Jumaat, 28 Januari 2011

Isu Sijil Sakit: Doktor Boleh Saman Pihak Yang Pertikai Sijil Sakit Yang Dikeluarkan

 

Sijil Cuti Sakit Suami: Sila Rujuk Doktor, Kata Cikgu Mala

LABIS: Calon PAS, Normala Sudirman mendakwa suaminya, Maarof Abdul Mutalib diberikan cuti sakit sehingga tempoh dua minggu berturut-turut disebabkan oleh masalah kemurungan akibat arahan pertukaran dalam tempoh 24 jam ke sebuah sekolah di Johor Bharu sebelum ini.

Beliau berkata, bagaimanapun jika media berminat menyiasat lebih lanjut mengenai kesahihan sijil cuti sakit kepada suaminya itu, dinasihatkan bertemu terus dengan doktor yang berkenaan.

“Lebih baik media berjumpa dengan doktor yang mengeluarkan cuti sakit tersebut kerana sebagai doktor beliau lebih profesional dan tahu kenapa dan mengapa surat itu dikeluarkan kepada pesakitnya.

“Media kalau nak tahu lebih baik tanya pada doktor itu lebih baik dan ada ketelusan,” katanya kepada pemberita di Dataran Wayang Pacak di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan suaminya mendapat cuti sakit selama 21 hari daripada dua pusat kesihatan di Segamat namun pada masa yang sama Maarof sering didapati menemani isterinya sepanjang musim kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Dalam pendedahan yang dibuat oleh sebuah blog http://marahku.blogspot.com/ mendakwa suami calon PAS itu telah mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat-Labis, Johor.

Ia diikuti dengan cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh daripada pusat kesihatan yang sama.

Dalam salinan surat sakit tersebut, dimaklumkan Maarof yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen diberikan cuti sakit selama 2 minggu berturut-turut kerana beliau menghadapi masalah kemurungan yang serius.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Normala yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala berkata, suaminya berdepan dengan tekanan yang hebat ketika mendapat tahu mengenai pertukaran yang diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Johor sebelum tindakan tersebut ditarik balik dalam tempoh 24 jam selepas itu.

“Ya, hal penukaran itu memberikan kesan di hati suami saya kerana pada hari yang sama juga anak saya dimasukkan ke wad,
” katanya.

Ketika ditanya bagaimana dengan keadaan suaminya ketika ini, Cikgu Mala berkata, emosi suaminya sangat stabil dan beliau juga menegaskan dirinya tidak langsung tertekan dengan isu sijil cuti sakit suaminya yang dijadikan bahan kempen dalam pilihan raya kali ini.

“Saya yakin dengan integriti pihak yang mengeluarkan sijil cuti sakit ini. Apa pun tohmahan atau fitnah yang tidak benar akan berbalik kepada orang yang menyebarkan fitnah itu. Insya-Allah, Allah akan memelihara saya daripada sebarang fitnah dan hasad dengki,” katanya.

Jelasnya isu serangan peribadi sudah tidak relevan untuk memancing undi pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

“Isu ini telah disensasikan dengan kaitan peristiwa yang tidak berasas. Isu sakit ini perlu tanya kepada doktor,” katanya. -mstar


'Suami calon PAS murung, bukan sakit serius'

PAS hari ini menafikan bahawa suami calonnya di kerusi pilihan raya kecil Tenang - Maarof Abdul Mutalib menghadapi penyakit serius seperti didakwa dalam akhbar arus perdana dan beberapa blog pro-BN.

NONEMenurut ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Hatta Ramli yang juga ahli parlimen Kuala Krai, setakat ini, tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan suami Normala Sudirman itu menghadapi masalah kesihatan yang serius.

"Tidak ada indikasi beliau ada penyakit yang serius, yang bahaya, tidak ada.

"Beliau bukannya lumpuh atau hilang ingatan. Rasanya (ia) bukannya isu.

"Kalau ada pakar minta rujuk kepada pakar besar, terpulanglah pakar tersebut," kata Dr Hatta Ramli.

Beliau yang juga seorang pengamal perubatan berkata berdasarkan surat cuti sakit yang diberikan kepada guru berkenaan selama 21 hari, hanya mencatakan sakitnya sebagai "simple depressive disorder".

"Masalah kemurungan boleh berlaku dalam banyak hal. Kita tidak tahu apa puncanya, tetapi beliau pernah digambarkan sewaktu isterinya diisytiharkan menjadi calon, beliau diarahkan berpindah 24 jam.

"Mengikut amalan perubatan antara tekanan dan kemurungan boleh berlaku kerana kematian keluarga, atau perpindahan. (Jadi) kemurungan mungkin boleh berlaku," katanya.

Dr Hatta mengulas laporan akhbar dan blog yang mempersoalkan status Maarof kerana bercuti cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Malah sijil sakit itu juga disiarkan di sebuah blog berkenaan dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

Bersama isteri

Mengulas lanjut, Dr Hatta berkata pihaknya tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai kemurungan tersebut.

tenang ceramah normala received flowerBagaimanapun, katanya antara terapi dan jalan penyelesaiannya mengenai isu ini adalah bersama-sama dengan isteri, keluarga dan orang yang disayanginya.

Mengulas mengapa Maarof mengambil cuti yang banyak, Dr Hatta meminta perkara tersebut dirujuk kepada doktor yang memberi cuti berkenaan.

Beliau juga berkata sijil sakit itu "tidak wajar" didedahkan kepada umum kerana ia merupakan dokumen sulit dan peribadi antara majikan dan pekerja.

'Tanya doktor'

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mempertahankan Maarof yang didakwa berkempen untuk isterinya.

"Beliau tidak kempen, atau memberi ucapan, tetapi (beliau) mendampingi isterinya," katanya.

Utusan Malaysia hari ini memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'. Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Sementara itu, Normala - ketika ditemui pemberita berhubung isu surat cuti sakit suaminya - berkata:

"(Perkara) itu saya kira lebih baik (media) berjumpa dengan doktor yang berikan surat cuti (supaya) lebih profesional, mengapa dan kenapa surat itu dikeluarkan kepada pesakit."

Ditanya mengenai masalah kesihatan yang dihadapi oleh Maarof, Normala sekali menegaskan supaya media bertanya kepada doktor tersebut.

"Media, kalau betul-betul nak tahu, tanya doktor. Saya kira itu lebih baik dan lebih adil (supaya) ada ketelusan," katanya.

Ditanya pemberita mengenai suaminya yang sakit, tetapi masih mengikut beliau berkempen, Normala berkata:

"Istilah sakit, bukan telantar. Saya kira ia telah diterangkan oleh (pihak) operasi (PAS). Saya ingat istilah itu perlu difahami... Setakat ini (beliau) ok (dan) emosinya sangat stabil," tegasnya.

Ditanya sama ada tertekan dengan dakwaan tersebut, Normala berkata beliau tidak rasa tertekan.

Katanya beliau percaya penganiayaan akan berbalik kepada orang yang membuat fitnah.

Katanya, suaminya jarang mengambil cuti dan beliau sangat memberi komitmen dengan kerjanya. -mk


Ulasan GB

Sebagai seorang ahli iktisas, seseorang doktor boleh menyaman pihak yang mempertikaikan sijil cuti kepada pesakitnya. Pihak sekolah yang mendedahkan sijil cuti sakit itu juga boleh didakwa kerana surat sijil sakit itu adalah sepatutnya sulit dan tidak didedahkan kepada pihak awam.

Tidak beretika: PAS kesal dokumen peribadi didedah

LABIS, 28 Jan: PAS kesal dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Labis yg mendedahkan dokumen peribadi seorang gurunya berhubung laporan cuti sakit dan dijadikan bahan kempen Umno BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli berpendapat tindakan tersebut juga boleh menjejaskan imej guru berkenaan dan menghilangkan keyakinan pekerja terhadap majikannya.

Beliau yang juga seorang pengamal perubatan berkata, sijil cuti sakit adalah dokumen rasmi yang sepatutnya hanya di ketahui oleh pesakkit (guru tersebut) dan majikannya.

Ini kerana dokumen tersebut mengandungi maklumat sulit antara doktor dan pesakitnya, termasuk diagnosis pesakit.

"Hanya pesakit atau doktor yang diizinkan oleh pesakit boleh mendedahkan maklumat itu kepada pihak ketiga," katanya.

Kekesalan itu dizahirkan ekoran Umno BN kini didakwa menggunakan sijil sakit, Maarof Abdul Mutalib iaitu suami kepada calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman.

Sijil sakit berkenaan juga turut disiarkan di sebuah blog pro Umno dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

Selain blog, laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini juga turut memainkan isu sama dengan memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'.

Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Selain itu, Hatta turut membidas tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Puad Zarkashi yang merestui tindakan sekolah berkenaan dan terus membuat kenyataan seolah-olah guru tersebut telah melakukan kesalahan tanpa usul periksa.

"Tindakan Timbalan Menteri ini sangatlah tidak profesional. Beliau wajar memohon maaf kepada guru berkenaan," katanya lagi.

Selain Puad, PAS juga katanya terkejut dengan tindakan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang mempertikaikan pegawai perubatan yang merawat dan mengeluarkan sijil cuti sakit kepada guru berkenaan.

Menurutnya, Rosnah tidak berhak campurtangan dalam urusan kerja profesional doktor berkenaan.

"Percubaan mencampuri dan mengganggu tugas seorang doktor utk tujuan mempengaruhi cara rawatan yang dilakukan oleh doktor sangat tidak bermoral dan amat terkutuk.

"Datuk Rosnah harus tahu batas kuasa beliau di Kementerian Kesihatan.

Timbalan Menteri atau sesiapa juga pegawai atasan ujarnya, harus memberi sokongan dan perlindungan kepada pegawai dan kakitangan dibawah tanggunjawab mereka manakala sebarang perlanggaran tatatertib harus disiasat di peringkat dalaman jabatan dan bukannya dengan mengeluarkan kenyataan yang melulu.

