Khamis, 10 Februari 2011

Forum Bicara Rakyat: Buku Jingga (Rakaman Penuh)

P'raya kampus: Universiti perkenal peraturan baru

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) di beberapa kampus "terkejut" dengan beberapa "peraturan baru" yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran universiti menjelang pilihan raya kampus masing-masing yang dijadualkan berlangsung pada 21 dan 22 Februari ini.

Antaranya ialah dakwaan pengurangan kerusi umum, anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) tidak dibenarkan menjadi calon, pencadang atau menyokong serta pelajar iajazah sarjana dibenarkan mengundi.

Pengerusi Pro-Mahasiswa (Pro-M) UPM Syed Syafiq Syed Hashim berkata dapat beberapa peraturan baru yang "memeranjatkan" itu diperkenalkan menjelang pilihan raya kampus berkenaan.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, beliau berkata antaranya ialah pengurangan sembilan kerusi umum daripada 16 kerusi tahun lalu, menjadi tujuh kerusi umum yang dipertandingkan pada tahun ini.

"Berdasarkan peraturan, kerusi umum (yang dipertandingkan) perlulah separuh daripada kerusi fakulti," katanya sambil menambah sebanyak 32 kerusi fakulti dipertandingkan tahun lalu.

Apatah lagi katanya, terdapat kerusi fakulti yang dipertandingkan pada tahun ini bertambah empat, menjadi 36 kerusi.

Empat kerusi tersebut adalah masing-masing dua kerusi di Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan dan Sekolah Pengajian Siswazah.

Sehubungan itu, Syed Shafiq berkata beliau bersama dua lagi wakil mahasiswa bertemu dengan Naib Canselor Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi kelmarin mendapatkan penjelasan berhubung peraturan baru tersebut.

Menurut Syed Syafiq, dalam pertemuan itu, Dr Radin Umar berkata pihak pentadbiran akan berbincang semula dengan merujuk peraturan yang ditetapkan sebelum ini dan jika benar bantahan tersebut, pihak pentadbiran universiti akan mengubahnya kembali kepada asal.

Mengulas mengenai dakwaanya bahawa terdapat arahan yang dikeluarkan oleh PALAPES UPM "menghalang" anggotanya menjadi calon, pencadang serta penyokong pencadang, Syed Syafiq berkata peraturan tersebut "tidak ada sebelum ini".

Ini kerana katanya, terdapat seorang anggota PALAPES dari pro-Aspirasi pernah bertanding dalam pilihan raya tahun lalu dan pada kali ini, mereka "hanya dibenarkan" mengundi sahaja.

Sehubungan itu, pihaknya mendesak PALAPES segera menarik balik arah tersebut "agar proses demokrasi di kampus dapat berjalan sebaiknya".

Sementara itu di UTM, jurucakap pro-M berkata pihak pentadbiran universiti kali ini membenarkan pelajar sarjana mengundi dalam pilihan raya kampus.

"Tahun lalu pelajar Master tidak dibenarkan (mengundi). (Tetapi) pada tahun ini ia telah diluluskan. Mereka dibenar mengundi, tetapi tak boleh menjadi calon.

"Sebelum ini tak ada (peraturan macam ni)," katanya yang enggan namanya didedahkan.

Bagaimanapun jurucakap itu berkata peraturan baru itu juga tidak menjejaskan kempen pro-M kerana kemungkinan "mereka akan menyokong kumpulan pro-M" demi mencapai kemenangan.

Manakala di UIA dan USM setakat ini, tidak ada perubahan atau peraturan baru yang "memeranjatkan" diperkenalkan oleh pihak pentadbiran universiti.

Jurucakap pro-M USM Mohd Hanif Alias bagaimanapun memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya "ada mendengar ura-ura" satu kerusi diberikan kepada pelajar Ijazah Sarjana untuk dipertandingkan.

Katanya, ura-ura tersebut masih dalam pertimbangan Dewan Senat USM dan "sebelum ini tidak ada pelajar Sarjana yang mengundi dan menjadi calon" dalam pilihan raya kampus berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) utama akan melangsungkan pilihan raya kampus masing-masing pada 21 dan 22 Februari ini, manakala penamaan calon ditetapkan pada 16 dan 17 Februari.

Mahasiswa di empat universiti utama - Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaya (UM) - akan menjalankan proses pengundian serentak pada 21 Februari ini manakala penamaan calon pada 17 Februari ini.

Manakala mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dijadualkan mengundi pada 22 Februari ini dan penamaan calon pada 16 Januari ini.

Bagaimanapun Malaysiakini difahamkan pilihan raya kampus UKM dijadualkan berlangsung pada 21 Februari, manakala penamaan pada 16 Februari.

Tahun lalu, sebanyak 16 kerusi umum dan 32 kerusi fakulti dipertandingkan yang menyaksikan pro-M di kampus UPM menang tujuh kerusi umum dan empat kerusi fakulti.

Sementara, pro-M UIA memenangi 17 daripada 24 kerusi keseluruhannya manakala di USM, pro-M hanya memenangi tujuh kerusi daripada 33 kerusi - yang merangkumi satu kerusi umum dan enam kerusi fakulti.

Manakala pro-M UTM memenangi 18 daripada 51 kerusi yang dipertandingkan secara keseluruhannya.

Pada tahun ini, sebanyak 26 kerusi fakulti - bertambah dua kerusi - akan dipertandingkan di UIA. Sementara di USM, sebanyak enam kerusi umum dan 33 kerusi fakulti akan menjadi rebutan termasuk cawangannya di Kubang Kerian dan Nibong Tebal.

MAHATHIR BERLAKUN LAGI ! Buat lawak bodoh !


“Melayu mudah lupa” ungkapan popular Dr Mahathir satu ketika dulu memang tepat kena kebatang hidung Mahathir,….  kerana beliau sendiri selalu lupa atau buat-buat lupa apa yang beliau pernah cakap!  Ungkapan ini lebih tepat kalau - “Mahathir Mudah Lupa”  bukan Melayu mudah lupa.
Orang tua nyanyuk, tak tahu malu dan tak sedar diri ini hari ini dia berlakun lagi!...

Dalam satu kenyataannya Mahathir berkata “Operasi Lalang pada 1987 dulu adalah urusan pihak polis, beliau tidak campor sama sekali.  Wah! mudah dan lunaknya Mahathir memberi alasan !. walhal segala keganasan polis adalah mengikut telunjuknya !  Begitulah juga dengan “kes pembunuhan di Memali” satu ketika dulu!!  Anda dah lupa?.   Rakyat tak pernah lupa!.

Bagaimana pula lagak samseng dan ganas pihak polis di rumah DS Anuar ketika hendak menahannya pada 1998 dulu?  Bagaimana layanan kasar polis terhadap penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman?.  Seluruh rakyat amat yakin dan percaya bahawa polis tidak akan bertindak sezalim itu tanpa arahan dari pihak atas. Siapa pihak paling atas kalau bukan PM? .  Rakyat nak bertanya, Kenapa sekarang?  Kenapa setelah berada diluar kerajaan,  baru anda hendak memberi alasan?  Sepatutnya anda diam saja !  lebih baik,.. kerana bila anda berlakun nampak sangat kejanggalan dan kelucuannya!!

Samalah hujjah anda tentang kes mata lebam Anuar Ibrahim semasa dalam penjara satu ketika dulu.  Anda bohongi rakyat!,  anda beritahi rakyat bahawa Anuar sengaja melebamkan matanya sendiri!..…Aduh! malunya !  sebagai seorang yang berilmu, dakwaan dan tuduhan anda tersasar jauh, tidak lojik langsung!!. Sepatut anda malu memberi hujah sedemikian!. 

Kemudian selepas Anuar keluar dari penjara, anda pernah berkata dalam satu wawancara..,iaitu Anuar sebenarnya tak buat apa-apa kesalahan pun!, Anuar tak buat salah!,…katanya  Anuar  dipenjarakan semata-mata kerana pada ketika itu beliau(Mahathir) dan BN punya power yang amat kuat !!..tak ada siapa yang boleh halang!. itu je,…. katanya lagi

Kemudian dimasa yang lain pula anda pernah berkata bahawa DS Anuar sememangnya seorang peliwat!  Hujjah ini sering anda ulangi terutama setelah kes “Fitnah Liwat 2”  muncul.  Anda juga pernah kecewa dan marah dengan Umno, lalu anda kata Umno sudah terlalu busuk hingga keusus!,… lepas itu anda pun keluar dari Umno. Tetapi tak lama kemudian  anda masuk masuk balik. Nampaknya politik anda ibarat sampan kolek ditengah lautan!,…politik “flip flop”, tak jauh bezanya dengan politik katak lompat bawaan Ibrahim Ali !!

Oleh : rahimothman

OPERASI LALANG : MAHATHIR BOHONG, kata Mat Sabu
(Petikak – Anak Sungai Derhaka)

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berbohong apabila beliau menuding jari kepada polis sebagai pihak bertanggungjawab dalam Operasi Lalang 1987.

Demikian kata Ahli Jawatankuas PAS Pusat, Mohamad Sabu, mengulas kenyataan Mahathir di dalam buku tulisan Tom Plate, ‘Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad’.

