Sabtu, 22 Januari 2011

Tenang : Catatan Dari Belakang Perarakan


SEPANJANG proses penamaan calon pilihan raya kecil Dun Tenang hari ini saya tidak berada di posisi depan seperti lazimnya. Saya hanya bergerak dari belakang mengikut perarakan para penyokong Pas. Perjalanan sejauh lebih 2 km memenatkan saya dan beberapa rakan lain. Saya datang agak lewat menyebabkan tidak dapat parking kereta lebih dekat dan memaksa kami berjalan agak jauh.

Apapun demi untuk penjenguk blog ini saya tidak menghiraukan kepenatan, tetap juga merakam berapa gambar untuk idaman mata. Kata orang untuk tidak begitu kecewa bila buka blog saya, langsung tak ada peristiwa di Tenang. Jadi jawabnya adalah juga dengan ada sedikit beberapa keping foto ini.

Terimalah beberapa gambar yang sempat disajikan.

Dan seperti mana telah sedia maklum perlawanan adalah dua penjuru di antara calon Pas, Shopia Loren (Normala) dengan Azahar Ibrahim dari UBN. [Mana-mana rakan yang berada di barisan hadapan dan dapat merakam gambar yang menarik bolehlah dikirimkan kepada saya untuk dipaparakn dalam blog ini].

Saya juga tidak dapat memberi angka himpunan penyokong kedua pihak kerana saya tidak kedepan dan tidak boleh membuat anggaran. Cuma apa yang saya nampak perarakan di sebelah Pas seperti selalulah.. keadaanya seperti mana yang dilihat di mana-mana perarakan calon pilihan raya kecil sebelum itu, maka begitulah juga apa yang berlaku di Tenang. Ia meriah dan penuh bersemangat. Kali ini saya namap ramai kanak-kanak yang dibawa dan ikut sama memawa bendera Pas.

Yang saya dapat catatkan sedikit di sini ialah rasa kagum saya kepada Pas yang berkembang pesat di Johor. Mungkin ramai yang tidak tahu macam mana sejarah Pas Johor berkembang. Saya bernasib baik dalam hal ini kerana pada tahun 1978 sewaktu Pas Johor mula digerakkan secara aktif saya berada di Batu Pahat Johor.

Betapa waktu itu keadaan Pas menyedihkan dan sungguh mencabar. Sambutan ke atas ceramah Pas langsung tidak mendapat sambutan. Di sesetengah ceramah ianya dihadiri beberapa puluh orang saja. Ini menyebabkan Pas terpaksa bergerak dari rumah ke rumah. Pernah berlaku semasa ceramah Pas bertembung dengan ceramah bekas MB, Tan Sri Othaman Saad, polis bertindak mematikan pembesar suara di sebelah Pas.

Walaupun Pas ditekan dan dizalimi, namun pejuang Pas tidak pernah kalah dan mengaku kalah. Mereka tetap berjuang untuk menghidupkan Pas. Kebanyakan yang menjadi pendorong atau pemimpin Pas di Johor waktu itu ialah anak-anak Kelantan yang ditukar ke negeri berkenaan kerana penglibatan mereka dalam politik Pas.

Umno mengambil tindakan menukarkan mereka ke Johor dengan harapan mereka meninggalkan Pas. Tetapi lain pula jadinya. Mereka yang dipindah dan ditukar ke Johor atau ke mana-mana negeri secara tidak langsung menjadi agen mengembangkan Pas. Saya yakin Pas yang berkembang di Johor hari ini adalah hasil kesungguhan perjuangan orang Pas terdahulu. Pohon Pas yang merimbun kini adalah hasil benih Pas yang ditanam oleh orang terdahulu sejak lebih 30 tahun lalu.

Saya sangat berharap ada mana-mana ahli Pas atau mereka yang pernah mengikuti perkembangan Pas di Johor dapat mencatat dan menulis sejarah Pas Johor agar ia menjadi renungan dan bacaan ilmiah bagi ahli dan penyokong terkemudian. [wm.kl.6:00 pm 22/01/11]


Bukti Gambar...Siapa "Sesat" Di Tenang..??

Ramai dikalangan penyokong Umno tak faham bab sesat ni,alih-alih
main hentam somborono ngatakan Nik Aziz sesat dan para penyokong
PAS sesat.Nak tahu macam mana katakan sesat..maka sabda Rasulullah..

إني خلـّفـت فيكم شيئين، لن تضلوا بعدهما أبدا، كتاب الله وسنتي
Aku tinggalkan pada kamu dua perkara,yang jika kamu pegang teguh pasti
kamu tidak akan sesat selamanya iaitu Kitabullah dan SunahKu.


Jadi lu orang cuba tengok gambar kat atas tu siapa yang sesat Umno
atau PAS ?? Allah telah berfirman dalam surah An Nur 31 dan Al Ahzab 59
supaya kaum wanita WAJIB menutup aurat sehingga melabuhkan
tundungnya melebihi paras dada.

Maka inilah pimpinan yang Zalim (Tidak meletakkan sesuatu hukum
pada tempatnya) Untuk itu Allah melarang manusia daripada
menyokong pemimpin yang Zalim ini dalam ayat yang bermaksud
"Barang siapa yang cenderung kepada pimpinan yang zalim kelak
disambar oleh api neraka"..Nauzubillah

Dua buah helikopter TUDM mendarat cemas di Tenang?

Satu ketika dulu, iaitu pada 15 Ogos 2009, Muhyiddin Yasin pernah menggunakan pesawat NURI milik TUDM itu untuk mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Kudat dan kemudian menggunakan heli yang sama untuk pergi merasmikan mesyuarat Umno bahagian Penampang di Sabah.
Beliau menggunakan kemudahan kerajaan untuk urusan parti atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden UMNO untuk pergi mempengerusikan mesyuarat UMNO.
Jika beliau pergi atas kapasiti sebagai Timbalan Perdana Menteri yang akan mempengerusikan mesyuarat kerajaan Negeri, itu lainlah. Memang ada peruntukan untuk beliau menggunakan kemudahan helikopter atas urusan negara.
Perkara ini mungkin tidak terdedah kepada pengetahuan umum sekiranya helikopter berkenaan tidak melakukan pendaratan cemas akibat cuaca buruk seperti yang dilaporkan dalam media arus perdana.
Sehubungan itu, Lim Kit Siang telah menimbulkan perkara itu dalam Parlimen dan minta SPRM melakukan satu siasatan. Seperti biasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bertindak untuk 'meredakan keadaan' dengan mengarahkan satu siasatan oleh SPRM atas dakwaan penyalahgunaan Helikopter Nuri milik TUDM itu untuk tujuan tidak rasmi.
Dan hasil siasatan, pun macam biasalah, membersihkan sebarang salahlaku dengan memberikan jawapan Muhyiddin layak menggunakan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. Garis panduan hanya meliputi tugas sebagai TPM bukan sebagai Timbalan Presiden Umno! Namun akhirnya, kes berkenaan disenyapkan begitu saja.
Pada hari ini, dilaporkan terdapat dua buah helikopter eksekutif milik TUDM berada di Tenang, Johor dan hari ini adalah merupakan Hari Penamaan Calon PRK DUN Tenang. Memandangkan penamaan calon melibatkan parti-parti politik, kita tidak nampak keperluannya dua buah helikopter milik TUDM untuk 'hadir' di Tenang. Semua yang datang ke Tenang adalah atas urusan parti semata-mata.
Yang mempunyai urusan rasmi pada ketika itu hanyalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Bapak menteri ataupun Datuk menteri yang hadir ke Tenang adalah atas kapasiti ahli parti politik semata-mata. Nampaknya ada yang tidak kena sekali lagi. BN-umno apco tidak dapat membezakan tugas rasmi penjawat awam dan tugas rasmi parti politik.
Semoga ada pihak yang akan membawa isu penyalahgunaan harta kerajaan ini dalam usaha mereka berkempen untuk calon parti yang bertanding dalam PRK DUN Tenang ini. Janganlah nanti Nazri Aziz memaklumkan bahawa kedua-dua helikopter milik TUDM ini terpaksa melakukan pendaratan kecemasan secara serentak  kerana kehabisan bekalan bahan api hingga menggoncang ketenangan Hari Penamaan Calon di DUN Tenang. Menteri 'pak lawak' umno-apco ni memang terkenal dengan jawapan 'melepaskan bewak daripada dalam guni'.
Gambar-gambar helikopter berikut dikirimkan oleh seorang pengguna FaceBook ke FaceBook M@RHAEN menunjukkan dua buah helikopter berkenaan sedang berada di padang Sekolah Menengah Kamarul Arifin dalam DUN Tenang pada jam 2.09 petang tadi.



