Khamis, 20 Januari 2011

INFO PENTING : Arahan Lalu Lintas Hari Penamaan Calon N05 Tenang

Adalah dimaklumkan bahawa pihak polis sudah mengeluarkan surat pekeliling kepada parti bertanding berkaitan arahan lalu lintas sempena penaman calon N05 Tenang pada 22/1/2010 Jam 9.00 pagi.

Arahan daripada pengarah operasi bilik gerakan PAS N05 Tenang adalah seperti berikut:


1. Penyokong yang ingin menyertai perarakan untuk penamaan calon diminta berada di Pekan Labis sebelum jam 12 tengah malam 21/1/2011.


2. Sekiranya melepasi waktu tersebut, para penyokong dari KL/utara diminta keluar di tol tangkak menuju ke bandar Segamat dan melalui jalan Pogoh seterusnya menuju arah Labis dari segamat. Ini kerana seluruh jalan Di tengah bandar Labis bermula simpang Balai Polis Labis hingga ke Petronas kedua akan ditutup tepat 12.01- 22/1/2010. 3. Bagi arah selatam melalui Yong Peng, anda diminta meletakkan kenderaan di sekitar kawasan maybank sebelum balai Polis Labis dan jalan Muar-Labis sebelum masjid Labis.

Tentatif Program adalah seperti berikut:
7.00 a.m : Berkumpul di dataran Wayang Pacak PAS Labis
7.30 a.m : Solat hajat dipimpin Dewan Ulama' PAS
8.00 a.m : Perarakan Penamaan calon sejauh kira-kira 1.5 km mengikut arahan lalu lintas urusetia bilik gerakan operasi.
Moga Dipermudahkan olehNya.
Takbir!!

Biar mahkamah putuskan isu kerusi Pelabuhan Klang...mahkamah lagi..!!!


SHAH ALAM, 20 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerusi Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah akan membawa isu statusnya dilucutkan semalam ke mahkamah, kata Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini.
Bagaimanapun Noh mengakui bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim boleh mengisytiharkan kerusi itu kosongan dan pihaknya menunggu pemakluman rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pun begitu Badrul Hisham enggan mengulas apabila ditanya bila beliau akan memfailkan kesnya di mahkamah.
“Tiada komen. Saya akan memaklumkan esok,” kata wakil rakyat penggal pertama itu pada sidang media di sini hari ini.
Badrul Hisham juga mengesahkan beliau akan menghadiri sidang khas Dewan Undangan Negeri Isnin ini.
Wakil rakyat itu menyertai Umno April lalu selepas meninggalkan PKR Oktober 2009.
Pada 8 Mac 2008 beliau bertanding atas tiket PKR.
Dalam laporan pagi tadi, The Malaysian Insider memetik pakar perundangan Prof A. Aziz Bari melaporkan speaker Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang yang berkaitan dengan dewan tetapi mengambil kira perkembangan di Perak dan Kedah, masih awal untuk meramalkan status kerusi Pelabuhan Klang.
Aziz menambah Adun Pelabuhan Klang itu berhak untuk membawa pertikaian tersebut ke mahkamah jika merasakan keputusan Teng semalam sebagai tidak sah.
Justeru katanya, SPR tidak wajar mentafsir status kerusi tersebut memandangkan secara tradisi menjadi hak dan tanggungjawab seorang speaker untuk menentukan kekosongan sementara sesebuah kerusi pilihan raya.
Kata Aziz, buat masa sekarang pertikaian adalah antara speaker dan wakil rakyat berkenaan di mana jika Badrul Hisham tidak berpuas hati dia boleh membawanya ke mahkamah.
“Badrul boleh membawa perkara itu ke mahkamah sebab dia merupakan pihak yang terlibat dalam kes ini.. speaker sebagai ketua dewan dan pengerusi dewan bertanggungjawab untuk menentukan status seseorang wakil rakyat dan kerusi dewan,” kata beliau.
Dalam komennya semalam, penasihat undang-undang Umno Datuk Hafarizam Harun menjelaskan Teng tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada kerusi DUN kosong atau sebaliknya.
Berdasarkan kes mahkamah Adun Behrang dua yang lain di Perak, kuasa untuk menentukan kekosongan kerusi itu terletak pada SPR.
Justeru beliau berpendapat tindakan Speaker DUN Selangor mengisytiharkan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang sebenarnya adalah cubaan untuk membawa kes Kota Seputeh, Kedah untuk diguna pakai dalam hal di Pelabuhan Klang.
Hafarizam menambah, Speaker DUN Selangor hanya bertanggungjawab untuk memaklumkan kekosongan secara bersurat kepada SPR.
Pada pilihan raya umum Mac 2008, Badrul Hisham, 50, memperoleh 12,397 undi untuk menewaskan calon Bebas Nazir Mansor dan Roselinda Abd Jamil.
Dia memperoleh majoriti 4,407 undi.
SPR masih menunggu notis daripada Speaker.

ADUN Merlimau Batalkan Hasrat Untuk Meninggal...


Berita dari MStar Online mengatakan ADUN Merlimau dalam keadaan kritikal dan berada di unit I See You sekarang ini. Berita yang siap bergambar lagi di mana Ali Ketam sedang menyepit di situ... hahahaha....

Ada sesetengah blog menyiarkan berita bahawa ADUN Merlimau telah meninggal dunia pukul 2 petang tadi... hahahaha... nakal sungguh lu orang nih.... tak baik tauuuuu.... hahahaha.... (kecut sekejap teloq Ali Ketam dan Najib Razak... muakakakakakaaaaa)

Terkini yang gua ketahui selepas bersembang dan berbual mesra dengan Malaikat Izrail sebentar tadi, beliau memaklumkan bahawa beliau sedang menunggu arahan selanjutnya.... oleh sebab itu gua berani membuat kesimpulan bahawa ADUN Merlimau kini belum meninggalkan apa-apa lagi.... dan masih berada di dunia... ngeeee.....

Oleh demikian, berita yang di siarkan oleh utusan meloya online (link asal sudah di padamkan dan di kemaskini) sebelum ini lu orang anggaplah sebagai fitnah semata-mata, maklumlah... lu orang pun tau kan... utusan meloya nih... akhbar pemfitnah fikiran rakyat... memang haramjadah punya akhbar... suka sangat buat fitnah... sesama gang pun nak buat fitnah... apa daaaaa.... hahahaha....

Justeru itu... Ali Ketam selaku big boss di Melaka sepatutnya melaknat akhbar pencacai haramjadah tersebut kerana memandai-mandai menyebarkan fitnah ADUN Merlimau telah meninggal dunia, jadi janganlah percaya apa-apa berita yang di laporkan oleh utusan meloya... kah...kah...kah...

Bagi sesiapa yang nak berdoa tu... berdoalah.... apa yang patut.... !!!!

Nota: Selepas bersembang dengan Malaikat Izrael tadi.... sehingga entry ini di siarkan... ramai di kalangan Malaikat tak tahu di manakah Malaikat Izrael ketika ini.... unknow status... adakah sedang skodeng di Hospital Melaka...???

wallahuaklam... 
 
ISA.

Besarnya Bodek Depa


Anda lihat berapa besar mereka punya bodek??
Atau mereka disuruh oleh pihak PM menyediakan bunga sebesar itu??

Ketuanan Ego : Ro$mah tidak risau dengan pengkritik

MUSCAT 20 Jan. - Datin Seri Ro$mah Mansor berkata, beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

Bercakap kepada wartawan Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman pada Rabu, Ro$mah berkata, beliau akan membuat lawatan itu apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu.

"Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili,” katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

"Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia,” kata Ro$mah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di sini dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu. - Bernama

Kena Kawal : Ramainye topi merah ... wakaka !!!






Ramai juga muka bukan India berada di sekeliling dia...
He he he ....

Malaysia Catat Pengaliran Keluar Wang Haram Kelima Terbesar di Dunia



KUALA LUMPUR 20 JAN : Pengaliran keluar wang haram dari Malaysia mencatatkan tiga kali ganda, iaitu sebanyak RM208.1 bilion pada tahun 2008, beerbanding Amerika Syarikat US22.2 bilion pada 2008, menurut laporan pemerhati kewangan berpengkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI) yang dikeluarkan bulan ini.
Malaysia  juga dikatakan kelima terbesar dari segi jumlah pengaliran keluar wang haram di antara tahun 2000 hingga 2008, di kalangan negara membangun.
GFI menafsirkan pengaliran wang panas membabitkan pemindahan wang diperolehi daripada aktiviti-aktivit haram seperti rasuah, transaksi membabitkan barangan terlarang, aktiviti jenayah, dan usaha melindungi kekayaan daripada pihak berkuasa yang mengutip cukai di kalangan negara terbabit," kata laman sesawang program tersebut.
Laporan yang bertajuk Pengaliran Wang Panas daripada Negara Membangun: 2000-2009 berkata pengaliran keluar wang panas dari Malaysia berjumlah US291 bilion (RM888 bilion) dalam tempoh tersebut.
Tambah laporan itu lagi, kenaikkan secara berskala itu dilihat berlaku di beberapa negara Asia yang lain.
Antara yang paling atas dalam senarai 125 negara membangun adalah China sebanyak US2.18 trilion sementara Filipina di tangga ke-12, dan Malaysia, negara jiran terdekat sebanyak US109.3 bilion dalam tempoh tersebut.
Manakala Zimbabwe pada kedudukan ke-73 dengan jumlah sebanyak US4.1 bilion dan Myanmar, ke-85 dengan US2.9 bilion.
Laporan itu menyebut secara jelas dan signifikan menunjukkan isu pentadbiran telah memberi kesan terhadap sektor awam dan swasta yang dilihat memainkan peranan utama dalam pemindahan rentas sempadan modal panas daripada sesebuah negara.
Ia turut memberitahu di mana laporan media dipetik sebagai melaporkan syarikat kepunyaan kerajaan seperti syarikat petroleum negara, Petronas berkemungkinan besar terbabit dalam pengaliran panas itu.
GFI berkata berdasarkan penyelidikan yang dibuat memberikan indikasi bahawa ketidakstabilan politik, kenaikkan ketidaksamarataan pendapatan, dan gejala rasuah yang berleluasa adalah antara penyebab dan penyumbang menyebabkan berlakunya pengaliran modal panas daripada kebanyakkan negara-negara membangun.

Tenang: Soi Lek nafi MCA protes calon pilihan BN..ha..ha.lepas UMNO..MCA plak...!!!

