Rabu, 19 Januari 2011

Noh Omar Penderhaka...


Menurut Saari Sugib,"Kalau ikutkan memang ada dikalangan ADUN BN yang berjanji akan mengundi pindaan tersebut,tetapi telah di beri amaran keras oleh YB Noh Omar dan barang siapa yang didapati mengundi maka pada PRU kelak nama mereka tidak akan dicalonkan kembali."katanya.

Pakatan Rakyat walaupun diluluskan dengan 24 undi di mana kesemua ADUN PR mengundi namun ia tetap tidak akan berlaku pindaan kerana 4 undi lagi tidak mencukupi untuk mendapat 2/3 undi.

Dan si lidah pendek yang lari ikut pintu belakang disko dua tiga tahun lepas ni pulak dah bagi amaran Adun bn, siapa sokong sidang tersebut nama diorang tak akan di calonkan dalam PRU-13 nanti. hahahahaa....

Sebelum ini umnoapco lah juara mempertahankan institusi raja2 sultan2... tak menderhaka beb.... taat setia diorang macam laksa mana hang tuah wa cakap luuuuu.... kalau boleh anak bini diorang pun diorang sanggup korbankan... demi kesetiaan kepada raja....

Tapi... inilah pertama kali dalam sejarah malaysia.... umnoapco akan mula menderhaka kepada Sultan... dengan tidak bersetuju untuk mengembalikan kuasa perlantikan suk dan beberapa jawatan dalam kerajaan negeri kepada Sultan....

Weiiii.... Noh Omar... lu jangan nak derhaka pada sultan ekkkk.... jangan nak kurang ajar pada sultan ekkkk.... nanti rakyat selangor desak sultan supaya ambil tindakan terhadap lu... kerana menghina sultan... baru padan muka luuuu....

hahahaha........ demi "ketuanan meLAYU" Noh Omar sanggup menderhaka.... hahahaha.... Weiii... Noh Omar.... sekarang ni lu dalam kategori BODOH atau Cerdik..... kah..kah....kah....

Ok... lu orang layah lah mamat lidah pendek nih.... gua nak pergi jengok jerat pelanduk jap.... 
 
ISA

PAS sebenarnya tak mampu menghalang ahli mengkritik pimpinan

PAS nampaknya terpaksa mengakui hakikat yang ujud hari ni, dengan kepesatan perkembangan media baru, PAS tak mampu lagi mengharapkan ahli-ahli PAS untuk kekal dengan cara lama PAS yang cukup popular dengan istilah wala' dan thiqah.

Wala' dan thiqah sebenarnya bukan benda yang boleh diminta-minta. Wala' dan thiqah adalah satu anugerah kepada pimpinan kesan keperibadian dan kepimpinan yang ditonjolkan selama ini. Aura pemimpin tu sendiri yang akan membuahkan wala' dan thiqah dikalangan ahli dengan pimpinan.

Malangnya, istilah wala' dan thiqah dijaja oleh sekelompok pimpinan PAS sehingga seolah-olah pimpinan PAS ma'sum dan seolah-olah pimpinan PAS dapat "petunjuk" dari tuhan ke atas semua tindak tanduk mereka. Ahli parti seolah-olah dipaksa untuk menurut apasaja keputusan yang dibuat oleh pimpinan dengan alasan pimpinan sentiasa bertahajjud di waktu malam dan melakukan solat hajat sebelum buat keputusan.

Memanglah secara idealnya, ahli parti perlu gunakan saluran parti untuk mengkritik pimpinan. Kritikan secara terbuka boleh menjatuhkan imej parti. Masalahnya, saluran parti tu sendiri selalunya kurang praktikal. Mana mungkin seorang ahli biasa boleh menegur pimpinan tertinggi parti jika gunakan saluran parti.

Dengan kecanggihan media baru yang ada sekarang membolehkan ahli PAS walaupun sekadar ahli biasa, berkemampuan untuk mengkritik sehingga kepimpinan tertinggi dan kritikan tu jika kena caranya akan sampai juga ke telinga pimpinan tertinggi berkenaan.

PAs sebenarnya tidak mampu untuk menghalang ahli dari mengkritik pimpinan terutamanya melalui media baru. Jadinya, mau atau tidak, PAS terpaksa menerima realiti yang ada seadanya agar tak dilihat terlalu autokratik.

Harakahdaily melaporkan:
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengakui tiada pemimpin PAS yang sempurna, mereka boleh ditegur mengikut cara yang betul tetapi jangan sampai membuat fitnah bukan-bukan kerana pereka cerita fitnah tidak akan selamat di dunia dan akhirat. - Hrkh
Satu muqaddimah yang cukup cantik dari Ketua Penerangan PAS. Artikel tu jugak ditutup dengan penutup yang cukup baik.
Ustaz Idris menambah, jika pemimpin itu ingin menyertai BN dengan tidak mendapat mandat daripada muktamar, hanya individu itu sahaja yang boleh berbuat demikian.

Mereka, jelasnya, tidak boleh membawa parti secara keseluruhannya untuk sama-sama mengikut mereka dan telah jelas selama ini, mereka yang menyertai Umno BN akan 'mati' begitu sahaja.

"PAS ini bukan parti milik mana-mana individu," tegasnya yang meminta mereka yang masih sangsi agar melihat semula semua isi kandungan buku perlembagaan PAS yang jelas memaktubkan bagaimana caranya untuk sesuatu keputusan besar. - Hrkh
PAS perlu menerima hakikat yang tidak semua ulama' boleh memimpin dan dalam masa yang sama sebenarnya semua ahli PAS amat berasa bangga jika PAS dipimpin oleh ulama' yang benar-benar boleh memimpin.

Sumber pic: sinchancartoon

   Cenangau Daunkari

Polis Sudah Ambil Kenyataan Tengku Razalkeigh

TENGKU Razaleigh Hamzah hari ini telah diambil kenyataan oleh Polis berhubung kenyataan beliau dalam sebuah surat khabar Cina yang dikatakan menyentuh mengenai kedudukan Sultan Mohamad Ke V, Dua orang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kota Bharu, Kelantan memasuki ke rumah Tengku Razaleigh yang terletak di Langgak Golf, Ampang kira-kira jam 4:00 petang tadi.

Tengku Razaleigh dalam sidang akhbar selepas memberi kenyataan menjelaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan menyentuh mengenai kedudukan Sultan Kelantan dan mengatakan laporan berkenaan sengaja diputar belitkan oleh akhbar berkenaan.

Tengku Razaleigh bagaimana tidak bercadang untuk menyaman akhbar berkenaan.

Berita yang Ahli Parlimen Gua Musang itu akan disoal siasat polis menjadi laporan awal di blog ini dua hari lepas.
MSO

Nak Subsidi Balik Tak?

Saban hari kita terus mencongak wang kita. Cukup atau tidak hingga akhir bulan. Cukupkah jikalau yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Cukupkah kalau secara tiba - tiba anak datang kepada ayah atau ibu untuk meminta wang perbelanjaan.
Setiap kali kita mendapat gaji kita harus buat kira - kira agar anak dan isteri kita cukup makan hatta kita terpaksa mengikat perut. Si bujang juga terpaksa mengikat perut.

Semuanya kerana semuanya telah naik. Harga makanan terpaksa dinaikkan setelah harga minyak masak, bawang, tepung, gula, harga tong gas dan lain - lain telah naik mendadak. Harga minyak petrol juga naik dan ini menambahkan lagi kekusutan kita. Apa salah kita? Kita taat menyokong kerajaan selama puluhan tahun. Kita tidak melawan hatta kuasa raja - raja Melayu ditarik pun kita masih taat.

Apakah ketaatan kita ini dibalas dengan perbelanjaan boros menggila dari isteri PM iaitu Rosmah? Apakah ketaatan kita ini dibalas dengan menaikkan harga - harga keperluan? Subsidi makanan telah ditarik. Subsidi yang paling utama telah diganggu oleh BN. Salahkah kita untuk menikmati subsidi tersebut. Rakyat ini hina sangatkah? Rakyat ini memang anjing kurap di tepi jalankah?

Khir Toyo merompak wang negeri Selangor ratusan juta. Wang negeri yang sepatutnya disalurkan pada rakyat negeri Selangor akhirnya masuk ke lubang poket Khir Toyo. Itu bagi kawasan negeri. Bagaimana pula negara? Sudah pembaziran yang tersangat dahsyat telah dilakukan. Apabila negara tiada wang siapa yang menjadi mangsa? Kita. Rakyat. Rakyat Malaysia tempat mereka menjadikan sandaran untuk memenuhkan kembali wang negara. Keji sangat perangai mereka.

Persoalan sekarang jikalau mahu kita mengembalikan hak kita. Senang. Pilih yang mana tidak menyusahkan rakyat. Sebagai contoh, pilih kerajaan yang memberi air percuma kepada rakyat jangan pilih kerajaan yang ikut cakap kontraktor. Kita pilih kerajaan di mana jika rakyatnya kena berhenti kerja tapi kerajaan tolong sediakan kerja lain untuk rakyatnya. Jangan sesekali pilih kerajaan yang menarik hak kita.

Undi BN, harga tepung naik. Undi BN, harga air akan naik. Undi BN, harga bawang akan naik. Undi BN, harga minyak akan naik. Ha..fikir secara elok. Nak subsidi atau BN?

 Drag Super Star

ANWAR BERAHIM AKAN DEMAM KALAU NENGOK GAMBAR NIH!


kahkahkah sib baik anwar tak baca paper hari nih.. kalau tak mau demam dia hari nih.. demam gelak terkekeh-kekeh dengan jawapan Najib... sangat berani tuan Najib... hahah suami Najib pun tak seberani isteri Rosmah.. hahaha


TanyaNajib di twitter pun Najib takmo jawab nanti lagi ramai demam baca jawapan.. hak!

