koon bayar balik RM30 juta

GEORGETOWN, 22 Feb: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetap mendesak mantan Ketua Menteri Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon supaya bertanggungjawab terhadap skandal Pulau Jerejak yang menyebabkan kerugian sebanyak RM30 juta kepada rakyat dan kerajaan negeri.
Mengulas isu yang semakin meruncing ini, Lim menggesa Tsu Koon supaya membayar balik wang yang telah merugikan rakyat semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan beliau dahulu.
Lim berkata, kini telah tiba masanya bagi kerajaan negeri pimpinan beliau menuntut kembali wang rakyat yang telah hilang tanpa memberi apa-apa manfaat kepada rakyat maupun kerajaan negeri ini.
"Kerajaan negeri telah membuat keputusan meminta Tsu Koon supaya menebus kembali nilai kerugian yang dialami sebanyak RM30 juta demi kepentingan rakyat negeri ini.
"Sebagai seorang menteri kabinet yang bertanggungjawab terhadap petunjuk prestasi utama (KPI) yang profesional maka adalah tanggungjawab beliau untuk mengarahkan syarikat UDA untuk memulangkan kembali wang skandal Pulau Jerejak kepada rakyat negeri ini, " tegas Lim.
Sebelum ini isu penyelewengan skandal penyerahan tanah Pulau Jerejak kepada Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan operasi perjalanannya kepada Tropical Island Resort (TIR) telah berlaku semasa Tsu Koon sebagai Ketua Menteri.
Manakala nilai kerugian melibatkan premium tanah berjumlah RM10.6 juta bagi 32 hektar tanah di Pulau Jerejak tidak dibayar kepada kerajaan negeri walaupun Tsu Koon telah memberikan geran tanah.
Selain dari itu, kos pelaburan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sejumlah RM15.44 juta kepada TIR tidak mendapat pulangan kerana syarikat tersebut tidak mendapat keuntungan.
Pinjaman oleh PDC berjumlah RM3.6 juta kepada TIR antara tahun 1992 sehingga 2007 selepas penyerahan Pulau Jerejak kepada UDA juga belum dijelaskan sehingga kini.
Skandal yang dibongkar ini sepatutnya mendapat perhatian SPRM dan juga pihak berkuasa supaya penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang berlaku sentiasa memberi keadilan kepada mereka yang menjadi mangsa.

SMS Kepada Teoh : Ada Orang Kata Awak Mati Terjun Bangunan'


KUALA LUMPUR 22 FEB : Suruhanjaya siasatan untuk kematian Teoh Beng Hock hari ini mendedahkan beberapa isi kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) dari telefon bimbit milik setiausaha politik Exco Selangor itu.

Jurubahasa Mandarin menterjemah beberapa SMS tersebut dan antara yang menarik perhatian adalah SMS yang diterima pada hari kematian Beng Hock(16 Julai 2009) daripada seseorang yang bimbang dengan keadaannya.

Ia tertulis “Beng Hock awak sudah popular, awak macam mana, kami bimbangkan awak, sudah keluar nanti jangan lupa hubungi kami yang awak selamat” dan “Beng Hock apa khabar, tadi ada orang mengatakan awak mati terjun bangunan, saya sangat takut buat saya terkejut. Selepas itu ada orang kata awak tak apa-apa, baru senang hati, harap awak tidak apa-apa, kak Lan”.

Kedua-dua SMS tersebut dibuka dari ‘‘inbox’’ telefon bimbit mendiang oleh seseorang yang masih tidak diketahui dan terdapat juga SMS yang menyatakan kehadiran pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tindakan mereka memeriksa komputer.

Pada inkues lepas di Mahkamah Koroner Shah Alam, pihak yang terlibat tidak pernah menyoal mengenai maklumat di dalam telefon ini.

Beng Hock, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Seksyen Jenayah Komputer Inspektor Mohd Zaidi Abu Hassan memberitahu bahawa Teoh menerima panggilan terakhir pada 15 Julai 2009 pada pukul 6.18 petang dan panggilan terakhir yang dibuat Teoh adalah pada pukul 6.15 petang hari yang sama iaitu pada ketuanya, Yong.

Panggilan terakhir yang tidak dijawab pula direkodkan pukul 5.19 petang pada 15 Julai 2009 oleh Anggota Majlis Perbandaran Kajang Lim Kee Hiong.

Mengenai siapa yang membuka beberapa SMS tersebut selepas Beng Hock meninggal dunia, Mohd Zaidi berkata bukan beliau yang membacanya kerana beliau hanya perlu mengeluar serta mencetak maklumat yang telah dibuka.

