Isnin, 31 Januari 2011

Rosmah Mansor wanita pintar, kata Anifah Aman

Oleh Syed Imran
Tersenyum. Itulah yang berlaku apabila membaca ulasan Menteri Luar Anifah Aman mengenai isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Tersenyum kerana itulah kata-kata pujian yang 'semestinya' dikeluarkan oleh seorang menteri mengenai isteri bosnya. Tak kan nak keluarkan kata-kata yang 'tak sedap didengar', nahas jawabnya.


Anifah, adik kepada Ketua Menteri Sabah Musa Aman, menyatakan bahawa Rosmah Mansor adalah seorang yang bijak, cerdik dan merupakan satu aset kepada Najib. Saya setuju bab aset Najib kerana itulah hakikatnya. Jika Rosmah bukan seorang yang pintar, sudah tentu dia tak boleh laku apa yang dilakukannya. Hanya orang yang pintar mampu berbuat demikian sehingga ada pemimpin negara lain yang tertarik dan kagum dengannya.

Menurut laporan Bernama dari Kota Kinabalu semalam (Sabtu 30 Jan), Anifah berkata Rosmah adalah seorang wanita yang bijak yang telah menyumbang kepada pengukuhan hubungan Malaysia dengan negara-negara lain.  Hebat, amat hebat.

Sebagai bukti, katanya, Rosmah mendapat banyak jemputan untuk memberi ucap utama pada persidangan-persidangan antarabangsa terutama yang berkaitan pembelajaran awal kanak-kanak dan isu berkaitan wanita dan pembangunan sosial.

Berdasarkan kenyataan Anifah Aman itu kita akui kehebatan Rosmah Mansor. Kita juga bersyukur kerana atas kebijaksanaan Rosmah juga maka nama Malaysia menjadi wangi dan harum di kalangan negara-negara  membangun dan maju. Mungkin sebelum ini banyak negara yang tidak kenal dan tahu mengenai Malaysia. Terima kasih Rosmah.

Bagi saya, Rosmah Mansor adalah seorang wanita yang cukup hebat. Saya katakan demikian berdasarkan pengalaman bertugas di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, iaitu bangunan yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, pejabat Timbalan Perdana Menteri dan pejabat Menteri-menteri di JPM dan Ketua Setiausaha Negara. Pendek kata, Bangunan Perdana Putra adalah mercu tanda kepimpinan negara. Di situlah dasar dan hala tuju negara di bincang, di rumus dan diperturunkan arahan pelaksanaannya

Saya bertuah dapat bertugas dalam bangunan penting itu di bawah dua orang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan seketika di bawah Tun Abdullah Ahmad..

Hasil daripada wujudnya Internet, maka wujudlah laman-laman sesawang kerajaan dan tidak ketinggalan laman sesawang Pejabat Perdana Menteri (PMO). Laman sesawang PMO mula wujud semasa Tun Mahathir menjadi PM.

Maklumat yang dimuat dalam laman sesawang PMO semuanya berkaitan tugas dan urusan rasmi termasuk berkaitan jabatan dan agensi yang diletak di bawah PMO selain yang dihubungkan melalui sistem Internet.

Semasa pentadbiran Tun Mahathir dan Tun Abdullah, tidak wujud apa-apa unit atau bahagian yang khas untuk isteri masing-masing. Tidak pula wujud sebarisan pegawai untuk berkhidmat khusus untuk mereka.

Tetapi, atas kebijaksanaan seseorang maka  wujud sebuah bahagian khas dalam PMO yang turut dimuat atau dipapar dalam laman sesawang PMO. Bahagian khas itu dinamakan  "F.L.O.M. Division" Tetapi, setelah kewujudannya menjadi topik panas dalam beberapa laman blog, tiba-tiba ia 'hilang' entah ke mana. (Lihat di bawah ini paparan direktori bahagian khas itu)


Bukan menjadi rahsia yang F.L.O.M. itu membawa maksud "First Lady of Malaysia", iaitu satu gelaran yang dirujuk kepada Rosmah Mansor walaupun ia tidak tepat kerana isteri ketua kerajaan bukan "First Lady" tetapi isteri ketua negara. Ini bermakna Bahagian F.L.O.M. diwujudkan untuk Rosmah Mansor dan ia merupakan satu sejarah yang boleh dimasukkan dalam "The Malaysia Book of Records " kerana pertama kali wujud sebuah bahagian khas untuk isteri PM. Bukankah ia memperlihatkan kehebatan Rosmah Mansor dan bukankah ia turut menunjukkan bahawa ia adalah satu strategi orang bijak?

Bahagian itu diketuai oleh seorang Pegawai Khas bernama Datuk Siti Azizah Sheikh Abod. Saya kenal orang ini kerana pernah sama-sama bertugas dalam sebuah kementerian bernama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Jawatan terakhir Siti Azizah sebelum bersara ialah Ketua Setiausaha di kementerian berkenaan.

Selain Siti Azizah, bahagian khas ini turut dianggotai oleh lima orang pegawai lain yanag sudah tentunya hebat-hebat belaka. Maklumlah mereka berkhidmat untuk seorang isteri PM yang hebat.

Saya tidak tahu sama ada kewujudan jawatan-jawatan tersebut dilulus oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau Jabatan Perkhidmatan Awam kerana ia membabitkan wang rakyat untuk membayar gaji dan upah serta menanggung segala perbelanjaan jabatan khas itu.

Selain daripada itu, adakah perlu dan terdesak sangat untuk mewujudkan sebuah bahagian khas untuk isteri Perdana Menteri? 

Mungkin akan terpanggil seorang daripada menteri untuk memberi penjelasan bahawa semuanya itu dibolehkan oleh undang-undang dan ada peruntukan dalam Pekeliling Perbendaharaan ataupun Perlembagaan itu sendiri.

Tidak hairanlah jika ianya berlaku kerana di Malaysia, semuanya boleh!