LABIS, 20 Jan – MCA menolak dakwaan kononnya ia tidak bersetuju dengan pemilihan Mohd Azahar Ibrahim sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang bulan ini.
Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata sejajar dengan semangat BN, parti itu menerima apa saja keputusan yang dibuat.
“Kami menghormati pilihan Umno. Apabila kami (MCA) buat keputusan, Umno dan parti komponen BN lain juga menerimanya. Itulah caranya untuk kami pastikan BN sentiasa kuat dan bekerja sebagai satu pasukan. Kami tidak berbalah secara terbuka tentang pemilihan calon,” katanya kepada pemberita selepas melawat sebuah kuil Buddha Siam di Jalan Guan Peng di sini.
Dr Chua berkata BN membuat pilihan tepat kerana sebagai bekas penolong pegawai daerah, Azhar berpengalaman dalam bidang pentadbiran dan ini merupakan suatu kelebihan kerana ada pelbagai isu tempatan yang perlu diberi perhatian.
“Di samping itu, beliau juga masih muda dan penuh bertenaga serta diterima baik oleh masyarakat Melayu dan kami harap pengundi Cina akan memberi sokongan kepadanya,” kata Dr Chua.
Beliau akan ditentang bekas guru, Normala Sudirman, ketua Muslimat PAS Labis pada pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan daripada BN Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas.
Penamaan calon ialah pada 22 Januari.
Mengulas dakwaan bahawa Azahar tidak begitu dikenali pengundi Cina, Dr Chua berkata calon PAS juga begitu.
Kata beliau MCA sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan isu yang beliau yakin akan ditimbulkan pembangkang seperti penghakiman terbuka Mahkamah Koroner tentang kematian Teoh Beng Hock, pembantu politik kepada seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor.
“Isu Teoh Beng Hock telah dimainkan pada pilihan raya kecil lepas. Sebab itulah saya kata ia telah dipolitikkan. Saya akan terkejut besar kalau mereka tidak mainkan isu itu,” katanya. – Bernama

PAS dakwa Dr. Mahathir lupa sejarah....atau memang hilang sejarah...!!!

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai lupa sejarah apabila mempersoal tindakan PAS meletakkan calon wanita bagi PRK Dun Tenang.

Menurutnya, PAS tidak pernah melarang wanita daripada bertanding dalam pilihan raya sebagaimana didakwa oleh Dr. Mahathir, malah telah mengamalkannya sejak tahun 50-an lagi.

"Saya terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir yang kata PAS tak konsisten.

"Saya tak tahu bila PAS kata calon wanita diharamkan kerana PAS pernah melantik Khadijah sebagai calon pertamanya dalam pertandingan tiga penjuru di Dungun Terengganu.

"Saya ingat Tun Mahathir ni sudah hilang ingatan terhadap sejarah," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Khadijah Sidek menjadi Ahli Parlimen wanita pertama memenangi kerusi Dungun pada 1959 iaitu pilihan raya umum pertama selepas negara merdeka.

Semalam, Dr Mahathir berkata tindakan meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dun Tenang menunjukkan PAS tidak berpegang pada janji.

Katanya, PAS dahulu mendakwa tidak boleh meletakkan calon wanita tetapi sekarang boleh.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, pemilihan calon wanita mewakili PAS menunjukkan parti itu dan Pakatan Rakyat mengiktiraf peranan wanita khususnya untuk menguruskan rakyat.

Jelasnya lagi, Dr. Mahathir juga diminta melihat amalan kerajaan PAS negeri Kelantan dan Kedah apabila memperuntukkan kerusi exco untuk wanita.

Mengulas pemilihan Normala Sudirman sebagai calon PAS bagi PRK Tenang 30 Januari ini, Mahfuz berkata beliau yakin Normala mampu membawa visi baru untuk golongan wanita, khususnya wanita muda.

Normala, 38, yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Labis akan dicabar calon Umno, Mohd Azhar Ibrahim.

“Beliau (Normala) seorang wanita muda yang berani, yang sanggup untuk meletakkan jawatan dalam perkhidmatan untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata Mahfuz.

Zuraida yakin majoriti pengundi wanita akan pilih Normala

Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin berkata Pakatan Rakyat mempunyai kelebihan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang apabila meletakkan calon wanita untuk bertanding kerusi itu hujung bulan ini.
Menurutnya, beliau yakin keputusan meletakkan Normala Sudirman, Ketua Muslimat Pas Johor dan seorang bekas guru akan mendapat sokongan majoriti daripada pengundi wanita di kawasan itu.
“Sepanjang saya turut serta berada di Tenang, saya lihat golongan wanita termasuk kaum Cina dan India menerima baik Normala yang senang didekati.
“Mereka percaya Normala akan dapat menjalankan kewajipan dan mewakili mereka dan saya yakin keputusan ini dapat dijadikan sebagai senjata meraih undi terutamanya dari golongan wanita,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ampang.
Sekaligus beliau juga menolak dakwaan wujudnya unsur diskriminasi gender dalam pemilihan calon oleh Pas yang sering digembar-gemburkan oleh Umno dan Barisan Nasional selama ini.
“Mungkin Umno merasakan dengan memilih calon lelaki mereka akan menang, tetapi mereka sebenarnya silap kerana golongan wanita mempunyai kekuatannya tersendiri dan terbukti mampu menjadi pemimpin yang baik setanding lelaki,” ujar Zuraida.
Pada 16 Januari lepas, parti Pakatan Rakyat mengumumkan Normala Sudirman,38 merupakan ketua Muslihat PAS Labis sebagai calon untuk bertanding di pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.
Normala yang belum pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini merupakan ibu kepada tiga orang anak. Beliau yang juga bekas guru dikenali sebagai Cikgu Mala  dan berasal daripada Muar, Johor dan berkahwin dengan seorang guru di Tenang.
Normala adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, sebelum meletak jawatan baru-baru ini untuk menumpukan kepada politik sepenuh masa.

Umno semalam meletakkan calonnya Mohd Azahar Ibrahim, bekas bendahari Umno Labis untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Notis kekosongan P Klang dihantar ke SPR esok

SHAH ALAM: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Haniza Mohamed Talha memaklumkan notis kekosongan kerusi Pelabuhan Klang akan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok memandangkan hari ini adalah hari cuti umum Thaipusam.
“Kalau diikutkan pengumuman kekosongan tersebut dibuat oleh Datuk Speaker Dewan semalam. Hari ini kalau kita nak serahkan notis, SPR tak bekerja sebab hari ini hari cuti umum Thaipusam.
“Kita bercadang untuk mengumumkan kekosongan tersebut dalam sehari dua daripada tarikh pengumuman. Jadi, semalam buat pengumuman, hari ini cuti Thaipusam, kemungkinan besar notis tersebut akan diserah esoklah,” demikian kata Haniza yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan sewaktu dihubungi KeadilanDaily.com
Mengulas dakwaan Badrul Hisham Abdullah, Adun Pelabuhan Klang yang mendakwa sudah menghantar surat sakit kepada Speaker Dewan sewaktu tidak hadir selama enam bulan, Haniza berkata surat tersebut hanya dihantar selepas selesai persidangan dewan berlangsung. Sedangkan, Badrul sepatutnya memaklumkan pihak Speaker Dewan tentang perkara itu lebih awal lagi.
Sewaktu ditanya kemungkinan notis kekosongan kerusi tersebut dicabar kesahihannya oleh Badrul, Haniza menegaskan Badrul mempunyai hak berbuat demikian namun pihak Speaker Dewan juga percaya mereka bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
“Seandainya Badrul mencabar notis kekosongan tersebut, saya percaya itu hak beliau. Namun, Speaker Dewan juga mempunyai bukti beliau tidak pernah hadir selama lebih enam bulan persidangan dewan yang lepas berlangsung,” kata Haniza.
Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengumumkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri. Menurut Teng, Badrul mengakui tidak hadir dalam sepucuk surat yang sampai ke pejabatnya bertarikh 10 Disember atas alasan bercuti bagi mendapatkan rawatan perubatan tradisional di Pahang.
Badrul meninggalkan KEADILAN pada Oktober 2009 dan menjadi ADUN Bebas mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.
Sebelum itu, beliau juga ‘hilang’ buat seketika dan muncul semula mengumukan beliau berpaling tadah darpada KEADILAN.
Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.

Senarai Hitam: PAS mahu perbincangan sebelum 28 Feb

KUALA LUMPUR, 20 Jan: PAS mahu satu perbincangan diadakan antara kerajaan, pihak Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) dengan rakyat sebelum tempoh pembekuan sementara senarai hitam berakhir 28 Februari ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau yang juga Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (Kase), sedia mewakili rakyat membincangkan perkara itu yang sehingga kini tidak menampakkan sebarang tanda penyelesaian munasabah.

"Saya masih mengharapkan bahawa sebelum 28 Februari ini ada perbincangan dengan saya yang akan mewakili rakyat yang tertindas ini.

"Dia mesti beranilah, bukan saya nak lawan atau nak apa," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di Jalan Raja Laut hari ini.

Menurutnya, terdapat beberapa perkara yang perlu dibincangkan termasuk pindaan terbaru Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang baru diluluskan secara tergesa-gesa di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tambahnya lagi, rang undang-undang tersebut dilihat tidak menyelesaikan pelbagai masalah besar berbangkit, antaranya berkaitan kemalangan maut, kesalahan memandu secara merbahaya, saman ekor dan masalah senarai hitam pemilik kenderaan.

Beliau sebelum ini juga menuntut agar segala saman ekor yang dibuat sebelum pindaan undang-undang 2010 dihapus kira kerana tidak menepati peruntukan undang-undang.

Ianya termasuk tiada tanda amaran sebelum 500 meter dari kamera perangkap had laju yang dipasang.

Apa yang dirisaukan katanya, pindaaan rang undang-undang baru tersebut akan menjadikan saman ekor sebagai perniagaan dan bukan untuk mendidik rakyat.

"Dulu masa dia amibil ramakaman imej tetapi pada waktu itu tak ada peruntukan undang-undang yang menjadikan rakaman itu bahan bukti untuk menyabitkan kesalahan.

"Selepas pindaan undang-undang baru ia jadi bahan bukti. Maksudnya kesalahan undang-undang (sebelum pindaan) ini tak boleh pakai," tambahnya lagi.

Mahfuz sebelum ini juga, telah menghantar memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi menagguhkan perlaksanaan pindaaan rang undang-undang baru tersebut.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, pada Ogos tahun lalu mengumumkan senarai hitam pemilik kenderaan ditarik balik sementara waktu sehingga 28 Februari tahun tahun ini.

Berikutan itu, semua pemilik kenderaan yang mempunyai masalah untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu boleh berbuat demikian sehingga tempoh itu.

