Selasa, 15 Februari 2011

Hungry people are angry people

Lim Sue Goan

FEB 15 — What have defeated Tunisian President Zine al-Abidine Ben Ali and Egyptian President Hosni Mubarak — the Jasmine People’s Revolution or the food crisis?
Obviously, it is the victory of the massive people movement. But why is such a revolution taking place now?
The governments of the two countries are known to be corrupt and oppressive, causing their peoples to live in dire strait.
But what triggered off the massive protests are surely the soaring food prices, with the majority poor finding it hard to have food on the table. When the people are hungry, nothing else matters but food, especially for their children and old folks, and bullets and tanks will not stop them from demanding for their rightful claim to a decent meal. Hence, the massive march against the oppressive and corrupt regime which have deprived them of food.
Hence, what has been described as a fourth wave of democratisation is basically a revolution of hungry people suffering from the global food crisis. The food shortage turbulence is expected to spread also to Africa, the Middle East and Asia, particularly in the poor and oppressed countries.
According to the Economist Intelligence Unit, the United Nations (UN) and the International Transparency Organization, the turmoil indexes of Yemen and Libya are ranked the top two in the Arab region, while the United Arab Emirates, Kuwait and Qatar are ranked at the bottom three.
Yemen is one of the least developed countries in the world. Agriculture is the mainstay of Yemen's economy but almost half of its food production is imported. The civil war in 1994 had severely damaged its economy. To save the economy, its government started to reduce spending, raise taxes and abolish subsidies on some essential goods.
Libya has long been implementing a single state-owned economy. It was once the richest country in Africa because of its oil resources. However, it has been sanctioned by the international community because of the Lockerbie issue since 1992 and its economy continues to decline.
Yemen and Libya are countries facing slow political reform and economic difficulties. No wonder they have been classified as high risk countries.
As for the United Arab Emirates, Kuwait and Qatar, their situations are quite different.
Since the United Arab Emirates discovered oil in 1966, the barren desert has become a rich oil field. According to the census report published in 2006, it has a population of only 830,000, with a per capita income of over US$50,000.
For Kuwait, oil accounts for more than 90 per cent of its government revenue. It has about 100 billion barrels of oil reserves, making it the third richest oil-producing country of the Gulf.
Qatar has a popular of 1.5 million, and has the richest natural gas resources in the world. It is ranked the top in the Middle East with stunning economic growth.
Social unrest, discontentment, economic conditions and political system are closely related. If a country is rich in natural resources but its wealth enjoyed only by the corrupt government leaders and their cronies, there would be a big gap between the powerful rich and the powerless poor. When the poor are starved for lack of food because of high cost due to inflation, hell will break out as they will storm the streets in protest.
In South-East Asia, the military-ruled Myanmar is the most likely to face an outbreak of a people's revolution. However, its rich agricultural products and backward communications might give it some cushioning effects.
The China government, meanwhile, has been committed to economic development to bring about a prosper living standard to its people, and hence, there is no cause for the people to protest. The China government is aware of the seriousness of rising food prices, and is committed to control inflation and curb real estate speculation.
The Jasmine Revolution is a lesson for those in power around the world, that stability can be achieved and maintained only if the people are well-taken care of. — mysinchew.com

Mesir: Ikhwanul Muslimin Akan Daftar Sebagai Parti Politik


Kaherah - Pasca perletakan jawatan Presiden Mesir Husni Mubarak, Ikhwanul Muslimin merancang untuk membentuk parti politik. Ikhwan akan segera berubah menjadi sebuah parti politik setelah peraturan mengenai kepartian di negara itu diubah.

Dalam pernyatannya, Ikhwan menyatakan keinginannya untuk menjadi parti politik sejak beberapa tahun lalu. Namun semasa pemerintahan Mubarak, organisasi itu terhalang dengan peraturan tentang pembentukan parti politik.

“Saat keinginan untuk dapat membentuk membentuk parti wujud, kami akan membentuk parti politik,” demikian isi pernyataan Ikhwan seperti dikutip Reuters, Selasa (15/2/2011).

Ikhwan didirikan oleh ulama berpengaruh Hasan Albana pada 1920. Pendirian organisasi ini tidak terlepas dari keadaan sosio politik dan agama di Mesir. Mubarak selama ini memberikan kesempatan bagi Ikhwan untuk menjalankan aktivitinya, namun tidak boleh bersentuhan dengan politik.

Sebelumnya, Ikhwan menyatakan tidak berminat untuk turut serta dalam pemilihan presiden dan angota parlimen pada pemilihan umum akan datang. Tentera saat ini memegang tampuk pemerintahan setelah Mubarak menyerahkan mandatnya pada Jumaat minggu lalu.

Dewan tentera menyatakan akan menyerahkan kepemimpinan Mesir kepada rakyat dan menegakkan sistem demorkasi di Mesir.

Solaridariti untuk kawan-kawan

PakBakar Penarikbeca tulis dalam blog dia:
Edyes tulis:
Justeru itu, adakah ribuan blogger pro Pakatan Rakyat hanya akan membiarkan kes ini berjalan seperti angin lalu? Membiarkan blogger sharpshooter terkapai-kapai? Atau sedia untuk bergabung bagi satu perlawanan di antara menteri dan blogger yang akan menentukan nasib semua blogger? (baca sepenuhnnya di sini)
Hari ni hari Din Binjai. Esok lusa mungkin hari kita. Din disaman oleh menteri Umno, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berikutan hebohnya perbuatan terkutuk tibai amah. Saya tak tahu sama ada betul atau tidak Rais dah tenggek amah dia. Tapi, Rais nampaknya sangat berang. Ramai yang sebarluaskan cerita itu. Tetapi Din yang jadi pilihan Rais memuaskan amarah berangnya.

Tak cukup setakat kita nyatakan sokongan dalam blog sahaja. Saya harap blogger-blogger yang prihatin dapat berkumpul. Nanti saya bincang dengan Edyes nak buat lagu mana.

Sementara itu, tolonglah sebarkan apa yang berlaku kepada Din kepada yang lain. - Penarikbeca
Walaupun aku setakat kenal nama dan muka saja Din Binjai ni, takat pernah bersalam sekali ja kut dulu masa program ceramah sapa tah kat Seberang Jaya dan aku rasa dia tak kenal pun aku sapa, tapi aku dekat dan terpanggil untuk sama-sama bantu apa yang boleh.

Kalau ada apa-apa yang rasa aku boleh bantu, tolong bagitau, insyaallah kita pakat-pakat tolong. Lagi pun kalau bab nak melawan Umno BN ni, sapa pun, memang aku berminat nak tolong selagi boleh.

   Cenangau Daunkari

Saat Saat Terakhir Rasulullah Yang Memilukan

Oleh ramziredang

"Pada saat terakhir Nabi Muhammad s.a.w sedang sakit, seluruh Madinah berada dalam keadaan suram. Suasana yang selama ini indah dan aman bersama Rasullullah, bertukar menjadi satu tikaman duka kepada para penduduknya. Mereka semua merasa hiba kerana kekasih mereka, orang yang paling dimuliakan oleh Allah sedang berada dalam keadaan uzur dan sakit tenat. Tidak ada seorang sahabatpun yang berjalan melainkan dengan wajah yang suram dan bergenang airmata. Begitulah cinta dan sayangnya mereka kepada junjungan Rasullullah s.a.w

