Khamis, 3 Februari 2011

Menyedarkan Chua Soi Lek

Hishamuddin Rais

Kalau tidak ada pilihan raya kecil di Tenang, tidak mungkin aku akan bermalam di Yong Peng. Aku sampai ke pekan kecil ini sesudah lewat tengah malam. Sebenarnya aku telah memesan kamar tidur dua minggu lebih awal , sebaik sahaja aku dengar ada YB yang meninggal dunia.

NONEPagi itu, aku hanya mencari di mana bangunan hotel ini. Memang nasib baik kerana hanya ada dua buah hotel sahaja di pekan ini. Pekan kecil ini hanya ada dua deretan bangunan kedai yang selari dengan jalan raya. Jadi, aku tidak perlu hura-hara ke hulu ke hilir di tengah malam buta yang senyap dan sunyi.

Yong Peng, seperti Taiping, bermakna "wilayah aman damai" dalam bahasa Tionghua. Aku mengerti kenapa pekan ini dipanggil sedemikian. Ini kerana wilayah ini sering berlaku bentrokan di antara pejajah dan nasionalis. Di wilayah ini adalah kawasan politik Mat Indera - seorang nasionalis yang telah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British.

NONEAhmad bin Indera atau Mat Indera berasal dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak. Mat Indera bergerak di Lenga, Labis, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan di sekitar Muar. Mat Inderalah yang telah memimpin pasukan gerila Tentera Pembebasan Malaya yang menyerang rumah pasong British di Bukit Kepong.

Ketika aku ditahan dalam Penjara Air Molek Johor Bahru pada September 1974 dahulu, ada seorang wadar Melayu - yang aku rasa bersimpati - dengan berbangga menunjukkan kepada aku sel Mat Indera. Kemudian si wadar ini telah membawa aku ke satu kawasan di sebelah belakang dan menunjukkan kepada aku kawasan tiang di mana Mat Indera mati digantung British.

Esoknya jam enam pagi aku telah meninggalkan Yong Peng menuju ke Labis untuk bersama puluhan ribu yang lain sebagai penyataan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat. Lalu aku berhenti di pertengahan jalan - di Chaah - kerana dari maklumat yang diterima, di sini ada sebuah kedai yang kopinya dianggap baik. Sarapan aku di pagi ini gagal. Mungkin aku tersalah kedai.

Kawat berduri

Sesampainya ke pekan Labis aku hampir pengsan kerana pekan ini telah ditawan oleh kelompok-kelompok kecil - bukan seperti gerila Mat Indera - tetapi oleh perempuan yang seragam memakai kain tudung merah. Mereka berjalan berkumpulan menuju entah ke mana. Aku tidak ada pilihan dan terpaksa menyelam sama dalam kumpulan ini, berjalan ke hadapan tanpa satu tujuan yang jelas.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 police barrierSesampainya ke satu simpang aku ternampak seorang abang yang di bajunya ada gambar bulan. Dia melintasi jalan dan berpecah dari kumpulan perempuan ini. Aku juga keluar dan meninggalkan kumpulan ini untuk mengekori si abang. Akhirya kami berkenalan. Abang ini datang dari Melaka bersama sang isteri. Mereka telah memulakan perjalanan dari Bukit Katil seawal jam 4 pagi. Dia bertanya ini dan itu. Sesekali dia mengeluarkan ayat-ayat berbahasa Inggeris. Lalu aku membuat kesimpulan pastilah si abang ini seorang profesional yang menyokong PAS.

Hampir tiga kilometer kami berjalan menuju ke arah di mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membenarkan warga dan penyokong Pakatan berkumpul. Aku rasakan kami seperti dalam suasana perang. Kawat-kawat berduri dipasang di sana-sini. Ini mengingatkan aku Kem Kamunting. Atau lebih tepat lagi seperti filem Hollywood tentang perang dunia kedua. Setiap lima kaki di sepanjang jalan yang aku lalui menuju ke kawasan Pakatan, ada sahaja anggota polis tercegat berdiri lengkap bersenjata.

NONEAku perhatikan mereka memiliki senapang bermuncng besar bersedia dengan peluru gas pemedih mata. Di pinggang terselit sepucuk pistol. Aku mencuri-curi pandang dan cuba mengira jumlah peluru hidup ini. Mungkin 12 butir atau mungkin 24 butir. Lalu aku terseyum, tikus mondok mana yang ingin ditembak.

Untuk aku, apa yang jelas soldadu ini memberi tekanan kepada berpuluh ribu penyokong Pakatan yang setiap kali ada pilihan raya kecil, mereka akan datang berkumpul. Penyokong Pakatan ini datang tanpa diajak dan tanpa diberi duit saku. Sikap sukarela sedemikian cukup menakutkan sesiapa sahaja yang berniat jahat.

Akhirnya kami sampai ke simpang di tepi bangunan bilik gerakan PAS. Di sini kami berpisah. Aku menuju ke kedai kopi di mana aku ternampak muka anak-anak muda dari Selangor. Kami bersalaman dan bertanya khabar. Aku memesan kopi kali kedua untuk pagi ini. Jam belum lagi melintasi sembilan pagi dan orang yang datang ke kawasan ini tidak putus-putus dan bertali arus.

Ponco hijau

Di kedai kopi ini aku bertemu pula dengan sekumpulan anggota PKR dari Perak. Mereka ini pekerja parti dan telah datang lebih awal lagi. Aku nampak juga satu meja yang dipenuhi oleh anggota DAP. Sedang kami bersembang dan minum kopi, tiba-tiba ada suara yang kuat melaungkan "Allahu Akbar". Aku keluar dari kedai dan berdiri di gigi jalan untuk melihat ribuan penyokong Pakatan sedang berarak mengiringi calon.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 normala sudirmanBendera PAS, PKR dan DAP kelihatan berkibar berselang seli. Laungan "Allahu Akbar" dan "reformasi" bertukar ganti. Aku hanya berdiri di gigi jalan untuk melihat pesta demokrasi. Tiba-tiba nama aku dipanggil. Dalam lautan manusia itu rupa-rupanya ada Ronnie Liu. Dia menarik tangan aku. Lalu aku pun masuk ke jalan raya. Rupa-rupanya aku termasuk ke dalam barisan para 'gedebe'.

Sebaris di belakang aku ialah Cikgu Mala yang memakai ponco hijau ala Clint Eastwood. Di sebelahnya Teresa Kok, Zuraida Kamaruddin dan ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh. Tidak jauh dari barisan ini ialah sang suami yang juga memakai sepasang baju Melayu hijau.

Aku mencuri-curi pandang ke belakang untuk melihat sejelas mungkin Cikgu Mala. Nah, memang cun! Jauh lebih bergaya dari semua perempuan-perempuan yang aku temui awal tadi. Tapi yang aku lihat hanya bentuk. Aku masih belum tahu isinya lagi. Untuk seni politik, isi dan bentuk wajib sama kukuh.

NONETak sampai satu kilometer kami berjalan, semua terhenti kerana ada kawat duri yang direntang di tengah-tengah jalan. Kami hanya dibenarkan berarak hingga ke had ini sahaja. Hanya calon dan mereka yang bersangkutan dibenarkan melintasi kawat berduri untuk urusan mengisi borang di pejabat kerajaan. Aku mengundur diri dan berpusing kembali.

Kini jalan raya tidak lagi penuh dengan orang berpusu-pusu. Maka dengan jelas aku dapat melihat, di tebing jalan penuh dengan barang dagangan yang bersangkutan dengan perjuangan. Perjuangan kini telah menjadi satu industri yang besar. Baju kemeja-T Nik Aziz Nik Mat dan Anwar Ibrahim kelihatan bergantungan. Dan yang paling baru dan hot aku ternampak satu kumpulan anak muda sedang menjaja baju kemeja-T dengan muka Cikgu Mala.

Debat kisah peribadi pun tiada halangan
Aku semakin ingin tahu siapa calon yang telah dipilih ini. Lalu aku ingin mencari di mana Cikgu Mala akan berceramah malam. Aku diberitahu bahawa pada malam ini ada ceramah kelompok di Kampung Sawah Baru. Aku diyakinkan bahawa Cikgu Mala pasti akan ke sana.

tenang by election 220111 anwar speech 02Kampung Sawah Baru di Labis? Wow, Ini samalah seperti mencari durian dalam kota New York! Jauh sekali kampung ini dari pekan Labis. Aku melintasi kawasan gelap, kawasan hutan, kawasan kampung tetapi masih tidak bertemu juga kampung ini. Dua tiga kali terdorong ke jalan yang salah. Sekali kami terdorong ke daerah di mana pihak musuh sedang menayangkan filem untuk memastikan orang kampung akan lalai dan tidak akan pergi mendengar ceramah.

Akhirnya aku sampai juga. Kampung ini agak gelap. Kawasan ceramah juga tidaklah terang-benderang sangat. Hanya lampu biasa yang dihalakan ke halaman rumah . Ini kampung Melayu tradisional - kampung jalan mati kalau mengikut peta Google. Ini bukan Bukit Bintang. Jadi aku terpaksa berjalan berhati-hati dalam gelap. Dari jauh aku terdengar suara Anwar. Anwar sedang mengulangi jemputan untuk berdebat dengan Najib. Di sana-sini dalam ceramahnnya, Anwar membuat lucu. Dalam gelap aku terdengar suara hilai ketawa menyambut lawak si Anwar.

tenang by election day 1 230111 chua soi lek campaigning 3Anwar juga berkata, kalau hendak berdebat tentang kisah peribadi pun dia tak ada halangan. Selesai ceramah si Anwar mengundur diri. Tak lama kemudian sampai orang yang aku tunggu-tunggu.