PAS: Pakatan Rakyat berjaya halang sasaran 5,000 BN

KUALA LUMPUR, 31 Jan — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata Pakatan Rakyat dilihat berjaya menggagalkan usaha Barisan Nasional (BN) mencapai majoriti 5,000 undi yang disasarkan sebelum ini.
“Dengan keadaan yang begitu kritikal, dengan hujan lebat dan banjir yang berlaku di kawasan ini, apa jua yang berlaku, saya rasa kita telah gagalkan hasrat BN untuk mendapat majoriti 5,000,” kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi kerusi DUN Tenang yang berakhir semalam.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua pula berkata walaupun BN dapat mempertahankan kerusi DUN berkenaan, sokongan pengundi Cina terhadap PAS dilihat semakin meningkat.
“Walaupun keputusan ini menunjukkan BN memegang kekuatan di Johor, terutama di kawasan Felda, lebih 70 peratus pengundi Cina mengundi PAS, tetapi memandangkan keadaan banjir di kawasan itu, ramai pengundi Cina yang tidak dapat keluar mengundi,” katanya dipetik Bernama.
Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan Al-Tantawi berkata parti itu akan membuat ‘post mortem’ bagi menganalisis keputusan tersebut dalam masa terdekat, selain memperbaiki sebarang kelemahan.
“Tahniah kepada calon BN, saya harap beliau dapat pikul tanggungjawab sebagai YB (Yang Berhormat),” katanya kepada Bernama.
BN mengekalkan kerusi DUN Tenang apabila calonnya Mohd Azahar Ibrahim menewaskan calon PAS Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 setelah memperoleh 6,699 undi.
Ditanya sama ada beliau kecewa dengan keputusan itu, Nasrudin berkata: “Ini bukan pertama kali parti menerima keputusan yang tidak memihak kepada kita.”
“Sememangnya pilihan raya kecil sukar berpihak kepada Pakatan Rakyat dan kekalahan pilihan raya bukan bermaksud kita kalah dalam perjuangan,” katanya.

Soi Lek dakwa pengundi Cina Tenang sudah kembali ke BN

LABIS, 31 Jan — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau bangga bahawa undi kaum Cina pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang telah beralih semula kepada Barisan Nasional (BN).
Katanya kejayaan BN itu juga telah menafikan dakwaan parti PKR-DAP-PAS bahawa Pakatan Rakyat telah menembusi kubu kuat BN di Johor selain penolakan jelas idea PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam.
“DAP berkata kami bodoh untuk memikirkan bahawa kami boleh menang dengan memainkan isu itu. Kejayaan BN di Tenang juga sebagai pengiktirafan konsep 1 Malaysia dan Program Transformasi Ekonomi oleh Perdana Menteri,” katanya.
Pada pilihan raya kecil itu, BN merampas semula tiga daripada empat kawasan majoriti Cina iaitu Labis Timur, Labis dan Tenang daripada DAP.
“Saya berterima kasih kepada pengundi di Tenang atas sokongan mereka kepada BN. Pembangkang gagal mengurangkan majoriti,” katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, BN mengekalkan Labis Timur dengan majoriti 39 undi, Labis (majoriti 94 undi) dan Tenang dengan majoriti 394 undi berbanding pada pilihan raya umum 2008 di mana calon PAS menguasai 53 peratus undi di Labis Timur dan 59 peratus di Labis.
Bandar Labis Timur mempunyai 63.4 peratus pengundi Cina, Labis (58.3 peratus), Tenang (54 peratus) dan 95.7 peratus di Bandar Labis Tengah.
Pada pilihan raya umum 2008, selain Bandar Labis Tengah, PAS juga memenangi Bandar Labis Timur dan Labis.
“Kami masih belum merampas Bandar Labis Tengah,” kata Dr Chua.
PAS sebelum ini memenangi Bandar Labis Tengah dengan majoriti 509 undi dan pada kali ini, mereka hanya mampu memperoleh majoriti 486 undi, walaupun penurunan 20 peratus pengundi yang keluar mengundi di kawasan itu.
Dr Chua menyifatkan kejayaan BN kepada pendekatan tidak menonjol oleh MCA dengan menggunakan kebanyakan pemimpin tempatan dan pemimpin akar umbi semasa berkempen.
“Ini membuktikan strategi dan taktik kami menggunakan pemimpin tempatan berjaya, pendekatan sama seperti digunakan pada pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi,” katanya.
Terdahulu itu, Dr Chua menghantar pesanan menerusi Twitter di mana beliau pertama kali mendedahkan BN telah menang tiga daripada empat kawasan majoriti Cina di Tenang.
Pada pilihan raya kecil itu, calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menewaskan calon PAS, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi. Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi berbanding 2,992 undi oleh Normala. — Bernama

Menorobos Minda Pengundi Melayu!!!.

"Keputusan PRK Tenang cukup jelas menunjukkan betapa minda pengundi Melayu yang berada di kampung-kampung sama seperti 50 tahun dahulu. Mengapa perkara ini berlaku seharusnya diperhalusi. Jentera PR yang dikatakan antara yang terbaik sepanjang kempen di Tenang gagal menembusi lokasi majoriti pengundi Melayu terutamanya dikawasan Felda dan kampung tradisi.

Faktor peranan media, taktik ugut dan sogokan dikenalpasti taktik utama BE END dalam mana-mana pilihanraya . Orang Melayu seolah-olah tidak kisah nasib bangsanya yang semakin jauh dengan Islam. Mereka lebih  gemar berhibur dan menolak majlis ilmu. Kalau di Johor setiap malam Jumaat , Yassinan hanya dijadikan rutin mingguan, makan dan minum jadi agenda tanpa menghayati kandungan surah Yasin itu sendiri. Maaf kiranya ada  Melayu Johor yang tersinggung tetapi inilah realiti semasa di Johor.  Kalau majlis kenduri kendara karaoki menjadi agenda wajib semasa  majlis berkenaan. Tiada ayat-ayat yang mengingati Allah di perdengarkan. Inilah wajah Melayu Johor. Meminjam kata-kata Abang Mat Sabu dulu,  orang UMNO Johor ini..darah depa CAP KERIS tu yang agak payah sikit nak ubah minda mereka sekarang.
Masyarakat Melayu juga tidak menghiraukan apa sahaja yang berlaku dalam negara , isi kenaikan harga barangan , bebanan yuran persekolahan anak-anak, kenaikan harga minyak dan beberapa perkara seperti Tarif elektrik yang dijangka akan naik semuanya dibuat tidak kisah. Selain itu is-isu nasional juga tidak diendahkan oleh orang Melayu kampung .Lihat isu Kugan dan Beng Hock bagaimana bangsa lain sangat sensitif isu kezaliman ke atas bangsa mereka. Tetapi dalam kes adik Aminulrashid hanya kelibat para pemimpin Melayu dari PR yang bersuara.
Orang Melayu juga tidak peka permasalahan sekeliling seolah-olah duduk  bawah tempurung. Mereka tidak menjadikan kejatuhan kerajaan Tunisia sebagai contoh menentang kezaliman kerajaan sekarang. Kuasa undi Melayu tidak digunakan sepenuhnya. Cukup sekadar terima dua atau tiga ratus atau habuan-habuan sementara untuk mengekalkan kerajaan sedia ada. Orang Melayu juga buat tidak kisah bila isteri Pi Em kita berbelanja sakan masa melancong/melawat  luar negara. Orang Melayu juga tidak kisah bila Isteri pemimpin mereka tidak menutup Aurat.
Lihat masyarakat Cina, mereka sangat bijak berpolitik apa sahaja yang kerajaan buat semua mereka dapat tetapi undi bukan untuk dibeli. Inilah bezanya maruah bukan melayu dan orang Melayu.
Kepada pihak pimpinan PR pula usaha berterusan untuk menembusi kawasan-kawasan Melayu harus dilakukan bagi memastikan cita-cita untuk menumbangkan rejim zalim Be End ini menjadi kenyataan.  Lakukanlah yang terbaik di negeri-negeri dibawah pimpinan PR seperti Kedah, Penang, Kelantan, Selangor. Apa sahaja aktiviti yang melibatkan kebaikan orang Melayu haruslah ditonjolkan dan dalam masa yang sama masyarakat bukan melayu tidak harus ketepikan.
Orang Melayu kena cepat-cepat diberik buku jingga agar mereka sedar matlamat kerajaan PR yang lebih baik dari kerajaan yang sedia ada. Semoga orang melayu akan berubah dan tidak harus bergantung pada Be End. Semoga pimpinan PR dapat menerobos minda melayu yang penuh dengan daki atau karat  biru. 
Semoga segala usaha PR akan beroleh kejayaan kelak Insyaallah.Semoga orang Melayu tidak akan layu .

