Sabtu, 19 Februari 2011

PAS bentuk piagam untuk upayakan Melayu

PAS hari ini membentuk satu piagam yang menggariskan jaminan parti itu ke atas komitmen mengupayakan bangsa Melayu.
Jaminan berkenaan dikemukakan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kertas kerja yang dibentangkan terdahulu dalam satu konvensyen di Shah Alam hari ini.
Kertas kerja itu menumpukan jaminan PAS dari sudut kedudukan politik, kedudukan ekonomi dan kedudukan agama Islam.
pas convention shah alam 190211 panelistsKonvensyen hari ini juga diadakan bagi melaksana strategi serampang dua mata PAS – mengukuhkan sokongan pengundi tradisi Melayu-Islam dan meraih sokongan pengundi baru dari kalangan warga muda.
Dalam kertas kerja itu, Abdul Hadi menekankan "penyahan prejudis" terhadap PAS serta usaha untuk menjelaskan "cita-cita murni" parti itu dan juga menghadapi persepsi yang tergambar ke atasnya.
Abdul Hadi menyatakan, persepsi itu termasuk "PAS kononnya luntur dalam perjuangan Islamnya kerana diperkudakan rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya DAP."
Realiti baru
Pembentangan itu turut dibincangkan oleh anggota panel yang mengulas hujah Abdul Hadi daripada sudut pandangan berbeza.
Salah seorang anggota panel itu, Wong Chin Huat berkata, PAS perlu berhadapan dengan dakwaan seperti itu dalam menempuh realiti baru dalam lanskap politik semasa.
Katanya, perubahan lanskap politik ini boleh dilihat berdasarkan pencapaian PAS di kawasan-kawasan yang ditandingi parti itu sejak tahun 1955.
Sejak tahun itu, PAS sentiasa menang di kawasan yang majoriti pengundinya dibentuk oleh masyarakat Melayu-Islam, kata Wong.
pas convention shah alam 190211 nik abdul aziz nik mat at podiumNamun, realiti kini menunjukkan bahawa kawasan parlimen yang mencatat prestasi paling baik ketika pilihan raya umum 2008 ialah kawasan Kota Raja di mana majoriti pengundinya terdiri daripada bukan Islam.
Katanya, PAS boleh menangkis persepsi seperti itu dengan menjadi sebuah parti Islam demokrat.
Jelasnya, melalui pendekatan itu, PAS perlu menjamin nilai-nilai konservatif yang sesuai dengan nilai daripada agama konservatif lain.
Isu-isu seperti pengambilan arak, kegiatan maksiat dan judu, umpamanya, perlu dijelaskan dengan alasan yang munasabah mengikut fahaman lain.
Kesannya, PAS akan mendapat manfaat dalam menyebarkan nilai Islam dan juga bagi meraih pengaruh daripada golongan muda.
"PAS masih belum kuat dalam generasi muda. Masih belum ramai generasi muda yang dapat bercakap dalam bahasa yang sama dengan PAS.
"Orang muda ini lebih suka dipujuk dan bukannya dipaksa," katanya lagi.
Penjelasan Wong itu dipercayai berhubung pendekatan yang sering diambil PAS dalam menangani kegiatan anak muda seperti bantahan yang dilakukan oleh sayap pemuda parti itu ke atas penganjuran konsert dan juga sambutan Hari Valentine.
Berdepan atau elak?
Sementara itu, seorang lagi anggota panel, Saifuddin Nasution berkata, PAS kini perlu memilih sama ada untuk berdepan dengan Umno dalam isu-isu melibatkan kaum Melayu atau terus mengelak daripada membicarakan soal berkenaan.
Setiausaha agung PKR itu berkata, PAS perlu membuat pilihan itu memandangkan Umno akan terus mendapat kelebihan apabila isu seperti itu dibangkitkan.
Isu berkenaan akan terus menghantui PAS dan Pakatan Rakyat sekiranya tidak dihadapi.
pas convention shah alam 190211 crowd story image"Kalau elak, belum tentu sokongan bertambah. Tapi kalau berdepan, belum tentu akan kurangkan undi Melayu," katanya lagi dalam sesi perbincangan sama.
Jelasnya, PAS perlu menggariskan strategi bagi "memusnahkan" dogma berhubung slogan Ketuanan Melayu sekiranya parti itu memilih untuk berdepan dengan Umno dan "NGO lain seirasnya" dalam soal melibatkan kepentingan masyarakat itu,
"Risikonya besar," kata Saifuddin lagi yang menegaskan bahawa, PAS perlu mempunyai strategi bagi menghadapi isu yang berbentuk emotif seperti itu.
PAS juga perlu mengenalpasti kumpulan sasarannya untuk menjelaskan isu berkenaan.
Kumpulan yang paling terkesan dari sudut emosi berhubung isu seperti ini ialah golongan muda dan masyarakat Melayu berpendapatan rendah.
Dalam usaha itu, PAS perlu menghadapi NGO yang terdiri daripada golongan menengah seperti PERKASA yang menjuarai isu tersebut, kata Saifuddin lagi.
Terdahulu, satu lagi kertas kerja bertajuk 53 Tahun Merdeka-Hak Melayu Terhakis telah dibentangkan oleh seorang lagi pemikir, Professor Abu Bakar Abdul Hamid.
Ia turut dibincangkan oleh dua ahli panel – ahli jawatankuasa PAS pusat Datuk Kamarudin Jaffar dan juga presiden Teras Pengupayaan Melayu, Azmi Abdul Hamid.

Tok Ki Det Jangan Lupa......!!!!

Tarik Bantuan Berkapita Kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) Ketika Zaman Tun Dr. Mahathir Dan Siapa Pulak Yang Hendak Dipersalakan Oleh Dr. M Jangan Lupa apa yang Dr. M buat pada SAR Sekolah Agama Rakyat.

Tun Dr. Mahathir Mohamad nampaknya cuba untuk membersihkan diri dari kerja buat beliau ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia terdahulu. Beliau cuba menonjolkan diri dalam memperjuakan hak asasi manusia dengan tindakan mengwawarkan yang beliau tidak terlibat dalam Operasi Lalang dengan menyalahkan Polis .

Umat islam jangan mudah lupa dengan sejarah silam, jangan Lupa apa yang Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah buat pada (SAR) Sekolah Agama Rakyat dalam negara yang tercinta ini yang mana meletakkan Agama Islam sebagai Agama rasmi negara yang patut di utamakan oleh pemerintah.

Namun disebaliknya mereka cuba menafikan hak bagi rakyat yang sepatutnya menjadi matlamat kepada pemerintah untuk berlaku adil dan menjadi tanggungjawab pada setiap pemerintah yang perlu  di perjuangkan .

Kami ingin tahu adakah Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu menafikanNya...?

Wayang yang dimainkan oleh sesetengah pemimpin negara selepas membuat kesalahan terdahulu tidak lagi boleh dipakai ketika ini oleh kerana rakyat negara ini sebenarnya tidak pernah sesekali lupa dengan apa yang telah terjadi kepada mereka dan apa yang menimpa mereka selama ini.......

Mesej Dari Pemuda Pas: Mereka Sedia Bergerak!

KOTA Sarang Semut Batu 9 di Kedah hari ini telah bertukar menjadi lautan manusia apabila himpunan 30,000 pemuda Pas berjaya mencapai sasaran. Katanya kompleks Pas Kedah hari ini dipenuhi dengan anak-anak muda dan digemai laungan takbir penuh semangat.

Sayang saya tidak dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri gelombang Pemuda itu. Alangkah indahnya kalau dapat tengok sendiri, ia akan menambah waja dan semangat dan menjadikan catatan ini lebih realistik. Apapun syabas diucapkan kepada segenap Pemuda Pas Malaysia kerana berjaya menghimpun dan menunjukkan kekuatan kalangan mereka.

Kejayaan himpunan hari ini ternyata, darah pemuda Pas masih merah dan masih mengalir laju menuruni lembah mencari puncak kemenangan. Mereka tidak mudah goyah atau terkoyak dengan segala dakyah dan tohmahan buruk ke atas parti dan pemimpin mereka.

Saya yakin kalau mereka dibangkit dan dikerah untuk bergerak ke Putrajaya hari ini, dalam jumlah seramai itu mereka akan mara tanpa mempedulikan apa yang berlaku. Dalam himpunan seramai itu semangat mesti berkobar. Mereka akan bergerak hatta berjalan kaki melalui lebuh raya Utara Selatan hingga ke Putrajaya. Saya yakin..

Katanya himpunan di Kota Sarang Semut hari ini lebih berjaya daripada himpunan yang sama dibuat di Kota Bharu empat tahun lepas. Kalau di Kota Bharu himpunan disertai 15,000 tetapi kali ini angkanya meningkat sekali ganda. Boleh disifatkan himpunan di Kota Sarang Semut hari ini adalah kesenimbungan himpunan di Kota Bharu. Perlu rasanya himpunan seumpama ini dijadikan tradisi kepada Pemuda Pas dan bukan pada waktu-waktu tertentu saja. Saya juga yakin kalau himpunan ini sekali lagi diadakan menjelang pilihan raya jumlahnya makin bertambah.

Dengan apa yang dipersaksikan di Kedah hari ini UBN Kedah tidak boleh memandang remeh kepada Pas. Khabarnya apa yang memberi aspirasi kepada himpunan berkenaan kerana Pas melihat akan kesungguhan UBN untuk merampas Kedah dalam pilihan raya akan datang. Kehadiran lebih 20,000 pemuda Pas itu laksana benteng yang akan mempertahankan tahkta kekuasaan Pas di Kedah.

Kejayaan himpunan hari ini memberi signal bahawa Pas akan sedia mengerahkan tenaga dan segala keupayaaan bagi mempertahankan kerajaan Pas Kedah dengan apa saja sekalipun. Apa yang berlaku hari ini membuktikan akan kesiapsiagaan para Pemuda Pas.