Dalam buku tersebut, Mahathir mendakwa beliau pada asalnya bercadang menangani Operasi Lalang dengan cara berbeza.
Malangnya, kata Mahathir, polis bertegas meneruskan penangkapan sedangkan beliau sendiri sebelumnya menemui pemimpin pembangkang memberi jaminan mereka tidak akan ditangkap..    Baca seterusnya…   http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/02/operasi-lalang-mahathir-bohong-kata-mat.html#more

Najib strikes fear in markets and brings shame to Malaysians

Najib strikes fear in markets and brings shame to MalaysiansMaybank Investment chief executive officer Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz added to the mounting pressure in the market on the appointment of former Negri Sembilan menteri besar Mohd Isa Abdul Samad as Felda chairpman, by Prime Minister Najib Abdul Razak.
He said, “There have been many GLCs that have ex-politicians appointed as chairpersons, but Felda is a rare case, where the market is concerned with such an appointment. It sends the wrong signals”.

National Economic Advisory Council member Zainal Aznam Mohd Yusof was more blunt and said Mohd Isa’s track record of graft had raised alarm bells. Zainal played a major role in the preparation of the Second, Fourth and Fifth Malaysia Plans.
He said, “It was a sad day when Isa was appointed chairperson of Felda.”
Zainal Aznam said real reform could be achieved if there was a blanket ban on the appointment of politicians to head GLCs: “Why not say politicians cannot be appointed, no matter which political divide you are from, or whether or not you are corrupt? Power corrupts, so the basic assumption is that (politicians) are stigmatised as corrupt”.
He believed that Isa Samad’s appointment was a blow to Felda's solid reputation in the developing world.
Former Tourism, Arts and Culture Minister Abdul Kadir Sheikh Fadzir expressed his regret at the shocking level of corruption and cronyism in the nation.
He said, “If the founding fathers could see what is happening now, they will turn in their graves. Corruption is everywhere, you have to bribe people to get things done. Cronyism is everywhere.”
The men were speaking at a forum organised by the think tank Institute of Democratic and Economic Affairs (Ideas), which was founded one year ago.
Former Prime minister Mahathir Mohamad once condemned Isa Samad’s links with corruption and warned the party that Isa Samad could tarnish Umno’s image.
His criticism of Isa Samad was evident when Isa was nominated as candidate for the Bagan Pinang state by-election, in 2009.
Mahathir believed that Umno’s image would be affected because people would think that the party was not serious about fighting money politics if it chose a corrupt candidate.
Isa was suspended for six years, reduced to three years on appeal, for money politics in the 2004 Umno elections.
Incredibly Najib ignored all our protestations and for reasons of his own, and against his better judgement, appointed Isa Samad.
The unfortunate thing is that the people whom Isa Samad is supposed to help are the ones who are oblivious about his past.
Najib’s refusal to address our concerns has prompted various remarks about why Isa Samad was elevated to Chairman of FELDA. The reasons put forward have suggested that the PM could have been compromised because of his past connection and dealings with Isa Samad.
Najib is part of the problem rather than the solution. Appointing Isa Samad is like telling Malaysians that corrupt practices will be rewarded. Najib should have come down hard on Isa Samad and others like him who are openly corrupt.
This betrayal of the Malaysian public is what causes mounting resentment in the rakyat. They feel as if their grievances are not being addressed.
The adverse publicity in terms of racism and corruption are bad for our image abroad.
It comes at a time when Najib’s racism was recently criticized by ex-US ambassador John Malott.
Malott’s article was published in the Asian Wall Street Journal and will be bad for our FDIs (foreign direct investments). It will be read by numerous Fortune 500 CEOs and Asian/European CEOs as well as countless bankers, equity managers and decision-makers around the world.
If Malaysia is known globally as a country that practises racism, Isa Samad’s appointment is an endorsement of corrupt practices.
The other tragedy is that Najib may be the one which causes the eventual downfall of FELDA, the organisation which was started by his father, to elevate the living standards and raise the hard-core poor, out of poverty.

Tamatnya Riwayat First Lady

Leila Trabelsi is said to have fled Tunisia with $50m worth of gold bar


Masa
Ciptaan Allah Maha Kuasa
Lari Leila
Isteri Presiden Tunisia
Sang berbelanja
Duit negara
Rakyat tetap ambil kira
Bila penjual buah dianiaya
Dilakukan oleh petugas penguatkuasa
Daripada jenis Hawa
Menampar muka penjual buah dengan sengaja
Habis daya upaya
Bakar diri di tepi jalanraya
Mohamad Bouazizi namanya
Sedih rakyat
Tercetuslah demontrasi jalanan besar-besaran
Membantah kerajaan Presiden Zein el-Abidin Ali
Dengan nyawa kebebasan dibeli
Tamatlah pemerintahan kuku besi
Tamatlah rejim korupsi
Tamatlah riwayat "first lady"
Yang suka joli


HMS ABU BAKAR

Mesir, AS bertikam lidah ketika ketegangan memuncak


WASHINGTON: Menteri Luar Mesir, Ahmed Abul Gheit, menuduh Amerika Syarikat cuba memaksakan kehendaknya ke atas sekutunya ketika Rumah Putih memberi amaran bahawa Kaherah gagal mencapai "tahap minimum" pembaharuan.

Abul Gheit berkata demikian dalam temubual bersama stesen televisyen PBS selepas Washington mengkritik Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman, yang bertanggungjawab mengadakan dialog dengan kumpulan pembangkang. Beliau membidas apa yang disifatkannya sebagai retorik AS terhadap krisis yang dicetus penunjuk perasaan di Mesir itu. “Apabila anda berbicara mengenai 'segera', 'serta merta', 'sekarang', seolah-olah anda memaksakan kehendak anda terhadap negara hebat seperti Mesir, negara sahabat yang sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan AS.

“Mesir dan Presiden Mesir, kerajaan Mesir sudah memulakannya," katanya merujuk pelan untuk rundingan peralihan kuasa kerajaan Hosni Mubarak.

Bagaimanapun, Washington menegaskan penunjuk perasaan yang berhimpun di Medan Tahrir akan menentukan masa depan Mesir, bukannya AS.

“Kami tidak cuba menentukan apa-apa," kata jurucakap Jabatan Negara, Philip Crowley. - AFP

MARI KENALI ULAMAK UMNO PROF NOR DERIH!!

Al-Ustaz Mohd Nor bin Deris yang merupakan bekas pensyarah fakulti syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya,Nilam Puri, Kelantan. Beliau juga bekas anggota dewan ulama’ Pas ‘81 – ’88, masuk UMNO 1999 hingga kini. Asalnya dia adalah ahli Pas dan merupakan ahli Pas yang sangat teruk hingga disabitkan dengan salah satu penyebab mengapa Pas tidak diterima dahulu. Kata salah seorang pemuda yang pernah menjadi anak muridnya di Universiti Malaya, beliau memberitahu bahawa Ust Mohd Nor Deris ni ketika pembelajarannya tidak lain selain menghina tok guru dan juga Umno. Beliau juga pernah diboikot oleh pelajarnya sendiri kerana sistem pembelajaran yang radikal dan tidak berasas.
(wajib double klik di hidung sesumpah ni 2 kali kalau nak tengok magic)

Guru-guru/pelajar di Universiti Malaya Nilam Puri yang membuat Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) mengatakan pernah memboikot Mohd Nor Deris suatu ketika dahulu dengan membuat memorandum kepada pentadbir UM mengenai kelakuan buruk Mohd Nor Deris ini. Tandatangan diambil dan dikatakan melebihi 100 tanda tangan pelajar yang tidak berpuas hati dengan beliau. Dan pernah di akhir kuliahnya suatu ketika dahulu, Mohd Nor Deris mengugut pelajarnya dengan berkata" Saya akan mencari siapa yang membuat memorandum ini dan menanda tangan ini.."

Dahulu juga Mohd Nor Deris membenci UMNO dan dan pernah mengeluarkan fatwa yang bersalaman dengan orang umno adalah haram. Paling dasyat beliau juga pernah memberitahu apabila bertemu dengan orang umno maka hendaklah memalingkan muka dan jangan memandang pun wajah mereka. Menurut sumber lagi, beliau pernah mengunakan bendera Umno sebagai kain alas untuk mandi kerana bencinya yang mendalam pada UMNO.

Tapi hari ini, beliau telah pun menjadi ahli umno dan tidak diketahui pula samaada dia bersalam atau tidak dengan orang Umno. Beliau bukan sahaja menjadi ahli Umno bahkan diantara orang yang kuat menghina tok guru kini. Terbaru beliau telah menyamakan tangan Tok Guru seperti tangan syaitan.Tugas beliau bukanlah berjuang untuk islam di dalam Umno tapi hanyalah menjadi alat kepada Umno untuk menyerang tok guru.

... inilah dikatakan ulama' sesumpah.....

Kapal termahal didunia: Pemimpin BN samun duit rakyat atau tak reti berurus niaga?


WarkahDaily – Tak cukup songlap duit rakyat melalui perjanjian beli kapal selam tempoh hari, kini ambil kesempatan atas pembelian kapal tentera laut negara pulak dah.

Dua benda yang boleh dikatakan. Pertama, sengaja meletak harga pembelian kapal dengan harga yang lebih tinggi daripada harga sebenar di atas kertas perjanjian pembelian kerana wujudnya tangan-tangan ghaib yang mahu ambil kesempatan untuk penuhkan poket kroni. Suatu perkara yang tidak pelik berlaku di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Kedua, memang sah pemimpin BN bodoh dan tidak pandai memerintah negara sehingga begitu senang ditipu pihak pengeluar kapal untuk pembelian kapal dengan kos 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama. Tak ke bahlul namanya. Orang lain boleh dapat murah, depa pulak dapat dengan harga mahal. Sah tak reti berurusniaga. Memang bodoh!