Calon BN menerima padah, Tok Ai di 'boikot' !

Setelah tidak terpilih mewakili BN pada pilihan raya kecil DUN Tenang, ketiga-tiga calon yang disebut-sebut mewakili parti itu mula menunjukkan protes atas pencalonan Tok Ai dimana kehadiran mereka pada pagi ini dilihat sekadarnya saja.

Sumber risikan Agensi Berita ABC yang dihubungi di tapak penamaan calon pagi ini menjelaskan berlaku pergeseran dan juih-menjuih mulut yang ditujukan kepada isteri calon BN last minute@Tok Ai oleh Ketua Wanita, Haslinda Salleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pucuk pimpinan parti memilih Tok Ai, menjadi calon. 

Bercakap kepada beberapa pemberita pagi ini, Haslinda  berkata rasa tidak berpuas hati itu terbit bukan sahaja daripada beliau malah turut dirasai oleh para penyokongnya.
Kita hadir pada pagi ini, jika ditanya tahap sokongan, cukuplah saya katakan bahwa saya hanya memberi sokongan 30 peratus sahaja kepada dia(Tok Ai).  Kenapa saya berkata begitu kerana saya tahu pilihan calon yang dilakukan oleh pimpinan BN adalah satu kesilapan, salah pilih maksud saya, dan sudah tentu saya (rasa) tidak berpuas hati.

Ketika ditanya pemberita adakah beliau merajuk, Linda tegas memaklumkan bahawa tidak timbul istilah merajuk kerana tidak dipilih menjadi calon, kerana itu bukan sikap sebagai seorang pemimpin politik yang berpengalaman. 

Walaubagaimana pun beliau melahirkan rasa kecewa, "Saya sudah faham dengan politik, sebab saya mula daripada bawah, saya tahu sepak terajang politik (dan) situasi politik, tetapi akhirnya saya dipinggirkan oleh pucuk pimpinan parti, itu perkara biasa di dalam parti Umno," katanya kesal.

Menurut Haslinda lagi, berlakunya perpecahan sokongan khalayak susulan mereka tidak terpilih menjadi calon. Lagi pula menurut Haslinda apabila ditanya mengenai kebimbangan - Mohd Azahar yang tidak mempunyai jawatan di dalam parti, ini sudah pasti akan memberi kesan penurunan besar pengundian kepadanya.

“Saya berkata (kepada penyokong) kalau begitu (keadaannya), apa salahnya kita beri peluang untuk Cikgu Normala sebagai protes senyap kita kepada parti. Saya ajak penyokong, agar memberi undi buat Cikgu Normala," katanya lagi.


Bagi naib ketua bahagian pula, Hashim Daud, tujuan utama beliau berkecimpung dalam dunia politik "bukan untuk kejar apa-apa". "Kita bekerja sebagai satu pasukan. Saya tidak mempunyai penyokong yang kuat. Kalau ada, sudah tentu saya jadi ketua bahagian. Saya mahu banyak kawan dan nak kurangkan musuh. Saya nak tolong kampung, (oleh itu) tidak semestinya kena jadi macam tu (Tok Ai),” katanya ketika dihubungi pagi ini di sebuah kedai kopi di Pekan Labis.

" Kesilapan memilih calon di DUN Tenang secara tidak langsung telah menyebabkan wujud perpecahan sokongan kepada BN, Umno khususnya mula dilihat berpuak-puak kini atau memang BN memang menempah untuk kalah. Kalau nak kemenangan, buat cara mahu menang, " tegas Rasdin.

Agensi Berita ABC turut mendapatkan pandangan daripada Hashim yang juga bapa saudara Mohd Azhar, dimana beliau pula berkata bahawa, anak saudaranya itu sebelum ini pernah bertanding untuk kumpulan G7 ke persidangan UMNO tahunan, tetapi beliau tewas teruk dalam pemilihan tersebut. 

Menurutnya, pemilihan Azhar atau Tok Ai memang sudah dijangka, malah perkara yang digembar gemburkan bahawa “keluarganya menguasai” untuk jawatan tertentu di kawasan Labis itu adalah benar belaka. “Setengah daripada Labis ini adalah saudara maranya, maka ia akan memberi kelebihan untuk beliau untuk dicalonkan ,” katanya dengan nada yang sedikit angkuh./Albanjari

Tiga fokus utama Cikgu Mala

LABIS, 22 Jan - Pertama, beliau akan menyuarakan masalah rakyat Dun Tenang. Kedua, beliau akan menyuarakan masalah kaum hawa di sini dan yang ketiga mewakili suara majoriti guru di Labis.
Normala pada sidang media selepas SPR mengumumkan calon layak bertanding memberitahu, sekurang-kurangnya tiga fokus utamanya jika dipilih sebagai wakil rakyat.

Tambah Normala lagi, beliau yakin pengundi Tenang akan berani membuat perubahan dengan memilih calon PAS sebagai wakil rakyat mereka.

Pegawai pengurus pilihan raya, Md Asri Amir pagi tadi mengumumkan pilihan raya kecil Tenang pada Ahad depan akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS. Normala Sudirman mewakili PAS dan Mohd Azahar Ibrahim mewakili BN.

Ketua Pembangkang Dun Johor Dr Boo Cheng Hau, dari DAP sewaktu penamaan calon pagi tadi berkata "Kami tunggu kehadiran Cikgu Mala bersama kami di Dun Johor". Beliau bersama pimpinan DAP lain turut turun padang menyokong kempen calon PR itu.

Prk Tenang : Antara Perang Calon Dan UMNO Sendiri

Antara UMNO ketandusan pemimpin atau calon itu beli untuk menjadi calon. Pekara yang menjadi tanda tanya kenapa Azahar Ibrahim dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional di N5 DUN Tenang.

Terdapat desas-desus bekas timbalan pegawai daerah Rengit itu mempunyai sendikit rasuah tanpa rekod semasa menjawat jawatan tersebut.

Apa yang pasti UMNO Labis mula bergelora dengan calon tersebut. Lobi yang keterlaluan punya ahli biasa UMNO ini menjadi calon sudah berkumandang sejak beberapa hari lepas.

Kem Pemangku Ketua Bahagian dan Ketua wanita UMNO Labis dikatakan 'naik anggin' dengan pencalonan Azahar.

Tidak dinafikan pengundi cina memberi isyarat awal menolak bekas timbalan pegawai daerah itu tanpa diketahui apa sebenarnya menjadi kemarahan mereka.

