Selasa, 25 Januari 2011

Amaran Soi Lek: Undi PAS hanya kukuh kedudukannya di Pakatan


LABIS, 25 Jan — MCA, rakan Umno dalam Barisan Nasional (BN), terus menyerang PAS dengan hari ini memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat (PR).
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam PR parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.
“Jika Pakatan menang di peringkat persekutuan, yang saya rasa tidak mungkin, PAS akan menjadi ketua, selaku parti yang ada lebih banyak sumber berbanding DAP dan Keadilan," kata Dr Chua pada sidang media di sini hari ini.
Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan bersalaman dengan pengundi-pengundi lelaki.
Perkasa dan Mufti Perak menggesa Dr Chua memohon maaf atas alasan kenyataannya menghina umat Islam negara ini.
Pagi tadi PAS menerusi Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali meminta Umno menasihatkan MCA supaya menghormati adat dan tatatertib orang Islam.
Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan komponen BN termasuk MCA supaya tidak bergantung kepada isu bersalam calon wanita PAS, sebaliknya memberi tumpuan ke atas isu-isu lain.
Isu negara Islam dibawa PAS juga menjadi bahan kempen di Tenang, sebagaimana disaksikan dalam kebanyakan pilihan raya umum sebelum ini dan ketika kebanyakan pilihan raya kecil sejak Mac 2008.
PAS, DAP dan PKR membentuk Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.
Bekas menteri kesihatan itu turut merujuk kepada kerajaan negeri Perak di mana Adun PAS Datuk Seri Nizar Jamaluddin dijadikan menteri besar meskipun DAP menguasai 18 kerusi negeri manakala PAS pula enam dan PKR tujuh.
“Gabungan kerusi Keadilan dan PAS juga tidak dapat mengatasi DAP, tetapi PAS menjadi MB,” kata Dr Chua.
“Jadi, PAS berupaya untuk memperluaskan sayapnya dari Kelantan ke Kedah dan Perak walaupun di Perak, saya pasti sekurang-kurangnya 45 peratus penduduk adalah Cina,” kata beliau.
PAS memerintah Kelantan sejak 1990.
Ditanya mengenai kemajuan dicapai MCA di kawasan-kawasan masyarakat Cina sejak kempen bermula Sabtu lalu, Dr Chua berkata, beliau tidak suka membuat spekulasi.
“Jangan buat spekulasi, kami perlu fokus pada perkara-perkara yang konkrit. Apa gunanya membuat spekulasi 60 peratus, 75 peratus, yang paling penting jentera mesti terus bekerja kerjas,” kata bekas ahli Parlimen kawasan Labis.
Pada 2008 beliau digantikan oleh anaknya bertanding di Labis.
MCA dikatakan berhadapan dengan tekanan untuk menguasai untuk menguasai sokongan komuniti Cina menjelang hari pengundian Ahad ini.
Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi kerusi DUN Tenang dengan hanya 42 peratus sokongan pengundi Cina.
Daripada lebih 14,000 pengundi, seramai 39 peratus merupakan pemilih kalangan masyarakat Cina.
Pengundi Melayu terdiri daripada 47 peratus manakala orang India pula 12 peratus.