Normala Sudirman - yang berbaju hijau ponco ala Clint Eastwood - mula berucap. Ucapan ini bukan tentang syurga atau neraka, tetapi tentang realpolitik. Cikgu Mala memberitahu para pengundi kenapa mereka di Tenang wajib melakukan perubahan. Ucapannya jelas, terang dan penuh dengan keyakinan. Lalu aku terfikir, inilah pemuka-pemuka baru dalam PAS yang bukan heboh-heboh tentang api neraka, tetapi heboh tentang api eletrik yang harganya naik.

Cikgu Mala tidak berucap panjang kerana dia perlu bergerak lagi. Di kampung Sawah Baru ini adalah tempat kelima yang dikunjunginya. Dari dalam gelap aku bergerak menghampiri kawasan ceramah untuk melihat sejelas mungkin sosok yang semakin berani mencabar kubu United Malays National Organisation.

Dari dalam gelap aku melihat bayangan Cikgu Mala berundur dengan penuh keyakinan. Maka aku teringat akan kesah Mat Indera. Baginilah juga caranya Mat Indra berkempen untuk Angkatan Pemuda Insaf. Mat Indera berpindah dalam gelap dari satu kampung ke satu kampung untuk menyedarkan orang ramai tentang pentingnya berjuang untuk menghalau penjajah British untuk merdeka. Malam ini Cikgu Mala berkempen mahu menyedarkan Dr Chua Soi Lek agar memberi contoh yang baik kepada generasi muda.

Orang munafiq tempatnya di neraka yang paling bawah sekali

IPOH, 3 Februari, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini menyebut bahawa kenyataan Dr Mahathir (Bekas Presiden UMNO) baru-baru ini bahawa Islam Tuan Guru Nik Abdul Aziz (Mursyidul AM PAS) lebih teruk daripada Islam nasionalis, merupakan bukti jelas perjalanan yang ditempuh PAS sama seperti perjalanan Rasulullah SAW.
Tindakbalas yang diterima Tuan Guru Nik Abdul Aziz oleh seorang yang membenci dakwah beliau merupakan suatu perkara biasa dalam perjalanan dakwah Rasulullah SAW.
Beliau menegaskan ayat :
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin" (Surah Al-An'am: 112)
Sebelum ini, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata bahawa "Orang Melayu di sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

Lee Kuan Yew cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan". Kata-kata Tuan Guru ini kemudian membuatkan Dr Mahathir terasa bagaikan cacing kepanasan, jelas Pesuruhjaya PAS Perak itu.

Memetik kata-kata Pesuruhjaya PAS Perak itu, “Dr Mahathir mempersoalkan kenapa Tuan Guru menyerang orang di dalam Malaysia dan bukannya Lee Kuan Yew. Padahal benarlah kata Tuan Guru itu kerana ancaman dari dalam negara sendiri adalah jauh lebih berbahaya daripada ancaman luaran”.

“Adakah Dr Mahathir lupa bahawa sirah Rasulullah SAW membuktikan ancaman daripada puak munafiq lebih berbahaya berbanding ancaman daripada puak kafir? Hinggalah Allah SWT menyebut bahawa orang yang berpura-pura islam lebih teruk azabnya berbanding orang yang terus terang menolak islam” soal beliau.

Ustaz Abu Bakar juga menasihatkan agar pemimpin UMNO dan Dr Mahathir khususnya melihat kembali ayat Al Quran berkenaan orang munafik dalam surah an-nisa’ ayat 145:
"sesungguhnya orang munafiq itu, di tempat yang paling bawah sekali di dalam neraka" (surah an-nisa': 145)
Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyanggah kata-katanya, Dr Mahathir apabila mantan presiden umno itu  mengatakan bahawa islam telah banyak berkembang di bawah pemerintahan nasionalis.Kononnya kemajuan islam dikaitkan dengan kehebatan semangat kebangsaan Barisan Nasional.

“Mahathir lupa yang bukan jasa UMNO islam semakin berkembang di Malaysia tetapi jasa orang yang menentang UMNO seperti Dr Burhanuddin Helmi, Prof Zulkifli Muhammad dan Ustaz Fadzil Noor. Mereka inilah yang menjadi pengimbang, "check and balance" kepada kerajaan sehingga kerajaan BN terpaksa mengamalkan islam” tegas beliau.

Menurut beliau, inilah kewajipan yang mereka lakukan walaupun nyawa mereka diancam. Kalau hendak diikutkan nafsu BN, sudah lama islam dianggap kuno, tidak sesuai dan merugikan Negara.

Menurut Ustaz Abu Bakar Hussain lagi, Allah SWT telah menetapkan bahawa sejak dahulu lagi dunia ini menjadi medan pertempuran di antara yang hak dan yang batil. Pertempuran antara iman dan kufur. Rasulullah SAW. dahulu dituduh oleh puak Quraisy sebagai pemisah suami dan isteri, saudara mara dan bangsa qurasiy sendiri, hanya kerana baginda mengajak orang kaumnya untuk beriman kepada Allah SWT dan menyelamatkan mereka daripada azab api neraka.
Hari ini orang menganggap PAS sebegitu pula. Padahal kita menyeru supaya bumi ini diperintah dengan adil utk kesalamatan dunia dan akhirat. Menjadi keyakinan kami bahawa jika rakyat Malaysia beriman dan bertaqwa, Allah SWT akan membantu kita

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga  menegaskan bahawa kini terbukti kebenaran perjuangan PAS adalah perjuangan Islam yang sebenar bukannya seperti umno yang bertopengkan Islam. Sebelum ini ada pemimpin PAS yang telah dipenjara, ada yang dihalau, ada yang dipanggil gila, ada yang dipanggil pemecah-belah masyarakat. Padalah semua ini adalah ujian sama yang dilalui Rasulullah SAW.
Dari sini wujudlah rasa perjalanan yang gerakan islam PAS tempuhi, sama dengan perjalanan Rasulullah SAW.

Islam Nasionalis Mahathir Teruk, Mengelirukan


Memang pegangan Islam nasionalis yang dipegang oleh Tun Dr Mahathir teruk dan mengelirukan. Acuan yang diikut bukan berdasarkan kepada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Islam yang difaham oleh Tun dan rakan-rakan dalam Umno hanyalah alat untuk berpolitik dan membeli undi sahaja. Bercakap Islam ikut musim dan suasana, menjauhkan Islam ketika luar musim perayaan Islam. Fahaman inilah yang mengelirukan orang bukan Islam di negara ini, dengan tindak tanduk pemimpin Umno.   
PAS merasa geli hati apabila mendengar kenyataan Tun yang mengatakan Tuan Guru Nik Aziz akan bersetuju  jika pendapat rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan.
PAS hendak mengingatkan kepada Tun bahawa Tuan Guru Nik Aziz bukanlah berpolitik sehingga menggadaikan prinsip agama  dan memperalatkan agama seperti yang disangka oleh Tun. Banyak salah tanggapan terhadap Islam diperbetulkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sepanjang memerintah Kelantan melalui tindakan dan amalan.
Yang menggunakan agama dan orang agama ialah pemimpin Umno seperti Tun Mahathir sendiri. PAS daripada dulu lagi menentang tindak tanduk Lee Kuan Yew dalam politik dan pandangan agama yang tidak betul. PAS tidak dengar pula Tun Mahathir marah, ketika ayam sabung beliau, Datuk Seri Najib menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu kepada Singapura seluas 217 hektar. Kenapa beliau tidak berkokok, mungkin kerana kehendak dan nafsu serakah beliau ditunaikan oleh Datuk Seri Najib. Kenapa beliau marah dengan Tun Abdullah Badwi dalam setiap langkah yang dibuat oleh Tun Abdullah. Masyarakat nampak semua berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan di zaman beliau.
Dakwaan Tun Mahathir mengatakan kewujudan PAS membawa perpecahan orang Melayu juga tertolak. Bukankah kewujudan Umno yang direstu oleh  penjajah Inggeris. Malah ketika Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, sudah ada parti melayu yang pertama,  Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Malah ketika semua  parti di tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno. Bukankah ini bukti kewujudan Umno untuk memecah belah perpaduan Melayu dan menjadi alat penjajah untuk melawan sesama sendiri.
Kenapa hendak salahkan PAS dan Tuan Guru Nik Aziz apabila lahirnya Parti Semangat 46. Bukankah Tun merupakan orang yang bertanggungjawab di atas perpecahan di dalam Umno, sehingga lahir team A dan team B. Begitu juga lahirnya Parti Keadilan Rakyat kerana kebangkitan ahli Umno yang tidak puas hati dengan cara Tun memimpin parti pada waktu itu dan melakukan kezaliman terhadaap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Apakah Islam nasionalis yang difahamkan oleh Tun menepati dengan kehendak Islam. Tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memperlekehkan hukum salam mungkin ini adalah anutan Islam nasionalis. Mungkin Soi Lek  belajar daripada Tun yang pernah mengatakan bahawa nabi simpan janggut , kerana  tidak ada pisau cukur.  Beliau juga melihat bagaimana isteri pemimpin Umno berpeluk dengan Shah Rukh Khan. Jadi tidak hairanlah Soi Lek memperlekehkan hukum salam dalam Islam. Siapa gurunya?

