Rabu, 16 Februari 2011

Pegang Sumpah Rahsia Kamu ye Khusrin?


Haaa..
Dah Angkat sumpah tu kena pegang la ye Khusrin..
Jangan khianat pulak!
Jangan besok-besok... ada pulak perkara dalam meeting exco..
belum apa-apa dah diulas dek Noh Omar..
belum apa-apa dah diulas dek Khir Toyo..
belum apa-apa dah diulas dek Najib Razak!
Belum apa-apa dah diulas dek Kamalanathan!

Jangan sampai MB belum keluar kenyataan,
Noh Omar dah keluar kenyataan dulu..
Khir Toyo dah keluar kenyataan dulu..
Najib Razak dah keluar kenyataan dulu!

Wakakakakaka!

Dah lama tak dengar tuduhan puak-puak UMNO kutuk PR khianat Sultan kan?
Sejak UMNO tolak usul kembalikan kuasa yang UMNO rampas pada Sultan hari tu!

Adehhhh!

sunsnake 16022011

'Rekrut pelampau Wahabi, andaian tak baik'

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, dakwaan segelintir pihak kononnya Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) di Shah Alam merekrut pelampau-pelampau Wahabi adalah satu andaian yang tidak baik.

Beliau berkata Mediu yang beroperasi di Plaza Masalam di Shah Alam bukan sahaja menawarkan pengajian agama tetapi dalam bidang lain seperti bahasa, teknologi komunikasi dan maklumat, pendidikan, sains kewangan, pengurusan serta kejuruteraan.

abdullah ahmad badawi at bn meeting with najib"Jangan terlalu cepat membuat andaian akhirnya merugikan kita,” katanya kepada pemberita selepas melawat kampus Mediu hari ini ketika diminta mengulas dakwaan penulis blog tertentu kononnya universiti itu merekrut pelampau Wahabi.

Abdullah berkata beliau amat gembira dengan perkembangan Mediu yang kini mempunyai 3,000 pelajar daripada 90 bangsa di seluruh dunia sejak ia beroperasi pada tahun 2007 semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Rektor Mediu, Prof Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi berkata pula, berkata Mediu turut menarik pelajar-pelajar dari luar Malaysia untuk mengikuti pengajian secara online sepenuhnya.

Mediu mempunyai pejabat dan pusat pembelajarannya di Madinah, Kaherah, Kuwait, London, Yogyakarta, Makassar, Bangkok, Singapura dan Maghribi.

- Bernama

Anwar Ibrahim di Mentakab, Kerdau Ahad ini

TEMERLOH, 16 Feb: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri majlis jamuan makan malam dan berceramah di sini 20 Februari.

Menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid jamuan makan malam bagi mengutip dana pilihan raya itu akan diadakan di Dewan Taman Rimba, Mentakab bermula jam 7.30 malam.

“Selain Anwar pimpinan lain yang dijangka hadir ialah (Menteri Besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Tian Chua, Datuk Chua Jui Meng dan Leong Ngah Ngah.

“Bagi tujuan mengumpul dana PKR menyediakan kupon-kupon berharga RM40 dan meja-meja VVIP yang berharga RM2,000 dan RM1,000,” katanya kepada media di pejabatnya.

Ahmad Nizam yang juga Ketua Cabang PKR Temerloh berkata, selepas majlis tersebut Anwar dan semua pimpinan dijadualkan berceramah di tapak kompleks PAS Pahang, Kerdau.

“Di Kerdau Anwar dan yang lain akan memberi taklimat isu semasa dan pilihan raya. Walau bagaimanapun program ini tidak ada kena mengena dengan kempen awal untuk pilihan raya kecil (PRK) Kerdau kerana telah dirancang sejak Januari lalu,” tegasnya.

Mengenai PRK Kerdau, Ahmad Nizam berjanji PKR Pahang akan memberikan komitmen 100 peratus dengan mengerahkan seluruh kekuatan bagi mempastikan kemenangan calon PAS.

Ali Rustam Tarik Diri Debat

 Dr Hatta Ramli

 Kehadiran melebihi 5000 orang

 Membuatkan Ali Rustam gelisah

 Ali Rustam

 Kehadiran sekitar 60 orang termasuk polis

Membuatkan Ali Rustam kecut telur

Adakah impian Ali Rustam mahu berdebat secara terbuka menjadi kenyataan? Walaupun debat tertutup yang cuba dilakukannya itu kurang mendapat sambutan dikalangan masyarakat setempat, Ali tetap tidak akan berputus asa walau diasak jumlah yang ramai dari Pakatan Rakyat.

Malam tadi menyaksikan UMNO/BN dan PAS/PR sedang menunjukkan taring mereka beraksi digelanggang ceramah masing-masing. Tempat ceramah bagi kdeu-dua parti adalah sekitar 500 meter sahaja dan malam tadi juga ada sedikit kekecohan yang timbul dari penyokong.

Namun ia dapat dikawal dengan tenang oleh pasukan keselamatan yang bertugas sebelum keadaan menjadi kecoh. Provokasi bermula dari penyokong UMNO/BN yang cuba membuat bising dengan deruman enjin motor di tempat ceramah Pakatan Rakyat.

Sanggupkah Ali Rustam berdebat di dalam kandang sendiri dikala dipulau oleh penduduk setempat berbanding dengan Pakatan Rakyat. Sebelum ini, Ali Rustam ada mecabar sesiapa sahaja untuk berdebat mengenai Melaka terutamanya berkaitan Sekolah Harapan di Jasin.

Ali perlu membuat persiapan yang rapi sebelum berdebat dengan Pakatan Rakyat. Rakyat Merlimau sudah buktikan bahawa debat terbuka seperti Pakatan Rakyat adalah lebih profesional berbanding ceramah konvesional (tertutup) yang dianjurkan oleh Barisan Nasional terutamanya UMNO.

Langkah Tepat: Karpal & Gobind Boikot Prosiding Suruhanjaya Diraja


Suruhanjaya Diraja yang menyiasat punca kematian pembantu politik Teoh Beng Hock menerima tamparan dengan krediblitinya dipersoal apabila keluarga mangsa menarik diri daripada prosiding suruhanjaya untuk menyiasat kematian setiausaha politik exco Selangor itu.

Sebelum ini, suruhanjaya diraja itu menolak permohonan keluarga Teoh untuk menundakkan inkuiri sehingga semakan kehakiman yang difailkan oleh mereka ke atas penghakiman terbuka oleh Mahkamah Kotoner berhubung kematian Beng Hock didengar.

Setelah menimbang permohonan keluarga itu, suruhanjaya berkenaan yang diketuai oleh hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata siasatan akan diteruskan.

Berikutan itu, peguam keluarga Teoh, - Karpal Singh dan Gobind Singh Deo mengumumkan mereka akan berundur diri daripada terbabit dengan perbicaraan.

"Kami tidak mahu ambil bahagian kerana tidak yakin dengannya,” kata Karpal.

Beliau, peguam Gobind Singh Deo dan semua ahli keluarga Teohkemudiannya dilihat terus meninggalkan bilik bicara selepas permohonan untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan semakan kehakiman berhubung penyingkiran pegawai pengendali turut ditolak.

Selain ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Teoh, suruhanjaya itu juga ditugaskan bagi menilai sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mematuhi prosedur ketika menyoalsiasat Teoh sebagai saksi, berhubung kes dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan Selangor.

Teoh yang merupakan pembantu kepada exco kerajaan Selangor, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai 2009, selepas disoalsiasat semalaman di pejabat SPRM Selangor di tingkat 14 bangunan tersebut.

Suruhanjaya ini dijangka menyelesaikan siasatan dan menyerahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong selewat-lewatnya pada 25 April. -mk

Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Suruhanjaya yang dikatakan bebas itu sebenarnya tidak bebas.

Ia dilantik oleh kerajaan berdasarkan kepada "telunjuk" Peguam Negara.

Dan kita sudah tahu sikap Peguam Negara yang sebenar di dalam kes Teoh Beng Hock ini iaitu sentiasa cuba melindungi Polis dan SPRM.

SMS, tweets spekulasi rombakan kabinet tersebar

Spekulasi mengenai pengumuman rombakan kabinet tersebar secara meluas melalui tweets dan SMS hari ini.

Bernama menerima banyak pertanyaan selepas khabar angin mengenainya mula tersebar melalui tweets dan SMS.

Malah, portal berita mStar Online melaporkan bahawa dua timbalan menteri akan dilantik sebagai menteri penuh, manakala presiden sebuah parti, juga akan turut dilantik sebagai menteri.

Portal itu menyebut bahawa kenyataan berhubung rombakan kabinet itu dijangka dikeluarkan.

Sebuah krew TV telah berkampung di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya menunggu pengumuman tersebut.

Seorang pembantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika dihubungi kira-kira jam 6 petang tadi, berkata bosnya tidak membayangkan apa-apa mengenai rombakan kabinet selepas mengadakan wawancara dengan sebuah organisasi berita Turki lewat petang ini.

Dan seorang menteri kabinet MCA, ketika dihubungi, berkata perkara itu juga tidak dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet hari ini.
Sementara itu, malam ini, mStar menyiarkan sebuah lagi berita bahawa rombakan kabinet yang disebut-sebut akan berlaku petang ini, nampaknya tidak menjadi kenyataan.