Himpunan raksasa itu dirasmikan oleh MB Kedah, Azizan Abdul Razak. Dua Naib Presiden Pas turut hadir dan menyampaikan ucapan menyuntik semangat. Mereka Sallahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Bekas-bekas ketua pemuda juga turut sama hadir antaranya ialah Abu Bakar Chik dan lain-lain.

Mungkin Pas boleh berbangga dan berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan oleh Pemuda mereka itu. Setidak-tidaknya Pas dapat mengambilnya sebagai petunjuk bahawa Pas kian kuat dan semangat ahlinya semakin tinggi. Bayangkan tanpa semangat himpunan itu tidak akan berjaya kerana kehadiran mereka nun jauh di Kedah satu cabaran bagi mereka di Selatan, Timur atau Pantai Barat. Hanya mereka yang digelegakki semangat saja untuk turun ke Kedah.

Justeru himpunan hari ini adalah bersejarah. Dalam sisi lain ia seolah bagaikan menjawab persoalan lain dalam Pas, di mana pada masa sama berlangsung konvensyen Pas di Petaling Jaya untuk mencari nilai baru bagi Pas untuk menyakinkan Melayu terus menyokongnya. Konvensyen hari ini diadakan setelah Pas bermahasabah dan menemui jawaban yang ada petunjuk Melayu melarikan diri dari Pas kerana Pas dilihat begitu akrab dengan rakan Pakatan lain.

Dan dalam Pas tercari-cari apakah penawar dan janji baru untuk Melayu, himpunan Pemuda hari ini memberi jawaban bahawa Pas masih utuh dan kukuh. Bahawa Pas masih mengingat Melayu dengan meletakkan agama sebagai agenda utamanya. Himpunan Pemuda itu yang tidak dicampur dengan pemuda kaum lain menjelaskan bahawa komitmen dan iltizam Pas kepada perjuangan asal mereka.

Dari sudut lain himpunan Pemuda ini jelaslah menunjukkan kekuatan Pas sebenarnya. Dengan kehadiran seramai itu Pas mampu berdiri di atas kakinya sendiri. Sudah pasti jumlah lebih 20,000 yang hadir hari ini tidak termasuk pemuda PKR dan juga Pemuda DAP. Himpunan hari ini adalah genuine mempamirkan kekuatan Pas yang sebenarnya.

Bagaimana pun apa yang dipamerkan hari ini masih belum mencukupi bagi Pas memperakui yang mereka kuat sehingga mampu merampas Putrajaya, walaupun Pas khasnya Pemuda boleh berbangga dengan apa yang berlaku. Makanya Pas memerlukan satu lagi show bagi memperlihatkan kepada rakyat Malaysia yang Pas kini dalam ladumam azam untuk memerintah negara ini.

Mungkin selepas ini Muslimat Pas boleh membuat himpunan yang sama. Kita mahu tengok pula sejauh mana komitmen muslimat Pas dan kesediaan mereka mengorbankan masa dan tenaga untuk parti. Mungkin sukar bagi muslimat hendak menghimpunkan seramai itu kerana pergerakan wanita perlu dihadkan atas sebab-sebab tertentu. Tetapi setidak-tidaknya muslimat harus menganjurkan himpunannya sendiri bagi mengembelingkan kekuatan.

Tegasnya apa yang tercipta di Kedah hari ini ia memberi semangat dan kekuatan baru kepada penyokong Pas di seluruh negara. Yang jelas kepada mata saya bahawa Pas semakin menghijau dan semakin subur. Dengan berkembangnya tunas-tunas baru yang ditunjukkan di Kedah hari ini Pas tidak akan 'kekasikan' untuk melahirkan sebarisan pemimpin yang dinamik untuk masa depan Pas. Pemuda adalah pemimpin masa depan. Kejayaan himpunan hari ini juga menunjukkan kewibawaan pemimpin Pemuda masa kini. Untuk itu segulung syabas dan tahniah kepada Nasruddin Hassan dan seluruh jawatankuasa.

Sekali lagi ditanyai, apakah dengan kekuatan para pemudanya Pas masih memerlukan pergantungan kepada rakan-rakan politik yang lain? Kita tidak mahu pemuda Pas menjadi kuda pada pilihan raya untuk ditunggangi oleh wazir-wazir yang tidak sehaluan dengan langkah dan nawaitu perjuangan kita. Biarlah pemuda menjadi kuda kepada mujahidinnya sendiri kerana seorang mujahidin sedia syahid dalam sangsaraan, mereka tidak tersilau kepada wang ringgit. Perkara ini rasanya perlu diberi perhatian sama oleh Pemuda Pas.
MSO.

Kesiaannnnn.. kat UMNO

Seorang gurkah politik di'port' kelmarin dulu telah berpeluang untuk meng'skodeng' satu mesyuarat umno negeri Pulau Pinang yang dihadiri olih ketua-ketua pemuda bahagian, ketua-ketua puteri,ketua-ketua wanita dan juga ketua-ketua bahagian.

Gurkah politik ini telah memberitahu bagaimana ketua-ketua dalam umno ini telah kena gasak cukup-cukup oleh ketua mereka dalam mesyuarat itu yang lebih banyak kepada perbincangan berhubung dengan kenyataan Daim Zainudin tentang BN yang sukar untuk merampas semula Penang daripada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 13 nanti.

Komen dari Daim ini sesungguhnya benar, tanyalah pada orang-orang umno yang ada jawatan dalam bahagian-bahagian mau pun dalam cawangan-cawangan, mereka juga akan memberikan jawapan yang sama sepertimana kenyataan Daim itu ...susah dan sukar.

Antara butir-butir mesyuarat yang sempat di'skodeng' itu ialah mereka ada bercakap tentang ketidakyakinan mereka untuk mempertahankan 11 kerusi yang ada yang dimenangi pada 2008 lalu. Dan dalam 11 kerusi yang sedang dipertahankan itu, 3 kerusi kemungkinan besar akan turut terlepas. 3 kerusi yang dimaksudkan itu ialah dengar macam Pulau Betong, Telok Air Tawar dan Sungai Dua atau Penaga.

Mereka juga bercakap yang biarpun PKR negeri sedang menghadapi masalah dalaman dengan pergaduhan sesama sendiri antara mereka, namun ianya tidak mendatangkan kesan langsung kepada kerajaan PR kerana yang bergaduh sesama sendiri itu ialah ahli-ahli dan pegawai-pegawai yang kecil-kecil atau yang jenis nyamuk yang tidak mempunyai kekuatan langsung untuk menggugat PKR.

Begitu juga dengan PAS disini yang dikatakan pendirian dan sikap mereka yang tidak tetap serta menutup mulut dengan macam-macam isu-isu yang dibangkitkan olih masyarakat-masyarakat melayu kerana semua isu-isu itu dibangkitkan olih orang-orang melayu yang menjadi ahli umno serta penyokong umno. Najitahnya semakin ramai orang melayu yang sebelum ini penyokong senyap umno telah beralih arah mendekatkan diri mereka dengan Pakatan Rakyat.

Biarpun PAS dan PKR yang digembar-gembur ada banyak masalah tetapi realitinya ialah kerajaan PR Pulau Pinang tetap unggul dalam menjalankan tugas dan tangungjawab mereka, kata ketua mereka lagi.

Perbincangan juga berkisar kepada bagaimana semangat ahli-ahli dan pegawai-pegawai dalam parti mereka perlu dipulihkan semula setelah luntur untuk bekerja dengan lebih kuat lagi bagi menghampiri pengundi-pengundi cina dan india dengan komen yang dianggap negatif daripada Daim itu.


dollah yankee -
gurkah politik ini kata lagi...cucuq badak,karipap,onde-onde,ketayap,tepung talam,pulut seri muka... rapat! tinggai piring kosong!
Kah..Kah..Kah..

Penunjuk perasaan berani di Libya, menggantung 2 orang Polis


Para penunjuk perasaan anti-pemerintah di Libya telah menggantung dua orang polis di kota timur Al-Baida, menurut lapuran akhbar Oea semalam (jumaat) di laman jejaringnya...

Kedua org polis itu yang berusaha meleraikan tunjuk perasaan di kota itu ditangkap oleh beberapa orang penunjuk perasaan pada hari rabu lalu.

Sementara itu, surat kabar itu juga mengatakan bahwa sekumpulan penunjuk perasaan membunuh pengarah hospital AL-Galaa di pusat kota Benghazi, kota terbesar kedua Libya.

Akhbar itu juga melaporkan, protes anti-pemerintah di Libya timur menewaskan sekurang kuirang nya 20 orang di Benghazi dan tujuh orang di Derna. Surat kabar Oea inin dikatakan agak rapat dengan Seif al-Islam, putra pemimpin Libya Mohamer Gadhafi.

Di Derna, sebelah timur Benghazi, tujuh orang terbunuh, lima jenazah dimakamkan Jumaat lalu dan dua masih berada hospital.

Dengan kematian itu, jumlah orang yang dilaporkan terkorban sejak demonstrasi meletus di Libya menjadi 41, menurut kiraan AFP yang diambil dari sumber-sumber tempatan.

Sehingga sekarang protes tersebut masih berlaku.

Sistem Dajjal : Tenaga Ritual...Bah.2 (BahteraWawasan)

Monumen Tenaga Kita sudah tahu siapa yang membina piramid, tetapi adakah kita tahu jenis batu yang digunakan untuk membina piramid? Menurut ahli arkeologi Dr. Philip Calahan dalam kajiannya bertajuk Kings Chamber of the Great Pyramids, piramid Mesir dibina dengan menggunakan batu kapur yang bersifat magnetik, yang mampu menjana tenaga.


Dr. Calahan menambah, bentuk bucu piramid sama ada monumen sejarah ataupun piramid moden pula mampu mengumpul setiap tenaga di sekelilingnya untuk menjana tenaga magnetik sebelum tenaga-tenaga itu dibebaskan ke ruang udara secara berterusan.