Najib takut debat, guna serangan peribadi alih perhatian


Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan serangan peribadi merupakan helah untuk mengelak berdebat dengan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, beliau menganggap Najib tidak menunjukkan sikap “gentle man”  apabila  menggunakan taktik politik murahan yang jelas merupakan fitnah terhadap Anwar, bagi mengalih perhatian dalam  isu debat tersebut.
“Saya terkejut mendengar ucapan Perdana Menteri yang menyuruh Datuk Seri Anwar menyelesaikan “masalah peribadi” sebelum mengajaknya untuk berdebat. Saya pasti Najib sebenarnya sengaja mengelak kerana pelawaan berdebat tersebut adalah berkaitan dengan isu ekonomi rakyat yang semakin teruk sekarang ini,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Rafizi merasakan sikap Najib yang banyak berdolak-dalik itu sebenarnya menunjukkan beliau membuka pekung di dada sendiri kerana mengalih perhatian isu debat itu kepada isu lain.
“Kenapa isu peribadi yang dibangkitkan, kalau mahu bercerita mengenai peribadi, saya rasa soal peribadi Najib lagi banyak yang boleh kita bangkitkan. Tetapi kita di Parti Keadilan Rakyat tidak mahu berbuat demikian kerana isu rakyat lebih penting yang patut didahulukan.
Sementara itu, beliau tidak menolak serangan peribadi terhadap Anwar adalah satu cara untuk merosakkan sokongan rakyat terhadap Ketua Umum Keadilan kerana Najib sedia maklum mengenai pengaruh Anwar yang begitu kuat di kalangan rakyat terutama orang-orang Melayu.
“Najib sengaja mahu meruntuhkan sokongan dan kepercayaan rakyat dengan sogokan cerita tersebut di hadapan penduduk Felda semasa ucapannya di Felda Chempelak semalam. Seperti yang kita maklum, pengaruh Anwar begitu kuat sehingga menyebabkan Najib tidak mempunyai alasan lain selain isu peribadi yang terpaksa dibangkitkan sebagai modal untuk berkempen sempena Pilihan Raya Kecil DUN Tenang hujung bulan ini,” katanya.
Selain itu, beliau turut mempersoalkan kewibawaan Najib yang sehingga kini gagal  memberi penjelasan mengenai keadaan ekonomi negara yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.
“Sebenarnya Najib tidak mempunyai jawapan berhubung soal ekonomi yang semakin merudum kerana terlalu banyak cerita yang dijajanya mengatakan ekonomi negara semakin meningkat, walhal masalah ekonomi yang ditanggung negara adalah sebaliknya.

Wang Cari !! Wang mari!! Felda pergi!!


Assalamu'alaikum warga FELDA di Tenang

PRK mari!! Najib mari!! Wang mari!!
RM 1.6 bilion wang mari
Wang mari dengan macam-macam janji.

Warga Felda dia kasi...
Senang hati
Seronok hati
Gumbira hati

Tapi jangan lupa balas budi
Kasi UMNO/BN ngkorang punya undi
I help you.... You help me!!
Itu kerusi jangan kasi lari

Awas warga Felda di Tenang!!

Jangan jadi buta hati
Jangan tertipu lagi
Tanya pada diri sendiri...
Betulkah itu janji??
Atau Najib kencing berdiri??

RM1.6 bilion is a lot of money
Mana dia pergi cari??
Duit ganti rugi pun tak bayar lagi
Aaaii.... masih nak menabur janji??

PRK mari, wang mari, janji mari
PRK pergi... siapapun, tak lagi peduli
Muka pemimpin tak nampak lagi
Janji hanya tinggal janji

Ayuh mari... kita bersatu hati
Laksanakan Program 100 Hari
Ini bukan satu fantasi
Tapi satu realiti....
yang men
-GERUN-kan Najib sendiri

Yeah!! Kita ada BUKU JINGGA
Rakyat terbela negara sejahtera
Say goodbye to 1Malaysia
Juga... Najib punya transformasi gilerr

Change!! Berubahlah hendaknya
Jadikan DUN N.05 Tenang, kita punya!!

Ahli NUJ Digesa Teruskan Sokong Hata Perjuang Kebebasan Media


SHAH ALAM 19 JAN: Ahli Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) digesa terus memberi sokongan kepada presidennya Hata Wahari mempertahankan hak kebebasan media di negara ini daripada kongkongan Umno-Barisan Nasional.
Justeru tindakan syarikat Utusan Malaysia menggantung Hata daripada bertugas sebagai wartawan adalah diluar kewajaran memandangkan beliau merupakan Presiden NUJ.
Bekas Ketua Editor Utusan Melayu, Said Zahari yang dihubungi Tv Selangor  berkata, NUJ perlu memikirkan tindakan sewajarnya terhadap akhbar arus perdana itu bagi mengelakkan kebebasan media terus ditindas proksi Umno-Barisan Nasional.
Tambahnya, perjuangan Hata bukan terbatas kepada Utusan Malaysia malah merangkumi semua pengamal media. 
"Yang sebenarnya Utusan tiada hak membuat begitu. Kalau Utusan mahu melarang dia atau tinggalkan sesuatu tempat bukan hak Utusan. Jadi isu begini, kesatuan harus ambil tindakan. Kesatuan yang dipimpin Hata harus mengambil tindakan menentukan apakah sikap persatuan terhadap perbuatan Utusan ke atas diri Hata. Ini bukan soal Hata dan Utusan sahaja tapi keseluruhannya," jelas beliau kepada Tv Selangor.
Utusan Malaysia mengambil keputusan menggantung Hata daripada bertugas selepas mendapati beliau bebas dengan lantang mengkritik cara akhbar itu menyekat dan memanipulasi maklumat demi kepentingan kerajaan Umno-Barisan Nasional. 
Dalam pada itu, ditanya sekirannya wajar NUJ melakukan membantah terhadap tindakan Utusan Malaysia, Said berkata keputusan tersebut bergantung kepada pekerja Utusan Malaysia yang menganggotai NUJ.
"Itu saya fikir keputusan yang harus diambil oleh pekerja Utusan Malaysia yang menjadi ahli kesatuan itu. Kalau kesatuan itu membincangkan isu ini dan memutuskan untuk mengadakan piket, itu memang hak kesatuan itu. Cuma kita tidak boleh samakan isu yang ada sekarang ini dengan apa yang saya lakukan dulu.
"Walaubagaimana pun kesatuan (NUJ) boleh mengambil tindakan sekirannya difikirkan tidak wajar Utusan menghukum Hata ataupun mengambil tindakan terhadapnya. Itu ada kewajarannya," tambah beliau lagi.
Menurut Said, perjuangan kebebasan media perlu diteruskan kerana beliau mendapati kebebasan kepada pengamal media langsung tidak wujud di negara ini.
Justeru beliau menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh Hata bersamaan dengan perjuangannya pada tahun 1961 apabila pekerja Utusan Malaysia melakukan piket ke atas syarikat tersebut.

Agama Bukan Penghalang Keharmonian Parti Rakan Pakatan Rakyat


SHAH ALAM 19 JAN: Perbezaan agama tidak menjadi batu penghalang kepada komponen Pakatan Rakyat untuk bekerjasama dan melaksanakan agenda pelan pembangunan yang telah dirancang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku, Lau Weng San membidas tindakan Umno-BN menyerang Parti Tindakan Demokrat (DAP) berkenaan isu larangan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi pekerja Islam dari bekerja di premis yang menjual arak dengan mengatakan DAP hanya mahu merosakkan akhlak remaja Islam.
Beliau yang ditemui di sidang media bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di pejabatnya pagi tadi menambah, badan-badan kerajaan perlulah membuat rundingan dan perbincangan dengan pakar-pakar perundangan sebelum melaksanakan apa-apa dasar kerana impak yang diterima oleh masyarakat dalam isu ini amat besar.
Sementara itu Khalid pula berkata, masalah sosial yang timbul akibat gejala arak ini jika tidak dikawal akan menggugat keselamatan dan kesejahteraan kehidupan penduduk tanpa mengira kaum dan agama.
"Saya rasa, khususnya mentaliti di kalangan orang Melayu Islam yang mempunyai satu 'siege mentality' yang malangnya wujud di mana mereka menggangap bahawa masalah orang Islam ini mereka tak boleh bincang dengan semua, masalah ini khas untuk orang Islam dan pemikiran-pemikiran yang teralu eksklusif yang seperti itu perlu kita hakis dan mansuhkan dan kita nak perbincangan ini dilakukan dengan cara yang lebih terbuka dan melibatkan semua pihak," kata beliau.
Beliau turut menyuarakan sokongan beliau kepada cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menubuhkan satu dana khas membantu pekerja Islam yang mahu berhenti daripada bekerja di premis menjual arak.
Katanya lagi, tidak patut ada tanggapan bahawa orang bukan Islam mahu orang Islam bekerja di industri seperti ini agar boleh merosakkan akhlak orang Islam dan pemikiran-pemikiran seperti itu serta memahami bahawa ajaran Islam adalah relevan bukan sahaja kepada orang Islam tetapi juga kepada orang bukan Islam.
Dalam pada itu, Weng San menjelaskan ketiga-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat (PR) sememangnya mempunyai perbezaan pendirian antara satu sama lain tetapi apa yang dititik beratkan ialah persamaan antara mereka di dalam menjalankan polisi-polisi atau melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
"Saya juga ingin menjelaskan kalau ada apa-apa pihak yang cuba mengungkitkan bahawa Pas jadi budak suruhan DAP, DAP jadi budak suruhan Pas, dan PKR jadi budak suruhan Pas dan DAP, saya rasa semua ini adalah karut kerana hubungan kerja antara kerajaan PR di selangor adalah berasaskan kepada konsensus," tegas beliau.
Tambah Khalid, adalah jelas bahawa DAP bukannya anti Islam dan PAS juga bukannya bercita-cita memaksa sesuatu perundangan atau enakmen ke atas masyarakat.
"Khususnya bagi DAP, pasal DAP menjadi serangan bagi Umno, walaupun Umno tak buat apa-apa tetapi dia serang DAP, kata dia menghalang la, apa la, tetapi dia pun tak buat apa-apa pun. Jadi di sana tiada percubaan di pihak  DAP untuk nak halang orang Islam mengamalkan agamanya dan tiada percubaan di pihak Pas untuk menghalang bukan Islam daripada mengamal agama mereka. Itulah konsensus di kalangan kita," jelas beliau lagi. 


Ketuanan Setan : Nenek BERAHI "Anak Ikan" Kena Cekup!


Saya petik:
[HM] ALOR SETAR: Seorang nenek berusia 51 tahun dicekup berkhalwat dengan ‘anak ikannya’ berusia 24 tahun di hotel murah di Shahab Perdana, di sini, malam kelmarin.

Nenek kepada seorang cucu itu dikatakan sanggup menyewa di hotel berkenaan selepas membuat temujanji dengan pasangannya yang 27 tahun lebih muda daripadanya dan masing-masing baru mengenali sejak sebulan lalu.

Difahamkan, mereka berkenalan selepas seorang daripada mereka tersalah mendail nombor telefon sebelum hubungan itu diteruskan sehingga pertemuan di hotel berkenaan.

Mereka dicekup berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat pemeriksaan di hotel itu kira-kira jam 2 pagi.