Turun Harga Minyak Untuk Kawal Barang Naik


SHAH ALAM 3 FEB: Kerajaan perlu bertindak tegas untuk menurunkan harga minyak dalam tempoh terdekat bagi mengelakkan kenaikan harga barangan secara berterusan.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, kerajaan sepatutnya boleh mengawal keadaan ini sekiranya tidak berlaku kenaikan harga minyak sejak bulan lalu.

“Kenaikan harga minyak sudah semestinya disertai dengan kenaikan harga barangan yang lain,” katanya.

Hilangnya  keyakinan dikalangan peniaga terhadap kerajaan dalam usaha mengawal harga barangan memberikan ruang kepada mereka untuk menaikan harga barang.

Sekiranya situasi ini terus berlaku, ia akan membebankan rakyat.

 “Penurunan semula harga minyak akan mengembalikan keyakinan kepada rakyat,” tegasnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia atau FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman mendesak supaya kerajaan mencari alternatif lain terutama perkara yang berkaitan dengan makanan bagi mengelakan situasi ini terus membebani rakyat.

“Kita minta kerajaan melakukan sesuatu dari segi memastikan barang-barang keperluan makanan kita ini mencukupi untuk keluaran kita sendiri misalnya memastikan kita mampu mengeluarkan beras seratus peratus begitu juga mencari makanan alternatif lain yang kita boleh hasilkan sendiri daripada kita bergantung kepada makanan yang kita import dari luar,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa kadar inflasi yang dilaporkan oleh Bank Negara dan kerajaan bahawa kadarnya adalah rendah  hanya sekadar mahu mengaburi mata rakyat tatkala realitinya harga barangan dan perkhidmatan terus naik mendadak.

Rakyat terus dibebani dengan kenaikan harga barang keperluan harian dalam masa beberapa bulan sahaja jelas menunjukkan kerajaan mengambil tidak prihatin dengan bebanan yang ditanggung rakyat.

Pada 1 Februari lepas, Petrol Ron 97 Naik RM0.10 lagi menjadikan harganya meningkat menjadi RM2.50 peningkatan kali keempat dalam tempoh 3 bulan.

Umno zalimi Melayu, Mahathir pula ‘mudah lupa’

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjawab tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atasnya awal minggu ini dengan menegaskan, Umno yang selama ini “menzalimi orang-orang Melayu” dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Sehubungan itu Nik Aziz berkata, Dr Mahathir sudah mula dijangkiti penyakit “Melayu Mudah Lupa” yang pernah disebutnya satu ketika dahulu, ketika menjadi perdana menteri dan presiden Umno.

“Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti Umno diharamkan pada 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.

“Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat timbalan presiden Umno pada 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu,” katanya.

Dalam tulisan blognya Isnin lalu, Dr Mahathir, perdana menteri selama 22 tahun, mendakwa Islam dibawa oleh Nik Aziz “lebih teruk dari Islam nasionalis” dan menjadi penyumbang kepada perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Justeru katanya, Nik Aziz rela mempertahankan Singapura Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan bekas perdana menteri Singapura itu supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.

“Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia.

“Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng,” kata Dr Mahathir.

Nik Aziz menjawab: “Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh Umno.”

“Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan Umno. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew,” katanya.

Nik Aziz juga berkata, dari zahirnya kelihatan Dr Mahathir sebagai seorang yang sangat mencintai perpaduan Melayu.

“Sedarkah Tun Mahathir bahawa Umnolah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?” kata Mursyidul Am PAS itu dalam responsnya yang disiarkan menerusi Facebook beliau.

Begitu juga keadaan di Kelantan apabila Umno menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan pimpinan Allahyarham Datuk Asri Muda, kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

“Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa,” kata beliau.

Nik Aziz, yang bertegas menentang sebarang bentuk kerjasama politik dengan Umno, yang dibangkitkan sejak selepas pilihan raya umum 2008, seterusnya bertanya siapa yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik itu “kalau bukan Umno.”

“Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS,” kata Nik Aziz (gambar) sambil menambah beliau bukannya mahu menyemarak api permusuhan lama, jauh sekali menyimpan dendam tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi “Ketuanan Melayu yang ditaja oleh Umno.”

Dalam menjawab tuduhan bahawa beliau merupakan penyumbang kepada perpecahan umat Islam Melayu, Nik Aziz juga menyentuh soal persempadanan bahagian pilihan raya yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 2003.

Dr Mahathir meninggalkan jawatan perdana menteri Oktober 2003 dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Syor kerusi baru digunakan pada pilihan raya umum 2004 dan seterusnya 2008.

“Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihan raya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi Parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan Umno di zaman Tun Mahathir?

“Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan Umno di zaman Tun Mahathir?” katanya.

Jawapan Nik Aziz terus mempersoalkan pengenalan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

“Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh Umno kalau bukan Tun Mahathir?” katanya.

Malagnya kata Nik Aziz, hari ini Umno masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik sedangkan bertindak sebaliknya di Perak, Selangor dan Kelantan sendiri.

“Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.

“Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa Sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina?” katanya.

Di Kelantan, katanya, Umno-Barisan Nasional menafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). “Jika begini, demokrasi pun tidak, federalisme pun tidak, Islam jauh sekali!,” katanya.

Kelantan telah memfailkan pertikaian royalti minyak di mahkamah Ogos lalu.

Nik Aziz menambah, jika Dr Mahathir berkata bukti Umno berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah s.a.w. lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

“Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa Umno berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama.

“Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa Umno ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan,” katanya.

Sehubungan itu Nik Aziz meminta Dr Mahathir sebutkan apakah yang beliau lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam.

“Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?” katanya sambil berkata, “saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak.”

“Dan, alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah,” katanya.

Rakyat Mesir melanggar 24 protokol zionis

Oleh: keretaburuk

"Israel tak akan duduk senang. Kerajaan yang adil memerintah sesebuah negara adalah diharamkan dimata Israel. Jika Mesir berubah pemerintah dah diperintah oleh kerajaan yang adil saksama semestinya kerajaan Mesir baru itu tidak akan sokong lagi kepada Israel. Gaza akan bernafas semula. Pintu sempadan Mesir Gaza dibuka. Segala keperluan asas akan disalurkan kepada Gaza dengan mudah.

Syabas, salute kepada rakyat Mesir.  Mereka berani menentang kerajaan dan juga dalam masa yang sama melanggar protokol zionis. 24 protokol zionis masih belum dilanggar oleh rakyat Malaysia. Makcik2 felda susah nak faham, bagi mereka makan rumput lagi baik Ini buka projek bodoh langgar Hadi.

Protokol zionis yang ke...

2. Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

3. Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi, sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru hara, seterusnya menyebabkan kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa masuk ke'pasukan kita' iaitu Sosialis, komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi. Dalam alam fikiranYahudi, wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan itu (bukan bangsa Yahudi) akan tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itulah senang bagi Yahudi memperhambakan mereka.

9. Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

10. Yahudi akan membawa masuk racun 'Liberalisma' ke dalam negara-negara yang bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen yahudi dalam melaksanakan rancangan rancangan Yahudi.

13. Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bukan bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bangsa bukan Yahudi kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

17. Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Guaman akan melahirkan orang-orang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mempunyai tabiat buruk untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksamenghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.

19. Bangsa Yahudi akan membicarakan orang orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang mencuri, membunuh dan kesalahan-kesalahan yang lain. Orang ramai akan memandang kesalahan politik itu sebagai satu kesalahan yanghina dan timbul rasa benci kepada mereka yang melakukannya.

23. Orang Yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meningkatkan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia kepada arahan Yahudi.

24. Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (Yahudi).

Krisis Mesir, Blogger UMNO mahu kerajaan utamakan penyokong UMNO

Isu yang sedang hangat saban hari di media-media dalam dan luar negara kebelakangan ini adalah berkenaan isu kebangkitan rakyat Mesir ke atas pemimpin zalim presiden Mesir, Hosni Mubarak yang diperalatkan oleh Yahudi Amerika.

Lantaran keadaan yang tidak terkawal di Mesir, rakyat Malaysia terutama pelajar yang tinggal di sana digesa untuk dibawa pulang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku. Banyak pihak termasuk keluarga rakyat Malaysia di Mesir, NGO, Pembangkang dan orang awam menggesa kerajaan membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir memandangkan keadaan dilihat semakin buruk.

Dalam kekalutan pihak yang terlibat merancang strategi untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir demi keselamatan nyawa mereka, ada pihak tidak bertanggung jawab mempersoalkan sokongan politik kebanyakkan pelajar Malaysia di Mesir yang rata-ratanya menyokong Parti Islam se-Malaysia, PAS.

Di bawah ini screenshot yang diambil dari blogger terkenal pro kerajaan parpukari yang lantang sekali memperjuangkan Melayu, tanpa menyedari bahawa dia sendiri bukan Melayu (perasan Melayu)




Di bawah ini pula screen shot dari blog pro kerajaan, RBF yang juga merupakan salah satu blog terkenal. Malah diiktiraf sebagai "Blogger kita" oleh akhbar pencacai kerajaan Utusan Malaysia.





Tak ada apa yang nak dihairankan, blogger pencacai UMNO BN memang begini, apa yang penting bagi mereka hanyalah mengampu kerajaan. Lihatlah, di saat nyawa rakyat Malaysia bagaikan telur dihujung tanduk, blogger pengampu kerajaan masih sempat untuk mempolitikkan isu ini. Apa yang penting bagi blogger upahan ini, hanyalah mengampu "tuan" mereka, nasib rakyat, kebajikan rakyat, boleh pergi mampos!