Malaysiakini – 'Kos kapal tentera laut mahal 870 peratus'

Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.

Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu.

Israel, tambahnya, yang sedang berperang, membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kira-kira RM219 juta kurang daripada apa yang sedia dibayar oleh Kementerian Pertahanan.

Menurutnya, kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS188 juta atau RM572 juta) dan Saar V dari Israel (AS260 juta atau RM791 juta) setiap satu.

"Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004," kata Pua.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pua juga setiausaha publisiti DAP mempertikaikan kerana pembelian itu tidak dibuat secara kompetitif apabila negara yang jauh lebih maju dalam ketenteraan seperti Amerika Syarikat mengamalkan perkara itu.

Pelajar lelaki dan perempuan dicekup dalam rumah. Agak-agaknya apa yang mereka lakukan?

Kalau dah ponteng sekolah, macam-macam aktiviti negatif yang akan mereka lakukan. Hisap rokok sudah tentu. Malah ada yang berani menghisap dadah, minum minuman keras, tonton filem lucah, seks bebas dan macam-macam lagi. Apa nak jadi dengan pelajar kita?

21 Pelajar Ponteng Ditahan Dalam Rumah Teres
[MStar] KANGAR: Dua puluh satu pelajar termasuk dua pelajar perempuan berusia 14 yang dipercayai ponteng sekolah ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di sebuah taman perumahan dekat sini, Rabu.
Mereka yang ditahan itu terdiri daripada 17 pelajar sebuah sekolah menengah dan empat penuntut kolej berhampiran kawasan itu.
Serbuan pada pukul 12 tengah hari itu membabitkan lima anggota polis, pengetua dan dua guru disiplin sekolah berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supritendan Ismail Che Isa berkata ketika serbuan dibuat, kesemua pelajar itu sedang melepak dan ada yang menghisap rokok dalam rumah berkenaan yang berkunci dari dalam.
"Polis menunggu hampir lima minit untuk mereka membuka pintu dan ada di kalangan mereka berpakaian sekolah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, di sini, hari ini.
Beliau berkata rumah itu disewa oleh seorang daripada penuntut kolej dan premis itu sering dijadikan sebagai 'port' untuk mereka yang ponteng sekolah.
Kesemua 21 pelajar yang ditahan itu berusia 14 hingga 20 tahun dan mereka akan menjalani ujian saringan air kencing dan proses dokumentasi, katanya.
Ismail berkata pihak sekolah akan memanggil ibu bapa pelajar terbabit untuk diberi kaunseling.
Beliau berkata serbuan terhadap rumah teres itu dibuat berikutan aduan penduduk di taman perumahan itu yang mendakwa pelajar terbabit sering membuat bising di rumah berkenaan. - BERNAMA

Isteri "Facebook" hilang selepas 21 hari berkahwin...

[HM] ALOR GAJAH: “Sejak dia menghilangkan diri, saya sentiasa berfikir dan tertanya-tanya pada diri apakah kesalahan besar dilakukan hingga isteri baru dikahwini tergamak meninggalkan rumah tanpa sebarang pesan ketika inai masih merah di jari.”
Begitu keluhan penternak lembu, Nurshahrul Affandi Hashim, 25, dari Kampung Bangau Tanjung, Temerloh, Pahang, selepas isterinya, Nurhidayah Shamsuddin, 20, dari Taman Seri Jaya, Kluang, Johor, didapati hilang selepas 21 hari mereka bergelar suami isteri.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi pada 28 Januari lalu, Nurhidayah dikatakan keluar dari rumah menuju ke sebuah kedai berhampiran untuk membeli kredit tambah nilai dengan menaiki motosikal jenis Yamaha Ego.

Nurshahrul berkata, ketika kejadian isterinya keluar dengan memakai kemeja T berwarna merah jambu dan berseluar sukan tanpa memakai topi keledar dengan mendakwa mahu keluar sekejap sebelum dipercayai bertemu seorang rakannya.
Menurutnya, dia kemudian menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS), kepada isterinya kira-kira jam 1.30 tengah hari pada hari kejadian selepas lama menunggu sebelum dibalas dengan memaklumkan berada di rumah rakannya dan ia adalah SMS terakhir daripada isterinya.
Katanya, pada masa sama, Nurhidayah turut memaklumkan tidak boleh pulang disebabkan hujan begitu lebat menyebabkannya berusaha menghubungi telefon bimbit isterinya, tetapi tidak berjawab sebelum ia terus dimatikan.

“Saya terus menunggu hingga keesokan harinya, tetapi Nurhidayah masih tidak muncul sehingga timbul pelbagai perkara merunsingkan kerana tidak menyangka isteri yang dikenali menerusi laman sembang sosial Facebook kira-kira empat bulan lalu, menghilangkan diri.

“Masalahnya, kami kini sudah bergelar suami isteri dan dia tidak sepatutnya mengambil keputusan melarikan diri dari rumah walaupun mempunyai masalah, sebaliknya masih boleh berbincang untuk kebaikan bersama,” katanya.

Katanya, dia juga sudah membuat laporan di Balai Polis Kluang, tetapi tidak pasti status kehilangan isterinya sama ada mengikut orang atau dihanyutkan air banjir.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali Nurhidayah diharap dapat menghubunginya di talian 017-9653293 atau balai polis berhampiran.
(Gambar sekadar hiasan)

Tangkap Segera Penerbit Dan Pengedar My Balik Pulau!


Desak haram risalah

GEORGETOWN - Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) mendesak Kerajaan Negeri mengharamkan edaran risalah My Balik Pulau selain mengambil tindakan tegas terhadap penerbitnya, Arts-ED.

Gabungan dianggotai empat badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Badan Anti Islam Liberal (Badai), Islamic Provocation International Society (IPIS) dan Sekretariat Dakwah Pulau Pinang.

Presiden Gabungan, Mohamed Nordin Mohd Nor berkata, pihaknya mendapati penerbitan risalah itu mengandungi unsur pemalsuan fakta sejarah Pulau Pinang dan menghina orang Melayu asal negeri itu.

“Kami berasakan penerbitan My Balik Pulau ini amat berbahaya dan mempunyai motif politik serta perkauman yang tidak sihat. Secara keseluruhan, penerbitan ini dengan sengaja hendak meluputkan sejarah awal orang Melayu di pulau ini dan ia tidak boleh dimaafkan.

“Kandungan risalah ini juga dilihat boleh mengelirukan golongan muda khususnya pelajar,” katanya semalam.

Sehubungan itu, mereka mendesak Kerajaan Negeri mengharamkan edaran penerbitan ini dan mengambil tindakan tegas kerana ditaja oleh ‘Penang Education Council (PEC)', jelas menunjukkan ia bawah Kerajaan Negeri kerana logonya turut tertera pada belakang risalah.

Risalah My Balik Pulau mengandungi 12 muka surat dan diterbitkan oleh Arts-ED, sebuah Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang yang ditaja Penang Education Council (PEC) dan Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Pulau Pinang serta dibantu oleh beberapa individu dan organisasi lain.


Ulasan GB

Penerbit dan pengedar risalah MY BALIK PULAU sepatutnya ditahan dan ditangkap kerana ia menyemarakkan unsur perkauman.

Tetapi malang di dalam negara kita, dimana polis bersokongkol dngan pemerintah yang memainkan isu perkauman membiarkan hal tersebut berlaku.

Jika kesalah di pihak Pakatan rakyat misalnya di dalam kes ADUN SRI MUDA, pihak polis begitu tangkas mendakwa sekalipun polis tidak mempunyai hujjah yang kukoh untuk menuduh ADUN berkenaan mengeluarkan kata-kata yang mencemar dan menghina Sultan Selangor, sekalipun pejabat ADUN berkenaan digelidah dan komputer dirampas.

Ketidak-adilan polis di dalam menjaga ketenteraman awam akan terus menjadi perhatian rakyat.

UMNO goyah bila MCA kecundang di kawasan campuran

Pola pengundian PRK Tenang mungkin petanda kejatuhan Barisan Nasional dalam tempoh tujuh tahun.  Bayangkan, PAS menumpaskan MCA di kawasan campuran, yang merupakan kubu MCA sebelum 8 Mac 2008.  Sebelum "tsunami politik", kubu MCA sebenarnya berada di kawasan campuran - kerana DAP gagal meraih sokongan Melayu, sementara PKR dan PAS gagal memperolehi undi Cina.

Namun, senario politik telah berubah.  Keputusan PRK Tenang menyaksikan pola pengundian di mana semakin tinggi kadar pengundi Cina, maka semakin tinggi kadar undi untuk PAS.  Kini, kebanyakan pengundi Cina akan menyokong "orang Melayu Pakatan Rakyat" - ketika membuat pilihan antara "orang Cina UMNO (MCA)" dengan "orang Melayu Pakatan Rakyat (PAS dan PKR)".

Jikalau pola ini kekal, maka ia bermakna MCA akan tewas kepada DAP di kawasan majoriti Cina, malah berkemungkinan tumpas kepada PAS dan PKR di kawasan campuran.  Jadi, persoalannya, daripada 15 kerusi parlimen yang sedia ada, berapakah yang mampu dipertahankan MCA dalam PRU akan datang?

