Isnin, 24 Januari 2011

PRK Tenang : Kejahatan UMNO yang Munafik!


Umno bingung hadapi isu negara Islam

Dalam keadaan pemimpin-pemimpin Umno yang hidup dalam keadaan mewah melampau dan rakyat terhimpit dalam peningkatan kos kehidupan yang semakin membebankan, PAS melahirkan rasa kesal terhadap cara Umno menghadapi isu negara Islam untuk mengalihkan perhatian rakyat di pilihanraya kecil Tenang.

“PAS tegaskan bahawa bentuk negara yang dikehendaki oleh rakyat ialah sebuah negara yang bebas dari budaya rasuah, salah guna kuasa, memaksa akta yang menindas rakyat, bebanan hidup rakyat yang semakin meningkat manakala di waktu yang sama pemimpin Umno hidup mewah melampau dan rakyat terpaksa membayar kos yang bukan kos sebenar,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini sebagai respon kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyokong tindakan MCA untuk memainkan isu negara Islam di PRK Tenang.

“Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada. Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina,” Muhyiddin dipetik sebagai berkata semalam.


Muhyiddin membuat kenyataan tersebut sebagai menyokong tindak-tanduk MCA yang mengedarkan risalah-risalah berbahasa Cina untuk menakutkan orang bukan Islam terhadap negara Islam dan PAS sehinggakan seolah-oleh merestui juga tindakan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang memperkelehkan adat Muslimat yang tidak bersalaman dengan lelaki bukan muhrim sebagai satu isu politik di Tenang kelmarin.

“Dia (calon PAS, Normala Sudirman) tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS," kata Chua.

Sehingga kini, tiada satu pemimpin Umno, Perkasa dan termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Jamil Khir Baharom yang tampil untuk menuntut Chua untuk meminta maaf atas tindakannya yang jelas menghina adat Muslimat, terutamanya calon PAS, Normala Sudirman dalam adab bersalaman seorang Muslim dengan individu yang lain dalam konteks masyarakat majmuk.

Sementara itu, Tuan Ibrahim membidas cara Umno menghadapi isu negara Islam, yang ternyata sangat berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh DAP melalui presidennya Karpal Singh, yang baru-baru ini telah menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam dalam konvesyen Pakatan Rakyat ke-2 di Kepala Batas, bulan lepas.


Sebelum itu, Menteri Besar Johor, Ghani Othman turut serta bersama MCA dalam memainkan isu negara Islam dengan menakutkan pengundi-pengundi di Tenang bahawa ‘PAS ingin menubuhkan negara Islam dan berkeinginankan hukum-hakam yang memotong tangan kepada mereka yang mencuri’.

Dalam menjawab tohmahan Ghani, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, model negara yang ingin PAS perjuangan sudah dapat dilihat daripada pemerintahan PAS di Kelantan untuk lebih 20 tahun.

“Tiada rakyat yang tersisih dalam arus perancangan dan pembangunan. Kita tidak isytihar atau tukar Kelantan ke Darul Islam, ia kekal Darul Naim.

Kita bawa dasar membangun bersama Islam. Islam yg membawa rahmah, bukan menyusahkan rakyat, bukan merosakkan akhlak rakyat, atau menggalakkan budaya negatif,” tambah Tuan Ibrahim.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, usaha Umno dalam menghadapi isu negara Islam hanyalah bertujuan untuk menakutkan orang bukan Islam kepada Islam dan mengalihkan pandangan rakyat daripada menilai tawaran 100-hari yang diwar-warkan Pakatan Rakyat.




Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa PAS bersama Pakatan Rakyat sudahpun membuat deklarasi bersama untuk menerima prinsip-prinsip yang telah dijamin dalam perlembagaan negara.

“Isu negara Islam segaja dilontar bagi mengalih perhatian rakyat dari menilai tawaran 100-hari Pakatan Rakyat. Umno BN bukan sahaja gagal menyahut cabaran debat, sebaliknya menimbulkan isu remeh temeh soal bersalam, soal sarung tangan yang dipakai calon.

"Ini bukti UMNO BN ketandusan modal bagi menghadapi PAS dan Pakatan Rakyat,” bidas Tuan Ibrahim.

PRK Tenang : One Malaysia hancuuss!!


Hancuusss!!! One Malaysia... Islam dihina, kemenangan diutamakan.

Itulah strategi kempen yang diguna pakai oleh UMNO/BN di PRK N.05 Tenang. UMNO bersama-sama rakannya MCA serta Gerakan sanggup memperlekeh ajaran Islam semata-mata untuk meraih undi masyarakat Cina di sana.

Isu calon PAS Normala Sudirman yang memakai sarung tangan ketika bersalaman dengan yang bukan muhrimnya dimanipulasi hebat dan dimainkan oleh MCA dengan sokongan UMNO.

Jijik sungguh kempen mereka apabila mereka mempermainkan sentimen agama. Namun demikian, ia menunjukkan sikap mereka yang sebenarnya. Sudah 53 tahun mereka bersama dalam sebuah kapal yang diterajui bangsa Melayu-Islam, tetapi masih bangang tentang ajaran Islam.

Mereka langsung tidak menunjukkan kepekaan mereka terhadap sensitivi bangsa Melayu terhadap agamanya. Ini memalukan bangsa Cina itu sendiri. Akibat nila setitik, rosak susu sebelangga. Akibat sikap MCA yang keji, rosak imej kaum Cina. Nasib baik ler ada banyak lagi Cina, yang tidak sekeji MCA.

