Rabu, 2 Februari 2011

Kempen bantah kawalan media di Facebook



Berikutan usaha kerajaan yang ingin mengawal internet, Laman Facebook popular yang menentang pembinaan Menara Warisan setinggi 100 tingkat, kini mengalihkan fokus kempennya kepada membantah cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA).

Hari ini, laman tersebut melancarkan protes baru di talian untuk tempoh dua minggu mulai hari.

Minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Sama-sama kita menunjukkan bantahan terhadap usaha kerajaan untuk menyekat maklumat yang menggugat mereka di internet! Jangan biarkan hak kebebasan maklumat internet kita dinafikan! Sila gunakan gambar bantahan di atas [gambar] sebagai tanda sokongan di profile facebook anda selama dua minggu dari hari ini.

Ayuh kita lakukan demonstrasi online secara besar-besaran, kawalan internet melindungi anda dari perkara sebenar! Jangan biarkan ia berlaku!!!

Haram jadah Umno-BN, RM3 bilion sekadar untuk dapatkan 3,707 undi?

Malam kelmarin, Umno dan komponen Barisan Nasional (BN) ‘meraikan’ kemenangan yang tidak bermaruah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di N05. Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Labis, Johor.

Sekali pun BN mendabit dada kononnya menang dan berjaya mempertahankan kerusi tersebut tetapi Awang melihat itu suatu kejayaan yang tidak bermaruah seperti ‘pelacur politik’ atau ‘gigolo politik’.

Apa tidaknya, hanya untuk kemenangan yang memperolehi majoriti kurang lebih 3,707 undi itu Umno-BN terpaksa membelanjakan hampir atau lebih RM3 bilion wang rakyat sebagai ‘rasuah politiknya’ di Tenang.

Awang tidak persoalkan jika dengan jumlah RM3 bilion itu Umno-BN akan mendapat undi rakyat 100 % (10,579 orang) atau paling kurang 99 % (10,578 Orang) dan hanya Cikgu Mala (Normala) sahaja yang tidak undi BN.

Ketika berkempen, Perdana Menteri (PM) Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri telah mengumumkan rasuah politik awalnya kepada peneroka Felda yang berjumlah RM1.6 bilion.

Sepanjang kempen berlangsung pula pelbagai ‘pak menteri’ dan kuncu-kuncunya membuat tawaran demi tawaran, projek demi projek, janji demi janji dan sebagainya yang juga berjumlah RM1.4 bilion?

Para pengundi pula, di kalangan orang Melayu jati bersongkok tinggi (walau pun tidak sembahyang, asal bersongkok) masih menjadi ‘deposit’ tetap Umno-BN kerana golongan ini jenis ‘tidak cerdik’.

Rakyat Felda bukan sahaja di Tenang mungkin di tempat lain juga yang masih bersama Umno dan mengundi Umno-BN adalah golongan ‘jahiliah’ Melayu. Mereka ini macamlah golongan ‘Badwi’ di padang pasir Tanah Arab suatu ketika dahulu.

Mereka menyokong Umno-BN bukan kerana parti itu membawa ‘kebenaran’ atau ‘kebaikan’ tetapi kerana ikut-ikutan dan patuh arahan oleh ‘kepala’ kabilahnya.

Anak-anak muda pula dihidangankan dengan ‘hiburan’ yang melalaikan seperti karaoke, rokok, minyak motor dan sebagainya.

Warga emas pula disogok dengan duit RM50, perkakas dapur, kain batik, kain pelekat dan 1001 jenis janji dan harapan jika BN menang.

Musim pilihan raya dijadikan waktu dan ketika merebut peluang serta membuat duit jika sokong dan mengundi BN. Harga diri seseorang itu hilang entah ke mana?

Ibaratkan permainan bola sepak atau futsal. PAS dan Pakatan Rakyat berlawan dengan Umno-BN di atas padang yang tidak sama rata. Bahkan, pengadilnya (SPR) sendiri sentiasa mencari peluang untuk menyumbat gol bagi membantu kemenangan pihak BN.

Pengadil (SPR) seumpama ini, jika di negara lain sudah pasti akan dihumbang ke dalam longkang atau dijadikan bola untuk disepak terajang oleh para pemainnya.

Terlalu banyak untuk disenaraikan ketidakadilan, kepincangan yang berlaku sepanjang kempen PRK N05. Tenang ini. Tetapi, sayang pengadilnya (SPR) ‘buta’ dan ‘pekak’. Malah, ada orang kata pengadil juga sampai tahap ‘gila’.

Perbincangan hangat Wisma Putra dengan ibubapa

Perbincangan di antara Wisma Putra dan ibu bapa mengenai keselamatan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir bertukar menjadi hangat dan penuh emosi.

PUTRAJAYA: Perbincangan Kementerian Luar Negeri bersama ibu bapa yang menuntut di Mesir hari ini bertukar menjadi hangat dan penuh emosi apabila soalan bertubi-tubi diajukan gagal di jawab dengan baik oleh pihak kementerian terbabit.
Seramai 22 anggota keluarga hadir seawal jam 2.00 petang di Wisma Putra bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung keadaan dan keselamatan anak-anak mereka yang belajar di negara bergolak itu.
Namun perbincangan itu menjadi hangat apabila setiap ibu bapa tampil mempersoalkan tindakan kerajaan yang disifatkan lemah dan
menggesa penyelesaian segera diambil.
Wakil ibu bapa turut menuntut kerajaan memberikan jaminan keselamatan ke atas anak-anak mereka.
Wakil kementerian terdiri daripada Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Richard Riot, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman dan Ketua operasi Datuk Mat Nor, malah perbincangan itu berlangsung hampir tiga jam.
Seorang ibu Wan Rohani Halim, 46, sebak apabila menceritakan keadaan dua anak lelakinya yang masing-masing berusia 15 dan 19 tahun yang kini menuntut di Kaherah.
Wan Rohani berkata keselamatan anaknya Mohd Ikramah Al-Din, 19, tidak terjamin apabila bersama-sama penduduk tempatan menjaga keamanan kawasan terbabit daripada diceroboh penjenayah.
“Saya hubungi dia Ahad lalu dia pegang pisau, kayu dan turut serta dengan penduduk tempatan jaga keselamatan di kawasan itu.
“Saya sedih dan bimbang dengan keselamatan Ikramah kerana kawasan yang didudukinya semakin huru-hara. Saya segera minta beliau pindah dengan adiknya ke Sekolah Ar-Rahim kerana saya difahamkan keadaan di situ selamat,” katanya ketika ditemui FMT.
Menceritakan pula kisah seorang lagi anaknya Mohd Qayyum Al-Din, 15, beliau berkata anaknya itu masih tidak dimaklumkan mengenai keadaan huru-hara itu.
“Anak saya dalam ketakutan. Bayangkanlah dengan umur beliau yang masih muda dan terpaksa berhadapan dengan keadaan begini pula. Saya mahu kerajaan buat tindakan cepat bagi menyelamatkan anak-anak kami,” katanya sebak.

“11,000 bakal jadi pembangkang”

Dr Muhammad Nasir Musa, 55, yang ditemui berkata tindakan lemah oleh kerajaan ini bakal menghasilkan 11,000 pembangkang.
“Anak saya dan rakan-rakannya mempersoalkan mengapa ramai yang pergi ke Tenang sedangkan rakyat Malaysia boleh bantu. Kami pula di sini tidak dibantu nak tunggu pemerintah mana sehingga kami dapat keluar?
“Ini akan hasilkan 11,000 pembangkang untuk 10 ke 20 tahun akan datang. Sedangkan anak saya menyertai kelab Umno dan anti pemerap. Kita jangan salahkan anak-anak kita,” katanya yang turut disokong ibu bapa lain yang hadir.
Beliau turut membangkitkan kelemahan pihak kedutaan Malaysia di Mesir yang didakwa gagal bertindak pantas dalam menangai isu itu.
“Duta kita gagal berfungsi dengan baik untuk atasi masalah ini. Sepatutnya masalah ini diselesaikan oleh duta, bukan Menteri Luar Negeri. Datuk Sahlan sehingga beliau perlu pergi ke Mesir,” katanya.
Dalam pada itu, Richard Riot pula berkata pihak kerajaan sentiasa komited dalam mengangani isu itu serta menggalakkan ibu bapa untuk terus berkomunikasi dengan Wisma Putra.
Kerajaan katanya, telah menjalankan pelan tindakan memindahkan para pelajar di segenap negeri di Mesir ke Jeddah.
“Walaupun terdapat kekangan, namun kami masih mendapatkan kerjasama negara lain untuk membawa pulang pelajar dan rakyat kita dengan selamat.
“Kami membuka bilik operasi 24 jam dan ibu bapa boleh terus hubungi kami dengan memberi maklumat lanjut berhubung anak masing -masing,” katanya.
Wakil ibu bapa juga turut dibawa melawat ke bilik operasi 24 jam serta memberikan butir-butir maklumat bagi memudahkan pihak Wisma Putra mengesan pelajar-pelajar terbabit.
Media dilarang membuat liputan
Sementara itu, FMT difahamkan media seperti TV Selangor, Selangor Kini dan Suara Keadilan dilarang membuat liputan.
Menurut wartawan TVSelangor Naeem Raffi alasan yang diberikan pengawal keselamatan terbabit “Hanya media utama sahaja yang dibenarkan masuk”.
Wakil persatuan pelajar dan parti politik turut hadir hari ini bersama-sama mendesak kerajaan mengambil tindakan pantas bagi mengatasi hal ini.
Ibu bapa boleh menghubungi talian dibawah untuk mendapatkan informasi terkini daripada pihak Wisma Putra:
Bilik Operasi, Kementerian Luar Negeri
Tel: 03-88892746 / 03-88874570 / 03-88874770 /
03- 8892830 dan 019-2784566
Bilik Operasi, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir
Tel: 00 202 3760 7375 / 00 202 3761 0270

