Sabtu, 12 Februari 2011

Ketua Bahagian Umno Anjur Maksiat?

SAYA sangat berharap maklumat yang sampai kepada saya ini tidak betul. Biarlah ianya akan dinafikan oleh pihak berkenaan selepas ini. Ataupun kalau ianya betul pihak berwajib di Kelantan hendaklah ambil tindakan.

Kita dan sesiapa saja tidak akan bersetuju dan merelakan apa yang dilaporkan ini berlaku. Ia bukan saja tidak manis, tetapi akan menyebabkan semua orang terpalit dengan dosa dan noda.


Ceritanya begini...

Sebuah rumah (mungkin rumah rihat) seorang ketua bahagian Umno telah dijadikan sarang maksiat. Katanya dalam rumah itu menjadi tempat perjudian, karoake dan lebih mendukacitakan ia menjadi tempat persinggahan perempuan di waktu malam.

Kalau setakat berjudi, main teruk atau pakau dan berkaroake berduet antara jantan dan perempuan tidak masalah. Tetapi ada kegiatan yang lebih dahsyat dari itu .. pelacuran!

Pihak penguasa tempat mengetahui hal berkenaan. Tetapi tidak berjaya untuk membenteraskannya. Katanya ketua Umno bahagian berkenaan cukup kebal melindungi rumah rihat berkenaan.

Baru-baru ini rumah rihat berkenaan sudah pun diserbu oleh pihak berkuasa. Semasa serbuan itu dibuat ditemui seorang lelaki sedang berasmara dana dengan seorang perempuan.

Rumah berkenaan katanya dikhaskan kepada ahli-ahli dan Vip saja dan orang biasa tidak dibenarkan masuk.

Sekiranya maklumat ini benar sangatlah diharap pihak berkuasa polis, penguatkuasa agama atau pun Pasukan Anti Dadah (AADK) perlu bertindak tegas. Bukan saja setakat membuat serbuan tetapi rumah berkenaan perlu dipantau sepanjang masa.

Ingatlah kalau Tuhan menurunkan bala ke atas sesebuah kampung dan negeri itu ia bukan saja tertimpa atas batu jemala mereka yang melakukannya, tetapi turut terpalit kepada seluruh penduduk kampung dan negeri berkenaan. Weiiiiii..... jangan lari!/mso

'Mesir and Medan Tahrir!' AMARAN BUAT BN UMNO

'Mesir and Medan Tahrir!'

Justeru, jangan terkejut jika tiba-tiba atas arahan perdana menteri ataupun polis yang 'bebas', tiupan angin yang berwajib mungkin kembali mencantas 'lalang' lagi.

Namun kini, taktik sedemikian jauh sekali akan meredakan tentangan terhadap Najib dan BN, sebaliknya ia mungkin menyemarakkan api dalam sekam, membakar kebangkitan ala Mesir yang cuba dihindari pihak kerajaan.

Di zaman komunikasi segera dan alam maya internet, propaganda dan kawalan berita tidak lagi berkesan. Agak susah untuk pihak berkuasa menakutkan rakyat hanya dengan propaganda.

protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur crowd 1Wujudnya rangkaian sosial juga memungkinkan rakyat untuk menjana kebangkitan di peringkat akar umbi, walaupun tanpa arahan pimpinan. Apatah lagi jika pimpinan mereka dipenjarakan, akan marak lagilah semangat kebangkitan.

Lebih-lebih lagi dengan rakyat yang dipaksa mengikat perut masa ekonomi gawat, dibayangi kroni korporat dan golongan elit BN yang masih hidup dalam kemewahan atas duit rakyat, situasi terkini memang agak rapuh sekali.

Jika ada lagi 'cantasan' lalang, ia mungkin menjadi percikan api yang menyalakan sekam amarah rakyat.

"Mesir dan medan Tahrir!" patut menjadi amaran kepada BN, dan juga laungan perjuangan rakyat. Ubah haluan sekarang, jika tidak mahu diubah landaan badai melintang.

Salam Kaherah Untuk Kuala Lumpur

Oleh Mohd Sayuti Omar
SEMALAM kita menyaksikan satu lagi kemenangan kuasa rakyat dan lumatnya kuasa manusia berteraskan kepada nafsu amarah, apabila Presiden Hosni Mubarak,82 di Mesir jatuh. Selepas 17 hari rakyat Mesir bangkit menentangnya akhir Mubarak tidak mampu bertahan dan terpaksa akur dengan desakan rakyat. Beliau dan anak beranaknya kini dalam perjalanan melarikan diri.


Biasalah dunia diktator sewaktu berkuasa tegak megah atas singgahsana tetapi bila kuasa sudah menghujung mereka akan melarikan diri. Kediaman terbaik untuk mereka ialah di negara ketiga yang sedia memberi suaka politik.

Banyak tafsir lain yang boleh dilihat dengan kejatuhan Hosni Mubarak itu. Ia mengesahkan bahawa kekuasaan, kekayaan dan kekejaman seseorang itu tidak akan kekal dan selamanya menjadi tongkat langit kehidupannya. Ia sebenarnya rapuh apabila rakyat hilang sabar dan bangkit berarak dan menentangnya.

Kekayaan seseorang itu memiliki harta berbillion juga tidak menjamin kedudukan dan kuasanya akan kekal. Apabila rakyat sudah berang dan tidak ada kasih dan simpati lagi biarlah sebesar mana diktator itu ianya akhirnya akan tumbang dan rebah juga.

Diktator boleh bertahan selagi rakyat merasa takut dengan ugutan dan kekejaman dilakukan. Tetapi sampai bila? Ia tidak akan kekal sebab apabila rakyat berpengetahuan dan arif mengenali hak-hak mereka, rakyat sedia merempuh apa saja hatta menggadaikan nyawa dan harta.

Di sini menunjukkan kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Rakyat boleh mengubah apa yang mereka tidak suka, melawan cengkaman dan kerakusan dilakukan ke atas mereka. Justeru jangan main dengan rakyat. Dalam konteks negara Malaysia, rakyat juga mempunyai kuasa dan kekeramatannya tersendiri.

Rakyat kita sebenarnya bukan lemah atau tidak tahu bertindak membela hak dan kuasa mereka. Di Malaysia rakyat juga sudah sedia, tetapi tindakan mereka lebih diplomasi dan berlemah lembut. Atau dalam kata lain kemarahan rakyat ke atas beberapa tindak tanduk pemerintah masih belum matang. Apabila ia sudah matang kelak pasti apa yang berlaku di Mesir itu akan turut sama merebak dan 'memborak' ke negara ini.

Ia berbeza dengan rakyat Mesir yang sudah lama menyimpan dendam terhadap pemerintah diktator atau bersifat anarki. Kesedaran rakyat bahawa mereka bukan selama hamba orang kaya sudah mula menyerlah. Akan sampai satu masa rakyat akan membenci kepada kerakusan atau sifat munafik orang politik.

Perjuangan yang digerakkan oleh Ikhwan Muslim (IM) menerusi pelbagai saluran dan kesempatan telah melata kepada rakyat. Apa yang dibawa oleh IM ialah keadilan sosial. Nampak itu tidak dipedulikan oleh kerajan autoritarian Mubarak menyebabkan berlaku apa yang berlaku.

Atas kejayaan rakyat Mesir itu seluruh dunia bergembira. Semua pihak yang anti kezaliman dan kerakusan meraikan kemenangan itu. Bukan saja rakyat Mesir merasa bahagia dan seronok atas kejatuhan diktator itu tetapi semua kaum tertindas di mana-mana negara juga turut merasa kegembiraan dan kupasan atas apa yang berlaku.

Tidak terkecuali wap demikian juga turut sama dirasai di negara ini. Setiap dari kita yang tidak suka kepada penindasan, kronisme, penyalahgunaan kuasa, pemilikkan kuasa melebihi hak menerima kejayaan rakyat Mesir menumbangkan Mubarak itu sebagia cendermata untuk rakyat di sini. Manakala bagi rakyat Mesir dengan jatuhnya diktator Mubarak sebagai tibanya sinar baru buat mereka. Semalam seolah-olah rakyat Mesir baru mencapai kemerdekaan.

Perubahan di Mesir itu merupakan salam Kaherah untuk Kuala Lumpur.

Tidak siapa dapat menyekat apa yang berlaku di Mesir atau Tunisia itu. Kita tidak boleh memberi keyakinan bahawa negara kita tidak berkeadaan sama seperti negara berkenaan. Benar rakyat negara ini mewah tetapi dari beberapa sudut lain kedudukan negara kita lebih malang daripada Mesir itu sendiri.

Negara kita dianugerahkan Allah dengan perbagai sumber dan hasil bumi. Kita ada getah, sawit, minyak, biji timah, emas dan sebagainya. Kekayaan yang dikaut dari sumber itu sudah cukup untuk membiaya rakyat negara ini seramai 37 juta. Namun kerana ada ketirisan, ketidak telusan dalam mengurus dan tatacara kendali kekayaan menyebabkan kekayaan itu tidak tumpah kepada rakyat. Sebab itu masih ada rakyat dikelaskan dalam miskin tegar atau dibawah paras kemiskinan seperti mana digariskan oleh PBB.

Kenapa Umno sibuk melakukan transformasi kini ialah kerana Umno sudah sampai ke peringkat macam Hosni Mubarak. Sudah ada pemimpin Umno yang lebih obses mengumpul kekayaan diri dan kronis berbanding dengan kepedulian kepada rakyat. Kerana fenomena itulah maka Umno dan UBN kehilangan kuasa majoriti di parlimen. Ini realiti bukan ilusi.

Soalnya kini apakah Umno sudah benar memulihkan keadaan. Umno memalingkan muka mereka kepada rakyat. Nampaknya Umno masih tercari-cari momentum untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti itu seperti 40 tahun lalu.

Sedar atau tidak rakyat negara ini pernah menentang diktator yang tercitpa menerusi Umno. Tahun 1998 rakyat pernah keluar beramai-ramai di jalan raya meminta bekas PM Dr Mahathir Mohamad berundur. Apakah maksud desakan rakyat tempoh hari. Ia bukan saja setakat kerana tindakan Mahathir memecat Anwar tetapi sudah timbul berbibit atau bunga-bunga diktator yang diamalkan oleh Mahathir.

