Isnin, 21 Februari 2011

Tribute To Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Walaupun la ni dalam suasana pemimpin-pemimpin UMNO berganti-ganti maki dan kutuk Tuan Guru.. Teman tribute kan video klip ni buat sesusuk tubuh kecil tapi penuh semangat dan iltizam untuk memartabatkan Islam dan menyelamatkan rakyat Malaysia daripada kegelapan toghut dan kezalimannya..

"Ya Allah, jadikanlah kekuatan Tuan Guru Kami sebagai pemangkin kekuatan kami sebelum dan sesudah ketiadaannya kelak!"

Ameen!

TENGKU ZAFRUL HANTAR SURAT MOHON MAAF KEPADA ISA SAMAD YANG SUCI ?

Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda baru-baru ini merupakan pandangan peribadi beliau.

Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kehadiran Tengku Zafrul pada forum berkenaan adalah atas kapasiti peribadi dan bukannya mewakili organisasi tersebut.

“Beliau sudah memaklumkan kepada saya tentang perkara tersebut dan saya yakin Tengku Zafrul sudah menghantar surat permohonan maaf kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad,” katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama 2011 kumpulan perbankan tersebut di sini hari ini.


Dalam satu forum baru-baru ini, Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat yang salah kepada pasaran sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur.

Kritikan terhadap Mohd. Isa yang dilakukan oleh Tengku Zafrul dan Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof dalam satu forum anjuran sebuah badan pemikir tempatan dengan bersandarkan alasan, imej bekas MB Negeri Sembilan itu pernah tercalar dengan isu rasuah.

Berikutan kritikan itu, pelbagai pihak telah mendesak Tengku Zafrul supaya meletakkan jawatan dan ia dilihat seolah-olah mempertikai keputusan PM,Najib Tun Razak.

Jelas Abdul Wahid, surat permohonan maaf itu telah ditulis selepas forum tersebut bagi menjernihkan suasana.

Kesian Noh Omar..

Noh Omar semakin Meroyan di Selangor

NOH OMAR telah dicabar untuk membuktikan kejantanannya agar membuat laporan kepada SPRM berkaitan dakwaannya tentang penyalahgunaan dana awam Kerajaan Negeri Selangor sewaktu Kongres PKR November laku. Cabaran ini dibuat oleh Naib Pengerusi II PKR Selangor, Us Dr Badrul Amin Bahron.

Noh Omar tidak perlu menyalak di depan Utusan Meloya dan TV 3 kerana stail sedemikian sudah lapok dan rakyat Selangor sudah muak hampir termuntah mendengarnya. Sebelum ini, Umno Selangor menyalak tentang lembu korban, tentang ladang ternakan babi, isu kereta Lexus, isu pemimpin DAP masuk masjid dan berbagai isu lagi tetapi kesemuanya dibuat `pengesat pungung' oleh rakyat Selangor yang sudah bijak menilai.

Menggunakan media untuk menjatuhkan Kerajaan PR Selangor untuk menipu saki baki rakyat Selangor jika ada yang masih berfikiran `ulu' itu adalah satu cara yang dayus. Selaku seorang Menteri sudah tentu mengetahui selok belok untuk melaporkan sesuatu perkara yang dirasakan menyalahi undang-undang.

Bukan kerana suka pembangkang, tetapi benci sangat kat Umno


Malaysiakini hari ini menyiarkan berita bertajuk "Azmin rubbishes 'KPI report' which panned him". Sebelum itu, hari ini juga, Free Malaysia Today menyiarkan berita bertajuk "Azmin and six others flunk KPI test" (sila klik gambar di sebelah untuk besarkan).

Kita tak perlu baca berita yang disiarkan oleh FMT itu. Kita juga tak perlu buang masa membaca penafian Azmin Ali dalam berita Malaysiakini itu. Kita dah baca pelbagai rungutan terhadap Azmin. Malangnya, Mamat tu tak pernah jawab dengan meyakinkan. Semakin dia jawab, semakin hilang rasa nak percaya kat dia.

Memang sakit hati. Rakyat seperti saya siang malam berharap Umno dapat dihambat dari tampuk kekuasaan. Parti perasuah yang busuk hingga ke usus itu adalah mudharat paling besar ke atas negara ini. Negara ini tak akan selamat selagi mudharat terbesar itu tak melingkup.

Nak lawan mungkar terbesar itu sorang-sorang mana nak boleh. Nak tak nak, kita terpaksa ambik parti-parti pembangkang sebagai kuda untuk menghambat Umno dari puncak kekuasaan. Bukan sebab kita suka sangat kepada parti-parti pembangkang. Banyak sangat yang kita meluat. Tetapi sebab kita lebih meluat kepada Umno.

Malangnya, banyak jelatang dalam parti-parti pembangkang yang bubuh paku atas jalan perjuangan rakyat yang berusaha menghambat Umno. Pada saya, jelatang-jelatang yang bubuh paku atas jalan perjuangan rakyat itu lebih jahat dari Umno.

Saya tak payah tuduh Azmin adalah salah seorang dari jelatang yang bubuh paku atas jalan perjuangan rakyat. Semua orang ada akal. Boleh nilai sendiri. Yang sah, apa pun orang kata, Azmin tetap wangi di hati Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tak siapa boleh buat apa. Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan anaknya Nurul Izzah pun tak boleh buat apa-apa.

Berikut ialah sebahagian rungutan yang semakin Azmin jawab semakin kita tak percaya:
"Ahli-ahli PKR di sini mahu saya lawan dengan Azmin, sebab Azmin ‘cakap tak serupa bikin’, di kawasan saya Taman Seri Gombak, Azmin hanya turun melawat dua kali sahaja sejak bergelar Ahli Parlimen. Hand phone tak buka, sms tak jawab" - Abu Bakar Ninggal

"...maka pada hemat kami bila YB Azmin mengambil alih ,perkara ini di masukan dalam rancangan bagi kesejahteraan rakyat yg memilih nya. Tapi hampeehh!! Habis mcm mana kami nak undi beliau lagi pada PRU13 nanti ,jika perkara sebegini pon tidak di ambil perhatian?" - Indraputra 80

"Saudara Azmin, I valued some leaders of PR like TSKI for his professionalism and hard work and YB Zuraidah who at least try to help me. It is my prayer that PR continue to rule Selangor for another 5 years but my worry is that people like you will bring the downfall of PR" - Dr Rafick

PB.

Last Call Beb : Sekali Je Lagi! Sekali Je Lagi! Rayu Taib


TV3 melaporkan, Taib berkata ini kali terakhir dia akan menyertai pilihanraya Sarawak dan meminta rakyat Sarawak memberi sokongan. Eloklah berilah sokongan, nak hambat Taib macam rakyat Mesir dah tak mampu!

Berilah sokongan. Lihatlah pendedahan Tabung Bruno Manser ( BMF) sebuah NGO yang berpangkalan di Switzerland hari ini yang mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.

Tak banyak pun, hanya 49 buah. Harta di Sarawak masih banyak untuk dikikis Taib. Sokonglah. Selepas ini pakat-pakat bayar cukai itu dan ini untuk disedekahkan kepada Taib dan kroni untuk lima tahun lagi.

Baru-baru ini Hosni Mubarak hendak memegang jawatan sampai September, Taib Mahmud rayu untuk 5 tahun lagi, beri ajalah!!

Ijazah aku Taib yang hulur tau!! Tu yang sokong tuh!! kah! kah! kah!!

PM NAJIB BAKAL DUTA KE MONGOLIA?

SELAMATKAN MALAYSIA DARI FLOM-NAJIB CABAR PAKATAN KEMUKA KABINET BAYANGAN - mkini

Najib Razak mencabar Pakatan Rakyat yang begitu berhasrat untuk memerintah negara supaya memperlihatkan bayangan kabinet mereka kepada rakyat.

Namun beliau berkata kalau di negara luar, penubuhan kabinet bayangan di kalangan parti pembangkang merupakan satu perkara biasa.

"Di Malaysia kita cuma ada kabinet kerajaan sahaja. Pembangkang tidak mampu dan tidak tahu untuk memberikan portfolio kepada tokoh yang sesuai di kalangan mereka," katanya.

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

APA YANG PASTI DALAM KABINET PAKATAN:

tidak ada mat mongol
tidak ada rottweiler
tidak ada malikul sembab
tidak ada pundek pundek pundek
tidak ada raja porno

paling pasti:
hanya satu perdana menteri
hanya ada satu menteri pertahanan
hanya satu menteri pelajaran

yang paling paling pasti:
tak ada bini buat huru hara
tak ada janda mengaku dara

paling paling paling pasti:

tidak ada sesiapa yang gila nak jadi fat lady of malayia
kah kah kah

hanya satu belum tentu:
siapa yang akan menjadi duta ke mongolia
kah kah kah
TT.

