Ahad, 6 Februari 2011

MENCONGAK PELUANG PAS DI DUN MERLIMAU

Kali terakhir Pilihanraya Kecil menjengah ke bumi Hang Tuah adalah pada tahun 2007 dalam Pilihanraya Kecil Dun Machap yang menyaksikan calon MCA,Lai Meng Chong menang besar ke atas calon DAP,Liou Chen Kuang dengan majoriti 4081 undi.Dan akhir bulan ini,setelah hampir empat tahun bumi Melaka sunyi daripada Pilihanraya Kecil,satu lagi siri pilihanraya kecil menjengah bumi Melaka,yang menyaksikan pilihanraya kecil ke 15 dalam era pasca tsunami 2008.

Pilihanraya Kecil N27 Merlimau kali ini mungkin bakal menjadi antara pertembungan yang menarik antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.Barisan Nasional sememangnya telah hampir pasti meletakkan calon Umno di Merlimau manakala Pakatan Rakyat pula masih dalam peringkat perbincangan untuk memilih sama ada meletakkan calon Pas ataupun PKR di Dun Merlimau.

Antara sebab mengapa Pilihanraya Kecil Dun Merlimau dianggap penting dan menarik adalah kerana Melaka adalah satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai wakil pembangkang Melayu (Pas mahupun PKR).Hal ini kerana Pas dan PKR telah berjaya meletakkan dua wakil Melayu di Johor,dua di Pahang,dua di Perlis,,lapan di Terengganu dan tiga di Negeri Sembilan.Untuk membaca artikel penuh Harakahdaily mengenai Pas Melaka,pembaca boleh membaca artikel tersebut di sini.

Untuk rekod,Pas telah bertanding di 13 kerusi Dun,lapan DAP dan tujuh untuk PKR.Kecuali DAP,Pas dan PKR masing-masing gagal memenangi sebarang kerusi dalam Pilihanraya Umum 12 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka.Walaubagaimanapun,DAP telah berjaya memenangi lima daripada lapan kerusi yang ditandingi iaitu Dun Bachang,Ayer Keroh,Kesidang,Kota Laksamana dan Bandar Hilir.Malah,DAP juga berjaya menawan kembali kerusi Parlimen Kota Melaka yang terlepas ke tangan MCA pada tahun 2004. Untuk rekod,Kota Melaka adalah antara kubu kuat DAP di Melaka yang diwakili oleh Lim Guan Eng sebelum beliau dipenjarakan dan tidak bertanding dalam Pilihanraya Umum 1999.Pengganti Lim,Kerk Kim Hock berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada tahun 1999 sebelum terlepas ke tangan calon MCA, Wong Nai Chee dalam Pilihanraya Umum 2004.

Dalam pilihanraya umum lalu,calon Pas yang mendapat undi tertinggi di Melaka adalah di N17 Bukit Baru dalam Parlimen Bukit Katil di mana calon Pas,Bakrin bin Sidek telah berjaya mendapat 4936 undi,hampir mencecah 5000 undi.Calon Melayu PKR yang mendapat undi tertinggi di Melaka pula adalah calon bagi Dun Paya Rumput dalam Parlimen Tangga Batu,Taha bin Ahmad yang memperoleh undi sebanyak 5687 undi. Calon Pas yang paling berjaya merapatkan jurang majoriti antara Pas-Umno adalah calon Pas bagi Durian Tunggal dalam Parlimen Tangga Batu,Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Melaka,yang tewas dengan majoriti 1476 undi.Bagi calon Melayu PKR pula,calon yang berjaya mendapat majoriti terkecil adalah calon PKR bagi Dun Rim dalam Parlimen Jasin,Azmi bin Khamis yang hanya tewas dengan majoriti 1637 undi.

MESIR : MOSSAD mula menjalankankan operasinya

Oleh: tokpepijat

"Seperti yang dijangka, Israel mula memainkan peranan untuk melindungi Regim Hosni Mubarak daripada jatuh d itangan rakyat. Operasi pertamanya, meletupkan saluran gas di utara Semenanjung Sinai.

Matlamatnya untuk memburukkan golongan anti Mubarak. Kita tengok dengan pantas dan segera pihak kerajaan menyalahkan golongan penentang regim.

Umum mengetahui dahulunya Israel pernah menduduki Semenanjung Sinai sehinggalah mereka menyerah kembali kepada Mesir dalam Perjanjian Damai Camp David 1978.

Untuk melakukan sabotaj amat mudah buat Israel melalui MOSSAD kerana mereka pernah menduduki tempat berkenaan dan tahu segala lokasi rahsia. Tujuan letupan adalah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap Regim Mubarak.

Mesir mempunyai simpanan gas asli sebanyak 1.7 trilion meter padu dan yang ke 18 terbesar di dunia.

Mesir mula membekalkan gas asli kepada Israel pada Februari 2008 menerusi perjanjian yang mana negara itu menjual gas asli kepada jirannya sebanyak 1.7 bilion meter padu setahun selama 15 tahun.

Perjanjian itu mendapat bantahan banyak pihak di Mesir dan ia dikatakan dijual dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran selain membantah bekalan tenaga ke Israel.
(sama seperti murahnya Malaysia jual air kepada Singapura( Israel Timur Jauh) .

Selepas ini, seandainya operasi sabotaj ini tidak memberi kesan kepada tuntutan rakyat agar Mubarak berundur maka Kerajaan Mesir akan membuat tuduhan yang lain pula iaitu kononnya golongan yang menentang Regim Mubarak didalangi agen Israel. ( sama seperti Anwar Ibrahim dilabelkan sebagai agen Yahudi, agen Amerika).

Skrip inilah juga yang dilabelkan kepada Ikhwanul Muslimin diambang ianya diharamkan oleh Regim Gamal Abdel Naser dahulu. Ikhwanul Muslimin dilabelkan sebagai agen British yang bertopengkan Islam. Dalam masa yang sama mereka membunuh Hasan Al Banna dan menggantung Syed Qutb dan puluhan pimpinan Ikhwanul Muslimin.

Nampak Regim Mubarak bakal mengulangi skrip yang sama. Skrip inilah juga digunakan oleh pemerintah yang penuh rasuah dan kezaliman untuk melindungi regim mereka termasuk Malaysia!

Awang Selamat Tidak Layak Berbicara Isu PR

SHAH ALAM 6 FEB: Umno-BN jelas kehabisan modal untuk memecah belahkan PR hingga sanggup berlakon menyokong parti Pas dalam cubaan terdesak untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad berkata dakwaan kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat bahawa kekalahan calon PAS di Tenang kononnya berpunca dari masalah-masalah yang dihadapi oleh Anwar adalah taktik jijik untuk memenuhi agenda Umno. 
Malah cadangan Awang Selamat bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang patut dijadikan Ketua Pembangkang, menggantikan Anwar tidak lebih daripada satu lagi kenyataan berbentuk politik mengadu domba.  
"Apa yang Awang Selamat kata itu bagi saya, memang saya lihat sebagai usaha adu domba, menjadi batu api, dan dalam usaha itu, dia macam mengakui Umno ini, Melayu pun dah tak nak dan hanya menunggu alternatif yang lagi baik, maka alternatif yang lagi baik itu PR," kata beliau.
Beliau berkata, cadangan Awang untuk menjadikan Hadi Awang sebagai ketuqa pembangkang harus disusuli dengan kesediaan Umno dan Utusan Malaysia untuk menerima kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.
"Sekiranya dia nakkan Tuan Hadi melonjak menjadi pemimpin kepada PR, maka dia harus menyeru orang Melayu untuk undi Pas dan menangkan calon-calon Pas," kata beliau lagi.
Naib Presiden PKR, Tian Chua membidas kenyataan Awang dengan menyatakan Awang tidak layak walaupun untuk berbincang berkenaan isu-isu PR ataupun PKR.
"Awang Selamat tak ada kredibiliti untuk komen tentang hal ehwal pembangkang. Dia bukan pembangkang, dia pro kerajaan (Utusan), apa hal  dia nak komen pasal hal  ehwal PR?" tegas beliau.
Katanya Awang langsung tidak faham konsep kerjasama dan semangat perpaduan yang menjadi landasan utama Pakatan Rakyat sebagai sebuah gagasan politik.

"Bukan tempat dia untuk komen tentang macam mana PR uruskan diri, dia tak faham apa maksudnya kerjasama, apa maksudnya semangat perpaduan di dalam satu pakatan atau satu perikatan dan dia juga tidak faham fungsi Ketua Pembangkang," tegas beliau.