Ramai orang tidak perasaan kebangkitan rakyat 12 tahun lalu sudah berjaya menjatuhkan individu diktator dicipta oleh Umno. Perletakan jawatan oleh Mahathir ialah kerana demonstrasi. Kalau beliau masih berdegil seperti Hosni Mubarak mungkin juga beliau akan membawa bantal dan selimut waktu malam. Di sini Mahathir bernasib baik dan lebih cerdik daripada Hosni Mubarak. Mahathir mengaku secara diplomasi di atas pentas di PWTC sebelum rakyat menyerang rumahnya. Beliau telah apolegetik kepada rakyat dengan tangisan dan air mata.

Rakyat negara jangan sedap duduk. Jangan ingat diktator kecil Malaysia sudah tidak ada lagi maka kekejaman dan kezaliman tidak berlaku. Beliau masih juga bersuara memberi rangsangan kepada pemerintah hari ini agar meneruskan kekejaman diamalkannya. Kepada saya kronisme adalah juga bentuk diktator.

Hanya satu saja untuk memastikan negara ini bebas dari pemerintah diktator ialah dengan membuang instrumen yang mencipta para diktator. Selagi instrumen itu tidak dibuang atau dileburkan maka orang-orang seperti Hosni Mubarak itu akan terus berkeliaran dan bergentayangan di negara ini. Mungkin ia tidak mudah dilihat kerana ia memakai topeng berbeza dengan Hosni Mubarak

Merlimau Mau PAS : Kuliah Subuh Tuan Guru Nik Aziz Di Kubu Kuat Ali Rustam

Oleh: addin_77

"Alhamdullillah, pada pagi tadi di Markas PAS Paya Dalam, buat julung-julung kalinya Tuan Guru Nik Aziz memberi kuliah subuh kepada jemaah di sekitar Paya Dalam terletak di Parlimen Bukit Katil, Melaka. Kuliah Subuh ini diadakan ekoran program turun padang Tuan Guru Nik Aziz ke DUN Merlimau. Jemaah yang hadir pada sesi kuliah subuh tadi ramai hingga memenuhi keseluruhan ruang di dalam markas.

Dalam kuliahnya Tuan Guru Nik Aziz menyeru supaya jemaah tidak lalai dalam mendirikan solat. Ini kerana sesiapa yang mendirikan solat dalam keadaan lalai akan masuk neraka. Lalai yang dimaksudkan ialah melewat-lewatkan dalam mendirikan solat serta tidak khusyuk.

Tuan Guru Nik Aziz juga menjelaskan, Al-Quran adalah kayu ukur iaitu panduan hidup seluruh umat manusia. Walaupun terdapat pelbagi idea dan pendapat namun Al-Quran patut perlu diutamakan. Sebelum kewafatan Rasulullah S.A.W, baginda telah berpesan bahawa umat manusia tidak akan sesat selagi mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.W.

Tuan Guru Nik Aziz menekankan bahawa, segala urusan dunia termasuklah berpolitik perlulah berpandukan Al-Quran dan Sunnah untuk mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Jika tidak, Allah S.W.T menjanjikan seksaan yang pedih pada mereka yang ingkar.

Tuan Guru juga menyeru semua untuk mengumpulkan sebanyak-banyaknya  pahala sebelum bertemu dengan Allah S.W.T. Pahala hanya boleh diperolehi dari Allah S.W.T. dengan berbuat 'amal makruf, nahi mungkar'. Di akhir kuliahnya, Tuan Guru menyarankan semua yang hadir menjaga solat dengan sebaiknya supaya diterima oleh Allah S.W.T, kerana solat adalah perkara yang pertama dihisab di akhirat kelak. Jikalau solat melepasi hisab yang pertama nescaya yang lain akan menuruti.

Seperti kebiasaan gangguan dari pihak luar pasti ada di dalam program anjuran PAS. Addin dapati beberapa kenderaan yang mencurigakan mundar mundir di hadapan markas termasuklah kereta peronda Polis dari Tiang Dua. Teringat kata-kata para alim, 'golongan baik dan jahat sampai kiamat pun tidak boleh bersama'..

Imbasan 1987 : Operasi Lalang Rejim Mahathir

Oleh Anak Reformasi
Operasi Lalang atau Weeding Operation, atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh Polis Di Raja Malaysia bersama-sama Kementerian Dalam Negeri.

Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah tahanan ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Isu-isu sensitif diperkatakan dalam surat khabar Cina dan dibalas dengan surat khabar berbahasa Melayu. Isu-isu yang mencetuskan Peritiwa 13 Mei berulang semula seperti:

1) Lee Kim Sai antara lain menyatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.

2)
Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiau Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain.

3)
Pemimpin MCA, Gerakan, DAP dan Dong Jiao Zong telah sepakat mempertahankan 'stail' pendidikan sekolah Cina.

4) Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiau Zong telah berhimnpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. Mereka mencadangkan murid-murid boikot sekolah ini selama 3 hari.

TAHANAN ISA
Antara mereka yang ditahan ialah :

Lim Kit Siang - ketua pembangkang dan Setiausaha Agung DAP
Chandra Muzaffar - Presiden ALIRAN
Karpal Singh - Timbalan Pengerusi DAP
Dato' Lim Kim Sai - Timbalan Presiden MCA
Chan Kit Chee - Ketua Perak
Kua Kia Song - Dong Jiau Zong
Lim Fong Seng - Pengerusi (Chinese Education Assosations)
Halim Arshat - Ketua Pemuda PAS
Ibrahim Ali - Ahli Parlimen Pasir Mas, UMNO
Mohamed Fahmi Ibrahim - Pemuda Pengerusi Pendidikan UMNO.
Walaupun kebanyakan tahananan telah dibebaskan sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, 40 orang telah dikeluarkan perintah penahanan dua tahun. Ini termasuk Lim Kit Siang dan Karpal Singh, 5 pemimpin parti DAP , beberapa pemimpin PAS dan ramai aktivis sosial.
Perhimpunan di Stadium TPCA sebelum Operasi Lalang

KETIDAK ADILAN OPS LALANG 1987

Operasi Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas.

Sebaliknya pemimpin pembangkang yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting Taiping selama 2 tahun atau lebih.

Tahanan politik ini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara, sama ada orang itu bersalah atau tidak.

Malaysia telah mendapat kritikan di peringkat antarabangsa pada ketika itu.

Ramai yang percaya ISA bertentagan dengan Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan al Quran sendiri.
Ironinya, Amerika Syarikat juga telah mencipta Akta Patriot yang menyerupai ISA dan menahan tahanan di Kem Guantanamo Bay, Cuba.

Ku Li dan Mahathir - Pencetus OPS Lalang 1987
Rais Yatim dari Semangat 46 turut hadir

Pada bulan April 1987 adalah persaingan sengit antara kem Mahathir - Tengku Razaleigh di mana Mahathir hanya mendapat majoriti 3 undi sahaja. Jadi Operasi Lalang dikatakan sebagai helah mengalihkan isu sebenar.

Sumber : Klik

Ku Li dan Mahathir - Pencetus OPS Lalang 1987

Pada bulan April 1987 adalah persaingan sengit antara kem Mahathir - Tengku Razaleigh di mana Mahathir hanya mendapat majoriti 3 undi sahaja. Jadi Operasi Lalang dikatakan sebagai helah mengalihkan isu sebenar.

Kini hal yang sama kembali lagi, KUALA LUMPUR 14 Jun – Kumpulan militan, Jemaah Islamiah (JI) warga asing kini dikesan aktif cuba menghidupkan kembali perjuangan mereka dengan merekrut golongan remaja di negara ini termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Sebaik melihat aksi demo dan kemarahan umat Islam seluruh negara, wakil zionis dan sekutu barat di negara ini segera mendapat arahan dan perintah untuk menutup isu ini dari menjadi berita sensasi umat Islam negara ini dan "pengalihan isu" perlu dibuat dengan segera yang dapat memadamkan dan mematahkan kembali semangat jihad umat Islam tanahair.

Maka terbitlah semula isu JI yang sudah lama dilupakan orang.

Pihak yang menjadi proksi zionis didapati terpaksa menghidupkan semula isu murahan ini dan kita tidak hairan jika selepas ini berlaku beberapa insiden kecil yang digerak cipta (dirancang) oleh pihak zionis yang menyamar sebagai "pejuang Islam" untuk melakukan aktviti terorisme agar orang ramai mencemuh dan menjauhi sebarang usaha ke arah jihad menentang barat dan Zionis.

Inilah perang saraf dan penipuan terhadap masyarakat yang sangat licik dan jahat

Umat Islam akan dibiarkan bergaduh, berselisih dan sibuk mengurus kucar-kacir yang ditaja oleh Zionis di dalam negara mereka sendiri sehingga mereka lupa dan tidak mampu untuk berfikir tentang masalah umat Islam di Palestin dan lain-lain.

Media, suratkhabar, televisyen, wartawan semuanya tiada yang bebas sebaliknya dikawal dan ditentukan tajuk headline (tajuk utama) oleh pihak tertentu di dalam negara dan apa yang akan dipaparkan dan perlu disembunyikan semuanya adalah mengikut arahan pihak atasan. Hal itu bukanlah suatu rahsia tetapi ramai yang masih jahil dan tidak mengetahui apakah kesannya.

Kawalan minda dan masyarakat, itulah hasilnya apabila masyarakat dikawal dan dipaksa menuruti sistem yang telah sedia ada dan anda akan beroleh apa yang anda mahu dengan syarat memintanya melalui sistem. Seorang yang sakit tidak akan dirawat jika tidak mempunyai wang atau jika ke hospital kerajaan maka surat beranak atau kad pengenalan sebagai bukti bahawa anda adalah warga yang tunduk kepada sistem dan undang-undang pendaftaran.

Tanpa keduanya, rawatan tidak akan diberikan atau jika diberi hanya kerana belas kasihan dan budi bicara. Pendidikan, perkhidmatan memerlukan anda menjadi warga yang patut kepada undang-undang, surat nikah (ada kanak-kanak yang tidak dapat bersekolah dan menerima pendidikan kerana ibubapa tidak memiliki surat nikah), surat beranak, surat itu ini dan jangan lupa wang ringgit yang kerananya manusia sanggup melakukan apa sahaja kerja dan tugasan walau tidak disukainya.

Kita menjadi hamba dunia dan sistem yang dipaksakan ke atas kita semenjak lahir.

Persoalannya, apakah anda sedar semua hal ini? baik ianya untuk kebaikan kita sendiri atau ianya telah dipergunakan oleh zionis selama ini bagi menjayakan kempen-kempen mereka menjajah dunia ianya terpulang kepada bagaimana cara anda berfikir.

