Selasa, 8 Februari 2011

PRK MERLIMAU : BENARKAN WANG SAMB DISALURKAN UNTUK KEMPEN BN?

Blog ini menerima maklumat dalaman bahawa Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) telah diarahkan supaya menyalurkan wangnya bagi membantu kempen BN pada PRK Merlimau. Selain itu pekerja-pekerja SAMB juga dikatakan bergiat cergas membantu BN berkempen bagi menarik sokongan rakyat kepada BN.

Jika benar maklumat yang disalurkan kepada blog ini, maka sekali lagi wang rakyat hangus begitu sahaja di'telan' oleh BN untuk kepentingan politik BN.

Blog ini mengharapkan SPRM dan badan berwajib membuat siasatan terperinci terhadap pendedahan yang dilaporkan kepada blog ini.

Tidak perlu SPRM menunggu laporan rasmi dari rakyat sebagaimana pantasnya SPRM bertindak menyiasat pemimpin dan kerajaan PR jika ada khabar angin yang mendakwa mereka melakukan rasuah dan penyelewengan.

Mangsa kekerasan polis kali pertama sertai demonstrasi

TEMERLOH, 8 Feb: Pengalaman dipukul, digari dan disumbat ke dalam lokap oleh polis tidak mudah dilupakan oleh seorang anggota Unit Amal yang menyertai himpunan membantah sokongan Amerika terhadap pemerintahan Hosni Mubarak di Kuala Lumpur Jumaat lalu.
Lebih-lebih lagi insiden buruk itu berlaku pada kali pertama beliau menyertai perhimpunan dan bertugas sebagai Unit Amal.

Sebelum ini, Hafizuddin Kamaruddin, 26, yang baru menyertai Unit Amal dari Kawasan Temerloh itu beranggapan pasukan polis mesra dan berhemah dengan orang ramai sebagaimana slogan digunakan pihak berkuasa itu.

“Namun apa yang saya alami sendiri Jumaat lalu tidak menggambarkan sedemikian,” katanya ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Hafizuddin ialah salah seorang daripada tujuh peserta himpunan menyerahkan memorandum di kedutaan Amerika Syarikat yang telah diberkas polis selepas perhimpunan tersebut.

Menceritakan detik itu, beliau pada sebelah paginya pada hari tersebut  bersama 20 orang Pemuda PAS Temerloh memakai seragam Unit Amal pergi ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk berkawal dan mengawal ketegangan tanpa sedikit pun terlintas untuk melakukan sebarang kekerasan.

Katanya, polis cuba menghalang perarakan daripada masjid lagi tetapi dengan kekentalan semangat Amal mereka bergerak dalam satu rantaian berjaya melepasi hadangan polis untuk ke kedutaan Amerika.

“Pada masa perhimpunan dan menyerahkan memorandum semuanya berjalan lancar tanpa gangguan. Tetapi semasa sudah bersurai dan mula beredar pulang ada polis berpakaian biasa dan berseragam polis tiba-tiba menyemburkan sejenis asap pedih. Termasuk yang menjadi sasaran ialah muslimat.

“Ia berlaku 100 meter daripada bangunan kedutaan Amerika. Saya berada di barisan belakang ketika itu dan bersama rakan-rakan lain terpaksa menerpa menghulurkan air mineral kepada muslimat yang sedang kepedihan mata dan panik.

“Kemudian polis sembur lagi kali kedua yang membuatkan orang ramai menjadi marah. Bila saya cuba menyelamatkan muslimat tiba-tiba lima ke enam orang polis pakai seragam serang saya. Saya kena tumbuk, disepak, terajang dan dipukul dengan cota sehingga bengkak di kepala, luka di bibir dan cedera di siku, katanya.

Menceritakan pengalamannya, Hafizuddin berkata, beliau kemudiannya ditahan di dalam sebuah trak polis bersama enam lagi yang ditangkap.
 “Satu jam setengah kami berada dalam Black Maria, kira-kira jam 6 petang kami dihantar ke lokap Balai Polis Dang Wangi untuk diambil kenyataan,” tambahnya.

Kata Hafizuddin, selepas sembahyang Maghrib berjamaah dalam lokap barulah mereka diambil biodata peribadi. Tetapi apabila pegawai polis bertanya tentang demonstrasi mereka memilih untuk berdiam diri kerana banyak soalan-soalan provokasi yang ditanyakan.

Selepas itu mereka disoal siasat pula oleh pegawai penyiasat bernama Inspektor Lydia.

“Semasa disoal siasat kami disuruh duduk bersila atas lantai sedangkan dia duduk di atas kerusi, terasa betapa hinanya kami sedangkan kami tidak lakukan apa-apa jenayah. Masa itu kami desak untuk jumpa peguam tapi tidak dibenarkan. Dah lama barulah kami ditemukan dengan lima orang peguam.

“Kira-kira jam 11 malam kami diberitahu dapat jaminan mulut dan boleh balik.”

Jelas Hafizuddin, kenangan pahit dan pedih yang dialaminya tidak akan dilupakannya sepanjang hayat kerana sebelum ini mati-mati beliau beranggapan mesra rakyat dan bersifat pelindung.

“Kenapa apabila berhadapan dengan rakyat tiba-tiba mereka melakukan kekerasan? Sedangkan kami bukannya membawa senjata malah kami memang dah mula bersurai.

“Lagipun kami turun ke Kuala Lumpur kerana sensitif dengan pergolakan yang berlaku di kalangan negara umat Islam. Jadi kenapa sanggup perlakukan kekerasan terhadap kami?”, soalnya.

Demo Mesir : Setiausaha PSM beri keterangan esok

Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan akan memberikan kenyataan kepada polis petang esok ekoran penyertaannya dalam perhimpunan antipresiden Mesir Hosni Mubarak pada 4 Februari lalu.

NONEMenurut penyelaras NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Nalini E, beliau akan menemani Arutchelvan bersama dengan peguam N Surendram di ibu pejabat polis daerah (IPD) Cheras di ibu negara bagi proses itu.

"Kenyataannya akan direkodkan bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah," kata Nalini dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, ibu pejabat PSM memberitahu, Arutchelvan mengabaikan permintaan polis - yang datang ke rumahnya - supaya kenyataannya dirakamkan pada hari itu.

protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur crowd 1Menurut kenyataan itu, Notis 111 Kanun Acara Jenayah yang diserahkan padan Arutchelvam tidak menetapkan tarikh dan masa beliau perlu berbuat demikian.

Arutchelvan juga kemudiannya membuat laporan polis mendakwa kunjungan empat anggota penguatkuasa Cheras itu sebagai satu bentuk gangguan, salah guna kuasa dan mala-fide.

Pada 4 Februari lalu, Arutchelvam menyertai kira-kira 3,000 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan selepas solat Jumaat di luar kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara, menuntut supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan.

Prk Merlimau: Gelanggang dakwah ke-15

Pilihan Raya Kecil (PRK) telah berlalu dan Umno berjaya mempertahankan kerusi mereka. PAS kalah dari segi angka, namun hakikat sebenar perjuangan dakwah Islam dianggap berjaya. Harus diingat, PAS bukan sekadar parti politik yang berdaftar secara sah mengikut perlembagaan, tetapi juga sebagai jemaah yang memikul tanggungjawab dakwah kepada orang Islam dan bukan Islam.
Hal ini memang jelas diketahui dan didokongi oleh pimpinan, ahli dan penyokong yang faham akan perjuangan PAS. Oleh sebab itu lah parti Islam ini menyertai pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sejak belum merdeka lagi walaupun sedar bahawa pertandingan tersebut tidak memihak kepada mereka.
PRK Dun Tenang, Johor misalnya, walalupun sedar bahawa PAS memasuki gelanggang untuk “kalah”, namun atas dasar dakwah parti itu tetap memberikan cabaran. Terbukti, walaupun kalah dari segi undi, isu calon PAS yang enggan bersalam dengan lelaki ajnabi (kemudiannya calon memakai sarung tangan) telah menyerlahkan sikap hipokrit Umno dalam menyampaikan kefahaman Islam. Umno bukan sahaja tidak menyampaikan etika Islam kepada rakan-rakan bukan Islam bahkan gagal menyatakan perihal Islam yang sebenar kepada ahlinya yang mengaku beragama Islam.
PAS kini bukan sahaja berjaya mentarbiah kebanyakan ahlinya tentang Islam yang syumul bahkan kini berjaya menyampaikan pula penerangan tentang Islam kepada rakan-rakan bukan Islamnya. Dalam isu bersalam tangan, rakan-rakan bukan Islam yang bersama-sama PAS telah memberi penerangan tentang adab dan budaya agama Islam kepada orang ramai dan meminta mereka menghormati pendirian Islam tentang isu tersebut. Bukankah ini salah satu kejayaan PAS dalam menerangkan Islam?
Kini, PRK Dun Merlimau, Melaka sekali lagi memberi peluang kepada PAS untuk bertemu dengan seramai mungkin rakyat dan menyampaikan dakwah Islam. Peluang sebegini luas hanya datang setiap PRU dan PRK. Hakikat dakwah inilah yang tidak ada dalam Umno dan mereka tentunya berasa hairan kenapa PAS bersusah payah bertanding untuk “kalah”.
Umno juga tidak akan faham kenapa ahli-ahli PAS berjuang dan terus berjuang walaupun sedar mereka berada dalam keadaan serba kekurangan sama ada dari segi kewangan, logistik, pentadbiran dan segalanya. Umno perlu sedar bahawa PAS bukan berjuang untuk wang, harta dan pangkat, bukan juga demi individu tertentu atau pemimpin tertentu, tetapi ahlinya berjuang untuk Islam.
Suatu kisah ketika tentera Islam mempertahankan Baitul Muqaddas yang  dikepung oleh tentera King Richards the Lionheart. Salahudin al-Ayubi telah menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat memusnahkan “kereta kebal” musuh yang digunakan untuk menembusi benteng pertahanan Baitul Muqaddas.
Salah seorang, juruteranya berjaya mencipta sejenis alat yang dapat membakar dan seterusnya memusnahkan “kereta kebal” tersebut. Apabila ditanyakan kepada jurutera tersebut apakah hadiah yang dimahukan, dia menjawab dengan tegas, “Ucapan terima kasih pun saya tak perlu, inikan pula hadiah. Saya berjuang bukan untuk tuan, tetapi untuk Allah.”
Semoga, semangat itu dapat diteruskan pula di Merlimau nanti. Mengikut rekod pilihan raya yang lepas-lepas, kawasan ini merupakan kubu kuat Umno. Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir daripada Umno-BN menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi – menyaksikan kekurangan hampir 3,000 undi berbanding PRU 11 pada tahun 2004. Ketika itu Mohamad Hidhir mendapat 6,332 undi menewaskan calon PKR iaitu Jayathas Sirkunavelu dengan majoriti 5,087 undi. Jayathas mendapat 1,245 undi.
PRK ini nanti bakal memberi peluang kepada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos untuk memilih wakil baru mereka di Dun Melaka. Angka tersebut berdasarkan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.
Di Melaka Umno mempunyai 18 kerusi di Dun, empat kerusi MCA, satu kerusi MIC dan DAP pula lima mendapat kerusi. Sehingga kini PAS masih menantikan anak sulungnya di Melaka setelah kesemua negeri di Semenanjung mempunyai wakil PAS.
Sehingga kini, telah 14 PRK telah berlangsung selepas badai tsunami Pilihan Raya Umum ke-12, 2008 yang lalu. Daripada siri PRK tersebut Pakatan Rakyat (PR) menang di Sibu, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Permatang Pauh, Permatang Pasir, Manek Urai, Penanti dan Bukit Selambau. Manakala Barisan Nasional (BN) pula menang di Tenang, Hulu Selangor, Galas, Tenang, Batu Sapi, Bagan Pinang dan Tenang.
Apakah akan berlaku kejutan di Merlimau pada kali ini? Walaupun secara logiknya, Umno boleh menang walaupun dalam keadaan mata terpejam, namun tidak ada siapa yang tahu kuasa Allah. PAS telah memperoleh anak sulungnya di Johor pada PRU 11 pada 2004 apabila Dr Ramli menang tanpa bertanding akibat calon Umno tersilap mengisi borang.
Tugas PAS hanyalah turun gelanggang untuk bertarung, urusan kalah dan menang terserah kepada Allah SWT.

