Ahad, 30 Januari 2011

Tenang: Pusat pengundian ditutup

Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

azlanSebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tigaFelda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis.

Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.

Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN.

Pakatan Rakyat bimbang keadaan banjir dimanipulasi BN

LABIS: Banjir yang berlaku di merata-rata kawasan di sekitar sekitar Dun Tenang dibimbangi akan dimanipulasi oleh Barisan Nasional melalui jentera kerajaan seperti Pertahanan Awam (JPA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Bomba.
Setiausaha Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Zabidie Abas berkata keadaan itu boleh dimanipulasi kerana agensi kerajaan itu ditugaskan untuk membawa pengundi ke pusat-pusat pengundian akibat banjir.
“Kita bimbang sekiranya perkara ini berlaku kerana Barisan Nasional mempunyai akses (kepada pengundi), sementara kita (Pakatan Rakyat) tidak dapat memberikan sentuhan terakhir kepada para pengundi,” katanya.
Katanya, meskipun hujan lebat dan banjir di sesetengah kawasan menjejaskan pengundian, namun beliau yakin pengundi Dun Tenang, terutama di kawasan Felda mampu untuk membawa perubahan menolak calon Barisan Nasional.
“Felda memang merupakan kawasan kubu Umno dan barisan Nasional. Namun, apa yang dapat kita pastikan ialah, para penyokong kita di kawasan Felda telah pun menunaikan tanggungjawab mereka.
“Saya jangkakan hampir kesemuanya telah keluar mengundi,” kata Zabidie, yang juga merupakan Setiausaha Pengelola KEADILAN Johor kepada Keadilandaily.com.

Tinjauan Keadilandaily.com di sekitar pekan Labis mendapati, para penyokong kedua-dua parti yang bertanding masih tidak meninggalkan pusat pengundian meskipun hujan lebat masih tidak berhenti.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin dan Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah merupakan antara kawasan tumpuan kedua-dua penyokong parti-parti yang bertanding untuk merayu undi.
Sorakan slogan dan laungan takbir berselang seli di antara kedua-dua kumpulan penyokong parti-parti yang bertanding. Penyokong Pakatan Rakyat, terutamanya Muslimat Pas dilihat paling giat membantu mengiringi pengundi ke tempat pengundian.
Sehingga jam 4 petang tadi, sejumlah 9,618 orang pengundi atau 68.68 peratus telah keluar mengundi.

DUN Tenang: Masih hujan, tempoh mengundi tidak akan dilanjutkan

Jalan dari Stesen Kereta Api Tenang ke Labis dinaiki air ekoran hujan lebat sejak pagi tadi. — Foto oleh Choo Choy May
LABIS, 30 Jan — Urusan pengundian pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang berlangsung dalam keadaan hujan lebat sejak pagi tadi akan berakhir pada pukul 5 petang ini sebagaimana telah ditetapkan sebelum ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tempohnya tidak akan dilanjutkan memandangkan peratusan keluar mengundi adalah baik setakat 3 petang tadi.
“Tidak, kerana peratusan keluar mengundi baik, 66 peratus sehingga 3 petang tadi,” kata beliau dalam kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider.
Sehingga 3 petang tadi, seramai 65.19 peratus atau 9,618 orang telah pun keluar mengundi — meningkatkan daripada 55 peratus setakat 1 tengah hari tadi.
Timbalannya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tempoh rasmi sehingga 5 petang ini tidak akan dilanjutkan kerana undang-undang tidak membenarkan pihaknya berbuat demikian.
“Tidak dibenarkan di bawah undang-undang, di bawah undang-undang tidak boleh dilanjutkan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
SPR memperuntukan tempoh mengundi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang sebagaimana diwartakan sebelum ini.
Hujan lebat sejak awal awal pagi tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di daerah itu terjejas banjir.
Selain itu, beberapa kawasan turut terputus hubungan apabila laluan masuk dan keluar dinaiki air setinggi satu meter.
Tinjauan The Malaysian Insider mendapati Kampung Tenang, Kampung Redong, Kampung Sawah Baru, Kampung Melayu Juasseh dan Kampung Ulu Juasseh terjejas banjir.
Bagaimanapun, kawasan-kawasan ini hanya terputus hubungan.
Pihak berkuasa termasuk tentera, JPA3, bomba dan polis kelihatan berada di kawasan tersebut untuk memantau keadaan selain membantu penduduk.
Beberapa buah rumah di sini juga dinaiki.
Dalam pada itu, jurucakap bilik gerakan SPR berkata: “Beberapa kawasan tak boleh masuk termasuk Pekan Air Panas dengan pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Air Panas, Kampung Sawah Baru (Sekolah Kebangsaan Sawah Baru), Kampung Tenang (Sekolah Kebangsaan Kg Tenang), Ladang Voullts, Ladang North Labis, Kampung Paya Merah (Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin).”
“Di kesemua kawasan ini, kenderaan tak boleh lalu dan masuk tapi pusat mengundi bebas dari banjir.
“Kita dah minta bantuan JPA3 dan bomba untuk bantu kelancaran pilihan raya,” kata beliau lagi.
Dalam pada itu, laporan Bernama memetik jurucakap polis bagi pilihan raya kecil Tenang, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata sehingga pukul 2 petang ini, seramai 846 mangsa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.
Mangsa yang dipindahkan ke Balai Raya Kg Paya Dalam ialah seramai 53 orang; Balai Raya Kg Batu Badak (94); Sekolah Agama Pekan Air Panas (58); Balai Raya Kg Usaha Jaya (70); Balai Raya Kg Lembah Bakti (272); Balai Tadika Kg Orang Asli (130); Balai Raya Kg Sekijang (10); Balai Raya Kg Melayu Raya (12); Balai Air Bah Pagoh 2 (53); Sekolah Arab Kg Gubah (13); dan Balai Raya Kg Genuang India (81).
Walaupun hujan lebat berterusan, proses pengundian di beberapa pusat pengundian yang tidak terjejas dengan banjir berjalan lancar, katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata bot penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terpaksa digunakan untuk mengangkut pengundi dari Labis ke pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, kerana sebahagian laluan menuju ke pusat itu ditenggelami air.
Pusat pengundian itu bagaimanapun tidak terjejas kerana terletak di atas bukit.

Banjir tidak jejas semangat penyokong BN, Pakatan

Walaupun dalam keadaan Tenang dilanda banjir, penyokong Barisan Nasional(BN) dan Pakatan Rakyat tetap bersemangat dan melaung sindiran antara satu sama lain.

NONESuasana tersebut dapat dilihat di pusat pengundian di Sekolah Menengan Kebangsaan (SMK) Kamarul Ariffin di Bandar Labihs Tengah.

Penyokong BN juga turut menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita'.

Manakala petugas Pakatan pula melaungkan "inillah kerajaan BN di Johor, sampai banjir'.