Kalau dilihat, para pelajar ini kebanyakkannya dihantar ke Mesir untuk mendalami ilmu agama, akhlak, ibadah, sejarah Islam malah memahami prinsip maqasid syariah tentang hubungan pemimpin dan rakyat jelata. Apabila mereka mendalami ilmu ini, dan berjaya menjadi insan-insan yang bijak pandai, mereka melihat ke tanah air mereka Malaysia, membuat perbandingan adakah pemerintahan yang dilakukan oleh Kerajaan selari dengan ilmu yang mereka pelajari?

Apabila ilmu mereka dimanfaatkan, jelas sekali salah satu proses memanfaatkan ilmu Agama Islam yang telah dipelajari secara mendalam telah memaksa para pelajar yang bijak pandai ini untuk menegur pentadbiran kerajaan yang dilihat tidak selari dengan ilmu yang mereka pelajari. Jika tidak dimanfaatkan, ilmu ini akan menjadi beban apabila ditanya oleh Allah di hari akhirat kelak, maka mereka memilih untuk memanfaatkan ilmu.

Sayangnya, apabila ilmu mereka yang bijak pandai di dalam Agama ini dimanfaatkan dan digunakan sebaik-baiknya, mereka dituduh menentang kerajaan. Sepatutnya kerajaan menerima pandangan atau teguran ahli agama dari timur tengah ini, ataupun sekurang-kurangnya mengkaji mengapa para ilmuan agama menentang kerajaan.

Tapi apa yang berlaku, bila ditegur oleh ahli agama yang jelas sekali ternyata lebih pakar dari mereka, ilmuan ini pula yang dikatakan sebagai sesat!

ReJaM© "Inilah wajah mereka, nyawa rakyat pun tergamak dipolitikkan"

Dr Mahathir bertukar wajah lagi

Isu perkauman semakin hari semakin panas dan ianya dipanaskan lagi oleh pemimpin-pemimpin veteran kita dan yang terakhir ialah oleh Dr Mahathir sendiri. Akhir-akhir ini Dr Mahathir sering memberikan kenyataan yang agak keterlaluan dengan membangkitkan semangat perkauman seperti yang pernah beliau lakukan semasa beliau mengkritik Tunku Abd Rahman setelah beliau (Mahathir) kalah di tangan PAS pada tahun 1969 dahulu.

Semasa beliau kecewa kerana kekalahan beliau pada pilihanraya itu Dr Mahathir telah membangkitkan semangat orang Melayu dengan menuduh yang Bapa Kemerdekaan itu telah melalaikan orang Melayu dan terlalu pro Cina dan bangsa-bangsa bukan Melayu. Kekalahan beliau dalam plihanraya itu membuatkan beliau menuding jari kepada semua orang kecuali pada diri beliau sendiri dengan menyibarkan surat terbuka menghentam Tunku dan menuduh Tunku dengan berbagai-bagai tuduhan yang menyakitkan. Surat terbuka itu telah dihantar kepada semua rakyat semata-mata untuk mengajak rakyat menjatuhkan Tunku.

Sikap ultra beliau telah menjadikan beliau diikuti oleh orang Melayu khususnya ahli-ahli UMNO dan ini merupakan strategi politik beliau yang sangat berkesan baginya. Dr Mahathir mengkritik keras Tunku kerana mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menuduh Tunku sebagai pemimpin kuku besi dan tidak demokratik. Mahathir menentang ISA dengan kuatnya sehinggakan Tunku terpaksa memecat beliau dari keahlian UMNO. Tetapi Akta itu jugalah yang diperketatkan beliau setelah beliau mendapat kuasa dan ramai dikalangan ahli politik yang tidak sebulu dengannya ditahan dibawah ISA.

Beliau bertindak berdiri diatas pentas PAS semasa pilihanraya Kecil Kapar apabila ADUN Hamzah Alang meninggal dunia. Pada beliau UMNO tidak ada gunanya langsung dan menuduh Tunku meminda undang-undang seperti menukar seluar dalam sahaja. Dr Mahathir menzahirkan perasaan marahnya kepada bangsa Cina yang telah memihak kepada PAS didalam pilihanraya umum 1969 di Kawasan Kota Setar yang telah menyebabkan kekalahan beliau dengan majoriti melebihi seribu undi. Pemimpin PAS yang telah mengalahkan beliau tidak lain dari Mursyidul Am PAS semasa itu, Hj Yusuf Rawa.

Semasa beliau didalam pemecatan beliau adalah orang yang paling hampir dengan pergerakkan pelajar dan salah seorang darinya ialah Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir menggunakan pelajar-pelajar untuk berdemonstrasi dan semasa itulah bermulanya budaya demonstrasi jalanan pelajar-pelajar dan Mahasiswa di pusat-pusat pengajian tinggi. Hubungan Anwar dengan Mahathir memang begitu baik dan Dr Mahathir merupakan orang yang menjadi ikutan Mahasiswa semasa itu.

Kegiatan Mahasiswa hanya dikekang dengan Akta Universiti dan Kolej yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir sendiri setelah Tun Razak melantik beliau menjadi Menteri Pelajaran apabila beliau kembali kepangkuan UMNO pada tahun 1973 apabila beliau diterima sebagai ahli UMNO diRawang setelah permohonannya ditolak oleh semua cawangan UMNO diKedah.

Ramai diantara Mahasiswa yang berdemonstrasi diatas galakkan beliau dan membantu beliau dibalas dengan menyumbat mereka kedalam kem tahanan dikemunting, Perak.

Setelah mendapat mandat dan kuasa yang diberikan oleh parti dan kerajaan Dr Mahathir akhirnya menjadi Perdana Menteri dan imej pro Melayu beliau mulai pudar dan beliau sudah bertukar wajah menjadi seorang pemimpin yang liberal, malahan beliau merasa rimas dengan dasar mengutamakan Melayu sebagai yang diperuntukkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB). Beliau tidak lagi selesa dengan dasar memberikan tongkat kepada orang Melayu dan beliau mahukan tongkat untuk orang Melayu dan Bumiputra itu dibuang.

Walaupun DEB belum selesai dilaksanakan kerajaan pimpinan beliau sudah mula menekankan kepada dasar pembangunan jangka panjang tanpa memberikan tumpuan kepada dasar ‘social dan economic engineering’ yang terkandung didalam DEB itu. Unit penyertaan Bumiputra didalam semua bank-bank dan Kementerian-kementerian serta Jabatan-jabatan kerajaan ditutup. Dr Mahathjir mahukan pembangunan ‘express’ yang telah menghasilkan banyak elemen negatif kepada negara dan rakyat.

Yang penting bagi beliau negara mesti dihiasi dengan bangunan yang tinggi-tinggi dan semuanya mesti ditunjukkan sebagai yang terpenjang dan tertinggi serta terbesar didalam dunia. Dengan pembangunan yang tidak terancang projek-projek ‘express’ yang mega-mega telah memaksa kita mengimport ‘capital goods’ yang terlalu banyak hinggakan kos pembinaan sesuatu projek itu telah melibatkan perbelanjaan yang dua atau tiga kali ganda dari harga yang sebenarnya.

Selain dari itu pengimportan ‘capital goods’ yang begitu ‘massive’ telah menyebabkan kejatuhan nilai mata-wang kita dan hasilnya matawang kita telah dirobek oleh spekulator matawang antarabangsa dan krisis kewangan pun melanda negara kita tanpa kawalan.

Oleh kerana pembangunan hendak dilakukan dengan cepat maka proses tender terbuka mula dilupakan dan digantikan dengan proses rundingan terus dan disinilah bermulanuya budaya rasuah yang keterlaluan dan pemimpin-pemimpin kita terlibat dengan penyalaha gunaan kuasa dan rasuah yang begitu besar. Ketirisan yang begitu jelas dalam jumlah yang ratusan billion berlaku dan rakyat sedang membayar segala kos ketirisan pada hari ini.

Subsidi-subsidi kepada rakyat yang memerlukan dihapuskan tetapi segelintiran orang-orang yang teristimewa telah mengambil kesempatan diatas segala pengorbanan rakyat yang ramai ini. Dengan keadaan ini maka timbul pula masalah yang baru; iaitu pengecilan kelas menengah rakyat yang dibina oleh DEB yang telah menampakkan kejayaan sebelum Dr Mahathir mengambil alih tampuk kuasa negara.

Banyak lagi yang boleh diulas tentang isu Dr Mahathir dengan dasar pembangunannya. Tetapi kali ini kita hendak memahami siapa Dr Mahathir yang sebenarnya. Persoalan ini timbul kerana penampilannya yang berbeza dengan keadaan dan masa. Disatu masa beliau seorang yang berjuamg untuk Melayu tetapi dalam masa yang berlainan beliau adalah penyekat kepada dasar-dasar yang membina kemajuan orang Melayu.

Beliau meminta supaya Melayu tidak pakai tongkat. Mungkin elok jika kita tidak menggunakan tongkat itu, tetapi tongkat itu jangan dibuang. Tongkat itu patut disimpan dahulu kerana mungkin tiba masanya kita memerlukan tongkat itu…semula...jadi janganlah dibuang.