Krisis Mesir: Kerajaan, pembangkang bentuk panel bersama pinda perlembagaan

Omar (tengah) bertemu dengan wakil parti-parti politik Mesir hari ini. — Foto Reuters
KAHERAH, 6 Feb — Kerajaan Mesir dan barisan pembangkang telah bersetuju untuk membentuk sebuah jawatankuasa bersama bagi mengkaji reformasi perlembagaan dan sistem kehakiman, demikian menurut stesen TV tempatan hari ini. Perkembangan itu dilihat akan meredakan demonstrasi yang berlarutan sejak dua minggu lalu.
BBC melaporkan keputusan itu dicapai di sebalik kebangkitan rakyat mendesak Presiden Hosni Mubarak supaya berundur segera.
Keputusan itu dicapai pada perundingan yang diadakan di antara Naib Presiden Omar Suleiman dan pemimpin-pemimpin utama pembangkang termasuk Ikhwanul Muslimin, yang telah diharamkan oleh kerajaan, hari ini.
Ini kali pertama kerajaan dan Ikhwanul Muslimin mengadakan perundingan.
Ikhwanul Muslimin menyertai perundingan itu dengan mencaturkan kedudukan politiknya.
Imej kumpulan itu didakwa terjejas ekoran “kelewatannya” memperakui demonstrasi yang masuk hari ke-13 hari ini.
Barisan pembangkang belum mengesahkan laporan stesen TV kerajaan itu yang menyebut para peserta perundingan telah bersetuju untuk membentuk jawatankuasa bersama mengenai pembaharuan kehakiman dan pemimpin-pemimpin politik ditugaskan untuk merangka pindaan perlembagaan.
Menurut laporan itu, mereka juga mahukan Hosni berundur segera.
Laporan itu menyebut antara parti yang menyertai perundingan hari ini ialah  Wafd dan Tagammu.
Sebelum ini pembangkang menegaskan mereka tidak akan menyertai sebarang perundingan selagi Hosni tidak melepaskan jawatannya.
Pemimpin-pemimpin kanan pula berhujah hanya presiden yang ada kuasa untuk membuat perubahan-perubahan yang diperlukan dalam usaha mengadakan pemilihan yang bebas dan adil untuk memilih penggantinya.
Salah satu idea yang dipertimbangkan ialah meminggirkan presiden sehingga perubahan-perubahan itu dapat dikuatkuasakan.
Pemimpin pembangkang utama Mohamed ElBaradei, bekas ketua agensi nuklear dunia, tidak menyertai perundingan hari ini.
Kelmarin, Hosni dipetik berkata, beliau bersedia untuk berundur sekarang tetapi tindakannya itu akan mencetuskan keadaan huru-hara di Mesir, sebaliknya berjanji tidak akan bertanding semula pada pemilihan  presiden September ini.
Dalam pada itu, buat kali pertama kebanyakan bank dibuka semula hari ini, menyebabkan orang ramai beratur panjang

Pengundi desak Gobala letak jawatan

PADANG SERAI, 6 Feb: Desakan supaya Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut memuncak apabila sebahagian besar pengundi mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabatnya di hadapan Taman Kobis, Jalan Paya Besar, Lunas awal pagi tadi.
Demonstrasi aman yang bermula seawal jam 8 pagi tadi turut mendesak Gobala supaya bersikap 'gentleman' dan profesional supaya melepaskan jawatan yang disandang oleh beliau semasa mendapat sokongan dari Pakatan Rakyat (PR).
Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Serai, Ustaz Mohd Fauzi Tahir yang berucap pada pagi tadi, turut mendesak Gobala supaya berundur dengan cara hormat.
"Dulu beliau melompat dan lantang membantah tindakan Adun Lunas, Radzhi Salleh yang menjadi wakil rakyat Bebas. Kini apabila beliau sendiri bercakap tidak serupa bikin, maka tunjukkan kejantanan beliau, memang beliau berani melepaskan jawatan.
"Jika benar beliau tidak mempunyai agenda tersembunyi kenapa tak nak letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, letak dan undur. Kita adakan pilihan raya kecil. Tengok dan lihat. Apakah beliau akan dapat sokongan semula atau kecundang atas tiket Bebas. Saya harap beliau berani menerima cabaran ini," katanya lagi.
Manakala Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Padang Serai, Rohaya Yusof yang ditemui turut melahirkan rasa kecewa beliau dengan tindakan Gobala mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.
"Kami yang mendokong beliau. Kami juga yang membantu beliau untuk memenangi kerusi Parlimen Padang Serai pada tahun 2008 yang lalu. Kini beliau bukan lagi wakil rakyat yang kami sokong.
"Oleh itu sahutlah cabaran pengundi kawasan ini, supaya lepaskan jawatan sebagai wakil rakyat. Berikan mandat kepada pengundi kawasan ini untuk meletakkan kedudukan sebenar beliau samada masih diterima atau tidak dalam kawasan ini," tegasnya lagi.
Para peserta penunjuk perasaan turut membawa sepanduk yang pelbagai mendesak Gobala supaya berundur.
Antara sepanduk yang dibawa berbunyi 'Jangan tipu pengundi', 'Jangan jadi barua politik', 'Padang Serai bukan hak MP bebas', 'MP gila wang tak layak jadi pemimpin' dan sebagainya.
Pihak polis turut membuat sekatan jalan raya berhadapan jalan masuk ke Taman Kobis, Paya Besar di mana demonstrasi aman diadakan.

Najib dakwa ‘ada tak kena dengan PKR’

Datuk Seri Najib Razak.
MIRI, 6 Feb — Tindakan Pajudin Nordin melepaskan jawatannya sebagai ketua perhubungan PKR Sabah dan keluar dari parti itu semalam menjadi satu lagi bukti bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan parti itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Katanya kemelut terbaru yang berlaku dalam parti pembangkang itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini sudah ramai anggota parti itu, termasuk mereka yang berjawatan timbalan pengerusi dan setiausaha agung sudah meninggalkan parti berkenaan.
“Kalau sudah ramai yang keluar termasuk mereka yang mengasas parti, tentu sekali ada yang tidak kena dengan parti ini,” katanya dalam satu persidangan akhbar selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional Sarawak di sini hari ini.
Beliau berkata perkembangan terbaru itu dapat membuka mata rakyat mengenai keadaan PKR sekarang, dan merujuk kepada permohonan Pajudin untuk menyertai Umno, katanya perkara itu akan dibincangkan oleh Majlis Tertinggi parti.
Semalam salam satu persidangan akhbar bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Pajudin mengumumkan keputusannya untuk melepaskan jawatannya dalam PKR dan keluar dari parti itu, di samping memohon untuk menyertai Umno.
Sementara itu Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pertemuan beliau dengan Adun BN Sarawak bukan semata-mata berkisar kepada persiapan untuk pilihan raya negeri, tetapi lebih kepada usaha meningkatkan keberkesanan pemimpin untuk berkhidmat kepada rakyat.
Katanya semua Adun BN Sarawak yang ditemui beliau dilihat cukup bersedia melaporkan situasi di kawasan masing-masing di samping memberi pelbagai saranan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.
“Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat yang terlibat mencakupi bidang kuasa kerajaan pusat dan negeri yang dapat diselesaikan melalui kerjasama kedua-dua peringkat pentadbiran,” katanya. — Bernama

Ismail Sabri Cuba Menipu Rakyat Bera Kononnya Kerajaan "Belum Cadang" Naikkan Harga Minyak Biar Pun Pasaran Dunia Mencecah USD100 Setong

BERA, 6 Feb [9.47 pm] - Kerajaan belum bercadang menaikkan harga petrol dan diesel sekalipun harga minyak mentah dunia kini telah mencecah USD$100 setong. Malah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (foto) berkata kabinet juga belum membincangkan mengenai kenaikan harga bahan tersebut. "Kerajaan tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak kerana kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum kenaikannya diumumkan," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Bera di Triang, dekat sini. Ahli Parlimen Bera itu berkata berdasarkan situasi semasa, harga minyak mentah dunia dilihat akan semakin meningkat, sekali gus meningkatkan beban subsidi kerajaan. "Kenaikan harga minyak dunia tidak dapat dielakkan, ketika ini pun berlaku pergolakan di Mesir yang juga pengeluar minyak dunia, secara tidak langsung turut menjejaskan pengeluaran minyak dunia," katanya. Bagaimanapun, Ismail berkata rakyat di negara ini masih menikmati harga minyak yang murah berbanding negara serantau. "Rakyat Malaysia sebenarnya masih beruntung kerana kerajaan prihatin memberikan subsidi, sepatutnya kita bersyukurlah," katanya. Katanya sepanjang tahun lepas, memperuntukkan subsidi berjumlah RM6.3 bilion untuk petrol dan diesel. "Sebanyak RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON 95 dan bakinya subsidi diesel," katanya lagi.
[Ismail Sabri sebenarnya tidak layak untuk berjanji itu ini kepada rakyat, apatah lagi di kawasannya dekat Parlimen Bera. Sudah banyak kali beliau berjanji termasuk tentang isu minyak masak, isu gula yang kononnya tidak akan dinaikkan tetapi akhirnya kerajaan UMNO BN tetap menaikkan harga bahan mentah itu. Malah, janjinya yang paling "jahat" ialah memberi jaminan kononnya kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak petrol RON97 awal November 2010 lalu. Namun, apa yang berlaku, sebulan selepas jaminannya itu akhirnya RON97 tetap dinaikkan. Makanya, apakah cakap Ismail Sabri ini boleh dipakai agaknya?. Orang asli Tasik Bera mungkin beliau boleh tipu, tapi tidak selamanya rakyat boleh ditipu bodoh-bodoh begitu saja. Maka, janjinya kali ini kerajaan tidak bercadang naikkan harga petrol dan diesel maknanya kerajaan memang bercadang untuk naikkannya bila-bila masa sahaja. Malah RON97 baru saja dinaikkan awal Februari lalu selepas BN menang PRK DUN Tenang. Apakah rakyat itu didahulukan? Atau UMNO BN sengaja memasangkan perangkap untuk mereka terjerat dek suara rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti].
PDO