Pakatan DAP-PAS
PAS dibantu kedua-dua rakan partinya, DAP dan PKR dalam PRK Tenang kali ini.  DAP terutamanya, menurunkan pemimpin peringkat kebangsaannya untuk berkempen.  Malah, untuk kali pertama DAP menyiarkan iklan di akhbar Cina, Sin Chew Daily (1/4 muka surat di edisi tempatan) setiap hari - untuk PRK yang ditandingi rakan parti.  Menurut Penasihat Strategi Pilihanraya, Liew Chin Tong, daripada 14 PRK yang berlangsung, hanya PRK Bukit Gantang (ditandingi Nizar Jamaluddin) dan PRK Sibu (ditandingi DAP sendiri), yang mampu menyamai PRK Tenang dari segi sumber yang dicurahkan oleh DAP.
Matlamat strategi DAP adalah supaya prestasi PAS mengatasi DAP.  Keputusannya menyaksikan matlamat ini tercapai.  Dalam pilihan raya yang lalu, DAP yang bertanding kerusi parlimen Labis memperolehi lebih undi Cina di kawasan DUN Tenang berbanding PAS, sementara PAS memperolehi undi yang lebih banyak daripada DAP di kawasan Melayu.  Tidak sukar untuk menjelaskan fenomena ini - sesetengah penyokong DAP menolak calon PAS, manakala sesetengah penyokong PAS tidak yakin dengan calon DAP.

Antara faktor yang menjurus kepada fenomena ini adalah hasil daripada dasar pecah dan perintah oleh Barisan Nasional dalam ruang wacana.  Dalam PRK Tenang kali ini, MCA menyerang PAS yang kononnya membawa Islam yang ekstrem, sementara UMNO menyerang PAS kerana mengkhianati agama dan bangsa - manifestasi wacana tradisional yang digunakan BN.

Namun, apa yang membimbangkan BN adalah, perbezaan kadar undi Cina yang diperolehi DAP dan PAS semakin rapat.  Dalam empat peti undi yang mana kadar pengundi Cinanya lebih tinggi, kadar undi yang diperolehi PAS pada tahun 2008 telah mengatasi kadar undi yang diperolehi DAP pada tahun 2004, walaupun masih belum terjangkau kadar undi yang diperolehi DAP pada tahun 2008.  Dalam PRK Tenang kali ini, kadar undi yang diperolehi PAS di Labis Tengah hampir menyamai kadar undi yang diperolehi DAP pada tahun 2008!

Seandainya fenomena ini juga berlaku di dua kawasan pengundian yang berdekatan (iaitu Labis Timor dan Labis), ia membawa makna bahawa komuniti Cina telah melihat dan menerima DAP-PAS sebagai satu gabungan.  Pengundi Cina DAP menyokong PAS, lebih kurang keadaannya sebagaimana pengundi Melayu UMNO menyokong MCA.

PAS dan undi Melayu
Persoalan yang tercungkil di sini adalah, apakah PAS akan menjadi MCA versi Melayu?  Sebelum ini, ada pandangan bahawa PAS mungkin tidak senang apabila DAP menyindir MCA kerana kehilangan sokongan Cina.  Ini kerana PAS juga berdepan dengan masalah gagal meraih sokongan Melayu di kawasan desa dan mungkin dilihat sebagai boneka DAP.

Sememangnya, terdapat sesetengah pemimpin dari golongan konservatif yang agak gelisah apabila PAS semakin bergerak ke tengah.  Namun, PAS adalah sebuah parti yang pragmatik.  Meskipun melihat kegagalan sebagai ujian daripada Tuhan, namun kemenangan tetap akan diiktiraf.  Misalnya, Mohd Nizar Jamaluddin (gambar kanan) yang meraih sokongan bukan Melayu, meskipun kehilangan sedikit sokongan Melayu - tetap disanjung tinggi akar umbi partinya.  Pemimpin yang popular di kalangan bukan Melayu seperti Dzulkefly Ahmad, Husam Musa, Khalid Samad, Siti Mariah dan sebagainya, juga tidak tersingkir dalam pergelutan kuasa yang sengit dalam parti.

Pemimpin PAS yang saya kenali tidak bimbang dengan kebangkitan pengaruh DAP.  Mereka hanya mengeluh kerana kadar pengundian Cina yang rendah sehingga gagal menghakis undi majoriti BN.  Di kubu UMNO, ada kalanya PAS langsung tidak berpeluang untuk bertemu dengan pengundi.  Jadi, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila PAS kehilangan sedikit undi Melayu ketika dalam PRK.

Mengapa PAS tetap tenang ketika berdepan dengan asakan demi asakan dari UMNO, malah tidak khuatir bahawa dirinya mungkin berakhir sebagai MCA?  Pokoknya, PAS agak yakin dan berpegang kuat pada ideologinya.  Mereka tenang ketika menghambat kuasa, maka sanggup bersikap fleksiber dalam pendirian partinya, tetapi tidak berganjak dari prinsipnya.  Berbanding MCA, yang kekosongan dalam "ideologinya", dengan makna kewujudannya sebagai "wakil Cina dalam kerajaan".  Segala kompromi yang dilakukan pemimpin MCA dilihat sebagai demi kuasa dan kepentingan individu, lantas gagal meyakini pengundinya.

UMNO gagal mengekalkan keabsahan kemajmukannya
Jikalau pola pengundian PRK Tenang kekal, undi Melayu (dan India) kembali ke pangkuan BN pada kadar berlainan mengikut faktor tempatan, dan undi Cina pula tetap bersama pembangkang - apakah senario politik Malaysia seterusnya?

Apakah akan wujud fenomena "Melayu sebagai pemerintah, Cina sebagai pembangkang" (sebagaimana yang dipropagandakan MCA sekarang)?  Secara tepat, jawapannya tidak.  Ini kerana seandainya kadar sokongan Cina terhadap PR cukup tinggi, maka ramai pemimpin Melayu PKR dan PAS bakal menang di kawasan campuran.  Dengan kata lain, ramai calon MCA, Gerakan dan MIC akan kecundang, dan menjurus kepada senario "Pemerintah hampir semuanya Melayu, Pembangkang pula mencerminkan kemajmukan (sungguhpun lebih banyak wakil Cina)".

Jadi, apakah ia akan menjurus kepada ketidakstabilan dalam hubungan kaum?  Cuba bayangkan kabinet yang didominasi lebih 80% Menteri UMNO - semestinya menjolok mata.  Maka, mungkin semua wakil rakyat MCA, MIC dan Gerakan yang "terselamat" akan diberi jawatan menteri, menjadi Mah Hang Soon (EXCO Perak) versi Persekutuan atau Subramaniam (Menteri Sumber Manusia-MIC) versi Cina.

Untuk mengekalkan keabsahan sebagai kerajaan yang mentadbir sebuah negara yang berbilang kaum, maka UMNO perlu memikat hati komuniti Cina.  Mana-mana tindakan yang menindas kaum Cina dan bukan Melayu akan dikecam pemimpin Cina dan bukan Melayu dalam PR.  Lebih penting, tindakan tersebut akan dihujani kritikan pemimpin Melayu dan muslim PR sebagai "rasis".

Sememangnya, golongan kanan dalam UMNO akan menyuarakan ketidakpuasan terhadap kerajaan kerana memberi layanan yang baik kepada "golongan minoriti yang tidak tahu bersyukur".  Maka ia akan menyukarkan Najib atau pewarisnya untuk mengimbang antara dua pihak - lantas mempercepatkan langkah kemusnahan BN.

Tembak kuda dahulu
Sebelum ini, analisa terhadap strategi untuk meleraikan BN adalah berdasarkan logik "tangkap ketua dulu jikalau nak tangkap gerombolan perompaknya" (pepatah Cina).  Maksudnya, BN tidak akan tumbang selagi UMNO tidak tumbang.  Maka lebih 50% Melayu diperlukan untuk menyokong PR demi menjatuhkan UMNO.

Namun, iktibar yang diperolehi selepas PRK Tenang adalah, "tembak kuda dulu untuk jatuhkan orang di atasnya".  Seandainya MCA dan parti komponen BN yang menjadi tunggangan UMNO ditembak, maka UMNO perlu turun dari kuda dan berperang secara dekat - tanpa diselindungi mitos politik "perkongsian kuasa".
Dari sudut ini, mungkin ramai pengundi Cina yang gagal mengundi "huan" (tukar) kali ini kerana trak kerajaan enggan membawa mereka ke pusat pengundian.  Namun, sebahagian keputusan ini memberi isyarat bahawa, seandainya pola pengundian Cina ini berulangan di kawasan lain, soal "Tukar" hanyalah persoalan masa sahaja.

Comelnya Rosmah, Bergetah Lagi....


Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (tiga, kiri) menerima plak penaja dari Proton Malaysia selepas merasmikan Jelajah 1 Malaysia dan pelancaran lagu tema di sini, hari ini. Jelajah 1 Malaysia merupakan acara perlumbaan basikal di adakan sejak 1963 di Malaysia . Acara ini mendapat tajaan dari Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, Milo, 100 Plus, Silky Girl, TM Malaysia dan Proton Malaysia.-Bernama

Muda bergetah dan comelnya Rosmah!!! Gambar belakanglah, banner tuuuu……he! he! Photoshop tu...

