Ahad, 20 Februari 2011

Home Ministry out to create an army of spies?

Home Ministry out to create an army of spies?Members of Rela are being asked to “shop their neighbours” under a scheme announced by the government.
Rela is a volunteer paramilitary corp under the Home Ministry run by Prime Minister Najib Razak's cousin, Hishammuddin Hussein.
The ministry's secretary-general Mahmood Adam has announced that three million members of Rela, the Civil Defence and non-governmental organisations (NGO) would patrol the streets from August, to help the police tackle street crimes.
Under this new plan, ‘Rela would also serve as the eyes and ears of the government by gathering information on the needs of the people at the grassroots level’.
The joint effort between Rela and the police began last year and registered a drop of 17% in the overall crime rate. Mahmood hoped more volunteers would enrol.
He said, “We have more police personnel fighting crime as well as assistance from the General Operations Force and 5,000 Rela members. We are looking at getting members from Rela, Civil Defence and NGOs to also join in.”
Mahmood said that the training programme for the volunteers had already begun and patrols with the police, on a nationwide basis, would commence in August.
He said, “We are also expanding the patrol areas of identified hotspots in Selangor, Kuala Lumpur, Johor and Penang when the Rela-police patrols were first started last year.”
Ministers will doubtless claim that the scheme will help tackle problems such as petty theft, loitering, prostitution, drug production, illegal immigration and anti-social behaviour.
But critics will insist that this is a “dangerous” example of the Home Ministry encouraging unwarranted snooping of Malaysians against each other.
Mahmood will presumably depend heavily on public-tip offs. But how will he tackle malicious tip-offs?
The ‘moral police’ is already inundated with malicious calls from people who are peeved that their advances were rejected. The aggrieved party is piqued and will not hesitate to make false reports of khalwat against the other party, to teach them a lesson.
So how will Mahmood’s personnel monitor each call to ensure it is not a malicious one?
This Rela activity is another excuse for a volunteer snooping force under the pretext of tackling crime. It is an invasion into our private lives. Are we going to become another China during the Cultural Revolution or a North Korea or an Iraq during the Saddam Hussien years?
A recent CIA report claimed that the Chinese Communist Party currently employs a growing network of student informants who monitor political expression on university campuses and denounce professors and students for politically subversive or unconventional views.
Established in 1989 after the Tienanmen Square protests, the principal objective of the Student Informant System [SIS] is to ensure campus stability and to control the debate and discussion of politically sensitive issues.
The report added, “Students have had their scholarships revoked and their academic records penalised because of information provided by student informants that is sometimes highly subjective, such as facial expressions.”
“The SIS employs traditional political spying and denunciation techniques, seeking to create a ‘white terror’ (bai se kong bu) environment on campus — in which students and teachers fear surveillance more than arrest — to achieve and maintain influence and control.”
Malaysians will be horrified to learn that many Malaysian students studying overseas report that they are being ‘spied’ upon by agents of our government, who masquerade as students.
All these point to the insecurities with the BN government.
Najib must be really alarmed for if he cannot keep a check on his citizens by banning or censoring the internet, he will create “an army of citizen spies”.
We know that the state or local government pays for the police, using the taxes collected from us. So what is the police doing these days?
Three million Rela volunteer spies is worrying.
If the population of Malaysia is 28 million, then we have three million Rela policing 25 million of us. The demographics of Malaysia states that 68% of the population in 2010 is in the 15-64 years age bracket (or 19 million people). It is reasonable to assume that the government would want to keep an eye on this age group rather than the very young or the elderly.
Therefore, a further breakdown means that the three million Rela members will be spying on 16 million people. This is a shocking ratio of roughly 1 Rela informing on 5 members of the public.
When the Stazi was at its peak, there were 180,000 informants spying on a population of 16 million East Germans. East Germany was known to be a police state but their ratio of informants to population, is roughly 1:100, as opposed to Malaysia’s 1:10.
Mahmood said that “Rela would also serve as the eyes and ears of the government by gathering information on the needs of the people at the grassroots level”.
We say that this is state sanctioned spying. Police state? Definitely.

MEGAH SEORANG PEMBELOT!!


Apa pun keputusan mahkamah, Pakatan Rakyat tak rugi apa-apa sebaliknya beruntung kerana makhluk perosak sudah dihapuskan!!


Contohi Bob Lokman (masuk PAS), buang budaya takut

Oleh ZUNAR
Saya mengucapkan syabas dan mengalu-alukan penyertaan pelakon/pencipta lagu Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman ke dalam Pakatan Rakyat melalui PAS.

Seperti dimaklum, iklim seni dan budaya di Malaysia berada ditahap paling lekeh dalam soal hak asasi dan hak berpolitik. Karyawan dan aktivis seni sering dimomokkan tentang risiko yang akan ditanggung sekiranya menyokong atau menyertai Pakatan Rakyat.


Pelakon diugut disenarai-hitamkan oleh stesen-stesen TV, penyanyi dipulau oleh syarikat rakaman, aktivis teater pula dilarang mementaskan karya di Istana Budaya dan sebagainya.

Telah puluhan tahun momokan ini membelenggu fikiran golongan artis ia turut memandulkan kreativiti golongan artis. Ia memerlukan seorang yang berjiwa besar untuk merentas jalan memecahkannya dan Bob Lokman telah membuktikan.

Apa yang perlu sedari oleh golongan artis ialah tiada siapa berhak menghalang mereka untuk berpolitik. 

Dengan menyertai Pakatan Rakyat Bob Lokman telah melaksanakan haknya sebagai rakyat Malaysia untuk menyertai parti pilitik pilihannya. Beliau akan tetap berhadapan risiko dan aparat pemerintah dan saya percaya perkiraan itu telah diteliti beliau sebelum membuat keputusan.

Saya berharap lebih ramai golongan karyawan tampil mengikut jejak langkah Bob Lokman kerana hanya dengan cara itu ia berupaya merobek budaya takut yang menghantui mereka.

Bahkan mutu seni budaya negara yang selama ini suram akan kembali subur sekiranya ia dikerjakan oleh mereka-mereka yang berfikiran bebas.

Selamat berjuang Bob Lokman. Apa yang saya harapkan, beliau akan terus giat memperkembangkan karya-karya seni dengan lebih bernutu setelah menjejak kaki ke 'daerah perjuangan'.
Karya-karya Shahnon Ahmad, A Samad Said, Dinsman, Hishamuddin Rais, Meor, Pyan Habib dan sebagainya diangkat dan dihormati setelah mereka memilih berjuang bersama rakyat

Kapal Perang Iran Melintas Terusan Suez, Israel Geram


Teheran - Dua kapal perang Iran akan melintasi Terusan Suez, di Mesir. Ini merupakan kali pertama Republik Islam itu mengirim kapal perangnya sejak revolusi 1979. Keadaan ini diramal akan menambahkan ketegangan antara Iran dan Israel.

“Dua kapal perang Iran akan melintasi terusan dan akan menuju pelabuhan Suriah,” demikian dilaporkan stesyen televisyen berbahasa Arab Al Alam yang dipetik Reuters.

Keizinan untuk melintasi Terusan Suez diberikan tentera Mesir yang memegang kendali pemerintahan sejak Presiden Husni Mubarak mengundurkan diri pada 11 Februari lalu.

Tentera Mesir menyatakan, Negara Paramullah itu sebelumnya sudah meminta kebenaran untuk menggunakan Terusan Suez.

Pihak tentera sebenarnya sulit untuk memberikan izin tersebut mengingatkan Mesir adalah sekutu terdekat Amerika Syarikat dan dikenal dekat dengan Israel.

Kehadiran armada perang Iran di Laur Mediterania, sepastinya mengundang kecaman dari Israel. Menteri Luar Negeri Avigdor Lieberman menganggap hal ini sebagai provokasi.

Pihak berkuasa Terusan Suez yang mengumumkan maklumat melintasnya armada perang Iran ini, enggan memberi komentar. Menurut pihak berkuasa setempat kapal perang baru akan melintasi Terusan Suez pada hari Isnin, esok.

PRK DUN Kerdau: Siapa lawan siapa?

Temerloh - Umum sudah pun mengetahui bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau sudah pun diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan dilangsungkan pada 6 Mac depan serentak dengan PRK DUN Merlimau.

Melihat kepada keputusan itu, pastinya Barisan Nasional (BN) Pahang mahupun Pas Pahang sudah merangkan gerak kerja atau jentera parti masing-masing meskipun dalam tempoh yang amat singkat untuk melakukan persediaan.

Apa pun, PRK ini harus dilaksanakan sebagai satu proses demokrasi di negara ini yang mana sesuatu Kerusi DUN ataupun Parlimen perlu diisi apabila berlaku kekosongan seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Menyentuh mengenai PRK ini pastinya umum tertanya-tanya siapakah calon-calon yang layak untuk diletakkan oleh BN dan Pas dan kredibiliti calon-calon ini pastinya akan menentukan kejayaan kedua-dua parti yang bertanding.