Menurutnya, sehingga lewat petang ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi sebagaimana yang dijangkakan oleh ramai pihak.

Pada tengah hari tadi, mStar Online melaporkan terdapat desas-desus yang mengatakan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein dan Presiden MIC, Senator Datuk G. Palanivel akan dilantik sebagai menteri penuh dalam rombakan kecil kabinet yang khabarnya bakal diumumkan pada lewat petang Rabu.

Palanivel adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan pada 6 Disember tahun lalu diangkat sebagai presiden MIC menggantikan Datuk Seri S. Samy Vellu yang mengundurkan diri selepas 31 tahun menerajui parti itu.

Seorang lagi yang disebut-sebut bakal dilantik ke jawatan menteri penuh ialah Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz baru sahaja dilantik sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat mingguan Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana, Jabatan Perdana Menteri.

Tengok nii..Kenyataan "Dendam" Kesumat Menteri Umno..

Susulan operasi meruntuhkan rumah pelacuran di Lorong Limau Manis.Kota Bharu sejak dua dekad lalu oleh 27 anggota penguatkuasa pelbagai jabatan kelmarin yang di arahkan oleh kerajaan negeri,megundang pelbagai tanggapan dan kenyataan oleh pelbagai pihak,ada kenyataan yang berbau politik "Dendam" kesumat yang menjijikkan dan ada pula kenyataan yang mencerminkan kematangan individu tersebut....


"Lain kali jangan suka mendabik dada kononnya
negeri serambi
Mekah bersih dari segala-galanya,
wal hal segala macam maksiat
ada.Jangan cakap
tak serupa bikin"

Datuk Seri Mustapa Mohamed
(Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan)


"Semua ini menunjukkan kekuasaan Allah, Berkat Doa golongan
Ulamak di negeri itu,tidak kira di mana sekali pun,segala perbuatan
maksiat akan diketahui juga akhirnya"

Datuk Mohd Daud Che Ngah
(Pendakwa Bebas)

"Aktiviti pelacuran terjadi kerana kurang pegangan agama
yang kukuh menyebabkan maruah diri tergadai serta
menjatuhkan imej islam itu sendiri"

Datuk Noh Gadut
(Penasihat Majlis Agama Islam Johor)

PRK Kedau pun PAS letak calon wanita?

Mstar melaporkan
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 20 Februari ini.
Mesyuarat tersebut akan diadakan di Hotel Hilton Kuching, Sarawak pada pukul 10 pagi. - mStar
Walaupun SPR belum lagi bermesyuarat berkenaan kekosongan kerusi DUN Kerdau tapi PAS Pahang dah pun buat mesyuarat pilih calon yang akan bertanding.

Malaysiakini melaporkan:
PAS Pahang telah menyenaraikan tujuh nama untuk dicalonkan bagi bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal berkata mereka yang tersenarai itu dilihat berpotensi untuk menang, selain muda dan berkarisma untuk menjadi calon dan wakil rakyat di kawasan berkenaan.

"Nama-nama berkenaan telah diputuskan pada mesyuarat khas PAS Kawasan Kerdau pada Isnin lepas, senarai itu akan dihantar kepada pucuk pimpinan parti," katanya di Temerloh, hari ini. - Mkini
Takdak masalah apa pun, pasainya SPR memang kena buat pilihanraya dalam tempoh 60 hari selepas speaker Dun hantar surat memaklumkan kekosongan. Lagi pun Umno pun dah buat mesyuarat pasai nak pilih calon ni.

Kecuali la kalau kali ni SPR nak buat BANGANG pulak, takmau buat PRK kali ni. Bukan boleh percaya sangat SPR ni. Kalau itu kemahuan Umno memang SPR akan buat. Takat nak bagi alasan, takdak masalah, dah belambak alasan BANGANG yang SPR pernah bagi sebelum-sebelum ni.

Apa pun, aku harap untuk PRK Dun Kerdau ni jangan la pulak PAS letak calon muslimat jugak. Tambah-tambah lagi kalau di Merlimau pun nanti confirm letak calon muslimat. Tak patut sangat sampai tiga PRK berturut-turut letak calon muslimat. Lain macam pulak persepsi yang timbul nanti.

Bukan la tak boleh, tapi jadi payah jentera nak kena menjawab isu yang sepatutnya tak jadi isu. Terpaksa buang masa kena layan isu tu sedangkan banyak lagi isu lain yang lebih penting nak kena dimainkan.

Tapi, kalau memang ada calon dari muslimat yang memang boleh menang, takdak masalah la. Kalau setakat calon biasa-biasa saja, baik letak calon muslimin. Lagi pun peluang nak kalah memang cerah untuk PRK Kerdau ni pun, lebih kurang sama ja macam Tenang dan Merlimau.

Macam PRK Tenang sebelum ni dan menyusul awal bulan depan PRK Merlimau, walaupun pun 'menang belum tentu dan kalah dalam tangan' tapi 'Lawan tetap lawan.'

   Cenangau Daunkari

Terima kasih Lokman, ramai lagi la yang benci Rosmah

Tak berapa hari selepas Lokman Nor Adam merajuk dari PKR, saya menemani seorang aktivis PAS menemuinya. Dalam pertemuan itu dia mengadu kesusahan hidupnya. Dia juga mendebik Azmin Ali, Senator Mohamad Ezam Mohd Noor dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana "hidupan mewah". Mohamad Ezamlah yang paling teruk didebiknya. Sampai ke peringkat tuduhan penggelapan wang. Mengenai Dr Wan Azizah pula, dia mendakwa baju-baju yang dipakai oleh Presiden PKR itu "harga beribu-ribu".

Saya sebagai peneman aktivis PAS tersebut, mendengar sahaja. Kadang-kadang melopong. Nak kata betul saya tak ada maklumat. Nak kata tak betul pun tak ada maklumat. Biasanya, saya malas menjadi lawyer tak berbayar. Memang, kalau kawan-kawan dari Umno menghentam pemimpin pembangkang, biasanya saya diam ja. Saya tak nak jadi lawyer tak berbayar kepada mereka. Tetapi, time aku hentam pemimpin-pemimpin Umno BN, mula la depa buat tergeliat telinga. 'Asabiyyah parti kuat nak mampoih, tak kira orang parti mana pun.

Semalam, Lokman tibai lagi 'gaya hidup mewah' Dr Wan Azizah. Hari ni orang jawab dalam Malaysiakini, "Who is high maintenance - FLOM or Kak Wan?"

Saya juga selalu mendengar kisah gaya hidup mewah tahap melampau Datin Seri Rosmah Mansor (sila klik gambar di atas supaya lebih cantik). Saya dengar ja. Saya tak tahu. Datuk Mumtaz Jaafar mungkin lebih tahu. Tetapi, bila banyak sangat orang bercerita, saya tak berani nak menolak cerita-cerita itu.

Malah, orang-orang veteran dalam Umno yang mengecam cara Rosmah berbelanja siap bercerita pesanan ayah Datuk Seri Najib, Tun Abdul Razak Hussein kepada isterinya, Tun Rahah Mohd Noah supaya berbelanja mengikut peruntukan. Abdul Razak tak nak malu kepada pegawai-pegawai jika isterinya berbelanja berlebihan, kata mereka. Mereka juga memberitahu, Rahah setia kepada pesanan suaminya dan tak pernah berlebihan.

Bagi saya, Rosmah seorang yang unik. Bukan senang nak jumpa seseorang yang dibenci oleh hampir semua orang - dari veteran Umno, orang Umno sampailah kepada budak-budak. Saya melihat sendiri budak yang berpaling dari TV dan minta TV ditutup apabila keluar muka Rosmah. "Kami tak ajar," kata ayahnya.

Apa pun, terima kasih Lokman kerana membuka peluang kepada lebih ramai rakyat untuk mengenali dan membenci Rosmah.
 
PB.

Kontraktor Puja Pokok Minta Tender - Amalan Khurafat Di Melaka


Puja pokok minta tender

MELAKA: Segelintir kontraktor yang mahu mendapatkan projek pembinaan besar dikesan sanggup menjadikan pokok di Pulau Besar sebagai tempat memohon hajat supaya berjaya membida tender kerja berkenaan.

Perkara khurafat itu didedahkan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang melakukan pemantauan di kawasan dikenali Batu Belah.

Hajat yang ditulis menerusi sehelai kain atau kertas itu diikat pada ranting pokok berkenaan kononnya bagi membolehkan hajat itu dimakbulkan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, bukan setakat projek saja dihajatkan oleh individu terbabit, malah turut memohon dipermudahkan jodoh dan pekerjaan.

Katanya, hajat berkenaan ditulis atas kertas atau kain sebelum dibungkus dengan plastik dipercayai bagi mengelaknya rosak jika terkena hujan.

“Perbuatan khurafat itu mendorong sehingga begitu banyak hajat diikat beberapa ranting pokok yang terletak berhampiran kawasan berkenaan.