Gagal isytihar kelayakan calon Pro-A, Pro-M UKM berdemo

Pro-M UKM bantah berhubung kelayakan calon Pro-A bagi kerusi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

PETALING JAYA: Pilihan raya kampus di lima buah universiti masih berlangsung hari ini dengan kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) dan
Pro-Aspirasi (Pro-A) masing-masing bersaing sengit dalam merebut jawatan yang dipertandingkan.
Antara universiti itu termasuklah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM),
Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Namun menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang diterima FMT lewat petang ini mengatakan mahasiswa Pro-Mahasiswa UKM akan mengadakan demonstrasi dihadapan Pusat Penjumlahan Undi universiti terbabit.
SMS yang diterima daripada Ahli Majlis Tertinggi Pro-M UKM, Hilman Idham menyatakan demonstrasi itu akan diadakan jam 8 malam ketika penjumlahan undi diadakan.
Demonstrasi itu berikutan bantahan bertulis pihak Pro-M UKM berhubung kelayakan calon Pro -A bagi kerusi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan pagi tadi.
Menurut jurucakap Pro-M, Faiz Ismail ketika dihubungi FMT berkata calon Pro-A Nur Elfarra Mohammad didakwa tidak layak bertanding ekoran gagal menghadiri bengkel kursus yang diwajibkan pihak unversiti.
Namun setelah perjumpaan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP Musa Zainal Abidin kira-kira jam 12 tengah hari tadi menemui jalan buntu.
Menurut Faiz, pihaknya mendesak agar pencalonan calon Pro-A digugurkan, namun Musa mahu Pro-M menampilkan bukti berhubung dakwaan mereka mengenai Elfarra.
“Pihak Jawatankuasa Pelaksana terima bantahan bertulis itu dan mahu kami kemukakan bukti. Kami tampilkan dua saksi yang merupakan pelajar dari Fakulti Perniagaan yang mengenali Elfarra.
“Bukti utamanya adalah senarai calon yang hadir ke bengkel itu yang bukan ditokok tambah. Maka kami desak agar Musa memberi kerjasama dengan menyerahkan senarai itu, tapi beliau enggan kerana itu untuk rujukan beliau semata-mata,” katanya yang dihubungi FMT.
Bersikap ‘berat sebelah’
Faiz yang juga pelajar tahun akhir Fakullti Pendidikan mendakwa Musa yang bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan tidak sepatutnya bersikap ‘berat sebelah’.
“Bukti utama ada ditangan Musa…..beliau sepatutnya tidak berat sebelah dalam hal ini. Beliau patut beri kerjasama bagi bukti. Namun beliau enggan kerana beliau kata itu hak dia. Kami tanya staf UKM lain, mereka kata hanya Musa yang ada maklumat tersebut,” dakwa Faiz.
Faiz berkata akan berlaku kejutan pada malam ini, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.
Malah pihak calon daripada Pro-M bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan seperti mengambil tindakan undang-undang.
Sementara itu, Musa gagal dihubungi FMT bagi ulasan lanjut berhubung perkara ini.

Beza Harakah PAS dan Utusan UMNO: satu pandangan peribadi



Dua orang yang amat berkeras membantah ialah Aminulraasyid Yatiban dan Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob. Sejak awal lagi mereka berbincang bagaimana untuk menyegerakan rombakan Majlis Syura supaya saya tidak lagi menjadi Mursyid.
 
Oleh Wan Saiful Wan Jan
Kolum pertama saya dalam Harakah diterbitkan pada 26 November 2010, selepas saya berbincang dengan Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang akhbar itu pada 11 November 2010.
Nampaknya penglibatan saya dengan Harakah merupakan antara perkhidmatan yang paling pendek yang pernah saya lakukan.
Pada jam 7pm 18 Februari 2011, saya menerima SMS daripada Lutfi berbunyi “kolum saudara di harakah – ada masalah timbul, elok jumpa utk jelaskan hal ini.”
Saya membalas mengatakan perbualan telefon pun sudah mencukupi. Dan, pada jam 10.15pm malam yang sama, saya secara rasminya dibuang daripada menjadi kolumnis akhbar tersebut.
Sebenarnya saya tidak menerima satu sen pun daripada akhbar tersebut. Jadi mungkin lebih tepat jika dikatakan saya dibuang daripada kerja sukarela untuk akhbar PAS itu.
Lutfi menerima arahan daripada Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat untuk menamatkan kolum saya. Saya dimaklumkan ada beberapa orang tidak bersetuju saya diberikan kolum tetap.
Semasa perbualan saya dengan Lutfi, kelihatan seolah-olah artikel saya yang disiarkan pada 7 Februari merupakan salah satu masalah utama.
Artikel itu menceritakan mengenai satu seminar anjuran IDEAS di UKM pada 25 Januari 2011, yang dirasmikan oleh Dato’ Saifuddin Abdullah. Artikel itu juga menyentuh satu lagi majlis anjuran IDEAS pada 8 Februari untuk menyambut ulang tahun kelahiran Almarhum Tunku Abdul Rahman dan juga ulang tahun pertama penubuhan IDEAS. Ada beberapa orang yang tidak senang hati apabila ada penulisan dalam Harakah yang memberi promosi kepada “program UMNO”.
Saya tidak pasti pula program mana yang mereka maksudkan sebagai “program UMNO”. Semua yang saya tulis adalah mengenai program IDEAS.
Tetapi, yang paling ironis ialah komentar oleh panelis majlis IDEAS pada 8 Februari telah dijadikan bahan muka depan Harakah minggu itu. Nampaknya apabila kita mempromosi program itu, maka ianya salah. Tetapi bila program itu ada “mata” yang boleh mereka gunakan untuk politik murahan, terhegeh-hegeh pula letak di muka depan!
Saya perlu jelaskan di sini bahawa perbualan 15 minit saya dengan Lutfi sebenarnya tidak dapat mengenalpasti secara tepat artikel mana yang menjadi puncanya atau jika ada mana-mana satu kesilapan dalam penulisan saya yang menjadi sebab utama. Ini kerana sebelum artikel bertarikh 7 Februari itu disiarkan, telah dua kali Idris Ahmad memberi wahyu kepada Harakah mengenai kolum saya.
Oleh kerana itu, kedua-dua kami, iaitu saya dan Lutfi, beranggapan bahawa wahyu daripada Idris Ahmad itu sebenarnya bukanlah kerana mana-mana perenggan tertentu, tetapi lebih disebabkan isu personaliti dan sejarah.
Sejarah itu bermula dengan penyertaan saya dalam Parti Konservatif Britain pada tahun 2005, semasa masih memegang jawatan Mursyid Al-Hizbul Islami UK & Eire (HIZBI). Sebagai Mursyid, saya mempengerusikan Majlis Syura Pusat HIZBI.
Beberapa orang ahli Majlis Syura pada waktu itu membantah penyertaan saya dalam Parti Konservatif kerana bagi mereka ini menimbulkan persoalan mengenai ke mana wala’ saya. Bagi mereka yang biasa dengan sistem dalam PAS, isu wala’ merupakan senjata utama parti untuk memastikan semua ahlinya mengikut sepenuhnya arahan orang atasan. Jika berlaku sesuatu bantahan, maka yang bersalah ialah mereka yang tidak wala', dan si pemimpin pula biasanya selamat.
Dua orang yang amat berkeras membantah ialah Aminulraasyid Yatiban dan Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob. Sejak awal lagi mereka berbincang bagaimana untuk menyegerakan rombakan Majlis Syura supaya saya tidak lagi menjadi Mursyid.
Hasrat itu tercapai dalam mesyuarat Majlis Syura Pusat pada 8 April 2006 di Bewley Hotel, Manchester. Mesyuarat itu berakhir dengan Aminulraasyid berjaya mengambil alih jawatan Mursyid dengan sokongan kuat daripada Raja Ahmad Iskandar.
Mesyuarat itu juga dimaklumkan bahawa rupanya kedua-dua mereka telah terlebih dahulu menghubungi beberapa orang pemimpin PAS di Malaysia untuk mendapatkan sokongan. Aminulraasyid telah menghubungi Haron Taib dan Raja Ahmad Iskandar telah menghubungi Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Salahudin Ayub. Pada waktu itu Idris Ahmad ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Sehingga hari ini saya berpegang dengan pendapat bahawa mereka yang berada di luar negara bebas menyertai mana-mana pertubuhan yang mereka mahu. PAS tidak relevan dalam membuat keputusan mengenai hal sebegitu.
Tetapi jelas sekali golongan yang berpegang dengan fikrah kolektivisme amat kuat dalam PAS sehingga sebarang tindakan yang berbentuk individu boleh dihalang terus atas alasan “tidak wala’ ”. Mereka memang tidak berpuas hati apabila saya membantah keputusan mereka.
Inilah punca asal masalah yang menyumbang kepada penamatan kolum saya dalam Harakah. Nampaknya dendam itu berterusan sehingga sekarang!
Saya memang telah memaklumkan kepada Lutfi mengenai kemungkinan dendam itu akan timbul kembali jika saya diberikan kolum tetap. Tetapi Lutfi sebagai seorang gentleman berkata bahawa kita patut cuba dahulu.
Sehingga saat ini saya terus menghormati Lutfi sebagai seorang editor yang berprinsip. Masalahnya ialah dia bekerja di bawah indvidu-individu yang mempunyai kepentingan politik, sehingga kebebasan beliau terkongkong. Saya juga tidak mahu menyusahkan beliau kerana kesihatan beliau yang sedang terganggu, maka sebab itulah apabila beliau memaklumkan wahyu Idris Ahmad itu, saya tidak membantah langsung.
Pada peringkat awalnya, beliau ada menasihatkan agar saya tidak menulis perkara yang sensitif bagi PAS. Tetapi saya bertegas bahawa mereka tersalah jika menyangka bahawa saya akan menulis mengenai kebaikan Pas dan keburukan UMNO setiap masa. PAS bukan malaikat dan UMNO bukan iblis. Kedua-duanya ada kebaikan dan keburukan. Maka setiap kebaikan perlu dipuji dan keburukan perlu diperbaiki.
Pemberhentian ini menunjukkan masih ada yang tidak senang apabila ada orang yang mengatakan bahawa PAS tidak maksum.
Serba sedikit saya gusar juga apa yang akan berlaku terhadap kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara di Malaysia jika individu-individu seperti beberapa kerat pemimpin PAS ini mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Adakah mereka akan memberi kebebasan hanya bagi kaki ampu sahaja tetapi membunuh sesiapa yang tidak bersetuju dengan mereka?
Saya sebelum ini pernah mempunyai kolum dalam Utusan Malaysia yang bernama “Wau Bebas”. Tetapi saya berhenti menulis untuk Utusan kerana saya tidak gembira dengan nada editorial yang mereka gunakan. Bezanya, di Utusan, mereka hanya mengedit perenggan-perenggan yang mereka tidak suka. Jika ada artikel saya yang terlalu sensitif, maka mereka tidak menerbitkannya. Tetapi mereka tidak pula menamatkan kolum saya. Saya yang berhenti sendiri.
Sebaliknya, dalam akhbar Harakah milik parti “Islam” pula, apabila mereka tidak bersetuju, maka mereka terus bunuh! Nampaknya perbezaan antara PAS dan UMNO kini menjadi semakin ketara.