Sehubungan itu PAS tegasnya meminta pihak Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja menjatuhkan maruah pengamal perubatan di bawah kawalan mereka.

"Semoga ini menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak mengulangi kesilapan yg sama," katanya.

Di mana Cikgu Mala dapat kekuatan

 
"Pilihan raya adalah buah demokrasi yang dipaksakan ke atas kita. Dalam perjuangan yang mulia ini, kita harus mengharunginya dengan penuh kepayahan dan kesakitan. Kadang-kadang kita menjadi sesak nafas, lemas, kecewa dan putus asa apabila terpaksa berhadapan dengan kejahatan manusia-manusia yang kejam, tidak beriman dan tidak beraqidah dalam perlawanan ini.

Sama ada bersetuju atau tidak, suka atau tidak kita terpaksa mengheret kaki dalam meneruskan perjuangan demi mencari redha Allah, demi mencari syurga Allah yang hanya ditawarkan kepada Ansarullah sahaja.

Tenang menyaksikan satu lagi perlawanan yang tidak pernah berlaku adil kepada mana-mana perjuangan berfaham keadilan atau kebenaran.

Mereka yang memegang kekuasaan, dengan segala yang ada, terus menekan dan menekan pihak lawan yang sah dengan cara yang tidak sah dan sangat tidak manusiawi.

Segala senjata berat dan ringan dihamburkan tanpa ampun. Fitnah membabi buta, rasuah yang jijik, ugutan tanpa batas, perlecehan immoral dan penghinaan agama. Bererti penghinaan kepada tuhan.

Maududi pernah mengungkapkan bahawa tujuan yang paling utama Islam menawarkan calonnya dalam perlawanan pilihanraya adalah untuk menyelamatkan aqidah ummat Islam dengan memberi peluang kepada ummah untuk memilih calon yang berjuang demi aqidah Islamnya.

Justeru seluruh ummah Islam di Tenang sewajarnya bersyukur kepada Tuhan kerana seorang cikgu yang solehah sanggup berkorban untuk memenuhi tanggungjawab yang sangat berat ini.

Di manakah Cikgu Mala ini memperoleh kekuatan yang luar biasa ini. Kekuatan untuk menyahut cabaran yang sangat getir ini. Walhal, alangkah indahnya hidup sebagai suri rumah yang biasa di samping suami dan anak-anak tercinta.

Cikgu Mala. Anda adalah di antara pilihan Tuhan untuk menyelamatkan aqidah ummat di Tenang, malah di Malaysia. Fahamilah perkara ini dengan saksama.

Anda mengingatkan kita kepada Zainab al Ghazali.

Mengingatkan kita kepada pemerintahan empat orang ratu yang memerintah Aceh selama enam puluh tahun (1641-1699) yakni Ratu Safiatuddin, Ratu Naqiatuddin, Ratu Zakiatuddin dan Ratu Kamalat Shah.

Sedangkan ulamak terbilang saat itu tidak membantahnya, seperti Nuruddin Ar Raniri, Abd.Rauf Fansuri, Jalaluddin Althursani.

Ratu Hijau di Patani, Raziatuddin di kerajaan Mamluk India dan Shajaratuddin di Mesir.

Cikgu Mala. Terima kasih kerana mengambil amanah berat ini. Ingatlah pesan Hamka dalam Tafsir Azhar "Allah tidak akan tanya menang atau kalah, tapi Allah akan tanya sama ada kita berjuang untuk Islam atau berjuang menentang Islam".

Gelagat Puteri Umno ‘perasan’, Srikandi lapor polis

LABIS: Srikandi KEADILAN malam ini membuat laporan polis berikutan kamera kepunyaan salah seorang ahli Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dirosakkan dua ahli Puteri Umno di sini, petang tadi.
Kejadian berlaku ketika anggota AMK itu sedang merakam gambar kugiran muzik sebelum dua ahli Puteri Umno melalui kawasan berhampiran dan ‘perasan’  atau menyangka gambar mereka diambil, sedangkan lensa di hala ke arah kugiran.
Bercakap kepada KeadilanDaily.com, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Ismail, berkata ahli Puteri Umno itu kemudian dikatakan menepis kamera berkenaan hingga terhempas dan mengalami kerosakan teruk.
Beliau berkata, kedua-dua ahli Puteri Umno itu kemudian dikatakan beredar meninggalkan kawasan itu tanpa memohon maaf atau membayar ganti rugi.
“Kami memanggil kedua-dua Puteri Umno itu  untuk penjelasan tetapi tidak diendah. Dua anggota polis yang berada di tempat kejadian turut sama memanggil mereka tetapi gagal, malah tangan seorang anggota turut ditepis,” katanya.
Berikutan itu,  Siti Aisyah membuat laporan di balai polis Labis. Puteri Umno itu turut berbuat demikian.
“Srikandi dan Puteri Umno kemudian bersetuju menarik balik laporan, sebaliknya mereka menuduh kononnya ‘persentuhan fizikal’ dan penggunaan kata-kata kesat dalam  laporan mereka,” katanya yang bercadang membuat dua lagi laporan.

PRK DUN Tenang : Kredibiliti Cikgu Mala Kukuh


LABIS 28 JAN : Walaupun Umno-BN menggunakan pelbagai cara untuk merendahkan kredibiliti calon Pakatan Rakyat DUN Tenang Normala Sudirman, namun ianya tidak sedikitpun menjejaskan kepercayaan Pimpinan Pakatan Rakyat dan pengundi DUN Tenang terhadap beliau.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Normala mampu membawa isu dan suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Johor.
Menurut beliau, menghantar seorang lagi calon BN hanya menambah golongan 'pak angguk' di DUN Johor dan tidak mampu menyuarakan kegusaran rakyat.
"Kita mahu dia bawa isu rakyat. Bukan kita mahu dia ke DUN setuju semua. Dah ramai dah wakil Umno di situ, cukuplah. 
Yang tak payah belajar banyak. Nak jadi wakil rakyat Umno senang, cakap 'saya setuju'. Yang kita nak ialah yang boleh bawak bawak masalah. Masalah apa sekarang? harga barang," tegas Anwar.
"Jadi kalau tanya apa dia isu Cikgu Mala dalam PRK ini, jawab. Isu ekonomi, isu makan minum kita, isu pelajaran anak-anak. Isu hidup kita yang perlu diangkat  Wakil Rakyat ni bukan wakil Menteri, bukan wakil Menteri besar. Tapi wakil rakyat. Kita guna istilah wakil rakyat begitu," katanya.
Anwar menyatakan demikian di hadapan pengundi dan warga Felda Chempelak Barat yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Bandar Labis.
Walaupun dalam hujan lebat, penduduk di situ setia menanti kedatangan pemimpin Pakatan Rakyat seperti Anwar, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa,Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan ramai lagi.
Sentimen sama dikongsi oleh Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamarudin yang percaya dengan ketokohan dan semangat Normala untuk menjadi suara rakyat Tenang dan Felda Chempelak ini.
Beliau yang juga ahli Parlimen Ampang menegaskan bahawa wanita tidak harus dipandang rendah kerana mampu berjuang dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat.
"Saya nak berdiri di sini nak membuktikan pada rakyat bahawa wakil rakyat wanita mampu membawa isu masyarakat dan rakyat ke dalam Dewan Parlimen, begitu juga Cikgu Mala mampu membawa isu rakyat Tenang ke DUN Johor," katanya.
Malah Zuraidah turut yakin bahawa Normala akan menggunakan pengalaman dan ketokohan beliau sehingga diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan taraf pendidikan serta membanteras gejala sosial masyarakat di sini.
"Bayangkan Cikgu Mala masuk di DUN Johor bawa masalah pelajaran anak-anak kita? bagaimana prestasi dan pencapaian anak-anak di Tenang. Kalau lemah apalah sebabnya? Jadi dengan pengalaman dia, Cikgu Mala boleh membantu perbaiki sistem persekolahan, pendidikan dan sistem akhlak anak-anak kita di Negeri Johor ini," katanya.
Normala menghadapi calon BN dari Umno, Azahar Ibrahim kini sedang giat berkempen di seluruh pelusuk Tenang sebelum tempoh berkempen tamat esok dan proses pengundian adalah pada 30 Januari ini.

Kesihatan suami: Normala seru tanya doktor

LABIS, 28 Jan: Calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman mahu semua pihak merujuk kepada doktor yang mengeluarkan cuti sakit kepada suaminya, sebelum membuat sebarang spekulasi.

Menurutnya, jawapan dari doktor berkenaan adalah lebih wajar kerana hanya doktor tersebut sahaja mengetahui kenapa suaminya Maarof Abdul Mutalib wajar diberi cuti.

"Saya rasa lebih baik media bertemu doktor yang mengeluarkan surat, kerana sebagai doktor dia lebih profesional dan tahu kenapa surat dikeluarkan kepada pesakitnya," katanya pada sidang media PAS di Tenang hari ini.

Beliau membuat gesaan demikian sebagai menjawab laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'.

Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Selain akhbar, beberapa blog turut mempersoalkan status Maarof kerana bercuti cuti sakit yang panjang.

Malah sijil sakit itu juga disiarkan di sebuah blog berkenaan dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

Laporan tersebut juga menjadikan persoalan sekitar status kesihatan suaminya itu menjadi fokus utama soalan wartawan, apatah lagi Maarof tiada bersama Normala pada kempen pagi tadi.

Bagaimanapun menurut Normala, suaminya terpaksa menyelesaikan satu tugas lain dan tidak dapat menemaninya pada kempen hari ini.

Tambah Normala, gambaran 'terlantar' yang diberikan media berhubung status kesihatan suaminya juga adalah tidak tepat.