Ketua Operasi Jaik, Mohd Nasir Md Dali berkata, anggotanya yang membuat pemeriksaan di hotel murah itu mengetuk pintu sebuah bilik dan memberi salam beberapa kali sebelum dibuka seorang wanita yang memakai baju tidur paras lutut.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan, keadaan dalam bilik itu gelap dan diterangi cahaya televisyen tetapi selepas lampu dibuka, anggota penguat kuasa mendapati seorang lelaki yang hanya berseluar jeans tanpa baju di katil.

Hasil pemeriksaan menemui seluar dalam dipercayai milik wanita itu di atas katil.

“Apabila disoal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan suami isteri atau mahram menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.

“Wanita itu memberi alasan hanya berbual dengan pasangannya di bilik itu selepas keluar berjalan-jalan bersama dan singgah di hotel itu dengan mendaftarkan namanya untuk mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Mohd Nasir berkata, pasangan itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Star untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut.
* Gambar sekadar hiasan.

P/s: Seluar dalam nenek di atas katil...alahai!

Kita Melihat KITA Cari Nahas Di DUN Pelabuhan Klang


Datuk Zaid melancarkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) secara rasmi di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara hari ini.

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Bolehlah kita melihat KITA mencari nahas dalam pilihanraya DUN Pelabuhan Klang. Itu pun kalau KITA ingin mencuba nasib. Itu pun sekiranya SPR tidak bersongel-songel seperti yang berlaku di Kedah dulu.

Apapun logo kita agak kreatif, waa menunggu juga bila logo PR nak keluar?

Ketuanan Ego: Muhyiddin mahu BN menang 5,000 undi

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu BN mempertahankan DUN Tenang dengan majoriti lebih 5,000 undi dalam pilihan raya kecil pada Januari ini.

Memandangkan kawasan itu merupakan kubu kuat BN, beliau mahu jumlah itu ditebus kembali berbanding yang diperolehi dalam pilihan raya umum 2008.

“Kerusi Tenang merupakan kubu kuat kita. Pada tahun 2004 kita mendapat lebih 5,000 undi,NONE manakala pada tahun 2008, kita mendapat 2,400 undi. Soalnya (pilhan raya kecil pada) 2011, bagaimana?

“Tinjauan setiausaha agung (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Masor), beliau kata, menang Tan Sri…

"(Jadi) kita nak tebus balik jumlah dahulu seperti tahun 2004 kembali kepada 5,000 undi malah lebih besar pada akan datang,” katanya dalam majlis pengumuman calon BN di perkarangan Pejabat Umno bahagian Labis hari ini.

Dalam ucapannya juga, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN turut mengingatkan bahawa setiap undi itu adalah penting dan menjadi penentu kepada kemenangan BN dalam pilihan raya tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar setiap jentera berkerja bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan calon BN Mohd Azhar Ibrahim dalam pilihan raya tersebut.

“Ini penentu untuk kita memberi isyarat kepada pembangkang bahawa BN Johor lebih kuat,” katanya.

Jangan KO
Dalam pilihan kecil ini, Mohd Azahar bakal dicabar calon PAS Normala Sudirman – yang merupakan bekas seorang guru - dalam pilihan raya kecil kawasan tersebut pada 30 Januari ini.

NONEDalam ucapannya juga, Muhyiddin berkata perpaduan dalam parti merupakan prasyarat untuk menang walaupun umumnya masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asli menyokong BN.

“Tapi jangan kata OK, OK, selepas itu jadi KO,” katanya sambil disambut gelak ketawa penyokong yang hadir.

Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh turut mengingatkan ahli dan jentera parti supaya tidak memandang rendah kepada calon PAS sebaliknya menasihatkan agar bekerjasama untuk mencapai “kemenangan luar biasa” dalam pilihan raya kecil tersebut.

Berucap dihadapan kira-kira 500 penyokong BN, Muhyiddin berkata BN perlu mengambil iktibar selepas berlakukan perubahan lanskap politik pada pilihan raya umum 2008.

Katanya, perubahan tersebut merupakan cabaran yang amat getir kerana BN belum pernah melihat perubahan tersebut sebelum ini sehingga menyebabkan BN gagal mendapat majoriti dua pertiga bagi kerusi parlimen dan kalah di beberapa buah negeri.

Faktor positif
Sehubungan itu, katanya, ekoran daripada kekalahan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mesej rakyat itu dikaji dan diteliti.

“(Oleh itu) kita harus lebih peka, (bahawa kita) mengetahu segala-galanya sudah berlalu. Ini kerana rakyat sudah bijak berbicara, cukup memahami perkembangan dalam dan luar negara, lebih berpengatahuan ICT dan membuat perbandingan.

"Harapan mereka supaya dapat hidup bahagia,” katanya.

Dalam sidang media selepas majlis pengumuman tersebut, Muhyiddin yang juga bekas menteri besar Johor yakin bahawa pengundi di situ akan memberi sokongan kepada Mohd Azahar.

NONEIni kerana berdasarkan kepada latar belakang beliau dan keluarganya, kewibawaan serta berpengalaman sebagai pegawai tadbir maka ia menjadi “faktor positif” dan diterima baik oleh pengundi.

“Semua kepimpinan di Labis telah menyatakan sokongan (kepada beliau) walaupun beliau tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat bahagian. Beliau merupakan anak bekas ketua bahagian, Ibrahim Daud.

“Pengundi Melayu, Cina dan India serta masyarakat orang Asli akan memberi beliau sokongan… Semua (perlu) memberi kerjasama rapat untuk membantu beliau sebagai calon,” katanya.

Muhyiddin turut mengingatkan, jentera BN tidak terlalu yakin kerana perkara tersebut boleh melekakan dan menyebabkan mereka tidak berkerja.

Serah pada polis
Ditanya mengenai kekosongan kerusi Pelabuhan Klang, Selangor yang diumumkan kosong oleh Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim, Muhyiddin berkata:

“Tak apalah, kita selesai (pilihan raya kecil) ini dahulu”.

azlanDitanya mengenai pengarah pelajaran Johor Markom Giran yang didakwa berkempen untuk BN baru-baru ini menyebabkan pembangkang membuat laporan polis terhadapnya, Muhyiddin berkata:

“Saya tidak dapat laporan (lagi)… Serah kepada polis untuk menyiasatnya”.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas soalan pemberiota mengenai keputusan kabinet berhubung novel sastera Interlok karangan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.

Sebaliknya, Muhyiddin berkata beliau akan mengulas mengenai perkara tersebut di majlis yang lain.

‘Saya sendiri tak faham . . .’ Lebih baik lu tak faham...sebab lu bingai..!!!

SHAH ALAM, 19 Jan — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah menafikan dakwaan beliau gagal hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri selama enam bulan tanpa alasan munasabah sebaliknya menegaskan telah memberikan surat cuti sakit.
Badrul Hisham yang dihubungi berkata beliau hanya tidak menghadirkan diri ketika sidang DUN bulan November lepas ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.
“Macam mana kata saya tidak hadir selama enam bulan, saya sendiri tidak faham . . . apa yang pasti saya tidak hadir kerana tidak sihat itupun pada bulan November sahaja,” katanya di sini hari ini.
Dipetik Bernama, beliau mendakwa telah memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim termasuk memberikan surat pengesahan doktor.
Badrul Hisham yang enggan mengulas lanjut berkata beliau menyerahkan kepada Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan sama ada untuk menerima alasan Teng atau sebaliknya.
Badrul Hisham berkata beliau hanya mengetahui mengenai kekosongan kerusi yang disandangnya itu melalui berita di televisyen petang ini.
“Saya kini berada di Shah Alam dan belum dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara itu, sebarang maklumat lanjut saya akan panggil untuk sidang media,” katanya.
Teng dalam satu sidang media hari ini mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong berkuatkuasa 16 Januari lepas berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan Dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.
Badrul Hisham, 50, memenangi kerusi DUN itu sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar daripada PKR pada 29 Oktober 2009 dan menjadi Adun Bebas kawasan Pelabuhan Klang.
Pada 30 April lepas, Badrul Hisham menyerahkan borang keahlian Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak selepas Presiden Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Janda Baik, Pahang.

Kita Serupa : Memperkenalkan KITA / Introducing KITA......Jangan KITAR SEMULA dah lah..!!

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera and a very good morning.