Pada hari Ahad, sehari sebelum hari kewafatan baginda, sakit yang baginda tanggung selama 18 hari menjadi bertambah tenat. Pada hari tersebut Bilal bin Rabah seperti biasa mengumandangkan azan. Setelah selesai azan, bilalpun menuju ke rumah Rasullullah lalu berdiri dan memberi salam di depan pintu, sambil menjemput Rasullullah berjemaah. Lalu keluarlah Fatimah dan memberitahu Bilal bahawa Rasulullah sakit. Kemudian Bilal kembali ke masjid dengan linangan airmata. Menunggu seketika.
Ketika hari hampir siang dan sahabat menunggu lama, lali Bilal cuba lagi ke rumah Rasullullah. Bilal berdiri dan memberi salam lagi. Lalu baginda menyuruh Fatimah menjemput Bilal masuk.Bilal masuk dan duduk di sisi Rasullullah dan memandang Rasullullah dengan penuh linangan airmata.
Kemudian baginda bersabda,"aku sekarang dalam keadaan sakit tenat, wahai bilal,kamu perintahkan sahaja Abu Bakar menjadi imam menggantikan aku"
Lalu bila keluar menuju masjid sambil airmatanya semakin deras mengalir dan kesedihannya tidak bisa ditahan lagi. Bilal menyampaikan pesanan Rasullullah kepada Abu Bakar r.a supaya menjadi imam. Pesanan ini pula menjadikan Abu Bakar bertambah hiba. Beliau cuba berdiri untuk menjadi imam, tetapi bila memandang ke tempat yang Rasullullah selalu berdiri, tetapi pada saat itu kosong ketiadaan Rasullullah, lalu Abu Bakar menangis terisak isak dengan suara yang agak kuat. Beliau tidak mampu membendung kesedihannya lagi. Lalu beliau menangis dengan suara yang kuat dan akhirnya pengsan.
Suasana di dalam masjid menjadi hiba dan penuh dengan isak tangis, menjadi bising sehingga terdengar kepada Rasullullah s.a.w.Lalu baginda bertanya,: "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab, suara kesedihan dan kebinggungan kerana Rasullullah tidak ada bersama mereka.
Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”
Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.
Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut.
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”

Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”

Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”

Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”

Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.

Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.

Kesedihan Para Sahabat
Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.”

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.”

Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.

Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.

Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?”
(Az-Zumar: 30).

Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?”
(Ali-lmran: 144)

Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.”

Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”

Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.”

Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.

Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan.

Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.”

Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.”

Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.”

Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”

Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”
Lalu Mu'az menuju ke makam Rasullullah.

Sekolah Bahaya di Sabah, 1000 murid tiada pilihan, tunggu Pilihanraya Kecil?

Oleh: amkns

"Akhbar The Star 15 Feb 2011 melaporkan terdapat TIGA sekolah di Tawau, Sabah yang diisytiharkan TIDAK SELAMAT/BAHAYA sejak setahun yang lalu. Tapi 1000 pelajar ini tiada pilihan untuk menuruskan di bangunan sekolah yang tidak selamat ini. Agaknya nak tunggu Pilihanraya Kecil di Tawau, Sabah pula? Apa guna ada Naib Presiden Umno orang Sabah? Tak pe, Sabah kawasan Selamat Umno.

Tuesday February 15, 2011Buildings unsafe, but 1,000 pupils still attending school  
KOTA KINABALU: Three primary school buildings in the east coast of Tawau have been declared unsafe for about a year but at least 1,000 pupils are continuing to attend classes there. 
Despite the Public Works Department’s declaration that the buildings are unsafe, the pupils still attend classes and hold activities at the schools – SK Bahagia, SK Kukusan and SK Jambatan Putih.
 
Kisah Sekolah Daif di Sabah sebelum ini di :
 
MENTERI UMNO BN TAK KISAH PELAJAR SUSAH, SEKOLAH DAIF http://amkns.blogspot.com/2011/01/menteri-umno-bn-tak-kisah-pelajar-susah.html
 
SEKOLAH AMAT DAIF DI SABAH TAPI KAPALSELAM RM3.4 B http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-amat-daif-di-sabah-tapi.html
 
SEKOLAH KABIN, UMNO BN GAGAL, MUHYIDDIN PERLU LETAK JAWATAN http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-kabin-umno-bn-gagal-muhyiddin.html

Siapa punya taik?? Lembu atau sapi??


Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, semakin popular dan semakin kukuh kedudukannya di sana. Lataran itulah, maka UMNO Pulau Pinang semakin serba tak kena.

Mereka gusar dan bimbang, jika sesuatu tidak dilakukan, alamatnya dalam PRU13 nanti.... mereka akan terkuburlah. Oh... tidak! Tidak... tidak... Ya ammpooonnn!!!

Sebab itu, mereka sanggup buat apa saja untuk mengoyahkan kedudukan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dengan harapan mereka masih ada peluang untuk terus bernyawa di sana. Mereka cuba memperbodohkan rakyat dengan memainkan isu yang boleh menimbulkan kemarahan dan pergeseran kaum iaitu isu rasis. Begitulah terdesaknya, puak-puak UMNO Pulau Pinang.

Isu risalah My Balik Pulau dijadikan bahan fitnah untuk menimbulkan perasaan benci terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, khusunya dalam kalangan masyarakat Melayu. Ini merupakan satu lagi taik yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng.

Apakah ini kes... lembu punya taik, tetapi sapi kena tuduh??

Kalau dikaji secara waras... bodoh sangat ke Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang hingga sanggup memainkan satu isu rasis macam ini, yang boleh menggugatkan kedudukan mereka?? Bangangkah mereka untuk menjeorpadizekan kedudukan mereka yang semakin diterima??

Isu ini merugikan siapa dan menguntungkan siapa??

For sure... kerajaan Pakatan yang rugi dan UMNO yang akan untung, kan?? Jadi... hangpa ingat, siapa dalangnya?? Yang dapat rugi atau yang dapat untung??

Apa-apa pun, kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberi tempoh 7 hari kepada si Farid Saad, ADUN Pulau Betong untuk menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka. Namun setakat ini dia belum berbuat demikian.

Well then.... in that case, we'll see you in courty  
 
A Mum Of Three Mohd

Kes Altantuya Shaariibu: Menanti Perdana Menteri Malaysia Diseret Ke Mahkamah...



Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi diarah muncul di mahkamah April ini untuk menghadapi tuduhan melanggan khidmat seks gadis 17 tahun dari Maghribi dan kemudian cuba untuk menutup kes tersebut.

Hakim Cristina Di Censo mengemukakan tuduhan dengan kenyataan yang ringkas tetapi ‘pedas’.

Kes itu akan didengar 6 April ini.

Pemimpin itu pernah berhadapan dengan beberapa tuduhan berkaitan perniagaannya sebelum ini tetapi ini kali pertama jutawan berusia 74 tahun ini dihadapkan di mahkamah kerana salah laku peribadi.

Bagaimanapun Berlusconi menafikan sebarang bentuk salah laku.

Pendakwa raya mendakwa Berlusconi membayar kepada warga Maghribi itu yang dikenali sebagai “Ruby the Heart Stealer”, dan kemudian dikatakan menggunakan kuasanya untuk membebaskannya daripada tahanan polis.

Nama Ruby ialah Karima El Mahroug dan kini berusia 18 tahun.

Dia ditahan kerana disyaki mencuri AS$$4,103.

Mereka mendakwa bahawa Berlusconi (tengah) bimbang hubungan mereka akan didedahkan jika tidak dibebaskan.

Kedua-dua Berlusconi dan Ruby menafikan pernah menjalin hubungan seks tetapi dia mengakui Berlusconi ada memberikannya AS$9,550 ketika pertemuan pertama mereka.

Perdana Menteri Itali itu dilaporkan membantu gadis tersebut kerana dia mendakwa cucu bekas presiden Mesir Hosni Mubarak, yang meletakkan jawatan Jumaat lalu.

Azizah: Baju saja tak semahal itu

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail cuma ketawa terhadap dakwaan pemimpin Umno bahawa beliau memakai pakaian terlalu mewah semasa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri.

pkr convention 281110 wan azizah wan ismailDitemui Malaysiakini hari ini, Wan Azizah (kanan) menafikan mengamalkan gaya hidup mewah, tetapi mengakui pakaiannya sedikit mahal ketika suaminya berada dalam kerajaan, berbanding sekarang.

Sambil berjenaka, Wan Azizah berkata, beliau gembira orang menganggapnya berpakaian dengan elok walaupun tidak mahal.