“Perkara ini dikesan oleh Jaim bukan baru, malah sudah berlarutan sejak tahun 90-an dan antara usaha dilakukan adalah memantau kawasan berkenaan serta membersihkannya,” katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, malah bukan saja hajat ditemui apabila ada juga golongan tertentu dipercayai meletakkan perkara dipercayai berkaitan ilmu hitam atau sihir di ranting itu.

Katanya, beliau sendiri pernah menemui balutan kain dibungkus seperti kapan dan didalamnya penuh dengan jarum.

“Penemuan itu juga menggambarkan beberapa aktiviti khurafat dilakukan di situ dengan menjadikan pokok berkenaan sebagai tempat memohon hajat mereka,” katanya.

Beliau berkata, kubur dan beberapa pokok berhampiran juga turut menjadi tumpuan golongan tertentu meletakkan bahan dipercayai untuk tujuan pemujaan seperti setanggi, colok dan kemenyan.

Pihaknya turut mengesan hajat berkenaan diletakkan di dalam tabung derma di dalam surau di pulau berkenaan.

“Bukan setakat pokok itu menjadi tumpuan, ada juga lokasi lain yang turut dijadikan pihak tertentu melakukan perkara bertentangan dengan akidah,” katanya. -hm

Nik Aziz: Kelantan sedia RM1.5 juta galak pasangan muda kahwin

KOTA BARU, 16 Feb — Kerajaan PAS Kelantan melancarkan “Gerbang Az-Ziwaaj” dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.
Semasa melancarkannya, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), berkata program bertemakan “Anda Bijak Kerana Berkahwin” itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.
Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan Negeri atau muat turun borang dari laman facebook “Gerbang Az-Ziwaaj” (Gerbang Perkahwinan). — Bernama

Dedah Penyelewengan Kerajaan Melaka- Shamsul


BANDAR MELAKA 16 FEB: Pakatan Rakyat akan mendedahkan segala penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku sepanjang pentadbiran Umno- Barisan Nasional(BN) sekiranya berjaya menawan negeri Melaka pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan Umno- BN yang diterajui Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai Ketua Menteri yang selama ini banyak melakukan tindakan membelakangkan kepentingan rakyat.

Shamsul berkata demikian jetika berucap di majlis Tahun Baru Cina di sini malam tadi.

Selama ini, katanya segala laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM terhadap salah guna kuasa dan rasuah melibatkan Mohd Ali tidak pernah diendahkan pihak berkuasa itu.

“Saya buat berapa kali laporan rasuah SPRM ada ambil tindakan…tak ada.Saya buat laporan rasuah pada Ali Rustam………satu pun badan pencegah rasuah tidak ambil tindakan pada Ali Rustam.

“Saya janji malam ini kalau kerajaan Pakatan Rakyat menang….fail Ali Rustam dan dakwa  dia,” katanya.

Turut hadir, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Melaka dalam majlis menghimpunkan lebih dua ribu tetamu itu.

Shamsul Iskandar yang juga Ketua Angkatan Muda PKR berasa yakin negeri Melaka bakal ditawan Pakatan Rakyat dengan sokongan rakyat bermula dengan kejayaan merampas kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau daripada Umno-BN dalam pilihan raya kecil tidak lama lagi.

Katanya, hanya dengan kuasa rakyat negeri Melaka dapat ditawan dan hak rakyat dapat dikembalikan kepada rakyat.

Mahathir gesa Nik Aziz henti salah tafsir Islam kerana politik diri sendiri


KUALA LUMPUR, 16 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad sambil mengakui pengetahuan agama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang “dalam”, tetapi menggesa Menteri Besar Kelantan itu berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.
“Saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.
“Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.,” kata bekas perdana menteri ini dalam jawapan panjang lebar menjawab tulisan Nik Aziz awal bulan ini.
Justeru kata bekas presiden Umno ini, “bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya.”
Awal bulan ini, Nik Aziz menjawab tuduhan Dr Mahathir ke atasnya dengan menegaskan, Umno yang selama ini “menzalimi orang-orang Melayu” dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini.
Sehubungan itu Nik Aziz berkata, Dr Mahathir sudah mula dijangkiti penyakit “Melayu Mudah Lupa” yang pernah disebutnya satu ketika dahulu, ketika menjadi perdana menteri dan presiden Umno.
“Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti Umno diharamkan pada 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.
“Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat timbalan presiden Umno pada 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu,” katanya.
Dalam entri terbaru di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata, percubaan Nik Aziz untuk memperingatkannya bahawa beliau akan berdiri di hadapan Allah satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah dirinya tidak tahu akan agama Islam.
“Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata, Nik Aziz yang Mursyidul Am PAS juga akan berdiri di hadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi.
“Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri,” kata bekas perdana menteri.
“Sehingga kita diadili di akhirat, kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa.
“Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz,” kata Dr. Mahathir sambil menambah, dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t.”
“Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman,” kata beliau lagi.
Dr. Mahathir juga berkata beliau tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundinya kononnya akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat.
“Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz,” kata Dr Mahathir.
Oleh itu jelas beliau, dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa atau menjamin balasan di akhirat kelak.
“Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang Umno sebagai jahiliah,” kata beliau dengan merujuk kepada kempen pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung bulan lalu.
Katanya, orang Umno adalah orang yang beragama Islam walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS.
“Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli Umno dan ahli PAS juga adalah orang Islam.
“Umno tidak mendakwa bahawa hanya orang Umno yang Islam atau dengan mengundi Umno menjadi Islam dan akan ke syurga,” katanya lagi.
Dr Mahathir juga berkatam oleh kerana orang Umno beragama Islam, maka perjuangan Umno ialah untuk bangsa, agama dan negara.
“Demikianlah pegangan Umno kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan Umno mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam.
“Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS,” katanya.
Sehubungan itu kata Dr Mahathir, asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme memandangkan penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis.
“Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam,” kata beliau lagi.
Beliau menambah, tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah.
Sambil bertanya apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup, Dr. Mahathir berkata, jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin beliau akan melihat perjuangan Umno untuk Islam secara yang terpampang di hadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli Umno berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam.
“Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas.
“Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz,” katanya lagi.
Malah Dr Mahathir terus mengkritik dengan berkata, sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihan raya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR.
“Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam.
“Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihan raya,” katanya lagi.

PRK Merlimau : NGO ialah Barisan Nasional?

Tidak pernah didengari bahawa Non-Goverment Organisation (NGO) itu adalah sebuah badan kerajaan. Non itu sendiri melambangkan bukan tetapi UMNO/BN semakin hari semakin bodoh dalam membezakan istilah dalam Bahasa Inggeris.


 

Adakah mereka tahu apa itu Non dalam Bahasa Inggeris sehinggakan terlalu jahil mengatakan NGO itu adalah Barisan Nasional. NGO ialah pertubuhan bukan kerajaan dan bukan parti politik serta ia bergerak bebas. Tetapi di Merlimau, NGO itu ada sebuah bilik gerakan yang ditaja oleh Barisan Nasional.

Melihat kepada situasi sekarang, UMNO/BN seperti ketiadaan jentera tambahan sehinggakan NGO turut dipolitikkan sama. Lebih baik tukar sahaja NGO itu kepada Barisan Nasional Government Organisation (BNGO).

Bilik gerakan itu juga adalah untuk blogger dan NGO sebagai medan untuk mereka berkempen di DUN Merlimau. Antara NGO Barisan Nasional ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Perkasa, MAYC, Silat selendang Merah dan Gerak Insan yang bertempat di KM 24 Jalan Melaka Muar, Merlimau.

Ali Rustam juga menaja blogger-blogger untuk Barisan Nasional dengan jumlah RM20,000. Pasukan blogger tersebut adalah dikalangan blogger-blogger UMNO yang ditugaskan untuk PRK di DUN Merlimau ini.

Sampai di Putrajaya, Anwar akan memulakan refomasi yang dijanjikan

Anwar Ibrahim pembuka minda rakyat melalui Gerakan Reformasi 

Dalam satu post beberapa hari lalu saya menulis antaranya "Dalam PKR ada syarat wajib yang menjadi dosa besar jika tidak dipatuhi."