Selain Mohd Zaidi, ahli kimia dari makmal forensik Jabatan Kimia Petaling Jaya, Zaraiha Awang turut memberi keterangan hari ini dan menyatakan beliau memeriksa dua sample darah, iaitu spesimen air kencing serta isi perut milik Teoh.

Hasil pemeriksaannya didapati tiada sebarang kesan dadah, racun serta alkohol dikesan daripada badan Beng Hock.

Suruhanjaya ini dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T. Selventhiranathan, Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain bagi menyiasat punca kematian Beng Hock selepas Mahkamah Koroner membuat ‘‘keputusan terbuka’’ berhubung kes itu.

Di awal prosiding, Hakim Foong memaklumkan bahawa suruhanjaya akan mendedahkan siapa yang dilantik sebagai penyiasat persendirian tidak lama lagi dan akan memanggil wakil syarikat telekomunikasi DIGI memberi keterangan berhubung transaksi panggilan.

Beliau turut menyatakan pihak suruhanjaya telah menghubungi dua pakar patologi iaitu Dr Pornthip Rojanasunand dan Prof Dr Peter Vanezis tetapi masih belum mendapat sebarang jawapan.

Seorang pakar tulisan tangan dari United Kingdom juga akan dipanggil member keterangan, katanya.-BERNAMA

Fitnah II :Dr Seah gagal akui sperma DNA ‘lelaki Y’ lebih banyak

KUALA LUMPUR: perbicaraan fitnah 2 yang disambung pada sebelah petang hari ini menyaksikan Pakar DNA dari Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong enggan memberikan jawapan yang memuaskan hati peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada kali ini, Dr Seah disoal balas Timbalan Pendakwaraya, DPP Noorin Baharuddin. Dalam keterangannya, Dr Seah enggan mengakui DNA sperma lelaki yang dijumpai pada dubu* pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan lebih banyak (dominan) berbanding sperma Saiful pada bahan bukti yang dianalisa.
Beliau sebaliknya menjawab tidak mahu menggunakan istilah ekstrak sperma lelaki Y lebih dominan tetapi mengakui kehadiran sperma lelaki itu pada sampel DNA yang ditandakan sebagai B9.
Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah turut menerima bantahan peguam bela apabila DPP Noorin bertanya kepada saksi pendakwa tersebut, samada air mani boleh meleleh ke bahagian seluar dalam pengadu terbabit. Ini berikutan soalan yang sama diajukan peguam semalam, enggan dijawab Dr Seah.
Berikut kronologi perbicaraan pada sebelah petang.
4.27 ptg – Mahkamah ditangguhkan ke jam 8.30 pagi esok.
4.20 ptg – DPP Noorin Baharuddin menyoal Dr Seah jika ‘kebocoran’ air mani boleh meleleh ke bahagian hadapan seluar dalam.
Ram Karpal membantah soalan tersebut kerana soalan yang sama enggan dijawab Dr Seah semalam atas alasan ia besifat spekulatif.
Kata Ram, rekod mahkamah boleh mengesahkan perkara tersebut malah Dr Seah sendiri boleh mengesahkan perkara itu.
Hakim Zabidin membuat keputusan, jika Dr Seah memilih untuk tidak menjawab soalan itu semalam, DPP Noorin tidak berhak bertanya soalan yang sama hari ini.
4.15 ptg – Menyedari semakin banyak orang awam meninggalkan galeri awam, DPP Noorin memohon mahkamah ditangguhkan kerana dia sudah penat menyoal balas Dr
Seah.Tindakan DPP Noorin itu menyebabkan mereka yang berada di galeri awam ketawa kecil.
Ram Karpal membantah dan mahu DPP Noorin meneruskan soal balas sehingga jam lima petang. DPP Yusoff membantah Ram Karpal.
Hakim Zabidin mengarahkan soal balas diteruskan sehingga jam 4.30 petang.
3.44 ptg – Dr Seah sewaktu ditanya DPP Noorin bersetuju bahawa terdapat DNA lebih daripada dua orang jika graf elektroferogram diteliti secara lokus demi
lokus sewaktu ditanya DPP Noorin.
(Lokus adalah pintalan rantaian DNA yang boleh dilihat di bawah mikroskop)
Namun, Dr Seah gagal mengakui bahawa DNA sperma Lelaki Y adalah dominan (lebih banyak) berbanding DNA sperma Saiful pada sampel B9.
“Yang mana lebih dominan, ekstrak sperma Lelaki Y atau Saiful?” tanya DPP Noorin.
Teragak-agak menjawab, Dr Seah sekadar membalas bahawa Lelaki Y adalah salah seorang penyumbang kepada ekstrak DNA sperma pada sampel B9.
Ditanya buat kali kedua, Dr Seah tetap menjawab bahawa Lelaki Y merupakan salah seorang penyumbang.
Pada pertanyaan kali ketiga, Dr Seah menjawab bahawa beliau tidak mahu menggunakan istilah ekstrak sperma Lelaki Y lebih dominan tetapi mengakui kehadiran
sperma lelaki Y pada sampel B9.
3.04 ptg – DPP Noorin cenderung bertanyakan soalan tertutup (ya atau tidak) namun Dr Seah tidak menjawab secara terus sebaliknya memberikan penerangan
panjang lebar.
Ram Karpal Singh mencelah dan mengingatkan DPP Noorin yang ini adalah pemeriksaan balas semata-mata.
Kebanyakan soalan pendakwa raya adalah soalan ya atau tidak sahaja tetapi Dr Seah cenderung untuk tidak menjawap ya atau tidak sebaliknya memberikan
penerangan berjela-jela. Perkara ini menurut RamKarpal boleh menyebabkan prosiding mahkamah berlanjutan tanpa hala tuju.
Walau pun begitu, bantahan Ram ditolak dan Hakim Zabidin membenarkan soalan pendakwa raya diteruskan.