Mohd. Azahar sesuai wakili BN di Tenang - PM

SUNGAI PETANI 20 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Mohd. Azahar Ibrahim, 39, merupakan calon yang amat sesuai untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang pada 30 Januari ini.
Katanya, Mohd Azahar mempunyai beberapa kelebihan seperti kelulusan yang baik dan mempunyai pengalaman sebagai penolong pegawai daerah, yang membolehkannya memahami segala keperluan dari segi pentadbiran.
” Beliau ada hubungan baik dengan pegawai-pegawai lain, terutama di kalangan perkhidmatan awam Johor (JCS). InsyaAllah bila beliau jadi wakil rakyat mudah berurusan bagi pihak pengundi dengan kerajaan sebab beliau kenal secara peribadi dengan pentadbir JCS yang lain,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan BN dan UMNO negeri Kedah, di sini hari ini.
Najib berkata, beliau juga melihat latar belakang Mohd. Azahar yang datang daripada keluarga yang besar dan lama di kawasan itu sebagai satu kelebihan kepada BN bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.
” Arwah bapa dia dulu ketua bahagian. Bapa saudara dia naib ketua bahagian,” katanya. - Bernama

Utusan Meloya : Dua Berita Yang Berbeza ... Tapi dari sumber yang sama.....!!!

ADUN Merlimau meninggal dunia20/01/2011 3:02pm


PUTRAJAYA 20 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada Utusan Malaysia selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ni&pg=bt_13.htm
Sudah dipadam

updated....
ADUN Merlimau dilaporkan kritikal20/01/2011 4:39pm


MELAKA 20 Jan. - Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, yang mengalami masalah jantung sejak minggu lalu, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Hospital Pakar Putra di sini, hari ini.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Mohd Rustam yang melawat Mohamad Hidhir sejak dari jam 3.15 petang ini berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu kritikal selepas diserang sakit jantung buat kali ketiga pada pukul 6.45 pagi tadi. - Utusan


p/s dek terlalu nak advance, berlaku la salah info dr UTUSAN...

Ulasan pembaca BH Singapura kecam hujah Mahathir

SINGAPURA, 20 Jan – Bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi topik hangat di sini apabila ulasan-ulasannya mengenai nasib Melayu Singapura menjadi polemik dan mendapat kritikan pedas  beberapa orang Melayu setempat.
Akhbar Berita Harian Singapura telah menyiarkan beberapa surat daripada pembacanya sepanjang minggu lepas yang mengecam Dr Mahathir kerana sering memberi ulasan mengenai nasib Melayu republik itu yang telah terpinggir dan ketinggalan.
Dalam ruangan forum akhbar itu, seorang pembaca Haji Sallim Haji Ahmad menulis bahawa beliau rasa tercabar mengikuti ulasan Dr Mahathir yang membuat kenyataan yang tidak berasas bahawa Melayu republik itu terpinggir dan tertinggal.
"Inilah hujah kegemarannya yang pedas dan luncas setiap kali mempersoalkan masalah yang menghambat Melayu Malaysia yang belum lagi terpinggir pada logika Dr Mahathir.
"Kekerapan ungkapan yang menjadi sandarannya ialah menegaskan bahawa Melayu Singapura terpinggir sehingga akhir dunia," kata Sallim.
Katanya Dr Mahathir yang terbuai dengan populariti di alam siber dan blog suka menggunakan Melayu Singapura sebagai contoh.
Penulis itu juga mempertahankan kedudukan Melayu Singapura dengan menyatakan kaum itu maju tanpa menagih subsidi dan kedudukan agama Islam di sini terpelihara dan berkembang walaupun ia bukan agama rasmi."Kita tidak kontang jenayah, tapi yang ditugaskan beramanah. Rasuah di sini wujud, tetapi tahapnya tidak mengejut. Sumbang mahram itu keji, dahsyat lagi buang bayi. Mat Rempit bukan hambatan, tabiat lepak bukan amalan," ungkap Sallim.
Seorang lagi pembaca, Hajah Kamariah Lim Li Hwa menegur Dr Mahathir bahawa sebelum membuat apa-apa kenyataan tentang orang Melayu Singapura, diharap beliau "menyelidik dulu keadaan kami."
"Kami orang Melayu Singapura berasa senang hati dan bersyukur kerana pemerintah Singapura menjalankan amanah dengan telus," katanya.
Menurutnya, walaupun Singapura bukan negara Islam, kebanyakan undang-undang di sini tidak ada yang bercanggah, malah sejajar, dengan ajaran Islam.
Hajah Kamariah berkata kemungkinan Dr Mahathir (bersikap demikian kerana) berurusan dengan seseorang individu (rakyat Singapura) yang tidak berpuas hati atas beberapa dasar pemerintah Singapura kerana tidak dapat memenuhi kepentingan diri sendiri.
Seorang lagi pembaca, Eusope Musawa menulis Melayu Singapura hidup dengan selesa dan "duduk sama rendah, berdiri sama tinggi", dan mereka ada kebebasan dalam hal agama dan pelajaran mereka juga setaraf dengan penduduk masyarakat lain.
"Tun Dr Mahathir sepatutnya menasihatkan orang Melayu Malaysia agar belajar daripada orang Melayu Singapura bagaimana boleh maju. Saya berharap kenyataan beliau akan membakar semangat orang Melayu setempat untuk terus maju," tulis Eusope.
Bagaimanapun, seorang pembaca yang menamakan diri beliau, Walid Jumblatt Abdullah menulis dalam forum akhbar itu semalam, bahawa beliau amat gembira sekali apabila melihat masyarakat Melayu Singapura bergegas menyangkal kritikan Dr Mahathir.
Katanya, "alangkah baiknya kalau masyarakat Melayu begitu cepat sekali bertindak ketika masalah-masalah seperti keluarga pincang, keruntuhan akhlak, keputusan pelajar kurang memuaskan berbanding kaum lain dan sebagainya timbul untuk menangani masalah-masalah tersebut."
Menurutnya, memang tidak dinafikan, Dr Mahathir sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kontroversial dan tidak semestinya semua yang dinyatakan beliau adalah benar.
Namun, setiap manusia ada kelemahannya, katanya, dan beliau amat terkejut apabila melihat surat-surat yang mengutuk Dr Mahathir, malah, ada yang menggunakan kata-kata agak keras sehingga mengecapnya "seorang tua yang nyanyuk".
Walid berkata walaupun jika seseorang yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain, tidak perlulah digunakan bahasa sedemikian kerana sikap serupa itu memang bukan daripada budaya Melayu itu sendiri.
Katanya Dr Mahathir adalah satu-satunya pemimpin Melayu yang dikenali di seluruh dunia, bahkan beliau disanjung dalam Dunia Islam.
"Walaupun beliau mempunyai kekurangan sendiri, beliau terlalu banyak berjasa kepada dunia Islam: sering sekali beliau memperjuangkan isu-isu yang tidak sama sekali diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin Islam di mana-mana sahaja, seperti isu Bosnia (Herzegovina), Kosovo, Somalia, Sudan, Palestin dan lain-lain lagi," tambah Walid.
Menurutnya, Dr Mahathir dicalonkan oleh empat kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dari Bosnia-Herzegovina, dua daripada empat kumpulan ini adalah kumpulan Kristian, untuk memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada 2007.
"Setahu saya, beliau pemimpin Melayu pertama dicalonkan bagi anugerah penghargaan tersebut," jelas Walid.
Mengulas komen seorang pembaca yang mengatakan tidak ada pembangunan bagi orang Melayu di bawah kepimpinan Dr Mahathir, Walid bertanya, "tahukah anda bahawa kadar kemiskinan di Malaysia telah dikurangkan sebanyak 80 peratus sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri?"
Bahkan, katanya kemajuan Malaysia diiktiraf seluruh dunia sehinggakan negara itu digelar sebagai "Harimau Asia" oleh IMF (Dana Kewangan Antarabangsa) kerana kemajuan ekonominya.
Walid berkata Dr Mahathir telah menaikkan martabat bangsa Melayu di mata dunia, dan, "Janganlah kita dibutakan kebencian kita terhadapnya sehingga kita tidak mengiktiraf jasa-jasa beliau kepada dunia Melayu dan dunia Islam."
"Juga, janganlah dengan kita mengambil sikap defensif terhadap kritikan orang luar, kita tidak melihat masalah-masalah dan kekurangan masyarakat kita sendiri," tambah Walid. – Bernama

SPR: Isu DUN P Klang 'urusan Badrul & Speaker'

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata isu berkaitan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang masih di peringkat "urusan di antara speaker DUN (Selangor) dan ADUN tersebut."
NONEWan Ahmad berkata demikian ketika mengulas tindakan speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kekosongan kerusi berkenaan semalam.

Teng ketika membuat pengumuman itu berkata, tindakan itu dibuat berikutan wakil rakyat berkenaan Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN selama lebih setengah tahun.

Teng juga berkata Badrul Hisham mengakui ketidakhadirannya dan telah memohon cuti dalam sepucuk surat kepada beliau.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, beliau difahamkan terdapat laporan yang menyatakan ADUN berkenaan telah menafikan dakwaan menghantar surat memohon cuti kepada Teng.

"Apa pun, itu adalah urusan antara speaker dan YB Badrul (Hisham Abdullah). Itu urusan dia lah.

"SPR akan bercakap dan bermesyuarat bila kita terima hitam putih pemakluman rasmi daripada speaker.

"Selepas itu baru kita bermesyuarat menentukan, betul ke kerusi itu kosong, atau ada pilihan raya kecil (atau tidak)...baru kita akan bercakap. Selain itu, ia adalah urusan speaker dengan wakil rakyat berkenaan.

"Jadi kita tengok perkembangan selanjutnya," katanya dalam satu sidang media di bangunan Majlis Daerah Labis hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata walaupun Teng mempunyai hak untuk menghantar pemakluman tersebut, tetapi SPR tetap akan meneliti notis tersebut.

Tambahnya, SPR masih belum menerima notis pemakluman itu kekosongan kerusi berkenaan sehingga jam 9 pagi ini.
Bercakap dalam sidang media pada kira-kira jam 1 petang hari ini, Wan Ahmad berkata beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan sekiranya notis itu telah diterima oleh pengerusi SPR Tan Aziz Mohamad Yusof menjelang tengahari.
Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad juga berkata sebanyak enam borang pencalonan untuk bertanding kerusi pilihan raya DUN Tenang telah dijual termasuk di beli oleh dua parti yang bertanding.