Tangan Cikgu Mala menggoncang ketenangan BN

1. Pertama kali saya menyampaikan ceramah di Felda Tenang  bersama Cikgu Normala Sudirman, calon PAS mewakili Pakatan Rakyat di N 05 Tenang, saya tertarik dengan ucapan bertenaga dan menyakinkan dari Cikgu Mala dengan ungkapan " .... tangan yang menghayun buaian ini insyaallah akan menggoncangkan dunia ...."
2. Ternyata Cikgu Mala tidak perlu menunggu lama, hari kedua beliau turun berkempen sempena pilihanraya kecil N 05 Tenang ini sebagai calon pilihan, tangan beliau telah menggoncangkan ketenangan UMNO dan BN di Tenang. Kelam kabut sekutu rapat UMNO dalam BN iaitu MCA melalui Presidennya mempersoalkan kenapa Cikgu Mala tidak bersalam dengan lelaki ajnabi [ yang bukan mahramnya ]
3. Biasanya sesuatu isu ditimbulkan dalam musim pilihanraya kerana isu tersebut menggugat. bagi pihak PAS malah DAP dan PKR yang berkawan dengan PAS sangat maklum situasi ini. Sememangnya muslimat PAS tidak akan bersalaman dengan kaum lelaki yang halal nikah dengan mereka kerana ia adalah suatu larangan dalam agama Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Namun ia dilihat asing oleh Presiden MCA. Mungkin berdua - duaan dengan pasangan yang tidak sah di dalam bilik hotel lalu melakukan hubungan sulit itu lebih bermoral dan normal bagi Presiden MCA berbanding sikap Cikgu Normala yang tidak bersalam dengan lelaki.
4. Tidak bersalaman oleh seorang perempuan yang teguh agamanya dengan seorang lelaki yang sah nikah dengannya bukanlah suatu perkara ganjil dalam negara ini yang majoriti penduduknya adalam muslim. Bahkan tidak sepatutnya ia menjadi isu. Justeru ia bukanlah  satu tindakan yang boleh merosakkan kemesraan dan hubungan dengan masyarakat. Sebaliknya masih banyak elemen lain yang lebih penting untuk membentuk kemesraan dan hubungan dengan masyarakat tanpa "salam tangan" antara lelaki dan perempuan seperti ziarah, kebajikan, bertanya khabar dan lain - lain.
5. Sungguhpun tanpa "salam tangan", calon pilihan ini tidak menang tangan dan senyuman untuk bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat tanpa pula mengira latar belakang kaum dan jantina. Lebih menarik apabila masyarakat menilai bahawa Cikgu Mala adalah seorang yang teguh peribadi dan berprinsip sementara itulah kriteria seorang pemimpin yang diperlukan oleh rakyat.
6. DAP dan PKR cepat memahami situasi ini lantas mengambil langkah mempertahankan tindakan Cikgu Mala malah sangat menghormatinya apabila mengetahui bahawa ini adalah prinsip agama. Sedang prinsip agama inilah menjadikan PAS sebuah parti yang teguh dan berdisiplin. Malang MCA gagal pula memahami situasi ini biarpun sekian lama berselimut dengan UMNO di dalam BN.
7. Jawapan mudahnya kerana MCA tidak melihat prinsip ini wujud di dalam UMNO. Pemimpin wanita mereka bukan sahaja boleh bersalaman sesuka hati malah boleh berlaga pipi, boleh berpelukan dan sebagainya. Akhirnya Presiden MCA sendiri keliru angkara UMNO yang tidak mempertahankan prinsip beragama. Inilah fitnah besar dari kegagalan UMNO menjalani kehidupan sebagai sebuah parti yang patuh pada suruhan agama .
8. Selama ini UMNO berhujjah kononnya DAP anti Islam, kafir harbi dan macam - macam tuduhan lalu mempersoalkan kenapa PAS bekerjasama dengan DAP ? Kini Allah swt mendedahkan siapa pula MCA di sisi UMNO ? secara terbuka kini MCA melalui Presidennya menghina Islam dan mempersendakan ummat Islam yang beramal dan berpegang teguh dengan amalan Islam itu. Sementara DAP pula semakin hari semakin lunak dan memahami asas Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
9. Terbaru melalui perubahan sikap yang ditunjukkan oleh Pengerusi DAP karpal Sigh mengenai negara Islam yang ditentang oleh beliau sejak dulu. Beliau tidak lagi keras menolak negara Islam seperti dulu sebaliknya menganggap isu ini boleh dibincangkan. Ia satu perkembangan yang positif berbanding sikap MCA yang terus kekal dalam kejahilan sejak lama dulu sehingga sekarang.
10. Saya ucapkan syabas kepada Cikgu Mala dan mengharapkan beliau terus thabat [teguh] pendirian dan usah gundah dengan provokasi musuh. Allah bersama dengan insan yang sabar menghadapi ujian perjuangan ini. Ubah sekarang Selamatkan Malaysia !

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan
Nasrudin bin Hassan

MB Johor: Tak benar Azahar enggan jadi calon

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman hari ini menafikan dakwaan kononnya Mohd Azahar Ibrahim enggan menjadi calon BN bagi pilihan raya kecil untuk kerusi dewan undangan negeri (DUN) Tenang.

NONE"Dia komited untuk menjadi calon kita dan memenangi pilihan raya ini demi meneruskan pembangunan di DUN Tenang," katanya ketika diminta mengulas dakwaan kononnya Mohd Azahar, 39, tidak bersungguh-sungguh dalam kempennya kerana beliau dikatakan keberatan untuk menjadi calon.

