Selasa, 18 Januari 2011

Al Fatihah : Mustapha sempat sertai konvoi PAS Ganti Umno


DUNGUN, 18 Jan: Hasrat Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan Jalan Lembah, Mustapha Kamal Man, 35, untuk menyertai konvoi bermotosikal Pemuda Dun Sura ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga, Kemaman pada 15 Januari lalu tercapai sebelum meninggal dunia di kediaman ibunya pagi tadi.
Menurut blog Pemuda Bersamamu, allahyarham yang juga Ahli Jawatankuasa Keselamatan Dun Sura itu meluahkan kesungguhan untuk menyertai konvoi tersebut ketika mendaftar diri bersama rakan-rakan di Cawangan Jalan Lembah baru-baru ini.
Beliau yang bekerja kontrak di sebuah bengkel perabot di Jalan Abdul Jalil, di sini meninggalkan isteri, Che Wan Aniza Che Wan Rani, 30, dan tiga orang anak yang masih kecil iaitu Mohamad Shahrizal, 6, Siti Nur Aishah, 5, dan Siti Nur Athirah, 3 tahun.
Anak sulung dan kedua beliau merupakan pelajar Pasti As-Syakirin, Tanah Lot.
Jenazah allahyarham disembahyangkan di Surau Tuan Guru Haji Abdul Jalil, Jalan Lembah selepas solat zohor yang turut disertai Adun Sura yang juga Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Wan Hassan Ramli dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syed Yahya, Jalan Nibong kira-kira jam 2.15 petang.
Allahyarham sekeluarga menetap bersama ibunya di Kampung Sungai Buaya yang juga penerima bantuan zakat dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Namun sejak kemenangan PAS di Dun Sura pada 2008, ibu beliau itu telah mula dinafikan hak daripada menerima bantuan tersebut akibat campurtangan politik pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan keaktifan allahyarham dalam gerak kerja parti.
[Gambar: Anak sulung Allahyarham (berbaju merah tanpa songkok) pada pengebumian bapanya.]
Pemuda PAS Dun Sura mengharapkan sedikit bantuan atau sumbangan daripada orang ramai untuk meringankan beban keluarga allahyarham dalam membesarkan tiga orang anak yang masih kecil.
Semoga anak-anak allahyarham dibesarkan menjadi insan yang memperjuangkan agama Allah sepertimana yang telah diperjuangkankan oleh bapa mereka.
Sebarang bentuk sumbangan bolehlah diserahkan dengan menghubungi Ketua Pemuda PAS Cawangan Jalan Lembah, Ridhuan Mohd Noor (012-9665536) atau Ketua Kebajikan Pemuda PAS Dun Sura, Shaikh Salmin (013-9328211).

Pihak Pemuda PAS Dun Sura mengucapkan takziah kepada isteri dan keluarga allahyarham serta mendoakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan diberi pengampunan dan diredhai-Nya.

Debat Janji 100 Hari PR: Beri peluang kepada rakyat menilai

Keengganan Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk menyahut seruan Anwar Ibrahim untuk mengadakan perbincangan atau debat terbuka mengenai janji reformasi 100 hari Pakatan Rakyat seperti yang dikemukakan dalam Buku Jingga amatlah mendukacitakan kita.
Tujuan perbincangan terbuka ini adalah untuk memberi peluang kepada kedua-dua pihak - Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat - menjelaskan kepada rakyat sama ada benar janji 100 hari ini boleh menjerumuskan negara yang kita cintai ini menjadi muflis seperti Greece dalam masa dua tahun seperti yang didakwa oleh Najib?  Malah, pelan 100 hari ini telah dibidas sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.
Disebabkan kenyataan ini merupakan suatu tuduhan yang serius, sedangkan Pakatan Rakyat berkeyakinan tinggi bahawa dasar ini benar-benar akan dapat dilaksanakan, maka kedua-dua pihak bertanggungjawab menjelaskannya kepada rakyat untuk menjelaskan kekeliruan.
Dalam kesungguhan kita bekerja keras mencari jalan keluar kepada kemelut ekonomi negara yang amat meruncing kini demi menyelamatkan rakyat dari tekanan hidup yang berterusan, maka inilah peluang terbaik untuk kedua-dua pihak bersemuka secara terbuka dan membincangkannya secara serius.
Bilakah masanya lagi rakyat negara ini mahu diberikan kesempatan menerima maklumat secara terbuka serta berpeluang menilai dan membuat keputusan sendiri berasaskan kematangan mereka sendiri?  Bilakah masanya lagi martabat rakyat negara ini dapat diangkat setaraf dengan negara-negara lain yang telah jauh ke hadapan dalam menilai ketrampilan kepimpinan tokoh-tokoh tertinggi politik negara mereka?
Keengganan Perdana Menteri (gambar kiri) untuk bersemuka terbuka dengan Anwar Ibrahim dalam membincang isu ini merupakan satu penghinaan kepada kematangan rakyat Malaysia seluruhnya.  Beliau juga, memang dengan sengaja bertujuan membiarkan rakyat negara ini terus dalam kekeliruan dan kegelapan maklumat agar dengan ini agenda menguasai negara dan meneruskan segala amalan bobrok selama ini dapat diteruskan.
Justeru, dengan ini kita menyeru agar Najib tidaklah perlu terus mengemukakan pelbagai helah dan alasan ataupun mengutus pihak lain yang tidak berkenaan sebagai ganti.  Kita menuntut beliau segera menerima seruan Anwar Ibrahim agar diadakan perbincangan atau debat terbuka seperti yang dicadangkan.  Hanya dengan cara ini rakyat Malaysia dapat dimartabatkan ke arah masa depan negara yang lebih cerah di masa hadapan.
*Kenyataan media oleh Muhd Nur Manuty (ganbar kanan) selaku Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat.