BN akan mengumumkan calon PRK DUN Kerdau mereka pada Selasa ini. Malah Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob sudah pun menyerahan empat nama kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Difahamkan empat nama yang diserahkan itu adalah Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Bekas Adun Kerdau, Datuk Redzwan Harun, Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Krau, Abdul Razak Ahmad serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Krau, Norahan Abu Bakar.

Manakala bagi Pas pula, tiga nama yang difahamkan dipendekkan daripada tujuh nama pada peringkat awal adalah Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden Pas, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasaruddin Hassan Tantawi serta Ketua Penerangan Pas Pahang, Hassanuddin Salim yang juga bekas calon DUN Kerdau Pas pada pilihan raya umum 2008 yang tewas kepada Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari BN.

Bagaimanapun, siapa yang bakal bertemu siapa hanya akan diketahui pada Selasa (BN) dan Khamis (Pas) ini apabila kedua-dua parti yang bertanding menentukan calon yang sesuai untuk menggalas cabaran dalam PRK kali ini.

Adalah sesuatu yang amat menarik mengenai PRK Kedau pada kali ini apabila Pas dikatakan cuba meletakkan calon popular yang boleh menggugat BN yang pastinya mahu mempertahankan Kerusi Kerdau yang mereka menangi sebanyak 13 kali pilihan raya termasuk pilihan raya kecil Sanggang (1999).

Dengan 8,999 pengundi berdaftar dengan 88.36 peratus adalah Melayu, pastinya mana-mana parti pun tidak berani mempertaruhkan calon yang bukan Melayu kerana risikonya cukup tinggi.

Malah umum juga mengetahui bahawa Kerdau merupakan tempat pertama penubuhan Pas di negeri ini dan di situ jugalah letaknya Markas Pas Negeri.

Seperti mana yang dikatakan Tuan Ibrahim sendiri, peluang di Kerdau untuk Pas adalah 50-50 kerana banyak isu-isu boleh dibangkitkan terutamanya mengenai pembangunan di Kerdau sendiri sepanjang di bawah pemerintahan BN.

Sama ada isu yang akan dibangkitkan itu relevan atau tidak hanya rakyat di Kerdau sahaja boleh menentukan sama ada pembangunan yang diharapkan itu berlaku atau tidak.

Manakala bagi BN pula, peluang untuk mereka menang dilihat agak cerah berdasarkan rekod pilihan raya sebelum ini.

Mereka pastinya mahukan calon yang popular dan boleh menang bagi menggalas ‘wasiat’ yang ditinggalkan oleh Zaharuddin sebelum ini.

Penting bagi BN untuk menjelaskan kepada rakyat Kerdau mengenai pembangunan di kawasan itu agar keyakinan yang tertanam sebelum ini akan terus hidup subur di terus segar.

Apa pun segala keputusan terletak di tangan para pengundi yang akan menentukan siapakah wakil rakyat mereka pada 6 Mac nanti yang pastinya memperlihatkan satu pertandingan yang sengit.

Bagi BN pula tugas mereka adalah untuk mempertahankan kerusi adalah lebih penting daripada meningkatkan jumlah majoriti yang diperoleh Zaharuddin sebelum ini.

Manakala bagi Pas pula, kemenangan pada kali ini merupakan satu kejayaan menawan kubu BN yang sudah bertahan 13 kali pilihan raya. -SH


Kerdau: PAS putus calon Selasa, naib presiden antara pilihan

KUALA LUMPUR, 20 Feb — PAS akan memuktamadkan calonnya yang bakal bertanding di kerusi Kerdau Selasa ini selepas tiga nama diperakui oleh Dewan Harian parti itu hari ini, kata Naib Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.

“PAS Pahang telah mengangkat tiga nama pada hari ini di mana Dewan Harian telah memperakui ketiga-tiga nama itu. Keputusan akhir akan dicapai pada mesyuarat jawatankuasa kerja pusat Selasa ini,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengumumkan calon di Kerdau, Khamis ini.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang enggan berkongsi nama calon-calon yang diperakui oleh Dewan Harian pada mesyuarat hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan salah satu daripada tiga nama yang dipertimbangkan itu termasukla Tuan Ibrahim sendiri selaku Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Krau.

Sumber memberitahu kemungkinan PAS akan menurunkan beliau di Kerdau kali ini atas popularitinya di kawasan tersebut dan di Pahang.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan itu, Tuan Ibrahim memberitahu, “biar jawatankuasa pusat yang putuskan perkara itu dan nama calon akan diumumkan 24 Februari ini.”

Difahamkan ketiga-tiga nama yang diperakui hari ini merupakan anak tempatan kawasan Kuala Krau.

Pada 8 Mac 2008, Tuan Ibrahim bertanding di kerusi DUN Jengka.

Mesyuarat Dewan Harian PAS hari ini juga memutuskan untuk melantik Pengarah Pilihan Rayan PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman sebagai pengarah jawatankuasa induk pilihan raya kerusi DUN Merlimau.

Sebelum ini PAS melantik Tuan Ibrahim sebagai pengarahnya.

“Ada pertukaran, saya akan mengetuai jawatankuasa induk pilihan raya kecil Kerdau, Datuk Abdul Halim akan menjadi pengarah pilihan raya kecil Merlimau,” katanya lagi.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac sebagai tarikh pengundian manakala penamaan calon pada Sabtu ini.

Dalam pada itu, laporan Bernama memetik Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN), Selasa ini.

“Empat nama calon berkelayakan telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih bertanding, siapa saja yang dipilih akan diterima dan jentera BN akan memastikan kemenangannya,” kata Adnan.

Kata beliau, kerajaan negeri pimpinan BN akan menunaikan segala janji pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau yang telah dibuat bekas wakil rakyat kawasan itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan meneliti projek pembangunan yang dijanjikan sebelum ini mengikut keutamaan dan kepentingan rakyat.

“Kerajaan Barisan Nasional tidak berjanji kosong, setiap janji-janji itu kita akan tetap laksanakan untuk kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan jentera pilihan raya kecil BN untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau hari ini.

Adnan berkata, semua isu setempat di kawasan berkenaan juga akan diselesaikan secepat mungkin.

“Setakat ini tiada isu besar di Kerdau melainkan isu-isu berkaitan hak milik tanah dan berkaitan tanah, isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN pada pilihan raya kecil itu berkata, semua jentera pilihan raya BN kini bersiap sepenuhnya.

“Kita akan mengambil pendekatan bersemuka dan menemui pengundi bagi mengetahui masalah mereka dan setiap masalah mereka kita akan atasi,” katanya. -TMI

Nik Aziz 1 Dan 2 — Awang Selamat

Nik Aziz 1
20 FEB — Setelah banyak membawa kecelaruan kepada umat Islam di negara ini selain mencetuskan keresahan kepada masyarakat Melayu, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat bertukar nada.

Semalam, Nik Aziz menyatakan bahawa perjuangan terhadap Melayu perlu diutamakan. “Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia),” katanya.

Malah katanya lagi, kaum paling dominan adalah orang Melayu. Perubahan nada dan pendirian beliau itu mengundang persoalan. Selama ini, Nik Aziz mengetepikan hakikat Melayu perlu diberi lebih perhatian. Beliau langsung tidak mengambil kira soal sejarah, realiti masyarakat Melayu masih jauh ketinggalan dan keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Mana-mana pihak yang mengambil pendekatan memperjuangkan kepentingan Melayu, akan dianggapnya sebagai jahil.

Tetapi Awang tidak terkejut. Demi politik, Nik Aziz boleh berubah sekelip mata. Awang setuju dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Nik Aziz akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya umum dan kemudian menjadi pemerintah bersama dengan DAP dan PKR.

Hakikatnya di kalangan ramai orang Islam dan masyarakat Melayu, Mursyidul Am Pas itu dilihat sebagai ancaman kepada masa depan agama dan bangsa. Pendirian beliau dalam banyak isu termasuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama lain, tunduk kepada DAP dan mengetepikan agenda perjuangan bangsa, menghiris hati masyarakat Melayu.

Apabila pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menyeru umat Islam republik itu mengurangkan amalan nilai-nilai Islam baru-baru ini, Nik Aziz sanggup mempertahankan beliau.

Pada pilihan raya kecil di Tenang, beliau sekali lagi mencetuskan keresahan apabila mendakwa umat Islam yang tidak mengundi Pas adalah golongan jahiliah.

Kini Nik Aziz macam lalang ditiup angin terpaksa berpatah balik untuk menyakinkan semula masyarakat Melayu. Pada Awang, itu tidak cukup. Beliau sepatutnya memohon maaf atas banyak kenyataan dan tindak-tanduknya yang memudaratkan kepentingan agama dan bangsa.

Awang juga tertarik dengan perubahan strategi Pas sehingga terpaksa mengadakan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas.