K'jaan cari opsyen elak petrol RON 95 naik lagi..ha..ha...Menteri Putar Alam berkata-kata..????

Kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

NONEMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan bagi memastikan impak kenaikan global tidak terlalu menekan rakyat.

"Kita perlu ada keseimbangan sebab kita bimbang kalau harga minyak naik, harga barangan turut meningkat dan bebanan kepada rakyat akan menjadi semakin tinggi.

"Sebab itu, Kementerian ini bersama Kementerian Kewangan sedang mengkaji opsyen-opsyen tertentu untuk menstabilkan harga minyak bagi mengelak kenaikannya dalam masa terdekat," katanya ketika menjawab pertanyaan berhubung dakwaan akan berlaku kenaikan harga RON95 dalam masa terdekat pada sidang media di Pusat Latihan Harta Intelek di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama Timbalannya Datuk Tan Lian Hoe dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

petronas petrol oil facility in terengganu kerteh 141108 01Ismail Sabri berkata, setakat ini kerajaan belum berhasrat menaikkan harga petrol itu kerana pihaknya berpendapat untuk menjimatkan perbelanjaan, ia bukan sekadar dengan menaikkan harga minyak.

"Siapa kata RON95 nak naik...siapa cakap? Khabar angin?...jadi itu khabar anginlah. Biarlah sekadar khabar angin. Tak, setakat ini tidak (naik).

Katanya, walaupun terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM14 bilion bagi menampung kenaikan harga minyak dunia tahun ini, kerajaan masih mencari alternatif bagi menstabilkan harga minyak tempatan biarpun kos itu telah meningkat RM4 bilion berbanding tahun lalu.

petrol price hike consumer interview 040608 01"Terdapat beberapa buah negara di dunia telah menaikkan harga minyak sebanyak dua kali dalam tempoh tiga bulan, tetapi sebaliknya bagi kita, kerajaan masih tidak berhasrat menaikkannya kerana kita akan melihatnya secara keseluruhan.

"...Dan kita tengah berbincang dan mencari opsyen itu," katanya yang enggan mendedahkan butiran opsyen tersebut.

Petrol RON95 telah diperkenalkan pada penghujung Ogos 2009 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama dan kini dijual di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.90 seliter.

Terdahulu, Ismail Sabri dan Tan menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian persefahaman pelaksanaan Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM) antara Mohd Zain dengan wakil daripada lima konsultan yang menjadi pelaksana projek tersebut.
- Bernama

PAS gesa SPR halang BN perguna agensi kerajaan

TEMERLOH, 22 Feb: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa bertindak segera menghalang tindakan parti kerajaan menggunakan agensi kerajaan dengan memberi wang kepada pengundi dalam waktu pilihan raya.

Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanuddin Salim berkata tindakan itu penting sebelum keyakinan rakyat hilang terhadap demokrasi dan pilihan raya di negara ini.

Menurut Hassanuddin, sehari dua ini menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kerdau, pemimpin kerajaan telah memasuki kawasan berkenaan menyampaikan sumbangan wang atau janji projek.