Kajian yang dibuat Dr. Calahan itu kemudian disokong oleh pakar janakuasa elektrik, Mary Hardy dan Dean Hardy di Amerika. Dalam eksperimen mereka, sekeping wang syiling emas digantung menggunakan tali secara setentang dengan bucu sebuah model replika piramid, dalam piramid itu pula diletakkan sebutir berlian, dan mereka kemudian mengalirkan aliran elektrik dalam jumlah yang sangat minimum di sekitar tapak piramid itu. Beberapa jam kemudian, syiling emas itu mencair seperti minyak walapun jumlah arus elektrik itu sangat sedikit. Mereka kemudian membuat kesimpulan, piramid mampu menyerap semua tenaga (termasuk elektrik dari kabel-kabel bawah tanah) untuk dihala ke ruang angkasa dan menjadi satu tenaga baru yang lebih besar daripada sumber asal (elektrik), malah mampu mencapai infiniti jika sumber asal itu juga besar kuantitinya.


“Rahsia terbesar dalam pembinaan piramid ialah untuk menjana tenaga, ia bukan sekadar makam raja-raja firaun. Mungkin orang Mesir dan Mayan mampu menjana elektrik ketika zaman mereka. Orang Mesir mungkin pernah memanfaatkan tenaga solar atau angin, penjanaan elektrik pula dibantu dengan batu-batu permata berlian yang disemadikan bersama mumia raja-raja.” – Hardy & Hardy.

Mary Hardy dan Dean Hardy juga menyokong pendapat Dr. Calahan mengenai fungsi pelbagai guna yang dimiliki piramid. Piramid mampu memanipulasi semua unsur tenaga elektrikal yang ada di sekelilingnya, ia turut mampu memanipulasi tenaga manusia yang berjalan atau berlari di sekitarnya. Tenaga yang dikumpulkan itu akan disalur ke ruang langit sebagai vortex dalam jumlah yang berganda. Jelas Hardy & Hardy lagi, kemampuan mengalirkan tenaga vortex pula bukan hanya tertumpu kepada binaan berbentuk piramid, malah juga yang berbentuk kon, atau apa-apa sahaja jenis bentuk binaan, asalkan ada bucu di atasnya (obelisk, monolit, minaret dan sebagainya). Ia mampu menjana vortex. Unsur tenaga vortex pula mampu bertindak seperti ‘black hole’ di ruang angkasa lepas yang mempercepatkan pergerakan masa.

Imej grafik black hole yang dikeluarkan NASA


Black hole ialah fenomena angkasa lepas di mana berlaku tarikan graviti (ingat artikel UFO dan Kod Hukum Graviti?) yang menyedut semua bintang di sekelilingnya. Ia adalah satu tarikan graviti yang sangat kuat yang membawa kepada kemusnahan bintang-bintang. Malah, sekiranya kapal angkasa memasuki ruang black hole pula, kapal angkasa itu akan melalui perjalanan yang sangat pantas (merentas masa) sehingga memasuki galaksi lain dalam masa yang sangat singkat, masa yang diambil adalah lebih singkat daripada perjalanan yang tidak melalui black hole, itu pun sekiranya kapal angkasa itu terselamat daripada hentaman bintang-bintang yang disedut masuk ke dalam black hole.


Dalam artikel SISTEM DAJJAL: UFO dan Kod Hukum Graviti yang diterbitkan sebelum ini, kami di Konspirasi Sepanjang Zaman bukan mahu bercerita mengenai alien itu sebenarnya jin dan syaitan. Tapi kami mahu anda faham mengenai kod-kod hukum graviti yang ditinggalkan Dajjal melalui binaan piramid dan artifak sejarah. Pengetahuan graviti yang ditinggalkan Dajjal dan kemudian dikembangkan Isaac Newton adalah supaya Dajjal dapat menyampaikan mesej mengenai kemampuan graviti merentas masa, atau membuka pintu dunia ghaib.

Piramid menghasilkan vortex, vortex pula mampu bertindak seperti black hole, dan black hole pula mempunyai graviti yang membawa manusia merentas masa ke pintu galaksi lain. Artikel UFO dan Kod Hukum Graviti adalah input awal supaya anda memahami maksud ini. Dajjal meninggalkan kod hukum graviti supaya penyembahnya membina lebih banyak piramid dan binaan-binaan berbucu supaya dapat membuka pintu dunia ghaib seluas-luasnya pada saat kemunculannya nanti.


mudah untuk faham:
Piramid = vortex = blackhole = graviti = gerbang ghaib
(kebanyakan orang suka menyebut gerbang ghaib sebagai stargate).


Kod hukum graviti itu pula berguna untuk mencipta teknologi penerbangan, yang dijadikan jet perang untuk menjayakan plot ketenteraan dalam perang-perang dunia.


Berbalik kepada monumen tenaga, kita ambil sandaran pertama, ketiga dan keempat yang dinyatakan di awal artikel ini. Kita tidak nampak tenaga yang terhasil daripada piramid, tetapi eksperimen saintifik telah membuktikannya.


OK, cuba kita lihat di sekitar piramid-piramid moden yang dibina di serata dunia hari ini. Piramid moden itu berfungsi sebagai kompleks membeli-belah, pusat konvensyen atau sebagainya. Kebanyakannya terletak di tengah bandar yang mempunyai tiang-tiang elektrik dan wayar-wayar kabel elektrik di bawah tanah. Tiang dan kabel bawah tanah itu pula bergerak di sekeliling piramid moden itu. Dan apa yang jadi? Tenaga elektrik itu diserap oleh piramid di sebabkan bentuk binaannya yang menyebabkan ia bertindak sedemikian. Tenaga itu pula dilepaskan di bucunya, menjadi vortex. Tapi kita tak nampak vortex itu..kan?


Piramid di serata dunia:
Scotland

London



Sunway Pyramid, Bandar Sunway Subang Jaya


Apabila semua vortex daripada semua piramid seluruh dunia mencapai tahap jumlah kapasiti yang diperlukan, tidak mustahilkah akan terbentuk satu fenomena seperti black hole di atas bumi? Ia bukanlah akan menyedut kita semua masuk ke dalam vortex seperti black hole itu, tetapi ia berfungsi untuk membuka pintu gerbang dunia ghaib untuk satu tempoh tertentu bagi membolehkan Dajjal keluar semula dengan para iblis dan jin.


Malah, jika kita melihat pintu gerbang dunia ghaib itu seperti sebuah black hole yang ada di rangkasa lepas, maka tidak mustahil para jin dan syaitan akan keluar dengan UFO yang seolah-olah datang dari angkasa lepas melalui black hole yang terhasil di bumi dan menggelarkan diri mereka sebagai alien. Berapa jumlah kapasiti tenaga vortex yang diperlukan untuk membuka pintu dunia ghaib? Maaf, kami tidak tahu.


Dalam menjelaskan kemampuan manusia mencipta objek pantas dalam menjelajah angkasa lepas, kita ambil contoh kapal robotik tanpa juruterbang ciptaan NASA pada Januari 2006 iaitu New Horizon yang mampu memecut 16.26 km/saat atau 58,536 km/jam dari orbit planet Bumi sehingga ke orbit planet Pluto, Jupiter, Saturn dan Kuiper dengan memecah masuk beberapa black hole. Ia adalah hasil pemecahan kod graviti, yang menunjukkan adalah tidak mustahil untuk manusia meneroka black hole di bumi dengan pengetahuan graviti yang ada.


Barangkali, ia (New Horizon) adalah teknologi yang sama digunakan oleh Amerika dan sekutunya untuk membina UFO yang mampu bergerak sangat pantas seperti didakwa oleh sesetengah pihak yang pernah melihat kepantasan objek UFO berterbangan di ruang udara. Segalanya tidak mustahil, teknologi yang dimiliki New Horizon sudah mampu memberi gambaran terhadap kebarangkalian itu.

Bersambung
 

MENGIMBAU SEMULA KES SAIFUL !!


Memang kisah ini menarik dan menggemparkan satu dunia!!
Memalukan ! mahkamah senget sebelah ! dacing BN dah tak boleh pakai
Hairan ! Malaysia amat berbangga dengan kes liwat ciptaan Umno

KALAU BETULLAH  lelaki yang kelihatan sopan dan warak  ini mendakwa pernah diliwat,  ia amat memeranjatkan !!  tetapi…kerana wang manusia sanggup buat apa saja!!...

Dan yang lebih mengejutkan dunia khasnya dunia Islam ialah kesanggupan pemuda bernama Saiful ini  bersumpah bersaksikan Quran !!  semata-mata mengaku telah diliwat ! oleh seseorang.  Hushh ! dasyat! dasyat!!   
Lagi sekali kita jangan terkejut !... kerana wang manusia sanggup buat apa saja!!

Difahamkan kejadian ini telah berlaku banyak kali (lebih dari sekali). Tentulah  ianya telah dipersetujui bersama. Dengan lain perkataan suka sama suka, dan yang paling penting pasti kedua-duanya enjoy!!  Tetapi kenapa pula Si saiful ini tiba-tiba mengadu kepada pihak polis? Dan sanggup membawa perkara ini ke mahkamah?  Pelik ! kan?  Tapi itulah dunia ! tak ada benda yang mustahil,… kerana wang manusia sanggup buat apa saja! 

SATU PERSOALAN !
Andaikata Si Saiful ni tak rela diperlakukan begitu kenapa dia tidak cuba menghayun penumbuknya?!  atau pun melepaskan flying kick ? paling tidak pun buka langkah seribu!! sebelum kejadian berlaku. Alangkah bodoh dan bangangnya!  Saiful yang masih muda, bertenaga, berbadan segak dan tegap,  tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menyelamatkan diri !!  Takkan lah Saiful sanggup menyamakan diri setaraf dengan pondan!! 