By popular demand - FLOM and its removal

By popular demand - FLOM and its removalAfter much ridicule and widespread condemnation, the directory page of the Prime Minister's Office website which displayed information on a mysterious and much debated “FLOM division” has been removed.
It had been widely speculated that the acronym stood for “First Lady of Malaysia” and that it was a full-fledged division in the PMO meant to serve Rosmah Mansor, wife of Prime minister Najib Abdul Razak.
The existence of the FLOM in Najib’s website was proof enough for Seputeh MP Teresa Kok. She accused Najib of lying in the Dewan Rakyat. Najib had told Bukit Bendera MP Liew Chin Tong that Rosmah had no travel allowances or full-time staff.
Under the law, the premier’s spouse is allowed to claim for expenses only when accompanying him on official visits.
Kok said “The fact that the web page was suddenly removed a few days ago upon being criticised by the public makes the existence of this division all the more suspicious.”

Kok then demanded an explanation from Najib aid as he had misled the Dewan Rakyat and all Malaysians.

The ‘First Lady’ also had to explain to the public why she has stood silent and allowed Najib to lie, making her complicit to his deceitfulness.
Kok said, “As prime minister, Najib and his spouse must both be held to the highest standards of integrity if they are to lead Malaysia and represent Malaysia on the world stage. Our country's reputation and our children's future are at stake.

“I urge all Malaysians to hold Najib and Rosmah accountable for all their misdeeds until the full force of justice falls upon them”.
Thus, after a few weeks of sustained public ridicule, FLOM has been removed from the PM’s site.
At the end of her visit to Oman, the ‘First Lady’ Rosmah Mansor, brushed aside negative comments that criticised her and her travels, by justifying her overseas travels on the invitations received from the various governments.
She said, “So, let them say whatever they want to say, but I feel that this visit is very beneficial not only to us but to all Malaysians regardless of race, religion or even what party they belong to.
“I’m not here to represent certain sections of the people but we’re here to represent Malaysians.”
She described how she and members of her delegation, several ministerial wives, had been well-received. Her high-profile three-nation tour had raised eyebrows and the level of diplomatic recognition accorded her was comparable to that of a cabinet minister.
She also boasted about her recent trip to Saudi Arabia, “I was informed in Riyadh that I hadn’t been invited just because I’m the wife of a prime minister.”
Her patronising tone about the Saudis ‘doing their homework’, to check on her past work with children, smacks of arrogance.
She said, “They had apparently done their homework, research to see what I’ve contributed to children’s education, especially those below four years old as well as gifted children.”
Perhaps it was her dismissive tone to the rakyat which did not endear her to the public: “To me, if they want to complain, I’ve got no issues. Let it be. I’m only doing this as a leader’s wife.
She added: “I’m not involved in politics, I’m not involved with the policies of the government - that’s being taken care of by the cabinet, the prime minister, deputy prime minister.”
This is what irks the rakyat. If she is not involved in matters of state, then she should not be thrusting herself forward and spending from the public purse. Perhaps, like the other politicians,  she should get nominated, then get elected and then go on a jolly to other countries to speak on behalf of Malaysians.
However, Rosmah dismissed the rakayt with, “We’re only putting in our effort and time and interest in children and the less privileged, so what’s the problem.”
In addition to her dismissive tone about the public, Rosmah was accused of unnecessary wastage when she briefly returned to Malaysia to attend Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud's wedding to a Syrian woman.
Foreign Minister Anifah Aman described Datin Seri Rosmah Mansor as a smart woman who helped strengthen Malaysia's relations with other countries.
He said, “Datin Seri Rosmah is indeed clever and smart. Behind the prime minister, there is a very supportive wife.”
Minister for Information, Communications and Culture, Rais Yatim said that it was the responsibility of his ministry to explain to the people the importance of the visits in helping the nation.
He said, “She should play a part to help the nation and the Prime Minister in carrying out supplementary work in the nation's interest.”
By popular demand, and for starters, the FLOM division has been removed from the website.

Jabatan Air Ambil Alih Kerja JKR?

Agak lawak dan melucukan apabila kerja-kerja yang sepatutnya diselaraskan oleh Jabatan Kerja Raya cuba diambil alih oleh Jabatan Air atau di Melaka lebih dikenali dengan nama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Tiba-tiba sahaja orang dari Jabatan Air itu minta dari penyewa bangunan itu sijil layak menduduki atau dengan nama lain CF.

Paling pelik mengapa CF tu tiba-tiba diasingkan sedangkan kebiasaan dikeluarkan untuk satu bagunan dan bukannya dikeluarkan ikut pecahan lot. Lagi pun penyewa tersebut hanya ingin menyambung masuk air sahaja dan mengapa perlu ada CF?

Tambahan pula bangunan itu bukannya baru siap dalam masa sehari dua ini. Sudah lebih beberapa tahun beroperasi kedai-kedai dibangunan tersebut tiba-tiba Jabatan Air minta CF. Memang lawak betul orang yang bekerja dengan Ali Rustam ini. Buat malu syarikat.

Kalau betul-betul bangunan itu tiada CF, maka sepatutnya bangunan itu tidak layak untuk diduduki atau didiami oleh manusia tidak kira dia UMNO ataupun PAS. Dalam hal ini, orang mahu menyewa itu pula adalah orang PAS. Sebab itulah kes ini kena ada CF. UMNO sudah main politik rupanya.

Sekarang di Melaka sudah ada banyak parti politik termasuklah Jabatan Air itu sendiri. Setahu aku yang juga sebagai kontraktor, hanya Jabatan Kerja Raya sahaja yang keluarkan CF. Jika JKR kata tidak lulus maka semuanya tidak lulu termasuk Jabatan Air dan Tenaga Nasional Berhad.

Setahu aku sebagai kontraktor, penyewa perlulah menyediakan RM10 untuk setem hasil, surat sewa dari tuan rumah jika ia menyewa premis tersebut dan deposit RM200 untuk kerja penyambungan. Itu sahaja. Ini kerana bangunan itu sudah lama diduduki dan CF tidak perlu. Tetapi sebab diugut oleh pemuda UMNO, maka Jabatan Air telah dianjingkan oleh mereka. Profesional la sikit Jabatan Air.

Kalau betul-betul bangunan itu tiada CF, harap Jabatan Kerja Raya menyiasat bangunan yang terletak dalam pekan Merlimau di mana ada sebuah bangunan berhampiran dengan stesen bas Merlimau. Kalau ini terjadi, malu kita sebagai "Negeri Maju 2010".

Masalah Tanah? Doa je mohon ada PRK!

Tanah Adat? Tanah apa tu yangggg?
Kesian teman baca berita orang Kayan di Sarawak ni..
Tanah adat mereka dirampas dek Mat Taib dan regimnye..
Apa nak buat.. dah majoriti rakyat Sarawak suka melihat kekayaan Taib dan kroni..
Suka tengok bini baru Mat Taib yang orang arab tu..

Cadangan teman..
Dah takde apa yang mampu dibuat..
BN Sarawak ada kuasa.. ada media.. ada duit..
Orang Kayan ni apa yang ada?

So, doa je lah agar ada PRK disaat-saat akhir sebelum tarikh tutup bulan 6 ni..
InsyaAllah.. kompom leh dapat balik tanah tuh!!
Kalau ada PRK laaaaaa..

Moga DS Najib sudi mendengar keluhan mereka..
Jangan dengar saje! Bagi la balik tanah depa tuhhhh!! Tanah hutan banat pun nak rembat ka?
opssss balak tuhhhh!!!

wakakakakaka!

sunsnake 08022011

Fuyoo..Umno Akan Lawan Habis-habisan..

Umno sedia berhadapan dengan PAS yang dijangka akan menggerakkan jenteranya habis-habisan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, selepas beberapa siri kekalahan PAS menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil sebelum ini, parti itu pastinya akan bertindak 'luar biasa' untuk memenangi pilihan raya kecil kali ini.
"Kita dapat jangkakan mereka akan bertindak luar biasa dan pasti akan cuba sedaya upaya memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
"Bagaimanapun kita tidak gentar dan sedia memberi saingan kepada PAS," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang bersetuju agar PAS mewakili pakatan pembangkang itu di Merlimau.
Keputusan itu sekaligus menenggelamkan hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut menawarkan diri bertanding di kawasan berkenaan.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, Umno optimis untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau yang menjadi kubu kuat parti itu.

PRK MERLIMAU : KAMARUDDIN CALON PAS? PAS PUNYA RAMAI CALON BERKALIBER?

Akhbar Sinar Harian menyiarkan laporan bahawa Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek sedia memikul tanggungjawab menjadi calon PAS pada PRK Merlimau andai beliau dipilih oleh kepimpinan parti.
Selain itu beberapa orang lagi juga dikatakan turut disenarai sebagai calon PAS. Antaranya Bahiki Ismail, Jasme Tompang, Harun Mohammed, Kamis Saat, Ismail Latif, Sopiah Mohammad, Md Nor Mudin dan Hassan Md Dahan.
Kesemua mereka disifatkan berkaliber dan mampu membawa cabaran pada PRK tersebut.
Salah seorang dari mereka yang tidak mahu namanya disiarkan berkata beliau sedia untuk memikul tanggungjawab menjadi calon PAS kerana yakin pengundi DUN Merlimau mula berubah angin disebabkan keadaan ekonomi dan sosial negara kita yang semakin teruk dari masa ke semasa.
Beliau juga bersedia untuk memberikan sokongan kepada calon yang dipilih oleh pihak atasan parti.

Nik Aziz nafi mahu debat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan

 
KOTA BARU, 8 Feb – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan yang beliau mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung beberapa kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah.
Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu (gambar) berkata yang beliau hanya bersedia berdebat dengan pihak yang lain tetapi bukan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.
“Cerita nak debat dengan Majlis Fatwa ini saya tak tahu daripada mana punca keluar (berita) macam ini. Boleh jadi ada orang nak tumpang semangkuk nak naik nama dia.
“Tapi saya sendiri langsung tidak timbul nak debat dengan Majlis Fatwa. Saya kata kalau saya (hanya) nak debat dengan sesiapa tetapi bukan dengan Majlis Fatwa,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Beberapa hari lalu akhbar tempatan melaporkan kesediaan Nik Aziz untuk berdebat dengan mana-mana pihak berkuasa termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan umat Islam di negara ini.
Pada Jumaat lepas, beliau dilaporkan berkata tiada masalah sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam, malah beliau juga bersedia berdialog dengan majlis itu bagi menjelaskan pendiriannya.
Dua hari selepas itu pula, Nik Aziz dilaporkan meletakkan syarat supaya debat antara beliau dan Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa perlu dilakukan secara terbuka bagi memastikan semua pihak dapat menilai perjalanan debat dan tidak dimanipulasi.
Sebelum ini, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan, Prof Madya Mohd Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
Beliau turut mencabar Nik Aziz untuk berdebat bagi mencari kebenaran namun ditolak pemimpin PAS itu yang mahukan debat itu dilakukan dengan mereka yang mempunyai kuasa sahaja dan bukan dengan Mohd Noor. – Bernama

Kayan mohon bantuan PM kembalikan tanah adat

Berang dengan keputusan kerajaan negeri Sawarak merampas tanah adat mereka dan diserahkan kepada sebuah syarikat perladangan, masyarakat Kayan di Long Bemang memohon bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk campur tangan bagi mendapatkan tanah mereka semula.