Permintaan saya cuma satu, jadilah manusia yang berfikir dan melakukan kebaikan walaupun anda tidak mahu beriman kepada Al-Quran dan As-sunnah. Usahlah mengikut telunjuk dan cakap pihak barat dan zonis wahai rakyat dan pemimpin negaraku.

Wallahu'alam.

Perjuangan menegakkan bangsa (assobiah) adalah perjuangan kaum jahiliah (Siri 2)

Oleh: Kalambatu

"Oleh kerana fakih baru beberapa minggu lepas menulis berkaitan dengan assobiah ini, ada baiknya, fakih memberi sedikit pandangan tentang artikel yang dihantar oleh lumina berkaitan dengan Asobiyyah. Seperti yang Fakih sedar, Fakih bukanlah orang yang berilmu untuk menghuraikan sepenuhnya isu ini, memadai sekadar memberi pendapat untuk dikongsi bersama sesuai dengan maksud berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Yang pasti Ustaz Zamri Hashim lebih berilmu kerana dia bergelar Ustaz tetapi fakih tidak.

Pada dasarnya, apa yang ditulis dalam artikel itu benar, terutama dari maksud hadith-hadith Nabi Muhammad saw. Tinggal lagi huraiannya tidak mencukupi atau tidak lengkap atau mungkin telah diputarbelit (edit) untuk disesuaikan dengan maksud. Seperti yang fakih jelaskan sebelum ini assobiah dikaitkan dengan kezaliman; iaitu samada perlakuan itu zalim atau tidak zalim. Kalau tidak zalim bukanlah assobiah. Tiada perselisihan pendapat disini. Tetapi cuba kita perhalusi maksud penyiaran isu assobiah dilaman web berkenaan. Ini bukan buruk sangka tetapi cuba mencari kebenaran. Tiap tiap sesuatu itu ada tujuannya. Kita sedia maklum sikap dan arah tuju pendokong laman web berkenaan.

Dengan yang demikian izinkan fakih membuat suatu hipotisis bahawa pendokong laman web ini dan para pemimpin parti yang berkenaan berpendapat, serta yakin dan percaya bahawa assobiah yang mereka perjuangkan tidak salah disisi Allah. Mari kita lihat samada kepercayaan mereka itu benar atau sebaliknya.

Assobiah itu adalah dimana suatu puak atau suku bangsa berlaku zalim terhadap puak, suku bangsa yang lain. Adakah puak mereka berlaku zalim terhadap puak yang lain? Mereka akan jawab tidak! TETAPI Kenyataan yang tidak boleh mereka nafikan adalah sebaliknya. Contonya, parti mereka berlaku zalim terhadap parti yang lain terutamanya PAS dimana mereka selalu sahaja membuat tohmahan terhadap PAS didalam media penyiaran yang mereka kawal tanpa memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin PAS untuk menjawab tohmahan tersebut melalui media yang sama. Bukankah ini zalim?

Mereka membuat fitnah bahawa sesiapa yang mengundi PAS masuk Syurga sedangkan tidak ada bukti pada mana-mana pemimpin PAS yang berkata demikian. Ia adalah suatu persepsi semata-mata yang dibuat oleh mereka sendiri apabila ada para ulama lebih-lebih lagi yang menyokong perjuangan PAS dalam menghuraikan beberapa ayat-ayat al-quran, menjurus kepada kesimpulan bahawa orang Islam yang tidak mengundi untuk calun PAS sebaliknya mengundi calun dari parti BN boleh menjejaskan akidahnya sebagai seorang Islam. Mereka tidak mahu menerima hakikat ini dan menuduh ulamak PAS membawa ajaran sesat. Insya’ allah fakih akan cuba menghuraikan isu ini dimasa akan datang dengan izin Allah.

Kesimpulan yang dibuat oleh para ulamak tersebut ada kebenarannya, apatah lagi sekiranya fatwa yang dikeluarkan oleh para ’alim ulama seluruh Indonesia mengenai pilihan raya umum: setelah mereka bermuzakaran selama 5 hari dari 27 Rejab hingga 1 Sya’ban 1372 bersamaan dengan 11-15hb April 1953, difahami betul-betul. Sedarilah bahawa fatwa yang mereka keluarkan itu, 3 tahun sebelum Tanah Melayu (Malaysia) mendapat kemerdekaannya. Fahamilah juga bahawa fatwa yang dikeluarkan itu bukan khusus untuk rakyat Indonesia.

Contoh pertama, mereka tidak memberi hak untuk pemimpin-pemimpin PAS membela diri atas tohmahan yang mereka lemparkan. Contoh kedua, mereka menyebarkan fitnah dengan mengatakan sesiapa yang mengundi PAS masuk syurga. Bukankah ini tidak menzalimi puak lain seperti yang mereka fahami. Tak cukup dengan 2 contoh diatas, fakih beri lagi satu contoh kezaliman yang mereka buat, suatu kezaliman yang sangat besar iaitu merampas hak rakyat Kelantan atas subsidi minyak yang sepatutnya mereka terima. Tak cukup lagi kezaliman mereka? Nah, kezaliman mereka merampas kerajaan Negeri Perak yang telah diberi amanah oleh Rakyat Perak untuk mentadbir negeri melalui pilihan raya yang disepakati bersama. Adakah mereka menafikan contoh-contoh diatas bukan suatu tindakan yang zalim?

Sekiranya demikianlah sikap mereka, kita rujuk kepada pandangan hujjatul Islam al-imam al-Ghazali r.h. ” Golongan yang mempercayai bahawa akhlak atau perlakuan yang keji merupakan satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh manusia yang akhirnya, akhlak yang keji itu dianggap benar adalah golongan manusia yang fasiq.

Dan Allah menjelaskan siapa orang fasik melalui berfirmannya yang termaktub dalam surah al-ma’idah ayat 47 mafhumnya; ”Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” Fahami betul-betul firman Allah ini. Jangan pulak kata..”Ah... ini untuk kitab Injil ... bukan al-Quran...” Dimana kesudahannya orang fasik? Jawablah sendiri.

Kita kembali kepada penulisan Ustaz Zamri Hashim dimana beliau menulis; ”Adapun tentang kecintaan terhadap sesuatu bangsa, Rasulullah s.a.w. sendiri ada menegaskan mengenai kecintaan terhadap bangsa Arab sebagaimana dalam hadith:

“Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan. (Imam Al-Hakim berkata:Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.)

Fakih mengakui pernah mendengar hadith ini dan fakih mengakui kebenarannya berdasarkan kepada apa yang berlaku kepada ayah kepada bapa mertua fakih yang sangat mencintai bangsa Arab semasa dalam perjalanan menunaikan fardhu haji. Tidak perlu fakih ceritakan apa yang berlaku kerana ditakuti akan menimbulkan fitnah disebabkan kejahilan manusia itu sendiri.

Kita perlu sedar bahwa hadith ini khusus untuk bangsa Arab sahaja bukan ditujukan untuk bangsa yang lain. Cuba kita tukar bangsa Arab kepada bangsa Melayu atau bangsa lain maka ia akan berbunyi;

“Kecintaan terhadap bangsa Melayu itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan”...

“Kecintaan terhadap bangsa China itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan”...

“Kecintaan terhadap bangsa Yahudi itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan”... Hanya orang jahil yang akan mempertahankan kenyataan-kenyataan seperti ini. Sebab itu hadith ini tidak dicatat oleh Imam Bukhari atau Imam Muslim dalam sahih mereka. Wallahu’alam.

Lihat pula kenyataan ini; ”Dapat difahami sayang kepada bangsa sendiri iaitu bangsa melayu yang di amanahkan pula oleh Allah untuk menerajui islam di negara ini........” Mana ada nas yang menyatakan Allah mengamanahkan orang Melayu menerajui islam dinegara ini? Berapa puluhan ribu orang Melayu yang murtad kerana memohon untuk murtad dan berapa rapai pulak yang murtad tanpa disedari kerana kejahilan mereka sendiri. ” ....... tanpa melakukan penindasan kepada bangsa-bangsa lain adalah tidak di larang”. Tidak menindas bangsa-bangsa lain?

Bagaimana pula penindasan mereka terhadap suku bangsa mereka sendiri yang berugama Islam dan memperjuangkan Islam sebagaimana yang dihuraikan diatas. Sebab itu fakih khuatir, kenyataan Ustaz Zamri telah diputarbelit atau berlaku kesilapan yang tidak disengajakan.

Oleh yang demikian, ketepikan assobiah. Selagi nyawa dibadan selagi itulah Allah memberi kesempatan kepada kita untuk bertaubat. Berkerjasamalah atas dasar Islam yang tidak mengira bangsa, darjat dan warna kulit. Semua manusia itu sama. Yang membezakan manusia hanyalah siapa yang lebih bertaqwa kepada Allah. Wallahu’alam."

Mohon Doa YB Kuala Pilah... Tapi YB Lain Pulak Yang Padam...

Adusssss.... pening kepala Najib... pening kepala pemimpin2 Pakatan Rakyat.... mana mau cari dana pilihanraya nih.... tension.. tension... kah..kah..kah...

Hari tu.. tengah sibuk2 persiapan untuk PRK Tenang.... kat Merlimau padam... sekarang ini tengah syok nak perhebat kat PRK Merlimau... di Kerdau pulak padam....

Nanti tengah dok syok untuk PRK Kerdau... kat Pekan pulak padam... harap masin mulut gua.... wakakakaaaaa...........

Baru jer... dua tiga hari lepas gua buat posting entry ini, gua harapkan YB Kuala Pilah yang padam... rupanya lain pulak jadinya... nasib lu oranglah wahai ahli2 politik oooiiiiii....

Yang mana betul2 berjasa berkhidmat kepada rakyat dengan jujur... selamat dunia akhirat moga Allah mencucuri RahmatNYA kepada lu orang, kepada yang menjadi wakil rakyat atas kepentingan peribadi dan syok sendiri... mampus lu orang lah nak berjawap dalam kubur... sementara nak menunggu kena belasah lagi di akhirat... sendiri mau ingatlah... siapa suruh main2 dengan amanah rakyat.... 

Innalillah... buat semua dan Al Fatihah buat Kerdau... ISA


Sumber mStar.