Sementara itu, mereka masing-masing mengucapkan 'Gong xi fa cai' kepada pengundi Cina yang datang untuk mengundi, serta ucapan 'kamsia' (terima kasih) ketika mereka pulang.

Hujan di SMK Kamarul Ariffin tengahari tadi tetapi turun semula selepas jam 2 petang. Laluan antara sekolah tersebut dan jalan besar di situ ditenggelami air sehingga melebihi mencegah paras pinggang.

Ia tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan. Hanya panduan empat roda dan lori yang mengangkut pengundi yang dapat masuk dan keluar dari pusat tersebut.

LAPORAN LANGSUNG PRK DUN TENANG



LAPORAN TERKINI PRK DUN TENANG
04:34PM : Setakat jam 4 petang, peratusan keluar mengundi di PRK DUN Tenang sebanyak 68.68% atau 10,133. Dilaporkan beberapa tempat terputus hubungan manakala masa mengundi berbaki 30 minit sebelum ianya ditutup pada jam 5.00 petang.
04:17PM: Petugas PAS di Ladang Labis Utara terputus hubungan dengan luar, jalan keluar masuk ke tempat mengundi dinaiki air. 
04:03PM: Jalan masuk dari Pekan Labis menuju ke Felda Tenang dan Air Panas ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan. Kelihatan trak tentera membawa bot memasuki kawasan berkenaan. 
03:56PM:  Peratusan keluar mengundi di pusat mengundi Tenang Station hanya 49.27% setakat jam 3.30 petang, di bawah peratusan sebenar.
03:41PM: Kebanyakan kenderaan kecil yang cuba melepasi Tenang menuju ke Segamat terpaksa berpatah balik ekoran beberapa tempat sepanjang laluan kini hampir terputus sepenuhnya akibat banjir. 
03:40PM:  SPR berkata sebanyak 65.19 peratus atau 9618 pengundi sudah keluar menjalankan pengundian setakat jam 3 petang.
03:30PM: Laluan banjir teruk menuju ke dua pusat pengundian. Pengundi tidak boleh menghampiri Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah di Labis Timor dan SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah.  
03:15PM: Keadaan jalan yang digenangi air bercampur dengan tanah kuning di km 6 menuju Segamat.
03:00PM: DAP mendakwa banjir di dua pusat pengundian sudah "serius". Pengundi tidak boleh menghampiri Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah di Labis Timor dan SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah.  
02:47PM:   SPR berkata sejumlah 61.17 peratus atau 9025 pengundi telah menunaikan tanggungjawab setakat jam 2 petang.
02:44PM: Dua pusat mengundi Labis Timor, Labis Tengah kini banjir, pengundi tidak dapat mengundi. 
02:40PM: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta SPR menyatakan pendirian berhubung status pengundian hari ini ekoran banjir dan kebanyakan jalan ditutup. 
02:35PM: Labis kini terkepung dengan air banjir, jalan masuk dari kedua-dua arah Yong Peng dan Segamat kini ditutup kepada semua kenderaan kecil. 
02:33PM: Seramai 846 orang penduduk di Tenang dibawa ke pusat pemindahan berikutan banjir. Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Lembah Bakti, Kg Usaha Jaya, Kg Air Panas dan Kg Batu Badak. 
02:26 PM:  Banjir menyebabkan seramai 215 orang terpaksa dipindahkan.
02:22PM : Pasukan penyelamat kini giat menjalankan usaha memindahkan penduduk dan mengambil pengundi untuk dibawa ke tempat pengundian. 
02:20PM: Jalan dari pekan Labis menuju ke Felda Tenang dinaiki air sehingga ke paras pinggang menyebabkan kenderaan ringan tidak boleh  melalui jalan tersebut 
01:30PM : SPR berkata sejumlah 55.36% atau 8,167 pengundi telah membuang undi setakat jam 1 tengahari tadi. Hujan masih berterusan dan beberapa tempat terus dinaiki air.
01:22PM : Cikgu Mala tiba di pusat mengundi Dewan Bola Jaring JKKK Labis melihat proses pembuangan undi di situ. 
01:20 PM : Di pusat pengundian di Sawah Bahru, jumlah keluar mengundi setakat 12.30 tengah hari tadi sudah mencapai 70.8 peratus. 
01:00 PM : Setakat jam 12.00 tengah hari, menurut pemantauan terhadap kepercayaan politik oleh NGO Zentrum Future Studies, BN kini mendahului 59.5 peratus manakala Pakatan mendapat 40.5 peratus.  
12:57 PM : Jalan dari kedua-dua arah menuju ke Air Panas kini sesak teruk ekoran beberapa tempat di sepanjang jalan dinaiki air. 
12:51 PM : Pihak Polis berkata jambatan menuju ke Ladang Voules adalah merbahaya dan menasihati pengguna agar berhati-hati. Manakala kenderaan berat tidak dibenarkan melaluinya. Pihak berkuasa sudah menyediakan bot jika berlaku sebarang yang tidak diingini.
12: 40 PM:  SPR melaporkan sebanyak 48.93% atau 7,219 pengundi telah membuang undi setakat jam 12 tengahari.
12.30 PM : Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata peratus pengundi Cina yang keluar amat rendah di Labis.

"Tolong desak anggota keluarga atau kawan-kawan keluar mengundi!" tulisnya di laman Twitter. 
12:27 PM : Jalan keluar dari Air Panas sesak teruk ekoran orang ramai mahu menyelamatkan kenderaan dari terkandas banjir. 
12:22 PM : Beberapa batang jalan di air panas mula dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan. Ianya sekaligus menyukarkan pergerakan kenderaan. 
12:20 PM : Beberapa trak dan kenderaan askar diguna untuk memindahkan penduduk yang terbabit banjir di Lembah Bakti. 
12:15 PM : Polis berkata bot dalam keadaan siap sedia untuk digunakan membawa mangsa banjir mengundi di Kg Paya Merah Lama, Kg Air Panas and Felda Redong jika keadaan memerlukan.
12:00 PM :  Banjir yang melanda Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station, bertambah teruk. Jika hujan berterusan, laluan itu mungkin terputus hubungan tidak lama lagi. 
11:45 am : Kampung Paya Merah berhampiran pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin mula dinaiki air.
11:25am : Menurut SPR, 38.66 peratus atau 5,703 pemilih telah membuang undi
11.00am : Walaupun hujan lebat di Tenang dan setengah kawasan sudah banjir, sehingga jam 10 pagi ini, 24.34 peratus atau 3,591 pemilih atau satu perempat daripada pengundi sudah keluar mengundi. Hujan lebat turun sejak malam tadi. 
10.20am : Calon PAS Normala Sudirman tiba di SK LKTP Tenang dan diejek penyokong BN.

"Ini wakil rakyat yang kamu mahu? Tak pernah masuk universiti," jerit penyokong BN.

Manakala penyokong PAS pula membalas dengan jeritan "rasuah".