NONEDalam memorandum yang dikemukakan kepada pegawai Najib, pada Ahad lalu ketika perdana menteri melawat Miri, masyarakat itu berkata mereka telah menetap di kawasan Sungai Apoh yang terletak di daerah Baram sejak tahun 1940an.

Dengan galakan daripada kerajaan kolonial ketika itu, mereka menandakan sempadan dengan puak Kayan dan Penan lain di kawasan itu, petik memo berkenaan.Ibarat darah dan kehidupan

Kerajaan Malaysia yang ditubuhkan selepas itu juga menyokong hak tanah mereka. Malah, mereka diberikan sebuah sekolah rendah, klinik kesihatan, bekalan air paip, janakuasa tenaga, sebatang jalan dan subsudi pertanian untuk penanaman padi, getah, lada dan buah-buahan.

NONE“Kami telah mewarisi tanah adat mengikut amalan kepercayaan daripada nenek moyang kami.

“Tanah ini ibarat darah dan kehidupan kami,” petik memo yang ditandatangani oleh ketua masyarakat Apoh, Penghulu Ajang Jok.

Pada 1989, bagaimanapun masyarakat Kayan itu mendapati tanah adat mereka telah diberikan kepada Pusaka KTS Forest Plantations Sdn Bhd (PKTS) oleh menteri negeri yang bertanggungjawab terhadap perancangan dan pengurusan sumber dan pengarah jabatan perhutanan Sarawak.

NONEMemandangkan sebahagaian besar, tanah adat itu membabitkan tanah pertanian, pemindahan tanah tersebut dikatakan menjejaskan kehidupan penduduk setempat itu.

Justeru, dalam memo itu, mereka mahu Najib campur tangan untuk mengembalikan semua tanah adat mereka daripada dilesenkan kepada PKTS.

Mereka juga mahu kerajaan dengan penyertaan penuh masyarkat pribumi itu membuat bancian, dan mengazet sempadan di tanah berkenaan.

Prk Merlimau: PAS Melaka telah lama bersedia

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Melaka telah sekian lama bersedia untuk menghadapi pilihan raya termasuk pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau yang akan diadakan pada 6 Mac ini.
Dalam menghadapi PRK Merlimau pula, PAS Melaka turut mempunyai harapan besar untuk menang, berdasarkan perubahan yang berlaku dalam masyarakat sekarang yang lebih yakin dengan PAS atau Pakatan Rakyat, berbanding Umno atau BN.
Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (gambar) menegaskan, untuk menghadapi PRK Merlimau, pihaknya telah pun mempunyai beberapa nama untuk diserahkan kepada PAS Pusat untuk dipertimbangkan.
Menurut beliau, sehingga kini, pihaknya telah pun menyenaraipendekkan tiga atau empat nama untuk dipilih sebagai calon bagi PRK Dun Merlimau bagi pertimbangan PAS Pusat.
"Kesemua nama-nama itu adalah anak tempatan Merlimau. Kami telah memutuskan memilih orang tempatan sebagai calon bagi mengelakkan beberapa perkara yang tidak diingini termasuk penerimaan para pengundi di kawasan Dun Merlimau itu sendiri," katanya ketika dihubungi hari ini.
Kekuatan PAS untuk menghadapi pilihanraya itu, menurut beliau, sememangnya tidak dapat dinafikan lagi sebarang pihak, malah kalau hendak dikirakan dari segi sokongan, PAS sudah boleh dikatakan sudah menang walaupun belum bertanding.
"Tetapi dalam menghadapi pilihanraya termasuk di Tenang baru-baru ini, PAS tetap kalah. Kekalahan itu sebenarnya bukanlah disebabkan kekurangan undi kepada PAS daripada para pengundi, tetapi disebabkan tindakan Umno atau BN yang menipu dalam menghadapi pilihanraya," katanya.
Menurut beliau, Umno atau BN sebenarnya tidak akan menang dalam pilihanraya jika mereka bertanding dengan cara betul, tetapi kemenangan mereka disebabkan sikap mereka sendiri sejak dulu yang sering menipu dan berbohong dalam pelbagai sudut dalam menghadapi pilihanraya.
Dari segi kefahaman rakyat, seluruh rakyat Malaysia sendiri sudah cukup faham dengan sikap buruk Umno atau BN itu, sehingga menyebabkan orang ramai sudah tidak hairan lagi dengan kekalahan PAS dan kemenangan Umno atau BN dalam pilihanraya.
Dalam konteks Melaka, menurut beliau, rakyat Melaka sendiri turut faham dengan perkara itu, malah mereka sendiri sudah sekian lama terasa tertipu dengan permainan politik kotor pemimpin-pemimpin Umno atau BN selama ini.
"Di Melaka sebagai contohnya, Melaka dikatakan negeri maju, tetapi bagaimanakah pula dengan rakyatnya. Adakah orang-orang Melaka juga maju dan kaya raya?
"Yang kaya hanyalah para pemimpin atasan Umno atau BN, tetapi orang ramai termasuk ahli-ahli dan para penyokong Umno dan BN sendiri tak juga kaya-kaya sejak dulu.
"Itulah antara bukti penipuan para pemimpin Umno dan BN kepada seluruh rakyat Malaysia selama ini, termasuk kepada rakyat Melaka," tegasnya.
Oleh itu, beliau berharap agar orang ramai termasuk para pengundi di Dun Merlimau akan lebih faham dengan penipuan para pemimpin Umno dan BN kepada mereka selama ini dengan bangun mengubah sokongan kepada PAS atau Pakatan Rakyat.
"Tetapi seperti yang dah saya cakapkan dari awal tadi, walaupun kita atau PAS mendapat sokongan yang jauh lebih tinggi dari mereka (Umno atau BN) sekali pun, dalam pilihanraya kita tetap kalah juga kerana Umno menghadapi pilihanraya dengan menipu.
"Itulah sikap mereka selama ini. Nak harapkan mereka ubah sikap supaya tak menipu atau berbohong dah tak boleh kerana itulah Umno atau BN selama ini yang perlu disedari oleh orang ramai," katanya kesal.

Najib temu ketua-ketua Umno bahagian Sabtu

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Datuk Seri Najib Razak dijadual mengadakan pertemuan dengan ketua 191 Umno Bahagian Sabtu ini untuk mendapatkan maklum balas dan menyelesaikan isu-isu tertangguh, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.
Perdana Menteri (gambar) akan bertemu ketua bahagian berkenaan secara individu di ibu pejabat parti di Menara Tun Hussein Onn, katanya dan menurutnya perkara itu adalah  sebahagian Program Transformasi Politik (PTP).
“Pertemuan itu adalah sebahagian daripada Pelan Transformasi Politik. Ia bermula (pertemuan beliau) dengan anggota Parlimen (dari Barisan Nasional), kemudian wakil rakyat negeri Sarawak dan kini ketua-ketua Umno bahagian.
“Pertemuan pada Sabtu ini sepatutnya disusuli dengan pertemuan dengan wakil rakyat dari Semenanjung Malaysia pada Ahad tetapi pertemuan pada Ahad telah ditunda,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Tengku Adnan berkata selepas pertemuan dengan ketua-ketua Umno bahagian itu, termasuk dari Sabah, satu pertemuan sedang dirancang bagi semua wakil rakyat BN di Sabah dan dengan semua wakil rakyat di Semenanjung.
Program transformasi ekonomi (PTE) akan mewujudkan mekanisme mengukuhkan keupayaan isi rumah dalam kumpulan 40 peratus terendah supaya mereka dapat mengambil kesempatan daripada peluang yang ada untuk mendapat pekerjaan lebih baik, meningkatkan produktiviti dan menabah pendapatan.
“Kumpulan ini akan dibantu dengan program untuk membina kemahiran supaya mereka dapat menggunakan naluri keusahawan bagi memula dan mengembangkan perniagaan.
“Tarikh bagi dua pertemuan itu masih belum ditetapkan. Ia akan diketahui selepas pertemuan dengan semua ketua pengerusi bahagian parti,” katanya.
Najib yang juga pengerusi BN telah mengadakan pertemuan dengan semua anggota Parlimen BN pada 8 Januari dan dengan wakil rakyat BN negeri Sarawak Ahad lepas di Miri.
Kedua-dua pertemuan itu diadakan menerusi kumpulan-kumpulan kecil.
“Ini merupakan kali pertama kami (parti) mempunyai transformasi politik ini. Ini tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ini merupakan pendekatan baru oleh Perdana Menteri untuk mendapatkan data dan cuba menyelesaikan sebarang isu secara lebih efektif.
“Sudah tentu, beliau telah menerima laporan lebih awal yang diserahkan kepadanya. Tetapi dengan mengadakan pertemuan seumpama itu, ia akan memberikan lebih peluang untuk mendapatkan maklum balas dan memperbaiki atau menyelesaikan sebarang isu,” kata Tengku Adnan.
Beliau menjelaskan pertemuan yang dijadualkan itu bukan petanda pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat.
Pertemuan itu sekadar bagi membolehkan Najib menjalankan pelbagai pelan tranformasi yang dirancangnya, katanya.
“Ramai orang membuat spekulasi yang ia ada kaitan dengan pilihan raya umum dan ini tidak benar.
“Daripada segi ekonomi, anda ada Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), dalam kerajaan, anda ada Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) manakala dalam politik, anda ada Pelan Transformasi Politik (PTP),” katanya. – Bernama

Kebangkitan Rakyat Mesir Dan Wawasan Politik Umno


Sambil mengikuti perkembangan kebangkitan rakyat Mesir, saya merasakan teramat kagum terhadap kesanggupan mereka untuk turun ke jalan raya menuntut hak mereka. Setelah dibelenggu selama berpuluh tahun, 30 tahun darinya di bawah Hosni Mubarak, rakyat Mesir telah menyedari bahawa perubahan perlu dilakukan dan tiada cara lain melainkan mereka sendiri berdiri teguh menuntutnya. Persoalan keadilan, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya menjadi isu yang mendorong mereka untuk menuntut perubahan. Semua persoalan ini merupakan persoalan yang cukup releven di dalam sebuah masyarakat yang bertamaddun dan bermaruah.

Lantaran dari itu, saya terfikir adakah mungkin ahli-ahli UMNO kebinggungan dengan semua yang sedang berlaku? Mungkin ada yang tertanya, "Apa masalahnya? Tidakkah mereka semua satu bangsa dan majoriti besar mereka itu orang Islam?" Dan pasti juga tertanya lagi, "Hai, bukankah pemimpin mereka tu orang Islam? Jalan raya sudah siap dibina, begitu juga hotel-hotel bertaraf antarabangsa yang didatangi manusia dari seluruh dunia! Apa lagi yang rakyat Mesir itu inginkan?" Dan sudah pasti juga ada yang menyampuk sambil berkata, "Sungguh tidak pandai berterima kasih rakyat Mesir ini!".

