Jumaat, 21 Januari 2011

Tenang - Tidak berapa tenang, harap semua bertenang

Oleh Aspan Alias

“BN bermasalah diPRK Tenang, betul ke?” tanya seorang sahabat saya semasa kami 3 empat orang rakan-rakan sedang minum the tarik mamak yang tidak jauh dari rumah saya. Saya kata yang saya tidak tahu kerana saya tidak pergi keTenang kerana sibuk dengan kerja lain yang perlu saya selesaikan.

Tetapi saya menjangkakan masalah memang akan timbul, kalau tidak besar sedikit-sedikit mesti timbul kerana sebab-sebab yang susah hendak dielakkan. Oleh kerana Tenang adalah kubu kuat UMNO dan BN maka ramai diantara kepimpinan diBahagian Labis berminat untuk menjadi calun didalan PRK ini.


 Perebutan untuk menjadi calun memang jelas kelihatan dan didengari dari awal-awal lagi.

Akhirnya semua dikalangan yang berebut itu tidak kesampaian hajat untuk menjadi calun, sebaliknya kesempatan itu diberikan kepada seorang bekas Penolong Pegawai Daerah Azhar Ibrahim untuk mewakili BN. Mereka dari pimpinan bahagian tidak diberikan kesempatan itu kerana UMNO kononya sedang mencari ‘winnable candidate’ seperti yang dijanjikan oleh DS Najib dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini.

Tetapi adakah Azhar benar-benar seorang yang ‘winnable”? Jika Azhar membuatkan barisan kepimpinan UMNO Labis terlopong-lopong bolehkah UMNO dan AJK Bahagian memberikan kerjasama yang secukupnya untuk memberikan tentangan kepada calun PAS Puan Normala Sudirman 38 tahun yang nampaknya boleh diterima dengan agak baik oleh masyarakat disitu.

Pendeknya permasalahan dikalangan UMNO diLabis memang wujud dan kelihatan permasalahan itu semakin hari semakin jelas kelihatan. Semasa pilihanraya inilah isu anak tempatan dan orang luar timbul kerana pemangku ketua bahagian Labis itu adalah dari Negeri Sembilan, sama seperti Arwah Sulaiman Taha dahulu. Memanglah Timbalan Ketua ini merasakan kecil hati kerana beliau diperguna untuk mengetuai bahagaian tetapi apabila memiih calun beliau sewenang-wenangnya diketepikan seolah-oleh beliau tidak pernah berguna kepada UMNO diLabis.

Pengundi Cina merangkumi 39 peratus dari keseluruhan pengundi diTenang tetapi masalah dalaman MCA yang melibatkan Chua Soi Lek dan anaknya yang merupakan Ahli Parlimen disitu bukan kecil masalahnya. Dikalangan ahli-ahli dan pemimpin MCA pepecahan belaku kerana Chua Soi Lek telah mengenepikan ramai pemimpin-pemimpin Cina kerana memberi peluang kepada anaknya sendiri dan ini masih menjadi buah mulut dikalangan orang-orang Cina diLabis itu. Jika tidak ada punmmasalah dikalangan orang Cina didalam MCA kecenderungan bagi orang Cina untuk mengundi parti alternatif, dalam kontek ini DAP adalah amat besar. Setiap penganalisis memberikan angka 80 peratus dari kaum Cina akan mengundi pihak pembangkang.

Usaha Najib untuk memberikan bantuan RM 5juta kepada sekolah-sekolah Cina diLabis itu dikatakan tidak akan mengalihkan minat kaum Cina kepada DAP. Kaum India pula sekarang ini masih terganggu dengan isu interlock dan segala usaha untuk memberikan penerangan jelas terhadap isu masih belum berjaya kerana ahli-ahli MIC sendiri mempunyai pendirian menentang buku interlock itu dijadikan sebagai buku teks untuk pelajar-pelajar tingkatan 5.

Dalam pilihanraya yang lalu undi untuk pembangkang yang diberikan oleh orang Melayu semakin hari semakin bertambah. Parti PAS merupakan pilihan orang Melayu yang tidak menyokong UMNO dan parti-parti dalam BN.

Jika keadaan ini benar maka adalah dikhuatiri imej Tenang sebagai kubu UMNO akan berakhir dan menjadi seperti kawasan-kawasan yang lain dinegeri-negeri yang lain.

Undi penting dalam PRK ini adalah undi-undi orang Melayu dan Cina Jika benar 80 peratus dari pengundi Cina memberikan sokongan kepada pembangkang dan 35 peratus pengundi Melayu memberikan sokongan kepada PAS maka peluang untuk parti pembangkang untuk memberikan tentangan kepada UMNO dan BN.

Walau bagaimana pun adalah terlalu awal untuk melihat keadaan yang sebenarnya kerana penamaan calun hanya akan diadakan pada 22 hb nanti. Apabila sudah selesai penamaan calun barulah mana-mana pihak akan dapat memberikan pandangan masing-masing dengan lebih hampir kepada yang sebenarnya.

Menang atau kalah bagi mana-mana pihak dalam pilihanraya ini akan mempengaruhi situasi dalam pilihanraya umum nanti. Sama-samalah kita tunggu. Bak kata perbilangan ‘tidak lari gunung dikejar’.

Surat Terbuka Kepada Pengundi Dun Tenang

Oleh PeriaPahit

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengundi DUN Tenang. Tidak lama lagi para pengundi akan menghadapi pilihanraya kecil DUN Tenang ekoran kematian wakil rakyat kawasan tersebut. Dalam menghadapi piliharaya tersebut, saya memohon jasa baik para pengundi di DUN tersebut untuk berbuat sesuatu kepada rakyat MALAYSIA.