Islam Dan Kristian Bergabung Desak Diktator Mubarak

Gelombang kebangkitan rakyat Mesir mendesak Diktator Mubarak berundur hari ini sudah masuk  hari ke 13, setakat petang ini suasana di Medan Tahrir belum nampak lagi tanda2 ianya akan berakhir.. Bahkan pada hari ini golongan panganut agama kristian juga turt sama bergabung menyertai perhimpunan Mendesak Diktator Mubarak di Medan Tahrir. Suasana yang belum pernah dilihat semenjak protes ini bermula 25 Januari lalu.
Egyptian Coptic Christians and Muslims raise a Cross and a Koran, Islam's holy book, at Cairo's Tahrir Square on February 6, 2011 on the 13th day of protests calling for ouster of President Hosni Mubarak.
Getty Images 34 minutes ago
Egyptian Coptic Christians and Muslims raise a Cross and a Koran, Islam’s holy book, at Cairo’s Tahrir Square on February 6, 2011 on the 13th day of protests calling for ouster of President Hosni Mubarak.
Egyptian Coptic Christians and Muslims raise a Cross and a Koran, Islam's holy book, at Cairo's Tahrir Square on February 6, 2011 on the 13th day of protests calling for ouster of President Hosni Mubarak.
Getty Images 32 minutes ago
Egyptian Coptic Christians and Muslims raise a Cross and a Koran, Islam’s holy book, at Cairo’s Tahrir Square on February 6, 2011 on the 13th day of protests calling for ouster of President Hosni Mubarak.
Egyptian anti-government demonstrators wave their national flag as they gather at Cairo's Tahrir Square on February 6, 2011 on the 13th day of protests calling for ouster of President Hosni Mubarak.
Egyptian anti-government demonstrators wave their national (R) and the Tunisian flag (C) as they gather at Cairo's Tahrir Square on February 6, 2011 on the 13th day of protests calling for ouster of President Hosni Mubarak.
Egyptian anti-government demonstrators gather at Cairo's Tahrir Square on February 6, 2011 on the 13th day of protests calling for ouster of President Hosni Mubarak.
Getty Images 24 minutes ago
Egyptian anti-government demonstrators gather at Cairo’s Tahrir Square on February 6, 2011 on the 13th day of protests calling for ouster of President Hosni Mubarak.
An opposition supporter holds a child above the crowd in Tahrir Square in Cairo February 6, 2011. Demonstrators camped out in Cairo's Tahrir Square, which has become an epicentre for protest, vowed to intensify their battle to oust Egypt's President Hosni Mubarak but the 82-year-old president has said he will stay until September elections because the alternative is chaos.
Reuters Pictures 1 hour ago
An opposition supporter holds a child above the crowd in Tahrir Square in Cairo February 6, 2011. Demonstrators camped out in Cairo’s Tahrir Square, which has become an epicentre for protest, vowed to intensify their battle to oust Egypt’s President Hosni Mubarak but the 82-year-old president has said he will stay until September elections because the alternative is chaos.
Opposition supporters play the role of victims involved in the recent rioting with pro-Mubarak demonstrators, in Tahrir Square in Cairo February 6, 2011. Demonstrators camped out in Cairo's Tahrir Square, which has become an epicentre for protest, vowed to intensify their battle to oust Egypt's President Hosni Mubarak but the 82-year-old president has said he will stay until September elections because the alternative is chaos.
Reuters Pictures 30 minutes ago
Opposition supporters play the role of victims involved in the recent rioting with pro-Mubarak demonstrators, in Tahrir Square in Cairo February 6, 2011. Demonstrators camped out in Cairo’s Tahrir Square, which has become an epicentre for protest, vowed to intensify their battle to oust Egypt’s President Hosni Mubarak but the 82-year-old president has said he will stay until September elections because the alternative is chaos.
Anti-Mubarak slogans are seen on a medic's gloves in the opposition stronghold of Tahrir Square in Cairo February 6, 2011. Demonstrators camped out in Cairo's Tahrir Square, which has become an epicentre for protest, vowed to intensify their battle to oust Egypt's President Hosni Mubarak but the 82-year-old president has said he will stay until September elections because the alternative is chaos. The slogans read, "You will leave by the hand of youth".
Reuters Pictures 59 minutes ago
Anti-Mubarak slogans are seen on a medic’s gloves in the opposition stronghold of Tahrir Square in Cairo February 6, 2011. Demonstrators camped out in Cairo’s Tahrir Square, which has become an epicentre for protest, vowed to intensify their battle to oust Egypt’s President Hosni Mubarak but the 82-year-old president has said he will stay until September elections because the alternative is chaos. The slogans read, “You will leave by the hand of youth”.
An Egyptian anti-government demonstrator holds his national flag bearing the arabic writing 'we are steadfast' as others sit in front of an army M-113 armoured personnel carrier (APC) in order to prevent it from moving at Cairo's Tahrir square on February 6, 2011 on the 13th day of protests calling for the ouster of President Hosni Mubarak.
Getty Images 55 minutes ago
An Egyptian anti-government demonstrator holds his national flag bearing the arabic writing ‘we are steadfast’ as others sit in front of an army M-113 armoured personnel carrier (APC) in order to prevent it from moving at Cairo’s Tahrir square on February 6, 2011 on the 13th day of protests calling for the ouster of President Hosni Mubarak.
Egyptian anti-government demonstrators gather in Tahrir Square, the center of anti-government demonstrations, in Cairo, Egypt, Sunday, Feb. 6, 2011. A sense of normalcy began to return to the capital of some 18 million people, which has been largely closed since chaos erupted shortly after the protests began on Jan. 25.
AP Photo 1 hour ago
Egyptian anti-government demonstrators gather in Tahrir Square, the center of anti-government demonstrations, in Cairo, Egypt, Sunday, Feb. 6, 2011. A sense of normalcy began to return to the capital of some 18 million people, which has been largely closed since chaos erupted shortly after the protests began on Jan. 25.
Egyptians pray in Cairo's Tahrir Square on February 06, 2011, following nearly two weeks of unprecedented demonstrations calling for President Hosni Mubarak's ouster.
Getty Images 1 hour ago
Egyptians pray in Cairo’s Tahrir Square on February 06, 2011, following nearly two weeks of unprecedented demonstrations calling for President Hosni Mubarak’s ouster.
A composite photo depicting Egyptian Hosni President Mubarak (R) as Hitler is held by an opposition supporter in Tahrir Square in Cairo February 6, 2011. Demonstrators camped out in Cairo's Tahrir Square, which has become an epicentre for protest, vowed to intensify their battle to oust Egypt's President Hosni Mubarak but the 82-year-old president has said he will stay until September elections because the alternative is chaos.
Reuters Pictures 1 hour ago
A composite photo depicting Egyptian Hosni President Mubarak (R) as Hitler is held by an opposition supporter in Tahrir Square in Cairo February 6, 2011. Demonstrators camped out in Cairo’s Tahrir Square, which has become an epicentre for protest, vowed to intensify their battle to oust Egypt’s President Hosni Mubarak but the 82-year-old president has said he will stay until September elections because the alternative is chaos.
Egyptian Vice President Omar Suleiman talks to representatives from political parties in the Prime Minister's office in Cairo February 6, 2011. Suleiman held talks on Sunday with opposition groups including the officially banned Muslim Brotherhood to try to find a way out of the country's worst crisis in decades.
Reuters Pictures 1 hour ago
Egyptian Vice President Omar Suleiman talks to representatives from political parties in the Prime Minister’s office in Cairo February 6, 2011. Suleiman held talks on Sunday with opposition groups including the officially banned Muslim Brotherhood to try to find a way out of the country’s worst crisis in decades.
…………………………………………………………………………………………………..

Muslim Brotherhood joins Egypt crisis talks

CAIRO (AFP) – The embattled regime of Egypt’s President Hosni Mubarak launched landmark talks Sunday with opposition groups, including the Muslim Brotherhood and street protesters who seized Cairo’s central square.
As global pressure mounted for newly appointed Vice President Omar Suleiman to negotiate a peaceful transition to more democratic rule, the government took the historic step of meeting with its most long-standing and powerful foes.
Meanwhile, as new avenues of dialogue opened up on the political front, Egyptian army troops stepped up pressure on the protesters who have occupied central Cairo’s Tahrir Square, tightening a cordon around the area.
Undaunted, the protesters celebrated a mass in the square — the epicentre and symbol of the revolt against the regime — to remember the estimated 300 people who have been killed since demonstrations against Mubarak began.
“God bless the dead. God bless the dead,” recited a Christian preacher wearing a crucifix. By his side, a Muslim sheikh stood holding a Koran, as the faithful chanted “A single hand. A single hand” in inter-faith solidarity.
Meanwhile, a measure of normal life began to return to the biggest city in the Arab world, with queues forming in front of banks that had been shut for more than a week and workmen scrubbing down shop fronts.
The Brotherhood, a well-organised Islamist movement, has long been banned from Egyptian politics. That Mubarak’s camp has been forced to invite its bitter foe to talks is a sign of the opposition’s mounting strength.
“We will join the talks today,” senior Brotherhood official Essam el-Erian told AFP.
The state-run MENA news agency confirmed that the talks had begun, and would include the Brotherhood, the liberal Wafd party, the left-leaning Tagammu and members of a committee picked by the youth groups holding the square.
“All present at the meeting held a minute’s silence for the martyrs who died during the protests,” MENA said.
And Erian warned: “We have been invited. We will go. But our participation is conditional on giving the youth representation. If the demands of the youth are not met, we have the right to reconsider our position.”
The Brotherhood is officially banned in Egypt, but its vast social aid network is tolerated and serves as the basis of a well-organised opposition movement which fields parliamentary candidates as independents.
The crisis has given US President Barack Obama’s administration a policy headache, forcing it to confront the consequences of Washington’s long-term support for Middle East autocrats in exchange for security guarantees.
Some Western observers have expressed concern the Brotherhood could sweep to power and institute an Islamist regime that would be no more democratic than Mubarak’s an
d might break Egypt’s close alliance with Washington.
“Today we learned the Muslim Brotherhood decided to participate, which suggests they at least are now involved in the dialogue that we have encouraged,” Clinton told National Public Radio from Germany.
“We’re going to wait and see how this develops, but we’ve been very clear about what we expect,” she said.
Obama spoke Saturday to several foreign leaders about the unrest in Egypt and underscored the need for “an orderly, peaceful transition, beginning now,” the White House said in a statement.
Britain’s Prime Minister David Cameron said he and Obama had agreed that “real, visible and meaningful change needed to start now … including a path to free and fair elections.”
Prime Minister Recep Tayyip Erdogan of Turkey — Egypt’s closest rival as a regional powerhouse — called for an interim government to be appointed.
“A democratic transition should be ensured in the shortest possible time. If this is achieved, I believe the people will definitely accept such an outcome,” he said, in televised remarks.
Citing unnamed US and Egyptian officials, the New York Times reported that Suleiman and Egyptian military leaders want Mubarak to make a graceful exit.
Under the US-backed plan, Mubarak’s powers would be scaled back enabling the creation of a transitional government headed by Suleiman to negotiate reforms with the opposition, the paper reported.