Surat terbuka keluarga Teoh kepada PM: Siasat punca kematian Beng Hock

Encik Perdana Menteri,
Tahukah anda, keputusan inkues amat memilukan buat keluarga kami?  Perbicaraan yang mengambil masa lebih daripada 500 hari, berakhir dengan keputusan yang tidak menemui jawapan, dan membawa kes kematian Beng Hock ke titik asal.  Apakah begitu sukar untuk kami mendapatkan kebenaran?
Anda memekakkan telinga meskipun berkali-kali kami mengadu ketidakadilan perbicaraan inkues.  Berkali-kali kami mendesak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja, tetapi dibalas dengan respon yang pasif daripada anda.  Dalam pertemuan kita yang lalu, anda berjanji bahawa kerajaan akan menyiasat punca kematian Beng Hock sepenuhnya.  "Tidak akan melepaskan mana-mana kemungkinan", inilah yang dijanjikan kepada keluarga kami - kebenaran yang sepenuhnya.
Ya, kami menuntut kebenaran yang sepenuhnya.  Keputusan inkues menunjukkan bahawa kecederaan Beng Hock pada bahagian leher terjadi sebelum kejatuhan dari tingkat atas.  Keluarga kami ingin tahu, siapa yang menyebabkan kecederaan tersebut, dan bagaimana kecederaan tersebut terjadi?  Siapa pula yang harus bertanggungjawab terhadap kecederaan tersebut?  Ini kerana Beng Hock seorang yang sihat dan tidak mempunyai apa-apa kecederaan sebelum disiasat Suruhanjaya Diraja Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sudah dua minggu keputusan inkues diumumkan.  Mengapa kerajaan tidak teruskan siasatan terhadap kecederaan Beng Hock pada bahagian leher, memandangkan majistret menganggap wujud kesangsian bahawa Beng Hock mungkin dibunuh.  Mengapa kerajaan tidak teruskan siasatan terhadap kenyataan yang saling kontradisi antara pegawai SPRM?
Inkues kematian Beng Hock telah menjadi kes misteri, dan ia menjejaskan imej kerajaan dan sistem kehakiman.
Anda mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja pada 7 Januari 2011, tetapi terma siasatan tidak termasuk punca kematian Beng Hock.  Keputusan ini langsung bukan kemahuan keluarga kami.  Suruhanjaya Diraja yang hanya meneliti cara soal-siasat SPRM, tetapi bukan punca kematian Beng Hock - tidak menghukum pihak yang harus dipertanggungjawabkan.  Ia sangat mengecewakan kami.
Encik Perdana Menteri, kami kesal dengan pengumuman anda.  Anda tidak pernah mengambil kira pandangan kami, lantas mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja ini secara bersendirian, dan menyerahkan senarai panel untuk diperkenankan DYMM Yang Dipertuan Agung.  Apa yang kami harapkan adalah satu Suruhanjaya Diraja yang berkecuali, telus dan berkredibiliti.   Ketidaktelusan sepanjang proses membuat keputusan ini amat membimbangkan kami.  Dengan terma dan kuasa yang terbatas ini, Suruhanjaya Diraja akan berakhir sebagai satu inkues lagi.
Encik Perdana Menteri, kami telah menjelajah ke seluruh Malaysia dalam tempoh dua bulan yang lalu, dan berjaya mengumpul kira-kira 80 ribu tandatangan rakyat.  Tuntutan agar Suruhanjaya Diraja menyiasat punca kematian Beng Hock telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada khalayak umum.  Selepas anda mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja, 126 NGO telah menggesa agar terma Suruhanjaya Diraja ini diperluaskan untuk merangkumi siasatan punca kematian Beng Hock, termasuk MCA, Gerakan, Majlis Peguam, Aliran dan sebagainya.
Jelas, tuntutan agar siasatan terhadap punca kematian Beng Hock disokong suara rakyat.  Ia menjadi sesuatu yang mengingkari semangat demokrasi seandainya suara rakyat ini diabaikan.
Anda pernah memetik ahli falsafah Dinasti Sung, "Xian tian xia zhi you er you, hou tian xia zhi le er le", untuk menyatakan pandangan anda.  Anda juga sering melaungkan slogan "Rakyat Didahulukan".  Matlamat yang digariskan untuk diri ini amat kami sanjungi.  Namun, seandainya anda tidak mendengar suara rakyat, memperlekehkan gesaan 80 ribu rakyat dan 126 NGO untuk memperluaskan terma Suruhanjaya Diraja, apakah ini selari dengan "Rakyat Didahulukan", dan "xian tian xia zhi you er you" (bimbang terhadap masalah rakyat sebelum rakyat gelisah)?
Keluarga kami bersetuju dengan seruan 126 NGO, untuk memperluaskan terma Suruhanjaya Diraja agar merangkumi siasatan terhadap punca kematian Beng Hock, dan melantik tujuh orang tokoh berkredibiliti dan memiliki rekod baik dalam usaha mempertahankan hak asasi manusia.  Kami berharap agar PM memperlahankan langkah untuk menyerah senarai agar diperkenankan DYMM Yang Dipertuan Agong.  Dengarlah suara hati keluarga kami, agar kami dan rakyat menaruh yakin terhadap Suruhanjaya Diraja yang anda tubuhkan.
Encik Perdana Menteri, tiada bezanya antara Teoh Beng Hock dengan ribuan dan jutaan rakyat Malaysia yang lain.  Negara harus menghargai nyawa dan sumbangan mereka yang bernilai.  Perlembagaan Persekutuan harus menjamin hak asasi mereka untuk terus hidup.  Tiada seorang pun yang harus nyawanya diragut dengan zalim dan kejam di atas tanahair ini.  Tiada seorang pun yang harus didera dan menanggung keganasan sistem ini.  Hormati nyawa dan maruah, menjamin hak asasi manusia adalah lambang sesebuah negara yang gemilang.  Kami berharap agar kerajaan ikhlas untuk menangani kes Teoh Beng Hock - memberi keadilan kepada Beng Hock dan memberi kebenaran kepada keluarga kami.

Keluarga kami tidak akan berputus asa untuk menghambat keadilan, malah kami melihat rakyat telah menunjukkan kemuliaan dan keberanian mereka - yang selama ini menjadi sokongan terbesar kepada keluarga kami.  Kami akan terus menjelajah ke selurah negara untuk menuntut keadilan - dan tidak pasrah selagi matlamat kami tidak tercapai.
Terima kasih.
Daripada,
Teoh Lee Lan
(Wakil keluarga Teoh)
*Surat ini diterjemah dari teks asalnya dalam bahasa Cina.

Tarik balik larangan umat Islam bekerja di premis jual arak hina Islam, lulus kilang arak bagaimana?

WarkahDaily – Memang benar, membenarkan umat Islam bekerja di premis jual arak adalah menghina Islam. Penulis sedar benda tu dan sangat bersetuju, bukan Islam tidak boleh sentuh perihal berkaitan agama Islam. Sepatutnya, Ronnie Liu tidak berhak mencampuri urusan yang melibat hukum halal dan haram dalam Islam.

Tapi jangan bersifat hipokrit dalam mempertahankan kesucian Islam. Jika terkena batang hidung sendiri ianya didiamkan tapi kalau yang terlibat bukan dari kumpulannya, sibuk bebenar mengeluarkan kenyataanya.

Penulis mahu bertanya, ikhlaskah atau sebaliknya teguran Jamil Khir terhadap Ronnie Liu?

Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu dikatakan telah menarik balik larangan tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis jual arak. Tindakan Ronnie itu telah mendapat teguran daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir.

Jamil Khir berkata, Ronnie Liu yang mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menarik balik larangan tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis menjual arak sebagai menghina Islam.

"Perkara itu termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Ronnie tidak boleh sentuh. Kita berusaha mempertahankan moral dan akhlak orang Islam tetapi yang berlaku ada pihak mahu umat Islam melakukan sebaliknya," katanya.

Penulis memang setuju dengan teguran itu namun apakah teguran itu betul-betul ikhlas demi mempertahankan kesucian Islam atau sebaliknya?

Mungkin penarikan balik Ronnie Liu ke atas larangan umat Islam bekerja di premis jual arak atas sebab teknikal iaitu larangan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak melalui kerajaan negeri.

Tapi kita tidak pelik jika Ronnie Liu yang bukan Islam itu boleh menarik balik larangan berkenaan kerana beliau tak reti dengan Islam. Namun bagaimana orang yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama, bukan sahaja tidak melarang umat Islam bekerja di premis jualan arak, bahkan lebih dahsyat telah meluluskan pembinaan kilang arak di negara ini. Ramai sangat ke peminum arak sehingga perlu dibina kilang di negara ini?