Jangan heret SPR dalam kempen politik, kata Wan Ahmad

LABIS, 20 Jan – Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengingatkan parti-parti politik agar tidak mengheret SPR dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Beliau berkata isu-isu seperti pengundi hantu tidak wujud lagi memandangkan SPR sentiasa memastikan daftar pemilih adalah bersih.
“Isu ini sudah didebat begitu lama... kita dah bosan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai penguasa SPR di Majlis Daerah Labis di sini hari ini.
Wan Ahmad berkata isu itu terus dimainkan oleh sesetengah pihak sebagai modal politik mereka semasa kempen pilihan raya.
Beliau menerangkan, SPR mempunyai jaringan komputer talian terus dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan boleh mengemaskini daftar pemilih sekiranya terdapat pengundi berdaftar yang meninggal dunia.
Wan Ahmad berkata sehingga kini dua parti politik yang masing-masing telah membeli tiga borang pencalonan.
Barisan Nasional (BN) telah mengumumkan bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, Mohd Azahar Ibrahim, 39 sebagai calonnya manakala PAS akan diwakili oleh Ketua Muslimah PAS Labis, Normala Sudirman, 39, bekas guru, pada pilihan raya kecil itu yang akan diadakan pada 30 Januari sementara hari penamaan calon ialah Sabtu ini.
Wan Ahmad juga berkata SPR telah menubuhkan tiga pasukan penguat kuasa bagi memantau perjalanan pilihan raya DUN Tenang di mana setiap pasukan diketuai oleh seorang ketua penguatkuasa SPR, seorang inspektor polis, seorang pegawai Pihak Berkuasa Tempatan dan masing-masing seorang wakil parti yang bertanding.
Mereka akan memastikan segala peraturan pilihan raya dipatuhi oleh parti-parti yang bertanding termasuk daripada segi sepanduk dan juga ceramah.
Setiap sepanduk hendaklah tidak mengandungi serangan peribadi, perkataan kesat atau lambang-lambang parti yang tidak bertanding.
Permit ceramah hendaklah dipohon daripada polis 48 jam sebelum ceramah diadakan dan kelulusan setiap permit akan mengambil kira faktor keselamatan.
Pemimpin-pemimpin parti yang tidak bertanding adalah dibenarkan untuk berceramah semasa kempen.
Mengenai kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang, Wan Ahmad berkata SPR sehingga pagi tadi belum menerima sebarang hitam putih daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim.
SPR akan bermesyuarat sebaik sahaja menerima makluman rasmi daripada Teng mengenai kekosongan itu.
Teng semalam mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya Badrul Hisham Abdullah, wakil Bebas daripada menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah. – Bernama

PAS nafi pernah larang wanita tanding pilihan raya


Normala Sudirman
KUALA LUMPUR, 20 Jan — PAS tidak pernah melarang wanita daripada bertanding dalam pilihan raya sebagaimana didakwa oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata naib presidennya Datuk Mahfuz Omar hari ini. Kata Mahfuz, PAS sudah banyak kali meletakkan kepercayaan pada kaum wanita dengan menurunkan mereka dalam pilihan raya.
“Khadijah Sidek adalah calon wanita yang pertama, yang kami turunkan pada 1950-an,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Khadijah menjadi Ahli Parlimen wanita pertama memenangi kerusi Dungun pada 1959 — pilihan raya umum pertama selepas negara merdeka.
Semalam, Dr Mahathir berkata tindakan PAS meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang menunjukkan ia tidak berpegang pada janji.
“Dulu PAS kata wanita tak boleh diletakkan sebagai calon tetapi sekarang dia kata boleh pulak,” ujarnya.
PAS memutuskan untuk meletakkan seorang bekas guru, Normala Sudirman untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang.
Semalam BN mengumumkan Mohd Azhar Ibrahim sebagai calonnya.
Sehubungan itu, Dr. Mahathir berkata, PAS adalah parti yang tidak boleh dipercayai dan tidak berpegang pada janji serta menggunakan Islam untuk kepentingan politik.
Katanya, kalau PAS melihat ada kepentingan kepada sesuatu perkara, mereka akan menggunakan Islam.
Di samping itu, tambah beliau, PAS juga sering menimbulkan kekeliruan dengan menafsir Islam mengikut cara lain yang akan memberi kelebihan kepada mereka.
Sepanjang 14 pilihan raya kecil sejak Mac 2008, ini kali pertama PAS meletakkan calon wanita.
Normala merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat.

Dr Zul: Perjuangan Pakatan Rakyat Selari Dengan Islam

KUALA LUMPUR 20 JAN : Matlamat setiap komponen Pakatan Rakyat sentiasa selari dalam menegakkan keadilan, kebenaran dan kesamarataan dalam memperjuangkan nilai-nilai murni untuk membentuk sebuah negara yang berteraskan Islam.
Lantaran itu kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak tanpa mengira fahaman agama kerana keutamaan diletakkan pada nawaitu yang ditetapkan.
Justeru, tidak timbul soal ideologi mahupun cita-cita politik dalam gabungan itu kerana setiap dasar yang terbit, adalah hasil dari permuafakatan politik yang dimeterai secara bersama.
"Kami lebih selesa bersama DAP daripada mana-mana pihak yang tidak mahu menegakkan keadilan dan menjunjung tinggi cita-cita yang murni di sisi Allah S.W.T ini," kata Dr Dzul pada Forum Janji 100 Hari Pakatan Rakyat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian, menjawab persoalan bahawa Buku Jingga yang diterbitkan Pakatan Rakyat tidak mengandungi hujah berhubung negara Islam seperti yang diimpikan oleh parti Islam itu.
Menurut Dr Dzul, PAS sentiasa merujuk kepada amalan murni pada zaman Rasulullah S.A.W dalam membanteras kezaliman dan menegakkan keadilan dan ia selari dengan apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
"Atas asas inilah, atas hujah inilah, berpaksikan bukti inilah, maka kami PAS bersama-sama dengan gagasan menegakkan keadilan, membanteras apa jua kezaliman, dalam apa jua bentuk bersama-sama dengan kawan-kawan DAP, PKR dan sesiapa pun yang mahu bersama-sama membanteras kezaliman," kata Dr Dzul.
Maka jelasnya, Pakatan Rakyat mempunyai asas yang kukuh dan jitu ke arah itu.
"Tidak ada sesiapa pun dalam DAP yang dihalang atau dinafikan untuk bermimpikan Malaysian Malaysia dan sebagainya. Begitu juga dengan PAS, kita punya cita-cita tersendiri atas paksi dan platform wadah PAS.
"Namun dalam permuafakatan politik Pakatan Rakyat, ini bukan menjadi dasar dan polisi yang kita capai dalam konvensyen pertama," jelasnya lagi.
Justeru beliau menggesa mana-mana pihak yang acapkali memanipulasi perkara ini agar menghentikannya kerana ia tidak akan mengubah pendirian gagasan itu.
"Jadi tuan-puan, buat kesekian kalinya saya membuat penjelasan, jangan dijadikan ini cara untuk pecah perintah kami sebab kami jelas, kami ingin bersama dengan sesiapa pun, dengan DAP walaupun mereka bukan Islam tetapi atas dasar menegakkan keadilan, mencegah dan membasmi kezaliman dan apa juga kebobrokan hasil daripada pengurusan pincang dan khianat kepada amanah Allah, kami tetap akan bersama," ujarnya.   

Normala bangkit isu yuran sekolah keterlaluan

TENANG: Calon wanita Pakatan Rakyat bagi Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman mendedahkan sesebuah keluarga terpaksa menghabiskan purata antara RM100 hingga RM200 bagi yuran persekolahan seorang anak.
Hal itu didedah Normala ketika berceramah bersama Datuk Seri Nizar Jamaluddin di Dataran Wayang Pacak, di pekan Labis, semalam.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Atan Gombang memberitahu KeadilanDaily.com, Normala mengetengahkan isu yuran sekolah yang masih berkuat kuasa walaupun kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sebelum ini mengisytihar pemansuhannya.
“Cikgu Mala bangkitkan masalah yuran sekolah yang masih membelenggu masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah. Beberapa tahun dahulu, yuran sekolah dihapus tetapi sehingga kini purata pelajar wajib membayar antara RM100 hingga RM200 setiap tahun.
“Pemerintah sepatutnya menjaga kebajikan rakyat, tetapi kini seperti pemerintah pula yang mahu  ‘makan’ duit rakyat,” kata Pengerusi Tarbiyah Negeri Johor itu.
Beliau berkata, Nizar pula membangkitkan isu komplot Kerajaan Pusat yang cuba merampas kembali kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang menimbulkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) baru-baru ini.
Atan berkata, Nizar tidak menolak antara persamaan Perak yang pernah dirampas kerajaan Pusat kini melanda kerajaan Pakatan di negeri Selangor berhubung isu SUK.
“Beliau banyak membandingkan negeri yang diperintah Kerajaan Pakatan yang prihatin dan banyak membela nasib rakyat berbanding dengan Kerajaan Pusat yang tidak prihatin dengan masalah rakyat.
“Nizar turut menampilkan intipati Buku Jingga yang banyak menampilkan pendedahan sebenar terutama berhubung isu ekonomi di Malaysia,” katanya.
Katanya, Nizar juga membangkitkan ketidaksamarataan pembangunan di Johor yang melibatkan kawasan sekitar DUN Tenang hingga menjadi faktor migrasi penduduknya untuk bekerja di Singapura.

Hutang isi rumah: Kenyataan Zeti tak gambarkan realiti

Kenyataan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengenai hutang isi rumah di negara ini tidak menggambarkan realiti sebenar yang dihadapi rakyat Malaysia.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata,  selain hutang isi rumah yang tinggi, pendapatan yang tidak meningkat  dan kos kenaikan hidup menyebabkan rakyat terus dihimpit kesukaran.
“Dari segi nisbah berbanding negara-negara lain di dunia, peratus hutang isi rumah Malaysia masih merupakan yang tertinggi di Asia. Rakyat terpaksa berdepan dengan pelbagai jenis hutang untuk melunaskan hutang setiap bulan. Rakyat terpaksa bayar hutang asas, belian kenderaan, bayar hutang rumah, pendidikan dan caj-caj lain,” ujarnya kepada Keadilandaily.
Katanya, dalam masa yang sama dasar Bank Negara Malaysia pula lebih mengutamakan sektor korporat dalam polisi dan dasar pinjaman menyebabkan jurang kekayaan melebar.
“Rakyat Malaysia boleh dikatakan tidak ada simpanan langsung kerana dibeban dengan hutang.  Kita melihat sistem perbankan lebih berminat untuk hasilkan keuntungan kepada korporat dan golongan kaya. Mereka ini yang mendapat keuntungan dari faedah simpanan yang menyebabkan jurang kemiskinan semakin melebar,” ujar beliau.
Beliau mengulas kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bahawa hutang isi rumah di Malaysia yang berjumlah RM577 bilion pada November tahun lalu berada pada ‘paras berhemah’.
Menurut Zeti, hutang isi rumah yang terbaru itu adalah kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan pinjaman dan 74 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Sementara itu, Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli pula berkata,  hutang isi rumah di Malaysia berbeza dengan negara-negara lain kerana ia tidak memberi pulangan kepada rakyat, sebaliknya merupakan hutang perbelanjaan yang asas.
“Ini kerana perkara-perkara asas yang diperlukan oleh rakyat terlalu mahal seperti hutang beli rumah dan bayaran kereta termasuk cukai kereta yang dikenakan 65 peratus hingga 100 peratus. Ini termasuk hutang kad kredit dan cukai-cukai tinggi yang lain. Rakyat di Malaysia berhutang hanya untuk membayar cukai,” katanya.
Menurutnya, berbeza dengan negara berstatus maju seperti Amerika Syarikat atau United Kingdom, situasi hutang isi rumah yang ditanggung negara berkenaan membawa pulangan kepada rakyatnya.
” Contohnya rakyat membuat pinjaman untuk membeli rumah baru yang lebih besar untuk disewakan, ataupun pun membuat pinjaman perniagaan. Hutang ini walaupun bersifat peribadi tetapi mendatangkan pendapatan baru kepada rakyat. Itu yang rakyat Malaysia kena faham.
“Oleh itu apa sahaja pandangan akademik yang mengatakan hutang isi rumah di Malaysia ini pada paras berhemah tidak selari dengan realiti hidup rakyat,” katanya.