Mesir, Mubarak, Merdeka

Ketika saya menyiapkan rencana ini, rakyat Mesir tetap dengan intifadah mereka.  Hampir seminggu khabar dari Kaherah bercerita tak lain tak bukan: kisah protes jalanan yang tak henti-henti.
Memang kita mendengar betapa peritnya perjalanan perubahan yang harus ditempuhi rakyat Mesir: sudah puluhan yang terkorban; bursa saham Mesir merudum sekitar 16% dalam dua hari pertama protes 25 Januari yang lalu dan matawang Pound Mesir juga kian tergugat nilainya; dan buat pertama kali dalam sejarah Internet, kerajaan Hosni Mubarak telah menutup segala akses maklumat masuk dan keluar dari Mesir.  Ini semua cabaran.  Ini semua dugaaan.  Ini semua rintangan.
Dan kelihatan seperti rakyat Mesir tidak getar, masih keras kepala, masih berdegil mahukan kebebasan dan pendemokrasian yang lebih tulen dari yang sedang disaji rejim sedia ada.
Amatlah penting yang tempat berkumpul rakyat dalam gerakan perubahan ini ialah di Midan El-Tahreer (Liberation Square, atau Dataran Merdeka versi Mesir), kerana secara simboliknya inilah gerakan rakyat yang cuba memerdekakan Mesir dari cengkaman "penjajahan" Presiden Mubarak yang telah berkuasa sejak tahun 1981 (soalan korollari: Apakah kita juga punya "penjajah" sebegini di mana-mana negeri lain di Malaysia?).  Dan kelihatan apparatus kerajaan yakni polis dan tentera tidak mungkin memecah masuk dataran tersebut, kerana walaupun perintah berkurung berlangsung rakyat Mesir tidak berganjak dari situ malah menjemput Dr.El-Baradei (tokoh Nobel) untuk berucap!
Maka seminggu berlalu dan ribuan malah ratusan ribu rakyat Mesir masih berarak di Kaherah, Alexandria, Suez dan bandar-bandar lain yang turut serta.  Adakah rejim diktator lapuk akan mengalahkan usaha demokratik jujur pimpinan anak-anak muda ini?  Cuma masa menyimpan kata akhir jalan cerita.
Bagi tempoh yang terdekat, rakyat negara jiran mungkin meminjam semangat (rakyat Yemen juga mulai bangkit, mengikut khabar berita) manakala pengamat ekonomi resah dengan ketidaktentuan arah tuju politik yang pasti meninggalkan kesan - Adakah kerajaan pengganti yang bakal muncul akan bersikap populis untuk menangani krisis ekonomi dalaman yang makin meruncing, bila mana KDNK per kapita Mesir 2009 hanyalah USD2,270 (Malaysia adalah tiga kali ganda nilai ini)?
Turut resah adalah para politikus Amerika, Israel dan yang sewaktu dengannya, yang sedar pentadbiran Mubarak yang selama ini duduk diam sebagai sekutu mereka mungkin diguling dan diganti pentadbiran yang tidak semestinya pro-dasar-dasar sedia ada.
Adakah kerajaan-kerajaan yang berada di pelusuk Asia Tenggara ini juga harus gementar akan "tsunami" perubahan yang bakal mengunjung?
Bagi saya, hakikatnya Mesir, Tunisia, dan Yemen jauh berbeza keadaan ekonomi, sosial, dan juga politik sedia ada.  Mungkin sekiranya Mahathir masih berkuasa persoalannya amatlah rapat (mungkin kisah Mesir ini menjadi "amaran" buat si rambut putih seberang Laut Cina Selatan?), tapi tidak.  Sejak tahun 2003, Malaysia telah dipimpin dua Perdana Menteri berbeza, maka rasanya seperti situasi semakin berubah.
Tapi, apakah perubahan yang kita rasai ini perubahan tulen atau kosmetik?  Adakah perubahan yang kita ingini - pembahagian ekonomi yang lebih samarata, penstrukturan semula kuasa kehakiman, rombakan dalam sistem politik nasional dan juga lokal dengan pulangnya pilihanraya kerajaan tempatan antara lainnya - sedang berlaku pada tahap yang menyelerakan rakyat Malaysia?  Inilah antara persoalan yang akan kita hadapi sekitar PRU-13 nanti, yang akan dijawab dengan buangan kertas-kertas undi dan pemilihan untuk meletakkan kepimpinan di tangan pihak yang mana.
Bagi saya, sebenarnya, isu yang paling penting yang harus kita amati dalam situasi mutakhir di Kaherah terletak dalam perbincangan sekitar peralihan kuasa.  Apabila tiba waktu untuk Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, ia harus lakukan dengan cukup halus, diplomatik, dan tegas.
Di Mesir, walaupun gerakan Muslim Brotherhood (atau Al-Ikhwanul Muslimun, MB) yang diharamkan kerajaan Mubarak dianggap cukup kuat secara politiknya untuk mengambil alih gerakan perubahan ini, namun mereka telah bersepakat dengan para pembangkang dan anak-anak muda yang telah menggerakkan massa untuk memilih Dr El-Baradei sebagai wakil mereka dalam perbincangan dengan kerajaan Mubarak.  Ini langkah yang penting, kerana sudah pasti MB yang merupakan sebuah organisasi yang dicop pengganas oleh Amerika Syarikat dan Israel tidak akan mendapat simpati masyarakat antarabangsa - maka realiti politik semasa membuat MB mengalah demi keinginan bergerak ke hadapan.  Adakah MB akan mengkhianati gerakan perubahan ini nanti?  Sekali lagi, cuma masa yang tahu.
Maka di Malaysia, apabila tiba masa untuk "perbincangan" yang sama nawaitunya seperti yang kita saksikan di Mesir, kesemua peserta mestilah bersedia untuk mengalah demi kebaikan persepakatan.
Juga harus diingatkan pentingnya "perbincangan" ini melibatkan angkatan tentera, yang seharusnya bersikap berkecuali dan neutral, dan paling tidak para askar tidak berpihak kepada golongan yang telah kalah.  Tapi, oleh kerana saya bukan arif dalam isu-isu sebegini, saya akan henti di sini dahulu mengenai isu "perbincangan".
Yang paling penting, saya rasa, ialah kepercayaan rakyat Mesir bahawa ada hikmah di sebalik keperitan seminggu dua ini.  Yang paling penting, saya pasti, ialah kesanggupan rakyat Mesir untuk mencuba nasib mereka - dan berkorban - demi memajukan demokrasi di tanah air mereka.  Yang paling penting, saya percaya, ialah redhanya rakyat Mesir kepada perubahan yang melanda mereka, dan sabarnya mereka dalam menempuh dugaan yang mendatang.
Hari esok bakal tiba, dan semoga ianya lebih cerah bagi mereka.  Juga, insyaAllah, bagi kita.

Ketuan Setan : Bapa rogol anak depan isteri dipenjara 80 tahun, 40 sebatan

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Seorang bapa kepada sembilan anak dijatuhi hukuman penjara 80 tahun dan 40 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas empat tuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 15 tahun tiga bulan, hujung tahun lalu.
Hakim Mohamad Sekeri Mamat memerintahkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan itu berjalan secara berasingan bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 27 Januari lalu.
Tertuduh yang bekerja di sebuah kedai makan, didakwa melakukan sumbang mahram dengan merogol anak perempuannya yang berumur 15 tahun tiga bulan itu di dalam bilik di rumahnya dalam empat kejadian berasingan iaitu pada pukul 4 petang,awal November 2010, pukul 10 malam pertengahan November 2010, pukul 3 petang Disember  2010 dan pukul 2 petang 23 Januari lalu.
Tertuduh kelihatan tenang ketika menerima hukuman mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang 10 kali sebatan.
Mengikut fakta kes, tiga kejadian rogol yang dilakukan secara paksa terhadap anak kelima daripada sembilan adik-beradik itu telah disaksikan oleh ibu mangsa.
Bagaimanapun perbuatan tersebut gagal dihalang selepas lelaki itu bertindak memukul isterinya.
Pada Disember 2010, pukul 3 petang, tertuduh sekali lagi merogol anaknya ketika isterinya tiada di rumah.
Ibu mangsa kemudian terpaksa meminta bantuan daripada jiran untuk membuat laporan di balai polis berdekatan dan tertuduh akhirnya ditangkap pada 27 Januari lepas di rumahnya.
Mohamad Sekeri ketika menjatuhi hukuman itu berkata seorang bapa seharusnya bertindak sebagai pelindung kepada anak-anak bukannya merosakkan mereka.
“Perbuatan kamu ini akan menjadi titik hitam kepada anak kamu sepanjang hayat,” katanya.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon hukuman terhadapnya diringankan kerana dia benar-benar insaf akan perbuatannya itu.
“Saya juga menghidap darah tinggi serta sakit jantung, saya merayu hukuman berjalan serentak bermula daripada tarikh ditangkap,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Loon Jia Yian memohon hukuman berat kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius dengan menitikberatkan faktor kepentingan awam.
“Kesalahan tertuduh bukan hanya menyebabkan trauma kepada mangsa tetapi juga kepada keluarga tertuduh.
“Perbuatan itu sama sekali tidak boleh diterima masyarakat, justeru itu saya memohon hukuman yang dikenakan berjalan secara berasingan,” katanya. — Bernama

Anwar: Pupuk perpaduan negara bermula dari rumah

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum memberi tumpuan dalam usaha menjadikan negara ini selamat, sejahtera dan membangun.
Katanya, untuk mencapai kesejahteraan itu, ia hendaklah dilaksana hasil dari perkongsian dan didikan dalam institusi keluarga.
“Adalah dinasihati sepanjang Tahun Arnab ini sememangnya baik tumpuan diberi kepada keluarga, keselamatan mereka dan berusaha membangun lingkungan yang aman,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina.
Beliau berkata demikian merujuk kepada perayaan kaum Tionghua kali ini yang jatuh pada Tahun Arnab dan ia melambangkan tuah terhadap kestabilan, keamanan dan ketenangan kepada kaum itu.
Justeru, kata Anwar, tahun ini merupakan masa terbaik untuk rakyat Malaysia bersama-sama memupuk kemakmuran dan menggerakkan kesejahteraan bermula daripada unit asas keluarga sehinggalah kepada masyarakat.
Menurut Anwar, kesejahteraan yang akan datang ini juga harus dikongsi bersama jiran tetangga tanpa mengira warna kulit.
“Saya yakin hasrat murni iaitu memastikan keselamatan serta kesejahteraan keluarga dan lingkungan juga dikongsi bersama masyarakat Melayu, India, Iban dan Kadazan,” katanya.