Kalau kamu Islam tapi tidak sensitif dengan perkara ini, maka kamu lebih teruk dari Ronnie Liu yang sudah tentu tidak reti perihal agama Islam.

Mungkin ada yang menyatakan, siapa kamu mahu kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom itu ikhlas ke tidak. Ikhlas atau tidak, itu dalam hatinya. Ok, penulis boleh terima kerana penulis pun setuju, orang bukan Islam jangan hina Islam termasuk presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek. Beliau jugak tak boleh hina Islam…betul tak orang Umno?

Kita harus ingat, jangan hanya menegur Ronnie Liu, tetapi tegur semua kerajaan negeri di bawah pemerintahan Umno-BN yang tiada membuat larangan umat Islam bekerja di premis jual arak. Apakah sama, tidak melarang atau menarik balik larangan umat Islam bekerja di premis jual arak?

Bukan itu aje, Jamil Khir juga perlu tegur kerajaan BN yang luluskan kilang arak, yang luluskan lesen judi dan pusat-pusat hiburan yang merosakkan akhlak umat Islam. Itu juga berkaitan dengan keruntuhan akhlak dan moral umat Islam.

Di sinilah terletaknya keikhlasan Jamil Khir mempertahankan kesucian Islam.

PRK N05 Tenang - Inikah Sikap PM 1Malaysia!


Agaknya yang dah mati tu matilah, yang hidup ni perlu diteruskan,, apa nak nak jadi pada si mati lantak pilah, walaupun ahli parti sendiri..,, yang penting calon aku mesti menang...


Tahniah buat Cikgu Mala bakal YB Tenang Insyaallah.. dah mula menunjukkan potensi sebagai pemimpin yang memikul amanah..

Moga-moga ada ganjarannya nanti Insyaallah....

Lapor polis terhadap akhbar ‘Selangor Terkini’

Penerbitan akhbar Selangor Terkini berniat jahat kerana kerajaan negeri sudah mempunyai akhbar rasmi Selangor Kini. 

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor semalam membuat laporan polis berhubung penerbitan akhbar “Selangor Terkini” yang didapati menggunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim melalui pegawai kanan kerajaan negeri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam jam 12 tengah hari semalam.
Menurut pegawai media di pejabat Menteri Besar, Tuan Nazuri Tuan Ismail ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sambil berkata arahan dikeluarkan Khalid yang mahu polis menyiasat hal tersebut.
Katanya, akhbar itu dianggap sebagai satu percubaan mencemarkan imej Selangor dan mengelirukan rakyat (pembaca) kerana kerajaan negeri memiliki akhbar rasmi tersendiri, iaitu “Selangor Kini”.
“Tindakan menerbit akhbar menggunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran adalah salah. Maka pihak kerajaan negeri membuat laporan untuk polis menyiasat perkara ini.
“Beliau (Khalid) telah mengetahui hal tersebut sejak minggu lepas apabila seorang salah seorang pegawai kanan menerima akhbar berkenaan. Setakat ini kerajaan negeri tidak mengetahui siapa yang menerbit, malah kami tidak tahu kewujudan akhbar ini,” kata Tuan Nazuri.
Menurut Tuan Nazuri, kandungan akhbar itu juga bersifat jahat dengan bertindak ‘menghentam’ pentadbiran kerajaan negeri dalam setiap laporan penerbitannya.
“Kami percaya akhbar Selangor Terkini ini sudah diedarkan secara meluas kepada orang ramai,” katanya.

Ketuanan Kroni : Raziah Mahmud Rampas Tanah Pribumi Lagi!!

PENDEDAHAN EKSKLUSIF SARAWAK REPORT, KUCHING


Raziah merampas tanah hutan simpan dan menguntungkan Taib – satu laporan eksklusif!

Kami boleh mendedahkan bahawa adik perempuan Taib, Raziah Mahmud, telah sekali lagi merampas tanah dari orang Sarawak. Siasatan-siasatan kami telah mendedahkan bahawa Taib Mahmud sendiri juga terlibat.

Cubaan Raziah untuk menyembunyikan penglibatannya dalam rancangan menukar Tanah Hutan Simpanan di kawasan Ensengei kepada ladang kelapa sawit yang amat luas sebaliknya telah mendedahkan satu lagi skandal yang lebih besar.

Kini kami boleh menunjukkan kaedah yang digunakan oleh Raziah dan juga abangnya, Taib, untuk mendapatkan beratus-ratus hektar tanah negeri – yang diandaikan sebesar separuh negara Brunei – sejak beberapa dekad yang lalu!

Pengukuran dan pembahagian Native Lands secara tradisional

Ensengei merupakan salah sebuah dari hanya beberapa buah kawasan Tanah Hutan Simpanan kawasan rendah yang ada di Sarawak.

Secara tradisinya Native Customary Land Rights (NCR) milik orang tempatan di kawasan berkenaan telah diluluskan oleh British dalam tahun 1947, akan tetapi pada tahun 1984 Taib telah mengarahkan bahawa kawasan tersebut diambil oleh kerajaan Negeri sebagai Hutan Simpanan.

Namun demikian, di dalam beberapa siri urusan antara tahun-tahun 2005 dan 2008 beliau kemudiannya menyerahkan kira-kira 20,000 hektar tanah yang sepatutnya dilindungi itu kepada adiknya sendiri!

Seperti mana yang kerap dilakukan di Sarawak, pada mulanya masyarakat-masyarakat di kawasan itu menyedari tentang transaksi rahsia ini apabila beberapa syarikat pembalakan telah mencerobohi dan menebang apa sahaja pokok di kawasan yang biasanya tempat pencarian makanan dan juga dusun buah-buahan orang-orang tempatan itu.

Syarikat-syarikat tersebut berbuat demikian berpandukan lesen-lesen konsesi yang mereka tunjukkan sebagai kebenaran rasmi untuk melaksanakan kerja-kerja mereka di situ.

Walau bagaimana pun, bersyukurlah, kerana pada tahun 2008 seorang peguam hak asasi manusia, seperti ketua PKR Baru Bian telah berjaya dalam beberapa strateginya menentang Taib yang merampas tanah-tanah NCR dalam mahkamah-mahkamah.

Pasukan Baru Bian telah menggempur beberapa kes terhadap syarikat-syarikat ini dan juga terhadap Kerajaan Sarawak, yang telah menjualkan tanah tersebut dan mengeluarkan lesen-lesen. Sehingga perkara-perkara ini diselesaikan, para pembalak telah diarahkan untuk menangguhkan kegiatan pembalakan mereka di atas tanah-tanah yang sedang dalam persengketaan itu.

Penyembunyian Raziah yang kekok

Dalam pada itu siasatan-siasatan kami kini telah mendedahkan identiti sebenar individu yang sebenarnya di sebalik perbicaraan-perbicaraan itu, seperti yang disedari oleh beberapa orang tempatan dan juga peguam-peguam mereka, adalah adik Taib sendiri, Raziah Mahmud.