Sejak kematian wakil rakyat N5, peneroka di Tenang mula memahami apa isu yang diutarakan oleh ANAK dan Pakatan Rakyat.

Pencatat tidak terkesan dengan sasaran BN untuk mendapat 5,000 undi majoriti menang. Antara boleh tercapai atau tidak, ia tetap dibelanjakan dengan jumlah wang yang besar.

segala penipuan dan fitnah ditaburkan oleh juak BN terutama UMNO. Wang dibelanjakan dengan mewah sekali. Sudah pasti ia dirompak dari rakyat dan kontraktor.

Lebih memalukan 45 orang asli yang menyetai KEADILAN dipujuk-ugut agar istihar keluar parti dan menyetai UMNO. Ia merupakan tindakan terdesak.

PAS optimis menang kerusi Tenang

LABIS, 22 Jan - PAS optimis memenangi piliharaya kecil Dun Tenang kali ini. Presiden PAS ketika ditemui berkata ianya berdasarkan kepada beberapa faktor.
"Ianya termasuk perubahan pengundi muda terutama generasi kedua Felda, calon PAS yang yang dekat dengan masyarakat dan sokongan rakyat pada PRU 2008 yang menyaksikan PAS menang di dua Dun Johor," katanya sewaktu sidang media selepas penamaan calon pagi tadi.

Adapun Felda katanya, bukan lagi talian hayat Umno kerana masyarakat Felda sudah mula berubah.

"Sekurang-kurangnya PAS akan mengurangkan majoriti BN dalam pilihan raya kecil kali ini," tambahnya.

Pilihanraya kecil Dun Tenang ini adalah pilharaya kecil ke 14 selepas Pilihanraya Umum 2008 lalu.

Wanita Pakatan perkasa rakyat di Tenang

LABIS, 22 Jan - "Perhimpunan hari ini bertujuan untuk menghimpunkan seluruh petugas ketiga-tiga parti dalam usaha menyatukan petugas dan pimpinan Pakatan Rakyat dalam menentang calon BN pada pilihanraya Dun Tenang kali ini."
Dr Mariah Mahmud, Pengarah Jentera Wanita Pakatan Rakyat berucap demikian sempena Himpunan dan Pelancaran Jentera Wanita Pakatan Rakyat Tenang petang semalam.
Beliau menyifatkan Dun Tenang sebagai titik mula penglibatan wanita Pakatan Rakyat secara serius dalam pilihanraya dan seterusnya memenangi kerusi DUN mewakili wanita pertama di Johor.
"Walaupun Pilihanraya Kecil Dun Tenang ini merupakan pilihanraya kecil kali ke-14 selepas PRU 2008, pilihanraya kali ini benar-benar membawa wanita Pakatan Rakyat ke lapangan politik sebenar.
Katanya, peluang yang diberi itu dilihat lebih mengeratkan hubungan pimpinan dan petugas. Malah ianya salah satu cara memperkasa Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU akan datang.
"Kemenangan yang kita sasarkan tidak semestinya merupakan kemenangan mutlak buat calon PR iaitu Cikgu Mala,
"Lihat himpunan ini sebagai jalan rintis yang diharapkan dapat menembusi benteng tebal antara kita dengan pengundi," tambahnya.
Kajian yang dijalankan mendapati sebanyak 70 peratus daripada pengundi di kawasan ini masih belum mengundi calon Pakatan Rakyat dalam piliharaya umum yang lalu. Ini berpunca dari dipengaruhi sumber maklumat arus perdana yang kebanyakannya diracuni oleh BN.
Justeru itu katanya, petugas perlu berani dan bersikap kreatif semasa berhadapan dengan pengundi bagi meyakinkan mereka memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman.

Chegu Bard : Umno-BN 'Tidak Hirau' Rakyat Johor, Sebab Dakwa Kubu Kuat


LABIS 22 JAN : Umno-Barisan Nasional sudah tidak menghiraukan kepentingan rakyat di negeri Johor kerana beranggapan bahawa negeri itu adalah kubu kuat parti itu sejak sekian lama,kata Badrul Hisham Shaharin.
Badrul yang juga Ketua Cabang PKR Rembau berkata, waktu pilihanraya kecil ini menjadi medan Umno-Barisan Nasional untuk menunjukkan parti itu menabur bakti kepada rakyat namun realitinya hendak menutup segala kelemahan membela nasib rakyat.
"Hendak salam Datuk Seri Najib pun tidak dapat, sebab ini kubu kuat (Umno) tidak payah pening kepala. Bila BN menang esok, dia tinggalkan semua, tidak ada aspek perubahan," katanya.
Menurutnya lagi, kerajaan pusat terpaksa menubuhkan pasukan yang dilantik untuk berhubung dengan masyarakat di negeri-negeri Pakatan Rakyat kerana tidak berjaya untuk mendapat perhatian masyarakat umumnya.
"Ada tak India yang susah? Ada, ada tak Cina yang susah? Ada. Tapi bila tiba pilihanraya tiada lagi orang susah. Bantuan datang bercurah-curah. Maksudnya ialah perubahan. Apa kita takut, yang untung adalah saudara.
Jadi saudara, demi kepentingan orang Tenang, untuk Umno-BN tabur lagi duit untuk rampas DUN Tenang, saya ajak semua, ayuh buat perubahan, menangkan calon PAS kali ini demi perubahan supaya rakyat akan lebih senang dan Tenang akan lebih bermakna pada kacamata Perdana Menteri Malaysia," ujar beliau.
Badrul Hisham juga menggesa masyarakat Melayu khusunya bijak mengambil pendekatan politik yang digunakan oleh kaum Cina untuk meningkatkan taraf kehidupan.
Justeru bersandarkan parti yang memerintah, katanya rakyat tidak perlu takut membuat perubahan memilih pemimpin baru agar mendapat manfaat. 
"Besarkan Hospital Tampin sebab apa? DAP kuat di Tampin dan DAP menang kerusi di Tampin. Rembau tidak dapat apa. Kerana itu saya mengajak saudara belajar politik daripada orang Cina. Politik berdasarkan kepentingan dan keperluan mereka.
"Hakikat sekarang saya hendak beritahu, kawasan paling maju di Malaysia adalah Bukit Bintang Kuala Lumpur. Di situ berapa banyak penggal sudah DAP jadi ahli parlimen dan menang di Bukit Bintang. Ada longkang tersumbat? Ada lampu tidak menyala? Tidak, semua benda elok.,"  jelas beliau ketika menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira tiga ratus orang rakyat di Felda Tenang malam tadi.
Badrul menegaskan kawasan yang dipimpin Pakatan Rakyat kini terhindar dari sebarang masalah pembangunan justeru katanya bukan alasan pengundi Melayu untuk menolak PAS di DUN Tenang.