NIAT: Interlok tak penuhi kriteria, wajar ditarik balik


KUALA LUMPUR, 12 Feb – Pertubuhan bukan kerajaan dan parti-parti politik mewakili masyarakat India terus menggesa Putrajaya agar menarik balik penggunaan novel Interlok walaupun Kabinet memutuskan ia akan terus digunakan dengan dibuat beberapa pindaan.
Pendirian tegas ini dicapai pada satu pertemuan dua jam yang diadakan di sini hari ini.
Akhir bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah.
Pengerusi Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim berkata, pertemuan petang ini memutuskan bahawa novel tersebut sama sekali tidak sesuai untuk digunakan sebagai teks sastera sekolah.
“Hasil pertemuan hari ini kami akan menyerahkan memorandum 17 halaman kepada perdana menteri dan timbalan perdana menteri pada Rabu depan... menekankan bahawa Interlok tidak sesuai bagi pelajar sekolah, dan mahu ia digantikan dengan novel lain yang sesuai,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
“Sebenarnya, penggunaan novel Interlok akan memudaratkan lagi keadaan, bukannya menyemai semangat perpaduan di kalangan pelbagai kaum sebagaimana didakwa sesetengah pihak,” kata beliau.
Pertemuan itu dihadiri sekitar 60 pemimpin mewakil parti-parti politik MIC, DAP, Parti Progresif Rakyat (PPP) dan PKR.
“Kami mendapati novel ini tidak memenuhi enam kriteria yang telah pun ditentukan oleh jabatan sastera, jadi bagaimana ia dipilih sebagai novel yang sesuai untuk sekolah, kami pun hairan,” kata beliau lagi.
Malah kata beliau, ini bukan kali pertama novel yang pernah memenangi hadiah sastera ditarik balik daripada digunakan di sekolah dan pusat pengajian tinggi.
“Jadi kami merasakan tiada masalah jika ditarik balik daripada digunakan di sekolah,” katanya lagi.
Thasleem juga berkata, novel Interlok edisi pelajar juga telah diubahsuai berbanding kandungan asal yang ada di pasaran.
“Suntingan pada edisi pelajar telah mengeluarkan bahagian-bahagian yang boleh menyinggung orang Melayu, tetapi bahagian yang menyinggung orang India tertinggal, malah ada juga elemen yang boleh memupuk perpaduan kaum dikeluarkan.
“Misalnya, ada ayat bahawa masjid dan kuil ada bersebelahan, tetapi perkara sebegini yang baik untuk menyemai kesedaran di kalangan pelajar telah dikeluarkan. Pada keseluruhannya, kami merasakan novel ini tidak sesuai untuk digunakan sebagai teks sastera,” kata beliau Thasleem.
Dalam satu kenyataan pada 27 Januari lalu, Muhyiddin berkata, novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian tertentu.
Bagaimanapun keputusan itu tidak dipersetujui oleh Persatuan Penulis Nasional (Pena) yang mahu Interlok dikekalkan tanpa membuat sebarang pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.
Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi kontrovesri kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.
Muhyiddin berkata satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.
“Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik,” kata Muhyiddin itu.
Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini.
Panel bebas untuk mengkaji pindaan pada Interlok akan mengadakan pertemuan pertama mereka Rabu ini.
Rabu lalu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, panel itu akan mengkaji bentuk pindaan yang sesuai dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan dalam masa terdekat.
“Panel bebas itu dianggotai lapan orang terdiri daripada pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan, wakil Dewan Bahasa dan Pustaka serta wakil masyarakat India,” katanya.

Prk Merlimau: PAS tak tolak letak calon wanita lagi

PAS mungkin meletakkan wanita dalam senarai calon mereka pada pilihan raya kecil kawasan dewan undangan negeri (DUN) Merlimau.

Naib presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kekalahan PAS pada pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari lalu dengan meletakkan calon wanita tidak sesekali menggoyahkan hasrat parti itu untuk mempertaruhkan calon wanita untuk bertanding di Merlimau nanti.

salehuddin ayub, vice president pas"Faktor kekalahan dan juga kemenangan bukanlah bergantung kepada jantina kerana yang penting adalah komitmen calon untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian markas induk PAS DUN Merlimau oleh mursyidul am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Taman Muhibbah, di Melaka.

Menurut Salahuddin, tidak kira wanita atau lelaki, PAS akan menurunkan calon-calon yang pastinya boleh membawa kepada perubahan kepada DUN Merlimau.

"Seperti yang dipersetujui Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meletakkan calon PAS bagi bertanding dalam PRK DUN Merlimau, jadi calon-calon yang akan kami turunkan pastinya sesuatu yang beri pembaharuan dalam PRK dan DUN Merlimau.

azlan"Kita tunggu mesyuarat PAS pusat esok dan pengumuman mengenai siapa calon sebenar akan dibuat dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.

"Saya yakin pengumuman itu akan dibuat di Merlimau," katanya.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.

DUN Merlimau mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.

Haram Hari Kekasih: Cukupkah sekadar khutbah

Keluh kesah dari kemelut isu sambutan “hari kekasih” – velantine’s day kini sebenarnya tidak habis-habis diperkatakan oleh pencinta peradaban akhlak Islamiyah serta masyarakat bertamadun dan berbudi luhur saban tahun, terutamanya bila hampir tiba 14 Februari.
Sebenarnya seluruh masyarakat dapat melihat sendiri semua program dan aktiviti pengisian dalam menyambut hari tersebut tanpa diragui terungkap dalam prasa-prasa berikut; “gaya hidup tidak sihat”;”kegiatan tidak bermoral”;”budaya bercanggah dengan akhlak Islamiyah”;”acara-acara mengundang dosa”;”pesta-pesta maksiat”;”karnival minum arak dan seks bebas”; dan pada tahun lepas popular dengan “hari remaja wanita tidak digalakkan memakai seluar dalam – pantiless”; serta pelbagai tindakan berseronok menurut nafsu serakah yang tidak dapat diterima oleh masyarakat bertamadun yang mengutamakan peradaban, ketinggian moral dan akhlak mulia serta berbudi luhur.
Sepatutnya sudah mencukupi saranan Allah s.w.t pada surah an-Nur: ayat 21, bagi umat Islam yang benar-benar memahami dan menghayati firmanNya itu yang bernaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu turut langkah-langkah Syaitan. Sesiapa yang menurut langkah-langkah Syaitan itu, maka sesungguhnya ia menyuruh berbuat keji dan mungkar.”
Oleh itu timbullah pelbagai gesaan demi gesaan, ingatan demi ingatan dari kalangan NGO-NGO yang prihatin dan pelbagai pihak yang cintakan Islam yang sudah merasakan sebu dan berdosa di atas perilaku sebahagian umat Islam terutamanya di kalangan remaja yang menyambut pesta tersebut.
Rentetan dari itu keluarlah  fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005 yang memutuskan bahawa adalah “haram” bagi umat Islam menyambut pesta berkenaan. Malah orang awam juga dibenarkan melaksanakan kawalan pencegahan maksiat seperti membuat “tangkapan awam – people arrest” dengan syarat-syarat tertentu mengikut Akta Tatacara Jenayah (Mahkamah Syariah) di Wilayah Persekutuan dan anekmen Jenayah Syariah di negeri-negeri seluruh negara.
Jelaslah pada kita sudah ada instrumen pencegahan ataupun setidak-tidaknya ada fatwa pengharaman sambutan hari tersebut. Persoalannya sejauh manakah perlaksanaannya? Cukupkah dengan Jakim dan Jais mewajibkan semua masjid di seluruh negara membaca khutbah mengenai pengharaman sambutan hari tersebut? Malah tindakan pencegahan maksiat mengikut undang-undang yang telah dijalankan oleh bekas Mufti Selangor, Almarhum Datuk Ishak Baharom dulu pernah dihalang dan dikekang.
Siapakah sepatutnya yang bertanggungjawab  untuk melakukan tugas nahi mungkar ini? Banyak saranan dari pimpinan negara dari kalangan parti pemerintah membebankan masalah ini kepada ibu bapa yang gagal mendidik akhlak anak-anak mereka. Serta tambah pula gesaan agar isu ini tidak diperbesar-besarkan kerana ditakuti akan menjejaskan industri pelancongan serta menggagalkan perkembangan ekonomi negara.
Bagi PAS amanah untuk melaksanakan tugas nahi mungkar ini mestilah diterajui dengan penuh tanggungjawab oleh mereka yang memegang tampuk pemerintahan selain dari menjadi tanggungjawab semua pihak.
Jelasnya Umno telah gagal melunaskan tanggung jawab ini. Umno tidak berminat untuk menyelesaikan masalah kronik ini secara serius serta mengikuti lunas-lunas Islam. Bagi mereka isu-isu ekonomi lebih utama ditangani daripada isu-isu moral. Sikap ini telah membuat mereka tidak jijik dengan jenayah rasuah dan penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa.

Tidak mungkin Umno, PAS boleh jalin kerjasama politik


KUALA LUMPUR, 12 Feb – Pemimpin-pemimpin Umno dan PAS menegaskan hasrat untuk Umno dan PAS mewujudkan kerjasama politik yang “kukuh” tidak akan berjaya memandangkan kedua-dua parti itu mempunyai dasar perjuangan yang berbeza.
Bagaimanapun bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad berkata, Umno dan PAS boleh menjalin kerjasama dalam hal-hal tertentu terutamanya yang mempunyai kaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Kita kembali kepada tahun 80-an, 90-an di mana kita pernah cuba berbincang soal nak jadikan orang Melayu sebagai sebuah parti sahaja, satu perkara yang sukar.
“Sebab itu, kalau boleh Umno dan PAS dalam soal kepentingan orang Melayu termasuk apa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan itu, kita pertahankan bersama... itu sudah menjadi jaminan yang baik tanpa mengetepikan hak kaum lain yang juga terjamin dalam Perlembagaan (Persekutuan),” katanya.
Beliau yang juga bekas naib presiden Umno berkata demikian pada sidang media selepas sesi diskusi Simposium Dilema Melayu di  di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Terdahulu beliau bercakap di bawah “Cabaran Kepimpinan Melayu di Masa Depan”.
Justeru, Isa yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan (Adun) Bagan Pinang dan Pengerusi Felda berkata, jika Umno dan PAS boleh bekerjasama mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, ia tidak akan menimbulkan masalah.
“Kalau ini boleh dibuat masa depan orang Melayu tak begitu cemas... sebab hak itu sudah terjamin, sebab itu jangan persoalkannya dan kalau tidak dipersoalkan tiada masalah.
“Bergabung (Umno dan PAS) sukar, tapi kita boleh bekerjasama dalam hal tertentu,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, PAS yang dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mungkin bersatu semula dengan Umno memandangkan parti Islam itu mempunyai sejarah ketika berkerjasama dengan Barisan Nasional (BN).
Parti Islam itu “ditendang” keluar dari BN penghujung 1970-an selepas tidak mendapat kata sepakat dalam beberapa perkara termasuk tidak bersetuju dengan perintah darurat dikeluarkan ketika itu.
“Nampaknya sukar... PAS keluar ada alasan, PAS dan Umno ada sejarah. Kalau nak bercantum itu satu masalah yang rumit.
“Masalahnya kita bercakap dari realiti, kesimpulan yang dibuat, kita pertahankan hak ini cukup dan dari sudut PAS, malah kami dalam Pakatan Rakyat ini (Perlembagaan Persekutuan) menjadi perkara utama yang dijamin akan dipertahankan,” kata Mustafa.
Tambah beliau, Pakatan Rakyat akan tetap mempertahakan Perlembagaan Persekutuan walaupun gabungan tiga parti itu berjaya merampas Putrajaya dari BN.
“Masalah Islam sebagai agama persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu bahasa rasmi dan institusi beraja akan dipertahankan.
“Bukan sahaja PAS malah keseluruhan Pakatan Rakyat menerima ia mesti dipertahankan,” katanya.
Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak akan menjalin kerjasama politik dengan Umno agar “tangan PAS tidak digigit kali kedua.”
PAS mahu kekal dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP dan PKR, kata beliau.