10.05am : Di pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, proses pengundian berjalan tenang tanpa sebarang kekecohan.

Kedua-dua perayu undi, walaupun dengan hujan lebat, masih meneruskan usaha merayu undi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang media, di Kompleks Institutsi Pendidikan SMK Tenang, yang terletak bersebelahan pusat mengundi ini tidak lama lagi.

9.55am : Keadaan trafik hampir terhenti akibat kesesakan di Felda Tenang, yang terdapat pusat pengundian SK LKTP Tenang. 
9.25am Jabatan Bomba dan Penyelamat kini bersedia dengan bot untuk menghadapi kemungkinan banjir teruk.

8.55am Calon PAS Normala Sudirman tiba di pusat pengundian SK Kampung Tenang, Kampung Redong.

NONEDengan yakin, beliau percaya pengundi akan membuat pilihan yang tepat.

8.40am Beberapa petugas SPR menurunkan bendera dan poster - yang gantung sepanjang jalan menuju ke pusat pengundian- kerana berada kawasan pengundian.

Perayu undi dari kedua-dua parti, kini mula berada di luar pusat pengundian untuk merayu undi.
8.15am Hujan menyebabkan air naik di Kampung Redong. Jika berterusan, kawasan tersebut akan dilimpahi banjir.

Di Kampung Paya, SPR mula melarang payung dibawa ke tempat membuang undi.

8.02am Kelihatan BN dan PAS masing-masing membuka pondok panas mereka sendiri di sekitar pusat mengundi walaupun dilarang oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai. Banyak payung hijau dan biru mewarnai sekitar kawasan mengundi.

Di Kampung Paya, ahli parlimen Labis Chua Thee Yong antara yang menunggu BN dalam hujan renyai di mana calon itu akan mengundi.

"Kita jangkakan ia akan jatuh kepada 60 peratus atau lebih rendah lagi, bergantung pada keadaan," katanya.

Beliau berpendapat, peratusan keluar mengundi akan rendah ekoran cuaca semasa.

8.00am Peti undi dibuka.

PAS gesa SPR tangguh pengundian

LABIS, 30 Jan: PAS mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dun Tenang hari ini ekoran kebanyakan kawasan terputus hubungan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, SPR perlu segera membuat keputusan itu ekoran pengundi kini tidak boleh keluar akibat hujan lebat dan banjir.

"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.

"Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka," katanya.

Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan Labis kini terkepung oleh banjir dari kedua dua arah jalan masuk Segamat dan Yong Peng.

Manakala di Tenang sendiri, beberapa kawasan kini ditenggelami air dan penduduk sedang giat dipindahkan oleh pihak keselamatan termasuk pasukan tentera dan Pertahanan Awam Malaysia.

Laluan di Tenang Stesen ditutup sejak jam 12 tengahari tadi ekoran paras air tinggi mencapai lebih satu meter.

Jalan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin menuju ke Air Panas turut ditutup.

Ianya sekaligus menghalang pergerakan penduduk yang mahu keluar mengundi.

SPR sebelum ini menjelaskan, proses pengundian tetap akan diteruskan kerana banjir hanya melanda kawasan kediaman penduduk dan bukan tempat mengundi.

Mereka turut menyediakan kenderaan bagi mengangkut pengundi ke tempat mengundi.

Namun menurut Mahfuz, keadaan kini bertambah buruk ekoran hujan lebat masih tidak berhenti, dan beberapa jalan lagi telah dinaiki air.

"SPR perlu tegas dan jangan hanya menjaga kepentingan Umno BN sahaja," katanya.

Sehingga jam 2 petang tadi, SPR memaklumkan 61.17 peratus iaitu 9,025 pengundi.

Cuaca buruk, peratus keluar mengundi pula tinggi?

LABIS: Cuaca buruk dengan hujan lebat sejak pagi tadi dan banjir kecil menenggelami beberapa tempat menjadi petunjuk peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, dijangka rendah.
Namun apa yang meragukan bilangan keluar mengundi sehingga pukul 1.00 tengahari mencatatkan peratusan sebanyak 55.36 peratus, meskipun pengundi dilihat tidak ramai yang keluar menunaikan kewajipan mereka di beberapa tempat akibat hujan lebat.
Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor, Zabidie Abas yang kini berada di Pusat pengundian di Pekan Labis berkata, beliau juga hairan dengan jumlah pengundi yang keluar seperti yang dilaporkan media.
Berdasarkan pemerhatiannya sendiri, bilangan yang keluar mengundi sangat sedikit berikutan cuaca buruk tersebut.
“Di sini kehadiran orang ramai agak lengang. Kehadiran orang tak nampak seramai itu lagi, kalau menyeluruh di tempat lain mungkin. Hujan baru sahaja reda kira-kira pukul 1.30 petang.
“Saya menjangkakan peratus keluar mengundi hanya sekitar 75 peratus, jika lebih daripada itu ada sesuatu yang meragukan,” katanya.
Katanya, banjir kecil yang melanda sesetengah tempat, menyukarkan pengundi keluar dari kediaman mereka. Bagaimana pun jentera Pakatan Rakyat berusaha untuk membawa pengundi keluar di kawasan-kawasan kritikal dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
Pengundi Dun Tenang mempunyai masa kira-kira tiga jam lagi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

SPR: Tempoh pengundian tidak dilanjutkan

Walaupun hujan lebat, tempoh pengundian dalam pilihan raya kecil DUN Tenang tidak akan dipanjangkan, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

RTM melaporkan beliau berkata, walaupun beberapa pusat pengundian tidak boleh dilalui, pelbagai agensi kerajaan membanti mengangkut pengundi dengan kenderaan berat.

NONESementara, SMS Sinar Harian pula melaporkan, SPR meminta pengundi Tenang tidak mempercayai khabar angin kononnya proses pengundian ditangguhkan kerana hujan lebat dan banjir.

Sehingga jam 2 petang tadi, peratusan keluar mengundi sebanyak 61.17 peratus atau 9,025 orang.

SPR menjangka sekitar 80 peratus pemilih berdaftar akan keluar mengundi hari ini.

Seramai 14,753 pengundi akan mengundi hari ini untuk memiliha antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Tenang : Banjir di SMK Kamarul Ariffin sampai pinggang

Hujan sudah reda sekitar jam 2 tengahari ini, tetapi laluan antara pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin dan jalan besar di situ ditenggelami air sehingga melebihi paras paha.

NONEIa tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan. Hanya panduan empat roda dan lori yang mengangkut pengundi yang dapat masuk dan keluar dari pusat tersebut.

Walaupun hujan sudah reda tetapi awan hitam masih menyelebungi langit. Kemungkinan besar hujan akan turun lagi selepas ini.
Seperti yang dijangkakan, hujan kembali turun di SMK Kamarul Ariffin tidak lama kemudiannya. Jalan raya yang ditenggelami air separas paha tadi, meningkat ke paras pinggang.
Sementara itu, Bernama melaporkan beberapa kawasan terutama yang berkedudukan rendah di dalam kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini dilanda banjir hari ini berikutan hujan lebat turun berterusan sejak beberapa hari lepas.

