Ahad, 13 Februari 2011

Fitnah Tok Guru : Isu 2 Imam Di Tenang - UMNO kantoi...ha..ha...!!!

 Solat zohor diimamkan oleh imam Kampong Redong. Tok Guru Nik Aziz pula mengimamkan solat jamak dan qasar sebaik selepas imam bagi salam.
 
Menunggu masuk solat zohor. Disebalh Nik Aziz ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor

Sumber Asal : http://minaq-jinggo.fotopages.com/?&page=5

Ni Dia Fitnah UMNO

SUA PKR : DEB Gagal Berpunca Sikap Tamak Pimpinan Umno-BN

SHAH ALAM 13 FEB : Tun Dr Mahathir Mohamad harus mengakui bahawa antara punca utama kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah kerana sikap tamak pimpinan Umno-Barisan Nasional dan segelintir golongan elit di negara ini.  
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail berkata, dasar lapuk DEB warisan mantan Perdana Menteri terdahulu sepatutnya sudah lama dikuburkan kerana tidak mencapai matlamat asalnya.
" Kegagalan itu lebih berpunca daripada satu sifat tamak pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional terutama golongan elit atasan. Tamak dalam memastikan agihan yang adil diturunkan ke bawah.
Keenganan Mahathir dan pemimpin-pemimpin Umno lain untuk merungkai Dasar Ekonomi Baru ini mengesahkan bahawa mereka adalah golongan utama yang membolot peluang daripada dasar ini.Polisi yang baik tetapi lemah dari sudut pelaksanaan, ia tidak akan memberikan hasil yang diharapkan, " katanya.   
Menurut Saifuddin, dasar yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Agenda Ekonomi Malaysia jauh lebih tepat meramal keadaan masa hadapan. 
Malah antara yang digesa Anwar menjelang pilihan raya umum 2008 ialah, supaya DEB dirungkai semula kerana ia hanya akan menyebabkan kek ekonomi negara boleh dinikmati oleh segelintir elit dan sebahagian besar rakyat bawahan terus teraniaya.
" Ini terbukti proses Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah lebih awal mengesan kegagalan Dasar Ekonomi Baru sedangkan Tun Dr Mahathir baru sahaja mengakuinya semalam.    
 " Bila Tun Dr Mahathir mengakui kegagalan Dasar Ekonomi Baru, beliau sebenarnya mengesahkan kebenaran dasar yang dimulakan oleh Parti Keadilan Rakyat apabila kita meminta supaya DEB itu dirungkai," kata Saifuddin ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.       
Mahathir semalam mengakui bahawa DEB telah disalahgunakan oleh golongan Melayu atau secara tepatnya adalah kroni Umno-BN yang menyebabkan sasaran mendapatkan 30 peratus ekuiti bumiputera tidak tercapai. 
Walaupun mengakui kegagalannya namun Mahathir berkata, dasar itu harus dipertahankan kerana dengan membubarkannya, ia akan merugikan masyarakat Melayu. 
" Dasar ini sekiranya tidak memberikan kejayaan, ia boleh dirombak. Suatu dasar itu mestilah bersifat dinamik. Kalau sekiranya dasar itu gagal, tidak salah untuk kerajaan mengadakan satu dasar baru yang lebih baik," tegas Saifuddin sekaligus menyanggah kenyataan Mahathir.      
Tambah Saifuddin, keistimewaan seperti pemberian permit import (AP) hanya untuk kemudahan golongan tertentu dan bukannya untuk rakyat lapisan pertengahan atau bawah. 
Justeru melalui cara itu ia menunjukkan bahawa akan adanya jurang besar di antara golongan kaya dan miskin di negara ini yang sepatutnya disedari Mahathir sejak dahulu lagi. 
" Ini menunjukkan betapa terkebelakangnya pemikiran Tun Dr Mahathir. Anehnya pada masa yang sama, walaupun mengakui kegagalan, Mahathir masih mahu dasar ini diteruskan," tambah Saifuddin lagi.       
Antara yang menjadi tumpuan dalam DEB ialah untuk membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan dan yang kedua, mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat di Malaysia dan menghapuskan ekonomi berasaskan warna kulit. 
Namun ironinya kata Saifuddin, keadaan itu semakin menekan kini apabila yang miskin terus miskin dan isu senstiviti kaum malah agama semakin meruncing saat ini.

Siakap senohong, gelama ikan duri


Mahathir dakwa dia ada berjumpa dengan para pemimpin pembangkang sebelum Ops Lalang.

Dakwaan ini telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan mereka yang terlibat dalam Ops Lalang.

Kit Siang kata, Mahathir penipu. Hari ini Karpal Singh pulak mempertikaikan dakwaannya. Malah, dia turut mencabar Mahathir.

Hello... Karpal. Hang ingat Mahathir peduli ke dengan cabaran hang tu?? Tak da mananya.... Orang tua tu, mana ada kemaluan mau pun maruah?? Dia berdusta macam dia kencing jer. Selamba rock dia jer... Tak de rasa apa-apa pun. Dia buat muka tak malu jer...

Dia ni.... pandai dan hebat dalam membuat dakwaan dan tuduhan tetapi apabila orang mintak bukti atau suruh bagi keterangan dalam mahkamah, tak berani dan dia buat nohen jer. Dia ni tak da sikap akauntabiliti terhadap apa yang keluar daripada mulut dia. Apabila terdesak.... dia akan point his fingers at other people.

Tengok jer dalam kes Liwat 1 . Apa yang tidak dikata dan dituduhnya Anwar Ibrahim?? Tetapi, sekali pun dia tak pernah masuk mahkamah untuk beri keterangan atau disoal oleh barisan peguan Anwar. Terpaksaler.... barua-barua dia dalam sisitem kehakiman memberi pelbagai alasan bagi mengelakkan dia daripada testify dan diperosah di mahkamah.

Dalam kes Ops Lalang ni pun sama. Setelah diasak.... bukan ke barua dia yang muncul untuk defend dia. Begitu juga dengan kes 'Lingam Gate'.

Kita pendekkan cerita. Tak payah tunggu 7 hari. Mari kita buat konklusi, hari ini, jam ini. Konklusi dibuat berdasarkan persepsi umum tentang hal ini. Baca pantun dua kerat ni....

Siakap senohong, Gelama ikan duri
Siapa cakap bohong?? Ha.. ha.. ha... Siapa lagi, Mahathir Kutty!!

Ops Piramid pincang

Terlebih dahulu saya, sebagai pemerhati yang mewakili Kelab Malaysia Jeddah (KMJ), Malaysian Business Council (MBC), Kelab Malaysia Yanbo’, Kelab IDB & Panda mengucap terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dalam usaha penghantaran pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir transit ke Jeddah dan seterusnya kembali ke tanahair. Usaha ini amat baik dan perlu diteruskan lagi.
Segala perancangan yang dibuat sangat bagus tetapi perlu dipantau oleh pihak-pihak tertentu kerana didapati banyak perkara yang pincang telah berlaku di Sekretariat Ops Piramid yang berpusat di Markaz Madinatul Hujajj, Tabung Haji. Didapati seolah-olah tidak ada korodinasi semasa pegawai-pegawai yang bertugas yang terdiri dari Pak Duta, Pak Kongen Jeddah, Pak Kongen Dubai, Konsul Haji dan beberapa pegawai kanan dari Wisma Putra dan Tabung Haji.Difaham mesyuarat begitu kerap diadakan tetapi tidak ada timbalbalas dan keseragaman. Antara yang ketara adalah dari segi pengurusan yang tidak efisyen dan keseragaman dan komited seperti contoh-contoh di bawah:
KELEMAHAN PENGURUSAN PENDAFTARAN
Daftar senarai pelajar tidak mengikut tarikh ketibaan (kerana difahamkan visa yang diberikan adalah ‘emergency evacuation visa’ bagi tempoh 1 minggu sahaja);
Daftar senarai pelajar yang disediakan bercampur tarikh ketibaan dan tidak dibuat penyisihan maka sukar untuk mengenalpasti pelajar mana yang sampai dulu dan kemudian lantaran ini mengakibat penghantaran balik pelajar tidak teratur dan berjadual;
Daftar senarai pelajar hanya dibuat pada hari pertama dan kedua sahaja tetapi hari berikutnya tidak ada daftar senarai daftar pelajar dibuat;
Pelajar yang datang dahulu sehingga kini masih belum balik tetapi pelajar yang baru sampai sehari dua sudah balik;
Ini menunjukkan pengurusan pentadbiran oleh MKN, Pak Duta, Pak Kongen Jeddah dan Dubai tidak efisyen;
Didapati ada sesetengah pelajar yang terdiri daripada anak-anak ‘Dato’ atau ‘VIP’ diberikan keutamaan dalam penghantaran balik. Difahamkan senarai penghantaran balik diurus kendalikan oleh Pak Duta dan Pak-Pak Kongen sahaja dan mereka inilah yang menuntukan anak Dato atau VIP yang akan dihantar balik dulu terutamanya yang ada kaitan dengan wisma putra atau kaum kerabat mereka;
Disebabkan daftar senarai pelajar tidak ada maka didapati banyak pelajaran aliran pengajian Islam telah berjaya membolos keluar dari Madinatul Hujajj pada hari pertama mereka sampai. Pelajar-pelajar ini telah mengambil kesempatan mengerjakan umrah dan tinggal dirumah sanak saudara atau rakan pelajar-pelajar mereka dari Universiti Umm Qurra, Makkah;
Sebahagian pelajar yang telah selesai mengerjakan Umrah  telah balik secara persendirian ke Malaysia tanpa melalui secretariat kerana mereka mengetahui daftar senarai pelajar tidak ada;
Sebahagian besar pelajar masih lagi berada di Bukit Ajyad, Makkah menumpang  di rumah saudara atau pelajar-pelajar Malaysia (dari Universiti Umm Qurra, Makkah) dan bilangannya lebih kurang 100 orang;
Dimaklumkan sebanyak 100 pelajar yang menghadapi masalah dimana visa mereka telah tamat sahlaku dan ini menimbulkan satu masalah lagi;
KEGAGALAN PENGURUSAN PENGHANTARAN BALIK
Urusan ticketing diuruskan oleh pihak Tabung Haji sepenuhnya dan didapati banyak kelemahan dari segi pengurusan;
Pelajar-pelajar tidak  dimaklumkan lebih awal tarikh dan masa mereka akan balik, berkumpul untuk menaiki bas dan bertolak ke lapangan terbang. Maklumat terperinci seperti jenis pesawat (MAS/Charlie/Air Asia/Singapore Airlines/Royal Brunei/ Garuda/ Saudia Airlines/) No.Pesawat, destinasi, waktu bertolak/ketibaan, samada transit tidak diberitahu langsung. Pelajar-pelajar ini dibuat seperti menghalau anak kambing masuk ke reban bila tiba waktu senja. Mereka tidak boleh bertanya langsung dan akan dimarah oleh pegawai yang membuat ticketing. Arahan naik bas dan terus kelapangan terbang;
Jadual penerbangan terlalu sukar untuk diperolehi, dimana apabila ibubapa bertanya pihak secretariat mereka beritahu mereka tidak tahu kerana pihak ticketing Tabung Haji tidak berikan maklumat. Ini menunjukkan bahawa tidak ada kerjasama atau kordinasi di antara pihak sekreatriat dan Tabung Haji;
Ahli keluarga yang membuat panggilan bertanya  mengenai status anak mereka tidak dilayan dimana ‘pegawai-pegawai khas’ atau ‘jurucakap khas’ ini tidak menjawap panggilan telefon dan panggilan ‘didivertkan’ kepada pegawai lain yang tidak berkenaan;
‘Bosses” yang bertugas tidak akan menjawab panggilan telefon dari ibubapa dan panggilan ini akan diarahkan kakitangan bawahan menjawab;
Semua maklumat terlalu sukar untuk diperolehi dan banyak sangat ‘red tape’ dan hanya ‘bos’ tertentu yang boleh mengeluarkan informasi yang diminta tetapi bos-bos ini sukar pulak untuk dihubungi melalui telefon;
Didapati ada beberapa pegawai dari Kementerian Pelajaran dan MARA yang ada di markaz ini tetapi tidak ada satu program yang disusun bagi pelajar-pelajar ini untuk mengelak kebosan mereka;
Maka markaz ini boleh diumpamakan macam pusat serenti;
Pelajar perempuan dan lelaki bebas bergaul tanpa batasan dan boleh duduk berdua-dua waktu malam tanpa ada kawalan atau penguatkuasaan,
Pihak KMJ dan MBC mahu membuat taskirah tidak dibenarkan;
Banyak pelajar pengajian Islam dari Universiti Al Azhar dan Tanta yang mahu menganjurkan kuliah agama dan tazkirah tetapi tidak dibenarkan atas alasan takut ada propaganda politik;
Terlalu banyak pegawai yang berada dalam bilik operasi dan bermesyuarat setiap hari tetapi tidak tahu apa keputusan dan kesudahannya;
Seharus Pak Duta dan Pak-Pak Kongen bertugas di bilik operasi ini 24 jam tetapi dukacitanya ada dikalangan mereka yang masuk ke Bilik Operasi jam 11 pagi atau 12 tengahari. Disebelah malam setakat jam 8 malam sahaja dan sudah balik ke rumah.
Program yang paling sibuk mereka sediakan adalah program untuk mengerjakan Umrah oleh Dato’ MKN. Yang pastinya Pak Kongen Jeddah yang menjadi KETUA menyediakannya dan turut sama sebagai pengiring. Masalah pelajar tidak selesai mereka sudah 3 atau 4 kali mengerjakan umrah. Kepentingan pelajar diketepikan dan kepentingan sendiri diutamakan. Malahan Pak Kongen Jeddah siap mengadakan majlis makan malam dirumahnya untuk Dato’ MKN dan ‘Pegawai-Pegawai Khas’ Bilik Operasi. Ini bertujuan untuk bodek dan mengampu.
Pak Duta, Pak Kongen, Konsul Haji/Naib Konsul Haji sibuk menajga Dato’ MKN dan ditatang dan diusung ke hulu ke hilir dengan penuh tanggungjawab. Pak Duta dan Pak Kongen Jeddah yang nampak paling terover sebab mereka ini dah terlebih tempoh untuk balik ke Malaysia tetapi masing-masing mencari kable untuk kekal sebagai Duta atau bagi Pak Kongen pulak dapat dilantik sebagai Duta. Maka masing-masing pasang pukat untuk mendapat hasil. Tugas mereka bukan membantu pelajar tetapi menjaga Dato’ MKN pulak.
Kesimpulannya, kami sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dari Kelab Malaysia Jeddah, MBC, IDB dan Panda yang saban malam berada di Madinatul Hujajj memberikan sumbangan material, wang ringgit dan moral kepada pelajar-pelajar ini mengucapkan terima kasih kepada PM atas usaha murni beliau tetapi dukacitanya pelaksanaan diperingkat bawahan kucar-kacir dan boleh memboleh memburuk dan mencalar  Negara.
Dengan paparan ini diharap semua rakyat Malaysia mengetahui keadaan sebenar berlaku di Pusat Operasi Piramid Madinatul Hujajj, Jeddah. Ops Piramid berakhir pada hari ini, 13 Februari 2011.
Sekian, terima kasih.
ABDUL FATAH ABDUL KARIM
Mewakili KMJ, MBC, IBD dan PANDA