Saya tidak meminta para pengundi untuk menyokong calon PAS (PR) dan menolak calon BN atau sebaliknya. Saya tahu para pengundi akan dihujani dengan pelbagai janji dan bantuan segera memandangkan setiap undi itu amat berharga baik kepada calon BN mahupun calon PAS (PR).
Para pengundi juga akan diberi lebihan dan kekurangan rezeki ketika musim pilihanraya kecil ini. Bagi yang bertugas di kem BN, insyaallah RM akan mengalir masuk manakala yang bertugas di kem PAS (PR), RM akan mengalir keluar. Tetapi yang pasti rezeki berupa janji adalah yang paling banyak ketika tempoh berkempen dan wang ringgit akan menyusul ketika dihujung kempen.
Ketika para pengundi bergembira menghadapi piliharanraya tersebut, saya sebagai rakyat MALAYSIA yang berada jauh dari DUN TENANG tidak berasa TENANG disini. Saya yakin, ramai lagi rakyat MALAYSIA diseluruh MALAYSIA yang tidak TENANG ketika ini. KeTENANGan rakyat MALAYSIA kini terganggu dengan kesan kenaikkan harga barang. Tetapi bukan isu kenaikkan harga barang yang nak saya ungkitkan disini tetapi isu lain yang amat memerlukan bantuan para pengundi di DUN TENANG.
Saya ingin memohon jasa baik para pengundi untuk bertanyakan hal bantuan untuk PELAJAR MISKIN yang dihapuskan oleh pihak kerajaan. Sekiranya ada perayu undi atau menteri dari kerajaan MALAYSIA datang menemui anda, sila kemukakan persoalan kenapa bantuan KUMPULAN WANG PELAJAR MISKIN (KWPM) diberhentikan. Kemukakan juga kenapa bantuan RANCANGAN MAKAN TAMBAHAN (RMT) untuk PELAJAR MISKIN juga diberhentikan?
Persoalan diatas bukanlah isu utama di DUN TENANG tetapi ianya merupakan ISU UTAMA bagi rakyat MISKIN di MALAYSIA.  Setiap tahun, rakyat MISKIN menanti bantuan KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) untuk menampung yuran persekolahan dan juga persedian pakaian untuk musim persekolahan baru. Kemudian rakyat MISKIN juga menanti bantuan RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) bagi memastikan anak-anak mereka tidak lapar disekolah walaupun tidak memilik wang perbelanjaan harian. Kini dengan kos barang keperluan yang naik mendadak dan ditambah  dengan persediaan persekolahan, maka ramailah rakyat MISKIN MALAYSIA yang merana dan tidak TENANG hidup mereka. Bagi sesetengah tempat, musim hujan menambahkan lagi ketidak TENANGan mereka kerana mereka tidak mampu untuk mencari rezeki (khusus buat nelayan dan penoreh getah).
Tanya kepada pemimpin MALAYSIA, harga satu malam kamar hotel penginapan ROSMAH di DUBAI boleh diberi bantuan kepada berapa ramai rakyat MISKIN melalui KWAPM. Kenapa kos penginapan RM100,000.00 semalam boleh dibayar kepada ROSMAH sedangkan RM100,000 itu boleh menampung sebanyak 500 orang pelajar miskin melalui KWAPM. Kalau ROSMAH menginap 5 malam, bererti 2500 pelajar miskin akan mendapat bantuan. Bagaimana pula dengan isteri-isteri menteri yang mengiringi ROSMAH? Kalau kamar mereka RM10,000 semalam, berapa kamarkah yang perlu diisi dan kalau 20 kamar bererti RM200,000 satu malam dan kalau 5 malam bererti RM1 juta. Dengan RM 1 Juta itu, lagi 5000 pelajar miskin akan mendapat bantuan menjadikan jumlah keseluruhan 7500 pelajar. Sekiranya keseluruhan kos lawatan ROSMAH ini menelan belanja RM4 juta, bererti 20000 pelajar miskin akan mendapat bantuan. Sebab itulah saya merayu para pengundi sekelian bertanyakan kenapa bantuan KWAMP dihentikan tetapi perjalanan ROSMAH diteruskan.
Para pengundi Felda Chempelak mungkin gembira kerana NAJIB memperuntukkan RM8.5 juta untuk 500 lot tanah buat generasi kedua FELDA. Tetapi tahukan anda sekalian kenapa RM8.5 juta boleh dibelanjakan untuk 500 lot kepada 500 peneroka sedangkan sekiranya RM8.5 juta diperuntukkan kepada RMT (Rancangan Makan Tambahan) bererti sebanyak lebih 1.5 juta pelajar miskin akan dapat menikmati makanan bernilai RM3 sehari selama sebulan. Seronokkah NAJIB memberi kepada 500 orang pengundi DUN TENANG dengan menari bantuan kepada 1.5 juta pelajar miskin.
Pada 18hb. Januari yang lepas, para ketua kerani dan kerani sekolah-sekolah diseluruh Malaysia diberi taklimat. Taklimat yang merupakan arahan kepada sekolah untuk memulangkan semua baki perbelanjaan yang tidak digunakan pada tahun lepas kepada KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA selewat-lewatnya 31hb. Januari 2011.
Dengan arahan tersebut, sekolah-sekolah diluar Bandar yang majoritinya pelajar miskin akan ditekan oleh pihak sekolah untuk melunaskan yuran sekolah dan PIBG dengan kadar segera kerana tanpa yuran sekolah dan PIBG, pihak sekolah tidak mempunyai kewangan untuk mengurus tadbir sekolah.
Diakui bahawa terdapat sekolah yang tidak membelanjakan keseluruhan bajet tahun lepas kerana menampug perbelanjaan diawal tahun sebelum bajet baru tiba. Kini dengan penarikkan balik lebihan bajet tahun lepas, maka sekolah akan mengalami kesusahan tetapi ini tidak berlaku kepada sekolah-sekolah elit seperti Kolej Tunku Kurshiah yang memiliki dana PIBG mencecah jutaan ringgit.
Oleh itu, saya merayu kepada pengundi di DUN TENANG, sekiranya berkesempatan bertemu dengan tokoh-tokoh kerajaan baik MENTERI atau ORANG KUAT PARTI…sila kemukakan persoalan ini.
Soalan yang mudah……..
1.       KENAPA BANTUAN KWAMP tiada tahun ini?
2.       KENAPA BANTUAN RMT tiada tahun ini?
3.       BAGAIMANA Sekolah nak berfungsi kalau dana diambil balik?
Ketiga-tiga soalan ini bukanlah hanya untuk pengundi MISKIN DUN TENANG sahaja bahkan ianya untuk seluruh rakyat miskin di MALAYSIA.

Sekian, terima kasih.

Peria Pahit

Chua Soi Lek Mempermainkan ajaran Islam di Tenang..

Oleh secjdm3p044

"Kelmarin Naib Ketua Umno Bahagian Labis, Hashim Daud memberi jaminan bahawa Umno Bahagian Labis tidak akan melancarkan serangan peribadi ke atas calon PAS, Normala Sudirman ketika berkempen dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Johor.

Kononnya “Banyak kerja lain yang kita nak buat. Itu bukan cara Umno membuat serangan peribadi terhadap calon lawan. Kita boleh tengok rekod Umno dalam mana-mana pilihan raya.