Dalam ceramah di Bayan Baru semalam, bekas setiausaha Pemuda PKR Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" Wan Azizah dalam sebahagian ceramah 90 minitnya.

Lokman berkata ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri sehingga 1998, Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya.

Mangsa UMNO : Lokman selar 'gaya hidup mewah' Wan Azizah

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selalu menjadi sasaran kritikan oleh bekas orang kuatnya yang menyertai Umno, tetapi malam tadi, isterinya dan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga turut menerima nasib sama.


NONEDalam ceramah di Bayan Baru, bekas setiausaha Pemuda PKR Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" Wan Azizah dalam sebahagian ceramah 90 minitnya.

Lokman berkata ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri sehingga 1998, Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya.

Mengejutkan, ada yang sampai mencecah harga RM8,000 dan dia biasanya menempah 20 pasang setahun, dakwa Lokman.

pkr convention 281110 wan azizah wan ismailBagaimanapun, menyedihkan, tambah Lokman, apabila beliau dan beberapa yang lain ditahan bawah ISA di Kamunting dariapda 2001 hingga 2003, Wan Azizah didakwa tidak banyak membantu mengurangkan beban keluarga terbabit.

Dakwa Lokman, hanya NGO Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang berusaha menolong anggota keluarga sehinggalah mereka kehabisan dana.

Sehubungan itu, beliau menyoal, apa salahnya sekiranya Wan Azizah mengurangkan perbelanjaan untuk pakaian - daripada 20 kepada 18 - supaya wang itu dapat disumbangkan kepada anggota keluarga tahanan ISA.

Katanya, Wan Azizah juga tidak memberikan sumbangan duit raya RM500 kepada setiap keluarga seperti diarahkan Anwar ketika masih ramai ditahan ISA.

Buang Nama Pornthip Tidak Releven- Surendren


SHAH ALAM 15 FEB: Naib Presiden PKR, N Surendran hari ini menyifatkan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) membuang nama pakar patologi forensik, Dr Khunying Pornthip Rojanasunand daripada senarai saksi kematian Teoh Beng Hock adalah sesuatu yang tidak relevan.

Surendran yang dihubungi Tv Selangor berkata, tindakan drastik Jabatan Peguam Negara yang tidak menyenaraikan nama Pornthip menunjukkan sikap tidak serius mereka dalam menegakkan kebenaran hingga ke akar umbi.

Ini kerana menurut beliau, Pornthip adalah saksi utama yang mampu merungkai misteri di sebalik kematian Teoh.

“Pornthip terlibat dalam bedah siasat buat kali kedua yang dijalankan ke atas mayat Beng Hock. Ini menunjukkan beliau adalah saksi utama dalam kes tersebut. jadi saya berpendapat, tindakan Jabatan Peguam Negara tidak memanggil Pornthip telah menunjukkan sikap tidak serius mereka dalam merungkai kematian TBH hingga ke akar umbi,” katanya.

Surendran juga mengatakan tindakan Jabatan Peguam Negara adalah sukar dipercayai kerana Pornthip telah terlibat dalam proses bedah siasat buat kali kedua sebelum ini dan dengan tegas menganggap kes tersebut mustahil untuk diselesaikan tanpa kehadirannya.

“Saya tidak tahu apa dalam fikiran mereka, namun ia tidak masuk akal sama sekali. Dari sudut pandangan undang-undang, ia tidak masuk akal,”dakwanya.

Jabatan Peguam Negara membuang nama Dr Pornthip sebagai salah seorang saksi dalam inkues Teoh Beng Hock daripada senarai saksi yang disediakan untuk kegunaan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Beng Hock bermula semalam.

Peguam keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo menjelaskan senarai saksi yang disediakan Jabatan Peguam Negara tidak mencerminkan ketelusan dan tidak memberi keyakinan bahawa Jabatan Peguam Negara adalah badan bebas kerana nama seorang saksi penting semasa inkues Beng Hock tidak dimasukkan.

Lesen Konsesi Air SYABAS Wajar Ditarik Balik


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata kerajaan persekutuan perlu menarik balik lesen konsesi pembekalan air di Selangor oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kerana syarikat itu didakwa melanggar perjanjian konsesi.

Beliau berkata Pengawal Selia Air Selangor iaitu Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Datuk Nordin Sulaiman telah menulis surat kepada kerajaan Persekutuan dan Syabas bahawa tindakan syarikat itu mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan negeri kepada rakyatnya untuk Tabung Budi adalah menyalahi perjanjian konsesi.

"Jadi ini (tarik balik konsesi pembekalan air) telah ditulis surat oleh Pengawal Selia Air, kita masih menunggu jawapan daripada kerajaan Persekutuan," katanya pada sidang akhbar pada hari Selasa.

SYABAS telah menubuhkan Tabung Budi pada 24 Ogos 2009 melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas untuk dimasukkan ke dalam tabung itu.

Wang kutipan itu akan disalurkan kepada golongan kurang kemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil.

Abdul Khalid berkata Pengawal Selia Air Selangor adalah satu lantikan pegawai kerajaan negeri untuk memantau perjalanan penswastaan bekalan air di Selangor semasa perjanjian konsesi bekalan air ditandatangani antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan serta Syabas pada tahun 2004.

Abdul Khalid berkata Nordin telah mengutus surat itu kepada kerajaan Persekutuan dua minggu lepas.

Ketika ditanya jika kerajaan Persekutuan tidak setuju untuk menarik balik lesen konsesi air Syabas, Menteri Besar berkata:"Kita akan bawa ke mahkamah."

Abdul Khalid juga berkata Syabas telah memfailkan saman terhadap beliau kerana mengeluarkan kenyataan mengenai Tabung Budi dan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berhubung kenyataan supaya pemegang konsesi air di Selangor memulangkan pegangan konsesi mereka kepada kerajaan negeri.

Pua yang turut hadir berkata kes saman itu disebut semalam di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur.

Abdul Khalid berkata:"Namun saman ini tidak mengubah pendirian kami dalam isu Tabung Budi. SYABAS tidak mempunyai hak untuk meminta pengguna-pengguna menyerah dana kepada SYABAS kerana dana tersebut diberi oleh kerajaan negeri melalui program pemberian air percuma 20 meter padu."

Katanya kerajaan negeri juga masih berpendapat perjanjian konsesi air dengan empat syarikat iaitu Syabas, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Konsortium ABBAS Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) perlu ditamatkan agar industri air negeri boleh diambil alih oleh kerajaan negeri.

Mengenai keengganan keempat-empat syarikat menerima tawaran pengambilalihan oleh kerajaan negeri Januari lepas, Menteri Besar berkata jika mereka tidak berpuas hati dengan harga yang ditawarkan, mereka boleh membawa perkara itu ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa untuk diputuskan.

Katanya kerajaan negeri juga telah meminta kerajaan Persekutuan membuat keputusan mengenai perkara itu kerana mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, kerajaan Persekutuan mempunyai hak untuk menentukan harga pengambilalihan syarikat berkenaan dan apabila harganya telah ditentukan, keputusan itu tidak boleh dicabar di mahkamah.

Beliau berkata kerajaan negeri berharap perkara itu dapat diselesaikan sebelum hujung bulan ini.

Sementara itu, mengenai tarikh Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru Datuk Mohd Khusrin Munawi akan mengangkat sumpah simpan rahsia di depan beliau, Abdul Khalid enggan mengulas.

Pada 9 Feb lepas, Menteri Besar berkata Mohd Khusrin akan dibenarkan mengangkat sumpah simpan rahsia hanya selepas kerajaan negeri menyusun semula format mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri, yang dijangkakan pada minggu ini. -- BERNAMA

MAJLIS PRESIDEN PKR SABAH

Majlis Presiden telah mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini di ibu pejabat PKR Sabah di Kota Kinabalu. Ia adalah langkah pertama untuk membina asas kepimpinan yang lebih kukuh di Sabah dengan memberi penekanan kepada pendekatan konsensus dalam isu-isu utama.