Penduduk Kuala Pilah Di Saran Doakan YB Mampus...

Kah.. kah.. kah... dah enam bulan jambatan roboh tak repair2 lagi... cubo ekau nengokkan... siapo YB kek situ... ekau orang pakat2 sesamo penduduk kampung/kawasan tu hah... doakan supayo YB tu mampuih copek.

Kalau doa di makbulkan... YB tu mampuih... sudah pasti ekau orang semuo dapek jambatan baru yang sememangnya telah lama di rancang untuk di bina oleh kerajaan kek kawasan ekau orang tu... hahaha... itu pun kalau YB ekau semuo mampuih laaaa....


KUALA PILAH – Penduduk Kampung Parit, dekat sini terputus hubungan akibat jambatan menghubungkan penduduk dengan kampung lain roboh akibat tanah runtuh. Masalah yang berlaku sejak enam bulan lalu sehingga kini masih belum ada tanda akan diperbaiki sehingga menggusarkan penduduk setempat.

(Kisah sebelum ini Masalah Perlombongan Pasir dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 untuk Negeri Sembilan (klik sini)  dan Masjid bersejarah N.Sembilan nak runtuh, UMNO tak kisah (klik sini).

Penduduk mendakwa, kejadian itu bukan kali pertama berlaku, sebaliknya pernah terjadi pada 2009. Seorang penduduk, Abdul Rahim Omar, 70, berkata, kejadian tanah runtuh itu disebabkan kerja-kerja mengorek pasir yang tidak jauh dari kawasan itu. Memang ada kerja-kerja mengorek pasir di sini yang dipercayai menyebabkan jambatan itu runtuh. Tambahan pula, air sungai deras menghentam tebing sehingga berlakunya hakisan teruk.

Tanah runtuh itu juga menyebabkan jalan menghubungkan ke pekan Kuala Pilah dan Kampung Tanjung Ipoh terputus dua.

Walaupun ia jalan pintas, tetapi jalan ini sering dilalui dan digunakan penduduk untuk mengelak kesesakan lalu lintas,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Rahim juga kecewa kerana masih belum ada apa-apa tindakan susulan terhadap aduan dibuatnya sebelum ini. Saya memang sudah buat aduan kepada pihak berkaitan selain pimpinan kampung untuk maklumkan perkara itu. Bagaimanapun, ia masih tiada jawapan.

Pada mulanya saya ikut jalan jauh selepas jambatan itu runtuh. Tetapi ia amat meletihkan. Akhirnya saya mengambil tindakan membina titi kecil tetapi hanya boleh dilalui pengguna motosikal sahaja," katanya.

Selain itu katanya, ada antara mereka tidak tahu jalan itu terputus dua dan terpaksa berpatah balik dan mengikut jalan luar.

“Hujan lebat beberapa hari lalu juga menyebabkan air sungai naik mengakibatkan struktur jambatan bertambah teruk,” katanya.

Sedangkan dalam utusan meloya 17 Okt. 2010, Najib Razak mahu umnoapco melayu yahudi laknatullah serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan2 yang di kuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.

Hahaha.... YB-YB sialan tu semua sibuk aaarrrr.... mengumpul harta kekayaan, mana ada masa nak jengok permasalahan rakyat Najib oooiiiiii.....

So... kepada penduduk Kuala Pilah jangan lupa pesanan gua, kalau nak jambatan baru... doakan supaya YB lu orang MAMPUS... kompom dapat....!!!! 
 
ISA.

Kenapa Ramai Sangat Polis Yang Haramjadah?

Saya tidak mengatakan semua, tetapi terdapat sebahagian anggota (terutama yang berpangkat) polis yang gaya dan cara mereka terlalu biadap, songsang, perasuah dan (mungkin) tepatnya 'haram jadah'.

Kepada anggota polis yang berkhidmat dengan cemerlang saya ucapkan tahniah dan doa saya agar kalian serta keluarga dirahmati Allah swt serta dikurniakan dengan limpahan rezeki halal dan baraqahNya.

Seingat saya telah terlalu banyak pendedahan terutamanya dari kalangan anggota polis sendiri tentang sikap biadap dan amalan sundal terutamanya rasuah dikalangan anggota polis, malangnya rakyat tidak nampak usaha bersungguh dikalangan kepimpinan tinggi PDRM untuk menyelesaikannya.

Terbaru, baca kenyataan media berikut:


Arutchelvan: Siasatan polis untuk wujudkan ketakutan



Setiausaha Agung PSM, S.Arutchelvan pergi ke IPD Cheras pada 9 Februari untuk memberikan keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah mengenai perhimpunan Aman di hadapan kedutaan Amerika Syarikat pada 4 Februari 2011 mengenai isu Mesir.  Arul telah diiringi oleh lebih kurang 15 orang penyokong PSM diketuai oleh Nasir Hashim, Pengerusi Nasional PSM.

Kenyataan diambil oleh Inspektor Faizal dan berlangsung kurang 30 minit ekoran Arul (gambar kanan) menggunakan kuasa dalam Seksyen 112 (2) dan enggan menjawab soalan-soalan mengenai perhimpunan tersebut dan berkata hanya akan bercakap di mahkamah sekiranya didakwa.

Insp faizal bertanya di manakah Arul pada masa dan tarikh perhimpunan tersebut dan juga bertanyakan mengenai beberapa pemimpin pembangkang lain seperti Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Shamsul Iskandar.  Menurut polis , mereka akan memanggil beberapa orang lagi untuk mengambil keterangan.

Semasa bercakap kepada media selepas itu, Arul mengatakan bahawa perhimpunan tempoh hari adalah perhimpunan aman dan hanya menjadi kecoh setelah program berakhir apabila polis memulakan provokasi.  Beliau juga berkata bahawa polis memang membuang masa membuat siasatan ini memandangkan polis ada banyak lagi kerja penting seperti memerangi jenayah.  Beliau juga berpendapat bahawa polis atas arahan Kerajaan mungkin berniat untuk menakutkan aktivis supaya mereka tidak menjalankan demonstrasi lagi.  Beliau berkata sebagai aktivis rakyat, kita akan teruskan perjuangan ini dan memang kami mempunyai hak untuk berhimpun secara aman.  Beliau juga memandang ada sikap lebih toleransi tentera Mesir membenarkan perhimpunan Aman di mesir berbanding dengan tindakan polis di tanahair.

Siasatan berakhir dalam masa setengah jam dan polis meminta nombor telefon aktivis pembangkang lain di mana saya menyuruh polis mencari nombor itu sendiri.  Saya juga sekali lagi berulang, jangan buang masa kamu!

*Kenyataan media dari Pejabat Pusat PSM pada 9 Februari 2011.

Bahalol Tahap Tertinggi. Macam Haramjadah!

Isa Samad Perlu Cermin Diri

SHAH ALAM 10 FEB : Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid mahu Tan Sri Isa Samad mencerminkan dirinya sebelum mempertikaikan hak orang lain bagi membincangkan perlantikan seorang yang terbukti terpalit dengan rasuah dalam institusi penting di negara ini.

Isa Samad yang baru dilantik sebagai Pengerusi FELDA hari ini mempertikai kritikan Angggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara(NEAC) Zainal Aznam Yusof yang menyifatkan perlantikan itu sebagai hari sedih, kerana bekas Meteri Besar Negeri Sembailan itu terpalit dengan tuduhan rasuah.

Bagi Abdullah Sani perkara ini perlu dipertikai kerana ia membabitkan masa depan orang Melayu.

"Perlu dipertikaikan kerana ini masa depan orang Melayu yang khususnya bergantung sumber rezeki kepada kelapa sawit yang dikategorikan sebagai sumber kedua terbesar dalam negara.   

"Persoalan untuk beliau mempertikaikan orang yang membincangkan soal itu boleh dianggap biadap dan ini telah melanggar etika demokrasi, bahawa orang boleh memberikan pandangan," kata Abdullah lagi.     

Sementara itu, Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berkata Isa jangan melihat teguran itu bersifat peribadi.

Menurut Wan Saiful, soalan yang diajukannya pada forum anjuran IDEAS itu kepada Zainal, adalah bersabit bagaimana individu yang bergelar ahli politik boleh dilantik untuk mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Namun malangnya ujar Wan Saiful, dalam konteks itu, Isa adalah orang yang menerima jawatan itu dan beliau sememangnya seorang pemimpin yang terpalit dengan salah laku rasuah yang membelit dirinya.

"Saya rasa pandangan itu mungkin diambil bukan dengan cara yang sepatutnya. Mungkin beliau ambil (pandangan) itu sebagai kritikan terhadap dia. Jadi yang saya hendak jelaskan ialah, kita bukan hendak mengkritik dia.  

"Dalam hal ini saya harap Tan Sri Isa tidak ambil secara peribadi sebab kritikan itu bukan kritikan secara peribadi tetapi adalah kritikan dari sudut proses perlantikan beliau yang dibuat oleh orang lain, bukannya beliau yang melantik diri sendiri.

"Jadi rasanya target sebenar Datuk Zainal Aznam dan saya pada program yang sama, target kami adalah proses itu, bukan kepada Tan Sri itu sendiri," jelas Wan Saiful yang berada di New Delhi ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.         