LEMAHNYA MAHKAMAH!
Secara keseluruhan,  setelah mahkamah bersidang hampir tigasuku perjalanan “Kes Fitnah Liwat 2 ”  ini wajar sekali dimasukkan kedalam tong sampah (buang kes) kerana ia amat jijik dan memalukan. Bukti kes longgar, fakta banyak bercanggah dan berbagai lagi! 

Kenapalah mahkamah Malaysia ni bodoh sangat !   Saiful yang sukarela mengaku terlibat dalam kes!  sepatutnya beliau didakwa terlebih dahulu! Bukan seperti sekarang, beliau tidak didakwa sebaliknya menjadi saksi utama dan diberi layanan macam VIP pula!   Inilah tidak adilnya mahkamah Malaysia. Yang menuduh walaupun terlibat, beliau dibicara dengan penimbang digital, yang kena tuduh dibicara dengan  penimbang Baghdad(dacing). Jelas ada  dua penimbang,  ada dua peraturan dan undang-undang. Dimana pula letaknya keadilan?    Sekarang ini orang yang dituduh meliwat merasakan dirinya diinaya atau difitnah!!  Maka dia juga ada hak untuk tidak mengaku dan mempertahankan diri!!

TERBARU DARI MAHKAMAH!
Hasil siasatan dan ujian makmal dikatakan memang ada terdapat kesan air mani. Ada tanda-tanda kejadian melibatkan lebih dari seorang.  Eloklah siasat betul-betul siapa punya benda Allah tu!.  Siasat semua orang yang berada disekeliling Saiful!! Jangan pilih bulu!   Kalau bukan milik Nuar  mungkin milik pasangan Saiful yang lain!!,.. mungkin Ajib punya!,  mungkin Ijam punya!!,  mungkin Halimi punya!.  Tak mustahil juga ia milik uncle Saiful sendiri, atau sesiapa saja?


Oleh : rahimothman

‘Dr Mahathir is hilarious’

PAS information chief Idris Ahmad finds 85-year old ex-premier Dr Mahathir Mohamad funny.

PETALING JAYA: An amused PAS information chief, Idris Ahmad, thinks former prime minister Mahathir Mohamad’s allegations that PAS spiritual adviser, Nik Aziz Nik Mat, was “working with the devil” “hilarious”.
“Mahathir’s statement is hilarious. Which political party campaigns to lose elections?” he said, referring to Mahathir’s accusation that Nik Aziz’s ultimate goal was not Islam but to rule Malaysia.
Mahathir had a few days ago reportedly said: “Whatever that rolls out of Nik Aziz’s mouth is to win elections and to become the joint ruler of this country with DAP and PKR.”
Rebutting his accusation, Nik Aziz told Mahathir that DAP was much more open to Islam now as a result of PAS collaboration via Pakatan Rakyat.
Said Idris: “When Mahathir led Umno, they broke all the laws and molested democracy for the sake of winning elections.”
PAS, on the other hand, he said, wins elections so that Islam is appreciated by all.
“Umno uses Islam as the means, not the goal,” he added.
Idris also took Mahathir to task over MCA’s campaign in Tenang where MCA campaigned on PAS candidate Normala Sudirman’s refusal to shake hands with men.
“MCA is allied to Umno for 53 years yet it has failed to understand the handshake rules between a man and a woman.”
“This is because leaders such as Mahathir failed to portray the character of a true Muslim.”

Relax bro!

Relax bro!Don’t believe what the racist politicians tell you because the world does not conform to the warped view depicted in their propaganda.
You do not have to fear your fellow Malaysians. The fear is just a construct of the politicians who wish to divide and conquer. In the real world, the three races; Chinese, Indian and Malay can live in peaceful harmony.
What those racist politicians neglected to tell you is that Malaysians share a rich history based on respect, dignity and mutual understanding.
When Tengku Abdul Rahman liberated us, he did not seek to destroy the other races. His dream was not to conquer the non-Malays or to claim supremacy. He did not think it would take a couple of years to get us on our feet but he was prepared to go for the long haul. He would have succeeded but for a few politicians who were impatient. Eventually, they won.
Being a man of honour, he resigned after the May 13 riots of 1969. The racial harmony that he had devoted much of his political life to strengthen had collapsed.
Very few people know what the Tunku struggled to achieve. The youngsters of today only understand the bile that is being spread by those who champion Ketuanan Melayu – Malay Supremacy.
While May 13 remains a dark phase in our nation’s history, Malaysians – old and young – will never be allowed to forget May 13. It has been used countless times by politicians to scare people away from public discussions and debate on the subjects of citizenship, education, culture and religion.
We have been so conditioned by these errant politicians that we do not dare to discuss “sensitive issues” or do things that may be construed, by them, as “undermining racial harmony and national unity”.
Former Prime Minister Abdul Razak Hussein was part of the second generation of Malay politicians and he launched the Malaysian New Economic Policy (MNEP), in 1971, to tackle the economic and social disparities which fuelled racial antagonism. The twin goals of the MNEP were to reduce and eventually eradicate poverty, and to reduce and eventually eradicate identification of economic function with race.
When Mahathir Mohamad took over as Prime minister, he started to unravel our social fabric so much so that we now treat other races with mistrust. It was also a time when the MNEP was hijacked to benefit a handful of Umno cronies.
The young Malays of today have been brought up in a culture of privilege. Their parents also have been rewarded by a system that rewards one race but penalises the others.
For instance, we see public universities becoming more and more politicised. They are paid for by the taxpayers of all races but benefit predominantly one race. The vice-chancellors are elected from a pool of experts from just one race.
There are many other areas of everyday living that benefit the Malay at the expense of the other races.
The younger Malay is not only fearful of losing his benefits and privileges, he is also fearful of losing his identity.
He is told that he is the only one that matters in Malaysia and yet the computer literate Malay sees a whole new world in cyber space.
Those who have money and have been overseas can see, feel and taste the difference. Students who have been abroad and the Malay expatriates, experience another world, which is not dominated by Chinese and Indians.
That Malay sees that other Malays can co-exist with others and stamp their own mark on the world. He knows he is just as good as anyone.
When he returns to Malaysia or when he experiences the real Malaysia, he is torn between what the politicians tell him and what he knows to be the truth. That is his personal demon.
Being abroad, or just surfing the web has deepened his outlook on life.
For instance, he knows apartheid is not acceptable. He is aware that Valentine’s day is not about sex. He can see that the Tunisians and the Egyptians fought against repressive regimes.
So will he be betraying Malaysia if he does what his heart tells him is right?
Relax bro! You do not need those crutches that those who preach Ketuanan Melayu tell you are necessary. You can do it on your own. Many Malays have.

BN only needs 5% Malay swing to regain two-thirds majority

BN only needs 5% Malay swing to regain two-thirds majorityBarisan Nasional (BN) will regain two-thirds of parliament if it maintains its recent by-election gains of Malay votes in a general election, said an analyst today.
Political analyst Dr Wong Chin Huat said today that Pakatan Rakyat (PR) stands to lose around 34 parliamentary seats if PAS does not regain its Malay support base.
“In 2008, all the areas which PAS did well was in non-Muslim areas,” he said during a public forum on Malay rights organised by the Islamist party here today.
“DAP is expected to maintain its votes as the majority of its parliamentary constituencies are Chinese,” he said.
PR won 82 seats in the March 2008 polls on the back of support of all races but has seen between seven to 10 per cent of Malays swinging back to BN in recent by-elections.
Wong, a lecturer in Monash University, said that based on projections, a five per cent shift of Malay voters from PR to BN was enough to destabilise the federal opposition.
PR has seen a decline in Malay support since July 2009, when a by-election in the 99 per cent Malay seat of Manek Urai, Kelantan saw a previous 1,352-vote majority in the PAS stronghold drop to a wafer-thin 65.
Malays continued to swing towards Barisan Nasional (BN) in subsequent polls, from around seven to 10 per cent, allowing the ruling coalition to grab Hulu Selangor and Galas from PR.
The most recent by-election in Tenang, Johor, saw PR fail to make any headway among the mainly Felda Malays as BN swept over 83 per cent of Malay votes to increase its majority by over 1,200 votes.
In the 2008 general election, PAS won 23 parliamentary seats, PKR 31 and DAP 28.
“PAS needs to understand the reality of the political situation, the PAS today is not like how it was in 2004,” said Wong.
With dwindling Malay Muslim support, PAS held a convention today to affirm its commitment to prioritise the dominant Islamic race in the country.
PAS spiritual advisor Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat claimed that the Pakatan Rakyat (PR) coalition partner had never forsaken Malay rights and that it was Umno’s economic policies which had caused division and unequal distribution among various races in Malaysia.
“For PAS, Malays need to be prioritised in our agenda because they are the dominant Islamic race in Malaysia.
“Umno has not been upholding Islam or the Malays,” he said today during an opening address at a PAS convention on empowering Malays here this morning.
The convention aims to silence critics who have derided the party for being anti-Malay in aligning themselves with the DAP.
Nik Aziz said that while Islam was not race-based, as an Islamic party in Malaysia, PAS would prioritise Malays because they were the country’s foremost Muslim community.
The convention today, dubbed “Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa” (National Race Empowerment Convention) is seen as PAS’ attempt to attract Malay voter support which has been declining in recent years.

Bashed by loggers, remanded by police

A routine check for illegal logging by a Sarawak NCR landowner landed him in police custody.