Raziah bukan sahaja rapat dengan syarikat-syarikat perladangan terbesar yang dianugerahkan lesen-lesen untuk meranapkan Ensengei, iaitu Lambang Sinar Mas dan Usaha Jasamaju, tetapi kami juga telah memperolehi rekod-rekod rasmi yang jelas menunjukkan Raziah telah menyimpan dan berkemungkinan mengawal geran-geran tanah mereka.

Kami boleh mengesahkan bahawa Lambang Sinar Mas adalah milik Yu bersaudara yang memiliki syarikat pembinaan Hock Seng Lee Bhd (HSL), sebuah kroni perniagaan keluarga Taib, sementera Usaha Jasamaju pula dimiliki oleh beberapa buah syarikat di mana pemegang utama saham-saham adalah Hamid Sepawi. Sepawi adalah sepupu yang sangat kaya kepada Taib, yang telah menerima banyak tanah dan kepentingan dari Negeri Sarawak, adalah salah seorang yang terkaya di Malaysia.

Walau bagaimanapun, bukti-bukti yang kami perolehi berdasarkan rekod-rekod Pendaftar Tanah menunjukkan bahawa syarikat yang telah mengadakan rundingan untuk mengeluarkan geran-geran tanah di Ensengei sebenarnya dilakukan oleh Kumpulan Parabena, yang dimiliki dan diuruskan oleh Raziah sendiri.

Urusan ini adalah berdasarkan fakta bahawa alamat dan butir-butir lain yang terdapat pada rekod Pendaftar Tanah adalah sama seperti dalam geran-geran tanah tersebut dan sebenarnya adalah alamat Kumpulan Parabena – 154/56 Jalan Sungai, Padungan, Kuching – dan bukannya alamat syarikat-syarikat seperti yang dinyatakan (sila lihat dalam versi Bahasa Inggeris mengenai entri Kumpulan Parabena dalam rekod Pendaftar Syarikat-Syarikat).

Sarawak Report seterusnya boleh mengesahkan bahawa kedua-dua pengurus yang nama mereka tercatat dalam rekod Pendaftar Tanah berkenaan dengan kedua-dua set transaksi dengan Lambang Sinar Mas dan dengan Usaha Jayamaju, bekerja secara langsung untuk Raziah.

Chia Hon Thin dan Paul Yu Chee mungkin mewakili syarikat-syarikat mereka masing-masing, tetapi mereka berkongsi alamat dengan Kumpulan Parabena! Begitu juga nombor telefon Chia di Kuching adalah 082 41 3877 didapati sama dengan nombor telefon Kumpulan Parabena seperti mana yang terdapat dalam direktori telefon.

Perkara yang lebih merisaukan adalah siasatan-siasatan menyeluruh kami telah mendedahkan bahawa Chia telah menggunakan butir-butir (alamat dan nombor telefon) yang sama dalam banyak transaksi yang berdaftar dengan pejabat Pendaftar Tanah.

Kami akan menunjukkan bukti-bukti yang lebih lanjut dalam pelaporan kami yang akan datang, tetapi ini jelas membawa maksud bahawa geran-geran tanah yang bernilai berjuta-juta Ringgit telah diserahkan kepada beberapa buah syarikat yang berlainan, sebenarnya dimiliki secara rahsia dan di bawah kawalan Raziah Mahmud!

Sarawak Report percaya, dengan kawasan tanah seluas separuh negara Brunei itu, semuanya diperolehi dari Negeri Sarawak pada kadar harga yang amat murah oleh adik perempuan Ketua Menteri itu!

Taib sendiri telah mendapat keuntungan!

BACA SETERUSNYA DI SINI

Serupa tapi masih belum sama !

Yang di Tunisia - dah lari lintang pukang,
Kerana ada yang membakar seluruh badan,
Maka rakyat di jalan berarak panjang.



Yang di Malaysia - walaupun debab tapi masih bertuah badan,
ke sana sini melawat sakan,
Kerana ada yang memberi peruntukan,
Bermalam di Dubai untuk kemudian ke Oman.
Untuk rakyat seperti yang di Tenang,
hanyalah dapat tulang ikan,
menunggu ada yang tercekik tulang ikan
akibat dilayan bagaikan haiwan.
Apakah perlu sampai begitu gerangan?
Barulah dia lari lintang pukang?

PRK Tenang - Cikgu Mala bakal disabotaj ?

Setelah usaha menukarkan suami kepada calon Pas, Puan Normala Sudirman ke sekolah lain yang terletak 200km dari rumahnya gagal berikutan bantahan yang dibuat oleh pasangan itu. Kini BN berusaha menjatuhkan imej bersih Cikgu Mala. BN akan melakukan apa sahaja, termasuk memfitnah dan memburukkan imej muslimat Pas.

Pihak saraf BN sedang mengatur strategi memburukkan imej Islam yang dibawa oleh beliau. Apa yang dimaksudkan ialah semasa calon berkenaan mengunjungi tempat awam termasuk pasar perhentian bas, lawatan rumah ke rumah dan sebagainya, dari kalangan yang ramai tersebut akan ada seorang atau beberapa orang lelaki yang sudah tentu bukan muhrim, berebut menghulurkan tangan untuk bersalam.


Mereka juga menyediakan kamera dan media seperti TV3 dan RTM untuk merakamkan peristiwa itu. Walau apapun reaksi Cikgu Mala terhadap lelaki-lelaki ini, pihak media akan memutar belit isu ini bagi mengelirukan pengundi dan orang ramai. Gambar itu bakal diulang tayang bagi menimbulkan persepsi negatif terhadap bakal calon Pas ini.

Semua petugas Pas terutama muslimat, diingatkan agar berhati-hati dengan provokasi pihak BN yang sanggup berbuat apa sahaja. Mereka begitu terdesak dalam usaha memenangi kerusi Tenang yang sememangnya dilihat sebagai kubu kuat mereka.

Taraf KJ: Orang Asli cabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berdebat



Yusri calon debat dengan Khairy - SH

TEMERLOH. : PKR Pahang bersedia menyahut cabaran debat oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, namun lawannya nanti bukannya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya PKR negeri mencalonkan Timbalan Pengerusi II, Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang, Yusri Ahon sebagai orang yang sesuai berdebat dengan Ahli Parlimen Rembau itu.



Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abd Rahman berkata, Yusri Ahon adalah calon yang sesuai untuk berdebat dengan Khairy yang menawarkan diri menggantikan tempat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jika Khairy mahu menggantikan tempat Najib, maka Yusri adalah calon paling layak untuk berdebat dengannya pula.

“PKR sedia sahut cabaran Khairy itu namun beliau perlu lawan Yusri dan bukannya Anwar,” katanya kepada Sinar Harian selepas mesyuarat pertama PKR Pahang penggal 2011, di sini, semalam. - SH

Rakyat bantah kebiadapan Ro$mah Mansor!!

Oleh: Pria Malaya

Penulis bersetuju dengan usaha dan inisiatif badan-badan NGO untuk mengadap agong bagi menghentikan tindakan biadap, melampau2 lagi memalukan Isteri Perdana Menteri, Ro$mah Mansor..

Penulis juga bersetuju dengan kenyataan badan NGO ini bahawa pemimpin dan penyokong Umno takut untuk bersuara dalam isu ini walaupun sebahagian dari mereka turut berasa jelek dengan keteramppilan berlebihan Ro$mah Mansor..