Inikah amalan yang disarankan dalam konsep 1Malaysia?? Apa yang dilakukan oleh MCA di Tenang ialah bukti bertapa 1Malaysia itu adalah retorik politik semata-mata. Mereka cakap tak serupa bikin. Inilah rupa syaitan yang berlindung di sebalik topeng One Malaysia. One Malaysia ialah alat untuk kepentingan politik mereka semata-mata. Apabila perlu, ya.... One Malaysia!! Apabila tidak menguntungkan mereka, pergi jahanam One Malaysia.

Apa-apa pun, tohmahan tersebut sedikit pun tidak mendatangkan kudis kepada calon PAS. Masyarakat Cina yang cuba diperbodohkan oleh MCA tidak mudah terpengaruh dengan dakyah bodoh MCA. Mereka bukan jahil seperti yang MCA harapkan. Cikgu Mala terus mendapat sambutan di mana saja dia pergi untuk berkempen. Penerimaan masyarakat Cina terhadapnya begitu baik sekali.

Ini kerana.....masyarakat Cina tidak takut lagi dengan momokan Islam dan juga negara Islam. Masyarakat Cina sudah well informed dan boleh faham amalan dan ajaran Islam di Malaysia.

Mereka juga tahu sikap kepura-puraan MCA dalam soal ini. MCA cuba men'jual' isu ini tetapi masyarakat Cina di Tenang, malah di seluruh Malaysia enggan mem'beli'nya.

Kesian.... One Malaysia hancuuusss, angkara MCA dan juga UMNO!!

Habis La Lu Apek...


Isu bersalam: Harussani anggap Soi Lek hina Islam, perlu minta maaf

LABIS, 24 Jan — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam — calon PAS-Pakatan kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Justeru, Harussani (gambar) menggesa Dr Chua yang juga Presiden MCA supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.

Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki.

Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi “mengingatkan” masyarakat Cina di DUN Tenang.

“Beliau (Dr Chua) perlu tahu, kalau tahu beliau kena hormati pendirian agama masing-masing, kalau tidak tahu itu adalah kejahilan.

“Kalau tahu tapi buat-buat tidak tahu itu menghina Islam namanya... saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama.

“Jadi beliau perlu minta maaf kerana menghina orang Islam,”
kata Harussani ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat.

Menurut Harussani, sebagai seorang wanita yang beragama Islam sudah menjadi kewajiban beliau untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam.

“Barangkali beliau (Dr Chua) tidak tahu, beliau tak tahu apa itu hukum Islam.

“Kalau lelaki dan wanita itu bukan muhrim maka mereka tidak boleh bersalam, itu haram namanya.

“(Dr) Chua kena tahu itu adalah hukum agama, bagi orang Islam yang beriman tindakan itu adalah betul kerana agama jelaskan katakan ia haram,” katanya.

Dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider semalam, Normala menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Beliau juga meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA sepatutnya sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari kedua hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.

Dalam pada itu, Harussani turut menyifatkan tindakan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengeluarkan “fatwa” baru sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.

“Beliau (Nizar) tidak boleh gunakan ajaran agama sewenang-wenangnya, kalau tiada dalam tuntutan (agama) tidak boleh kata haram.

“Kalau nak keluarkan (fatwa) mesti ada nas-nas, jangan main cakap sahaja.

“Kalau tiba-tiba kata haram ia melebihi Tuhan, melebihi Tuhan adalah syirik,” katanya.

Beliau juga menggesa mana-mana parti politik supaya tidak menggunakan agama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

“Jadi jangan gunakan agama sewenang-wenangnya, jangan kerana politik agama dipolitikkan.

Saya tidak sebelah mana-mana, apa yang saya cakap berdasarkan agama Islam,” katanya. -TMI

Ulasan GB

Baru dengar mufti bersuara. Terima kasih dari kami. Chua Soi Lek, Muhyiddin dan Ghani Othman, sila dengar dan patuh kata mufti tersebut. Kalau tak mahu, bawakan nas-nas ke pejabat mufti berkenaan.

Mengani ucapan YB Mohd Nizar, jika Tuan Mufti perlukan nas-nas seperti yang diminta, saya kira PAS sentiasa bersedia mengemukakannya. Di mana boleh berjumpa? Di forum? di rumah? di pejabat? atau di gerai Kg. Baru yang menjadi kegemaran tuan mufti?

PRK TENANG : CIKGU MALA MENDAHULUI

Beberapa orang penganalisis politik tanahair berpendapat bahawa calon PAS, Cikgu Normala Sudirman mampu memberikan tentangan sengit kepada BN pada PRK Tenang. Menurut mereka inilah kerana Normala mempunyai kekuatan tersendiri iaitu dikenali penduduk tempatan, lama berkhidmat di Tenang, mudah didampingi, mesra dan mempunyai personaliti yang menarik. Ini berbeza dengan calon BN yang sudah lama tidak bersama penduduk Tenang dan kurang dikenali.

Penganalisis politik juga berpendapat bahawa ada tanda-tanda bahawa pengundi Cina dan pengundi muda di Tenang lebih cenderung untuk menyokong PAS berdasarkan situasi semasa ekoran dari kenaikan harga minyak, barangan keperluan dan sebagainya. Generasi kedua Felda juga dilihat tidak begitu totok menyokong BN di mana mereka ini bila-bila masa boleh berpaling kepada PAS atau BN.

BN menurut penganalisis politik yang tidak mahu disiarkan namanya, terus menggunakan taktik kempen lama iaitu fitnah, ugut, memainkan isu perkauman dan agama sedangkan semua isu-isu ini sudah tidak laku lagi kepada pengundi Cina dan pengundi muda.