Jurucakap Markas Taktikal Polis bagi pilihan raya kecil itu, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata setakat pukul 10 pagi ini, seramai 215 penduduk dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir, dengan antara kawasan terlibat ialah Felda Simpang Redong, Ladang North Labis, Ladang Voules dan Pekan Air Panas.

NONETiada pusat pengundian yang terjejas akibat banjir setakat tengah hari ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata proses pengundian di kesemua 12 pusat pengundian dalam kawasan pilihan raya kecil itu berjalan lancar.

"Walaupun hujan lebat, peratusan yang keluar mengundi untuk pilihan raya kecil kali ini agak tinggi dan setakat 12 tengah hari ini sebanyak 48.93 peratus ataupun 7,219 pengundi telah keluar mengundi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata setakat ini, semua jalan menuju ke pusat pengundian masih boleh dilalui dengan semua jenis kenderaan walaupun sesetengah jalan mula dinaiki air.

NONEBeliau berkata polis telah menempatkan anggotanya di kawasan terlibat termasuk mengawal lalu lintas bagi melancarkan proses pengundian.

"Kita dah sediakan bot-bot untuk membawa pengundi yang tersekat, kalau ada laluan tidak boleh dilalui kenderaan, dari situ mereka akan dibantu oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau petugas daripada parti-parti yang
bertanding.

"(Di beberapa) tempat lain ada banjir kilat kerana hujan air naik serta merta, tetapi tidak begitu serius sehingga menyebabkan laluan terputus," katanya.

NONEAbdul Aziz berkata antara jalan-jalan yang dinaiki air ialah jalan Segamat- Labis di simpang Felda Redong, jalan masuk ke ladang North Labis, jalan masuk ke Ladang Voules dan laluan ke Kampung Sawah Baru.

Mangsa-mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan terdiri 84 mangsa dari kampung Usaha Jaya, 55 (Kampung Paya Dalam); 36 (Kampung Pekan Air Panas); 21 (Kampung Lembah Bakti); 13 (Kampung Bukit Dato) dan enam mangsa orang dari kampung Sekijang.

Pilihan raya kecil DUN Tenang, yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim, 39, dengan calon PAS, Normala Sudirman, 38, diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Dis tahun lepas.

DAP dakwa berlaku beli undi di Tenang Station

DAP mendakwa berlaku pembelian undi di SJK (C) Ai Chun yang terletak dalam daerah pengundian Tenang Station.

NONEMenurut Teo Chin Liang (kanan, duduk) - bapa kepada ahli Parlimen
DAP Serdang, Teo Nie Ching - dia dan agen undi DAP, Liew Choan Chee (kanan, berdiri), pergi ke dewan sekolah tersebut di mana mereka mendapati pintunya terbuka luas, yang menurut mereka tidak biasa berlaku pada hujung minggu.

Setibanya di situ, kata Teo, dia nampak beberapa orang lelaki Cina sedang duduk di sebuah kaunter. Dia kemudiannya didatangi tiga orang, yang bertanyakan mengapa dia berada di situ.

Teo menjawab dia hanya mahu melihat yang apa yang sedang berlaku di situ. Mengesyaki sesuatu, dia kemudiannya memanggil Liew yang berada di dalam kereta dan Liew datang serta mengambil gambar tiga orang berkenaan.

NONEMeliha foto mereka diambil, ketiga-tiga mereka menjadi marah.

Menurut Teo, seorang daripada mereka yang berbaju putih, mengejar
Liew hingga ke keretanya dan mengarahkannya menyerah kameranya, dan mengancam akan menggunakan kekerasan jika Liew enggan berbuat demikian.

Liew, bagaimanapun, memberi amaran kepada penyokong ketiga-tiganya bahawa penyokong PAS akan sampai beberapa minit lagi. Mereka jadi takut dan beredar dari situ.

Setelah mereka pergi, kelihatan masih ada yang datang ke dewan sekolah tersebut.

NONEApabila ditemui Teo, beberapa orang berkata mereka diminta datang
oleh seorang yang dipanggil 'Ah Teck' untuk mengundi di situ, walaupun sekolah berkenaan bukan menjadi pusat pengundian.

Tertinggal di situ ialah cek RM3,000 yang telah dikoyak, dengan tandatangan ketua kampung yang juga pengerusi MCA Kampung Sawah Padi, Kok Yun Keong.

Cek bertarikh 27 Januari itu, ditulis "MCA cawangan Tenang" di atasnya, namun tiada nama penerima.

Tenang: Peratusan mengundi 55.36%, hingga 1pm

Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.

Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

azlanSebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tigaFelda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis.

Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.

Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN.

LAPORAN LANGSUNG PRK DUN TENANG


LAPORAN TERKINI PRK DUN TENANG
01:30PM : SPR berkata sejumlah 55.36% atau 8,167 pengundi telah membuang undi setakat jam 1 tengahari tadi. Hujan masih berterusan dan beberapa tempat terus dinaiki air.
01:22PM : Cikgu Mala tiba di pusat mengundi Dewan Bola Jaring JKKK Labis melihat proses pembuangan undi di situ.
01:20 PM : Di pusat pengundian di Sawah Bahru, jumlah keluar mengundi setakat 12.30 tengah hari tadi sudah mencapai 70.8 peratus.
01:00 PM : Setakat jam 12.00 tengah hari, menurut pemantauan terhadap kepercayaan politik oleh NGO Zentrum Future Studies, BN kini mendahului 59.5 peratus manakala Pakatan mendapat 40.5 peratus.  
12:57 PM : Jalan dari kedua-dua arah menuju ke Air Panas kini sesak teruk ekoran beberapa tempat di sepanjang jalan dinaiki air.
12:51 PM : Pihak Polis berkata jambatan menuju ke Ladang Voules adalah merbahaya dan menasihati pengguna agar berhati-hati. Manakala kenderaan berat tidak dibenarkan melaluinya. Pihak berkuasa sudah menyediakan bot jika berlaku sebarang yang tidak diingini.
12: 40 PM:  SPR melaporkan sebanyak 48.93% atau 7,219 pengundi telah membuang undi setakat jam 12 tengahari.
12.30 PM : Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata peratus pengundi Cina yang keluar amat rendah di Labis.