Gobind : Aliran Wang Haram,Kerajaan Umno-BN Berdiam Diri

PETALING JAYA 2 FEB : Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo,  menggesa kerajaan Malaysia menyiasat laporan badan pengawas kewangan Global Financial Integrity (GFI) minggu lalu skandal berhubung aliran keluar wang haram berjumlah RM888 bilion (AS 291 bilion) yang direkodkan sepanjang tahun 2000 dan 2008.
Tambah Gobind lagi, jika Perdana Menteri mahu memerangi isu rasuah, Datuk Seri Najib perlu menjelaskan kepada rakyat ke mana wang haram ini dialirkan.
"Kalau Najib Tun Razak betul-betul, kalau beliau betul-betul hendak membanteras rasuah, ini seharusnya menjadi fokus beliau dimanakah wang ini (RM 888 bilion), kenapa sampai sekarang tak ada tindakan diambil, kenapa kerajaan tidak menitikberatkan perkara ini," katanya. 
Menurut beliau lagi hal ini penting kerana melibatkan jumlah begitu besar sehingga memberi impak kepada negara yang meletakkan Malaysia di tempat kelima.  
"Kita tengok nombor 5 ini adalah segi senarai negara-negara terbanyak yang mempunyai wang yang keluar negara ini secara salah sebanyak 888 bukan juta tapi bilion ringgit," katanya.
Sebelum ini juga pimpinan Pakatan Rakyat mendesak agar ditubuhkan 
Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan laporan dari  GFI, aliran keluar wang haram dari Malaysia menokok tiga kali ganda pada 2008 RM208 bilion (AS$68.2 bilion) dari jumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) pada tahun 2000.
GFI mendefinisikan aliran keluar wang haram sebagai pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan diperoleh.   
Menurut GFI Malaysia berada di tangga ke 5 di bawah China, Rusia, Mexico dan Arab Saudi di kalangan 125 negara membangun dalam pengaliran keluar wang haram dalam kajian yang dibuat bagi tempoh lapan tahun dari 2000 hingga 2008 ini.

Syeikh al-Qaradawi seru Mubarak lepas jawatan

Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan.
Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir.Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami.
Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir".
Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya.
Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.
Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan serta meninggalkan Mesir yang sudah kerugian dan kehilangan wangberbilion-bilion.
"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak".
Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, "Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup."
Al-Qaradawi menambah, "Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki", untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, "yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim", di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya "bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. "
Syeikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi.
Dia berada "dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka," dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.
Rakyat dan Tentera
Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.
Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.
Beliau menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes PENCURIAN ATAU PENJARAHAN.
 Beliau menasihati mereka, "Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah HARAM."
Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan.
Beliau menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.
Sumber: al-Jazeera.

DUN Merlimau: Pakatan putuskan sama ada PAS atau PKR 7 Feb


KUALA LUMPUR, 2 Feb — Pakatan Rakyat akan memutuskan parti yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka 7 Februari ini.
Perikatan tiga parti itu akan mengadakan mesyuarat kepimpinan tertinggi pada Isnin.
Kedua-dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar mengesahkan pertemuan itu yang akan menentukan sama ada parti itu atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan bertanding di kerusi itu.
“Kalau ikut status quo 2008, memang PAS akan meletakkan calon tapi kita akan bincangkan perkara ini dalam mesyuarat itu.
“Kita akan umumkan selepas mesyuarat itu selesai,” kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Sementara itu, Mahfuz menjelaskan beliau baru dimaklumkan mengenai mesyuarat itu dan menjangkakan pilihan raya DUN Merlimau akan dibincangkan.
“Saya baru dapat mesej kata ada mesyuarat pada 7 Februari ini tapi tidak dimaklumkan apa agendanya.
“Tapi pilihan raya kecil Merlimau akan dibincangkan dalam mesyuarat itu,” katanya.
PKR sebelum ini berminat untuk meletakkan calonnya bertanding di kawasan itu yang sebelum ini diwakili calon PAS dengan meletakkan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Shamsul Iskandar juga merupakan ketua PKR Melaka.
PKR mahu meletakkan calon mereka meskipun Pakatan Rakyat merasakan wajar menurunkan semula wakil PAS pada pilihan raya kecil ke-15 itu sejak Mac 2008.
Kerusi itu ditandingi calon PAS pada pilihan raya umum Mac 2008 dan empat tahun sebelumnya calon PKR.
Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Izzah : Rakyat Terus Dibebani Kenaikan Harga Barangan

PETALING JAYA 2 FEB : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa kadar inflasi yang dilaporkan oleh Bank Negara dan kerajaan bahawa kadarnya adalah rendah  hanya sekadar mahu mengaburi mata rakyat tatkala realitinya harga barangan dan perkhidmatan terus naik mendadak.
Rakyat terus dibebani dengan kenaikan harga barang keperluan harian dalam masa beberapa bulan sahaja jelas menunjukkan kerajaan mengambil tidak prihatin dengan bebanan yang ditanggung rakyat.
"Keadaan inflasi di bawah Bank Negara Malaysia, kadar inflasi di bawah kerajaan Malaysia hanyalah sekitar 2.07%  tapi realiti di bawah itu kalau dulu 1kg bawang hanya RM1.60 sekarang dah naik RM5.00 dan saya pasti akan naik lagi tapi isunya statistik yang dibekalkan semua tak boleh pakai, tak boleh dipercayai, penipuan belaka," katanya.  
Peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan tertentu  seperti kenaikan harga makanan meningkat secara mendadak tidak seiring dengan pendapatan yang diperolehi rakyat apabila kadar gaji tidak berubah.
Kenaikan harga barangan bersubsidi iaitu petrol, gas LPG, diesel dan gula jelas menunjukkan kadar inflasi negara sememangnya tinggi dan bukannya sederhana seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan Umno-BN.
Pada 1 Februari lepas, Petrol Ron 97 Naik RM0.10 lagi menjadikan harganya meningkat menjadi RM2.50 peningkatan kali keempat dalam tempoh 3 bulan.
Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalamnya.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
"Kerana itu rakyat marah dengan keputusan yang dibuat oleh pimpinan (BN) berkisar tentang ekonomi negara itu tidak dibuat  memikirkan tentang kepentingan rakyat jelata," katanya

Himpunan bantah campurtangan AS di Mesir Jumaat ini

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Gabungan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menamakan diri mereka sebagai  Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir akan membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat, Jumaat ini.
Desakan itu akan dibuat dalam himpunan besar-besaran bagi menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat 4 Februari ini.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat berkata, tiga desakan tersebut ialah menggesa Amerika berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.
"Kita mengajak seluruh rakyat untuk menyertai himpunan yang akan bermula di Masjid As-Syakirin KLCC selepas solat Jumaat.
"Kita akan berarak dari masjid menuju ke kedutaan Amerika Syarikat dan akan disertai oleh beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, dekat sini hari ini.
Menurutnya yang juga pengarah himpunan tersebut, sebanyak lebih 50 NGO telah menyatakan persetujuan untuk turut sama dalam himpunan yang dijangka akan dihadiri lebih 1,000 orang itu.
Antaranya Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan lain-lain pertubuhan.
Tambahnya, mereka turut mempelawa BN dan parti komponennya serta NGO di bawahnya untuk menyertai himpunan ini kerana ianya merupakan isu nasional tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.
"Kita mengajak pertubuhan lain yang barangkali tak bersama hari ini seperti Umno, MCA, MIC dan pertubuhan-pertubuhan bukan Islam juga digalakkan untuk hadir. Ini merupakan isu besar yang memerlukan sokongan semua pihak tanpa mengira politik dan agama," katanya.
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid pada sidang media sama berkata, pihaknya menyokong penuh himpunan tersebut dan akan mengerahkan seramai mungkin ahlinya untuk hadir.
"Saya mewakili Mapim menyokong penuh himpunan ini dan akan mengerah seramai mungkin ahli untuk menghadiri perhimpunan ini.
"Sebanyak 28 organisasi di bawah Mapim akan dikerah untuk hadir," katanya yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras).
Sementara itu, Naib Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh meminta Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian poitik mereka terhadap kebangkitan yang sedang berlaku di Mesir dan tidak bersikap berkecuali.
"Kita kena lihat sikap dan polisi Malaysia berhubung dengan negara lain dan nasib rakyat  negara lain. Kalau prinsipnya adalah satu prinsip yang besar seperti keadilan dan juga demokrasi, saya percaya satu sikap perlu dinyatakan dengan jelas oleh Malaysia dan sepatutnya mestilah menyokong usaha rakyat Mesir," katanya yang juga Timbalan Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM).
Ditanya sebab mengadakan himpunan ke Keduataan Amerika, Suhaizan berkata ianya keran jelas selama ini Amerika memberikan sokongan penuh kepada kerajaan Mesir.
"Amerika Syarikat sudah lam menjadi penyokong kuat diktaktor Mesir.
"Hosni Mubarak bergerak di bawah bayang Amerika, di bawah telunjuk Amerika jadi kita mintak Amerika tidak campur tangan di Mesir dan dalam masa sama kita mengasak seluruh dunia agar mengesa Hosni meletakkan jawatan," katanya.
Menyentuh soal permit, beliau berkata, pihaknya tidak bercadang untukk memohon permit namun berharap pihak polis memberikan kerjasama bagi melancarkan himpunan berkenaan.
Turut bersama pada sidang media ialah Setiausaha Agung JIM, Nahar Mohd Nor dan Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin.

Polis preman didakwa tampar, rompak wanita hamil

Seorang wanita yang hamil lapan bulan mendakwa ditampar dan dirompak Isnin lalu oleh anggota polis berpakaian preman yang didakwa memecah masuk ke kedainya di Sungai Buloh - dan mereka kemudian menangkapnya.

NONEAhli parlimen Segambut, Lim Lip Eng, yang dihubungi wanita tersebut
- Chow Soo Meng, 36 - pagi ini, mendakwa anggota polis berkenaan mencuri kira-kira RM20,000 wang tunai dan beberapa barangan lain dari wanita tersebut.

"Polis mengambil beberapa jenis rokok, enam botol minuman keras, oren mandarin dan tiga kartun minuman tin," kata Chow dalam laporan polisnya.

Dalam laporan yang dibuat di balai polis Kepong, Chow berkata, anggota polis dari Jabatan Narkotik Petaling Jaya, turut mengambil 30 kad sim telefon bimbit dan memindahkan kamera TV litar tertutup dari kedainya.

Tidak satupun daripada barang-barang tersebut telah dikembalikan. Katanya, bila dia meminta dipulangkan wang tunai RM20,000 anggota polis yang menahannya enggan berbuat demikian dan memintanya janga buat isu atau hadapi risiko ditahan semula, kata Lim ketika dihubungi Malaysiakini.
Lim yang ditemui bersama Chow hari ini berkata, wanita itu telah mengunci jeriji pintu kedainya kerana dia seorang diri dari kira-kira jam 5 ptang Isnin, apabila kira-kira 10 lelaki datang pada kira-kira jam 6.30 petang dan menuntut dibenarkan masuk.

Bpregnant woman slapped robbed 020211 chow soo meng police reportagaimanapun, katanya, apabila Chow enggan berbuat demikian, mereka mula menjerit terhadapnya dan memotong jeriji. Mereka kemudiannya menggari tangannya dan membawanya ke balai polis Damansara Utama.