Rasanya tidak perlulah Pas bersusah payah mengadakan konvensyen seumpama itu. Ia tidak akan memberi sebarang kesan selagi Nik Aziz dan beberapa pemimpin Pas terus dicucuk hidung oleh DAP dan PKR. — Mingguan Malaysia


Nik Aziz 2
Sudah sampai masanya Nik Aziz Nik Mat memerlukan kumpulan penasihat yang mantap bagi membantu beliau dalam mengeluarkan pandangan dan kenyataan media.
Jika tidak, Pas dilihat seperti organisasi pimpinan Ayah Pin. Buktinya, apabila Nik Aziz buka sahaja mulut, ia pasti mengundang padah kepada parti itu sendiri. Imej Pas akan menjadi lebih buruk dan parti itu seolah-olah melacurkan agama.
Terbaru, jawapan Nik Aziz kepada kritikan Dr. Mahathir juga longgar dan amat meragukan. Hujah-hujah Tok Guru tidak meyakinkan.
Awang hanya mahu menyentuh satu perkara iaitu penjelasan Nik Aziz mengapa beliau berbaik dengan DAP. Menurutnya, ia membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP. Dengan kata lain beliau mahu berdakwah kepada ahli-ahli dan penyokong DAP. Sampai ke manakah tahap dakwah itu, apakah sehingga mengislamkan ramai penyokong DAP? Nik Aziz kena perjelaskan hal itu sedalam-dalamnya untuk pemahaman masyarakat Cina dan juga menepis kekeliruan umat Islam. Tetapi Awang percaya Nik Aziz terperangkap dengan kritikan Dr. Mahathir. Ternyata beliau tidak mempunyai jawapan yang konkrit. Jika mahu berbaik dengan parti bukan Islam dan bagi memperkenalkan Islam, UMNO telah mempelopori usaha itu bersama MCA dan MIC seawal tahun 1950an lagi. Muafakat antara agama dan kaum telah lama dimulakan oleh UMNO pada ketika Pas sibuk mengkafirkan parti-parti bukan Melayu suatu masa dahulu. Lebih ramai bukan Islam memeluk Islam terutama di era Tunku Abdul Rahman kerana kesederhanaan dan toleransi agama Islam di bawah naungan kepimpinan UMNO. Yang sebenarnya menjadi isu sekarang ialah sikap Pas terutama Nik Aziz mengikut telunjuk DAP. Beliau tergamak melabel UMNO sebagai pihak yang kononnya tidak mengamalkan Islam tetapi menjulang DAP yang diketahui sentiasa cuba menggugat kepentingan Islam. Beliau terlupa bahawa kerajaan UMNO paling banyak mendirikan masjid, sekolah agama selain universiti Islam, Tabung Haji, memperkenalkan Bank Islam, instrumen kewangan Islam, insurans Islam dan banyak sumbangan lagi. Semua itu bukan hasil perjuangan Pas apatah lagi DAP.
Setakat ini, tiada apa yang menampakkan DAP akur kepada muafakat kepimpinan Islam dalam pakatan pembangkang. Sebaliknya, banyak kepentingan Islam tergugat angkara percaturan politik DAP sementara Pas menjadi picisan. Maknanya Nik Aziz gagal di samping membuka lebih banyak ‘pencerobohan’ ke atas kepentingan Islam di negara ini. Beliau juga ternyata takut kepada DAP. Penegasan berulang kali Pengerusi DAP, Karpal Singh ‘langkah mayat saya sebelum menubuhkan negara Islam’ tidak berani disanggah oleh Nik Aziz. Beliau menikus seolah-olah Karpal juga adalah Pengerusi Pas. Belum pernah dalam sejarah Pas, ada pemimpin yang dayus dan celaru seperti Nik Aziz. Belum pernah...Mingguan Malaysia.

YAMAN: Polis menahan ketua Pembangkang


Polis Yaman telah menahan Ketua Pembangkang Bahagian Selatan, Hassan Baoum pada Hari Ahad selepas beliau tiba di Kota Aden untuk menyertai perhimpunan bantahan anti kerajaan, kata anaknya.

Hassan Baoum di tahan bersama anaknya Fawaz di Naqib Hospital selepas dia menjalani pemeriksaan doktor.[ lagi ]

YAMAN : Pelajar teruskan tunjuk perasaan


SANAA, Yaman - Lebih kurang 3,000 pelajar menunjun perasaan di Sanaa University di ibukota Yaman, meminta President Ali Abdullah Saleh, meletakkan jawatan.

Sehingga hari ini sudah 11 hari mereka berhimpun di Yaman. Pada hari Sabtu lepas, anti rusuhan telah menembak peserta perarakan dan menyebabkan seorang terbunuh dan 5 orang tercedera. 7 orang telah terbunuh sejak bermulanya tunjuk perasaan ini.

Selanjutnya DI SINI

Pesta Memancing Undi Kali Ke 17 Di DUN Kerdau

SPR sudahpun mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi DUN Kerdau yang akan berjalan serentak dengan Merlimau.Bagi DUN Kerdau yang melibatkan tiga rancangan Felda,Umno tentunya akan menggunakan berbagai umpan daripada cacing,cengkerik hinggalah tuba untuk mempastikan BN terus kekal di DUN tersebut.

Felda yang semakin dipersoalkan ramai pihak seperti biasa akan turut diperlembukan oleh Umno BN untuk mempastikan benteng terakhir Umno di kawasan Felda tidak dapat ditembusi PAS.

Semalam Pengurus Pengurus Felda telahpun berkumpul di salah sebuah rancangan Felda yang terbabit.Ada yang ditugaskan untuk membuat kajian apakah yang dikehendaki oleh peneroka,semuanya hendak ditunaikan dalam pilihanraya ini.

Duit sesnya,tabung tanam semula,berbagai insentif semua akan dibayar.Maka lupalah peneroka akan hak mereka yang selama ini di nafikan Felda.Mereka pun jadi pening macam ikan kena tuba.Peneroka yang rumahnya disewa Umno bagai mendapat durian runtuh.Kalau peneroka yang serah ladang kepada Felda selama ini hanya dapat RM 1500 tiap bulan,tapi berkat 'mangkatnya' YB mereka di kawasan ini,mereka boleh dapat rezeki tiga empat ribu hanya dalam dua minggu kerana rumah mereka jadi pilihan untuk penempatan petugas Umno BN atau untuk dibuat Bilik Gerakan.Inilah budaya Pilihanraya Kecil di Malaysia.Kalau pilihanraya umum,tidak ler semewah itu.Maka berdoa lah para peneroka Felda dan orang kampung di tempat lain agar YB mereka pun 'mangkat' juga.

Pilihanraya Kecil dah jadi macam Pesta Memancing.Walaupun penganjur dah tetapkan jenis jorannya,mata kail dan umpannya,tapi ada juga yang tamak nak menang mudah,cara mengelat juga yang digunakan.Itulah Umno BN namanya.
Peta N28 Kerdau

Saifuddin: Ambil iktibar dari apa berlaku Mesir..jangan tekan anak muda..!!!~

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menjadi
antara orang yang pertama dalam kerajaan BN yang mengingatkan supaya diambil iktibar daripada apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia.

NONEJika pihak berkuasa menekan suara golongan muda - sedang mereka
mereka dapat mengikuti perkembangan politik di seluruh dunia - Saifuddin (kanan) berkata, tenaga mereka yang tidak dapat dibendung, akan hanya melimpah ke jalanan.

Senario pertama telah berkali-kali berlaku apabila mahasiswa
berdemonstrasi berhubung hak mereka terhadap pilihan raya kampus yang bebas dan adil.

Manakala minggu lalu, seratusan mahasiswa Universiti Malaya (UM) memecahkan pintu pejabat timbalan naib canselor kerana membantah penolakan calon daripada bertanding dalam pilihan raya kampus esok.

Dalam wawancara melalui emel dengan Malaysiakini, Saifuddin mengakui bahawa mahasiswa mahu suara mereka didengar.

"Ini adalah hak asas dan sejagat. Pihak berkuasa harus melayani hak pelajar. Jika pihak berkuasa menafikan hak-hak ini, maka pihak berkuasa tidak seharusnya menyalahkan pelajar jika mereka bertindak dengan cara yang boleh dradikal, dan sebagainya," kata Saifuddin.

BN Amalkan Undang Undang Sodiq Segaraga

Oleh: fezuljengka

"Baru saja SPR umumkan Pilihanraya Kecil Kerdau serentak dengan Merlimau,Umno Kuala Krau dah macam kena sawan. Tak sabar sabar belum lagi penamaan calon, bendera dacing dah penuh di semua peti undi macam esok dah nak mengundi.

Kalau di Tenang dan tempat tempat lain sebelum ni,habis bendera Pakatan Rakyat diturunkan oleh Majlis Daerah kononnya salah di sisi undang undang. Tapi bila BN yang pasang awal,mata penguatkuasa Majlis daerah semua jadi kabur. Bendera Pakatan Rakyat kalau kat permis persendirian pun mereka boleh nampak.