PKR Tubuh Majlis Presiden Pacu Halatuju Jelas Di Sabah


SHAH ALAM 6 FEB : Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan penubuhan Majlis Presiden bagi memberi fokus dan halatuju jelas kepada PKR di Sabah bagi menghadapi pilihanraya umum dan negeri itu.
Wan Azizah mengumumkan perkara ini selepas mengadakan mesyuarat bersama-sama pimpinan PKR di Kota Kinabalu petang tadi.
Menurut Naib Presiden PKR Fuziah Salleh yang dihubungi oleh TV Selangor menjelaskan penubuhan Majlis Presiden ini yang mirip kabinet bayangan kerajaan Sabah adalah untuk memastikan gerak kerja menjurus menghadapi pilihanraya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
" Maka dengan itu tadi Presiden mengumumkan penubuhan Presidential Council iaitu bagaimana Presidential Council ini akan fokus kepada isu-isu yang berkaitan dengan Sabah dan ianya mirip kepada portfolio kabinet bayangan kerajaan BN di Sabah sekarang ini," katanya.
" Maka dengan fokus membawa isu yang berkaitan kewangan di Sabah,perumahan,berkaitan dengan kerajaan tempatan,perhutanan, keselamatan dan sebagai jadi itu tujuan Presidential Council supaya fokus berhadapan pilihanraya umum ke-13  dan pilihanraya negeri supaya kita menjuruskan segala tenaga kita untuk meletakkan  sasaran untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional," jelas Fuziah lagi.
Menurut Fuziah lagi, Majlis Presiden akan diketuai oleh Datuk Seri Wan Azizah sendiri yang kini memimpin Majlis Pimpinan Sabah.
" Presidential Council akan diketuai oleh Presiden sendiri sebab ia adalah permintaan orang Sabah supaya Presiden menjadi Ketua Majlis Pimpinan Negeri dan ini buat tempoh sementara  dan buat sementara ini akan driven by objective untuk kita membuatkan program high impact yang akan memberi peluang kepada pimpinan untuk lebih fokus," katanya. 
Semalam Pajuddin Nordin yang baru memimpin MPN Sabah tidak sampai sebulan mengumumkan keluar parti selepas 18 daripada 25 Cabang menyatakan tidak bersetuju dengan perlantikan itu.
Tambah Fuziah lagi, kejayaan mesyuarat hari ini merupakan titik penting ke arah memperkukuhkan gerak kerja PKR Sabah ekoran kemelut politik yang dihadapi mutakhir ini.

"Yang menjadi kejayaan mesyuarat pada hari ini ialah turning point dimana sebelum ini ketua-ketua cabang agak tiada arah strategi yang jelas tetapi pada hari ini perlu memberi tumpuan dan mengenalpasti isu yang penting kepada pengundi, berkenaan menyiapkan manifesto , untuk menawan Sabah dan sebagainya," katanya.

Kenapa Najib Terpaksa Guna Khidmat APCO Worldwide

KOMENTAR : Najib Razak mungkin telah melakukan kesilapan besar. Jika beliau tidak menggunakan khidmat APCO Worldwide untuk menaikkan imej beliau dan partinya, mungkin polemik beliau menggunakan khidmat perunding yang ada hubungkait dengan Zionisme itu tidak timbul. Beliau juga pasti dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya RM77 juta wang rakyat mengalir keluar Negara.
Itu akibatnya jika tidak berfikir semasak-masaknya sebelum bertindak. Jika Najib berusaha untuk menilai keupayaan tenaga komunikasi profesional tempatan mungkin beliau akan  akur bahawa APCO tidak sehebat mana. Malah APCO ternyata menjadi liabiliti kepada beliau dan parti pimpinannya. 
Jika Najib perhatikan kemampuan sumber dalam negara, mungkin beliau akan dapat menyandarkan bukan sahaja strategi menjaga imej beliau dan partinya, malah akan dapat nasihat pakar perunding strategi politik yang ampuh dan faham keunikan politik Malaysia. Namun ini semua tidak berlaku kerana Najib mungkin masih mengkagumi kepandaian orang asing. Maklumlah beliau lebih banyak habiskan masa belajar di luar negara.
Dalam Negara pun banyak bakat yang boleh memberi  input politik pada Najib.  Cuma mungkin Najib tidak rajin membaca akhbar tempatan. Jika tidak, tentu beliau sudah temui pakar perunding yang sudah berabad lama digunakan oleh pemimpin-pemimpin Melayu sebelumnya. Jika dia meneliti saranan politik dibuat oleh akhbar Utusan yang diwarnai oleh penulis yang menggunakan nama samaran  Awang Selamat,  tentu Najib tidak gusar hadapi pilihanraya umum ke-13 nanti.
Tulisan Awang  dalam Mingguan Malaysia,  membentangkan strategi komprehensif bukan sahaja untuk mengisi kepentingan Umno-BN dan Najib, malah ia boleh menjadi pelan induk untuk gerakan parti pembangkang - Pakatan Rakyat sekaligus.
Betapa hebatnya Awang Selamat boleh dinilai daripada tulisan 6 Februari lalu. Cuma dengan satu tulisan, Awang dapat menghuraikan masalah yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat. Beliau mencadangkan supaya Anwar Ibrahim beralih ke tepi dan beri laluan kepada Hadi Awang untuk memimpin Pakatan Rakyat. Kata Awang, sokongan kepada Pakatan Rakyat sekarang semakin merosot sekarang kerana Anwar dan Nik Aziz. Setiap kali kedua-dua pemimpin ini buka mulut, lebih ramai orang akan menarik sokongan mereka untuk Pakatan Rakyat.
Begitu yakin Awang dengan pendiriannya hingga berani menyimpulkan, orang Melayu akan sokong Pakatan jika Haji Hadi yang memimpin. Mengkagumkan!
Kalau Najib sejak awal menjadi Perdana Menteri lagi sudah merujuk kepada Awang Selamat untuk merungkai cabaran politik yang beliau hadapi, tentu mudah baginya menyahut cabaran Pakatan Rakyat.
Betapa tidaknya, Awang mempunyai formula bagaimana hendak menyatupadukan orang Melayu, khususnya. Awang yakin Melayu cuma boleh bersatu jika Umno dan PAS bekerjasama dalam politik. Tidak kiralah jika ia dinamakan kerajaan campuran atau apapun.
 Namun Awang mengesan usaha ini tidak mungkin berhasil jika masih ada penentang dari dalam dan luar PAS terhadap usaha ini. Maka dinamakannyalah Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas dan Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat sebagai penentang idea Melayu bersatu itu.
Hujjah Awang, jika Hadi yang memimpin Pakatan Rakyat, undi Melayu pasti akan mengalir sama ada kepada Umno atau pun PAS. Dan, jika Umno dan PAS bekerjasama, undi Melayu akan utuh dalam dua jemaah yang mempunyai tujuan yang sama - perpaduan Melayu. Selagi ada Anwar dan Nik Aziz, kerjasama itu tidak mungkin jadi kenyataan.
Memang bijak Awang. Dia ada strategi politik tersendiri. Malah ini adalah lebih baik daripada strategi Dr Mahathir yang mahu pencinta perpaduan Melayu "ketuk sahaja kepala Anwar dan Nik Aziz" kerana jadi penghalang perpaduan Melayu. Beza pendekatan Awang dengan Dr Mahathir ialah mantan presiden Umno ini kurang sabar; beliau mahu guna cara kekerasan. Awang lebih sopan - ketepikan Anwar dan Nik Aziz dalam Pakatan Rakyat, orang Melayu akan bersatu.
Mungkin ini bukan pertama kali Najib mendengar syor seperti ini. Mungkin juga itulah sebabnya Najib terpaksa menggunakan khidmat APCO sebab idea Awang ini kurang cerdik . ini kerana idea itu cuma boleh digerakkan oleh Pakatan Rakyat sendiri. Soalnya, tidak mungkin DAP dan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR begitu dangkal hendak mendengar dan melaksanakan idea Awang. Ini kerana mereka insaf bahawa  pakatan itu wujud kerana pengaruh dan kepemimpinan Anwar dan Nik Aziz.
Mungkin Najib merumuskan jika Awang dan akhbar Utusannya gagal meyakinkan pembacanya akan kebijaksanaan barisan editor dan penulis seperti Awang dengan dalil jualan akhbar berkenaan semakin merosot, bagaimana beliau boleh percaya kepada idea usang Awang itu?
Tambahan pula, idea Awang ini salin tak tumpah dengan idea Dr Mahathir. Apapun Najib yakin dia adalah perdana menteri bukan Dr Mahathir lagi. Oleh itu, mengapa perlu ia mendengar cakap Awang atau Dr Mahathir? Lebih baik dengar cakap APCO; jika ideanya kurang bernas pun, ia adalah syarikat perunding antarabangsa berbanding Utusan akhbar kampungan yang semakin merosot pengaruhnya.

ANTARA MAHATHIR, HOSNI MUBARAK DAN NAJIB

Mahathir berkuasa 22 tahun, Hosni Mubarak 30 tahun,  Najib?                                  Mahathir pernah berdegil tak mahu letak jawatan !, pernah pura-pura menangis  kerana nak letak jawatan!,.. hakikat sebenar mahu dipujuk !


Presiden Mesir Hosni Mubarak 82, dikatakan sebagai orang terkaya didunia, memiliki kekayaan anggaran mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang 30 tahun pemerintahannya. Menurut beberapa pakar kewangan Asia Barat,  sebahagian besar kekayaan Hosni,  disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.