Seorang pembaca KR membuat ulasan ringkas yang saya kira bolih dihadam minda. Saya paparkan ulasannya di bawah:



"Anwar bukannya malaikat. Dia manusia biasa punya kelemahan. Tetapi untuk mara ke Putrajaya perlu ada Anwar kerana hakikatnya dialah yang melahirkan refomasi ini dan menggerakkan Pakatan yang ada sekarang ini. 
Sampai di Putrajaya, Anwar akan memulakan refomasi yang dijanjikan kerana di situlah terletaknya kunci utama untuk melalukannya. Tanpa kunci utama ini kunci-kunci kecil yang telah ada di tangan tidak dapat melalukukan refomasi itu kerana dihalang dan diganggu gugat oleh kunci utama itu yang masih di tangan orang. Ini adalah hakikat. 
Lihat sahaja negeri-negeri yang telah/sedang ditadbir oleh kunci-kunci kecil yang telah dimiliki. Bukankah itu semuanya diganggu dan dihalang oleh pemegang kunci utama yang masih belum dimilikki itu? Setelah itu pastinya ada dasar-dasar mantap dan berfokus yang akan dilaksanakan bagi menggerakkan refomasi itu dan pada masa itulah segala penghalang, penganggu, primadona dan pemalas akan dicantas supaya refomasi dapat bergerak lancar. Dan ketika itu akan jelas kelihatan perbezaan yang diidamkan dan juga pada masa yang sama akan dipupuk dan dilahirkan berdozen-dozen pemimpin yang berkarisma dan bermutu bagi merealisasikan refomasi dan mengganti Anwar apabila tiba masanya untuk meneruskan gerakan refomasi itu. 
Oleh itu para penggerak refomasi, kenalah bersabar dan yakin bahawa destinasi belum lagi sampai, oleh itu janganlah bercanggah atau termakan sogokan wang ringgit dan keseronokan yang membutakan sehingga menghalang perjalanan ke Putrajaya." (Ulasan asal)
 Malaysians must know the truth. 
The time for Malaysians to secure a change in government "is now,"

Kerajaan Negeri Sedia Tanggung Dr Pornthip Rojanasunand


 SHAH ALAM 16 FEB: Kerajaan Negeri Selangor bersedia menanggung perbelanjaan pakar Patologi tersohor dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand  bagi membolehkan beliau mengikuti prosiding mendiang Teoh Beng Hock.
Perkara ini dinyatakan  oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.
Dr Pornthip sebelum ini tidak tersenarai sebagai seorang saksi dalam kes Siasatan Suruhanjaya Diraja kematian mendiang Teoh Beng Hock, bagaimanapun kerajaan negeri berpendapat beliau berhak dipanggil semula dalam memberikan pandangan beliau untuk membantu menyelesaikan kes tersebut.
"Kerajaan Negeri bersedia untuk membiayai tambang dan juga urusan Dr Pornthip untuk mengikuti Suruhanjaya Diraja mendiang Teoh Beng Hock," katanya.  
Difahamkan senarai nama saksi dalam Suruhanjaya itu ditentukan Jabatan Peguam Negara.
Jabatan Peguam Negara membuang nama Dr Pornthip sebagai salah seorang saksi dalam inkues Beng Hock daripada senarai saksi yang disediakan untuk kegunaan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Beng Hock.
Suruhanjaya tersebut akan menyiasat kematian Beng Hock serta keadaan yang membawa kepada kematiannya.
Suruhanjaya itu ditubuh berikutan bantahan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan pengahkiaman terbuka oleh Inkues Beng Hock yang memutuskan pembantu politik itu tidak membunuh diri mahupun dibunuh.
Teoh Beng Hock, 30, Setiausaha politik anggota Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Suruhanjaya itu antara lain akan menyiasat sama ada terdapat sebarang ketidakwajaran dalam perjalanan siasatan SPRM terhadap Beng Hock berhubung dengan Perintah-perintah Tetap dan amalannya selain mengesyorkan sebarang tindakan yang sesuai, jika perlu.

Permit penerbitan: AG tarik bantahan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kerajaan tempoh sehingga 16 Mac depan bagi menjawap afidavit berhubung semakan kehakiman yang dipohon oleh Malaysiakini berhubung penolakan permit penerbitannya.
Hakim Aziah Ali berkata kerajaan mesti mengemukakan jawapannya sebelum prosiding pengurusan kes pada 18 Mac ini.

NONEPeguam, K Shanmuga yang mewakili Malaysiakini berkata peguam negara seharusnya menarik bantahan permohonan kerajaan itu tetapi membenarkan semakan kehakiman berhubung bantahan tersebut.

Juga mewakili Malaysiakini dalam permohonan semakan kehakiman itu adalah peguam Edward Saw.
Malaysiakini mencabar keputusan itu setelah kerajaan menolak permohonannya bagi menerbitkan akhbar.

NONEDalam sepucuk surat bertarikh 19 Ogos tahun lalu, Kementerian Dalam Negeri berkata “kementerian telah mengambil keputusan untuk tidak mempertimbangkan permohonan permit penerbitan”. Tiada alasan yang diberikan.

Mengikut Akta Penerbitan dan Percetakan, semua akhbar di Malaysia memerlukan permit yang perlu diperbaharui setiap tahun untuk beroperasi.

Sistem perlesenan memperuntukkan kerajaan menutup syarikat media di negara ini mengikut budi bicaranya dan meletakkan tekanan ke atas penerbit supaya mematuhi arahannya.

Bagiamanapun, Malaysiakini dan beberapa media online berjaya kekal bebas - di sebalik serbuan dari semasa ke semasa, larangan dan bidasan kerajaan - kerana pada pertengahan 90an kerajaan berikrar tidak akan membuat penapisan atau sekatan di internet untuk menarik pelabur asing.

NONEMenurut ketua pegawai eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran, ini akan menjadi kes ujian bagi mencabar kuasa menteri dalam negeri.

"Saya tidak melihat mengapa kami tidak dibenarkan menerbitkan sebuah akhbar,” katanya.

"Ia adalah hak perlembagaan dan Malaysiakini telah berada sejak sepuluh tahun lalu dan kami telah membuktikan bahawa kami mempunyai rekod sebagai laman berita yang bebas, seimbang dan kredible,” katanya.

Pilihan raya kampus: Mahasiswa serah Suhakam memorandum


KUALA LUMPUR, 16 Feb — Kecewa tiada tindakan diambil oleh Kementerian Pengajian Tinggi, beberapa pertubuhan mahasiswa hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Suhakam berhubung pencabulan hak dalam pilihan raya kampus.
Kumpulan yang diketuai Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional Mohd Taufiq Abdul terlebih dahulu mengadakan gimik bantahan dengan membawa keranda yang tertulis “Demokrasi Kampus” sebelum mengadakan perjumpaan dengan Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha’ani Abdullah di pejabat Suhakam di sini.
Turut hadir Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Mohd Yusof Hadhari Saidon dan Setiausaha Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) Mohd Nazreen Jaafar.
Menurut Mohd Yusof Hadhari, memorandum yang diserahkan kepada Suhakam menuntut beberapa perkara dalam usaha mengembalikan kebebasan dalam melaksanakan pilihan raya kampus.
“Kami menuntut supaya mahasiswa dibebaskan daripada cengkaman politik kepartian, mengembalikan semula demokrasi dan kebajikan mahasiswa di seluruh kampus dan kami juga mahukan pusat pengundian ditukar dari kolej ke fakulti.
“Selain itu, kami juga mahukan suruhanjaya bebas bagi memantau perjalan pilihan raya kampus, kami juga mahukan sistem e-pengudian dimansuhkan, tarikh pilihan raya kampus diumumkan lebih awal dan tempoh berkempen dipanjangkan selama satu minggu,” katanya pada sidang media di sini.
Pada sidang media itu, Pro Mahasiswa Nasional turut melancarkan manifesto “Kerajaan Mahasiswa, Mahasiswa Memimpin Mahasiswa” sempena pilihan raya kampus 2011.
“Kerajaan mahasiswa merupakan satu model pentadbiran mahasiswa di kampus yang bertindak sebagai pemimpin sebuah negara kecil mahasiswa di kampus seluruh negara.
“Justeru, kita harap supaya mahasiswa diberi ruang untuk memperkasakan potensi dan kemampuan diri, bukan sekadar di lapangan akademik tetapi dalam hal-hal lain juga,” kata Mohd Taufiq.

Anwar: Negara Bankrap Dakwaan Najib Tidak Berasas


BANDAR MELAKA 16 FEB: Dakwaan mengatakan negara akan bankrap jika mengutamakan kepentingan rakyat adalah tidak benar sama sekali.

Perkara ini ditegaskan sekali lagi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap  di majlis Tahun Baru Cina di sini malam tadi.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata dakwaan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu tiada asasnya dan tidak boleh diterima kerana tidak pernah berlaku di dunia ini sesebuah negara itu mengalami bankrap atau muflis seandainya rakyat dipentingkan dan dibantu demi mencapai tahap kehidupan yang lebih baik.

Apa yang berlaku tambahnya sesebuah kerajaan itu akan mengalami keadaan dimaksudkan jika pemimpin atau pentadbir sesebuah kerajaan itu melakukan penyelewengaan dan penyalahgunaan kuasa serta  mengaut setiap kekayaan dimiliki negara demi kepentingan diri sendiri, ahli keluarga serta pihak berkaitan yang mempunyai kepentingan.

“Najib kata ikut itu buku jingga negara ini bankrap saya nak tanya Datuk Seri (Najib Razak) ada belajar sejarah….tolong rakyat.

“Tapi tahu negara bangkrap pasal apa…pasal rasuah dan pmimpin-pemimpin curi harta rakyat," katanya.

Beliau memberi contoh negara seperti Tunisia yang mana pemimpinnya mengkhianati rakyat dengan mengambil harta dan wang rakyat demi kepentingan diri mereka.

Malah katanya, apa yang berlaku di Mesir adalah contoh di mana Hosni Mubarak selama 30 tahun pentadbirannya mengumpul kekayaan didakwa hingga tujuh puluh bilion dolar Amerika bersama isteri dan anaknya sehingga akhirnya menyebabkan rakyat menderita dan bangkit menjatuhkan dirinya.

Turut hadir, Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin; Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Melaka dalam majlis menghimpunkan lebih dua ribu tetamu itu.