"Istilah sakit itu bukan terlantar, kita dah jelaskan pagi tadi oleh pihak operasi...Media lebih baik tanya doktor," ulangnya lagi setelah diaju bertubi-tubi wartawan.
"Setakat ini keadaannya ok insyaAllah, emosinya stabil dan ok.
Sepanjang pengetahuannya kata Normala, suaminya itu seorang yang jarang mengambil cuti, selain kerap menghantar pelajar bermain hoki pada setiap Sabtu dan Ahad.
Sehubungan itu katanya, apa yang dilaporkan media hanya spekulasi dan berharap media melaporkan dengan tepat.

Suami Normala disiasat atas dakwaan salahguna MC

Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan bahawa Ma'arof Abd Talib - suami calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang - telah menyalahgunakan sijil sakit (MC) untuk 'berkempen' membantu isterinya.

NONETimbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran, berkata, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor Markom Giran diberi tanggungjawab untuk melakukan siasatan itu.
"Pengarah (Jabatan Pelajaran Negeri Johor) boleh siasat, sama ada ada asas cuti sakit itu diberi, walaupun boleh diberi adakah terdapat asas yang benar yang dia sakit.

"Kalau dia dapat cuti sakit, dia terlantar, 21 hari (jumlah cuti sakit yang diberikan kepada Makrof) terlantar, tetapi turun redah dengan calon PAS, yang juga isteri dia," katanya kepada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di Labis, hari ini.
Beliau juga mengesahkan siasatan akan dijalankan oleh bahagian pentadbiran Jabatan Pelajaran Johor.
Bukan sasar Ma'arof
Bagaimanapun, katanya, siasatan tersebut tidak bermaksud pihaknya mensasarkan Ma'arof kerana isterinya - Normala Sudirman - menjadi calon PAS di Tenang.

NONEJika Ma'arof - juga seorang guru - mahu menemani isterinya, ia adalah haknya untuk berbuat demikian, tegas Muhyiddin.

Bagaimanapun, katanya, isunya adalah mengenai dakwaan menyalahgunakan sijil sakitnya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, siasatan terhadap Ma'arof itu bukan disebabkan kerana beliau menyokong isterinya, tetapi berkemungkinan terdapatnya elemen penyalahgunaan hak untuk mendapatkan cuti sakit.

"Pada zahirnya sudah ada petanda penyalahgunaan," kata beliau sambil menambah, Pengarah JPN Johor akan mendapatkan laporan daripada pengetua atau guru besar di mana Ma'arof bertugas.

"Dari segi pentadbiran, kita siasat sama ada dia salahgunakan peruntukan dalam Pekeliling Kerajaan, Peraturan Perkhidmatan, Perintah Am Bab B," kata beliau.
tenang by election nomination day 220110 mohd azahar ibrahim md asri amir normala sudirmanSebelum ini, jabatan pelajaran negeri mengeluarkan notis menukarnya ke sebuah sekolah di Johor Bahru, selepas tercetus spekulasi yang isterinya bakal dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.
Bohong
Ma'arof bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Station.

Ditanya kemungkinan suami calon PAS itu boleh dikenakan tindakan, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran mempunyai peruntukan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangannya yang melanggar peraturan.
NONEMuhyiddin meminta pengundi di DUN Tenang, supaya membuat penilaian mereka sendiri terhadap perbuatan Ma'arof memberikan perakuan yang disifatkannya sebagai bohong untuk mendapatkan cuti sakit.

"Adakah sifat sebegini sesuatu yang kita hormati atau tidak," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan pada Ahad ini, berikutan kematian penyandang kerusinya daripada BN, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim dan Normala, yang juga merupakan seorang bekas guru.

DUN Merlimau: Penamaan calon 26 Feb, hari undi 6 Mac

KUALA LUMPUR, 28 Jan — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau, Melaka, akan diadakan awal Mac, demikian diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini.
Penamaan calon akan berlangsung pada 26 Februari manakala jika ada pertandingan pengundian diadakan 6 Mac.
SPR mengadakan mesyuarat khas di Batu Pahat, Johor, malam ini untuk menetapkan tarikh-tarikh berkaitan hari penamaan calon dan pengundian.
Pilihan raya kecil ini diadakan bagi mengisi kekosongan ekoran kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, pada 20 Januari lepas.      
Ia pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008.
Pada 1999, BN yang diwakili Umno menang dengan majoriti 2,252 undi, 2004 (5,087 undi) dan 2008 dengan majoriti 2,154 undi.
Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir, yang juga Exco Kerajaan Negeri, menewaskan calon PAS Jasme Tompang.

Cuti sakit: BN terdesak guna suami serang Cikgu Mala, kata PAS

Sebahagian daripada ahli PAS dan parti komponen Pakatan Rakyat mengadakan himpunan mengecam calon BN Azhar Ibrahim di pekarangan bilik gerakan parti itu, di Labis hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
LABIS, 28 Jan — PAS menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) menyerang suami calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman - dengan menjadikan soal cuti sakit bahan kempen DUN Tenang — sebagai satu “serangan terdesak” untuk meraih sokongan pengundi selepas gagal dalam isu bersalam.
Dalam laporan beberapa akhbar arus perdana hari ini, Makrof Abdul Mutalib suami kepada Normala dikatakan mengambil cuti sakit selama 21 hari bulan ini.
Perkara itu didedahkan menerusi sebuah blog, http://marahku.blogspot.com/ yang mendakwa Makrof mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari lalu dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat di sini.
Ia diikuti cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari lalu, dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh dari pusat kesihatan sama.
Menurut Bendahari PAS pusat Dr Mohd Hatta Ramli, serangan terhadap Makrof itu dilihat BN sudah tidak mempunyai “modal” dalam kempen pilihan raya kecil kali ini.
“Banyak perkara yang dibangkitkan bukan calon tapi suami calon, kalau kita lihat beberapa keratan akhbar (hari ini) menunjukan salinan MC (surat sijil sakit).
“Saya tak tahu bagaimana mereka boleh dapat surat itu, saya tak tahu sama ada sekolah (tempat Makrof mengajar) boleh dedahkan MC kerana ia tidak wajar untuk didedahkan,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.
“MC adalah personal antara majikan dan pekerja, dalam MC itu tidak sebut apa penyakit... tidak berikan kata penyakit apa. Apa yang ada masalah kemurungan, bukan satu penyakit yang teruk,” kata beliau.

Laman direktori 'Wanita Pertama' JPM dikeluarkan

Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan telah dikeluarkan.

Bahagian berkenaan telah sejak sekian lama menjadi bahan gurauan di blog dan juga forum online yang semuanya bersependapat abjad itu membawa pengertian "First lady of Malaysia" atau “Wanita pertama Malaysia”.

azlanMenurut beberapa blogger senarai dalam direktori itu menunjukkan ia adalah sebahagaian daripada divisyen di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan khas bagi memberi perkhidmatan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Antara lain, beberapa blogger telah memuat-naikkan video perbualan telefon diposting klip video dari telefon kepada seseorang yang bernama Nurul Rosemiemmy Khasimi @ Mohamed, yang disenaraikan oleh F.L.O.M. sebagai penolong pegawai dengan tugas-tugas khas.
Tiada jawapan diberikan

Dalam satu video, seorang pemanggil gagal untuk bercakap dengan Nurul Rosemiemmy dengan orang di hujung talian itu mengatakan beliau telah keluar mengiringi "Datin Rosmah".

Satu lagi video menunjukkan seorang pemanggil mencari seseorang yang dipercayai Nurul Rosemiemmy, dan ditanya apa itu singkatan bagi F.L.O.M. tetapi tiada jawapan yang diberikan.

NONEKewujudan bahagian F.L.O.M. dikesan beberapa bulan yang lalu oleh beberapa blogger tetapi ia hanya menjadi perhatian ketara berikutan lawatan 15 hari oleh Rosmah ke Muscat, Oman; Riyadh, Arab Saudi dan Dhaka, Bangladesh.

Semasa lawatan itu Rosmah berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Oman, Sayyid Fahad Mahmood al-Said, Menteri Pendidikan Arab Saudi, Putera Mohamad Faisal Abdullah Al-Saud dan Perdana Menteri, Bangladesh Sheikh Hasina.
Menipu rakyat

Selesai lawatan itu, media arus perdana melaporkan kunjungan Rosmah berjaya meningkatkan hubungan dua hala, dan pelaburan Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata kewujudan bahagian F.L.O.M. adalah bukti bahawa Najib telah berbohong di Dewan Rakyat.

dj jamal hishammudin rais and teresa kok forum 270910 08Menurut Kok, dalam jawapan perdana menteri kepada ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Najib berkata Rosmah tidak diperuntukan elaun perjalanan ataupun mempunyai kakitangan sepenuh masa.

Menurutnya, mengikut undang-undang, isteri perdana menteri hanya dibenarkan menuntut perbelanjaan perjalanan sekiranya beliau menemaninya bagi lawatan rasmi.

Kok berkata kewujudan F.L.O.M. Yang disenaraikan dalam lamn direktori Jabatan Perdana Menteri membuktikan Najib sebenarnya berbohong.

"Hakikat direktori di laman web itu yang tiba-tiba hilang beberapa hari lalu selepas dikritik oleh orang awam membuatkan kewujudan bahagian ini semakin mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kok berkata dengan pendedahan itu, Najib harus memberi penjelasan dan mengakui bahawa dia telah memesongkan Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia.

Dan 'Wanita Pertama' Rosmah perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau berdiam diri dan membiarkan Najib untuk berbohong, menjadikan dirinya bersubahat.

Kes Teoh: S'jaya diraja mula siasatan 14 Feb

Suruhanjaya diraja menyiasat kematian Teoh Beng Hock akan mengadakan mesyuarat pertama esok di kompleks mahkamah Kuala Lumpur.

Manakala mesyuarat keduanya akan diadakan pada 9 Februari sebelum suruhanjaya itu memulakan siasatannya pada 14 Februari.

azlanDalam satu kenyataan hari ini, setiausaha suruhanjaya tersebut menyatakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenankan penubuhan suruhanjaya itu pada 26 Januari.