Selepas ini,anak anak muda yang sokong PAS tentu tak akan duduk diam melihat bendera biru yang menyakitkan mata mereka. Kalau mereka bertindak balas, mengibarkan bendera bulan purnama, menghijaukan DUN Kerdau sebelum penamaan calon,adakah pihak berkuasa Majlis Perbandaran Temerloh akan pejam mata saja.Masa ni lah mereka akan bercakap soal peraturan yang perlu diikuti. Semua peraturan yang nak diikut mesti menguntungkan Umno BN. Inilah undang undang Sodiq Segaraga.Kalau nak makan hanya boleh hidu baunya,kalau nak tidur hanya boleh di kandang kuda..



Bendera BN boleh dilihat di merata tempat dalam DUN Kerdau sejak SPR mengumumkan tarikh penamaan calon


PRK Merlimau : Najib Tak Abih-Abih Kencing Rakyat !!


Wakakaka!!..Awok, takde modal lain ke Najib? Pembangunan...ekonomi...awok ingat orang kampung tau ke? Bak kata Mahfuz dalam Bajet 2011 "orang kampung pakai bedak sejuk je". Kawan ni orang sekampung awok dari Pekan..kat sana pun awok kencing, kat Merlimau pun awok kencing lagi..Kesian kawan tengok awok ni..meraih simpati dengan mengencing rakyat je..babil betul awok ni!!melantun!! Wakaka!! Rakyat marhaen seperti kawan ni tak nok benda-benda tu..yang kami nok adalah subsidi ditambah, turunkan harga barang-barang keperluan,gaji naik, mansuhkan tol, turunkan bil utiliti..itu yang kami nak..Ini tidak ,makin "rakyat didahulukan" makin naik harga barang-barang, gaji tak naik-naik...Kat bawah ni kawan sertakan artikel kencing Najib...

PM Bangga Negara Capai Kadar Pertumbuhan Ekonomi 7.2 Peratus

JASIN, 19 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata negara mampu mengulangi pencapaian ekonomi yang membanggakan tahun ini jika momentum pertumbuhan ekonomi berterusan meskipun berhadapan dengan cabaran luar yang tidak menentu.

Bangga dengan pencapaian negara yang mencatat pertumbuhan ekonomi 7.2 peratus tahun lepas, dan menyifatkannya sebagai pencapaian tertinggi ekonomi negara dalam tempoh 10 tahun, Najib berkata ia didorong oleh langkah pengenalan dua pakej rangsangan ekonomi, selain pengurusan kewangan dan pengurusan sistem perbankan negara yang mempunyai kecairan serta pemantauan yang sangat baik oleh Bank Negara.

"Dan, tahap keyakinan berasaskan kepada ETP (Program Transformasi Ekonomi) kita telah menampakkan apa yang kita harapkan. Kita sasarkan enam peratus, namun kita dapat 7.2 peratus. "Saya percaya jika kita dapat meneruskan momentum ini, maka pencapaian yang membanggakan juga boleh kita capai untuk tahun 2011, walaupun menghadapi cabaran yang lebih besar untuk mencapai sasaran itu jika permintaan luar ataupun pasaran luar, lemah," kata Najib yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita, di sini Sabtu.

Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kini dalam rangka lawatan kerja sehari ke Melaka. Beliau diiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Semalam, Bank Negara mengumumkan ekonomi negara mencatat pertumbuhan 7.2 peratus, angka tertinggi sejak 2000, susulan pemulihan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, selain sektor eksport dan import yang semakin cergas.

Kerajaan yang melaksanakan pakej rangsangan membabitkan peruntukan RM67 bilion dua tahun lepas untuk merangsang ekonomi yang teruk terjejas akibat kelembapan dunia, sebelum ini mengunjurkan keluaran dalam negara kasar berkembang lebih 6.0 peratus tahun lepas. Tahun ini, pertumbuhan dijangkakan antara 5.5 dan 6.0 peratus.

Dalam pada itu, Najib berkata permintaan dalam negara adalah kukuh.  "Kita boleh lihat dari segi tambahan pelaburan domestik dan FDI (Pelaburan Langsung Asing) serta perbelanjaan penggunaan yang terus meningkat pada kadar yang tinggi manakala inflasi masih dikawal pada paras dua peratus.

Najib berkata beliau dapat melihat keceriaan penduduk di Merlimau itu yang memberi gambaran bahawa masyarakatnya, baik di kawasan bandar dan pinggir bandar, mendapat limpahan kesan daripada pertumbuhan ekonomi, seperti kontraktor-kontraktor besar kecil dapat projek.

"Dan, mereka yang merupakan pekebun-pekebun kecil, dapat keuntungan daripada peningkatan harga getah dan sawit, dan ini bererti bahawa kekayaan dalam negara kita ini dapat dirasai oleh rakyat jelata," katanya./Bernama

Akta Penerbitan: MCA Perlu Bawa Ke Parlimen-NUJ



SHAH ALAM 20 FEB: MCA digesa agar membawa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 untuk dipinda dalam Parlimen, kata Presiden Pertubuhan Wartawan Kebangsaan atau NUJ, Hatta Wahari.
Kata Hatta sekiranya MCA serius mahu mengubal akta tersebut, parti itu seharusnya membawa akta tersebut ke Parlimen untuk dibahaskan.
"Kalau MCA benar-benar serius untuk melihat Akta Mesin Cetak dan Penerbitan itu dipinda atau dihapuskan maka mereka juga harus serius membawa perkara ini ke kabinet," sarannya.
Terdahulu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyarankan penubuhan sebuah panel bagi menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya Menteri Dalam Negeri tidak diberi kuasa mutlak atau budi bicara dalam melulus atau membatalkan permit penerbitan.
Soi Lek turut berkata beliau memahami kebimbangan di kalangan wartawan dan pemilik media berhubung dengan akta tersebut.
Namun apa yang dikesali NUJ, sebagai pemimpin politik dan mempunyai kuasa untuk membawa perkara ini ke Parlimen tetapi hanya bertindak menzahirkan kebimbangan di luar sahaja.
"Saya mencadangkan MCA jika mereka benar-benar serius untuk melihat kepesatan media di negara ini dapat dilaksanakan mereka perlu mendesak kabinet mengubal akta tersebut," katanya.
NUJ berpendapat akta tersebut seharusnya dipinda memandangkan ia sudah terlalu usang, ketinggalan zaman selain tidak relevan lagi dalam teknologi maklumat hari ini.
"Sebenarnya akta ini telah terlalu lama, dari tahun 1984 maknanya sudah 20 tahun.
"Bermakna akta ini telah terlalu ketinggalan zaman, pada saya jika akta ini tidak dipinda maka industri media di negara ini akan ketinggalan zaman sedangkan media di dunia ini sentiasa berkembang," katanya yang lantang menyuarakan tentang kebebasan media.

HRP Pertikai Polis Tahan Pemimpin Ketika Forum Interlok




SHAH ALAM 20 FEB:  Parti Hak Asasi Manusia atau HRP mempertikaikan tindakan  polis menahan sekumpulan pemimpin mereka ketika berlangsung forum mengenai kontroversi ‘Interlok’ di Lunas, Kedah hari ini.
Setiausaha Agung Penaja HRP, P Uthayakumar ketika dihubungi Tv Selangor hari ini berkata pihaknya tidak berpuashati dengan tindakan polis itu yang disifatkan sebagai berat sebelah.
Ini tambahnya, berlangsung satu perhimpunan lain melibatkan pertubuhan lain tetapi tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa itu
Malah jelasnya klangkah pihak polis menahan tujuh pemimpin HRP dengan alasan tidak mempunyai permit juga boleh dipersoalkan kerana permohon permit sudah dibuat bagi tujuan itu.
Katanya, pihaknya menjangka tindakan sama akan dilakukan terhadap pemimpin parti itu yang menjalankan forum sama di Seberang Perai, Pulau Pinang.
 “Apa yang kami tidak faham kenapa walaupun di kedua-dua tempat ini   di Pulau Pinang dan juga di Kedah terutamanya apabila satu permit telah dipohon ianya telah ditolak tetapi semalam kita lihat di negeri Kedah seramai tiga puluh ribu orang telah berkumpul dan tidak ada masalah kenapa pihak Umno pihak kerajaan Umno mendiskriminasikan masyarakat India yang miskin,” katanya.
Katanya, HRP menganggap pihak polis tidak bersikap adil dalam tindakan mereka itu.
“Kenapa ada ketidakseragaman ataupun ketidaksamaanyang telah diperuntukkan dalam artikel lapan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak sama rata kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.
Tujuh pemimpin HRP termasuk Presidennya, W Sambulingam ditahan semasa berlangsung forum mengenai novel kontroversi ‘Interlok’ di Lunas, Kedah kerana forum diadakan itu tanpa permit.
Ketujuh-tujuh mereka telah dibawa ke balai polis daerah Kulim.
Polis, kata Jayathas dalam lamanweb kumpulan itu berkata, telah menyatakan bahawa forum itu diadakan secara haram selepas permohonan untuk mendapatkan permit ditolak.
Forum tersebut adalah sebahagian daripada kempen HRP, dengan acara kemuncaknya merupakan perarakan pada 27 Februari ini, bagi menentang rasis dan novel Interlok.
Interlok, yang ditulis oleh sasterawan negara, Abdullah Hussain, telah didakwa mengandungi unsur-unsur rasis.