Dr Asri : Rakyat Akan Bangkit Jika Terus Ditindas


SHAH ALAM 13 FEB : Bekas Mufti Perlis Mohd Asri Zainol Abidin berkata tidak mustahil kuasa rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak di Mesir berlaku di Malaysia jika penduduk negara ini tidak tahan dengan kekangan dan penindasan.
Beliau berkata walaupun Malaysia jauh makmur berbanding Mesir, rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain seperti kebebasan bersuara yang terhakis.
"Dari segi kemiskinan kita tak sama, Mesir ada 42 peratus rakyat di bawah taraf kemiskinan. Dari segi faktor yang menyumbang ruang seperti Internet, mungkin Malaysia lebih. Tapi ketidakpuasan hati rakyat itu berbeza mengikut negara. Negara miskin mungkin tak puas hati kerana tak ada makanan. Negara yang lebih 'educated' mungkin tak puas hati kerana tiada kebebasan menyuarakan pendapat," katanya.
Justeru Asri berkata, mana-mana kerajaan termasuk di Malaysia terdedah kepada menghadapi kuasa rakyat di jalanan jika terlampau mengekang dan menindas penduduk khususnya bersabit hak asasi mereka.
Asri berkata Mesir menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan kuku besi dijatuhkan semata-mata menerusi penduduk yang tidak menggunakan kekerasan, mereka hanya berbekal tekad dan iltizam untuk mengubah nasib mereka.
"Kalau ada faktor-faktor tidak puas hati itu merebak ke dalam rakyat, saya rasa tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku. Kerana kejadian perubahan di Mesir beri pengajaran kepada semua pemerintah bahawa perubahan boleh berlaku bukan dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka," katanya.
Asri menegaskan pengaruh Internet dan keluhan generasi muda tidak boleh diambil ringan dalam era globalisasi sebagaimana yang terbukti dalam kes Mesir.
"Bermula dari mereka dididik untuk meluahkan perasaan di facebook, di blog mereka, mereka luahkan di jalan raya. Tak perlu nak rosakkan harta awam, tetapi mereka turun demi kepentingan rakyat beramai-ramai. Tentera dilatih hadapi orang bersenjata tapi dilatih hadapi rakyat tak bersenjata. Jadi mereka terpinga-pinga di hadapan kuasa rakyat yang tak bersenjata," ujar Asri lagi.

Lawyers For Liberty tekad perjuang hak rakyat

PETALING JAYA: Lawyers for Liberty (LFL) sebuah badan peguam yang memperjuangkan kes-kes berkaitan hak asasi manusia dan reformasi undang-undang dilancarkan secara rasmi di Petaling Jaya semalam.
Majlis tersebut yang berlangsung di pejabat LFL di Marist Brother Educare Centre, Petaling Jaya dirasmikan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.
Pengarah LFL, N Surendran, dalam ucapannya berkata usaha memastikan setiap rakyat Malaysia benar-benar bebas perlu diteruskan walaupun banyak ujian akan mencabar pejuang-pejuang kebebasan.
“Zaman gelap belum berlalu namun harapan untuk kebebasan akan menjengah tanah air ini tidak lama lagi. Sementara itu kita perlu terus gigih berjuang untuk keadilan,    cekal menghadapi setiap ujian dan tidak menyerah dalam perjuangan mulia ini sehingga penindas kita rebah dan setiap rakyat Malaysia memperoleh kembali hak mereka- Kebebasan,” katanya.
LFL sebelum ini terlibat aktif dalam beberapa kes mempertahankan mereka yang dianiaya kerajaan, agensi-agensi kerajaan serta pihak berkuasa .
Di antaranya adalah kes Sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) , N Tharmendran yang dituduh terlibat dalam kes kecurian enjin jet.
LFL juga turut terlibat mendapatkan keadilan bagi keluarga adik Aminul Rasyid Hamzah yang mati ditembak polis di Shah Alam.
Mereka juga turut membantu sebahagian pekerja asing projek pembinaan Istana Negara yang tidak dibayar gaji selama hampir lima bulan oleh majikan mereka.

PRO-M LANCAR MANIFESTO...

Kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M) akan melancarkan 'Manifesto Mahasiswa Nasional' yang merangkumi autonomi kampus dan autonomi mahasiswa.

Menurut satu kenyataan hari ini, manifesto tersebut akan dilancarkan selepas Pro-Mahasiswa Nasional dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menghantar memorandum bantahan kepada SUHAKAM Rabu ini.Delegasi ini akan menghantar memorandum bantahan kepada SUHAKAM terhadap penyelewengan dan ketidakadilan dalam pilihanraya kampus, terutamanya di kampus-kampus utama di sekitar Lembah Klang.

Delegasi ini akan menghantar memorandum bantahan kepada SUHAKAM terhadap penyelewengan dan ketidakadilan dalam pilihanraya kampus, terutamanya di kampus-kampus utama di sekitar Lembah Klang.Bulan lalu, Pro-M Universiti Putra Malaysia (UPM) menyuarakan tuntutan supaya pentadbiran universiti memberi "peluang sepenuhnya" kepada mahasiswa untuk menguruskan pilihan raya kampus.

Tuntutan itu disuarakan oleh gerakan pelajar berkenaan menerusi satu memorandum yang diserahkan kepada timbalan naib canselor hal ehwal pelajar UPM Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan.Memorandum berkenaan juga menggesa supaya pelajar dibenar menjalankan pilihan raya berkenaan "bermula dari proses pembelian borang, pendaftaran penamaan calon, hari penamaan calon sehinggalah kepada pengumuman keputusan rasmi."

Pengerusi Pro-M UPM Syed Shafiq Syed Hashim dilaporkan berkata tuntutan itu dikemukakan kerana "pihaknya sudah hilang kepercayaan terhadap jawatankuasa yang diamanahkan" untuk menguruskan pilihan raya kampus.Minggu lalu, kumpulan Pro-M di beberapa kampus "terkejut" dengan beberapa "peraturan baru" yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran universiti menjelang pilihan raya kampus masing-masing yang dijadualkan berlangsung pada 21 dan 22 Februari ini.

Antaranya ialah dakwaan pengurangan kerusi umum, anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) tidak dibenarkan menjadi calon, pencadang atau menyokong serta pelajar ijazah sarjana dibenarkan mengundi.

"SUARA ANAK MUDA"
"SUARA KERAMAT"

Roboh: AMK dakwa Utusan bohong

BUKIT MERTAJAM,13 Feb: Akhbar Utusan Malaysia sekali lagi dibidas oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang setelah memaparkan berita bertajuk ' MPSP roboh 1,000 gerai' sepertimana yang tersiar pada 8 Februari yang lalu.
Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali semasa ditemui berkata berita dan angka yang dipaparkan tidak benar dan berunsur fitnah untuk mengaibkan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR).
Amir juga berkata, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Direktorat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyatakan hanya 10 buah premis sahaja yang dirobohkan oleh pihak penguatkuasa MPSP pada hari kejadian iaitu 7 Februari yang lalu.
"Apa yang cuba ditimbulkan oleh akhbar tersebut adalah untuk mensensasikan isu perobohan gerai yang ternyata dilaksanakan sepertimana yang dinyatakan dalam undang-undang penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan tersebut.
"Dalam operasi yang dilaksanakan MPSP telah bertindak mengikut garis panduan yang diberikan. Mereka juga tidak berpihak kepada mana-mana peniaga. Sebaliknya jumlah gerai yang dirobohkan melibatkan 4 kepunyaan orang Melayu, 2 Cina, 1 India dan selebihnya adalah milik warga asing, " katanya lagi.
Beliau yang juga Ahli Majlis MPSP memberi jaminan usaha sedang dilaksanakan bagi menempatkan semula peniaga yang terlibat di satu lokasi yang akan dikenal pasti dalam kawasan yang sama bagi memberi peluang kepada mereka meneruskan perniagaan.
Namun begitu, katanya, ia memerlukan sedikit ruang sebelum proses pelaksanaannya dijalankan.
Amir juga mengingatkan Umno dan Barisan Nasional khususnya di Pulau Pinang supaya tidak mengeruhkan suasana dengan mengapi-apikan para peniaga melalui penyiaran berita mereka bagi menimbulkan kebencian masyarakat kepada Kerajaan Negeri.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tengah, Ong Chin Wen serta para peniaga yang terlibat dalam perobohan gerai mereka baru-baru ini.