Tidak syak lagi bahawa kedua-dua calon mempunyai peluang yang agak samarata. Oleh itu kerja kuat mesti dilakukan setiap saat untuk menawan hati pengundi.

PRK TENANG : Wass Up..Wass Up ! Santa Claus sudah tiba !

Minum teh di Pekan Labis pagi ini bersama Tok Ai begitu menyenangkan. Wajahnya sebelum ini ketat dan cuak mula tersisip ke tepi. Malah hirupan tehnya lebih tenang andai dibandingkan dengan kisah juak-juak UMNO yang sudah terbarai kepada beberapa puak di Labis. Tidak lagi tergagap-gagap memegang picu cawan. Hari ini hari ke-3 kempen beliau. 

Apabila ditanya peluang beliau dengan Cikgu Mala, beliau berkata, " barang yang baik tidak perlukan kata-kata yang indah..," sambil tersenyum-senyum sendiri dan jelas juga dilihat kepalanya jua bergoyang-goyang, tidak ubah seperti kutu rock yang sedang stim melayan lagu 'Isabela' 20 tahun dulu. 

Jika kutu rock nampak la cantiknya dengan kurus melidi, berambut panjang sambil tangan terbuai-buai layan lagu, tapi Tok Ai pagi ini hodoh sungguh ku lihat. Dengan perot yang boroi sampai ke dada, kerusi plastik yang mengalas punggong sudah berbelas kali ber'kriokkk-kriokkkk' menahan beban tubuh Tok Ai  yang lebih 90kg itu, betul-betul bikin hati jadi cuak, bila tiba-tiba saja calon 'last minute' ini berubah watak. Disampuk Nyiang Rapik mana pulak pagi-pagi ni ? Bisikku. Atau hatinya jadi girang dan puas kerana di'ratah' berahi oleh Nyiang "Tuty" malam tadi ?

Hahahahaha...! Tiba-tiba Tok Ai ketawa. Dari goyang kepala dah ketawa terbahak-bahak pulak. " Hoi..lu..apa pasal ni..? aku cuba bertanya dengan bahasa yang sopan. " Wass Up..Wass uP..Wass Up bro..! Lu tengok ini sambil menunjukkan skrin henfon Blackberrynya dan disitu tertera.., 

+601236X XXXX
Tokai, ini aku. nak bagi tahu, aku dalam perjalanan ke Tenang sekarang. 4 kontena bro..4 kontena ! Bukan kontena kecik  der..40 kaki bro ! Wass Up..Wass Up. 1 Kontena ada 760 kotak bro..lu kira laa..berap ribu tin milo, berap ribu pek gula, beras , susu, bawang cabai sekali aku bawak. 

Ptuihhh...! Patut ler dia jadi macam ni..! Santa Claus sudah mari rupanya. Warga Tenang..tunggu Santa Claus datang untuk 'sedekah' setiap rumah barangan keperluan dapur. Depa bagi ambik, pangkah tetap PAS.

Umno dayus biar Soi Lek persenda Islam

KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno dayus kerana bersekongkol dengan Datuk Seri Chua Soi Lek yang mempersenda ajaran Islam dalam isu ‘sarung tangan’, semata-mata mahu meraih sokongan pengundi bukan Islam, kata Ketua Penerangan kerajaan Selangor, Badrul Amin Bahrom.
Katanya, kenyataan yang mempersenda pemakaian sarung tangan untuk berjabat dengan bukan muhrim, menggambarkan kejahilan Presiden MCA walaupun berpuluh-puluh tahun menganggotai komponen Barisan Nasional (BN) yang dianggotai pemimpin beragama Islam.
“Soi Lek tidak berhak campur tangan dalam urusan agama. Sepatutnya pemimpin Umno ajar beliau mengenai hukum Islam tetapi nampaknya pemimpin Umno pula menyokong Soi Lek yang mempersenda Islam,” katanya kepada KeadilanDaily.com.
Badrul Amin turut membandingkan gelagat Soi Lek dengan pemimpin bukan Islam dalam Pakatan Rakyat yang lebih memahami dan menghormati hukum Islam serta peka terhadap sensitiviti agama walaupun ia kerap dimanipulasi media arus perdana.
“Kita didik dan jelaskan asas Islam kepada mereka tetapi pemimpin Umno tidak melakukan perkara  sama, bahkan mereka turut sama mencaci dan mengeji agama mereka sendiri.
“Saya tidak hairan Soi Lek mempersoal pemakaian sarung tangan kerana beliau hanya mengikut pelakuan pemimpin Umno yang kerap mengutuk Islam,” katanya.
Beliau juga menganggap Presiden MCA itu tidak layak untuk menjuarai isu moral sehingga melibatkan agama individu lain kerana beliau sendiri terpalit dalam skandal seks yang diakuinya sendiri.
“Soi Lek perlu cermin diri sebelum pandai mengkritik orang lain. Beliau sendiri pernah mengaku
mengenai isu skandal seks beberapa tahun dahulu.

PRK Tenang : Pengundi Cina Bukan Lagi Penyelamat Umno-BN


LABIS 24 JAN: Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng yang ditemui Tv Selangor di sini malam tadi berpendapat masyarakat Cina Tiong Hua di Labis akan bangkit menolak kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) pada Pilihanraya Kecil kali ini seraya menghantar mesej perubahan demi masa depan.

Beliau turut menggesa agar masyarakat selain Cina di DUN Tenang bersama-sama memilih calon Pakatan Rakyat  pada pilihanraya yang akan datang. 