Di sana, kata Lim lagi, Chow dipaksa menjalani ujian dadah, sebelum dibawa ke Jabatan Kastam di Kelana Jaya dan diberitahu yang dia tidak membayar cukai bagi minuman keras dan rokok.

"Dia diminta datang semula ke pejabat Jabatan Kastam di Kelana Jaya pada 2 Mac," tambah Lim.

Mesej Tahun Baru: Islam tak amal diskriminasi, kata Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Datuk Nik Abdul Aziz Nik berkata dasar Islam yang diperjuangkan PAS tidak mengamalkan diskriminasi kaum seperti mana yang didakwa Umno-Barisan Nasional (BN) selama ini.
Sebaliknya Mursyidul Am PAS itu berkata, Islam adalah agama yang adil kepada semua kaum.
Katanya, masyarakat Tionghoa adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi landskap ekonomi dan politik baru negara.
“Kita satu ummah yang bersama-sama memberi sumbangan ke arah lahirnya negara Malaysia yang lebih adil dan aman serta sejahtera berteraskan nilai agama.
“Islam sebagai agama yang tidak mengamalkan diskriminasi kepada sesiapa sekalipun.
“Justeru Islam mendidik agar berlaku adil kepada semua bangsa, tidak ada kelebihan satu bangsa ke atas satu bangsa yang lain, melainkan dengan takwa kepada Allah,” kata Nik Aziz dalam perutusan Tahun Baru Cina yang disambut esok.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, kerajaan negeri pimpinannya akan terus menjadikan Islam sebagai dasar pentadbiran di negeri itu.
“Saya dan seluruh warga pentadbiran kerajaan negeri Kelantan akan terus komited menjadikan Islam sebagai dasar pentadbiran demi kesejahteraan semua kaum dan untuk mengelak ketidakadilan dan diskriminasi.
“Hasrat kita semua untuk berjaya melaksanakan dasar yang adil dan saksama,” kata beliau yang menerajui Kelantan sejak 1990.
Nik Aziz berkata, “semoga masyarakat Tionghoa di Malaysia khususnya di Kelantan terus memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan untuk mentadbir negeri dengan sebaik-baiknya."

Pakatan tetap bongkar isu tanah Pulau Jerejak

GEORGETOWN, 2 Feb: Skandal penyerahan tanah di Pulau Jerejak oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) terdahulu sebelum peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat (PR) akan tetap dibongkar bagi memberi pendedahan sebenar kepada rakyat.
Mengulas mengenainya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerugian yang mencecah RM30 juta adalah satu skandal yang melibatkan kerugian kepada rakyat dan juga kerajaan negeri.
"Rakyat mengalami kerugian bersama-sama dengan kerajaan negeri. Wang premium tanah yang sepatutnya bernilai RM10.6 juta untuk 32 hektar tidak dibayar. Pulau Jerejak tidak kita perolehi. Pulangan pun tiada. Ia kerugian semata-mata.
"Kini sudah tiba masanya bagi kita mendapatkan semula Pulau Jerejak dan jumlah wang yang begitu banyak telah diberikan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang kepada mereka," ujarnya lagi.
Isu skandal penyerahan tanah Pulau Jerejak kepada Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA dan operasi perjalanannya kepada Tropical Island Resort telah berlaku semasa zaman pemerintahan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai Ketua Menteri.
Ekoran dari kerugian tersebut, kerajaan negeri telah membuat keputusan akan mengedarkan sebanyak 300 ribu risalah mengenai penyelewengan tersebut semasa zaman BN dahulu bagi menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat negeri ini.
Risalah yang diterbitkan dalam Bahasa Malaysia dan juga Mandarin itu telah mula diedarkan.
Ia juga bagi memberi peluang kepada rakyat untuk membuat penilaian mengenai pentadbiran yang berlaku dizaman BN dengan kerajaan negeri sedia ada dari PR.

Blogger korban pertama akta zalim yahudi UMNO...Bila nak revolusi kat malaysia cam mesir & tunisia?

Bila nak revolusi kat malaysia cam mesir  & tunisia? Yahudi UMNO APCO bangsat cilako dah melampau nak sekat Internet, blog dan facebook


Ha ha ha!

Seperti yang dilaporkan oleh TMI, Mahkamah Tinggi membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger Amizudin Ahmat daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu telah merogol seorang pembantu rumahnya dari  Indonesia. 

Hakim Zabariah Mohd Yusof hari ini membenarkan permohonan ex-parte untuk menghalang  Amizudin daripada menerbitkan perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu menerusi blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Persoalan yang harus kita fikirkan mengapa Rais sehingga kini masih tidak meminta pihak Migran Care menarik laporan invertigasi yang menyebut namanya merogol Robengah? Walhal segala laporan media bersumberkan laporan itu.

Mengapa? Mengapa? Mengapa?

eh..yang kickdefella, parpu kari, papa gomo yang dok buat fitnah maki hamun pemimpin pakatan rakyat tuh,kangarookort dok diam jer

Tepukan untuk Rosmah di ceramah PKR


Walaupun ianya adalah ceramah PKR, tetapi jelajah pertama pucuk pimpinan parti itu menyaksikan isteri Perdana menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor mendapat tepukan paling banyak, atau mungkin ejekan bersopan, dari ribuan penyokong pembangkang malam tadi.

Nama Rosmah sering meniti di bibir lapan pemimpin Pakatan yang berucap dalam ceramah parti di Petaling Jaya, walaupun sebahagian besarnya menghentam beliau, ketika mereka mengambil giliran membidas cara perbelanjaannya, dengan disambut gelak ketawa para hadirin.

Kebanyakan mereka menyindir Rosmah yang mengakui sebagai 'wanita pertama' Malaysia walaupun ia tidak sedemikian di segi protokol dan konvensyennya.

Mereka mengatakan bahawa BN adalah kerajaan Bini Najib," kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapannya yang mencetuskan gelak ketawa para hadirin.

Teriakan beruk, kedengaran di kalangan penyokong dalam reaksi mereka ketika Anwar menyentuh abjad program seperti ETP dan NKRA, menyamakannya dengan K-E-R-A.

Turut berucap ialah ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; ahli parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo; ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad; timbalan speaker DUN Selangor, Haniza Talha; ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, ahli parlimen Batu, Tian Chua .

Gambar Rosmah turut ditayangkan pada skrin di pentas setiapkali mereka membuat komen mengenai dirinya.

Namun, Rosmah bukan satu-satunya personaliti yang disentuh penceramah malam tadi. Turut menjadi sasaran ialah pengerusi PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga ahli parlimen Pasir Mas. - mkini

PAS seru masyarakat Cina buat perubahan, tukar kerajaan

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukar pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat.
Ini, katanya bagi mencuba alternatif yang baru untuk menyelesaikan kemelut ekonomi negara.
“Semoga dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan meningkatkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan antara kaum di negara ini dan seterusnya berjaya membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera,” ujarnya dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut esok.
Berikut perutusan penuh beliau.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia berbangsa Cina. Masyarakat  Cina di Malaysia yang merupakan komuniti kedua terbesar di negara ini, merupakan juga penyumbang besar kepada pembinaan negara Malaysia.
Tahun Baru Cina yang biasanya dimulakan dengan semangat kekeluargaan dengan majlis makan besar setiap anggota keluarga merupakan sesuatu yang sangat baik ke arah membina masyarakat yang sejahtera. Di tengah kemelut masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan keruntuhan moral dan jenayah yang parah, yang antaranya juga berpunca daripada keruntuhan institusi keluarga, masyarakat Cina tampil membawa budaya baik iaitu ‘makan besar’ yang merapatkan semangat kekeluargaan.
Kita juga berhadapan dengan kemelut ekonomi yang menyebabkan rakyat berhadapan dengan tekanan hidup akibat kenaikkan harga barang keperluan. Masyarakat Cina juga tidak terlepas menyambut Tahun Baru Cina dalam situasi tersebut. Keadaan ekonomi yang parah ini juga dibayangi oleh pengumuman-pengumuman manis pemerintah yang menjanjikan persekitaran ekonomi yang lebih baik, namun dalam masa yang sama keperluan rakyat terus terhimpit akibat salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku.
Saya menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukar pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat, bagi mencuba alternatif yang baru untuk menyelesaikan kemelut ekonomi negara. Semoga dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan meningkatkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan antara kaum di negara ini dan seterusnya berjaya membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera.
Selamat Tahun Baru Cina.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Ibu bapa pelajar serbu Wisma Putra

Sekumpulan lebih 100 orang ibu bapa kepada pelajar yang terhimpit dalam pergolakan politik di Mesir hari ini 'menyerbu' Wisma Putra, Putrajaya bagi mendesak kerajaan supaya menyegerakan proses penghantaran pulang pelajar berkenaan.

Kumpulan berkenaan berkumpul di sebuah dewan di Wisma Putra dan disambut timbalan menteri luar Senator A Kohilan Pillay dan ketua setiausaha kementerian itu Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman.
parents gathering over students in egypt 020211 suk buildingPengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Ahmad Syukri Abdul Razab yang mengetuai kumpulan pelajar itu berkata beliau telah menerima beberapa panggilan telefon daripada pelajar yang terjejas itu.
Pelajar berkenaan antara lainnya mendakwa tidak menerima sebarang bentuk bantuan daripada kedutaan Malaysia di sana, kata Ahmad Syukri.
Katanya lagi, beliau turut menerima beberapa panggilan telefon yang mendakwa, para pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Majlis Amanah Rakyat akan dihantar pulang terlebih dahulu.

Sekiranya dakwaan itu benar, ia menunjukkan sikap berat sebelah dalam menyalurkan bantuan kepada pelajar berkenaan, katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ahmad Syukri juga berkata, beliau menyedari bahawa kerajaan sedang bertindak dalam memberikan bantuan, namun bertegas supaya pelajar berkenaan dibawa pulang secepat mungkin.
Sementara itu, seorang jurucakap kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Muhamad Faiz Ismail berkata, pertemuan antara ibu bapa pelajar dengan wakil kementerian itu bagaimanapun berakhir selepas satu setengah jam kemudian tanpa menemui penyelesaian.
Menurut Muhamd Faiz, Wisma Putra hanya mempunyai rancangan untuk memindahkan pelajar berkenaan ke Jeddah dalam tempoh sepuluh hari bermula hari ini.
Seramai kira-kira 11,300 pelajar Malaysia kini didaftarkan dengan kedutaan Malaysia di Mesir.

Gambar Firaun: Mati kali ke-2 dengan disembelih?