Ops Lalang : Kenyataan Mahathir Bertentangan Fakta


SHAH ALAM 13 FEB : Cubaan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad cuba menyalahkan pihak polis di atas penangkapan 106 orang menggunakan akta zalim ISA dalam Ops Lalang 1987 tampak memakan dirinya sendiri.Hal ini juga menimbulkan paradoks dalam pentadbiran Malaysia.
Pakar Perlembagaan Prof. Dr Abdul Aziz Bari menyatakan bahawa kenyataan itu, sebagai bertentangan dengan fakta yang dilihat semua pihak serta tak boleh dipercayai.
Bagaimanapun jika mengambil kebenaran kata-kata Perdana Menteri keempat itu, ia jelas bertentangan dan melanggar mandat serta perlembagaan negara.
"Kalau selepas hari ini selepas jadi PM dia kata tak tau apa-apa, ini satu perangai yang sangat berbeza dengan apa yang kita nampak, jadi sudah nyanyuk ke dia?, Pada saya, saya tak percaya apa dia cakap.
"Kalau mengandaikan apa yang dia cakap itu betul sekalipun, itu satu benda yang salah. PM adalah orang yang memegang mandat oleh rakyat dan dia tak boleh biar negara ini diperintah polis yang tak dipilih oleh rakyat. Jadi adakah dia nak beritahu kita bahawa Malaysia ni negara Polis, yang orang boleh ditangkap Polis tanpa perintah kerajaan yang dipilih rakyat," ujarnya.
Prof. Aziz berkata demikian dalam temuramah bersama TV Selangor hari ini.
Perkara ini didedahkan Dalam buku terbaru mengenai Mahathir, yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad karangan Tom Plate.
Semasa penangkapan besar-besaran pada 27 Oktober 1987, lebih seratus orang ditangkap - sebahagian besar mereka terdiri daripada pemimpin pembangkang dan segelintir ahli politik dari Umno dan MCA. Selain itu, permit penerbitan untuk akhbar The Star , Sin Chew Jit Poh dan Watan telah ditarik balik.
Kerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei adalah 'perlu' bagi membendung 'ketegangan perkauman' yang semakin memuncak akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina.
Aziz turut mengulas mengenai kewujudan dokumen yang perlu ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri iaitu Mahathir sendiri yang diperlukan polis bagi menangkap mereka di bawah ISA  membuktikan mustahil Mahathir tidak mengetahui hal berkenaan.
Lebih malang lagi, jika apa yang didakwa Mahathir betul, maka beliau hanya menandatangi secara buta tuli sahaja dan melanggar tanggungjawabnya sebagai ketua negara.

"Kalau diandaikan betul apa dia kata maksudnya dia 'sign' buta saja, ini satu lagi benda yang salah. Dia kena tahu dan ambil tanggungjawab apa yang dia sokong tandangan itu betul. Bermakna bila tandatangan buta tuli, ia mengkhianati mandat rakyat, " katanya.
Prof Aziz juga melihat kata-kata Mahathir itu sebagai mengambarkan seolah Malaysia ialah negara Polis dan memandang serius peranan yang dimainkan oleh kepimpinan tertinggi polis pada masa itu.

"Dalam masa sama kita tengok bahawa Tun Haniff sebagai KPN telahpun melampaui bidang kuasa dia. Kalau seorang polis yang tidak dilantik rakyat boleh buat begitu ini perkara yang cukup bahaya.. Dan kita juga nak tahu peranan yang dimainkan oleh Rahim Noor yang ketika itu Ketua Cawangan Khas," katanya.

Najib takut punca SPRM tidak siasat Taib Mahmud

SARAWAK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut dengan Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjadi antara punca utama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak itu.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Baru Bian, berkata ia dapat dilihat melalui sikap berdiam diri SPRM walaupun pendedahan mengenai kekayaaan Taib Mahmud kerap didedahkan.
Bercakap kepada Suara Keadilan, Baru Bian menyifatkan sikap pengecut Najib menyebabkan SPRM tidak berani menjalankan tanggungjawab dan hanya bersikap menunggu arahan pihak atasan.
“Najib percaya Taib Mahmud mampu memberi kemenangan dalam pilihan raya Sarawak. Ini yang menyebabkan sampai sekarang dia (Taib) tidak disiasat SPRM.
“Bagi Najib, yang penting bukan rakyat tetapi kemenangan kerusi. Banyak berlaku penyelewengan, tetapi tiada apa tindakan yang diambil daripada mana-mana pihak,” katanya.
Baru Bian berkata, jalan terbaik untuk menjatuhkan Taib Mahmud ialah melalui pilihan raya umum akan datang ekoran keengganan ketua menteri itu melepaskan jawatannya lebih 30 tahun berkuasa.
“Diktator seperti itu susah diajar. Kaedah terbaik untuk jatuhkan beliau melalui pilihan raya memandangkan Najib sendiri tidak mengambil sikap sewajarnya sebagai Perdana Menteri,” katanya.
Beliau turut menggesa rakyat Sarawak belajar dari pengalaman Mesir yang menggulingkan pemerintah kuku besi.
“Semua rakyat Sarawak mesti ambil iktibar, bagaimana rakyat bersatu menjatuhkan pemimpin yang menindas dan membelakangkan kepentingan orang ramai,” katanya.

Hari Valentine : Tumpu Pada Pencegahan Maksiat


SHAH ALAM 13 FEB : Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainol Abidin menyeru semua pihak agama Islam menumpukan perhatian terhadap pencegahan maksiat, dan bukannya menyerang sesuatu yang berkala seperti Sambutan Hari Valentine yang kini dihujani kontroversi kerana beberapa gerakan dan jabatan agama Islam serta bukan Islam bertelagah mengenai isu ini.
Asri yang ditemui TV Selangor hari ini mengulas mengenai penguatkuasaan dan serangan ke atas Hari Valentine, sedangkan pada hakikatnya, sambutan lain dibenarkan.
"Saya nak ingatkan masa sambutan Tahun baru sama juga tapi mereka endorse juga. Saya tahulah sambutan tahun baru tu tapi banyak perkara buruk berlaku," katanya.
Jumaat lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melancarkan Kempen Awasi Jerat Hari Valentine untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih itu Isnin ini.
Hari yang sama juga, Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini menuntut Siti Nor Bahyah permohonan maaf atas kenyataanya yang "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" dan dibuat tanpa fakta yang dikaji teliti.
Bahyah dalam satu rancangan televisyen siaran Media Prima didakwa telah berkata: "Maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian."
Menurut Asri walaupun mengakui sambutan Valentine berunsur negatif dan berasal dari Barat, adalah salah menuduh Kristian yang turut tidak mengiktiraf sambutan ini.
"Secara umumnya Valentine ini membawa perkara negatif terutamanya kepada pasangan  yang belum berkahwin dan seumpamanya, ini budaya barat. Walaupun ada unsur sejarah tersendiri tetapi kita tak boleh kaitan dengan Kristian kalau mereka tak iktiraf. Tapi kita juga tak boleh mengikut perkara yang tak baik," katanya.
Justeru Asri menyeru agar mereka diberi didikan secara berhemah bagi dan bukannya penguatkuasaan paksaan bagi mencegah maksiat tanpa mengira masa kerana itulah isu sebenar yang dihadapi masyarakat Islam Malaysia.
"Saya fikir mereka ni 'happy go lucky sahaja, nak seronok saja, Valentine dan tak valentine, So kita tangani maksiat dahulu. Nak tangani maksiat pun kena ada peraturan, tak bolehlah nak ketuk bilik ke bilik (kacau) privacy orang, saya tak setuju. Tapi boleh pergi jumpa masyarakat, orang muda, beri nasihat, ambil kesempatan dekati mereka dengan nasihat Islam," katanya.

FLOM: Najib perlu jawab kekeliruan

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diseru untuk menerangkan kekeliruan kenyataannya mengenai Jabatan Wanita Pertama Negara (FLOM) di Pejabat Perdana Menteri yang ditubuhkan khas buat isteri kesayangan beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.
Merujuk kepada jawapan Najib di Parlimen pada November 2010, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong berkata Perdana Menteri telah menyatakan bahawa tiada staf tetap mahupun staf kontrak yang didedikasikan kepada isterinya, Rosmah.
Namun begitu, kenyataan Najib terbukti bercanggah apabila laman web direktori Pejabat Perdana Menteri sendiri menunjukkan bahawa terdapat lima pegawai yang berkhidmat di bawah FLOM, yang diketuai Siti Azizah Sheikh Abod seperti yang dilaporkan Harakahdaily di sini.
“Apabila maklumat itu dibongkar dan dijadikan pengetahuan umum oleh sebilangan media dan juga Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, maklumat tersebut telah hilang secara misterinya daripada laman web tersebut. Kebenaran mengenai peruntukan kepada jabatan tersebut masih belum dimaklumkan.
Bahkan, penemuan baru ‘Jabatan Wanita Pertama Malaysia’ langsung tidak disebutkan dalam empat jilid Senarai Perjawatan Persekutuan, yang merupakan sebahagian daripada kertas Bajet Persekutuan 2011.
Persoalannya sekarang ialah bagaimana dan berapa banyak peruntukan telah diberikan kepada jabatan ini dan apakah fungsi jabatan ini,” ujar Liew dalam kenyataannya.
Semakan Harakahdaily baru-baru ini juga mengesahkan bahawa laman web directori Pejabat Perdana Menteri yang menyenaraikan jabatan FLOM telah dibuang seperti yang didakwa Liew.
Selain FLOM, Liew berkata dalam laman directori yang dipadamkan tersebut terdapat banyak lagi jawatan-jawatan berupa penasihat untuk isu-isu tertentu yang tidak dinyatakan dalam kertas Bajet Persekutuan 2011.
Ini meliputi Datuk Seri Dr Abdullah bin Md Zin sebagai penasihat hal-ehwal agama Islam, Datuk Shahidan Kassim sebagai penasihat Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Datuk Seri Jalaludin bin Bahaudin sebagai penasihat media, Datuk Mohammad Kamal Yan Yahaya sebagai penasihat perhubungana antarabangsa dan Prof Emeritus Datuk Dr Zakri Abd Hamid sebagai penasihat sains.
Menurut Liew, setiap penasihat diberikan sekurang-kurangnya satu staf untuk membantu tugas mereka.
Liew turut mengingatkan bahawa Jabatan Perdana Menteri merupakan pihak yang paling besar perbelanjaannya jika dibandingkan dengan kementerian yang lain, dan disasarkan akan menerima RM 15.8 billion tahun ini yang tidak termasuk peruntukan kepada Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
“Dengan rekod perbelanjaan tertinggi berbanding dengan tahun-tahun yang lepas dan lebih dua kali ganda daripada perbelanjaan pada tahun 2007… dengan ini, saya menyeru Perdana Menteri untuk menyajikan jawapan yang jujur tentang isu ini dan bertanggungjawab kepada rakyat.
“Rakyat Malaysia berhak mengetahui bagaimana duit rakyat digunakan,” ujar Liew.

Egyptian activist creates image issues for Google

Ghonim’s (C) association with Google and the events in Egypt may cause less democratic governments to view the company as a threat. – Reuters file pic
SAN FRANCISCO, Feb 13 – A Google Inc executive who has become a hero of the Egyptian revolution is public relations gold for the internet power, but analysts say the company must be careful not to overplay its hand. Google marketing executive Wael Ghonim became the public face of the uprising that led to President Hosni Mubarak handing power to the army on Friday.
Ghonim was detained by security forces and came out swinging on his release, calling for Mubarak to step down.
When internet access was shut down during an early phase of the Egyptian protests, Google engineers hacked together a way to allow Egyptians to use Twitter by dialling a phone number and leaving a voicemail message.
Despite its association with the events in Egypt, Google has not commented on the politics of the country’s upheaval.
Instead, it has focused on values surrounding freedom of information and the Internet. “We’re incredibly proud to see Googlers take a stand on those issues,” spokeswoman Jill Hazelbaker said on Friday, when asked about Ghonim.
That has played well for the company.
“This is going to get Google some positive publicity,” said Rosabeth Kanter, a professor at Harvard Business School. But she added, “They have to be careful.”
Consumers and businesses would love the tools for communication that Google supports and provides – but less democratic governments might see Google as a threat.
“Google will not be their search engine of choice,” she said. “You’re going there to sell products and services, you’re not going there to topple the regime.”
INTERNET REVOLUTION
Ghonim’s ties to Google and the internet have become part of his appeal.
“I always said that if you want to liberate a society, just give them the Internet,” Ghonim said in an interview on CNN on Friday.
He helped create a Facebook page devoted to a victim of police brutality that helped spark the uprisings.
Internet tools, particularly social networking services like Facebook and Twitter, have been credited with playing an important role in the Egyptian uprising, helping protesters organise and communicate.
“Had he been an executive for Philip Morris or something, I don’t think it would have been as big a part of the story,” said Hani Sabra, an analyst who focuses on the Middle East and Africa at the Eurasia Group.
Google has made irregular progress toward its goal of “Don’t be Evil,” some say.
It took a public stand against internet censorship in China. It partially withdrew from mainland China last year, redirecting Web surfers to a Hong Kong site.
But it had operated in China and self-censored its search results for several years before that and it left some business in China after relocating its search service to Hong Kong.
“They’re not a company that is consistent in terms of how they do business in the world in terms of a value standpoint,” said Paul Argenti, a professor of corporate communication at Dartmouth’s Tuck School of Business.
Ghonim himself credits another Internet company for the ousting of Mubarak.
“This revolution started on Facebook,” he told CNN, adding, “I want to meet (founder) Mark Zuckerberg someday and thank him.” – Reuters