Majlis Presiden telah meluluskan pembentukan jawatankuasa-jawatankuasa yang akan diketuai oleh ahli-ahli Majlis Presiden seperti berikut:


1.                       Kewangan, Keselamatan dan Imigrasi – Ahmad Thamrin Jaini
2.                       Pembangunan Luar Bandar – Datuk James Ghani
3.                       Pembangunan Infrastruktur – Christina Liew
4.                       Kerajaan Tempatan dan Perumahan – Saidil Simoi
5.                       Pembangunan Perindustrian dan Perhutanan – Awang Tengah Awang Amin
6.                       Pembangunan dan Pengurusan Tanah – Datuk Kong Hong Ming
7.                       Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna – Stephen Sandor
8.                       Belia dan Sukan – Jafery Jomion
9.                       Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar – Lukiah  Indan
10.                   Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia dan Kemajuan Teknologi Maklumat – Datuk Hallik Zaman
11.                   Pertanian dan Industri Makanan – Datu Mustapha Hj Tambuyong

Ali Majlis Pimpinan Pusat dari Sabah, Saudara Roland Chia dan Saudara Darell Leiking dan Naib Ketua Wanita Pusat, Puan Sakinah Yusuf akan dipertanggungjawabkan sebagai ahli ex-officio Majlis Presiden dengan tugasan menguatkan kerjasama di antara kepimpinan Sabah dan pusat.

Setiap jawatankuasa ditugaskan untuk menghasilkan kerangka dasar utama PKR Sabah di dalam bidang pentadbiran masing-masing. Pimpinan PKR Sabah melalui Majlis Presiden akan memperhebatkan usaha dalam masa terdekat untuk membawa suara rakyat Sabah mengenai isu-isu yang dekat dengan Sabah di peringkat negeri dan pusat.

Majlis Presiden juga membincangkan beberapa program dalam bulan Februari dan Mac untuk meningkatkan momentum kempen PKR Sabah menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). Pada 26 Februari 2011, PKR Sabah akan mengetuai pelancaran Buku Jingga peringkat negeri Sabah di Kota Kinabalu. Ini akan diikuti dengan seminar mengenai dasar-dasar PKR Sabah untuk menangani pentadbiran tanah, perhutanan dan pembangunan ekonomi di Sabah pada 5 dan 6 Mac 2011.

Pada 17 Mac 2011, PKR Sabah akan menganjurkan satu forum awam mengenai integrasi nasional di Kuala Lumpur. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai beberapa isu yang dekat dengan rakyat Sabah yang mempunyai kesan kepada integrasi nasional, termasuk perspektif rakyat Sabah yang mahukan hubungan negeri-persekutuan yang lebih adil. Siri program rakyat ini akan menemui kemuncaknya dengan penganjuran Konvensyen PKR Sabah pada 2 April 2011.

Saya sendiri akan mengetuai barisan kepimpinan PKR Sabah dalam satu rangka lawatan menjelajah Sabah untuk menemui anggota parti dan rakyat sebagai persediaan awal menghadapi pilihanraya umum.

(English version) Saya percaya penyusunan semula PKR Sabah bagi tempoh interim ini akan memberikan fokus baru yang akan menguntungkan rakyat Sabah menjelang pilihanraya umum akan datang.

DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
15 FEBRUARI 2011
~~~~~~~~~~~~~~~
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

RAKYAT PEDALAMAN SOKONG BUMBURING


Oleh: MAIL MATHEW

PENDUDUK di kawasan Pedalaman Sabah rata-rata melahirkan perasaan kekecewaan mereka di atas tindakan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hisyamuddin Tun Hussein yang menolak cadangan Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima (DSP) Wilfred Mojilip Bumburing untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja untuk menyiasat pemberian Kad Pengenalan projek kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Mereka kesal dengan sikap Menteri itu yang memberi jawapan yang berdolak dalih seolah-olah beliau tidak serius menangani masalah tersebut yang telah menghantui rakyat Sabah selama lebih 20 tahun lalu, namun tiada tanda-tanda penyelesaian konkrit dilakukan sehingga kini.
Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pensiangan Affendy Hasbollah @ Lukan menegaskan bahawa isu pemberian Kad Pengenalan projek dan kewarganegaraan kepada PATI perlu diselesaikan dengan sewajarnya demi kedaulatan negara dan keselamatan rakyat di negeri ini.
Tegasnya, selagi isu tersebut masih tertunggak selagi itu keselamatan rakyat negeri ini senantiasa dalam ancaman bahaya, baik dari segi penaklukan peluang perniagaan secara kecil-kecilan tetapi juga mungkin suatu hari nanti generasi mereka akan menjadi pemimpin di negeri ini.
“Kita pernah dikejutkan suatu ketika dulu sekitar dalam tahun 1995 seorang pendatang asing dari Indonesia yang menjadi Timbalan Ketua UMNO, Samsul Alang Hamsah pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik sebelum beliau ditangkap dan ditahan di bawah ISA, hanya kerana gara-gara pemberian IC Palsu dan Projek yang membantu UMNO menumpaskan kerajaan PBS pada ketika itu,” tegas Affendy.
Kata Affendy, kejadian terbaru seorang warganegara Filipina yang mempunyai dua kerakyatan dan juga ahli UMNO, Datu Akjan Datu Ali Muhammad yang menabalkan dirinya sebagai pewaris ‘Sultan Sulu’ adalah satu-satunya bukti bahawa pemberian IC projek dan kerakyatan palsu negara ini tersebar dengan meluas, tetapi KDN masih memandang remeh perkara tersebut.
Manakala Setiausaha Penjaja-Penjaja Bumiputra Pasar Tenom, Majiadih O.T Matalih turut mendesak pihak tertentu agar selain masalah IC Palsu dan pemberian kerakyatan kepada PATI yang perlu dibanteras dengan sewajarnya, tetapi juga masalah isu pertabalan Datu Akjan sebagai pewaris kepada Sultan Sulu juga perlu diseriuskan tindakannya.
Menurutnya, apabila berlaku pertabalan Datu Akjan tersebar luas, sama ada melalui media cetak mahupun Internet, ramai peniaga PATI bertindak agresif seolah-olah mereka sudah mempunyai ruang kuasa yang ada di Sabah. Terdapat juga di antaranya tanpa segan silu menyatakan kononnya suatu hari nanti mereka akan menguasai perniagaan di Pasar Keningau.
Sementara itu, Mantan Kapitan Cina dan kini seorang peniaga, Ng Choon Sun, 69, meminta kerajaan agar bertindak segera menyelesaikan masalah IC projek dan kebanjiran PATI di Pedalaman yang semakin bertambah.
“Kita minta kerajaan pusat, khususnya KDN memberi perhatian serius berhubung cadangan Bumburing dengan penuh komitmen demi keselamatan rakyat dan negeri ini,” ujar beliau yang menyokong penuh penubuhan Suruhanjaya Di Raja dalam kadar segera.

GLC Kedah sponser Tudung Wanita UMNO sampai RM20 ribu

http://4.bp.blogspot.com/-uSxLe2fqbfk/TVokiWQqMAI/AAAAAAAAEg4/UlKCGpIDb_8/s1600/TUDUNG%2BWANITA%2BUMNO%2Bcik.jpg

Pendedahan Terbaru : Projek pengubahsuaian masjid Kg Baru RM20 juta diberi pada adik Najib ..

     
     
      
Ahmad Lutfi Othman

Baru-baru ini, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur. Najib berkata peruntukan tersebut akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad. Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Kg Bharu,
Mohamed Nazim Abd Razak, yang juga adik Najib.

Menurut maklumat yang diperolehi, cadangan pengubahsuaian Masjid Jamek Kampung Baru itu telah diberikan kepada NRY Architect Sdn Bhd, yang mana pemiliknya adalah Nazim sendiri. Seorang penduduk Kampung Baru menelefon saya untuk meluahkan pandangannya: "Memandangkan Nazim adalah timbalan pengerusi masjid, SPRM diminta menjelaskan sama ada terdapat percanggahan kepentingan di mana sebagai sebagai pemilik firma arkitek NRY Architect Sdn Bhd, beliau tentu sedar bahawa perlantikannya mungkin atas kapasitinya sebagai timbalan pengerusi masjid ataupun sebagai adik Perdana Menteri sendiri."

Selain Nazim, tiga lagi saudara Najib terbabit aktif dalam perniagaan berprofil tinggi, iaitu Nazir, Johari dan Mohamed Nizam.

Nazim pernah disebut namanya oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, dalam akaun bersumpahnya, pada 3 Julai 208, yang cuba mengaitkan nama Najib, Timbalan Perdana Menteri ketika itu dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, yang dibunuh secara kejam. Sehari selepas membuat pendedahan itu, Bala secara tergesa-gesa menarik balik akuan sumpah awalnya dan menghilang keluar negara. Bala, bekas seorang anggota polis Cawangan Khas.

Ekoran itu, tiga pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat dalam satu aduan menggesa SPRM menyiasat dakwaan P Balasubramaniam berhubung pembabitan adik Perdana Menteri itu dalam isu pertukaran akuan sumpahnya. - HD
STONE : KAHKAHKAH ... AKU TAK NAK CAKAP BANYAK, SEMUA DAH BACA DAN SEMUA DAH FAHAM ... cuma satu pesanan aku pada semua, mai ramai-ramai kita SOKONG NAJIB .. UNDILAH BN ... kah kah kah ... PM 1MALAYSIA YANG AMAT PRIHATIN TERHADAP RAKYAT ... KEPALA HOTAK DEPA ... PI MAMPIUH LAGI CEPAT LAGI BAIKLAH

Nasib Peneroka Menuntut HAK

Oleh: tiongmas

"Saya ingin berkongsi kisah peneroka yang dinafikan hak dan sedang berusaha memperjuangkannya melalui sistem keadilan negara. Beberapa tahun dahulu seorang peneroka di Palong telah dilayan secara zalim dan tidak adil oleh pengurusan Felda. Dia sekeluarga yang sebelumnya adalah aktif dalam kegiatan masyarakat felda, terpaksa banyak berada di luar rancangan (tetapi tidak mengabaikan penjagaan ladangnya) kerana mengubat penyakit misteri isterinya.

Lebih menyedihkan, jiran-jiran yang berminda umno bukan sahaj tidak menunaikan hak sebagai jiran yang sepatutnya prihatin kesusahan sesama jiran malah bertindak mengambil harta benda yang tersimpan di rumah ketika ketiadaannya.
Lebih menyedihkan lagi orang yang diupah untuk menjaga ladang getahnya dihalau oleh ajk jkkk yang kemudiannya menoreh dan mengambil hasil ladangnya selama bertahun-tahun. bagi mengelakkan dia menuntut hak, pengurusan felda diheret bagi menyebelahi pihak `perompak' ini untuk mengisytiharkan bahawa dia telah dihalau dari felda.Syukurlah dia sekeluarga tabah dan gigih berjuang untuk mempertahankan hak. walaupun melalui perbagai pengalaman getir hingga membabitkan anaknya dipukul oleh pengurus yang bertindak ala gangster dengan sokongan pengerusi jkkk, dia tetap bertahan dan kini sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah atas kesalahan yang sewajarnya dikenakan terhadap pengurus felda tersebut.
Malah geng samseng felda / umno ini sanggup pergi bertemu keluarga bakal isteri anak peneroka ini untuk memburukkannya dan mendesak mereka memutuskan tali pertunangan. mujurlah keluarga bakal isteri anak peneroka itu `celik akalnya' dan tidak mudah dihasut. Namun begitu, apabila berlaku kes penyelewengan besar berkaitan penebangan pokok getah barulah sebahagian besar peneroka membuka mata terhadap kezaliman yang dilakukan oleh umno dan pengurusan felda.Dalam kes tersebut, semua peneroka dipaksa akur menebang dan menanam semula pokok getah melalui felda. tetapi seramai 20 orang lebih tetap berdegil ingin menebang dan menanam sendiri kerana ia lebih menguntungkan dan mereka ingin melepaskan diri dari bebanan hutang. Akhirnya kira-kira 200 orang telah ikut felda dan 30 peneroka mengurus sendiri ladang mereka.