Buku Jingga Disusun Rapi Segenap Aspek



KUALA LUMPUR 20 JAN : Rafizi Ramli berkata, janji 100 hari Pakatan Rakyat yang diumumkan pada Konvensyen di Pulau Pinang, Disember lalu, diputuskan setelah membuat pertimbangan rapi dari segenap aspek.
Katanya, dasar-dasar yang dipersetujui itu terlebih dahulu melalui fasa kajian yang mendalam demi kepentingan rakyat dan negara pada masa depan apabila
Malaysia berada di bawah pemerintahan Pakatan kelak.
" Yang lebih terdesak sekarang ialah bagaimana kita selesaikan masalah pengagihan dan bukannya semata-mata tentang pertumbuhan. Sebab itu daripada 10 yang kita cadangkan dalam 100 hari yang pertama, kami bahagikan secara adil," kata Pengarah Strategik PKR itu.
Menurut beliau, kerajaan Umno-Barisan Nasional kini terlalu memberi tumpuan kepada perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara semata-mata.
Walhal, apabila masa menginjak 20 hingga 30 tahun akan datang, akan wujud jurang besar di antara pertumbuhan ekonomi negara dengan realiti ekonomi yang ditanggung oleh rakyat.
Hal ini terbukti apabila Perdana Menteri dengan penuh bangga mengumumkan pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 10.1 peratus pada suku pertama 2010, namun pada masa sama rakyat terbeban dengan kenaikan harga barangan keperluan seperti gula dan petrol.
Justeru itu kata Rafizi, kerajaan Pakatan Rakyat tampil dengan cadangan dan dasar yang berbeza dan tujuh daripada langkah yang diutarakan adalah untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Manakala tiga lagi untuk membaiki kerangka sistem pentadbiran di negara ini agar ia lebih efisyen dan berintegriti. 
"Kalau kita tidak perbetulkan institusi-institusi utama yang ada di negara kita hari ini, kita tidak boleh wujudkan suasana yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi," ujar Rafizi pada Forum Janji 100 Hari Pakatan Rakyat di ibu negara.
Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga menggariskan 10 dasar utama janji 100 hari pertamanya setelah mendapat mandat dari rakyat.
Antaranya,merombak struktur subsidi negara kepada pihak swasta dengan memindahkannya untuk menampung perbelanjaan subsidi rakyat, mengiktiraf jasa guru dengan imbuhan RM500 sebulan dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Tambah Rafizi, janji 100 hari Pakatan Rakyat akan memastikan jurang kekayaan di Malaysia juga dapat dikurangkan.
Katanya, jurang pendapatan di negara ini berada di tahap yang merbahaya apabila yang kaya terus kaya dan yang miskin terus hidup dalam kemiskinan.
"40 peratus golongan termiskin di Malaysia, pendapatan puratanya RM1,500 sebulan ke bawah. Isi rumah termiskin yang ada lebih kurang empat orang anak. Dicampurkan dengan ibu bapa menjadi enam orang dengan pendapatan hanya RM1,500 sebulan, itu miskin betul sebenarnya," jelas Rafizi.    

PENGUNDI DI TENANG TAKKAN MAHU TERUS JADI `AYAM DAGING'?

Oleh: WFAUZDIN NS
PAS telah letakkan calon Muslimatnya untuk berdepan dengan calon lelaki anak bekas Adun Tenang di dalam PRK Dun Tenang kali ini. Najib pun telah datang ke Tenang bawa bermacam `hadiah dan saguhati' beserta `tali' untuk `dicucukkan hidung' pengundi-pengundi di Tenang.

Para peneroka Felda mendapat `durian runtuh' sama seperti di Galas, Gua Musang baru-baru ini. Sekali tengok sudah seperti `ayam daging' yang diberi makan, kemudiannya tunggulah saat untuk di`sembelih'. Di Tenang, si pendek Isa Samad bersantai menonton penari seksi beserta jumlah peminum arak dalam satu Majlis di Tenang, sambil itu mengutuk Tuan Guru Nik Aziz. Di Tenang juga, Najib cuba untuk melindungi sifat pengecutnya dengasn memberi alasan bodoh mengapa tyidak mahu berdebat dengan DS Anwar.

Najib beri alasan, takut DS Anwar demam kerana beliau tahu banyak rahsia DS Anwar. Alasan paling bodoh dan lucu dari seorang PM 1 Malaysia. Memang ramai yang bertepuk bila Najib berkata demikian kerana `habuan' bakal diterima dari Najib. Maka, mahu tidak mahu bertepuklah kita. Itulah hebatnya orang kita dengan cara membalas budi biar pun tergadai `bodi'.

Najib bercerita tentang Saiful, kununnya menyindir DS Anwar yang sekarang ini dituduh melakukan liwat. Mendengar kisah 18SX itu adalah Presiden MCA yang semua tahu `pelakon utama' video biru yang menggemparkan negara suatu ketika. Beliau tidak difitnah kerana beliau sendiri mengaku terlibat dan video pun ada sebagai bukti. Perbuatan Presiden MCA itu jelas, ada pengakuan dan ada bukti video tetapi Najib bercerita tentang DS Anwar yang tiada bukti satu pun kecuali pengakuan dari Saiful bahawa dia tidak cuci dubur 3 hari. Najib tidak mahu cerita tentang Presiden MCA itu. Tidak cerita pun semua orang tahu.

Jadi, di mana moral Najib mahu burukkan DS Anwar? Kalau takut berdebat, jangan ubah tajuk yang tiada kena mengena. Kalau beliau kata beliau banyak tahu tentang DS Anwar, tunggu apa lagi, dedahkan saja. DS Anwar pun lebih banyak tahu tentang Najib. Kalau debat ini menjadi kenyataan, aku rasa bukan DS Anwar yang demam tetapi Najib yang akan demam bersama Bik Mama Rosmah malahan seluruh anggoita kabinet Najib juga akan turut demam.

Sekarang, seluruh pengundi di Tenang sudah lihat sendiri perangai pemimpin Umno dan Presiden MCA itu. Masih mahu mengundi mereka kah? Cukuplah menjadi `ayam daging'.Oleh: WFAUZDIN NS
PAS telah letakkan calon Muslimatnya untuk berdepan dengan calon lelaki anak bekas Adun Tenang di dalam PRK Dun Tenang kali ini. Najib pun telah datang ke Tenang bawa bermacam `hadiah dan saguhati' beserta `tali' untuk `dicucukkan hidung' pengundi-pengundi di Tenang.

Para peneroka Felda mendapat `durian runtuh' sama seperti di Galas, Gua Musang baru-baru ini. Sekali tengok sudah seperti `ayam daging' yang diberi makan, kemudiannya tunggulah saat untuk di`sembelih'. Di Tenang, si pendek Isa Samad bersantai menonton penari seksi beserta jumlah peminum arak dalam satu Majlis di Tenang, sambil itu mengutuk Tuan Guru Nik Aziz. Di Tenang juga, Najib cuba untuk melindungi sifat pengecutnya dengasn memberi alasan bodoh mengapa tyidak mahu berdebat dengan DS Anwar.

Najib beri alasan, takut DS Anwar demam kerana beliau tahu banyak rahsia DS Anwar. Alasan paling bodoh dan lucu dari seorang PM 1 Malaysia. Memang ramai yang bertepuk bila Najib berkata demikian kerana `habuan' bakal diterima dari Najib. Maka, mahu tidak mahu bertepuklah kita. Itulah hebatnya orang kita dengan cara membalas budi biar pun tergadai `bodi'.

Najib bercerita tentang Saiful, kununnya menyindir DS Anwar yang sekarang ini dituduh melakukan liwat. Mendengar kisah 18SX itu adalah Presiden MCA yang semua tahu `pelakon utama' video biru yang menggemparkan negara suatu ketika. Beliau tidak difitnah kerana beliau sendiri mengaku terlibat dan video pun ada sebagai bukti. Perbuatan Presiden MCA itu jelas, ada pengakuan dan ada bukti video tetapi Najib bercerita tentang DS Anwar yang tiada bukti satu pun kecuali pengakuan dari Saiful bahawa dia tidak cuci dubur 3 hari. Najib tidak mahu cerita tentang Presiden MCA itu. Tidak cerita pun semua orang tahu.

Jadi, di mana moral Najib mahu burukkan DS Anwar? Kalau takut berdebat, jangan ubah tajuk yang tiada kena mengena. Kalau beliau kata beliau banyak tahu tentang DS Anwar, tunggu apa lagi, dedahkan saja. DS Anwar pun lebih banyak tahu tentang Najib. Kalau debat ini menjadi kenyataan, aku rasa bukan DS Anwar yang demam tetapi Najib yang akan demam bersama Bik Mama Rosmah malahan seluruh anggoita kabinet Najib juga akan turut demam.

Sekarang, seluruh pengundi di Tenang sudah lihat sendiri perangai pemimpin Umno dan Presiden MCA itu. Masih mahu mengundi mereka kah? Cukuplah menjadi `ayam daging'.

Sebab utama Haslinda tak dipilih jadi calon Umno PRK Tenang

Setelah dapat publisiti meluas pasai Umno bakal meletakkan dari kalangan wanita untuk calon dalam PRK N05 Tenang, rupa-rupanya impian Wanita Umno tak tercapai kali ni.

Haslinda Salleh, Ketua Wanita Umno Labis yang disebut-sebut sebagai calon terpaksa akur. Peluang dia untuk lebih popular nampaknya tak berjaya. Perjuangan dia untuk jadi popular mungkin terhenti setakat ni saja.

Malaysiakini melaporkan:
LABIS: Penolong Pegawai Daerah Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi.
Azhar adalah anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Ibrahim Daud. - BHarian
Sebelum ni aku tulis
Umno memang tak berani punya nak tolak bakal calon dari Wanita Umno ni. Kalau semua orang Umno bersepakat tolak calon ni pun, aku yakin percaya yang Najib takkan berani punya nak pilih calon lain. Tentu punya Najib akan pilih calon ni pasai calon ni akan dapat sokongan penuh Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia. Najib mana berani nak lawan.
Rupa-rupanya aku tersilap di situ. Rupa-rupanya Ro$mah tak berapa suka Haslinda, kalau dia suka tentu punya Haslinda ni Najib umum jadi calon.