Suruhanjaya tersebut akan menyiasat kematian Teoh serta keadaan yang membawa kepada kematiannya.

Suruhanjaya ini mempunyai tiga bulan dari 26 Januari, untuk menyiapkan siasatan mereka.

azlanIa diketuai oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong. Anggota lain termasuk bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T Selventhiranathan; pakar perunding patologi forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh dan pakar perunding psikiatri forensik yang juga dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.
Selain itu, Datuk Saripuddin Kasim, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, dilantik sebagai setiausaha suruhanjaya ini.
Amarjeet Singh a/l Serjit Singh (Timbalan Ketua Bahagian Guaman I), Awang Armadajaya Awang Mahmud (Timbalan Pendakwa Raya) dan Kwan Li Sa (Timbalan Pendakwa Raya), dilantik sebagai pegawai pengendali suruhanjaya itu.

MC Suami Normala Jadi Bahan Kempen



LABIS 28 JAN: Selepas gagal menyerang calon PAS, Normala Sudirman mengenai isu berjabat tangan, kini Umno-Barisan Nasional (BN) terdesak lalu menjadikan sijil cuti sakit suami Normala sebagai bahan kempen di DUN Tenang.
PAS dalam sidang media pagi tadi memberi respon terhadap perkara itu dengan menyifatkan sijil cuti sakit merupakan perkara sulit yang tidak seharusnya didedahkan pihak majikan Makrof Abdul Mutalib, suami kepada Normala.
“Saya tak tahu bagaimana mereka boleh dapat surat itu, saya tak tahu sama ada sekolah boleh dedahkan MC kerana ia tidak wajar untuk didedahkan,” kata Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli kepada media.
Memetik laporan media pro Umno-BN, Makrof dikatakan mengambil cuti sakit selama 21 hari pada bulan Januari iaitu pada 6 dan 7 Januari lalu dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat.
Ia diikuti cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari yang dikeluarkan Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari dari pusat kesihatan sama.
Perkara itu didedahkan menerusi sebuah blog, http://marahku.blogspot.com/.
“Banyak perkara yang dibangkitkan bukan calon tapi suami calon, kalau kita lihat beberapa keratan akhbar menunjukan salinan MC," kata Hatta lagi.

Nik Aziz, Anwar 'terjah' Felda Chempelak Barat

Hujan lebat yang mencurah malam tadi tidak mematahkan semangat kira-kira 300 hadirin, khususnya penduduk tempatan untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONERamai yang 'bermandikan hujan' meskipun datang dengan berpayung, memakai baju hujan dan bertopi demi untuk mendengar dan melihat kedua-dua tokoh tersebut berucap sempena kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Terdapat juga di kalangan mereka mencari tempat berteduh di bawah payung peniaga-peniaga berhampiran dengan kawasan ceramah dan di bawah bumbung pentas ceramah.

Dengan kempen pilihan raya hanya berbaki dua hari lagi, ini kali pertama usaha Pakatan Rakyat mengempur kubu BN di Tenang menampakkan hasilnya.
Paling ramai
Jika dibandingkan ceramah lain di kawasan Felda sebelum ini, ceramah malam semalam adalah antara paling ramai hadirin.

Hujan renyai-renyai tanpa henti sejak petang semalam tidak membatalkan hasrat mereka untuk mendengar amanat dan ucapan daripada dua-dua pemimpin berkenaan.

NONENik Aziz dalam ucapannya memberikan tiga amanat penting kepada pengundi di Felda berkenaan - antaranya mendakwa Umno melakukan tangkapan guru pondok.

Beliau mengimbau kembali sejarah pada tahun 1967, ketika beliau baru sahaja menyertai PAS selepas pulang daripada belajar di luar negara.

"Pada tahun itu Umno mengamuk dengan menangkap ramai tok guru pondok kerana mengajar kepada penduduk orang-orang kampung (tentang Islam).

"Sepatutnya apa salahnya tanya, kenapa tok guru ajar begini, begini. Tanya... tangkap tok guru, masukkan ke dalam ISA, ini ajaran komunis.

"Sebab itu malam ini, saya bertongkat, saya gagah datang juga nak minta jangan undi selain daripada PAS... Umno datang nak bagi duit ambil, beri gula ambil, beri lembu sembelih, beri kertas undi, pangkah bulan," katanya yang diiringi dengan laungan takbir.

NONEPesanannya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati dan akan dihidupkan semula bertemu semula pada Hari Kebangkitan dan percaya bahawa Allah itu pencipta alam ini.

Sementara itu, Anwar yang tiba kira-kira jam 10.50 malam, berkata mengundi calon PAS, Normala Sudirman adalah sebagai usaha membawa masalah rakyat, isu ekonomi, isu pendidikan ke DUN Johor.
Tiada wang

Beliau memberi contoh teladan yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz yang meminta menterinya menegurnya jika beliau membuat kesilapan dan membawa masalah rakyat kepadanya.

Beliau juga tidak faham mengapa perlu menyokong Umno sedangkan ada di kalangan anak peneroka yang tidak ada pekerjaan bagi membayar kembali wang pinjaman pendidikan.

NONE"Negeri kita kaya, pemimpin kita kaya raya, (tetapi) kenapa ayah kena bayar, anak tak ada kerja, sudah kutip hutang,"katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan dengan pertolongan Allah, Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil itu walaupun mengakui ia bukan satu perkara yang mudah.