"Hendak ingatkan, orang Cina bantu menyelamatkan Umno pada PRU 12. Pada tahun 1999 di mana undi Umno jatuh begitu ketara apabila Anwar dipenjarakan, orang Cina juga yang menyelamatkan Umno.

"Tapi kali ini kalau orang Cina undi kepada Pakatan Rakyat, ini menunjukkan satu budaya yang jelas orang Cina akan bangkit mudah-mudahan rakyat Melayu dan India akan bangkit dan menaikkan martabat Pakatan Rakyat supaya kita dapat memerintah di negeri ini supaya membawa banyak manfaat kepada rakyat secara demokrasi dan kewangan yang dikembalikan kepada rakyat," jelas beliau.

Ketika ditemubual selepas menghadiri ceramah kempen Pakatan Rakyat di Jalan Tenang malam tadi, Chua memberitahu respon yang baik diterima daripada masyarakat Tiong Hua selain menjangkakan peratus undi Cina di kawasan DUN Tenang meningkat.

"Respon sangat menggalakkan sehingga kini. Bayangkan pada PRU 12 kita mendapat 55 peratus sokongan daripada masyarakat Tiong Hua untuk calon PAS di Tenang.

"Kalau kita dapat kekalkan dengan kadar 55 peratus bermakna kita sudah menang.  Wang disalurkan kepada mereka tetapi masih bilangan yang sama menyokong PAS, ini satu kemenangan. Kalau kita dapat tambahan lagi pengundi Cina, lebih elok bagi Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan orang berbangsa Tiong Hua di sini sudah tolak Umno, MCA, MIC dan lain-lain," ujar beliau lagi.

Pengundi Cina di DUN Tenang merangkumi 38 peratus daripada jumlah keseluruhan 14,753 pengundi berdaftar di sini.

Dalam pada itu, Chua juga turut membidas keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menukar tiga pusat undi dengan alasan ianya terletak di kawasan DUN Bekuk.

Perkara itu diumumkan Pengarah SPR, Tan Sri Azri Yusoff sehari sebelum penamaan calon.

Seterusnya tindakan tersebut mendapatkan reaksi negatif pelbagai pihak.

Justeru Chua tidak menolak perkara tersebut adalah arahan daripada parti Umno-Barisan Nasional yang bimbang akan kehilangan undi kaum Cina.

"Umno khuatir orang Cina akan mengundi Pakatan Rakyat walaupun kawasan ini dianggap sebagai kubu kepada MCA. Lim Liong Sik dan Chua Soi Lek dari sini dan anak kepada Chua Soi Lek masih menjadi ahli parlimen. Tapi mereka sudah takut. Ini satu tindakan biasa yang dilakukan SPR," ujarnya.

Kembalikan perlembagaan kepada yang asal

SHAH ALAM, 24 Jan: Kerajaan negeri Selangor berpendapat Pindaan Perlemabagaan 1993 tidak sah kerana ia tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dikehendakki oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan negeri juga berpendapat bahawa pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 bertujuan menangani isu imuniti Raja-Raja, maka kuasa pelantikan SUK tidak harus disentuh.

Ini kerana, tidak ada rekod menunjukkan bahawa Raja-Raja setuju dengan pindaan berkenaan kerana yang menjadi pertikaian ketika itu ialah imuniti.
"Kelihatannya Umno mengambil kesempatan untuk mencuri kuasa Sultan dalam keadaan yang panas dan membingungkan ketika itu.

"Kerajaan negeri berpendapat bahawa peruntukan asal Undand-undang Tubuh Negeri perlu dikembalikan kerana Pakatan Rakyat komited dengan peranan Raja-Raja sebagai salah satu agen semak dan imbang – checks and balances – dalam Perlembagaan," kata Tan Seri Khalid ketika membentangkan ucapan untuk meminda perlembagaan negeri Selangor agar dikembalikan kepada asal iaitu sebelum pindaan 1993.

Berikut adalah ucapan penuh Khalid yang diedarkan oleh oleh Sekretariat Akhbar pejabat MB:

RINGASAN UCAPAN DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Pengenalan

Mesyuarat di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Undang-undang Tubuh Negeri Selangor hari ini diadakan untuk membuat pembentangan bagi mengemukakan pindaan kepada Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya Perkara 52(1).

Ini kerana, tindakan Persekutuan atas tiket Ketua Setiausaha Negara melantik Pegawai Eksekutif Ex-officio dengan membelakangkan Menteri Besar yang dipilih rakyat dan berselindung pula di sebalik istana yang ditaati rakyat adalah amalan salah, menghina kebijaksanaan rakyat dan kedaulatan negeri.

Pindaan yang dicadangkan hari ini sebagai perubahan supaya generasi akan datang tidak lagi dalam kekaburan dan tiada lagi individu atau puak tertentu yang berani melanggar kuasa negeri atau Sultan.

Pakatan Rakyat komited untuk menjunjung Perlembagaan baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri yakni Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Prinsip-prinsip Rukun Negara dijadikan landasan dalam pentadbiran hari ini.

Atas prinsip yang sama Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

Latar belakang krisis Perlembagaan
Krisis Perlembagaan 1983 berlaku akibat daripada tindakan para pemimpin negara ketika itu, melakukan beberapa tindakan di luar adab dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja.

Di sinilah bermulanya penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-Raja di negara ini.

Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan berbunyi - “tiada apa-apa undang- undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-Raja”.

Pemimpin utama ketika itu telah melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Antara pindaan yang berjaya dilakukan ialah Perkara 66(5).

Peruntukan asal berbunyi

“Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang DiPertuan Agung menandatangani”.

Manakala peruntukan pindaan ialah;

“Rang undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang DiPertuan Agung. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani di dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang DiPertuan Agung, baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu, berkuatkuasa sebagai Undang-undang”.