Media Telus Bantu Rakyat Ubah Kerajaan



SHAH ALAM 20 FEB: Rakyat mampu mengubah kerajaan jika mereka mendapat maklumat yang telus dan benar mengenai apa yang berlaku di negara ini sekaligus mampu menilai kredibiliti sesebuah kerajaan yang menerajui negara ini.     
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi berkata demikian dihadapan kira-kira 400 orang ketika membentangkan kertas kerja 'Jaminan PAS' di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.
Beliau juga turut mempersoalkan mengenai sistem media di negara ini yang tidak mengamalkan sifat keterbukaan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.
"Kerana rakyat berubah bila ada maklumat,bila media terbuka hidup tertekan, tempat kita media tak terbuka hidup tak tertekan. Keadaan boleh berubah kalau maklumat tu sampai, kita terpaksa berdepan dengan Pilihanraya yang tidak adil dan tidak memberi tempat kepada kita," katanya.
Hadi turut mengulas mengenai masyarakat bukan Islam yang mula memberi kepercayaan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat apabila mereka yang bukan Islam mula mengundi pemipin Melayu sebagai wakil rakyat mereka.
"Orang bukan Islam mengundi, Dr Mariah menang, di sini menandakan boleh berubah, orang bukan Islam boleh berubah dengan melihat apa yang kita buat di Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah. Mereka bertemu dengan kita berdialog, bermesyuarat, orang  bukan Islam memberi kepercayaan kerana kita konsisten, boleh berubah dan dalam pru 13 kita mesti berubah," katanya.
Hadi menambah dalam ucapannya, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi namun apabila tiba pilihanraya umum, media utama hanya membuat liputan yang lebih mengutamakan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN), ini menunjukkan diskriminasi kepada parti-parti politik yang lain.
Beliau juga kecewa dengan sistem yang diamalkan kerajaan Malaysia yang mengehadkan ceramah-ceramah yang dilakukan parti pembangkang serta terpaksa meminta kebenaran pihak polis.
Semua wakil PAS kawasan daripada seluruh negara hadir dalam konvensyen sehari yang turut menampilkan ramai tokoh antaranya; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Budayawan dan Cendikiawan terkenal, Prof Emiritus Dr Abu Bakar Abdul Hamid dan Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid.
Turut mendapat perhatian adalah ucapan dan pandangan daripada Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail termasuk AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pakar Sains Politik dan Aktivis Sosial, Dr Wong Chin Huat.

When Indians become Malays

By John Doe
Ketuanan means anyone can join your Club. Insult the Club, and you've insulted their Religion. And of course, their Religion's God need defending. No matter how much any intellectual tries to "logic this one out" one cannot. Why does God need a puny human's defending? Humans are so tiny in the scope of things. There are 6 Billion humans on Earth. Earth is part of the Milky Way, which is in turn a part of the Universe, which has at least 200Billion stars ( no one knows exactly how many planets exist). If God can create all those 200Billion Stars, then surely He (or She) does NOT need your defending. Angels don't seem to need to defend their God, and if they do, I'm pretty damn sure that they'll do a much better job of it than a puny Human. Quote me a verse which says that Angels need to defend their God, and I'll physically EAT a Copy of ANY Holy Book which says that !!
 
So, the Club plays on this. Harping it over and over and over again. I ended the last post with "Indian Chinese Malay, Indian Chinese Malay..." as if no other people existed on this planet. Yes. the same planet in the Universe with at least 200Billion Stars. Indian Chinese Malay becomes thoroughly insignificant in the overall scheme of things for those who do any international trade at all. It is sadly, the only thing which both UMNO AND PR know how to shout. Over and over and over and over again. This is most unfortunate.

At least bring in the "Dan Lain-Lain" in your discussion. What are they? Dead Flies?

So "Race-Changing" seems to be a new-fangled thing. If you are a Muslim, then you are a Muslim. Why insist on Indian-Muslim to be used as your name-badge? You never hear Chinese-Hindu, or Indian-Christian used as a badge anywhere. Why? 

So, back to Indian Muslim. At which point is an Indian Muslim a Malay, and at which point is an Indian-Muslim, and Indian-Muslim? Why tag Mamak to mean Indian-Muslim, and NOT a Malay? Don't they, or shouldn't they mean the same thing? Mahathir certainly calls himself a Malay, instead of an Indian-Muslim!!  And since names (derogatory or otherwise are only man-made anyway) why not assign the word "Keling" to ONLY mean Indian Muslims who belong to UMNO? Would that be fair? or what if the entire society shifted the Word "Keling" to ONLY mean UMNO instead. Now that would be interesting. Politically-incorrect, but certainly interesting !! Shouldn't MIC be renamed "Malaysian Keling Club" instead then? If they need to "toe the Party Line" ?

Wearing clothes makes one Malay? What happens when you bathe? By this definition then, Khalwat is thus nonsensical, because if one is naked and humping, then, the qualifier no longer exists !! "I am UNDRESSED!! I CANNOT be a Malay because I am NOT wearing Malay clothes!! In fact, I'm not even wearing any clothes!! How can I be a Malay?"  

Speaking makes one Malay? So what happens when student go abroad to study? Will they force their lecturers to teach in Malay? By the same "qualifier", for the Malays who wish to drink, start speaking in English, or Javanese, because at that point you fail the qualifier to be a Malay. Salut !! Cheer !! Kampai !!

By the same qualifier, there can never be a Malay Baby born. Why? have you ever heard a baby speak Malay at birth? Uttering words like "Selamat Pagi Ayah dan Ibu" as the umbilical chord is snipped? What RUBBISH !!! What NONSENSE !!!

Acting Malay is even more ridiculous sounding. And what does that involve? I do know that in UMNO's case, it means being Corrupted. But what about the rest of the population? And another thing which irritates is this. Everyone thinks that there is a 60% Malay-Muslim population in Malaysia. Note that they always tag those two words together. I've always wondered why. Why not just 60% Malays? Or why not 60% Muslim? Are the two really the same? Are there really 60% Malay-Muslims in Malaysia?

Wanna look at some statistics? Dear BBC, CNN, Al-Jazeera, and every other Credible News-Agency, please note this and act appropriately. If the population of Malays=Bumiputras, then the 60% would be correct (despite the removal of Orang Asli's as Bumiputra). However one will immediately need to discount the Christian Ibans and Kadazans. And what is their population again? 0%? of course NOT !
 
How many people know that 75% of Borneo is Christian? and if you deduct that 75% Christians from the 60% Malay population, then what do you have left? You do the Math yourself. Maybe some might argue that you cannot be Malay if you are NOT a Muslim. then you will need to deduct those who are NOT Muslims out fo the Malay 60%. And what does that leave you with immediately? 30%? 35%? And one also needs to deduct the Orang Asli's out of this percentage as well. So how many Malays do you really have left? (Assuming that they need to be Muslim to qualify as a Malay)

It is no surprise that most Indonesians with the Minangs from Padang in particular giving the same estimates of the 30-35% Muslim percentage in Malaysia. Now. For 30% to rule the rest of the 100% simply translates as a Minority Rule. This is exactly how Apartheid is defined by the way.

So, when an Indian becomes a Muslim, he is called an Indian-Muslim. So what happens when an Indian joins UMNO what is he to be called then? A Pariah? A Keling? A Pariah-Keling? What? I ONLY quote from "Interlok" - the OFFICIALLY sanctioned RACIST BOOK by BN !!

Nik Aziz: PAS has not changed tack on Islam, Malays


Nik Aziz’s comments come on the heels of this morning’s Utusan Malaysia headlines.
KUALA LUMPUR, Feb 20 — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has denied allegations that PAS had abandoned its principles following its move yesterday to prioritise the dominant Islamic race in the country — Malays. Nik Aziz claimed yesterday that the Pakatan Rakyat (PR) coalition partner had never forsaken Malay rights and that it was Umno’s economic policies which had caused division and unequal distribution among the various races in Malaysia.
Utusan Malaysia today launched an all-out assault against PAS, with headlines on its front page titled “Nik Aziz ubah nada” (Nik Aziz changes tack.).
The Umno-owned daily claimed that Nik Aziz had finally “come to his senses” and PAS had changed its stance of being inclusive to all races to prioritising the Malay race.
“I did not change my views. This is a lie. What I said yesterday was that Malays needed to be prioritised in PAS’s agenda because they were the first race to embrace Islam.
“Seeing as PAS fights for Islam, who should it prioritise if not the Malays?” Nik Aziz told reporters today.
Utusan also quoted Kulim-Bandar Baharu MP Zulkifli Noordin, who told Nik Aziz to refer to the teachings of Prophet Muhammad SAW to “understand” that Malays should be prioritised.
The daily had also quoted Nik Aziz as saying that Malays needed to be “prioritised” as they were bumiputeras.
“PAS prioritises Malays because they were the first race in this country who became Muslims.
“Zulkifli Noordin is the sort of person who has maggots in his veins,” said Nik Aziz.
The Kelantan mentri besar claimed that many Malays in the country had strayed from the Islamic path and said that that was also why PAS was focusing its energy on attracting Malay support.
“All these accusations affect me, my struggle, followers especially those who have just begun to befriend PAS,” he added.
The convention, dubbed “Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa” (National Race Empowerment Convention) is seen as PAS’s attempt to attract Malay voter support which has been on the decline in recent years.
PR has seen a decline in Malay support since July 2009, when a by-election in the 99 per cent Malay seat of Manek Urai, Kelantan saw a previous 1,352-vote majority in the PAS stronghold drop to a wafer-thin 65.
Malays continued to swing towards Barisan Nasional (BN) in subsequent polls, from around seven to 10 per cent, allowing the ruling coalition to grab Hulu Selangor and Galas from PR.
The most recent by-election in Tenang, Johor, saw PR fail to make any headway among the mainly Felda Malays as BN swept over 83 per cent of Malay votes to increase its majority by over 1,200 votes.