Umno Terus Hakis Kepercayaan Rakyat Di Felda Tenang


LAPORAN KHAS PRK DUN TENANG : Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kini merupakan medan kedua-dua parti PAS-Pakatan Rakyat dan Umno-Barisan Nasional mengukur sejauhmana relevannya dasar yang cuba diterjemahkan kepada masyarakat di kawasan itu.
Ini bagi merebut kerusi yang menjanjikan kestabilan politik negeri Johor selain melakar perubahan baru dalam citarasa pengundi.
Bagi parti PAS-Pakatan Rakyat (PR), pilihanraya kecil kali ini menjadi subjek baru perluasan proses demokrasi ke tanah gugusan Felda yang semakin terhakis saban hari.
Namun peneroka generasi pertama yang rata-rata telah menetap lebih daripada 40 tahun di Felda Tenang menyaksikan naik turun pembangunan tanah rancangan kerajaan itu.
Masuk hari ketujuh kempen pilihanraya kecil memperlihatkan keupayaan calon-calon wakil rakyat cuba mendekati dan memahami kehendak masyarkat setempat khususnya di tiga tanah rancangan Felda DUN Tenang.
Tumpuan dikhususkan kepada anak-anak peneroka Felda terdiri daripada generasi kedua yang sering dijanjikan habuan oleh kerajaan kini.
Berdasarkan perangkaan terkini yang dikeluarkan, pengundi di tiga Felda DUN Tenang, iaitu Felda Chemplak, Felda Chemplak Barat dan Felda Tenang adalah seramai 4,118 (28%) orang daripada jumlah pengundi keseluruhan 14,753 orang.
Daripada jumlah itu, sebanyak 60 peratus terdiri daripada pengundi-pengundi generasi kedua dan ketiga yang mengusahakan tanah rancangan Felda.
Namun dapat disaksikan bahawa persepsi peneroka Felda terhadap kerajaan Umno-Barisan Nasional menampakkan perubahan dengan tampil lebih berani menyuarakan kekesalan akibat sering ditindas badan kerajaan itu.
Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda, Mazlan Aliman meluangkan masa untuk ditemuramah bagi merungkai permasalahan peneroka-peneroka Felda sejak tahun 1962 yang harus diberi perhatian serius kerajaan pusat.
Dalam temubual eksklusif bersama krew Tv Selangor, Mazlan menyifatkan kebangkitan masyarakat Felda menentang penindasan menampakkan hasil positif terutama golongan generasi kedua yang kini mengambil-alih perusahaan tanaman.
"Saya katakan positif kerana pada awalnya kebimbangan kita ialah  apabila Najib datang mereka akan beralih arah terutama orang muda tetapi apa yang mengembirakan ialah penentangan mereka terhadap BN semakin kuat. Terutama retorik-retorik oleh mereka," kata beliau.
Beliau turut menyenaraikan janji-janji yang diberi oleh kerajaan pusat untuk membantu menaiktaraf kehidupan keluarga peneroka Felda namun menurut beliau sehingga ke hari ini, tidak menampakkan usaha mengotakan janji mereka.
Antara yang disebut Mazlan termasuk pengumuman Perdana Menteri Najib Razak berjumlah RM8.5 juta untuk 500 lot tanah kepada peneroka Felda generasi kedua tanpa membekalkan dengan perincian mekanisma untuk projek pembangunan tanah tersebut.
Katanya, anak-anak peneroka Felda telahpun menemui pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan kepastian selain menuntut jadual pelaksanaan projek yang dijanjikan, namun usaha mereka hampa.
Tambahnya lagi, kerajaan cuba mengelirukan negara dan masyarakat berhubung pendapatan bersih peneroka Felda yang kini mencecah RM3,000 sebulan tanpa mengemukakan bukti nama peneroka-peneroka tersebut.
Antara masalah lain menurutnya termasuk, ada peneroka yang memperoleh tanah kurang daripada 8 ekar, tanah yang dipajak kepada orang luar termasuk peneroka yang tidak mendapat hak milik.
Dasar Pakatan Rakyat yang dibawa kepada masyarakat Felda di sini terutamanya membuka laluan baru harapan nasib yang jauh lebih terbela.
Mazlan yang juga Ketua Penerangan PAS Johor, menyifatkan usaha PAS untuk memecahkan benteng kukuh Umno-Barisan Nasional di DUN Tenang terutama di kawasan Felda menerusi usaha calon, Normala Sudirman dapat diadaptasi menerusi penyelarasan usaha pembangunan generasi kedua dan ketiga di tiga tanah rancangan itu.
Tambahnya, antara perkara penting yang tidak mampu dilakukan Umno-Barisan Nasional adalah penghapusan Felda Plantation seperti yang termaktub dalam dasar pelaksanaan 'Buku Jingga' yang dianggarkan dapat memberi habuan kepada 79 ribu anak peneroka seraya meningkatkan sosioekonomi masyarakat itu.
"Ini satu komitmen yang sangat jelas BN tidak berani melakukan. 367,710 hektar tanah Felda Plantation dimansuhkan jadikan kepada aset peneroka ia boleh memberi manfaat kepada 79,000 anak-anak peneroka. satu jumlah yang boleh mengangkat sosio ekonomi generasi kedua," tegas beliau. 
Justeru, kempen pilihanraya kecil yang masuk hari ketujuh di DUN Tenang dianggarkan mampu melonjakkan undi masyarakat Felda kepada 27 peratus berbanding 18 peratus pada PIlihanraya Umum ke 12 lalu. 
"Saya yakin kali ini ia akan lebih dari 23 peratus. sekarang ini 18 dan saya yakin ia akan mencapai target  dan kita sedang bekerja kuat bertemu pengundi di Felda serta mendapat 27 peratus undi di kawasan Felda.
Dalam pada itu, lawatan krew Tv Selangor ke Felda Tenang berjaya menemui seorang daripada peneroka asal tanah rancangan Felda yang telah menetap di situ sejak tahun 1962.
Zakaria Dias, berumur 81 tahun menceritakan kepada Tv Selangor tentang pengalaman yang dilalui beliau sepanjang 49 tahun berurusan dengan agensi kerajaan itu.
"Dia menceritakan pasal kemajuan Felda. Kami ini tetap lima ekar. Ini yang menjadi masalah. Patut kami yang dibantu. Cuba bayangkan anak pakcik sepuluh. Hendak beri seorang seekar pun tidak cukup.
"Yang pedihnya, tanah yang kurang daripada 6 ekar kalau tidak mahu pergi minta di tempat lain. Mereka sarankan. Kami waktu itu anak sudah sekolah, sudah menetap di sini dan ada rumah. Sedih pakcik. Kalau kamu tolong 8 ekar ke bawah, pakcik ingat 100 orang ada," jelas beliau dengan nada simpati.
Menurut Zakaria, ketika mula menawarkan diri mengusahakan tanah rancangan itu, Felda berjanji untuk memberi 10 ekar tanah kepada setiap peneroka untuk diusahakan.
Tambahnya, Felda menawarkan ganjaran tahunan sebanyak RM400 kepada peneroka yang tanahnya kurang daripada 10 ekar namun menurut Zakaria, apa yang terjadi ialah tanah peneroka yang kurang daripada 4 ekar tidak layak mendapat imbuhan tersebut.
Beliau lalu mempersoalkan janji Felda kepada peneroka-peneroka tanah rancangan dengan menyatakan hasrat untuk menambah tanah mereka namun katanya, tanah tersebut diberikan kepada peneroka generasi keempat yang diumpan Umno-Barisan Nasional seraya mengabaikan peneroka asal di kawasan itu.
"Sekarang ini pakcik ada hantar surat kepada pengerusi Felda yang baru dan pada parti PAS dan Umno dalam krisis untuk membantu pakcik. Pakcik tidak kisah apa parti memerintah. Selesaikan kami dahulu.
"Derhaka pakcik ini, Felda lagi kuat derhaka. Masa pakcik tanam getah, ada potongan insuran. Bila pokok muda dilanggar angin, tiada insuran dan disuruh tanam sendiri. Apa kamu rasa?
Zakaria juga menyuarakan kekesalan terhadap keputusan Felda memberi tanah paya kepada anak peserta.
"Cuba kamu lihat di sana, dia mahu beri tanah anak peserta. Tapi tanah dibuat dalam paya. Pakcik cukup sedih. Kalau tempat itu air dalam sampai dada. Kalau mahu beri biarlah tanah yang tidak bertakung. Pakcik orang bodoh pun tahu. Kalau pakcik beri tanah kepada anak, di mana mereka mahu kerja. Cuba fikir. Kalau ada kilang di sini boleh dia (anak) kerja. Hendak harap tanah 8 ekar," kata beliau lagi.
Berdasarkan analisis ringkas tersebut dapat digambarkan warga Felda adalah penentu kepada kepimpinan negara kini. 
Keputusan untuk terus bersama Umno-Barisan Nasional pada pilihanraya kecil nanti akan memperkukuhkan lagi penindasan parti itu terhadap peneroka Felda yang rata-rata memberi harapan penuh kepada kerajaan mengangkat status mereka.
Penjanaan keuntungan Felda yang berbilion ringgit saban tahun tidak mampu mencorak kehidupan baru peneroka-peneroka.
Justeru kerajaan Pakatan Rakyat bersedia mengubal dasar Felda bagi mengembalikan keuntungan kepada peneroka melalui pelaksanaan yang termaktub dalam 'Buku Jingga' seraya dapat menjalankan proses penambahbaikan sektor pentadbiran, ekonomi dan sosial masyarakat itu.

'Suami calon PAS murung, bukan sakit serius'

PAS hari ini menafikan bahawa suami calonnya di kerusi pilihan raya kecil Tenang - Maarof Abdul Mutalib menghadapi penyakit serius seperti didakwa dalam akhbar arus perdana dan beberapa blog pro-BN.

NONEMenurut ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Hatta Ramli yang juga ahli parlimen Kuala Krai, setakat ini, tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan suami Normala Sudirman itu menghadapi masalah kesihatan yang serius.

"Tidak ada indikasi beliau ada penyakit yang serius, yang bahaya, tidak ada.

"Beliau bukannya lumpuh atau hilang ingatan. Rasanya (ia) bukannya isu.

"Kalau ada pakar minta rujuk kepada pakar besar, terpulanglah pakar tersebut," kata Dr Hatta Ramli.

Beliau yang juga seorang pengamal perubatan berkata berdasarkan surat cuti sakit yang diberikan kepada guru berkenaan selama 21 hari, hanya mencatakan sakitnya sebagai "simple depressive disorder".

NONE"Masalah kemurungan boleh berlaku dalam banyak hal. Kita tidak tahu apa puncanya, tetapi beliau pernah digambarkan sewaktu isterinya diisytiharkan menjadi calon, beliau diarahkan berpindah 24 jam.

"Mengikut amalan perubatan antara tekanan dan kemurungan boleh berlaku kerana kematian keluarga, atau perpindahan. (Jadi) kemurungan mungkin boleh berlaku," katanya.

Dr Hatta mengulas laporan akhbar dan blog yang mempersoalkan status Maarof kerana bercuti cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Malah sijil sakit itu juga disiarkan di sebuah blog berkenaan dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.
Bersama isteri

Mengulas lanjut, Dr Hatta berkata pihaknya tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai kemurungan tersebut.

tenang ceramah normala received flowerBagaimanapun, katanya antara terapi dan jalan penyelesaiannya mengenai isu ini adalah bersama-sama dengan isteri, keluarga dan orang yang disayanginya.

Mengulas mengapa Maarof mengambil cuti yang banyak, Dr Hatta meminta perkara tersebut dirujuk kepada doktor yang memberi cuti berkenaan.

Beliau juga berkata sijil sakit itu "tidak wajar" didedahkan kepada umum kerana ia merupakan dokumen sulit dan peribadi antara majikan dan pekerja.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mempertahankan Maarof yang didakwa berkempen untuk isterinya.

"Beliau tidak kempen, atau memberi ucapan, tetapi (beliau) mendampingi isterinya," katanya.
Utusan Malaysia hari ini memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'. Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Wawancara mStar dengan Cikgu Mala dan Tok Ai

mStar: Adakah anda mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?

Tok Ai: Saya tidak mempunyai blog, tetapi saya mempunyai akaun Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan saya sejak enam bulan yang lalu.

Cikgu Mala: Saya ada laman blog dan akaun Facebook. Saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mengemaskini medium online ini. Kedua-duanya saya gunakan untuk berkomunikasi dengan masyarakat mengenai pandangan serta masalah mereka.

Ulasan : Tok Ai hanya ada facebook, Cikgu Mala ada kedua-duanya, kemas kini pula setiap hari. Toi Ai hanya berhubung dengan kawan-kawan, tapi Cikgu Mala berkomunikasi dengan masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala


Mstar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni?


Tok Ai: Kalau menari dengan main alat muzik rasanya tak ada. Tapi kalau menyanyi adalah, saya suka karaoke. Saya suka dengan muzik R&B.

(GAMBAR: Azhar kelihatan segan-segan untuk harungi air banjir manakala Cikgu Mala dilihat melakukannya dengan gembira)

Cikgu Mala: Saya tidak pernah belajar bermain apa-apa alat muzik tetapi saya suka dengar muzik nasyid kerana melodi dan liriknya memberi ketenangan kepada saya. Kumpulan nasyid yang saya gemari ialah, In Team dan Hijjaz.

Ulasan : Tok Ai kaki karaoke R&B sedangkan Cikgu Mala minat lagu ketuhanan

Pemenang : Cikgu Mala


Mstar: Adakah anda suka menonton wayang?

Tok Ai: Kadang-kadang, saya suka menonton filem aksi terutamanya Die Hard 3, End of Days dan 2012.

Cikgu Mala: Saya bukan kaki tengok wayang dan saya tak ada filem yang betul-betul saya minati. Ini disebabkan tugas saya sebagai seorang ibu dan sibuk dengan aktiviti parti menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menonton wayang.

Ulasan : Haha Tok Ai kaki wayang sedangkan Cikgu Mala lebih memperuntukkan masa kaki wayang untuk mendidik anak-anak

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Anda suka membaca? Buku apa yang anda gemari?

Tok Ai: Majalah Asia Week, Civil War dan buku berkaitan politik seperti Kronologi Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Obama.

Cikgu Mala: Saya suka baca buku agama dan perjuangan nasionalisme kerana di sini saya mendapat inspirasi untuk amalan kehidupan seharian.