Jangan patah semangat kerana sudah dijangka

TEMERLOH, 31 Jan: Kekalahan PAS pada pilihan raya kecil Dun Tenang tidak seharusnya melemahkan semangat petugas-petugas Pakatan Rakyat kerana ia berlaku sebagaimana yang telah dijangka.
Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily lewat petang semalam dalam mengulas keputusan muktahir PRK Dun Tenang.
Calon BN pada PRK Tenang, Mohd Azahar Ibrahim mendapat 6,699 undi menewaskan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Normala Sudirman atau Cikgu Mala yang memperolehi 2,992 undi dengan majoriti 3,707 undi.
Meskipun berjaya mempertahankan kerusi Dun Tenang, namun BN gagal mencapai majoriti sasaran iaitu 5,000 undi sebagaimana yang pernah dihasratkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Namun apa yang perlu diambil perhatian ialah perlunya diperkukuhkan kekuatan parti di semua lokaliti. PAS dan seluruh parti komponen seharusnya mempunyai kekuatan asas yang kukuh di setiap peti undi.
“Kegagalan kita membina kekuatan asas akan menyukarkan kita menghadapi sebarang bentuk pilihanraya. Di Dun Tenang, kita harus akui kelemahan PAS sama ada di peringkat cawangan atau keahlian,” nasihat Tuan Ibrahim.
Namun, katanya, kemenangan BN yang hanya beberapa bulan ini sebelum pilihanraya umum ke 13  akan juga menjadi kayu ukuran bagi pengundi di Tenang sejauh manakah calon yang menang akan turun membantu.
“Nasib malang bagi calon menang kerana ia akan terus diuji oleh para pengundi yang kini berhadapan dengan banjir di Labis dan Tenang. Kalau sewaktu kempen, calon turun setiap rumah, dokong orang yang nak pindah, sekarang rakyat boleh tengoklah 'wajah' sebenar calon BN tu,” kata Tuan Ibrahim.
Kepada Cikgu Mala, Tuan Ibrahim menyeru beliau untuk meneruskan usaha dan perjuangan, kerana rakyat juga akan menilai dan membandingkan sejauh mana beliau akan terus membantu masyarakat, sama ada sewaktu kita menang atau sebaliknya.
“PRU akan menanti anda, dan yakin Islam akan pasti menang,” tambahnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Sementara itu, Cikgu Mala mengucapkan terima kasih kepada kepada semua petugas-petugas, Adun-adun, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan penyokong yang membantunya dalam kempen pilihanraya kecil di Tenang.
“Jangan kita berputus asa dalam berusaha sebelum kita mendapat kejayaan dan jika kita berjaya jangan dilupa pengorbanan mereka di belakang yang banyak memberikan sokongan tidak kira waktu, hari dan perjalanan hidup ini.
Kejayaan bukan milik individu sebaliknya milik jamaah yang mantap. Teruskan berjuang untuk Pilihan Raya Kecil di DUN Merlimau N.27 yang bakal berlangsung tidak lama lagi,” kata beliau.
Dalam menyuntik semangat kepada Cikgu Mala, Adun Teja, Chang Lih Kang berkata meskipun kalah tetapi beliau sudah berjaya menawan hati ramai rakyat Malaysia.
“Dalam pilihanraya yang akan datang, Tenang akan kita tawan, seperti di Ijok dulu!” kata Chang.