Prk Merlimau : Ali Rustam sudah berani 'Bersabung' dengan Mat Sabu??



Lokasi: Berhadapan Markas Induk dan Penerangan di Taman Muhibbah, Merlimau Utara.

p/s: Banner ini di naikkan petang tadi bagi 'menyambut' kedatangan TG Hadi Awang dan Haji Mat Sabu yang berceramah di Merlimau Utara malam ini. Persoalannya siapa sebenarnya yang takut 'BERSABUNG' ..???

Cabaran Tak Perlu DiSahut..Tapi Terbukti Masa PRU Ke 13...!!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencabar pembangkang yang begitu berhasrat untuk memerintah negara supaya memperlihatkan Kabinet bayangan mereka kepada rakyat.

Namun beliau berkata kalau di negara luar, penubuhan Kabinet bayangan di kalangan parti pembangkang merupakan satu perkara biasa.

“Di Malaysia kita cuma ada Kabinet kerajaan sahaja. Pembangkang tidak mampu dan tidak tahu untuk memberikan portfolio kepada tokoh yang sesuai di kalangan mereka,” katanya semasa berucap di majlis jamuan rakyat dan sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Politeknik di Merlimau malam ini yang dihadiri kira-kira 10,000 orang rakyat.

Perdana Menteri berkata pembangkang merupakan parti yang belum diuji dan buat masa sekarang, mereka hanya pandai membuat gambaran untuk menunjukkan yang mereka padu.

“Tetapi macam mana mereka hendak tubuh kerajaan, kalau mereka masih gagal membuat perkara yang mudah (bentuk Kabinet bayangan) macam ini pun tidak mampu,” katanya.

Najib juga mengajak rakyat supaya memerhatikan keadaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini semakin nazak akibat perpecahan yang sedang berlaku dari dalam parti itu.

Beliau mahu rakyat melihat keadaan di mana seorang demi seorang pemimpin penting di dalam PKR meninggalkan parti itu seperti ketua pemuda, ketua wanita, ahli-ahli dewan undangan negeri dan Parlimennya.

Secara berjenaka, Najib berkata, beliau mahu menggelarkan parti PKR sebagai “Parti Keluar Ramai-Ramai”.

Mengenai PAS pula, beliau mahu rakyat melihat secara mendalam tentang janji-janji yang telah dibuat oleh parti itu kerana sehingga sekarang belum terdapat perkara yang benar-benar berkesan yang telah dilakukan parti itu kecuali melaungkan slogan semata-mata.

Perdana Menteri melahirkan rasa syukur kerana gagasan 1 Malaysia yang beliau ilhamkan diterima baik oleh rakyat ke arah mengerakkan negara dan rakyat ke tahap yang lebih maju. — Bernama

Selangor Kesal Hishammuddin Politikkan Isu Keselamatan Rakyat

Isu keselamatan rakyat Selangor

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor hari ini mengecam sikap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mempolitikkan isu keselamatan rakyat negeri itu.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, pihaknya kesal atas dakwaan Hishammuddin bahawa kerajaan negeri tidak pernah menolong membanteras jenayah.

“Tetapi pada masa yang sama menolak pula tawaran kami untuk menyediakan pasukan polis bantuan yang dicadangkan sejak Julai 2010,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ujar Faekah, “inilah akibatnya apabila pemimpin-pemimpin mengutamakan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat.

“Amat menyedihkan apabila tawaran kami yang dibuat berkali-kali ditolak dengan alasan yang lemah dan jelas menunjukkan bahawa keputusan itu dibuat demi menjaga air muka pemimpin Barisan Nasional,” katanya.

Kadar jenayah menurun, bukan alasan

Beliau berkata, kenyataan Hishammuddin bahawa kadar jenayah di Selangor kian menurun tidak boleh menjadi alasan untuk menolak tawaran Selangor menyediakan pasukan polis bantuan.

“Walaupun kadar menurun, namun bilangan jenayah masih lagi tinggi dan dalam jumlah yang bahaya,” tambahnya.

Menurutnya, nisbah anggota polis dan rakyat yang disyorkan oleh Interpol adalah 1 anggota polis untuk 250 penduduk.

Mengikut statistik 2011, Selangor mempunyai 11,700 anggota, yang mana hanya 30% yang bertugas pada satu syif. Ini bermakna dalam satu syif nisbahnya menjadi 1:1,424.

Jelas katanya, pasukan polis tidak boleh menampung keperluan rakyat. Kerajaan Selangor amat prihatin dengan suara rakyat yang semakin kuat mendesak pihak berkuasa mengambil pendekatan yang lebih teguh untuk menangani gelombang jenayah yang semakin mengancam rakyat.

Ujar beliau, “walaupun Menteri Dalam Negeri mempunyai pendirian yang lain, kami tiada ragu-ragu bahawa kadar jenayah belum berada ditahap yang cukup rendah dan jaminan keselamatan untuk rakyat perlu dipertingkatkan.

“Rakyat Selangor jelas masih tidak puas dengan tahap keselamatan dan semakin bergantung kepada syarikat-syarikat swasta untuk menjaga keselamatan mereka,” katanya.

Faekah berkata, wakil rakyat yang ikhlas dan bertanggungjawab seharusnya elak dari sombong dengan ‘pencapaian’ setakat ini tetapi tetap gandakan usaha dan bekerjasama dengan semua pihak demi menyampaikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

“Tiada alasan munasabah Kementerian Dalam Negeri menolak usahasama ini yang akan meningkatkan keselamatan semua rakyat di Selangor,” katanya.

Bagi kerajaan Selangor katanya, tiada sebarang unsur politik dalam cadangan kami untuk bekerjasama dengan polis dan Persekutuan untuk bersama mempertahankan keselamatan rakyat.

“Kami tidak mencari pengiktirafan atau berhasrat mengambil alih peranan pihak polis. Kami hanya inginkan kerajaan Persekutuan mengambil sikap yang lebih terbuka dan berpaksikan kepentingan rakyat, bukan kiraan politik,” katanya lagi. -FMT

Kefahaman Tentang Ketuanan Melayu Kritikal



SHAH ALAM 20 FEB: Tahap kefahaman ketuanan Melayu dikalangan kaum itu sendiri kini berada ditahap kritikal sehingga meminggirkan rasional dan bersifat emosi semata-mata, jelas Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail. 
Oleh itu, kata Saifuddin Pakatan Rakyat harus mendepani krisis ketuanan Melayu menjelang pilihanraya umum akan datang.
Beliau berpendapat terdapat tiga premis ketuanan Melayu harus dirungkai dan dipatahkan Pakatan Rakyat demi kebaikan merealisasikan negara demokrasi yang sihat, adil dan sakasama.
"Rakyat diracun hanya kuasa politik Melayu dipusatkan ditangan Umno, yang dijual sebagai parti politik paling dominan orang Melayu," katanya.
Dakyah ini kata Saifuddin akan menyebabkan bangsa Melayu khususnya golongan niagawan akan merasa tertindas dan kedudukan ekonomi Melayu akan terhakis tanpa bantuan kerajaan Umno.
"Sentimen ini diapi-apikan dengan tuduhan bahawa, diskriminasi besar-besaran bangsa Cina dan India dalam bidang swasta dan perniagaan," katanya.
Tambahnya lagi, premis ketuanan Melayu yang membawa pendekatan bahawa kedudukan orang Melayu hanya akan terjamin menerusi politik Melayu berkuasa ke atas bangsa lain dalam semua bidang juga harus diselesaikan. 
"Justeru cadangan-cadangan Pakatan Rakyat yang memberi bantuan kepada bangsa lain atau suara daripada bangsa lain yang mempersoalkan isu bersabit kaum Melayu dilihat dari lensa  yang sempit"
Beliau berkata demikian pada majlis Kovensyen Nasional Pengupayaan Bangsa- anjuran PAS semalam.
Mursyidul Am PAS,  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berucap merasmikan konvensyen dengan memberikan penekanan terhadap peri pentingnya masyarakat negara ini diberi kefahaman paling tepat dan memudahkan berkenaan ketuanan Melayu.
Semua wakil PAS kawasan daripada seluruh negara hadir dalam konvensyen sehari ini yang turut menampilkan ramai tokoh antaranya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Budayawan dan Cendikiawan terkenal, Prof Emiritus Dr Abu Bakar Abdul Hamid.