SARIKEI:  Minggat anak Nyakin, who has a parcel of NCR land at Sungai Rotan and Sungai Penyaru Kuba (Kiba) Sarikei, found out the hard and  painful way that standing up for his rights is no easy task and could cost him his life.
Lying in Sarekei Hospital after being viciously attacked while checking on alleged illegal logging activity on his NCR land, Mingat has to now deal with being under police remand for trespassing.
Said Ngumbang Anak Barau of the Tahabas (native landowners Network): “Not only was he (Mingat) badly beaten up, he was also arrested by the police.
“Mingat and his son Juan went to their land to check on illegal logging. When they found out there was still logging going on, they tried to talk to the manager but instead were attacked.”
According to Ngumbang, the incident occurred on Feb 14.
In December 2010, Mingat reported alleged illegal logging over his land to the police, the Land and Survey Department as well as the Public Works Department and called for an investigation.
On the day of the incident, Mingat and Juan had decided to check on the situation. Upon finding continued logging activity, they decided to drop in at the log-pond and tried negotiating for compensation with its manager.
The negotiation went sour and before Minggat and his son could leave the office building, they were attacked viciously at its footsteps.
“Although badly hurt, his son managed to escape in the darkness towards a nearby oil palm plantation, while his father was left  in an unconscious state at the footsteps of the log-pond manager’s office.
“Regardless of any wrongdoings or crimes that Minggat or his son may have committed, the source of the problem has yet to be investigated satisfactorily by the authorities.
“Minggat’s family agrees that Minggat should be fairly investigated, and so does the timber company that has been operating for many years on NCR lands allegedly without a relevant or valid licence.
“The alleged illegal logging seems to be proceeding unhindered thus far.
“A police report has been lodged by Minggat’s wife on Feb 16 regarding the attack. The attackers have not been arrested,” he said.
“The name of the timber company which owns the log-pond remains unknown to the rest of us, while there is no telling when investigations will be made on Minggat and his son’s attackers.
“What is certain is that Minggat and Juan will remain hospitalised for a few more days or even weeks.
“Today, their pains are too debilitating for them to even ponder what they will do next.” Ngumbang added.

PAS Jamin 12 Perkara Untuk Malaysia Baru

PAS makes 12 promises for Malaysia BaruPAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.

Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.

Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

6.  PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7.  PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang. 

Sementara itu dalam ucapannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dasar dan pendekatan Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS telah dibentangkannya untuk tatapan semua.

"Masa telah sampai untuk kita menggemblengkan seluruh tenaga dan sumber bagi mengangkat martabat umat Islam, mendayakan bangsa Melayu dan melahirkan Politik Lita'arafu  yakni Politik Saling Menghormati.

"Semua usaha ini adalah bagi melahirkan sebuah Malaysia baru yang menjunjung tinggi tuntutan Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua yang bebas rasuuah, kezaliman dan penyelewengan kuasa.

Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berucap merasmikan konvensyen dengan memberikan penekanan terhadap peri pentingnya masyarakat negara ini diberi kefahaman paling tepat dan memudahkan.

Semua wakil PAS kawasan daripada seluruh negara hadir dalam konvensyen sehari yang turut menampilkan ramai tokoh antaranya; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Budayawan dan Cendikiawan terkenal, Prof Emiritus Dr Abu Bakar Abdul Hamid dan Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid.

Turut mendapat perhatian adalah ucapan dan pandangan daripada Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail termasuk AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pakar Sains Politik dan Aktivis Sosial, Dr Wong Chin Huat.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengemukakan Buku Jingga mengandungi sepuluh perkara jaminan terdiri daripada mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Jaminan itu juga meliputi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;

Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti gas sebanyak RM19 bilion kepada penjanan bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

Mengiktiraf peranan dan jasa awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru mendidik bangsa;

Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

Menyediakan perkhidmatan internet wi-fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa rakyat;

Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda dan;

Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Negeri Sabah.

‘Sarawak is Taib’s own Sdn Bhd’

Egypt and Tunisia have proven that money and wealth are no longer able to contain years of frustrations and pent up disillusionment among the masses. Is Sarawak on the same road?
By Mohd Ariff Sabri Aziz
We have learnt a few things in the last few weeks. The governments in Tunisia and Egypt fell. There were no sudden eruptions of violent overthrow.
The two leaders who governed the two countries ruled firmly; they had control over the suppressive resources of the military and the police and they gave their people development.
The leaders were all rich people and had plenty of money.
But in the end, money and wealth were no longer considered important determinants and were not able to contain years of frustrations, anger and pent-up disillusionment among the masses.
Small and sometimes imperceptible changes here and there were not taken seriously by the leadership.
That is until things reach a tipping point. In Tunisia, the tipping point was when a petty trader set himself ablaze.
Perhaps Gary S Becker, a Nobel prize-winning economist, summed it best when he wrote:
“Analytically, what happens is that over time such a regime may be shifting in unnoticed ways from stable equilibrium positions, where the government is in complete control, to an unstable equilibrium where seemingly small events trigger massive changes, including the ouster of the government.
“The overthrow of the government may be quick and without much violence, as in the East German and Tunisian cases, or involve considerable violence, as during and especially after, the Iranian revolution.”
Festering fear
Another equally reputed economist, Richard Posner, noted that there were several reasons for an “overthrow.”
“The obvious one is lack of information. A government that uses intimidation, surveillance, and control of media to quell dissent deprives itself of good information about the population’s concerns.
“People keep their concerns to themselves out of fear. Grievances are driven underground, to fester.
“Not having a good handle on what people want, the government risks being blindsided by a sudden explosion of repressed anger.
“Repression also fosters conspiracy; fearful of expressing themselves publicly, people learn to form secret cabals; they become experts at dissimulation.
“Second, the leadership of an authoritarian regime has difficulty obtaining information even from its own officials, or more broadly of managing disagreement and absorbing and responding to criticism.
“Without fixed terms of office and rules of succession, the position of leaders is insecure: they maintain their position by charisma or fear, by projecting an image of infallibility and omniscience, and these sources of power are undermined by criticism, which is often implicit in ‘bad news’ conveyed to leaders by their subordinates.
“Even without being critical, the subordinate who warns his leader about popular disaffection is implicitly claiming to have knowledge that the leader did not have.
“Third, and again attributable to the absence of set rules for peaceful transition of leaders, authoritarian regimes tend to be conservative in the sense of being reluctant to change even in response to known problems.
“If you do not have a good handle on public opinion, it is very difficult to predict the consequences of change – change may convey weakness, create expectations that cannot be fulfilled, empower the advocates of change, and undermine belief in the infallibility and omniscience of the leadership.
“Fourth, and again related to the absence of regular rules of appointment and succession, the leadership of authoritarian regimes tends to be old and sclerotic. Retirement is dangerous. The leader will have made enemies and when he relinquishes power he is defenceless against them.”
“By clinging to power he grows out of touch, and is ill-equipped to respond decisively and effectively to a challenge.”
People must decide
The things that happened in Tunisia and Egypt belonged to the realm of chaos theory.
A simple analogy of this theory is like when we rock a canoe. The canoe contains the momentum of disequilibrium until we rock it once more and the canoe overturns.
The initial conditions or the initial stimuli seemed at first remote and insignificant but over a period generates widespread effects.
In the case of Sarawak, we don’t know which will generate “an effect”. It could be the (online) articles about (Chief Miinister) Taib Mahmud’s personal fabulous wealth.
Or maybe even articles of his family’s decadent and opulent lifestyle amplified with unbounded pomposity which appeared in lifestyle magazines like Tattler, Passion.
Or maybe it will be his business deals with a set of cronies.
On the whole, although these are taken dismissively, I am sure one of them will precipitate his downfall.
There’s one thing that Sarawakaians in general must realise.
When it was ruled by the Brooke family, Sarawak was actually run by a private limited company.
Except for a brief period, when Sarawak was ruled and governed  by some fragments of democratic institutions directly elected by the public,  Sarawak is essentially now back under the rule of a limited company.
Except the company is now owned by a native of the soil – a Melanau by the name of Taib Mahmud.
Sarawak is run like a personal fiefdom where the “king” dispenses with largesse to whosoever he has taken a fancy and who he thinks fit into his strategic interests.
Sarawakians need to ask this question – do they still want to be ruled by a sendirian berhad or empower themselves by electing a democratic government?

Najib beri amaran kepada SUPP sebagai menyindir Taib Mahmud?

Oleh Safar Jumaat
Tiba-tiba Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, "saya akan menggunakan kuasa saya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk menentukan siapa yang boleh menjadi calon pada pilihan raya akan datang". Alasan Najib, supaya keputusannya itu dapat memastikan kemenangan dan mengisi kepentingan BN.
Beliau bercakap di Sarawak ketika berucap merasmikan Konvensyen Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 2011 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCKK) dekat Kuching baru-baru ini. Turut hadir di konvensyen itu Presiden SUPP, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam.


Khabarnya, Najib bercakap dalam nada yang berlainan di Semenanjung, ketika beliau sering berjanji akan memilih calon yang dikehendaki pengundi dan bukan yang rapat dengannya atau calon yang kuat melobi.

Barangkali, Najib serik dengan calon pilihan SUPP, Robert Lau Hui Yew yang terpilih menjadi calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu, Mei 2010, apabila kalah kepada calon DAP, Wong Ho Leong dengan majoriti 398 undi.

Tidak mustahil juga, Najib tidak minat dengan Presiden SUPP, Dr. George Chan Hong Nam yang dianggap gagal memainkan peranan bagi menarik pengundi Cina kembali menyokong BN dalam PRK Sibu tersebut.

Menoleh sejenak bagaimana pemilihan calon Dun Bagan Pinang, Negeri Sembilan, yang dikatakan penuh kontroversi apabila bekas Perdana Menteri (PM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri tidak bersetuju jika pucuk pimpinan memilih Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon BN, tetapi atas kehendak pengundi, Mohd Isa terpaksa dipilih semula.

Waktu itu, jika Najib menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi BN, mustahil beliau akan memilih Mohd Isa kerana Mohd Isa bukan calon yang dikehendaki Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hasan. Di tambah dengan pandangan Dr. Mahathir, menjadikan Najib serba salah. Namun, maklumat yang Najib kutip dari bawah, rata-rata mahukan Mohd Isa, menyebabkan waktu itu, Najib tidak dapat menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi BN.

Perlu disebut, beberapa anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno sendiri tidak bersetuju jika Mohd Isa dicalonkan semula. Antara yang lantang menentang nama Mohd Isa dicalonkan ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah dan Dr. Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran. Kedua-duanya adalah anggota MT Umno.