Setelah menilik-nilik, akhirnya aku tau pasai apa Ro$mah tak berapa suka dengan Ketua Wanita Umno Labis ni. Hasil tilikan aku, rupa-rupanya Ra$mah tak suka di cabar. Mana boleh lawan tokey, mana boleh ada yang lebih dari Wanita Pertama Malaysia.

Cuba hangpa bandingkan antara dua gambar kat bawah ni. Walaupun Ro$mah nampak menjiwai lagu yang dia tengah bawa tu tapi nampak jelas yang Ketua Wanita Umno Labis tu lagi lebih dalam menjiwai lagu yang dia nyanyi.


Lagi satu, hasil tilikan aku, Ro$mah ni rasanya tak berapa suka dengan fesyen Haslinda ni. Dia lebih suka fesyen macam yang selalu digayakan oleh Shahrizat dan Maznah bini Rais, anggun dan bergaya. Haslinda ni nampak macam makcik kampung baru cuba-cuba nak melawa. Cuba bandingkan 2 gambar di bawah ni, jauh panggang dari api.

Pasai tu lah Haslinda Salleh tak terpilih jadi calon PRK N05 Tenang. Kalau Haslinda Salleh bercita-cita nak jadi terkenal, nampak gayanya dia kena berusaha dengan lebih gigih lagi lain kali. Mungkin dia boleh guna cara 'Linda Rafar'. Dan yang paling utama, dia juga kena tukar pemanpilan dia supaya nampak lebih anggun dan 'gebu'. Baru Rosmah suka.

Mungkin dengan memastikan kekalahan bekas DO Rengit tu, peluang dia nak jadi calon masa PRU13 nanti akan cerah semula.

Sumber pic: google
   Cenangau Daunkari

Pandai Yang Tidak Cerdik!

Pandai juga Khir Toyo. Katanya dia tidak dapat menjawab pendedahan kerajaan Selangor mengenai pemberian projek bernilai RM173 juta tanpa tander yang dilaksanakan di zaman Khir Toyo jadi Menteri Besar. Alasan kenapa beliau tidak dapat jawab kerana tajuk timbul subjudis kerana beliau kini dalam pendakwan oleh SPRM kerana rasuah.

Beliau kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah menimbulkan perkara itu sebagai tidak adil dan bacul. Katanya Khir kenapa tidak ditimbulkan sebelum di didakwa?

Pandai saya katakan kerana Khir Toyo berlindung di balik pendakwaannya tidak mahu menjawab. Saya tidak fikir begitu kalau Khir ada bukti mengenai kenapa perlu takut subjudis. Kalau benar buakankah penjelasan itu akana membantu beliau di mahkamah nanti.

Rasanya Khir sengaja beralasan begitu kerana gemetar untuk menjawabnya.

Tidak mengapalah selepas selesai kes perbicaraan nanti Khir boleh menjelaskannya. Kalau tertakdir beliau disumbat ke dalam penjara selepas ini, Khir boleh menjawabnya dari penjara. Pemimpin yang geliga, berakal panjang tidak akan menyepi walaupun di mana saja berada.

Tenguk dan perhatikan Anwar Ibrahim walaupun disimpan di balik tembok di Sungai Buluh namun beliau masih boleh bersuara. Beliau menggunakan apa saja kebijaksanaanya bagi memberi mesej kepada penyokong di luar. Hendaknya nanti Khir juga begitu?

Debat satu keperluan

Apabila seorang pemimpin sistem duo-parti di Malaysia mengeluarkan pelan tindakan (plan of action-POA) sekiranya gabungan parti pimpinannya memenangi pilihanraya berteraskan sistem demokrasi, secara tiba-tiba, pemimpin gabungan parti yg satu lagi mula tidak senang. Kenyataan beliau betapa POA yang didakwa populis itu akan menyumbang kepada terjunamnya ekonomi Malaysia.
Sebagai mahasiswa, kami percaya, mungkin terselit sebuah kebenaran terhadap dakwaan pemimpin politik terkenal itu, kerana parti gabungannya membentuk kerajaan dalam PRU yg lalu. Namun, kami gusar, kerana keputusan-keputusan kerajaan kebelakangan dilihat membelakangkan perkembangan ekonomi itu sendiri.
Warga Mahasiswa Warga Berfikir.
Justifikasi pertama, kenaikan harga komiditi minyak di seluruh sepatutnya tidak menyebabkan ekonomi negara semakin teruk sehingga menyebabkan harga minyak masa seluruh Malaysia diapungkan melampui harga siling. Malaysia selaku negara pengeluar minyak sepatutnya meraih keuntungan berlipat-ganda hasil kenaikan harga minyak masak dunia. Tapi, apa yang terjadi? Malaysia sengsara.
Justifikasi kedua, aliran wang Malaysia ke negara-negara luar tidak dilihat dibendung. Kerakusan pemimpin elit yang berbelanja sakan bukanlah contoh yang baik disebalik saranan kerajaan mengurangkan pembelian dan mengamalkan dasar berjimat cermat. Ratusan ribu semalaman semata-mata untk penginapan satu rombongan ternyata sebuah pembaziran. Apa yang kami jelas, pemimpin selaku qudwah sepatutnya mula mengamalkan apa yang disarankan kepada kami. Usahlah bermewah-mewah sementelah kami bersusah-susah.
Berbalik kpd isu asal, wujud perbezaan pendapat yg ketara dua pemimpin tersohor tersebut hal ini. Pemimpin A beranggapan POA ini mampu menjana Malaysia ke arah yg lebih baik.Manakala pemimpin B pula masih dengan premis POA pemimpin A akan menyusahkan Malaysia. Selaku Mahasiswa yang juga sebahagian rakyat, apa hak kita?
Hak kita adalah untuk mendapat maklumat yang tepat bagi menentukan pemimpin akan datang. Medium debat dilihat berkesan sebagai wasilah dalam mematangkan penerimaan rakyat terhadap tawaran daripada parti bertanding, apatah lagi apabila melibatkan soal pentadbiran kewangan yang rata-rata pada hari ini, dilihat tidak meyakinkan.
Mengapa tidak mahu? Negara-negara maju dunia tidak terkecuali dalam pengamalan konsep usaha sebagai usaha meyakinkan rakyat betapa mereka adalah yang terbaik. sebagai contoh mudah debat Barrack Obama dan John McCain di Amerika Syarikat. Usah gusar, yang terbaik akan menang.
'Best man wins'.
Mengapa Mahasiswa memerlukan perdebatan seumpama ini? Mahasiswa adalah golongan pengundi yang berpengaruh dan intelek. Pemimpin masa hadapan akan ditentukan mahasiswa hari ini. Keperluan debat akan meluaskan ruang lingkup mahasiswa mahasiswa yang dilihat sempit dan kaku pada hari ini. Kami Mahasiswa, insya Allah sudah cukup matang dalam membuat penilaian dan langsung tidak setuju dengan desas-desus yang menyifatkan debat tidak mampu menyediakan alternatif yang baik malah mengakibatkan pecah-belah yang ketara dalam kalangan masyarakat.
Izinkanlah kami, mahasiswa Malaysia, mendapat pendedahan terbuka dalam menentukan nasib Malaysia akan datang.
May Allah bless. Wallahua'lam.
Mohamad Izzat Ghazali
Persatuan Pelajar Undang-undang Ahmad Ibrahim.

Najib wajar sahut cabaran Anwar

Jangka hayat Barisan Nasional (BN) terutama parti dominannya, Umno yang menjadi komponan terbesar, tidak pernah menghadapi cabaran sehebat cabaran mutakhir ini,sebaik sahaja selepas pilihanraya 2008.

Umno bersama komponen partinya yang berjumlah 14 pertubuhan politik termasuk di Sabah dan Sarawak memerintah negara dan menguasai Kerajaan Pusat sejak merdeka pada 1957 sehingga kini dan cabaran yang dihadapinya tidaklah segenting selepas pilihanraya yang ke-12 yang lalu.

Umno selamanya menghadapi cabaran dan saingan dari PAS dan dalam pilihanraya-pilihanraya sejak 1959 PAS telah memberi saingan hebat hingga dapat menguasai dua buah negeri di Pantai Timur Semenanjang apabila PAS dapat membentuk kerajaan di Kelantan dan Terengganu.

Tetapi Kerajaan PAS di Terengganu hanya mampu bertahan selama dua tahun apabila Umno dengan manipulasi politik kotor dan jijik menguasai semula kerajaan negeri melalui undi tidak percaya di Dewan Negeri yang terkenal dengan peristiwa lompat parti menyebabkan kerajaan pimpinan PAS yang diketuai Menteri Besar Daud Abdul Samad tumbang.

Bagaimana pun Kerajaan PAS di Kelantan kekal selama 18 tahun sehinggalah satu lagi manipulasi politik yang kotor dan jijik dirancang terang-terangan dengan mengistiharkan Kelantan diletak di bawah pemerintahan Majlis Gerakan Negeri (Mageran), menyamai pemerintahan Mageran di peringkat pusat selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969. Gara-gara pemerintahan Mageran di Kelantan sekitar tahun 1977 akhirnya menyebabkan PAS kalah dalam pilihanraya Dewan Negeri yang diadakan pada 1978 dan Umno-BN tanpa PAS memerintah selama 12 tahun sehingga 1990.

PAS pernah menghantar saorang atau dua orang sahaja MPnya di Dewan Rakyat selepas Dewan Negeri Kelantan dikuasai oleh Umno-BN mulai 1978 kerana hampir semua calun PAS kalah dalam pilihanraya di peringkat negeri dan pusat. Inilah pengalaman dan pelajaran getir yang mengajar PAS bahawa PAS tidak mungkin akan berkerjasama lagi dengan Umno. Sebab itulah ura-ura kerjasama yang dianjurkan Umno kepada PAS selepas pilihanraya 2008 ditolak mentah-mentah oleh PAS.

Mengimbas kembali, PAS pernah menyertai Kerajaan Pusat selepas tragedi 13 Mei setelah menerima pelawaan Tun Razak, ayahnda kepada Perdana Menteri (PM) sekarang. PAS pernah menyertai pilihanraya sebagai komponan BN, tetapi kerjasama itu tidak lama, apabila PAS ditendang keluar oleh Tun Hussien Onn yang mengantikan Tun Razak sebagai PM pada 1976.