75 Aktivis Hindraf Temasuk 15 Wanita Dan Lima kanak-Kanak Ditahan



SHAH ALAM 13 FEB: Seramai 75 aktivis Hindraf ditangkap hari ini di beberapa lokasi berlainan berikutan konvoi aman Hindraf bersama Parti Hak Asasi Manusia (HRP) mengedarkan risalah dan poster berkenaan satu perhimpunan aman hujung bulan ini.
Penasihat HRP, T Uthayakumar yang masih berada di tahan di Balai Polis Jalan Travers ketika dihubungi TV Selangor berkata dalam jumlah tersebut, 15 daripadanya adalah wanita serta lima kanak-kanak berumur dari 11 ke 17 tahun.
"Bermula daripada jam 10.30 pagi, enam orang aktivis Hindraf telah ditangkap di Ipoh, diikuti dengan lima di Rawang, 32 orang di Seremban, 20 orang di Brickfields dan 12 orang di luar ibupejabat HRP di Bangsar, dan jumlahnya 75 orang mengikut perkiraan kami," jelas beliau.
Kata beliau, dipercayai tindakan polis ini adalah ekoran laporan polis yang dibuat oleh Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) semalam terhadap Hindraf dan ekoran itu, Perkasa juga telah menganjurkan satu demonstrasi menyuarakan tentangan mereka terhadap Hindraf di Seremban.
"Hari ini Perkasa telah turut mengadakan demonstrasi terhadap Hindraf di Seremban Square petang ini tetapi polis tidak pula mengambil sebarang tindakan seperti tangkapan sebagaimana yang dibuat terhadap penyokong-penyokong Hindraf. Ini adalah bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan hak untuk semua warganegara Malaysia," tegas beliau yang jelas tidak berpuas hati terhadap tindakan polis.
Selain itu, Uthayakumar memberitahu Ketua Penerangan HRP, S Jayathas semasa ditahan di Rawang telah membuat satu laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail kerana gagal mengambil sebarang tindakan sehingga kini terhadap perbuatan-perbuatan berunsurkan perkauman oleh Umno serta berkenaan buku teks kontroversi, Interlok.
Beliau seterusnya berkata, walaupun polis cuba untuk mematahkan aktiviti mereka hari ini tetapi konvoi Hindraf akan tetap diteruskan sebaik sahaja kesemua aktivis dibebaskan hari ini.
Katanya, mesej utama yang ingin disampaikan melalui konvoi hari ini adalah untuk menerangkan kepada masyarakat terutamanya kaum India berkenaan penindasan Umno terhadap mmasyarakat India serta menyampaikan maklumat berkenaan perhimpunan aman hindraf pada hujung bulan ini.
Beliau memberitahu, kesemua enam orang aktivis Hindraf yang ditahan di Ipoh petang tadi telah dibebaskan dan sejurus dibebaskan, kesemua mereka meneruskan usaha mengedar risalah berkenaan perhimpinan aman yang berlandaskan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan itu.
"Tujuan konvoi hari ini adalah utuk menimbulkan kesedaran terhadap rasisme Umno terutamanya kepada masyarakat India dan konvoi hari ini juga telah memberikan risalah-risalah berkenaan dengan perhimpunan rakyat pada 27 Februari, 2011 bertempat di KLCC jam 9pagi, dan penangkapan 75 orang penyokong Hindraf hari ini adalah untuk mematahkan atau 'supress' himpunan aman Hindraf pada 27 haribulan kelak," tegas beliau lagi.
Setakat ini, kesemua 32 aktivis yang ditahan di Balai Polis Jalan Traves termasuk wanita dan kanak-kanak masih menunggu untuk keterangan mereka diambil.

Kempen Anti Zina Diperluas Untuk Banteras Gejala Sosial

SHAH ALAM 13 FEB : Rentetan kejayaan Kempen Anti Zina siri satu dan dua sebelum ini telah membuatkan Kerajaan Negeri Selangor meneruskan kempen tersebut sehinggalah isu gejala sosial yang melanda masyarakat dapat dibanteras.
Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sejak kempen ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri, ianya telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak.
"Saya berasa amat gembira apabila diberitahu sambutan anti zina kedua yang diadakan pada malam sambutan tahun baru yang sama, amat menggalakkan, telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 5,000 sukarelawan," katanya.       
Menurut beliau lagi, kempen seperti ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu beragama Islam dan bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.
"Kempen anti zina ini bukanlah untuk mengganggu masyarakat bukan Islam tetapi adalah tanda amaran kepada umat Islam, dan ini bukan dianggap sebagai serbuan tetapi peringatan kepada orang Islam dan menjadi tanggungjawab mereka dalam mencegahnya," katanya.     
Beliau yang bercakap ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Anti Zina Siri 3 yang diadakan di Dataran Shah Alam sebagai simbolik pelancaran ini Menteri Besar telah melepaskan sekumpulan konvoi yang disertai oleh 80 buah kereta dan 30 buah motosikal berkuasa tinggi.
Kumpulan yang dianggarkan kira-kira 500 orang ini akan berpusing seluruh Shah Alam sebagai "tanda amaran" untuk memberitahu orang awam bahawa kempen ini telah bermula sambil membunyikan hon.
Kempen siri kali ketiga ini mempunyai 3 fasa, iaitu fasa pertama adalah majlis pelancaran oleh Menteri Besar, manakala fasa kedua pula akan bermula pada jam 8 malam- 2 pagi, melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada NGO yang diketuai oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor akan mengedarkan risalah mengenai bahaya zina kepada masyarakat.
Antara NGO yang terlibat adalah Briged Amal, Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Perkim (Selangor), Bakewanis dan lain-lain lagi.
Fasa ketiga bermula jam 2 pagi- 6 pagi, di mana akan menggempur beberapa lokasi dan premis yang telah dikenalpasti untuk diperiksa, kempen ini melibatkan semua jabatan dan agensi kerajaan, antaranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain jabatan yang berkaitan dalam penguatkuasaan.
Kempen Anti Zina merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang merupakan satu program khusus yang diwujudkan di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam menangani isu gejala sosial di Selangor apabila kempen seumpama ini dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi mewujudkan persekitaran yang aman dan tenteram.

'Dr M, anda ada 7 hari untuk namakan mereka'

Karpal Singh hari ini menjadi pemimpin tinggi DAP kedua selepas penasihat parti itu, Lim Kit Siang, yang mempertikaikan dakwaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau telah bertemu dengan pemimpin pembangkang pada 1987 dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditahan.

Karpal, yang juga pengerusi DAP dan ahli parlimen Bukit Gelugor berkata, dakwaan Dr Mahathir itu "jauh dari kebenaran" dan mencabarnya menamakan pemimpin pembangkang yang ditemuinya, bersama masa dan tempatnya.

Karpal - yang ditahan dalam Operasi Lalang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari lewat 1987 hingga awal 1989 - menafikan ada pertemuan seperti yang didakwa itu.

"Jika Dr Mahathir tidak menyahut cabaran saya kepadanya dalam masa tujuh hari, ia mesti dianggap bahawa Dr Mahathir tidak bercakap benar... Ini adalah perkara yang sangat serius bagi seorang mantan perdana menteri berbohong secara terbuka," tambahnya.

Dalam buku terbaru mengenai Dr Mahathir yang ditulis oleh wartawan Amerika Tom Plate, mantan perdana menteri dipetik sebagai berkata beliau telah bertemu dengan pemimpin pembangkang untuk memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditangkap.

Dr Mahathir dipetik memberitahu Plate bahawa beliau mahu "menanganinya secara berbeza", tetapi polis berkeras untuk membuat tangkapan tersebut.

DAP dakwa kontroversi Hari Kekasih permainan politik BN


KUALA LUMPUR, 13 Feb — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa kontroversi sambutan Hari Kekasih baru-baru ini adalah mainan politik Barisan Nasional (BN) yang mahu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama negara ini.


Beliau berkata tindakan melabelkan ajaran Kristian sebagai “tradisi berdosa” adalah satu tuduhan tidak bertanggungjawab dan biadap.


“Jelas sekali ada pihak tertentu yang cuba mencari populariti di kalangan umat Islam dengan menjalankan kempen anti-Hari Kekasih seakan-akan satu kempen menyelamatkan Islam daripada dosa-dosa yang diamalkan di kalangan bukan Islam.


“Jelas sekali, ini adalah suatu permainan politik BN dengan taktik talam dua muka untuk menimbulkan kebencian di kalangan kaum dan agama masing-masing,” katanya berucap pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Tahun Arnab Anjuran PKR Cabang Tanjung hari ini.


Teks ucapannya dikeluarkan di sini.


Tambah Ketua Menteri Pulau Pinang itu, sikap talam dua muka yang dimainkan BN itu berbeza dengan pendirian Pakatan Rakyat yang sentiasa bertindak adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.


“Sandiwara talam dua muka BN ini berlainan dengan Pakatan Rakyat yang bertindak adil kepada semua kaum dan agama dengan mempromosikan kesederhanaan, kesefahaman, dan saling hormat-menghormati serta bantu-membantu di antara satu sama lain.


 ”Sekiranya mereka (BN) ingin mempertahankan Islam, mengapa mereka tidak menjalankan kempen ke atas pemimpin BN yang menyerang calon wanita PAS sebagai ekstremis kerana calon wanita itu memilih untuk tidak salam dengan kaum lelaki? Mengapa mereka tidak menjalankan kempen ke atas pemimpin BN sama yang melabelkan negara-negara Islam sebagai mundur, miskin, korup dan tidak demokratik?” soal Lim.


Jelas beliau, Hari Kekasih yang disambut setiap 14 Februari bukan sebahagian daripada fahaman dan ajaran Kristian.


Sebaliknya, beliau berkata ia adalah satu amalan popular yang tidak menggalakkan perbuatan zina.


“Jelas sekali permainan perkauman dan ekstremis ini bertujuan untuk pecah-belahkan rakyat dengan melaga-lagakan antara agama agar pemimpin BN boleh terus memerintah dan skandal rasuah yang kian berleluasa,” katanya.


Justeru, Lim menggesa rakyat supaya menolak tuduhan yang berbaur perkauman yang melabelkan orang bukan Islam sebagai berdosa.


“Khususnya dalam media yang dikuasai BN, kerana menyebarkan maklumat palsu bahawa amalan tradisi Kristian dan Hari Kekasih adalah berdosa.


“Pada masa yang sama ada pemimpin BN yang melabelkan negara-negara Islam sebagai mundur, miskin, korup dan tidak demokratik,” katanya sambil menegaskan Pakatan Rakyat berpegang kuat dengan kepercayaan bahawa kesederahaan adalah keadilan.


Kelmarin Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz, menasihatkan orang ramai khususnya yang beragama Islam supaya menjauhi sebarang acara atau majlis yang bertemakan sambutan Hari Kekasih bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala maksiat.


Terdapat beberapa versi sejarah sambutan Hari Kekasih, termasuk yang dikaitkan dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, kisah mubaligh Kristian Saint Valentine dan juga sempena musim mengawan burung pada 14 Februari.


Bersandarkan beberapa hujah yang jelas, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam.


Wan Mohamad berkata, “amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam.”

Cina Tak Hirau Isu Kemanusiaan, Melayu Saja Yang Pentingkan "Perkara Remeh", Kata Mahathir


SHAH ALAM 13 FEB : Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu akan hilang kuasa politik jika mereka terus menggunakan pertimbangan “kurang bijak” dalam menilai isu-isu semasa sebagaimana yang berlaku pada pilihanraya umum tahun 1999.