Agenda Baru Untuk Kejayaan Melayu Perlu

PETALING JAYA 12 FEB : 'Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya' merupakan mesej yang sesuai diberikan kepada Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang mengakui betapa Dasar Ekonomi Baru (DEB) disalahgunakan golongan Melayu tertentu.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap hal itu sudah berlaku dan sesuatu perlu dilakukan bagi kepentingan mereka yang benar-benar memerlukan.
"Menyesal atau tidak, itu bukan jawapan. Jawapan apa yang perlu dilakukan generasi kita pada masa hadapan," katanya.
Dalam ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini, Dr Mahathir mengakui kumpulan Melayu berkepentingan yang sebenarnya menyebabkan sasaran mendapatkan 30 peratus ekuiti bumiputera tidak tercapai.
Mahathir menyatakan beliau malu kerana sering mempertahankan DEB tapi sedar kalau segala peluang yang diwujudkan dalam DEB digunakan oleh orang Melayu.
Namun di sebalik kepincangan itu, Dr Mahathir tegas mahukan DEB dipertahankan kerana membubarkan dasar itu akan menyebabkan orang Melayu kerugian.
Khalid yang membentangkan kertas 'Strategi Pembangunan Ekonomi Melayu/BumiPutera Pasca DEB dalam Seminar Pembangunan Semula Pemikiran Islam Melayu Hari Ini menyatakan hari-hari DEB telah berlalu.
Khalid dengan tegas mahukan satu penyelesaian baru dibuat dengan konsensus bersama orang Melayu tanpa kepentingan politik bagi memastikan perkara yang betul dapat dilakukan demi kepentingan rakyat.
"Itu bukan penyelesaiannya. Penyelesaian terbalik ialah kita, orang Melayu berjumpa semula memahami tentang kejayaan kita dan buat agenda baru untuk masa depan orang Melayu yang tidak berpandu kepada keinginan politik tapi kejayaan masyarakat Melayu," katanya.

PAS bantah BN kibar bendera di Merlimau

TEMERLOH, 12 Feb: PAS membantah tindakan Barisan Nasional (BN) yang telah pun menaikkan bendera parti itu dan Umno di simpang-simpang dan sepanjang jalan di Merlimau, Melaka kerana ia jelas bercanggah dengan akta pilihan raya.

Serentak dengan itu, Naib Presiden  PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar bertindak segera menurunkan bendera-bendera tersebut sebagaimana yang dilakukan terhadap PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang yang bulan lalu.

“Proses penamaan calon bagi PRK Merlimau akan diadakan pada 26 haribulan ini dan menurut akta pilihan raya semua parti politik hanya dibenarkan berkempen selepas tarikh itu.

“Kita juga membantah kempen pihak BN di media,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Perhubungan PAS Pahang hari ini.

Pakatan Rakyat memilih PAS meletakkan calon dalam PRK Merlimau 6 Mac depan.

Tuan Ibrahim yang baru dilantik sebagai Pengarah PRK Merlimau bagi PAS berkata, jentera PAS akan mengambil pendekatan mesra rakyat, bersikap sederhana dan tidak akan melayan sebarang provokasi agresif yang dijangka akan dilakukan oleh parti lawan.

Tambahnya, meskipun PAS sedar Dun berkenaan merupakan kawasan tradisi BN namun ia tidak mustahil bagi parti itu untuk membuat kejutan kerana kawasan tersebut memiliki pengundi-pengundi bermaklumat yang bersedia melakukan perubahan dan semua peti undi mempunyai pelbagai kaum.

Menurut Tuan Ibrahim, Dun tersebut mempunyai 10,766 pengundi dengan Melayu 64.69 %, Cina (21.11%), India (14.16%) dan lain-lain (0.04%).

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008 itu, Mohamad Hidhir mengalahkan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154, iaitu pengurangan hampir 3,000 undi majoriti berbanding pencapaian BN sebelumnya.

“Dari segi kempen kita akan menekankan betapa pentingnya dewan Negeri Melaka menghantar wakil yang membawa mesej Islam, keadilan dan mendedahkan penyelewengan-penyelewengan kerajaan BN selama ini.

“Pengundi akan disedarkan bahawa Melaka pernah menjadi sebuah empayar Islam dulu dan pernah mempunyai kanun undang-undang Islam jadi jika kembali kepada Islam imej negeri itu akan lebih baik.

“Pengundi akan diajak berfikir bahawa setelah 13 kali mereka memilih BN, mereka harus mencuba Pakatan Rakyat bagi merasai perbezaan. Umpamanya di Selangor rakyat sudah menikmati air paip percuma dan di Kelantan warga tua diberikan perlindungan Takaful Kifalah,” jelasnya.

ADUN Kerdau Meninggal Dunia



PAHANG 12 FEB: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 65 tahun dari Umno meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang tadi.
Menurut laporan TV3, Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Said, memberitahu bahawa Allahyarham terjatuh di bilik air rumahnya di Pekan Kerdau, Pahang sebelum dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh.
Beliau sebelum ini pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara Mei lalu kerana masalah komplikasi buah pinggang dan jantung.
Beliau menang kerusi DUN Kerdau dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Hari Kekasih: Ekspedisi dakwah, bukan polis moral

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan ekspedisi dakwah menjelang sambutan Hari Kekasih malam esok namun bukan menjadi "polis moral" seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Naib Ketuanya, Ahmad Sabki Yusuf berkata, ekspedisi itu hanya memberi fokus kepada remaja Islam untuk didekati di samping memberikan risalah kepada mereka mengenai sambutan Hari Kekasih yang bukan merupakan budaya Islam.
Ekpedisi itu akan diadakan di setiap negeri dengan menggerakkan pemuda untuk tutun menyampaikan risalah dan menasihati secara lisan pasangan belum berkahwin yang berdua-duaan dan mencurigakan.
"Kita akan adakan ekspedisi dakwah sepeti yang kita buat sebelum ini, tak ada bentuk kekerasan sebaliknya kita hanya mendekati mereka, memberi nasihat dan memberikan risalah berkaitan. Kita adalah pendakwah, bukan polis," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, dekat sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata ekpedisi itu akan diadakan di beberapa tempat yang biasa menjadi tumpuan para remaja termasuk di Bukit Bintang Kuala Lumpur, Dataran Senawang Negeri Sembilan dan bukit Mertajam Pulau Pinang.
Ianya akan bermula selepas waktu Isyak dan akan berakhir tengah malam.
Beliau menegaskan, apa yang dibimbangi pemuda mengenai cara hari berkenaan disambut yang disifatkan sebagai menjadi pendorong kepada hubungan bebas, penzinaan sehingga membawa kepada pembuangan bayi.
Ujarnya, beliau yakin agama lain turut menolak gejala pembuangan bayi dan masalah moral yang lain.
"Sambutan hari kekasih ini perlu diberi perhatian bagaimana ianya disambut. Kita prihatin bagaiamana biasanya remaja Islam menyambutnya. Kita tegas dalam perkara ini untuk kepentinagn agama. Bila berlakunya penzinaan, akan membawa kepada pembuangan bayi. Saya yakin bukan pemuda PAS sahaja yang tak mahu perkara ini berlaku tapi pemuda MCA, Gerakan, MIC pun tak mahu," katanya.
Namun ujarnya, Islam sama sekali tidak melarang umatnya untuk berkasih sayang tanpa menghadkan kepada hari-hari tertentu sahaja.
"Kita bukan melarang orang untuk berkasih sayang tapi kita bimbang sambutan hari kekasih ini menjadi platform kepada anak muda khususnya remaja Islam menjalinkan hubungan seks bebas," katanya.
Sementara itu, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengadakan dialog dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) mengenai kesan dan pegaruh sambutan hari kekasih.
Jawatankuasa berkenaan diketuai ketua penerangan pemuda pusat, Suhaizan Kayat.
Ianya diyakini mampu menyelesaikan salah faham dan ketidakjelasan mengenai sambutan hari kekasih ini.

Mubarak Lari Ke Emiriah Arab, Switzerland Beku Aset Mubarak


Presiden Hosni tinggalkan Kaherah, Al-Jazeera dakwa keluar Mesir

KAHERAH, 11 Feb — Hosni Mubarak dilaporkan telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18 hari ini terus meningkat sehari selepas presiden itu menegaskan tidak akan berundur sekarang.

Pihak tentera pula berjanji akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas keadaan semasa reda.

Hosni memerintah negara itu sejak 1981 dan kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.

Penunjuk perasaan juga mula berkumpul di pekarangan istana presiden hari ini.

Hosni mempunyai sebuah vila dan lazimnya menghabiskan hujung minggu di kawasan tersebut.

Laporan itu menyebut Hosni meninggalkan ibu negara, salah satu lokasi demonstrasi sejak tiga minggu lalu, bersama keluarganya dari pangkalan tentera Almaza.

Bagaimanapun laporan stesen TV Al-Jazeera yang dipetik msnbc pula berkata, Hosni sudah pun meninggalkan Mesir dan terbang ke Emiriah Arab Bersatu.

Laporan itu tidak dapat disahkan lagi.

Dalam ucapannya lewat semalam, Hosni mengumumkan beliau masih kekal dengan pendiriannya tidak mahu tunduk kepada tuntutan penunjuk perasaan sambil menegaskan, beliau akan terus menerajui negara Mesir sehingga September ini.