“Semalam Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan telah masuk ke Felda Jengka 23 dengan menyerahkan wang peruntukan sukan dan jalan selain ebrjanji membina dewan bernilai RM900,000.

“Menteri Besar Pahang (Datuk Seri Adnan Yaakob) pula masuk ke kawasan Orang Asli Paya Sendayan dan akan menyampaikan sumbangan wang Yayasan Pahang kepada anak pengundi Dun Kerdau di Sekolah Menengah Teluk Sentang esok.

“Kita lihat bendera-bendera Umno dan BN juga sudah dipasang di premis awam seperti balai raya dan dewan serba guna sedangkan perbuatan ini tidak dibenarkan sebelum tarikh penamaan calon,” hujahnya.

Tambah Hassanuddin, lebih menghairankan perbuatan pemimpin kerajaan yang dianggap melanggar tata susila demokrasi itu dilakukan tanpa rasa bersalah malah disiarkan terus menerus melalui media arus perdana.

Katanya, perkara ini buaknnya baru tetapi berterusan sedangkan ia memberi contoh dan gambaran yang sangat tidak baik kerana pihak berkuasa dibenarkan melanggar undang-undang.

“Sebab itu kita desak SPR yang sepatutnya berkuasa penuh mengawal demokrasi bertindak segera sebelum rakyat sendiri tidak percaya dengan demokrasi dan pilihan raya.

“Lebih membimbangkan kita, rakyat akan memilih cara lain untuk menuntut keadilan seperti di negara-negara yang sedang bergolak jika sistem demokrasi dikhianati sendiri oleh pemerintah,” ujarnya.

Pro-M Menyerlah : Angin perubahaan pada p'raya kampus

Prestasi kumpulan pro-Mahasiswa disifatkan jauh lebih baik tahun ini dengan kejayaan merampas beberapa universiti pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam.
Angin perubahan dikatakan melanda di kampus beberapa menara gading setelah sekian lama dikuasai oleh kumpulan Pro- Aspirasi atau Pro-A.

Ini termasuk Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan dan Universiti Malaysia Kelantan.

NONEPaling signifikan, kejayaan mereka di UM, - universiti pertama negara ini di mana calon-calon pro-M memenangi 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Mereka juga berjaya menyapu bersih semua sembilan kerusi kampus yang dipertandingkan dan 14 daripada 32 kerusi fakulti.

Ini adalah kejayaan besar bagi kumpulan itu sejak kumpulan Aspirasi menang pada pilihan raya kampus tahun lalu.

Ketika itu, mereka cuma mampu meraih 17 kerusi.

NONEKumpulan pro-M adalah pergerakan mahasiswa yang sering kali dikaitkan dengan mereka yang agak kritikal terhadap kerajaan dan menuntut mahukan pembabitan yang lebih menyeluruh di kalangan pelajar dalam pentadbiran kampus.

Seteru mereka melabelkan diri mereka sebagai pro-Aspirasi (pro-A) kerana dikatakan cuba mempertahankan "aspirasi kerajaan", dan secara tradisionalnya adalah penyokong pihak berkuasa.

UM secara tradisional adalah kubu bagi aktiviti perjuangan pelajar tetapi kumpulan pro-A sejak kebelakangan khususnya sedekad lalu dikatakan berjaya mendapat pengaruh.

NONEDi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kumpulan pro-Mahasiswa juga berjaya mengakhiri kemarau tujuh tahun bagi menguasai universiti kebangsaan itu.

Mereka menang 22 kerusi manakala kem Aspirasi mendapat 15. Antara lain, kumpulan pro-Mahasiswa mendakwa pelajar mengundi mereka kerana tidak berpuas hati dengan bekalan air yang tidak menentu di asrama serta perkhidmatan Internet yang tidak stabil.

"Mahasiswa UKM keluar mengundi atas inisiatif bahawa mereka peka dengan pilihan raya kampus dengan kesedaran politik.

"Ia (adalah) kebangkitan mahasiswa UKM kerana pada tahun lalu jelas memperlihat banyak perkara penindasan dan kezaliman.

"Ia menjadikan mahasiswa matang dengan (selepas) mengetahui siapa yang memperjuangkan isu-isu mahasiswa," kata ahli Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) Mohd Hilman Idham dalam sidang media hari ini.

Di Universiti Sains Malaysia (USM), kumpulan pro-Mahasiswa tidak memenangi kebanyakan kerusi tetapi berjaya memperbaiki kedudukan dengan merampas 14 kerusi, meningkat daripada 7 yang dimenangi tahun lalu. Kem pro-A masih selesa dengan 24 kerusi manakala seorang calon bebas menang satu lagi.