Anwar berkata, apa yang dipentingkan Pakatan Rakyat adalah kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Jelasnya, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang pihaknya akan mengumumkan penurunan harga petrol demi meastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga barangan itu pada masa ini.

Pro-M UIAM tetap akan bekerja keras

GOMBAK, 16 Feb: Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pro-M UIAM), Wan Mohd Hakimi Wan Ahmad (gambar) berkata, kemenangan tanpa bertanding di 13 daripada 26 kerusi yang dipertandingkan bukan alasan untuk pihaknya mendabik dada dan berpeluk tubuh.
Dalam pengumuman senarai akhir calon bertanding oleh Ketua Suruhanjaya Pilihanraya, Ustaz Fauzi Muda pada pukul 3 petang tadi di Galeri Kulliyyah Senibina UIAM, Pro-M telah berjaya memenangi 2 kerusi tanpa bertanding di Kulliyyah Kejuruteraan, Informasi dan Teknologi Maklumat serta Seni Bina yang berada di kampus Gombak manakala selebihnya dari kampus Kuantan iaitu di Kulliyyah Perubatan, Farmasi, Pergigian dan Sains.
Manakala persaingan pula akan berlaku di Kulliyyah Undang-Undang, Ekonomi dan Sains Pengurusan serta Institut Pendidikan yang berada di Gombak.
Persaingan di Kuantan pula akan melibatkan Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu dan Kejururawatan.
Manakala kesemua kerusi yang diperuntukkan untuk pelajar antaranbangsa turut dimenangi tanpa bertanding.
Bersyukur dan berasa gembira dengan momentum awal yang dicapai, Wan Hakimi berkata pihaknya mensasarkan untuk mendapatkan seberapa banyak mungkin kerusi yang dipertandingkan bagi menambah lagi kekuatan suara Pro-M di kampus dan di peringkat nasional.
Ia juga, katanya bagi memberikan suntikan semangat dan tonik tambahan kepada rakan-rakan Pro-M di kampus-kampus lain yang akan berlangsung penamaan calon pada hari esok.
“Saingan kuat kali ini datang daripada Pro-Aspirasi dan ada juga calon dari PKPIM namun insya-Allah, dengan kerja keras dan persiapan yang dilakukan selama ini, kami akan cuba untuk memenangi seberapa banyak kerusi yang dipertandingkan,” ujarnya lagi.
Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran dan suruhanjaya pilihanraya UIAM yang telah meluluskan permohonan Pro-M untuk diadakan pertandingan di kerusi Institut Pendidikan, setelah 2 tahun berturut-turut Pro-M memperjuangkan isu tersebut.
Pro-M turut merakamkan penghargaan kepada UIAM kerana membuka ruang seluas-luasnya kepada demokrasi kampus.
Hal ini disebabkan oleh kesemua calon dibenarkan untuk menggunakan kempen melalui media elektronik seperti Facebook, Twitter, Blog, You Tube yang merupakan elemen paling berkesan dalam penyebaran maklumat dan memudahkan urusan untuk memperkenalkan calon kepada pengundi.
Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa peratusan mengundi akan meningkat memandangkan kesemua media elektronik akan cuba dioptimumkan sebaik mungkin dalam menyedarkan mahasiswa kampus kepada kesedaran dan tanggungjawab mengundi.

Pro-M menang 13 kerusi tanpa bertanding di UIA

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) telahpun memenangi tanpa bertanding 13 kerusi, termasuk merampas dua 'kubu kuat' pro-Aspirasi selepas penamaan calon ditutup hari ini.

Keputusan tersebut diumumkan oleh ketua jawatankuasa pemilihan, Fauzi Muda - yang juga pengetua Kolej Ali - di Galeri pameran kuliah senibina, UIA jam 3 petang tadi.
NONEDalam pilihan raya kampus tahun lalu, pro-M memenangi 17 daripada 24 kerusi fakulti yang dipertandingkan.

Bagi tahun ini, 26 kerusi yang dipertandingkan - bertambah dua kerusi baru di fakulti pendidikan, hasil desakan kumpulan tersebut sebelum ini.
Daripada jumlah tersebut, 14 kerusi dipertandingkan di kampus induk di Gombak manakala 12 kerusi lagi di kampus UIA Kuantan.
Timbalan pengerusi pro-M, Ubaid Abd Akla berkata, enam daripada kerusi tersebut dimenangi di tiga kuliah, iaitu kejuruteraan (2), teknologi maklumat (2) dan kuliah alam bina (2) - kesemuanya di kampus induk di Gombak.

NONEManakala tujuh kerusi lagi dimenangi di empat kuliah di kampus cawangan UIA Kuantan - iaitu kuliah sains (2), farmasi (2), perubatan (2) dan pergigian (1).

Ubaid berkata, pro-M berjaya mempertahankan kubu kuat mereka tanpa bertanding di kuliah sains, farmasi dan perubatan.
Pengundian akan diadakan pada 22 Februari ini yang membabitkan lapan kerusi di Gombak (kuliah undang-undang (2), ekonomi (2), ilmu wahyu dan sains sosial (2) dan pendidikan (2).
Di Kuantan pula, empat lagi akan dipertandingkan, iaitu kuliah sains bersekutu (2) dan kejururawatan (2).
NONEManakala kumpulan pro-Aspirasi pula menang tanpa bertanding satu kerusi di kuliah pergigian. Tahun lalu, kumpulan tersebut memenangi tujuh kerusi.
Sementara itu, Fauzi juga mengumumkan bahawa kelima-lima kerusi antarabangsa turut dimenangi tanpa bertanding.
Selain UIAM, lima lagi universiti akan mengadakan penamaan calon masing-masing esok, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.

Nora Bebas Dengan Ikat Jamin



KUALA LUMPUR 16 FEB : Hakim Sekeri Mamat menetapkan RM 2000 setiap seorang dengan seorang penjamin untuk aktivis  Norazimah Mohd Noor, 33, dan Khairul Nizad, 27,yang ditahan polis sejak tiga hari lalu.
Menurut Hakim Sekeri, Norazimah dan Khairul Nizad tiada sebab yang kukuh untuk tidak menghadiri perbicaraan berkaitan 'protes kenaikan harga barang' 26 Januari  2008 yang menyaksikan seramai 58 orang termasuk pemimpin Pakatan Rakyat ditangkap dan 42 daripada mereka didakwa.
Norazimah yang juga ahli perniagaan dan petugas Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (IKAK) turut diminta menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.
Menurut Peguam Norazimah dan Khairul, Syuhaini Safwan, beliau berharap perbicaraan kes ini berjalan dengan lancar untuk membolehkan Norazimah dan Khairul kembali bekerja seperti biasa untuk menanggung keluarga.
"Kita dah set wang ikat jamin tadi dan harapnya kes ini boleh selesai dengan cepat sebab dia (Nora) ibu tunggal, bila cepat habis, dia boleh dapat kembali pasportnya, kerana itu mata pencariannya," katanya.
Norazimah yang dikenali sebagai 'Nora Reformis' telahpun dalam tahanan reman di Penjara Kajang selepas ditahan di rumahnya di Jinjang oleh empat anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.
Penahanan dipercayai dilakukan kerana aktivis reformasi itu ke luar negeri dalam tempoh dakwaan di mahkamah. Beliau dituduh terlibat dalam satu perhimpunan membantah kenaikan harga barang di KLCC pada 26 Januari 2008.
Mereka dituduh di bawah seksyen 143 kanun keseksaan kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang, yang mana tujuan perhimpunan itu ialah melakukan mudarat awam serta seksyen 188 kanun yang sama keengkaran menyebabkan kegusaran kepada orang ramai yang berkunjung ke kawasan tersebut.
Merujuk kepada seorang temannya melalui laman sosial facebook, Nora telah memaklumkan kepada polis mengenai pemergiannya ke luar negeri pada Februari ini melalui surat bertarikh 31 Januari.
Bagaimanapun, Sekeri menyatakan surat itu tidak diterima Mahkamah.
Sukeri menetapkan 28 Februari, 9, 10, 16 dan 17 Mac sebagai tarikh perbicaraan dan Norazimah dan Khairul bakal diwakili oleh peguam dari badan guaman 'Lawyers For Liberty.'
Seramai 58 orang ditahan termasuk Naib Presiden PAS ketika itu, Mohamad Sabu, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ketua Muslimat PAS Pusat,  Nuridah Salleh, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ketua Penerangan PKR ketika itu, Tian Chua.
Turut ditahan ialah penyelaras Parti Sosialis Malaysia (PSM), Aruchelvan dan Dr Osman Nasir dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Dr Badrul Amin Bahrun.