Kediaman "Gila" Kerabat Taib Mubarak..

Salah sebuah Kediaman Mewah Taib Mubarak (Mahmud)
Rumah Jamilah,Anak Taib Mubarak
Rumah Abang Taib Mubarak..Ali Mahmud
Rumah Abang Taib Mubarak..Tufail Mahmud (Ada 27 Bilik)
Rumah Abang Taib Mubarak..Arip Mahmud


Juragan : MasaAllah..betul kata member gua,slogan keramat
Umno
"Rakyat "Bangang" Pemimpin Haprak Berkuasa"

Renunglah Sebahagian Khutbah Akhir
Rasullullah Sebelum Wafat..

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini
dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta
setiap muslim sebagai amanah suci."

"Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada
pemiliknya yang berhak.Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang
lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya
kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat
perhitungan di atas segala amalan kamu."

Ada Yang Tidak Kena Disebalik Keyakinan Tinggi BN Kedah



SHAH ALAM 20 FEB: Keyakinan tinggi yang ditunjukkan Umno- Barisan Nasional(BN) Kedah untuk merampas semula Kedah yang diterajui PAS, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz dipetik berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata pihaknya yakin dapat menawan 31 kerusi DUN Kedah daripada 36 yang dipertandingkan.
Hujahnya sasaran itu tidak mustahil pada PRU ke-13 kali ini memandangkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya nampak bahawa keyakinan BN ini lebih kepada menunjukkan bahawa akan wujudnya satu pilihanraya yang tidak bersih akibat daripada konspirasi antara Umno-BN dengan Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) dan pihak-pihak lain yang terbabit seperti Jabatan Pendaftaran Negara den sebagainya,"katanya.
Tambah beliau lagi, BN tidak wajar mengambil kesempatan dengan menggunakan kuasa yang ada bagi memanipulasi pihak-pihak tertentu dalam menjayakan misi mereka untuk menawan semula negeri Kedah. 
"Jadi disini juga saya meragui apa yang akan berlaku di negeri Kedah kerana pada saya bahawa BN tak akan boleh menang kalau melalui proses biasa, maknanya BN tak boleh menang hanya mengharapkan kepada pengundi yang sedia ada di Kedah.
"Kerana pengundi-pengundi tersebut sudah dapat melihat perbezaan yang berlaku di dalam pemerintahan yang ada sekarang ini berbanding dengan kegagalan yang ditunjukkan oleh pemerintahan Umno-BN," jelasnya.
Mahfuz turut memberi cadangan supaya sebuah badan pemantau bebas dari luar negara di wujudkan dalam membuat pemantauan sebelum pilihanraya bermula, kerana dengan adanya badan seperti ini maka ia dilihat tidak akan memberi kepentingan atau menyebelahi mana-mana pihak.
Cadangan Mahfuz ini adalah berikutan SPR meragui badan pemantau yang sedia ada di negara ini yang dikatakan lebih berpihak kepada pihak pembangkang.   
"SPR sendiri tak dapat menerima laporan pemantau pilihanraya yang ada, jadi kalau SPR tidak boleh mendengar segala kritikan dan teguran yang dibuat mereka ini, maknanya mereka boleh ambil pemantau daripada luar jika khuatir mereka berpihak kepada pembangkang," katanya.     
Ketika ini, PAS menguasai 16 kerusi DUN Kedah diikuti, PKR 3 dan DAP (1) dan dua wakil rakyat Bebas, yang sebelum ini merupakan anggota DUN PKR. Manakala BN memiliki 14 kerusi.

Dedah 49 Syarikat Berkait Taib, Ini Masa Terbaik- Baru Bian



SHAH ALAM 20 FEB: Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan, yang membela Masyarakat Asal di Sarawak bercadang menyenarai 49 syarikat ada kaitan dengan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya yang dianggarkan bernilai berbillion ringgit di serata dunia.
Setelah memerintah selama 30 tahun, bagi Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak, Baru Bian berkata ia adalah masa yang tepat untuk bertindak setelah sekian lama Taib Mahmud dan keluarganya mengaut keuntungan atas penindasan ke atas rakyat Sarawak.
"Masanya telah tiba, segala skandal Taib Mahmud dan keluarganya disebar dan dibuka,"katanya.
Menurut 'The Bruno Manser Fund' atau BMF, senarai tersebut akan diterbitkan minggu hadapan dengan meminta semua pihak berkuasa yang terlibat membekukan semua aset Taib bagi memulakan siasatan.
Senarai tersebut akan diterbitkan pada hari Isnin ini dengan memfokuskan kegiatan rasuah dan korupsi Taib Mahmud sepanjang tiga dekad mentadbir negeri Sarawak. 
Namun, Baru mempersoalkan adakah pendedahan tersebut tersebut akan ditangani oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seadilnya.
"Kalau laporan ini dikeluarkan nanti, persoalannya adakah SPRM atau pemerintah akan mengambil berat laporan ini, terdahulu pihak kami ada membuat laporan berhubung harta Taib yang berbillion ringgit, sehingga sekarang tiada reaksi daripada SPRM," katanya kepada Tv Selangor.
Baru Bian berharap badan yang bertanggungjawan seperti SPRM mampu bertindak seadilnya tanpa pengaruh mana-mana kepentingan politik.
Mengulas kebangkitan rakyat Sarawak sejak kebelakangan ini, Baru Bian menyeru rakyat Sarawak khususnya masyarakat Orang Asal di negeri itu untuk membuat pilihan yang bijak dalam menangani masalah Tanah Adat Bumiputera (NCR).
Katanya, dasar kerajaan Umno-BN yang mengenepikan hak rakyat harus dihentikan segera dan kini sudah sampai masanya, perubahan benar-benar diperlukan di bumi Sarawak.

Kabinet Bayangan: PM Tak Faham Istilah- Tian Chua


SHAH ALAM 20 FEB: Cabaran Datuk Seri Najib Razak agar Pakatan Rakyat(PR) menamakan 'Kabinet Bayangan' menunjukkan Perdana Menteri itu tidak faham dengan istilah berkenaan.
Mengulas isu ini, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menganggap cabaran ini  tidak masuk akal jika kerajaan sendiri tidak mengiktiraf kewujudan 'Kabinet Bayangan' tersebut.
 "Perdana Menteri tak faham, kita hanya boleh adakan 'Kabinet Bayangan' bila ada pengakuan dari parti pemerintah.
"Kabinet Bayangan merupakan satu janji kepada rakyat bila kita menang kita akan lantik sekian nama untuk menjadi menteri, dia bukan portfolio, kalau kita kata Kabinet Bayangan, Menteri Kewangan, Tony Pua, maksudnya selepas kita menang tak boleh lantik orang lain.
"Ini tidak pernah berlaku di Malaysia, tak mungkin kita bagi janji ini sebelum kita menang, Najib pun tidak ada Kabinet Bayangan, kalau dia menang hanya rombakan akan dibuat," katanya kepada Tv Selangor.
Menurut Tian lagi, perancangan yang dibuat oleh PR adalah dengan menubuhkan panel bayangan sahaja dan ia telah ditubuhkan sejak dua tahun lalu, namun kerajaan Barisan Nasional tidak mengiktirafnya, jadi bagaimana Perdana Menteri mencabar PR untuk mewujudkan Kabinet Bayangan.  
"Najib pun tak bersedia untuk berunding dan bekerjasama dengan pembangkang jadi ini maksudnya mereka hipokrit bila dia kata kita tak tubuhkan Kabinet Bayangan," katanya.
Beliau juga membidas kenyataan Najib yang menuduh PR merupakan parti yang belum diuji dan buat masa sekarang hanya pandai membuat gambaran sahaja.
"Kita boleh tunjuk kerana kita telah memerintah di beberapa negeri dan negeri-negeri ini kita bolehlah gambarkan apabila kita memerintah seluruh negara apakah gambaran kasar corak pemerintahan kita," jelasnya.
Najib berkata demikian ketika sambutan Tahun Baru Cina, di Dataran Politeknik di Merlimau, Melaka malam tadi.