Dilema Pas: Islam Vs Bangsa

A Kadir Jasin

SETELAH gagal memanfaatkan pertemuan yang “dituan-rumahkan” oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Terengganu di ibu negara Disember lalu untuk mencari jalan sepakat ke arah perpaduan Melayu, Umno dan Pas terus ditekan oleh keperluan meyakinkan orang Melayu bahawa mereka adalah pilihan terbaik bagi orang Melayu.

Serentak itu, kedua-dua buah parti beteraskan Melayu itu terpaksa bertungkus-lumus meyakinkan rakan kongsi masing-masing bahawa kepentingan bangsa, kaum dan agama lain tidak diabaikan.

Pendirian Umno mengenai orang Melayu walaupun sudah terang dan terbukti, tetapi terus dihantui oleh kekangan antara dasar dan pelaksanaan. Pada akhir-akhir ini, kebimbangan dan keraguan orang Melayu memuncak semula akibat pengenalan gagasan serta dasar baru oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak seperti 1Malaysia dan Model Baru Ekonomi.

Bagi menjawab keraguan terhadap pendiriannya mengenai orang Melayu, Pas pada 19 Feb mengadakan “Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa” di Shah Alam, Selangor.

Menurut laporan media Internet dan media bebas, konvensyen itu bertujuan melenyapkan kritikan bahawa Pas anti-Melayu kerana kerjasamanya dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Antara kenyataan penting yang boleh dikesan daripada laporan-laporan itu adalah:

1. Hak orang Melayu akan hanya terjamin melalui pematuhan rapi terhadap prinsip-prinsip Islam dan penolakan supremasi Melayu (Malay supremacy).

“Jika orang Malayu mahu selamat, mereka perlu menjunjung Islam. Jika mereka mahu menjunjung konsep keagungan kuasa Melayu, mereka tidak akan selamat,” kata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

2. Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pula mengesahkan komitmen parti itu untuk “mengutamakan” orang Melayu.

Katanya, PR tidak pernah mengabaikan hak orang Melayu.

Tegasnya, walaupun Islam tidak berasaskan bangsa, tetapi “orang Melayu perlu diutamakan dalam agenda kita kerana mereka adalah bangsa dominan di kalangan pemeluk Islam di Malaysia.” dan

3. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution (yang hadir konvensyen itu) menyeru rakan-rakan kongsi PR membuat keputusan sama ada menjawab atau mengelak isu supremasi Melayu.

Ahli Parlimen Machang itu mengaku bahawa sejak pilihan raya umum 2008, terdapat peningkatan politik berasaskan kaum.

Percubaan Pikat Semula Pengundi Melayu

Malaysian Insider mengulas bahawa konvensyen itu adalah percubaan Pas menarik balik sokongan pengundi Melayu yang lari daripadanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia memetik contoh pilihan raya kecil Manik Urai, Kelantan pada tahun 2009 di mana majoriti Pas merosot daripada 1,352 pada pilihan raya umum 2008 kepada hanya 65.

Katanya lagi, undi Melayu terus berpatah balik kepada Barisan Nasional (BN) dalam beberapa PRK selepas itu sehingga berjaya merampas Hulu Selangor (daripada PKR) dan Galas, Kelantan (daripada Pas).

Seperti telah saya sebutkan dalam posting mengenai PRK Tenang, PR yang diwakili Pas mengalami kekalahan teruk. BN menang dengan kelebihan undi 3,707 atau 38.37 peratus undi popular.

Calon BN (Umno) Mohd Azahar Ibrahim memperoleh 6,669 undi (69.03 peratus) manakala calon Pakatan Rakyat (Pas) Normala Sudirman mendapat 2,992 undi (30.96 peratus). Undi popular BN naik 6.87% berbanding PRU 2008.

Dalam perkembangan berasingan tetapi pada hari yang sama, pengkaji politik, Dr Wong Chin Huat, dilaporkan oleh Malaysian Insider sebagai berkata, BN akan mendapat semula majoriti dua-pertiga di Dewan Rakyat jika trend pengundian oleh pemilih Melayu, seperti yang berlaku dalam PRK, berterusan.

Dr Wong, pensyarah Universiti Monash, berkata PR boleh hilang sehingga 34 kerusi jika Pas gagal menambah sokongan orang Melayu.

Dr Wong meramalkan DAP akan mengekalkan kedudukannya kerana kesemua kerusinya adalah kerusi majoriti bukan Melayu dan Bukan Melayu akan terus menyokong PR.

Tetapi, kata Dr Wong, antara tujuh hingga 10 peratus undi Melayu telah kembali memihak kepada BN dalam beberapa PRK lalu. Katanya peralihan lima peratus undi Melayu sudah cukup untuk menggugat kedudukan PR di Parlimen.

Pas Perlu Nyatakan Agenda Melayu

Kesimpulannya, walaupun Pas mengisytiharkan dirinya parti Islam dan menolak bangsa, namun ia terpaksa mengaku bahawa tanpa majoriti undi Melayu ia tidak akan berkuasa.

Pas berkuasa di Kelantan dan Kedah kerana ini adalah negeri majoriti Melayu. Ini adalah realiti politik Malaysia.

Tetapi pengiktirafan bahawa undi Melayu penting kepada kesinambungannya belum memadai.

Pas perlu mengemukakan barisan kepemimpinan serta agenda sosial dan ekonomi yang meyakinkan dan mengurangkan pergantungan kepada pemikiran sosioekonomi DAP dan PKR semata-mata.

Inilah yang ditekankan oleh Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid di konvensyen Pas itu apabila dia berkata Pas tidak akan mendapat kepercayaan dan sokongan orang Melayu sekiranya gagal memahami ekonomi masyarakat Melayu dan mencari jalan penyelesaian.

Katanya Pas masih belum mencapai tahap maksimum untuk mendapatkan sokongan orang Melayu keseluruhannya sambil memberi amaran agar parti itu tidak mengabaikan masalah ekonomi orang Melayu di peringkat akar umbi.

UPM: Pro-M tumbang ,,Pro-A terus berkuasa..!!

Sementara itu, keputusan tidak rasmi di Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukkan Pro-Aspirasi terus berkuasa.
NONEKumpulan Pro-Mahasiswa hanya berjaya mendapatkan 12 kerusi daripada 44 yang dipertandingkan.
Daripada jumlah 11 kerusi itu, 2 adalah kerusi umum, 8 kerusi fakulti manakala sebuah kerusi siswazah lanjutan.
Pro-Aspirasi pula mendapat 31 kerusi.

Sementara keputusan di tiga lagi universiti - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) keputusan dijangka agak lewat kerana menggunakan sistem manual.

Selain pengiraan kertas undi, pro-M merancang mengadakan demonstrasi besar membantah kelayakan calon lawan mereka pada jam 8 malam ini.

Di USM dan UTM pula keputusan dijangka diperoleh antara jam 9 hingga 11 malam.

Masturah menang kerusi umum di UM

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya (UM) termasuk calon yang hilang Masturah Abu Bakar memenangi pilihan raya kampus universiti yang diumumkan lewat petang ini.
Dalam keputusan yang diumum tadi, Pro-M memperoleh 23 kerusi termasuk kesemua sembilan kerusi umum manakala barisan Pro Aspirasi yang menguasai 16 kerusi dan dua lagi oleh ‘calon’ Bebas.
Sebanyak 41 kerusi termasuk sembilan umum dipertandingkan kali ini.
Keputusan pengundian yang dijalankan menggunakan sistem elektronik diumumkan pada pukul 6 petang tadi.
Masturah (gambar) dilaporkan hilang kira-kira 30 jam sejak petang kelmarin, ditemui selamat tengah malam tadi.
Pelajar jurusan syariah dan sains politik Islam memenangi kerusi umum.
Dia dikatakan hilang ketika berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam di sini, yang menjadi tempat penginapan luar pelajar UM.

Air mani Saiful dikesan di dubur sendiri..ha...ha..apa hal budak nie...!!!


KUALA LUMPUR, 21 Feb – Prosiding kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini “dikejutkan” dengan dakwaan peguamnya bahawa salah satu profil DNA dikesan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik pengadu dan saksi utama itu sendiri.
Ramkarpal Singh, salah seorang peguam Anwar berhujah, penemuan laporan kimia menunjukkan air mani yang ditemui pada bahagian rektal sebenarnya adalah milik Saiful (gambar) memandangkan profil DNA “12, 13” adalah lebih dominan berbanding profil DNA “Lelaki Y”.
“Saya mengesyorkan kepada anda profil dalam B8 adalah milik Saiful, oleh itu (ia) boleh ditafsirkan bahawa air mani yang dikesan di bahagian duburnya sendiri,” kata Ramkarpal di mahkamah hari ini.
Bagaimanapun Dr Seah menafikan perkara itu sambil berkata terdapat dua bentuk kesan di bahagian rektal iaitu sperma dan bukan sperma.
Profil DNA Saiful, menurut Dr Seah, tergolong dalam kategori pertama.
“Ya, meskipun profil DNA Saiful ‘12, 13’ dikategorikan di bawah pati bukan sperma, di mana Dr Seah tidak dijawab ialah DNAnya sendiri juga ditemui pada kesan sperma B8.
“DNA Saiful bukanya penyumbang utama dalam kes ini, tetapi ia juga dikesan dalam kedua-dua ekstrak,” kata seorang lagi penguam Anwar, Sankara Nair kepada The Malaysian Insider kemudian.
Terdahulu pagi tadi, peguam-peguam Anwar meneruskan pemeriksaan balas ke atas Dr Seah dengan meminta beliau mengulas mengenai kesahihan laporan kimia.
“Anda mempunyai situasi di mana pancutan (air mani) ke dalam dubur adalah 56 jam sebelum laporan (dibuat). Adakah anda menduga untuk melihat kemerosotan kualiti sperma dan DNA?” soal Ramkarpal.
Menjawab soalan itu, Dr Seah berkata, tidak perlu mengambil langkah-langkah tambahan untuk menentukan kemerosotan kualiti meskipun air mani berada dalam dubur selama 56 jam.