Rakyat Mesir  dikatakan sudah bosan terhadap Hosni Mubarak yang gagal meningkatkan  ekonomi dan menaik taraf hidup rakyat.  Tahap kemiskinan dan pengangguran masih tinggi. Keadilan tidak ditegakkan!, malah masih ada rakyat yang ditindas  dan dizalimi!!.  Akhirnya mereka terpaksa bertindak!, keluar beramai-ramai  melakukan tunjuk perasaan,  meminta Hosni Mubarak letak jawatan,  namun, nampaknya  Hosni Mubarak masih berdegil !!  Dan polis Mesir telah membelasah penunjuk-penunjuk perasaan itu hingga ada yang mengalami kecederaan.

Apa bezanya nasib penunjuk perasaan di Malaysia ? semasa zaman Mahathir maupun Najib?...  Sama je. (Lihat gambar di bawah)  Apa pula pendirian Kerajaan BN pimpinan Najib?.... Seperti telah diduga!.. Kerajaan Najib menyokong tindakan kerajaan Mesir yang dipimpin oleh Hosni Mubarak!  Maknanya kerajaan Malaysia menyokong polis kerajaan Mesir membelasah penunjuk perasaannya sebagaimana Mahathir dan Najib merestui PDRM membelasah  penunjuk perasaan di Malaysia!

Biasalah !  beruk tentulah berkawan dengan beruk, gajah berkawan dengan gajah!  Lanun berkawan dengan lanun!,  penyangak berkawan dengan penyangak!!.  Mana mungkin penyangak nak berkawan dengan orang baik-baik.!!   Jadi sokongan Najib kepada Hosni adalah sebagai tanda setia kawan antara dua orang pemimpin sama-sama macam penyamun!


                                 Lebih 10 ribu sertai demo anti Hosni Mubarak

Nampaknya nasib rakyat Malaysia dan rakyat Mesir tak jauh beza, masih dibelenggu di bawah cengkaman Rejim kukubesi.

Oleh : rahimothman

Desakan Rakyat Disebut Fitnah…

Oleh: azhrddn

"Meneliti desakan rakyat Malaysia terhadap kerajaan berhubung kelembapan tindakan mereka diawal-awal krisis Mesir sangat menaril perhatian. Bermula dengan kenyataan lemah Menteri pengajian Tinggi sehinggalah kelembapan tindakan pihak Duta di Mesir, semua itu di omong-omongkan merata-rata baik daripada ibubapa, NGO-NGO ataupun pelajar yang menuntut di sana.

Suka atau tidak sebenarnya desakan inilah antara punca kerajaan bertindak memperbaiki misi menyelamat dan memberikan kenyataan terkini yang meyakinkan rakyat. Kejayaan kerajaan adalah kejayaan rakyat.

Bila desakan rakyat berkata “ karajaan Malaysia sambil lewa “, mereka terus menafikannya dengan tindakan. Bila maklumat dari Duta menyatakan kos pulang ke Malaysia dari Jeddah adalah ditanggung sendiri, rakyat mendesak dan memerli “ kerajaan bakhil…”, keesokan hari kerajaan menafikannya dengan kenyataan PM “ semuanya akan ditanggung kerajaan….”. Begitulah kehebatan kesan positif kuasa rakyat.

Tapi malang desakan-desakan itu kini dianggap fitnah oleh PM dan media masa mereka. Rujuk: Utusan Malaysia

Di dada akhbar milik mereka saban hari di muka depan, dengan tulisan besar dan temuramah pelajar menyiarkan sesuatu yang sangat merisaukan ibu bapa. Tidur berteman pisau, kelaparan, makanan dicatu, kepala diacu pisto, dan macam-macam lagi gaya tajuk akhbar yang menambahkan rasa kebimbangan. Suara temu bual semuanya cemas-cemas belaka. Mustahil tiada yang berkata mereka selamat di sana. Bukan salah untuk meningkatkan rasa waspada. Tapi ia sudah berlebih dari hadnya kerana mungkin disebaliknya ada skrip dan cerita.

Dipenghujungnya saya menjangka, jiwa-jiwa resah ini cuba di heret untuk memuja-muja manusia. Beliaulah hero, berjiwa rakyat, berkorban harta dan macam-macam lagi pujian melambung langit.

Untuk rakyat hanyalah cemuhan : si rakyat yang tidak berterima kasih, si rakyat yang suka menimbul fitnah atau si rakyat pembangkang yang hanya tahu membangkang dan tidak mahu berkerjasama.

Agak semacam tidak adil untuk saya berpandangan begini. Konon-konon saya tak kenang budi. Tetapi apa yang saya maksudkan sebenarnya ialah jangan tuduh desakan rakyat sebagai fitnah, jangan mengugut rakyat untuk beralih undi, rakyat tidak mengemis simpati tapi kerajaan bertanggungjawab melancar misi. Bantuan adalah tanggungjawab bukan syarat memadam kezaliman diri,duit misi adalah duit rakyat, kejayaan misi juga adalah kejayaan rakyat.

Masih banyak tanggungjawab yang perlu dilaksana. Nyawa keluarga Mamali masih belum terbela, harga barang naik mencanak gila. Cukai GST mencuri dalam sunyi. Sikap mulut penguasa berkokok hina islam, buntut pula berlumur tahi makin menjadi-jadi. Banyak lagi kepincangan.

Sama-samalah memperbaikinya. Jikar rakyat berkata : Terima kasih kerajaan….kerajaan membalas : terima kasih rakyat. Adakah ada apa-apa yang perlu dirisaukan lagi ??

Pertolongan kerajaan adalah tanggungjawab….

Desakan rakyat adalah nasihat……..

Hidup Rakyat…."

PM Wanita Pertama Malaysia

Oleh: perangsaraf

"Kehebatan "wanita pertama" ini melebihi semua Pemimpin lelaki di dalam Umno, "kerjanya" sebagai BN (Bini Najib) lebih baik lagi hebat daripada semua Pemimpin Tertinggi Umno terutama Timbalan perdana Menteri yang kini semakin panas dengan kembalinya Ts Isa Samad (penternak jaya bukit pelanduk dan pelingkup Felda Sedayan)

Saban hari wajahnya muncul di media mengalahkan Suaminya sebagai PM,  ahli politik Umno dan BN juga mengalahkan artis-artis top di Malaysia, Sepatutnya Ds RM perlu menjadi Wanita Pertama menjadi Presiden Malaysia, ada video nyanyi duet dengan mawi lagi tu!

Bezanya Umno dengan PKR sekarang ialah di dalam PKR Suami jadi Penasihat dan Ahli Parlimen Isteri jadi Presiden Parti tetapi Umno Suami Presiden Umno Isterinya pulak Punasihat ditambah lagi dalam Umno ada zionis Apco yang juga jadi Punasihat, di Sebabkan Penasihat lebih Tinggi daripada Presiden maka Ds RM perlu di beri Pangkat yang lebih Tinggi kalau boleh jadikan  Malaysia ni sebagai daulah Rosmah mungkin ulama muda Umno dan mufti "cari makan" Umno boleh "Bodek/Kipas/Ampu" Ds RM dengan tarik tangan Rosmah bagi "nak sihat" macam ketua ulama muda muda Umno cakap haritu apabila marahkan PAS sebab bantah IFF Monte Carlo yang Cemarkan Kesucian Islam

Jadi di Harap Ds Najib beri laluan pada Isterinya Ds RM pula jadi PM seperti Ds Anwar dan Ds Wan Azizah buat, Ds Najib perlu letak jawatan Ahli Parlimen Pekan Pahang bagi pada Ds RM pula bertanding di situ yang membolehkan Ds RM jadi Perdana Menteri, Ds Najib pegang jawatan Presiden Umno macam Ds Azizah presiden PKR sudahlah, berkorban sikit untuk isteri yang di takuti

Manalah tau atas kebijaksanaan Ds RM Merampas akan melonjakkan Ds RM jadi Presiden Pertama Malaysia, Bukankan Ds RM dan Merampas gelaran "Wanita Pertama" daripada Raja Permaisuri Agong ? Bukankah Ds RM merampas Ds Najib sendiri daripada bekas isterinya yang dahulu? Daripada menjadi bini ke 2 Najib Ds RM jadi Bini Pertama, beliau sentiasa yang PERTAMA

Lagi Peruntukan yang sepatutnya untuk Tadika KEMAS dan lain-lain Tadika juga di Rampas oleh Ds RM untuk Program PERMATA, tahun pertama RM100 juta tahun Ke2 tambah lagi RM111 Juta, apa salahnya jika peruntukan beratus juta itu di berikan pada Tadika KEMAS atau Kementrian Pelajaran ?

Tidak ada salahnya beri peruntukan pada Bini Najib beratus juta atau beribu juta sekalipun sebab Umno dah gadai Rakyat terutama orang Melayu pada yahudi zionis Apco, tengok pencacai Umno dapat seorang beribu RM sebab tu reka cipta Fitnah yang menggila, tapi betul kah pencacai Umno dapat beribu-ribu ringgit sebulan sebab reka Fitnah sahaja ? apa pun zionis Apco dapat lagi tinggi daripada pencacai Umno, zionis Apco goyang kaki sahaja dapat RM 77 juta setahun, dengan hanya 1 juta RM zionis Apco boleh upah 27 orang pencacai Umno dengan gaji RM 3000 sebulan seorang, gaji Pengerusi Syabas RM 5.1 juta setahun pun tak mampu nak tandingi Gaji zionis Apco yang Kera Jaan Umno bayar RM77 juta setahun

Untunglah orang BN yang pandai Bodek/ampu/ Kipas Datuk RM seperti Menteri Luar yang cakap RM ini bijak dalam PRK Tenang mungkin lepas ini Menteri Bini Najib (BN) patut ampu pula minta PDRM di tukar jadi Polis Datuk Rosmah Mansur lagi pun Datuk Amar Rosmah Mansur lebih bijak daripada Datuk Patinggi Najib dalam iklan sambutan tahun baru cina yang bakal di adakan di Negeri Sarawak yang bakal menjelang 

Ds RM telah Membuktikan beliau lebih hebat daripada Suaminya dalam Mengejar Kuasa, Layanan Di Raja waktu lawatan di Oman membuktikan Ds RM "wanita pertama Malaysia" ini lebih hebat di mata Dunia berbanding Raja-raja Melayu, mungkin tidak Ramai Raja-raja Melayu yang dapat Merasai Layanan Di Raja Sultan Oman apatah lagi naik Kapal Mewah Di Raja Oman Fulk Al Salamah ka namanya serta di adakan Konsert Khasnya pula oleh Sultan Oman,

Maaf cakap Yang Di Pertuan Agong pun belum tentu dapat layanan macam "wanita pertama" FLOM (Fart Lady Of Malaysia) ... oops maaf saya tidak bijak bahasa penjajah british ..