"Tolong desak anggota keluarga atau kawan-kawan keluar mengundi!" tulisnya di laman Twitter. 
12:27 PM : Jalan keluar dari Air Panas sesak teruk ekoran orang ramai mahu menyelamatkan kenderaan dari terkandas banjir. 
12:22 PM : Beberapa batang jalan di air panas mula dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan. Ianya sekaligus menyukarkan pergerakan kenderaan. 
12:20 PM : Beberapa trak dan kenderaan askar diguna untuk memindahkan penduduk yang terbabit banjir di Lembah Bakti. 
12:15 PM : Polis berkata bot dalam keadaan siap sedia untuk digunakan membawa mangsa banjir mengundi di Kg Paya Merah Lama, Kg Air Panas and Felda Redong jika keadaan memerlukan.
12:00 PM :  Banjir yang melanda Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station, bertambah teruk. Jika hujan berterusan, laluan itu mungkin terputus hubungan tidak lama lagi. 
11:45 am : Kampung Paya Merah berhampiran pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin mula dinaiki air.
11:25am : Menurut SPR, 38.66 peratus atau 5,703 pemilih telah membuang undi
11.00am : Walaupun hujan lebat di Tenang dan setengah kawasan sudah banjir, sehingga jam 10 pagi ini, 24.34 peratus atau 3,591 pemilih atau satu perempat daripada pengundi sudah keluar mengundi. Hujan lebat turun sejak malam tadi. 
10.20am : Calon PAS Normala Sudirman tiba di SK LKTP Tenang dan diejek penyokong BN.

"Ini wakil rakyat yang kamu mahu? Tak pernah masuk universiti," jerit penyokong BN.

Manakala penyokong PAS pula membalas dengan jeritan "rasuah".

10.05am : Di pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, proses pengundian berjalan tenang tanpa sebarang kekecohan.

Kedua-dua perayu undi, walaupun dengan hujan lebat, masih meneruskan usaha merayu undi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang media, di Kompleks Institutsi Pendidikan SMK Tenang, yang terletak bersebelahan pusat mengundi ini tidak lama lagi.

9.55am : Keadaan trafik hampir terhenti akibat kesesakan di Felda Tenang, yang terdapat pusat pengundian SK LKTP Tenang. 
9.25am Jabatan Bomba dan Penyelamat kini bersedia dengan bot untuk menghadapi kemungkinan banjir teruk.

8.55am Calon PAS Normala Sudirman tiba di pusat pengundian SK Kampung Tenang, Kampung Redong.

NONEDengan yakin, beliau percaya pengundi akan membuat pilihan yang tepat.

8.40am Beberapa petugas SPR menurunkan bendera dan poster - yang gantung sepanjang jalan menuju ke pusat pengundian- kerana berada kawasan pengundian.

Perayu undi dari kedua-dua parti, kini mula berada di luar pusat pengundian untuk merayu undi.
8.15am Hujan menyebabkan air naik di Kampung Redong. Jika berterusan, kawasan tersebut akan dilimpahi banjir.

Di Kampung Paya, SPR mula melarang payung dibawa ke tempat membuang undi.

8.02am Kelihatan BN dan PAS masing-masing membuka pondok panas mereka sendiri di sekitar pusat mengundi walaupun dilarang oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai. Banyak payung hijau dan biru mewarnai sekitar kawasan mengundi.

Di Kampung Paya, ahli parlimen Labis Chua Thee Yong antara yang menunggu BN dalam hujan renyai di mana calon itu akan mengundi.

"Kita jangkakan ia akan jatuh kepada 60 peratus atau lebih rendah lagi, bergantung pada keadaan," katanya.

Beliau berpendapat, peratusan keluar mengundi akan rendah ekoran cuaca semasa.

8.00am Peti undi dibuka.

Hujan Lebat Tidak Patahkan Semangat Penyokong

LABIS 30 JAN: Walaupun hujan lebat di sekitar pekan Labis namun ia tidak mematahkan semangat penyokong parti untuk terus berhimpun memberi galakan kepada pengundi-pengundi di UPU Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah.
Tinjauan krew Tv Selangor mendapati rata-rata majoriti pengundi Cina keluar mengundi seawal jam 9 pagi di kawasan tersebut.
Dalam pada itu Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang ditemui pagi tadi berkata, sekiranya PAS berjaya mengurangkan majoriti maka usaha untuk mengagalkan sasaran Umno-Barisan Nasional memperoleh undi majoriti 5000.
"Dalam keadaan cukup undi lama, kurangkan majoriti dan gagalkan sasaran undi BN. Jika salah satu daripada sasaran ini kena maka sudah cukup memberi tamparan kepada BN tentang kebangkitan rakyat," tegas Mahfuz.
Tambahnya, situasi tersebut akan memberi laluan kepada PAS memandangkan pengundi-pengundi Cina memperlihat sokongan kepada parti itu.
"Kita harap pengundi Cina mesti keluar sebab undi mereka banyak memihak kepada kita. Kalau mereka kurang keluar akan beri maslaah kepada calon PAS," jelas beliau ketika ditemui di jalan Segamat-Labis.
Dalam pada itu Mahfuz berkata Felda Chemplak dan Felda Chemplak Barat mendapat sambutan baik daripada pengundi kaum Melayu.
Jelasnya hujan tidak menjadi penghalang warga Felda keluar mengundi berikutan petugas-petugas PAS dan Umno-BN bertali arus membawa pengundi ke UPU menggunakan pacuan empat roda.
Mahfuz turut menolak pengurangan besar 50 peratus undi seperti yang didakwa.
"Pengurangan pasti berlaku cuma kadarnya saya tidak jangka kurang daripada 50 peratus.
"Setakat ini tiada kes pengundi meragukan," tambah beliau lagi.
Sehingga jam 12 tengahari SPR mencatatkan jumlah  48.93 peratus atau 7,219 pengundi sudahpun keluar menunaikan tanggungjawab.

Tenang : Hujan lebat, peratusan keluar mengundi dijangka merosot

LABIS: Pengundi di kawasan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang hari ini akan menentukan siapakah calon yang layak mewakili kepentingan mereka di kawasan itu.
Seramai 14,753 pengundi akan memilih antara calon Pas, Normala Sudirman seorang bekas guru dan calon BN, Azahar Ibrahim, bekas Pembantu Pegawai Daerah.
Pengundian hari ini berjalan dalam keadaan hujan lebat sejak awal pagi tadi. Cuaca buruk ini dijangka akan menyebabkan peratus keluar mengundi berkurang.
Sehingga saat ini, tidak ada sebarang kejadian tidak diingini yang serius dilaporkan.
Sebanyak 40 peratus atau 1,576 orang dilapor  telah keluar mengundi bermula sejak pukul 8 pagi tadi.
Berdasarkan kepada lokasi Tenang yang terletak di luar bandar dan merupakan kubu kuat Umno-Barisan Nasional, Pas dijangka melalui jalan sukar untuk memenangi kerusi berkenaan.
Bagaimanapun, pimpinan Pakatan Rakyat tetap meletakkan sasaran untuk menang atau sekurangnya mengurangkan majoriti BN.
Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar optimis dengan kemampuan pengundi untuk membuat keputusan tepat.
“Kami mensasarkan tiga rumusan dari keputusan dari keputusan pengundian hari ini. Iaitu untuk mengekalkan undi kepada Pas pada Pilihan Raya, mengurangkan majoriti BN dan menidakkan sasaran majoriti 5 ribu oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin,” katanya.
Pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.
Penganalisa politik menjangkakan BN tidak akan berjaya memperoleh majoriti besar seperti yang mereka sasarkan iaitu 5,000 undi sepertimana diperoleh pada 2004.