Konsep Politik Melayu Muslim...Mulanya Di Mana..?

Oleh: azhrddn

"Bangsa melayu adalah antara bangsa dunia yang malas membaca. Jika membacapun, mereka lebih suka memilih topik seperti kisah hantu,cinta, dongeng dan seumpamanya yang santai-santai.
Dalam soal konsep politik ini, tanyakan kepada pemimpin kerajaan muslim Malaysia, apa itu asas politik melayu muslim ? Tanyakan kepada Dr Mahadhir...Tanyakan pada rakyat melayu....
Apalah agaknya jawapan mereka.............ANALISIS LAH KONSEP POLITIK. MOGA SEGALA USAHA PARTI ADALAH IBADAH.

Memahami politik...memahami keperluan politik.....

KONSEP IMAAMATUL ‘ UZMA (الإمامة العظمى )
ATAU KHILAAFAH ( الخلافة ) / KHALIIFAH ( الخليفة )


Langkah awal dalam memahami Politik Quranik akan kita mulakan dengan memahami erti pemimpin negara melalui perbahasan konsep “ Imamatul Uzma” atau lafaz lain yang sama erti dengannya.

Sejak kewafatan Baginda SAW, persoalan kepemimpinan ummah diteruskan oleh sahabat-sahabatNya. Walaupun cara atau pendekatannya berbeza tetapi asas mereka tetap satu iaitu Al Quran.Oleh hal yang demikian sarjana islam dulu dan kini telah banyak mengupas persoalan kepemimpinan tertinggi melalui tajuk-tajuk seperti berikut :

• IMAMATUL “UZMA ( الإمامة العظمى)
• KHILAAFAH ( الخلافة )
• KHALIIFAH ( الخليفة )
• AD DAULAH ISLAMIAH ( الدولة الأسلامية )


Secara mudah terjemah makna tajuk-tajuk di atas adalah seperti di bawah :

Idea Imamatu ’Uzma bererti =Kepemimpinan Tertinggi.

Idea Khilaafah atau khaliifah bererti = Pengganti Baginda SAW iaitu
penerus risalah Nya di muka bumi.


Idea Ad Daulah Islamiah pula bererti = Negara yang diperintah oleh
Politik Quranik.


Keempat-empat kalimah ini sarat mengandungi maksud perbahasan konsep Politik Quranik yang sangat diperlukan oleh ahli politik atau seorang pemimpin.

Rakyat atau para pengundi terutamanya juga perlu menganalisis persoalan ini agar undi yang diberi adalah suatau ibadah dan bukan suatu yang merosak aqidah.

Walaupun istilahnya adalah Imamatul ‘Uzma, iaitu pemimpin tertinggi ummah seperti Khaliifah Ar Rasyidin yang empat sehingga Khaalifah terakhir umat islam iaitu Khilafah Uthmaniah , konsepnya atau ciri-cirinya atau sifat-sifatnya sangat bersesuaian untuk diterapkan ke dalam persoalan kepemimpinan secara umum.

Sebagai seorang islam inilah asas dan panduan tepat lagi kukuh untuk mendepani persoalan kepemimpinan atau politik.

Patutlah Melaka Maju, rakyatnya Rajin, tak macam negeri lain

Oleh: amkns

"Patutlah negeri Melaka telah mencapai taraf negeri Maju pada tahun 2010. Apa ke tidaknya orang Melaka ni rajin-rajin belaka. Tak banyak komplen, kerja saja. Kerajaan tak buat kerja pun tak apa, mereka boleh buat sendiri. Eloknya orang negeri lain contohi rakyat di negeri Melaka ni. Hiduplah Umno di Melaka , Dulu , Kini dan Selamanya. PAS Jangan mimpi untuk menang di Merlimau.

Tampal sendiri jalan berlubang
Sinar Harian 21 Feb 2011
BATU BERENDAM - Kecewa dengan aduan jalan berlubang tidak diambil tindakan, sekumpulan pekerja kilang mengambil inisiatif menampal sendiri lubang di Jalan PBB 1, Kawasan Perindustrian Batu Berendam, dekat sini.  
Mereka bertindak demikian kerana tidak tahan lagi dengan masalah kenderaan rosak akibat melalui jalan berlubang berkenaan.  Berikutan itu, mereka bertindak melakukan kerja menampal jalan secara bergotong-royong.  Difahamkan, lubang di jalan terbabit mempunyai kedalam kira-kira 15 sentimeter, manakala ukuran lilitnya melebihi satu meter.  
Seorang pekerja terlibat, Ramli Rahim, 48, berkata, seramai enam kakitangan dari kumpulan fasiliti, DLO Green Tech terlibat melakukan kerja berkenaan.  Menurutnya, mereka mengambil masa hampir dua jam untuk menyelesaikan kerja berkenaan dengan menggunakan simen.  
“Kita terpaksa lakukan sendiri selepas masalah ini langsung tidak diambil peduli oleh mereka bertanggungjawab.  “Kami semua tidak tahan kerana asyik mendengar rungutan daripada rakan-rakan termasuk daripada perkeja kilang lain yang pernah menjadi mangsa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa melakukan kerja berkenaan.  
Menurutnya, sebelum ini, ramai merungut kerana terpaksa mengeluarkan belanja ratusan ringgit untuk membaiki kenderaan yang rosak akibat melanggar lubang berkenaan.  Malah, katanya, dia sendiri pernah menjadi mangsa apabila rim keretanya bengkok.  
“Paling ditakuti apabila hari hujan dan lubang berkenaan akan dipenuhi air. Sudah pasti pengguna kenderaan tidak sedar wujudnya lubang berkenaan,” katanya.  
Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian di sekitar kawasan terbabit juga mendapati masih terdapat beberapa lubang yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya dan perlu diperbaiki segera. 

Prk Merlimau : PENGARAH POLITEKNIK BAKAL CALON UMNO?


Menjelang tempoh penamaan calon pada 27 Febuari ini di pilihanraya kecil Merlimau siapa yang bakal menjadi calon Umno/BN bakal terungkai. Melihat kepada kesungguhan Pengarah Politeknik Merlimau, Dr Arshad Kassim menjadikan kampus Politeknik Merlimau sebagai 'bilik gerakan Umno/BN" tidak mustahil beliau sedang melobi untuk dijadikan calon di sana.

Sejurus tidak lama selepas kematian wakil Rakyat Merlimau dari Umno/BN, pengarah politeknik Merlimau kelihatan begitu berbesar hati dengan menjadikan politeknik Merlimau yang pensyarah dan pelajarnya dilarang terlibat aktif dalam politik dijadikan sebagai pusat pelancaran jentera pilihanraya Umno/BN yang dirasmikan oleh Dato Seri Muhd Ali Rustam.

Selepas itu kita menyaksikan politeknik Merlimau cukup meriah dengan kempen politik Umno/BN. Sekitar kampus cukup meriah dengan bendera Umno dan BN dan gambar pemimpin yang sewaktu dengannya.

Apakah politeknik Merlimau dibina dari tabung Umno/BN? Jika begitu halnya maka saya mencadangkan agar Poiteknik Merlimau ditukar nama kepada politeknik Umno atau pun namakan aja dengan nama Politeknik Ali Rustam!

Mata Lelaki Makan Luar Dalam... hehehe..

Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.


Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

wasalam………………….

KITA BERPECAH BUKAN KERANA MAZHAB, TOK PA JANGAN ALIHKAN PERHATIAN

Oleh: WFAUZDIN NS
AKHBAR Sinar hari ini memetik kenyataan Tok Pa, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang hairan mengapa perpecahan sesama Islam berlaku di Malaysia khususnya di antara PAS dan Umno. Beliau khuatir perpecahan ini akan merebak ke tahap serius seperti yang berlaku di Bahrain, Iragh dan Lubnan.

Tok Pa menyatakan perpecahan disebabkan oleh perbezaan mazhab di antara Sunni dan Syiah di negara berkenaan memberi kesan kepada ekonomi dan keharmonian negara. Tok Pa juga kesal kerana PAS membawa isu agama yang keterlaluan. Begitulah di antara apa yang diluahkan oleh orang kuat Umno Kelantan ini.

Saya suka menjawab bahawa contoh perpecahan akibat berbeza mazhab seperti yang disebut oleh Tok Pa itu tidak pernah berlaku di negara ini. PAS dan Umno mempunyai mazhab yang sama iaitu kita bermazhab Shafie. Perbezaan PAS dengan Umno yang kununnya menyebabkan berlaku perpecahan sesama Islam ini bukan kerana perbezaan mazhab, tetapi menjurus kepada soal pokok Islam itu sendiri. PAS ingin menegakkan hukum Islam berpandukan Al-Quran dan Hadith yang semestinya berasaskan mazhab Shafie, manakala Umno secara terang-terangan menolak Hukum Islam yang diwajibkan oleh Allah untuk ditegakkan.