BN menang di Tenang, Malaysia masih jauh dari krisis Tunisia, Mesir

Calon BN Azahar Ibrahim dijulang oleh para penyokongnya selepas memenangi pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang malam tadi. — Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 31 Jan — Adakah Malaysia akan menjadi seperti Mesir dan Tunisia?
Persoalan ini dikemukakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia susulan kebangkitan rakyat di beberapa negara umat Islam seperti Tunisia, Mesir dan Jordan.
Pemimpin-pemimpin politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat berbalas mesej Twitter sejak petang semalam mengenai persoalan ini. Malah, beberapa pihak sudah pun menulis mengenainya sejak seminggu lalu menerusi blog dan laman web masing-masing.
Kemenangan BN dengan majoriti 3,707 undi di Tenang — di kubu kuat tradisinya di Johor menunjukkan perikatan kekal popular di kalangan pengundi meskipun gagal mendapatkan balik undi masyarakat Cina — halangan besar di kebanyakan kawasan bandar.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin politik mempercayai bahawa wujud beberapa situasi di mana persekitaran politik di negara-negara berkenaan kemungkinan tidak boleh dihindari pada satu hari nanti, jika diambil kira amalan menekan dan rasuah di pihak kerajaan BN.
Pun begitu, di pihak lain pemimpin-pemimpin kerajaan menegaskan situasi di Malaysia jauh berbeza berbanding keadaan di Tunisia dan Mesir. Ini kerana negara Asia Tenggara ini tidak berhadapan dengan masalah pengangguran, rakyat tidak kebuluran manakala negara pula terus mengamalkan demokrasi dengan pilihan raya yang memberikan rakyat kuasa memilih kerajaan.
Buat masa sekarang, pemimpin-pemimpin BN adalah betul. Undi diperoleh calon BN Azahar Ibrahim 6,699 berbanding 2,992 undi oleh calon PAS Normala Sudirman pada pilihan raya kecil ke-14 semalam sejak Mac 2008, menunjukkan perikatan kerajaan pusat mempunyai dasar-dasar yang boleh menarik sokongan.
Tetapi ada kesamaan antara apa yang berlaku di Tunis dan Kaherah dan pihak berkuasa perlu berhati-hati daripada mengalami kebangkitan seumpama itu. Ini termasuklah:
—Mengambil sikap tutup mata terhadap kes-kes rasuah khususnya yang membabitkan kalangan menteri, ahli-ahli politik kerajaan, kerabat diraja dan mereka yang ada hubung kaitan dengan kepimpinan negara.
— Presiden Hosni Mubarak memerintah Mesir dengan pengaruh dan kawalan kuat, dengan disokong polis rahsia dan tentera. Beliau enggan memberi sebarang ruang demokrasi dan disebabkan itu perasaan kecewa terus membina sehingga membawa kepada kebangkitan rakyat. Pilihan raya diseleweng, ahli-ahli politik ditekan dan kelas agama ditindas.
Krisis politik di Mesir selama enam hari telah mengorbankan lebih 100 orang setakat ini, sekali gus membawa gelombang kejutan di seluruh rantau Asia Barat di mana negara-negara autokratik juga mula berhadapan dengan cabaran sama.
Di Tunisia beberapa general tentera telah memujuk bekas presiden Zine al-Abidine Ben Ali agar meninggalkan negaranya bulan lalu ekoran protes beberapa minggu.
Ia tidak berlaku di Malaysia meskipun ketika kemuncak reformasi pada 1998 ekoran pemecatan bekas timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkembangan dalam PKR yang diketuai Anwar menunjukkan bahawa ketua umum parti itu dan Pakatan Rakyat perlu memperkemaskan genggaman dalam parti berbanding mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam usaha mengambil alih Putrajaya.
Keputusan pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang menunjukkan bahawa BN sudah memperoleh sokongan orang Melayu, yang mengambil sikap bertentangan pada 2008, dan juga masyarakat India yang kelihatan memperoleh manfaat daripada gerakan Hindraf pada 2007.
Bagaimanapun BN masih belum memperoleh sokongan pengundi Cina, masyarakat kedua terbesar tetapi menguasai sebahagian besar ekonomi negara.
Akhbar Mingguan Malaysia milik Umno semalam menyebut, dalam 13 pilihan raya kecil lalu yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008, tidak banyak perubahan pada pendirian pengundi Cina yang lebih memihak kepada pembangkang. Walaupun pemimpin BN menunjukkan kemurahan hati dengan memenuhi banyak permintaan NGO dan masyarakat Cina setempat, ia tidak diterjemahkan dalam bentuk undi, di sebalik kebimbangan bahawa situasi di Asia Barat boleh menular ke Malaysia.
Dengan BN memenangi enam daripada 14 pilihan raya kecil sejak 2008, tumpuan sekarang adalah ke atas pilihan raya kecil ke-15 - DUN Merlimau di Melaka pada 6 Mac. Ia diadakan dua hari sebelum genapnya tiga tahun sesudahnya pilihan raya umum ke-12.
Ia satu lagi ujian sama ada BN akan mengekalkan memoentum dan memenangi kerusi Melaka.
Sokongan yang meningkat kepada pentadbiran Najib dalam beberapa pilihan raya kecil akan membantu kerajaan bahawa apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir tidak akan berlaku di negara ini dalam waktu terdekat.
Perkembangan itu akan meletakkan pembangkang dalam kedudukan terus perhati tetapi pentadbiran perlu meneruskan pembaharuan-pembaharuannya untuk kekal berkuasa. Jika tidak, hanya masa yang akan menentukan sebelum protes seperti di Tunisia atau Mesir, malah apa yang berlaku di Indonesia lebih satu dekad muncul di sini.

Janji Pakatan Rakyat untuk Wilayah Persekutuan KL

Kuala Lumpur adalah pusat kebudayaan, ekonomi dan kewangan Malaysia.  Ianya merupakan kawasan yang paling pesat membangun dari sudut jumlah penduduk dan ekonomi negara, dengan anggaran 1.7 juta penduduk (2010).  Bandaraya ini menarik lebih sembilan juta pelancong setahun dan punya KDNK sebanyak RM77 bilion.
Walaupun Kuala Lumpur telah menjadi sebahagian dari Wilayah Persekutuan lebih 37 tahun, kualiti kehidupan di Kuala Lumpur semakin teruk.  Lapangan, taman-taman, dan tanah awam telah dijual kepada pemaju untuk membina tanpa mempertimbangkan warisan KL, namun prasarana awam seperti pengangkutan dan perumahan awam diabaikan.  Taman-taman awam pula memerlukan penyenggaraan yang lebih baik.
Tahap jenayah meningkat dan memaksa rukun tetangga dan persatuan-persatuan penduduk mengupah syarikat pengawal keselamatan swasta dan menubuhkan komuniti-komuniti berpagar, dengan kos yang ditanggung sendiri oleh rakyat.  Malah taraf latihan para pengawal keselamatan ini tidak terselia.
Upah permulaan purata bagi seorang graduan di KL hanyalah RM1,600, yang turun dari RM1,800 sepuluh tahun lalu.  Peningkatan gaji tahunan cumalah 4.7%, antara terendah di dunia.
Pada masa yang sama, harga rumah-rumah sekitar Kuala Lumpur telah meningkat ke purata RM500,000 dan hal ini menyusahkan anak-anak muda yang baru berkahwin untuk memiliki rumah.  Walaupun golongan miskin tegar kononnya telah tiada, namun golongan miskin masih wujud di kota malah semakin meningkat sejak 1998.
Ketidaksamaan adalah masalah yang serius - koefisien Gini bagi Malaysia adalah 0.461 pada 2009 - dan menjadi faktor mendorong peningkatan masalah penyakit sosial.  Sudah pasti tahap ketidaksamaan yang tinggi bukan sahaja melembapkan ekonomi Kuala Lumpur, malah juga Malaysia amnya.
Dengan itu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan mengakui kewujudan masalah-masalah ini dan akan bertungkus-lumus untuk menyelesaikannya dengan rancangan reformasi 100-hari kami, walaupun butiran terperinci serta statistik dalam Wilayah Persekutuan tidak diperolehi daripada kerajaan pusat.  Tentunya rancangan reformasi ini akan disesuaikan mengikut maklumat yang jitu dan terperinci.
Apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih Kerajaan Pusat, Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan berjanji untuk:
1. Menjalankan inisiatif baru untuk mengkaji semula dan memperbaiki bangunan-bangunan Pusat Perumahan Rakyat (PPR), yang mampu mengubah kehidupan golongan berpendapatan rendah serta membina komuniti-komuniti baru yang sihat dan teguh.
2. Melaksanakan cadangan-cadangan transit yang akan mengintegrasikan sistem pengangkutan awam, dan pada masa yang sama mempertingkatkan prasarana awam seperti menambahbaik jalan-jalan raya serta tempat-tempat letak kereta agar mampu menjana sebuah persekitaran sosial dan perniagaan yang mampan.
3. Melaksanakan inisiatif sedia ada Kerajaan Pusat ke seluruh Wilayah Persekutuan, di mana kita akan membina pusat-pusat pengajian di Zon-zon Bandaraya langsung melahirkan Budaya Pembelajaran Cemerlang.
4. Melaksanakan jaringan CCTV menyeluruh lagi berkesan, kukuh dan diintegrasikan dengan badan-badan yang berkenaan seperti hospital, polis, pengawalan trafik dan sebagainya, serta melahirkan unit polis sokongan bagi menangani peningkatan kadar jenayah yang sebenar.
5. Mengadakan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat Wilayah Persekutuan tahunan untuk mempromosi kebudayaan Malaysia, dengan tumpuan khusus kepada perpaduan komuniti dan pembangunan anak muda.
6. Memperkenal dasar-dasar yang lebih mesra perniagaan seperti badan pelesenan contohnya PEMUDAH untuk menarik minat serta memberi semangat kepada para usahawan dan pemilik perniagaan untuk memulakan perniagaan mereka di Kuala Lumpur, sementara melaksanakan langkah 7 (seperti di bawah).
7. Menubuhkan badan bertindak untuk mengkaji dan mengutarakan langkah-langkah berkesan yang akan membolehkan adanya Pilihanraya Kerajaan Tempatan di Kuala Lumpur.
8. Mengkaji dan menggubal dasar-dasar yang akan melindungi alam sekitar di Kuala Lumpur, terutamanya kawasan hutan dalam lingkungan bandaraya serta melaksanakan konsep "indeks bandaraya hijau".
Sempena Hari Wilayah 2011, inilah janji-janji kami Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan yang akan kami kotakan demi memastikan negara tercinta kita akan berjaya mencapai Wawasan 2020, dan menjadikan Kuala Lumpur benar-benar bandaraya yang sejahtera.