Siapa tak tahu kisah Firaun. Bagi umat Islam, Firaun adalah manusia yang menjadi lambang kejahatan dan kekufuran. Pemerintah Mesir kuno yang berkuasa dan kaya-raya. Dengan tentera yang ramai dan tamadun yang hebat tetapi zalim dan mengaku sebagai tuhan. Disebut didalam al-Quran lebih 60 kali.
Di Makamkan dalam binaan hebat pyramid. Diawet dan dikekalkan. Dibawa ke muzeum untuk dilawati, dikagumi sepanjang zaman. Pernah dibawa ke Paris untuk dikaji dan diberi sambutan hebat mengalahkan raja-raja di dunia. Firaun nama yang cukup gah meskipun sudah mati beribu tahun yang lalu tetapi dipuja manusia hingga kini. Sedangkan ianya agar diambil peringatan sebagaimana Allah telah mengekalkan badan dan jasadnya seperti disebut dalam surah Yunus-92:

فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ
Maka pada hari Ini kami selamatkan jasadmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan Sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan kami.

Langit tak selalunya cerah. Kebangkitan rakyat menentang firaun moden, Hosni Mubarak menyebabkan rakyat berkumpul di Medan Tahrir yang disebelahnya adalah Muzeum yang menyimpan pelbagai artifak dan mumia Firaun. Kekecewaan rakyat dan penderitaan yang sekian lama membuak-buak menyebabkan mereka memecah masuk ke dalam museum dan memecahkan beberapa mumia firaun yang dianggap bersejarah itu.

Setelah Firaun moden di Tunisia melarikan diri, kebangkitan rakyat bak domino , melanda Mesir. Sejauh mana Mubarak dapat bertahan. Sebagai gah mereka-mereka yang zalim. Menindas rakyatnya sendiri menggunakan pelbagai tipu-helah untuk mengekalkan kuasa. Menggunakan tentera dan polis untuk membantai rakyatnya sendiri. Kalau Firaun ada orang yang menyediakan museum untuk dilawati apakah ada museum untuk orang yang seperti Mubarak? Dihujung usia dan dihujung kekuasaannya, ia amat dibenci oleh rakyatnya sendiri.

Perbanyakkanlah doa Nabi Musa ini semoga Firaun dan mereka yang sewaktu dengannya melihat azab didunia ini lagi.

وَقَالَ مُوسَى رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلَأَهُ زِينَةً وَأَمْوَالًا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّوا عَنْ سَبِيلِكَ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَى أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُوا حَتَّى يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ
Musa berkata: "Ya Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Telah memberi kepada Fir'aun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia, Ya Tuhan kami - akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka, dan kunci matilah hati mereka, Maka mereka tidak beriman hingga mereka melihat siksaan yang pedih."

Selama mana pula pimpinan UMNO nak teruskan legasi mereka???

Pilihan raya Sarawak: PR yakin tawan 36 kerusi ‘panas’

SARAWAK: KEADILAN bersama Pakatan Rakyat Sarawak sudah mengenalpasti 36 kerusi sasaran di negeri itu yang mampu ditawan pada pilihan raya akan datang, kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Wan Zainal Wan Senusi.
Menurutnya, 36 kerusi ‘panas’ itu merupakan sasaran minima bagi memastikan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan baru selepas pilihan raya akan datang.
“Kita berhasrat untuk menang sebanyak mungkin dan 36 kerusi negeri itu merupakan sasaran minima bagi memastikan kita berjaya membentuk kerajaan baru.
“Namun, keutamaan kami ketika ini ialah memperkemaskan jentera penerangan agar maklumat benar-benar sampai hingga ke akar umbi,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.com.
Wan Zainal bagaimanapun enggan memperincikan nama kerusi-kerusi tersebut.
Tempoh kerajaan Sarawak ketika ini berakhir pada 24 Julai depan dan pembubarannya dijangka diadakan serentak dengan pilihan raya umum (PRU).
KEADILAN dijangka bertanding di 42 dari 71 kerusi negeri manakala bakinya lagi ditandingi DAP, PAS dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).
Dalam perkembangan lain, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan bersama masyarakat Sarawak dalam program jelajah beliau ke negeri itu Sabtu ini.
Selain menghadiri majlis sambutan Hari Raya Cina di perkarangan pejabat KEADILAN Cabang Stampin di Serian Kuching, Anwar juga bakal hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Sarawak.
Beliau juga akan menyampaikan dua ceramah di Kampung Taie, Serian dan Taman Sukma, Jalan Sultan Tengah, Kucing pada hari yang sama.

Tenang : Soi Lek silap menilai sokongan Cina

Apa pun keputusan pilihan raya kecil DUN Tenang, termasuk siapa yang undi siapa dan berapa banyak peratusannya, ianya tidaklah sepenting kerosakan hartabenda dan kesulitan yang dialami pengundi di situ dan tempat lain di Johor akibat dilanda banjir.

NONENamun, saya masih mempunyai tanggungjawab untuk menganalisa keputusan pilihan raya kecil itu. Sebelum ini, saya telah meramalkan
bahawa BN akan menang dengan majoriti 3,200 undi - meningkat 700 undi berbanding majoriti yang diperolehinya dalam pilihan raya umum 2008.

Manakala andaian jumlah pengundi Melayu, Cina dan India yang keluar mengundi ialah masing-masing 77 peratus, 71 peratus dan 58 peratus dan sokongan untuk BN mengikut kumpulan etnik ialah 85 peratus, 35 peratus dan 80 peratus.

Majoriti muktamadnya ialah 3,700 undi dengan BN memenangi 70 peratus undi popular daripada 67 peratus pemilih berdaftar yang keluar mengundi Ahad lalu.

Salah satu persoalan yang dibangkitkan berhubung keputusan pilihan raya ini ialah sama ada undi masyarakat Cina kepada BN meningkat atau sebaliknya.

DAP mengatakan undi Cina untuk Pakatan Rakyat meningkat kepada 70 peratus berdasarkan keputusan di pusat pengundian Bandar Labis Tengah yang 96 peratus pengundi adalah Cina. MCA pula mengatakan bahawa undi untuk BN meningkat kepada 45 peratus, berdasarkan kepada hakikat bahawa BN menang di tiga daripada empat pusat pengundian majoriti Cina.

Pada masa yang sama, terdapat kesepakatan umum bahawa undi Melayu dan India telah berbalik kepada BN, dan ini menjelaskan peningkatan 1,200 undi majoriti yang diperolehi BN.

Siapa yang betul - DAP atau MCA? Apakah ia penting sangat?

Siri jelajah pimpinan KEADILAN dapat sambutan hangat

PETALING JAYA: Siri jelajah pimpinan KEADILAN yang bermula di Taman Medan, Petaling Jaya malam tadi mendapat sambutan hangat dari orang ramai apabila  berjaya menarik  lebih 2,000 hadir ke program tersebut.
Ceramah yang diadakan di Dewan MBPJ, Taman Medan itu, merupakan permulaan bagi siri jelajah pimpinan KEADILAN yang akan diadakan di seluruh negara, bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai pelbagai isu semasa yang melanda negara.

Ceramah malam tadi menampilkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemidato utama, dan dibarisi Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, Adun Taman Medan, Haniza Talha, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Selain pimpinan KEADILAN, Program ceramah ke seluruh negara  itu akan turut mengundang pimpinan Pakatan Rakyat dari Pas dan Dap.

Pada ceramah malam tadi,  sambutan  yang diterima dari penduduk setempat  sangat menggalakkan, sehingga menyebabkan bilang yang hadir melimpah ke luar perkarangan dewan.

Berikutan itu, pihak penganjur terpaksa mengajak orang ramai yang hadir memenuhi perkarangan ceramah kerana khuatir polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang berada di luar premis tersebut.

Keadaan itu menunjukkan sokongan rakyat pelbagai kaum terhadap KEADILAN tetap utuh di saat parti itu berdepan serangan bertali arus Umno- Barisan Nasional dan membuktikan kekalahan Pakatan Rakyat di kubu kuat Umno di Tenang, Johor baru-baru ini sedikit pun tidak memberi kesan apabila KEADILAN.

Berikutan itu, pihak penganjur terpaksa mengajak orang ramai yang hadir memenuhi perkarangan ceramah kerana khuatir polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang berada di luar premis tersebut.

Seperti kebiasaan, dalam program ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat, gerai-gerai menjual pelbagai jenis makanan dan minuman turut kelihatan, memeriahkan suasana program ceramah berkenaan.

Anwar dalam ucapannya mengupas pelbagai isu seperti cabaran debat antara beliau dan perdana menteri, program 100 hari Pakatan rakyat, ekonomi dan rasuah yang berleluasa negara hari ini, termasuk RM888 bilion wang haram yang dibawa ke luar negara.

Beliau turut menyentuh kebangkitan rakyat di Tunisia yang berjaya menjatuhkan kerajaan diktator dan kini menyaksikan kebangkitan rakyat Mesir yang sedang berjuang untuk menyingkirkan Presiden Hosni Mubarak.

Turut dipaparkan sebuah skrin besar yang memaparkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah mansur, ketika Anwar berceramah yang mengundang ejekan dari mereka yang hadir.

Keadaan juga menjadi gamat dengan gelak ketawa orang ramai apabila skrin tersebut memaparkan imej Anwar berserban ala taliban.

Ia memperolok tuduhan Umno yang mendakwa Anwar terlibat dalam kegiatan keganasan yang dibiayai Arab Saudi.

Pogram ceramah itu selesai kira-kira pukul 12.00 malam selepas Anwar menghabiskan ucapannya dengan menyeru orang ramai supaya meneruskan sokongan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat dan menumbangkan kezaliman Umno-Barisan Nasional.

PAS minta Gobala tinggalkan Padang Serai

PADANG SERAI, 2 Feb: Walaupun N Gobalakrishnan keluar dari PKR, namun bagi pemimpin PAS kawasan anggota Parlimen Padang Serai itu sudah keluar dari Pakatan Rakyat dan perlu melepaskan jawatannya sebagai anggota Parlimen.

Mereka meminta Gobalakrisnan 'nyah' dari Padang Serai dengan meletakan jawatan dan memberi mandat kepada rakyat memilih seorang ahli Parlimen yang benar-benar bertanggungjawab dan beretika.

Yang Dipertua PAS Padang Serai, Fauzi Tahir menyifatkan, penyertaan Gobalakrisnan ke bebas menyusahkan rakyat yang telah memberinya kemenangan atas tiket Pakatan Rakyat yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Bukan masa untuk bermain dalam politik sebaliknya nyah dari Padang Serai kerana kami dan rakyat yang prihatin tidak mahu melihat mukanya lagi ekoran sikapnya mengkhianat perjuangan, " jelasnya.