Dalam zaman pesaraannya Dr Mahathir kini kembali memakai baju Ultra Melayu, baju yang beliau pernah pakai sebelum mendapat kuasa dahulu. Didalam ucapannya beru-baru ini beliau telah mengingatkan bangsa lain supaya tidak lagi mengingati negara dari mana datuk nenek mereka datang. Ucapan beliau ini membayangkan yang beliau begitu was-was dengan generasi baru ini jika masih mengingati dan menganggap mereka masih menganggap negara dari mana datuk nenek mereka datang dahulu sebagai tempat untuk menempatkan kesetiaan mereka.

Dr Mahathir tidak sepatutnya menyebut isu sensitif seperti itu kerana kita hendak mengelakkan dari generasi muda kaum Cina terutamanya untuk membalas dengan mengingati Dr Mahathir sendiri dengan negara dari mana datuk nenek beliau datang dahulu. Kita tidak mahu memanjangkan isu yang boleh memecahkan keharmonian rakyat negara ini.

Sebenarnya Dr Mahathir seorang yang amat bijak tetapi kebijaksanaan beliau itu tidak dapat dimunafaatkan oleh rakyat yang inginkan perpaduan dan kehidupan muhibbah dalam negara kosmopolitan ini.

Pelan 100 hari PR gagal? Betapa dangkalnya otak Zainal Kling

WarkahDaily – Amat malu sekali negara kita hanya memiliki penganalisis politik seperti Datuk Zainal Kling. Dilihat kepada pandangan yang dibuat, betapa dangkalnya hujah yang diberikan konon ‘Pelan 100 hari Pakatan Rakyat (PR)’ telah gagal berdasarkan keputusan pilihanraya kecil Dun Tenang kelmarin.

Kononnya, pelan itu telah pun gagal dan rakyat telah menolak pelan yang diutarakan oleh Pakatan Rakyat itu berdasarkan tewasnya calon PR dalam PRK berkenaan.

Adilkah jika kita letakkan kejayaan sesuatu pelan itu tanpa ianya belum diuji terlebih dahulu (beri peluang PR memerintah dengan pelan 100 hari).

Zainal Kling berkata, pengundi sekarang bijak dan boleh menilai kemampuan parti bertanding serta janji ditaburkan.

Menurutnya, cubaan PR mahu membawa isu Pelan 100 Hari gagal dan jumlah sokongan undi kepada Barisan Nasional (BN) meningkat berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Menurutnya, keputusan PRK DUN Tenang membuatkan PR perlu memikirkan semula strategi mahu diguna pakai sebelum PRU akan datang kerana kekuatan tsunami politik 2008 semakin lemah.

"Pelan 100 Hari PR seperti diperkatakan ramai pihak tidak berjaya menarik sokongan undi kepada calon Pas.

"Ia adalah kerana pengundi sedar Pelan 100 Hari itu hanya manifesto politik dan tiada harga jika sekadar cakap-cakap,” katanya.

Pelan 100 hari PR yang masih ‘muda’, bahkan belum lagi ianya dapat dilaksanakan kerana belum memerintah, ditambah lagi rakyat Dun Tenang belum mengerti apa dia pelan Pakatan Rakyat itu secara rasional dan telus, secara logiknya, keputusan PRK Dun Tenang tidak boleh dijadikan kayu pengukur kejayaan pelan berkenaan.

Jika kita mahu melakukan sesuatu projek pun, bukannya kita ambil masa dua tiga hari untuk menentukan kejayaannya, bahkan bertahun-tahun. Lebih-lebih lagi Pakatan Rakyat masih lagi belum memerintah negara kerana pelan itu adalah tawaran PR apabila berjaya membentuk kerajaan pusat. Jadi kenalah tunggu bila jadi kerajaan barulah nilai ianya berjaya atau tidak.

Cuba lihat gagasan 1Malaysia Najib, tiada seorang pun tahu pasal 1Malaysia sedikit masa dulu jika kerajaan tidak memaksa setiap jabatan kerajaan, sekolah-sekolah dan kakitangannya memasang logo 1Malaysia, menyanyi lagu 1Malaysia dan melaksanakan program berkaitan 1Malaysia. Semuanya kerana dipaksa barulah sebahagian kecilnya mahu mengerti apa dia 1Malaysia.

Tapi bolehkah kita dakwa, gagasan Najib itu telah berjaya?

Bagaimana ianya boleh dikatakan berjaya jika Umno masih lagi dengan Umnonya, MCA masih lagi dengan MCAnya, MIC masih lagi dengan MICnya.

Perbalahan kaum masih lagi di takuk lama. Perkasa yang melaung-laung Melayu menimbulkan kemarahan orang Cina dan India, sikap menghina agama Islam presiden MCA tidak juga dapat diatasi pemerintah.

Padahal gagasan itu diideakan sendiri oleh Perdana Menteri dan mendapat kerjasama segala bentuk peruntukan kewangan dan jentera kerajaan. Bahkan berbilion-bilion ringgit dah hangus dek kerja 1Malaysia.

Bagi penulis WarkahDaily, lebih baik Zainal Kling menganalisis terlebih dahulu kejayaan gagasan 1Malaysia Najib berbanding pelan 100 hari PR.

Pak Menteri Rais meracau lagi...

Jangan malu sanggah Nik Aziz – Rais Utusan Meloya - PUTRAJAYA 2 Feb. – Masanya sudah sampai bagi orang Melayu dalam Pas terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa menyanggah pandangan yang sering dikeluarkan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat terarah kepada pemecah perjuangan kebangsaan dan perpaduan Islam.
Menyuarakannya atas faktor ‘mengenali sangat’ keperibadian Nik Abdul Aziz, menteri paling kanan dalam Kabinet, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau berpendapat Menteri Besar Kelantan itu terlalu ‘dibiarkan’ oleh Abdul Hadi yang kelihatan terlalu sedikit menyampaikan pandangan luhurnya kepada ukhuwah Islamiah.
Kepimpinan Pas yang lain pula, kata beliau, kebanyakannya terus ‘segan silu’ atau ‘malu-malu kucing’ terhadap pandangan kesat dan menyeleweng yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz.
“Kita tidak boleh ikut beliau secara melulu sebab kaki kita mesti cecah ke bumi. Ini kerana dunia kita adalah dunia yang berasas kepada undang- undang.
“Namun beliau selalu ubah nilai dan pendirian mengikut hari mana dan ikut sebelah mana beliau bangun pagi.
“Jadi, janganlah ditelan bulat-bulat kenyataan Nik Abdul Aziz ni seolah-olah beliau separa nabi atau separa wali ataupun separa pengerusi majlis fatwa kebangsaan. Mesti ada orang yang berani menyanggah pandangannya secara logik, orang Melayu Pas tidak harus fikir satu lorong sahaja,” kata beliau.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata demikian kepada Utusan Malaysia hari ini ketika mengulas mengenai kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz yang sejak kebelakangan ini sering kali mengundang kontroversi.
Terbaru, Menteri Besar Kelantan itu melabelkan pengundi Dewan Undangan Negeri Tenang yang tidak menyokong calon Pas sebagai orang jahiliah.
Rais berkata, pandangan yang terlalu obsesi terhadap Nik Abdul Aziz merugikan Islam sendiri apabila semua yang disebut oleh Menteri Besar Kelantan itu didakwa benar belaka.
Menurutnya, tindak tanduk Nik Abdul Aziz boleh dibahaskan dalam ijtimak kerana beliau langsung tidak memberi peluang kepada orang lain di Kelantan atau dalam partinya ruang memberi percambahan pendapat.
“Islam bukan Nik Abdul Aziz, Islam ialah cukup indah kuat dan cukup menyeluruh. Seseorang yang berilmu dalam agama tidak akan mendabik dada, mempunyai sifat lemah lembut dan tidak mengelirukan ikut kepentingan politik semasa,” katanya.
Ditanya apakah jawapan beliau jika pandangannya ditempelak oleh para penyokong fanatik Nik Abdul Aziz, Rais berkata: “Saya dengan Nik Abdul Aziz sama-sama masuk Parlimen. Dalam hayat politik saya, saya lihat beliau kian lama kian tidak mencecah kakinya ke bumi.”
Rais turut berkongsi pengalaman lepasnya semasa dalam Parti Melayu Semangat 46 bersama Pas.
“Beliaulah (Nik Abdul Aziz) yang instrumental dalam kebanyakan krisis dan beliaulah menjadi batu penghalang yang banyak dalam soal penyatuan Melayu,” katanya.

PEMBANGKANG MESTI BERSATU

SEKALI lagi saya tegaskan Pembangkang mesti duduk satu meja dan runding sama untuk maksud satu lawan satu ketika di PRU-13 yang akan datang. Ini penting, kalau tidak saya berani katakan semua akan gigit jari dan BN tetap memang, malah kemenangan BN akan lagi bagus banding PRU-12 yang lalu.

Kita bisa saja ambil contoh kejadiannya di election yang lalu di Batu Sapi bila SAPP dan Pakatan sama melawan BN dan kesannya jelas undi PRU-12 lalu terbagi dua dan majoriti menjadi 6000 dan kalau satu lawan satu pasti sama juga majoritinya banding dulu dan akan lebih baik kalau calonnnya ketika itu orang lokal sebab baik Pakatan atau SAPP keduanya bukan orang Sandakan dan undi BN jelas undi simpati.

Kenapa saya katakan Pembangkang akan kalah di PRU-13? Nah, perlu saya huraikan di sini dan antara faktor yang harus kita fikirkan bersama ialah

1. BN punya jentera yang kuat seperti jentera kerajaan akan diguna sebaik mungkin, sedang pakatan tidak punya

2. BN banyak duit dan orang sabah miskin dimana ada yang bisa dibeli dan dikasih duit mudah lupa dan Pakatan meski ada duit tetapi tidak boleh melawan kerajaan yang punya berjuta-juta.