Maka, bagi otak UMNO yang tidak memahami persoalan keadilan, menentang rasuah serta salah guna kuasa, apa yang sedang berlaku pasti sesuatu yang tidak dapat mereka fahami. Akhirnya pasti dirumuskan, "Ini mesti kerja 'penderhaka' dan sebagainya". Rakyat yang baik tidak mungkin menentang kerajaannya walau zalim mana sekalipun.

Untuk pengetahuan tuan-tuan sekalian, otak UMNO ini telah dididik untuk melihat dunia ini secara mudah. Nombor Satu soal kaum dan bangsa. Nombor Dua soal taat dan setia kepada pemimpin. Nombor Tiga bersyukur kepada pemimpin ke atas segala pemberian yang diperolehi. Kalau sedikit, itu soal rezeki yang ditentukan Allah. Rezeki secupak tidak akan jadi segantang, tambah mereka lagi.

Di Mesir, kaum dan bangsanya satu. Semuanya Arab. Kalau dikaji dari agihan kekayaan tempatan, 100% milik Arab kerana semuanya Arab. Dari sudut kepimpinan pula, Arab juga! Dari segi rasuah, biarlah yang rasuah itu, rezki mereka, jangan kita dengki dan jangan kita cemburu. Berdosa. Lagipun, penerimanya pun Arab juga maka apalah masalahnya?

Oleh itu, otak mereka tidak mampu memahami apa yang sedang berlaku. Mengapa ya, tertanya-tanya orang UMNO diantara satu sama lain. Apa yang rakyat Mesir ini hendak?

Ada yang secara bergurau menghantar SMS kepada saya, 'Pemuda UMNO mendesak rakyat Arab Mesir bersatu. Takut-takut sekiranya berpecah, maka Cina akan ambil alih kuasa dan jadikan Mesir seperti Singapura!' Saya tergelak apabila menerima SMS tersebut dan terus di saya hantar ke twitter kerana saya tahu bahawa sebenarnya, itulah pemikiran politik orang UMNO, termasuk para Pemudanya.

Begitu juga apabila disebut bahawa Mubarak mengaut harta Negara dan memiliki asset peribadi bernilai hampir USD 30 Billion, maka sudah hampir pasti reaksi pemuda PAS dan pemuda UMNO akan berbeza. Pemuda PAS akan menyerang Mubarak dan membidasnya kerana melalui amalan rasuah dan kronisma Berjaya mengkayakan diri sambil rakyat Mesir dibiar terus miskin. Pemuda UMNO pula sebaliknya akan membincang dan memerah otak sambil menyusun strategi bagaimana hendak jadi kroni Mubarak supaya mendapat manfaat dari hartanya! Kena jadi Arabkah kita? Soal seorang Pemuda UMNO kepada seorang rakannya yang turut kebingungan.

Persoalan keadilan, kebenaran, menentang penindasan dan kezaliman semua itu hanya retorik politik bagi UMNO. Tiada makna. Ianya ungkapan-ungkapan Pembangkang. Dan oleh kerana itu, mereka terngangga melihat apa yang berlaku di Mesir. Namun, hakikatnya rakyat Mesir sememangnya ditindas dan dizalimi selama ini. Pemimpin-pemimpin Negara membolot kekayaan Negara dan rakyat kebanyakan dibiarkan dalam kemiskinan. Siapa yang pernah ke Mesir memahami apa yang saya maksudkan.

Sekiranya datang individu-individu yang menuntut keadilan demi rakyat, menuntut supaya kekayaan Negara diagihkan dengan cara yang lebih adil, mereka-mereka ini akan ditangkap dan dipenjarakan. Dalam penjara mereka akan diseksa dan ada yang dibunuh. Apa yang baru bermula di Malaysia telah lama diamalkan di Mesir.

Oleh itu, saya sanjung keberanian rakyat Mesir dan menyokong usaha mereka untuk mendatangkan perubahan kepada yang lebih baik. Hosni Mubarak, sekiranya mengasihi Negara dan rakyatnya lebih dari dirinya sendiri, harus berundur dengan baik. Cara bagaimana, saya yakin rakyat Mesir lebih mengetahuinya. Biarlah mereka berbincang dan menentukan cara mereka.

Namun, apa yang jelas, setelah melangkah kedepan dengan berani, mereka tidak boleh berundur. Maka amat benar apa yang dikatakan oleh salah seorang penunjuk perasaan di dataran Tahrir, "Sekiranya kami berundur dalam keadaan Mubarak masih berkuasa, dia akan tentukan setiap seorang dari kami ditahan dan dibunuh. Kami tahu, kami pernah laluinya sebelum ini".

Oleh yang demikian, sama sama kita doakan semoga perubahan itu akan berlaku dan Hosni Mubarak tidak akan terus mengkhianati Negara dan rakyatnya lagi. Sebaliknya akan berundur secara terhormat supaya rakyat Mesir dapat bernafas dan hidup bebas dari cengkamannya.

Begitu juga, supaya ummat Islam di Malaysia, akan dapat membebaskan diri mereka dari corak politik sempit dan 'pemikiran terhad' seperti persoalan kaum dan kedudukan; serta mampu menghargai persoalan politik yang lebih utama seperti persoalan memperjuangkan keadilan dan kebenaran serta menolak dan menentang kezaliman. Hanya dengan itu akan ummat Islam dan bangsa Malaysia menjadi ummat dan bangsa yang bermaruah dan disegani dunia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

'Rakyat sengsara, hutang isi rumah RM577 bilion'

Pakatan Rakyat akan mencadangkan "penyelesaian radikal" bagi mengurangkan bebanan cukai yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia mengikut Dasar Automotif Negara (NAP).

NONETimbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata cadangan itu akan dibentangkan pada Persidangan Ekonomi Pakatan yang dijadualkan pada bulan depan.

Katanya, cadangan berkenaan bertujuan mengurangkan tiga jenis cukai yang sekarang membebankan pembeli dan melipat gandakan harga kereta. Ini termasuk cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.

Katanya, walaupun kenderaan di bawah 1,500 cc, cukai yang dikenakan sekurang-kurangnya 60 peratus untuk eksais, 10 peratus cukai jualan manakala 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan untuk kereta import.

"Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.

housing hulu kelang"Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah," katanya pada sidang media mingguan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi tadi.

Beliau turun mendesak kerajaan Umno-BN memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan bagaimana rakyat dibebani dengan hutang sepanjang masa.

Azmin berkata hutang isi rumah yang tinggi sehingga mececah 74 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada November tahun lalu adalah bukti kurangnya pendapatan rakyat menerusi dasar ekonomi yang dilaksanakan kerajaan persekutuan.

Menurutnya, polisi yang diamalkan tidak lagi relevan memandangkan setiap keluarga terpaksa menanggung hutang negara yang kini melebihi 50 peratus kepada KDNK selain hutang peribadi.

"Kita yakin kalau mahu menjana ekonomi, rakyat perlu ada kapasiti untuk belanja kerana hutang isi rumah yang tinggi," jelas beliau.

NONEAhli parlimen Gombak itu juga menjelaskan prospek malap ekonomi negara dan ketidakupayaan rakyat menikmati taraf hidup baik berpunca daripada tindakan melindungi kepentingan kroni.

Katanya, hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

Ini jelasnya membuktikan kadar perbelanjaan pendapatan rakyat semakin rendah setiap tahun dengan kadar hutang yang tinggi.

"Sikap Umno-BN dalam menangani maslaah harga kereta dan rumah yang mahal dihadapi rakyat adalah bukti mereka tidak mempedulikan kesengasaraan rakyat. Rintihan rakyat selama ini terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan langsung tidak diendahkan," katanya lagi.

Kes Khalid Samad saman Utusan 25 Mei

KUALA LUMPUR, 8 Feb — Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Mei ini untuk mendengar kes saman yang difailkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kerana menerbitkan kata-kata fitnah terhadapnya pada 11 September 2009.
Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh tersebut selepas kes itu disebut di hadapannya hari ini.
Dalam saman yang difailkan tahun lepas, Khalid dari PAS, menamakan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar Utusan Malaysia dan juga akhbar Mingguan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan penerbit juga pencetak akhbar Utusan Malaysia dan juga Mingguan Malaysia sebagai defendan.
Beliau mendakwa pada 11 September 2009, Aziz, selaku Ketua Pengarang Kumpulan akhbar Mingguan Malaysia telah dengan niat jahat membenarkan penerbitan dan pencetakan kata-kata fitnah terhadapnya di muka depan akhbar itu.
Beliau berkata kata-kata dalam artikel bertajuk “Zulkifli bidas “Pak Janggut” itu adalah secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya meskipun namanya tidak disebut dalam kata-kata itu.
Khalid (gambar) mendakwa kata-kata itu merujuk kepadanya berdasarkan beliau adalah Ahli Parlimen Shah Alam dan beliau adalah individu yang berjanggut.
Beliau mendakwa kata-kata dalam makna asal dan biasa bermakna beliau sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam, beliau tidak menghormati kesucian al-Quran dan beliau adalah seorang yang sesat kerana sanggup memutar belit ayat al-Quran.
Khalid berkata kata-kata itu adalah tidak benar dan jelas bersifat fitnah terhadapnya dan akibat penerbitan kata-kata itu, beliau telah menanggung rasa malu, dihina dan dikeji di kalangan masyarakat.
Beliau mendakwa tindakan defendan-defendan menerbitkan kata-kata itu adalah suatu yang disengajakan, dibuat tanpa sebarang usul periksa dan dengan niat jahat bagi mensensasikan berita untuk melariskan jualan akhbar.
Khalid memohon ganti rugi am, teladan, melampau dan kos.
Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 7 Januari lepas, berkata berita itu telah diterbitkan semula oleh defendan berlandaskan satu penulisan/komentar oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin pada 9 September 2009, di dalam blog rasmi Zulkifli.
Defendan mendakwa berita itu telah diterbitkan semula oleh defendan merupakan kenyataan Zulkfili yang bertujuan untuk makluman umum. — Bernama

PERKASA rampas MBE, kata anggota NEAC

Bantahan keras Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) ke atas fasa pertama Model Baru Ekonomi (MBE) menyaksikan fasa kedua dikurangkan.

NONEAnggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof ketika mendedahkan perkara itu berkata PERKASA dan kumpulan pelampau kanan yang lain begitu lantang menolak perlupusan 30 peratus pegangan ekuiti bumiputera untuk digantikan dengan peluang sama rata.

"(Cadangan ini) dibelasah dan dicerut oleh kumpulan sayap kanan yang diketuai oleh PERKASA. Mereka mahu membakar fasa satu (MBE).

"...PERKASA berkata kita tidak mempunyai roh Melayu,” katanya.

Bercakap pada forum anjuran badan pemikir, Ideas di Kuala Lumpur, Zainal Aznam berkata mematuhi tuntutan kumpulan kanan itu membuktikan jemaah menteri telah gagal dalam ujian mengenai pembaharuan.

"Ini adalah ujian litmus bagi kerajaan daan pada masa ini, saya terpaksa berkata tiada kemampuan atau keyakinan politik untuk berbuat demikian,” katanya.NONEZainal Aznam, yang mendakwa keberatan untuk menyertai majlis itu berkata fasa pertama MBE yang dibantah sebegitu hebat sebenarnya telah disaring.