Merujuk kepada kes mata lebam Anwar Ibrahim yang menjadi isu utama pada PRU itu, Mahathir mendakwa BN mengekalkan majoriti dua pertiganya hanya kerana sokongan pengundi Cina yang tidak mempedulikan isu “mata siapa hitam dan siapa yang mmenghitamkan mata itu.”

Keprihatinan pengundi Melayu terhadap isu mata lebam Anwar, menyebabkan Umno kehilangan 300,000 undi ketika itu, kata Mahathir pada pada seminar membincangkan masa depan orang Melayu di Kuala Lumpur semalam.

Isu mata lebam Anwar dilihat sebagai menzahirkan segala kepincangan sistem keadilan, dan kewibawaan rapuh badan kehakiman dan polis sepanjang pemerintahan 22 tahun Mahathir.

Ulasan mantan Perdana Menteri itu dilihat menempelak kaum Melayu sebagai bangsa yang mementingkan “perkara-perkara remeh” dan kaum Cina pula kononnya lebih mengutamakan kedudukan ekonomi daripada isu-isu kemanusiaan.

“Pada tahun 1999, hanya kerana mata hitam itu, Umno hilang 300,000 undi. Tetapi yang pelik ialah kemenangan Barisan Nasional ialah kerana orang Cina pun sokong BN…kerana mereka tidak hirau tentang mata hitam,” kata Mahathir.

“Orang Cina tak soal mata siapa hitam dan siapa yang menghitamkan mata itu,” tambah beliau.

Insiden mata hitam merujuk kepada kecederaan yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah beliau di pukul oleh ketua polis Negara Rahim nor dalam lokap, setelah Mahathir memecat anwar dari kerajaan dan Umno pada September 1998.

Anwar kemudian ditahan dibawah akta keselamatan dalam negeri sebelum dihadapkan atas tuduhan fitnah liwat dan rasuah. Mahathir pula memberitahu media Anwar mungkin mencederakan dirinya ketika dalam tahanan polis.

Insiden mata lebam Anwar mencerminkan segala ketidak adilan kerajaan pimpinan Mahathir yang didakwa bersekongkol dengan polis untuk menindas Anwar yang akhirnya terpaksa merengkok enam tahun dalam penjara.

Mahathir dikatakan memecat Anwar atas pelbagai motif politik termasuk menyekat pengaruh timbalan perdana menterinya yang ketika itu yang semakin lantang membicarakan isu-isu kronisme dan rasuah dalam kerajaan dan Umno.

Dalam ucapannya semalam, Mahathir berkata insiden mata lebam Anwar tidak penting bagi pengundi Cina ketika itu.

Apa yang diutamakan oleh pengundi Cina, menurut Mahathir ialah, kedudukan ekonomi mereka.

“Orang Cina telah menyokongkan BN kerana kita berjaya mengatasi masalah matawang kita. (Oleh kerana itu), mereka yang hampir bankrap telah diselamatkan. Oleh itu sokongan mereka begitu kuat sekali dan kita masih mendapat dua pertiga daripada kerusi di Dewan Rakyat,” kata Anwar.

Mahathir berkata beliau kesal kerana pengundi Melayu tidak mempunyai pemikiran yang sealiran dengan kaum cina dalam membuat pilihan mereka.

“Bagi orang Melayu, bukan soal negara kita terselamat daripada penyangak matawang. Itu tak penting, yang penting ialah mata hitam. Dengan kerana mata hitam itu saja, dapat undi. Orang Umno sendiri undi parti lawan kerana zalimnya pemimpin pada ketika itu,” kata Mahathir dengan sinis.

Mahathir membidas kaum Melayu kerana cenderung menitik beratkan soal-soal kemanusiaan dan hak asasi seperti isu mata lebam Anwar. Beliau member amaran pemikiran sebegitu hanya akan memakan diri mereka.

“Perkiraan kita tidak begitu bijak. Kita mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak penting, perkara yang remeh. Sebaliknya orang Cina mengambil kira tentang terselamatnya mereka kerana kita selamatkan kewangan kita,” kata Mahathir.

“ Asas membuat keputusan antara Melayu dan Cina ini berlainan sama sekali. Kalau kita tidak bijak, satu hari kita akan hilang kuasa,” tambah Mahathir.

Prk Merlimau : Premis SRJK (T) Merlimau... 40 tahun menunggu

Setelah lebih dua dekad dijanjikan, SRJK (T) Merlimau - yang kini menumpang di kawasan sebuah sekolah menengah - mungkin bakal mendapat premisnya sendiri.

muhyiddin yasinNamun, kehadiran Menteri Pelajaran sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
di upacara pecah tanah projek tersebut esok, pun mungkin masih belum mencukupi untuk menyakinkan penduduk di situ.

Ketika ditemui Malaysiakini yang meninjau kawasan pilihan raya itu minggu lalu, seorang pengundi Ramachandran, 60, berkata janji yang sama telah dibuat sejak empat pilihan raya umum yang lalu.

"Mereka sekarang mengukur tempat itu, tapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas pilihan raya kecil nanti," kata Ramachandran yang tinggal di Merlimau hampir sepanjang hidupnya.

Seorang lagi penduduk, Durairaj juga sudah biasa mendengar janji tersebut. Dia dan adik-beradiknya belajar di sekolah itu kira-kira dua dekad yang lalu.

"Saya adalah murid di situ, sama seperti kakak dan adik saya.
Sekarang anak-anak saya pula belajar di situ. Kami mendengar janji ini berkali-kali.

"Di tapak tanah pertama terdapat sebuah kuil di atasnya. Mereka merobohkan kuil tersebut dan berkata mereka akan bina sekolah Tamil di situ, tapi sekarang ada bangunan lain di tanah itu, "kata Durairaj yang kini dalam usia 30-an.

Penduduk lain yang ditemui Malaysiakini, apabila ditanya mengenai sekolah tersebut, menceritakan perkara yang sama.

merlimau, melaka townSambil menuding ke arah sebuah bangunan Tenaga Nasional Berhad, Padmanathan, 47, berkata tanah yang dimaksudkan oleh Durairaj itu "dijanjikan" untuk dijadikan tapak sekolah Tamil kira-kira "20 hingga 25 tahun yang lalu".

Ketika ditemui di bilik operasi BN Merlimau, lelaki yang menyifatkan dirinya ahli setia MIC berkata, ia tidak menjadi kenyataan kerana "tidak ada yang mengambil inisiatif".

BN ‘setuju’ tiada pilihan raya umum, Sarawak serentak


KUALA LUMPUR, 13 Feb — Barisan Nasional (BN) dilihat tidak cenderung untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya umum nasional dan negeri Sarawak secara serentak meskipun beberapa pemimpin negeri itu membawa idea tersebut pada mesyuarat perikatan itu kelmarin.
Sehubungan itu, difahamkan pilihan raya negeri Sarawak akan didahulukan dan dijangka berlangsung awal April ini.
“Memang ada idea daripada beberapa pemimpin Sarawak supaya kedua-dua pilihan raya umum pusat dan negeri Sarawak diadakan serentak kali ini, tetapi pandangan umum pemimpin BN ialah pilihan raya negeri perlu diadakan terlebih dahulu,” kata seorang pemimpin komponen BN yang menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi di ibu negara malam kelmarin.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib juga merasakan pilihan raya negeri Sarawak perlu didahulukan berbanding pilihan raya umum nasional, kata sumber itu.
Spekulasi menyebut bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini - sama ada akhir suku kedua ataupun pada suku keempat tahun ini.
Di sebalik spekulasi itu, ada pandangan yang berbelah bahagi sama ada wajar Najib selaku pengerusi BN dan presiden Umno memanggil kedua-dua pilihan raya serentak.
Ada yang berpandangan bahawa Najib harus menggunakan tahap populariti yang masih tinggi untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya serentak.
Mandat kerajaan negeri Sarawak akan berakhir Julai ini manakala kerajaan pusat boleh memerintah sehingga akhir April 2013.
Sumber itu juga berkata, pertemuan kelmarin mendapati BN memerlukan masa untuk membuat persediaan susulan bagi menghadapi pilihan raya umum.
“Nampaknya ramai berpandangan bahawa tidak ada desakan untuk mengadakan pilihan raya umum lebih-lebih yang serentak, persiapan perlu rapi... lagi pun baru tiga tahun selepas Mac 2008, mandat semasa boleh diteruskan hingga 2013,” katanya.
Pemimpin itu berkata kepimpinan Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memaklumkan bahawa mereka akan mengadakan lawatan ke seluruh negara dan ia memerlukan masa sehingga Julai atau Ogos.
Ketika menutup Perhimpunan Agung Umno 2010 akhir tahun lalu, Najib berkata beliau dan Muhyiddin akan menemui ahl-ahli Umno di seluruh negara mulai awal tahun ini, usaha yang dijangka akan memakan masa tiga hingga empat bulan.
“Bermakna, selepas itu kita akan berhadapan bulan puasa dan sambutan Aidilfitri, malah kerajaan juga perlu melihat hasil pendekatan KPI dan program-program transformasi yang lain, jadi ini semua memerlukan masa.
“Kalau paling cepat pun pilihan raya mungkin diadakan November, dan jika tidak tahun depanlah... ia petunjuk yang kami terima daripada mesyuarat kali ini, itu yang saya faham,” kata beliau lagi.
“Bagaimanapun apa pun boleh berlaku... perdana menteri mempunyai kata putus,” ujar pemimpin yang lain.
Selain itu menurut pemimpin tersebut, “berdasarkan cakap-cakap di kalangan pemimpin komponen BN, saya boleh melihat kemungkinan akan ada rombakan Kabinet, tetapi bukannya pilihan raya serentak dengan negeri Sarawak.”
Kabinet kemungkinan akan disusun semula bulan depan sesuai dengan garis panduan KPI ditetapkan Najib.
Sesi sidang Parlimen akan berlangsung selama sebulan mulai awal bulan depan.
Mesyuarat Dewan Tertinggi BN kelmarin turut membincangkan beberapa persediaan sebelum parti itu mengadakan Konvensyen BN Sarawak di Kuching pada 5 Mac ini.
Konvensyen itu nanti akan membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan pilihan raya negeri Sarawak yang mandat Dewan Undangan Negeri tamat pada Julai.
Najib juga memberitahu wartawan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud sudah mendapat “inspirasi” untuk memanggil pilihan raya negeri.

Ketuanan Kantoi : Gerombolan songkok tinggi buat konspirasi bodoh!

Mungkin geng-geng songkok tinggi 3 jengkal ni banyak sangat tengok cerita-cerita konspirasi bodoh filem tamil. Orang-orang yahudi membuat konspirasi bertahun-tahun lamanya, merancang dengan teliti untuk menyebarkan propaganda kepada dunia.

Tapi geng-geng bebal songkok tinggi 3 jengkal buat konspirasi tak sampai seminggu. Konspirasi gerombolan songkok tinggi setakat mampu menipu budak tadika yang bebal yang hanya tahu mengangguk walaupun tak paham.

Mari kita lihat konspirasi gerombolan songkok tinggi yang kononnya nak buat gempar satu negara.

Sebelum ini salah seorang kepala gerombolan songkok tinggi 3 jengkal membuat satu laporan Polis kononnya mereka memiliki dokumen bukti yang didedahkan oleh orang dalam Parti KEADILAN. Ketua gerombolan ini menggesa kerajaan Malaysia agar merampas pasport milik Dato Seri Anwar Ibrahim, kerana mereka memiliki maklumat dalaman kononnya Anwar dan kawan-kawannya telah merancang untuk melarikan diri dari Malaysia sekiranya kalah di dalam kes liwat yang sedang di hadapinya.

Bukan itu sahaja, ketua gerombolan juga berkata, Anwar telah merancang untuk membuat satu insiden kemalangan ke atas dirinya sendiri untuk membangkitkan kemarahan rakyat. Namun apabila diminta untuk mendedahkan maklumat pada sidang media, ketua gerombolan menolak atas alasan Polis tak benarkan.

Di bawah ini rakaman video sewaktu ketua gerombolan songkok tinggi itu membuat sidang media. Ketua gerombolan dengan bangganya merepek dan merapu semasa azan sedang dilaungkan sila klik untuk menonton video.