DAP bawa isu Interlok ke Tenang jika Putrajaya enggan selesai

KUALA LUMPUR, 22 Jan — DAP akan membawa kontroversi novel sastera Interlok ke medan pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang yang mempunyai 1,780 pengundi India jika kerajaan enggan untuk menyelesaikan isu tersebut, kata naib pengerusinya M. Kulasegaran.
Kempen pilihan raya kecil Tenang bermula hari ini dengan persaingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.
Kulasegaran juga mengetepikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pertemuan Selasa lalu antara wakil MIC, pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang lain berakhir dengan konsensus bahawa penggunaan novel itu oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lim tidak berniat mahu menghina kaum India.
“Penjelasan sedemikian atau hujah itu sebenarnya mengabaikan satu perkara penting di mana tiada seorang pun mempersoalkan niat penulis,” kata Kulasegaran dalam satu kenyataan hari ini.
“Banyak pihak beranggapan pertemuan itu akan mencapai konsensus bahawa novel itu telah menyinggung masyarakat India dan kontroversi itu mesti diselesaikan segera,” kata Ahli Parlimen Ipoh Barat ini.
Semalam, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran mencadangkan beberapa usul untuk memudahkan tugas guru yang mengajar novel Interlok di sekolah-sekolah termasuk menyediakan glosari dan nota kaki untuk menjelaskan maksud perkataan-perkataan tertentu.
Menteri Pelajaran berkata, pihaknya juga mencadangkan supaya guru yang mengajar novel berkenaan disediakan panduan yang jelas bagi mengelakkan timbul masalah pada kemudian hari.
“Kita ada beberapa perkara sudah kita usulkan dan Kabinet minta kita teruskan perbincangan dengan MIC supaya lebih jelas bagaimana hendak atasi perkara ini termasuk menyediakan glosari, nota kaki dan panduan yang jelas disediakan kepada guru yang mengajar novel ini,” kata beliau ketika mengulas perkembangan terbaru mengenai isu Interlok.
Muhyiddin berkata, perbincangan mengenai novel tersebut akan diteruskan dengan pemimpin MIC sebelum keputusan muktamad diambil Kabinet sama ada meneruskan penggunaan novel tersebut dalam Sastera tingkatan lima atau sebaliknya.
Timbalan Perdana Menteri memberitahu, beliau telah menjelaskan mengenai hasil perbincangan antara panel terdiri daripada wakil Kementerian Pelajaran dan pemimpin MIC sebelum ini kepada Kabinet Rabu lalu.
Berdasarkan makluman, perbincangan itu berlangsung dalam suasana yang baik, intelektual, profesional dan semua ahli panel mendengar hujah dan pandangan dalam suasana mesra, kata Muhyiddin.
Muhyiddin berkata, sekiranya diteliti secara mendalam, (kandungan novel) tidak ada apa yang arus dibimbangkan.
“Pada peringkat akhirnya, saya dimaklumkan semua ahli panel akhirnya bersetuju bahawa novel Interlok adalah sebuah novel yang baik. Novel Interlok menyeru kepada soal perpaduan kaum. Ia selaras dengan gagasan 1 Malaysia,” katanya.
Kulasegaran mendakwa kerajaan persekutuan mengheret isu daripada mencari jalan penyelesaian.
“Sesuatu yang mengecewakan kerajaan persekutuan tidak boleh memahami sentimen masyarakat orang India,” kata beliau.
“Jika pemimpin-pemimpin Kabinet memahami sentimen masyarakat India, maka mereka sudah tentu tiada iltizam dan kemahuan politik untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.
Kulasegaran mendakwa masyarakat India marah kerana banyak fakta dalam novel itu tidak tepat dan membawa maksud menghina mereka.
Wakil rakyat itu juga mempersoalkan sama ada Interlok boleh menggalakkan perpaduan kaum dan sama ada novel kontroversial itu boleh digunakan di sekolah.
“Mengapa sukar sangat bagi Kementerian Pelajaran untuk membetulkan kesilapan?” kata beliau.
“Melainkan diselesaikan, DAP akan terus membawa isu Interlok ketika dan selepas pilihan raya kecil Tenang,” katanya lagi.
Seramai 12 peratus atau 1,780 daripada 14,753 pengundi di Tenang adalah masyarakat India.
Kulasegaran juga memberi amaran tindakan melewatkan keputusan mengenai novel itu akan menyebabkan orang India menentang BN.
“Tiada pihak yang harus terkejut jika isu berlarutan, malah ia berkembang menjadi isu peringkat nasional ketika pilihan raya umum akan datang, dengan kemarahan di kalangan masyarakat terhadap BN,” katanya.

Cikgu Mala sedia bawa suara rakyat ke Dun Johor

LABIS, 22 Jan: Calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman berazam untuk membawa suara wanita ke Dun Johor dan mengajak para guru untuk membuat perubahan.
Normala yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala yakin pengundi di Tenang sudah berani membuat perubahan dengan memberi undi kepadanya seterusnya menambahkan kerusi Pakatan Rakyat di Dun Johor.
"Saya yakin pengundi mampu dan berani membuat anjakan paradigma dan sebenarnya pencalonan  ini satu pengiktirafan yang diberikan kepada golongan wanita khususnya dan mewakili seluruh golongan pendidik di Malaysia.
"30 Januari ini pengundi di Dun Tenang akan membuat satu kejutan dan perubahan demi kelangsungan masa depan anak bangsa dan membawa permasalahan mereka ke Dun Johor dan menjadikan tujuh kerusi untuk Pakatan Rakyat di Dun Johor," kata beliau pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis, dekat sini hari ini.
Normala juga berkata, beliau sudah bersedia untuk memikul amanah dalam memberikan khidmat kepada rakyat khusunya di Dun Tenang.
"Alhamdulillah, Allah bagi satu keberanian untuk saya membuat satu perubahan kerana saya telah iltizamkan dalam diri saya perjuangan ini untuk mencari keredhaan Allah," katanya tenang.
Justeru, bekas guru itu menyerahkan kepada pengundi untuk membuat pilihan terbaik pada 30 Januari nanti.
"Saya sangat optimis dan berkeyakinan mandat itu akan diberikan dan saya percaya pengundi di Dun Tenang mampu membuat pilihan terbaik.
"Pengundi sudah bijak untuk membuat pilihan dan saya serahkan kepada mereka pada 30 Januari ini," katanya.
Turut bersama pada sidang media itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Cikgu Mala: Pengundi Tenang terdesak mahu perubahan

LABIS: Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada  pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman yakin mampu mencapai kemenangan dalam perebutan satu lawan satu kerana percaya penduduk mahukan perubahan.
Beliau tidak ragu-ragu betapa pengundi DUN Tenang akan melakukan anjakan paradigma dengan menambah bilangan wakil Pakatan Rakyat dalam DUN Johor, menjadikan tujuh Adun pembangkang bagi membawa suara rakyat yang tertindas sekian lama.
“Malah, saya akan menjadi suara wanita dan guru-guru di seluruh Johor,” katanya satu-satunya wakil rakyat wanita jika menang pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada  proses Hari Penamaan Calon yang berlangsung hari ini.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

Seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih.

Cikgu Mala - Generasi Baru dalam PAS

Pemilihan Normala Sudirman atau lebih mesra dipanggil Cikgu Mala untuk diangkat menjadi calon dalam PRK N05, Tenang bukan sahaja berbakat dan berpotensi bahkan sebagai simbol generasi baru dalam PAS yang memahami tanggungjawab berpolitik.
Menjadi calon bukanlah semata-mata mengejar glamor atau pangkat dan harta kekayaan tetapi ia satu keperluan, amanah dan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan lebih besar adalah kepada agamanya.


Menurut Pengerusi Lajnah Penerangan & Dakwah Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi pemilihan calon muslimat bukan secara membuta tuli tetapi disandarkan kepada tuntutan secara keperluan untuk menjaga maslah ummah dalam dunia yang mencabar.

"Pemilihan adalah berdasarkan merit. Kejayaan kita menempatkan beliau dan tentunya kerana keupayaan dan pakej kepimpinan yang dimiliki Cikgu Mala sendiri. Ini juga sebagai kejayaan PAS melahirkan figura-figura baru dalam lanskap politik negara yang kini menuntut kepada suatu perubahan yang jauh lebih bermakna," katanya.