Perkara 10(1), dimana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di Negara ini maka Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang DiPertuan Agung dan Yang DiPertuan Agung mesti menerima nasihat tersebut.

Perkara 66(4) dan (4A) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan – ialah:

Sebuah Rang Undang-undang akan menjadi undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan.
Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera di bawah seksyen 11(2A) dan (2C).

Pindaan-pindaan ini menimbulkan banyak persoalan politik dan undang-undang. Ini termasuklah pelanggaran syarat yang dikenakan oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan di mana ia dengan jelas menyatakan bahawa “Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja”.

Perkara 38(4) itulah yang menjadi batu penghalang kepada hasrat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1983 dan 1993 dan mungkin kerana itulah beliau tidak peduli dan tidak membawa pindaan 1994 itu kepada Raja-Raja.

Meskipun pindaan 1994 belum dibawa ke mahkamah ada kalangan sarjana undang-undang yang berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1994 itu tidak sah kerana melanggar Perlembagaan; khususnya Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan yang amat drastik itu sudah dilakukan secara rahsia dan membelakangi Majlis Raja-Raja. Namun, apabila rahsia terbongkar ia ditentang oleh Raja-Raja. UMNO pada ketika itu membuat road show ke seluruh negara mengutuk Raja-Raja.

UMNO sememangnya sentiasa berdolak-dalik dan tidak konsisten dan acap kali berselindung di sebalik istana apabila berlaku kesempitan politik.

Peranan Raja, Kerajaan dan Perkhidmatan Awam dalam pentadbiran negeri Kedudukan dan peranan Raja-Raja cukup jelas. Mereka adalah Raja Berperlembagaan yang mana Yang di-Pertuan Agong – di peringkat Persekutuan – adalah ketua negara manakala Raja-Raja pula adalah ketua negeri.

Perdana Menteri dan Menteri Besar pula adalah ketua kerajaan yang dilantik dari kalangan ahli-ahli Dewan. Meskipun mereka dilantik oleh ketua negeri mereka bertanggungjawab kepada Dewan.

Di bawah kerangka tersebut Menteri Besar dan kabinetnya –yakni Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) – mesti bertanggungjawab ke atas segala keputusan dan dasar yang dibuat dan dilaksanakan.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja tidak dipertanggungjawabkan namun bertindak menurut nasihat. Konsep itu sebenarnya adalah untuk melindungi Istana dari terperangkap dalam kontroversi dan politik.

Raja-Raja diberi banyak keistimewaan; termasuk peruntukan di bawah Senarai Di Raja (Civil List) yang tidak boleh dikurangkan. Mereka juga mempunyai peranan besar sebagai ketua agama negeri masing-masing. Kuasa pemerintahan atau eksekutif diletakkan secara formal di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja.

Pakatan Rakyat ingin mengembalikan peruntukan yang asal kerana kami yakin bahawa peruntukan itu memberi ruang konsultasi kepada semua pihak; dari istana, suruhanjaya perkhidmatan dan kerajaan negeri untuk memainkan peranan masing-masing secara telus dan terbuka.

Pindaan yang dibuat oleh Umno pada 1993 – iaitu Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor - begitu ganjil sekali. Ini kerana ia tidak menyebut pihak berkuasa yang diberi kuasa melantik: sepatutnya ada kuasa tertentu yang diletakkan; contohnya sama ada Sultan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Jika dibandingkan dengan Perkara 144 Perlembagaan, khususnya Fasal 3, 4 dan 5 yang ada sekarang yang kesemua mempunyai format yang sama dengan peruntukan yang lama dalam Undang- undang Tubuh Negeri Selangor.

Pindaan 1993 itu tidak sah kerana ia tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dikehendakki oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan negeri juga berpendapat bahawa pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 bertujuan menangani isu imuniti Raja-Raja, maka kuasa pelantikan SUK tidak harus disentuh.

Tidak ada rekod menunjukkan bahawa Raja-Raja setuju dengan pindaan berkenaan kerana yang menjadi pertikaian ketika itu ialah imuniti. Kelihatannya Umno mengambil kesempatan untuk mencuri kuasa Sultan dalam keadaan yang panas dan membingungkan ketika itu.

Kerajaan negeri berpendapat bahawa peruntukan asal Undand-undang Tubuh Negeri perlu dikembalikan kerana Pakatan Rakyat komited dengan peranan Raja-Raja sebagai salah satu agen semak dan imbang – checks and balances – dalam Perlembagaan.

Konsep Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang kuasa terbatas dan dipandu oleh peruntukan dan semangat Perlembagaan. Umno berpendapat sebaliknya; bagi mereka Raja Berperlembagaan ialah raja yang boleh dicucuk hidung dan diseret ke sana ke mari mengikut kehendak mereka sebagaimana yang mereka lakukan sejak awal 1980an hinggalah sekarang.

Pindaan yang dicadangkan ini adalah tanda komitmen Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri berdaulat ini menurut aspirasi dan amanah yang diberikan rakyat atas konsep ketuanan rakyat.