Beliau patut sedar dengan kedudukan tinggi itu semua merupakan hasil kepercayaan rakyat yang telah menolak Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 12 lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Padang Serai, Abu Tolib Yahaya pula berkata, Gobalakrisnan wajar letak jawatan atau menghadapi tekanan yang lebih dahsyat menerusi demontrasi aman nanti.

Rakyat sangat marah kerana tindakan itu merosakan imej Pakatan Rakyat ketika menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

"Pemuda PAS terpaksa mengadakan demontrasi aman bersama PKR dan DAP kerana tidak mahu seorang ahli Parlimen yang suka melompat tetapi mahukan seorang pejuang yang kuat dan teguh walaupun apa juga rintangan yang dihadapi, " tegasnya.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Lunas, Haji Derani Wahab pula berkata, sewaktu Adun Lunas Radzi Salleh letak jawatan Gobalakrisnan adalah orang pertama menganjurkan ceramah menghentam tindakan Radzi tetapi kali ini beliau pula menuruti langkah yang serupa.

"Gobalakrisnan akan menghadapi gelombang rakyat yang memarahinya dan besar kemungkinan satu tindakan membantah langkahnya itu akan berkumandang.  Kita tidak boleh sekat kerana itu adalah hak rakyat yang memberinya kemenangan, " tambahnya.

Sementara itu bekas Yang Dipertua PAS Padang Serai, Ustaz Azmi Abdullah mengingatkan, Gobalakrisnan agar lepaskan jawatan ahli Parlimen untuk diadakan pilihanraya kecil segera.

Bukan membiarkan parlimen ini diwakili oleh Ahli Parlimen Bebas yang akan melupakan tanggungjawabnya terhadap rakyat setelah kecewa dengan sikap parti yang disertainya.

Beliau juga harus sedar jelasnya, kedatangan Gobalakrisnan dulu hanya sehelai sepinggang dan PAS bekerja bersungguh-sungguh memastikan kemenangan.

"Saya sewaktu itu merupakan orang yang bertanggungjawab penuh memperkenalkan Gobalakrisnan dan membawanya ke semua lokasi berjumpa rakyat amat kecewa dan berharap beliau lepaskan jawatan Ahli Parlimen kerana kami tidak mahu melihat kelibatnya lagi di Padang Serai, " tegasnya yang lebih dikenali sebagai 'Ustaz topi merah'.

'Nama saya Anwar dan saya bukan pengganas'

Sambil memperolokkan dakwaan terbaru kerajaan pusat terhadapnya - yang beliau ada hubungan dengan "pengganas" - ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik dialog dari filem blockbuster Bollywood 'My Name is Khan'.

pkr forum 010211 anwar 04"Nama saya Anwar dan saya bukan pengganas," katanya, meniru watak yang dimainkan oleh bintang terkemuka India, Shah Rukh Khan.

Gaya beliau gamat disambut ketawa ribuan penyokong PKR yang menghadiri program jelajah PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Anwar menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa beliau sedang disiasat kerana disyaki ada hubungan dengan satu 'kumpulan pengganas' yang berasal dari Arab Saudi.

Hishammuddin menyatakan demikian ketika mengulas laporan CNN yang mendakwa melihat dokumen yang mendakwa satu siasatan dijalankan oleh Arab Saudi ekoran aduan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ada personaliti di negara itu yang membiayai Anwar.

Laporan CNN itu juga mengatakan bahawa siasatan tersebut tidak menemui sebarang bukti wujudnya hubungan tersebut.

Para pemimpin PKR telah menolak dakwaan tersebut sebagai satu lagi usaha untuk mencemarkan Anwar.

Anwar: Pakatan tak putus asa kerana Tenang, mahu tumpu PRU13

Oleh Yow Hong Chieh

PETALING JAYA, 2 Feb — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa penyokong-penyokong Pakatan Rakyat kekal setia dalam perjuangan menghadapi Barisan Nasional (BN) meskipun melalui empat kekalahan dalam lima pilihan raya kecil sejak setahun lalu.
Dalam pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang Ahad lalu, yang ke-14 sejak Mac 2008, BN mempertahankan kubu kuatnya itu dengan majoriti 3,707 undi — dengan lebih majoriti berbanding 2004 tetapi gagal capai majoriti 5,000 yang disasarkannya.
BN dan Pakatan Rakyat kini bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil susulan membabitkan kerusi DUN Merlimau di Melaka 6 Mac ini — dua hari sebelum genapnya tiga tahun selepas pilihan raya umum 2008.
Awal tahun lalu BN merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada penguasaan PKR-Pakatan tetapi DAP-Pakatan merampas kerusi Parlimen Sibu, Sarawak sebulan kemudian Mei 2010.
Pada pilihan raya serentak awal November lalu, PAS kehilangan kerusi DUN Galas dan BN mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah.
Ahad lalu BN mengekalkan kerusi tradisinya DUN Tenang, Johor.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, masa dan usaha diperlukan untuk merangsang rakyat Malaysia dalam tindakan politik sambil merujuk kepada protes popular di dunai Arab yang hanya berlaku selepas pemerintahan autoritarian berdekad lamanya.
“Berapa ratus, ribu terbunuh di Mesir. Bukan hanya tahun ini, tetapi sejak beberapa dekad lalu, digantung, ditembak, hilang,” kata beliau pada majlis pertama Jelajah Pemimpin 2011 di Taman Sri Manja malam tadi.
“Dan hanya sekarang ia (protes rakyat) berlaku. Jangan anggap ia satu jalan yang mudah,” kata Anwar dengan merujuk kepada protes di Mesir yang berlarutan sejak 25 Januari lalu.
Sebelum Mesir protes rakyat membawa kepada pergolakan politik di Tunisia dan ia dikatakan sudah mula merebak ke beberapa negara lain di dunia Arab.
Sehubungan itu beliau meminta penyokong-penyokong Pakatan Rakyat tidak putus asas ekoran kekalahan calon PAS Normala Sudirman di tangan Mohd Azahar Ibrahim dari BN, sebaliknya melihat pada kejayaan Tan Sri Khalid Ibrahim yang tewas di Ijok tetapi menang Mac 2008.
Khalid, yang kini merupakan Menteri Besar Selangor, berjaya merampas kerusi itu daripada MIC-BN pada 8 Mac 2008 tidak kurang setahun selepas kalah teruk dalam pilihan raya kecil awal 2007.
“Ya, kita kalah di Tenang. Kami terima dengan sabar,” kata ketua pembangkang ini.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, jentera Pakatan Rakyat perlu diperkuatkan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi memastikan pembangkang boleh menggerakkan perjuangan menentang “kepimpinan rasuah” BN.
Beliau menambah, parti komponen Pakatan Rakyat akan berganding untuk meletakkan barisan calon yang kuat dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.
Di DUN Tenang, Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala memperoleh 2,992 undi yang memberikan majoriti 3,707 kepada calon BN.

Anwar, Azizah : Tumpu Kepada Keluarga & Amal Kesederhanaan


PETALING JAYA 2 FEB : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia mengambil semangat tahun arnab mengikut kalander masyarakat Cina untuk memberi tumpunan kepada keluarga, keselamatan mereka dan berusaha mewujudkan lingkungan yang aman.

" Arnab adalah isyarat bertuah serta lambang kepada kestabilan, keamanan dan ketenangan," kata Anwar.

Melalui perutusan Tahun Baru Cina nya, Anwar berkata, keselamatan dan kesejahteraan haruslah dikongsi bersama tanpa mengira kaum bagi mewujudkan suasana yang aman di negara ini.

" Saya yakin hasrat yang demikian murni, iaitu memastikan keselamatan serta kesejahteraan keluarga dan lingkungan juga dikongsi bersama masyarakat Melayu, India, Iban dan Kadazan.

Malah katanya, Pakatan Rakyat akan bersama-sama dengan seluruh rakyat Malaysia untuk melaksanakan hasrat menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang menjamin keharmonian rakyatnya.

Ia selaras dengan dasar yang dibawa oleh gagasan itu yang termeterai pada konvensyen kebangsaan kali kedua yang berlangsung di Kepala Batas akhir tahun lalu. 
" Menjelang tahun 2011 Muafakat Pakatan Rakyat telah berhasil menerbitkan satu dokumen penting yang digelar Buku Jingga, zahir dari iltizam kami untuk bersama-sama rakyat Malaysia memastikan kesejahteraan negara ini," katanya lagi.

" Kepada masyarakat Cina saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai!," tambahnya lagi.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula mengingatkan kepada seluruh masyarakat berbangsa Tionghua agar menyambut sambutan Tahun Baru Cina dalam suasana meriah dan aman namun biarlah secara bersederhana.

" Saya yakin sambutan pada tahun ini adalah dalam suasana yang cukup sederhana. Ekonomi negara yang belum keluar dari kekangan kemelesetan pasti terus menekan rakyat. Apatah lagi kegagalan kerajaan mengawal kenaikan harga barangan akibat dari kenaikan harga petroleum nampaknya terus melonjakkan kos sara hidup.

" Justeru, perayaan ini seharusnya disambut dalam suasana yang boleh menjalin perpaduan tulin di antara segenap lapisan masyarakat dan kepelbagaian kaum," katanya lagi.

Namun ujarnya, kebimbangan masyarakat di negara ini bersabit bebanan ekonomi akan dipertahankan oleh Pakatan Rakyat yang akan terus memperjuangkan hak rakyat.

" Buku jingga yang kita galur sebagai tanda aras janji dan iltizam perjuangan, telah kita sebarluaskan agar rakyat melihat jelas program merakyatkan ekonominegara," ujarnya lagi.

Sah, Hosni Mubarak Dibantu Israel


Israel hantar senjata untuk bantu Hosni

KAHERAH: Israel dilapor menghantar senjata untuk menyuraikan tunjuk perasaan untuk digunakan oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak, terhadap beribu-ribu penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan 30 tahunnya.

Menurut Rangkaian Hak Asasi dan Pembangunan Antarabangsa, pesawat Israel mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Mina Sabtu lalu dengan membawa kelengkapan itu. Ia melaporkan, pasukan keselamatan Mesir menerima kargo di atas pesawat Israel, termasuk gas untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang dilarang oleh pertubuhan antarabangsa.

Sementara itu, parti pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin semalam bersetuju untuk menyokong pemimpin pembangkang liberal, Mohamed ElBaradei sebagai jurucakap utama kumpulan pembangkang dalam rundingan reformasi.

Ikhwan mengumumkan keputusannya semalam ketika perarakan bantahan ‘sejuta orang’ berterusan di Kaherah.