PAS menyeru ke arah kebaikan dan menentang kemungkaran seperti amalan rasuah, amalan perjudian, sistem Riba, aktiviti maksiat dan sebagainya. Manakala Umno tidak peka kepada ini semua bahkan pemimpin yang mereka sendiri tahu pernah mengamalkan rasuah dipilih untuk menjadi pemimpin besar. Jika tidak percaya cuba tanya Ali rustam, Khairi Jamaludin atau Isa Samad. Siapa kerajaan yang meluluskan lesen judi terbesar di Genting dan Lesen Kilang Arak terbesar di Shah Alam?

Dari segi aspek perundangan, PAS bercita-cita untuk menegakkan Undang-Undang Islam termasuk Hukum Hudud. Malangnya, Umno tidak pernah bersetuju dengan hukum tersebut malahan pemimpin mereka suatu ketika pernah mengutus surat kepada Kerajaan PAS Kelantan melarang hukum tersebut dilaksanakan di negeri berkenaan. Umno masih mengekalkan akta zalim Akta ISA yang tidak memberikan keadilan kepada mangsa yang dituduh di bawah akta tersebut. Siapakah yang berusaha melarang agar kes qazaf dalam isu Liwat DS Anwar untuk dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah seperti yang diajar oleh Islam? Mengapa perlu dipersendakan hukum ini?

Sebab itu saya katakan, perpecahan sesama kita jika ada pun bukan kerana perbezaan mazhab. PAS dan Umno jauh berbeza dari segi dasar dan amalan pokok di dalam Islam itu sendiri. Oleh yang demikian, Tok Pa jangan cuba untuk mengalih perhatian kepada isu di luar negara untuk menakutkan umat Islam di negara ini. /

Hadiah untuk Masturah - Pro-M Sapu Bersih 9 Kerusi Umum di UM.


Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya memenangi pilihan raya kampus universiti itu hari ini.
Mereka menyapu bersih kesemua 9 kerusi umum dan mendapat 14 kerusi fakulti.
Lawan mereka hanya berjaya mendapat 18 kerusi fakulti

Sidang akhbar Pekida dibatal saat akhir

Berdasarkan SMS yang diterima ia mungkin boleh mengancam keselamatan negara.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) bahagian Wilayah Persekutuan hari ini membatalkan sidang akhbarnya pada saat akhir atas alasan boleh memberi ancaman terhadap keselamatan negara.
“Pihak atasan terpaksa membatalkan sidang akhbar kerana ia boleh jadi ancaman terhadap keselamatan negara,” kata Dato’ Paduka Yang Di Pertua Ayahanda Roslan Dahman ketika ditemui di pejabatnya hari ini.
Tambahnya lagi, ‘pihak atasan’ tidak membenarkan sidang akhbar tersebut diadakan pada hari ini.
Pihak atasan adalah dipercayai merujuk kepada pihak polis dan kepimpinan tertinggi Pekida.
FMT sebelum ini menerima SMS perihal sidang akhbar ini pada hari Sabtu.
Berdasarkan SMS yang diterima FMT percaya bahawa isu yang akan ditimbulkan adalah berkaitan dakwaan individu tertentu mewakili Kesultanan Sulu.
Menurut individu yang menghantar SMS, agama Islam di Sulu telah dipolitikkan oleh orang Kristian Sabah.
SMS itu berbunyi: “Sidang Akhbar Perdana Menteri Sulu berkenaan agama Islam Sulu telah dipolitikkan oleh orang Kristian Sabah terhadap Kesultanan Sulu.”

Islam adalah agama dan politik

Oleh Subky Latif   
NOOR Azam dalam tulisan mingguannya dalam harian yang diterbitkan di Shah Alam bertanya apakah Islam itu agama atau politik? Jawapannya ialah Islam adalah agama dan politik.
Isu ini bukan baru tetapi adalah soalan lama yang sudah banyak diperkatakan dalam masyarakat Malaysia sejak wujudnya parti politik yang berjuang atas landasan Islam.


Pada peringkat PAS baru muncul ketika sama masa dengan Umno diambil alih pimpinannya oleh Tunku Abdul Rahman Putra bahasa yang digunakan ialah agama tidak boleh dicampurkan dengan politik hatta ada mufti menasihatkan orang politik supaya meninggalkan politik di pagar masjid apabila memasuki masjid.
Pandangan yang mengatakan agama tidak boleh dicampurkan dengan politik adalah golongan sekular, suatu fahaman yang memisahkan politik dengan agama.
Pandangan ini tidak terpakai dalam Islam. Ia mungkin tepat bagi agama-agama lain yang mengira bahawa agama adalah urusan spiritual, mengenai peribadatan antara makhluk dengan Tuhan yang menciptanya saja.
Fikiran itu menyimpang dari maksud Islam sebagai agama dan peradaban yang sempurna. Tidak lengkap Islam sebagai sebuah agama jika tidak ada sistem pentadbiran dan cara hidupnya.
Dan politik itu sendiri akan hanyut jika ia tidak dikawal dan dipandu oleh ajaran agama.
Pandangan yang memisahkan politik dan agama dalam Islam ini bukan sekadar menguasai fikiran dan kepercayaan orang politik yang rata-rata mendapat pendidikan barat, tetapi ia juga mengongkong fikiran setengah badan dakwah dalam dan luar negeri.
Setengah kalangan pendakwah tidak menggunakan bahasa jangan dicampur adukkan Islam dengan politik atau politik mesti dipisahkan dari agama, tetapi mereka menggunakan bahasa, mana ada politik dalam Islam.
Politik itu adalah sains bagi mengatur kehidupan dan bernegara. Dunia dan negara itu diwujudkan adalah untuk kegunaan manusia dan untuk ditadbirkan oleh manusia.
Telah wujud jin sebelum manusia yang menduduki bumi tetapi ia tidak ditugaskan untuk mentadbir alam. Ia wujud untuk mengabdikan diri kepada Allah saja. Demikian juga kewujudan malaikat untuk beribadat dan menjalankan perintah Allah semata-mata.
Tetapi penciptaan manusia bermula dengan Adam adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan menjadi khalifah Allah di alam bumi. Kerja khalifah itu adalah kerja politik.
Keseluruhan para anbia menjalankan dua fungsi itu. Ada nabi memimpin umat tanpa menjadi pemerintah tetapi ada nabi menjadi raja dan pemerintah seperti Nabi Daud a.s, Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf dan Nabi Ayub. Manakala nabi terakhir Rasulullah saw adalah imam dalam semua bidang baik dalam peribadatan dan urusan kenegaraan.
Al-Quran yang diturunkan bagi menjadi panduan manusia dan jin itu mengandungi urusan peribadatan dan urusan pimpinan serta pentadbiran. Ayat 2 surah al Baqarah bermaksud: Inilah kitab – Al-Quran – tidak ragu lagi adalah panduan bagi orang yang bertaqwa.
Sesiapa yang tidak berpandu kepada al-Quran bukan orang yang taqwa.
Ikrar dalam doa Iftitah di awal solat iaitu ‘solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah seru sekalian alam’. Dari ikrar ini disebutkan ibadat dan kehidupan itu disekalikan. Apakah yang terpenting dalam hidup selain dari politik yang menjadi alat kepada pentadbiran?
Mengeluarkan politik (hidup) dari ikrar ini menjadikan agama Islam itu tidak lengkap. Itulah fahaman sekular.
Sekarang sudah tidak ramai yang bercakap mengasingkan politik  dari Islam. Hatta para pemimpin Umno sudah menerima, agama tidak boleh dipisahkan dari politik. Cuma yang kurang ialah tidak bercakap tentang dosa dan pahala dalam urusan dan perbincangan politik.
Golongan dakwah Pakistan yang berpegang tidak ada politik dalam Islam, gempar apabila Benazir Bhutto menjadi Perdana Menteri. Pada mereka ada yang tidak kena dari segi Islam. Mengapa Benazir jadi Perdana Menteri? Sebabnya kira-kira tiga juta yang layak mengundi tidak mengundi atau tidak pedulikan politik yang dianjurkan oleh Islam.
Tanpa disedari golongan dakwah yang mengatakan mana ada politik dalam Islam, telah terperangkap dalam sarang politik sekular sama seperti fahaman politik orang-orang barat yang jelas menentang Islam.
Agama dan politik saling melengkapi Islam yang dibawa Rasulullah saw. Islam itu adalah agama ibadat dan ia juga agama politik. Tidak lengkap Islam tanpa politik dan tidak lengkap ia tanpa ibadat.

Malaysia beli peralatan pertahanan itu dengan harga 'gila-gila'

Apakah benar kos peralatan pertahanan negara melambung tinggi sehingga mencecah RM 6 bilion untuk enam kapal peronda pesisir pantai OPVs? Wartawan Harakah, NYZA AYOB cuba mengcungkil isu ini dari kaca mata Brig. Jen (B) Abdul Ghani Mahludin yang berpengalaman luas dalam bidang ketenteraan selama 31 tahun. Pada awal 1980-an beliau memegang jawatan Pengarah Perancang Pertahanan di Bahagian Staf Perkhidmatan Bersama, Kementerian Pertahanan sebelum bersara pada 1984.


Berdasarkan pengalaman saudara terlibat dalam bidang ketenteraan dan pertahanan negara, boleh jelaskan sedikit apa prosedur bagi sesuatu pembelian peralatan keselamatan negara?