Selepas sidang media dan laporan Polis tentang dokumen bukti ini dibuat, tiba-tiba para blogger penyokong songkok tinggi secara berjamaah bagai gerombolan monyet-monyet pencuri pisang orang kampung, telah menyiarkan berita yang konon-konon menggemparkan.

Para blogger gerombolan monyet ini menyiarkan cerita kononnya seorang exco Perkasa bernama Farid telah hilang dicolek. Blogger-blogger gerombolan monyet ini berpura-pura sangat risau kerana dokumen bukti Anwar ingin melarikan diri dan membuat konspirasi kemalangan ada di tangan si botak ini. Si botak bernama Farid ini keluar tak sampai 24 jam, tapi geng gerombolan buat-buat gelisah dan risau mengalahkan hilangnya kanak-kanak umur 3 tahun.

Namun begitu, tak sampai sehari selepas gerombolan monyet-monyet ini membuat konspirasi bodoh mereka, keluar pula berita di akhbar pencacai, kononnya si botak yang membawa dokumen ini telah ditemui dalam keadaan kebingungan. Malah dokumen di tangannya dipercayai sudah hilang.



Wow hebat gila konspirasi puak gerombolan monyet ini. Macam cerita konspirasi dalam filem tamil. Diorang yang buat konspirasi, diorang juga yang menjawab persoalan konspirasi. Akhirnya gerombolan monyet ini hanya mampu membodohkan diri mereka sendiri kah kah kah. Bayi yang baru dilahirkan sejam tadi pun akan tergelak bila dengar cerita bangang puak gerombolan monyet ini kah kah kah.

Cubaan memperbodohkan rakyat ternyata gagal, sebaliknya gerombolan monyet ini yang menunjukkan kebodohan.


ReJaM© "Pssst... gerombolan monyet dan songkok tinggi ni lupa ada pembelot yang telah mendedahkan konspirasi bodoh ini kah kah kah kantoi!"

15 ribu banjiri ceramah tok guru Nik Aziz di Merlimau

MERLIMAU 13 FEBRUARI - Kira-kira 15 ribu orang membanjiri ceramah Pakatan Rakyat di tapak Perumahan  Assolihin Merlimau.Penceramah terdiri daripada pimpinan Pakatan Rakyat seperti Setoiausaha Agung PKR YB Saifudin Nasution,Ketua Pemuda DAPSY  YB Antony Loke, Saudara Shamsul Iskandar Pengerusi PKR Melaka yang juga ketua Pemuda PKR Melaka,YB Khoo Adun Bandar Hilir Pengarah Pilihanraya DAP,Saudara Adly Zahari  Timbalan Pesuruhjaya PAS melaka dan penceramah Utama Dato Tun Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Penceramah-penceramah Utama Pakatan Rakyat telah menyentuh bertapa perlunya rakyat memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau ini. Sekiranya BN menang,mereka pasti akan menaikkan harga barangan kerana mereka lihat rakyat redo dengan apa yang mereka lakukan. 
Sementara itu YB Khoo dan juha Shamsul Iskandarmenyentuh tentang projek Mamee yang mencurah masuk ke DUN Merlimau sedangkan sebelum ini tidak ada projek yang mereka laksanakan tetapi bila berlaku sahaja pilihanraya kecil maka projek yang tidak sepatutnya berlambak dan ada yang menyusahkan rakyat.
Tuan Guru pula menyentuh tentang kenapa perlunya rakyat  memberi sokongan kepada PAS yang membawa misi menegakkan Islam. Semua harus ingat bahawa apa sahaja yang kita lakukan akan dihitung di hadapan Allah Rabbuljalil tidak kiralah dalam soal sosial,ekonomi,politik dan sebagainya. Jadi sekiranya Islam di ketepikan maka apakah yang dijawab boleh di depan Allah.  Beliau juga menyeru rakyat Merlimau khususnya memberikan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat mudah-mudahan calon Pakatan yang menang dapat dapat membawa suara Islam di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka.
 Pasukan Unit amal yang menjaga keselamatan di sekeliling pantas ceramah. -

Al-Qaradawi: Freedom takes priority over Islamic law

Sheikh Yusuf al-Qaradawi, Head of the international Association of Muslim Scholars
Photographed by other
Preserving the people's freedom is more important than setting up a system of Sharia (Islamic law), even though freedom remains part and parcel of Sharia, said Sheikh Yusuf al-Qaradawi on Friday evening in an interview with Al Jazeera television network. Al-Qaradawi, who is an influential Islamic thinker and president of the International Union for Muslim Scholars, is closely tied to the Muslim Brotherhood, Egypt's largest opposition group.
Recently, some members of the Brotherhood have tried to alleviate concerns that they want to establish an Islamic state by asserting that the Brotherhood does not seek to the rule the country or establish an Islamist government in Egypt.
Al-Qaradawi also emphasized that the army should protect the nation and the rights of the people, rather than rule the country. He stressed that the right to protest peacefully for the sake of a better life is granted by Islam and recognized by every human rights convention. He congratulated the Egyptian people and the Arab nation on the departure of President Hosni Mubarak after 18 days of the revolutionary struggle.
He described the young revolutionaries as honorable Egyptians who went beyond the call of duty to achieve national justice.
Al-Qaradawi expressed his confidence that God had aided them because he aids those who sacrifice in order to bring about justice, adding, "I was sure that God would aid the revolutionaries. I swore in my Friday sermon that God would soon help these youth, and that is indeed what turned out happening.”
Holding the ousted president responsible for the bloodshed, he said that “God wanted to award this victory to the Egyptian people” and denounced claims that Egyptians were servile and slavish.
He added that Tahrir Square had become a university for the educating the virtues of self-sacrifice, and suggested that the square should be renamed “25 January Revolution Square.”
Al-Qaradawi praised independent media outlets for disclosing facts and uncovering falsehoods while criticizing government owned media outlets as misleading. He accused the later of having continued its campaign of deception up to the final moments before Mubarak’s resignation was announced.

Agenda Kencing : Exco Perkasa ditemui kebingungan selepas hilang secara misteri

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Seorang Exco Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dilaporkan hilang secara misteri beberapa jam sebelum pertubuhan itu membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Mohd. Farid Abdullah, 27, yang juga Setiausaha Kerja kepada Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah dikatakan keluar rumah dan gagal dikesan sebaik sahaja menerima panggilan daripada seorang individu pada pukul 2.30 pagi.

Kehilangan Mohd. Farid disyaki ada kaitan dengan tindakan Perkasa membuat laporan terhadap Anwar.

Ini kerana beliau merupakan individu diamanah untuk memegang dokumen penting mengenai salah laku Anwar yang baru dibongkar dan dilaporkan kepada polis.

Bagaimanapun setelah hampir 48 jam dilaporkan hilang, Mohd. Farid berjaya ditemui tengah hari ini oleh polis tetapi dalam keadaan kebingungan dan langsung tidak mengingati apa terjadi ke atas dirinya.

Menurut Arman Azha, malah semua dokumen penting mengenai salah laku Anwar yang dipegang oleh Exco Perkasa itu turut didapati hilang.

Katanya, Mohd. Farid sepatutnya menemani beliau untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada pukul 3.30 petang semalam.

"Saya menyerahkan dokumen asal mengenai maklumat salah laku Ketua Pembangkang itu kepada Mohd. Farid pada petang kelmarin, untuk disimpan kerana mempunyai urusan di tempat lain.

"Dia sepatutnya membawa dokumen tersebut bersama kenyataan media yang disediakannya semasa menemui saya untuk membuat laporan polis di IPD Dang Wangi petang semalam," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Arman Azha bersama dua Ketua Wirawati Perkasa iaitu Zaira Jaafar dan Raihan Sulaiman Palestine semalam, membuat empat laporan polis terhadap Anwar memohon supaya pihak berkuasa menghalang beliau daripada bebas ke luar masuk dari negara ini.

Laporan polis itu dibuat di IPD Dang Wangi dan Sentul di Kuala Lumpur, selain IPD Shah Alam, Selangor dan Putrajaya.

Berdasarkan laporan polis itu, Perkasa mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport milik Ketua Pembangkang itu.

Menurut Arman Azha, beliau yang hairan kerana Mohd. Farid tidak hadir menemuinya di IPD Dang Wangi telah menghubungi keluarga setiausaha kerjanya itu.

"Saya bagaimanapun terkejut apabila dimaklum oleh keluarganya bahawa Mohd. Farid telah keluar rumah sejak pukul 2.30 pagi iaitu sebaik sahaja menerima panggilan daripada seseorang.

"Keluarganya bagaimanapun tidak mengesyaki perkara buruk berlaku kerana menyangka Mohd. Farid menemui ahli-ahli Perkasa," katanya.

Arman Azha berkata, sebaik sahaja mengetahui Mohd. Farid hilang, keluarganya segera membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya dekat sini dan berusaha mencarinya.

Beliau berkata, beberapa rakan Mohd. Farid yang turut membantu mencarinya kemudian berjaya menemui kereta Proton Persona milik mangsa di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Raja Laut.

Namun, katanya, Mohd. Farid sendiri gagal ditemui begitu juga dengan dokumen penting yang dibawanya.

"Setelah puas mencari, pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini, saya dihubungi oleh keluarganya memaklumkan bahawa Mohd. Farid telah ditemui polis dalam keadaan selamat di suatu tempat.

"Dia sudah dihantar pulang ke rumah tetapi langsung tidak mengingati apa berlaku ke atasnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi hari ini mengesahkan ada menerima laporan mengenai kehilangan Mohd. Farid yang kemudian ditemui dalam keadaan kebingungan. - Utusan

Betui ke leh hilang2 ni...sape yg sorok mamat ni yer...? Jin @ manusia..??Fikir2kanlah....

Masa untuk mencipta sejarah

Saya mengucapkan tahniah kepada Yayasan Selangor dan Institut Kajian Dasar kerana menganjurkan seminar ini.  Seminar ini amat bermakna bagi umat Islam dan Umat Melayu khasnya.  Umat Melayu-Indonesia adalah umat Islam yang terbesar di dunia.  Dari perspektif tersebut Alam Melayu-Indonesia adalah pusat kepada dunia Islam, bukan di pinggir dunia Islam seperti yang dianggap oleh pengkaji-pengkaji.  Bahkan saudara kita se umat Islam - Arab, Parsi, Turki, India dan Pakistan, sendiri melihat rantau ini sebagai pinggir dunia Islam.  Paling parah lagi apabila umat Melayu-Indonesia sendiri merasakan mereka duduk di pinggir.  Akibatnya mereka dilanda psikologi pinggiran.

Sudah sampai masanya umat Islam Melayu-Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei dan Singapura mempunyai keyakinan untuk membangun pemikiran yang asli untuk mendepani cabaran umat, rantau dan dunia.  Untuk itu kita perlu keluar dari kepompong pemikiran sempit, baik perkauman mahupun ideologi.  Kekuatan dan tenaga yang akan membawa kita keluar dari kesempitan tersebut, tidak lain dan tidak bukan adalah kesejagatan dan universalisme Islam itu sendiri.

Bahkan kedudukan Alam Melayu dewasa ini menuntut keberanian dan kecekalan.  Dunia hari ini memperkatakan kebangkitan China dan India.  Peterson Institute of International Economics menegaskan ketika Presiden Hu Jintao bertemu dengan Presiden Barack Obama di Washington awal tahun ini dari segi purchasing power parity China sudah menjadi ekonomi no 1 dunia.  Maka dunia Islam yang diwakili oleh Alam Melayu-Indonesia berada di tengah-tengah ekonomi no 1 di dunia dengan satu lagi kuasa baru dunia iaitu India.  Maka tanggungjawab berdepan dengan kuasa-kuasa baru ini adalah tanggungjawab umat Melayu.
Selama satu kurun pemikiran dunia Islam dihantui oleh persoalan Islam dengan Barat.  Sejak dari abad ke-19 umat Islam ditakluk dan dijajah oleh kuasa-kusa imperialis Barat.  Setelah dunia Islam memperolehi kemerdekaan persoalan Islam dengan Barat masih berterusan kerana negara-negara di kedua belah Lautan Atlantik mendominasi dunia dari segi ekonomi, politik dan ketenteraan.  Justeru itu wacana dan penulisan pemikir-pemikir dan juga pimpinan politik dan sosial dunia Islam tertumpu dengan isu "Islam and the West".