Komen beliau dalam ucapan menerusi televisyen muncul ketika sesetengah pihak termasuk Amerika Syarikat membuat tanggapan bahawa Hosni akan berundur segera.

Penunjuk-penunjuk perasaan menyambut ucapan Hosni dengan perasaan marah manakala pemimpin pembangkang utama pula menyifatkan pendirian terbaru presiden itu akan menyebabkan “Mesir meledak.”

Mereka yang menyertai demonstrasi tersentak dengan pendirian Hosni sambil melaungkan: “Pergi, pergi. pergi.”

Sesetengah penunjuk perasaan kelihatan menitiskan air mata manakala beberapa yang lain terkejut dengan ucapan itu.

Pemenang hadiah Nobel Keamanan Mohamed ElBaradei, yang dilihat sebagai pemimpin pembangkang utama di Mesir sekarang, meramalkan “Mesir akan meletup” kerana Hosni enggan tunduk kepada tuntutan rakyat.

Justeru, bekas ketua agensi nuklear antarabangsa ini meminta tentera campur tangan.


Switzerland beku aset Mubarak

ZURICH: Switzerland sudah membekukan aset yang menjadi milik Hosni Mubarak yang semalam meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir selepas 30 tahun memerintah Mesir, kata Kementerian Luar Switzerland, hari ini.

"Saya boleh mengesahkan bahawa Switzerland sudah membekukan harta yang menjadi milik bekas presiden itu berkuatkuasa serta-merta," kata jurucakap kementerian itu, Lars Knuchel sebaik Mubarak mengumumkan pengundurannya bagi mengakhiri tunjuk perasaan besar-besaran rakyat selama 18 hari.

"Berikutan tindakan ini, setiap aset akan dibekukan selama tiga tahun," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah wang yang terbabit atau di mana ia disimpan.

Aset yang dimiliki pemimpin yang menyokong Mubarak juga dibekukan iaitu dilarang daripada dijual atau dilupuskan sebarang hartanah atau aset kekal lain. - Reuters

Kuasa Besar Tidak Harus Ketepi Hak Dan Suara Rakyat Mesir

SHAH ALAM  12 Feb : Kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan sekutunya tidak harus mengenepikan hak dan suara rakyat Mesir yang menyokong perjuangan Ikhwanul Muslimin ke arah mengembalikan keamanan di negara itu dan demokrasi yang telus.
Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia atau ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim dalam kenyataannya ketika dihubungi Tv Selangor hari ini menjelaskan Amerka Syarikat dan sekutunya serta kuasa-kuasa barat harus menjalin kerjasama dengan pertubuhan itu demi kebaikan rakyat Mesir sama sepertimana kenyataan dibuat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kenyataan tersebut memang menggambarkan keadaan yang sewajarnyalah diambil oleh khususnya Amerika dan kuasa-kuasa barat di dalam menilai perkembangan terkini yang berlaku di Mesir kerana seperti kita maklum bahawa Ikhwanul Muslimin merupakan salah satu daripada banyak pihak yang menggerakkan kebangkitan rakyat di Mesir ," katanya.
Ianya secara langsung tambah Mohamad Raimi mengganbarkan bahawa Ikhwanul Muslimin merupakan jurubicara bagi masyarakat Mesir dan dengan itu adalah tidak bijak untuk kuasa-kuasa barat khususnya Amerika Syarikat dan sekutunya untuk menyekesampingkan atau mengenepikan sama sekali peranan yang boleh dimainkan oleh Ikhwanul Muslimin.
Jelasnya, Ikhwanul Muslimin telah terlibat dengan politik dan juga sistem demokrasi ala Mesir  sejak sekian lama dan itu secara langsung menunjukkan bahawa mereka bersedia serta terbuka untuk terlibat  dalam sistem politik dan demokrasi di Mesir  yang sebelum ini dipertikaikan.
 "Mereka patut diberi ruang dan peluang dan saya ingat Ikhwanul Muslimin sendiripun menyatakan mereka tidak berminat untuk mengambilalih tampuk pemerintahan paska Hosni Mubarak atau meletakkan calon presiden dan sebagainya apa yang mereka inginkan ialah untuk participate dan juga membantu dalam proses membangunan dan kemiskinan rakyat mesir dan saya ingat itu satu hasrat yang baik dan patut disokonglah oleh mana-mana pihak," katanya. 
Beliau berkata, sekiranya Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa barat mengambil sikap mengenepikan hak dan suara rakyat Mesir  serta Ikhwanul Muslimin itu, ia adalah sama sebagaimana apa yang berlaku di Palestin.
Tambahnya, Hamas dipilih rakyat Palestin sebulat suara menerusi proses pilihanraya yang telus sebagai pemerintah tetapi kemudiannya kuasa barat yang mendokong demokrasi telah menolak kepimpinan Hamas atas sebab-sebab yang berdasarkan Islamofobia.

MB Selangor : Masa Depan Pelajar Di Mesir Dibincang Selasa Ini

PETALING JAYA 12 FEB : Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan bertemu dengan keluarga dan pelajar Selangor yang menuntut di Mesir pada Selasa depan bagi membincangkan mengenai masa depan mereka.
Tan Sri Khalid menganggap pertemuan itu penting bagi memastikan mereka tidak ketinggalan selain membolehkan mereka mendengar sendiri cadangan kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini berikutan keadaan yang masih tidak jelas di negara itu.
"Pada 15hb ini saya akan jumpa dengan keluarga pelajar Selangor yang kembali ke tanah air untuk selesaikan masalah mereka dan terutama bagi memastikan mereka sentiasa bersedia dengan pelajaran dan kerjaya mereka," katanya.
Dianggarkan seramai 1,200 pelajar dari Selangor yang sedang belajar di beberapa universiti dan IPT di Mesir dan 600 daripadanya merupakan tajaan Lembaga Zakat Selangor.
Sebelum ini Kerajaan Negeri telah menawarkan kursus yang aseperti Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Komputer dan Kewangan yang memakan masa selama enam bulan hingga setahun di Universiti Selangor (Unisel) yang diberikan secara percuma selain yuran daftar kepada pelajar yang tergendala pelajarannya akibat konflik ini.
Semalam Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman mengumumkan bahawa Hosni Mubarak telah melepaskan jawatannya sebagai presiden negara itu dan menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada pihak tentera.
Kelihatan jutaan para penunjuk perasaan telah bersorak gembira di jalan-jalan raya dan di Medan Tahrir iaitu pusat berkumpulnya rakyat Mesir sebaik sahaja berita mengenai perletakkan jawatan Hosni diumumkan.
Dua hari yang lalu, Hosni Mubarak masih ingin bertahan di kerusi presiden walaupun dia membuat pengumuman bahawa kuasa mentadbir telah diturunkan kepada naibnya. Namun begitu pengumuman tersebut masih tidak meredakan rakyat Mesir yang terus menerus mengadakan demonstrasi menuntut perletakkan jawatannya dengan segera.
Khalid berharap agar rakyat Mesir dapat mengecapi demokrasi dan keadaan aman di situ akan tiba secepat mungkin.
"Berhentinya Mubarak dari jadi Presiden Mesir merupakan langkah terbaik, tapi risiko masa depan Mesir masir kurang jelas, saya harap rakyat Mesir dapat menikmati demokrasi dalam masa terdekat," katanya.

Iktibar: Perangai Umno BN macam rejim ditewaskan

KUALA LUMPUR, 12 Feb: “Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Justeru, katanya PAS mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Hosni Mubarak meletakkan jawatan Presiden Mesir berikutan bantahan berterusan rakyat selama 18 hari.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang berjaya menyingkirkan rejim Hosni Mubarak yang telah menzalimi rakyatnya sejak sekalian lama. Keberanian dan sikap konsisten rakyat yang dahagakan perubahan ini wajar dicontohi oleh masyarakat dunia yang juga berhadapan dengan kerajaan yang zalim dan menindas rakyat. Benarlah firman Allah SWT dalam Al Quran bahawa nasib sesuatu kaum itu akan diubah oleh Allah sekiranya kaum itu sendiri ingin mengubahnya.
Cabaran terbesar selepas ini ialah tentunya mengemudi kerajaan peralihan yang dipimpin sementara oleh pihak tentera supaya perubahan yang digerakkan oleh rakyat ini akhirnya akan kembali kepada kuasa rakyat dalam menentukan hala tuju dan bentuk pemerintahannya, dengan menjadikan peluang keemasan ini untuk menegakkan keadilan menyeluruh, demokrasi telus dan tulen, dan akhirnya menjadi contoh kepada kerajaan lain di rantau Asia Barat yang masih dibelenggu demokrasi tempang. Pihak Majlis Ketenteraan pula diminta supaya tidak menggunakan ruang ini untuk berdolak dalih dan berhelah dalam membina negara Mesir baru nanti.
Kuasa besar dunia juga perlulah menghormati kuasa rakyat dengan tidak cuba mencaturkan suasana pemerintahan baru di Mesir itu. Sebarang campur tangan kuasa luar akan hanya memburukkan keadaan dan menyebabkan suasana kacau-bilau berterusan dialami oleh rakyat Mesir.
Peristiwa bersejarah ini tentunya menjadi iktibar kepada masyarakat dunia, termasuklah kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN. Inilah natijahnya apabila undang-undang negara dipergunakan untuk menahan tanpa bicara, darurat diisytiharkan sewenangnya dan kuasa rakyat tidak dihormati sejak sekian lama.
Tempoh itu juga meyaksikan bahawa media dikuasai oeh kerajaan memerintah dan dipergunakan tanpa segn silu dengan matlamat untuk mengekalkan kuasa kerajaan memerintah. Parti politik yang wujud pula dipaksa berdepan dengan sistem pilihanraya yang berat sebelah, dan seterusnya menafikan kuasa rakyat. Sistem pendidikan pula menjadi bahan eksperimen, budaya hidup hedonisme dan penuh dengan rumpunan hiburan yang melekakan telah melupakan rakyat kepada realiti kehidupan sebenar, rasuah bermaharajalela dan rakyat dipaksakan untuk menerima satu bentuk kehidupan yang tujuannya entah ke mana. Akhirnya rakyat Mesir bangkit melakukan perubahan pada hari yang bersejarah ini.
Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu. PAS dengan ini mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini.