Buktinya boleh lihat antara suara-suara blogger pro-Umno yang membantah, mengutuk dan mendesak supaya tindakan diambil terhadap Ro$mah..baca pada link di bawah..


1. 'First Lady' Malaysia adalah Permaisuri Agung Tuanku Nor Zahirah, bukan Ro$mah Mansor! - Blogger Umno@Presiden Muslim Bloggers Alliance
2. HANGIT! Mencalarkan kredebiliti Umno dan Najib: Blogger Umno desak Ro$mah Mansor BERUNDUR!
3. [MESTI TENGOK]Koleksi isu/artikel berkaitan Ro$mah Mansor (video n pic inside)




Terbaru, heboh di dalam media-media baru Ro$mah Mansor rupanya mempunyai pejabatnya tersendiri di bangunan Jabatan Perdana Menteri..pertama kali dalam sejarah di Malaysia seorang isteri kpd PM mempunyai pejabat sendiri yg menggunakan wang rakyat demi mengurus dan menyelia segala aktiviti/program/rancangan Isteri Perdana Menteri..boleh rujuk di SINI..

Akhir kalam, kpd penyokong Umno yg sedar akan isu ini, tahniah penulis ucapkan..penulis tahu ramai diantara mereka yang jelek dan mual dgn gelagat Ro$mah Mansor, namun kerana taksubnya kpd parti Umno dan Najib, krn bimbang malu dgn penyokong parti lawan, mereka sanggup mendiamkan diri, malah terpaksa menutur ayat2 puji dan bodek terhadap Ro$mah Mansor..sungguh kesian..fikir2kan..wallahua'lam..


Mohon campur tangan istana untuk tegur Ro$mah

Dua memorandum akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri berikutan tindakan Ro$mah Mansor menggunakan gelaran Wanita Pertama dan mencampuri urusan negara.

PETALING JAYA: Dua memorandum akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri berhubung tindakan Datin Seri Ro$mah Mansor yang dianggap biadap serta derhaka ekoran menggunakan gelaran wanita pertama dan mencampuri urusan rasmi kerajaan.

Seorang jurucakap memberitahu FMT bahawa kumpulan dari pelbagai latar belakang akan dianggotai oleh pertubuhan politik dan pertubuhan bukan kerajaan dalam isu yang melibatkan isteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini.

Menurut jurucakap kumpulan yang bakal menggerakkan penyerahan memorandum ini menjelaskan dua memo berasingan dengan isu yang hampir sama akan diserahkan kepada Seri Paduka dan Najib setiap satu.

Menurut sumber itu, antara isi kandungan memorandum kepada Seri Paduka ialah memohon agar pihak istana campur tangan atau menyatakan pendirian berkenaan penggunaan gelaran Wanita Pertama oleh Ro$mah.

“Sebagai rakyat yang kasihkan Rajanya, kami hanya memohon pihak istana menyatakan pendirian dan membuat teguran tegas kepada sesiapa sahaja yang menggunakan gelaran Wanita Pertama selain Permaisuri Agung.

Katanya lagi, lebih malang lagi apabila Ro$mah turut menunjukkan sikap angkuhnya apabila dengan beraninya menggunakan gelaran Wanita Pertama walaupun telah dikritik hebat sebelum ini.

‘Ro$mah semakin angkuh’

“Ro$mah semakin angkuh dan keterlaluan nampaknya. Ini bukan kali pertama. Dahulu pun masa lawatannya ke Amerika Syarikat dan menganjurkan Persidangan Wanita Pertama pun telah dikritik hebat tetapi mungkin tidak ditegur oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menyebabkan dia semakin berani. Ini adalah biadap dan derhaka kepada Agong dan Permaisurinya.

“Tindak-tanduk Ro$mah semacam mahu cuba menjadikan gelaran wanita pertama sebagai gelaran yang sah dan gelaran rasmi untuk isteri PM, iaitu dia sendiri,” menurutnya lagi.

Beliau juga memberitahu, keputusan untuk menghantar memorandum kepada Istana Negara tersebut dibuat apabila melihat Najib dan pemimpin Umno lain gagal menasihati Ro$mah apatah lagi untuk mengambil tindakan yang wajar.

Shuhaimi Cabar Menteri KDN Ambil Tindakan Terhadap Utusan


SHAH ALAM 18 JAN: Shuhaimi Shafie mencabar  Datuk Seri Hishammudin Hussien mengambil tindakan segera terhadap pengurusan akhbar Utusan Malaysia dan pengarangnya, Awang Selamat berikutan laporan yang dibuat ke atasnya berhubung isu menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda itu turut mempersoalkan tindakan Hishammuddin yang menyatakan polis telah menyelesaikan siasatan terhadapnya walhal semalam, polis baru sahaja menggeledah pejabatnya buat kali kedua dan sekali lagi mengambil keterangan pembantu khasnya, Azmizam Zamanhuri di Ibupejabat Polis, Shah Alam.

Menurut Shuhaimi, kenyataan yang dikeluarkan Hishammudin itu jelas berat sebelah dan ia adalah satu pembohongan.

Pertama sekali, kalau kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin yang menyatakan sisatan selesai persoalan saya, kenapa polis masih menyerbu pejabat saya lagi? Ambil Modem, ambil peralatan pejabat dan sebagainya?

Kedua hari ini, jam 1.30 petang tadi, staf saya Azmin dipanggil lagi ke IPD,Shah Alam, untuk direkodkan lagi kenyatan dia, kenapa nak siasat lagi? Siapa yang berbohong sebenarnya? Menteri Dalam Negeri atau pegawai penyiasat yang bohong? Siapa yang bohong sebenarnya?

Shuhaimi berkata demikian ketika dihubungi Tv Selangor bagi mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa kes beliau telah selesai disiasat dan hanya menunggu peguam negara menentukan dan mengambil tindakan susulan terhadapnya. 

Jelas Shuhaimi, Individu yang sepatutnya disiasat adalah pihak pengurusan Utusan Malaysia dan Awang Selamat sendiri.

Jadi memang benar negara kita ini hanya akan mengambil tindakan kepada pihak pembangkang, tetapi tidak kepada penulis-penulis yang mengampu Umno BN.

Shuhaimi berkata, Hishammuddin sepatutnya menyiasat laporan polis yang dibuat lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan atau NGO terhadapnya sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Saya beranggapan aduan langsung tidak mempunyai asas dan hishammudin berkata laporan tersebut dibuat oleh NGO yang tiada kaitan dengan politik, saya nak sanggah kenyataan beliau yang buat laporan itu termasuk ketua pem uda Umno Kota Raja, Ketua-ketua Pemuda seluruh Selangor, Gaps[Gabuangan Anggota Pemikiran Serabut] yang mana mereka ini semua adalah ahli-ahli Umno," katanya.

PAK LAWAK MINGGU INI.....


"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,” perli Najib sambil disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini.

(Kalau Anwar akan demam, Najib akan m***** ISI SENDIRI)

Adey.... Poooraahh!!


"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam”

Kah....kah... kah...