Terdahulu, kemuraman pasaran saham yang menjadi tidak menentu dengan perlantikan Isa juga dipersetujui oleh ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Zainal pada forum itu menyifatkan keterlibatan Isa dengan beberapa siri rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Isa terpalit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disiplin Umno pada 2005.

Malah menurut Zainal, pembaharuan sebenar hanya boleh dicapai jika ada pengharaman menyeluruh pelantikan ahli politik mengetuai GLC.

Namun Isa yang mendengar pandangan pakar ekonomi ini pantas melenting kerana mungkin rasa tersindir dengan pendapat itu.

‘Display results of postal votes first’

Sabah DAP wants the Election Commission to explain why it does not post the results of the postal votes ahead of the polling streams.

KOTA KINABALU: Sabah DAP has called for the Election Commission (EC) to display the results of the postal votes ahead of the actual polls outcome.
Kota Kinabalu MP Hiew King Cheu said it was only right that the results are posted on the scoreboard before others coming in from the polling streams and centre.
“The current practice of posting the results of the postal votes on the score board at the very last is perculiar and highly irregular.
“The postal votes results should be posted on the score board first, ” he said.
Currently postal voters cast their votes one day before the actual polling day and the votes for each candidate were counted by the representatives.
Once done representatives dully sign the result sheet to confirm the postal votes cast. The system has raised doubts over the integrity of postal votes.
“Sometimes the numbers of postal voters are not the same as listed in the electoral and is being added on.
“Many people feel that this is not fair and they want the EC to explain why this can happen.
“Since the EC gets the results ahead why is it last to be posted on to the score board and computer?” Hiew said.
Fair elections
He said that over the years many arguments and disputes over the postal votes system had occurred during elections.
In view of this he urged the EC to rectify this in order to show some fairness and transparency in the polls process.
“Introducing this system will allow the elections to be conducted in a fair manner.
“The EC must be seen to be fair to all. It must review the complaints and suggestion from the various parties to streamline the postal vote system.
“The qualification of the postal voters must also be checked and updated,” he said.
Hiew also pointed out that many uniformed servicemen who had retired and left the service were still listed as postal voters.
“These people must be re-registered as ordinary voters by the EC. They must get their names removed from the postal voter list,” he said adding that the EC’s suggestion to adopt a ‘proxy voters’ system would only ‘induce more foul play’.
He said it was more viable to allow the one million oversea Malaysian voters to cast their votes in the centre set up by the EC in the various Malaysian High commission offices or embassies.

Hukum Mereka Sampai Mati!


BERITA dari Butterworth hari ini menarik perhatian saya. Ia sebuah berita biasa yang mungkin tidak akan diberi perhatian ataupun dijadikan iktibar untuk membuat renungi bersama. Berita berkenaan ialah mengenai bekas seorang setiausaha kepada menteri mengaku tidak bersalah memiliki wang seban yak RM2.13 juta.
Cara bekas setiausaha menteri itu memiliki wang itu dengan mengubah wang berkanaan hasil aktiviti haram yang dilakukan di sepanjang tahun lepas.
Mungkin bagi adik kakak yang tidak faham dengan undang-undang dan terma-termanya tidak tahu dan mengerti apa yang dimaksudan aktiviti haram berkenaan.
Yang jelasnya ia bukan dari wang jual dadah atau rompak secara fizikal atau menerusi pengemisan di kedai-kedai mamak. Tetapi menerusi aktiviti yang dihalkan menggunakan kedudukannya. Mereka mengaut keuntungan mentah. Salah satu tektiknya ialah dengan mengambil fee atau pun komisyen atas sesuatu yang dilakukan.
Selalu kedengaran pegawai menteri mengambil tol atau mengutip komisyen daripada pihak tertentu yang menggunakan 'khidmat' mereka. Misalnya mereka ini akan mengenakan fee dengan jumlah tertentu sekiranya mana-mana orang ingin berjumpa dengan bosnya, menteri. Dalam kata mudah mereka menjadikan bos mereka sebagai umpan dan modal.
Seorang pegawai menteri misalnya pernah mengenakan di antara RM3,000 hingga RM5,000 hanya sekadar membolehkan pihak tertentu berjumpa dengan bosnya. Itu belum lagi menteri berkenaan menerima apa-apa proposal atau pun mendapat projek dari menteri.
Selalunya urusan mengusahakan agar proposal disokong menteri pegawai-pegawai hantu ini akan mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit, tidak termasuk kemudahan lain seperti kereta, rumah dan juga pensedekahan hiburan dan pebekalan pelacur kelas artis.
Apa yang pernah berlaku di Perak tidak lama dulu melibatkan dua bekas Exco adalah kegiatan seumpama itu yang sudah lama berlaku. Ia sebenar tidak pelik dan menghairankan lagi.
Kita juga nak tanya kalau setiausaha menteri mendapat sebanyak itu dalam masa setahun menerusi kegiatan haramnya, berapakah pula menteri mengaut komisyen dari kegiatan itu? Apakah menteri hanya menjilat gos saja saja sedangkan pegawainya kaya raya? Tidak masuk akal kalau menteri tidak dapat satu sen pun.
Sebenarnya kegiatan haram yang dihalalkan inilah menjadikan rakyat negara ini susah dan terpaksa membayar sesuatu perkhidmat yang disediakan untuk mereka dengan kadar tinggi. Bayangkan kalau kos asal sesuatu perkhidmatan katakan RM10 juta tetapi apabila dikira dengan komisyen dan fee yang tidak perlu itu menyebabkan kosnya mencecah RM15 juta.
Itu tidak mengapa lagi, ada kalanya harga ditambah sampai 200%.

Satu contoh klasik pembinaan sebuah jambatan di negeri Kelantan. Harga asalnya RM80 juta. Setelah dicampur dengan komisyen kepada pihak yang mengurus akhirnya ia menjadi RM160 juta. Ini bermakna separuh dari harga jambatan itu dibaham oleh orang tertentu menerusi aktiviti-aktiviti haram seperti mana dilakukan oleh bekas setiausaha politik tadi. Inilah yang menjadikan pemakan komisten dan fee ini perut buncit macam katak gomok.

Wajar rasanya kalau kerajaan memperketatkan kawalan atas kejadian ini dan menghukumkan mereka terbabit dengan sekeras hukuman. Kalau perlu para pengyonglap wang rakyat ini dihukum gantung samnpai mati dan bangakinya dilempar ke sungai Sarawak.
MSO

Ustazah: Don’t emulate ‘sinful’ Christians

A religious teacher has asked Muslims not to celebrate Valentine's Day, advising them not to emulate such Christian vices.

PETALING JAYA: An ustazah has asked Muslims to refrain from celebrating Valentine’s Day, urging them not to emulate the vices of Christians.
The ustazah, Siti Nor Bahyah Mahmood, 47, had made the remark during an Islamic educational programme aired on TV9, which is owned by the Umno-linked media conglomerate Media Prima.
A video-clip of the programme, posted on YouTube, had sparked off a raging debate. [watch video below]
Although the programme was posted about a year ago, it is only now the video clip is being widely circulated and posted in numerous blogs.
In the clip, Siti claimed that it was the Christians who normally indulged in vice, such as frequenting discos and dating.
Selalunya buat maksiat, pergi disko… couple, couple, bersunyi-sunyian, ini adalah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian bukan agama Islam…,” she had said.
The video, which had been viewed more than 80,000 times, also had the ustazah warning Muslims that celebrating Valentine’s Day would mean “supporting Christianity and the English”.
Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) president Thomas Philips said no religion should be belittled due to a lack of understanding.
“We should not belittle any religion just because we don’t understand it. Her comments were not in context as she wrongly understood that Valentine’s Day was a Christian festival,” he said.
“I believe we as a society are all matured and we know what’s wrong and what’s right. Christians know what’s right and wrong too.
“Valentine’s Day is a day where people express their love, I don’t see what’s wrong with letting people have that freedom. It’s all individual choices and we should be above all this,” he said.
‘This amounts to sedition’
Meanwhile, Human Rights Party pro-tem secretary-general P Uthayakumar said that Siti’s comments were uncalled for and insensitive.
“It borders on religious extremism and is borne out of a narrow minded view,” he said.
Uthayakumar also claimed that since it was aired on national TV, it meant that Siti’s comments were state sanctioned.
“We should not have a government that interferes with the rights of Malaysians to practice their own religion, we should not restrict Muslims from their private affairs.
“In Indonesia, where 90% of the 230 million population are Muslims, a girl can convert from Islam to marry a non-Muslim; but why are we different,” he asked.
Uthayakumar said that Article 5 and Article 11 of the Federal Constitution, which guarantee liberty of person and freedom of religion should be respected.
He added that if the Malaysian standard was applied on Siti, her comments amount to sedition.
“This does not augur well for the 1Malaysia policy that our prime minister is promulgating,” he added.

Selepas Ezam Gagal, Umi Hafilda Jadi Senjata Umno

KUALA LUMPUR 10 FEB: Setelah Senator Ezam Mohd Noor gagal untuk menarik sokongan pengundi Melayu di Selangor, Umno negeri  itu terpaksa meletak harapan kepada  muka lama Umi Hafilda  untuk cuba menghakis pengaruh  Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hanya kira-kira 100 orang hadir pada ceramah sulung Umi Hafilda di Jalan Kebun, Kelang malam tadi.