NONEDi Universiti Putra Malaysia (UPM), kem pro-Mahasiswa mengekalkan kedudukan mereka dengaan 11 kerusi, seperti pada tahun sebelumnya.

Mereka dibelasah teruk oleh kumpulan pro-A yang memenangi 31 kerusi.

Sebuah lagi kerusi dimenangi calon bebas.

Sementara itu, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), prestasi pro-Mahasiswa bertambah buruk berbanding tahun sebelumnya, mereka hanya mendapat 12 kerusi berbanding 18 sebelumnya.

NONEKumpulan Aspirasi menang 38 kerusi manakala lima lagi diboloti calon bebas.

Mengulas faktor kekalahan mereka dalam pilihan raya itu, jurucakap pro-M UTM Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid berpendapat kekurangan calon dan kekurangan sumber kewangan adalah antara punca kekalahan mereka.

"Rentak pilihan raya kampus lebih kepada perang poster, pro-M tidak semewah pro-Aspirasi yang gantung banyak poster. (Kita juga) kurang calon di peringkat fakulti," katanya.

Sehubungan itu, kumpulan tersebut akan mengadakan sesi bedahsiasat berhubung kekalahan dan kemerosotan prestasi mereka malam ini.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) akan mengadakan pemilihan wakil pelajarnya hari ini. Namun kumpulan pro-Mahasiswa dijangka tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk menguasai universiti berkenaan.

Sementara itu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pro-M tewas selepas mendapat 13 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan. Manakala pro-A mendapat 17 kerusi.

Agen Umno pengaruhi ahli KEADILAN Pahang, tabur wang ringgit

PAHANG: KEADILAN Pahang mengesan kegiatan agen Umno-BN yang sedang aktif menghubungi anggota parti KEADILAN bagi tujuan memujuk mereka keluar parti, menjelang Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau.
Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang, Ahmad Nizam Hamid berkata, agen tersebut dikenalpasti telah menghubungi anggota-anggota KEADILAN di Temerloh dan Kuala Krau, selain mensasarkan anggota parti di cabang-cabang lain seperti Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar.
Ahmad Nizam berkata, dari maklumat yang diperolehi pihaknya, sekitar 500 individu yang dikatakan anggota KEADILAN akan mengiystihar keluar dari parti itu secara beramai-ramai.
“Agen-agen UMNO dikatakan telah menjanjikan imbuhan berbentuk wang ringgit kepada mereka yang ‘mengistiharkan’ diri keluar dari Parti,” ujarnya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Temerloh dalam satu kenyataan media.
Menurut Nizam, KEADILAN Pahang sekali lagi menegaskan bahawa taktik seumpama itu merupakan strategi perang saraf yang sudah lapuk.
Mereka yang berbuat demikian katanya, kebiasaannya terdiri dari kalangan ahli Umno yang diupah untuk mengaku sebagai anggota KEADILAN.
“Pada masa yang sama KEADILAN Pahang turut menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin kepada mana-mana anggota Parti yang bersekongkol dengan BN dan melanggar disiplin parti,” tegas beliau

Tarikh Boleh Di Pinda Bro...!!!! Apa Ada Hal...semua relevenc pulak...he.he..