Kematian Benazir: Pakistan arah tahan Pervez Musharraf

KARACHI, 12 Feb – Sebuah mahkamah antipengganas Pakistan mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas presiden Pervez Musharraf berhubung pembunuhan pemimpin pembangkang Benazir Bhutto pada 2007.
Pendakwa raya berkata Pervez tahu akan rancangan Taliban untuk menyasarkan bekas perdana menteri itu tetapi Pervez tidak bertindak untuk mengelak pembunuhan yang berlaku di Rawalpindi.
Mereka mendakwa Pervez kerana gagal memberikan jaminan keselamatan yang mencukupi kepada Benazir.
Dipetik BBC hari ini, Pervez yang kini tinggal dalam buangan kendiri di London menafikan dakwaan itu.
Benazir terbunuh dalam serangan bom ketika berada dalam kenderaan semasa kempen pilihan raya pada Disember 2007.
Benazir pernah menjadi perdana menteri dua penggal dari 1988 hingga 1990 dan kemudian mulai 1993 hingga 1996.
Hari ini, pihak pendakwa memberitahu mahkamah antipengganas bahawa mereka tidak boleh menyiasat lanjut kes pembunuhan Benazir tanpa kehadiran Pervez.
Pendakwa berkata mereka telah banyak kali cuba menghubungi Pervez tetapi beliau enggan memberi kerjasama.
Kata pendakwa, Pervez akan diisytihar sebagai orang dikehendaki jika tidak tampil dalam perbicaraan pada 19 Februari ini.
Senarai soalan juga dihantar ke alamat Pervez di London.
Pervez merampas kuasa pada 1999 ketika itu merupakan ketua angkatan tentera dengan menggulingkan perdana menteri Nawaz Sharif dan meletakkan jawatan pada 2008.

Jakim perjelas sambutan hari Valentine

"Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

"Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam," inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day.

"Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang," kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

"Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita," katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine's Day pada Jumaat.

Namun katanya Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekalipun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam.

"Ia bukan persoalan atau isu asal tempat kedatangan sesuatu sambutan sesuatu perayaan dan keraian itu, tetapi amalan atau ritual yang dilakukan untuk merayakan hari-hari tertentu itu," katanya.

Wan Mohamad berkata Islam bukan agama yang menyekat atau menghalang untuk penganutnya meluahkan kasih sayang tetapi apa yang disekat adalah perbuatan maksiat yang dilakukan semasa menyatakan kasih sayang itu.

“Jika kita kasih pada orang, itu bukan maksiat tetapi kalau kita adakan hubungan diluar pernikahan, itu maksiat. Itu bezanya,” ujarnya.

Katanya beliau yakin bukan sahaja Islam, agama lain juga meletakkan batasan dan etika yang perlu penganutnya patuhi.

Beliau berkata bagi Hari Valentine, meraikannya sangat jelas ia terarah kepada amalan maksiat.

“Itulah sebabnya fatwa dikeluarkan untuk menyekat dan menasihati orang Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine dengan melihat dari segi sejarah dan realiti sekarang ini, di mana-mana pun ia sinonim dengan amalan maksiat,” katanya.

Sebagai perbandingan, Wan Mohamad berkata fatwa juga memutuskan sekiranya rakan bukan beragama Islam mengadakan majlis menyambut hari perayaan mereka, orang Islam boleh menghadirinya.

Namun jika majlis sosial itu menyajikan minuman beralkohol, “majlis itu sudah rosak dan kita tidak boleh hadir,” katanya.
“Kita juga boleh meraikan kawan kita yang meraikan hari perayaan agama mereka tetapi kita ditegah daripada terlibat dengan ritual agama itu sebab itu sudah masuk ke dalam isu akidah," jelasnya.

Beliau berkata penjelasan juga perlu dibuat agar Islam tidak difitnah dengan mengatakan agama itu tidak boleh meraikan rakan bukan Islam yang meraikan Hari Natal, Hari Diwali, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya.

“Kita hanya tidak boleh terlibat dengan ritual ibadat agama lain. Acara sosial, kita berhimpun dengan mereka yang bukan Islam, itu tidak ada masalah.

“Pemimpin kita juga hadir majlis sebegitu. Malah Mufti-mufti kita hadir ke majlis jamuan teh yang dianjurkan oleh jiran yang menyambut Hari Natal,” katanya.

Pelancaran Kempen Awasi Jerat Hari Valentine tersebut adalah untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih Isnin ini.

"Islam menganjurkan umatnya supaya menjadikan jalinan kasih sayang sesuatu yang abadi. Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ia adalah sepanjang hayat," kata Wan Mohamad.

TPM: Kempen Hari Kekasih PAS melampau, Jakim hanya nasihat Muslim

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata nasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya orang ramai menjauhi acara bertemakan sambutan Hari Kekasih atau Hari Valentine Isnin ini, hanya ditujukan untuk masyarakat Islam.
Timbalan Perdana Menteri (gambar) berharap isu ini tidak menimbulkan kekeliruan dan perasaan curiga antara kaum di negara ini kerana dari sudut Islam sambutan itu tidak sesuai diraikan oleh umat Islam.
“Nasihat itu adalah untuk memberitahu bahawa dari sudut agama Islam ia (sambutan Hari Kekasih) tidak sesuai, tetapi ia tidak bermakna kita hendak merendah-rendahkan Hari Kekasih atau tidak menghormati kaum lain,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesranya terhadap perkhidmatan awam di Kuala Lumpur hari ini.
Dipetik Bernama beliau berkata: “Ada amalan yang mungkin dianggap orang lain sesuai tetapi dalam Islam tidak sesuai kerana ada amalan dan kaitan sejarahnya itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam. Saya harap perkara ini tidak menjadi perkara yang boleh menimbulkan perasaan curiga.”
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz semalam yang menasihatkan orang ramai khususnya yang beragama Islam supaya menjauhi sebarang acara atau majlis yang bertemakan sambutan Hari Kekasih bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala maksiat.
Terdapat beberapa versi sejarah sambutan Hari Kekasih, termasuk yang dikaitkan dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, kisah mubaligh Kristian Saint Valentine dan juga sempena musim mengawan burung pada 14 Februari.
Bersandarkan beberapa hujah yang jelas, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam.
Menyentuh mengenai tindakan Pemuda PAS mengadakan kempen “bebas dosa” sempena Hari Kekasih di keempat-empat negeri di bawah pentadbiran PAS-DAP-PKR esok dan Isnin ini, Muhyiddin berkata tindakan itu agak keterlaluan.
“Sebagai orang Islam, kita tekankan nasihat. Jangan sentuh perasaan lain-lain kaum yang sudah jadikan sambutan ini amalan mereka”, katanya.
Beliau berkata tindakan itu hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak yang mungkin merasa ada pihak yang mahu mengekang aktiviti mereka.
Cadangan Pemuda PAS itu bagaimanapun ditolak beberapa pihak dalam parti, termasuk PAS Selangor yang menyifatkan kempen seumpamanya tidak perlu dikhaskan pada hari tertentu sahaja.
Dalam pada itu, Wan Mohamad berkata, “amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam.”
“Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,” inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
“Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang,” kata beliau.
“Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita,” katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine’s Day malam tadi.
Namun katanya Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekalipun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam.
“Ia bukan persoalan atau isu asal tempat kedatangan sesuatu sambutan sesuatu perayaan dan keraian itu, tetapi amalan atau ritual yang dilakukan untuk merayakan hari-hari tertentu itu,” katanya.
Wan Mohamad berkata Islam bukan agama yang menyekat atau menghalang untuk penganutnya meluahkan kasih sayang tetapi apa yang disekat adalah perbuatan maksiat yang dilakukan semasa menyatakan kasih sayang itu.
“Jika kita kasih pada orang, itu bukan maksiat tetapi kalau kita adakan hubungan diluar pernikahan, itu maksiat. Itu bezanya,” ujarnya.
Katanya beliau yakin bukan sahaja Islam, agama lain juga meletakkan batasan dan etika yang perlu penganutnya patuhi.
Beliau berkata bagi Hari Valentine, meraikannya sangat jelas ia terarah kepada amalan maksiat.
“Itulah sebabnya fatwa dikeluarkan untuk menyekat dan menasihati orang Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine dengan melihat dari segi sejarah dan realiti sekarang ini, di mana-mana pun ia sinonim dengan amalan maksiat,” katanya.
Sebagai perbandingan, Wan Mohamad berkata fatwa juga memutuskan sekiranya rakan bukan beragama Islam mengadakan majlis menyambut hari perayaan mereka, orang Islam boleh menghadirinya.
Namun jika majlis sosial itu menyajikan minuman beralkohol, “majlis itu sudah rosak dan kita tidak boleh hadir,” katanya.
“Kita juga boleh meraikan kawan kita yang meraikan hari perayaan agama mereka tetapi kita ditegah daripada terlibat dengan ritual agama itu sebab itu sudah masuk ke dalam isu akidah,” jelasnya.
Beliau berkata penjelasan juga perlu dibuat agar Islam tidak difitnah dengan mengatakan agama itu tidak boleh meraikan rakan bukan Islam yang meraikan Hari Natal, Hari Diwali, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya.
“Kita hanya tidak boleh terlibat dengan ritual ibadat agama lain. Acara sosial, kita berhimpun dengan mereka yang bukan Islam, itu tidak ada masalah.
“Pemimpin kita juga hadir majlis sebegitu. Malah Mufti-mufti kita hadir ke majlis jamuan teh yang dianjurkan oleh jiran yang menyambut Hari Natal,” katanya.
Pelancaran Kempen Awasi Jerat Hari Valentine tersebut adalah untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih Isnin ini.
“Islam menganjurkan umatnya supaya menjadikan jalinan kasih sayang sesuatu yang abadi. Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ianya adalah sepanjang hayat,” kata Wan Mohamad dipetik Bernama.