“Tetapi parti lawan yang sering membuat serangan peribadi terhadap Umno, bukan kepada calon sahaja tetapi juga ke atas para pemimpin Umno. (sila baca di SINI)Benar.. memang benar jaminan itu UMNO Bahagian Labis tidak menyerang peribadi lawannya.. TETAPI sekutu UMNO iaitu MCA telah menyerangnya, bukan saja peribadi malah turut mempersendakan ajaran atau perintah agama calon lawannya iaitu Islam…

Akibat terlalu lama bersama dengan UMNO, Bintang filem lucah yang kini dilantik menjadi Presiden MCA Chua Soi Lek sekali lagi menunjukkan kejahilan atau ketidak prihatinan beliau tentang ajaran agama Islam.

Bintang filem lucah itu yang selama ini sering mengungkapkan kata-kata yang boleh menimbulkan rasa takut kepada ajaran Islam (Islamfobia), sekali lagi gagal mengawal dirinya dari menunjukkan kepada umum apa pandangan dan perasaan beliau terhadap ugama Islam atau dalam lain ayat bercakap menentang norma-norma Islam.

Dalam kenyataan terbarunya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Tenang di kuil Buddha San Ti Shu dalam kawasan Labis, beliau mempersendakan ajaran Islam yang mengharamkan persentuhan kulit antara lelaki dan wanita.

Merujuk kepada calon PAS Normala Sudirman, Chua secara sarkastik membuat perbandingan antara cara Normala berjabat tangan dan cara Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berjabat tangan.


Kata Chua Soi Lek sepertimana yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini..
“Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS,"
Terjemahan lebih kurang begini “ Normala tidak akan datang ke kuil ini, dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini, Dia seperti isteri Anwar Ibrahim.. Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan, jika anda semua boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS.:

Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI

Tuntutan PRK DUN Tenang

Pilihan raya kecil DUN Tenang yang bakal menjalankan penamaan calon pada 22 Januari dan pengundian pada 30 Januari, dalam suasana seluruh rakyat Malaysia hangat menanti-nantikan pilihan raya umum ke-13.  Sempena pilihan raya kecil ini, kami, pertubuhan-pertubuhan seperti di bawah, menyeru rakyat pelbagai kaum, pertubuhan-pertubuhan masyarakat, parti-parti politik (samada parti komponen Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat atau parti-parti politik yang lain), wakil rakyat seluruh Negara serta bakal ADUN Tenang harus mendesak kerajaan untuk melaksanakan tiga tuntutan seperti di bawah:
1. Mengwujudkan Semula Sekolah Menengah Swasta Cina (SMSC) di Segamat - mewujudkan semula SMSC Seg Hwa, ataupun menubuhkan SMSC China-Segamat
Sekolah Menengah Cina Seg Hwa terpaksa menukar aliran menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ekoran daripada perlaksanaan Akta Pendidikan 1961 oleh kerajaan.  Setelah sekian lama menanggung akibat pedih keputusan tersebut, cadangan untuk mewujudkan semula SMSC Seg Hwa mula kedengaran dalam masyarakat Cina sekitar daerah Segamat.  Pada 28 Mac 1986, 73 pertubuhan Tiong Hua di Segamat memutuskan secara rasmi untuk mewujudkan semula SMSC Seg Hwa.  Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia , pada 19 November 1986, iaitu 8 bulan selepas permohonan dibuat, secara rasminya telah menolak permohonan ini tanpa ragu-ragu.
Walaupun hasrat untuk mewujudkan sebuah SMSC di Daerah Segamat adalah rasional dan munasabah, pertubuhan-pertubuhan Tiong Hua seluruh Johor terpaksa mengemukakan hasrat ini melalui pendekatan yang lain, iaitu memohon untuk tubuahkan SMSC China-Segamat.
Kami berpendapat, perpaduan nasional dan pembangunan negara hanya akan tercapai dengan syarat kerajaan mengakui hak rakyat menerima pendidikan bahasa ibunda masing-masing dan memastikan multiculturalisme dalam pendidikan dan budaya Negara.  Atas sebab itu, kami menuntut kerajaan supaya: Mengwujudkan semula Sekolah Menengah Swasta Cina (SMSC) di Daearah Segama dengan - sama ada meluluskan permohonan mengwujudkan semula SMSC Seg Hwa, ataupun menubuhkan SMSC China-Segamat.
2. Melayan Rakyat berbilang kaum dengan sama-rata
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.  Sumbangan rakyat berbilang kaum dalam mencapai kemerdekaan, memperkembangkan ekonomi negara serta membangunkan negara tidak boleh dinafikan.  Akan tetapi, masih terdapat elit politik yang gairah melaksanakan dasar rasisme yang menyinggung perasaan dan menindas hak-hak asas kaum minoriti.
Kami dengan ini menuntut:

a.Mansuhkan akta-akta zalim seperti Akta Pendidikan 1996 (yang bertujuan menghapuskan sistem pendidikan aliran Cina dan Tamil) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri
b.Menjamin peruntukan kewangan yang sistematik kepada sekolah Cina dan Tamil serta sekolah kaum minoriti yang lain seperti Iban, Kadazan-Dusun sebagai langkah untuk mengatasi halangan dan dilemma yang mengancam kewujudan dan perkembangan pendidikan bahasa ibunda kaum monoriti.
c.Mansuhkan sistem kuota yang berasaskan perkauman dalam semua sektor.
d.Mengiktiraf Sijil Unify Examination Certificate (UEC-Peperiksaan bersama semua pelajar di SMSC) dan membenarkan perkembangan pendidikan Cina, Tamil serta bahasa ibunda kaum lain.
e.Kerajaan Negeri Johor peruntukan tanah untuk 9 buah Sekolah Menengah Swasta Cina (SMSC) dalam negeri Johor supaya mereka dapat beroperasi dan berkembang dengan stabil. 
3. Menarik balik segala dakwaan palsu terhadap Lim Lian Geok
Kerakyatan Cikgu Lim Lian Geok telah dicabut dan pendaftaran gurunya telah ditarik balik pada tahun 1961 kononnya atas dakwaan memutarbelitkan dasar pendidikan kerajaan dengan sengaja oleh kerajaan Parti Perikatan (pendahulu kerajaan Barisan Nasional).  Padahal beliau cuma membantah pertukaran aliran sekolah menengah Cina yang disaran oleh kerajaan masa itu.
Cikgu Lim Lian Geok jelas berpegang kepada pandangan "Kesamarataan bangsa" dan "Hidup Berbilang, Makmur Bersama".  Atas dasar inilah berliau bertungkus lumus dalam mendorong orang Cina menuntut kerakyatan di Malaya dan taat kepada Malaya.  Atas dasar ini juga beliau berjuang habis-habisan untuk memelihara pendidikan bahasa ibunda.
Perjuangan Lim Lian Geok adalah ke arah pembinaan satu sistem pendidikan bahasa Mandarin yang sempurna dan diiktiraf.  Tuntutan yang munasabah dan rasional ini tidak menghalang atau mengancam perkembangan dan keutuhan pendidikan bahasa ibunda bangsa lain.
Lim Lian Geok merupakan seorang patriot yang tidak membawa ancaman kepada kepentingan negara atau mana-mana bangsa di Negara kita.  Malangnya beliau telah dizalimi oleh kerajaan Parti Perikatan dengan mencabut kerakyatan dan pendaftaran gurunya.  Ini merupakan satu perkara yang amat pedih dan tidak puas hati bagi masyarakat kaum Cina.
Maka, kami menuntut kerajaan menarik balik segala dakwaan palsu terhadap Lim Lian Geok, iaitu:
a.Menarik balik keputusan kerajaan Parti Perikatan yang mencabut kerakyatan Lim Lian Geok.
b.Menarik balik keputusan kerajaan Parti Perikatan yang mencabut pendaftaran guru Lim Lian Geok.
Kenyatan bersama:
Persatuan Kwangsi Segamat
Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia (Jawatankuasa Perhubungan Johor Bahru)
Jawatankuasa Mempertahankan SJK (C) Damansara Asal Kluang
Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA)
Persekutuan Persatuan-Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Sekolah-Sekolah China Johor
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) Johor
Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) Johor