Habuan Prk : Lebih 100 program turun padang bagi bantu masalah penduduk

JASIN, 20 Feb — Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menyusun lebih 100 program turun padang untuk meninjau dan membantu penduduk di ladang, kampung baru dan kampung terpencil di Melaka dan Negeri Sembilan pada tahun ini.
Timbalan Menterinya Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata menerusi program itu maklum balas masalah penduduk dapat dikenalpasti untuk diberikan bantuan sewajarnya.
“Dalam program saya ke Melaka sebagai contoh tidak banyak masalah secara keseluruhan cuma dari segi kesihatan dan pelajaran bagi mereka yang hendak masuk ke universiti,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Ladang Kempas, Chinchin di sini hari ini.
Beliau melakukan kunjungan rumah ke rumah dan menyerahkan hamper bagi penghuni Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal di ladang itu yang mempunyai hampir 50 keluarga majoritinya penduduk keturunan India.
Ladang Kempas itu terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang akan menghadapi pilihan raya kecil pada 6 Mac depan.
D’Cruz berkata beliau berpuashati dengan sokongan penduduk di ladang itu kepada Barisan Nasional (BN) ekoran hasil maklumbalas dari lawatan beliau tersebut.
“Saya meminta mereka dan masyarakat India keseluruhannya untuk menyokong BN sebagai pernyataan terbaik kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri,” katanya yang juga naib presiden kanan parti PPP.
Beliau berkata menerusi undi itu kerajaan boleh membantu mereka dalam pelbagai perkara.
Turut hadir dalam lawatan itu ialah Pengerusi MIC Melaka Datuk R.Perumal dan Pengerusi PPP Melaka Datuk Chiw Tiang Chai. — Bernama

Prk Kerdau: PAS putus calon Selasa, naib presiden antara pilihan


KUALA LUMPUR, 20 Feb — PAS akan memuktamadkan calonnya yang bakal bertanding di kerusi Kerdau Selasa ini selepas tiga nama diperakui oleh Dewan Harian parti itu hari ini, kata Naib Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.
“PAS Pahang telah mengangkat tiga nama pada hari ini di mana Dewan Harian telah memperakui ketiga-tiga nama itu. Keputusan akhir akan dicapai pada mesyuarat jawatankuasa kerja pusat Selasa ini,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengumumkan calon di Kerdau, Khamis ini.
Bagaimanapun Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang enggan berkongsi nama calon-calon yang diperakui oleh Dewan Harian pada mesyuarat hari ini.
The Malaysian Insider difahamkan salah satu daripada tiga nama yang dipertimbangkan itu termasukla Tuan Ibrahim sendiri selaku Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Krau.
Sumber memberitahu kemungkinan PAS akan menurunkan beliau di Kerdau kali ini atas popularitinya di kawasan tersebut dan di Pahang.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan itu, Tuan Ibrahim memberitahu, “biar jawatankuasa pusat yang putuskan perkara itu dan nama calon akan diumumkan 24 Februari ini.”
Difahamkan ketiga-tiga nama yang diperakui hari ini merupakan anak tempatan kawasan Kuala Krau.
Pada 8 Mac 2008, Tuan Ibrahim bertanding di kerusi DUN Jengka.
Mesyuarat Dewan Harian PAS hari ini juga memutuskan untuk melantik Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman sebagai pengarah jawatankuasa induk pilihan raya kerusi DUN Merlimau.
Sebelum ini PAS melantik Tuan Ibrahim sebagai pengarahnya.
“Ada pertukaran, saya akan mengetuai jawatankuasa induk pilihan raya kecil Kerdau, Datuk Abdul Halim akan menjadi pengarah pilihan raya kecil Merlimau,” katanya lagi.
Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac sebagai tarikh pengundian manakala penamaan calon pada Sabtu ini.
Dalam pada itu, laporan Bernama memetik Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN), Selasa ini.
“Empat nama calon berkelayakan telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih bertanding, siapa saja yang dipilih akan diterima dan jentera BN akan memastikan kemenangannya,” kata Adnan.
Kata beliau, kerajaan negeri pimpinan BN akan menunaikan segala janji pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau yang telah dibuat bekas wakil rakyat kawasan itu.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan meneliti projek pembangunan yang dijanjikan sebelum ini mengikut keutamaan dan kepentingan rakyat.
“Kerajaan Barisan Nasional tidak berjanji kosong, setiap janji-janji itu kita akan tetap laksanakan untuk kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan jentera pilihan raya kecil BN untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau hari ini.
Adnan berkata, semua isu setempat di kawasan berkenaan juga akan diselesaikan secepat mungkin.
“Setakat ini tiada isu besar di Kerdau melainkan isu-isu berkaitan hak milik tanah dan berkaitan tanah, isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air,” katanya.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN pada pilihan raya kecil itu berkata, semua jentera pilihan raya BN kini bersiap sepenuhnya.
“Kita akan mengambil pendekatan bersemuka dan menemui pengundi bagi mengetahui masalah mereka dan setiap masalah mereka kita akan atasi,” katanya.

Sang Diktator Libya ini lagi JAHAT rupanya


 Gaddafi antara diktator Arab yang kejam terhadap rakyat sebangsanya


Ghaddafi kirim ‘snipper’ untuk membungkam perlawanan

TRIPOLI (Arrahmah.com) - Ghaddafi mengirimkan sejumlah penembak jitu, artileri, dan helikopter tempur untuk melawan kerumunan demonstran. Selain itu, sejumlah aparat berpakaian preman yang membawa palu dan pedang menyerang keluarga para demonstran di rumah mereka, Telegraph melaporkan pada Sabtu (19/2/2011).
Para pelayat yang baru saja meninggalkan upacara pemakaman para pengunjuk rasa yang tewas di timur kota Benghazi terjebak dalam rentetan tembakan, menewaskan sedikitnya 15 orang dan melukai sejumlah lainnya. Seorang pejabat rumah sakit mengatakan salah satu dari korban meninggal akibat dihantam sebuah misil, dan sebagian besar ditembak di kepala dan dada.

Pihak rumah sakit  kewalahan menangani korban yang terus berjatuhan.

"Banyak yang tewas dan yang terluka adalah kerabat dokter di sini," katanya.

Dalam laporan terbaru pada Sabtu (19/2), jumlah korban tewas yang dibunuh oleh aparat keamanan pemerintah yang brutal Jumat malam (18/2) adalah 84 orang.

Libya timur, selama lima hari ini, telah menjadi lokasi perlawanan rakyat terhadap rezim Kolonel Ghaddafi yang sudah berlangsung selama 42 ahun.

Sementara ini belum jelas apakah perlawanan rakyat Libya terinspirasi oleh negara tetangganya, Tunisia dan Mesir, sementara jalur komunikasi melalui internet maupun telepon di Libya sengaja diputus oleh pemerintah.

Pasukan khusus Libya melancarkan penyerangan pada Sabtu dini hari (19/2) melawan ratusan demonstran di Benghazi, 600 mil dari ibukota Tripoli.

Libya merupakan salah satu negara pengekspor gas dan minyak terbesar di dunia, dimana sejumlah perusahaan multinasional, seperti British Petroleum (BP) terus mengeksploitasi sumber daya alam di negara Afrika tersebut. Sementara pada saat yang sama, angka kemiskinan sangat parah di Libya, terutama di wilayah timur (Benghazi). (althaf/arrahmah.com)
Raih amal shalih, sebarkan informasi ini...

Mantan Presiden Tunisia, Ben Ali Meninggal Dunia


Setelah berada dalam keadaan kritikal, mantan Presiden Tunisia yang digulingkan Zine El Abidine Ben Ali menghembuskan nafas terakhir. Akhbar Mesir Al-Wafd, Sabtu melaporkan, seperti juga dikutip sebahagian media massa Arab.

Berita IRNA juga mengutip laporan Televisyen Perancis 2 melaporkan, Ben Ali meninggal dunia setelah koma dua hari. Sebelumnya, seorang kerabat mantan presiden Tunisia, Zine Al-Abidine Ben Ali, mengatakan, mantan diktator tersebut ketika ini dalam keadaan koma diserang stroke.

Kerabat Ben Ali berkata kepada Reuters, Ben Ali sudah dalam keadaan koma selama dua hari. Ketika ini Ben Ali dirawat di sebuah hospital di Jeddah. Ia terkena stroke otak dan keadaannya sangat kritikal.

Jurucakap Pemerintah Tunisia, Tayib Bakush juga mengatakan, "Keadaan fizikal Ben Ali dibahas oleh kabinet Tunisia semalam (18/2)."

Sumber :Republika

Nota Dari Bob Lokman Untuk Semua Pencinta Islam

Salam semua. semalam 16 Rabiu'ul awal/19 feb, saya telah menyerahkan borang permohonan utk menjadi ahli PAS. InsyaALLAH kalau diterima saya akan menjadi ahli kawasan Subang. sebagai pengetahuan disini, bukanlah saya bertujuan utk mencari populariti dan juga jawatan, melainkan hanyalah untuk mejalankan tanggungjawab saya kpd ISLAM sebagai hamba ALLAH yg pernah jauh tersesat dgn urusan dunia. Kepada mereka yg mengalu-alukan, saya ucapkan terima kasih dan kpd yg merasa saya memilih jalan yg salah semoga kita sama-sama mendapatkan HIDAYAH & TAUFIQ dari ALLAH. saya hanya mencari KEIKHLASAN dalam KEBENARAN.