“Saya ragu-ragu sertai NEAC… Saya mempunyai keraguan serius setakat mana kerajaan BN sanggup melakukannya ( untuk pembaharuan ekonomi).

“Sembilan daripada kami (ahli majlis) duduk berbincang dan memberikan cadangan kami, dan ini dilakukan dengan suntingan yang banyak dengan majlis dan sekretariat,” katanya sambil menambah sesetengah ahli jelas tidak berpuas hati dengan perlupusan ekuiti 30 peratus bumiputera.

Bebankan rakyat: Umno BN perlu mohon maaf

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Buat masa sekarang, Umno BN perlu memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan kenapa ia membebankan rakyat sedemikian rupa selama ini.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali (gambar) berkata, ini termasuk hutang isi rumah, harga rumah dan kereta yang mahal kepada rakyat.
Justeru, pihaknya telah mengkaji gejala kenaikan hutang isi rumah yang ditanggung oleh rakyat sejak kebelakangan ini.
Keadaan ini, katanya merunsingkan kerana punca keberhutangan rakyat adalah pinjaman perumahan dan kenderaan keluarga yang menjadi sebahagian besar dari bayaran pinjaman setiap bulan oleh setiap keluarga di Malaysia.
“Secara langsung, ini mengurangkan pendapatan boleh belanja rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menaikkan taraf hidup keluarga,” ujarnya.
Beliau merujuk kepada kenyataan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan statistik bulan Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010 hutang isi rumah telah mencecah RM577 bilion iaitu bersamaan dengan 74% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Daripada jumlah itu, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion adalah pinjaman peribadi dan RM225 bilion adalah pinjaman perumahan.
Ini menimbulkan dua persoalan besar:
Pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan yang menjadi sebahagian besar hutang rakyat adalah hutang yang tidak dapat dielakkan, kerana rakyat sekurang-kurangnya memerlukan rumah dan kenderaan.
Jumlah hutang kredit kad yang ditanggung rakyat adalah terlalu tinggi, dianggarkan berjumlah RM200 bilion yang mungkin menunjukkan rakyat menggunakan kredit kad untuk menanggung perbelanjaan harian.
“Angka-angka ini menunjukkan prospek yang malap bagi ekonomi negara dan keupayaan rakyat menikmati taraf hidup yang lebih baik, terutamanya apabila kadar gaji tidak meningkat sekian lama,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Nisbah 74% “hutang isi rumah kepada KDNK” adalah merunsingkan apabila kerajaan juga terus mengumpulkan hutang negara yang telah melebihi kadar 50% kepada KDNK buat pertama kali dalam sejarah.
Katanya, kadar keberhutangan sebegini bermakna pendapatan boleh belanja rakyat adalah semakin rendah setiap tahun.
Tambahnya, sikap Umno BN dalam menangani masalah harga kereta dan perumahan yang mahal yang dihadapi rakyat adalah bukti ia tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat.
Menurutnya, rintihan rakyat selama ini yang terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan ini langsung tidak diendahkan.
Malah, katanya harga kereta yang mahal adalah disebabkan dasar Umno BN sendiri yang melindungi kepentingan kroni dengan menindas rakyat.
Beliau berkata, walaupun secara rasmi hanya 2 juta rakyat Malaysia yang berpendapatan melebihi kadar minima untuk dicukai, sebenarnya setiap keluarga di Malaysia dikenakan cukai yang lebih tinggi melalui pelbagai cukai yang dikenakan terhadap pembelian kereta.
Menruutnya lagi, harga kereta di Malaysia menjadi mahal berlipat kali ganda disebabkan oleh 3 jenis cukai yang dikenakan iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.
Ini, katanya satu penghinaan kepada rakyat yang terpaksa mengambil pinjaman untuk membayar cukai, sedangkan kerajaan mengecualikan kenderaan perdagangan dari cukai eksais, bukti bahawa Umno BN selama-lamanya meletakkan kepentingan perniagaan sebagai asas dasarnya.
Tambahnya, harga rumah yang semakin meningkat juga menjadi bebanan kewangan yang tinggi kepada rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan keluarga muda.
Untuk memiliki rumah, ujarnya mereka terpaksa memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman dan menanggung bayaran bulan yang terlalu tinggi berbanding gaji yang diperolehi.
Bagi setiap keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, dianggarkan dua pertiga dari gaji mereka digunakan untuk membayar pinjaman rumah dan kereta; menyebabkan baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil.
“Reaksi Umno BN sudah tentu mengecewakan. Mereka lari dari berbicara soal sebenar kenapa rakyat berhutang sebegitu tinggi, sebaliknya Umno BN menggalakkan rakyat memanjang tempoh hutang dan menambah hutang.
“Ini memudahkan rakyat berhutang, tetapi akibat jangka panjang adalah rakyat yang bergelumang dengan bebanan hutang sepanjang masa,” katanya.
Oleh itu, kata beliau masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah.
PKR, katanya akan mengadakan beberapa siri rundingan dengan kumpulan pengguna dan pakar untuk mencari dasar yang radikal ini dan menghapuskan dasar Umno BN yang memangsakan rakyat selama ini.
Menurutnya, maklum balas dan kehendak rakyat akan digarapkan di dalam dasar-dasar ekonomi kami yang akan diumumkan secara bersama di Konvensyen Ekonomi Pakatan dalam bulan Mac ini.

Himpunan Pemuda Islam Terengganu 2011

Kenyataan Media
Orang Mude Geng Kite
Masa Untuk Berubah, Pas Ganti Umno
 
http://buletinonline.net/images/stories/berita39/artikelhimpit2011.gifDewan Pemuda Pas Negeri Terengganu akan mengadakan program tahunannya Himpunan Pemuda Islam Terengganu pada 11 Februari 2011 ini bertempat di Padang Pekan Batu Enam. Himpunan kali ini sangat berlainan daripada yang diadakan pada sesi-sesi lalu kerana ia bertemakan Masa Untuk Berubah, Pas Ganti Umno. 

DPPNT menyambut dengan penuh semangat program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu pada 15 Januari 2011 yang lalu di Dataran Tok Guru Geliga Kemaman. Berdasarkan kepada penyertaan pemuda yang sangat memberangsangkan di program tersebut, kami yakin akan dapat menghimpunkan seramai 11 ribu pemuda pada 11 Februari ini.

Program Himpunan kali ini juga berbeza dengan yang lepas kerana ia cuma memakan masa sehari suntuk, berbanding HIMPIT tahun-tahun sudah yang memerlukan peserta bermalam di tapak program.

Program akan bermula seawal 8 pagi dengan pendaftaran peserta di tapak program, kemudian akan dimulakan dengan Motivasi Jihad pada jam 9 pagi yang bakal disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi sudah menyatakan kesanggupan untuk menghadirkan diri ke program tersebut dan akan memberi amanat kepada pemuda pada jam kira-kira 10.30 pagi. Lebih menarik lagi, Dato’ Seri Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga akan bersama-sama dengan pemuda pada pagi hari tersebut, dan akan menyampaikan amanat beliau kira-kira jam 11.30 pagi.

Pada sebelah petang pula, seawal jam 3 petang, pemuda akan dihidangkan dengan ucapan-ucapan beberapa tokoh pemuda dari pelbagai jurusan kehidupan, termasuklah selingan lagu-lagu persembahan bekas gitaris kumpulan Visa, Ustaz Zul.

Kemuncak program siang hari ialah Sembang Pemuda Bersama Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus, seorang penceramah bebas yang tidak asing lagi, sekitar jam 4 petang.

Program akan berakhir pada malamnya dengan Ceramah Perdana oleh Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abdul Rani-Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah-Ketua Pemuda Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohamad Sabu-Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan juga Tuan Haji Salleh Embong, bekas ahli Umno yang akan membongkarkan kezaliman Umno dalam isu pengambilan tanah di Kampung  Banggol Donas.

Seperti biasa, kami akan sediakan kaunter-kaunter pendaftaran ahli Pas, daftar pemilih, dan keahlian Alternatif Riding Club(ARC).

Para wartawan adalah dijemput hadir pada program tersebut.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

MURNIKAN PERJUANGAN, MAKNAKAN KEMENANGAN
ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

Yang benar,

WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS
Setiausaha DPPNT

Detik Gelap Dan Malang Bagi Felda Telah Bermula

'Pelantikan Isa Samad buruk untuk pasaran'

Pelantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

NONE“Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah,” katanya.

Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.

Meskipun Tengku Zafrul agak berdiplomasi ketika memberika alasannya, rakan panel Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005.

“Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda,” kata Zainal Aznam.

Ops Piramid : Tiada Unsur Politik.. tapi ada Banner UMNO..ha..ha..!!!


Najib kata tiada unsur politik.. tapi kalau korang tengok Videoclip diakhir entry ini pada minit yang ke 2:38 hingga ke minit 2:48 dan kemudian pada minit yang ke 3:43, ada orang pegang banner yang tertulis 'Selamat Pulang dari Sekretariat Kelab UMNO'..

Apakah UMNO sekarang ini sudah jadi NGO?

Ops Piramid bukan misi politik
SEPANG 7 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid merupakan misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan melakukan apa sahaja yang terbaik untuk membawa pulang rakyat Malaysia berikutan pergolakan di negara berkenaan.


"Kerajaan mengambil keputusan dalam apa jua keadaan, kita akan melancarkan misi menyelamatkan pelajar-pelajar dan warga Malaysia.

"Dan ini misi untuk kepentingan negara. Tidak ada pertimbangan politik sama sekali, tidak kira pertimbangan ideologi, asalkan mereka ini warga Malaysia, mereka mesti diselamatkan dengan kadar segera," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyambut kepulangan kumpulan pertama 778 pelajar dan rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Mesir menerusi Ops Piramid melalui Jeddah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia itu mendarat kira-kira pukul 10 pagi dan turut disambut isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet lain.

Turut menyambut kepulangan mereka ke tanah air ialah anggota keluarga masing-masing.

Najib berkata, oleh kerana misi tersebut bukan sesuatu yang mudah, kerajaan telah membuat perancangan teliti termasuk membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir untuk ditempatkan sementara di Jeddah sebelum dibawa pulang ke tanah air.

Menurut Perdana Menteri, pelbagai pihak terlibat dalam misi tersebut kerana matlamatnya hanya untuk memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Tegas beliau, kerajaan bimbang tentang keselamatan warga Malaysia di Mesir kerana di negara berkenaan kini tiada lagi pentadbiran awam dan yang berasaskan undang-undang.

"Runtuhnya sama sekali undang-undang dan ketenteraman di Mesir yang menyebabkan sebarang kemungkinan boleh berlaku. Kami amat khuatir dan bimbang kalau berlaku perkara yang boleh mengancam nyawa dan berlaku kecacatan atau kecederaan kepada anak-anak kita yang tidak berdosa," katanya.

Perdana Menteri berkata, kepulangan kumpulan pertama rakyat Malaysia itu merupakan satu kelegaan kepada mereka di tanah air dan sebab itu, beliau yang sepatutnya mempengerusikan sebuah mesyuarat penting pagi ini menangguhkannya untuk bersama dengan mereka di sini.

Najib juga tidak 'bercuti' sepanjang dua tiga hari lepas sedangkan pada masa itu cuti umum untuk menumpukan urusan membawa pulang rakyat Malaysia.