Disediakan oleh

Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

MB: Pindaan mahu atasi hinaan dibawa Putrajaya, sikap sumbang Umno

Khalid Ibrahim membentangkan usul pindaan perlembagaan negeri pada sidang khas DUN pagi tadi. — Foto oleh Jack Ooi
SHAH ALAM, 24 Jan — Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat menegaskan pindaan perlembagaan negeri terpaksa dibawa untuk membetulkan “penghinaan” yang diakibatkan oleh langkah kerajaan persekutuan membelakangi peranan dan kedudukan kerajaan negeri dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Khusrin Munawi. “... tindakan kerajaan persekutuan atas tiket Ketua Setiausaha Negara melantik Pegawai Eksekutif Ex-officio dengan membelakangkan Menteri Besar yang dipilih rakyat lantas berselindung pula di sebalik istana yang ditaati rakyat adalah amalan salah, menghina kebijaksanaan rakyat dan kedaulatan negeri.
“Penghinaan ini wajib kita perbetulkan. Berpegang pada tanggungjawab itulah, maka kita kembali ke Dewan yang mulia ini untuk mengadakan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor,” kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika membentangkan usul pindaan perlembagaan negeri pada sidang khas DUN pagi ini.
“Mesyuarat kali ini adalah untuk membuat pembentangan bagi mengemukakan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya pada Perkara 52(1),” katanya.
Khalid berkata selaku Menteri Besar, beliau berasa bertanggungjawab untuk memperbetul amalan sumbang yang selama ini dilakukan pentadbiran Umnbo sejak pindaan Perlembagaan 1993.
“Pindaan tersebut ternyata mengakibatkan peranan negeri dan Sultan bercelaru dan kabur.
“Justeru, hari ini kita hendak meletakkan duduk perkara dengan sejelas-jelasnya. Pentadbiran sebelum ini gagal dan tidak mampu membetulkannya kerana walaupun mereka mentadbir negeri, namun pemikiran mereka terpasung dan hati mereka berkiblatkan Putrajaya,” kata beliau.
Khalid berkata, dalam perkataan lain mereka tidak mempunyai kekuatan diri untuk bangun mempertahankan hak rakyat negeri ini hatta hak Sultan.
Bagaimanapun menurut Khalid, walaupun peristiwa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri mempunyai hikmah tersendiri tetapi tidak menganggapnya kemelut besar, bukan juga krisis perlembagaan.
“Natijahnya, kita menerimanya dengan hikmah. Ia memberi peluang kepada kita untuk memperbetul perkara salah yang  menjadi amalan selama ini.
“Prinsip “biasakan yang betul dan betulkan yang biasa” adalah prinsip murni yang dapat dijadikan amalan harian kita selepas ini,” kata menteri besar penggal pertama ini.
Katanya, berbeza daripada kerajaan terdahulu, kini kerajaan Pakatan Rakyat hendak melakukan pindaan dan perubahan agar generasi mendatang tidak lagi berada dalam kekaburan hatta kecelaruan.
Tambah Khalid, selaku penggubal undang-undang yang bertangggungjawab dan mempunyai kekuatan ilmu, iman dan jati diri, pihaknya hendak melakukan yang terbaik.
“Akhirnya, tidak ada lagi individu mahupun puak yang berani melanggar kuasa negeri mahupun kuasa Sultan,” katanya lagi.
Ucapan pembentangan hari ini juga menghuraikan kronologi yang menyebabkan sidang khas DUN diadakan.
“Namun, sebelumnya izinkan saya mengimbas kembali sejarah dan latar belakang yang melatari pindaan Perlembagaan 1993, khususnya senario politik negara ketika itu.
“Ia amat perlu dikhabarkan kerana rakyat negeri Selangor berhak untuk mengetahui sejarah dan fakta sebenar dan sebagai negeri yang berdaulat, Dewan Yang Mulia inilah forum terbaik untuk melakarkannya,” katanya.
Malah kata beliau, terdapat segelintir manusia yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan hendak melemahkan kedudukan istana dengan tindakan kita hari ini.
Kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa negeri tidak mempunyai kuasa dalam pelantikan tiga pegawai eksekutif menggambarkan beliau seorang yang menurut buku secara membuta tuli hingga mengenepikan unsur-unsur penting dalam tatakelola pentadbiran yang baik seperti adat, amalan secara konvensyen dan ketetapan bersama yang diterima pakai.
Selaku orang tertinggi dalam perkhidmatan awam, amat malang beliau lupa tentang sejarah dan amalan-amalan biasa yang pernah dan patut diamalkan di dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang efisyen.
Kata Khalid, Pakatan Rakyat berpendapat pindaan tersebut telah mengakibatkan kesan negatif kepada pentadbiran negeri.
“Bagi menyokong hujah ini, izinkan saya menegaskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan dan perkhidmatan awam dalam pentadbiran negeri," katanya.
Sehubungan itu kata beliau, jika diteliti peruntukan-peruntukan perlembagaan dan perakuan dalam Laporan Suruhanjaya Reid 1957, dapat rumuskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan yang memerintah dan perkhidmatan awam.
Malah katanya, ia diperkuat dengan amalan yang secara konsisten dipatuhi di kesemua negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen atau Westminster.
“Sebahagian besar amalan konsisten yang membentuk apa yang disebut Konvensyen Perlembagaan itu kini dikanunkan sebagai undang-undang dalam Perlembagaan kita; baik Perlembagaan Persekutuan mahupun perlembagaan negeri,” katanya.
Tambah Khalid, kedudukan dan peranan Raja-Raja cukup jelas dan mereka adalah Raja Berperlembagaan iaitu Yang di-Pertuan Agong — di peringkat Persekutuan — adalah ketua negara manakala Raja-Raja pula adalah ketua negeri.
“Perdana Menteri dan Menteri Besar pula adalah ketua kerajaan yang dilantik daripada kalangan Ahli-ahli Dewan. Meskipun mereka dilantik oleh ketua negeri mereka bertanggungjawab kepada Dewan. Inilah bentuk demokrasi yang dilaksanakan menurut sistem Westminster,” katanya.
Katanya, dalam kerangka tersebut Menteri Besar dan kabinetnya yakni Majlis Mesyuarat Kerajaan mesti bertanggungjawab terhadap segala keputusan dan dasar yang digubal dan dilaksanakan.
“Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja tidak dipertanggungjawabkan sebaliknya bertindak menurut nasihat.
“Konsep itu sebenarnya adalah untuk melindungi istana daripada terperangkap dalam kontroversi dan politik. Sebenarnya, Raja-Raja menjadi lambang negeri dan perpaduan rakyat, yang menjangkaui politik kepartian,” katanya lagi.
Khalid seterusnya berkata, Raja-Raja diberi banyak keistimewaan termasuk peruntukan dalam Senarai Diraja yang tidak boleh dikurangkan.
“Mereka juga mempunyai peranan besar sebagai ketua agama negeri masing-masing. Kuasa pemerintahan atau eksekutif diletakkan secara formal di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja.
“Bagaimanapun, pelaksanaan kuasa ini diletakkan di tangan kerajaan yang memerintah kerana mereka sahaja yang boleh disoal oleh wakil-wakil rakyat,” jelas beliau.
Mengambil prinsip tersebut sebagai landasan, katanya, ia menjelaskan kedudukan dan peranan perkhidmatan awam.
“Oleh sebab mereka tidak dipilih, maka mereka berperanan menjalankan arahan dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah.
“Bagaimanapun, sebagaimana juga istana mereka kekal di situ walau apapun bentuk dan warna politik kerajaan yang memerintah,” katanya.
Pun begitu kata Khalid, persoalannya sekarang apakah kerajaan yang memerintah mempunyai kuasa mutlak?
“Jawapannya sudah tentu tidak kerana selain terpaksa menjawab soalan di dalam dewan mereka perlu berhadapan dengan rakyat apabila tiba pilihan raya.
“Tegasnya, kerajaan yang memerintah dalam kerangka yang benar-benar demokratik tidak mungkin mempunyai kuasa mutlak,” katanya.
Khalid menambah, Umno menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dengan pindaan ini kerana mereka beranalogi Pakatan Rakyat juga mempunyai budaya politik seperti mereka.
“Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Umno mahu membolot dan mengongkong segala-galanya; istana, kehakiman, dewan, perkhidmatan awam dan badan-badan lain termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Dalam pada itu media juga dikongkong melalui undang-undang. Rakyat juga tidak dapat bebas dengan adanya pelbagai kekangan untuk bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan," kata beliau lagi.
Khalid juga mendakwa Umno ketakutan terhadap janji Pakatan Rakyat yang hendak menghapuskan ini semua.
Di samping itu menurut Khalid, Umno tidak biasa dan tidak berani bermain dalam lapangan yang sama rata dan adil.
“Sebab itu belum apa-apa lagi, Umno sudah membuat pelbagai tohmah dan tuduhan terhadap inisiatif Pakatan Rakyat," kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Khalid