3. BN guna taktik kotor dan menggunakan senjata PTI yang jumlah undi melalui projek IC ialah seramai 450,000 orang. Bagaimana mereka gunakan ini?ramai kalangan PTI sudah ada yang pulang dan BN tahu keadaan ini dan Jabatan pendaftaran diguna untuk membikin IC baru dan di PRU-13 nanti seorang pengundi BN akan membawa 5-6 IC dan bakal mengundi di lokasi yang berbeda agar tidak ketara sama wajah, nah itu sebab ada yang mengundi sebanyak berkali-kali sebab diupah dan strategi ini digunakan di tempat BN yang nyaris kalah.

4. BN masa election nanti/semua menteri akan turun baik menteri persekutuan maupun negeri akan mengumumkan peruntukan meski janji kosong di lokasi election masing dan akan kita lihat projek kilat atas nama BN meski peruntukan itu kerajaan punya/lembu punya susu sapi dapat nama.

Makanya tidak boleh tidak Dr jeffrey termasuk Yong teck Lee mesti sama berunding dengan Pakatan dan duduk semeja bertolak ansur agar di PRU-13 nanti pembangkang akan melawan satu sama satu kala hadapi BN, kalau ini tidak dapat dilakukan maka baik Dr jeffery atau Yong Teck Lee termasuk Pakatan jangan cuba bermimpi di siang hari untuk dapat satu kerusipun dan semua akan gigit jari berputih mata.

Saya suarakan pandangan ini secara ikhlas demi rakyat Sabah yang sekian lama dizalimi dan kita mesti lupakan agenda peribadi diri dan kita utamakan rakyat Sabah yang mahukan keadilan dan kalau tidak akan miskin nantinya sampai dunia kiamat, malah akan menjadi pelarian di bumi sendiri sebab UMNO akan terus menjemput PTI untuk mempastikan mereka terus berkuasa meski menang sorak kampung tergadai

ISMAILY BUNGSU
SABAH

Azman ada anak 8 dan org tua asal sembulan pti satu krita dtg dari likas nak bunuh azman tetak kepala dia tangkis putus tangan gara2 azman tagih hutang. Bangsat pti
Kalau sapp dan dr jefrey betul2 perjuangkan rakyat macam kami orang, maka kamu orang kerjasamalah dengan pakatan dan tanding bn satu lawan satu. Kalau tidak matilah kami orang tambah susah lagi. Mataii
Dulunya kerbau2 main lepas di mana tetapi sekarang tidak demikian kerana takut akan pencuri, lalu sekarang berkeliaran dicucuk hidungnya ada tali diheret ke sana sini sambil angguk2. Kesian.bodoh sangat kerbau kitani masa kini.
Inilah jalanlah Lembu tetapi Lembu anggap jalan ini hebat macam jalan manusia yang selayaknya. Bodohnya lembu makanya selalu dijadikan korban tiap raya korban

Kelaku puak Umno Mesir

Tindakan rakyat Mesir yang keluar ke jalanraya beramai-ramai memang patut dipuji. Walaupun ada perintah berkurung, walaupun dikenakan undang-undang darurat, depa tak peduli, depa tetap berani turun berhimpun dijalanraya. Katanya yang turun tu bukan angka ribu-ribu tapi mencecah angka juta-juta.


Kalau demonstrasi ni boleh berjangkit, masa reformasi besar-besaran di Indonesia sampai Soharto jatuh dulu patut demonstrasi besar-besaran dah berjangkit kat sini. Kemudian masa demonstrasi besar-besaran baju kuning dan baju merah di Thailand dulu pun patut demonstrasi besar-besaran berjangkit dah kat sini.

Memang ramai penggian demonstrasi kat Malaysia ni yang teringin nak tengok keadaan yang sama jadi kat sini. Boleh la setakat nak berangan-angan, nak jadi sungguh-sungguh macam kat Mesit tu, jangan harap laa.. yang turun masa 'demonstrasi aman' BERSIH dulu pun tak berapa orang.

Tapi kalau la jadi kat Malaysia macam kat Mesir tu, aku yakin akan ada jugak puak-puak macam dalam gambar kat bawah ni, cuma pelakon dia ada beza sikit.


Yang kat sini tentunya yang mencium tu akan pakai songkok tinggi sekaki, lengkap berbaju melayu bersampin dengan keris tersemat di pinggang.

Untuk gambar-gambar yang lebih dramatik boleh tengok kat sini.

NAJIB BUKAN ANAK JANTAN

Jika tak mahu menjawab persoalan ini!!

Rakyat sebenarnya masih tertanya-tanya betulkah wujud pejabat “First Lady of Malaysia” FLOM di pejabat perdana menteri?. dan sejak bila kewujudannya? Kalau tak silap penulis,  semenjak zaman perdana menteri Tunku Abd.Rahman, Tun Razak,  Tun Husien, Mahathir, hingga ke era Abdullah Badawi pejabat sebegini belum pernah wujud!  Kenapa sekarang tiba-tiba diwujudkan?. Apakah keperluannya?

Bila ada pejabat tentu ada kakitangan,  tentu ada kos penyelenggaraan.  Bukankah ini satu pembaziran? Wang rakyat tidak sepatutnya dibelanjakan sesuka hati.  Kalau PM seorang yang ikhlas dan  bertanggung jawab perjelaskan kepada rakyat isu ini!.  Kalau Najib anak jantan sila jawab beberapa soalan ini,….

1.    Siapa arahkan Rosmah Mansor buka pejabat FLOM (First Lady of Malaysia) di Pejabat Perdana Menteri?
2.    Kenapa anda membiarkan Rosmah Mansor berbuat sesuka hati di Pejabat anda?
3.    Adakah anda bersetuju Rosmah mengangkat dirinya sebagai “First Lady of Malaysia?
4.    Kalau bukan Rosmah yang mengiktiraf dirinya sendiri, siapakah pihak lain yang telah mengangkatnya sebagai  “first lady of Malaysia” ?
5.    Tidakkah anda ketahui bahawa gelaran “FLOM” hanya dikhaskan untuk DYMM Raja Permaisuru Agong?

Oleh : rahimothman

“1 MALAYSIA” KONSEP CACAMARBA?


Konsep “1 Malaysia” seharusnya ia menjurus kepada satu identity, satu semangat kekitaan, satu persefahaman dan satu perpaduan yang tulin. Apakah selepas 53 tahun memerintah kerajaan masih gagal untuk mencapai tahap perpaduan yang sebenar? 

Konsep 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh kerajaan UMNOBN ternyata gagal, tidak mencapai matlamat , malahan tersasar jauh.  Slogan ini hanya dijadikan strategi jangka pendik UmnoBN untuk menarik sokongan dan kepercayaan rakyat. Di awal pengistiharannya  dulu banyak pihak yang merasa kabur, atau masih tak faham maksud dan tujuannya,  malah Tun Dr Mahathir sendiri telah menyatakan keraguannya.  Asasnya yang menjurus kepada perpaduan sebenar telah diabaikan.

Apabila asas perpaduan,  yang merangkumi semangat kekitaan,  kekeluargaan, saling hormat dan percaya mempercayaai diabaikan,… maka timbullah perbuatan kurang ajar, menghina,  dan memperlekeh agama rakan senegara seperti yang berlaku dalam kempen di Tenang baru-baru ini.  Orang Melayu yang hampir 100% beragama Islam begitu tersinggung dan amat marah dengan dua pemimpin Cina bermulut celupar itu.  

Mereka ini sepatutnya dikenakan tindakan ISA, tetapi ini tidak berlaku,  kerana ISA hanya digunakan untuk pembangkang !   Apa pula  respon pemimpin UMNO terhadap isu ini?... malang sekali! … Demi untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya,  demi untuk terus memegang kuasa,  mereka pemimpin Umno telah menyokong tindakan biadap pemimpin MCA Gerakan itu.

Jadi apakah maknanya konsep “1 Malaysia” yang dilaung-laungkan?...Bukankah ini menggambarkan sikap double standard dan kepuraan-puraan pihak kerajaan?  Ini yang dikatakan cakap tak serupa bikin!!   Slogan ciptaan UMNOBN ini mungkin hanya untuk sedap diucap dan indah didengar!  tak lebih dari itu!!.

Oleh : rahimothman

Kaherah : Keadaan Bertambah Tegang,Pergaduhan Berterusan.