Selepas melalui semua ini, PAS sebagai Pergerakan Islam tidak pernah patah semangat. Daya juang pimpinan dan ahli serta penyokong PAS tidak pernah pudar bahkan terus membara dan membakar sehinggalah PAS terus membuat kehadirannya terkesan dalam arena politik tanahair. Pada 1999, Terengganu berada dibawah pemerintahan PAS sekali lagi selepas menunggu hampir 40 tahun, tetapi kemenangan itu hanya satu penggal sahaja apabila PAS kalah di Terengganu pada pilihanraya 2004. PAS sekali lagi belajar dari beberapa kesilapan dalam pemerintahan satu penggalnya.

Di Kelantan PAS dapat menguasai semula Kerajaan Negeri pada 1990 dengan kerjasama Semangat 46 melalui gagasan perpaduan ummah sehinggalah sekarang dan Tok Guru Datuk Nik Aziz kini merupakan satu-satunya Menteri Besar (MB) yang paling lama memegang jawatan tertinggi di peringkat negeri berbanding dengan mana-mana MB kerajaan negeri yang dibawah Umno-BN.

Sejarah pergolakan dan percaturan politik ini perlu digarapi bagi melihat percaturan masadepan seterusnya yang memberi petanda bahawa lanskap politik era baru sedang mengambil tempat sebaik
sahaja selepas pilihanraya Mac 2008. Pilihanraya 2008 merupakan satu ‘watershed’ yang bakal menggamit, memberi petanda momentum pada pilihanraya ke-13 ini. Jangka hayat pentadbiran Umno-BN ini akan tamat selewat-lewatnya pada 2013.

Walaupun ura-ura parti pembangkang yang kini berada dibawah Pakatan Rakyat gagal untuk kePutra Jaya lebih awal sebagaimana yang dijanjikan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang optimis bahawa ada sebilangan anggota Dewan Rakyat parti kerajaan akan menyeberangi ke pihak pembangkang bagi membolehkan pertukaran kerajaan berlaku.

Tetapi tarikh yang disebut-sebut berlalu tanpa terjadi apa-apa. Pihak kerajaan begitu cemas ketika itu kerana lanskap politik pasca pilihanraya ke-12 tidak menyebelahi kerajaan walaupun Umno-BN masih berkuasa di peringkat pusat. Umno-BN kehilangan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak dalam pilihanraya lalu. Kelantan pula terus gagah dan kuat ditunjangi PAS melepasi usia pemerintahan dua dekad.

Umno-BN menggunakan pelbagai tipu helah politik yang tidak berakhlak bagi menumbangkan kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat dan ia hanya berjaya di Perak dengan menggunakan tektik kotor yang sinonim dengan Umno-BN. Apa yang berlaku di Perak tidak jauh berbeza dengan apa yang berlaku kepada kerajaan PAS Terengganu pada 1961 dan pemerentahan Mageran di Kelantan sebelum pilihanraya 1978.

UMNO-BN terus diasak dengan pelbagai isu yang diketengahkan oleh pembangkang yang untuk pertama kalinya mempunyai suara yang nyaring dan lantang di Dewan Rakyat. Pimpinan kerajaan kadang-kadang kelihatan kehilangan punca menanggani dan menghadapi isu-isu yang ditimbulkan pembangkang.

Terbaru ialah cabaran Anwar Ibrahim mengajak PM berdebat mengenai gagasan 100 hari jika pembangkang menerajui kerajaan pusat. Pakatan Rakyat mengeluarkan satu gagasan, pelan atau piagam politik untuk membelanjakan kira-kira RM 19 billion untuk rakyat termasuk guru-guru, jika Pakatan Rakyat menguasai Putra Jaya pada pilihanraya ke-13 ini.

Pimpinan kerajaan kelihatan tidak senada dan kelam-kabut dengan gagasan itu dan PM sendiri menganggapnya satu gagasan untuk mencari populariti sokongan umum kerana menurutnya, jika gagasan itu dilaksanakan ia akan membawa negara menjadi muflis.

Dalam gagasan itu Pakatan Rakyat menganggarkan bahawa perbelanjaan itu mampu diraih dari ketirisan, rasuah dan kepelbagaian perbelanjaan mewah, perbelanjaan kepada syarikat-syarikat konsesi kroni yang tidak menguntungkan rakyat kerana ia memasuki poket perasuah yang perlu diselamatkan.

Sebenarnya apa yang berlaku dalam kepelbagaian kemewahan belanja kerajaan bukan lagi berada dalam tahap ketirisan tetapi kebocoran yang tidak dapat dibendung lagi.

Dalam konteks ini adalah sangat wajar PM Najib menyahut cabaran Anwar untuk berdebat, bukan untuk melihat siapa kalah dan menang, tetapi untuk membolehkan rakyat membuat penilaian dan mencari kebenaran dari saranan 100 hari Pakatan rakyat itu.

Lawan Anwar ialah Najib, bukan Khairy Jamaluddin (KJ) yang menyatakan kesanggupannya. Lawan Khairi ialah Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd. Akin yang mencabarnya. Khairy yang berura-ura untuk tidak lagi mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan anggota Dewan Rakyat, sebenarnya sedang menagih simpati, kerana sebagai Ketua Pemuda Umno, Khairy bagaikan tidak dipeduli dan diberikan perhatian oleh kepimpinan Najib. Anak Tun Dr Mahathir, Mukhriz lebih diberi perhatian walaupun kalah dalam pertarungan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno.

Kedudukan Khairy dalam politik UMNO bagaikan tidak diiktirafkan dan tidak setempal dengan jawatan Ketua Pemuda Umno yang disandangnya. Sebelumnya ketika ayah mentuanya menjadi PM, Khairy disifatkan ramai pihak termasuk Tun Dr Mahathir sebagai orang penting dalam pentadbiran Abdullah Badawi.

Menjadi harapan rakyat terutama para pengundi pilihanraya ke-13 supaya debat Najib-Anwar akan berlangsung dan disiarkan melalui saluran TV keseluruh negara dan sebagai mukadimahnya biarlah debat Khairy dengan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd. Akin dilangsungkan lebih dahulu.

Politik dan demokrasi di Malaysia patut disuburkan dengan perdebatan sesuai dengan negara yang akan melangkah sebagai negara berpendapatan tinggi. Najib tiada alasan untuk menolaknya. Soal kredibiliti adalah ukuran sejauh mana kesanggupan dan keengganan pemimpin untuk berdebat.

Ketentuan menang kalah dalam pilihanraya ke-13 ditentukan oleh kredibiliti pemimpin. Jangka hayat Umno-BN akan dinilai oleh pengundi dalam pilihanraya akan datang ini yang dianggap paling mencabar.

Speaker berhak isytihar kosong, Adun boleh cabar

KUALA LUMPUR, 20 Jan — Speaker Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang yang berkaitan dengan dewan tetapi mengambil kira perkembangan di Perak dan Kedah, masih awal untuk meramalkan status kerusi Pelabuhan Klang, kata pakar perundangan.
Bagaimanapun kata Prof A. Aziz Bari, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, yang semalam diisytiharkan hilang kerusi itu, berhak untuk membawa pertikaian tersebut ke mahkamah jika merasakan keputusan Speaker Datuk Teng Chang Khim semalam sebagai tidak sah.
Justeru kata beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiadak wajar mentafsir status kerusi tersebut memandangkan secara tradisi menjadi hak dan tanggungjawab seorang speaker untuk menentukan kekosongan sementara sesebuah kerusi pilihan raya.
“Dari segi prinsip undang-undang memang speaker mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang berhubung dengan dewan yang beliau adalah ketuanya,” kata Aziz kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun dengan mengambil kira perkembangan di Perak dan Kedah, kata beliau, di mana keputusan speaker dibawa ke mahkamah dan diputuskan oleh SPR, “kita perlu menunggu apa yang akan berlaku seterusnya di Selangor.”
“Di Perak keputusan (Speaker) V. Sivakumar mengosongkan kerusi (tiga) Adun yang melompat, tetapi dipertikai oleh SPR dan kemudian disahkan oleh mahkamah.”
“Di Kedah pun begitu, keputusan speaker - yang hanya melaksanakan peruntukan perlembagaan sebagaimana di Selangor hari ini - masih tergantung,” kata beliau lagi.
Kata Aziz, buat masa sekarang pertikaian adalah antara speaker dan wakil rakyat berkenaan di mana jika Badrul Hisham tidak berpuas hati dia boleh membawanya ke mahkamah.
“Badrul boleh membawa perkara itu ke mahkamah sebab dia merupakan pihak yang terlibat dalam kes ini.. speaker sebagai ketua dewan dan pengerusi dewan bertanggungjawab untuk menentukan status seseorang wakil rakyat dan kerusi dewan," kata beliau.
Dalam komennya semalam, penasihat undang-undang Umno Datuk Hafarizam Harun menjelaskan Teng tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada kerusi DUN kosong atau sebaliknya.
Berdasarkan kes mahkamah Adun Behrang dua yang lain di Perak, kuasa untuk menentukan kekosongan kerusi itu terletak pada SPR.
Justeru beliau berpendapat tindakan Speaker DUN Selangor mengisytiharkan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang sebenarnya adalah cubaan untuk membawa kes Kota Seputeh, Kedah untuk diguna pakai dalam hal di Pelabuhan Klang.
Hafarizam menambah, Speaker DUN Selangor hanya bertanggungjawab untuk memaklumkan kekosongan secara bersurat.
Aziz berkata, kebingungan yang wujud jelas dalam kes Ahli Parlimen Batu dari PKR Tian Chua.
“Tidak sukar membaca yang mahkamah cuba mengelakkan pilihan raya kecil.
“Dan, itulah sebenarnya tema pokok dalam semua kes-kes itu meskipun isu dan fakta berbeza; yakni pilihan raya perlu dielakkan. Ini menyedihkan kerana ini bukan kerja mahkamah. Ia juga bukan kerja SPR. Kerja SPR ialah menjalankan pilihan raya bila berlaku kekosongan dan ini kerja speaker,” kata beliau lagi.
Kedua-dua kes Kota Seputeh dan Batu masih berada di peringkat rayuan.