PRK medan persiap hadapi PRU 13

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Pilihan raya kecil (PRK) merupakan medan bagi Pakatan Rakyat untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mengulas mengenai persiapan PAS menghadapi PRK Dun Merlimau, beliau berkata, ianya juga sebagai latihan kepada jentera Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya yang lebih besar.
"Yang penting kita mengambil kesempatan ini untuk menyuntik maklumat-maklumat kepada rakyat dan untuk memobilisasi jentera parti sebagai latihan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, di sini hari ini.
Sehubungan itu tegasnya, jentera parti  tidak harus memikirkan soal kemenangan semata-mata sebaliknya terus memberi fokus untuk menyampaikan maklumat sekaligus mengurangkan majoriti undi BN.
Tambahnya, kemenangan itu bersifat subjektif, tidak tertumpu kepada kemenangan merampas kerusi dari BN sahaja.
"Kita akan bagi penjelasan, kempen kepada masyarakat dan memberi maklumat itu sudah cukup sebagai pencapaian yang baik.
"Kadang-kadang pencapaian ini bukan sahaja untuk menang. Pencapaian mungkin pertambahan undi, pengurangan majoriti.
"Pencapaian kita juga untuk sampaikan maklumat itu kepada masyarakat seterusnya ia menjadi perbualan, bukan hanya difokuskan kepada kawasan pilihan raya tapi juga kawasan lain di seluruh negara," katanya.
Kata ahli parlimen Pokok Sena itu juga, maklumat yang disampaikan sewaktu kempen PRK akan memberi kesan kepada PRU akan datang.
"Strategi kita meluas maksudnya masuk pilihan raya bukan hanya fokus kepada kawasan yang kita masuk tapi untuk kawasan lain juga sebab liputan media akan berlaku di situ dan ini akan membentuk pemikiran masyarakat umum untuk kepentingan pilihan raya umum akan datang," katanya.
Menurut beliau, Pakatan Rakyat akan terus memperkatakan soal integriti kepimpinan negara di Merlimau kerana ianya soal penting yang harus diketahui rakyat khususnya golongan muda yang dilihat sudah menolak kepimpinan yang korup.
"Kita akan terus memperkatakan soal integriti kepimpinan negara dan kepimpinan negeri sebab ini menjadi trend politik dunia.
"Fenomena baru kepada masyarakat sesebuah negara ialah soal integriti. Saya percaya pengundi muda juga mendokong prinsip yang sama iaitu tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin yang korup," katanya.

Yusmadi: Di mana silapnya Pakatan P Pinang...

Persepsi bahawa Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu, telah membawa akibat yang tidak diingini terhadap pakatan itu yang membentuk kerajaan negeri.

yusmadi yusoff wangsa maju pkr pc on wee choo keong resignationAhli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff (kanan) berkata, mereka yang kecewa, kini cenderung mempercayai propaganda Umno.

Katanya, walaupun ianya tidak benar dan palsu, tetapi propaganda tersebut memberi tanggapan bahawa Pakatan telah gagal untuk menjaga kepentingan orang Melayu.

Sambil menegaskan bahawa persepsi adalah kritikal dalam politik, Yusmadi berkata masa akan menentukan sama ada ia betul-betul ada kebenarannya.

Yusmadi, yang merupakan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR pusat, turut membidas BN ketika merujuk kepada pelbagai cabaran yang dihadapi masyarakat Melayu di Balik Pulau.

Parlimen Balik Pulau mempunyai tiga DUN - Betong, Teluk Bahang dan Bayan Lepas - yang semuanya diwakili ADUN dari Umno.

Menurutnya, kerajaan BN dan Pakatan kerajaan telah gagal memahami keperluan di kawasan dominasi masyarakat Melayu.

ROS beri parti Kita pimpinan Zaid lampu hijau


KUALA LUMPUR, 16 Feb — Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim telah menerima kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk bergerak atas nama dan perlembagaan baru ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum kemungkinan diadakan tahun ini.
The Malaysian Insider difahamkan sekretariat parti itu menerima notis kelulusan hari ini.
“Notis kelulusan diterima sebentar tadi, pucuk kepimpinan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya dalam waktu terdekat,” kata pegawai Kita kepada The Malaysian Insider.
Menurut pegawai, kelulusan itu berkuat kuasa hari ini.
Permohonan mendapatkan kelulusan berhubung nama dan perlembagaan baru dikemukakan kepada ROS Kelantan 11 Januari lalu.
Sebelum ini parti itu dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), parti politik yang beribu pejabat di Kota Baru.
Akim dalam mesyuarat agung tahunannya pertengahan Disember lalu telah menukar namanya menjadi Kita dan mengemukakan permohonan mendapatkan kelulusan menukar nama, logo dan perlembagaan.
Sejak itu parti itun diterajui oleh Zaid (gambar) yang keluar PKR November lalu.
Mesyuarat agung luar biasa parti itu, yang pertama kali diadakan di luar Kelantan Disember lalu. telah bersetuju untuk menukar Akim dengan nama baru Kita.
Zaid yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dan calon timbalan presiden dalam pemilihan PKR tahun lalu mengambil alih jawatan baru itu daripada Zakaria Salleh pada mesyuarat agung luar biasa itu.
Beliau telah meninggalkan PKR pada 16 November lalu kerana kecewa dengan proses pemilihan kepimpinan parti itu dijalankan yang didakwanya mengandungi unsur-unsur tidak telus dan berat sebelah.
Beliau bertanding sebagai timbalan presiden dalam pertandingan tiga penjuru menentang Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub tetapi menarik diri atas alasan itu.
Zaid menganggotai PKR Jun 2009 selepas dipecat oleh Umno.
Kita hanya akan mempunyai satu cawangan di setiap negeri.
Sebelum ini Zaid berkata, beliau memilih untuk menyertai Akim kerana proses menubuhkan parti baru kerana ia akan memakan masa yang lebih cepat.
“Saya pilih Akim dan Akim pilih saya... ini lebih cepat daripada buat parti baru dan kalau (pendaftaran) diluluskan terlalu cepat seperti Makkal Sakhti orang tak (berkeyakinan),” katanya lagi.
Parti itu tidak mahu menyertai Pakatan Rakyat dan mempunyai dasar perjuangan yang berbeza, yang akan memberikan tumpuan kepada kepentingan rakyat.
Kita juga akan bertindak sebagai parti pelbagai kaum, kata Zaid.
“Kita parti bebas, ada ideologi dan ada dasar. Kita tidak akan sertai Pakatan Rakyat,” katanya sebelum ini.

Kamu Ni Saiful.. Cuba Cerita Betul-betul..ini bukan cobaan...!!!! ala hai...


Tak faham betul la si Saiful ni..
Kejap kata kena liwat..
Kejap kata kena paksa buat oral sex..
Kejap kata tak basuh jubur 2 hari..
Kejap kata tak berak 2 hari..
Kejap kata sanggup tak solat jumaat sebab tak mandi wajib..

La ni kata tak basuh mulut 2 hari pulak...
Kalau bangun tidur kita terus pergi kerja tanpa gosok gigi..
Kompom nak bercakap dengan orang pun segan..
apatah lagi nak bersosial..

Macam mana la agaknya keadaan si Saiful ni masa tu..
Dengan tak mandi 2 hari..
Dengan tak basuh jubur 2 hari..
Dengan tak berak 2 hari..
Dengan tak basuh mulut 2 hari..

Hmmm.. C'mon la Saiful..
Teman bukan tak nak percaya dengan tuduhan kamu..
Teman pun bukan tak nak percaya yang Anwar ni sanggup liwat kamu..

Tapi teman pun ada akal yang baik..
Teman ada kewarasan yang baik..
Tolong jangan paksa teman terima tuduhan kamu ni..
Sebab terlalu banyak kesangsian dalam tuduhan kamu ni..

Errr.. Kalau tak mandi wajib 2 hari..
Maknanya 2 harilah tak Solat Fardhu kan?
Rasanya.. boleh jatuh saksi fasik nehh!

adehhhh!!

Kepada Allah SWT kita serahkan segala penyaksian dalam kes tuduhan yang amat berat ini....