Peneroka yang ikut Felda telah dibayar kira-kira RM33 ribu untuk 10 ekar ladang dan kontraktor yang sama menawarkan kira-kira RM47 ribu kepada peneroka yang menguruskan sendiri. Menyedari wang bayaran hampir RM14 ribu bagi setiap peneroka mungkin telah `dirompak' oleh pihak yang beria-ia mendesak peneroka mengikut felda, maka peneroka-peneroka tersebut telah menunjukkan rasa tidak puas hati mereka. Jumlah melebihi RM2 juta bukan sedikit. Barulah mereka sedar betapa peneroka yang berjuang untuk menuntut hak dan mendedahkan kezaliman felda memang berniat murni bukan segaja ingin mencetuskan perpecahan. Perjuangan peneroka tanam sendiri seolah mencapai kejayaan apabila pihak kementerian kemajuan luar bandar mengeluarkan surat sokongan untuk mereka berdikari. Namun apabila mereka ingin mengeluarkan kayu pokok getah, mereka dihalang oleh kontraktor felda yang menyatakan bahawa mereka telah `membayar' untuk semua ladang di felda tersebut.
Ini berkemungkinan menunjukkan bahawa para broker yang menjadi samseng kacau kampung juga telah mendapat imbuhan lumayan mereka sekali pun mengorbankan kepentingan peneroka lain. Kini sang pengurus felda sedang membuat pelbagai fitnah di mahkamah setelah menyerang dan memukul anak peneroka tersebut di ladangnya. Tindakan histeria pengurus yang akan pencen tak lama lagi itu disyaki akibat hasutan dan desakan `pak lurah' pengerusi jkkk yang kepanasan akibat `dosanya' terhadap masyarakat peneroka dan sikapnya yang mengabaikan kepentingan peneroka yang sepatut diperjuangkan sebagai wakil peneroka) sebaliknya lebih mengutamakan kekayaan peribadi melalui projek-projek felda.
Marilah kita doakan semoga para peneroka membuka mata terhadap kezaliman sesama mereka, penindasan oleh felda, penyelewengan oleh umno dan bn yang menjadi penindas di kampung, desa, felda, bandar dan di mana-mana mereka berkuasa.Doakan ratusan malah ribuan peneroka-peneroka yang sedang berjuang hak agar berjaya dalam perjuangan mereka.
WALAU APA FITNAH, ISU DAN STRATEGI MEMESONGKAN MINDA DILAKUKAN OLEH BN/UMNO, JANGAN SESEKALI KITA BERPALING DARI MATLAMAT MENUMBANGKAN REGIM BN/UMNO YANG TELAH MENGKHIANATI RAKYAT, MENJERUMUSKAN NEGARA DALAM HUTANG DAN KRISIS EKONOMI SERTA MENGHANCURKAN KESETIAAN SETIAKAWAN SESAMA RAKYAT BERBILANG KAUM.

Bersedia hadapi program "Taqarrub" di Merlimau

SAYA tanya seorang ustaz, apa makna perkataan “taqarrub.” Katanya, mendekat atau menghampirkan dan dalam konteks agama mendekatkan diri pada Allah. Di Melaka pada bulan Ramadan ada program taqarrub Ramadan di masjid dan surau seluruh negeri.

Dulunya program ini dinamakan Sivik Ramadan. Pada kesempatan ini, penceramah undangan (tentunya yang diluluskan Jabatan Agama Islam negeri) akan memberi panduan, menyuntik semangat keagamaan dan sebagainya. Pada majlis ini juga, Pengerusi JKKK dan pemimpin kampung turut mengambil kesempatan menyampaikan amanat. Dalam program taqarrub ini beberapa penceramah akan bertugas dari sebuah masjid ke masjid lain sehinggalah berakhir bulan Ramadan.

Usaha mendekatkan (taqarrub) ummah kepada masjid dan ibadat bulan Ramadan adalah usaha terpuji tetapi ada satu lagi program taqarrub yang dilakukan pemimpin Umno Melaka sejak sekian lama yang jelas tidak menepati ciri-ciri kemuliaan dalam Islam.

Pada program taqarrub ini, pihak berkenaan akan mengadakan majlis spontan di sebelah program pihak lawan yang telah lama dirancang. Tujuannya adalah bagi mengganggu majlis di sebelah.

Taktik ini dipercayai akan digunakan di Dun Merlimau menjelang pilihan raya kecil 6 Mac depan berdasarkan apa yang berlaku di Tenang di mana ada aktivis melaporkan majlis mereka diganggu oleh pihak lawan yang mengadakan majlis kilat di sebelah.

Mereka sengaja menghalakan corong pembesar suara dan membuat bising bagi menggagalkan majlis berkenaan. Pemimpin mereka kemudian bercakap merapu-rapu termasuk menjawab “secara langsung” apa yang dilontarkan oleh penceramah pada majlis sebelah.

Pemimpin PAS tentu berpengalaman melalui program taqarrub di Melaka ini. Tahun lalu ketika kemuncak perlawanan bola sepak Piala Dunia, pihak berkaitan memasang skrin besar yang menyiarkan perlawanan semata-mata bagi mengganggu majlis ceramah di sebelah yang turut membabitkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Malah suatu masa dulu, ketika Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berceramah, pemimpin nombor satu negeri membuat bising termasuk berkokok pada majlisnya yang diadakan di premis bersebelahan. Ada kaset dan CD dikeluarkan mengenai majlis ini.

Penulis sudah beberapa kali menghadiri majlis di mana ceramah pemimpin PAS diganggu oleh pemimpin Umno yang mengadakan majlis di premis sebelah. Pada salah satu majlis itu, Umno negeri menugaskan sekurang-kurangnya lima orang - daripada pemimpin negeri, majlis agama negeri, jabatan hal ehwal khas, ustaz dan ahli politik tempatan untuk menenggelamkan suara dua penceramah PAS dari luar.

Tuduhan seperti penyeleweng akidah, anak cucu Dajal, pembohong, siang dia tidur malam dia keluar berceramah untuk membohongi rakyat, bangsat, dia peluk kafir, ini kafir sebenar, dialah kafir, penyangak, penyamun wang..., kau ulama dalam semak, tuhan kau ialah..., ‘mencemari’ keheningan malam itu.

Penulis bimbang taktik begini akan berleluasa pada pilihan raya kecil N27 Merlimau di mana lebih 10,500 pengundi akan membuat pilihan – mengundi calon Umno-BN atau PAS-Pakatan Rakyat. Kira-kira 65 peratus pengundi adalah Melayu, 21 peratus Cina, 14 peratus India dan bakinya daripada kaum lain. Penamaan calon adalah pada 26 Februari dan jika ada pertandingan pilihan raya pada 6 Mac.

Dun Merlimau dalam Parlimen Jasin mempunyai tujuh daerah mengundi - Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Ladang Merlimau, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak. Antara landmark baru di sini adalah Politeknik Merlimau dan Kolej Komuniti Jasin tetapi pengunjung jangan lupa Rumah Penghulu Abdul Ghani/Mat Nattar yang tersergam indah tidak jauh dari Masjid Al-Rahim yang terletak berhampiran pekan Merlimau.

Rumah Penghulu penuh bersejarah ini “merakamkan” pelbagai peristiwa suka duka anak bangsa, tetapi alangkah eloknya jika dapat “menjadi saksi” kelahiran anak sulung PAS Melaka di bumi bertuah ini!

LanH , 

Kit Siang : Nafi Dakwaan Bertemu Mahathir


SHAH ALAM 15 FEB: Penasihat DAP , Lim Kit Siang hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan beliau ada berjumpa dengannya serta beberapa pemimpin pembangkang lain sebelum ditahan di bawah Ops Lalang 20 tahun lalu.

Dengan nada tegas, Kit Siang turut mencabar mantan Perdana Menteri itu untuk menamakan pemimpin-pemimpin pembangkang jika benar mereka telah ditemui sebelum penangkapan tersebut berlaku.

"Saya pun ada cadangkan untuk beliau menamakan pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau ada temui dan kalau betul beliau ada buat begitu, dia patut boleh ingat. Tapi sampai sekarang beliau belum boleh buat begitu," katanya.

Tambah Lim, Dr Mahathir juga tidak pernah memberi jaminan atas penangkapannya. Malah, beliau turut mencabar bekas Perdana Menteri itu untuk mengemukakan fakta yang membuktikan kenyataan yang disiarkan sebelum ini adalah benar.

Dr Mahathir dalam satu kenyataan berkata pemimpin-pemimpin pembangkang yang menemuinya lebih 20 tahun lalu sebelum mereka ditahan di bawah Ops Lalang seharusnya bercakap benar dan mengakui bahawa mereka ada menemuinya sebelum operasi itu dilaksanakan.

Dr Mahathir berkata, sekiranya pemimpin pembangkang ikhlas dan tidak cenderung untuk berbohong, beliau merasakan mereka perlu mengakui ada menemuinya sebelum operasi. Pada 27 Oktober 1987, ahli politik pembangkang dan Barisan Nasional, ahli akademik dan pemimpin NGO ditahan di bawah Internal Security Act (ISA).
Lesen penyiaran tiga akhbar nasional juga turut ditarik. Antara tahanan yang terkenal adalah Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, bekas Presiden Aliran, Dr Chandra Muzaffar dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Kebanyakan yang ditahan dibebaskan dalam masa 60 hari selepas penangkapan, namun Kit Siang dan beberapa pemimpin serta aktivis lain ditahan selama dua tahun.