Nampaknya, Najib sudah bercanggah pendirian. Satu ketika, beliau akan memilih calon tanpa menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi BN, tetapi dalam konteks SUPP di Sarawak, Najib bercakap dalam nada yang berbeza.

Apakah Najib sudah hilang kepercayaan kepada SUPP? Atau Najib tidak mahu lagi cadangan datangnya dari Dr. George Chan sebagai Presiden SUPP?  Atau, Najib mempunyai agen dalam SUPP yang mahu menjatuhkan Dr. George Chan dari kedudukan tertinggi dalam parti itu?

Najib dipetik sebagai berkata. "tolong berikan saya hanya calon boleh menang, diterima dan mendapat sokongan majoriti rakyat, bukan kerana mereka pilihan parti disebabkan kedudukannya dalam parti.

"Pada masa sama, dekati, selami serta penuhi kehendak sebenar rakyat dengan berpegang kepada prinsip mendahulukan rakyat, bukan buat apa yang kita fikir rakyat mahu, tetapi apa yang rakyat benar-benar mahu. Beliau berkata, apa guna jika calon yang dikemukakan itu tua, tetapi tak boleh menang. Apa guna juga jika mereka calon baru yang muda jika tak boleh menang. Jangan beri saya calon kerana mereka orang penting atau popular dalam parti, bukan di kalangan rakyat." 

Ada juga yang berpendapat, Najib hanya memerlukan SUPP ketika parti itu kuat dan dapat memberi sumbangan kerusi kepada BN. Dalam masa yang sama, walaupun kata-kata keras Najib ini dilontarkan ketika Konvensyen SUPP, tetapi ada yang berpendapat, Najib menyindir kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dikatakan sudah hampir 30 tahun menjadi Ketua Menteri. 

Namun, disebabkan sumbangan Taib yang terlalu besar kepada BN di peringkat Persekutuan, Najib mempunyai rasa cuak untuk berterus-terang kepada Taib. Jadi, jalan yang paling mudah, "pukul anak, sindir menantu".

Najib juga mengingatkan SUPP, bahawa pemilihan calon dalam pilihan raya akan datang bukan berdasarkan kedudukan dalam parti tetapi seseorang itu mestilah diterima dan mendapat sokongan majoriti rakyat. Kerunsingan bersarang di dada Najib. Jika BN Sarawak kecundang kali ini, ia memberi petanda bahawa BN tidak akan dapat mengekalkan kuasa lagi di dalam PRU 13 akan datang.

Sarawak dan Sabah adalah "simpanan tetap" BN tetapi dengan kekalahan BN di dalam PRK Sibu, tahun lalu, Najib benar-benar kecewa selepas BN menang bergaya di Dun Bagan Pinang dan menang tipis di PRK Parlimen Hulu Selangor.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2006, SUPP tewas lapan dari 19 kerusi yang diperuntukan kepadanya. SUPP merupakan parti komponen BN kedua terbesar di Sarawak, selepas PBB pimpinan Taib. Najib sebenarnya tidak sepatutnya bercakap secara terbuka kehendak hatinya untuk memastikan BN terus berkuasa, dengan menjadikan SUPP sebagai "bahan belasahan" seolah-olah selama ini SUPP tidak pernah ‘berbudi’ kepada BN di Sarawak dan Persekutuan.

Kenapa, ketika SUPP tewas lapan dari 19 kerusi DUN Sarawak, Najib mahu membelasah SUPP seolah-olah kekalahan SUPP itu hanya kerana pengundi Cina tidak mengundi BN, tetapi dalam masa yang sama, BN tidak pernah membuat kajian menyeluruh, mengapa berlaku begitu teruk kemerostan sokongan pengundi Cina terhadap calon BN (SUPP) dalam Pilihan Raya Negeri 2006 yang lalu.

Jika Najib seorang pemimpin yang berpegang kepada semangat setiakawan, sepatutnya beliau tampil membantu SUPP habis-habisan dan bukan dengan mengukit pemberian kerajaan kepada masyarakat Cina di Sarawak tetapi masyarakat Cina tidak memberi sokongan kepada BN dalam pilihan raya.

PRK Merlimau: Ayuh katakan 'tidak' pada Ali Rustam!

Ketika ini, Umno-BN cukup berbangga dengan nostalgia kemenangan mereka di De wan Undangan Negeri (Dun) Melimau, yang menyebabkan mereka tidak pernah mengambil kira mereka boleh kalah. Memang sekali imbas, untuk PAS menang di Melimau macam perkara mustahil, tetapi siapakah yang boleh mendahului kuasa Allah, jika ditakdirkan BN kalah kali ini, walaupun dari segi rekodnya, Melaka merupakan satu-satunya negeri yang tidak terlepas walau satu pun kerusi yang diwakili Umno.


Jika benar di Dun Melimau PAS tidak ada isu untuk dimainkan tetapi di Melaka, isu paling besar ialah kepimpinan Mohd Ali Rustam sendiri perlu dilihat secara menyeluruh untuk memastikan Melaka bersih dari segala bentuk penyelewengan dan rasuah.

Orang-orang Melayu di Melaka boleh seronok dengan infrastruktur dan landscape yang menarik tetapi apabila Mohd Ali dilarang bertanding dalam pemilihan Umno baru-baru ini, ia tidak boleh dilupakan begitu sahaja.

Jika wang menjadi sebab mengapa Mohd Ali dilarang dari bertanding, ahli-ahli Umno dan pengundi di Dun Melimau kena bertanya, dari mana wang Mohd Ali dapat untuk digunakan bagi menjalankan kempen untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Di mana-mana sahaja, Mohd Ali akan sampai, termasuk di hujung kampung di Sabah, bagi mendekati rakyat kononnya atas nama mesra rakyat tetapi, hakikatnya Mohd Ali mencari undi untuk mencuba nasib memenangi kerusi Timbalan Presiden Umno.

Malangnya, Mohd Ali tidak diyakini oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mampu memikul tanggungjawab tersebut, menyebabkan dia dihalang dari bertanding dan kebetulan, khabarnya Ibu Pejabat Umno yang kebanyakkannya mendapat anugerah Dato' dan Dato' Seri dari Melaka, terpaksa juga berusaha menangkap beberapa proksi Mohd Ali bagi mengaitkan Ketua Menteri Melaka ini dengan politik wang.

Itu cerita lama. Cerita lebih dua tahun dulu. Tetapi, ia belum boleh dilupakan. Mohd Ali sebenarnya mahu ditangkap kerana terlibat dengan politik wang serentak dengan tangkapan terhadap Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad beberapa tahun yang lalu.

Tetapi keperluan Umno ketika itu hanya mahu Mohd Isa sahaja disingkirkan dan tiga tahun kemudiannya, Mohd Ali pula.

Perlu disebut, ketika itu Mohd Isa adalah Naib Presiden Umno nombor satu, Mohd Ali adalah Naib Presiden Umno nombor dua dan Muhyiddin Mohd Yassin Naib Presiden Umno nombor tiga.

Mohd Ali bernasib baik kerana Najib tidak ada pilihan lain, selain Mohd Ali untuk dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka, menyebabkan Mohd Ali bukan sahaja dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Melaka dan Ahli MT, tetapi dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Ketika ini, Mohd Ali seolah-olah mencabar PAS supaya berdebat dengannya dalam isu Melaka Maju 2010 dan membandingkan Melaka dengan Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang tetapi, Mohd Ali lupa bahawa kesemua Ketua Menteri dan Menteri Besar negeri-negeri yang di kuasai Pakatan Rakyat tidak pernah terlibat dengan politik wang seperti yang terpalit pada batang tubuh Mohd Ali.

Biasalah, dalam Umno, kesalahan politik wang bagi mereka yang berjawatan tinggi, biasanya tidak terkait dengan kehilangan jawatan, kecuali Mohd Isa tetapi bagi mereka yang terkait dengan isu politik wang di peringkat bahagian, akan terhukum dengan hukuman yang cukup berat.

Kisah terbaru, Mohd Ali dan rombongannya menyewa kapal terbang untuk mencari pelabur di Indonesia. Ramai yang berada di dalam kapal terbang tersebut, antaranya anak kepada Perdana Menteri. 

Nasib baik Tentera Nasional Indonesia (TNI) tidak mahu memanjang-manjangkan isu ini, walaupun kapalterbang ini ditahan di Lapangan Terbang Surabaya dan melepaskan Mohd Ali pulang dengan pesawat lain, tetapi kalaulah boleh diketahui siapakah 85 orang yang menganggotai rombongan Mohd Ali ini, mungkin banyak lagi rahsia akan terdedah.

Sebenarnya, sebagai Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali bernasib baik kerana dia sentiasa dilihat seorang pemimpin yang sering berada di mana-mana ketika kebakaran, banjir, majlis perkahwinan dan kematian.

Tetapi, hakikat sebenarnya, jikalah perbelanjaan Mohd Ali boleh diaudit, rakyat akan tahu banyak mana wang digunakan untuk dia melakukan kerja-kerja di luar bidang tugasnya sebagai Ketua Menteri termasuklah kekerapannya ke Sumatera, Indonesia dengan pelbagai alasan termasuk menarik pelaburan.

Suatu ketika dahulu, timbul isu kemurahan hati Kerajaan Negeri Melaka terhadap penganugerahan darjah Dato' kepada macam-macam jenis manusia. Namun, isu ini senyap begitu sahaja walaupun Melaka pernah digelar "kilang" Darjah Dato' di Malaysia.

Ada di antara penerima Darjah Dato' Melaka, entah pernah atau tidak datang ke Melaka, tiada siapa yang tahu.

Namun, tiada siapa boleh menyuarakannya kerana itu adalah hak beliau untuk mencadangkan penganugerahan tersebut, hingga ada yang menerima anugerah Dato' tersebut terlibat dalam kes pergaduhan dan sebagainya.