Abdul Ghani, yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi kerusi Tenang itu, berkata Mohd Azahar menerima pemilihan beliau sebagai calon cuma bekas Penolong Pegawai Daerah Labis itu agak terkejut apabila dimaklumkan mengenai pemilihannya sehari sebelum pengumuman namanya dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu lalu.

NONEDalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar berdepan calon PAS, Normala Sudirman, 38, yang juga Ketua Muslimat PAS Labis.

Pengundian ialah pada Ahad ini.

Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsol Bari Jamali pula mahu pasukan pemantau menyiasat dakwaan kononnya ada beberapa pelajar institusi pengajian tinggi dipercayai bekerja untuk PAS berkempen memburuk-burukkan nama BN dan Umno.

"Menggunakan pelajar untuk aktiviti kempen ini adalah sesuatu yang tidak sihat dan kita mahu ianya dihentikan," katanya.

- Bernama

Cikgu Mala tidak Mahu Serang Peribadi Lawan

Biarpun diserang dengan pelbagai fitnah, kempen calon PAS, Normala Sudirman atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala, bertemu pengundi Dun Tenang sdikit pun tidak terjejas.

Pada sidang medianya semalam, Cikgu Mala menampilkan keperibadian yang tinggi apabila menjelaskan beliau tidak akan sesekali membalasnya dengan membuat serangan peribadi kepada pihak lawan.

"Saya tak akan buat serangan peribadi terhadap pihak lawan. Itu pendirian saya walau apa pun mereka buat pada saya.

"Saya percaya Tuhan akan melindungi saya," katanya.

Tambahnya lagi, beliau sedikitpun tidak terkesan dengan serangan peribadi yang dibuat terhadapnya kerana telah membuat persedian awal sebelum nekad menerima tawaran menjadi calon.

Selain itu katanya, beliau tidak mahu membuang masa untuk menjawab fitnah tersebut kerana mahu fokus bertemu seramai mungkin pengundi Dun Tenang sepanjang tempoh kempen ini.

"Saya telah buat persiapan jiwa dan mental...saya sentiasa berdoa agar Tuhan melindungi saya.

"Ianya sedikit pun tidak melemahkan perjuangan saya untuk membela nasib rakyat," ujarnya lagi.

Sejak tempoh kempen bermula 22 Januari lalu, Ciku Mala berdepan beberapa serangan peribadi yang dilemparkan Umno BN.

Ianya termasuk isu tidak bersalam dengan lelaki ketika hari penamaan calon yang dibangkitkan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Selepas itu, Cikgu Mala kemudiannya memakai sarung tangan bagi membolehkannya bersalam dengan semua orang.

Namun beliau tetap diserang dengan mempersoal kenapa bersalam dengan wanita juga memakai sarung tangan. 

Bagaimanapun, isu itu telah dijelaskan oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub yang mengatakan ia bukan isu kerana setiap kaum mempunyai cara tersendiri untuk mengucapkan salam dan bersalaman.

Selain itu, Cikgu Mala turut difitnah sebagai pernah bertanya kepada seorang peniaga Cina "kenapa jual minuman arak".

Tuduhan itu dilaporkan dibuat oleh ahli parlimen Labis Chua Tee Yong.

Bagaimanapun Cikgu Mala menafikan perkara itu malah PAS mencabar Chua menyatakan di mana, bila dan tempat, calon PAS bercakap sedemikian.

Chua juga diberi tempoh 24 jam bagi menjelaskan tuduhan tersebut, atau berdepan tindakan saman fitnah yang dijangka akan dikemukakan PAS sekiranya tiada jawapan munasabah dari Chua dalam tempoh tersebut.

Calon BN cuai sebagai ADO

LABIS, 25 Jan: Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil Dun Tenang didakwa cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai kerajaan sebelum ini  dan pernah disaman kerana melelong tanah tanpa pengetahuan tuan tanah.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mendedahkan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim didapati cuai dan lalai ketika memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga disaman pada tahun 2004 oleh tuan tanah, Mansor Mohamad.

Katanya, Azahar yang dikenali dengan panggilan Tok Ai telah disaman di Mahkamah Tinggi Muar melalui Saman Pemula No: 24 (L) - 674-2004 berkaitan kes siasatan hartanah HS (M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat.