MALA'UN NASIHAT PENYANGAK

Dialog Singa dengan Rimau 


Singa  =  Hoi Rimau !!  sudah-sudah le tu. Berilah pulak si Gajah menjadi Raja di hutan.  Janganlah hang baham lagi binatang di dalam hutan ini. Dah nak pupus !  tinggalkan lah sikit !
Rimau =  Hang pun dulu teghuk !!!  Tapi sejak bila pula hang tak makan daging?

Singa  =  Sejak taring aku reput dan patah!!
Rimau =  Betul kata hang Singa !!  aku fikir pun begitu..gigi taring aku pun dah tak kuat lagi.

Singa  =  Aku nasihat hang bukan pasai apa! Takut hang terlambat!! . Nanti jadi macam nasib Singa Mesir, susah pulak!!   Hang nak lari mana?
Rimau =  Ahhh! Itu perkara kecik !  Aku ada banyak hutan Simpan.Stok daging lama, dan stok daging baru aku melambak-lambak. Aku simpan, aku jaga dengan baik. Kau nak tumpang semangkok pun tak ada hal !!!
Apa kesudahan dialog di atas? Boleh ke ketam mengajar anak dengan betul?

Oleh : rahimothman

Akhbar Palsu 'Selangor Terkini' Kelirukan Rakyat


SHAH ALAM, 15 FEB: Umno -Barisan Nasional (BN) dicabar mengeluarkan akhbar dengan identiti tersendiri tanpa perlu meniru akhbar keluaran kerajaan negeri iaitu Selangor Kini.

Menurut ADUN Taman Medan, Haniza Talha, kewujudan 'Selangor Terkini' yang menggunakan logo kerajaan negeri merupakan usaha pihak tidak betanggungjawab dalam usaha mengelirukan rakyat Selangor.

Apa yang mengejutkan seorang menteri temubual kepada wartawan akhbar palsu tersebut. Beliau telah membiarkan dirinya digunakan oleh akhbar palsu tersebut, mengelirukan rakyat Selangor khususnya dan orang ramai amnya,katanya.

Hasil siasatan beberapa pihak, jelas menunjukkan isi kandungannya mengandungi fakta-fakta yang salah berkaitan kerajaan Selangor dan diedarkan ke rumah-rumah dan tempat awam. Akhbar 'Selangor Terkini' yang dikeluarkan oleh Umno BN tertera lambang 1Malaysia dan meniru reka bentuk akhbar Selangor Kini terbitan kerajaan negeri Selangor.

Ini merupakan tindakan tidak beretika, ditambah menteri membiarkan dirinya digunakan oleh akhbar yang haram ini. Saya tak hairan sekiranya ingin menerbitkan akhbar untuk mengutuk atau sebagainya, tapi mengapa menggunakan logo kerajaan negeri? Ini akan menimbulkan kekeliruan dan kekacauan,ujar beliau lagi.

Dua laporan polis telah dibuat oleh Pejabat Menteri Besar pada minggu lepas dan wakil PKR Cabang Petaling Jaya Selatan pada hari ini. Wanita PKR Selangor mengajak seluruh rakyat Selangor mengecam dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan kerana ia berniat jahat, menghasut rakyat dan cuba menimbulkan ketidaktenteraman dalam masyarakat awam.

Tindakan ini yang merupakan usaha terdesak Umno BN yang kian terjejas dalam usaha meraih kembali sokongan rakyat setelah Selangor ditadbir oleh Pakatan rakyat.

PRU13: Hanya perikatan ‘baru kolektif’ boleh ganti BN, kata Raja Petra


KUALA LUMPUR, 15 Feb — Susulan tsunami politik 2008, barisan prorakyat dan Pakatan Rakyat perlu membentuk perikatan kolektif untuk menggantikan Barisan Nasional (BN), sekali gus mewujudkan kerajaan pusat yang propembaharuan, kata pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin.
Sehubungan itu, penulis terkenal tersebut yang kini berada di luar negara berkata, usaha ke arah itu perlu bermula di Sabah dan Sarawak.
Beliau mengetengahkan pandangan ini ketika Sarawak bersedia ke arah mengadakan pilihan raya negeri manakala pilihan raya umum disebut-sebut akan diadakan tahun ini.
Kata Raja Kamaruddin (gambar), impian itu tidak boleh dicapai oleh Pakatan Rakyat semata-mata, yang terdiri daripada tiga parti politik, yang berganding ketika pilihan raya umum 2008.
Gandingan itu membawa kepada kemenangan menafikan majoriti dua pertiga tradisi BN di Parlimen dan kehilangan kuasa kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
“Secara realistik, Pakatan Rakyat sendiri tidak boleh lakukan perkara ini. Hakikatnya, tiada parti politik tunggal yang boleh lakukan yang ini.
“Apa yang diperlukan ialah usaha kolektif kesemua (pihak) yang prorakyat, parti-parti propembaharuan politik bekerjasama dengan Third Force, yang terdiri daripada NGO yang berorientasikan pembaharuan dan juga rakyat yang sudah pun bekerja ke arah perubahan,” katanya.
Pada 12 Disember lalu, Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), kata Raja Petra, telah melancakan inisiatif menawarkan calon bebas Barisan Rakyat.
“Sehingga kini butiran empat calon bebas telah pun diumumkan. Dan, kami berhasrat untuk menawarkan 30 nama bagi pilihan raya umum ke-13.
“Sabah, Sarawak dan Labuan ada 57 kerusi di Parlimen. Sebagaimana saya katakan dalam atikel sebelum ini, Sabah dan Sarawak adalah krtikal untuk mempunyai peluang membentuk kerjasama pembaharuan di Putrajaya susulan pilihan raya umum ke-13,” kata beliau dalam rencana diterbitkan menerusi Free Malaysia Today.
MCLM, kata Raja Petra, bekerja rapat dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) di Sarawak dan Barisan Borneo Bersatu (UBF) di Sabah dalam usaha membina satu perikatan di kedua-dua negeri berkenaan.
“Kami berharap dalam beberapa hari lagi kami akan mengumumkan pembentukan perikatan ini,” katanya lagi.
Ketiga-tiga pihak berkenaan akan mengadakan sidang media di ibu negara esok.
Raja Petra menulis, sekiranya perikatan Snap-UBF-MCLM dapat dibentuk, MCLM berharap untuk mewujudkan “perikatan susulan” dengan parti-parti bukan BN di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
“... dengan satu objektif dalam fikiran: mewujudkan pakatan untuk menggantikan BN dalam pilihan raya umum akan datang dan mengadakan kerajaan persekutuan propembaharuan di Putrajaya,” katanya.
Oleh itu kata beliau, “diharapkan dengan perikatan-perikatan ini diadakan, pertarungan satu lawan satu dapat diadakan dalam pilihan raya umum ke-13.”
“Sebarang pertandingan tiga pihak adalah tindakan dilakukan BN sendiri,” katanya lagi.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, dua pemimpin PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat berkata, hanya akan mempertimbangkan calon-calon daripada kumpulan bukan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya mereka bersedia menerima dasar-dasar perikatan itu.
Timbalan presidennya Azmin Ali berkata, PKR terbuka kepada calon-calon yang dinamakan oleh pelbagai pertubuhan seperti MCLM, malah malah sedia memberi Parti Sosialis Malaysia (PSM) lebih banyak kerusi jika mereka bersedia untuk menerima arahan whip perikatan.
“Kita boleh berbincang dengan mereka. Tetapi jika mereka masih mahu menjadi bebas, apa gunanya?” kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak ketika ditanya mengenai kesediaan MCLM menawarkan seramai 30 calon kepada PKR bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli juga mengakui pihaknya mengambil sikap waspada dalam menerima calon-calon yang ditawarkan oleh MCLM kerana mahu mengelakkan ‘kesilapan’ yang dialami tiga tahun lalu ketika menghadapi pilihan raya umum ke-12.
Menurut Rafizi, sementara partinya “terbuka” kepada tawaran MCLM dan menerima kritikan pergerakan itu terhadap partinya, komponen Pakatan Rakyat itu akan membuat pilihan sendiri dan akan memilih ahli-ahlinya yang ada pengalaman selaku pemimpin akar umbi.

Ops Lalang: Kit Siang terus cabar Mahathir kemuka bukti


KUALA LUMPUR, 15 Feb — Sambil mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad memilih untuk menjadi “mangsa amnesia” tiga tahun lalu, Lim Kit Siang menasihatkan bekas perdana menteri agar “berusaha keras” untuk mengingati kembali dakwaan bahawa pernah ada pertemuan “mengejutkan” dengan pembangkang sebelum Operasi Lalang 1987.
Dalam kenyataan ketiganya berhubung pandangan Dr Mahathir menyentuh operasi itu yang membawa kepada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Lim berkata, bekas presiden Umno dan bekas menteri dalam negeri itu memang terkenal dengan sikapnya memilih untuk menjadi “mangsa amnesia kerana sebab-sebab politik” ketika sesi inkuiri suruhanjaya diraja berhubung isu klip video Datuk V.K. Lingam pada Januari 2008 apabila mengatakan “saya tidak boleh ingat”.