Fullllaamaaakkkk..... ayoyo... apppaaaa.... selama ini gua beranggapan kes lubang jubor budak Sepol nih... hasil dari skrip filem tamil malayalam beb.... rupa-rupanya lebih dari itu beb.... direktor filem tamil pun kalau baca skrip nih.. pasti campak skrip tu dalam longkang beb...
Gileeeerrrr.... wa cakap lu... filem tamil malayalam punya putar belit dusyum sana dusyum sini, filem yang diorang arahkan ada jugak logiknya kalau kita nonton untuk hiburan semata2, tapi filem jubor si Sepol nih.... hahaha... tak larat gua nak ketawa guling2 beb....
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membicarakan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim terus digemparkan dengan keterangan pakar Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong,  dalam sesi soal balas hari ini.
Dalam perbicaraan tersebut, mahkamah diberitahu bahawa dua sampel DNA diambil dari tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari terlebih dahulu sebelum laporan polis dibuat.
Sampel berkenaan  bertarikh 26 Jun 2008, sedangkan Saiful membuat laporan polis mendakwa dia diliwat pada 28 Jun 2008. - TVS News.
Sehebat-hebat pengarah filem macam Michael Bay atau pengarah2 filem terhebat Hollywood, Bollywood, Hongkongwood... tetap tidak setanding dengan pengarah filem dari MalayWood ini... kah..kah...kah.... memang WOOD punya pengarah wa cakap luuuu....
Entah kat mana punya bangang laaaaa.... skrip yang diorang bikin nih...., tapi lu orang percaya tak cakap gua..., lepas ini pasti ada kenyataan yang mengatakan tarikh tersebut tersilap catit dan boleh di pinda... kah..kah..kah... alahai... tarikh toron kat Tivoli Villa yang belum siap di bina pun boleh di pinda... takan tarikh sampel DNA tu tak boleh pinda... kacang punya hal beb... inikan filem Malaysia... "Filem Kita Wajah Kita"... wakakakaaaaa....
Gua ingat laaaa... petang ni (hari selasa 22/02/2011) gua nak pergi hospital suruh doktor ambil DNA kat lubang jubor gua, selepas 2 hari iaitu pada hari (Khamis 24/02/2011) gua nak pergi buat repot polis yang gua kena toron dengan Roswah Manchot..., lu orang agak2 melekat tak DNA Roswah Manchot kat lubang jubor gua.... kah..kah...kah...
Siapa yang kata tak melekat DNA Roswah Manchot kat lubang jubor gua... itu tandanya nak mampus lah tuuuu... hua..hua..hua...... sebabnya penafian lu orang itu dalam negara yang bernama Malaysia... hahahaaaaa...
Gua berharap supaya Hakim yang mengadili kes ini adalah seorang yang waras.... hehehehe...
 ISA

Perkasa: Dakwaan Hindraf biadap, kami bukan alat Umno

KUALA LUMPUR, 22 Feb — Datuk Ibrahim Ali membuat laporan polis terhadap ketua Hindraf P. Waytha Moorthy berhubung surat yang dihantar pemimpin itu kepada 21 pertubuhan dan individu antarabangsa, yang antara lain mendakwa Perkasa sebagai alat Umno untuk menimbulkan huru-hara pada 27 Februari ini.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Dang Wangi di sini petang ini.
“Isi kandungan surat tersebut mengandungi fitnah yang tidak bertanggungjawab seperti tuduhan terhadap Perkasa dan Pekida sebagai alat Umno untuk menimbulkan huru-hara pada 27 Februari ini, yang mana Hindraf yang merupakan sebuah pertubuhan haram akan mengadakan perhimpunan perarakan haram.
“Perkasa tidak ada kena-mengena dengan Umno dan Perkasa adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang halal di sisi undang-undang dan tidak pernah menganjurkan perhimpunan jalanan ekstreme,” kata Ibrahim dalam laporan polis, yang salinannya diberikan kepada media hari ini.
Ibrahim (gambar) yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Perkasa bukan pertubuhan ekstreme dan tuduhan Waytha Moorty adalah berunsur “jahat, biadap dan terkutuk.”
“Perbuatan seorang yang saya kira penjahat yang tidak layak menjadi warganegara Malaysia,” katanya.
Kata Ibrahim, Perkasa mahu polis mengambil tindakan undang-undang tanpa bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang terlibat menganjurkan cadangan perhimpunan haram 27 Februari ini.
Malah kata Ibrahim, selaku Presiden Perkasa beliau akan menjawab segala tuduhan dibuat oleh Waytha Moorthy dan akan menghantar surat kepada kesemua 21 orang, yang dihantar surat oleh pemimpin Hindraf itu, bagi membersihkan nama baik kerajaan kerajaan, rakyat Malaysia dan Perkasa serta Pekida.