ILMAM : Pastikan Masa Depan Pengajian Pelajar Di Mesir Tidak Terjejas



SHAH ALAM 12 FEB : Timbalan Presiden Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Malaysia, Mohd Farhan Madzlan menggesa pihak yang berwajib untuk memastikan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Mesir tetap menyambung pengajian mereka kembali selepas berakhirnya krisis di Mesir.
Farhan yang dihubungi Tv Selangor berkata semua pelajar Selangor yang menuntut di Mesir telah selamat dikeluarkan dan kini masih menunggu maklumat selanjutnya status pengajian mereka.
Semalam, pemerintahan Hosni Mubarak selama 30 tahun berakhir selepas menyaksikan bantahan rakyat yang berterusan selama 18 hari tanpa henti.
Menurut Farhan nasib pelajar Malaysia di Mesir memerlukan penjelasan lanjut pihak berkuasa mengenai status terkini hasil perkembangan yang berlaku di Mesir.
"Bagi sayalah status pelajar ini masih lagi tidak ada satu kepastian samada pelajar itu lulus ataupun tak lulus contohnya adakah tahun ini dia terpaksa berdepan dengan keadaan mereka tidak ditangguhkan pengajaran. Jadi bila tak tangguh pengajaran maknanya periksa yang bakal mereka hadapi ini dalam status gagal ataupun satu lagi, mereka ini semua masih lagi tak tahu status adakah mereka boleh menyambung yakni boleh pergi ke sana ataupun tidak.
"Sampai sekarang ini masih lagi tidak ada lagi keputusan, kita pun ada maklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi pun memohon maknanya status pendidikan ini. Bukan status yang istilah dia pertama ibu bapa pun bercakap bertanya kepada kita, kita pun juga sebagai satu bahagian kebajikan yang kita kena hulurkan kepada adik-adik kita dan juga ibubapa kita nak minta juga kepada pihak yang berwajib  untuk memastikan status pelajar ini," jelasnya kepada TV Selangor.
Tambah Farhan lagi, antara inisiatif yang telah dilakukan oleh ILHAM adalah bertemu dengan wakil daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan pelajar-pelajar ini dapat kembali ke Mesir untuk meneruskan pengajian mereka.
"Kita telah menyatakan hasrat supaya pelajar-pelajar ini mesti diberikan satu keyakinan mereka boleh menyambung semula ke Mesir dan status pendidikan mereka selagi mana mereka tak sambung ke Mesir mereka, maka perlulah melalui Kementerian Pengajian Tinggi mesti melakukan sesuatu supaya status pelajar-pelajar ini tidak menjadi gagal," ujarnya.
Terdahulu, Kerajaan Negeri Selangor melalui menteri besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengambil inisiatif menyediakan kursus kepada pelajar-pelajar Mesir yang berasal dari Selangor sementara menunggu pergolakan yang berlaku di Mesir berakhir.
Inisiatif ini membolehkan pelajar memanfaatkan masa menunggu untuk kembali ke Mesir dengan  melakukan perkara bermanfat termasuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Tun Mahathir terus minta pemimpin UMNO menekan Najib

Sebelum ini Tun Mahathir telah memujuk pimpinan UMNO Johor untuk menekan kerajaan pusat agar meneruskan projek yang diilhamkannya, iaitu Jambatan Bengkok yang menghubungkan Johor dan Singapura. Malah Tun Mahathir juga sudah memulakan serangan amaran kepada Najib sekiranya tidak mahu meneruskan projek itu. [Tun Mahathir]

Idea pembinaan jambatan bengkok ternyata akan memberikan faedah yang banyak kepada Rakyat Johor khasnya, serta Malaysia secara amnya, kerana ia akan membantu meningkatkan ekonomi rakyat selain memadamkan keangkuhan Singapura yang selama ini begitu sombong kepada Malaysia. [Jambatan bengkok]. Tun Mahathir juga sebelum ini telah mendedahkan bagaimana rakyat Johor diperbodohkan berpuluh tahun oleh Singapura dalam isu air [Isu air Johor]

Dalam laporan Malaysian Insider hari ini, Tun Mahathir meneruskan gesaannya agar semua pemimpin UMNO dari peringkat akar umbi terutama pemimpin-pemimpin Johor agar memberi tekanan kepada Najib agar projek Jambatan Bengkok yang ditamatkan oleh Pak Lah dapat diteruskan [M'sia Insider].



Nampaknya tidak ada sebab untuk Najib menolak bagi meneruskan pembinaan jambatan Bengkok ini. Projek jambatan bengkok ini memang satu keperluan kepada rakyat Johor. Projek berfaedah seperti ini tentu sekali akan mendapat sokongan penuh rakyat. Najib harus melupakan projek menara gilanya, "Warisan Merdeka" yang dilihat hanya menguntungkan cukong yang mendapat kontrak serta memerlukan masa yang lama untuk pulang modal.

ReJaM© "Mengapa Najib masih berdiam diri? Takut dengan singapore ke?"

Hancurr...Pengetahuan Injil Akan Di Ajar Di Sekolah Menengah..??

Pengetahuan Injil kini boleh diajar di kalangan pelajar Kristian di sekolah menengah kerajaan dan sekolah mubaligh di seluruh negara selepas waktu belajar biasa. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok, yang mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal bagi Bumiputara Sabah dan Sarawak berkata keputusan bersejarah itu dicapai di mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet mengenai Bumiputera Sabah dan Sarawak dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Feb.
"Bagi pihak rakyat, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan kerana begitu sensitif terhadap kehendak dan aspirasi masyarakat, khususnya penganut Kristian.
"Kami yakin keputusan itu banyak membantu ke arah pencapaian sepenuhnya konsep 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan klinik bergerak di sini pada Sabtu.
Beliau harap keputusan itu akan memberi lebih banyak masa dan lebih kondusif bagi pelajar berkenaan untuk menduduki peperiksaan subjek pilihan Pengetahuan Injil di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dompok, presiden Persatuan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), berkata jawatankuasa kabinet juga bersetuju dengan beberapa usul lain dikemukakan oleh Persektuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia tahun lepas.
Ini termasuk penubuhan kelab-kelab termasuk kelab agama di sekolah mubaligh yang hanya memerlukan kelulusan daripada guru besar atau pengetua, katanya.
Dompok berkata Kementerian Pelajaran akan mengeluarkan satu pekeliling atau garis panduan mengenai perkara itu tidak lama.

Juragan : Selama ni barua-barua Umno Haprak sibuk mengatakan Pas jadi kuda tunggangan DAP,kerana ikut apa saja kehendap DAP...Kini Apa dah jadi dengan Kerajaan BN nii..Sudahlah dianggarkan hampir 250 000 orang islam yang murtad dan menunggu kelulusan kemurtadan mereka di pejabat pendaftaran negara,kini di tambahkan lagi dengan kelulusan PM Si Najib memberikan kebenaran dalam mesyuarat kabinet untuk diajar pengetahuan tentang injil..fuhh

Jangan kerana memikirkan Undi..lu orang sanggup mengadaikan dan melacurkan Agama semata-mata agar pengundi dan penyokong beragama kristian memberikan kuasa kepada Umno Haprak ini...Takut la pada Allah sikit puak-puak nii...Hampehhhhhh

Terasa Bahang : M'sia tak boleh disamakan dengan Mesir - Kata Najib

Dengan ribuan rakyat Malaysia mencurahkan ucapan tahniah kepada rakyat Mesir atas kejayaan 'membebaskan' negara mereka, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memilih untuk mengasingkan persamaan di antara kedua-dua negara berkenaan.

NONE"Pertama, kita tidak boleh samakan apa yang berlaku di Mesir dengan Malaysia kerana perkara adalah berbeza di kedua-dua negara,” katanya apabila ditanya apakah iktibar yang boleh diambil oleh BN dan Umno daripada pengalaman di negara Asia Barat itu.

Menurut Najib, dasar BN 'Rakyat didahulukan' itu adalah perbezaan utama antara Malaysia dengan pentadbiran rejim bekas presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun.

"Kita dari awal telah menyedari rakyat mesti didahulukan. Jadi apapun dasar dan program yang dilakukan mesti meletakkan prinsip iaitu mesti mendahulukan rakyat.

"Saya percaya jika kita berbuat demikian, rakyat bersama-sama dengan kerajaan dalam erti kata bukan semua masalah boleh diselesaikan sekelip mata, rakyat pun faham tetapi asalkan kita, mendahulukan kepentingan rakyat dan memahami jangkaan rakyat," katanya.
BN memahami permasalahan rakyat

egypt revolution mubarak steps down huge crowd 1Najib berkata kerajaan memberi penekanan dengan memahami permasalahan rakyat dan menyelesaikan permasalah tersebut mengikut kehendak mereka.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan ketua-ketua bahagian Umno di ibu negara petang ini.

Najib sebelum ini pernah memberi amran terhadap mana-mana pihak yang cuba merampas kuasa di negara ini menggunakan demonstrasi seperti yang berlaku di Mesir.

"Jangan beranggapan apa yang berlaku di sana mesti juga berlaku di Malaysia. Kita tidak akan benarkannya berlaku di sini,” katanya kepada akhbar The Star awal minggu ini.

Ditanya mengenai kemungkinan ada pihak-pihak tertentu yang mahu mengikut jejak langkah penduduk Mesir yang berdemonstrasi, Najib berkata rakyat Malaysia adalah matang dan berfikiran rasional.
Majoriti BN di Tenang bertambah

"Mereka tahu mana (satu) yang hak dan yang batil, dan mana (satu) yang nak dieksploit oleh mana-mana pihak.

"Saya dah buat (penjelasan tentang) point ini. Dalam pergolakan di Mesir majoriti BN bertambah di Tenang, jadi ini adalah petanda yang baik," katanya.

egypt revolution mubarak steps down women 1Lewat malam semalam, berbekalkan semangat revolusi di Tunisia pada awal tahun ini, jutaan rakyat Mesir melancarkan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan kerana hilang kepercayaan ke atas pentadbiran Mubarak yang didakwa dicemari rasuah dan salah guna wang rakyat sehingga beliau melarikan diri ke luar negara.

Dengan menggunakan rangkaian media seperti Facebook dan Twitter, sentimen anti kerajaan menular dengan luas ke seluruh negara ibarat api yang merebak. Tindakan selama 18 hari itu berjaya menumbangkan pemerintahan kerajaan Mubarak.
Faktor media sosial
Mengulas perkara berkenaan, Najib berkata pihaknya mengakui pengaruh media sosial.

NONE"Ini memang dijangkakan. Ia sebahagian daridapa fenomena global. Jadi kita ada dua pilihan - kita boleh tutup Malaysia kepada fenomena global menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) atau menjadi sebahagian daripadanya. Dan kita memilih menjadi sebahagian daripadanya.

"Jadi kita mesti menguruskannya (fenomena ini) dan sebab itu kita mempunyai masyarkat yang berpendidikan dan mahir dengan teknologi.

egypt revolution mubarak steps down flag 1"Justeru, cabaran adalah bagi kerajaan menguruskan persekitaran politik yang baru ini. Ia tidak mudah kerana kita tidak mempunyai monopoli ke atas maklumat mahupun penyebaran maklumat berkenaan.

"Malah, melalui rangkaian sosial, maklumat boleh disebarkan melaui masa sebenar (real time), walaupun pandangan itu mungkin tidak benar. Tetapi ia boleh dilakukan segera,” katanya.

Namun, Najib dengan cepat menjelaskan apa yang diperkatakannya itu bukan merujuk kepada tapisan di internet.