Dalam IFF sendiri wanita pertama Malaysia ini seiring dengan Putera Albert Raja Monaco, mungkin selepas ini wanita pertama Malaysia akan di Jemput pula oleh Queen Elizibeth sebab Kejayaannya menjadi Queen Control di Malaysia !"

Higher food prices here to stay: analysts

They say the current trend is less speculative in nature and not likely to end with a price collapse.

WASHINGTON: From McDonald’s burgers in the United States to sugar in Bolivia and chilis in Indonesia, food prices across the globe are soaring.
But consumers and governments should brace themselves for even higher prices, experts warn, as demand in populous emerging economies will put pressure on supplies for years to come.
A “perfect storm” of bad weather, rapid growth in emerging economies – with people eating more higher-value, resource-intense food – and low interest rates has sent prices for a broad range of farm and non-farm commodities climbing often at double-digit rates: from wheat to corn, cotton to rubber, and oil to boot.
And while it resembles the sharp spike in food and oil prices of 2007-2008, analysts say the current trend is less speculative in nature and not likely to end with a price collapse, as it did two years ago.
“Things were quite different in 2008… You had price spikes, it was a couple of food grains,” said Chris Delgado, an agriculture specialist at the World Bank.
“What is going on now is more broadbased… It’s not led by grains.”
And it’s widespread, and feeding into political worries, not just in the Middle East.
In Indonesia, where even the price of chilis has soared, the government suspended import duties on key food items after inflation hit an annual rate of seven percent in January.
In Bolivia, sugar is being rationed despite a 64 percent price hike.
In the United States, much higher meat prices are forcing restaurants from fancy steak houses to McDonald’s to hike their prices, even though the pocketbooks of consumers remain tight.
Little relief

On Thursday, the UN Food and Agriculture Organization said food prices have reached their highest level since it began measuring them in 1990, and pointed to the political problems that can spark.
“Not only is there a risk, but there have already been riots in some parts of the world because of rising prices,” FOA chief Jacques Diouf said.
There is little relief in sight, say experts.
“I think commodity prices are going to be trending higher,” said Gerard Lyons, chief economist for Standard Chartered Bank.
“What’s interesting is that even commodities that aren’t heavily traded are rising in price. … That suggests this is fundamental, not speculators,” he told AFP.
The 2008 commodity spike was only a handful of food grains plus oil, and driven in large part by political decisions amounting to hoarding and heavy trader speculation.
This year the problem is more fundamental: prices are being driven by growing demand from huge emerging economies like China, India, Russia and Brazil that is unlikely to slacken until prices get much higher, say analysts.
The World Bank’s Delgado said that supply shocks are exacerbating the price hikes: weather and policy moves that have cut grain supplies from Russia, Argentina and Australia, among others.
But the trend is rooted in the fundamentals of soaring demand, say economists.
“More and more people are moving up the scale of income, so they tend to have higher value food,” said Nariman Behravesh, chief economist at IHS Global Insight.
Limited impact predicted

Lyons said there is not much relief on the horizon because of the time it takes farmers to expand acreage and production.
“It takes a long time, two to three years, for new supply to come on stream,” Lyons said.
“I think commodity prices are going to be trending higher.”
Commodity traders are saying the same thing.
Last week Morgan Stanley commodities specialist Hussein Allidina said key items like corn, soybeans and wheat still face strong upward price pressure — with corn possibly going up another 20 percent from the current level of $6.60 a bushel before demand weakens.
“We see record tightness across the agriculture complex and believe that higher prices will be necessary to ration demand and incentivize acreage,” he said in a report.
Behravesh said he thinks the problem is mainly a short-term one, more like 2008, and have limited economic impact overall.
But policy-wise, he said governments don’t have many tools to bring down the cost of food and other commodities, especially if they are import-dependent.
Aside from pushing up interest rates to slow growth, said Behravesh, “There’s not much central bankers can do about food prices.”
- AFP

Pemimpin pembangkang mula lompat parti tanpa sebab

Pemimpin pembangkang sudah mula melompat parti secara beramai-ramai dengan alasan yang serupa seperti pemimpin-pemimpin katak yang lalu, iaitu "hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti".

Kalau dilihat, sepuluh orang pemimpin DAP Tawau termasuk ketua publisitinya James Leong Yun Fui, meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Parti Gerakan, terlalu hanyir "fishy" apabila memberikan alasan, "hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti DAP yang didakwanya hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu menunaikannya.".

Malah katak-katak ini mendakwa, hanya BN yang mampu membawa pembangunan kepada rakyat secara keseluruhannya dan yakin dengan gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggapnya telah berhasil mengembalikan sokongan rakyat kepada pemimpin dan kerajaan. [Malaysiakini]



Tengok baik-baik, pemimpin DAP mana yang keluar parti ini? Ini semua pemimpin DAP Tawau, Tawau terletak di mana? Bukan di semenanjung, tapi di Sabah. Negeri Sabah yang dahulu merupakan Negeri kedua terkaya di Malaysia (1972) kini bertukar menjadi paling miskin di Malaysia selepas diambil alih oleh Barisan Nasional.

Sudah jadi Negeri paling miskin, paling mundur, paling corot di Malaysia selama diperintah oleh Barisan Nasional, masih ada lagi pemimpin DAP yang yakin hanya BN yang mampu membawa pembangunan ke Sabah? Nampak sangat cina-cina bukit ni tak paham pun apa yang dia cakapkan kah kah kah.


Sudahlah begitu, cina-cina bukit ni memilih untuk menyertai parti Gerakan yang sememangnya duduk di tangga tercorot masakini dalam carta parti terlungkup di belakang MCA yang turut sama ditolak oleh rakyat Malaysia pada PRU 12.

Sifirnya mudah, "nak tunggu jadi menteri lambat lagi, apa yang ada aku sapulah, yang penting hidup aku senang, boleh buat rumah di luar negara".


ReJaM© "Selepas ini, semua katak-katak negeri China ini akan menghilangkan diri menetap di luar negara ha ha ha"

Wan Azizah is now Sabah PKR chief

The party headquarters has stepped in to resolve the leadership crisis in Sabah on the request of majority of local divisions.

PENAMPANG: PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail has taken over as the Sabah interim chief, replacing Pajudin Nordin who had quit the party for Umno yesterday.
Announcing the decision after meeting with 19 division chiefs and two acting chiefs, she said a PKR Sabah Presidential Council has also been formed. The council, headed by her, basically replaces the existing Sabah PKR liaison committee.
“We hope that with the formation of the PKR Sabah Presidential Council it will assist the party to move forward and focus on the issues affecting the people of Sabah,” she said, adding that the idea was well received by the state leaders.
According to her, the presidential council will have all the division chiefs from Sabah as members and various committees resembling the portfolios in the state cabinet will be set up.
In addition, the council will also cover issues concerning Yayasan Sabah, security, health, education among others.
However, she stressed that the council was not a shadow cabinet for Sabah because if that was the case then PKR had to consider their Pakatan Rakyat partners, DAP and PAS.
Wan Azizah was speaking to newsmen after meeting the division chiefs at the party’s Sabah headquarters in Bundusan here on Sunday.
Good luck to Pajudin

She also addressed questions on former PKR Sabah chief Pajudin Nordin’s sudden resignation from the party yesterday.
Asked whether there was any regret and mistake in appointing Pajudin in the first place, Wan Azizah said: “I’m not surprised …We made our decision based on a report…We wish him all the best and good luck.”
She said the Sabah PKR leaders had shown their eagerness to move forward and concentrate on the coming general election.
Recently appointed state chief Pajudin, 42, quit the party yesterday, citing a loss of confidence in the party leadership.
“I feel disappointed with Anwar (Ibrahim) and Dr Wan Azizah Wan Ismail because they are just fooling us, the PKR Sabah leaders.
“My credibility and loyalty to the party should not have been doubted but due to their action it has led to a further crisis in Sabah PKR,” he had said, adding that he had applied to join Umno.
Pajudin was appointed Sabah PKR leader on Jan 10 amidst much controversy.
Two weeks ago 19 out of the state’s 25 divisions submitted a memorandum to Wan Azizah through vice-president Fuziah Salleh, calling for Wan Azizah to take over as interim cheif in view of the general election.

Bilionair: Kesempatan kumpul kekayaan ketika jadi pemimpin kerajaan


WarkahDaily – Secara logiknya, mampukah seorang pemimpin kerajaan kumpul kekayaannya secara tulus dan bersih sehingga boleh mencapai jutawan atau bilionair?

Jika kita sangka mereka itu ada hak mengumpul kekayaan peribadi, itu tak dinafikan tetapi berapa banyak sangat boleh dikumpulkan sehingga melepasi jutawan atau bilionair jika di sana tiada udang sebalik mee.

Apa ke jadah kerja sampai nak bagi gaji berjuta-juta sebulan…padahal semua keistimewaan sebagai pemimpin kerajaan sudah dibolotnya termasuk elaun yang bermacam-macam.

Pemimpin kita bagaimana?


Kosmo! - KAHERAH: Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.

Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.

Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.

Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.

Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.

(KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.)

Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.

Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.

Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).

Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).

Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.

"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.

Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.

Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. -Agensi

Debat: Wahai Mohd Nor, cermin dulu diri anda!

WarkahDaily – Orang lain takdak apa-apa pun, dia pulak duk keliling kampung bagitau org nak ‘bersilat’ dengannya. Hahaha…malu aku!.