Pemikir-pemikir seperti Taha Husayn dan Sutan Takdir Alisyahbana melihat kekuatan politik, ekonomi dan ketenteraan Barat berpunca dari kebudayaan yang mereka bina dari Renaissance, Enlightenment, rasionalisme dan ilmu-ilmu yang berteraskan sains dan falsafah.  Taha Husayn begitu memperkecilkan Asia dan menyatakan Mesir adalah sebahagian dari Barat dan masa depan Mesir adalah bersama dengan Barat.  Sutan Takdir Alisyahbana pula melihat alam Melayu-Indonesia berada di zaman jahiliah sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat.

Sekiranya mereka, khususnya Sutan Takdir, hidup hari ini mereka pasti akan menggesa kita membuat persedian ilmu dan strategi untuk melakukan engagement dengan China dan India.  Dan umat Melayu-Indonesia berada dalam lokasi yang begitu strategik dan bertanggungjawab untuk merumus strategi seluruh dunia Islam untuk berdepan dengan realiti baru ini.
Tema seminar hari ini mengingatkan kita kepada siri ceramah penyair dan filasuf agong Islam - Muhammad Iqbal dalam tahun 1932 yang bertajuk The Reconstruction of Religious Thought in Islam, pembangunan semula pemikiran Islam.  Projek pembangunan semula pemikiran Islam sejak ianya digagaskan oleh Iqbal tahun 1930an masih terus berjalan.  Umat Islam rantau ini perlu merealisasikan agenda tersebut demi berhadapan realiti global yang terkini.  Bab terakhir Gelombang Kebangkitan Asia, Anwar Ibrahim telah melakarkan haluan atau orientasi segar yang perlu diambil oleh umat Islam Asia Tenggara.  Umat rantau ini, secara tidak kita sedari telahpun mengikut aliran Madrasah al-Ra'yu, iaitu aliran yang lebih cenderung menggunakan ijtihad untuk mengetahui maksud dan tujuan disebalik sesuatu perintah syarak dan cuba melaksanakan tujuan tersebut tanpa terlalu terikat dengan pengertian harfiyyah sesuatu nas.  Melalui pendekatan ini, saya yakin kita mempunyai kekuatan dan keyakinan untuk mendepani setiap cabaran semasa dan cabaran yang bakal muncul.  Bukan sahaja kita berjaya menghadapi cabaran tersebut tetapi kita juga boleh muncul sebagai kekuatan baru yang positif untuk keamanan dan kemakmuran dunia.

Dalam keluaran Jan-Feb 2010 Foreign Affairs terdapat satu rencana yang bertajuk The New Population Bomb.  Penulis tersebut membuat unjuran dalam beberapa dekad lagi jumlah penduduk kelas menengah di negara-negara membangun akan melebihi keseluruhan peduduk di Eropah dan Amerika.  Ini bermakna berdasarkan faktor demografi setelah hampir 400 ratus tahun tamadun Barat mendominasi dunia dalam beberapa dekad lagi masyarakat-masyarakat negara membangun secara kolektif akan menjadi lebih kaya dari Barat.  Negara-negara ini adalah terletak di Asia Tenggara, Asia Tengah, Asia Selatan, Asia Barat dan Afrika di mana sebahagian besar mereka adalah umat Islam.

Jelas kita sedang berdepan dengan The New Asian Century. Maka wacana yang perlu disegarkan seharusnya "Islam and the New Asian Century" sebagai wacana dominan untuk menggantikan wacana "Islam and the West".  Maka persediaan kita sudah pasti dengan pengkajian dan pemahaman mendalam terhadap tamadun-tamadun China, India, dan tamadun-tamadun yang lahir dari sintesis antara dua tamadun tersebut. Kita sebenarnya seolah-olah kembali ke zaman sebelum kedatangan Vasco da Gama dan Alfonso de Albuquerque. Sebelum kedatangan kuasa-kuasa barat Portugis, Belanda dan Inggeris, Asia Tenggara adalah tempat pertembungan tamadun China dan India.  Setelah 500 tahun, kita harus kembali untuk menyambung dialog tamadun tersebut.

Tema besar dialog tamadun dalam kebangkitan benua Asia ini amat relevan pada masyarakat Malaysia.  Malaysia mempunyai wakil-wakil tamadun Islam, China dan India.  Sekiranya kita berjaya menggembling kekuatan dan tenaga ketamadunan ini untuk membentuk satu tamadun yang demokratik, adil, makmur dan aman, kita akan memberikan sumbangan yang amat besar kepada kemanusiaan.

Unjuran The New Population Bomb seharusnya memberikan umat Islam keyakinan. Tetapi gagasan bagi umat Melayu-Indonesia muncul sebagai kekuatan baru yang membentuk tamadun memerlukan minda yang luas. Kita perlu keluar dari kepompong pemikiran sempit.  Umat Islam perlu keluar dari minda ketakutan.  Filasuf Bertrand Russell pernah berkata: "Fear is the main source of superstition, and one of the main sources of cruelty.  To conquer fear is the beginning of wisdom".  Kerana takut kepada musuh-musuh politik beliau Stalin melancarkan the Great Terror yang menyebabkan kematian berjumlah 30 juta.  Kerana takutkan orang Yahudi Hitler melaksanakan Holocaust yang membunuh 6 juta orang Yahudi.  Kerana takut digulingkan oleh orang nombor duanya Liu Shao Qi maka Mao Zedong melancarkan The Great Proletarian Cultural Revolution yang menyebabkan 20 juta rakyat China yang tidak berdosa mati.  Begitu juga dengan Pol Pot kerana takutkan kehidupan bandar merosakkan moral manusia beliau melakukan pemindahan secara paksa ke luar bandar yang paling besar dalam sejarah.  Akibatnya hampir dua juta manusia mati.
Ketakutan akan menyebabkan kita membuat dasar-dasar celaru, zalim dan merugikan.  Kerana takutkan mahasiswa maka dibuatkan AUKU.  Kerana takutkan pensyarah menyebarkan pemikiran-pemikiran yang kritis dengan pemerintah maka mereka dikongkong dari berbicara dengan bebas.  Akibatnya kita akan memiliki generasi muda yang pasif.  Generasi muda yang mendapat pendidikan universiti adalah agen perubahan.  Ini mengingatkan saya kepada sajak Taufik Ismail yang berjudul "Takut 66, Takut 98".
Mahasiswa takut pada dosen
Dosen takut pada dekan
Dekan takut pada rektor
Rektor takut pada menteri
Menteri takut pada presiden
Presiden takut pada mahasiswa


Keresahan golongan mahasiswa ini mirip cerita pendek karangan Anton Chekhov yang berjudul The Student.  Cerita pendek ini menerangkan bagaimana gelisah dan rawan anak muda kerana hidup dalam sistem yang mengongkong dan zalim.

Apabila generasi ini pasif maka masyarakat tersebut tidak akan dinamis, tidak mampu berdepan dengan cabaran-cabaran baru yang datang.  Apabila pensyarah-pensyarah dikekang mereka juga tidak dapat memberikan sumbangan yang sewajarnya.  Ini bermakna talent atau bakat golongan strategik ini tidak dapat menzahir potensi mereka yang sepenuhnya.

Mengapakah pemerintah otoritarian sungguh takut kepada golongan mahasiswa dan pensyarah yang jumlahnya amat kecil.  Mereka takutkan pemikiran golongan intelektual ini.  Seperti yang diungkapkan sekali lagi oleh filasuf Bertrand Russell: "Men fear thought as they fear nothing else on earth .. thought is subversive … and merciless to privilege."

Tatkala kita mengungkapkan serta mengkritik dasar kerajaan yang mengongkong para intelektual dan mahasiswa, jangan pula kita alpa dengan pengkhianatan kaum intelektual, atau seperti yang dinukil Julien Benda, The Betrayal of Intellectual (Les Trahison des Clercs).  Kaum intelektual seharusnya menjadi salah satu paksi utama mencetus gelombang pendemokrasian, bukannya takut berhadapan dengan pemerintah.

Islam mencipta tamadun yang gemilang dizaman yang lalu kerana umat di zaman itu bersikap terbuka terhadap semua ilmu dari tamadun-tamadun besar dunia sebelum kedatangan Islam.  Seperti yang diulas oleh Professor Seyyed Hossein Nasr dalam Science and Civilization in Islam, Islam mengambil semua ilmu dan disepadukan dengan perspektif Tawhid.  Tamadun Islam mulai suram apabila umat Islam tidak lagi meraikan pemikiran.  Untuk meminjam ungkapan Alan Bloom, berlaku "the closing of the Muslim mind" melalui penutupan pintu ijtihad.

Usaha pembangunan semula pemikiran Islam di masyarakat Melayu perlu bermula dengan merancakkan wacana ilmu dan pemikiran.  Masyarakat dahagakan wacana yang positif untuk memecahkan pemikiran perkauman yang menjadi batu penghalang kepada kemajuan sosial dan ekonomi umat.  Kita harus diingatkan kembali kepada pandangan ahli sejarah terkenal Arnold Toynbee yang menegaskan tamadun manusia digugat oleh faham perkauman dan warna kulit.  Dan beliau menegaskan kekuatan Islam adalah kerana ketiadaan aspek perkauman.  Sepanjang tamadun Islam jamak budaya dan kepelbagaian adalah satu sifat asasi.  Tamadun Islam sentiasa meraikan jamak budaya, kepelbagaian, dan kosmopolitanisme sebagai salah satu fitrah.
Dalam konteks Malaysia, antara peranan penting intelektual Muslim adalah untuk membangun pemikiran politik berteraskan demokrasi.  Kita sudah sampai ditahap wacana di mana kita tidak lagi mempersoalkan demokrasi kerana kononnya ia datang dari Barat.  Sewajarnya tidak muncul kekeliruan bahawa Demokrasi itu merupakan suatu yang bertentangan dengan Islam.  Sungguhpun kitab fiqh, tawarikh mahupun kenegaraan tidak menyebut Demokrasi sebagai satu sistem yang baik dan wajib diamalkan oleh umat Islam, namun dari sudut ruh-nya, Islam tidak lah menolak sesuatu yang baik itu diamalkan oleh umatnya.

Inilah demokrasi dari pandangan Dr. Yusuf Qaradawi, seorang tokoh ulama’ yang tersohor. Dr. Yusuf Qaradhawi telah mengupas persoalan intipati demokrasi (essence of democracy) dalam bukunya berjudul Fatawa Muasirah (Contemporary Fatwa). Menurut Dr. Yusuf Qaradawi, demokrasi adalah hak rakyat untuk memilih siapa yang harus memerintah dan mentadbirkan urusan mereka. Demokrasi juga bermakna hak rakyat untuk menolak pemerintah yang mereka tidak suka atau menolak aturan dan sistem yang mereka tidak suka.  Demokrasi juga membawa maksud hak rakyat untuk menilai dan melakukan muhasabah apabila seseorang pemimpin itu bersalah dan hak rakyat untuk menurunkan pemerintahan apabila pemimpin menyimpang dari prinsip. Tegas Dr Yusuf Qaradawi, "Kalau itulah intipati demokrasi, dimanakah konflik dengan ajaran Islam?"

Persoalannya adalah adakah kita mahukan keadilan atau kezaliman.  Adakah kita mahukan kebebasan atau kongkongan. Adakah kita mahukan hak rakyat dihormati atau dinodai.  Ketika melancarkan gerakan reformasi di Permatang Pauh Anwar Ibrahim memetik Reinhold Niebuhr: "Man's capacity for justice makes democracy possible; but man's inclination to injustice makes democracy necessary." (Kemampuan manusia untuk berlaku adil menjadikan demokrasi itu satu kemungkinan, tetapi kecenderungan manusia kepada kejahatan menjadi demokrasi itu satu kewajiban).