Dr Mahathir memilih untuk berkata “saya tidak boleh ingat” bagi soalan-soalan penting yang dikemukakan oleh suruhanjaya.
“Adakah mungkin beliau ada menemui anggota pembangkang dan memberi jaminan tidak akan ditahan, tetapi beliau tidak ingat wajah-wajah mereka kecuali saya atau di bila, di mana atau siapa lagi di pihak dia yang hadir atau pihak kepada pertemuan itu?” kata beliau.
“(Oleh itu), Mahathir harus tampil dengan saksi-saksi pertemuan,” kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Lim juga menambah tiada sebab bagi pemimpin pembangkang harus menyembunyikan kebenaran mengenai pertemuan itu dan jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan sekiranya benar ia berlaku.
Ahli Parlimen veteran ini berkata, beliau pernah mendedahkan bahawa selepas dibebaskan dari Kamunting pada Mei 1989 memang ada bertanya pada Dr Mahathir mengapa Datuk Seri Najib Razak ketika itu ketua Pemuda Umno tidak ditahan.
“Soalan pertama yang sudah pasti saya kemukakan kepada Mahathir ketika menemui beliau ketika itu ialah mengapa memungkiri kata-katanya jika benar Mahathir ada memberikan kata-kata sedemikian pada pertemuan yang didakwa diadakan sebelum Operasi Lalang dijalankan,” katanya lagi.
Lim berkata perkembangan ini dengan sendirinya sesuatu yang menarik untuk dilihat mengapa Dr Mahathir berusaha menulis balik sejarah sendiri mengenai Operasi Lalang.
Dalam kenyataan terbaru semalam, Dr Mahathir terus bertegas pemimpin-pemimpin pembangkang yang menemuinya lebih 20 tahun lalu sebelum mereka ditahan di bawah Ops Lalang seharusnya bercakap benar dan mengakui bahawa mereka ada menemuinya sebelum operasi itu dilaksanakan.
“Ia berlaku lebih 20 tahun lalu. Saya benar-benar ingat perjumpaan dengan mereka, saya tidak ingat wajah-wajah mereka. Saya pasti Karpal (Singh) bukan salah seorang daripadanya dan saya rasa (Lim) Kit Siang salah seorang daripada mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pemberita sama ada beliau akan menyahut cabaran oleh Karpal, Pengerusi DAP, untuk menamakan anggota pembangkang yang menemuinya sebelum Ops Lalang dilaksanakan.
Dr Mahathir berkata sekiranya pemimpin pembangkang ikhlas dan tidak cenderung untuk berbohong, beliau merasakan mereka perlu mengakui yang mereka menemuinya sebelum operasi.
Katanya pemimpin-pemimpin pembangkang merayu kepadanya bagi mengelak penahanan mereka di bawah ISA pada 1987, dan itu adalah sebabnya mengapa beliau menemui mereka supaya mereka tidak ditahan.
Dr Mahathir berkata: “Ia memalukan buat saya, selepas beri jaminan yang mereka tidak akan ditahan, mereka ditahan polis, dan sudah tentu saya terpaksa menandatangani perintah tahanan.”
Sebelum ini, Lim telah mencabar Dr Mahathir mendedahkan nama pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau bertemu dan memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan di bawah Operasi Lalang 1987.
Dr Mahathir mengatakan perkara itu dalam buku terbaru “Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad” tulisan Tom Plate.
Operasi Lalang atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik ketika itu.
Dalam Operasi Lalang ini, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian dan dua akhbar mingguan.
Selain Lim, turut ditahankan ialah Chandra Muzaffar, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.
Dr Mahathir mempertahankan beliau memang ada bertemu dengan pemimpin pembangkang termasuk Lim bersama “kumpulannya.”

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Selangor Meriah




SHAH ALAM 15 FEB: Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah peringkat negeri Selangor disambut meriah dengan kehadiran rakyat Selangor yang memenuhi Stadium Malawati Shah Alam seawal jam 7 pagi tadi.
Sambutan pada tahun ini mengangkat tema "Rasulullah SAW Ikutan Sepanjang Zaman" sejajar dalam melaksanakan sistem pentadbiran yang cekap, menjana ekonomi yang lebih baik, menjamin sistem sosial yang adil demi kemakmuran masyarakat dan negara khususnya negeri Selangor Darul Ehsan.
Majlis ini disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, yang mewakili Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Turut hadir sama adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim, ditemani oleh isteri Pn Sri Salbiah Tunut, Ahi Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin.
Sambutan ini dimeriahkan dengan perarakan mengelilingi Stadium Malawati sambil berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
Antara jabatan dan badan yang mengambil bahagian adalah daripada jabatan kerajaan, badan berkanun, institut pengajian tinggi (swasta,IPTA), masjid, NGO dan sekolah menengah.
Sebanyak 125 kontijen yang terlibat dan dianggarkan seramai 5,000 orang yang mengikuti perarakan ini. Disamping itu juga, kontinjen terbaik diberi penghargaan mengikut dua kategori iaitu kategori perarakan dan kategori sepanduk.
Bagi kategori perarakan dibahagikan kepada 4 bahagian, Jabatan Kerja Raya Selangor mendapat tempat mewakili jabatan kerajaan, manakala badan berkanun pula dimenangi oleh Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kelab Warga Emas, Bandaraya Shah Alam yang mewakili masjid dan NGO, dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamudin Klang mewakili sekolah menengah.
Sementara itu bagi kategori sepanduk juga dibahagikan kepada 4 bahagian, jabatan kerajaan dimenangi oleh Masjid Negeri Selangor, badan berkanun pula dimenangi oleh Kelab Sukan/Rekreasi Karangkraf, manakala masjid & NGO diberi kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) Taman Sri Andalas Klang, dan sekolah menengah pula dimenangi oleh SMK Seksyen 16, Shah Alam.

Rancangan realiti 'Gelombang Merah' SMS undi Tok Pa kerana loteri dan pelacur


WarkahDaily – ”Para penonton rancangan realiti ’Gelombang Merah’ bolehlah mengundi saya, Tok Pa dengan menaip SMS Undi, jarakkan, Tok Pa kemudian hantarkan kepada 10101. Setiap SMS adalah free. Undi..jangan tak undi sebab saya akan melakonkan watak ’ustaz’ pulak sekarang dengan membawa cerita ’banteras loteri dan pelacur’ di Kelantan bukannya di Malaysia.

Hahaha...ada mana-mana syarikat televisyen nak beli rancangan realiti ’cari bakat baru sebagai pelakon utama Umno Kelantan’ ni?


Harakahdaily - PAS mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed kerana baru sedar loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama.

“Apakah sejak Gelombang Merah dilancarkan beliau baru berjumpa dengan hukum loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama?” tanya Kertua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, kenyataan Mustapa seolah-olah isu ini hendak dipolitikkan.

Tambahnya, jika benar ada kegiatan seperti begitu di Kota Bharu, Mustapa tidak boleh untuk berdiam diri.

“Jika ada mana-mana pihak yang melindungi kegiatan ini sila laporkan kepada pihak berkuasa.

“Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS, tidak pernah berkompromi dalam soal ini. Jika terbukti, ada di kalangan ahli PAS yang bersetongkol dengan kegiatan ini, PAS akan mengambil tindakan,” tegasnya.

Katanya lagi, jika benar kenyataan Mustapa, secara tidak langsung beliau telah memperlekehkan kewibawaan polis yang berkhidmat di Kelantan, kerana tidak bertindak.

Jelasnya, mustahil polis Malaysia yang cekap tidak dapat menghidu kegiatan yang tidak bermoral dan menyalahi sisi undang-undang.

Beliau berkata, Mustapa mungkin lupa bahawa polis di bawah dagu kerajaan pusat dan bertindaklah segera, jangan berkompromi kerana perkara jahat tidak perlu hendak dipolitikkan.

Justeru, katanya PAS mengharapkan kesedaran Gelombang Merah, boleh juga menyedarkan Mustapa dan Datuk Dr Awang Adek bahawa kedua-dua perbuatan itu salah di sisi Islam.

Katanya, walaupun baru-baru ini kerajaan BN telah meluluskan judi bola sepak, akhirnya dibatalkan kerana bantahan daripada PAS dan Pakatan Rakyat serta pemimpin agama bukan Islam.

“Perkara yang sama bolehlah dibawa dalam kabinet 1Malaysia untuk diharamkan kegiatan judi dan perbuatan yang tidak bermoral di negeri-negeri yang Barisan Nasional perintah,” katanya.