*Kenyataan media bersama oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan pada 29 Januari 2011, disokong oleh:
Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak
Nurul Izzah binti Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai
Chua Tian Chang, Ahli Parlimen Batu
Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Bukit Bintang
Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Segambut
Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras
Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Kepong
Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh
Dr.Lo’ Lo’ Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa

Melayu Umno Tenang Layak Dekat Felda Dan Hujung2 Kampung jah

image Melayu umno felda layak menerima hamper2 yang mengandungi milo, biskut ping pong, minyak masak setiap kali tiba musim pilihanraya, kekal kan lah tradisi ini.
Orang Cina bandar Labis berniaga  milo, biskut ping pong, minyak masak tak kira masa dan  setiap kali tiba musim pilihanraya.
Pemimpin melayu umno membeli milo, biskut ping pong, minyak masak di kedai2 Cina di pekan Labis setiap kali tiba musim pilihanraya untuk menjaga FIX Deposit nya supaya tidak berpaling tadah.
Patut lah di Malaysia ni yang cerdik dan otak berniaga tinggal di bandar2, orang yang bijak dan otak berniaga di bandar tak UNDI BN umno Apco, kerana mereka dah masak dengan Pemimpin2 Melayu Umno yang RASUAH.
Yang melayu Umno bangang dan meminta2 layak jer di hujung2 kampong dan felda senang pemimpin melayu umno pantau kerana semua nya tinggal macam dalam kandang umno,  pemimpin nak HINA Islam ke, nak berjoli ke Oman Ke, tipu beli grade sawit ke, tipu harga baja ke, hutang bertambah  ke tak kisah, janji dapat Milo dan Biskut cap Ping Pong.
Melayu umno hujung kampung pulak asyik2 gadai tanah kat Cina di dorong oleh pemimpin2 melayu yang kunun menjaga kedaulatan melayu.
Benar harga komoditi naik, habis bukan hanya istimewa untuk peneroka felda saja, individu Cina ratus2 hektar dan ribu2 sama jah…….lain lah kalau istimewa pada melayu umno felda saja…………….berpuluh tahun Pekan Air Panas jadi kubu umno, nak jadi taik kuku Labis pun jangan harap, apa lagi nak jadi macam Bukit Bintang di KL, pengundi Bukit Bintang tak pernah undi BN.

Tenang : Dah tenggelampun masih sokong??.. Aku tak faham...

Biarpun ketika proses mengundi sedang berlangsung ada kawasan yang ditenggelami air sehingga keparas pinggang namun ketidak cekapan kerajaan negeri Johor itu masih dihargai oleh pengundi di Tenang..

Aku betul-betul tak faham dengan Melayu Felda di Johor ni..


Meskipun Barisan Nasional akhirnya berjaya untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang-nya, namun kemenangan ini pada hakikatnya memberi tamparan sengit kepada slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", tebu yang ditanam di bibir Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Najib Razak.

Apa tidaknya, apabila Tenang dilanda banjir yang setinggi paras pinggang (sedalam dua atau tiga kaki), sehingga menghalang sesetengah pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka, ia sebenarnya mencerminkan ketidakcekapan dan kepincangan kerajaan tempatan dalam perancangan pembangunan bandar.

Ironinya, ketidakcekapan kerajaan inilah sebaliknya menyumbang kepada kemenangan BN. Pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah misalnya, dikelilingi air bah - menghalang kira-kira 90 orang pengundinya untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing, meskipun hanya satu kilometer jaraknya dari pusat pengundian.

Salah seorang pengundi merungut kepada wartawan MerdekaReview, mereka sudah berada di situ pada jam 4 petang, menunggu agar truk tentera menghantar mereka ke pusat pengundian. Hasrat mereka tidak kesampaian. Mereka akhirnya gagal bergerak walaupun satu kilometer dalam masa satu jam - dan jarak 1 km inilah yang menggagalkan suara mereka untuk diambil kira dalam PRK ini.

Bagaimanapun, UMNO-BN menang dengan majoriti 3,707 undi, lebih kurang daripada matlamat 5,000 undi yang digariskan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebelum ini. Apa yang lebih menarik, sokongan pengundi Cina masih memihak kepada Pakatan Rakyat, meskipun diwakili PAS kali ini - pola yang cukup meresahkan BN, terutamanya MCA dan Presidennya Chua Soi Lek.

Chua Soi Lek: Musuh luar dan dalam

Maklumlah, 14 PRK sejak PRU ke-12 sebenarnya cukup penat buat pemimpin dan penyokong kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Pada hakikatnya, tidak banyak ruang khayalan untuk PR menawan kubu BN di Tenang, memandangkan 4,118 undi daripada jumlah keseluruhan datang dari kawasan FELDA.

Apa yang menarik, PRK Tenang adalah PRK pertama di Johor, kubu BN di Semenanjung Malaysia. Lebih-lebih lagi, DUN Tenang berada di bawah kawasan parlimen Labis, kawasan asal Presiden MCA Chua Soi Lek. MCA telah dilanda krisis pergelutan kuasa untuk hampir setahun, dan hanya reda (pada permukaannya) selepas pemilihan semula pada 28 Mac 2010. Satu soal selidik yang dikendalikan Merdeka Center pada Mac 2010 mendapati "hanya 22% Cina anggap MCA relevan".