Pengundi Tenang diajak tinggalkan Umno BN

KOTA BHARU, 20 Jan: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengajak pengundi Tenang meninggalkan Umno dan BN pada pilihan raya kecil Dun itu 30 Januari ini.
Menurutnya, walaupun Johor adalah kubu Umno, namun tidak bererti perubahan tidak boleh dilakukan demi untuk perjuangan Islam.
Katanya, sewaktu PAS bergabung dengan Umno lagi negeri itu telah kuat dengan parti itu sehinggakan tidak memberi peluang pada calon PAS untuk bertanding sedangkan negeri lain dibenarkan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya kelmarin ketika ketika diminta mengulas pilihan raya kecil Dun berkenaan.
Beliau yang akan turun ke Tenang bagi membantu calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Normala Sudirman seterusnya berkata, Saidina Omar yang terkenal dengan berangnya memusuhi Islam akhirnya menerima Islam dengan kehendak Allah.
“Begitu juga Panglima Perang, Khalid Ibni Walid, juga menerima Islam dengan kehendak Allah, jadi tidak mustahil pengundi Dun Tenang akan melakukan perubahan,” ujarnya.
Kerana itu, sambungnya pengundi diminta mengundi calon Pakatan di Tenang dan meninggalkan Umno.
Sehubungan itu, Tuan Guru turut memaklumkan beliau akan berkempen bagi membantu calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat sebaik sahaja selepas penamaan calon.
Menurutnya, beliau akan membawa kebenaran perjuangan Islam sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran 30 juzuk.
“Saya akan bawa di sana Islam al-Quran 30 juzuk dan gurunya  Rasulullah s.a.w., yang membawa kebenaran itu.

Ketuanan Setan : Blogger Umno mula fitnah calon PAS

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Tarmizi Mohd Jam dengan blognya di sanggahtoksago.blogspot hari ini di dalam satu kenyataan media telah membuat seruan kepada ahli-ahli PAS, dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang beragama Islam supaya mengadakan solat hajat bagi dijauhkan daripada sebarang fitnah jahat para blogger yang didakwanya sebagai pemfitnah atau pro-Umno/BN yang bergentayangan di alam siber.
KLToday.com melaporkan Tarmizi yang juga penyelaras majlis makan malam bersama kerajaan negeri Kelantan di sebuah hotel di ibu negara mendedahkan satu blog pro-BN iaitu Papagomo dikhabarkan sedang ligat memutarkan fitnah yang mendakwa pertemuan blogger bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat pada Sabtu lalu yang kononnya setiap blogger yang hadir diberikan wang tunai sebanyak RM500, sebuah komputer riba laptop, kemudahan percuma talian broadband dan sebuah telefon mudah alih jenama Blackberry.
Sementara itu juga, seorang pemunya laman Facebook, “Suara Dari Bumi” pula di dalam mesej facebooknya pula membuat fitnah yang mendakwa calon PAS di Tenang, Normala Sudirman (gambar bawah sebelah kanan) meninggalkan suaminya, tohmahan mempunyai skandal luar dan malah menyeru pembacanya jika ingat perkataan zina kenalah ingat PAS.
Tarmizi mendakwa taktik-taktik jahat ini adalah sama dengan yang dilakukan ke atas semua calon dari PR sebelum ini. Contohnya calon PAS di PRK Galas sebelum ini yang didakwa berzina dengan ibunya sendiri dan calon PKR semasa di Hulu Selangor dahulunya, Datuk Zaid Ibrahim dikaitkan dengan isu arak dan judi lumba kuda.
Mengulas lanjut, Tarmizi yang juga Setiausaha Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat berkata, semua blogger pro-PR adalah diseru melancarkan kempen alam siber mendedahkan laman dan blogger-blogger ’pemfitnah’ pro-Umno secara besar-besaran dan berterusan setiap hari. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kekeliruan persepsi dan minda di kalangan pembaca blog dan pengunjung alam siber.
Beliau bagaimanapun, menghormati pandangan  yang berbeza dengan para blogger Umno yang tulen, berhujah dengan fakta dan bukti, serta menghormati hak demokrasi di negara ini. Tetapi, blogger-blogger yang memilih cara fitnah yang saban hari mengada-ngadakan cerita patut dibanteras, dihukum dan dinyahkan dari alam siber.
Tarmizi juga menyeru semua cawangan PAS, dewan-dewan, kawasan menganjurkan solat hajat ini, kerana ia  adalah lanjutan Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati Shah Alam yang diadakan baru-baru ini agar negara diselamatkan dari kekacauan dan fitnah dahsyat para blogger pemfitnah pro-Umno ini.
Pada 15 Januari lalu, Kerajaan Kelantan telah menganjurkan majlis ramah-mesra dengan para blogger dan facebooker di Kuala Lumpur (gambar atas). Lebih 200 blogger pro-PR dan pro-rakyat hadir dan mereka benar-benar berpuashati dengan keraian yang ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan negeri. Hampir semua Exco hadir termasuklah Timbalan Menteri Besar dan Speaker DUN Kelantan.

Calon BN: Isu tanah antara masalah utama di Labis..yang tak selesai puluhan tahun..!!

LABIS, 20 Jan — Isu tanah adalah antara masalah utama yang perlu diberi perhatian di Labis, kata calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim.
Sebagai bekas penolong pegawai daerah kecil Rengit, Batu Pahat dan pernah bertugas sebagai penolong pentadbir tanah daerah Segamat, isu-isu berkaitan pemilikan dan urusan permohonan tanah sering ditimbulkan oleh masyarakat setempat, terutama oleh peneroka Felda dan Felcra, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi kubur ibu bapanya di Tanah Perkuburan Kampung Paya Merah di sini hari ini.
Mohd Azahar semalam diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi DUN Tenang.Penamaan calon diadakan Sabtu ini.
Beliau juga yakin pengalamannya dalam pentabiran kerajaan dapat membantunya mengatasi masalah tanah yang dihadapi oleh masyarakat Labis.
Malah sebagai anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang Allahyarham Ibrahim Daud dari 1999 hingga 2004, serta bekas Ketua Umno Bahagian Labis, Mohd Azahar banyak belajar daripada arwah bapanya mengenai politik tempatan.
Menyifatkan ayahnya sebagai individu yang banyak mengajarnya mengenai dunia politik, beliau berkata arwah bapanya pernah berpesan kepada beliau dan adik-beradiknya bahawa jika mereka mahu jadi pemimpin jagalah daripada segi gaya, pergaulan dengan orang ramai, dan pesanan itu sentiasa dipegangnya.
Dikenali sebagai nama timangan ‘Tok Ai’ di kalangan penduduk Labis, Mohd Azahar adalah juga bekas Penolong Bendahari Pemuda Bahagian Labis dari tahun 2004 hingga 2008, serta Ketua Umno Cawangan Kampung Paya Merah, Labis. — Bernama

Taib mahu runding adakan pilihan raya serentak Sarawak, Parlimen..ha..ha..bukti BN Sarawak tersepit kini.!!!

KUCHING, 20 Jan — Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berunding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kemungkinan mengadakan pilihan raya peringkat Parlimen serentak dengan pilihan negeri Sarawak atau sebaliknya.
Taib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata beliau telah mempunyai ilham untuk mengadakan pilihan raya negeri namun tidak dapat menentukan tarikhnya.
“Pembangkang pun kecewa jugalah,” katanya pada rancangan Dialog “Pembangunan
Sosio-ekonomi dan Politik Sarawak” yang disiarkan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV1 malam tadi.
Pilihan raya negeri untuk kesemua 71 kawasan mesti diadakan sebelum Julai tahun ini apabila tempoh dewan undangan negeri (DUN) Sarawak berakhir.
Ditanya mengenai cabaran dan tangungjawab yang dipikul untuk menentukan Sarawak kekal menjadi “deposit tetap” BN, beliau berkata politik di Sarawak masih lagi bersandar kepada keinginan rakyat untuk menikmati pembangunan yang lebih pesat yang menentukan masa depan negeri ini.
“Jadi politik yang sumbang sikit, kurang mendapat sambutan di Sarawak tetapi di dalam bandar penduduk sudah merasa soal pembangunan ini sebagai perkara biasa,” katanya sambil menambah bahawa parti komponen BN negeri, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan bertangungjawab untuk menghadapi isu pembangunan di dalam bandar dengan lebih hebat.
Taib (gambar), yang merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata di peringkat PBB, persiapan pilihan raya telah berjalan sejak enam bulan lepas dengan mengadakan banyak seminar, khasnya bagi pemimpin akar umbi dan sayap wanita.
Beliau percaya PBB serta dua komponen BN lain, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tidak menghadapi banyak masalah tentang siapa akan menjadi calon pilihan raya nanti berikutan nasihat Najib pada konvenysen SUPP di sini pada Ahad lepas.
Merujuk kepada nasihat Najib agar hanya mereka yang boleh membawa kemenangan dicalonkan, beliau berkata: “Kita sudah tahu siapa yang kita nak gantikan dan kebanyakan mereka (penyandang) ini akan memberi laluan kepada muka baru.”
Bagaimanapun, Taib berharap SUPP dapat menentukan mereka yang patut menjadi calon pilihan raya serta menarik penyokong baru setelah mempunyai semangat baru bagi menawan semula lapan daripada 19 kerusi yang hilang dalam pilihan raya negeri pada 2006.
Pada pilihan raya negeri lepas, PBB memenangi kesemua 35 kerusi yang ditandingi manakala PRS dan SPDP masing-masing lapan.
Sambil bersetuju bahawa isu politik dan pilihan raya adalah berkait rapat, Taib berkata persepsi politik Sarawak pada masa sekarang masih dikatakan politik pembangunan adalah memang benar.
Pada perjumpaan parti dan pertubuhan dengan rakyat, khasnya di luar bandar, beliau berkata soal pembangunan sentiasa dibangkitkan memandangkan Sarawak mempunyai kawasan yang sangat luas. — Bernama

Ku Li timbulkan semula isu royalti minyak K'tan

Ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang berdepan masalah dengan istana Kelantan kini kembali menyuarakan tuntutan negeri itu ke atas royalti minyak.

Katanya, rakyat negeri itu berhak ke atas sumber berkenaan yang didapati daripada bumi mereka sendiri.

Putera raja Kelantan itu juga berkata, perkara berkenaan merupakan isu yang perlu diselesaikannya demi kepentingan rakyat Kelantan.

Jelasnya, ia akan diteruskan walaupun beliau kini menghadapi masalah dengan Istana Kelantan.

Sultan Muhammad V pada akhir tahun lalu bertindak menarik balik darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh sebelum ini.

Tengku Razaleigh menjelaskan, isu royalti minyak dan isu pengurniaan darjah kebesaran itu merupakan dua perkara berbeza.Beliau memberi alasan, isu royalti minyak melibatkan konsep federalisme.

Jelasnya, penubuhan Petronas juga bertujuan memajukan negeri-negeri di pantai timur semenanjung.

Langkah oleh Petronas itu berbeza dengan perjanjian oleh British yang tidak memberikan hak kepada negeri sekiranya minyak ditemui di luar pantai, katanya lagi.

Katanya lagi, atas dasar itu lah menteri besar dan ketua negeri menandatangani perjanjian dengan Petronas di bawah konsep federalisme untuk menyerahkan hak negeri kepada syarikat tersebut.

Tambahnya, perkara itu amat mudah untuk difahami.

Sekiranya negeri minyak ditemui di negeri Terengganu, Pahang, Johor, Kelantan atau di Sabah dan Sarawak, negeri-negeri ini perlu dibayar royalti, katanya.