Segala tohmahan dan dakwaan yang dibuat oleh Umi Hafilda terhadap Anwar pada ceramah itu hanya berupa modal lama yang dikitar semula sejak 1998.

Tetapi  dalam keghairahan  beliau membidas Anwar, Umi Hafilda membongkarkan peri laku Jemaah menteri  termasuk Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak dan barisan menteri besar sendiri yang ketika itu bernaung di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad.

GMI, Suaram kecam penahanan terbaru ISA

Ketika isu Operasi Lalang 1987 yang membawa penangkapan 106 orang di bawah Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibangkit semula dan menjadi perbincangan hangat, tiga lagi individu ditahan di bawah akta kejam itu semalam.
Tangkapan itu membabitkan dua lelaki dan seorang wanita yang ditahan di Kuala Lumpur, dipercayai terlibat dengan jenayah rentas sempadan dan penyeludupan manusia.
Sehubungan itu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengutuk sekerasnya penahanan tersebut yang diumum Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien.
“Penahanan tiga individu di bawah ISA merupakan satu lagi percubaan kerajaan untuk mengesahkan penahanan tanpa bicara di sebalik kritikan orang ramai terhadap Perdana Menteri yang mengakui keperluan akan mengkaji semula ISA.
“Kami mengkritik keras kerajaan kerana mengamalkan dwistandard mengenai isu-isu berkaitan ISA. Dari satu segi, ia merancang untuk semakan semula ISA tetapi pada sisi yang lain, penahanan baru dijalankan secara diam-diam tanpa sebarang pengumuman dibuat,” ujar dua NGO itu dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Menurutnya lagi, GMI dan Suaram mengakui isu keselamatan negara adalah penting dan menentang aktiviti penyeludupan manusia, namun berpendapat hak seseorang untuk mendapatkan perbicaraan adil tidak boleh diketepikan tanpa sebarang asas.
Kedua NGO itu juga mempersoal mengapa kerajaan menggunakan ISA menangkap individu berkenaan sedangkan Malaysia mempunyai undang-undang khusus dalam menghalang aktiviti penyeludupan manusia.
“Kami menggesa kerajaan untuk mendakwa mereka yang ditahan dalam mahkamah terbuka dan membebaskan mereka tanpa syarat dengan segera,” ujarnya sambil menggesa kerajaan memberi jaminan keselamatan kepada individu terbabit.
Dalam masa yang sama, GMI dan Suaram juga menyeru ahli keluarga mangsa yang ditangkap supaya tampil menghubungi badan itu bagi mendapatkan pembelaan dan menentang penahanan itu.
“Akhirnya, GMI dan Suaram menggesa rakyat Malaysia menuntut pembebasan kesemua tahanan dan pemansuhan ISA yang merupakan undang-undang tidak adil dan terkebalakang hasil peningggalan penjajah,” tegasnya.

BN Selangor persoal tugas Khusrin ‘dihadkan’

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Pembangkang di Selangor mempersoalkan tindakan kerajaan negeri itu mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohamad Khusrin Munawi memberi keutamaan kepada hartanah milik kerajaan Selangor, yang dianggap sebagai “hanya tugas kecil”.
Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman berkata tindakan itu menghairankan kerana soal tanah adalah di bawah bidang kuasa Pegawai Daerah dan Pejabat Tanah Negeri.
“Kami pun hairan dan mengejutkan mengapa Menteri Besar boleh berikan hanya tugas kecil sahaja kepada beliau, sedangkan tanah ini biasanya dijaga oleh Pejabat Tanah yang ada pegawai daerah.
“Jadi mengapa Mohamad Khusrin nak memantau kes-kes itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim di sini hari ini.
Mohamad Satim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang juga menyifatkan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai merendahkan martabat pegawai-pegawai negeri Selangor jika beliau tidak ada kepercayaan terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru itu.
Minggu lepas, Abdul Khalid telah mengadakan pertemuan dengan Mohamad Khusrin di pejabatnya dan telah mengarahkan beliau untuk memberi keutamaan kepada hartanah milik kerajaan Selangor, terutamanya yang terbiar dan bermasalah.
Mohamad Khusrin juga diminta menyediakan laporan dari masa ke masa kepada kerajaan Selangor mengenai maklumat terkini hartanah yang dimiliki kerajaan negeri demi mengenal pasti nilai tanah terbiar dan bermasalah.
Pelantikan Mohamad Khusrin menjadi kontroversi apabila Abdul Khalid mendakwa ia tidak sah kerana tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu.
Bagaimanapun beliau akhirnya menerima pelantikan berkenaan yang mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. — Bernama

Macam-macam Ops Lalang


Ops Lalang berlaku lama dah..... iaitu pada 27 Oktober 1987. Ramai dalam kalangan warga Malaysia yang bersuara lantang, mengkritik rejim Mahathir Mohamad masa tu, telah di ISA-kan dalam Operasi Lalang.

Mereka ini dianggap seperti lalang yang menyemak dan menyusahkan sahaja. Lantas.... mereka ditebas dan disumbat ke Kamunting. Zalimnya....

Dalam buku Tom Plate berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia- Conversations with Mahathir Mohamad', Mahathir menyalahkan pihak polis. Ops Lalang bukan angkaranya tetapi pihak polis. In fact, dia telah bersemuka dengan para politikus pembangkang dan berjanji, kononnya... mereka tidak akan ditangkap.

Tup-tup... 106 orang masuk ke 'dalam', diISA-kan. Dahsyat.... Dahsyat.... Persoalannya sekarang, kita boleh percaya ke, yang 'tangan' Mahathir bersih daripada kezaliman ini?? Apakah itu semua kerja polis semata-mata??

Mahathir seperti ynag semua sedia maklum, selalu menyalahkan pihak lain atas sesuatu kepincangan yang berlaku. Dia jer yang betul dan perfect. Dia nak projekkan diri dia sebagai seorang yang maksum.

Ek ele.... perasannya orang tua ni. Poyo betul!! Pigiiraahh....!!! Weh.... siapa tak kenal Mahathir?? Manusia yang hatinya penuh dengan dendam kesumat dan mempunyai ego yang melambung tinggi.

Huh... lu orang boleh percaya ke Mahathir tak terlibat dalam Ops Lalang??

Apabila kena hentam dan cabar serta kenyataannya dipertikaikan, muncul ler suara seorang malaon untuk menyelamatkannya. Aha... mantan IGP yang kaya-raya selepas bersara.

Beriya-iya dia mengiyakan apa yang Mahathir kata dan dakwa. Butuuuul.... Mahathir takde kena mengena dengan Ops Lalang. Itu polis punya kerja. Mahathir cuba menghalangnya tetapi polis ada cara sendiri untuk menjaga kestabilan dan keselamatan negara. Lebih kurang rupa itu ler maksudnya...

Sori...Sori... Excuse me, aku nak pi muntah sat. Wheekkk!!

Ok... Sekarang... aku nak gelak pulak. Kah... kah.... kah.... kah.... What did he say??

Mahathir takde kena mengena dengan Ops Lalang. Itu polis punya kerja. Mahathir cuba menghalangnya tetapi polis ada cara sendiri untuk menjaga kestabilan dan keselamatan negara.
Tiada tekanan politik whatsoever...

Oh, ya?? Hmmm.... ya ler tu! Whatever ler... Tapi, ko ingat orang percaya??? Silap ler....

Entah-entah.... ini cuma satu lagi episod pengisian dasar tersohor ciptaan Najib 1Malaysia iaitu.... 'I help you...You help me'

Prk Merlimau - Jangan Jadi Hulu Selangor

Sebentar tadi saya terima panggilan talipon dari Sdr Yusof (Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Selandar) memberitahu saya bahawa rumah yang disewa oleh Parti Keadilan Rakyat Negeri Melaka di Permaang Serai, Merlimau telah dikacau oleh seorang lelaki Melayu yang mendabik dada bahawa beliau akan menjadi calon untuk DUN Merlimau mewakili Barisan Nasional.

Rumah yang disewa oleh KEADILAN itu adalah kepunyaan kakak ipar saya. Lelaki Melayu itu adalah juga penduduk Permatang Serai dan saling mengenali kakak ipar saya dan anak-anak buah saya didalam rumah itu.

Lelaki itu telah datang ke rumah kakak ipar saya dan berjumpa dengan anak buah saya dan bertanya secara kasar seperti: "Dengar awak sewakan rumah awak kepada PKR, betul ke?" Anak buah saya menjawab: "Betul."

"Kenapa bodoh sangat sewakan rumah kepada PKR? Dah, batalkan sewa itu, ambil duit dari UMNO, kita bayar sekali ganda dari PKR, dan saya pastikan UMNO akan hantar batu dan lain-lain untuk membaiki laman rumah." katanya, sombong.

Anak buah saya kata: "Tak boleh buat begitu sebab saya dah terima bayaran sewa dari PKR."

Melayu sombong itu bertanya: "Awak orang PKR ke?"

Anak buah saya jawab: "Kat rumah ni, macam-macam parti ada, PKR, PAS dan UMNO. Kami anak-beranak boleh hidup serumah walaupun berbeza parti. Rumah ini kepunyaan emak saya dan terserah kepada dia nak sewakan kepada siapa."

Ketua Wanita PKR Melaka juga menalipon isteri saya, Hendon Jaafar, adik kepada tuan rumah, memita isteri saya menalipon kepada anak buah kami di Merlimau tu.