PRK Tenang menjadi kayu ukur untuk menilai prestasi Chua Soi Lek. Namun, untuk Chua Soi Lek, kemenangan BN di Tenang tidak membawa apa-apa makna yang positif untuk dirinya - seandainya undi Cina tidak melonjak. Malah, kesudahan yang mungkin paling sempurna dari perkiraan politik Chua Soi Lek adalah BN kalah, tetapi undi Cina meningkat. Ini kerana kesudahan sedemikian akan menonjolkan betapa pentingnya kedudukan MCA dalam UMNO, sementara membuktikan bahawa Presidennya berjaya mengembalikan sokongan Cina.

Ini menjelaskan mengapa Chua Soi Lek mengatur strategi untuk menyerang dengan isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalaman dengan lelaki atau tidak. Strategi ini langsung tidak mengambil sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, yang sudah tentunya bakal memberi impak kepada UMNO.

Begitu juga sebaliknya, Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin tidak mengambil kira perasaan MCA, terus menyelar Chua Soi Lek secara terbuka, malah mengeluarkan kenyataan bahawa "Malaysia adalah Negara Islam yang menjadi teladan", pada ketika MCA menakut-nakutkan komuniti Cina dengan isu Negara Islam.

Sebagai politikus veteran, Chua Soi Lek semestinya menyedari bahawa selain musuh dari Pakatan Rakyat, antara parti komponen BN, beliau juga berdepan dengan musuh dalam MCA sendiri. Seandainya beliau gagal mempertahankan undi Cina di kawasan dirinya (sungguhpun kini disandang anaknya, Chua Tee Yong), maka keupayaan beliau akan dipertikaikan oleh pemimpin yang menggosok tangan dalam MCA. Dan ia mungkin pencetus konflik dalaman seterusnya dalam MCA.

Keputusan hari ini jelas menunjukkan bahawa strategi Chua Soi Lek untuk menakutkan pengundi Cina dengan isu "Negara Islam" hilang mujarabnya. Sama ada MCA bakal tunduk kepada realiti ini, ataupun kekal menggunakan senjata terakhir ini, akan diketahui dalam PRK Merlimau yang bakal diadakan pada hujung Februari depan.

Kedudukan PAS di kawasan campuran

Untuk PAS pula, PRK Tenang sebenarnya lebih merupakan pertarungan untuk menguji kedudukannya di kawasan campuran. Rakan partinya dalam Pakatan Rakyat, DAP dilihat bersungguh-sungguh untuk menangkis serangan dari MCA terhadap PAS. Jikalau "Negara Islam" menjadi isu yang menghantui hubungan antara PAS dengan DAP pada masa dahulu, kini kedua-dua parti ini kelihatan lebih matang untuk berdepan dengan isu yang kontroversi ini.

Keputusan PRK Tenang menyaksikan PAS meraih sokongan yang melonjak di komuniti Cina, dan mungkin lebih tinggi seandainya pengundi tidak disekat banjir. Ketika dihubungi MerdekaReview, pengkaji politik, Wong Chin Huat menyimpulkan keputusan ini dengan "UMNO menewaskan PAS, dan PAS pula menewaskan MCA".

Wong Chin Huat mengingatkan bahawa, PAS masih mampu melonjakkan sokongan pengundi Cina terhadap dirinya dalam keadaan kadar pengundian menurun, malah di kawasan kubu Presiden MCA sendiri!

Ini bermakna, MCA akan tewas dengan lebih teruk jikalau calon DAP atau PKR menyarung jersi dalam PRK ini. Malah, jikalau keadaan yang sama berlaku di kawasan yang bukannya kubu MCA, kekalahannya akan lebih ketara, menurut Wong Chin Huat.

Bagaimanapun, keputusan sedemikian mengesahkan sekali lagi realiti bahawa PR menghadapi kesukaran di kawasan desa, khususnya kawasan FELDA dan ladang estet.

Sungguhpun kalah dalam PRK Tenang, namun PAS mungkin boleh yakin dengan undi yang diraihnya melalui Pakatan Rakyat - sokongan yang melangkaui batas kaum dan agama. Malah, ia semestinya menyuntik semangat kepada pemimpin yang mengambil pendekatan sederhana dalam PAS. Cuma, PAS perlu memikirkan sesuatu untuk menembusi kubu UMNO di kawasan pedalaman, yang mana pendekatan ini tidak semestinya perlu mengorbankan undi bukan Melayu-Muslim.

*Analisa ini disunting daripada beberapa laporan dan tulisan yang disiarkan di MerdekaReview,

UMNO Pengkhianat 5: Syabas & tahniah Cikgu Mala



Kami buat poster ini untuk menyatakan bahawa kami cukup bangga dengan Cikgu Normala Surdiman, Calon PAS mewakili Pakatan Rakyat di Dun Tenang. Tidak lupa kepada para pertugas Pakatan Rakyat dan khususnya kepada pengundi PR, tahniah dan syabas!

Kami terharu dan teruja dengan kesungguhan anda di medan juang memberikan sinaran Islam di bumi UMNO yang bertuah itu.

ANDA MEMANG HEBAT!!
ANDA ADALAH PEMENANG SEBENARNYA!!!

Poster ini dicadangkan untuk diletak disemua blog Pakatan Rakyat bagi menunjukkan kita tidak sedikit sedih dan lemah semangat atas apa yang berlaku kerana kita adalah perjuang kebenaran yang PASTI akan meruntuhkan keboborakkan UMNO yang durja!!!

TAKBIR
ALLAH HU'AKHBAR!!!


Poster dalam format PDF
 [ SILA KLIK ]

Keputusan sukar diterima

"Keputusan rasmi, BN mendapat undi 6,699, PAS pula 2,992 undi. Maka, majoriti BN ialah 3,707. Bandingan pilihan raya 2008, BN memperolehi 6,367 undi dan PAS pula meraih 3,875 undi dan majoriti BN sebanyak 2,492. Maka pilihan raya kecil kali ini menyaksikan perubahan undi ialah BN bertambah 332 dan PAS merosot 883 undi. Justeru perubahan majoriti BN sebanyak 1,215 undi.

Apakah makna perubahan ini? Bagi BN ia suatu peningkatan sokongan dan PAS pula adalah suatu kemerosotan sokongan. Kenapakah PAS merosot?

Satu daripada punca adalah sebahagian pengundi PAS 2008 telah kembali kepada BN (mungkin seramai 332 undi yang menambah kepada BN) itu telah diugut berikutan ada kes-kes dilaporkan demikian. Bakinya lagi, seramai 551 mungkin tidak keluar/tidak balik mengundi atau kerana terkandas banjir. Jumlah ini dikatakan sama dengan jumlah PAS yang dikesan berada di luar.