Pemenang : Seri


mStar: Makanan kesukaan anda?

Tok Ai: Ikan baung masak lemak cili api.

Cikgu Mala: Saya suka makan nasi goreng kampung dan ikan siakap masak stim.

Pemenang : Seri


mStar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?


Tok Ai: Saya suka melancong dengan keluarga pada masa lapang. Antara tempat yang pernah saya lawati, Sydney, England, Ireland, Russia, Dhaka, Scotland dan Beijing.

Cikgu Mala: Saya suka membaca buku pada waktu lapang dan saya suka pergi sauna selepas melalui aktviti yang meletihkan. Namun disebabkan oleh jadual yang padat, saya hanya dapat tidur tiga jam sehari dan yang mengejutkan ini tidak langsung memenatkan saya kerana saya sentiasa teruja untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Ulasan : Tok Ai kaki melancong dan bangga tempat-tempat luar negara yang dilawati. Banyak tempat dilawati (duit ambik mana ni), tapi sayang Makkah tiada dalam senarai. Cikgu Mala lebih guna masa terluang untuk aktiviti bermanfaat dan khidmat pada masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Sukan apa yang anda gemari? 
Tok Ai: Saya suka main golf dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Cikgu Mala: Saya suka bermain bola jaring dan aktif di sekolah. Saya juga suka menyaksikan pelajar saya bermain bola jaring ketika saya menjadi guru.

Ulasan : Golf permainan untuk orang malas dan buncit perut, bukan sukan untuk masyarakat. Tok Ai suka bersama kawan-kawan kaya, Cikgu Mala lebih bersama masyarakat

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Bahasa yang anda kuasai? 

Tok Ai: Bahasa Melayu dan Inggeris.

Cikgu Mala: Selain Bahasa Malaysia. Saya boleh berbahasa Inggeris dan cakap bahasa Jawa. Selalunya saya lebih banyak bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Ulasan : Jelas Cikgu Mala kuasai 3 bahasa


Pemenang : Cikgu Mala


Mstar: Adakah anda mempunyai nama samaran atau timbangan?


Tok Ai: Arwah ayah saya dulu Ketua Kampung. Ketika saya darjah lima, kawan-kawan dan orang kampung mula panggil saya, ‘Tok Ai’. Gelaran itu dipanggil kerana gabungan nama ayah sebagai ketua kampung, ‘Tok’ dan ‘Ai’ itu merujuk kepada saya sebagai anaknya. Sampai sekarang gelaran itu lekat pada saya.

Cikgu Mala: Teman rapat dan ahli keluarga memanggil saya Nor tetapi sejak saya menjadi cikgu mereka panggil saya Cikgu Mala dan gelaran itu kekal hingga hari ini.

Ulasan : Tok 'dot dot' adalah gelaran kuno untuk golongan atasan, sedangkan cikgu adalah gelaran mulia orang berilmu

Pemenang : Seri


mStar: Binatang peliharaan yang anda sukai?


Tok Ai: Saya tak suka bela haiwan, tapi sejak anak saya suka bela sepasang kura

-kura, ‘Lulu dan Lala’ saya jadi suka kepadanya.

Cikgu Mala: Saya suka haiwan dan saya ada bela kucing namanya ‘Mickey’.

Ulasan : Kucing adalah haiwan yang Rasulullah SAW minta kita sayangi. Juga mencontohi sifat sahabat nabi, Abu Hurayrah. Kura-kura? Heheh, haiwan yang suka mencari kelemahan orang untuk tonjolkan kepadanya!

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Siapakah idola anda?

Tok Ai: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya meminati gaya kepimpinan dan kebolehan beliau mentadbir negara selama lebih 21 tahun.

Cikgu Mala: Idola saya, Nabi Muhammad SAW. Baginda sumber insipirasi kepada saya dan kegigihan, ketabahan serta kepayahan yang dihadapinya merupakan contoh kepada orang Islam.

Ulasan : Allahu Akhbar! Jawapan ini menghurai segala-galanya untuk insan bernama manusia

Pemenang : Cikgu Mala (2 kali menang untuk soalan ni)


Mstar: Pelakon yang anda sukai?


Tok Ai: Kalau artis saya minat pelakon aksi, Steven Seagal.

Cikgu Mala: Saya suka P. Ramlee. Dia seorang legenda dan salah seorang artis tempatan yang paling berbakat kita pernah miliki.

Ulasan : Jelas siapa yang mengagungkan mat saleh kera di hutan dan siapa yang bangga dengan produk tempatan

Pemenang : Cikgu Mala


mStar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia?

Tok Ai: Saya suka tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Malaysia terutamanya taman negara, air terjun, pulau-pulau cantik seperti Pulau Langkawi.

Cikgu Mala: Kepelbagaian budaya, agama serta adat resam yang kita miliki. Kepelbagaian budaya dan masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa dan unik untuk dikunjungi.

Ulasan : Jawapan Cikgu Mala sekali lagi menonjolkan ciri-ciri pemimpin kepada mayarakat

Pemenang : Seri

Kantoii...Calon BN "Subuh Gajah" setiap pagi...???

"Sebagai isteri, sudah tentu peranan saya terus memberikan dorongan dan kata-kata semangat kepada suami untuk memastikan beliau bekerja kuat mendapatkan sokongan," kata Tuty Roshizana Tumin.

Isteri calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim itu, berkata beliau yakin sokongan itu menjadi azimat dan perangsang kepada suami supaya tidak patah semangat walaupun diasak serangan dan tuduhan pembangkang.Beliau mengakui jadual hariannya turut berubah sejak Mohd Azahar dinamakan sebagai calon BN, tetapi tidak menganggapnya beban.

Setiap hari bangun jam 6.30 pagi untuk solat Subuh dan menyediakan sarapan kepada suami sebelum mengikuti semua program kempen yang sudah diatur. Paling ketara, saya sekarang berjumpa ramai orang dari segenap lapisan masyarakat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Dulu selalu juga berjumpa rakyat, tetapi tidak seramai seperti sekarang,” katanya.

Juragan : Wa nak kasi tahu lu orang..Ustaz kata subuh gajah bermaksud menunaikan solat subuh penghujung waktu,dah nak siang bro..berbanding dgn Ckg Mala yang setiap pagi menjadi kebiasaan bangun jam 5.00 pagi..fuhhh..lu orang sendiri pikirrr...

Tenang - jangan gadai Islam hanya kerana satu kerusi

Harian Metro bertarikh 27 Januari 2011 di ruang Dialog Kota Raya telah memaparkan gambar situasi di Tenang. Ada 2 watak di dalam gambar ini. Seorang wanita Islam dan seorang pula wanita cina menjual ikan.

Apa yang berlaku dalam gambar ini? Kartun sinis menghina calon Pas, Cikgu Mala. Isu bodoh yang dibangkitkan oleh Chua Soi Lek Porno. Gambar ini menghina Umat Islam khasnya muslimah dan agama Islam sendiri.

Mengapa biadap sangat umno apco ini hingga tergamak menghina agama sendiri dan sanggup bersekongkol dengan pemimpin yang mengaku terlibat dalam video lucah.

Penghinaan dan sindiran tidak henti-henti sejak kebelakang ini terhadap Islam, bermula dengan kata-kata menakutkan kaum cina jika tertubuh negara Islam oleh MB Johor, kemudian di tambah pula penghinaan tentang apakah hebat-nya nilai Islam itu oleh Chua Soi Lek pelakon porno.

GERAKAN turut sama mempertikaikan hukum tatasusila cara Islam kemudian ditegur TPM setelah mat sembab malu sebab ditegur oleh mufti Perak yang meminta Chua minta maaf pada umat Islam. Chua Soi Lek tetap dengan pendirian..tidak akan menarik balik segala kata-katanya.

Inikah gagasan 1Malaysia yang najib war-warkan..??? Islam dihina,dipermainkan,dipertikai
hukumnya dengan luas di media-media massa arus perdana...

Janganlah kerana sebuah kerusi DUN N5 TENANG Islam menjadi sindiran media...Kementerian Dalam Negeri adakah hanya berpeluk tubuh..??? Ke mana hilangnya pejuang Melayu Islam tulen Zulkifli Noordin dan 40 ulamak muda dan ustaz kangkong umno?

Janganlah pula nanti sampai rakyat kata umno bodoh macam lembu. Jangan sampai rakyat kata umno dan lembu tak dapat dipisahkan..jika dipisahkan..pincanglah lagu dan rosaklah seni seperti kata P.Ramlee..

Dalam filem P.Ramlee yang "ever green" dari dulu kini dan selamanya bertajuk Pendekar Bujang Lapok, Sudin berkata..alif mim nun wau..alif tendang wau..sarkis..maknanya umno itu sarkis.



Tahniah kepada Cikgu Normala dan suaminya yang sentiasa tenang di Tenang mengharungi tohmahan dan fitnah umno dalam perjuangan ini. Mereka juga tenang mengharungi banjir di Tenang.



Sementara itu NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (S.A.M.M.) yang diketuai oleh Chegubard juga tidak ketinggalan dari awal hingga kini membantu kempen PAS di Tenang.

S.A.M.M. menaja 100 orang pelajar sekolah menengah dan rendah dalam program pendidikan online secara percuma. Sumbangan akan disampaikan oleh bakal ADUN Tenang, Cikgu Nomala.

‎'MyStar' adalah sebuah laman yang menyediakan infrastruktur yang lengkap bagi memudahkan pelajar, guru, tutor, ejen dan pihak pengurusan berinteraksi diantara satu sama lain secara 'online'

Pelbagai maklumat yang berkaitan serta ilmu yang boleh disampaikan demi membantu para pelajar yang menyertai kursus yang ditawarkan. Ia amat sesuai untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Ia merupakan kelas tuisyen dan interaksi tutorial secara live dan dalam talian pertama di Malaysia.