Cina nyanyi 'Moon Represents My Heart' bersama Nizar

 

LABIS, 30 Jan: Walaupun hujan lebat namun kira-kira 800 penduduk Cina pekan Labis setia mendengar ceramah yang diberikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat malam tadi.

Yang menariknya, mereka dengan penuh ghairah turut menyanyi bersama Datuk Seri Nizar Jamaludin apabila beliau menyanyikan lagu Cina yang popular, "Moon Represents My Heart" (Bulan mewakili hatiku).
Dalam ucapannya Nizar, bekas MB Perak itu berkata, Datuk Seri Najib adalah ketua penyamun.

Rakyat Perak telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan di negeri itu tetapi Najib telah menyamun hak kerajaan dan rakyat Perak itu, katanya.
Walaupun jam sudah menunjukkan waktu 11.30 malam namun mereka masih setia mendengar ucapan demi ucapan dari para pemimpin DAP, PAS dan PKR di pusat operasi DAP di pekan Labis itu.

Di seberang jalan, MCA juga mengadakan majlis ceramah namun hanya kira-kira 30 penonton menyertainya.

Jika suasana sokongan ini boleh diterjemahkan dengan undi esok, nescaya calon Pakatan dari PAS, Cikgu Normala Sudirman akan mendapat majoriti undi Cina esok.

Teresa Kok yang turut berada di situ menyifatkan hujan yang turun ini umpama kerja tuhan membersihkan segala daki rasuah di atas bumi Labis ini.

Selain beliau, turut berada di situ adalah Teng Chan Khim dan Tony Pua.
Selain di kawasan Cina, Pakatan juga mengandakan ceramah di 15 kawasan malam ini walau dalam hujan lebat.
Berikut adalah gambar yang dirakamkan oleh jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh.

LAPORAN LANGSUNG PRK DUN TENANG

LAPORAN TERKINI PRK DUN TENANG
12:20 PM : Beberapa trak dan kenderaan askar diguna untuk memindahkan penduduk yang terbabit banjir di Lembah Bakti.
12:15 PM : Polis berkata bot dalam keadaan siap sedia untuk digunakan membawa mangsa banjir mengundi di Kg Paya Merah Lama, Kg Air Panas and Felda Redong jika keadaan memerlukan.
12:00 PM :  Banjir yang melanda Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station, bertambah teruk. Jika hujan berterusan, laluan itu mungkin terputus hubungan tidak lama lagi.
11:45 am : Kampung Paya Merah berhampiran pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin mula dinaiki air.
11:25am : Menurut SPR, 38.66 peratus atau 5,703 pemilih telah membuang undi
11.00am : Walaupun hujan lebat di Tenang dan setengah kawasan sudah banjir, sehingga jam 10 pagi ini, 24.34 peratus atau 3,591 pemilih atau satu perempat daripada pengundi sudah keluar mengundi. Hujan lebat turun sejak malam tadi.
10.20am : Calon PAS Normala Sudirman tiba di SK LKTP Tenang dan diejek penyokong BN.

"Ini wakil rakyat yang kamu mahu? Tak pernah masuk universiti," jerit penyokong BN.

Manakala penyokong PAS pula membalas dengan jeritan "rasuah".

10.05am : Di pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, proses pengundian berjalan tenang tanpa sebarang kekecohan.

Kedua-dua perayu undi, walaupun dengan hujan lebat, masih meneruskan usaha merayu undi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang media, di Kompleks Institutsi Pendidikan SMK Tenang, yang terletak bersebelahan pusat mengundi ini tidak lama lagi.

9.55am : Keadaan trafik hampir terhenti akibat kesesakan di Felda Tenang, yang terdapat pusat pengundian SK LKTP Tenang.
9.25am Jabatan Bomba dan Penyelamat kini bersedia dengan bot untuk menghadapi kemungkinan banjir teruk.

8.55am Calon PAS Normala Sudirman tiba di pusat pengundian SK Kampung Tenang, Kampung Redong.

NONEDengan yakin, beliau percaya pengundi akan membuat pilihan yang tepat.

8.40am Beberapa petugas SPR menurunkan bendera dan poster - yang gantung sepanjang jalan menuju ke pusat pengundian- kerana berada kawasan pengundian.

Perayu undi dari kedua-dua parti, kini mula berada di luar pusat pengundian untuk merayu undi.
8.15am Hujan menyebabkan air naik di Kampung Redong. Jika berterusan, kawasan tersebut akan dilimpahi banjir.

Di Kampung Paya, SPR mula melarang payung dibawa ke tempat membuang undi.

8.02am Kelihatan BN dan PAS masing-masing membuka pondok panas mereka sendiri di sekitar pusat mengundi walaupun dilarang oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai. Banyak payung hijau dan biru mewarnai sekitar kawasan mengundi.

Di Kampung Paya, ahli parlimen Labis Chua Thee Yong antara yang menunggu BN dalam hujan renyai di mana calon itu akan mengundi.

"Kita jangkakan ia akan jatuh kepada 60 peratus atau lebih rendah lagi, bergantung pada keadaan," katanya.

Beliau berpendapat, peratusan keluar mengundi akan rendah ekoran cuaca semasa.

8.00am Peti undi dibuka.

Lebih 70 peratus Cina Tenang sokong Cikgu Mala

LABIS: Sokongan masyarakat Cina terhadap calon Pas, Normala Sudirman meningkat kepada lebih 70 peratus, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng.
“Pada pilihan raya umum lalu, sokongan mereka adalah 55 peratus. Tetapi kali ini respon dari masyarakat Cina adalah hebat.
“Bagi masyarakat Tionghua, bila Cikgu Mala senyum sahaja, hati masyarakat Tionghua terus ‘cair’,” kata secara seloroh dalam ceramah pada kempen Pilihan raya Kecil Tenang di Dataran Wayang Pacak, malam tadi.
Beliau berkata, selama tiga minggu, KEADILAN menjalankan kempen dan mendapat maklumat termasuk dari program jamuan makan malam, ceramah dan culaan di kawasan sekitar.
Dalam pada itu, Jui Meng berkata, pasukan khas dari KEADILAN Johor dan Selangor ditugaskan untuk menjalankan penerangan dan kempen di kawasan estet dan ladang.
Beliau berkata, masyarakat Cina muak dengan sikap hipokrit Umno Barisan Nasional (BN) berikutan isu peribadi yang dibangkitkan Presiden MCA, Chua Soi Lek dan bertekad untuk menolak BN pada pilihan raya kecil kali ini.
“Secara serius, saya katakan, masyarakat Cina di Tenang akan ‘bungkus’ dia, anak beranak,” jelasnya, merujuk kepada Chua Soi Lek dan anaknya, Chua Tee Yong.
“Reformasi di Malaysia dan Johor perlu bermula di Tenang. Jadi, saya meminta kawan-kawan Melayu untuk membantu kita memberi penerangan kepada orang kampung dan Felda untuk sama membuat perubahan,” katanya.