Katanya, tindakan Cikgu Mala melepaskan profesion guru dalam usia yang begitu muda bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja jemaah membuktikan hala tuju dan peranan beliau lebih besar dalam masyarakat. Athirah juga percaya sistem kongkongan yang dikenakan oleh kerajaan BN ke atas kakitangan kerajaan untuk terlibat dalam parti-parti politik Pakatan Rakyat merupakan antara faktor utama perletakan jawatan Cikgu Mala.

"Hasratnya berkhidmat kepada rakyat tanpa sempadan waktu tanpa terikat oleh suatu peraturan yang tidak adil dengan tuntutan masyarakat semasa menjadikan Cikgu Mala menzahirkan keseriusannya untuk membantu dan membela rakyat tanpa tekanan,sekatan mahupun ugutan pihak majikan," katanya.

Beliau yakin pakej yang lengkap untuk rakyat memberi mandat kepada Cikgu Mala cukup terserlah apabila setiap kali kemunculan beliau di khalayak jelas diterima baik oleh ibu bapa dan tidak asing lagi di kalangan belia dan komunitinya.

Aiman yang turut mengiringi beliau semasa berkempen mengakui Cikgu Mala menjiwai perit jerih masyarakat dan memahami komunitinya memandangkan beliau merupakan juga di kalangan peneroka. Justeru, jelas Aiman Athirah calon PAS di N05 Tenang ini adalah sebahagian daripada generasi transformasi dan mengharapkan beliau diberi peluang oleh rakyat dan dibantu oleh generasi muda di semua peringkat.

"Tidak kiralah mereka itu generasi muda dalam Pakatan Rakyat atau di luar Pakatan Rakyat. Justeru kerana kita mahu dan sedang berusaha bersungguh-sungguh membawa budaya politik baru yang lebih bersih, beramanah dan bertanggungjawab ke dalam masayarakat dan negara kita," tegas Athirah.

Taktik MCA takutkan Cina, Hadi tak gusar

Di sebalik taktik menakut-nakutkan pengundi Cina di Tenang dengan “agenda penubuhan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa”, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata mereka mempunyai peluang 50 peratus untuk menawan kubu kuat BN itu.

NONE"Ini isu lama. Masyarakat kita kini lebih memahami... mereka telah lihat keadaan di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS - Kelantan, Perak, Terengganu dan Kedah.

"Peluang kita (Pakatan Rakyat) 50 peratus, begitu juga BN, tidak mudah untuk kita menang tapi ia tidak mustahil.

"Kita letak 50 peratus dulu tapi kempen kita bergerak bermula dari 40 peratus, di Johor kita sudah menang dua kerusi. Jadi peluang (menang) memang ada,” kata Abdul Hadi ketika ditemui di proses penamaan calon DUN Tenang di pejabat Majlis Daerah Labis, hari ini.

Menurut beliau, perubahan besar juga sudah berlaku di Johor dan BN menghadapi masalah malah kedudukan Umno juga tidak kuat.

Ini katanya, berdasarkan kejayaan PAS merampas dua kerusi negeri pada pilihan raya umum yang lalu.

NONESelain itu, Abdul Hadi berkata kejayaan PAS menumbangkan Umno di beberapa kubu kuatnya pada beberapa pilihan raya kecil lalu seperti di Arau (Perlis), Bukit Gantang (Perak) dan di Kuala Terengganu menambahkan lagi keyakinannya.

“Calon PAS Normala Sudirman mempunyai peluang cerah sekiranya maklumat dapat disampaikan dengan tepat kepada pengundi di DUN Tenang,” katanya.
Faktor penentu

Pada pilihan raya kecil ini, Pakatan Rakyat diwakili oleh Ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman manakala BN pula menyandarkan harapan ke atas bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, bagi mempertahankan kerusi Umno itu.

NONEMenurut Abdul Hadi, pengundi muda di Tenang merupakan penentu kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan itu.

"Pengundi muda yang dapat menatap media baru, mereka boleh mendapatkan maklumat yang tepat.

"Bagi saya pengundi muda adalah undi penentu, di sini BN tiada undi Orang Asli, malah undi warga Felda juga sudah memihak kepada kita.

"BN tiada undi deposit di sini, kita mempunyai peluang kerana meletakkan calon anak tempatan bukan BN yang meletakkan calon yang sudah lama meninggalkan kawasan.
"Pengundi yang bukan Islam juga akan menyokong calon PAS," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Abdul Hadi berkata, isu nasional dan tempatan akan diketengahkan sepanjang kempen bagi meraih sokongan pengundi di DUN itu.

NONEDUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus).

Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.

Pilihan raya kecil Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN pada 17 Disember lalu.

Normala : Pengundi Tenang Mampu Buat Perubahan


LABIS 22 JAN : Pengundi di DUN Tenang diyakini berani membuat perubahan dengan memberi undi kepada PAS seterusnya menambahkan kerusi Pakatan Rakyat di Dun Johor, kata Calon PAS DUN Tenang Normala Sudirman.
Normala  juga menyatakan keazaman untuk membawa suara wanita ke Dun Johor dan mengajak para guru untuk membuat perubahan.
"Saya yakin pengundi mampu dan berani membuat anjakan paradigma dan sebenarnya pencalonan  ini satu pengiktirafan yang diberikan kepada golongan wanita khususnya dan mewakili seluruh golongan pendidik di Malaysia.
 "30 Januari ini pengundi di Dun Tenang akan membuat satu kejutan dan perubahan demi kelangsungan masa depan anak bangsa dan membawa permasalahan mereka ke Dun Johor dan menjadikan tujuh kerusi untuk Pakatan Rakyat di Dun Johor," kata beliau pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis, dekat sini hari ini.
Normala juga berkata, beliau sudah bersedia untuk memikul amanah dalam memberikan khidmat kepada rakyat khusunya di Dun Tenang.
"Alhamdulillah, Allah bagi satu keberanian untuk saya membuat satu perubahan kerana saya telah iltizamkan dalam diri saya perjuangan ini untuk mencari keredhaan Allah," katanya.
Justeru, bekas guru itu menyerahkan kepada pengundi untuk membuat pilihan terbaik pada 30 Januari nanti.
"Saya sangat optimis dan berkeyakinan mandat itu akan diberikan dan saya percaya pengundi di Dun Tenang mampu membuat pilihan terbaik.
"Pengundi sudah bijak untuk membuat pilihan dan saya serahkan kepada mereka pada 30 Januari ini," katanya.
Turut bersama pada sidang media itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Calon PAS kecewa Soi Lek tak faham Islam, Umno pula gagal bantu MCA