Kerdau: PAS tidak bimbang Umno dakwa Felda kubu kuat mereka

KUALA LUMPUR, 22 Feb: "Kami akan terus mendedahkan penyelewengan dalam pengurusan Felda yang melibatkan pemimpin Umno," kata Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
Beliau berkata demikian dalam reaksinya terhadap Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa kawasan tanah rancangan Felda merupakan kubu kuat Umno.
"Umno boleh terus mendakwa apa sahaja yang mereka mahu, tetapi Anak mengambil tanggungjawab untuk terus menyedarkan masyarakat peneroka sama ada di Felda atau Fecra tentang hak-hak mereka yang telah dikhianati selama puluhan tahun.
"Kami akan meneruskan siri pendedahan ini di Kerdau dengan usaha yang lebih gigih lagi..di kawasan Ahmad Maslan kata kubu kuat mereka (Umno)," tambah Mazlan yang juga Pengerusi Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.
Selain itu, walaupun Ketua Penerangan Umno itu cuba mengaitkan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang baru-baru ini yang menyaksikan Umno menang di semua tanah rancangan Felda sebagai bukti peneroka masih memilih Umno, Mazlan berkata beliau tidak gusar dengan perkembangan tersebut kerana tidak mencerminkan realiti sebenar.
Sebaliknya beliau menyifatkan kemenangan yang diukur dalam sebuah PRK seperti itu hanya kemenangan palsu.
"Mereka menang dengan sogokan serta menakutkan para peneroka dengan pelbagai ugutan, adakah kemenangan seperti itu boleh menjadi ukuran tepat kawasan tersebut kubu kuat atau tidak.
"Saya cabar Umno turun dalam kempen pilihan raya sebagai anak jantan, tidak mengunakan jentera kerajaan dan membuka peluang sama rata...kita tengok selepas itu Felda kubu kuat siapa," ujar beliau.
Kata Mazlan lagi, dalam PRK juga PAS dan Pakatan Rakyat pernah kalah di kawasan-kawasan bandar dan kampung tradisi seperti di Galas dan Hulu Selangor.
"Kalau mengikut ukuran itu, bukan sahaja Felda kubu kuat Umno, kampung tradisi dan bandar juga kubu kuat Umno, tetapi dalam pilihan raya umum Pakatan Rakyat menang di kawasan tersebut dan Umno kalah. Jadi Ukuran dalam PRK ini tidak semestinya tepat," kata beliau.
Tambah Mazlan, dalam PRU 2008 lalu juga menyaksikan peningkatan sehingga 40 peratus undi daripada peneroka kepada PAS dan Pakatan Rakyat di beberapa kerusi dalam negeri Johor walaupun negeri itu sering dikatakan kubu kuat Umno.
Hari ini Ahmad dalam lawatan ke Felda Jengka 22 - satu daripada tiga kawasan Felda yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dilaporkan berkata peneroka Felda amat menyokong kerajaan kerana banyak usaha dilakukan bagi membantu mereka.
PRK DUN Kerdau akan diadakan pada 6 Mac ini ekoran Adunnya, Datuk Zaharuddin Abu Kasim meniggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.
Terdapat tiga kawasan rancangan Felda di DUN Kerdau iaitu Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 yang pengundinya berjumlah 3,011 orang.
Selain itu Kerdau meliputi kawasan pinggir bandar, kampung tradisional Melayu, estet, pekan lama dan sebuah Fecra.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, pihaknya akan memberi tumpuan khusus dalam kawasan Felda sebagaimana dilakukan dalam PRK-PRK kecil sebelum ini.
"Apa yang lebih penting kita mahu menyampaikan maklumat sebenar kepada para peneroka, lambat laun saya percaya mereka akan membuka mata dan bangkit membuat perubahan," katanya.
Bagaimanapun ditanya peluang mendapatkan undi peneroka dalam PRK Kerdau tidak lama lagi, Mazlan berkata beliau optimis peneroka mampu membuat kejutan, malah katanya ia pernah dilakukan oleh peneroka khususnya di Pahang ketika Pilihan Raya Umum pada tahun 1999.
"Dun Jengka, Dun Chini,Dun Tahan dan Dun Penor yang diliputi kawasan-kawasan Felda pernah di menangi oleh PAS dalam pilihan raya itu. Ini sekaligus membuktikan Felda bukan lah kubu kuat Umno cuma mereka (peneroka) ditekan, dikongkong dan cuba dipisahkan dari dunia luar," kata Mazlan.

DUN Kerdau: Syed Ibrahim calon BN

BN hari ini memilih naib ketua bahagian Umno Kuala Krau Syed Ibrahim Ahmad sebagai calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 4,000 penyokong BN di Dataran Sri Ketumbit, dekat Temerloh, hari ini.
Berusia 44 tahun, Syed Ibrahim adalah juga Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Pemilihan anak jati tempatan berkelulusan dari Universiti Al-Azhar itu dipercayai mampu mempertahankan kerusi BN pada pilihan raya kecil ke-16 negara selepas pilihan raya umum 2008.
NONEMuhyiddin ketika mengumumkan calon BN itu, berkata pemilihan Syed Ibrahim dibuat selepas melalui beberapa saringan di peringkat bahagian Umno dan badan perhubungan Umno negeri sebelum diputuskan pucuk pimpinan.

"Selepas melalui beberapa saringan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memutuskan calon berkenaan dua hari lalu," kata Muhyiddin.
azlanKerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari BN pada 12 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim, dengan majoriti 1,615 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac.