Dunia politik kita kalanya amat menyedihkan, sehingga untuk hadir ke majlis seperti ini pun rakyat harus bersikap berani. Justeru, saya amat menghargai kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini.
Izinkan saya mulai dengan menyampaikan penghargaan atas kehadiran wakil-wakil badan politik dan NGO dan wakil-wakil Kedutaan Asing.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Arus politik negara kita kini berada pada tahap yang kurang baik; sentiasa tegang. Namun beberapa tahun kebelakangan ini politik tanah air menyaksikan anjakan penting bukan sahaja dari segi cara kita berpolitik, bahkan juga cara kita bertindak balas atau memberikan reaksi terhadap sesuatu persoalan politik. Ini menunjukkan bahawa apabila keadaan mendesak, apabila harapan musnah, apabila marah dan kecewa, rakyat Malaysia berani bangun dan berdiri teguh.
Parti KITA adalah hasil daripada anjakan tersebut; perkiraan politik dalam demokrasi yang sedang berkembang.
Daripada pilihan raya 2008 yang membawa perubahan besar kepada landskap politik tanah air itu, kita belajar bahawa kewujudan pembangkang yang kuat saja tidak memadai. Kita perlu pembangkang yang bagus dan membina; pembangkang yang sanggup menangani isu-isu berat dan sanggup melibatkan diri dengan orang ramai, demi kelangsungan perubahan yang bermakna — perubahan yang melampaui soal untuk menang pilihan raya semata-mata.
Menjadi pembangkang bukan hanya bererti menyuarakan bangkangan. Pembangkang juga berperanan menyumbang ke arah pembentukan sebuah negara yang kita idamkan, sebuah kerajaan yang layak buat kita. Menjadi pembangkang juga bererti kita melibatkan diri dalam politik yang berteraskan dasar-dasar yang saksama dan adil, serta ideologi yang jelas — ideologi yang dapat difahami dan diterima dengan mudah oleh rakyat negara ini. Maka, persoalannya, siapa yang anda patut undi? Apakah jenis kerajaan yang anda mahu? Pembangkang yang bagaimana yang anda mahukan?
Begitupun, pilihan kita terbatas. Selalunya, kita sukar memilih antara jauhari dengan manikam. Apakah kita mahu terus berada di bawah kerajaan yang mahu “mempertahankan Putrajaya tidak kira setinggi mana kosnya,” atau tunduk di bawah pesona sebuah barisan pembangkang yang akan berjanji apa saja dan melakukan apa saja untuk memenangi pilihan raya?
Dalam tempoh yang agak singkat, kita menyaksikan kedua-dua pakatan parti politik ini sedikit demi sedikit makin goyah. Barisan, yang telah berusia, mulai goyah kerana ia tidak mampu membebaskan dirinya daripada belenggu masa lampau. Ia terlalu takut dan terlalu angkuh untuk berubah. Pakatan yang lebih muda pula, mula goyah kerana mereka tidak mempunyai resipi perubahan yang tulen. Ia terperangkap dalam reformasi ciptaan sendiri sehingga lupa maksud perubahan sebenar.
Memang benar, parti baru ini dipandang dengan rasa curiga, malah dengan cemuhan. Ada kalangan yang mempersoalkan keperluan wujudnya sebuah lagi parti politik. Mereka meluahkan rasa tidak senang, melihatnya tidak lebih sebagai pengacau dalam pilihan raya akan datang. Ia dianggap akan menjejaskan peluang pembangkang.
Mereka inilah juga yang memuji-muji nilai demokrasi tetapi pada masa yang sama tidak mempedulikan prinsip yang paling asasi: iaitu bahawa setiap suara mempunyai hak untuk diperdengarkan. Tidak kira seberapa kecil sekali pun suara itu. Suara ini mungkin akan disambut baik oleh rakyat negara ini. Hanya masa yang akan menentukan.
Mungkin saudara-saudari hadir ke majlis ini atas sebab-sebab yang berlainan. Namun, kita semua berkongsi satu perkara yang sama. Kita semua mengimpikan sebuah negara Malaysia yang lebih baik. Saya, seperti anda juga, dan seperti jutaan rakyat yang berada di luar sana, hanya mahukan sebuah negara yang lebih selamat dan sejahtera untuk anak cucu kita. Inilah satu-satunya impian yang mendorong kita.
2.
Hari ini, kita dapati bahawa rakyat dihidangkan cara berpolitik yang ganas. Yang kita dengar dan lihat hanyalah polemik, tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah dan kecam- mengecam di kalangan ahli-ahli politik kita; di majlis-majlis umum, di perhimpunan-perhimpunan politik yang tidak kunjung henti, di parlimen, di televisyen, di ruang maya Internet. Di ruang maya ini, ahli-ahli politik dari kedua-dua pihak sanggup menggaji parasit-parasit untuk menulis blog-blog, serta mencipta laman-laman web untuk memfitnah dan mencerca kalangan yang tidak berkongsi pandangan dan tidak sehaluan dengan mereka.
Politik hari ini lebih merupakan pertempuran sengit antara parti yang memerintah dengan pembangkang; makna dan tujuan kewujudan mereka tidak lain hanya untuk berebut kuasa. Dalam proses itu, mereka lupa perkara terpenting yang mereka mula-mula ikrarkan: iaitu untuk memelihara kepentingan dan kesejahteraan rakyat jelata.
Majoriti rakyat terpaksa mengikat perut kerana gaji yang terlalu kecil, sedangkan sebahagian besar harga barangan dan perkhidmatan telah melambung di luar kemampuan kebanyakan mereka. Di jalanan, isteri dan anak-anak kita berselisih bahu dengan penyangak, penyamun, pencuri dan penganggur. Polis, yang tugas hakikinya adalah untuk melindungi kita, dilihat lebih cenderung menggunakan kekerasan walaupun kekerasan tidak diperlukan untuk menjaga kesejahteraan awam. Anak-anak tidak bersenjata dan tahanan lokap menjadi mangsa.
Mahkamah kita pula begitu cekap dalam mempercepatkan perbicaraan kes-kes kemalangan dan memenjarakan orang miskin yang mencuri di pasar raya, tetapi terus takut membuat keputusan-keputusan penting, yang sensitif dan rumit, jika ia tidak menyenangkan golongan berkuasa. Kita biasa mendengar kisah-kisah menyayat hati di mana ibu atau bapa hilang hak penjagaan ke atas anaknya kerana pasangannya telah bertukar agama dan Mahkamah Sivil pula tidak berupaya menyelesaikannya.
Si kaya bertambah kaya. Golongan bangsawan, golongan yang mempunyai “hubungan baik” dengan pihak atasan, golongan elit, terus-menerus hidup selesa. Daripada bapa kepada anak. Daripada kawan kepada kroni. Mereka tidak peduli jika tabiat rakus mereka menjejaskan golongan terpinggir dan miskin. Mereka membuat peraturan-peraturan baru dan mengetepikan prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan untuk mengekalkan kuasa mereka.
Mereka mengubah bentuk dan makna prinsip-prinsip perlembagaan; mereka menulis semula buku-buku sejarah untuk mencipta sebuah dunia baru; mereka menapis buku-buku dan filem-filem untuk menafikan apa saja daya cipta yang tersisa dalam kalangan kita — semua ini bagi memastikan agar ramuan tipu-helah dan kawalan ke atas rakyat akan mengekalkan cengkaman mereka terhadap kuasa.
Hari ini, legitimasi untuk memerintah berada dalam genggaman mereka yang kuat dan dominan. Demokrasi kebebasan dan hak individu tidak dihormati lagi. Mereka malah menafikan peluang anak-anak di sekolah untuk lebih mempelajari bahasa Inggeris, bahasa pengetahuan antarabangsa, sedangkan anak-anak mereka sendiri belajar di sekolah-sekolah antarabangsa, atau ke Amerika dan ke tempat-tempat lain. Bukan ini yang kita mahukan untuk Malaysia kita.
Kita semua bimbang tentang keadaan negara kita. Hari ini kita tidak lagi bersatu seperti dulu; ekonomi kita tidak lagi mantap; anak-anak kita tidak lagi terdidik dalam pengertian sebenar dunia pendidikan. Dunia politik kita telah menjadi medan tempur yang begitu sengit sehingga akal dan hujah telah tercampak jauh ke tepi.
3.
Sebenarnya keperluan, keinginan dan harapan rakyat adalah amat sederhana. Kita hanya mahu dilayan secara saksama dan bermaruah. Kita mahu kepercayaan dan agama kita dihormati. Kita mahu hak-hak asasi dan adat-resam kita mendapat pembelaan. Kita tidak mahu merasa bahawa kita ini warga kelas kedua atau ketiga. Kita mahu merasakan berada dalam masyarakat yang anggota-anggotanya adalah setaraf; tidak jauh bezanya diantara yang kaya dan yang miskin.
Kita tidak mahu dibanjiri dengan kata-kata basi, dengan ungkapan-ungkapan dan slogan-slogan tidak bermakna. Kita tidak mahu dituduh tidak patriotik hanya kerana anak-anak kita tidak menyertai angkatan bersenjata. Kita tidak mahu meringkuk dalam keadaan miskin dan hak-hak asasi dirampas.
Kita mahu percaya bahawa jika anak kita mendapat 10A, dia ada peluang yang sama untuk mendapatkan biasiswa seperti yang lain. Kita berharap setiap anak yang memiliki ijazah berpeluang mendapat kerja, kerana jika kerajaan memberikan pinjaman untuk anak kita melanjutkan pengajian, maka mereka harus mampu mendapatkan kerja untuk membayar pinjaman tersebut. Kita mahu jika mereka mendapat gaji yang sama seperti rakan-rakan mereka, mereka juga berhak mendapat potongan 7 peratus daripada harga rumah mampu milik.
Kita mahukan perkara-perkara yang menjadi hak kita: peluang setara untuk semua, tanpa mengira kedudukan, bangsa, atau agama. Kita mahu kesetaraan dalam perkongsian dan pengagihan kekayaan negara. Kita mahukan sekolah-sekolah dan universiti-universiti yang bagus. Kita mahu sebuah kerajaan yang telus dan bertanggungjawab; sebuah pasukan polis yang cukup bilangan anggotanya, terlatih dengan baik dan mampu menjaga keselamatan dan kestabilan yang kita perlukan. Kita mahu mahkamah dan institusi-institusi awam yang lain melindungi kepentingan dan kebajikan orang ramai, bukannya menjadi khadam golongan berkuasa.
Orang ramai hanya mahu merasa diri mereka menjadi sebahagian daripada negara ini, kerana Malaysia adalah negara dan rumah mereka. Malaysia adalah tempat lahir mereka. Malaysia adalah satu-satunya negara yang mereka kenal. Mereka hanya mahu merasakan sumbangan mereka bernilai. Mereka mahu merasa memiliki tanah air ini, tidak kira sama ada moyang mereka tiba ke sini pada kurun ke-15, atau sama ada mereka datang sebagai buruh kontrak, atau sama ada mereka hanya menjadi warganegara berikutan kemerdekaan negara daripada British.
Ini semua kehendak yang sederhana. Ia bukannya berlebihan atau tidak realistik; ia kehendak yang hakiki, yang sejagat, yang menjadi harapan dan hak setiap warga di mana-mana bahagian dunia sekali pun. Kehendak ini merupakan ciri-ciri jelas dalam hubungan antara rakyat dan kerajaan di setiap negara bebas.
Kerajaan Barisan Nasional telah gagal menerapkan prinsip-prinsip pemerintahan yang asasi bagi memenuhi keperluan kita yang paling asas. Ia telah berpaling dan mengabaikan janji-janji para pengasas negara kita. Hari-hari di mana kepimpinan diasaskan pada integriti, kebertanggungjawaban, kebolehpercayaan, kebajikan, kesaksamaan dan keadilan telah lama pudar. Para pemimpin kita telah membuang nilai-nilai ini; tuan-tuan dan puan-puan mereka telah melupakan semua prinsip yang menjadi sandaran kita sebagai bangsa Malaysia untuk mengasaskan dan membangunkan negara ini.
4.
Your Excellencies, ladies and gentlemen. Thank you for your presence here. We are gathered here this morning to celebrate a new political party, KITA. We are here to mark a new dawn in Malaysian politics. A political party that is markedly different from the BN and the Pakatan Rakyat groupings. We unashamedly declare that we are for equality for all citizens; that our democracy is grounded on the Rule of Law; that our secular Federal Constitution is and remains the Supreme Law of the land. We believe only a moderate, democratic and liberal government can bring unity and peace to the country. We believe that without genuine unity, we will not succeed.
Tunku Abdul Rahman was, is, and always shall be the greatest hero that Malaysia has. On the day we received our Independence, on that great day in our history, Tunku Abdul Rahman said:
“At this solemn moment, therefore I call upon you to dedicate yourselves to the service of the new Malaya; to work and strive with hand and brain to create a new nation, inspired by the ideals of justice and liberty – a beacon of light in a disturbed and distracted world.”
Two years later he said in Penang:
“The only good thing about the people of Malaya was that they bear no ill will towards one another. Each one goes his own way without interfering with the customs or trade of the other, at the same time they join one another in most of the common activities to their own particular race or creed. Happily with this characteristic forming the background, we can easily pursue the policy that ?in diversity, we find unity? and it is in this understanding that Malaya entered the threshold of independence”.
The Tunku was, above all else, a dreamer. He was an idealist. He built this country upon the wonderful notion that unity and diversity aren?t mutually exclusive. That they can coexist.
He built this country upon utopian ideals. And though far from immaculate, there is, nonetheless, an elegance in his conception. The idea that people of different sorts could endure and care for one another for now and forever. For themselves and by themselves. That their common humanity would displace their differences. That there would be poetry in their idiosyncrasy. And that harmony would come naturally and their compassion the final arbiter of their disputes.
My friends, today, we are here to re-launch a political party we call KITA. Today, as but a minnow in the shadow of the great Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, I implore you, and I plead with you to join hands with us to bring back real unity of the people of Malaysia. Without true unity we can never prosper; if we continue to be divided as we are today, we can never be a great nation that all of us want. Let us together resurrect the spirit of Merdeka; and honour and uphold the true intent of the 1957 Federal Constitution and the 1963 Malaysia Agreement — to once again bring unity and happiness to the people of this country.
Because there needs to be a resurgence of that kind of idealism in our politics. The politics of sacrifice for the well being of all; the politics that transcend race and narrow religious consideration. The politics of not trying to kill your opponent but to bring consensus and polite engagement to the discussion table.
The hope and the promise set out by Tunku and our founding fathers: Tun Abdul Razak Hussein, Tun Ismail Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun H S Lee, Tun V T Sambanthan, Tun Fuad Stephens, Tun Datu Mustapha Harun, Datuk Penghulu Tawie Sli, Tun Temenggong Jugah, Tan Sri Datuk Stephen Kalong Ningkan and other pioneering spirits must be realized. Malaysians have goodwill; they have good sense; they have a sense of community and commonality and it is this spirit, which will bring us together again, to honour and to respect one another.
The people of this country now have choices they can make. They can continue living in the world of divide and rule — that BN way where hegemony and control are necessary features. They can opt for the nice sounding reformist Government of the Opposition and hope they are what they say they are. Or the people can be with us.