Isu Agama: 'Jangan Menangguk Di Air Keruh' Nasihat Dr Asri

SHAH ALAM 21 JAN:  Rakyat Malaysia diminta tidak terbabit dalam sebarang bentuk tindakan ekstremisme yang boleh mengganggu gugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini, kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Menyifatkan sebagai ada pihak yang "menangguk di air keruh" beliau meminta rakyat  agar mengambil pendekatan sederhana dalam memberi pandangan dan tindakan dengan menerapkan nilai-nilai murni seperti kebebasan beragama, toleransi, keamanan dan kesaksamaan tanpa menyentuh sensetiviti agama masing-masing.

"Melaga-lagakan isu perkauman itu dijadikan isu. Setiap hari dibangkitkan macam permusuhan kaum, permusuhan agama. supaya ada barangkali setengah pihak suka benda ini berlaku untuk membolehkan mereka "menangguk di ari keruh" apabila berlaku hal sebegini, maka berlaku ketegangan.

"Sesetengah orang ekstremis dan cuba untuk berkeras dengan pandangan mereka sahaja," katanya.

Beliau turut mengaitkan isu seperti ini timbul apabila pihak media sengaja menghangatkan isu tersebut sehingga berlaku salah faham dikalangan rakyat.

Semalam, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching  membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Kajang selepas menerima sepucuk surat ugutan terhadapnya.

Pembantu peribadinya, Chen Fan Dao memberitahu, beliau yang bertugas di pejabat DAP cawangan Kajang Baru menemui seekor ayam yang dipenuhi darah digantung pada pintu masuk pejabat mereka.

"Bila media mengapikan isu perkauman, tidak mustahil bila ada implikasi tindakan tak terkawal yang dibuat rakyat bawahan yang tidak tahu agenda pihak tertentu dan dibakar oleh media tertentu," katanya.

Dr Asri turut menyifatkan isu perkauman yang dimainkan sejak mutakhir ini adalah tindakan provokasi tidak bertanggungjawab semata-mata demi kepentingan serta agenda pihak tertentu dengan memainkan isu sensitif berhubung kejadian tersebut.

"Adanya tafsiran Islam yang agak sempit apabila ada isu orang bukan Islam tak boleh masuk masjid, tak boleh petik ayat quran, walaupun betul. Ini semua isu yang cuba di sempitkan. Ini memberi ruang untuk pihak-pihak menimbulkan provokasi kerana ada kepentingan tertentu," jelasnya.

Beliau turut menambah, apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini ialah cara penafsiran yang bersifat peribadi oleh setiap individu dengan menggunapakai nilai-nilai perkauman dan agama tanpa berpandukan asas yang sebenar.

"Ini kita lihat dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa agensi kerajaan.

"Hal ini berlaku mungkin sudah timbul kebencian agama. Kalau ini berlaku amat mendukacitakan, kita fikir kenapa sekarang berlaku? Sebab ada pihak tertentu yang membakar semangat seperti ini," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, insiden rambut remaja Sikh dipotong di PLKN Sungai Bakap di Seberang Prai, 16 Januari lalu menimbulkan persoalan sejauh mana program PLKN mampu mendidik pesertanya agar menjaga sensiviti kaum demi mengekang ketegangan kelak.

Insiden terbaru itu membuktikan kritikan Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa program PLKN tidak berperanan melahirkan pembangunan modal insan meliputi semua aspek, adalah tidak meleset.

Tenang : Hebatnya hujah 'ustaz' kote kulop !


Jika di Hulu Selangor dahulu, ada Encik "Kamal", namun tidak kalah di Tenang, kerna disitu juga ada ustaz kote 'kulop' gara-gara klip video 'blue' sebelumnya telah  bercakap atas kapasiti agama yang dia tak faham2 biarpun sudah 50 tahun UMNO dok mengajarnya 'alif' ba taa..tapi, yang dia kenal hanya 'alif'nya yg kontot kulop didalam seluarnya itu saja. Ustaz kote kulop berkata, 

“ Normala tidak akan datang ke kuil ini, dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini, Dia seperti isteri Anwar Ibrahim.. Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan, jika anda semua boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS.”

Chua Soi Lek said @ Malaysiakini..

“Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS,"




MCA president Dr Chua Soi Lek again adopted his party's usualmodus operandi in warning the Chinese community about PAS' Islamic state agenda ahead of the Tenang polls.


Laporan terkini dari team FZT di Tenang, HARI INI :

sekarang siapa saja boleh jadi calon, zulkulim pun boleh jadi calon kalau boleh menipu dan bercerita tentang kehebatan azan. aku baru sedar bahawa di johor golongan bangsawan dan juga anak beranak saja yang layak untuk beraja dan bertakhta disini. umno labis memberontak sekarang, cuma kecil kecilan takut nak bangun buat refomasi nanti dkatakan pro nuar berahim.

Aku jumpa orang umno labis, kalau bercerita dengan dia tentang umno, mesti dia cakap umno adalah parti terbaik, tapi yang aku tak tahan, bila dengan dia yang punya akal pendek dan cetek kata,
tak apalah dia umno mesti mempertahankan umno sampai lubang kubur. Dan aku baru pelajari falsafah baru dari pakcik umno ini,

"..tak apa nak, barang mahal asal barang ada, ni barang tak ada kalau murah pun nak beli kat mana, tengok minyak duit ada harga kekal tapi barang tak ada. kalau barang mahal pun ada, jadi jangan fikirkan sangat soal harga barang naik, asal ada boleh guna dah ok.."