PRK TENANG : 'Dia salam, peluk, tapi tipu sama kita'

Kempen Pakatan Rakyat pada hari kedua di Tenang menyaksikan pendekatan baru apabila isu calon PAS Normala Sudirman yang tidak berjabat tangan dengan lelaki dipertahankan habis-habisan dalam ceramahnya.

Malah pada masa yang sama, tinjauan Malaysiakini di beberapa lokasi ceramah Pakatan malam tadi mendapati isteri perdana menteri Rosmah Mansor dan presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek kini menjadi sasaran utama kritikan pembangkang dalam siri ceramahnya.

NONEDi Bilik Gerakan DAP di Pekan Labis, ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo (kanan) menempelak tindakan Chua yang membangkitkan isu bersalam, sekali gus mempertahankan tindakan Normala yang bertindak menurut ajaran Islam.

"Jangan bangkitkan isu ini. Tumpu kepada isu yang lebih besar. Chua Soi Lek, jangan cakap banyak," katanya yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 200 pengundi Cina.

Sebaliknya Gobind yang juga seorang peguam menyindir Chua yang terlibat dengan skandal seks suatu ketika dahulu.

"Semua orang tahu. (Tapi) Kalau betul-betul mahu tengok..." katanya sambil disambut pekikan seorang hadirin "CD", menyebabkan hadirin yang lain ketawa.

Berucap dalam majlis yang sama, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pula berkata, tindakan BN itu lebih baik daripada sikap BN yang didakwa "dia salam, dia peluk tapi dia tipu sama kita".

Mat Sabu: Dia enjoy merata dunia
Anggota biro politik PAS itu berkata, sekiranya Normala bersalam sekali pun, BN akan tetap "memusing" isu berkenaan.

"Mereka akan kata, tengok perempuan itu, dia pakai tudung, tapi sama lelaki dia bersalam... Dia pusing, dia cakap lain, buat lain," katanya dengan telor Cina.

opposition boycott by-election 110107 mohamad sabuSementara itu, dalam ceramah di Kampung Bukit Mambai tidak jauh dari situ, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu pula mengambil pendekatan menempelak Rosmah yang didakwa "mencampuri urusan politik dan menghabiskan wang rakyat".

Penceramah popular itu berkata, tindakan Rosmah itu berbeza sekali dengan isteri-isteri perdana menteri sebelum ini.

"Kenapa kita hentam Rosmah? kerana dia campur tangan dalam (urusan) politik dan menghabiskan wang rakyat. Dia enjoy merata dunia, dengan wang kita," katanya di hadapan kira-kira 100 hadirin.