Fuiyo... dia Perdana Menteri.
Dia ada semua maklumat.

Tunggu apa lagi??
Dedahkan semua maklumat yang ada
Takyah kasi dia demam. Kasi dia terkubur terus.

Kononnya ada maklumat...
Tapi tak juga dedah!!
Ada maklumat...
Tapi takut nak berdebat!!

Adey... Pooraaahhh!!!

Ciri calon paling sesuai untuk PRK Tenang

PAS dah pun mengumumkan calonnya untuk PRK N05 Tenang. Kali ni PAS pilih calon dari kalangan muslimat. Cikgu Mala, memang calon paling sesuai. Bukan saja dia orang tempatan tapi jugak pimpinan muslimat bukan sahaja di peringkat kawasan tapi jugak  exco muslimat pusat.

Umno pun khabarnya berminat nak letak calon dari kalangan orang wanita jugak. Sebelum ni dah timbul gambar muka wanita Umno yang disebut-sebut bakal calon Umno di PRK Tenang.

Gambar kat sebelah atas tu gambar dia yang paling popular rasanya, cukup banyak bertebaran merata blog.

Gambar kat sebelah kiri ni pulak nampak macam tengah tarik suara, mungkin tengah mengaji kut. Takkan azan pulak, mana boleh orang perempuan azan macam tu.

Jangan tersilap, bukan tarik suara tengah mengaji tapi tarik suara tengah menyanyi. Gambar penuh yang mengambarkan suasana sebenar kat bawah ni.

Bertudung dan berbaju kurung, Haslinda Salleh, Ketua Wanita UMNO Labis. Amboi amboi amboi, bukan main tarik tu! - firdausrosli
 Kalau tengok dari bakat bakal calon Umno ni, aku rasa calon PAS tak berapa boleh nak lawan. Peluang untuk calon PAS nak menang sangat tipis. Bakat menyanyi bakal calon Umno ni soheh dah jauh meninggalkan calon PAS.

Bagi orang PAS memang la tak relevan langsung pandai menyanyi jadi ciri untuk jadi calon tapi mungkin tidak untuk Umno. Pasainya, orang kat belah Tenang sana mungkin majoritinya memang minat dengan calon yang pandai menyanyi macam bakal calon Umno ni. Lagi pun, berapa kerat sangat ahli PAS di Dun Tenang tu.

Kalau tak percaya, hangpa yang pi sana cuba bilang berapa buah rumah kat Felda di Tenang tu contohnya, yang ada pasang Astro. Cuba tanya kat tuan rumah tu depa pasang Astro pasai apa. Aku yakin kalau dibuat kiraan yang pasang Astro pasai nak tengok Akademi Fantasia dengan pasai nak tengok Akademi Al-Quran tentu punya pasai nak tengok AF peratus dia tinggi melambung-lambung berbanding dengan yang pasang pasai nak tengok AQ.

Kena pulak masa kempen nanti depa bawah turun Siti Nurhaliza, lagi tinggi la naik saham bakal calon Umno ni. Lepas tu pulak, Muhyiddin Yasin pulak turun kempen bawak anak dia menyanyi sama, lagi melambung tinggi la saham bakal calon Umno ni...

Najwa Anak Tan Sri Muhyiddin Yassin Yang Berbakat Besar! - RagamArtis

   Cenangau Daunkari

Antara Lilin dan TNB

Gambar hiasan jer.... hahahaha...
Takda siapa yang boleh buat aksi camni kecuali First Lady jer...., 
tak caya cubalah kalau boleh...???

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata,,,;

"Ayang, period I dah lewat sebulan, tapi I tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, rumah pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bil elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata "Ini rumah En. Najib ker?" "Iya, saya ni isterinya. ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu. "APA??? Macam mana pulak encik tahu yang saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " Alaaa... puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.

"APAAA....???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu...???"

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan".

Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, " Nanti saya bincang dengan suami saya.". Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas En. Najib ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata;

"Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet, awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii...?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yang datang ke rumah En Najib ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "Sabar encik, sabar encik... apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan En Najib naik berang....

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...." Lalu pegawai TNB tu pun cakap "kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya....... ...."

Belum sempat Pegawai TNB tu habis bercakap..., En Bung mencelah "Apa??? Potong??? Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???"

Pegawai TNB tu pun cakap " Nampak gayanye.. ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAA..."

Moral of the story : Saje nak buat lawak bagi hilang tension..!!!!

Nota : Tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang dah mati, mahupun dengan First Lady... kah..kah..kah... 
 
ISA.

Desak Najib Razak Letak Jawatan Jer....!!!!


Menurut salah seorang dari kumpulan tersebut yang mengaku sebagai ahli Perkasa berkata, beliau kecewa apabila pemimpin tertinggi Perkasa tidak bersuara berhubung isu yang melibatkan pihak istana ini.

“Selalunya Perkasa tegas dengan sebarang isu yang membabitkan institusi raja-raja Melayu. Tetapi dalam isu ini, yang jelas nampak ada pihak yang sewenang-wenangnya guna gelaran yang sepatutnya untuk Permaisuri Agung, Perkasa tak keluar apa-apa kenyataan pun.

“Itu yang saya kecewa. Sebab itulah saya sertai kumpulan ini tetapi bukannya kapasiti sebagai ahli Perkasa, ini adalah secara peribadi saya dan dua rakan saya yang lain juga dari Perkasa.

Menurutnya lagi, selain individu dari Perkasa, beberapa pemimpin dan ahli beberapa parti politik yang berlainan idealogi daripada Pakatan Rakyat dan BN turut terlibat dalam rancangan itu.

“Selain saya dan dua rakan dari Perkasa, rakan kami yang lain ialah dari Umno, PKR dan PAS. Mereka sama juga seperti saya, bertindak bukan atas kapasiti parti politik masing-masing.

“Lagipun tiada sesiapa di antara kami yang memegang sebarang jawatan di peringkat pusat dalam parti atau pertubuhan masing-masing. Paling tinggi pun hanya dua, tiga orang peringkat daerah dan mungkin akan disertai oleh seseorang di peringkat negeri nanti,” katanya lagi.

Rosmah mencampuri urusan negara
“Nampaknya semakin lama, Rosmah semakin galak mencampuri urusan kerajaan hinggakan kadang-kala lagaknya seperti seorang Menteri Pelajaran, Menteri Hal Ehwal Wanita pun ada dan sebagai duta pun ada,” menurut sumber itu lagi.

Beliau turut mempersoalkan dan melahirkan kekesalan apabila Najib bukan sahaja dilihat gagal untuk menegur isterinya itu, malahan turut pada masa tertentu menyerlahkan pendirian beliau yang menggalakkan tindakan isterinya itu.

“Mengapa Najib tidak menegur atau mungkin juga PM sendiri yang memberikan galakan kepada Rosmah?” soal beliau.

“Yang hairannya, takkanlah Najib tidak nampak apa-apa yang tak kena tentang ini? Penasihatnya butakah untuk memahami ia memberi impak negatif kepada PM?