Ooo rupanya begitu mentaliti orang umno rupanya, aku baru faham kenapa orang Umno tak marah Upasal kenaikan harga barang, modal kempen pembangkang rupanya tak berguna, orang umno tak marah dengan kenaikan barang asalkan ada je.

(*) Kah...kah...kah ! Umno, hebat penyokong Umno..yesterday, now and forever terus kena 'kencing'.

ADUN mahu pertahan kerusi P Klang

Badrul Hisham Abdullah berkata beliau akan menggunakan saluran undang-undang bagi mempertahankan kedudukannya sebagai DUN Pelabuhan Klang.

Badrul Hisham berkata demikian bagi mengulas tindakan Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim mengisytihar kerusi DUN itu sebagai kosong ekoran kegagalan beliau menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Badrul Hisham berkata beliau akan memfailkan permohonan di mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau masih lagi wakil rakyat Pelabuhan Klang yang sah.

Beliau ditemui selepas perjumpaan dengan wakil-wakil rakyat dari BN yang dipengerusikan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno/BN negeri Datuk Seri Noh Omar di Shah Alam hari ini.
Katanya permohonan itu akan difailkan secepat mungkin.

Beliau seterusnya mengesahkan akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Isnin ini, dan menurutnya beliau belum menerima surat rasmi mengenai pengosongan kerusinya daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Semalam Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandang Badrul Hisham kosong kerana kegagalannya menghadiri persidangan Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah.
Perisytiharan itu dibuat berdasarkan Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri dan tiada peruntukan untuk rayuan.

Badrul memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang atas tiket PKR pada pilihanraya Umum 2008 dengan majoriti 4,407 undi.
Beliau menewaskan calon BN serta calon bebas, sebelum meninggalkan PKR pada Oktober 2009 untuk menjadi ADUN bebas mesra BN pada 2009.
Seterusnya beliau menyertai Umno pada Mei tahun lepas.

- Bernama

Apa pula jawapan 'si anjing Umno' kali ni.

Sebelum ni aku ada tulis pasai Pakatan Rakyat ambil keputusan untuk jumpa SPR si anjing Umno untuk berbincang. Pengarah pilihanraya masing-masing parti akan berbincang untuk pertemuan dengan SPR si anjing Umno tu.

TV Selangor melaporkan:
KUALA LUMPUR 20 JAN : Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 24 Januari ini untuk membincangkan beberapa isu pilihan raya seperti undi proksi , undi pos, pendaftaran secara automatik dan kedudukan persempadanan semula.

"Pertemuan itu akan diadakan di ibu pejabat SPR di Putrajaya selepas kami mengemukakan permohonan pada 17 Disember lalu dan dipersetujui SPR," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada para pemberita dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di sini petang semalam.

Menurut Mustafa, dalam pertemuan itu, PAS akan diwakili Pengarah Pilihan Rayanya Datuk Halim Abdul Rahman serta dirinya sendiri manakala PKR akan diwakili Naib Presidennya Fuziah Salleh serta Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

Sementara DAP pula diwakili Ketua Pemudanya Anthony Loke Siew Fook serta Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong."Bagi pihak SPR, ahli jawatankuasa tertinggi termasuk pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan turut serta dalam pertemuan itu," katanya. - TVS
Aku teringin sangat nak dengar apa pulak jawapan BANGANG dari SPR kali ni. Paling aku nak dengar jawapan BANGANG depa pasai isu undi proksi tu.

Aku harap dalam pertemuan tu, wakil-wakil yang dibagi tanggungjawab untuk berbincang dengan SPR tu tak sekadar berbincang. Aku harap depa boleh bawa suara yang lebih keras dari berbincang. Tekan depa sampai depa terkeluar ayat-ayat yang boleh kita guna untuk tekan Umno pulak nanti.

Dengan jenih spesis macam anjing ni, sia-sia saja kalau bawak pendekatan lembut, kecuali la kalau anjing tu anjing yang kita bela, memang la kena urut lembut-lembut. ni jenis anjing garang, musuh punya pulak tu, memang kena guna cara keras.

Aku harap depa lebih bawa pendekatan 'menekan' SPR. Kalau perlu depa kena guna pendekatan 'mengugut' SPR supaya menerimapakai sama pendapat dan pandangan dari Pakatan Rakyat.

Tak ada lain 'tekanan' dan 'ugutan' yang boleh kita bagi kepada Pakatan Rakyat selain dari merancang untuk adakan lagi satu demonstrasi besar-besaran kalau pandangan dan tuntutan Pakatan Rakyat tak diterima.

Lagi satu, aku harap sangat, pertemuan kali ni tak lupa bawak sekali 'minit' pertemuan dengan SPR yang lepas-lepas.

Jangan lupa jugak, ingatkan SPR 'si anjing Umno ni' sekali lagi permintaan kita yang kita war-warkan masa deminstrasi BERSIH yang di buatpada 10 November 2008 dulu.


   Cenangau Daunkari

Let UMNO/BN mampus first!!


Najib: Vote for BN so that BN can put the people first

Hmmm.... Malas nak ulas. Cuma nak kata ini jer....
Vote for BN so that BN can put the people first, ek??

No... no... no....

Vote for BN and the people can mampuuss!!

So, you all pilih.... Nak vote for BN or nak mampuss?? Your vote....your choice.


But.... if I were you. I'll let UMNO/BN mampuss first!!