BRIG. JEN (B) ABDUL GHANI: Saya terlibat dengan perancangan pertahanan negara berakhir pada 1982. Waktu itu perancangan yang saya buat bersama kumpulan saya selesai untuk kegunaan sehingga tahun 2000. Dalam pasukan tersebut kita tentukan untuk beli alat tempoh kegunaannya untuk 20 tahun. Ia termasuk untuk kegunaan tentera laut, tentera darat dan tentera udara. Prosedurnya kita lakukan tender dengan syarikat-syarikat daripada negara yang membuat peralatan tersebut. Dan mereka bida seterusnya kita beli dengan harga terbaik. Ia sama seperti  tender yang lain.  Bagaimana pun, saya tidak terlibat dengan urusan pembelian senjata atau peralatan ketenteraan. 

Jadi, apa peranan saudara?

Saya terlibat dalam merancang apa bentuk senjata yang kita perlukan. Musuh kita sekian rupa, ancaman kita sekian rupa, jadi bagaimana hendak mempertahankan negara? Contohnya pada waktu dahulu musuh kita yang terjauh ialah Vietnam. Jadi kita perlu beli kapal terbang, sampai ke sana jatuhkan bom dan patah balik. Jika tidak sempat balik dan tidak cukup minyak, kita kena beli kapal terbang untuk review mid air. Itu perancangan saya. Yang membeli peralatan tersebut angkatan tertentu. Mereka yang beli kapal terbang tentera udara atau kapal laut tentera laut. Saya cuma menetapkan apakah jenis senjata yang diperlukan untuk mengadap musuh sebelum musuh sampai ke negara kita.

Sejauh mana peralatan yang dibeli itu boleh membantu pertahanan negara?

Pada masa itu perancangan yang kita buat boleh bertahan untuk masa-masa tertentu sebelum kita minta bantuan daripada negara lain. Masa itu kita bersahabat dengan pertahanan lima negara iaitu Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan Britain. Kita ada menandatangani pertahanan skim lima negara. Malaysia salah satu daripada ahlinya. Maksudnya sekurang-kurangnya kita mesti pertahankan negara kita sebelum negara-negara lain dapat bantu kita.

Sepanjang maklumat yang diperolehi, adakah terdapat masalah  ketirisan dalam pembelian peralatan pertahanan negara memandangkan kita dapati harga yang dibeli semuanya tinggi?

Sewaktu saya berkhidmat dahulu, kami berbincang iaitu terdapat dua cara membeli senjata ini iaitu secara terus menerus. Bermakna kita membeli senjata negara ke negara (government to government).
Lazimnya pembelian senjata pertahanan negara tidak boleh dibeli terus daripada syarikat yang mengeluarkan. Ia hendaklah diluluskan oleh kerajaan tersebut barulah boleh dijual. 
Katakanlah kita hendak membeli sesuatu peralatan dari Amerika, kerajaan kita mesti mendapat persetujuan dahulu daripada negara itu. Apabila kerajaan Amerika dah luluskan barulah boleh jual dan barulah kita boleh beli. 

Bagaimana dengan kaedah 'orang tengah'?

Sejak zaman saya berkhidmat  lagi didapati Malaysia suka menggunakan kaedah 'orang tengah'. Biasanya orang tengahlah yang buat duit. Ini saya berani cakap. Semasa saya merancang pertahanan negara dahulu pun, sudah nampak perkara ini berlaku. Contohnya bagi harga peralatan tersebut kita kena bayar RM 1 juta tapi kita bayar RM2 juta. RM1 juta untuk orang tengah. Syarikat tersebut terima tidak sampai pun RM2 juta. Itu contohnya. Kemungkinan besar harga terlampau tinggi kerana adanya 'orang tengah' -  
BRIG. JEN (B) ABDUL GHANI: Berdasarkan laporan audit negara setiap tahun, Kementerian Pertahanan sering menerima kritikan mengenai kaedah perbelanjaan  yang peruntuk. Ini menunjukkan kementerian gagal buat pertimbangan?

Iya gagal itu... seperti kita menuntut ilmu, jika ada kesalahan cikgu akan membuat pembetulan dan komen tetapi ada kalanya kita buat tidak kisah. Itulah yang saya sifatkan di Kementerian Pertahanan.  Orang tegur buat tidak tahu sahaja. Sebab jawapannya... ini pertahanan negara. Sewaktu saya berkhidmat dahulu ada orang menggunakan kiasan pertahanan negara ini seperti insurans. Kita ambil insurans ini untuk keluarga kita, apabila kita meninggal atau apabila kita sudah tua, insurans tu digunakan semasa kita hidup. Jadi orang yang sekarang gunakan tidak dapat. Apabila kita sebut insurans premiumnya agak tinggi.

Jadi kenapa Malaysia beli peralatan pertahanan itu dengan harga 'gila-gila' tingginya berbanding harga sebenar?

Mengapa? Saya tidak dapat jawab. Tetapi saya boleh katakan antara sebabnya kerana menggunakan 'orang tengah'. Satu lagi sebab tentera tidak pegang duit. Senjata yang dibeli itu bahagian kewangan Kementerian Pertahanan yang bertanggung jawab. Kami tidak dibenarkan menggunakan wang. Kami boleh buat sesuatu, hantar bil pada mereka. Sebelum kami hendak beli, kami kena minta approval. Jika hendak beli kapal berharga RM1 juta, bagi tahu kepada mereka dan mereka memberi kebenaran untuk beli kapal tersebut dengan nilai RM1 juta. Apabila dapat bil, mereka yang akan bayar. Sama ada  mereka bayar RM1 juta atau lebih, kita tidak tahu. Kami tidak tahu perkara tersebut. Memang peraturan di Kementerian Pertahanan, pihak awam yang memegang bil dan duit, kami di pihak tentera cuma memilih barang apa yang hendak beli dan kami sentiasa dinasihatkan beli barang yang murah tetapi memenuhi keperluan pertahanan.

Pada pandangan saudara, kenapa kerajaan perlu bayar komisyen yang tinggi kepada 'orang tengah'?

Itu saya tidak dapat jawab juga. Kalau saya jawab saya menuduh orang. Dan mungkin tidak tepat. Saya boleh katakan sebagai contoh kita beli durian daripada orang kampung. Orang kampung jual satu bakul. Tapi saya jual di pasar mengikut harga saya. Mengapa kita beli peralatan pertahanan melalui orang tengah? Ia sama jugalah seperti orang kampung yang tidak dapat menjual terus kepada pembeli. Dia dah cipta sistem.

Mungkin 'orang tengah' boleh dipercayai dalam merahsiakan maklumat mengenai pembelian tersebut?

Dalam soal menentukan kemampuan alat itu bukan dia yang berhak. Dia yang menentukan harga. Yang menentukan alat itu baik atau tidak adalah tentera sendiri. Berdasarkan pengalaman saya, terdapat pegawai yang berpangkat kapten yang menguji alat tersebut dan mengesyorkan kepada orang atasan sama ada patut atau tidak peralatan tersebut dibeli. Soal menentukan peralatan memang pihak tentera tentukan tetapi mengenai pembelian peralatan dan harga ditentukan pihak lain iaitu pihak awam yang bertanggung jawab terhadap kewangan.

Sebagai contoh dalam kes pembelian kereta perisai, Malaysia beli daripada syarikat yang tidak berpengalaman dalam bidang teknologi dan pembuatan. Apa risiko atau kesannya kepada negara?

Jika tidak mempunyai pengalaman dalam pembuatan tersebut, dibimbangi apabila sampai waktu senjata itu nak digunakan... bertempur, kereta perisai tersebut hanya boleh digunakan untuk tempoh yang singkat sahaja. 
Berdasarkan pengalaman juga, apabila kita beli sesuatu alat itu, kita juga beli teknologi bagaimana hendak memperbaiki kerosakan tersebut. Bukan beli begitu sahaja. Kita ada juruteknik kita sendiri untuk  memperbaiki kerosakan tersebut -
BRIG. JEN (B) ABDUL GHANI: Mungkinkah terdapat salah guna kuasa dalam isu pembelian peralatan pertahanan?

Daripada segi harga yang disebut sebagaimana yang didedahkan dalam Harakah iaitu enam kapal peronda pesisir pantai OPVs yang didakwa 870 peratus lebih mahal daripada bayaran yang dibuat negara lain untuk kapal yang sama, kemungkinan memang ada. Jika tidak, kenapa sampai 870 peratus lebih mahal. Ia memang terlampau tinggi dan hampir 1000 peratus. Pada pendapat saya memang terdapat manipulasi daripada orang tengah. Itu saya berani cakap kerana berdasarkan pengalaman saya sendiri. Ia memang lebih mahal daripada negara lain yang membelinya. 

Kerajaan mengatakan pembelian kereta perisai tersebut tinggi kerana pemindahan teknologi...

Pemindahan teknologi itu merupakan satu keperluan kita. Begitu juga dengan negara lain. Seperti New Zealand, negara tersebut tidak mempunyai teknologi untuk membuat kapal. Negara itu juga perlukan teknologi. Tetapi kenapa negara tersebut dapat beli peralatan dengan harga lebih murah. Pendek kata pemindahan teknologi itu standard. Jadi kita memang kena latih orang kita untuk perbaiki segala kerosakan. Adakah kapal peronda yang dibeli ini yang baru atau yang lama? Kenapa perlu harga tinggi sangat? Kegunaan peralatan ini, hanya pihak tentera atau gerak gempur saja yang tahu. Orang awam biasanya memang tidak tahu. Itu alasan yang biasa mereka bagi. Pada saya alasan tersebut, alasan sedia ada. Bila alasan teknikal, orang bukan teknikal memang tidak boleh jawab.

Sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam pertahanan negara, apakah harapan tuan agar isu seperti ini dapat diselesaikan?