Ketika pihak Istana Negeri Sembilan mahu kajian semula dibuat terhadap penganugerahan JP, Melaka mungkin negeri yang paling risau mengenainya kerana Melaka juga boleh dikatakan cukup berminat menganugerahkan JP kepada kawan-kawan orang tertentu.

Kalau pengundi di Melimau mahu menghentikan semua perkara ini, mereka boleh mengurangkan undi kepada calon BN. Mesej ini jika ditunjukkan dalam peti undi, ia akan berjaya merubah situasi Ketua Menteri yang sering berbuat sesuka hatinya sahaja.

Ketika beliau menunjukkan dia mesra rakyat dan dekat dengan orang ramai, dalam masa yang sama dia juga sering ke sana ke mari untuk menghabiskan wang rakyat Melaka yang sepatutnya dicurahkan kepada orang-orang yang benar-benar memerlukannya.

Berapa banyak wang digunakan untuk menyewa kapal terbang untuk bersama-sama 85 yang lain, mungkin akan diceritakan kononnya ada syarikat swasta yang membiayainya, sedangkan mustahil ada syarikat swasta yang mahu menaja jika tiada "harapan menanti di depan" – juga akan menyebabkan berlaku penyelewengan.

Di tangan pengundi Melimau, jika mereka sayangkan Melaka dan sayangkan Malaysia, negara yang sedang kehilangan banyak wang ini, boleh dimulakan dengan memberi undi kepada calon PAS.

Ia mungkin tidak akan menyebabkan Mohd Ali jatuh dari kerusi Ketua menteri tetapi sekurang-kurangnya dapat menegur dan menyedarkannya dari keborosan dan kemewahan hidup sebagai seorang Ketua Menteri yang bebas untuk ke sana ke mari berkempen dalam Umno dan ke sana ke mari atas alasan kononnya menarik pelaburan.

Mahunya Najib tak takut: Tidak mustahil ledakan Mesir tercetus di Malaysia

Oleh SanggahToksago
UMNO perlu melihat kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir dari dua sudut. Pertama, kerana terlalu lama dan kedua, kerana terlalu angkuh. Hari ini, apabila Hosni Mubarak meninggalkan Mesir selepas 18 hari diasak penunjuk perasaan, apakah yang ditinggalkan Mubarak di Mesir? Yang pasti, ada 300 nyawa terkorban selama tunjuk perasaan ini berlaku dan ribuan yang lain cedera.


Seperti yang dilaporkan, tentera yang mengambil alih kuasa sekarang ini, kelihatan merestui tunjuk perasaan ini dan akhirnya, pengumuman rasmi dibuat, mengesahkan Mubarak yang pada peringkat awalnya tidak mahu mengalah, akhirnya terpaksa melepaskan jawatannya.

Kalau boleh, Mubarak mahu menunggu sampai September, kononnya penggal pemerintahannya berkahir, tetapi rakyat tidak tertanggung lagi dengan perangai dan sikap angkuh Mubarak. Apa yang pasti, rakyat Algeria juga seperti mendapat suntikan semangat dari apa yang dicapai oleh rakyat Mesir.

Apakah Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika sudah bersedia untuk berundur? Atau, mahu terus berdegil hingga kejadian lebih buruk berlaku? Begitu juga dengan Yaman, khabarnya keadaan sudah mula bergegar dengan ura-ura tunjuk perasaan.

Panglima Angkatan Tentera Mesir, Fil Marsyal Mohammed Hussein Tantawi berkata, beliau akan menghormati semua perjanjian yang dimeterai Mesir, satu berita yang cukup melegakan negara Yahudi dan Amerika Syarikat.

Antara perjanjian itu ialah perjanjian damai dengan Israel 1979. Selain kebongkakkan Hosni Mubarak, hakikat sebenarnya apa yang berlaku di Mesir ini ialah disebabkan terlalu khayal dengan mabuk kuasa. Keresahan dan kesusahan rakyat tidak dapat dihidu sejak awal. Hingga, apabila Dataran Tahrir dipenuhi dengan penunjuk perasaan dan semua jalan raya sudah tidak boleh dilalui disebabkan dipenuhi dengan penujuk perasaan, mulalah ekonomi Mesir lumpuh.

Hanya beberapa bulan lagi pilihan raya akan diadakan. Tidak pula diketahui apakah boleh dipercepatkan pilihan raya tetapi, belum ada jaminan suasana aman selepas peralihan kuasa berlaku. Satu perkara yang perlu dijadikan ingatan pihak yang sedang berkuasa sekarang ialah penggunaan laman sosial faebook dan internet menjadi komponen penting dalam revolusi rakyat Mesir.

Jika ada ura-ura Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu menyekat Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) seperti yang dinyatakan Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Mahmud Adam baru-baru ini, ia sebenarnya sudah terlewat.

Rakyat sudah ke hadapan di dalam penggunaan media baru ini dan sekatan demi sekatan yang dibuat sebenarnya satu usaha memenjarakan kecerdikan berfikir rakyat. Ada penulis yang mempertahankan Malaysia kononnya, apa yang berlaku di Mesir tidak akan berlaku di Malaysia kerana rakyat Malaysia cukup makan dan tidak seperti di Mesir.

Kerisauan rakyat Malaysia yang sentiasa dikelilingi pendatang asing hingga keselamatan keluarga mereka terancam, tidak diambil kira sebagai keresahan dan kesusahan rakyat. Ternyata, kerajaan telah gagal menyelesaikan masalah pendatang asing ini walaupun pelbagai formula diketengahkan termasuk usaha menubuhkan makmal pendatang asing.

Ternyata, ia hanya cakap-cakap yang mahu menghalalkan sejumlah peruntukan besar diluluskan kerajaan untuk menubuhkan makmal tersebut. Namun, tidak seorang pun pendatang asing yang dapat dikurangkan dari bumi Malaysia, melainkan bertambah dari hari ke hari.

Jika desakan dibuat, Menteri Dalam Negeri akan muncul dengan amaran terbaru termasuklah akan mencari hingga ke lubang cacing tetapi, yang pasti pendatang asing makin bertambah. Bukan kecil jumlah rakyat Malaysia yang terperangkap dengan isu keldai dadah tetapi setakat hari ini, pihak berkuasa masih tetap memberi nasihat kepada mereka supaya berhati-hati dengan perangkap tersebut.

Apakah keresahan rakyat ini, selain kenaikan cukai, kenaikan harga barang-barang keperluan dan kesukaran mendapatkan pekerjaan bukan keresahan dan kesusahan yang membolehkan rakyat Malaysia bangkit seperti bangkitnya rakyat Mesir di Dataran Merdeka (Tahrir) mereka?

Bukankah kerana lamanya itulah yang menyebabkan rakyat menolaknya. Berbeza, kata mereka yang menjadi pengampu Umno, dengan BN.  Yang lama adalah parti tetapi individu yang memimpin parti belum pernah mencapai usia 30 tahun pemerintahannya, kecuali sekali Tun Dr. Mahathir Mohamad mencipta rekod 22 tahun.

Kemenangan besar Tun Abdullah Ahmad Badawi, kata penulis-penulis yang pro Umno dalam tahun 2004, kerana Abdullah baru dan jika diadakan Pilihan Raya Umum ke 13 kelak, Perdana Menteri, Najib Tun Razak akan mengulangi kejayaan BN seperti yang pernah berlaku dalam PRU 11, 2004 yang lalu.

Bukan senang mahu menyedarkan mereka yang sudah terlalu lama di tampuk kuasa. Malahan, jika mereka dikatakan lama, mereka akan berkata, parti mereka yang lama, tetapi pemimpin-pemimpinnya sering bertukar ganti.

Mereka lupa, 2008 apabila Abdullah nyaris-nyaris tumbang bersama-sama BN bukan kerana dia sudah lama tetapi kerana parti yang diwakilinya sudah terlalu lama berkuasa di Malaysia. Begitulah juga apa yang berlaku kepada Gerakan, MCA dan MIC kerana terlalu lama, parti mereka (calon-calon) ditolak.

Hari ini, walaupun MCA berhempas-pulas mahu memberitahu rakyat dan pengundi bahawa mereka mempunyai pemimpin yang baru, dari Ong Tee Kiat kepada Chua Soi Lek, namun, rata-rata pengundi menolak mereka.

Pengundi-pengundi sudah jemu dengan parti yang terlalu lama berkuasa, hingga lupa diri dan angkuh. Pengundi dan rakyat melihat bahawa apa yang berlaku kepada Hosni Mubarak pelru juga dilakukan kepada Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno sejak sekian lama. Mereka yang berada di puncak kuasa, tidak menghiraukan kemahuan dan keresahan rakyat selain mencipta slogan dengan logo baru, sekadar mahu menggula-gulakan rakyat. Cukuplah! Dah lama sangat dah!

Pilihanraya Di Sarawak Dan 30 Tahun Rejim Hosni Mubarak, Apa Kena Mengena ?

Oleh Musli Oli
Memang tiada kena mengena pilihan raya umum negeri Sarawak dengan kejatuhan rejim Hosni Mubarak. Siapa kata ada? Tan Sri Mohd Taib Mahmud dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1981. Tanggal 26 hb Mac ini genaplah 30 tahun tempuhnya menyandang jawatan yang paling berkuasa di Bumi Kenyalang itu.
Ada pemerhati politik meramal, Taib akan bubar DUN Sarawak pada 2 April sebagai menghormati tarikh perlantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri pada 2009. Pilihan raya dijangka diadakan pada 11 April 2011.


30 tahun sebagai Ketua Menteri? Generasi X atau sekarang lebih popular dikenali sebagai generasi Facebook dan Twitter sudah pasti menjadikan tempuh 30 tahun sebagai satu isu yang menarik.

Apapun, keputusan PRU Sarawak sudah pasti membawa impak yang besar kepada kedudukan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah negara.

Persoalannya, apakah Najib bersedia menerima risiko hilang populariti BN dan kerajaan pimpinannya jika terus mengekalkan Taib sebagai KM Sarawak? Apakah tidak mungkin angka 30 tahun itu menjadi titik tolak kepada penolakan generasi X?