Lembaga disiplin PKR tentukan masa depan MP Gobalakrishnan

Gobalakrishnan berkata bahawa beliau tidak akan menjawab surat tunjuk sebab.
KUALA LUMPUR, 21 Jan – Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan berhadapan dengan risiko masa depan politiknya dalam PKR sementara lembaga disiplin dijangka bersidang dalam waktu terdekat ekoran kegagalan beliau menjawab surat tunjuk sebab berhubung tindakannnya mengecam teruk kepimpinan parti. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa langkah seterusnya ialah lembaga disiplin bersidang untuk mendengar kes Gobalakrishnan yang gagal membalas surat tunjuk sebab sebelum 17 Januari lalu.
Wakil rakyat penggal pertama itu diberi surat tunjuk sebab pada 31 Disember lalu.
“Beliau enggan memberi respons kepada surat daripada kami meskipun kami menghantar surat kedua awal bulan ini dan melanjutkan tarikh untuk beliau menjawab,” katanya.
Kepimpinan parti pada awalnya memberikan masa selama seminggu untuk beliau menjawab surat tunjuk sebab 45 muka surat yang difaks ke pejabatnya pada 4 Januari lalu.
Ekoran aduan bahawa beliau memerlukan lebih banyak masa untuk menjawab, parti kemudian menghantar surat kedua bertarikh 10 Januari yang memaklumkan perlu menjawab sebelum 17 Januari.
Bagaimanapun kelmarin, wakil rakyat itu mengadu bahawa Saifuddin telah gagal menjalankan tugasnya sebagai setiausaha agung memandangkan surat kedua hanya diterima pada 17 Januari.
“Bagaimana mereka boleh mengharapkan saya menjawab surat pada 17 Januari sedangkan surat hanya tiba kepada saya pada 17 Januari,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran parti Kita yang diketuai Datuk Zaid Ibrahim.
Gobalakrishnan kemudian mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan menjawab surat itu, tindakan yang dilihat akan membawa kesan ke atas beliau.
Susulan komen itu, Gobalakrishnan terus membidas kepimpinan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Azmin Ali menerusi Twitter.
Saifuddin menafikan beliau telah gagal untuk melanjutkan tarikh bagi Gobalakrishnan menjawab surat tunjuk sebab.
Kata beliau, pihaknya menggunakan kesemua saluran untuk memastikan Gobalakrishnan menerima notis berkenaan.
“Kami menghantar (notis) menerusi e-mel dan juga Daftar AR,” kata beliau.
PKR pernah memecat seorang ahli Parlimennya awal tahun lepas selepas kesnya didengar oleh lembaga disiplin.
“Beliau seorang celik IT, lihat beliau dalam Twitter ... jadi saya sangat pasti beliau telah menerima surat kami pada masanya,” kata beliau.
Saifuddin menambah, selaku ahli politik senior Gobalakrishnan seharusnya menerima tindakan susulan berhubung kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini.
“Bagi parti, kami hanya mengikut prosedur,” kata beliau.
“Sekarang beliau enggan dan telah gagal untuk membalas surat, jadi langkah seterusnya ialah beliau berhadapan dengan lembaga disiplin,” kata beliau lagi.
Lembaga disiplin menurut Saifuddin, akan menentukan masa dan tarikh untuk bersidang lalu mendengar kes Gobalakrishnan.
Gobalakrishnan merupakan salah seorang calon naib presiden yang kalah dalam pemilihan PKR yang baru berakhir.
Akhir bulan lalu, Gobalakrishnan meningkatkan kecaman dan kritikan ke atas Anwar dan Azmin serta menjawab ulasan pelbagai pihak tetapi menafikan akan keluar parti.
Ia membawa kepada andaian sesetengah pihak bahawa Gobalakrishnan juga akan keluar PKR mengikut beberapa bekas wakil rakyat parti itu.
“Mengapa mesti saya keluar parti, ini parti reformasi, kita mesti melakukan reformasi. Saya berada sejak awal penubuhan parti.
“Kami baru mengadakan pemilihan, saya memberi panduan kepada pemimpin-pemimpin yang baru ... saya memberikan pandangan ikhlas, itu sahaja,” katanya.
Dalam salah satu mesej Twitter bulan lalu, Gobalakrishnan berkata, “semua pimpinan PKR harus sedar saya tidak kecam parti, malah pimpinan yang tidak telus dan juga mereka yang tidak hormati rakyat.”
Satu lagi mesej pula berbunyi, “Anwar boleh pecat saya, mengkhianati saya, malah menghantar saya ke neraka. Tiada mengapa. Tolong buka (laluan ke) Kuil Siva (di Bukit Gasing, Petaling Jaya), yang dia tutup,” katanya.
Gobalakrishnan menambah, “saya telah melalui laluan yang ranjau, tetapi hasilnya hanya pengkhianatan Anwar (yang saya terima).”
Pada majlis pelancaran Kita kelmarin, Gobalakrishnan memuji tindakan Zaid, seorang lagi pemimpin yang meninggalkan PKR akhir tahun lalu.
Zaid bertanding jawatan timbalan presiden tetapi memutuskan untuk menarik diri di separuh perjalanan atas alasan proses pengundian cacat dan menyeleweng.
Gobalakrishnan menggambarkan Kita sebagai “parti yang cantik”, tetapi menegaskan akan kekal dalam PKR.

Pemergian Hidhir Buka Pintu PRK Ke 15


ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada jam 8.10 malam ini di Hospital Pakar Putra, Melaka selepas mengalami serangan jantung semalam.

Perkara itu disahkan Ahli parlimen Jasin Datuk Ahmad Hamzah.

Beliau merupakan antara pemimpin BN yang berada di hospital berkenaan sejak tengahari.

Kematian Mohamad Hidhir dijangka bakal menyebabkan pilihan raya kecil ke-15 diadakan sejak pilihan raya umum 2008.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.

Dilaporkan, Mohamad Hidhir mengalami serangan jantung sebanyak tiga kali dalam tempoh lima hari lalu yang menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma di hospital berkenaan hari ini.

Mohamad Hidhir dilaporkan mengalami serangan jantung yang pertama pada Sabtu lalu pada kira-kira jam dua petang dan mengalami serangan jantung kedua pada waktu
tengahari, Isnin lalu.

Ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau mendapati Mohamad Hidhir berada dalam keadaan koma sewaktu melawat ADUN berkenaan petang ini.

"Sewaktu menziarahi beliau sebentar tadi bersama beberapa anggota Exco negeri, beliau berada dalam keadaan koma dan bernafas menggunakan alat sokongan mesin," katanya kepada pemberita di hospital berkenaan.

Ketika ditemui di hospital berkenaan malam ini, Mohd Ali mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Jenazah akan dibawa ke rumah allahyarham sebelum dikebumikan esok, katanya lagi.

Antara yang turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham malam ini ialah Speaker DUN Melaka Datuk Othman Muhammad, anggota Exco serta pemimpin BN.

Allahyarham yang berasal dari Kampung Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang periang dan sentiasa mesra dengan penduduk sekitar kawasan yang diwakilinya.

Dikebumi di Kampung Chinchin

Dilahirkan pada 27 Jun 1956, Allahyarham pernah bertugas di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai pembantu luar dan jawatan terakhirnya sebagai pegawai seranta di Yayasan Melaka sebelum bertanding pada pilihan raya umum 2004.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Noor Azian Mohd Ali dan empat orang anak yang berada di sininya semasa beliau menghembuskan nafas terakhir.

Mohd Ali berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Kampung Tersusun, Lipat Kajang dan akan disembahyang selepas solat Jumaat di Masjid Simpang Kerayong sebelum dikebumi di Kampung Chin Chin.