Ia menjadi trend mutakahir ini. Murid yang berminat dikenakan bayaran tertentu untuk mendapatkan 'kata laluan' bagi memulakan interaksi.

SAMM telah berjaya mendapatkan tajaan untuk 100 murid dalam Dun Tenang untuk mengikuti program 'MyStar' ini secara percuma.

Mengenai tajaan kami mencari 100 murid pertama yang ibu / bapanya merupakan pengundi Dun Tenang.

Memiliki komputer dan talian internet merupakan syarat wajib kerana program ini secara atas talian / online.

Berminat nak dapatkan tajaan sms ke 0123696474 , nama dan tahun persekolahan, nama dan no kad pengenalan ibu / bapa/ penjaga dan alamat untuk kami hubungi.

Amizudin Ahmat (Din Binjai)

PRK Tenang : UMNO dan kuli-kuli semakin lintang pukang


Kehangatan kempen PAS semakin membara. 'Booster' jentera kempen semakin di'caj' bersama voltage yg dibawa oleh tok guru nik aziz. TGNA sudah hadir ke Tenang. 

Ceramah tok guru nik aziz membakar semangat pertugas pertugas pas dan pakatan rakyat disini. tenang mulai bergelora panas. cikgu mala berhak jaga bumi allah sebab dia nampak hebat kata tok guru nik aziz. 

Setelah mengegar ceramah semalam, subuh esok jam 4 pagi, TGNA akan menggegar lagi dengan solat hajat perdana memohon dan bermunajat kepada Allah taala. aktiviti tok guru diTenang mengusarkan perasaan umno. 

Umno makin kesejukan. Sesejuk cuaca di DUN Tenang sekarang. Malam menuju siang, siang  menanti malam, hujan sokmo dehh di Tenang. Mengikut kata ejam, tunjukkan saya dimana manusia yang masuk umno tak dapat habuan wang ! Tanpa wang..umno lebih cepat mampus.

Maslan, yang jaga Felda,  cuba berlagak jadi hero bila mencabar mazlan aliman supaya berdebat 2 hari dua malam. Ini kira debat marathon ni !

Apakah mazlan aliman akan menyahut cabaran debat marathon ini? Hanya masa yg menentukan. Maslan yang dikatakan takut berdebat dengan mazlan aliman cuba menaikkan imej bacul dan penakut ini dengan mencabar mazlan aliman berdebat 2 hari dua malam. Hebat maslan, sejam takut nak berdebat.., tapi berani berdebat dua hari dua malam. Ada fakta ke maslan ini ? 

Kalaulah betul maslan boleh berdebat dengan mazlan aliman selama dua hari dua malam, aku sanggup tengok dua-dua huruf M ni bergasak. Kubid pula dah mulakan percaturan untuk menjadi perantara antara kedua huruf M. Meriah debat di Tenang. Ayuh..! Mari wahai mazlan aliman, kita bergasak selama 2 hari 2 malam. Buktikan PAS juga berani menyahut cabaran debat maslan yang sekadar berani mencabar dibalik belakang bahu Muhyidin.

Kehangatan kempen akan bertambah mulai hari ini. Hari ke-6 kempen. Kepada seluruh ahli dan penyokong pas dikehendaki solat hajat diseluruh negara. Pastikan munajat dengan allah telah dimulakan seawal malam jumaat, malam tadi lagi. Err..sebelum ber'kliwon' tu buatlah solat hajat dulu..tidak mengapa kan ? Tetap tidak menjejaskan 'prestasi', lainlah kalau kena lari marathon 2 hari 2 malam tanpa henti ? 

Semoga Tenang damai dalam dakapan PAS. Chemplak barat dan chemplak dan tenang akan digegarkan terus sehingga tamat masa kempen yang dibenarkan oleh spr. Kehangatan kempen diselang seli dengan kesejukkan hujan dimalam hari dan air banjir. Umno cukup takut dengan air rupanya. kejahatan mereka berkempen secara bangang mulai terasa sejak semalam. 

Kawasan banjir dan dipenuhi oleh air yang bertakung menjadi satu kempen mudah buat pas. Mana-mana kawasan yang tebal semangat keumnoan sedikit terbuka dengan kehadiran banjir. Walaupun Umno mengutuk bahawa PAS hanya cuba meraih undi namun penduduk peneroka felda mulai membuka mata selepas umno lari lintang pukang akibat dari kederasan air banjir. Umno mula berputar putar untuk mengambil kembali kawasan selamat mereka. Peneroka mula sedar Umno hanya perlukan mereka untuk mengundi.

UMNO Jadikan Warga FELDA Labis Sama Dgn Orang Asli Galas



BN digesa henti ugut pengundi Melayu
KUALA LUMPUR : Umno dan BN diakui sedang menekan para pengundi di Dun Tenang dengan menggunakan taktir kotor dengan membuat pelbagai ugutan kepada para pengundi di kawasan itu agar tidak menyokong PAS.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh para pengundi di kawasan itu ketika ditemui petugas-petugas PAS dalam kempen pilihanraya kecil Dun Tenang yang akan berlangsung 30 Januari ini.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof menjelaskan, kebanyakan para pengundi yang menjadi mangsa ugutan itu terdiri daripada pengundi-pengundi Melayu terutama yang tinggal di kawasan Felda.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima oleh beliau daripada petugas-petugas PAS di Tenang, para pengundi terbabit sememangnya cenderung untuk menyokong PAS, tetapi mereka takut berbuat demikian disebabkan ugutan-ugutan daripada para pemimpin Umno atau BN yang dikenakan dalam pelbagai bentuk.

"Antaranya, ada yang diugut akan ditarik balik pencen, anak-anak mereka yang bekerja akan ditukar kerja ke tempat lain yang berjauhan dari kawasan itu, bantuan kebajikan akan ditarik balik dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Politik ugutan itu dimainkan oleh Umno atau BN disebabkan mereka sendiri menyedari kedudukan para pengundi di Dun Tenang sekarang yang lebih memihak kepada PAS.

"Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak kita, saya berani mengatakan kemenangan sebenarnya sudah berada di pihak PAS jika mereka mengadakan pertandingan di padang yang rata.

"Sokongan orang-orang Cina dan India kepada PAS atau Pakatan Rakyat di kawasan itu sekarang sememangnya memberangsangkan, manakala sokongan daripada orang-orang Melayu pula semakin meningkat.

"Tetapi disebabkan mereka menggunakan taktik kotor terutama politik ugutan, pengundi-pengundi Melayu di kawasan itu menjadi takut untuk menampakkan sokongan mereka kepada PAS, termasuk takut untuk menaikkan bendera PAS dan menampakkan reaksi cenderung kepada PAS," katanya yang juga ahli parlimen Rantau Panjang.

Sungguhpun begitu, beliau yakin, pengundi-pengundi Melayu akan sedar tentang kepentingan mereka memberikan undi kepada PAS pada hari mengundi nanti, sekiranya mereka terus didekati oleh para petugas PAS dan diberikan penjelasan yang secukupnya tentang kelebihan perjuangan PAS berbanding Umno BN.

Dari tinjauan yang dilakukan oleh para petugas PAS juga, katanya, para pengundi Melayu di kawasan itu juga ternyata tidak berpuas hati dengan kepimpinan Umno di Johor termasuk di kawasan itu kerana masih amat banyak isu-isu rakyat yang gagal diselesaikan, walaupun Umno BN telah memerintah negeri itu sejak lebih 50 tahun lalu.

Selain politik ugutan, Siti Zailah turut kesal dengan para pemimpin Umno BN yang masih terus menerus memainkan politik wang dalam pilihanraya Dun Tenang, walaupun ia sudah diketahui umum salah dari segi undang-undang. -Hrkh
Ingat Galas! UMNO bawa taktik Galas ke Labis. Di Galas, orang asli yang diumpan dan diugut, tetapi di Labis, warga FELDA yang menerima umpanan dan ugutan tersebut. Tak sudah-sudah UMNO BN melembukan rakyat 1Malaysia. -GB



Nik Aziz : Cikgu Mala Ikon Baru Muslimat

Pengundi dan orang tempatan di Air Panas malam tadi ternanti-nanti untuk mendengar ceramah sulung Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena pilihan raya kecil DUN Tenang.

Cuaca lembab akibat hujan sepanjang hari semalam di daerah mengundi itu, tidak menghalang orang ramai hadir mendengar ceramah yang diadakan di Dataran Air Panas.

NONEDalam ceramahnya, menteri besar Kelantan itu meminta pengundi memberikan sokongan penuh kepada calon PAS Normala Sudirman ketika pilihan raya 30 Januari ini.

Mengakui tidak mengenali lebih dekat calon PAS itu, Nik Aziz bagaimanapun memberitahu, "kehebatan" bekas guru itu jelas kelihatan, antaranya melalui laporan temuramahnya dengan akhbar.

"Cara dia menggunakan bahasa (dalam temuramah) nampak hebat.

"Beliau nampak hebat dan layak untuk menjaga bumi Allah, bukan Johor (sahaja)," katanya.
Nik Aziz juga menyeru agar usaha berkempen oleh mana-mana parti politik tidak disekat pihak tertentu agar rakyat dapat menilai pendekatan yang relevan untuk menyesuaikan dengan kehendak semasa.
Pilih yang selamat dunia, akhirat

Menurut beliau, PAS berpendirian mengetengahkan calon yang mampu membela nasib rakyat dan berpegang teguh kepada landasan syiar Islam.

"Begitu juga pilihanraya, kita ada kempen, jangan sekat dan jangan halang. Biar beri peluang kepada pengundi memilih. Satu pendirian yang PAS saya mahu sebut adalah pilih yang selamat di dunia dan selamat di akhirat," kata Nik Aziz.
NONEDalam ucapannya, Nik Aziz berkata agama dan politik harus diselarikan dalam aspek pentadbiran negara bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.

Tambahnya, pembohongan berterusan yang dilakukan Umno-BN mengelirukan rakyat justeru memisahkan kefahaman berpolitik yang dituntut oleh negara yang majoritinya masyarakat beragama Islam.