Kenapa beria sangat ‘pak lebai’ Umno lagi kasyaf tu nak ajak MB Kelantan berdebat. Dah ukur baju di badan sendiri ke?

Bagi penulis WarkahDaily, sebesar kuman pun tiada kepentingan MB Kelantan dengan ‘ulamak kasyaf’ Umno sorang tu.

Alasan pertama, siapa Mohd Nor Idris nak berdebat berkaitan akidah. Padahal kita belum pasti lagi apakah pegangan akidah Mohd Nor Idris yang sebelum ini mengaku dirinya itu ‘kashaf’. Dalam sejarah Islam, tiada seorang pun orang Islam mengaku dirinya kashaf. Kalau Ayah Pin mengaku dirinya utusan tuhan.

Alasan kedua, apakah kebaikan perdebatan itu diadakan antara MB Kelantan dengan Mohd Nor Idris, sedangkan Mohd Nor bukanlah orang yang berpengaruh atau orang yang terlibat dalam menentukan halatuju pemerintahan negara dan perkembangan Islam di negara ini. Jadi, buang masa ajelah jawabnya.

Dan alasan terakhir, MB Kelantan tidak sedikit pun mempelawa atau mengajak Mohd Nor Idris untuk berdebat tetapi MB Kelantan mahu berdebat dengan pihak yang ada pengaruh terhadap pemerintahan negara dan perkembangan Islam.

MB Kelantan bersedia berdebat isu akidah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana ianya memberi kesan mendalam terhadap masyarakat berkaitan akidah.

Jadi, sewajarnya Mohd Nor Idris mencerminkan dirinya dahulu sebelum ‘riuh sekampung’ benda yang tiada kaitan dengan anda.


Harakahdaily - Pejabat Menteri Besar Kelantan menjelaskan, tidak timbul langsung soal Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sedia berdebat dengan Mohd Nor Idris sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah media di sini.

Ini kerana, apa yang Nik Aziz kata adalah beliau sedia berdialog atau berbincang dengan Majlis Faktwa Kebangsaan bukannya berdebat dengan Mohd Nor yang tidak mempunyai sebarang jawatan yang boleh menggubal dasar kerajaan.

Penjelasan ini dibuat oleh Setiausaha Akhbar MB, Ahmad Fadzil Shaari ekoran laporan muka depan Sinar edisi Kelantan yang memaparkan kesediaan Nik Aziz berdebat dengan Mohd Nor.

"Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah.

"Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti," kata Fadli dalam kenyataannya.

Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 05 Februari 2011 lalu menyiarkan di muka depannya berita bertajuk “NIK AZIZ SETUJU DEBAT : Sahut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah.”

Bagi Fadli, laporan di dalam akhbar Berita Harian yang merujuk kepada kenyataan yang sama lebih berkredibiliti dan menepati maksud sebenar YAB Tuan Guru.

"Justeru, laporan yang tidak tepat seperti yang tersiar di dalam akhbar SInar Harian Edisi Kelantan tersebut amatlah dikesali," katanya.

Pakatan tetap pinda perlembagaan Selangor jika cukup majoriti


Faekah Husin
KUALA LUMPUR, 6 Feb — Pakatan Rakyat (PR) akan meminda perlembagaan Selangor untuk mengembalikan kuasa dalam urusan pelantikan perkhidmatan awam negeri itu jika ia memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum kelak, kata seorang pegawai kanannya. Setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin (gambar) berkata janji untuk memulihkan kuasa pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan negeri kini dijadikan sebahagian daripada kempen PR Selangor menjelang pilihan raya umum ke-13.
“Bagi saya, Umno sudah hilang momentum mereka,” kata Faekah kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual eksklusif.
Tegas beliau, Umno dan Barisan Nasional (BN) telah diberi satu peluang untuk membuktikan mereka benar-benar sokong institusi diraja.
“Tetapi mereka enggan,” kata Faekah lagi.
Ketika membentangkan usul pindaan perlembagaan 24 Januari lalu, Khalid melabelkan BN sebenarnya penderhaka kepada institusi raja-raja.
Sambil merujuk kepada krisis Perlembagaan 1993, Khalid mendakwa kerajaan persekutuan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu telah melakukan pindaan yang telah menghakis kuasa-kuasa institusi raja-raja.
“Derhakakah kami jika kami mahu mengembalikan kedaulatan negeri dan baginda Sultan (Selangor) yang memerintah negeri yang berdaulat ini?
“Derhakakah mereka (Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari BN) jika mereka menolak atau lari daripada menerima usul pindaan ini?, katanya ketika membentangkan cadangan pindaan Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 pada sidang khas Dewan Undangan Negeri akhir bulan lalu.
Pindaan itu bagi mengembalikan kuasa Sultan dan menteri besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri yang kini di bawah kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkaitan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Kata Khalid, pindaan itu dicadangkan kerana jika pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri tidak dilakukan dengan telus, ia boleh diputarbelitkan oleh banyak pihak.
Pelantikan itu boleh diputarbelitkan sama ada oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kerajaan di Istana dan di Pejabat Menteri Besar atau perkhidmatan awam, katanya.
Khalid berkata tindakan kerajaan persekutuan menerusi Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan melantik Pegawai Eksekutif Ex-Officio dengan membelakangkan menteri besar yang dipilih rakyat lantas berselindung pula di sebalik Istana yang ditaati rakyat adalah amalan salah, menghina kebijaksanaan dan kedaulatan negeri.
Bagaimanapun, kenyataan itu dibidas oleh BN Selangor yang mendakwa PR sebenarnya yang menderhaka.
Pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi oleh SPA mendapat bantahan kerajaan negeri Selangor yang memberi alasan ia dibuat tanpa merujuk kepada Khalid.
Khalid akan mengadakan pertemuan dengan Khusrin esok berhubung kedudukannya.
Faekah juga mendakwa Umno, selaku parti teras BN telah merompak kuasa pelantikan tiga pegawai kanan terbabit daripada Sultan Selangor pada 1993.
“Artikel 52(1) dipinda pada 1993. Tiada sebab untuk meminda ketika itu memandangkan isu ketika itu adalah imuniti Raja-raja Melayu,” kata Faekah yang lulusan jurusan undang-undang.
“Jadi, kami akan memulihkan (perkara itu). Ia peluang bagi kami kembali kepada rakyat,” kata Faekah.
Selepas sidang khas bulan lalu, Khalid mengumumkan bahawa kempen PR akan mendedahkan hipokrasi Umno dan ia akan diadakan di seluruh negara.
Timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar sebelum ini memberitahu pihaknya akan mendedahkan kepada rakyat bahawa PKR yang tidak menghormati Sultan dan berniat untuk merampas kuasa raja.
Bagaimanapun Faekah menegaskan, keputusan Umno untuk tidak memberi undi sokongan kepada usul tempoh hari dengan sendirinya telah mengetepikan hak mereka untuk menyokong institusi diraja.
Setiausaha politik berusia 46 tahun ini yakin kempen PR akan menarik sokongan kelak.
“Rakyat mahukan negeri ini diurus secara profesional. Rakyat masa sekarang bijak,” kata Faekah.
Beliau juga menekankan, PR tidak berhasrat mahu mengembalikan kuasa mutlak pelantikan kepada negeri.
“Tujuan utama ialah untuk menekankan soal (keperluan) perundingan antara tiga pihak: JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), Sultan dan menteri besar,” kata Faekah.
“Tidak harus ada mana-mana pihak bertindak secara veto (dalam hal ini),” kata beliau.

Pajuddin tidak tahan ujian perjuangan

SABAH: Tindakan bekas Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Syeikh Pajuddin Nordin Tajawi yang keluar parti semalam berkemungkinan tertekan dengan situasi semasa yang berlaku dalam parti itu, kata Ketua Cabang KEADILAN Tenom, Datuk Halik Zaman menganggap tindakan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Syeikh Pajuddin Nordin Tajawi yang keluar parti semalam, sebagai tidak tahan dengan ujian perjuangan.
Beliau tidak menolak bahawa Pajuddin meninggalkan parti berkemungkinan disebabkan dengan situasi semasa.
“Mungkin belum tiba masanya orang muda diberi peranan memikul tanggungjawab sebagai MPN Sabah sepenuh masa.
“Pajuddin kelihatan tidak tahan dengan ujian yang dihadapinya,” kata beliau ketika dihubungi Keadilandaily.com hari ini.
Halik juga berharap jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN yang bakal dilantik harus dalam kalangan mereka yang berketrampilan, berwibawa, berkemampuan dan mempunyai ketokohan untuk mendepani cabaran.
Dalam pada itu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail membuat lawatan ringkas ke Sabah dan mengadakan pertemuan dengan pimpinan cabang petang ini.
Pajudin, 42, yang baru memegang jawatan Pengerusi MPN Sabah meninggalkan parti dengan membuat pengumuman pada sidang media bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan menyatakan mahu menyertai Umno.