Mohamed, 68, adalah bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa - AP



ANALYSIS: Mubarak Finds a Strong Ally in Israel

As long-standing allies and admirers distance themselves from Egypt’s autocratic regime, President Hosni Mubarak has found himself with only one serious ally left in the Middle East --Israel.

While Washington has publicly chided its stalwart ally of 30 years, urging him to stop repressing his people and speed the transition to democracy, only Israel and two conservative Arab monarchies -- the Hashemite Kingdom of Jordan and Saudi Arabia -- have publicly embraced Mubarak.

Apart from these public endorsements, however, only Israel has taken concrete steps to demonstrate continuing support for the first Arab country to shatter Israel’s regional isolation by making peace in 1979.

Although that peace agreement specifically forbids Egypt from stationing forces in the Sinai Peninsula, which was demilitarized by the 1979 peace accords, Israel permitted Egypt on Monday to deploy 800 soldiers there to protect police headquarters and other government installations from being attacked by angry Bedouin and other protesters and to prevent chaos from spreading.

Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu spoke to Mubarak by phone early in the crisis, the Israeli press reported, assuring him of Israel’s continuing support. Netanyahu, breaking almost a week of silence about the mass protests and riots sweeping Egypt, on Monday warned Islamic extremists could well fill a political vacuum and threaten the peace between the two nations. -foxnews

Merlimau : PAS lebih berpontensi untuk mewakili Pakatan Rakyat

SHAH ALAM, 30 Jan — Pakatan Rakyat akan mengadakan perbincangan sama ada akan meletakkan calon PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perbincangan di peringkat pusat mengenai calon dari parti mana akan diketengahkan pada pilihan raya kecil itu akan diadakan dalam waktu terdekat.

Abdul Hadi yang ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Wacana Memperkasa Fikrah rakyat di sini hari ini berkata demikian ketika ditanya mengenai minat PKR untuk meletakkan calonnya bertanding di kawasan itu yang sebelum ini diwakili calon PAS. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin baru-baru ini dilaporkan berkata meskipun secara tradisi pakatan pembangkang mengekalkan status quo, namun terdapat beberapa faktor yang menyokong PKR meletakkan calonnya untuk bertanding.

Ketika ditanya sama ada PAS telah mempunyai bayang-bayang siapakah bakal dicalonkan di Merlimau, Abdul Hadi berkata: “Merlimau, kita ada orang bukan bayang-bayang, kita ada ramai situ.”

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada Khamis lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi. — Bernama




Petikan dari malaysiakini

Di sebelah Pakatan Rakyat pula keadaan yang berbeza dapat diperhatikan apabila PAS dan PKR masing-masing bersungguh-sungguh untuk meletakkan calon daripada parti masing-masing.

Pesuruhjaya PAS negeri Abdul Ghani Abdul Rahman nyata kesal dengan tindakan PKR sebelum ini yang membuat kenyataan untuk meletakkan calon daripada parti itu.

Abdul Ghani berkata, PKR tidak sepatutnya berbuat demikian tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan anggota Pakatan.

Tambahnya, beliau menghormati keputusan ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin (kiri) untuk bertanding di DUN Merlimau.

Namun, beliau berpendapat tindakan itu akan menyebabkan berlakunya pergeseran di antara kedua-dua parti itu memandangkan kerusi itu secara tradisinya ditandingi PAS.

"Kita akan bertanding di situ," tegasnya dan menambah, PAS negeri telah mengadakan dua pertemuan sejak Jumaat lalu untuk membincangkan persiapan berkenaan.

Abdul Ghani yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat berkata, parti itu juga akur kepada kehendak PKR untuk mewakili Pakatan dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau.

Katanya lagi, PAS turut memberi peluang kepada Shamsul Iskandar untuk bertanding di kerusi parlimen Tangga Batu walau kerusi berkenaan merupakan kawasan tradisi PAS.

Begitu juga pada pilihan raya umum 2008 apabila Shamsul Iskandar diberi ruang bertanding di Terengganu walau kawasan berkenaan pada asalnya dikhususkan kepada PAS.

"Jadi,Shamsul sepatutnya menghormai status quo berhubung perkara yang telah diputuskan sebelum ini," kata Abdul Ghani lagi.

Abdul Ghani juga berkata, kerusi Merlimau mempunyai potensi lebih besar kepada PAS, berbanding pilihan raya kecil DUN Tenang, Johor yang sedang berlangsung.

Parti itu sebelum ini menurunkan yang dipertua PAS Jasin, Jasme Tompang untuk berdepan Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan.

Jasme berjaya mengurangkan majoriti BN kepada 2,154 undi dalam pilihan raya umum 2008.

Mohamad Hidhir sebelum itu menang dengan majoriti lebih 5,000 undi ketika menewaskan calon PKR S Jayathas dalam pilihan raya umum 2004.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan susulan kematian Mohamad Hidhir pada Khamis lalu akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan tarikh penamaan dan membuang undi bagi pilihan raya berkenaan pada hari Jumaat.


Ulasan GB

PAS telah terlalu banyak berkompromi. Terlalu banyak memberi ruang kepada PKR selama ini. Terlalu berlembut sedangkan PKR yang sedang menghadapi penyakit kronik dengan beberapa orang ahli parlimen dan DUN telah meninggalkan parti tidak pernah mahu membetulkan perjalanan parti mereka.

Di Merlimau, calon PAS lebih berpotensi. Sekalipun Ketua AMK merasakan dirinya hebat, tetapi beliau bukan anak tempatan Merlimau, dan telah diberikan peluang berkali-kali oleh PAS kerana ketamakannya untuk bertanding - tetapi tidak pernah pun menang malah kalah di kerusi yang pernah dimenangi PAS seperti Dungun.

Pada masa ini, PKR sepatutnya mengambil peluang membetulkan perjalanan parti mereka yang tercemar teruk akibat penipuan di dalam Pemilihan 2010. Satu dunia mengetahuinya tetapi belum ada langkah positif diambil oleh pucuk pimpinannya untuk mengatasinya.

Justeru itu, PAS dilihat lebih berpotensi dan lebih layak bertanding di DUN Merlimau.

Rusuhan Mesir Harus Jadi Iktibar


KOTA BHARU 2 FEB: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi peringatan kepada pimpinan seluruh dunia supaya mengambil iktibar daripada kebangkitan rakyat Mesir.

Ujarnya, pergolakan yang berlaku di Mesir harus dijadikan pengajaran supaya pemimpin tidak perlu bermegah dengan kemenangan kerana ia akan memberikan kesan buruk jika rakyat dizalimi.

Harakah.daily net semalam melaporkan, Menteri Besar Kelantan itu sebagai berkata, kezaliman rejim Hosni Mubarak terbukti dengan kemenangan besar beliau yang dicemari dengan penyelewengan setiap kali pilihanraya.

Katanya, kemenangan mencapai 99 peratus merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat.

“Dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding dalam pilihanraya.

“Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini,” ujarnya.

Katanya lagi, rusuhan yang berlaku memberikan satu mesej yang jelas kepada mereka yang telah menzalimi rakyat kerana rakyat bukan mudah untuk diperkotak-katikkan.

“Mula-mula boleh la menipu, tapi bila dah lama rakyat sudah tidak boleh bertahan lagi,” ujarnya.

Jangan Putus Asa Kalah di Tenang- Anwar

GOPENG 1 FEB: Kekalahan pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N05 Tenang tidak patut dirisaukan sebaliknya ia perlu dilihat sebagai langkah positif yang perlu diambil bagi mencipta kemenangan besar pada pilihanraya umum akan datang.
Dalam satu ceramah di Tokong Lao Sin See Yeh, Gopeng malam semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar penyokong terus yakin dengan perjuangan PKR serta berusaha dengan lebih giat lagi.
"Ini soal Tenang; menang, ini sekejap  sahaja tak usah pandang, sayapun ada beritahu (Datuk Seri) Nizar (Jamaluddin), tak payah pandang ini," kata beliau kepada kira-kira 2 ribu hadirin.
Beliau berkata, senario pilihanraya Tenang hampir sama dengan pilihanraya kecil DUN Ijok pada tahun 2007 di mana walaupun dengan calon yang berkelayakan tinggi dan berwibawa, Tan Sri Khalid Ibrahim, PKR kalah juga dengan perbezaan undi yang besar.
Tetapi dengan usaha gigih para penyokong dan jentera parti, PR berjaya menang besar di Ijok dan juga keseluruhan negeri Selangor dalam pilihanraya umum ke-12, Mac 2008 lalu.
"2008 tempat yang sama (Ijok) melonjak besar, negeri Selangor Umno tumbang dengan (Datuk Seri) Khir Toyo pun 'koyo' sekali," kata beliau lagi.
Anwar seterusnya meminta agar para penyokong percaya dan yakin dengan perjuangan parti serta yakin dengan Resolusi 100 hari PR 'Buku Jingga' kerana hanya dengan keyakinan, kemenangan besar seperti di Selangor pada pilihanraya lalu dapat diulangi di negeri-negeri  lain.
Katanya lagi, rakyat juga perlu mengelak dari mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber tajaan Umno-BN seperti akhbar Utusan Malaysia dan TV3 yang sentiasa menabur fitnah dan memutar belitkan fakta menggambarkan seolah-olah PR musuh rakyat dan tidak boleh dipercayai.