Kita memang akui peralatan pertahanan memang mahal. Dan apabila kita membelinya, kita bukan menggunakannya seperti menggunakan kereta untuk tempoh kegunaan sepuluh tahun. Ia untuk kegunaan 20 tahun dan jika kita boleh perbaiki sendiri kegunaannya sehingga 30 tahun sehingga tidak boleh diperbaiki lagi. Itu bermaksud kita membeli sebahagian daripada teknologi tersebut. Apabila kita gunakan untuk berperang, mesti kita guna dengan 'lasak' dan bukan boleh digunakan secara 'jimat cermat'.  Orang tembak kita, kita tembak orang balik. Jadi, kenapa  kita membeli dengan harga lebih mahal? Memang terbukti negara lain beli lebih murah daripada Malaysia? 

Adakah kita kena tipu? 

Jika kita kena tipu, orang yang bertanggung jawab membeli barangan di Kementerian Pertahanan kena buat semakan semula. Memang jelas kita negara yang beli dengan harga termahal. Kecualilah Kementerian Pertahanan boleh tunjukkan negara mana yang beli peralatan pertahanan ini lebih mahal daripada negara kita. 
Jika memang betul ada negara yang beli lebih mahal dari Malaysia, itu bermaksud Malaysia membeli senjata paling murah. Sepatutnya kita tidak boleh kena tipu. Dan saya berharap sangat kerajaan mesti memberi butiran secara jelas dan tidak memadai dengan alasan pemindahan teknologi. Itu tidak memadai. Sebagai seorang bekas  tentera saya memang menyokong pendedahan yang dibuat Harakah baru-baru ini - tamat

Fitnah II : Pakar kimia beri keterangan mencurigakan- Sankara Nair

KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berkata pihaknya terkejut dan kesal dengan sikap pakar dari Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong kerana tidak membentangkan fakta-fakta penting dalam perbicaraan kes fitnah 2 membabitkan Anwar.
Menurut Sankara,  keterangan pakar itu bahawa hanya terdapat tiga DNA ditemui pada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, mencurigkan.
Sedangkan katanya, analisa yang dibuat  pasukan peguam Anwar bersama pakar DNA dari Australia mendapati terdapat lebih banyak DNA ditemui pada sampel yang diambil dari tubuh Saiful.
“Kemungkinan terdapat lima atau enam (DNA orang berbeza) ikut analisa graf (yang dibentang).
“Kita bukan cakap sebarang. Ini yang mengejutkan,” kata Sankara ketika ditemui wartawan di luar perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sankara ketika membuat kesimpulan perbicaraan hari ini berkata, pihak pembela turut berasa hairan apabila Dr Seah tidak memberikan perhatian serta analisa khusus kepada kehadiran DNA sperma Saiful dalam duburnya sendiri sepanjang keterangannya sebagai saksi.
“Mengikut analisa, (DNA) sperma Saiful turut sama berada dalam duburnya sendiri.
“(Peliknya), Dr Seah sendiri keberatan mengakui perkara ini.
“Perkara ini mencurigakan kerana kita mengharapkan seorang pakar memberi keterangan secara bebas dan berkecuali,” kata Sankara.
Perbicaraan kes Fitnah 2 yang ditangguhkan pada jam 4.15 petang ini bersambung semula jam 830 pagi esok.

PAS mampu buat kejutan di Kerdau

Bagi sesetengah aktivis PAS di Pahang, pilihan raya kecil (di negeri itu) bagi mereka lebih baik tiada daripada ada.
Selepas beberapa pilihan raya kecil silih berganti dan berpindah dari satu negeri ke satu negeri yang lain sejak Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, sesetengah aktivis PAS dari negeri itu kalau ditanya bila pula di Pahang,  jawapan mereka boleh dikatakan hampir sama: "Harap-harap jangan ada Yang Berhormat Pahang meninggal dunia."
Beberapa faktor dipercayai menjadi sebab timbulnya kebimbangan seperti itu dalam kalangan aktivis PAS Pahang.
Salah satunya ekoran kecemerlangan Barisan Nasional (BN) negeri itu dalam pilihan raya umum lalu iaitu ketika di negeri-negeri lain, BN dikejutkan dengan pencapaian luar biasa parti-parti pembangkang yang kini bersatu dalam Pakatan Rakyat.
Selain itu, kewujudan tanah-tanah rancangan Felda yang begitu banyak di Pahang, sosio-budaya masyarakat khususnya masyarakat Melayu tradisonal negeri itu dan prestasi PR Pahang yang dikatakan kurang memberangsangkan turut menjadi faktor tambahan mengapa ada kalangan aktivis PAS Pahang tidak gembira jika berlaku pilihan raya kecil di negeri mereka.
Bagaimanapun bagi aktivis-aktivis tersebut, PRK tidak boleh lagi menjadi mimpi ngeri atau iguan buruk kepada mereka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun menetapkan 6 Mac ini sebagai tarikh membuang undi manakala 26 Febuari sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya Kerdau - sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang terletak dalam Parlimen Kuala Krau, Pahang.
Kerusi Dun Kerdau kosong ekoran Adunnya, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang 12 Februari lalu akibat serangan jantung selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya.
Malangnya, ketika ada kebimbangan aktivis PAS Pahang jika berlakunya pilihan raya kecil di negeri mereka, PAS negeri itu bukan sahaja perlu berhadapan dengan “sekadar pilihan raya kecil” tetapi satu yang dilihat sangat penting khususnya kepada PAS dan juga PR.
Kerdau ditakdirkan ketika graf prestasi BN dalam pilihan raya kecil berada dalam situasi menaik setelah mencatatkan kejayaan demi kejayaan dalam beberapa pilihan raya terakhir sebelum ini.
Kurang sebulan lalu, BN baru sahaja meraikan kemenangan mereka di Tenang, Johor dengan majoriti yang lebih besar menewaskan calon PAS.
Situasi yang sama turut dihadapi oleh PAS Melaka yang bakal berhadapan dengan satu lagi PRK di Dun Melimau pada tarikh yang sama.
Justeru, sama ada bersedia atau tidak, Kerdau dan Merlimau boleh dikatakan menjadi benteng terakhir kepada PAS untuk menyekat momentum BN atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti dengan jumlah yang besar untuk dijadikan mesej politik kepada rakyat Malaysia sebelum pilihan raya umum akan datang.
Dalam menghadapi situasi ini, Kerdau sebenarnya mempunyai potensi sangat baik kepada PAS untuk melaksanakan misi tersebut berbanding Merlimau yang dikatakan lebih sukar untuk PAS membuat kejutan dalam tempoh dua minggu sahaja lagi.
Dun Kerdau wujud hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR pada tahun 2003.
Jika sebelum ini Kerdau dalam Parlimen Temerloh, kini di bawah Parlimen Kuala Krau. Istimewanya Dun Kerdau ialah kerana kawasannya meliputi kedua-dua belah tebing Sungai Pahang.
Di sebelah pekan Kerdau kawasan mengundi menjajar sejauh kira-kira 15 kilometer bermula dari Desa Murni hingga ke Kuala Tekal. Sementara di seberang sebelah lagi Sungai Pahang, kawasannya menganjur dari Kampung Badok hingga ke Rumpun Makmur di seberang pekan Kuala Krau.
Walaupun timbul kebimbangan dalam kalangan aktivis PAS ekoran senario politik di Pahang, Kerdau sebenarnya menyediakan medan terbaik kepada PAS untuk memberi tentangan paling sengit kepada BN dalam Dun yang mereka kuasai dan negeri yang dikatakan antara kubu kuat mereka.
Daerah itu sendiri menyediakan banyak kelebihan kepada PAS yang hanya perlu dilihat lebih halus dari pelbagai aspek untuk digarap dengan baik seterusnya dijadikan bahan kempen pilihan raya, ia termasuklah aspek geografi, sejarah dan sentimen masyarakatnya.
Kisah stesen keretapi Kerdau, bangunan usang pekan Kerdau dan perkembangan mutakhir kampung-kampung tradisi serta penduduknya dalam daerah itu sebenarnya langsung tidak memberi kelebihan kepada BN sebagai parti yang memerintah selama lebih 50 tahun.
Manakala isu-isu tempatan yang dikatakan paling signifikan dalam sebuah pilihan raya kecil berbanding isu-isu bersifat nasional atau antarabangsa juga tidak kurang banyaknya di Kerdau.
Beberapa projek gagal di Gunung Senyum yang terletak dalam Dun Kerdau seperti 100 ekar tanaman nangka madu, projek ayam kampung dan ladang durian misalnya cukup kuat untuk dimanfaatkan memujuk pengundi supaya mengangkat calon daripada PR pula sebagai wakil rakyat mereka.
Begitu juga dengan masalah harian penduduk yang sudah berlarutan sehingga melampaui belasan tahun. Masalah air, rumah terbengkalai dan jalan rosak sentiasa menjadi perbualan dari masa ke semasa penduduk kawasan ini.
Selain itu, tiga kawasan Felda dan sebuah Fecra yang terdapat dalam Dun Kerdau tidak lagi dilihat sebagai benteng kebal BN khususnya dalam mendapatkan undi orang Melayu yang mendominasi 90 peratus pengundi daerah itu.
Lebih dari itu, kewujudan penempatan masyarakat peneroka ini sewajarnya menjadi kelebihan besar kepada PAS yang selama ini mengangkat isu Felda sebagai agenda penting dalam perjuangan parti.
Melalui Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah serta Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang diterajui salah seorang pimpinan pusat PAS tentulah tidak sukar kepada PAS dan PR menyusun isu demi isu sepanjang tempoh 10 hari yang diberikan oleh SPR.
Tambahan pula, Pahang merupakan antara kawasan Felda yang menjadi tumpuan Anak selama badan itu ditubuhkan.
Difahamkan, kebangkitan masyarakat Felda yang diuruskan oleh Anak dalam menuntut hak-hak mereka lebih ketara di Pahang berbanding negeri lain - selain sebahagian besar aktivis anak sendiri merupakan kalangan peneroka ataupun anak-anak peneroka di Pahang.
Justeru, BN yang akan diwakili Umno sudah pasti tidak mampu duduk dengan selesa sehingga 6 Mac depan dengan pelbagai beban isu yang perlu dijawab mereka dan PAS pula mampu membuat kejutan sekiranya dapat mengunakan semaksimanya segala sumber dan jentera yang mereka ada bersama sekutunya, PKR dan DAP.
Sementara itu, dalam tinjauan awal Harakahdaily, Pekan Kerdau sudah mula sibuk dengan petugas-petugas parti yang melaksanakan kerja-kerja awal pilihan raya. Pekan Kerdau dan kawasan-kawasan sekitarnya sudah mula bergentayangan dengan petugas-petugas parti yang bertanding.
Bilik-bilik hotel yang berhampiran (bandar Temerloh dan Mentakab) sudah penuh tempahannya sementara warung-warung makan sudah mula luar biasa larisnya.
Penyokong-penyokong parti bertanding dijangka akan berkunjung ke sini lebih ramai lagi dalam masa terdekat ini kerana lokasinya hanya sekitar 5 kilometer daripada susur keluar Tol Temerloh, melalui Lebuhraya Pantai Timur.
Kali terakhir berlaku pilihan raya kecil di situ ialah pada tahun 2000, ketika itu pekan Kerdau termasuk dalam Dun Sanggang yang kematian Adunnya Datuk Abdullah Kia.
Kerdau mempunyai jumlah pengundi seramai 9,082 orang berdasarkan buku daftar pengundi terbaru SPR. Daripada jumlah tersebut terdapat 8,182 orang pengundi Melayu (90.09 peratus), Cina 466 orang (5.13 peratus), India 166 (1.82 peratus) dan Orang Asli 268 (2.95 peratus).
Terdapat 13 Unit Pusat Mengundi di Kerdau meliputi kawasan pinggir bandar, kampung tradisional Melayu, estet, pekan lama serta tiga Tanah Rancangan Felda iaitu Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25.
Pada pilihan raya umum 2008 BN menang dengan majoriti 1,615 undi. Zaharuddin yang pertama kali bertanding sebagai calon BN mendapat 4,135 undi berbanding calon PAS Hasanuddin Salim yang memperoleh 2,520 undi.
Walau bagaimanapun keputusan tersebut dilihat satu kejayaan buat PAS kerana merendahkan undi BN sebanyak 950 undi daripada majoriti 2,565 undi yang diperolehi BN pada 2004.