"Ada pukul 3 pagi pun kita terima telefon (berkenaan dengan urusan membawa balik rakyat Malaysia ini). Alhamdulillah, semua urusan ini berjalan dengan baik. Saya doakan supaya penerbangan lain (selepas ini dari Mesir) akan selamat kembali ke tanah air," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk MAS, AirAsia, Lembaga Tabung Haji, Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Najib juga mengucapkan penghargaan kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Turki Abdullah al-Saud kerana sudi membiayai dua penerbangan menggunakan pesawat jumbo Boeing 747 untuk membawa balik pelajar Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur.

Juga, kata Perdana Menteri, ucapan terima kasih buat Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud kerana membenarkan penggunaan ruang udara dan pendaratan seberapa banyak pesawat Malaysia di Jeddah.

Kata beliau, perkara itu merupakan satu 'pertimbangan yang luar biasa' dari negara berkenaan kepada Malaysia.

Najib berkata, jika perlu kerajaan juga akan berurusan dengan pihak universiti di Mesir supaya pelajar-pelajar yang menuntut di negara tersebut menduduki peperiksaan di Malaysia.

PKR kemuka dasar untuk atasi hutang isi rumah



PETALING JAYA 8 FEB: Parti Keadilan Rakyat akan mengemukakan dasar alternatif bagi menyelesaikan masalah hutang isi rumah yang semakin menghimpit taraf kehidupan masyarakat pada Konvensyen Ekonomi Pakatan Rakyat bulan depan.
Perangkaan menunjukkan hutang isi rumah Malaysia mencecah 74 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar KDNK pada November 2010 akibat pendapatan  keluarga yang semakin terjejas.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata konvensyen itu akan merumuskan pendekatan ekonomi yang sesuai bagi meningkatkan pendapatan rakyat sekaligus menurunkan kadar hutang setiap keluarga.
Hutang isi rumah yang tinggi adalah bukti dasar ekonomi tajaan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) hanya memburukkan kedudukan kewangan dengan sebilangan besar keluarga terpaksa mengagihkan sejumlah besar pendapatan mereka untuk membayar hutang.  
Dasar-dasar Umno-BN tidak mengambil kira hakikat setiap keluarga terpaksa menanggung hutang negara yang kini melebihi 50 peratus kepada KDNK selain hutang peribadi.
"Kita yakin kalau mahu menjana ekonomi, rakyat perlu ada kapasiti untuk belanja," jelas beliau.
Bercakap pada sidang media mingguan di ibupejabat PKR pagi tadi, Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan sebahagian besar daripada ketidakupayaan rakyat menikmati taraf hidup baik adalaj berpaksi kepada tindakan kerajaan melindungi kepentingan kroni.
Azmin memberitahu, hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia merangkumi beban pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).
Ini jelasnya membuktikan kadar perbelanjaan pendapatan rakyat semakin rendah setiap tahun berbanding kadar hutang yang tinggi.
"Sikap Umno-BN dalam menangani masalaah harga kereta dan rumah yang mahal dihadapi rakyat adalah bukti mereka tidak mempedulikan kesengasaraan rakyat. Rintihan rakyat selama ini terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan langsung tidak diendahkan," ujar beliau lagi.
Justeru sebagai permulaan Azmin berkata, PKR akan berunding dengan pakar bagi mencari pendekatan radikal untuk merombak dasar automotif negara.
Menurut beliau, kerajaan mengenakan tiga jenis cukai yang melipat gandakan harga kereta. Ini termasuk cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.
Katanya, walaupun kenderaan di bawah 1,500 cc, cukai yang dikenakan sekurang-kurangnya 60 peratus untuk eksais, 10 peratus cukai jualan manakala 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan untuk kereta import.
"Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.
"Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah," ujar beliau.
Beliau turun mendesak kerajaan Umno-BN memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan kenapa rakyat dibebani pelbagai hutang sepanjang masa, walaupun membayar pelbagai cukai.

Prk Merlimau: Calon PAS Muktamad, Tiada Percanggahan


PETALING JAYA 8 FEB: PKR menjelaskan keputusan meletakkan calon PAS untuk bertanding pada Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Merlimau adalah muktamad. 
Ini sekaligus menolak spekulasi percanggahan pendapat antara PKR dan PAS untuk bertanding di kerusi tersebut.
Dalam sidang media pagi tadi, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyifatkan Pakatan Rakyat secara muafakat bersetuju mengekalkan kerusi kepada PAS untuk bertanding di PRK Merlimau 6 Mac nanti.
Jelasnya, walaupun terdapat cadangan meletakkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar sebagai calon mewakili PKR, Azmin berkata ia hanya sebahagian daripada isu perbincangan Pakatan Rakyat semalam.

"Kita bincang cadangan Shamsul mewakili pandangan PKR Cabang Jasin bukan kapasiti beliau sebagai ketua AMK. Beliau adalah Ketua Cabang Jasin dan merupakan seorang tokoh tempatan dan telah lama berkhidmat dengan masyarakat di kawasan berkenaan," jelas beliau.
Tambah Azmin, parti itu mengambil kita pandangan semua pihak termasuk PAS dan DAP untuk mengenalpasti kekuatan maksima bagi meletakkan wakil Pakatan Rakyat yang mampu merampas kerusi tersebut yang disandang Barisan Nasional sebelum ini.
"Maka dalam mesyuarat PR semalam kita menghormati pandangan dan maklumbalas yang dikemukakan Shamsul, tapi pada masa yang sama dalam perbincangan berkenaan kita telah mengambil kira semua pandangan yang dikemukakan termasuk PAS dan DAP. Akhirnya kita membuat keputusan untuk mengekalkan kerusi DUN Merlimau kepada PAS dan ini diterima baik Shamsul Iskandar.

"Beliau sekadar memberi pandangan untuk perbincangan. Tidak salah bagi kita mendengar dan menghormati pandangan beliau. Akhirnya PR telah bermuafakat untuk bersama-sama membantu PAS dalam pilihanraya kecil kali ini," katanya.
Azmin turut menolak dakwaan bahawa PAS tidak berhasrat untuk bertanding di DUN Merlimau justeru jelasnya Pakatan Rakyat akan memberi sokongan kuat kepada parti itu sepertimana pilihanraya kecil lalu.
Kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau kosong apabila penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan mewakili Umno-BN meninggal dunia akibat serang jantung 20 Januari lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Putra.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan 6 Mac bagi pilihanraya kecil kali ke 15 DUN Merlimau.
Sementara itu, PAS akan mengadakan mesyuarat untuk meneliti senarai calon pada pilihanraya kecil itu pada 13 Februari ini.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, kerusi Merlimau diwakili calon PAS, Jasme Tompang, sebelum itu pada pilihanraya umum 2004 ia diwakili calon PKR S Jayanthas.

Kecewa polisi BN, tokoh pendidikan Tamil sertai KEADILAN

PETALING JAYA: Walaupun telah merdeka sejak 53 tahun, Malaysia masih gagal melahirkan masyarakat yang seimbang dan harmoni disebabkan polisi salah dan pincang yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata tokoh pendidikan Tamil, bekas wartawan dan juga peguam, Ponmugam Ponnan.
Ponmugam berkata demikian sewaktu menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.
Turut hadir sama, Naib Presiden, N Surendran, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Ponmugam sebelum ini bertugas sebagai penterjemah di Jabatan Penerangan dan pernah menerbitkan dua buku yang menyentuh permasalahan kaum India di Malaysia.
Beliau yang berpengalaman sebagai pembantu editor di akhbar Tamil Nesan pernah dipenjarakan akibat tulisannya yang melaporkan tentang darurat di Kuala Lumpur.
“Pemahaman politik yang sempit mengakibatkan kaum minoriti diabaikan secara ekonomi, pendidikan dan budaya. Malah, polisi yang dibuat kerajaan Barisan Nasional ini menggalakkan amalan yang tidak beretika,” kata Ponmugam.
Tambahnya lagi, beliau percaya KEADILAN adalah wadah terbaik memperjuangkan agenda kemakmuran hidup rakyat merentasi warna kulit.
“KEADILAN adalah sebuah parti yang ditubuhkan di atas prinsip semua kaum diberi peluang yang sama termasuk pekerjaan, perniagaan dan pendidikan.
“Saya sertai KEADILAN dengan kepercayaan bahawa bersama pimpinan parti serta anggotanya, saya mampu bekerja untuk kebaikan semua, menyemai persefahaman dan membina persekitaran yang aman, makmur serta hormat menghormati.
“Dalam konteks ini, saya akan bekerja keras untuk komuniti India, dan saya bangga dengan pimpinan Pakatan Rakyat,” kata Ponmugam dalam satu kenyataan selepas mengumumkan penyertaannya ke dalam KEADILAN.

PDRM sahkan tiada penyelewengan Tabung Memali

Oleh: ZULKIFILI YAHAYA
Di tengah-tengah isu kenaikan harga barang dalam negara dan kebangkitan rakyat Arab di luar negara tiba-tiba muncul isu Tabung Memali yang kononnya diselewengkan. Ia semacam anti klimaks, membangkitkan isu lapuk yang telah selesai dan berkubur lebih 10 tahun lalu.
Tetapi biasalah BN, Utusan Malaysia dan RTM di saat ketandusan isu, mereka jadi lalat dan langau akan menyelongkar setiap tong sampah dan jamban untuk mencari bahan busuk yang boleh dijadikan isu bagi memperbodohkan kalangan rakyat yang kurang cerdik agar mempercayai propaganda mereka. Maka terus kekallah sokongan terhadap BN bermodalkan bara fitnah yang dinyalakan saban waktu.