Mohamad Sabu juga mendakwa sidang wanita pertama yang dinaungi oleh Rosmah, termasuk lawatan ke Oman dan Arab Saudi baru-baru ini, menelan belanja berjuta ringgit, yang disifatkan sebagai "membazir"

Mohamad Sabu yang juga bekas naib presiden PAS menegaskan, perkara barkaitan dengan urusan hal ehwal antarabangsa sepatutnya boleh diuruskan oleh menteri luar yang dilantik.

"Bukan kritikan kita terhadap peribadinya sama ada (beliau) pendek atau tinggi, bukan.

"Tetapi kerana (beliau) menghabiskan wang negara. Kerja-kerja yang dibuat tidak berfaedah, kerana menteri ada tugasnya," katanya.

MB Johor serang impian Pakatan tawan Putrajaya

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) memperkenalkan Mohd Azahar Ibrahim,39, yang dipilih sebagai calon BN (tengah) Turut kelihatan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman (kiri) yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor. — Foto Bernama
LABIS, 24 Jan — Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman melancarkan serangan terhadap Pakatan Rakyat dengan mendakwa gabungan tiga parti itu mahu memecahbelahkan masyarakat pelbagai kaum di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Ghani berkata tindakan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP itu semata-mata mahu mengejar kuasa seterusnya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).
“Janganlah kita pertaruhkan masa depan kepada pihak lawan (Pakatan Rakyat) yang buat pelbagai janji.
“Saya nak jelaskan, hari ini ada parti yang dah datang ke Labis dan Tenang, jumpa orang Melayu cakap lain, kemudian depan (orang lain), cakap lain.
“Mereka (Pakatan Rakyat) bercakap bukan untuk perpaduan tetapi bercakap untuk perpecahan antara kita,” katanya ketika pada program Majlis Jamuan Mesra Bersama Menteri Besar Johor di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Labis di sini malam tadi.
Turut hadir dalam program itu Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong dan calon Umno-BN Mohd Azahar Ibrahim.
Umno-BN meletakkan Mohd Azahar, bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala PAS-Pakatan Rakyat diwakili oleh Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon.
Menurut Ghani (gambar), Pakatan Rakyat akan menggunakan pelbagai cara untuk mengelirukan rakyat seterusnya memecahkan perpaduan kaum yang telah terjalin sejak merdeka lagi.
“Dia (Pakatan Rakyat) tak ada masa depan kerana cuba dapatkan tempat dan kuasa dengan perpecahan yang berlaku.
“Cara dia nak pecah belahkan masyarakat untuk mendapatkan kuasa, ini jauh berbeza dengan BN.
“Saya ambil kesempatan ini meminta supaya pengundi berikan sokongan kepada calon BN,” kata Pengerusi Umno Johor itu.
Selain itu, Ghani dalam ucapan juga memberikan jaminan kerajaan pimpinannya akan membantu rakyat di negeri itu termasuk dalam bidang pendidikan.
Beliau juga memberi jaminan Sekolah Jenis Kebangsaan sama ada Cina atau Tamil turut akan mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri.
Program selama dua jam itu dihadiri kira-kira 300 masyarakat Tionghoa dan ia dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan yang disusuli dengan makan malam.
Selain itu, Mohd Azahar turut mengambil kesempatan menyanyikan sebuah lagi bertajuk “Selamat Tahun Baru Cina” kepada masyarakat Tionghoa yang akan menyambut perayaan itu awal bulan depan.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Isu bersalam: Harussani anggap Soi Lek hina Islam, perlu minta maaf


LABIS, 24 Jan — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam — calon PAS-Pakatan kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.
Justeru, Harussani (gambar) menggesa Dr Chua yang juga Presiden MCA supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.
Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki.
Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi “mengingatkan” masyarakat Cina di DUN Tenang.
“Beliau (Dr Chua) perlu tahu, kalau tahu beliau kena hormati pendirian agama masing-masing, kalau tidak tahu itu adalah kejahilan.
“Kalau tahu tapi buat-buat tidak tahu itu menghina Islam namanya... saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama.
“Jadi beliau perlu minta maaf kerana menghina orang Islam,” kata Harussani ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.
Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat.
Menurut Harussani, sebagai seorang wanita yang beragama Islam sudah menjadi kewajiban beliau untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam.
“Barangkali beliau (Dr Chua) tidak tahu, beliau tak tahu apa itu hukum Islam.
“Kalau lelaki dan wanita itu bukan muhrim maka mereka tidak boleh bersalam, itu haram namanya.
“(Dr) Chua kena tahu itu adalah hukum agama, bagi orang Islam yang beriman tindakan itu adalah betul kerana agama jelaskan katakan ia haram,” katanya.
Dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider semalam, Normala menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.
Beliau juga meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.
Menurut Normala, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA sepatutnya sudah memahami tertib seorang wanita Islam.
Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari kedua hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.
Dalam pada itu, Harussani turut menyifatkan tindakan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengeluarkan “fatwa” baru sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.
“Beliau (Nizar) tidak boleh gunakan ajaran agama sewenang-wenangnya, kalau tiada dalam tuntutan (agama) tidak boleh kata haram.
“Kalau nak keluarkan (fatwa) mesti ada nas-nas, jangan main cakap sahaja.
“Kalau tiba-tiba kata haram ia melebihi Tuhan, melebihi Tuhan adalah syirik,” katanya.
Beliau juga menggesa mana-mana parti politik supaya tidak menggunakan agama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.
“Jadi jangan gunakan agama sewenang-wenangnya, jangan kerana politik agama dipolitikkan.
Saya tidak sebelah mana-mana, apa yang saya cakap berdasarkan agama Islam,” katanya.