“Terus terang saya katakan isu ini bukan sahaja menjadi bahan serangan PR tetapi orang-orang dalam Umno sendiri pun ramai yang mengadu meluat dengan situasi ini,” tambah beliau.
Dari petikan di atas tu..., kita dapat melihat betapa bencinya rakyat Malaysia dengan perlakuan terlampau Ro$mah Man$sor selama Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Dengan tidak mengira ideologi politik masing2... semuanya bersatu menentang sikap rakus dan angkuh betina katek sekor nih....

Tetapi.... yang membuatkan gua hairan bin ajaib ialah... apakah anggota kabinet jemaah menteri dan juga sekalian hulu dan balang ketuanan melayu membiarkan perlakuan seumpama ini....

Jika tiada di kalangan menteri2 yang berani bersuara, maka eloklah sekalian menteri2 tersebut meletak jawatan masing2 dan serahkan pada Ro$mah Man$or.... gua yakin betina katek sekor ni boleh handle semua tugasan tersebut.... dan keraaaajaan Malaysia bolehlah berjimat daripada membayar gaji buta kepada menteri2 yang penakut dan dayus untuk menegur PM.

Dan di mana pula Presiden Perkasa dan segala NGO's haramjadah yang selama ini memekak melolong kononnya mempertahankan Institusi Raja2, apakah mereka sudah jadi bacul dan dayus seperti Najib Razak..????

Atau perlukah sekalian RAKYAT turun ke jalanraya berdemonstrasi membantah supaya Ro$mah Man$or menjauhkan dirinya daripada mencampuri urusan negara dan membazirkan wang rakyat/kerajaan ikut suka hati mak bapak dia.

Jika tak boleh juga... maka eloklah sekiranya sekalian Rakyat mendesak Najib Razak letak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana gagal menasihati bini dia supaya tidak mencampuri urusan kerajaan dan negara. Sebagaiman yang di perlakukan kepada Pak Lah sebelum ini.

Harap Yang DiPertuan Agong dapat menyelesaikan masalah ini sesegera mungkin, kerana gua sendiri dah naik menyampah nak tengok muka betina katek tua tak sedar diri tu..... kecik2 tak nak mampus dah tua bangka menyusahkan rakyat.... cisssss....
ISA.

Khir Toyo beri projek RM244 juta kepada tertuduh bersama kes rasuahnya


KUALA LUMPUR, 18 Jan – Selangor mendakwa Dr Mohd Khir Toyo pernah menganugerahkan lima tender secara langsung bernilai RM244 juta kepada pengarah Ditamas Shamsuddin Haryoni ketika beliau masih menerajui kerajaan negeri.
Kedua-dua Dr Khir (gambar) dan Shamsuddin merupakan defendan dalam kes rasuah menerima dua lot tanah daripada Shamsuddin pada harga RM3.5 juta sedangkan ia bernilai RM6 juta pada 2007.
Setiausaha politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, butiran tender langsung ini didedahkan kepada umum bagi mengelakkan spekulasi dan andaian negatif terhadap kerajaan negeri semasa apabila perbicaraan Dr Khir berlangsung Jun ini.
“Kerajaan negeri percaya bahawa maklumat ini akan membantu pihak berkuasa dalam siasatan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.
Faekah menambah, pentadbiran Dr Khir juga ada menganugerahkan dua projek kepada syarikat dimiliki Shamsuddin, masing-masing bernilai RM30 dan RM14 juta, yang telah dibatalkan oleh kerajaan negeri tahun lalu.
Beliau berkata pendedahan maklumat itu adalah penting bagi memastikan kerajaan Selangor dan kakitangannya tidak dikaitkan kan dengan perbicaraan Dr Khir kelak.
Awal bulan lalu, Dr Khir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mendapatkan dua lot tanah di Seksyen 7 Shah Alam pada harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran.
Dr Khir, 45, didakwa mendapatkan tanah tersebut bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suara 7/1L di sini daripada Shamsuddin yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasminya pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Mei 2007, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.
Dalam kenyataan hari ini, Faekah juga berkata kerajaan negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada syarikat-syarikat dimiliki Shamsudin.
Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 16 Disember lalu telah membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin didedahkan untuk pengetahuan umum.
“Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza,” katanya lagi.
Projek-projek itu ialah pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000, kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta, cadangan mereka bentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000, membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53 dan cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.
“Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan,” jelas beliau.
Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada 2000 dan Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta.
“Bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 Januari 2010 telah membatal dan menarik balik projek berkenaan,” katanya.
Jelas beliau, langkah itu juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didokong oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

Mungkinkah Kesan Domino Dari Tunisia?

 

Kalangan pemerhati melihat melihat persamaan keadaan di beberapa negara negara Arab setelah tersingkirnya Presiden Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali.

Ada spekulasi soal kemungkinan efek domino melanda di kawasan seperti runtuhnya Komunis di seluruh Eropah Timur pada tahun 1989.

Di beberapa negara Timur Tengah dan Afrika Utara, populasi generasi muda yang berkembang pesat menghadapi harga bahan pangan yang melonjak, angka pengangguran melambung, dan keterwakilan politik yang terbatas.

Sebahagian dari mereka juga berhadapan dengan pihak berkuasa yang sudah uzur dan yang dirundung isu pengganti.

Mesir

Di permukaan, Mesir memiliki banyak kesamaan dengan Tunisia, keadaan ekonomi sulit, korupsi di kalangan agensi kerajaan dan kesempatan terbatas bagi warganya untuk mengemukakan ketidakpuasan dengan sistem politik.

Presiden Hosni Mubarak, 82 tahun, boleh dikatakan memonopoli kekuasaan sejak mulai menjabat jawatannya tiga dekad lalu dan menjelang pertengahan tahun berkeupayaan untuk dipilih kembali.

Namun, kekecewaan mendalam warga Mesir sejauh ini hanya cukup untuk menghasilkan demonstrasi politik kecil-kecilan saja.

Jika dibandingkan dengan warga Tunisia, orang Mesir memiliki tingkat pendidikan dan kenal huruf lebih rendah dan bukan pengguna berat layanan internet. Banyak warga Mesir sangat miskin.

Wartawan BBC Jon Leyne di Kaherah menyatakan kebanyakan orang Mesir tidak melihat mereka boleh mengubah kehidupan mereka melalui aksi politik, seperti ikut dalam pemilihan, menjadi aktivis, atau berdemonstrasi.

Namun, laporan-laporan mengenai seorang pemuda yang mencuba membakar diri di Kaherah tentu merisaukan institusi pemerintah, kata wartawan kami.

Aksi bunuh diri pemuda Tunisia Mohamed Bouazizi, yang nekad membakar diri hingga terbunuh pertengahan Disember, yang meledakkan kerusuhan dan kemudian melnjatuhkan Presiden Ben Ali.

Algeria

Massa pemuda Algeria juga memprotes inflasi

Berbeda dengan Tunisia, Algeria sudah sering dilanda kerusuhan dalam beberapa tahun terakhir.

Ketika demonstrasi memuncak di Tunisia pada awal tahun, pemuda di negara tetangganya juga turun ke jalan.

Aksi bakar diri itu juga dilaporkan terjadi di Algeria.

Namun, meski harga bahan pangan juga menjadi masalah di Algeria, kerusuhan sering bersifat lokal dan sedikit demonstran mengusung tuntutan berskala nasional.