Tiada kerjasama PAS-Umno jikapun dipelawa Agong, kata Khalid


PETALING JAYA, 2 Feb — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) menegaskan PAS tidak akan berganding dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan, yang diharapkan oleh parti teras BN itu sejak 2008, jikapun pihaknya dipelawa berbuat demikian oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.
“Saya memberi jaminan bahawa PAS tidak akan menyertai Umno-Barisan Nasional (BN) meskipun dipelawa oleh Agong,” kata beliau ketika berucap pada pertemuan pertama program Jelajah Pemimpin 2011 anjuran PKR di sini malam tadi.
Sambil merujuk kepada pertemuan 24 Disember 2010, Yang Dipertua PAS Shah Alam itu berkata, bekerjasama dengan umno seolah-olah menjalin kerjasama dengan mereka yang tidak mengendahkan amalan Islam dan mengibaratkan Umno dengan umat Islam yang berkunjung ke kelab-kelab malam untuk mengambil minuman keras.
Justeru kata beliau, PAS lebih rela untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP menerusi Pakatan Rakyat berdasarkan prinsip Islam yang mengutamakan keadilan dan kebenaran, bukannya hanya kerana kaum semata-mata.
“Kami menerima Pakatan Rakyat kerana Umno sudah busuk hingga ke teras,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama timbalannya telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis santapan diraja di Istana Terengganu, Kuala Lumpur atas jemputan Yang di-Pertuan Agong.
Pertemuan itu difahamkan ada menyentuh soal kerjasama Umno dan PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan walaupun matlamatnya tidak menjadi kenyataan.
Bagaimanapun pada 7 Januari lalu, Najib yang juga presiden Umno mengambil langkah Nik Aziz untuk tidak mahu mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin parti itu pada 24 Disember yang dihadiri atas jemputan Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Sebagai langkah menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri juga memutuskan untuk tidak berkongsi maklumat mengenai pertemuan sempena majlis santapan di Istana Terengganu.
“Kami kena menghormati persefahaman pertemuan dan Yang di-Pertuan Agong mahukan ia satu majlis peribadi,” kata Najib.
Nik Aziz menyifatkan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.
“Tak ada dah, tutup ‘book’ (buku) dah,” kata beliau sehari sebelum itu.
Pada 4 Januari lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu tiada kaitan dengan isu politik.
Nik Aziz berkata, berkata pemergiannya itu adalah bagi menjunjung titah Seri Paduka Baginda yang menyampaikan titahnya melalui Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bekas perdana menteri itu melawatnya di Hospital Universiti Sains Malaysia.
“Saya menghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS di Kuala Lumpur atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku,” katanya.
“Adalah sangat tidak beradab dan beretika bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa menghadap,” katanya.
Hadi pula berkata walaupun majlis itu turut dihadiri pemimpin lain termasuk Najib tetapi mereka tidak membincangkan langsung soal-soal politik.
Isu kerjasama politik antara Umno dan PAS telah muncul banyak kali sejak keputusan pilihan raya umum Mac 2008.
Tiga hari kemudian, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sudah menyelesaikan kontroversi berhubung pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu.
PAS kini menguasai 23 kerusi Parlimen dan bersama DAP dan PKR membentuk Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008.
Menerusi kerjasama itu pemimpin PAS mengetuai kerajaan negeri Kedah dan Kelantan manakala wakil DAP dan PKR masing-masing merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Selangor.

Mungkinkah revolusi di Arab akan berjangkit ke Malaysia?

Tidak ada siapa meramalkan bahawa pemimpin negara-negara Arab yang terkenal sombong, angkuh, kuku besi, zalim dan rejim yang ganas ini bakal tumbang. Tunisia mendahului apabila menumbangkan rejim Zein al Abidin yang memerintah selama 23 tahun. Hosni Mubarak, yang memerintah selama 30 tahun dan terkenal dengan sifat zalimnya terhadap rakyat, rasuah, penyalahgunaan kuasa, serta bersahabat baik dengan rejim zionis Israel kini menanti saat untuk tumbang. Umat Islam mengingati Hosni Mubarak sebagai diktator yang telah menutup pintu sempadan dengan Gaza sebagai pintuk masuk Mesir ke Palestin sehingga menyebabkan ribuan umat Islam mati kebuluran. Revolusi kini mengakar ke Yaman, Jordan dan menghampiri beberapa negara Arab. Tunisia bagaikan domino pertama yang menumbangkan pemerintah, dan diekori oleh negara-negara Arab yang lain.
Selama berdekad lamanya keadilan dilenyapkan dan demokrasi hanya ditempelkan bagi menunjukkan kepada dunia mereka juga negara yang bebas dan adil. Walhal pilihanraya yang berlangsung, hanya parti mereka sahaja boleh bertanding dengan bebas manakala parti pembangkang ditekan. Pemimpin-pemimpin pembangkang dipenjarakan, dibunuh, diugut, dibuang negeri dan pelbagai lagi tindakan tidak peri kemanusiaan. Lebih melucukan apabila hanya parti mereka sahaja dibenarkan bertanding dalam setiap pilihanraya. Inilah yang berlaku di Indonesia era Suharto dan kini di negara-negara Arab.
Hasil kekayaan negara diagihkan sesama mereka manakala pemerintahan negara diwariskan kepada anak-anak mereka. Rakyat terus melarat dan merempat sedangkan pemimpin ini hidup bermewah. Rakyat dibiarkan dalam kelaparan, kemiskinan, dan pengangguran. Pelbagai cukai tidak masuk akal dikenakan bagi mengaut keuntungan sebanyak mungkin tanpa mempedulikan rakyat. Kemuncaknya, kemarahan rakyat bagaikan disimbah minyak petrol yang menyala-nyala. Kemarahan rakyat tidak mungkin dipadamkan sehinggalah rejim-rejim ini tumbang dengan hinanya.
Letusan revolusi ini adalah loceng amaran kepada pemimpin sombong bongkak di mana-mana negara. Pemimpin di Malaysia jangan beranggapan mereka selamanya selamat. Memerintah selama puluhan tahun memuakkan lagi rakyat terhadap pemerintahan mereka. Meskipun sistem pilihanraya di Malaysia tidak seteruk era rejim pemerintah Arab sekarang, namun ruang demokrasi tidak dibuka seluasnya untuk parti politik selain BN. Buktinya di mana-mana pilihanraya sama ada pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum, tidak sekali-kali parti pembangkang dibenarkan akses atau liputan di media. Lebih menjelekkan, pemimpin parti pembangkang difitnah, ditohmah, dihina dan dicaci sesuka hati melalui media rasmi tanpa diberi peluang mereka membela diri atau menjawab segala persoalan.
Undi pos yang dicurigai dikekalkan sebagai simpanan undi tetap BN. Daftar pemilih dimanipulasi sehingga berlaku penyelewengan yang ketara. Sengaja pemerintah tidak melaksanakan sistem celup jari bagi mengelakkan keadilan terlaksana. Manakala jentera kerajaan diperah semaksima mungkin bagi berkempen untuk pihak mereka. Pengundi pula ada yang dipujuk dengan pelbagai habuan seperti kain pelikat, beras termasuk wang ringgit. Habis berjuta ringgit duit kerajaan masuk ke poket pengundi.
Kalau dikira tekanan, hampir semua tekanan dan ancaman dirasai oleh parti pembangkang. Himpunan yang dianjurkan oleh pembangkang kebiasaannya akan disuraikan dengan gas pemedih mata dan tangkapan-tangkapan. Kebebasan bersuara, berhimpun hampir tiada di Malaysia untuk pembangkang. Pentas ceramah diceroboh dan dirobohkan sesedap hati mereka.
ISA dan OSA pula dikekalkan sebagai agenda menakut-nakutkan rakyat. Apabila tergugat, yang menjadi mangsanya sudah pastilah pemimpin pembangkang. AUKU pula adalah pengawal keselamatan utama mahasiswa di kampus-kampus. Mangsa AUKU pasti mendapat mimpi ngeri dengan tindakan dibuang kampus, digantung pengajian atau amaran-amaran tertentu.
Selain itu, rakyat terus dibiarkan terhimpit dengan kesusahan. Dengan kenaikan harga barang keperluan, harga minyak petrol yang naik hampir setiap tahun, tol, menghapuskan biasiswa, pelbagai cukai lain dikenakan. Rumah-rumah rakyat yang dibina berpuluh tahun dianggap setinggan dan dirobohkan sesuka hati, kemiskinan bandar tidak diubati, manakala dasar gaji minimum tidak dilaksanakan sebagai bukti rakyat dibiarkan kesusahan.
Kekayaan negara diagihkan sesama mereka dan hanya cebisan diberikan kepada rakyat atas nama wang ihsan. Pemerintah pula hidup bermewah dengan membelanja duit rakyat di luar negara. Pemerintahan negara diserahkan secara warisan sesama mereka.
Dalam keadaan demikian, sukar untuk rakyat menghirup udara demokrasi yang bersih di Malaysia. Mampukah rakyat bertahan dengan kehidupan sedemikian, dan berapa lama lagikah pemerintahan ini akan terus bertakhta? Atau mungkinkah revolusi di dunia Arab akan menyusul di Malaysia...?
Mohamad Suhaimi Abdul Aziz
Naib Ketua
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Wan Azizah ketuai misi selesai krisis PKR Sabah

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa campur tangan untuk menyelesaikan krisis PKR Sabah dan akan melawat negeri itu Ahad ini.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insider bahawa biro politik partinya telah memberi mandat kepada presiden parti itu untuk mengetuai misi damai tersebut.
Dr Wan Azizah (gambar), kata beliau, akan membentuk satu jawatankuasa terdiri daripada tiga pemimpin PKR Sabah dan beliau secara peribadi akan mengetuai delegasi ke Sabah 6 Februari ini.
Saifuddin berkata, keputusan itu tidak bermakna parti telah menolak atau menerima resolusi yang dikemukakan 18 daripada 25 cabang Selasa lalu mendesak penolakan Pajudin Noordin sebagai ketua PKR Sabah yang baru.
“Kami ada menerima resolusi tetapi biro politik merasakan kita harus memberikan presiden parti masa untuk menyelesaikan masalah di Sabah,” katanya.
“Jadi, Datuk Seri akan membentuk jawatankuasa khas terdiri daripada pemimpin-pemimpin Sabah dan beliau akan secara peribadi terbang ke Sabah untuk mengadakan pertemuan dengan kesemua pemimpin negeri,” kata beliau ketika dihubungi.
Seramai 18 pemimpin cabang PKR Sabah telah menyerahkan resolusi kepada parti bulan lalu meminta Pajudin digantikan dengan orang lain dan Dr Wan Azizah bertindak sebagai pemimpin sementara.
“Kami tidak menolak permintaan mereka sama sekali. Kami mempertimbangkan dan akan datang dengan beberapa opsyen.
“Bagaimanapun situasi di Sabah sangat sensitif kerana kita berurusan dengan beberapa puak, jadi kita perlu membincangkan perkara ini dengan mendalam sebelum membuat sebarang keputusan,” kata Saifuddin.
Resolusi itu ditandatangani oleh cabang Kota Belud, Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Kimanis, Papar, Beaufort, Keningau, Pensiangan, Tenom, Libaran, Sandakan, Kinabatangan, Semporna, Kalabakan, Tawau dan Silam.
Mereka menyerahkan memorandum kepada Naib Presiden Fuziah Salleh yang membentangkan pada mesyuarat biro politik 26 Januari lalu.
Pajudin didakwa menjadi proksi Ansari Abdullah, yang mengetuai salah satu puak menentang kepimpinan ketua PKR negeri Ahmad Thamrin Jaini.
Pelantikan Pajudin diumumkan awal bulan lalu dalam satu rombakan susulan pemilihan pusat tahun lalu menggantikan Thamrin.
Sebelum ini PKR Sabah juga berhadapan dengan masalah termasuk keputusan bekas naib presiden Datuk Jeffrey Kitingan dan kira-kira 27 yang lain keluar PKR untuk menubuhkan badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Borneo (UBF).