sunsnake 16022011

Rosmah vs Azizah : Who spends more

Rosmah vs Azizah : Who spends morePKR renegade Lokman Nor Adam who is now part of Umno’s Special Affairs Think-Tank Department seems to have a detailed knowledge of PKR president Wan Azizah Wan Ismail’s wardrobe, and her visits to her dressmaker.
He claims that Wan Azizah used to spend exorbitant amounts on her clothes and that she used to have an extravagant lifestyle when her husband, Anwar Ibrahim was the Deputy Prime minister.
The operative words are “used to”.  Or perhaps not. After all, why should we believe him?
Also, can anyone remember people making an issue out of Wan Azizah’s clothes, either then or now?
Lokman has made us reflect about the two ladies who are married to the two most powerful men in Malaysia today.
First is Wan Azizah, the wife of Opposition leader, Anwar Ibrahim. She is also the object of Lokman's fixation and her wardrobe - his fetish.
The other is Rosmah Mansor, wife of Prime minister Najib Abdul Razak. Her official title of First Lady always sparks furious debate.
Lokman claimed that Wan Azizah’s suits cost RM8,000 each. Like most ladies, Azizah has declined to divulge exactly how much - save to say that really, it's no nowhere near that figure. Of course, she is pleased that people think her clothes look so stylish and expensive but no, she is not telling yet.
Yet even if they did cost RM8,000 each, what are they compared with Rosmah’s alleged shopping trips when she is abroad?
There have been complaints by Malaysian High Commission and MAS staff who are given the task of transporting cargo-loads of her shopping home. They have asked to remain anonymous for fear of reprisals.
Wan Azizah is now a politician in her own right. Until her husband became Deputy Prime minister, she was a practicing doctor.
Perhaps Lokman finds it hard to believe that a working woman is financially independent and can afford suits of her choice.
Is Lokman aware of the furore with the specially created department within the Prime minister’s Department called F.L.O.M.? Many people believe that the acronym stands for First Lady of Malaysia. There are other, less complimentary versions of this.
We are not aware of Wan Azizah having such delusions of grandeur. As we said, she is a respected politician.
Rosmah however, does have ambition to enter politics but finds it easier to enter through the back door.
First she had to elbow poor Najib into allocating  ample funds, the amount of which has yet to be publicly divulged, to form F.L.O.M.
However, with the unprecedented public outrage, and several thousand people jamming the phone lines wanting to enquire about F.L.O.M., it has now disappeared from Najib’s website.
Second. Rosmah honed her skills in politics by practicing on various people. First it was Deputy Prime minister Muhyiddin Yassin.
One feels sorry for him as he was edged out of the way when Hillary Clinton and Julie Gillard came to visit.
What could Najib say? He was in a spot of bother – not just from the chicken pox but from Muhyiddin demanding to know what was happening and a strong woman saying she would like to have a go at playing DPM. That is why Najib safely camped himself out of harm’s way at the Kuala Lumpur Hospital.
He was so pleased with his stay that he donated RM5mil from the public purse to the hospital.
But happiness comes with a price and he had to allocate RM 65 million to the wife to renovate the house.  He would rather face the awkward questions in parliament about this extravagant amount and fob off the irritating opposition with some flimsy excuse (it always works), rather than refuse his wife. He knows which side his bread is buttered.
No one can hold down an ambitious woman and the next victim was the Foreign Minister Anifah Aman.
Rosmah apparently took over the evacuation of our students who had made their way to Jeddah. What could Anifah do but wait in the sidelines, wringing his hands?
Kohilan the Deputy Foreign Minister did a runner. He claimed he was lost in the confusion of Cairo and could not be reached. And for added effect, he did not take a bath for two days. It worked. He escaped the reprimand.
Najib gave his wife all the credit for the successful repatriation and managed to name-drop that she had the personal phone number of the House of Saud.
But now that the repressive regimes in the middle-east and north Africa are toppling, Najib must regret saying that he is buddies with autocratic and corrupt rulers.
On the other hand, Wan Azizah does not need added publicity. People are familiar with her and her work.
Perhaps Lokman should ask why ‘The First Lady’ needed to spend USD5 million for a glossy centrespread in an American newspaper?
Rosmah will do anything for publicity and must keep us informed about what she is doing – flying here and there, even to the extent of interrupting her foreign travel with trips back home to attend wedding receptions.
Poor Lokman. He must look for problems where there are none and avoids those that are staring him in the face.
But like they say, the “1Malaysia” spectacle isn’t over till the Fat Lady sings.

TERAJU - Apa yang diterajuinya?

Pelancaran Unit Peneraju Agenda Bumiputra (TERAJU) baru-baru ini mendapat reaksi yang tidak memuaskan setengah pihak dan Najib dianggap oleh pihak-pihak ini sebagai pemimpin yang flip-flop kerana berubah haluan dari pendirian yang telah dibuatnya sebelum ini.

‘Kuala Lumpur and Selangor Assembly Hall’ (KLSCAH) memberikan reaksi yang negatif dan menganggap keputusan mewujudkan TERAJU sebagai tindakkan yang menyimpang jauh dari NEM yang diumumkannya tahun lepas. Pada pihak ini Najib belum lagi membuktikan yang beliau benar-benar mengumumkan sesuatu yang belum tentu mahu dilksanakannya.

Penyakit mengubah haluan sebelum melaksanakan perancangan yang telah diumumkan memang menjadi perkara yang sangat lazim bagi Najib. Tidak tahu pula kenapa beliau tidak dianggap sebagai seorang flip-flop sebagai yang dilabelkan terhadap Abdullah Badawi dahulu. Sekarang baru kita jelas bahawa flip-flop itu hanya diperuntukkan untuk Abdullah Badawi sahaja.

Jika pihak lain flip-flop ianya tidak menjadi isu. Dr Mahathir telah flip-flop dari Ulta Melayu menjadi Melayu Liberal semasa menjadi PM sekarang kembali menjadi Ultra sesudah bersara itu tidak flip-flop. Itu perjuangan namanya. Jika zaman Dr Mahathir UMNO itu parti yang baik tetapi setelah beliau bersara UMNO itu adalah parti ‘contract’ dan parti ‘AP’.

Puluhan ribu AP yang dikeluarkan oleh MITI dan ratusan kontrak-kontak mega yang dirunding terus dengan kontaktor-kontraktor yang besar-besar semasa beliau menjadi PM dahulu itu tidak ditakrifkan sebagai ‘UMNO parti AP dan contract’. Itu dinamakan sebagai usaha pembangunan. Dr Mahathir seperti Kamal Attartuk mempunyai sikap ‘don’t do what I do; just do what I ask you to do’.

Tahun lepas Najib telah memngumumkan pemansuhan dasar 30 peratus penyertaan Bumiputra untuk mengelakkan negara terjebak dalam kononya ‘middle-income trap’ dan ianya bermakna tidak ada lagi keistimewaan dan semangat NEP yang telah banyak membantu usaha untuk penyertaan yang ‘equitable’ dikalangan berbilang kaum dinegara ini.

Sekarang ini wujud pula TERAJU yang belum pun dinyatakan segala pelan yang sedang difikirkan oleh TERAJU untuk Bumiputra, kita sudah menghadapi reaksi negatif dari banyak pihak. Orang Melayu ini nampaknya seolah-olah satu bangsa yang terlalu malang kerana sentiasa tersepit dalam semua keadaan.

Bermacam-macam perancangan yang diumumkan untuk orang Melayu ini tetapi perancangan itu kadangkala dibatalkan kadangkala timbul kembali. Teringat pula saya kepada ‘TV Commercial’ biskut chocfudge; kadangkala ada kadangkala tak ada. Hanya yang kita berharap segala af’al tuhan ini akan membawa hikmah kepada bangsa kita ini pada masa-masa yang akan datang.

Sebagai seorang Melayu saya nampak situasi begini; orang Melayu bukan sahaja disaingi oleh bangsa-bangsa lain tetapi disaingi oleh kerajaan yang dipimpin Melayu ini. Kerajaan yang menyaingi orang Melayu dan apabila Melayu gagal pemimpin kita menyalahkan orang Melayu pula.

Semua agensi kerajaan menyaingi Bumiputra. Semua ‘public companies by guarantee’ yang sekarang dinamakan GLCs menyaingi orang Melayu dan Bumiputra dalam banyak peluang perniagaan dalam negara kita. GLC setakat ini hanya mampu menaikkan ego beberapa individu sahaja. Ketua-ketua eksekutif GLC merupakan kumpulan elit yang kecil yang tegulung kedalam kumpulan ‘the rich and the famous’ hasil dari kedudukan mereka didalam syarikat kepunyaan rakyat itu.

Tugas dan fungsi mereka untuk memajukan syarikat-syarikat tersebut tetap tidak tercapai dan dasar untuk memindahkan pegangan-pegangan pemilikan itu kepada Bumiputra tetap belum diselesaikan. Walaupu telah diumumkan yang beberapa syarikat akan disenaraikan diPasaran Saham tetapi belum lagi sehingga kehari ini kerajaan membayangkan bagaimana caranya untuk mengekalkan pegangan itu ditangan Bumiputra.

Pembahagian harta kekayaan negara tidak selesai dengan hanya menyenaraikan saham-saham syarikat yang terbesar secara ‘direct’ kerana pencapaian pegangan Bumiputra dikatakan hanya 18.7 peratus sahaja. Pertamanya orang Melayu masih lagi tidak berkemampuan untuk membeli saham-saham yang diperuntukkan melalui Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dengan pengkalan pegangan jangka masa yang panjang.

Itulah sebabnya saya selalu mengatakan yang usaha yang serius dan yang mempunyai ‘consequence’ yang besar ialah pentadbiran ‘pre-Mahathir’ sahaja. Pegangan Bumiputra yang hanya sebanyak 2.7 peratus telah berkembang kepada 18.4 peratus pada tahun 1984 dahulu. Tetapi apabila ekonomi negara dipacu oleh Daim Zainuddin yang dilantik oleh Mahathir pada Jun 1984 dahulu tidak berdaya untuk meningkatkan pegangan hak milik oleh Bumiputra dan dari 1984 sehingga ke hari ini kerajaan pimpinan Mahathir dan seterusnya hanya mampu untuk menambah 0.3 peratus sahaja. Bagaimana hndak kita katakan yang Mahathir dan pimpinan seterusnya berjaya untuk mencapai matlamat unggul DEB dahulu iaitu untuk mencapai keharmonian kaum yang ‘ultimate’.

Yang berjaya hanyalah segelintiran rakan-rakan pemimpin yang istimewa yang dibantu oleh pimpinan kita sehinggakan mereka menjadi orang-orang yang terkaya tanpa usaha yang gigih. Usaha gigih puak-puak ini hanyalah untuk menjaga pucuk pimpinan yang berpengaruh dan jika budaya ini masih berterusan maka kita akan mempunyai penduduk yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin.