Justeru itu, kemungkinan pengundi tidak dapat balik mengundi disebabkan terkandas banjir adalah logik. Namun ada yang berkata, rahmat banjir itu telah memberi kesempatan kepada BN.



Ini berikutan BN begitu ghairah untuk menang, lantas semua jentera kerajaan, termasuk askar, JPA3 dan Rela digunakan untuk mengangkut pengundi. Tanpa jentera ini, akan ramai pengundi BN tidak sedia keluar mengundi. Sedangkan PAS tidak dapat menggunakan semua kemudahan jentera kerajaan itu. Kelemahan ini menyebabkan pengundi PAS ramai terperangkap dalam banjir.

Inilah realiti kemenangan BN yang pada sikap saya adalah sukar terima. Hanya Allah lebih tahu segala-gala yang berlaku."

Terima kasih Cikgu Mala

"Apa lagi yang mampu saya ucapkan selain daripada ucapan terima kasih cikgu. Allah jualah yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan cikgu sekeluarga dalam mempastikan syiar Islam dinobatkan di negara ini melalui pilihanraya di DUN Tenang.

Kekalahan kali ini sebagai mana di Galas, memang perit buat kami, tetapi itulah yang dilihat pada masa ini. Namun, kami tetap bersyukur dengan ketentuan Illahi. Pada kami, Allah jugalah yang mengetahui sebab sesuatu ketentuan itu.

Keputusan PRK kali ini, sebagaimana PRK yang lepas-lepas juga menyatakan bahawa masih ada lagi sekelumit jiwa orang-orang yang beriman dan orang-orang yang yakin kepada Islam. Inilah yang penting kerana itu adalah rahmat Allah. Pada kami, apalah yang dapat kami buat jika tidak ada orang seperti cikgu? Apakah yang dapat kami tunjukkan kepada Allah tentang usaha dalam melaksanakan fardu kifayah kami? Dengan adanya orang-orang seperti cikgu, telah mampu menyelamatkan kami dan umat Islam di negara ini dan negara ini amnya.

Kewujudan cikgu, telah memenuhi perintah Allah yang mana antara maksudNya; " Hendaklah ada di kalangan kamu, golongan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran."

Saya lupa daripada surah mana ayat itu tetapi itulah yang selalu didendangkan oleh kumpulan tabligh ketika memberi taklim di tempat saya.

Cikgu, cikgu tidak bersendirian. Cikgu pun maklum. Seri Kandi seperti cikgu akan wujud malah sentiasa ada dalam mana-mana kelompok masyarakat. Dalam masa yang sama, kumpulan syaitan tetap ada dan sentiasa berusaha untuk melemahkan malah menghapuskan iman kita. Mereka memang ramai, dan memang pun kerana penghuni neraka itu memang ramai.

BN Menang di Tenang, Bukti Ke'Bodoh'an Orang Felda?


Teman masih lagi memikirkan..
Betapa mudahnya pengundi-pengundi di Felda Sungai Buaya semasa PRK Hulu Selangor dahulu..
Najib hanya berjanji..
"Hari ni saya bagi tuan-tuan RM1000, esok kalau calon BN Kamalanathan menang, Tuan-tuan akan dapat lagi RM49000!! Ini janji saya..."

Akhirnya Kamalanathan menang..
Adakah pengundi-pengundi tu dapat balance RM49000 tu?
Tak dapattt!!

Itu duit sendiri tu..
harus diingat.. RM50000 tu duit peneroka yang jual tanah tuh!
Pun kena tipu dengan Perdana Menteri tuh!
Belum cerita nak minta duit Perdana Menteri tu sendiri!
Lagi jauh lahh!!

Dalam keadaan sangat jelas UMNO-BN menipu pengundi di Sg Buaya Hulu Selangor..
Pengundi-pengundi di Felda Tenang masih lagi setia mengundi BN di PRK Tenang hari ini!
Kalau bukan jahil dan bodoh, apa lagi yang kita nak letak?
Kalau bukan jahil muraqab, jahil apa lagi yang kita nak letak?
Kalau bukan bangang.. apa lagi perkataan yang kita nak letak?

Teman sendiri kahwin dengan orang felda,
hidup dengan masyarakat felda..

Tapi teman tak faham apa yang dikehendaki oleh orang-orang Felda..
Mohon komen semua untuk posting ini..
Sama-sama kita raikan.. "Bagaimana Mahu Menyedarkan Orang UMNO Felda?"
sunsnake 30012011

Prk Tenang: Kita Jangan Lemah Semangat

Pada waktu posting ini ditulis, Tulang Besi mendapat maklumat PAS akan kalah di Tenang dengan majoriti sekitar 3500+. Tulang Besi ingin meminta para pendokong dan penyokong keadilan dan kebenaran supaya jangan patah hati.

Mesti diingat, kerusi Tenang ini adalah KUBU KUAT BN. Dengan segala wang dan sogokan yang dicurah sepanjang kempen, saya tak terkejut majoriti BN naik. Tak perlu isu lain, cukup dengan isu MENJAMIN SURVIVAL UMNO sudah boleh mengaut undi yang ramai dari orang Melayu.
Yakni, faktor sentimental kepada UMNO itu adalah isu yang besar di Johor.

Malah, sedari awal lagi saya sudah agak majoriti BN akan naik lebih dari PRU2008. Tidak mungkin jentera kita mampu berhadapan dengan wang dan sogokan yang bertali arus dari BN dan UMNO.

Ditambah dengan kempen fitnah dan serangan pribadi yang tiada henti, tidak hairanlah pengundi2 Melayu ada yang kembali pada BN

Namun, harus diingat, pada 2008 terdapat pengundi Melayu yang mengundi protes pada Pak Lah. Pengundi2 ini telah kembali pada UMNO dan BN.

Keputusan ini tidak boleh diulang di negeri-negeri lain kerana orang2 Melayu di tempat lain bukan totok UMNO seperti di Johor.

Namun, ia juga mendedahkan kelemahan Pakatan Rakyat yang utama: "Program-program Melayu Pakatan Rakyat masih belum sampai maklumatnya kepada majoriti orang2 Melayu".

Persoalan seperti kedudukan Dasar Ekonomi Baru, MARA, ITM, kuota kemasukan universiti, biasiswa dsbnya MESTI DISELESAIKAN dari sekarang.

Dalama masa yang ada, kalau isu2 yang sensitif kepada Melayu dapat diselesaikan saya yakin UMNO akan kalah di merata-rata tempat.

Kepada saudara-saudara ku, jangan patah hati. Inshaalah, kita akan menang balik selepas ini.