NASIONALISME INTI KEDAULATAN BORNEO

Oleh: NASPAZI 

NASIONALISME adalah mata air ilham paradigma bangsa manusia yang tidak pernah kering. Betapa kebijaksanaan paradigma para filosofi nasionalisme purba dan moden; bagaikan gunung-ganang yang tegak berdiri dan sungai-sungai yang mengalir di permukaan bumi; laksana lampu raksasa yang menerangi backdrop kearifan bangsa manusia, dalam menyelami ruangan makna kedaulatan hakiki dan kemerdekaan sejati dalam bermasyarakat dan bernegara yang muktamad di segala penjuru zaman dan dunia.
Kedaulatan bermaksud kekuasaan atau pemerintahan. Berdaulat bermaksud mempunyai kuasa penuh untuk mengaturcara pemerintahan sendiri. Yang demikian, negara yang berdaulat adalah negara yang memiliki kuasa penuh untuk mengaturcara pemerintahan sendiri.
Tegasnya, tidak ada kuasa asing atau negara luar yang boleh mengikat kebebasan sesebuah negara yang telah mengisytiharkan kedaulatan dan kemerdekaannya. Justeru, dalam konteks kedaulatan dan kemerdekaan Sabah dan Sarawak (Federation of Borneo) bermaksud warga tulen Borneo adalah bebas dan berhak menentukan halatuju pemerintahan mereka sendiri.
Sehubungan dengannya, warga tulen Borneo adalah bebas dan berhak mencari dan meneroka, menyimpan dan membelanjakan hasil negara dan kewangan mereka sendiri; warga tulen Borneo berhak dan berkuasa penuh membentuk keselamatan dan mata wang mereka sendiri; warga tulen Borneo berhak dan berkuasa penuh membina pertahanan.
Sesiapa yang boleh memasuki atau melepasi sempadan wilayah mereka sendiri; warga tulen Borneo juga berhak dan berkuasa penuh menentukan sistem pendidikan dan bentuk kebudayaan mereka sendiri, sebagaimana yang pernah saya jelaskan yang berhubung dengan orientasi pimpinan Persekutuan Great Britain dalam siri paradigma yang lepas.
Namun begitu, ada pihak tertentu atau proksi dan boneka barua kuda tunggangan Melayu UMNO yang pura-pura mempersoalkan kewajaran tarikh antara 31 Ogos dengan 16 September, lantas mengemukakan hujah atau cadangan untuk tujuan mengelirukan dengan mengatakan bahawa, tarikh 31 Ogos 1957 wajar disambut sebagai ‘Hari Kemerdekaan bagi seluruh Malaysia’ termasuk Sabah dan Sarawak (Persekutuan Borneo) atas alasan kononnya Borneo merdeka pada tarikh 16 September 1963.
Cis! Melayu UMNO jangan cuba menipu fakta sejarah. Berapa lama penipuan dan pendustaan Melayu UMNO boleh bertahan? Melayu UMNO jangan cuba membohongi sejarah, sejarah tidak pernah berdusta, melainkan mendedahkan tipu daya terkutuk bingkai kedustaan agung mereka dalam konteks sejarah yang diputar belit, waima menjalar ke dalam pelajaran buku teks sejarah yang berhubung dengan fakta pembentukan Malaysia dan kemerdekaan Persekutuan Borneo.
Justeru, siapa yang mengatakan bahawa, Persekutuan Borneo (Sabah dan Sarawak) merdeka pada tarikh 16 September 1963 melalui Malaysia memang ianya satu pendustaan terbesar. Bagaimana mungkin (Persekutuan Borneo) boleh dianggap atau dikatakan sebagai merdeka pada tarikh 16 September 1963 melalui Malaysia, sedangkan Sarawak telah mengisytiharkan kemerdekaannya pada 22 Julai 1963 dan disusuli oleh Sabah dan Singapura yang serentak mengisytiharkan kemerdekaannya pada 31 Ogos 1963.
Oleh itu, dengan mengambil pengajaran dari mutiara wisdom pepatah leluhur silam yang mengingatkan bahawa, ‘sejarah adalah guru kehidupan’ maka sebarang bentuk dan usaha yang bersifat pembohongan dan pengkhianatan nyata yang berhubung dengan tarikh kemerdekaan sebenar Persekutuan Borneo oleh Melayu UMNO wajib dilawan dan dirempuh habis-habisan sampai mereka hancur dengan ungkapan ‘sekali merdeka tetap merdeka’.
Betapa gerombolan penipu, pendusta dan pengkhianat Melayu UMNO memang bukan lagi sering, bahkan saban hari, setiap hari melaungkan ungkapan kononnya ‘Persekutuan Borneo merdeka pada tarikh 16 september 1963 melalui Malaysia’ yang diperkasakan oleh media yang menjadi lidah kesyaitanan mereka. Cisss! Melayu UMNO memang mengigau di siang hari. Kalau begitu, apa makna pengisytiharan Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Kalau begitu, apa makna pengisytiharan Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963?
Justeru itu, sesungguhnya kemerdekaan adalah ‘jambatan emas’ demikian ungkapan paradigma Sukarno. lantarannya, dengan terbinanya ‘jambatan emas’ bagi Persekutuan Borneo pada tahun 1963, maka seluruh warga tulen Borneo sewajarnya sungguh-sungguh dapat menikmati aura keindahan fajar baru kebebasan dan nafas baru kedaulatan dalam berbangsa dan bernegara dengan penuh harapan baru melangkah ke arena masyarakat sejagat, sebagai sebuah masyarakat Borneo tulen yang merdeka, berdaulat, berintegriti, berbudaya, bertamadun, adil dan makmur.
Yang demikian, betapa pemasyhuran dan pengisytiharan kemerdekaan Federation of Borneo pada 22 Julai 1963 bagi (Sarawak) dan pada 31 Ogos 1963 bagi (Sabah) wajib dipertahankan dengan apa cara sekalipun, sebagai tanda wibawa ketinggian semangat dan kesedaran nasionalisme murni warga tulen Persekutuan Borneo, hatta dengan darah dan air mata di bawah payung ungkapan bahawa sanya ‘sekali merdeka tetap merdeka’.
Betapa kesedaran nasionalisme murni di persada hati negara bangsa Borneo di khalayak dunia, tegasnya ‘Orang Asal Borneo’ wajib bertekad untuk mengekal dan mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Persekutuan Borneo, yang telah dicapai dan dimasyhurkan pada tahun 1963 dengan keazaman dan prinsip unggul, bahawa sanya keamanan dan kemakmuran berkerajaan dan bernegara tidak lain, melainkan kesedaran tinggi terhadap ‘in crucial things, unity’ dengan menginsafi ungkapan jitu pepatah silam, iaitu ‘bersatu teguh, bercerai roboh’!
Oleh itu, semangat nasionalisme murni warga tulen Borneo mestilah disemarakkan sekarang. Perasaan cintakan tanah air dan tradisi budaya leluhur warga Borneo silam dalam konteks masa kini mesti dipertahan dan dipelihara. Sesungguhnya, betapa kebangkitan dan keunggulan tradisi budaya sesuatu bangsa, bukannya dengan menyerap masuk ke dalam tradisi budaya asing atau menjadikan tradisi budaya asing sebagai tradisi budaya baru bagi warga tempatan yang hanya tahu meniru tanpa halatuju dan misi untuk memperkasa budaya bangsa yang mantap.
Sementelahan, agungnya gagak kerana hitamnya, agungnya bangau kerana putihnya, agungnya harimau kerana belangnya dan agungnya gajah kerana gadingnya, maka agungnya Borneo kerana warisan alam dan tradisi budaya leluhur orang asalnya.
Lantaran itu, warga tulen Borneo atau ‘orang asal’ Borneo mesti tegas, serius dan dedikasi dalam usaha menjaga dan memelihara tradisi budaya leluhurnya, kerana tradisi budaya leluhur silam Borneo adalah inti dari kekuatan dan ketahanan, identiti dan jatidiri warga tulen Borneo berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan multibangsa di persada dunia zaman-berzaman.
Oleh itu, betapa nilai dan watak asli orang asal Borneo adalah peradaban mukaddas agung warisan dunia yang dapat membezakan ras dan tradisi budaya warga tulen Borneo dengan ras dan tradisi budaya multibangsa manusia di seantero dunia. Justeru, sebarang penyerapan atau penempelan tradisi budaya ‘orang asal’ Borneo kepada ras dan tradisi budaya bangsa manusia pinggiran (ras Amerika-Eropah contohnya) atas alasan demi kecanggihan penampilan dan kehormatan diri kononnya, sah yang demikian adalah suatu kezaliman abadi sebagai pengkhianatan nyata terhadap identiti dan jatidiri leluhur ‘orang asal’ Borneo.
Sesungguhnya, lambat laun cendekiawan sarjana sejarah akan membuktikan bahawa, orang asal Borneo (Austrolomelanesia) telah memulakan kehidupan awal mereka bermasyarakat di pulau ketiga terbesar di dunia ini semenjak (8000 SM) dengan beberapa sebutan klasik seperti ‘Poni’ versi Mesir purba atau ‘Burni’ versi China purba dan kini Borneo versi Eropah moden.
Dengan ungkapan lain, orang asal Borneo sebenarnya memiliki sejarah panjang dan susun lapis keturunan masyarakat yang dengan sendirinya menghantar isyarat tegas, bahawa sanya oral asal Borneo tidak semudah itu boleh diperleceh atau diperbodoh oleh Melayu UMNO sebagaimana yang dinyatakan oleh cendekiawan sarjana Barat.
“...The whole island was subject to the dominion of the Sultanate of Brunei. ‘Borneo’ and ‘Brunei’ are basically the same word, and indeed no more than 100 years ago Brunei was referred to as ‘Borneo Proper’...” L.W. Jones (1966).
Oleh itu, seluruh warga Borneo wake-up sekarang dan segerakan proses penghancuran dan penguburan UMNO! Betapa politik Melayu UMNO adalah kurap eh silap gamaknya ‘cycle evil of corruption’ seburuk wabak yang tidak berakhlak. Betapa hakikat politik Melayu UMNO begitu nyata dan tidak lain, melainkan hakikat apa nama aaa.., apa nama aaa.. kononnya, kononnya dan kononnya hanya demi ‘power for the sake of power’ untuk merompak kuasa di Borneo dan Perak dan kini bakal merompak kuasa lagi di Selangor gamaknya.
Arakian plus syahdan, betapa Melayu UMNO bukan sahaja kelihatan mabuk kuasa, bahkan ternampak sudah menjadi gila kuasa. Melayu UMNO mabuk kuasa plus gila kuasa untuk memutar belit kebohongan mereka seolah kebenaran dengan mengencing ‘perjanjian 20 perkara’ asas kenegaraan Malaysia seolah isu sensitif di samping projek gigantik produk munafik yang menjadi kosmetik diri mereka di khalayak dunia gamaknya.