Yang pasti hasil dari pengabaian dasar yang telah terbukti membawa faedah kepada rakyat itu maka jurang pendapatan diantara kaum dan sesama kaum terutamanya dikalangan orang Melayu bertambah melebar dan tidaklah menjadi satu perkara yang mengejutkan jika rasa tidak puas hati di kalagan rakyat itu bertambah meruncing dari masa kemasa.

Kejayaan dasar yang baik ini tentulah memerlukan pengorbanan. Apakah pengorbanan itu? Jawapannya ialah pemimpin dan perlaksana tidak mempunyai kepentingan dalam projek pembagunan negara. Tetapi oleh kerana masing-masing mahukan kekayaan yang luar biasa maka mereka terpaksa mencuri di sana sini dan seterusnya menggagalkan semua perancangan walau secantik mana pun perancangan itu di atas kertas.

Tidak akan membawa kejayaan apa-apa dasar pun jika dasar itu dikotori dengan rasuah yang mementingkan saku dan kantung pemimpin-pemimpin kita sahaja. Ratusan billion ringgit wang yang didapati dengan menyalahgunakan kuasa telah masuk kedalam bank-bank luar negara dan pengaliran wang negara dan rakyat keluar negara itu jugalah penyumbang terbesar kepada masalah kewangan negara yang tidak baik pada hari ini.

Kalau segala perancangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri bulan-bulan dan tahun-tahun yang lepas tidak berjaya maka kita tidak boleh yakinkan diri kita yang kali ini penubuhan TERAJU yang diumumkan beliau minggu lepas akan berjaya. Pengumunan itu tidak lebih dari ‘window-dressing’ untuk pilihanraya umum yang akan datang dan tidak lebih dari itu.

Tetapi rakyat tidak boleh bersuara dengan lantang kerana kumpulan pembodek dan pengampu kepada mereka yang berkuasa bertambah dari masa ke masa dan dari hari ke hari, bulan dan tahun-tahun yang akan datang.

Mereka mungkin kekal selagi mereka didokong oleh mereka yang berkepentingan dan menghalalkan segara cara untuk mendapatkan keuntungan peribadi semata-mata.

Lepas TERAJU ini apa pula yang akan diumumkan? Wallahu alam.

Tentera Dicekup Dengan Adik "Terangkat" Di Damansara Damai

Cemar hari mulia

PETALING JAYA – Seorang anggota tentera berusia 39 tahun dan pasangannya wanita berusia 24 tahun antara ditahan dalam operasi cegah maksiat Masjid Al-Muhtadeen Damansara Damai awal pagi semalam.

Ketika serbuan wanita itu yang tidak mempunyai seurat benang melarikan diri ke dalam tandas.

Ketika disoal siasat anggota tentera itu mengakui sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak memberi alasan mahu berehat bersama adik angkatnya yang merupakan penuntut institusi pengajian tinggi.

Imam Masjid Al - Muhtadeen Mohd Fadhil Mohd Nor berkata pasangan itu menyewa bilik hotel dengan harga RM 70 semalam.

“Melalui pemantauan yang telah dibuat di kawasan itu, pasangan terbabit mengambil kesempatan menyewa hotel kerana keadaannya yang agak tersembunyi,”katanya.

Di lokasi sama sepasang kekasih masing-masing berusia 24 tahun diberkas ketika cuba melarikan diri.

”Kedua-duanya mengaku menyewa bilik pada kadar harga RM 25. satu jam dan sudah pun membayar RM 60. semata-mata membuat hubungan seks,”katanya.

Dalam operasi di Apartment Saujana Damansara , dua orang warga Indonesia berusia 28 dan 24 tahun yang sedang leka bercumbu.

Kedua-dua pasangan itu terperanjat dan cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap semula.

Sementara itu di Apartment Idaman, dua pelajar sekolah berusia 16 dan 14 tahun ditangkap biro keselamatan ketika duduk berdua-duaan di tempat gelap antara blok.

Ketika disoal remaja lelaki berusia 16 tahun itu mahu memberikan hadiah kepada kekasihnya sempena hari Valentine tanpa mereka ketahui tindakan mereka turut mencemar kan hari Maulidur Rasul..

“Rata-rata ditahan dalam adalah ’orang luar’ dan mereka menjadikan Damansara Damai kerana kawasan ini ada hotel bajet yang memudahkan mereka buat maksiat,”katanya.

Kontroversi My Balik Pulau: Kenyataan Five Arts Centre

Five Arts Centre telah digemparkan dengan perbalahan politik yang berterusan di kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang, berkenaan dengan projek sejarah lisan yang telah dikendalikan oleh kanak-kanak berdasarkan temubual bersama wargatua di kawasan itu.
Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang (Arts-Ed) telah menerbitkan risalah "myBalikPulau" berdasarkan hasil temubual yang merupakan usaha kerjasama kanak-kanak Balik Pulau.  Projek ini yang ditaja oleh Majlis Pendidikan Pulau Pinang dengan usahasama dari Kementerian Pelancongan dan DiGi, kini telah dicemuh malah dituduh memutarbelitkan sejarah secara sengaja dan dikatakan mempunyai unsur-unsur yang menghina orang Melayu di Pulau Pinang.
Muhammad Farid Saad, ADUN Pulau Betong telah menggambarkan buku risalah sejarah ini sebagai satu ancaman dan mendesak agar risalah ini diharamkan.  Sementara itu, sekumpulan NGO yang menggelar diri mereka Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) telah turut serta dalam tunjuk perasaan dengan membakar risalah tersebut.

Tindakbalas yang melampau ini telah mengejutkan Five Arts Centre dan kami mengecam tindakan yang, bagi kami, merupakan satu kesempatan untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mengekalkan politik kaum yang memecahbelahkan.
Sumber gambar: Five Arts Centre
Kita seharusnya memuji usaha kanak-kanak untuk berinteraksi dengan golongan warga tua dalam menghasilkan projek sejarah lisan ini.  Sejarah yang diperolehi secara lisan merupakan maklumat yang telah dikongsi melalui pengalaman masa lampau individu-individu yang masih hidup sama ada pengalaman mereka sendiri ataupun yang lain.  Maklumat yang dikumpulkan hanyalah sebagai panduan dan bukannya sumber muktamad tetapi ia mampu menghasilkan laporan berdasarkan pengalaman saksi pada zaman dahulu yang telah melalui peristiwa yang penting dan juga yang biasa dalam kehidupan mereka.  Risalah "myBalikPulau" perlu dijaga untuk kegunaan generasi akan datang sebagai ilmu tetapi sebaliknya ia telah difitnah.  Kami menggalakkan setiap warga Malaysia untuk membaca "myBalikPulau" dan menyelami kandungan serta melibatkan diri dalam dialog mengenai isu ini.

Five Arts Centre tidak berhasrat untuk terlibat dalam perbalahan politik remeh tetapi ingin mempertahankan hak penggiat seni untuk berkarya tanpa campur tangan politik.  Seni jugalah yang telah mengajar kita untuk meluaskan minda melampaui batasan, dan akan terus memainkan peranan penting sebagai pembina masyarakat Malaysia.

*Kenyataan media oleh Marion D'Cruz (gambar kanan) selaku pengasas Five Arts Centre, Kuala Lumpur.

Shamsul tidak akan tanding Merlimau

Sebaliknya, PKR Melaka akan mengerahkan semua jenteranya untuk membantu PAS memenangi pilihanraya kecil tersebut.

PETALING JAYA:  Ketua AMK Pusat  Shamsul Iskandar Mohd Amin tidak akan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac depan.
Jaminan itu diberikan oleh Pengarah Pilihanraya PKR Melaka, Mohd Yusof Abdullah ketika dihubungi hari ini.
Shamsul gagal dihubungi untuk mengulas lanjut perkara tersebut.
Sebaliknya, kata beliau PKR Melaka akan mengerahkan semua jenteranya untuk membantu PAS memenangi pilihanraya kecil tersebut.
“Kalau ada laporan Shamsul akan bertanding di Merlimau itu hanya cadangan dari rakan-rakannya dalam AMK.
“Tetapi Pakatan Rakyat memutuskan PAS bertanding di Merlimau dan kami akan menghormatinya,” katanya.
Mohd Yusof juga dengan tegas menolak khabar angin bahawa PKR Melaka  akan memboikot PAS di Merlimau.
“Kami tidak akan mengkhianati rakan dalam Pakatan Rakyat. Kemenangan PAS adalah kemenangan Pakatan Rakyat,” katanya.
Pilihanraya kecil Merlimau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung 20 Januari lalu.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai hari penamaan calon dan  6 Mac hari mengundi.
PAS akan menamakan calonnya pada 24 Februari. Empat nama yang dicadangkan ialah Kintan Man; Setiausaha Muslimah Melaka, Yuhaizat Abdullah; Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin, Jasme Tompang yang bertanding di Merlimau dalam pilihanraya umum lalu dan Kamaruddin.
Sebelum ini disebut-sebut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berminat untuk bertanding di Merlimau.
Yang DiPertua PAS Jasin, Kamaruddin Sidek juga menolak dakwaan bahawa PKR akan memboikot PAS dalam pilihanraya kecil ini.
“Ia khabar angin yang  tidak boleh dipercayai,” katanya ketika dihubungi.