Dalam temu bual tiga jam selepas disahkan sebagai calon, Normala melahirkan kekecewaan kerana kepimpinan MCA masih tidak memahami adat resam diamalkan wanita Islam. – Foto oleh Choo Choy May
LABIS, 22 Jan – Calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita. Merujuk kepada isu tidak bersalam yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Normala meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.
Menurut Normala, 38, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA yang dipimpin Dr Chua sudah memahami tertib seorang wanita  Islam.
“Saya secara peribadi berpendapat bahawa sudah tiba masa pihak lawan (BN) matang setelah 53 tahun kita merdeka... apa yang paling penting adalah dasar-dasar atau komitmen perkhidmatan yang mahu dibawa kepada rakyat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
“Bukan menyentuh isu peribadi atau serangan peribadi yang saya kira ia satu perkara yang sangat jauh daripada apa yang kita fokus.
“Saya kira perkara yang paling penting adalah setelah 53 tahun merdeka, MCA sepatutnya sudah lama memahami konsep sebagai individu Muslim yang perlu kerana mereka berkawan dengan komponen BN iaitu Umno,” kata beliau dalam temu bual ekslusif bersama The Malaysian Insider hari ini.
Exco Dewan Muslimat PAS pusat ini berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Dr Chua mengenai Islam apabila secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang.
“Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.
“Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS,” kata Dr Chua.
Dalam temu bual ringkas itu, Normala berkata, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP akan membantu memberikan sokongan dan menjelaskan mengapa beliau tidak mahu bersalam dengan lelaki sepanjang kempen pilihan raya kecil yang bermula hari ini.
Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39.
Normala juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS pusat.
“Dari segi strategi, cara dan kaedah untuk saya mendekati masyarakat seperti ini saya kira rakan-rakan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk memberitahu mereka kenapa dan mengapa.
“Apa yang paling penting adalah akhirnya pengundi DUN Tenang akan memahami itu retorik yang tak berasas untuk dibawa, sedangkan permasalahan yang paling besar adalah fokus utama termasuk permasalahan kebajikan, sosioekonomi dan sebagainya.
“Sudah seharusnya saya kira perkara itu tidak perlu timbul buat masa ini,” kata beliau.
Normala juga berkata Umno-BN akan sentiasa membuat provokasi untuk memberikan beliau imej yang buruk kepada pengundi di DUN Tenang.
“Apa pun bagi saya Umno-BN tetap akan mencari isu-isu remeh, isu-isu yang sangat berbentuk picisan kerana kalau apa yang kita lihat buat pun dikata tak buat pun akan dikata.
“Yang paling penting adalah konsep kita memahamkan rakan-rakan khususnya Tionghoa dan India untuk memahami bahawa bagaimana sebenarnya apa yang kita bawa sebagai seorang individu Muslim itu.
“Bukankah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Sepatutnya mereka memahami situasi ini,” katanya.
Normala bagaimanapun melahirkan rasa simpati terhadap Dr Chua kerana gagal memahami konsep Islam selepas Umno gagal memahamkan parti komponen BN itu.
“Secara peribadi saya lebih fokus kepada perasaan simpati saya kepada beliau (Dr Chua) kerana tidak memahami, seharusnya setelah lama berkawan dengan komponen BN, menjadi tanggungjawab Umno untuk memahamkan rakan-rakan tentang hak yang sebenar sebagai individu Muslim termasuk soal bersalaman dan sebagainya.
“Umno gagal memahamkan rakan-rakan dalam BN setelah 53 tahun, seharusnya tidak berlaku.
“Kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Seharusnya konsep memahami satu-satu kaum atau agama perlu difahami,” katanya.
Bekas guru itu juga bersedia untuk menghadapi apa sahaja serangan yang akan dibuat BN sepanjang kempen pilihan raya yang akan berakhir 30 Januari ini.
“Saya bersedia berdepan apa sahaja cabaran, tohmahan dan fitnah yang akan dilakukan pihak lawan kerana itulah realiti setelah 14 kali pilihan raya kecil.
“Kita lihat isu begitu dan mereka tetap gunakan strategi lama yang saya kira ia tak seharusnya berlaku buat masa sekarang bagi pihak lawan buat perubahan untuk memenangi hati rakyat bukan menyuluh kelemahan peribadi begitu.
“Saya yakin kejutan besar akan berlaku dan saya bimbang itu akan menimbulkan kebencian (pengundi) kepada pihak Umno-BN,” katanya.
Tambah Normala, Pakatan Rakyat akan memainkan peranan penting dalam membantu orang bukan Islam untuk memahami lebih dekat konsep yang dibawa PAS selama ini.
“Seperti kaum lain, kami orang Islam memahami budaya dan agama Tionghoa dan India.
“Kami menghormati dan memahami, itulah cara mereka dan seharusnya perkara ini sudah lama difahami rakan-rakan BN,” katanya.
Ketika ditanya mengenai keyakinan untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Tenang, Normala berkata, beliau optimis pengundi akan membuat keputusan bijak dalam memilih wakil rakyat baru.
“Saya optimis dan berkeyakinan tinggi pengundi kini telah bijak membuat keputusan untuk menentukan perjuangan masa depan dengan membawa suara dan permasalahan ke Dewan Undangan Negeri dengan memilih wakil rakyat yang berwibawa, prihatin dan empati.
“Pada 30 Januari, saya percaya dan berkeyakinan tinggi pengundi DUN Tenang mampu membuat kejutan dan perubahan besar demi,” katanya.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.
Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.

PRK Tenang: Satu Lawan Satu, PR Dan BN


LABIS 22 JAN : Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PAS dan Barisan Nasional (BN).
BN diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat Mohd Azahar Ibrahim, 39, manakala calon PAS Ketua Muslimat parti itu di Labis Normala Sudirman, 38.
Selepas tamat tempoh bantahan di akhir proses penamaan calon di Pejabat Majlis Daerah Labis di sini hari ini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md Asri Amir mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada 11.20 pagi.
Pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh oleh penyokong kedua-dua parti. Mohd Azahar, merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.02 pagi dan Normala, menyerahkan borang pencalonan beliau pada 9.10 pagi.  
Sejak seawal jam 6 pagi lagi, penyokong parti masing-masing berkumpul di markas dan ibu pejabat parti masing-masing.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

Seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Proses penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.
LAPORAN LINTAS LANGSUNG
11.25 pagi: Pegawai pengurus pilihan raya, Md Asri Amir mengumumkan pilihan raya kecil Tenang pada Ahad ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS.
11.10 pagi: Md Asri berkata terdapat tiga bantahan dikemukakan tetapi beliau telah menolak semua bantahan tersebut.
Dalam kertas undi pada 30 Januari ini, nama Normala akan mendahului nama Azahar.
11.00 pagi: Tempoh bantahan berakhir.
10.55 am: Ketua Pembangkang Dun Johor Dr Boo Cheng Hau, dari DAP berkata "Kami tunggu kehadiran Cikgu Mala bersama kami di Dun Johor".

10.40 am: 
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, PKR akan menghantar sekurang-kurangnya 1,000 petugas bantu kempen calon PAS. 
10.10 am: Calon PAS Normala sudirman menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi. Beliau dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menyerahkan borg pcalonan jam 9.02 pagi. Beliau dicadang oleh Ma Chong Pah dn didsokong Jayaraman Chinasamie

10.05 am:
 Hanya dua borang pencalonan dipamer iaitu masing-masing dari calon PAS dan calon BN.

10.00 am: Pegawai pengurus pilihan raya megumumkan waktu penyerahan borang pencalonan ditutup dan kini dipamer dan dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi. 

9.23 pagi: 
Kedua-dua calon BN dan PAS telah mengemukakan borang masing-masing dan menikmati hidangan ringan sambil berbual sesama mereka.
NONE9.20 pagi: Penyokong PAS pula menyanyikan lagu rasmi Umno tetapi menukarkan lirik lagu berkenaan. Kata-kata "Umno terus mara, untuk rakyat Malaysia" ditukar kepada "Umno terus lara, rompak rakyat Malaysia".
9.15 pagi:Pergelutan hampir tercetus antara penyokong PAS dan polis apabila beberapa penyokong yang tidak mempunyai pas cuba merentasi halangan atau sekatan polis.

Menurut beberapa penyokong Pakatan, perhimpunan kali ini adalah yang terbesar yang pernah mereka saksikan untuk pilihan raya kecil.

Kedengaran juga beberapa penyokong PAS yang mencemoh polis yang tidak berpakaian seragam yang bertugas.

"Lepas makan gaji Umno, boleh balik," kata seorang penyokong PAS.