History and experience have taught us some hard lessons. That BN will always be autocratic and authoritarian. They cannot change. The present Prime minister, by training, by education, by upbringing, is most suited amongst UMNO leaders to implement progressive and modern changes to the country. But even he will not get the support from the many layers of extremists within his party.
It has taught us that the opposition, with Anwar Ibrahim as its leader, will continue to play to your emotions, will continue to lead you on that bridal path, saying anything it takes in order to take over Putrajaya, in order to cast aside his own personal problems. PAS will not abandon its Islamic state agenda. And the DAP is gravely mistaken if they think they are in an alliance that will allow Malaysia to remain free, secular, and democratic.
KITA’s main thrust is to bring back unity of the people of Malaysia; to bring back the politics of goodwill and compromise that started this nation 54 years ago. We wish to lay solid foundation for the rebuilding of this young nation; so that politics and public service can be made honourable once again. KITA is not just a political party; its a movement; its an ethos to be handed down to the future generation.
5.
Saudara-saudari, kita hari ini berkumpul di sini kerana KITA percaya dengan perkara-perkara berkenaan, dengan matlamat-matlamat berkenaan, dan dengan citra-citra unggul berkenaan. Untuk tujuan-tujuan ini KITA melafazkan ikrar berikut, tanpa ragu:
Untuk mengakhiri semua bentuk diskriminasi dan menegakkan rukun Perlembagaan Persekutuan. KITA akan mempertahankan hak semua warga secara saksama. KITA mahu undang-undang diluluskan bagi menguruskan perhubungan kaum secara sihat dan mempromosi amalan-amalan non-diskriminasi dalam negara.
KITA akan berusaha tanpa lelah untuk mencapai kesatuan bangsa Malaysia dengan menolak faham ketuanan dan apa jua jenis hegemoni. Sebaliknya, KITA akan berjuang untuk membina dunia politik yang setara dan saksama untuk semua kaum; berasaskan prinsip-prinsip yang tulus, luhur, dan berdaya maju, serta idealisme baru yang bersesuaian dengan tuntutan sebuah Malaysia yang moden dan serba merangkumi.
Perlindungan yang ditawarkan menerusi Perkara 153 dalam Perlembagaan akan dipatuhi dan dilaksanakan. Langkah-langkah yang perlu untuk mencapai matlamat utama peruntukan tersebut akan dikemukakan kepada Parlimen. KITA tidak akan membenarkan peruntukan-peruntukan berkaitan keistimewaan Bumiputera disalahgunakan.
KITA juga tidak akan membenarkan peruntukan tersebut dipakai sebagai alat untuk mendiskriminasikan. Tidak ada negara di dunia moden ini mampu bertahan jika warganya dibeza-bezakan dan dikelaskan menurut cara yang sedang kita amalkan. Golongan miskin dan terbiar di mana-mana tempat sekalipun akan terus diberi penjagaan dan perhatian khas, selain keistimewaan yang perlu bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Bagi orang Melayu, kita tidak akan melalaikan anda dengan rasa selamat yang palsu, iaitu dengan cara membuatkan anda percaya bahawa anda mempunyai hak yang lebih berbanding kaum lain. Kita akan beritahu kepada anda bahawa anda telah mempunyai cukup hak dan keistimewaan untuk berjaya; yang anda perlukan ialah menambah kemahiran dan daya saing untuk menempuh abad ke-21 ini.
Kita akan menjadikan anda mampu menjaga nama baik Melayu dengan cara memastikan anda mendapat pendidikan terbaik yang mampu negara tawarkan; dilatih oleh guru-guru terbaik; diberi kemahiran ke tahap tertinggi agar anda menjadi produktif dan berdaya saing.
KITA akan bantu golongan miskin dan kurang bernasib baik untuk berjaya dalam perniagaan tanpa perlu menyewakan atau menjual nama, serta tanpa perlu menjadi anggota parti pemerintah. Menerusi etika kerja yang betul dan perubahan budaya, anda akan membaca jenis buku yang betul, anda akan bercakap dengan yakin, dan anda akan dilengkapi untuk bersaing dalam dunia yang sentiasa berubah ini.
Anda akan menjadi manusia berjaya dalam pengertian sebenar. Anda tidak akan perlu menghunus keris agar orang gerun dengan anda, atau menyebut-nyebut tentang asal-usul anda untuk tampil istimewa. Anda tidak lagi akan sekadar menjadi sebuah takrif dalam perlembagaan Persekutuan. Anda akan jadi Melayu sejati dalam masyarakat Malaysia yang lebih besar.
KITA akan memastikan orang Islam mencapai ketinggian rohani yang dijanjikan agama Islam. Tidak ada sesiapa dapat merampas Islam daripada anda. Islam mesti dipimpin dan dipupuk oleh para sarjana dan intelektual-intelektual Islam yang berhati mulia dan berbelas-ihsan, kerana Islam adalah sebuah agama pengasih sepertimana dapat kita lihat dalam tradisi-tradisi agung Islam yang silam.
Intelektual dan sarjana hanya dapat berkembang dalam suasana bebas. Para birokrat, orang-orang yang makan gaji, dan ahli-ahli politik, hanya mampu mencemarkan nama baik Islam dengan memperkenalkan aturan-aturan yang mengekang dan mengelirukan, selain aturan-aturan yang memudaratkan keharmonian dan toleransi keagamaan di negara ini. Negara ini diasaskan sebagai negara demokrasi berperlembagaan yang sekular, dengan Islam sebagai agama rasmi, maka ia harus kekal sebegitu.
Untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan dalam sebuah negara berbilang agama, kepercayaan agama tidak boleh menentukan dasar awam melampaui nilai-nilai kemanusiaan yang diterima umum. Jika kita memilih untuk mengabaikan prinsip ini, kita yang akan musnah.
Jika kita menerima prinsip-prinsip sekular sebagai asas dasar awam, jika kita benar-benar menerima kedaulatan Perlembagaan Persekutuan sebagai prinsip pemandu kita, akan lebih mudah untuk menemukan penyelesaian bagi persoalan-persoalan yang kita hadapi. Contohnya berkaitan rumah ibadat, konflik undang-undang peribadi, konflik bidang kuasa mahkamah sivil dan Syariah, serta banyak lagi masalah lain yang kekal tidak terungkai sampai hari ini. Islam sebagai agama rasmi akan terus dihormati dan ia akan kembali suci apabila ia tidak lagi menjadi alat politik.
Kepada anak-anak muda, KITA menjanjikan anda dasar pendidikan yang terbuka, pada tahap yang bersesuaian dengan dunia baru. Jenis dasar yang menghargai daya cipta. Jenis dasar yang membangunkan minda negara maju. KITA tidak akan menjadi golongan munafik yang menghantar anak-anak mereka ke kolej-kolej di Barat tetapi membentuk kurikulum yang berbeza untuk rakyat biasa.
Sebaliknya KITA akan membenarkan dunia akademik diuruskan oleh ahli-ahli akademik, manakala ahli-ahli politik pula tidak akan dibenarkan menentukan cara universiti-universiti dan sekolah-sekolah dikendalikan. Kecemerlangan dan kesarjanaan akan menjadi pengukur kejayaan, bukannya jumlah graduan yang dihasilkan. KITA akan melindungi anda daripada ibu-bapa dan pihak berkuasa agama yang mahu mengahwinkan anda ketika anda belum pun layak memandu kereta atau menandatangani sebarang kontrak.
Dasar ekonomi KITA adalah daripada jenis yang akan menguruskan kekayaan negara dengan hemat dan cermat. Tidak ada projek raksasa, kecuali yang benar-benar akan memberi manfaat kepada rakyat. KITA mendukung usaha Perdana Menteri untuk mengeluarkan Malaysia daripada perangkap pendapatan sederhana dengan menekankan perubahan mesra pasaran; tetapi untuk melakukan hal ini beliau perlu berani meruntuhkan dasar-dasar pro-bumiputera yang mengekang perubahan sebenar.
KITA akan bekerjasama dengan kerajaan untuk menjelaskan kepada Bumiputera bahawa kemakmuran berjangka panjang—kemakmuran yang datang menerusi ekonomi berpendapatan tinggi—adalah satu-satunya jaminan kesejahteraan mereka. Kemakmuran jangka panjang ini hanya dapat dicapai jika semua rakyat Malaysia turut memberi sumbangan apabila berlakunya perubahan struktur dasar-dasar pendidikan dan ekonomi.
KITA akan mengembalikan kuasa kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Anda akan berpeluang melantik rakyat negeri anda dalam pentadbiran negeri. Kerja merompak kekayaan negeri oleh golongan kaya dan berkuasa wajib dihentikan. KITA perlu melantik para pemimpin yang mengutamakan kepentingan rakyat, bukannya pemimpin yang kerjanya menghampar peta Borneo untuk menuding bahagian hutan mana yang mahu mereka tarah untuk diri sendiri, sanak-keluarga dan kroni-kroni.
Rakyat Sabah dan Sarawak harus membuang label fixed deposit, simpanan tetap, yang dikenakan kepada mereka lantaran tindakan mereka yang terus-menerus mengundi rejim yang menafikan hak mereka sepanjang sebahagian besar usia merdeka. Mereka tidak harus takut membuat perubahan. Dalam beberapa tahun mendatang, Sabah dan Sarawak akan menjadi penentu perubahan bagi Malaysia secara keseluruhannya.
Rakyat Sabah dan Sarawak harus mengumpul keberanian untuk menentukan masa depan mereka sendiri. Mereka perlu sedar bahawa mereka dapat menentukan bentuk negara Malaysia. Mereka mampu menentukan sama ada Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara demokrasi yang kosmopolitan dan berbilang etnik, atau sama ada ia akan dikuasai oleh politik hegemoni.
Mereka dapat menentukan Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara demokrasi sekular yang bebas atau ia akan ditindas oleh majoriti. Mereka boleh memutuskan untuk menjadikan Kota Kinabalu dan Kuching sebagai pusat kekuasaan, atau mereka boleh terus tunduk kepada kalangan yang berada di Putrajaya.
Untuk tujuan ini, KITA akan berbincang dengan rakyat di kedua-dua negeri untuk mencari titik temu yang akan membolehkan hasrat dan semangat Perjanjian Malaysia 1963 dicapai. Kekayaan kedua-dua negeri ini yang telah menjadikannya antara negeri paling makmur pada tahun 1970-an perlu dipulangkan. Rakyat Sabah dan Sarawak berhak mengubah nasib. KITA akan sama- sama berjuang untuk mereka.
Kita mengiktiraf sumbangan masyarakat Cina terhadap pembangunan negara. Walaupun Yap ah Loy hanya tercatat satu baris sahaja dalam buku sejarah di sekolah, sumbangannya agak besar. Cuma saya mengharapkan anda membuka perniagaan anda dan rangkaian pembekalan kepada golongan-golongan lain.
Kita kenal semangat keusahawanan anda dan mengharap anda akan menyokong dan bekerjasama dengan warga-warga Malaysia lain yang kurang berbakat. Masa depan negara ini amat berkait dengan kejayaan dan sumbangan anda. KITA tidak akan menjatuhkan anda untuk membolehkan golongan lain naik. Anda akan menjadi rakan kongsi dalam pembinaan negara ini.
Kepada masyarakat India, khususnya yang miskin dan tercicir di kalangan anda, sama ada di kota atau di ladang-ladang, KITA akan berikan anda tanah untuk anda bangunkan, sepertimana rakan-rakan Melayu anda yang mempunyai FELDA dan FELCRA yang membantu mereka. Para nenek moyang anda telah membina landasan kereta api dan jalan-jalan negara Malaya. Nenek moyang anda juga berjasa atas kejayaan industri getah berpuluh tahun sebelum merdeka.
Usaha dan jerih-perih mereka tidak akan dilupakan. Tidak seperti MIC, KITA tidak berjanji untuk menjadikan anda jutawan; KITA juga tidak seperti Kerajaan Pakatan yang memberi bantuan tunai bersifat sementara kepada anda. KITA akan memberi sokongan yang sebenar dan bermakna.
KITA akan membasmi korupsi, tidak kira dari mana datangnya. Barisan pegawai tinggi pasukan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah akan kembali dipenuhi oleh pegawai/kakitangan berintegriti dan bermaruah. Untuk melengkapi hal ini, kami akan memastikan pejabat Peguam Negara bertanggungjawab atas tindakan-tindakannya. Tidak lagi memadai untuk Peguam Negara mengatakan sesuatu kes itu ditutup tanpa dia perlu memberi penjelasan di Parlimen.
Undang-undang akan dibentuk untuk mengatur pendanaan politik, memandangkan inilah sumber utama korupsi. Perkhidmatan Awam akan diterajui oleh mereka yang bersedia untuk bersikap profesional dalam menjalankan tugasan dan mereka yang memahami peranan mereka sebagai pelindung kepentingan awam serta benci menjadi juak ahli-ahli politik.
6.
Inilah kembara yang sedang kita mulai. Inilah perubahan sebenar yang KITA ingin laksanakan. Tidak syak lagi anda tertanya-tanya, bagaimanakah KITA akan lakukan semua ini? Bolehkah KITA menunaikan ikrarnya? Apa beza KITA dengan semua parti politik lain serta janji-janji mereka?
Apa yang memisahkan KITA dari mereka? KITA berterus-terang, tulus dan tidak gentar. Ideal politik KITA jelas dan konsisten. KITA tidak perlu berselindung. KITA tidak menyebut satu perkara di London tetapi kemudian menafikannya di Kuala Lumpur. KITA tidak sebut suatu perkara di depan Melayu dan sebut yang lain pula di depan bangsa lain.
Tiga perkataan membezakan Parti KITA dengan parti-parti lain: Moderat, Demokratik, Liberal. Parti ini parti yang berideologi — berakar pada falsafah yang liberal, berpandukan prinsip yang demokratik, dan dipacu berteraskan sifat-sifat kesederhanaan. Parti KITA tidak lahir untuk memonopoli atau mengawal mana-mana kelompok. Jauh sekali untuk mengubah catatan sejarah yang tidak kita sukai.
Parti KITA lahir bagi membolehkan rakyat Malaysia hidup bersama dan dapat saling menerima. Parti KITA tidak percaya dengan pendirian-pendirian yang ekstrem; tidak menentang semata-mata kerana hendak membangkang, atau kerana ia kerja politik yang mudah atau kerana hendak mendapatkan “mileage” politik.
Parti KITA percaya masih ada ruang untuk politik yang berteraskan idealisme yang tulen di Malaysia ini. Yang turut membezakan kita daripada yang lain ialah Parti KITA siap untuk berjuang dalam jangka panjang. Tujuan Parti KITA bukan untuk mendapatkan sebanyak mungkin bilangan kerusi dalam pilihan raya akan datang. Perjuangan Parti KITA bukan hendak mengambil alih Putrajaya. Kita berjuang untuk membawa perubahan sebenar dalam cara berpolitik dan nilai politik.
Parti KITA sedar bahawa anjakan yang kita inginkan ini akan mengambil masa untuk membuahkan hasil. Tsunami politik tidak akan berpanjangan. Sifatnya adalah sementara. Ia berlaku secara mendadak dan mengejutkan. Tetapi ujian sebenar tiba sebaik saja air telah surut. Perubahan sebenar tidak terhasil melalui sikap gopoh dan tindakan spontan. Perubahan sebenar dan berpanjangan lahir melalui evolusi, bukan revolusi.
Justeru, majlis pada hari ini adalah untuk meletakkan batu asas sebuah harapan baru buat generasi masa depan Malaysia. Untuk memberi harapan kepada generasi muda bahawa politik dan khidmat awam boleh dipulihkan maruahnya. Inilah Parti KITA.
Saya bukan orang muda. Perjalanan ini bakal memakan masa yang panjang dan mungkin akan melepasi tempoh hayat saya. Usaha ini bukan untuk saya tetapi ia untuk anda, anak anda, cucu-cicit anda. Justeru, Parti KITA bukan sebuah parti politik semata-mata, ia sebuah gerakan, sebuah etos yang perlu diwarisi; sebuah permulaan.
Saya harap anda akan menyertai Parti KITA. Anda semua, muda-mudi berjiwa bebas- merdeka, anda pemelihara masa depan Malaysia. Saya harap anda akan bersama-sama untuk mencapai impian ini, untuk menghidupkan citra unggul ini, untuk memikul wawasan gemilang bernama MALAYSIA.