Anti-government protesters throw rocks at pro-government protesters during clashes outside the National Museum near Tahrir square in Cairo February 3, 2011. Anti-government protesters and supporters of President Hosni Mubarak clashed on Thursday near a central Cairo square in a re-run of overnight violence that killed six and wounded more than 800 people.
Reuters Pictures 11 minutes ago
Anti-government protesters throw rocks at pro-government protesters during clashes outside the National Museum near Tahrir square in Cairo February 3, 2011. Anti-government protesters and supporters of President Hosni Mubarak clashed on Thursday near a central Cairo square in a re-run of overnight violence that killed six and wounded more than 800 people.
Opposition supporters throw stones at pro-Mubarak demonstrators in Tahrir Square in Cairo February 3, 2011. Anti-government protesters and supporters of President Hosni Mubarak clashed on Thursday near a central Cairo square in a re-run of overnight violence that killed six and wounded more than 800 people.
Reuters Pictures 21 minutes ago
Opposition supporters throw stones at pro-Mubarak demonstrators in Tahrir Square in Cairo February 3, 2011. Anti-government protesters and supporters of President Hosni Mubarak clashed on Thursday near a central Cairo square in a re-run of overnight violence that killed six and wounded more than 800 people.
Egyptian protestors opposed to President Hosni Mubarak stand near army tanks on February 3, 2011 near Cairos central Tahrir square where crowds have gathered for days calling for the ouster of President Hosni Mubarak.
CAIRO, EGYPT - FEBRUARY 03:  A captured Egyptian man that anti-government protesters allege is a member of the Egyptian government security forces (R) waits as another is interrogated an ad hoc anti-government command center on February 3, 2011 in Tahrir Square in Cairo, Egypt. Anti-government Egyptian leaders questioned the man and several other suspected security officers, who were captured near Tahrir Square, allegedly trying to blend in with anti-government protesters. The standoff between anti- and pro-Mubarek factions in Egypt's central square continued after a day and night of violence in which hundreds were injured in clashes.
Getty Images 55 minutes ago
CAIRO, EGYPT – FEBRUARY 03: A captured Egyptian man that anti-government protesters allege is a member of the Egyptian government security forces (R) waits as another is interrogated an ad hoc anti-government command center on February 3, 2011 in Tahrir Square in Cairo, Egypt. Anti-government Egyptian leaders questioned the man and several other suspected security officers, who were captured near Tahrir Square, allegedly trying to blend in with anti-government protesters. The standoff between anti- and pro-Mubarek factions in Egypt’s central square continued after a day and night of violence in which hundreds were injured in clashes.
CAIRO, EGYPT - FEBRUARY 03:  An Egyptian anti-government protester stands on a balcony over the front line between anti- and pro-Mubarek factions on the edge of Tahrir Square on February 3, 2011 in Cairo, Egypt. The standoff between anti- and pro-Mubarek factions in Egypt's central square continued after a day and night of violence in which hundreds were injured in clashes.
Getty Images 53 minutes ago
CAIRO, EGYPT – FEBRUARY 03: An Egyptian anti-government protester stands on a balcony over the front line between anti- and pro-Mubarek factions on the edge of Tahrir Square on February 3, 2011 in Cairo, Egypt. The standoff between anti- and pro-Mubarek factions in Egypt’s central square continued after a day and night of violence in which hundreds were injured in clashes.
Egyptian anti-government protesters pray while comrades behind them stand on a bus to protect them from regime loyalists during continuing protests on February 3, 2011 in central Cairo's Tahrir Square where crowds gathered for the 10th day to call for the ouster of President Hosni Mubarak.
Getty Images 22 minutes ago Egyptian anti-government protesters pray while comrades behind them stand on a bus to protect them from regime loyalists during continuing protests on February 3, 2011 in central Cairo’s Tahrir Square where crowds gathered for the 10th day to call for the ouster of President Hosni Mubarak.
………………………………………………………………………………………………………………………………..

Egypt army moves to stop assault on protesters

By MAGGIE MICHAEL, Associated Press Maggie Michael, Associated Press 18 mins ago
CAIRO – Egyptian army tanks and soldiers cleared away pro-government rioters and deployed between them and protesters seeking the fall of President Hosni Mubarak, as the prime minister made an unprecedented apology Thursday for the assault by regime backers that turned central Cairo into a battle zone.
Prime Minister Ahmed Shafiq told state TV that the attack Wednesday on the anti-government protesters was a “blatant mistake” and promised to investigate who was behind it.
The protesters accuse the regime of organizing the assault, using paid thugs and policemen in civilian clothes, in an attempt to crush their movement. Government supporters charged central Tahrir Square Wednesday afternoon, sparking 15 hours of uncontrolled chaos, with the two sides battled with rocks, sticks, bottles and firebombs as soliders largely stood by without intervening.
The military began to move with muscle for the first time to stop the fighting early Thursday after a barrage of automatic gunfire hit the anti-government camp before dawn, killing at least three protesters in a serious escalation.
Four tanks cleared a highway overpass from which Mubarak supporters had hurled rocks and firebombs onto the protesters. Soldiers on the streets carrying rifles lined up between the two sides around 11 a.m. Several hundred other soldiers were moving toward the front line.
Thursday morning, more protesters streamed into the square, joining the thousands of defenders who spent the chilly night there, hunkered down against the thousands of government supporters in the surrounding streets.
A sense of victory ran through the protesters, even as they organized their ranks in the streets in case of a new assault. “Thank God, we managed to protect the whole area,” said Abdul-Rahman, a taxi driver who spent the night in the square. “We prevented the pro-Mubarak people from storming the streets leading to the square.” He refused to give his full name.
The apology by Shafiq, who was appointed by Mubarak over the weekend, was highly unusual from a leadership that rarely makes public admissions of a mistake. His promise to investigate who organized the attack came only hours after the Interior Ministry issued a denial that any of its police were involved.
………………………………………………………………………………………………………………………….

Egypt protesters stick to demands as Cairo battle rages

by Sara Hussein Sara Hussein 1 hr 3 mins ago
CAIRO (AFP) – Thousands of protesters demanding President Hosni Mubarak’s ouster stood their ground on Thursday against stone-throwing loyalists after Egypt’s revolt turned into a deadly battle for a central Cairo square.
On the 10th day of a popular uprising, the opposition National Coalition for Change rejected any talks with Mubarak’s regime before the veteran leader goes, spokesman Mohammed Abul Ghar told AFP.
State television said earlier that Vice President Omar Suleiman had opened a dialogue with “political parties and national forces,” although he himself has ruled out talks with the opposition until all protesters go home.
The health ministry, cited on the television, said five people were killed and 836 injured since Wednesday in running clashes for control of Tahrir Square, the focal point of the anti-Mubarak protests.
Around 50 army troops finally moved in to create a buffer zone early on Thursday between the warring protesters, but pro-regime militants later broke through the lines to hurl stones, correspondents at the scene said.
Tens of thousands of protesters have said they will go ahead with plans for a massive demonstration on Friday, their designated “departure day” for Mubarak.
As EU nations urged an immediate political transition to end the bloodshed and urged Cairo to bring the perpetrators of violence to justice, Prime Minister Ahmed Shafiq said the clashes would be investigated.
Dr Mohammed Ismail, at a makeshift clinic in another square next to Tahrir, said gunmen killed at least four of the anti-Mubarak protesters, with the shots allegedly fired by plainclothes police loyal to the creaking regime.
The gunfire came after backers of Mubarak stormed the Tahrir Square stronghold of anti-regime protesters on Wednesday afternoon.
The two sides fought battles with stones and Molotov cocktails through the night and into Thursday morning, with many of the square’s paving slabs torn up and broken into fist-sized projectiles.
Washington, which has repeatedly called for restraint, condemned the violence against “peaceful protesters” while UN chief Ban Ki-moon said the attacks on demonstrators were “unacceptable.”
US President Barack Obama has called for the transition from Mubarak’s three-decade-long rule to begin immediately after the veteran president announced late on Tuesday that he would not seek re-election in September.
But the Egyptian foreign ministry said such calls “sought to inflame the internal situation.”
Wounded 11-year-old Mohammed Ghozlan and his father Khaled were Thursday morning at a field clinic opposite the world-famous Egyptian Museum, having spent the night on the square.
“Don’t cry, don’t cry, you’re a hero,” Khaled tells his son, who has a gash on the side of his head requiring four stitches.
Protesters have erected corrugated iron and rubbish barricades on streets leading into the square, where thousands spent a chilly night, sleeping, chanting, throwing stones and nursing wounds.
Soldiers deployed around the square have retreated into their tanks and armoured personnel carriers, after a hail of rocks rained down on them for hours on Wednesday.
One in 10 people have some kind of visible injury, an AFP correspondent said, with volunteers distributing food and clothing to the exhausted protesters.
Citizens have built an improvised 10-foot (over two metre) high stone-throwing catapult out of planks and a crate.
With the casualty toll shooting up, the US State Department issued a stark travel warning for citizens in Egypt, urging those who want to leave to “immediately” head for the airport, adding that any delay was “not advisable.”
From early Wednesday afternoon until well into the night, regime supporters and opponents threw stones and battled with sticks and fists in Tahrir Square, the epicentre of protests that have sent shockwaves around the Arab world.
A hard core of tens of thousands of anti-regime protesters had remained at Tahrir Square through the night, angry at the 82-year-old’s refusal to step down immediately in line with the demands of opposition leaders.
Both sides continued throwing rocks and skirmishing into the night, with army and civilian ambulances taking the wounded away.
Anti-regime protesters stopped handing over pro-Mubarak militants to the army as they said they were just being released. Instead, they kept some 30 of those they captured at an improvised prison in a metro station.
The captives were badly beaten, an AFP correspondent reported.
Several foreign journalists have also became the target of violent attacks, a media watchdog and news organisations said, apparently on charges of fuelling the uprising with their coverage.
Correspondents, photographers and cameramen reporting on the fierce clashes in Tahrir Square said that the Mubarak supporters were hostile to the press.
As many as 300 people may have been killed in Egypt’s anti-government unrest which erupted on January 25, UN High Commissioner for Human Rights Navi Pillay said on Tuesday.
Security and medical sources in Egypt said on Monday at least 102 people had been killed in clashes between demonstrators and police before policemen were ordered to stand down last weekend.