Halal atau haram membuat fitnah bukan persoalan mereka kerana tiada perhitungan kematian, alam barzakh, akhirat, syurga atau neraka. Yang penting bagi mereka ialah berusaha mengekalkan kuasa BN melalui apa cara sekalipun kira-kira sampai turunnya Dajal.
Media-media talibarut BN ghairah membangkitkan isu tabung Memali kerana sedar bahawa ramai pemimpin PAS yang terlibat dalam kepimpinan PAS Kedah sewaktu peristiwa berdarah Memali dan sejurus selepasnya telah pergi untuk selamanya. Mereka tidak mungkin bangun membela diri untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.
Antaranya Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Azahari Razak, Ustaz Abd Wahab Sulaiman, Cikgu Mustafa Long, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Ustaz Suhaimi Ahmad dan ramai lagi. Fitnah oleh media talibarut BN ini dipanjangkan ke medan maya.
Puteri Umno yang sebahagian besar ahlinya belum melihat dunia sewaktu berlakunya peristiwa Memali turut memanjang fitnah isu tabung Memali dalam platform maya mereka. Mereka sama sekali tidak tahu bahawa peristiwa Memali adalah simbol kezaliman BN, menjadi ‘pembela’ kepada balu-balu dan anak mangsa Memali. Begitu jugalah umumnya generasi muda hari ini, tidak begitu memahami akan peristiwa Memali.
Maka ada baiknya kalau sebelum penjelasan mengenai tabung Memali dibuat, elok gambaran sebenar mengenai peristiwa Memali itu diperjelaskan terlebih dahulu kepada generasi terbaharu hari ini.
Peristiwa Berdarah Memali berlaku pada 19 November 1985 di sebuah perkampungan bernama Mali, Mukim Siong, Baling. Pertukaran nama Mali ke Memali dibuat oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Musa Hitam dan nama it uterus popular hingga ke hari ini. Peristiwa itu berlaku bermula dari tindakan nekad pihak polis dan Kementeria Dalam Negeri untuk menangkap Ustaz Ibrahim Libya mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ceramah-ceramahnya yang dianggap menggugat keselamatan (menggugat ‘keselamatan’ politik BN?). Ustaz Ibrahim enggan menyerah diri dan bertegas jika pihak polis mahu mengambilnya maka ambillah mayatnya sahaja. Musa Hitam telah menghantar satu ketumbukan polis yang luar biasa kekuatan dan jumlahnya untuk menangkap Ustaz Ibrahim. Berlakulah apa yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai “massacre” atau pembunuhan beramai-ramai terhadap Ustaz Ibrahim dan pengikutnya di Memali. 14 orang kampung mati diserang, manakala empat anggota polis terbunuh.
Musa Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, manakala Ustaz Ibrahim adalah seorang aktivis PAS maka apa yang dilakukan oleh Musa Hitam itu adalah tindakan politik untuk menyekat kemaraan politik PAS. Kerajaan mempunyai 1001 langkah untuk menangkap Ustaz Ibrahim tanpa melalui pertumpahan darah tetapi mereka sengaja memilih tindakan yang ganas dan rakus terhadap orang kampung yang lemah.
Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia itu lebih zalim dari isu kematian Teoh Beng Hock, tetapi oleh kerana pada itu pembangkang tidak mempunyai kekuatan maka mangsa kezaliman Memali dan PAS dibuli semahu-mahunya oleh kerajaan Malaysia dan jentera propaganda mereka. Pihak yang terbabit dicop sebagai penjenayah, Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan dituduh sebagai pengamal ajaran sesat, ilmu kebal dan sebagainya. Ekoran serangan berterusan oleh jentera propaganda BN dan saluran media kedua belum wujud di Malaysia, maka imej PAS menjadi buruk. Akibatnya pada pilihanraya umum 1986, PAS hanya menang satu kerusi di Parlimen Pengkalan Chepa.
Ekoran peristiwa itulah Tabung Mangsa Memali ditubuhkan untuk membela balu-balu mangsa yang terbunuh, anak-anak yatim dan juga mangsa peristiwa Memali yang masih hidup, ditahan ISA, sakit, terlantar dan sebagainya. Ia dikendalikan oleh Badan Perhubungan PAS Kedah. Setiap sen wang derma disalurkan kepada yang layak dan berhak menerima.
Jika hari ini ada pihak memberitahu bahawa haram hukumnya memakan wang anak yatim, maka ketahuilah bahawa para pemimpin PAS Kedah pada masa itu; bermula dari Ustaz Fadzil Noor yang mengaji di Universiti Al-Azhar hinggalah kepada Aris Awang yang belajar di sekolah Cina pun lebih tahu bahawa haram juga mengambil harta orang lain yang bukan haknya. Mereka lebih tahu bahawa satu sen rezeki haram yang menumbuhkan daging di jasad kita, maka api neraka adalah lebih layak untuknya.
Tabung mangsa Memali adalah pembelaan sementara untuk mangsa. Ia bukan skim insuran untuk pembelaan sepanjang hayat. Sampai ke satu peringkat di mana anak-anak yatim mangsa Memali kesemuanya sudah akil baligh dan para balu mangsa Memali pun sudah mempunyai anak-anak yang boleh berdikari, di samping ada yang mempunyai suami baru; maka Ustaz Fadzil Noor mengumumkan ketidakperluan mewujudkan tabung tersebut.
Dakwaan berlaku penyelewengan tabung Memali pernah dibuat sewaktu Ustaz Fadzil Noor masih ada. Laporan polis dibuat. Siasatan dibuat oleh unit yang paling professional dikatakan dari Bukit Aman. Pihak yang dituduh berjaya mengemukakan catatan akaun yang sempurna tanpa sepicing pun penyelewengan. Soalan cepu emas yang mesti dijawab oleh semua; Adakah pihak polis dari kerajaan BN akan membiarkan begitu sahaja penyelewengan jika ada (terutamanya kewangan) dalam PAS tanpa diambil tindakan atau pendakwaan? Jika polis Malaysia buat begitu ia termasuk dalam lapan benda ajaib di dunia.
Cukuplah itu sebagai jawapan kepada pihak BN yang membuat fitnah kononnya terdapat penyelewengan dalam tabung Memali. Walaupun jawapan yang terperinci ada tapi ia tidak semesti perlu didedahkan. Macam seseorang dituduh tidak bersunat. Bukti yang nyata untuk menolak fitnah itu ialah dengan menyelak kain biar semua orang tengok. Tapi orang yang cerdik tidak perlu buat sampai ke situ.

Ya - rakyatlah yang paling perkasa

Oleh Kassim Muhammad.
Timur Tengah sebagai ikhtibar.Kebangkitan rakyat Tunisia, diikuti pula oleh rakyat Mesir dan negara-negara Arab yang lain, sememangnya membimbangkan kuasa-kuasa besar, lebih-lebih lagi Amerika dan sekutu kuatnya di Timur Tengah, Israel. Kebimbangan ini bukanlah tidak bersebab. Dalam konteks ini, kita tentu sedar Hosni Mubarak yang terbongkang itu, telah lama membawa Mesir dan menjadikannya sekutu kuatnya Amerika


Negara Arab yang sekian lama dilihat paling ke depan di dalam kelompok liga Arab itu, telah sekian lama ditatang bagaikan menatang minyak yang penuh oleh Amerika. Maka tidak hairanlah jika bantuan Amerika dalam bentuk ketenteraan mencurah-curah. Dan demi ‘keselamatannya’, Mesir telah dibekalkan dengan jet-jet pejuang yang canggih dan mesin-mesin perang yang maha gagah.
Kini segala mesin dan jentera perang itulah yang kita dilihat, dikerah apabila rakyat jelata bangkit menentang Hosni Mubarak.
Segala bantuan dan kedudukan istimewa ini, tidak akan diperolehi andaikata Mesir bukanlah teman akrab, sekutu sekamcengnya ― Israel.
Begitu intim, kental dan tebalnya tali ‘silaturahmi’@persekongkolan mereka itu, maka rakyat Palestin pun mereka sama-sama derai ― Palestin didera semahu-mahunya kerana tidak tunduk kepada kehendak Israel.
Sikap munafik dunia, katanya-dan-‘kununnya’ menghormati pilihan rakyat dapat dilihat dengan begitu terserlah daripada sikap dan tindakan dunia ― termasuk kita Malaysia terhadap Palestin. Hamas yang muncul kerana dipilih oleh rakyat Palestin, tidak pun diikitiraf demikian.
Kini, seluruh Gaza itu adalah penjara terbuka terbesar yang wujud di muka bumi ini ― dan seluruh kerajaan manusia di bawah langit ini, termasuk kerajaan kita, seolah-olah redha dan membiarkan semua ini berlaku.
Amerika dan sekutu-sekutunya berkata itulah yang selayaknya-sepatutnya berlaku dan telah diperlakukan terhadap rakyat Palestin. Apakah kita akur kerana kuasa-kuasa besar, berkata dan berbuat demikian?
ii.
Maka, apakah kita masih boleh percaya seratus persen dengan jerit pekik ‘demokrasi’ yang katanya diperjuangkan dan dijuarai oleh Amerika itu?
Apakah kita pelik, melihat tindakan berpilih-pilih dan zalim penguasa negara ini ― setiap kali ia berdepan dengan musuh-musuh politiknya? Bukankah penguasa ini juga bergurukan pemerintah yang paling gagah perkasa di dunia ini?
Namun begitu, apakah kita tidak yakin, seyakin-yakinnya bahawa rakyat yang selalunya dilihat lemah, kecil, kerdil dan dengan itu ditindas semahu-mahunya, diambil mudah oleh segala penguasa, lebih-lebih lagi yang zalim ― sebenarnya adalah gunung berapi yang mampu memusnahkan siapa saja ― termasuk para penguasa yang zalim itu sendiri?
Ya ― kitalah gunung berapi itu!

Merealisasikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bangsa

Dari sebuah sudut, kita akui Malaysia merupakan sebuah negara yang bebas.  Maksud saya bukan bebas berdemonstrasi.  Sering, demonstrasi jalanan seboleh-bolehnya dikekang habis-habisan oleh kerajaan.  Yang saya maksudkan bebas ini ialah setiap kaum di Malaysia bebas mengamalkan ajaran agama dan budaya masing-masing.  Berhimpun di hari Thaipusam, berarak beramai-ramai semasa Maulidurrasul, bebas melaungkan Azan, perarakan pesta Tanglung, membaling limau ke dalam sungai, bermain alat musik di kuil-kuil, membakar colok di tempat terbuka dan sebagainya.