9.10 pagi: Calon PAS, Normala mengemukakan borang pencalonannya.
9.05 pagi: Ribuan penyokong BN di luar dewan, menyanyikan lagui "Inilah Barisan Kita".

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "BN Janji dikota", "Undilah Barisan Nasional, Hidup Sejahtera" dan "Tiada Tempat untuk Pembangkang di Johor".

Pihak polis, menutup terus laluan masuk daripada penyokong BN.

Seramai kira-kira 40 anggota polis berkawal di laluan masuk ke tempat penamaan calon.

Penyokong juga mengibarkan bendera BN dan parti komponen yang lain.
9.03 pagi: Azahar adalah calon pertama yang menyerahkan borang pencalonannya.

9.00 pagi: Penamaan calon dibuka.
NONEPegawai pengurus pilihan raya, Md Asri Amir mengumumkan penamaan calon mulai dibuka hingga jam 10 pagi nanti.

8.58 pagi:
 Normala dan pemimpin Pakatan yang lain tiba di pusat itu. Mereka termasuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Chua Jui Meng, Abdul Hadi Awang, Zuraidah Kamaruddin dan Chong Eng.
8.50 pagi: Azahar masuk ke dewan. Kawalan agak ketat daan beberapa pemimpin kenamaan terpaksa bersempit kerana laluan di pintu masuk agak kecil.

NONE8.42 pagi:Penyokong BN dan pemimpinnya adalah yang pertama sampai di pusat penamaan calon.

8.30 pagi: Calon BN, Azahar, diiringi Muhyiddin dan penyokong BN mula berarak ke pusat penamaan calon, yang tidak jauh dari tempat mereka berkumpul. Labis adalah pekan yang kecil.
8.14 pagi: Penyokong PAS mula berarak selepas berlaku sedikit kekeliruan - pembawa bendera parti diminta berhimpun di belakang calon.
NONENormala diiringi presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa ahli parlimen seperti, Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Khalid Samad (Shah Alam) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali juga hadir bagi memberikan sokongannya.

Terdapat tidak kurang 500 penyokong PAS dan mereka kemudiannya disertai oleh kira-kira 200 penyokong DAP yang menunggu di pertengahan jalan.

8.10 pagi: Police menutup jalan menuju ke Pusat Penamaan Calon di Majlis Daerah Labis kepada semua kenderaan dan penyokong. Hanya calon dan beberapa pemimpin yang mengiringi mereka dibenarkan masuk.

NONEJumlah polis yang hadir agak ramai - dianggarkan ratusan yang dikerah bagi mengawal keselamatan di kawasan sekitar Tenang.

Kedua-dua penyokong BN dan Pakatan diasingkan dengan anggota polis menjadi penampan. Mereka diletakkan dalam lingkungan 100 meter daripada satu sama lain.

Terdapat juga laporan bahawa sekatan jalan diadakan di beberapa lokasi di sekitar pekan Labis dan juga bandar Segamat yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Labis.

8.08 pagi:
 Timablan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno tiba di ibu pejabat MCA di Labis.

NONE7.40 pagi: Azahar dan isterinya, Tuty Roshizana Tumin, 31, tiba. Calon memakai baju Melayu berwarna unggu.

Apabila disapa wartawan, Azahar mengakui beliau sedikit gementar. Katanya beliau tidur lena malam tadi.

Seperti kerusi Tenang, saya juga tenang," katanya.

7.30 pagi: Ribuan penyokong BN berkumpul di ibu pejabat MCA, Labis dengan mengibarkan bendera BN dan Umno sebagai tanda sokongan kepada calon mereka, Mohd Azahar.

Antara yang hadir, termasuk Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and pemimpin kanan BN seperti Datuk Seri Shahrizat Jalil, Datuk Wee Ka Siong dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Syirlin.

Lebih 10,000 iringi Normala pada Hari Penamaan Calon

LABIS: Lebih 10,000 penyokong Pakatan Rakyat mengiringi calon Pas, Normala Sudirman pada Hari Penamaan Calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di pejabat Majlis Daerah Labis, pagi ini.
Hadir sama pimpinan Pakatan, antaranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Datuk Hadi Awang, Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Chua Jui Meng, Fuziah Salleh, Salahuddin Ayub dan ramai lagi.
Pada proses itu, pencadang bagi Normala ialah Mahat Jamin dan disokong Rusilah Ahmad manakala pencadang bagi calon BN, Azahar Ibrahim ialah Ma Chong Pah dan disokong Jayamaran  a/l Chinasamie.
Terdahulu, polis sejak pagi lagi mengadakan sekatan jalan raya, bermula dari simpang ke pekan Pagoh, sehinggalah ke kawasan berhampiran pusat penamaan calon.
Masa untuk pencalonan berakhir jam 10 pagi dan tiada calon selain Pakatan dan Barisan Nasional (BN) bertanding di DUN berkenaan.
Selepas tempoh bantahan berakhir jam 11 pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima tiga bantahan tetapi semuanya ditolak.

Tenang: Pertandingan satu lawan satu, BN-PAS

HARI PENAMAAN CALON
9 - 10 pagi - Calon menyerahkan borang masing-masing
10 - 11 pagi - Tempoh bantahan
11 pagi - 12 tengahari - Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan nama calon yang layak bertanding

Cuaca cerah dengan suhu pagi yang dingin menyaksikan ribuan penyokong BN dan PAS berkumpul di tempat-tempat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhampiran pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis bagi proses penamaan calon bagi kerusi Tenang.

NONESetakat ini, PAS dan BN sudahpun mengesahkan mereka akan bertanding.

PAS telah menamakan ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman, 38, bagi mewakili Pakatan Rakyat manakala BN pula meletakkan bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azahar Ibrahim, 39, bagi mempertahankan kerusi BN itu.

Sejak seawal jam 6 pagi lagi, penyokong parti masing-masing berkumpul di markas dan ibu pejabat parti masing-masing.

NONESemua calon dikehendaki menyerahkan borang mereka mulai jam 9 pagi hingga 10 pagi. Ini diikuti oleh tempoh bantahan selama sejam jika ada. Nama-nama calon yang layak beertanding kemudiannya akan diumumkan selepas jam 11 pagi nanti. Jika ada pertandingan, pengundian akan dijalankan pada 30 Januari depan.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

NONESeramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Proses penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.
LAPORAN LANGSUNG
12.05 tengahari: Kedua-dua penyokong mulai bersurai. Polis juga sedang berbaris bagi menamatkan tugas mereka hari ini.
NONE11.25 pagi: Pegawai pengurus pilihan raya, Md Asri Amir mengumumkan pilihan raya kecil Tenang pada Ahad ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS.
"Saya juga telah menerima tiga bantahan dan setelah masa bantahan ditutup tiada calon ditolak kertas penamaannya.

"Dengan ini, saya mengumumkan calon yang bertanding adalah Normala Sudirman dan Mohd Azahar Ibrahim," kata Md Asri.
Pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh oleh penyokong kedua-dua parti.
NONE11.10 pagi: Md Asri berkata terdapat tiga bantahan dikemukakan tetapi beliau telah menolak semua bantahan tersebut.
Dalam kertas undi pada 30 Januari ini, nama Normala akan mendahului nama Azahar.
11.00 pagi: Tempoh bantahan berakhir.
10.45 pagi: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditemui Malaysiakini enggan mengulas mengenai persiapan BN menjelang pilihan raya kecil Merlimau.

Beliau hanya tersenyum, ketika keluar bertemu dengan penyokong BN dan disambut dengan laungan "Hidup Datuk Ali".
10 pagi: Penamaan calon ditutup.