Terima Kasih.
Zaid Ibrahim
19 Januari 2011, Kuala Lumpur

Peneroka dakwa pelajar sekolah terlibat kempen Tenang

Seorang peneroka Felda membuat laporan polis mendakwa sekumpulan pelajar sekolah tingkatan empat dan lima terlibat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Peneroka Felda Bukit Batu, dekat Kulai, Norzaidi Rahamat mendakwa beliau mendapati perkara itu apabila ternampak kumpulan itu menunggu bas untuk ke Felda Cemplak Segamat - tempat lawatan Datuk Seri Najib Razak semalam - untuk berkempen.

NONEDalam kejadian kira-kira jam enam pagi itu, Norzaid, 43,i yang juga ahli jawatankuasa (AJK) Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) - NGO yang rapat dengan PAS - menjelaskan beliau ketika itu sedang pulang dari masjid.

Kesemua mereka berpakaian biasa dan disertai ketua kampung dan AJK Felda Bukit Batu, dakwanya lagi.

"Laporan ini dibuat untuk tindakan pihak yang berkuasa supaya di masa akan datang tidak berlaku perkara seperti ini," laporan polisnya dipetik.

Aduan itu didedahkan oleh Ketua Penerangan PAS Johor Mazlan Aliman dalam sidang medianya pagi tadi. Norzaidi tidak hadir dalam sesi itu.

Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Negeri Telah Dipersembah Kepada Sultan Selangor


SHAH ALAM 19 JAN : Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor menyembah ucapan terima kasih kepada DYMM Sultan Selangor  Sultan Sarafuddin Idris Shah kerana memberi pekenan untuk membentangkan cadangan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 pada sidang DUN 24 Januari depan.
Dalam perjumpaan mingguan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan DYMM Sultan Selangor pagi tadi, Tan Sri Khalid telah mempersembahkan Rang Undang-Undang yang boleh mengembalikan kuasa pelantikan kepada Sultan dan Menteri Besar. 
"Kami menghargai keperihatinan DYMM Sultan kepada usaha kerajaan negeri untuk mengembalikan kuasa Negeri dalam perlantikan tiga pegawai iaitu Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri," kata Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang media di pejabatnya.
Bercakap kepada media, Khalid berkata pindaan bertujuan mengembalikan prosedur pelantikan tiga pegawai tersebut seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negeri sebelum ianya dipinda pada tahun 1993.
Tambahnya, rang undang-undang tersebut akan dihebahkan kepada orang ramai supaya dapat dibincangkan sebelum dibawa ke DUN Selangor untuk dibentangkan nanti.
Pindaan yang akan dicadangkan ialah Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal berikut:
"Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.
Dengan Syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."
Menurut Tan Sri Khalid lagi, pindaan tersebut tidak akan melibatkan sebarang peruntukan kewangan.
"Ini selaras dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban kerajaan Pakatan Rakyat Selangor," jelas beliau.
Dalam pada itu pada sidang media yang sama, Tan Sri Khalid mengecam tindakan meletakkan bangkai ayam di pejabat Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching hari ini sebagai ugutan bunuh.
"Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan perbuatan sebegini tidak dapat menyelesaikan sebarang permasalahan," tegasnya lagi.