PRK DUN Tenang : Siapa Bakal ADUN Ditentukan Hari Ini


LABIS 30 JAN : Siapa yang bakal menjadi ADUN Tenang di sini bakal ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan ini yang memulakan pengundian bermula jam 8.00 pagi.
Pilihan raya kecil kerusi di DUN Tenang  sedang berlangsung dalam hujan lebat, sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi. 
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 12 pusat pengundian dibuka bagi pilihan raya kecil itu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. 
Pusat-pusat berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang, SK Pekan Ayer Panas, Dewan Masyarakat Ladang North Labis, Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamarul Ariffin, Dewan Bola Keranjang JKKK.
Pusat mengundi lain ialah SK LKTP Tenang, SK Sawah Baru, SMK Tenang Station, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Voules, Sekolah Agama Felda Chempelak dan SK LKTP Chempelak Barat. 
Dua tempat dilaporkan banjir iaitu Tenang Station dan Kampung Lembah Bakti.

Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tiga Felda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis.

Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.

Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN.

LAPORAN LANGSUNG
12:00 PM :  Banjir yang melanda Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station, bertambah teruk. Jika hujan berterusan, laluan itu mungkin terputus hubungan tidak lama lagi. 
11:45 am : Kampung Paya Merah berhampiran pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin mula dinaiki air.
11:25am : Menurut SPR, 38.66 peratus atau 5,703 pemilih telah membuang undi
11.00am : Walaupun hujan lebat di Tenang dan setengah kawasan sudah banjir, sehingga jam 10 pagi ini, 24.34 peratus atau 3,591 pemilih atau satu perempat daripada pengundi sudah keluar mengundi. Hujan lebat turun sejak malam tadi. 
10.20am : Calon PAS Normala Sudirman tiba di SK LKTP Tenang dan diejek penyokong BN.

"Ini wakil rakyat yang kamu mahu? Tak pernah masuk universiti," jerit penyokong BN.

Manakala penyokong PAS pula membalas dengan jeritan "rasuah".

10.05am : Di pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, proses pengundian berjalan tenang tanpa sebarang kekecohan.

Kedua-dua perayu undi, walaupun dengan hujan lebat, masih meneruskan usaha merayu undi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang media, di Kompleks Institutsi Pendidikan SMK Tenang, yang terletak bersebelahan pusat mengundi ini tidak lama lagi.

9.55am : Keadaan trafik hampir terhenti akibat kesesakan di Felda Tenang, yang terdapat pusat pengundian SK LKTP Tenang. 
9.25am Jabatan Bomba dan Penyelamat kini bersedia dengan bot untuk menghadapi kemungkinan banjir teruk.

8.55am Calon PAS Normala Sudirman tiba di pusat pengundian SK Kampung Tenang, Kampung Redong.

NONEDengan yakin, beliau percaya pengundi akan membuat pilihan yang tepat.

8.40am Beberapa petugas SPR menurunkan bendera dan poster - yang gantung sepanjang jalan menuju ke pusat pengundian- kerana berada kawasan pengundian.

Perayu undi dari kedua-dua parti, kini mula berada di luar pusat pengundian untuk merayu undi.
8.15am Hujan menyebabkan air naik di Kampung Redong. Jika berterusan, kawasan tersebut akan dilimpahi banjir.

Di Kampung Paya, SPR mula melarang payung dibawa ke tempat membuang undi.

8.02am Kelihatan BN dan PAS masing-masing membuka pondok panas mereka sendiri di sekitar pusat mengundi walaupun dilarang oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai. Banyak payung hijau dan biru mewarnai sekitar kawasan mengundi.

Di Kampung Paya, ahli parlimen Labis Chua Thee Yong antara yang menunggu BN dalam hujan renyai di mana calon itu akan mengundi.

"Kita jangkakan ia akan jatuh kepada 60 peratus atau lebih rendah lagi, bergantung pada keadaan," katanya.

Beliau berpendapat, peratusan keluar mengundi akan rendah ekoran cuaca semasa.

8.00am Peti undi dibuka.

Tenang: Penduduk dipindah, 38.6 % undi hingga 11 pagi

Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.

Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

azlanSebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tigaFelda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis.

Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.

Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN.

LAPORAN LANGSUNG
11.40am: Banjir yang melanda Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station, bertambah teruk. Jika hujan berterusan, laluan itu mungkin terputus hubungan tidak lama lagi.

11.36am
: Menurut twitter Loges Mohan - isteri ketua pemuda MIC T Mohan - Jabatan Pertahanan Awam dikerah ke Kampung Tenang untuk memindahkan 62 keluarga yang terperangkap kerana banjir.
Manakala twitter ketua Pemuda MCA yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Seri Wee Ka Siang pula menyiarkan foto banjir sepanjang Jalan Segamat-Labis.
NONE11.30am: Sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi.
11.15am: Calon PAS Normala Sudirman berkata beliau berfikiran "positif" dengan peluang untuk menang.
"Proses pengundian berjalan dengan lancar. Walaupun keadaan hujan lebat, saya tengok pengundi masih bersemangat.
"Saya yakin pengundi bijak membuat pilihan, kita nanti keputusan ini dengan penuh debaran," katanya ketika ditemui semasa mengunjungi pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin.
NONENormala Sudirman ditemani ketua muslimat PAS Pusat Nuridah Salleh dan suami calon Maarof Abd Mutalib.