Ya.  Kebebasan berbudaya dan beragama di Malaysia telah dikecapi sebelum merdeka lagi.  Cuma masyarakat Melayu sahaja yang sedikit kurang kebebasan.  Saya teringat sebuah pernyataan dari lecture yang dibuat oleh Hishamuddin Rais (gambar kanan) dalam stand up comedy beliau sempena pelancaran Bersih 2.0.  Bunyinya begini ".......The Chinese can change religion every three days.  The 'Melayu' cannot change religion at all...".  Ia kemudian disambut dengan gelak ketawa dan tepukan audien.  Dalam lecture tersebut, beliau cuba menggambarkan situasi semasa yang dihadapi oleh kaum Tionghua dan Melayu di Malaysia.
Baiklah, kita ke Singapura.  Suatu ketika dahulu, selepas Singapura mencapai kemerdekaan (dari Malaya), urusan kebudayaan dan keagamaan disekat.  Sekolah-sekolah beraliran Cina dan Tamil dibubar untuk mengurangkan semangat "kecinaan dan keindiaan".  Atas iltizam dan visi Lee Kuan Yew, Singapura telah berjaya menjadi sebuah negara-bangsa.  Walaupun pada awalnya wujud sedikit kekangan kebebasan berbudaya dan beragama, Singapura kini terus bergerak ke hadapan.  Lee Kuan Yew telah berjaya menyatukan kebudayaan Singapura.  Lee Kuan Yew dilihat berjaya mengasimilasikan masyarakat Singapura.  Kita boleh meletakkan Singapura sebagai contoh negara-bangsa yang maju dan berjaya.  Kita boleh berbangga kerana Singapura adalah jiran kita yang kuat memberi saingannya.
Kekangan pembentukan Negara Bangsa
Berbalik kepada Malaysia.  Persoalan yang ingin saya lontarkan; apakah kebebasan berbudaya dan beragama di Malaysia lebih separuh abad ini menjadikan kita saling faham memahami antara satu sama lain?  Apakah kebebasan berbudaya dan beragama di Malaysia sekarang ini mampu menjadi titik tolak kepada cita-cita pembinaan negara bangsa Malaysia?
Adakah kepelbagaian budaya ini sebagai kekangan pembentukan negara bangsa?  Adakah kita sebagai rakyat Malaysia bersetuju memenuhi impian dan gagasan negara bangsa Malaysia?  Paling penting, apakah makna negara bangsa ini buat kita?  Semua persoalan yang di lontarkan ini bakal mengundang senyum sinis sesetengah pihak.  Mungkin ada yang berpendapat penyatuan ini "Tidak mungkin berlaku sama-sekali".
Apakah maksud negara bangsa?  Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, negara bangsa didefinisikan sebagai negara yang berdaulat yang didiami oleh satu bangsa.  Rata-rata kita mungkin bersetuju dengan saya.  Pembinaan sebuah negara bangsa di Malaysia adalah sebuah jalan jauh berliku yang memerlukan keikhlasan semua pihak.
Mari kita lihat beberapa faktor cabaran di sebalik pembinaan negara bangsa di Malaysia.  Pertamanya adalah disebabkan faktor kemajmukan kaum.  Masing-masing mempunya identiti dan kebanyakannya menetap bersama komuniti masing-masing.  Keduanya ialah agama, setiap kaum di Malaysia boleh dikatakan mewakili agama tertentu.  Melayu dengan Islam, Cina dengan Buddha, India dengan Hindu, Iban - Kadazan dengan Kristian dan sebagainya.
Tidak seperti di Indonesia, warga berketurunan Jawa terasimilasikan dengan baik.  Mereka boleh terdiri dari beberapa agama contohnya Jawa Hindu, Jawa Islam, Jawa Kristian dan Jawa Buddha.  Ketiganya, disebabkan faktor ekonomi.  Secara umumnya di Malaysia, kaum Tionghua dilihat mendominasi ekonomi manakala pada masa yang sama, Dasar Ekonomi Baru yang digunakan untuk membantu kaum Bumiputera dilihat gagal mencapai sasaran.  Apabila wujud jurang ekonomi yang nyata, akan wujud tanggapan negatif yang bakal mengundang rasa tidak puas hati di kalangan kaum.
Selain itu kewujudan parti-parti politik berasas kaum dan suku yang menjadi duri dalam daging kepada pembentukan negara-bangsa.  Parti-parti politik berasaskan kaum ini tidak lain tidak bukan sebagai penerus legasi penjajah British dengan konsep devide and rule (pecah dan perintah) mereka.
Sebelum kita melihat dengan lebih jauh.  Saya ingin bertanya kepada anda.  Sekiranya anda berketurunan Tionghua, apa pandangan anda terhadap orang Melayu, India dan masyarakat Dayak?  Sekiranya anda berketurunan Melayu, apa pandangan anda terhadap orang Tionghua, India dan masyarakat Dayak?  Dan begitulah soalan-soalan seterusnya.  Apa pandangan anda?  Pasti akan wujud pelbagai pandangan dan tanggapan yang berbeza berdasarkan pengalaman dan pergaulan masing-masing.
Saya mungkin boleh bersetuju dengan blogger A. Kadir Jasin (dan tolong jangan labelkan saya rasis) dalam tulisan beliau di Malaysia Today yang berkata "...Sebaliknya mempertahankan hak bangsa-bangsa lain di bumi yang sama adalah 'hak'.  Natijahnya, orang Melayu mempertahankan haknya dia dianggap rasis, tetapi apabila orang bukan Melayu melakukan yang sama ia dikatakan hak mereka..."  Mungkin ada kebenarannya apa yang dikatakan oleh beliau.
Persoalan hak bukan sesuatu yang baru.  Persoalan hak adalah persoalan yang sensitif.  Tetapi; apabila bercakap mengenai "hak", Malaysia dan masyarakat Melayu, ada sessuatu yang saya ingin kongsikan.  Apa yang dihadapi oleh "Melayu" sebenarnya adalah pertembungan tamadun.  Ini bererti, tamadun Melayu di nusantara bertembung dengan tamadun yang suatu ketika dulu sebagai tamadun yang agung, kuat dan gemilang iaitu Tamadun China dan Tamadun India.  Pembinaan tamadun ini melalui pelbagai proses kematangan sejak ribuan tahun dahulu dan mengecapi kemajuan tersendiri.
Sejarah kebudayaan dan kemajuan tamadun dari China dan India ini jauh lebih lama dari tamadun Melayu dan nusantara amnya.  Malah ketamadunan Melayu dilihat banyak bergantung kepada kedatangan Islam sekitar kurun ke 11 hingga 13 dahulu dengan penemuan batu bersurat di Terengganu.
Kemasukan kaum Tionghua dan India membawa cara kerja dan budaya yang berbeza.  Budaya cara kerja inilah merupakan sebahagian daripada batu loncatan untuk mengecapi kejayaan selain faktor penjajahan.  Budaya kerja ini (dilihat dari masyarakat Tionghua) mampu memberi saingan dan meletakkan sesebuah kaum itu ke tahap tertentu dalam sesebuah negara.  Buku "Rahsia Bisnes Orang Cina" tulisan Ann Wan Seng contohnya; mendedahkan rahsia bagaimana budaya kerja dan perniagaan masyarakat Tionghua diuruskan dan menguasai pasaran.
Saya telah bawa anda membincangkan perkara ini panjang lebar.  Walau bagaimanapun hal ini wajar.  Ia penting supaya kita mampu melihat bagaimana kebebasan berbudaya dan beragama-perjuangan hak-pertembungan tamadun ini saling berkait rapat dan memandu kita untuk mewujudkan negara bangsa.
Apa pentingnya merealisasikan cita-cita negara bangsa untuk Malaysia?
Tanpa usaha serius kerajaan dan rakyat Malaysia merealisasikan cita-cita negara bangsa ini, ia dikhuatiri bakal mengundang masalah besar kepada negara.  Persaingan tidak sihat antara kaum akan sentiasa berlaku.  Sekiranya tidak dibendung, ia akan menjadi lebih berbahaya ibarat bom jangka yang bila-bila masa sahaja boleh meletup.  Anak-anak kita akan sentiasa dihantui dengan prasangka-prasangka negatif dan berbaur kebencian.  Saya ingi bertanya, adakah ini sihat untuk Malaysia?
Merealisasikan cita-cita negara bangsa bertujuan demi survival Malaysia untuk masa yang panjang.  Keluar dari belenggu perkauman sempit yang telah lama diprogramkan.  Isu perkauman cuma akan membawa masalah besar untuk kita dan generasi akan datang.  Persoalan hak berbudaya-beragama-berekonomi tidak timbul jika wujud usaha keras mengintegrasikan masyarakat.  Bukan tidak wujud usaha ini seperti gagasan 1Malaysia, masalah terbesarnya adalah pemacu gagasan 1Malaysia itu sendiri bersifat rasis dan konservatif!
Kewajaran Asimilasi?
Saya berani berkata bahawa masyarakat majmuk di Malaysia gagal diintegrasikan.  Kita gagal berasimilasi!  Asimilasi di Malaysia cuma berlaku pada makanan.  Saya tidak melihat bahawa Instruksi Presiden Republik Indonesia nombor 14 tahun 1967 yang antaralain menghad kebebasan berbudaya dan beragama masyarakat Tionghua di Indonesia sebagai perkara yang wajar.  Malah arahan ini adalah bertujuan untuk menghapuskan pengaruh komunis dari China.
Akan tetapi, "Inpres" ini berjaya mewujudkan sebuah negara bangsa Indonesia.  Apakah arahan mahupun peruntukan undang-undang seperti "Inpres" ini wajar dilaksanakan Malaysia.  Tidak.  Samasekali tidak dan tidak mungkin berlaku.  Sejarah telah meletakkan kita (Malaysia dan Indonesia) berada dalam situasi yang berbeza.  Proses mengintergrasikan kaum harus dibuat mengikut acuan kita.  Acuan Malaysia.  Saya secara peribadi percaya Malaysia akan menjadi sebuah negara bangsa.  Lalu satu lagi persoalan timbul.  Adakah proses integrasi atau asimilasi ini akan memberi jaminan hak samarata dan adil untuk semua kaum di Malaysia kelak?
Kisah "pembebasan" di Memorial Lincoln
Saya ingin membawa sebuah contoh yang baik untuk persoalan ini.  Saya ingin bercerita lagi.  Di sebuah hari yang gemilang tahun 1963, terhimpun lautan manusia yang besar.  Mereka berjalan, berarak dan menyanyi beramai-ramai dengan penuh semangat dan harapan.  Mereka memegang sepanduk dan menyatakan sokongan.  Mereka kelihatan gagah-berani untuk berubah.  Yang tua bergandingan dengan yang muda manakala anak-anak kecil dipimpin tangan.  Mereka terdiri dari lelaki-lelaki dan wanita-wanita di kalangan masyarakat kulit hitam dan kulit putih.
Memorial Lincoln telah menjadi saksi terhimpunnya kira-kira 250,000 rakyat.  Inilah tarikh keramat titik tolak kepada sebuah pembebasan.  Membebaskan diri dan negara dari "perhambaan".  Himpunan raksasa ini adalah tuntutan demi hak asasi manusia, maruah dan kesamarataan.  Martin Luther King adalah wira Amerika!  Pada hari ini bergembiralah seluruh negara!  Ungkapan Martin Luther "I have a dream..." telah menjadi kenyataan.
I have a dream that one day this nation will rise up and live out the true meaning of its creed: "We hold these truths to be self-evident, that all men are created equal......I have a dream that one day on the red hills of Georgia, the sons of former slaves and the sons of former slave owners will be able to sit down together at the table of brotherhood.- Martin Luther King
Sekitar empat dekad selepas perhimpunan tahun 1963 itu, perjuangan untuk mendapatkan hak kesamarataan dan menentang diskriminasi kaum telah mencapai kemuncak.  Kemenangan Barack Obama (gambar kiri) sebagai Presiden Amerika Syarikat telah membuka mata dunia bagaimana masyarakat minoriti kulit hitam dari Afrika ini telah mampu untuk memenangi kerusi Presiden Amerika Syarikat.  Ia sesuatu yang tidak pernah tersangkakan oleh siapapun sebelum ini apatah lagi etnik "kulit hitam" cuma mewakili kurang 13% dari populasi Amerika.  Ini sebuah natijah.  Tembok perkauman terus melebur dalam meritokrasi dan semangat insani.  Ia mendahului zaman.  Sekarang, setiap individu di Amerika bebas mengejar impian dan mencapai kejayaan.  Samaada mereka dari etnik Indian-Afrika-Yahudi-Cina-India-Arab-Kaukasia-Eropah dan sebagainya; masing-masing punya hak samarata!
Kita telah pun ketahui, perhambaan kulit hitam di Amerika suatu ketika dahulu telah membuka kepada perjuangan kumpulan minoriti kulit hitam menuntut kebebasan.  Budaya dan sejarah Amerika terlalu jauh jika dibandingkan dengan budaya dan kaum di Asia tenggara khususnya di nusantara.  Sejarah telah membentuk kita untuk bereaksi; Bagaimana penjajahan telah memainkan peranan dalam membentuk minda dan budaya politik tanah air.  Saya menceritakan sejarah tahun 1963 di Amerika ini untuk memperingati detik itu dan membuka minda kita rakyat Malaysia agar dijadikan perbandingan dan kayu ukur.
Kebebasan berbudaya-beragama-berekonomi dan bersosial yang wujud di Malaysia hari ini harus dipandu ke arah proses pengintegrasian dan asimilasi untuk merealisasikan cita-cita negara bangsa.  Justeru, pada masa yang sama, kerajaan harus memainkan peranan terbesar dalam mencari jalan penyelesaian keatas setiap permasalahan yang berlaku.  Segalanya harus diubah.  Good governance harus menjadi tunjang dalam pentadbiran.  Dasar-dasar kerajaan yang dilihat gagal harus diperbaharui.  Para koruptor harus diadili-pemulihan ekonomi dilihat sangat penting sebelum memulakan langkah pertama pembinaan negara bangsa.

Rujukan:
http://en.wikipedia.org/wiki/Demographics_of_the_United_States
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Negara+Bangsa
http://malaysia-today.net/mtcolumns/from-around-the-blogs/37870-malaysia-tanah-pusaka-orang-melayu
Rustam Sani; Buku:- Melayu Baru dan Bangsa Malaysia: Tradisi Cendekia dan Krisis Budaya, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors 1993.

*Hafiz Zainuddin