Isteri saya sudah pun bercakap dengan anak buahnya, dan anak buahnya itu telah memberikan jaminan bahawa dia tidak akan menyewakan rumah tersebut kepada UMNO. Dia faham tujuan UMNO itu supaa orang-orang Pembangkang tidak mendapat kemudahan menyewa rumah.

Isteri saya menceritakan juga pengalaman dia semasa di Hulu Selangor. Setiap rumah untuk disewa oleh PKR didatangi oleh wakil-wakil UMNO dengan menawarkan sewa berkali-kali ganda yang ditawarkan oleh PKR.

Namun setelah PKR tidak mengambil rumah-rumah itu untuk disewa, UMNO juga tidak menyewa rumah-rumah itu. War-war UMNO mahu menyewa rumah-rumah itu hanyalah untuk menghalang rumah-rumah itu dari disewa oleh PKR, akhirnya rumah-rumah itu samapai siap PRK Hulu Selangor itu tidak disewa pun oleh UMNO.

Ini bermakna UMNO hanyalah khianat kepada pemilik-pemilik rumah yang terdiri daripada orang-orang Melayu daripada mendapat rezeki semasa PRK itu.

Anak buah isteri saya itu faham, bahkan melahirkan perasaan menyampah dengan sikap sombong wakil dari UMNO itu.

Gambar palsu Lim berketayap pula tersebar

Jika sebelum ini terdapat gambar palsu yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu ketika Aidil Adha, kali ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap.

NONEGambar itu menunjukkan Lim bersama ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussein di sebuah surau di majlis rasmi di Komtar.

Ketiga-tiga mereka memakai batik dan berketayap.

Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasan Melayu di Balik Pulau sejak minggu lalu.

Lim pada sidang media di Komtar, hari ini menunjukkan kepada wartawan gambal asal ketiga-tiga mereka yang dirakamkan pada majlis berkenaan.

leaflet"Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah," katanya.

"Kopiah ini hanya digunakan oleh orang Islam dan saya tidak akan menggunakannya sebagai menghormati masyarkat Melayu,” katanya.

Lim berkata jika Anwar mendapati beliau memakai ketayap, sudah pasti ketua pembangkang itu akan menegurnya.

"Lihat betapa jahatnya sesetengah pihak... ini satu lagi contoh fitnah ke atas pemimpin kerajaan negeri,” katanya.

Lim menafikan beliau pernah memakai ketayap tetapi mengakui pernah memakai serban Sikh sebelum ini.

Gelombang Merah, Rakyat Kelantan Makin Matang



SHAH ALAM, 10 FEB: Rakyat Kelantan kini semakin matang dan tidak akan tertipu berhubung pelancaran gelombang merah oleh Umno Kelantan dalam usaha mendapatkan kepercayaan pengaruh pengundi muda dalam pilihanraya umum akan datang.
Menurut Exco Pembangunan Wanita Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Abdul Patah Mahmood, tindakan Umno mempolitikkan warna merah akan menjadi 'senjata makan tuan' kepada Umno memandangkan merah putih merupakan warna bendera Kelantan.
“Sebenarnya, bagi kita bila Umno mempolitikkan warna bendera dan sebagainya, kita rasa ia akan menjadi 'backfire' kepada diri dia sendiri. Kita harap rakyat Kelantan tidak tertipu dengan pelancaran gelombang merah yang dilancarkan. Bagi kita, negeri Kelantan mempunyai warna bendera merah dan putih,”  katanya.
Abdul Fatah menambah, tindakan Umno seolah-olah mengambil kesempatan di atas kejayaan pasukan bola sepak negeri itu yang digelar 'The Red Worrior' yang berjaya merangkul Piala Malaysia baru-baru ini.
“The Red Worrior adalah sokongan rakyat Kelantan kepada pasukan bola sepak dan kalau kita lihat yang masuk ke stadium memakai baju merah, yang kita tidak boleh kawal mereka juga membawa bendera bulan. Walaupun saya sudah beritahu jangan membawa bendera parti ke dalam stadium, tetapi sebab mereka terlalu rasa bangga dengan negeri di bawah kepimpinan Tok Guru(Nik Aziz Nik Mat), ini menunjukkan tidak semua penyokong Red Worrior tidak semuanya orang Umno,” katanya.
Ujar beliau lagi, tindakan Umno membawa Piala Malaysia ke program parti menimbulkan kemarahan rakyat dan situasi ini ternyata memalukan.
“Sebagaimana yang rakyat Kelantan marah bilamana mereka membawa Piala Malaysia ke program parti, ataupun jelajah Piala Malaysia kepada bahagian-bahagian Umno ternyata ini adalah perkara yang sangat-sangat memalukan,” katanya.
Awal minggu ini Umno Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah untuk mendekati dan mendapatkan kepercayaan kira-kira 400,000 pengundi muda di Kelantan untuk menyokong Barisan Nasional (BN).
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Gelombang Merah bertemakan “Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat” akan dilaksanakan Pergerakan Pemuda Umno negeri Kelantan melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja.

Dana Prihatin PAS, kebajikan rakyat diutamakan

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Pimpinan PAS di semua peringkat perlu mengutamakan kebajikan rakyat atau mampu menyelesaikan masalah mereka seperti menyediakan kemudahan asas, bidang kerja, kesihatan dan pendidikan.

Sekiranya pimpinan PAS mampu melaksanakan keperluan masyarakat atau menjaga kebajikan mereka, pasti rakyat akan menyokong dan memberi mandat untuk memimpin negara.
Rakyat hari ini menagih dan dahagakan kebajikan manakala pemimpin yang dipilih hanya menjenguk mereka apabila tiba pilihan raya kecil atau pilihan raya umum.
Kebajikan merupakan tonggak penting dalam kehidupan. Malangnya, kerja kebajikan seolah-olah dijadikan kerja `bermusim' bukan tugasan yang perlu diutamakan.
Pemimpin yang mementingkan kebajikan mampu mengubah pemikiran rakyat ke satu tahap perubahan jauh daripada penyelewengan, rasuah dan penipuan.
Ketika pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz wilayah pentadbirannya berada dalam kemakmuran sehingga sukar untuk menemui rakyatnya yang berhak menerima zakat.
Beliau hidup penuh kesederhanaan sehingga mampu melaksanakan negara berkebajikan dengan mengembalikan harta-hartanya untuk kepentingan seluruh umat Islam.
Menyentuh tentang kebajikan, Pemangku Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, dalam PAS aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan sepatutnya menjadi aktiviti kemasyarakatan terpenting selepas dakwah dan tarbiyah.
Katanya, apabila kebajikan rakyat diutamakan ia akan memberi kemudahan kepada PAS untuk melaksanakan program dakwah dan tarbiyah.
Beliau berkata, selama ini kerja penerangan dan dakwah kepada rakyat sukar diterima kerana hati mereka tidak dekat dengan PAS.
"Kita kurang mendekati masyarakat, tidak mengamalkan konsep ziarah sedangkan ziarah dengan membawa hadiah itu adalah mengikat kasih sayang," katanya.
Beliau menyarankan kepada pimpinan di semua peringkat supaya melakukan kebajikan kepada golongan memerlukan walaupun dengan bantuan yang sedikit.
Jika dilihat kejayaan beberapa parti politik di luar negara seperti di Palestin parti Hamas; di Indonesia, Partai Keadilan Sejahtera telah dipilih oleh rakyat dalam Pilihan raya umum negara tersebut hanya kerana parti tersebut mengutamakan atau menjaga kebajikan rakyat.
Menurut beliau, salah satu cara mendidik diri untuk bersama masyarakat adalah dengan melakukan kerja-kerja kebajikan.
"Kita tidak akan pergi jauh selagi kita tidak menggerakkan jentera akar umbi serta pimpinan di semua peringkat dengan kerja-kerja kebajikan," tegasnya.
Bagi mencapai impian supaya konsep Negara Berkebajikan dapat dilaksanakan oleh PAS, katanya, Lajnah Kebajikan akan mengadakan Seminar Pemerkasaan Amilin Kebajikan PAS dan Pelancaran `Dana Prihatin'.
Menurut beliau, seminar tersebut bertujuan menyatukan gerak kerja para amilin kebajikan PAS dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak supaya menjadi lebih teratur dan tersusun.
Program selama dua hari satu malam bermula 25 hingga 26 Mac akan diadakan di hotel D' Palma, Ampang dan diwajibkan kepada Lajnah Kebajikan PAS Pusat; Lajnah Kebajikan Dewan-Dewan PAS Pusat; Lajnah kebajikan negeri-negeri; Lajnah Kebajikan Kawasan; Nisa' Dewan Himpunan Penyokong PAS; Jabatan Amal; Yayasan Amal, Ahli Parlimen serta Adun PAS dan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat.
Seminar tersebut akan membuka laluan yang akan melonjakkan PAS ke satu tahap pencapaian lebih cemerlang bagi menunjukkan kepentingan aktiviti kebajian dan kemasyarakatan dalam menyampaikan dakwah serta menerangkan dasar PAS.
Justeru, Lajnah Kebajikan berharap para dermawan yang mahu mengeluarkan zakat individu boleh disalurkan terus kepada Kebajikan untuk memudahkan kerja-kerja membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.
Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun DANA KAMI PRIHATIN BIMB 12113010026150 atau hubungi urusetia, Zainal Abidin Rahmat 012 - 3135471.