Menurut beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian Azahar yang ketika itu sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah mengakibatkan satu Perintah Jualan ke atas hartanah Mansor Mohamad pada 18 September 2009.

"Kerana kecuaian Tok Ai tanah tersebut secara tidak sah telah dilelong pada 1 Disember 2003 dengan harga RM70,000," ujarnya.

Beliau kesal dengan kecuaian Tok Ai yang menyebabkan tuan tanah, Mansor menjadi mangsa kezaliman kerana hartanahnya dilelong kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan beliau.

Justeru kata beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian itu telah mengakibatkan nama baik dan intergriti Pejabat Pentadbir Tanah Segamat terjejas teruk sekaligus menghakis keyakinan rakyat pada ketelusan Pejabat Tanah Daerah Segamat.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar, Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Asnawi telah membenarkan tuntutan Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat pada 29 Januari 2008 dengan kos akibat kecuaian Tok Ai mengendalikan isu tersebut.

Salahudin yang juga Pengarah Pilihan Raya Dun Tenang mempersoalkan mengapa calon yang telah dibuktikan oleh Mahkamah cuai dan lalai dalam melaksanakan tugas awam masih dicalonkan untuk PRK Dun Tenang.

"Tidakkah tindakan Umno ini membuktikan Umno tidak menghiraukan isu integriti dan kompetensi seorang calon bagi mewakili rakyat atau pengundi Dun Tenang," tegasnya.

Beliau yakin dengan pendedahan itu membuktikan bahawa Umno memang sengaja menyembunyikan fakta-fakta tersebut kerana bimbang pengundi Dun Tenang akan menolak calon Umno-BN.

Merujuk rekod buruk Tok Ai, Azahar Ibrahim, PAS yakin dan percaya rakyat Dun Tenang tidak akan tertipu dengan janji-janji manis beliau untuk menyelesikan maalah tanah di Labis.

Ini kerana katanya, fakta dan keterangan tersebut jelas menunjukkan tanah rakyat dengan mudah telah dilelong dengan secara tidak sah.

"Kami menyeru pengundi Dun Tenang jangan gadaikan maruah dan masa depan anak bangsa dengan memilih calon Umno yang terbukti didapati bersalah oleh Mahkamah kerana menganiayai rakyat," tegasnya.

Salahudin menegaskan pendedahan itu bukan merupakan serangan peribadi calon tetapi ia menyentuh isu integriti dan kelayakan Azahar (Tok Ai) untuk menjadi calon di Dun Tenang.

MP Labis Chua: Saya tak kata!

Setelah diberi tempoh 24 jam daripada PAS supaya membuktikan kenyataannya bahawa calon PAS, Normala Sudirman mempersoalkan pemilik kedai bukan Islam berhubung penjualan arak, ahli parlimen Labis, Chua Tee Yong cuba berdolak-dalih.

Jika pagi semalam, Chua berkata kepada sebuah portal berita beliau tetap dengan kenyataanya tetapi enggan menamakan pemilik kedai berkenaan tetapi pada lewat petang, Chua menukar nadanya.

NONELaporan The Malaysian Insider memetik Chua sebagai berkata,” Sudah tentu, saya tidak boleh menamakan kedai itu, pemiliknya tidak mahu dikenali”.

Namun apabila diasak wartawan di sebuah majlis ketika kempen pilihan raya kecil Tenang di Labis, Chua menafikan beliau membuat laporan itu dan mendakwa laporan The Malaysian Insider adalah tidak tepat.

"Semasa berkempen, ada pengundi tanya sama ada penjualan arak akan dihentikan jika calon PAS dipilih, saya jawab mungkin.”

Berikutan kenyataan itu, PAS memberi Chua 24 jam bagi membuktikan bahawa Normala mempersoalkan jualan arak ataupun berhadapan dengan saman fitnah jika gagal berbuat demikian.

Menurut sebuah laporan China Press, Chua dilaporkan berkata, "Mengikut maklumat yang saya terima, semasa kempen Normala, dia bertanya kepada seorang pemilik kedai kopi mengapa bir dijual. Pemilik kata itu adalah haknya untuk berbuat demikian.”

tenang by election day 1 230111 normala greets public"Kami mahu beliau (Chua) memberikan nama kedai kopi itu (dan juga), tarikh dan masa Normala berkata demikian sebelum tengahari (esok).