Turut hadir pada majlis pengumuman calon BN itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk G Palanivel, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M Kayveas serta pemimpin-pemimpin parti komponen BN dan Umno peringkat negeri Pahang.

Muhyiddin berkata semua pihak perlu akur dengan calon yang diumumkan bertanding di kerusi DUN berkenaan.

"Terimalah dengan ikhlas, terimalah calon kita dengan semangat perpaduan, kerana apa yang paling penting ialah parti Umno dan BN, dan bukannya calon," katanya.

'Passive homosexual': A day of shame for Saiful and his family

'Passive homosexual': A day of shame for Saiful and his family
It must surely be a day of shame for the family of Saiful Bukhari Azlan especially his father, an Umno supporter who was proud to parade his son around the party circuit as the guy who brought Opposition Leader Anwar Ibrahim down.
It didn't matter when the gossip all over Malaysia was that Saiful had received RM2 million for his starring role in the sodomy plot that Anwar had accused Prime Minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor of hatching.
It didn't matter when few Malaysians could believe it was possible that a strapping six-footer like Saiful could be compelled to perform oral sex on a frail 63-year old and then turn around and allow himself be sodomised.
Both Saiful and his father could still walk into a mosque with their heads held high and Saiful could still swear before the Almighty that he was telling the truth.
But now, it is no longer so easy.
From sodomy victim to paid actor to passive homosexual
Suddenly, no one believes in them anymore. Even Najib has a serious credibility problem, and because of his and Rosmah's shenanigans, Umno too has become a bad brand name.
From sodomy victim to paid actor and now to passive homosexual - this seems to be the career path Saiful has chalked for himself in the past two years. Few other 25-year olds would have experienced such controversy or notoriety.
If indeed, there was payment involved and RM2 million was the figure, it is too little. Way too little to compensate for what must surely be permanent loss of respectability and self-honour.
As they say, what goes around comes around and perhaps the time has come for Saiful and his father to face up to a society that should rightfully be unforgiving.
Can I @@@@ you?
On Monday, Anwar's defence team tore into shreds the testimony from government DNA specialist Dr Seah Lay Hong.
Although the doctor - for reasons best known to herself - did not put it in her report, she could not deny the print-out from the analysis machine which showed the presence at least 5 DNA profiles from 5 different men.
Were these samples planted? Or were they really there - embedded by different men deep inside Saiful's anus and waiting to be discovered?
If planted, then Anwar is vindicated. Saiful is the actor that the Opposition Leader has always insisted he was and the first couple the director and producer of what many have called Umno's best porno movie production - so far!
From the very first line of the script where Saiful accused a purportedly lust-crazed Anwar as asking him, "Can I @@@@ you?" down to the semen stains found on the front of his expensive knickers and not at the back as one would expect in a sodomy case, little has made sense in the entire episode.
"When you are not telling the truth, mistakes are bound to occur and sooner or later, you will get found out and look like a real fool," PKR communications director Nik Nazmi told Malaysia Chronicle.
The same old corruption
And this is what happened on Tuesday.
Unable to deny the presence of so many DNA profiles in Saiful's anus and yet unable to speculate, admit, deduce or infer that these had been planted, Dr Seah was left with no answer when Karpal put it to her that Saiful was a 'passive homosexual'.
“I’m putting it to you that it is a logical conclusion, multiple DNA profiles in his anus makes him a passive homosexual,” Malaysian Insider reported Karpal Singh as asking her in court.
Not that it is anybody's business if Saiful is gay, but sodomy in Najib's government is illegal and homosexuality prohibited in Islam.
Anwar was accused of sodomising Saiful in June 2008 at a posh condominium in Kuala Lumpur. He has denied the charges and blames Najib and Rosmah of conspiring with Saiful to destroy his political comeback.
This is not first time that Umno has used sodomy accusations to suppress the charismatic leader. In 1998, Anwar was sacked and jailed for 6 years for sodomising his wife's chaffeur.
But while former premier Mahathir Mohamad could get away with it, Najib is unlikely to be as lucky. More than 10 years have passed and the Malaysian economy has been weakened by round after round of corruption and more and more illicit outflows.
From 2000 to 2009, watchdog Global Financial Integrity has revealed that US$291billion or RM888billion was illegally siphoned out from Malaysia. Investors who chose not to be overly gloomy 10 years ago can see for themselves now - that after more a decade - nothing has changed.
Corruption is worse than before. The economy is weaker than before. This is the difference and the reason why Najib won't be as lucky as Mahathir, the purported original sodomy king and sodomy puppet-master extraordinaire.