Lebih dari seratus tahun yang lalu sekumpulan pemuda Muslim yang kemudiannya dikenali sebagai The Young Ottoman muncul di Turki, pusat kepada empayar Islam yang terakhir iaitu empayar Uthmaniah.  Mereka menuntut reformasi pemerintahan. Mereka mahu menamatkan pemerintahan kuku besi, dan mahukan pemerintahan dilakukan berlandaskan perlembagaan dan negara hukum. Reformasi yang bernama Tanzimat itu adalah titik besar dalam perjuangan demokrasi umat Islam di zaman moden.  Tetapi Mustafa Kamal kemudian yang dikenali sebagai Attaturk menjadikan sekularisme lebih penting dari demokrasi.  Maka beliau meletakkan tentera sebagai perisai kepada sekularisme.

Dalam perjuangan umat Islam menuju demokrasi, sejarah tidak akan melupakan peranan gerakan Islam untuk merealisasikan demokrasi.  Setelah berdekad-dekad Turki berada di bawah pemerintahan otoritarian sekular, demokrasi kembali bernafas di negara itu oleh gerakan Islam melalui Parti Pembangunan dan Keadilan, AK Party (ADALET VE KALKINMA PARTiSi).  Dalam sejarah Indonesia, majlis Syura Muslimin Indonesia (MASYUMI) yang dipimpin oleh Muhammad Natsir menjadi tunggak kepada demokrasi perlembagaan (Constitutional Democracy) manakala yang menghancurkan demokrasi tersebut adalah golongan nasionalis sekular yang dipimpin oleh Sukarno ketika rakyat Indonesia bangun semula untuk menggulingkan kediktatoran Suharto, parti-parti Islam menjadi pemangkin kepada demokrasi hijau yang terbesar di dunia.
Baru baru ini kita menyaksikan bagaimana rakyat Tunisia dan Mesir bangkit menuntut kebebasan dan demokrasi.  Pemimpin seperti Zainal Abedine Ali dan Hosni Mubarak memerintah dengan kuku besi berdekad-dekad lamanya.  Antara sasaran utama tekanan regim Ben Ali dan Mubarak adalah gerakan Islam.  Sejak beberapa dekad yang lalu gerakan Islam khususnya Ikhwanul Muslimin merupakan kumpulan yang paling konsisten menentang regim kuku besi di dunia Arab dan Afrika Utara.

Gerakan Islam adalah bahagian integral dari perjuangan demokrasi.  Saya yakin gerakan Islam akan memainkan peranan penting dalam transisi dunia Arab menuju demokrasi serta mencetuskan gelombang baru pendemokrasian di benua Asia.
Di sini kita menyaksikan sikap tidak tuntas Amerika terhadap demokrasi.  Tatkala masyarakat demokrasi dunia mengangkat inklusiviti sebagai unsur utama demokrasi, Amerika menolak demokrasi sekiranya ia dipimpin oleh Ikhwanul Muslimin.
Perjuangan umat Islam untuk membangun demokrasi adalah didorong oleh semangat  untuk memartabatkan kemuliaan insan.

(Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya)

Karamah insaniah ini adalah satu konsep yang memukau salah seorang pemikir Renaissance terkenal iaitu Pico Della Mirandola.  Beliau adalah seorang pengasas humanisme Barat, aliran pemikiran yang kemudiannya mencetus idea hak asasi manusia yang seterusnya menjadi bahagian dari pemikiran demokrasi.
Dalam prinsip tradisi ilmu Islam, kita bicara persoalan cita cita murni Islam iaitu Maqasid Syariah ( higher objectives of Syariah ).  Kegagalan memahami prinsip Maqasid Syariah akan menyebabkan Islam akan hanya dilihat dalam ruang lingkup yang sempit.
Dalam Maqasid Syariah, Islam memberi jaminan kebebasan memilih agama (freedom of conscience), pertahankan kebebasan bersuara (freedom of expression) dan menangani masalah dengan bijaksana (berhikmah).
Menurut Umar Abdul Aziz, hikmah membawa maksud kemampuan untuk menyatakan masalah dan keupayaan untuk merongkai dan menanggani masalah berkenaan.  Ini adalah kunci hikmah.

Saya yakin melalui demokrasi maqasid dapat direalisasikan.  Berpandukan kepada maqasid ini, seruan jihad misalnya, bolehlah ditumpukan untuk membangun satu sistem yang berusaha menjamin Keadilan, menggalakkan pembangunan yang seimbang dan antara yang mustahak, iaitu suatu upaya membasmi kemiskinan.
Sejajar juga dengan konsep maqasid ini, adalah menjadi keutamaan buat kita memastikan keharmonian, maslahat dan kesejahteraan masyarakat di Malaysia.

Justeru itu para intelektual Islam di Malaysia perlu memperluaskan wacana maqasid bagi menggarap pendekatan Islam yang sensitif dan berusaha memahami waqi' dan juga zaman.  Inilah mustahaknya Maqasid, peri pentingnya maqasid dijelaskan oleh Imam Abu Ishaq al-Shatibiy bahawa ia adalah arwah al-a`mal(arwahul a'mal) Ertinya, bersyariat tanpa maqasid adalah beragama tanpa ruh.
 
Justeru, kita tidak boleh terperangkap dengan konsep serta amalan demokrasi yang juz'i.  Apabila kita mewacanakan demokrasi ia pasti melibatkan persoalan kebebasan media, kedaulatan undang-undang, tatakelola yang baik demi memastikan rasuah disirna, hak bersuara dan pilihanraya yang bebas.  Adalah suatu mitos sekiranya Demokrasi hanya bermaksud pilihanraya setiap lima tahun sekali.  Apalagi apabila pilihanraya tersebut dinodai dengan penipuan dan dicemari oleh pengundi-pengundi hantu.

Demokrasi sering disebut sebagai kerajaan rakyat, untuk rakyat; the government by the people for the people.  Namun demokrasi tanpa tata kelola - democracy without governance, tidak akan menguntungkan rakyat terbanyak.  Tanpa tatakelola rasuah, ketirisan dan penyalahgunaan kuasa akan berleluasa.
Sudah kita ungkapkan demokrasi mesti merangkumi antaranya amalan tatakelola yang baik, negara hukum, sistem pilihanraya yang bebas dan telus, media yang tidak dikongkong pemerintah serta amalan pertanggungjawaban.

Laporan GFI (Global Financial Integrity) menyebut wang haram(gelap) yang mengalir keluar dari Malaysia berjumlah USD291 billion (bersamaan RM888 billion) dari tahun 2000 sehingga 2008.  Amalan demokrasi yang bersertakan tatakelola yang baik pastinya menghalang perkara ini dari berlaku.  Kerana sebuah masyarakat demokratik dan negara hukum menjunjung prinsip ketelusan, tatakelola yang baik dan pertanggungjawaban.
Hanya pada 8 Febuari yang lalu saya membangkitkan isu hutang isi rumah rakyat Malaysia yang kian parah.  Menurut Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010 hutang isi rumah telah mencecah RM577 bilion iaitu bersamaan dengan 74% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Daripada jumlah itu, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion adalah pinjaman peribadi dan RM225 bilion adalah pinjaman perumahan.  Ini menimbulkan dua persoalan besar, pertamanya, pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan yang menjadi sebahagian besar hutang rakyat adalah hutang yang tidak dapat dielakkan, kerana rakyat sekurang-kurangnya memerlukan rumah dan kenderaan.  Kedua, jumlah hutang kredit kad yang ditanggung rakyat adalah terlalu tinggi, dianggarkan berjumlah RM200 bilion yang mungkin menunjukkan rakyat menggunakan kredit kad untuk menanggung perbelanjaan harian

Angka-angka ini menunjukkan prospek yang malap bagi ekonomi negara dan keupayaan rakyat menikmati taraf hidup yang lebih baik, terutamanya apabila kadar gaji tidak meningkat sekian lama. Nisbah 74% "hutang isi rumah dari KDNK" adalah merunsingkan apabila kerajaan juga terus mengumpulkan hutang negara yang telah melebihi kadar 50% dari KDNK buat pertama kali dalam sejarah.  Kadar keberhutangan sebegini bermakna pendapatan boleh belanja rakyat adalah semakin rendah setiap tahun.  Kelemahan pemerintah serta rekayasa mereka untuk melindungi maklumat sebegini dari penelitian umum hanyalah memburukkan keadaan.  Pastinya reaksi yang akan kita dapat hanya lah dalam bentuk penafian semata-mata tanpa sebarang usaha menyelesaikan masalah.

Justeru, kerajaan Selangor memulakan inisiatif dengan memperkenalkan Enakmen misalnya FOI (freedom of information); Enakmen Kebebasan Maklumat 2010 dan pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan(SELCAT).

Pembangunan semula pemikiran Islam Melayu pada abad ini tidaklah boleh menafikan peranan kaum hawa baik di bidang ekonomi mahupun pendidikan.  Laporan khas September 2009, Harvard Business Review menyebut kekuatan ekonomi kaum hawa seluruh dunia adalah lebih besar dari gabungan pasaran negara India dan China.  Jurnal tersebut menganggarkan pada tahun pada tahun 2014, pendapatan kaum hawa seluruh dunia berjumlah USD 14 trillion, sedangkan gabungan Keluaran Dalam Negeri Kasar(GDP) China dan India hanya berjumlah USD 10.4 trillion pada tahun yang sama.

Kekuatan ekonomi sebegini pastinya tidaklah hadir sekelip mata.  Ianya bertunjangkan kemampuan kaum hawa untuk bersaing di sektor awam mahupun swasta.  Ini bermakna pendidikan merupakan sebab utama kekuatan ekonomi serta pendapatan kaum hawa.  Berbekalkan pendidikan, kaum hawa kini mengorak langkah dan malah menguasai beberapa bidang tertentu.  Pastinya kita sudah mendengar nama seperti Indra Noonyi yang kini merupakan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Syarikat Pepsi dan Arianna Huffington, pengasas Huffington Post, laman web berita yang mencabar pemikiran media lama seluruh dunia.

Wanita Muslim juga tidak ketinggalan mengorak langkah berani dan memimpin institusi yang dahulunya sinonim dengan kaum adam.  Saya menyebut beberapa nama seumpama Dr Zeti Akhtar Aziz, kini Gabenor Bank Negara Malaysia dan Shirin Ebadi yang dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 2003.

Rantau ini sebenarnya tidaklah asing dengan pemikiran kaum hawa yang mahu maju dan mempersoal sempadan yang dikenakan ke atas mereka.  Pada tahun 1911, terbitlah sebuah karya yang berjudul Habis Gelap Terbitlah Terang, satu kumpulan surat yang ditulis oleh seorang wanita bernama Raden Adjeng Kartini.

Akhir sekali, ulamak dan pemikir terkenal Islam dewasa ini Sheikh Taha Jabir al-Alwani mempunya pandangan yang menarik tentang peranan Alam Melayu dewasa ini.  Bangsa-bangsa lain telah memainkan peranan dalam sejarah dalam mencipta tamadun Islam. Bangsa Arab, Turki dan Parsi telah mendapat peluang masing-masing. Hanya Alam Melayu belum mempunyai waktunya dalam sejarah untuk mencipta tamadun yang gemilang.

Tetapi setelah berdampingan rapat dengan Kuala Lumpur hampir dua dekad yang lalu beliau berkeyakinan giliran Alam Melayu untuk memainkan peranan kepimpinan untuk dunia Islam sudah tiba.  Kebangkitan Asia membuka ruang yang besar bagi Alam Melayu.  Kita perlu menggembeling tenaga masyarakat ilmuan untuk membebaskan masyarakat kita dari pelbagai kezaliman.  Golongan intelektual kita tidak boleh bersikap masa bodoh atau pasif terhadap penderitaan umat.  Edmund Burke berkata "All that is necessary for the triumph of evil is that good men do nothing."

Dalam sistem yang bobrok, kejahatan pasti menang lantaran orang yang baik terlalu laih dan longlai serta enggan mencabar "The Forces of Evil."  Maka perasuah akan bermaharajalela. Pembebasan umat dari kezaliman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah landasan bagi umat Melayu untuk membangun sumbangan ketamadunan.  Inilah masanya kita mencipta sejarah.

*Ucaptama Azmin Ali selaku ahli parlimen Gombak, ADUN Bukit Antarabangsa dan Timbalan Presiden PKR di Seminar Pembangunan Semula Pemikiran Islam Melayu, anjuran Yayasan Selangor dan Institut Kajian Dasar di Hotel Singgahsana,Petaling Jaya.