Elak kerja di tempat arak: S'gor peruntuk RM10 juta

Kerajaan negeri Selangor mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan penjualan arak mencari pekerjaan alternatif, kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

NONE“Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.

“Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, larangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak merupakan satu langkah untuk membendung mereka daripada terjerumus kepada pekerjaan yang tidak halal.

“Enakmen tersebut juga menggesa agar umat Islam supaya memilih pekerjaan yang memberikan rezeki yang lebih berkat.

NONE“Kerajaan negeri merasa simpati kepada umat Islam yang berkerja di premis-premis seperti kilang arak, kelab malam dan premis-premis yang melibatkan arak dalam sektor pekerjaan mereka.

“Justeru, kerajaan negeri telah memperuntukan RM 10 juta untuk membantu mereka untuk memilih pekerjaan alternatif yang lebih lumayan dan berkat,” katanya.

Menurut Yaakob, mereka yang berminat boleh terus ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk memohon bantuan berkenaan.

PRK Tenang : Itulah Umno, jenazah terbiar rai pemimpin

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Para pengundi di kawasan Dun Tenang, khasnya dan penduduk di seluruh negara amnya, boleh melihat sendiri betapa Umno tidak mementingkan agama dalam sistem pentadbirannya dan dalam kehidupan di dunia ini.
Bukti terbaru yang paling jelas boleh dilihat terhadap sikap mereka yang tidak langsung mengambil peduli tentang tanggungjawab fardu kifayah, apabila Setiausaha Umno di kawasan Dun Tenang meninggal dunia semalam dibiarkan begitu sahaja.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh (gambar) berkata, kejadian itu merupakan satu petunjuk Allah kepada orang ramai betapa Umno hanya bercakap mementingkan agama, tetapi tidak melaksanakannya.
Menurut beliau, semua itu amat berbeza dengan PAS yang sememangnya mementingkan agama dalam segala hal, sehingga ternyata PASlah yang ternyata lebih terkehadapan dalam aspek agama dalam semua bidang berbanding Umno.
"Pada hal, urusan menguruskan kematian seseorang itu adalah satu perkara penting. Ia termasuk dalam fardu kifayah. Jika tiada orang yang melakukannya, seluruh penduduk di kawasan itu menanggung dosanya.
"Jadi kalaulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri tak pergi menjenguk jenazah itu, apa halnya pula dengan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno lain di kawasan itu sehinggakan mereka juga turut meninggalkan jenazah itu begitu sahaja?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian menyedihkan apabila para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam, apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.
Harakahdaily hari ini melaporkan, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.
Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.
"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ," kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.
Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pegawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.
"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.
"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.
Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.
Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.
Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak  jam 10 pagi, ia  tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.
Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan calon PAS dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.
Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu.
Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Dr Sheikh Ibrahim berkata, beliau difahamkan, kejadian tersebut berlaku kerana kesemua pemimpin Umno di kawasan itu dipaksa hadir ke majlis PM sehingga menyebabkan mereka tidak berani mengingkari arahan itu.
"Itulah bezanya mereka dengan para pemimpin dan ahli-ahli PAS. Bagi ahli PAS, kalau pun kepimpinan tinggi datang ke kawasan mereka, tidak semua mereka akan hadir ke majlis itu sekiranya berlaku kematian di kawasan itu.
"Sebaliknya, sebahagiannya pasti akan menguruskan jenazah sehingga selesai acara pengkebumian, manakala sebahagiannya akan berada bersama pemimpin.
"Tetapi bagi para pemimpin dan ahli-ahli Umno, mereka ternyata berbeza dengan para pemimpin dan ahli-ahli PAS. Mereka sanggup meninggalkan jenazah begitu sahaja kerana lebih mengutamakan pemimpin mereka. Patutkah terjadi perkara seperti itu dalam kehidupan ini?" katanya.
Namun katanya, mujur juga para petugas PAS dari Pahang berada di kawasan itu. Dengan itu, dapatlah mereka membantu menguruskan jenazah terbabit seperti yang dituntut dalam Islam.

Lantikan SUK: Pakatan belum berniat demo

Pakatan Rakyat belum berniat untuk menganjurkan demonstrasi bagi menuntut kerajaan pusat mengembalikan kuasa lantikan setiausaha kerajaan (SUK) negeri kepada menteri besar Selangor.

"Tetapi nampak kita nak bawak ke situ kita tiada hasrat, pasal kita hormat konsep federalisme, "katanya ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Menurut Khalid, Pakatan mengambil pendekatan sewajarnya terlebih dahulu dengan mengajak pemimpin BN hadir ke persidangan khas DUN negeri pada 24 Januari ini kerana tidak mahu dilabelkan sebagai antiinstitusi raja.

NONE"Pakatan termasuk DAP bukan antiinstitusi raja Melayu. Kita tak ambil kesempatan melobi, beri imbuhan dan tak guna kuasa untuk pusatkan lantikan kepada menteri besar," katanya kepada wartawan di pejabatnya Shah Alam, pagi tadi.

Isnin ini, dewan akan membincangkan cadangan pindaan dalam Perkara 52, Bahagian Kedua, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal berikut:

"Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi setiausaha kerajaan, penasihat undang-undang negeri dan pegawai kewangan negeri.

"Dengan syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat menteri besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."

azlanMenurut Khalid, kalau dahulu hanya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) diberi kuasa lantikan, kali ini biarlah menteri besar sendiri melantiknya dengan perkenan Sultan.

"Ingin saya tekankan, persidangan dewan khas ini kita bukan nak rombak, tukar dan beri kuasa sepenuhnya pada menteri besar," tegasnya.

Sehubungan itu, Khalid berkata, kesemua ADUN BN digesa hadir ke sidang DUN tergempar Isnin ini sebagai tanda hormat dan taat setia kepada Sultan Selangor.

Angggota biro politik PAS itu berkata, kehadiran mereka adalah wajib kerana sidang itu telah diperkenan oleh Sultan Selangor.

"Saya menyeru semua ADUN BN supaya tidak memboikot sidang DUN ini dan saya seru mereka meyokong usaha mengembalikan kuasa sultan ini," katanya.

Tony Pua : Rakyat Dapat Jimat Perbelanjaan Jika Lebuhraya Diambil Alih Kerajaan

KUALA LUMPUR 19 JAN : Rakyat dapat menjimatkan perbelanjaan harian mereka dengan tidak perlu membayar tol lebuh raya sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir negara kelak, kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua. 
Menurut Pua, Pakatan Rakyat dalam janji 100 harinya berikrar akan memastikan lebuh raya di negara ini dikendalikan oleh pihak kerajaan dan bukannya syarikat konsesi yang berorentasikan keuntungan semata-mata.
Kerajaan Umno-BN katanya sering menakutkan rakyat dengan dakwaan negara akan bankrap jika negara jatuh ke tangan Pakatan Rakyat namun hakikatnya, kerajaan Umno-BN terus membebankan rakyat dan tidak mempunyai keinginan untuk meringankan beban rakyat.
" Tak mungkin perbelanjaan sebanyak RM20 bilion akan mengakibatkan Malaysia bankrap. Tak mungkin," kata Pua.
Bercakap pada Forum Janji 100 Hari Pakatan Rakyat di ibu negara malam tadi, kata Pua, kerajaan Umno-BN sebelum ini berkata, kerajaan tidak mampu mengambil alih lebuh raya di negara ini kerana jumlahnya yang besar iaitu RM500 bilion. 
Malah, pengambilalihan lebuh raya itu dilihat sebagai perkara yang mustahil untuk dilakukan oleh Pakatan Rakyat jika mentadbir negara ini kerana ia akan mengakibatkan kerajaan kehabisan dana.
" Tetapi apabila kita baca perjanjian-perjanjian ini, kita nampak ada satu klausa di mana kerajaan berhak untuk mengambil alih kesemua kecuali Lebuh Raya Utara Selatan tetapi untuk semua lebuh raya lain, kerajaan berhak mengambil alih dengan kos pembinaan," kata Pua.    

Putar belit kerajaan Umno-BN itu kata Pua, hanyalah untuk keuntungan mereka sedangkan rakyat Malaysia katanya berhak untuk bebas tol dalam masa tidak sampai 10 tahun dengan pengurusan yang telus. 
" Maksudnya cara kita hendak bebaskan tol senang sebab kita tidak mengira kadar tol yang keterlaluan ke atas rakyat di mana ia menyebabkan pihak konsesi mendapat keuntungan yang cukup lumayan. Kerajaan tidak perlu membuat keuntungan sebegitu," katanya.
Tambah Pua, kerajaan hanya perlu membayar harga kos pembinaan kepada syarikat konsesi untuk mengambil alih lebuh raya dan 12 peratus daripada jumlah pungutan yang diperoleh syarikat konsesi ketika mengendalikan lebuh raya terbabit. 
Malah menurut Pua, kos tersebut jauh lebih rendah berbanding RM500 bilion seperti yang dikatakan kerajaan sebelum ini. 
" Kalau benar pun, ini salah kerajaan Barisan Nasional, kenapa tulis perjanjian konsesi kos pembinaan RM50 bilion tetapi hendak ambil alih RM500 bilion," tambah Pua.