Solat hajat untuk pelajar Mesir Jumaat ini

KOTA BAHRU, 3 Feb: Satu solat hajat untuk keselamatan pelajar di Mesir akan diadakan pada hari Jumaat ini selepas kuliah mingguan dari Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Medan Ilmu.

Sehubungan itu, semua rakyat Kelantan yang berkesempatan diajak untuk bersama-sama dalam solat ini.

“Selepas kuliah pagi Jumaat ini, saya hendak mengadakan sembahyan hajat. Oleh tu, semua yang hadir pada kuliah pagi Jumaat tu supaya bersedia dengan air sembahyang,” kata Nik Aziz kepada Harakahdaily.

Beliau juga meminta agar kerajaan pusat segera membawa pulang semua pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.

Ujarnya, beliau menyerahkan kebijaksanaan kerajaan Malaysia cara untuk membawa pulang semua pelajar dan rakyat Malaysia.

“Pelajar-pelajar Malaysia disana pun tak boleh nak belajar, jadi lebih bawa balik semua mereka yang berasa di Mesir,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh Harakahdaily di pejabatnya pagi tadi selepas menerima kunjungan hormat dari Panglima Wilayah Laut 1, Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang Kuantan, Laksamana Pertama Datuk Pahlawan Mohamad Roslan Mohamad Ramli.

Sementara itu,semalam Persatuan  Alumni Keluarga Pelajar Kelantan Mesir juga menggesa kerajaan Malaysia berusaha membantu pelajar negara ini pulang ke tanah air.

Pengerusinya, Zulkifli Mat Yusof, pada sidang medianya berkata tindakan itu perlu dilakukan segera bagi membantu pelajar yang kini berada di negara yang penuh dharurat itu sebelum nasi menjadi bubur.

Pada sidang medianya semalam ibubapa pelajar yang kini belajar di sana turut hadir untuk turut menggesa kerajaan Pusat membantu pelajar.

“Masaalah tidak akan selesai sekiranya pelajar dibawa masuk ke negara ketiga,”ujarnya.

Sambungnya, keadaan pelajar kini tidak lagi selamat berikutan ketegangan itu berlaku.

Lebih 11,000 pelajar Malaysia kini sedang mengikuti pengajian di sana, di mana 1,281 orang adalah dari Kelantan.

Salah seorang pelajar yang selamat pulang, Tengku Nur Farah Ain Qistina Tuan Kamarulbahrain, mengakui keadaan tegang menyebabkan rakyat Mesir termasuk pelajar dalam ketakutan.

Bukan itu sahaja, makanan juga semakin berkurangan berikutan semua urusan jual beli dan sebagainya telah terputus termasuk bank juga tidak lagi beroperasi.

“Sewaktu saya ke airport untuk pulang, mereka hanya memohon doa keselamatan untuk mereka disamping membawa mereka pulang ke tanah air,”ujarnya.

Sokong rakyat Mesir jika benar dahulukan rakyat

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Jika benar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersikap mendahulukan rakyat, beliau hendaklah menyatakan sokongan kepada kebangkitan rakyat Mesir menuntut presiden mereka berundur, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Jangan cakap sahaja mendahulukan kepentingan rakyat, tetapi bersikap buta dan pekak kepada aspirasi dan tuntutan rakyat seperti yang dicerminkan oleh rakyat Mesir yang bangkit beramai-ramai itu.

"Jangan hanya sedap pada slogan sahaja, sedangkan apa yang berlaku ialah rakyatlah yang terlebih dahulu menanggung kesusahan," katanya.

Mahfuz juga melihat apa yang berlaku di Mesir itu berpunca dari sikap Presiden Hosni Mubarak yang menjadi boneka Israel dan Yahudi Zionis.

"Sebab itulah kita bimbang negara ini juga akhirnya akan menjadi boneka dan porak peranda seperti Mesir dengan sikap kerajaan Najib yang begitu mesra Zionis termasuk melantik firma Zionis seperti Apco Worldwide untuk menjadi rakannya dalam melaksanakan pemerintahan negara ini.

"Itu belum lagi diambilkira hubungan dagang dengan Israel yang seolah-olah dirahsiakan sehinggalah perkara itu menjadi isu baru-baru ini," katanya.

Mahfuz percaya, kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) akhirnya akan menghadapi nasib yang sama di tangan rakyat negara ini kerana kegelisahan sebahagian besar rakyat negara ini hakikatnya sama dengan kegelisahan rakyat Mesir.

"Sama seperti apa yang berlaku di Mesir, rakyat Malaysia juga mahukan demokrasi yang sebenarnya serta keadilan dan pembebasan dalam kehidupan ekonomi mereka bahkan rakyat Malaysia juga berhadapan dengan Datin Seri Rosmah Mansor yang dilihat sama seperti Leila Trabelsi iaitu isteri Zine el Abidine Ben Ali, bekas presiden Tunisia yang dihalau oleh kebangkitan rakyat negara itu baru-baru ini.

"Rakyat Malaysia juga sedang berhadapan dengan tekanan kenaikan harga barang yang berterusan termasuk kenaikan harga minyak sehingga kadar penerimaan terhadap Najib jatuh merudum dalam tinjauan pendapat baru-baru ini.

"Rakyat Malaysia juga berhadapan dengan pengagihan kekayaan negara yang tidak seimbang dan kerajaan pula memberatkan lagi bebanan rakyat termasuk generasi akan datang dengan hutang negara ekoran perlaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dikritik oleh orang-orang Umno sendiri sebagai tidak berpijak di bumi nyata," katanya.

Dari sudut demokrasi dan hak asasi pula pula, kata Mahfuz, Human Rights Watch (HRW) sendiri menyifatkan kerajaan Najib hanya bercakap kosong sahaja dalam soal hak asasi manusia.

"Bukan setakat itu sahaja, kerajaan Najib juga sedang berusaha untuk menyekat kebebasan termasuk melalui cadangan untuk mengadakan kawalan siber," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang menyifatkan kerajaan Najib semakin kasar menyekat suara rakyat.

Mengulas perkembangan di Mesir, Mahfuz meminta Mubarak berundur kerana kedegilannya untuk terus berkuasa mendatangkan masalah kepada masyarakat dunia.

"Harga minyak dilaporkan akan naik berikutan perkembangan di Mesir dan para pelajar di seluruh dunia pula terkandas di negara itu," katanya.

Tidak Wajar Libatkan Anwar Dengan Penganas- Pensyarah


SHAH ALAM 3 FEB: Dakwaan kerajaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim terbabit dalam aktiviti penganas dilihat tidak wajar oleh Pensyarah Kanan Jabatan Media Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya.
Menurut Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah apa-apa dakwaan dan tohmahan terhadap mana-mana tokoh politik tidak patut berlandaskan kepada pandangan peribadi oleh mana-mana pihak tetapi perlu menuruti proses intelektual bagi membuktikan dakwan tersebut.
Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mengarahkan polis menyiasat tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Ketua Pembangkang itu kononnya terbabit dengan aktiviti penganas.
"Apa yang kita harus lihat sekarang ini ialah apabila sahaja melibatkan isu politik, apabila melibatkan tokoh-tokoh politik, kita tidak hanya boleh bersandarkan kepada pandangan peribadi mana-mana pihak.
"Ia tidak boleh berpandangan kepada tohmahan-tohmahan, ia haruslah melibatkan satu proses intelektual yang panjang, proses perdebatan, proses perbahasan, kerana tidak kira samada dia pemimpin kerajaan atau pemimpin pembangkang, dia adalah warganegara Malaysia dan melibatkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia," jelas beliau.
Beliau yang juga Pengerusi Zentrum Future Studies Malaysia (Zentrum) berkata, masyarakat majmuk negara ini memerhatikan setiap tindakan kerajaan samada ia rasional atau tidak.
Katanya lagi, tuduhan dan siasatan tidak sepatutnya dimulakan hanya kerana permusuhan politik.
"Rakyat menuntut apapun yang berlaku ke atas seseorang ahli politik itu mestilah diperjelaskan secara intelektual, secara bukti-bukti yang sangat akademik, yang sangat benar dan jujur yang tidak melibatkan prasangka hanya kerana pertelingkahan kuasa politik," kata beliau lagi.
Menurut beliau, kerajaan perlulah menyiasat dengan terperinci dan memperjelas perkara ini kepada rakyat bagi mengelakkan perbalahan di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
"Setiap individu di sesebuah negara itu tidak kira dia sebagai seorang ahli akademik atau sebagai seorang ahli politik mesti dilindungi oleh negaranya. Kita tidak boleh mengatakan bahawa setiap orang ataupun pemimpin politik itu dengan masalah-masalah. Yang penting kita harus memperjelaskan kepada masyarakat perkara yang sebenar secara jujur kerana tuduhan fitnah prasangka dan sebagainya tidak akan menyelamatkan mana-mana negara sekalipun," katanya lagi.
Dr Abu Hassan seterusnya menjelaskan dakwaan terhadap Anwar hanya perselisihan politik dan bukannya satu fakta yang boleh dibuktikan, maka rakyat jelata perlulah diberi maklumat yang secukupnya bagi mengelakkan ketegangan.
"Kita tidak mahu satu hari nanti masyarakat kita berhadapan dengan perkara-perkara yang sama yang sebabkan kita semakin hari semakin bersengketa sesama sendiri kerana tujuan kita yang sebenarnya dalam politik ialah membangunkan masyarakat yang seramai 26 juta ini bukan kelompok yang mana-mana," jelasnya.