NONEPegawai pengurus pilihan raya Md Asri Amir mengumumkan proses penamaan calon telah ditutup. Tidak ada calon Bebas yang mengemukakan pencalonan.

Tempoh bantahan adalah antara jam 10 pagi hingga 11 pagi. Jika tidak ada calon yang ditolak, pilihan raya kecil ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Azahar dan Normala.
9.55 pagi: Tiga orang penyokong PKR sesat masuk ke kawasan penyokong BN dan disorak, “ “Hidup BN” sambil mengibarkan bendera BN.

NONEPolis bertindak pantas, melepaskan mereka dan mengiriingi mereka ke kawasan penyokong Pakatan.
9.45 pagi: Puteri dan Wanita Umno, membalas nyanyian Pakatan Rakyat dengan menyanyikan lagu "Geylang si paku, geylang".

Lirik ditukar "Pulang, marilah pulang, marilah pulang, masuk barisan".
9.43 pagi: Di sebalik amaran oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Markom Giran supaya tidak terbabit dengan kempen pilihan raya kecil, suami Normala, Makrof Abd Mutalib, seorang guru tetap mengiringi isterinya.

NONEDengan memakai baju Melayu berwarna hijau dan berketayap putih, beliau berkata kehadirannya adalah mengiringi isterinya dan bukannya berkempen.

"Saya datang kerana memberi sokongan moral kepadanya,” kata Markof sambil tersenyum.

“Saya terharu dengan begitu ramai yang menyokong isteri saya.”

Katanya, Normala bangun pada jam 5.30 pagi ini dan bersarapan dengan keluarga, termasuk ibu bapanya dan tiga anak mereka.

"Kita makan nasi lemak, seperti biasa. Kami juga mohon restu daripada ibu bapa sebelum meninggalkan rumah.”
9.35 pagi: Satu lagi kekecohan hampir tercetus antara penyokong Pakatan dan polis apabila pihak berkuasa bertindak mengelaurkan bateri daripada pembesar suara yang digunakan mereka.

Polis juga memberi amaran untuk menahan mereka jika tidak mematuhi arahan larangan penggunaan alat pembesar suara itu dan mereka akhirnya akur.

NONEMeskipun bahang matahari mula memancar, penyokong mula menyanyikan lahi tahun baru Cina untuk memeriahkan lagi suasana.

Ketua polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff menganggarkan tidak kurang 8,000 penyokong Bn hadir manakala penyokong Pakatan Rakyat pula dikatakan berjumlah lebih 5,000.
9.30 pagi: Polis mereampas empat batang buluh yang digunakan oleh penyokong BN bagi mengantung bendera IPF, sebuah parti yang mesra dengan BN. Menurut anggota polis, buluh dan kayu adalah bahan larangan bagi mengelakkan ia digunakan sebagai senjata jika berlaku pergaduhan.
9.23 pagi: Kedua-dua calon BN dan PAS telah mengemukakan borang masing-masing dan menikmati hidangan ringan sambil berbual sesama mereka.
NONE9.20 pagi: Penyokong PAS pula menyanyikan lagu rasmi Umno tetapi menukarkan lirik lagu berkenaan. Kata-kata "Umno terus mara, untuk rakyat Malaysia" ditukar kepada "Umno terus lara, rompak rakyat Malaysia".
9.15 pagi: Pergelutan hampir tercetus antara penyokong PAS dan polis apabila beberapa penyokong yang tidak mempunyai pas cuba merentasi halangan atau sekatan polis.

NONEMenurut beberapa penyokong Pakatan, perhimpunan kali ini adalah yang terbesar yang pernah mereka saksikan untuk pilihan raya kecil.

Kedengaran juga beberapa penyokong PAS yang mencemoh polis yang tidak berpakaian seragam yang bertugas.

"Lepas makan gaji Umno, boleh balik,” kata seorang penyokong PAS.

9.10 pagi: Calon PAS, Normala mengemukakan borang pencalonannya.
9.05 pagi: Ribuan penyokong BN di luar dewan, menyanyikan lagui “Inilah Barisan Kita”.

NONEMereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "BN Janji dikota", "Undilah Barisan Nasional, Hidup Sejahtera" dan "Tiada Tempat untuk Pembangkang di Johor".

Pihak polis, menutup terus laluan masuk daripada penyokong BN.

Seramai kira-kira 40 anggota polis berkawal di laluan masuk ke tempat penamaan calon.

Penyokong juga mengibarkan bendera BN dan parti komponen yang lain.
9.03 pagi: Azahar adalah calon pertama yang menyerahkan borang pencalonannya.

9.00 pagi: Penamaan calon dibuka.
NONEPegawai pengurus pilihan raya, Md Asri Amir mengumumkan penamaan calon mulai dibuka hingga jam 10 pagi nanti.

8.58 pagi:
Normala dan pemimpin Pakatan yang lain tiba di pusat itu. Mereka termasuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Chua Jui Meng, Abdul Hadi Awang, Zuraidah Kamaruddin dan Chong Eng.
8.50 pagi: Azahar masuk ke dewan. Kawalan agak ketat daan beberapa pemimpin kenamaan terpaksa bersempit kerana laluan di pintu masuk agak kecil.

NONE8.42 pagi: Penyokong BN dan pemimpinnya adalah yang pertama sampai di pusat penamaan calon.

8.30 pagi: Calon BN, Azahar, diiringi Muhyiddin dan penyokong BN mula berarak ke pusat penamaan calon, yang tidak jauh dari tempat mereka berkumpul. Labis adalah pekan yang kecil.
8.14 pagi: Penyokong PAS mula berarak selepas berlaku sedikit kekeliruan - pembawa bendera parti diminta berhimpun di belakang calon.
NONENormala diiringi presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa ahli parlimen seperti, Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Khalid Samad (Shah Alam) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali juga hadir bagi memberikan sokongannya.

Terdapat tidak kurang 500 penyokong PAS dan mereka kemudiannya disertai oleh kira-kira 200 penyokong DAP yang menunggu di pertengahan jalan.

8.10 pagi: Police menutup jalan menuju ke Pusat Penamaan Calon di Majlis Daerah Labis kepada semua kenderaan dan penyokong. Hanya calon dan beberapa pemimpin yang mengiringi mereka dibenarkan masuk.

NONEJumlah polis yang hadir agak ramai - dianggarkan ratusan yang dikerah bagi mengawal keselamatan di kawasan sekitar Tenang.

Kedua-dua penyokong BN dan Pakatan diasingkan dengan anggota polis menjadi penampan. Mereka diletakkan dalam lingkungan 100 meter daripada satu sama lain.

Terdapat juga laporan bahawa sekatan jalan diadakan di beberapa lokasi di sekitar pekan Labis dan juga bandar Segamat yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Labis.

8.08 pagi:
Timablan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno tiba di ibu pejabat MCA di Labis.

NONE7.40 pagi: Azahar dan isterinya, Tuty Roshizana Tumin, 31, tiba. Calon memakai baju Melayu berwarna unggu.

Apabila disapa wartawan, Azahar mengakui beliau sedikit gementar. Katanya beliau tidur lena malam tadi.

Seperti kerusi Tenang, saya juga tenang,” katanya.

7.30 pagi: Ribuan penyokong BN berkumpul di ibu pejabat MCA, Labis dengan mengibarkan bendera BN dan Umno sebagai tanda sokongan kepada calon mereka, Mohd Azahar.

Antara yang hadir, termasuk Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and pemimpin kanan BN seperti Datuk Seri Shahrizat Jalil, Datuk Wee Ka Siong dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Syirlin.