Merlimau merupakan kawasan majoriti Melayu dengan lebih 64 peratus daripada keseluruhan 10,500 pengundi. Selebihnya terdiri daripada 21 peratus pengundi Cina dan 14 peratus pengundi India.

Mohamad Hidhir mengekalkan kerusi berkenaan pada 2008 apabila menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan memperolehi majoriti undi sebanyak 2,154.

Allahyarham yang menjadi Naib Ketua Umno bahagian Jasin sejak 2004 itu, beliau memperolehi majoriti lebih besar sebanyak 5,087 undi dengan menewaskan calon PKR S Jayathas dalam pilihan raya pada tahun berkenaan.

Sementara itu, ketua pembangkang Melaka Goh Leong San turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Mohamad Hidhir ketika dihubungi hari ini.

Mengulas pilihan raya kecil yang dijangka akan berlangsung, Goh berkata beliau menganggap DUN Merlimau sebagai satu potensi kepada Pakatan Rakyat dan menjangkakan PAS akan bertanding semula di kerusi berkenaan.

Tambahnya, pilihan raya kecil itu akan menyediakan peluang yang baik kepada masyarakat tempatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka ke atas pentadbiran Mohd Ali. -mk




N.05 Tenang : Pra-ronda sebelum hari penamaan calon

Semakin dekat dengan penamaan calon semakin hebat fitnah umno kepada calon pas. pelbagai fitnah dimulakan difacebook. biasalah yahudi cipta ramai yang akan meniru perangai yahudi termasuk umno. blogger umno dah datang dengan segala kelengkapan baru, papagomo kasihan dia dah tak laku dan kehabisan haid rupa papagomo, aku ahli pas dapat satu notebook sony, duit 7000 pound sterling, 3G celcom maxis, digi, streamyx wireless dan juga satu P1 wimax.

Antenna 20dbi dapat menjangkau 20km sekitar tenang. aku dah pacak satu antenna kat atas bangunan labis. semua blogger pas dan berfungsi dengan baik disini. siapa nk pakai antenna itu aku ada encripkan satu password, ada server tomato diatas sana. ini semua hasil sumbangan taliban rhusila, taliban kubang lembik dan taliban batu enam. apa kelas pakai notebook koman macam pasberuk dengan papagomo. papagomo boleh bergomo dengan babi sekarang dah tak laku rupanya.

blogger umno dapat banyak apa kenapa papagomo jadi papakedana dah laku menulis ke, sb dah mulai bekerjasama dengan blogger umno dalam menjalankan kerja kerja fitnah. setiap masa sb akan berkeliaran dimana jua, diwaktu malam, senja macam nyamuk aedes, pagi tengahari petang, kalau orang pas solat pun ada dicelah celah barisan jemaah solat, semua membawa berita yang umno akan kalah. tinjauan sb mula mengadakan serangan psikologi kepada petugas petugas pas, rakyat meluat dengan umno, barisan nasional akan berkubur ditenang. pengundi akan beralih arah. pelbagai pendekatan pemusnah psikologi mulai ditabur ke dalam hati pertugas pertugas pakatan rakyat. blogger umno akan meneruskan usaha mereka seperti mana berlaku digalas dan hulu selangor. mencari sebanyak mungkin info yang boleh untuk mereka melakukan tekan tubi ditempat yang lembut.

berhati hati dengan maklumat yang diberikan sekarang, ada maklumat palsu akan dihantar ke markas utama pas, markas utama pkr dan dap, pastikan komunikasi yang telus, jangan ada yang menyebarkan berita sebelum disahkan. ini akan menyusahkan pembangkang menyusun kembali serangan. sb dah menyusup masuk kedalam tenang. ia mampu mengerakkan keadaan panas dan mampu memanaskan apa yang sudah ditanam. sikap teliti dalam menerima maklumat kali ini mampu mencegah banyak sangat penipuan maklumat yang dibekalkan oleh sb kepada parti pembangkang. mereka sengaja mereka reka cerita untuk pembangkang jatuh ke dalam perangkap mereka.(FZT)

Orang ni kata begini... Orang tu kata begitu...


Kerusi DUN Pelabuhan Kelang kosong.
Badrul Hisham is no more ADUN!!

Orang ni kata mereka berdemdam!!
Orang tu kata, itu keputusan tepat.

Orang tu kata akan bawa ke mahkamah
Orang ni kata tunggu dulu esok

Orang tu kata... you're no more YB
Orang ni kata... how could that be??

Orang tu kata.... you ponteng from duty.
Orang ni kata... I ada produce MC

Orang tu kata... begini!!
Orang ni kata.... begitu!!

Piem kata....
We'll kaji and we'll see...
I pun tengah pening kepala ni

Orang ni cakap macam tu..
Orang tu cakap macam ni..
Eeee... Siapa kita nak percaya ni??

Well.... antara orang tu dan orang ni
Siapa yang ada integriti??

Kah... kah.... kah... kah...
Lu pikir ler sendiri!!
 A Mum Of Three Mohd

Najib Lajak... Mana Mau Lali...????


Merlimau, Melaka.

Hidup pasti mati. Bila mati, hidup di alam barzah. Semoga arwah boleh jawab soalan2 malaikat di alam sana. Ali Rustam tak boleh tolong nak jawab. Anak Rustam ni pun mungkin konpius yang mana satu Fardu Ain dan yang mana Fardhu Kifayah.

Al-Fatihah...


Pekan, Pahang.

Mana tahu kerusi parlimen Pekan pun kosong tak lama lagi. Hidup pun tak guna. Rakyat makin tertekan berperdanamenterikan seorang lelaki yang dayus dan cakap besar tapi penakut nak mampus.

Anuar brahim ajak debat pun dia takut tapi kata "jangan cabar saya". Masalahnya dia memang awal-awal telah dicabar, tetapi masih takut berdebat. Apa barang dia tanya orang Felda atau felcra, perlukah dia berdebat dengan Nuar Brahim?

Tak ke bangang namanya, tanya orang yang hanya pandai kerja tanam kelapa sawit dan bila sampai waktunya mengait kelapa sawit dan amat terbatas pengetahuan tentang isu politik Malaysia dan cuma bergantung pada akhbar pecacai yang amat meloya dan menghairankan atau stesen TV yang mengilababi menyokong UMCO laknatullah.

Cuba tanyalah pada Isa yang masih muda atau teman yang dah tua nih. Pasti Kami jawab:

"Sudah jatuh wajib berdebat dengan nuar brahim, itupun kalau kau ada telur. Dan kami tahu kau cuma tahu mengencing rakyat 1Malaysia".
p/s:  Gua yakin Najib Razak memang bacul dan tidak akan menyahut cabaran debat Anuar Brahim, seperti yang gua katakan Najib Razak hanya berani dari jauh sahaja, mak nyah bukit bintang lebih berani dari dia... hahahaha....