Kota Seputeh 2 : Kerusi Pelabuhan Klang kosong, SPR tunggu notis Speaker


SHAH ALAM, 19 Jan — Kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang kini kosong selepas wakil rakyatnya Badrul Hisham Abdullah didapati tidak hadir persidangan selama enam bulan, kata Speaker Datuk Teng Chang Khim hari ini.
Teng berkata Badrul Hisham yang keluar PKR Oktober 2009 sebelum menyertai Umno April lalu tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri sejak 15 Julai lalu dan oleh itu, kerusinya dianggap kosong berkuat kuasa 16 Januari.
Artikel 69 Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa seorang wakil rakyat yang tidak hadir selama enam bulan mesti mengosongkan kerusinya.
Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan sama ada kerusi itu kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.
Kes kedudukan kerusi itu mirip Kota Siputeh, Kedah yang Speaker Dewan Undangan Negeri mengisytiharkan ia kosong.
Bagaimanapun SPR memutuskan tiada kekosongan wujud dan tidak perlu diadakan pilihan raya kecil.
Dalam kes itu, SPR mempertimbangkan notis speaker dan juga penjelasan wakil rakyatnya sebelum memutuskan keputusan itu.
Bagaimanapun mahkamah memutuskan pilihan raya kecil perlu diadakan dan ia kini berada di peringkat rayuan.
Dalam pada itu Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya perlu menunggu notis daripada Spekaer Dewan Undangan Negeri sebelum memutuskan tindakan susulan.
“Speaker ada hak untuk membuat keputusan mengenai status kerusi, itu hak dan tanggungjawab Speaker yang dibuat mengikut perlembagaan negeri dan peraturan-peraturan Dewan Undangan Negeri,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kata Wan Ahmad, selaku wakil rakyat Badrul Hisham juga mempunyai hak untuk memberikan reaksi dan penjelasan kepada pengundi-pengundinya.
Ketika ditanya sama ada SPR akan mendengar penjelasan wakil rakyat Pelabuhan Klang, Wan Ahmad berkata, terlalu awal untuk memutuskan perkara tersebut.
“Terlalu awal untuk membuat spekulasi,” kata beliau lagi.
“Kita lihat dari sudut undang-undang, berasaskan pada undang-undang, kita asaskan pada undang-undang,” katanya lagi.
Pada 30 April lalu, Badrul Hisham menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Umno setelah enam  bulan keluar PKR dan menjadi Adun Bebas.
Badrul Hisham, 50, keluar daripada PKR pada 29 Oktober 2009.
Pada pilihan raya umum Mac 2008, Badrul Hisham memperoleh 12,397 undi untuk menewaskan calon Bebas Nazir Mansor dan Roselinda Abd Jamil.
Dia memperoleh majoriti 4,407 undi.
Berdasarkan laporan media kelmarin, Badrul Hisham dikatakan menafikan dia tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri selama enam bulan.
Katanya, mereka yang mendakwa dia tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri dan mahukan kerusi itu dikosongkan perlu menilai semula kemahiran mengira.
“Saya menghadiri hari pertama sidang pada November lalu sebelum mengambil cuti sakit untuk mendapatkan rawatan alternatif,” kata Badrul Hisham.
“Ini usaha terdesak pihak tertentu yang mengugut saya agar menghadiri sidang khas Dewan Undangan Negeri, 24 Januari memandangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat kurang tiga undi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga bagi meminda perlembagaan negeri,” katanya.

Kerajaan negeri junjung kasih pada Sultan

SHAH ALAM, 19 Jan: Kerajaan negeri menyembah ucapan menjunjung kasih kepada Sultan Selangor kerana telah memberi perkenan untuk diadakan sidang Dewan Negeri Selangor pada 24 Januari ini bagi membentangkan cadangan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 atau Perlembagaan Negeri.
“Kami menghargai keprihatinan DYMM Sultan kepada usaha Kerajaan untuk mengembalikan kuasa Negeri dalam pelantikan tiga pegawai ex-officio iaitu:  Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.
“Dalam perjumpaan mingguan saya dengan DYMM Sultan pagi tadi, saya telah mempersembahkan Rang Undang-Undang yang boleh mengembalikan kuasa pelantikan kepada Sultan dan Menteri Besar,” ujar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Jelasnya, pindaan yang kerajaan negeri akan cadangkan ialah Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal berikut: “Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Dengan syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula.”
Katanya, pindaan itu jelas bertujuan mengembalikan prosedur untuk pelantikan tiga pegawai tersebut seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negeri sebelum ianya dipinda pada 1993.
“Rang undang-undang ini kita hebahkan kepada orang ramai supaya ianya dapat dibincang dan dikupas secara sihat dan professional sebelum ia dibawa ke Dewan Negeri Selangor untuk dibentangkan,” katanya.
Ini, ujarnya selaras dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban (transparency and accountability) Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Undi Proaksi : UPKO Bantah Ia Dilaksanakan

KOTA KINABALU 19 JAN :  Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan dusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Wilfred Bumburing menyifatkan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperkenalkan sistem undi proksi sebagai tidak sesuai dan "tidak masuk akal" untuk negara ini khususnya di Sabah.
Beliau berkata ini kerana wujudnya dakwaan mengenai kehadiran sejumlah besar pendatang asing tanpa izin yang dikaitkan dengan kewujudan pengundi hantu di Sabah sepertimana dibuktikan dalam petisyen pilihan raya di mahkamah di masa lepas.
"Senarai pemilih berdaftar kami sudah tercemar dan boleh dicabuli, dan saya percaya sistem undi proksi ini akan menyebabkan pencabulan senarai daftar pemilih yang lebih teruk lagi.
"Sistem ini (undi proksi) tidak masuk akal. Semua orang tahu bahawa Sabah masih bergelut dengan masalah pendatang asing tanpa izin," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Bumburing, yang juga anggota Parlimen Tuaran, mengulas kesediaan SPR untuk mengkaji kemungkinan sistem undi proksi yang membolehkan seseorang pemilih yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada hari pengundian, diwakili oleh mana-manaindividu yang layak.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof baru-baru ini dipetik sebagai berkata cadangan itu adalah sebahagian usaha suruhanjaya untuk memberi peluang kepada pengundi untuk melaksanakan hak mereka untuk mengundi.
Bumburing berkata kebarangkalian pelarian Filipina di Sabah dipergunakan untuk mengundi melalui sistem itu akan lebih merumitkan isu itu.
"Apa instrumen yang akan digunakan bagi sistem ini? Bagaimana kita akan sahkan dokumen? Sama ada ia melalui kaedah perjanjian atau perundangan lain, ia tidak membawa sebarang perbezaan. Jelas sistem ini tidak sesuai bagi negara kita," katanya.
Bumburing berpendapat sistem undi proksi tidak konsisten dengan prinsip "satu orang, satu undi " seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Katanya bagi rakyat Malaysia yang tinggal atau bekerja di luar negara,mereka boleh mengundi di pejabat Kedutaan Malaysia.

Fitnah BERZINA terhadap calon PAS, Cikgu Normala Sudirman oleh facebooker Umno!!

Oleh: Pria Malaya

Lagi fitnah berzina terhadap pemimpin2 PAS oleh penyokong (blogger/facebooker) Umno..kini seperti dijangka, calon PAS N.05 Tenang, Cikgu Normala Sudirman menjadi sasaran jahat mereka!



Suara Dari Bumi:
"Normala tinggalkan suami lama kejar Maarof kerana maarof kaya.DIA ada skandar sebelum kahwin.Ingat pas ingat zina ingat pas ingat maksiat"

"Tanya cikgu tenang semua tahu cerita ni.,kenapa calon pas jadi tak bermoral ni"

"Jawap le kenapa dia ada hubungan dengan maarof sedangkan masa tu dia masih bini orang"


Berita fitnah ini kemudiannya dijaja dan disebarkan oleh beberapa blogger dan facebooker Umno, antaranya..

Pas Beruk:
"TERKINI: BIAR BETUL....
CIKGU MALA ADA MAIN KAYU TIGA SEBELUM KAHWIN??... JGN BUAT FITNAH BRO...
TAKKAN AKU NAK TANYA SENIDIRI DGN MAAROF, YG KAYA TU?
TAKKAN LAH SEBUT PAS SAHAJA, ZINA... SEBUT PAS AJA, MAKSIAT... BUKAN SEMUA PEMIMPIN PAS TAK BERMORAL... BIAR BETUL BRO!!!
TUIH!! "


Amaran buat petugas PAS/PR!

Sila perhati muka-muka ini di DUN Tenang..jika boleh, sila cetak dan sebarkan gambar-gambar ini agar petugas2 parti dan pengundi Tenang boleh mengenalpasti tindak tanduk mereka..



Menurut admin facebook 'Kami Benci Saiful Bukhari':
"Papa Gomo di dapati telah mengekori beberapa petugas PAS serta mengambil gambar dan memasang telinga perbualan petugas PAS PRK Tenang! ~Mereka mungkin tak kenal Papa Gomo! Itu kelemahan mereka...

Namun bagi kita atau petugas2 PR utk PRK Tenang yg kenal beliau, sila ambil perhatian! Sila 'BUAT SESUATU' apabila nampak kelibat si MALAUN ni, lebih2 lagi di Tenang nanti! Khabarnya dia sedang mencari maklumat peribadi calon PAS Tenang.... ~AWAS GOMO AKU KENAL KO! -andak"
Siapa tak kenal blogger jumud Umno ini, Papa Gomo, seorang blogger pemfitnah yang paling tersohor dikalangan penyokong Umno..banyak koleksi fitnah beliau, antaranya beliaulah yg pernah menfitnah MB Selangor, Khalid Ibrahim adalah penagih arak dan alkohol..kalian boleh rujuk bukti di SINI..



Jika kalian perhati gambar di atas, di sebelah Papa Gomo adalah rakannya yg bernama Mohd Azmy bin Awang (Azmy Awang Kelana Jaya), seorang facebooker yang kerap memakihamun dan menyebarkan berita palsu dan fitnah..



Selain Papa Gomo dan Azmy Awang, seorang lagi rakan mereka adalah, Syamsul Azrai, yg menggelarkan dirinya sebagai 'Pas Beruk' di dalam facebook..kalian boleh rujuk contoh fitnah beliau di SINI..

Sumber dan pendedahan lanjut (latar belakang) muka-muka pemfitnah ini boleh dirujuk dlm blog "propartiislammalaysia.blogspot.com"..klik di SINI..

Kes fitnah zina ADUN Selising dan Perupok

Untuk pengetahuan pembaca, muka-muka inilah yang mereka dan menjaja fitnah knonnya ADUN PAS Selising dan Perupok telah berzina dan berkhalwat..mereka kononnya mahu mendedahkan bukti bergambar dan video pada awal Januari 2011 jika ADUN Selising berdegil tidak mahu mengaku..namun sehingga kini langsung tiada bukti2 sebagaimana yg dijanjikan walaupun ADUN itu telah menafikan sekeras2nya..

Kalian boleh rujuk tulisan penulis mengenai koleksi kes fitnah zina oleh penyokong2 Umno di SINI..

Cerita fitnah ADUN Selising berzina pula boleh ikuti pada link di bawah..

1. BONGKAR: Sandiwara Papa Gomo, Nadi Rakyat dan Saidi Hussin isu ADUN Selising! (siri 1)
2. BONGKAR: Sandiwara Papa Gomo, Nadi Rakyat dan Saidi Hussin isu ADUN Selising...(siri 2)

Akhir kalam..ingat Umno, ingat Fitnah Zina..fikir2kan..wallahua'alm..