Pemimpin Pakatan: Tiada tanda rombakan exco

Di sebalik kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam bahawa kemungkinan rombakan exco dilakukan bagi memantapkan pentadbiran negeri, pemimpin Pakatan mendakwa tiada perkara seumpama itu.

NONEExco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah memberitahu Malaysiakini, mesyuarat exco baru-baru ini tidak membincangkan mengenai rombakan itu.

Menurutnya yang juga setiausaha DAP Selangor, mesyuarat jawatankuasa parti negeri itu juga tidak membincangkan perkara tersebut.

Ketua PKR Selangor Azmin Ali juga berkata partinya tidak pernah membincangkan secara khusus mengenai rombakan exco negeri.

“Kami seringkali bincang dengan Mentri Besar, kelab penyokong kerajaan dan anggota exco untuk membincangkan pelbagai perkara... Pada penghujung mesuarat menteri besar akan memutuskan tindakan yang perlu diambil, sama ada mengkaji semula polisi negeri ataupun keperluan membuat rombakan.

“Itu prerogatif mentri besar,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Menurut seorang lagi pemimpin negeri DAP yang tidak mahu identitinya disiarkan berkata Khalid sebagai kuasanya sebagai menteri besar berhak memilih barisan exconya tetapi dari segi politik beliau mesti mendapat persetujuan parti-parti komponen Pakatan sebelum merombak kerajaan negeri.

“Sama ada menggugurkan pemimpin DAP daripada kerajaan negeri ataupun menukar portfolio mereka, Khalid perlu berbincang dengan pemimpin parti dahulu. Ini hak kami,” kata pemimpin itu.

bm version selangor state exco 2008DAP mempunyai 13 kerusi di Selangor, bilangan yang sama dipegang oleh PKR, manakala PAS menguasai lapan dan PSM memiliki satu kerusi.

Dalam kerajaan negeri, DAP dan PAS masing-masing mempunyai tiga kerusi exco manakala PKR diperuntukkan empat.

Tiga anggota exco DAP itu adalah Teresa Kok (Pelaburan, Industri dan Perdagangan), Ronnie Liu (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan) dan Ean Yong (Pembangunan Kampung Baru dan Penempatan Kilang Haram).

Spekulasi mengenai rombakan exco bertiup kencang selepas Khalid berjumpa dengan kelab penyokong Selangor di kediaman rasminya bulan lalu selepas membincangkan isu pentadbiran.

Beberapa ADUN dipercayai membuat aduan ke atas Liu yang didakwa terbabit dengan skandal dan pertuduhan lain sejak beliau dilantik sebagai anggota exco pada 2008.

Berikutan itu, Khalid semalam mengakui ada terdapat perbincangan antara pihaknya dan rakan-rakannya mengenai cadang memantapkan kerajaan negeri Selangor.


Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada rombakan exco akan diadakan.

Liu, yang disingkirkan daripada jawatankuasa pusat DAP Selangor pada pemilihan parti itu, November lalu dikatakan tidak disenangi oleh beberapa pihak.

Namun, adalah dipercayai pemimpin DAP pusat masih mahu beliau kekal dalam pentadbiran Selangor, di sebalik dakwaan Liu menjadi liabiliti bagi Pakatan Rakyat di Selangor.

Main Kotor : Mengapa SPR enggan terima bantahan

AMPANG, 21 Feb: Pihak-pihak yang bertanggungjawab digesa menjalankan penyiasatan terperinci ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana dibimbangi telah dijadikan alat oleh Barisan Nasional (BN) untuk mendapat kemenangan secara tidak bertanggungjawab dalam pilihanraya umum akan datang, terutama di Selangor.
Tindakan tersebut disyaki telah dilakukan oleh BN setelah kecewa dengan penerimaan rakyat tehadap kempen-kempen mereka di Selangor, sehingga mendorong para pemimpinnya menggunakan apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka.
PAS Kawasan Pandan dalam gesaannya telah menemui beberapa bukti berhubung perkara itu, sehingga menyebabkan para pemimpin dan ahli-ahlinya amat tidak berpuas hati dengan senarai pemilih baru yang dipamerkan oleh SPR dari 9 hingga 15 Februari lalu.  

Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar A. Samad menegaskan, terdapat tiga kekeliruan berhubung perkara itu iaitu pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tanpa nombor rumah, pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tidak wujud dan pemilih yang dikenalpasti tidak wujud di alamat yang didaftarkan.
Menurut beliau, mereka tidak faham kenapa masih terdapat alamat pemilih tanpa nombor rumah, pada hal terdapat pemilih-pemilih yang cuba didaftarkan oleh Penolong Pemilih mereka tetapi telah ditolak kerana alamat tidak lengkap.
"Jadi persoalannya sekarang, siapa yang telah mendaftarkan mereka? Kami juga ingin menyatakan rasa kesal di atas sikap pegawai-pegawai SPR di pejabat mereka di Shah Alam yang bersungguh-sungguh enggan menerima bantahan-bantahan kami," katanya pada sidang akhbarnya di Pusat Khidmat PAS Pandan di Pandan Indah, di sini, hari ini.
Selain itu, beliau juga amat kesal kerana pegawai-pegawai SPR di Shah Alam bertindak kasar dan tidak profesional ketika mereka mengadakan bantahan itu baru-baru ini yang ternyata mahu menolak bantahan-bantahan itu tanpa alasan kukuh.
Beliau yang juga Adun Chempaka menegaskan, pada hal bantahan-bantahan itu dibuat mengikut peraturan dan sebelum tarikh akhir yang telah ditetapkan oleh pihak SPR sendiri.
"Sikap SPR ini seolah-olah terdapat muslihat tertentu. Kenapa SPR begitu bersungguh-sungguh hendak menolak bantahan-bantahan yang dibuat oleh kami? Apa yang SPR cuba sembunyikan?" katanya.
Hanya setelah didesak dengan keras oleh mereka sehingga menimbulkan suasana kurang baik, jelasnya, barulah SPR telah menerima bantahan-bantahan itu.
Bantahan yang dibuat oleh mereka pada hari itu, menurut beliau lagi, melibatkan 7 orang pengundi muda di kawasan Dun Chempaka dengan lima daripadanya lelaki dan dua lagi perempuan.
Antara perkara yang amat mengelirukan pada pendaftaran pengundi tersebut, ada di antaranya bernama Melayu tetapi dicatatkan tinggal di kawasan kilang Cina, pada hal di kawasan kilang itu tiada sesiapa pun yang tinggal, apatah lagi orang Melayu.
"Tidakkah pelik dengan apa yang berlaku itu? Untuk melakukan bantahan pula bukan senang. Banyak prosedur yang terpaksa diikuti, selain dikenakan bayaran RM10 untuk bantahan setiap seorang dan RM200 untuk peringkat pendengaran oleh pihak SPR," tegasnya.
Dun Chempaka mempunyai jumlah pengundi 32,000 orang. Peningkatan pengundinya sejak PRU Ke-12 lalu hingga kini agak tinggi iaitu seramai 1,600 orang dengan tujuh daripadanya termasuklah mereka yang dibantah oleh mereka pada hari itu.