Kalau Ro$mah Man$or kosongkan kerusinya..., apakah ada PRK...????
ISA

Dari Tenang Terpaksa Ke Merlimau Pula - Hasrat SPR Tak Tercapai


Pemergian Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, ADUN Merlimau yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka memang tidak diduga oleh sesiapa sekalipun beliau telah dimasukkan ke hospital sejak minggu lepas selepas mengadu sakit dada.

Kekosongan kerusi berkenaan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan iaitu yang ke-15 selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor yang jatuh pada 30 Januari ini.

Hasrat SPR yang mengharapkan pilihanraya kecil DUN Tenang akan menjadi pilihanraya yang terakhir sebelum negara melangkah ke pilihan raya umum nampaknya tidak kesampaian.

Ia sebagai bukti bahawa kuasa dan perancangan Allah sentiasa mengatasi kuasa dan perancangan manusia.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang akhbar yang diadakan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang beberapa hari lalu menyatakan bahawa SPR telah membelanjakan lebih RM10 juta untuk mengendalikan 13 pilihan raya kecil setakat ini berharap pilihan raya kecil ke-14, di Johor, akan menjadi yang terakhir sebelum negara melangkah ke pilihan raya umum.

Setakat ini SPR telah mengendalikan 13 pilihan raya kecil dengan yang pertama pada Ogos 2008 membabitkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan yang terakhir kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi awal bulan lalu. PRK Tenang adalah yang ke 14 sementara Merlimau nanti adalah yang ke 15.

Namun, pilihan raya kecil sepanjang tempoh selepas Mac 2008 hingga sekarang bukan kali pertama negara menyaksikan pilihan raya kecil yang banyak jumlahnya.

Yang paling banyak iala sebanyak 16 pilihan raya kecil telah diadakan sepanjang tempoh antara 1995 dan 1998 iaitu sebelum pilihan raya umum 1999.

DUN MERLIMAU



Merlimau adalah sebuah pekan yang terletak di tengah perjalanan antara Bandaraya Melaka dan Bandar Muar, Johor. Jaraknya adalah kira-kira 23 km dari Bandaraya Melaka dan Muar serta 22 km selatan dari bandar Jasin.

Fakta:

Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%

N27 Merlimau, di dalam pilihanraya umum yang lepas menyaksikan pertandingan dua penjuru diantara BN dan PAS. Di dalam pilihanraya sebelumnya (2004) Allahyarham Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) telah memenanginya dengan majoriti 5,087 undi. Pada PRU 2008, majoriti BN merosot dan hanya menang dengan 2,154.



Ini bermakna PAS hanya perlukan peralihan undi sekitar seribu lebih sahaja lagi untuk merampas kerusi DUN Merlimau selain mengekalkan jumlah undi pada PRU12 yang lalu.

Dari Tenang kita ke Merlimau pula nanti.

ADUN Merlimau meninggal dunia

ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada jam 8.10 malam tadi di Hospital Pakar Putra, Melaka selepas mengalami serangan jantung semalam.
Perkara itu disahkan Ahli parlimen Jasin Datuk Ahmad Hamzah.
Beliau merupakan antara pemimpin BN yang berada di hospital berkenaan sejak tengahari.
NONEKematian Mohamad Hidhir dijangka bakal menyebabkan pilihan raya kecil ke-15 diadakan sejak pilihan raya umum 2008.
Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.
Dilaporkan, Mohamad Hidhir mengalami serangan jantung sebanyak tiga kali dalam tempoh lima hari lalu yang menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma di hospital berkenaan hari ini.
Mohamad Hidhir dilaporkan mengalami serangan jantung yang pertama pada Sabtu lalu pada kira-kira jam dua petang dan mengalami serangan jantung kedua pada waktu
tengahari, Isnin lalu.
Ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau mendapati Mohamad Hidhir berada dalam keadaan koma sewaktu melawat ADUN berkenaan petang ini.
"Sewaktu menziarahi beliau sebentar tadi bersama beberapa anggota Exco negeri, beliau berada dalam keadaan koma dan bernafas menggunakan alat sokongan mesin," katanya kepada pemberita di hospital berkenaan.
Ketika ditemui di hospital berkenaan malam ini, Mohd Ali mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Jenazah akan dibawa ke rumah allahyarham sebelum dikebumikan esok, katanya lagi.

Antara yang turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham malam ini ialah Speaker DUN Melaka Datuk Othman Muhammad, anggota Exco serta pemimpin BN.

Allahyarham yang berasal dari Kampung Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang periang dan sentiasa mesra dengan penduduk sekitar kawasan yang diwakilinya.
Dikebumi di Kampung Chinchin
Dilahirkan pada 27 Jun 1956, Allahyarham pernah bertugas di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai pembantu luar dan jawatan terakhirnya sebagai pegawai seranta di Yayasan Melaka sebelum bertanding pada pilihan raya umum 2004.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Noor Azian Mohd Ali dan empat orang anak yang berada di sininya semasa beliau menghembuskan nafas terakhir.

Mohd Ali berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Kampung Tersusun, Lipat Kajang dan akan disembahyang selepas solat Jumaat di Masjid Simpang Kerayong sebelum dikebumi di Kampung Chin Chin.
Merlimau merupakan kawasan majoriti Melayu dengan lebih 64 peratus daripada keseluruhan 10,500 pengundi. Selebihnya terdiri daripada 21 peratus pengundi Cina dan 14 peratus pengundi India.
Mohamad Hidhir mengekalkan kerusi berkenaan pada 2008 apabila menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan memperolehi majoriti undi sebanyak 2,154.
Allahyarham yang menjadi Naib Ketua Umno bahagian Jasin sejak 2004 itu, beliau memperolehi majoriti lebih besar sebanyak 5,087 undi dengan menewaskan calon PKR S Jayathas dalam pilihan raya pada tahun berkenaan.
Sementara itu, ketua pembangkang Melaka Goh Leong San turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Mohamad Hidhir ketika dihubungi hari ini.
Mengulas pilihan raya kecil yang dijangka akan berlangsung, Goh berkata beliau menganggap DUN Merlimau sebagai satu potensi kepada Pakatan Rakyat dan menjangkakan PAS akan bertanding semula di kerusi berkenaan.

Tambahnya, pilihan raya kecil itu akan menyediakan peluang yang baik kepada masyarakat tempatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka ke atas pentadbiran Mohd Ali.