Secara kebetulan isteri baru Tan Sri  Mohd Taib ialah wanita berusia 28 tahun dari tanah Arab negeri Syria yang terkenal dengan gadis-gadisnya yang cantik dan menarik. Secara kebetulan isteri Mobarrak juga berdarah keturunanan dari negara Syria. Ada kaitan?  

Ada pemerthati politik dari Sarawak cadangkan supaya tokoh-tokoh veteran seperti Taib, Alfred Jabu, George Chan mengetuai PRU negeri tetapi tidak bertanding dan memberi laluan kepada calon-calon baru. Dengan harapan golongan muda, generasi Facebook dan Twitter akan beri sokongan kepada slogan "berubah atau rebah"

Peristiwa di Mesir pastinya menjadi pengajaran kepada BN.

Tuan Ibrahim Tuan Man bakal kejutkan UMNO di Kerdau?

Oleh: wfauzdin_ns

"BIJAKNYA SPR apabila mengumumkan tarikh Pilihanraya Kecil Dun Kerdau, Pahang diadakan serentak dengan Pilihanraya Kecil Dun Merlimau, Melaka. SPR menetapkan pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan pada 6 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari. Keputusan itu diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam dalam sidang media di Kuching.

PRK Dun Kerdau adalah merupakan PRK yang pertama di Pahang sejurus PRU Ke 12 ekoran kematian Adunnya dari Umno Allahyarham Zaharuddin Abu Kassim yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung. Dalam pilihan raya umum lalu Zaharuddin menang kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Siapakah calon PAS yang bakal dicalonkan kali ini? Difahamkan beberapa nama telah pun disenaraikan termasuk Pesuruhjaya PAS Pahang sendiri iaitu Us Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Ketua Pemuda PAS Pusat Us Nasruddin Hassan Tantawi. Memandangkan Dun Kerdau lebih separuh dari pengundinya datang dari kawasan Felda, saya merasakan calon yang paling layak untuk menambat hati para pengundi di situ adalah Us Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau pernah menjadi Wakil Rakyat di kawasan felda iaitu di Jengka.

Us Tuan Ibrahim Tuan Man juga mempunyai pengaruh yang besar dan dikenali ramai sebelum beliau aktif politik di dalam PAS. Pesuruhjaya PAS Pahang ini juga amat disenangi oleh masyarakat bukan Melayu walaupun jumlah pengundi di kalangan bukan Melayu tidak begitu ramai. Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

PRK Dun Kerdau amat penting untuk menguji sejauh mana sokongan rakyat terutamanya orang-orang Melayu terhadap PAS dan PR di Pahang. Keputusan yang bakal diperolehi nanti bakal menjadi aras pengukur kekuatan PR di dalam menghadapi PRU Ke 13 nanti. Pahang dikatakan berpotensi untuk menambahkan jumlah kerusi PR samada di Parlimen mahupun di Dun Pahang.

Kekuatan Umno/Bn sebenarnya telah kita jangka kerana senjata mereka tetap sama di dalam mana-mana jua pilihanraya diadakan. Mereka cuma bergantung kepada Media, Jentera Kerajaan dan juga longgokan wang ringgit. Tanpa ketiga-tiga ini, Umno tidak mampu bernafas walau sesaat pun. Justeru itu, PAS dengan kerjasama padu dari rakan di dalam PR semestinya telah bersedia dengan kesemua aset mereka itu.

Saman ekor: Bukti BN kejam pada rakyat

 
Setelah sekian lama kaedah saman ekor ini dipertikaikan oleh rakyat tetapi kerajaan BN masih melaksanakannya. Lebih mendukacitakan rakyat ialah belum ada Perdana Menteri yang sanggup mengambil tindakan "blakck list" ke atas rakyat kecuali Datuk Seri Najib. Malahan Tun Mahathir di mana di zamannyalah saman ekor diperkenalkan tetapi beliau sendiri tidak menngambil tindakan blacklist. Apakah kerana kerajaan pimpinan Najib benar-benar terdesak kerana menghadapi masalah kewangan yang kronik? Antara kelemahan saman ekor yang paling ketara kezalimannya ialah:
i.  Saman dikeluarkan ke atas kenderaan bukan pemandu.
Keadaan ini boleh menyebabkan terjadinya penganiayaan. Kita sedia maklum banyak kenderaan di atas jalan yang dipandu bukan oleh pemiliknya. Contohnya suami memandu kereta milik isteri, anak memandu kereta ayahnya, adik memandu kereta kakak dan juga kawan memandu kereta kawan. Kita ada terbaca bagaimana seorang ibu terpaksa bergadai bergolok untuk menyelesaikan saman anaknya bernilai ribuan ringgit yang memandu keretanya. dan kesannya kepada anaknya. tiada apa-apa kerana yang menyelesaikan saman ialah ibunya. Malahan dalam keadaan sekarang di mana pembiayaan pinjaman kereta sehingga 9 tahun, ramai yang menjual kereta melalui kaedah “sambung bayar” kerana bagi mengelakkan kerugian susut nilai. Bagaimana pula dengan kereta yang menggunakan plat kenderaan palsu. Saya ada seorang kawan yang sengaja membuang 1 nombor pendaftaran keretanya bagi mengelakkan saman ekor. Dan terbukti setelah lebih 10 tahun dia memandu “kaedah”nya memang berkesan. 
ii. Saman disampaikan secara postal bukan secara terus
Pemilik kenderaan yang mana kenderaannya melakukan kesalahan had laju akan menerima makluman melalui pos. Kelemahannya di sini ialah jarak tempoh yang lama dari tarikh kesalahan kenderaan di buat dengan tarikh penerimaan surat saman. Ada yang menerimanya 2 atau 3 bulan setelah kesalahan dibuat dan ada yang selepas hampir setahun. Malahan ada yang tidak terima sebarang makluman langsung. Ini menyukarkan pemilik kenderaan mengingati siapa yang memandu pada ketika kesalahan dibuat. Kaedah menamakan pemandu di keratan penghujung surat saman juga dilihat tidak praktikal kerana tarikh kejadian yang telah lama serta hanya akan menyebabkan pertengkaran sesama saudara atau dengan rakan.
iii. Jumlah saman yang dikenakan sama tanpa mengira had laju
Jumlah kompaun yang sama iaitu RM300 biasanya dikena tanpa mengira had laju yang di catatkan adalah amat tidak adil. Kalau kita lihat dalam undang-undang contohnya rasuah, denda yang dikenakan bebeza mengikut jumlah rasuah yang di ambil, begitu juga  dalam pengedaran dadah. Justeru PDRM sewajarnya mengenakan jumlah saman yang bebeza bergantung pada had laju. Contohnya kereta yang dipandu melebihi had laju tetapi masih di bawah had laju kebangsaan iaitu 90km sejam dikenakan saman RM100. Seperti memandu 78km di kawasan had laju 60km. Mereka yang memandu melebihi 90km hingga 110km dikenakan saman RM200 dan yang memandu melebihi 110km barulah dikenakan kompaun maksimum RM300. Rasionalnya ialah mereka yang memandu di bawah 90km ini bukan dalam golongan “kaki racing”, mereka cuma kadang tidak terpandang papan tanda hadlaju atau jalan yang lengang ketika itu. Tetapi mereka yang memandu melebihi 110km sejam memanglah boleh di kategorikan sebagai “kaki racing” yang boleh menyebabkan kemalangan dan wajar dikenakan kompaun maksimum.
iv. ‘Blacklist’ hendaklah dibuat setiap tahun bukan setelah 10 tahun
PDRM dan JPJ sepatutnya menyenarai hitam pemandu yang enggan membayar saman ini setiap tahun bagi mengelakkan ianya tertunggak telalu lama yang mana akan menyukarkan pemandu untuk membayar jumlah yang terlalu banyak seperti yang berlaku sekarang. Walaupun kerajaan ada memberi insentif diskaun tetapi apabila jumlah yang terkumpul terlalu lama ianya pasti menjadi bebanan kepada rakyat untuk menjelaskannya dalam masa yang singkat. Bukan semua rakyat berkemampuan lebih-lebih lagi ketika ekonomi jatuh seperti sekarang. Kita tidak mahu natijahnya nanti lebih teruk di mana mereka akan mamandu kenderaan tanpa cukai jalan bagaimana nanti jika berlaku kemalangan? Dan lebih parah lagi ada yang maminjam along untuk menyelesaikan saman bagi memastikan mereka boleh memperbaharui cukai jalan.
Maka boleh kita simpulkan di sini kaedah penyelesaian yang terbaik ialah pihak PDRM perlu mengkaji mekanisma baru bagi perlaksanaan saman ekor ini. Antaranya ialah seperti yang pernah PDRM lakukan sekitar tahun 1990-an. Di mana pada ketika itu saman ekor di buat secara “tembak, tahan dan tulis saman” (3T).  Kereta yang dipandu melebihi had laju akan dikesan oleh seorang anggota polis lalu akan ditahan selepas 1 atau 2 kilometer dari tempat kejadian oleh 2 atau 3 orang anggota polis lain serta saman terus di beri kepada pemandu. Ini secara langsung akan menyelesaikan semua masalah. Sekiranya PDRM menghadapi masalah kekurangan anggota mohonlah pertambahan anggota bukannya menjadi pak turut untuk melakukan kezaliman kepada rakyat.
Justeru saya amat-amat berharap kempen anti saman ekor (Kase) oleh PAS ini dapat terus diperjuangkan sehingga tercapai matlamatnya. LAWAN TERUS LAWAN! Kerajaan BN mesti diajar bahawa rata-rata rakyat faham akan rasionalnya penggunaan perangkap had laju, rakyat bersedia untuk membayar saman sekiranya perlaksanaannya teratur dan telus bukannya dengan cara menzalimi rakyat. Dan apa yang lebih jijik lagi ialah menjadikannya sumber pendapatan haram kerajaan.