Wartawan Malaysiakini bertanyakan khabar Maarof, beliau dengan ramah berkata "Alhamdulillah, sihat".
Setakat ini, Normala telah mengunjungi enam daripada 12 pusat pengundian.
11.07am: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang akhbar pada bila-bila masa di Kompeks Pendidikan Labis di Bandar Labis Tengah.
11.05am: Di pusat pengundian di SMK Tenang Stesen, pengundi terpaksa mengharung jalan yang dinaiki air sebelum melalui jalan menuju ke pusat tersebut untuk mengundi.
NONESPR menyediakan sebuah van untuk menghantar pengundi balik ke jalan utama, tempat mereka meletak kereta masing-masing.
11.00am Walaupun hujan lebih di Tenang dan setengah kawasan sudah banjir. sehingga jam 10 pagi ini, 24.34 peratus atau 3,591 pemilih atau satu perempat daripada pengundi sudah keluar mengundi. Hujan lebat turn sejak malam tadi.
10.52am: Ekoran hujan lebat, beberapa kawasan di sekitar dewan pelbagai-guna Kampung Paya Merah dinaiki air. Sepanjang 50 meter Jalan Segamat ditenggelami air sedalam setengah kaki.
NONEAnggota polis bertugas mengawal lalulintas dan memaklumkan kepada para pengguna mengenai keadaan banjir di situ.
10.45am: Di SMK Kamarul Ariffin, pengundi berpayung ke pusat pengundian. Sebahagian besar penduduk di kawasan sekitarnya adalah terdiri daripada masyarakat Cina.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (kanan) mengunjungi khemah SPR di luar pusat pengundian dan mengambil peluang itu untuk bersalaman dengan pengundi.
10.35am: Pintu masuk ke pusat pengundian di SK LKTP Tenang sesak seperti pasar dengan kedua-dua anggota Puteri Umno dan pekerja PAS mengiringi pengundi keluar dari kereta untuk ke pusat tersebut.
NONEKawasan ladang kelapa sawit di Jalan Tenang turut ditenggelami air hujan.
10.20am Calon PAS Normala Sudirman tiba di SK LKTP Tenang dan diejek penyokong BN.

"Ini wakil rakyat yang kamu mahu? Tak pernah masuk universiti," jerit penyokong BN.

Manakala penyokong PAS pula membalas dengan jeritan "rasuah".

10.05am
Di pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, proses pengundian berjalan tenang tanpa sebarang kekecohan.

Kedua-dua perayu undi, walaupun dengan hujan lebat, masih meneruskan usaha merayu undi.

NONETimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang media, di Kompleks Institutsi Pendidikan SMK Tenang, yang terletak bersebelahan pusat mengundi ini tidak lama lagi.

9.55am Keadaan trafik hampir terhenti akibat kesesakan di Felda Tenang, yang terdapat pusat pengundian SK LKTP Tenang.

NONE8.50am Calon BN Azahar tiba 'disambut' laungan sindiran "jangan lelong tanah saya" di Kampung Paya Merah.

8.40am Cubaan penyokong PAS mendirikan khemah berdekatan dewan sebaguna Kampung Paya Merah dihalang polis.

9.40am:
Menurut seorang pekerja parti DAP Lim Swee Kuan dalam laman Twitter, peratusan keluar mengundi sehingga jam 9 pagi sebanyak 10.06 peratus atau 1,576 orang.

NONE9.30am Keadaan mula meriah dengan laungan takbir dan "Hidup BN" kira-kira 100 penyokong bersilih ganti di di SK Pekan Air Panas, Pekan Ayer Panas.

Hujan terus terus mencurah-curah, dijangka naik ke paras kaki tidak berapa lama lagi.

9.25am Jabatan Bomba dan Penyelamat kini bersedia dengan bot untuk menghadapi kemungkinan banjir teruk.

8.55am Calon PAS Normala Sudirman tiba di pusat pengundian SK Kampung Tenang, Kampung Redong.

NONEDengan yakin, beliau percaya pengundi akan membuat pilihan yang tepat.

8.55am Calon BN Azahar membuang undi di Kampung Paya Merah dengan neneknya berusia 95 tahun.

8.40am Beberapa petugas SPR menurunkan bendera dan poster - yang gantung sepanjang jalan menuju ke pusat pengundian- kerana berada kawasan pengundian.

Perayu undi dari kedua-dua parti, kini mula berada di luar pusat pengundian untuk merayu undi.
8.15am Hujan menyebabkan air naik di Kampung Redong. Jika berterusan, kawasan tersebut akan dilimpahi banjir.

Di Kampung Paya, SPR mula melarang payung dibawa ke tempat membuang undi.

8.02am Kelihatan BN dan PAS masing-masing membuka pondok panas mereka sendiri di sekitar pusat mengundi walaupun dilarang oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai. Banyak payung hijau dan biru mewarnai sekitar kawasan mengundi.

NONEDi Kampung Paya, ahli parlimen Labis Chua Thee Yong antara yang menunggu BN dalam hujan renyai di mana calon itu akan mengundi.

"Kita jangkakan ia akan jatuh kepada 60 peratus atau lebih rendah lagi, bergantung pada keadaan," katanya.

Beliau berpendapat, peratusan keluar mengundi akan rendah ekoran cuaca semasa.

8.00am Peti undi dibuka.

Tenang: 34 peratus keluar undi tiga jam pertama

Tenang: 34 peratus keluar undi tiga jam pertama

TERKINI

LABIS, 30 Jan — Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang yang sedang berlangsung dalam hujan lebat sekarang menyaksikan seramai 5,703 orang atau 38.66 peratus telah keluar mengundi sepanjang tiga jam pertama.
Paras itu dlihat agar tinggi. Seramai 10.68 peratus atau 1,576 orang telah keluar mengundi pada sejam pertama dan ia meningkat kepada 24 peratus sehingga 10 pagi tadi.
Pengundian bermula 8 pagi tadi.

Pengundian DUN Tenang berlangsung dalam hujan lebat


Gelagat penyokong BN meraih undi dalam keadaan hujan lebat di luar pusat mengundi Kg Paya Merah. — Foto oleh Choo Choy May
LABIS, 30 Jan — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang hari ini berlangsung dalam hujan lebat sejak awal pagi. Ekoran cuaca buruk ini dijangka 14,753 pengundi di kawasan itu dijangka akan menghadapi kesukaran untuk keluar mengundi terutamanya di kawasan kampung dan ladang.  Jika keadaan ini berterusan, peratusan keluar mengundi dijangka kurang 50 peratus. Tinjauan The Malaysian Insider mendapati beberapa kawasan petempatan penduduk dinaiki air, malah jalan keluar dilalui penduduk juga tidak dapat digunakan.
Di pusat-pusat mengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan pengundi membawa masuk payung sebaliknya hanya boleh menggunakan payung agensi kerajaan itu.
Walaupun hujan, penyokong kedua-dua parti tetap meneruskan usaha meraih undi daripada pengundi. Sementara itu Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md. Asri Amir ketika dihubungi berkata keadaan masih lagi terkawal walaupun hujan lebat.
“Keadaan di sini (Tenang) masih lagi ok, tiada masalah. “Pusat-pusat mengundi bebas dari banjir,” katanya.
Penyokong PAS turut turun padang memancing undi minit-minit terakhir pada hari pengundian hari ini dalam hujan lebat. — Foto oleh Choo Choy May
Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.  Semalam Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meminta supaya pengundi di DUN Tenang agar menunaikan tanggungjawab mereka pada sebelah pagi bagi mengelakkan hujan lebat yang dijangka berlaku pada sebelah petang.
Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca pagi ini mendung manakala hujan lebat pada sebelah petang. Abdul Aziz berkata semua 12 pusat yang mempunyai 32 saluran mengundi adalah selamat daripada kemungkinan dilanda banjir kerana terletak di tempat tinggi.
Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.