Tulang Besi - Malaysia Waves

Polis, Tentara, JPA, Diskriminasi Pengundi Cina


LABIS 30 JAN : DAP mendakwa terdapat diskriminasi dilakukan dalam pemberian bantuan pengundi untuk keluar mengundi di kawasan banjir dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang.

Hal ini berikutan bantuan yang dihantar pasukan Polis, Tentera dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dihantar ke kawasan kampung dan FELDA.

Pengerusi DAP Johor,  Dr Boo Cheng Hau menganggap hal ini sebagai diskriminasi kerana kawasan Pekan Labis Tengah dan Labis Timur merupakan kawasan majoriti Cina yang dianggap penyokong kuat Pakatan Rakyat.

"Kita ada terima aduan pada tengah hari sebab mereka tak dapat keluar lepas itu kita sendiri hantar kereta untuk angkut pengundi ke pusat pembuangan undi. Tapi masalahnya banjir di beberapa pusat pembuangan undi di Labis Tengah dan Labis Timur tapi kita tak nampak ada kenderaan dari polis, bomba atau JPA tapi kita terima berita bahawa kenderaan kerajaan dihantar ke kawasan Felda dan kampung" ujar Boo.

Pilihan Raya Kecil Tenang berlangsung hari ini dalam keadaan sukar berikutan hujan lebat berterusan sejak seminggu mengakibatkan banjir di beberapa tempat di sini.

Dr Boo kesal dengan keadaan ini kerana kawasan ini mempunyai kira-kira 5 ribu pengundi dan hanya setengah dapat menunaikan tanggungjawab mereka.

Justeru Dr Boo yang juga ADUN Skudai meminta agar Suruhan Jaya Pilihan Raya melakukan sesuatu bagi membaiki keadaan ini.

"Kata nak 1 Malaysia tapi nampaknya ada diskriminasi di kawasan bandar sebab banjir di kawasan ini lagi teruk dari kawasan lain. Kami harap masa mengundi boleh ditangguh. Ini juga cadangan dari pihak PAS.

"Ini memang tak adil sebab cuma 50 peratus yang boleh mengundi di kawasan bandar, jadi untuk demokrasi dilakukan, satu pembetulan perlu dibuat," katanya kepada Tv Selangor.

Prk Tenang, Ramai Pemimpin Pakatan Rakyat Kecewa Dengan Tindakan Pihak Yang Memanipulasi Kemudahan Pengangkutan !!

Hujan lebat sepanjang hari di DUN Tenang telah mengakibatkan banyak kawasan di luar bandar ditenggelami banjir dan beberapa pusat pengundian terputus hubungan. Keadaan itu menyebabkan ramai pengundi Cina yang menjadi bank undi Pakatan Rakyat tidak dapat keluar mengundi. Senario ini juga menyebabkan BN begitu mudah untuk memanipulasi perjalanan pilihanraya DUN Tenang sebenarnya. Walaupun pasukan polis, tentera, jabatan pertahanan awam dan berbagai agensi kerajaan telah dikerah membantu membawa penduduk ke pusat pengundian, tetapi pemimpin Pakatan mengadu ia tidak dilakukan secara adil. Mereka mendakwa lebih banyak kemudahan pengangkutan dikerah ke kawasan Felda yang merupakan penyokong kuat BN. "Mengapa tidak ada bot untuk membawa majoriti pengundi di bandar Labis yang ditenggelami banjir tetapi Felda mendapat semua bot polis dan bomba?" soal ketua publisiti DAP, Tony Pua (foto) dalam twitternya. Menurutnya, kegagalan untuk menyediakan bot dan lori yang cukup, dan diagihkan secara adil di semua daerah pengundian, dilihat telah menjejaskan keputusan pilihan raya kecil kali ini.

[Jika benar dakwaan ini, maka ia sesuatu yang cukup mendukacitakan sebenarnya. Kenapalah pilihanraya terus diadakan dikala bencana alam sehebat ini melanda DUN Tenang. Sewajarnya, pihak SPR lebih jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebenarnya. Inilah yang terjadi, apabila dalam keadaan huru-hara akibat banjir yang melanda maka mereka memanipulasi penggunaan kenderaan dengan sebaiknya. Lantaran itulah kita dapati majoriti kaum Tionghua yang sepatutnya mengundi PAS dalam Pilihan Raya Kecil kali ini akhirnya gagal untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Ini amatlah tidak adil dan jelas merupakan satu penganiayaan buat rakyat yang ingin mengundi itu].

Rasmi: BN kekal di DUN Tenang, gagal cecah sasaran majoriti 5,000

Azahar (tengah) diangkat oleh penyokong-penyokong BN selepas memenangi pilihan raya kecil Tenang hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
LABIS, 30 Jan — Keputusan rasmi mengesahkan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang, Johor pada pilihan raya kecil hari ini, yang terganggu disebabkan hujan lebat dan banjir. Calon BN Mohd Azahar Ibrahim memperoleh 6,699 undi manakala calon PAS Normala Sudirman mendapat 2,992 undi.
Majoriti diperoleh BN 3,707 undi.
Sebelum ini BN meletakkan sasaran untuk mencapai majoriti 5,000 yang pernah diperoleh pada 2004.
Pada pilihan raya umum Mac 2008, calon BN menewaskan PAS dengan kelebihan 2,492 undi.
Terdahulu kira-kira dua jam sebelum keputusan rasmi diumumkan, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga menghantar mesej Twitter bahawa calon BN telah memenangi pilihan raya kecil kali ini — yang ke-14 semenjak 2008.
“Tahniah BN berjaya memenangi dan mempertahankan DUN Tenang. Selamat bertugas kepada YB Azhar,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Dalam pada itu akaun Twitter Normala pula membawa mesej, “secara peribadinya saya berbangga dengan perjuangan dan petugas yang komited bersama (tema) Ubah Sekarang... terima kasih kepada semua (yang) bantu saya.”
Berbanding Mac 2008, peratusan keluar mengundi kali ini cuma 67 peratus atau 9,833 pemilih tunai tanggungjawab mereka, dikaitkan dengan faktor cuaca.
Seramai 73 peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008.
Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Tenang Md Asri Amir di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis pada kira-kira pukul 10.05 malam.
Keputusan itu yang pada mulanya dijangka diumumkan seawal pukul 8 malam bagaimana terlewat sedikit disebabkan kelewatan tiba beberapa peti undi akibat banjir besar yang melanda kawasan DUN berkenaan hari ini.
Turut berada di dewan berkenaan untuk meraikan kemenangan calon BN ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang juga pengarah pilihan raya BN DUN Tenang dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sebaik keputusan diumumkan, Mohd Azahar, yang berkemeja batik biru dan bersongkok, dijulang oleh para penyokongnya yang turut melaungkan “Hidup BN!”
Pilihan raya kecil DUN Tenang itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.