"Jika tidak, kita akan memfailkan saman fitnah ke atasnya,” kata timbalan pesuruhjaya PAS Johor yang juga penyelaras pilihan raya kecil parti itu, Dzulkefly Ahmad, kepada wartawan.

Chua berkata beliau belum membaca laporan China Press kerana sibuk dengan kemp[en pilihan raya kecil.

"Saya mesti tunggu surat dari mereka (PAS) sebelum boleh beri ulasan.”

Diasak wartawan, Chua berkata, beliau tidak secara langsung menafikan laporan berkenaan tetapi meminta wartawan melaporakan apa yang dikatannya.

PAS ungkit masa silam calon BN

PAS hari ini mendakwa bahawa kecuaian calon BN Mohd Azahar Ibrahim ketika menjadi penolong pegawai daerah Segamat, telah mengakibat tanah seorang penduduk dilelong tanpa pengetahuannya.

Dakwaan tersebut dibuat oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam satu sidang akhbar di Tenang hari ini.

NONESalahuddin (tanpa ketayap) berkata, kes itu berlaku pada tahun 2003 sehingga mengakibatkan sebidang tanah milik Mansor Mohamad telah dilelong.
Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS pusat, Mohamed Hanipa Maidin pula berkata, ekoran Mansor gagal membayar balik ansuran bank, Azahar dikatakan mengadakan satu inkuiri yang membawa kepada tanah Mansor dilelong tanpa pengetahuannya.

Bagaimanapun, kata Salahuddin, pada tahun 2008, Mahkamah Tinggi Muar membuat keputusan yang memihak kepada Mansor di mana beliau menamakan pejabat tanah daerah Segamat sebagai defenden.

Beliau mendakwa, kecuaian Azhar itu telah mengakibat nama baik pejabat pentadbir tanah Segamat terjejas dengan teruk.

Tegasnya, ia sekaligus menghakis keyakinan rakyat terhadap ketelusan pejabat tanah daerah Segamat dalam mengurus dan mengendalikan tanah mereka.
NONE
Mansor turut hadir di sidang akhbar tersebut.
Manakala Azhar (bertopi) pula, ketika ditanya mengenai dakwaan PAS itu berkata: "Ini keputusan mahkamah.... (perkara) itu mereka manipulasikan sahaja".

Ditanya mengenai dakwaan PAS yang beliau tidak sesuai menjadi calon Umno, Mohd Azhar menjawab: "(Itu) provokasi, biasalah. Awak pun tahu".

Sempena Pelancaran Portal Rasmi Cikgu Mala





Baru sebentar tadi Portal Rasmi Calon N.05 Tenang dilancarkan. Diharapkan dengan pelancaran ini sedikit sebanyak memberi maklumat terkini di DUN Tenang. Diharapkan kepada pembaca untuk terus mengikuti perjalanan semasa saya sebagai calon di DUN Tenang.

JADUAL CALON 25HB.JAN.2011 (SELASA)

PROGRAM KEMPEN CALON PR 25 JANUARI


8.30 pagi          : Sarapan di warung di Chempelak Barat
10.00 pagi        : Lawatan rumah ke rumah di Felda Chempelak Barat
11.00 pagi        : Lawatan rumah ke rumah di Perumahan Awam Labis

Rehat Tengahari

3.30 petang      : Program menyantuni masyarakat India anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS bersama Ust Mujahid Yusuf Rawa
5.00 petang      : Pelancaran Sukan Rakyat anjuran ANAK di Felda Tenang
6.30 petang      : Program mesra rakyat bersama YB Salahuddin Ayub, YB Lim Guan Eng di sekitar Bandar Labis

Malam              :
Ceramah di Felda Tenang bersama Dato’ Dr Haron Din dan YAB Ust Azizan Razak.
Ceramah di No 157, Jalan Sejati, Taman Perwira bersama YAB Lim Guan Eng
Ceramah di Kg Sawah Baru bersama YB Nurul Izzah Anwar

*Sebarang perubahan jadual adalah tertakluk kepada keperluan.Sila berhubung dengan Pengurus Calon, Sdr Syed Othman (0137511818) jika ada sebarang masalah
 
Auzani Akramin bin Ahmad
Jawatankuasa Kempen Calon
Pakatan Rakyat
PRK N05 DUN Tenang