"Ini dia cerita politik lain, agama lain. Ertinya dalam masjid cakap lain, di luar masjid cakap lain. Betul ke begitu?

“Ini pembohongan yang dibuat orang Melayu sekular. Yang penting agama dan politik mesti selari," kata Nik Aziz.

Menteri besar Kelantan itu juga membidas kerajaan pusat yang mengamalkan dasar pilih kasih terhadap negeri-negeri di bawah naungannnya.

NONEBeliau berkata, sikap Umno-BN yang kononnya ingin membela nasib Melayu tidak memperluaskan dasarnya secara menyeluruh.

"Perangai Umno mahu jaga Melayu, tapi Kelantan dia tidak peduli. Jalan raya dia tidak ambil kisah. Tuan-tuan pergi Kelantan sampai ke Bukit Yong, sempadan antara Besut dan Kelantan. Lihat jalan raya menghala ke Besut cantik.

"Pandang jalan ke Kelantan tidak ada. Jalan ini jalan pusat tapi Umno tidak buat kerana Kelantan," katanya kepada masyarakat yang hadir ke Dataran Ayer Panas.

Bukan calon tepi jalan
Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang berkongsi pentas sama berkata, Normala mempunyai rekod yang cemerlang dan bukannya hanya calon yang "dikutip di tepi jalan".

NONEKatanya, Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala pernah dinobatkan sebagai guru cemerlang oleh kerajaan pusat sendiri.

"(Guru cemerlang) bukan PAS yang bagi, bukan kerajaan Johor yang beri, yang bagi adalah Kementerian Pelajaran Malaysia, kerajaan pusat," katanya.

Antaranya yang hadir menyampaikan ceramah adalah Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN PKR Simpang Pulai Chang Ming Kai dan peguam Hassan Karim.

Daripada 200 peserta yang hadir, kebanyakannya penduduk tempatan.

Suasana penuh warna-warni dengan adanya penyokong wanita yang menghampar tikar di bawah kanopi ceramah. Malah ada berdiri di kiri dan kanan menghadap dataran dan kanopi itu.

Mengintai dari jauh


Malah juga yang asyik mendengar ceramah daripada gerai bihun sup atau sambil membelek barang-barang di gerai-gerai jualan sepanjang Jalan Sawah Baru.

NONESebelum itu, Nik Aziz yang tiba dengan tongkatnya seperti biasa kira-kira jam 11.00 malam disambut dengan laungan takbir.

Kawasan yang becak akibat hujan sebelum itu menyebabkan beliau dibantu dua orang yang memegangnya dan menyuluh ke tanah untuk ke pentas ceramah.

Ketibaan beliau menyebabkan orang ramai yang pada mulanya tidak ramai berbondong-bondong merapati kanopi untuk mendengar ucapan dan menatapi wajah Nik Aziz dengan lebih jelas.

Bukan sahaja masyarakat Melayu, kelihatan juga pengundi kaum Cina.

Bagaimanapun, terdapat juga yang 'mengintainya' dari jauh, di atas motosikal dekat jalan raya, tanpa memasuki kawasan tersebut.

Anwar: MCA bangkit isu Islam, salam mahu nak tutup kelemahan


Anwar Ibrahim berucap ketika berkempen untuk calon PAS-Pakatan Rakyat di Felda Chemplak Barat malam tadi. - Foto oleh Choo Choy May


LABIS, 28 Jan - Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa MCA sengaja mahu membangkitkan isu negara Islam dan menyerang peribadi calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman dalam kempen pilihan raya kecil Tenang kerana mahu menutup kelemahan dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut menyamakan Umno dan MCA yang mana kedua-dua parti itu akan menghabiskan wang rakyat demi kepentingan sendiri.
“Umno dan MCA ini serupa sahaja, mereka nak tutup masalah yang besar (dalam parti), Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) dan Presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak) nak meghabiskan duit rakyat.
“Ini nak cakap soal salam, Dr Chua ini nak tutup kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), apa isunya? Calon kita (Normala) mempunyai kelayakan dan kita mahu dia bawa suara rakyat ke sidang DUN Johor bukan nak duduk untuk setuju semua.
“Yang kita mahu bawa masalah rakyat, bukan hanya masalah kenaikan harga barang tapi masalah lain juga,” kata Anwar ketika menyampaikan ceramah di Felda Chempelak Barat di sini malam tadi.
Sebelum ini, Dr Chua menegaskan akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.
Bekas menteri kesihatan itu berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.
Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan bersalaman dengan pengundi lelaki.
Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.
Walaupun tidak mendapat sambutan ketika menyampaikan ceramah di kawasan itu, Anwar tetap bersemangat untuk memberikan maklumat dan informasi mengenai kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran BN yang diterajui Najib.
Ceramah tersebut bagaimanapun tidak dihadiri penduduk Felda Chempelak Barat tetapi dipenuhi penyokong Pakatan Rakyat.
“Kita nak bawa isu ekonomi itu yang pertama... makan minum, pelajaran, pekerjaan ini yang perlu diangkat.
“Wakil rakyat bukan wakil Menteri Besar tapi adalah untuk bawa masalah rakyat, kita Pakata Rakyat akan bantu setakat yang mampu kita buat,” kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pentadbiran BN yang tidak mengamalkan Islam menjadi punca utama berlakunya pelbagai masalah dan ketirisan dalam pentadbiran negara.
“Umno tolak Islam ambil kebangsaan, Umno tahu apa (pasal Islam) dan ia perkara pertama yang kita tentang. Apa yang Umno bawa selama ini yang kita bantah.
“Setiap manusia akan mati, lepas mati kita akan hidup semula... dalam Islam ada sebut. Tapi bila hidup semula, kita tidak balik ke kampung, Felda dan saya juga tidak balik ke Kelantan... kita hidup untuk jumpa Allah.
“Ini yang jadi masalah kepada Umno, bila Umno tolak Islam kita akan ketinggalan. Itu yang jadi masalah rasuah, curi, dadah dan sebagainya,” katanya.
Justeru Menteri Besar Kelantan itu meminta pengundi DUN Tenang agar memberikan sokongan penuh kepada Normala pada 30 Januari ini.
“Jangan undi BN, pangkah PAS, calon kita perempuan. Dia lagi pandai jaga anak daripada suami, dia pandai jaga anak dan rakyat.
“Umno bagi duit ambil, bagi gula ambil, bagi kain pakai, bagi lembu makan dan bagi kertas undi pangkah PAS,” katanya.
Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

'PAS berpeluang menang jika 75% keluar mengundi'

Calon PAS berpeluang merampas kerusi DUN Tenang jika sekurang-kurangnya 75 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Ahad ini, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman.

NONEKatanya, berdasarkan beberapa perkembangan baru yang diperolehinya, calon PAS serta jentera Pakatan Rakyat berjaya mendapat reaksi “positif” khususnya di kawasan perkampungan tradisi dan di masyarakat Felda yang sebelum ini sukar ditembusi.

Kampung tradisi yang terdapat di DUN Tenang adalah Kampung Redong, Air Panas dan Kampung Tenang.

“Di kampung tradisi kita mengambil pendekatan 'sentuhan peribadi'. Oleh kerana rumah di kampung tradisi tidak banyak, ia lebih mudah untuk kita terus berjumpa dengan pengundi.

“Perkampungan tradisi tidak terikat dengan badan-badan tertentu. Persepsi mereka berubah tentang PAS yang dikatakan sebagai kumpulan radikal atau ekstrem. Jadi mereka melihat kita berbeza.

tenang by election day 1 230111 mohd azahar with girl“Kita berkampung di sana dan bahkan bila adanya kematian, mereka menyuruh kita memimpin tahlil,” katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas satu sidang media.

Mazlan berkata calon PAS Normala Sudirman berjaya mendapat respons positif dari pengundi di Kampung Payah Merah – tempat tinggal calon BN, Mohd Azahar Ibrahim (atas, kanan).

Cikgu Mala disambut baik

Katanya, daripada 60 orang pengundi yang ditemuinya, mereka menyambut baik kehadiran calon PAS yang lebih dikenali dengan Cikgu Mala dan ada di antara mereka mempelawa masuk ke dalam rumah.

NONEMazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat bagaimanapun menyuarakan kebimbangannya apabila pihaknya berhadapan dengan kekangan iaitu kesukaran pengundi Melayu dan Cina pulang ke kampung.

Ini kerana, mereka perlu berulang disebabkan tarikh pengundian 30 Januari diselangi dengan sambutan Tahun Baru Cina tiga hari selepas itu.

Sehubungan itu pihaknya kini sedang memikirkan starategi untuk merangsang pengundi Cina dan Melayu untuk pulang mengundi pada 30 Januari ini.

Ditanya mengenai strategi PAS untuk menarik lebih ramai pengundi di ketiga-tiga Felda – Felda Tenang, Felda Chempelak, dan Felda Chempelak Barat – beliau berkata PAS memasuki fasa terakhir bagi menarik kumpulan tersebut.

Katanya, fasa pertama dilalui sejak penamaan calon sehingga hari ini, pihaknya mengadakan siri ceramah dan dialog dengan membarisi tokoh Pakatan Rakyat dan peguam memberi penerangan mengenai isu semasa termasuk isu-isu Felda.

NONE“Fasa terakhir ini kita fahamkan supaya mereka ada keberanian (untuk menuntut) apa yang mereka mahukan. Kita lontarkan isu berbangkit supaya mereka tahu apa komitmen kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya kini menggiatkan kempen bertemu pengundi di kedai kopi atau gelanggang futsal dan memberi penerangan dalam ceramah kelompok mengenai isu berbangkit di Felda.

“Nampaknya pendekatan ini lebih positif supaya mereka lebih memahami (mengenai isu tesebut). Ada di antara mereka tidak tahu hak mereka sebagai warga Felda,” katanya.