Pemerintah Algeria memiliki dana yang cukup besar dari eksport minyak dan gas, sehingga boleh dikatakan sanggup membujuk demonstran yang mengecam inflasi.

Pada tahun 1988, Algeria juga mengalami "revolusi kekuatan rakyat", yang kemudian menghasil pengenduran pembatasan media dan pemilihan multi-partai.

Perkembangan ini kemudian menimbulkan konflik berdarah antara institusi keamanan dan pemberontak berhaluan Islam, dan setelah itu warga Algeria ehilangan semangat untuk mendukung revolusi, kata wartawan BBC Chloe Arnold di Algeria.

Libya

Kol Muammar Gadaffi berkuasa sejak akhir 1960-an

Pemimpin Libya Kolonel Muammar Gadaffi mengeluarkan reaksi keras hari Senin atas pelengseran Presiden Ben Ali dan itu pasti mencerminkan kegalauannya atas kemungkinan efek domino.

Setelah 41 tahun berkuasa, di Kolonel Gadaffi kini penguasa paling lama di Afrika dan Timur Tengah. Dia juga salah seorang pemimpin paling berkuasa di sana.

Segala bentuk demonstrasi dilarang, tapi ada laporan kerusuhan di kota al-Bayda akhir minggu.

Namun, Libya memiliki penduduk jauh lebih sedikit dari para tetangga di kawasan, dan kekayaan dari minyak melimpah.

Jordan

Isu inflasi juga merisaukan banyak warga Jordan

Ribuan pemuda di seluruh Jordan berdemonstrasi pada "hari amarah" hari Sabtu (15/1) untuk memprotes kenaikan harga bahan pangan dan pengangguran.

Sebahagian menuntut Perdana Menteri Samir Rifai mundur.

Pemerintah minggu lalu menurunkan harga sebahagian bahan makanan dan BBM, tapi demonstrasn menyatakan pemerintah harus berbuat lebih banyak untuk mengatasi kemiskinan akibat inflasi.

Namun, Jordan diperintah oleh keluarga kerajaan, dan sebahagian masyarakat setia kepada raja.

Raja Abdullah tampaknya lolos dari kemarahan demonstran.

Sejauh ini unjuk rasa berlangsung damai, dan tidak seorang pun ditahan.

Maroko

Sebagaimana Tunisia, Maroko juga menghadapi masalah ekonomi dan tuduhan pengamalan korupsi di kalangan elit penguasa.

Reputasi Maroko tercoreng setelah dokumen yang dibocorkan lewat Wikileaks mengungkapkan tingkat korupsi meningkat, khususnya dalam perniagaan anggota keluarga kerajaan dan "ketamakan memuakkan" orang-orang dekat Raja Mohammed VI.

Kawat diplomatik dari kedutaan besar AS di Tunis yang disebarkan Wikileaks menyebut masalah serupa di lingkaran dalam Presiden Ben Ali.

Namun, Maroko, seperti Mesir dan Algeria, memang memberikan kebebasan berpendapat secara terbatas dan sejauh ini masih berhasil mengekang penunjuk perasaan.

Sebagaimana di Jordan, kerajaan Maroko mendapat dukungan di sebahagian masyarakat.

Terbongkar : Dr Khir ‘agih’ 5 projek RM63 juta kepada seorang kroni

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini mendedahkan Dr Mohamad Khir Toyo ketika berkuasa, memberi sekurang-kurangnya lima projek bernilai kira-kira 63 juta secara terus kepada sebuah syarikat yang dipercayai kroni bekas Menteri Besar Itu.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, berkata lima projek runding terus diberi kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai berbeza termasuk pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 dengan nilai RM22,880,000 bagi fasa 1 dan fasa 2 (RM61 juta).
Katanya, tiga lagi projek ialah mereka bentuk, membina dan menyiapkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju (RM71,080,000), cadangan membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama,  Sepang (RM73,750,871.53) dan cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan, Dengkil (RM14,999,000)
Beliau berkata, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd turut diberi projek secara penswastaan.
“Getrahome mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Sepang bernilai RM16 juta pada 2000.
“Kanasutra pula diberi projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas Tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta, sbelum dibatalkan pada 27 Januari lalu,” katanya.
Faekah berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 16 Disember 2010 membuat keputusan untuk mendedahkan maklumat dan nilai projek yang diberi kepada syarikat milik Shamsuddin Hayroni, didedah kepada umum.
Mengikut kenyataan media, beliau berkata, pendedahan itu bagi memastikan kerajaan Selangor dan kakitangan awam tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin Hayroni.
“Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran Pakatan Rakyat yang menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.
“Kerajaan negeri berpendapat maklumat ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan,” katanya, menambah ia juga mengelak timbul tanggapan buruk terhadap kerajaan negeri menjelang perbicaraan kes Dr Khir.
Dr Khir didakwa mendapatkan dirinya dan Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan balasan yang diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya,  Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia  dibeli Ditamas  dengan harga RM6.5 juta.
Faekah berkata, kerajaan Negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada mana-mana syarikat termasuk yang dimiliki Shamsudin.

Najib Ulangi Janji Santa Claus Di FELDA


SHAH ALAM 18 JAN: Pengumuman peruntukan RM1.6 bilion bagi memajukan masyarakat FELDA di seluruh negara oleh Perdana Menteri disifatkan sebagai 'janji Santa Claus' oleh Mazlan Aliman.

Ini kerana katanya yang juga Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan atau ANAK, Datuk Seri Najib Razak tampak jelas berniat untuk meningkatkan sokongan peneroka menjelang pilihanraya umum ke-13

Taktik ini sering diutarakan pemimpin Umno-Barisan Nasional(BN) setiap kali menjelang atau menghampiri kemuncak pilihanraya. Tetapi mengabaikan nasib peneroka selepas berakhir.

"Bila berlaku pilihanraya, barulah mereka hadir dengan pelbagai janji seperti 'Santa Clous', sedangkan dari pemantauan selepas pilihanraya kecil janji itu tidak dilaksanakan.

"Sememangnya menjadi tabiat pemimpin BN, sering kali mengunakan angka mengelirukan rakyat apabila beliau (Najib Razak) mengumumkan RM1.6 billion itu menggunakan wang siapa.

"Jadi kita sebagai rakyat perlu tahu, RM1.6 billion itu beliau menggunakan wang siapa, samada diambil dari wang rezab FELDA ataupun wang kerajaan,"katanya.

Mazlan ketika dihubungi Tv Selangor turut menjelaskan ada dikalangan penduduk menyatakan inilah kali pertama Perdana Menteri melawat kawasan mereka.

Hari ini Najib yang juga Pengerusi BN mengadakan lawatan ke Tenang dan pada majlis Pemimpin Bersama Peneroka di FELDA Chemplak, Najib turut mengumumkan peruntukan RM8.5 juta untuk program pembangunan prasarana 500 buah lot yang akan diberi kepada generasi kedua peneroka FELDA.

Realitinya, Felda menjadi kubu kuat Barisan Nasional khususnya Umno selama ini.

Mengulas pengumuman tersebut, Mazlan menyatakan ia hanya satu gimik yang sama dilakukan pada PRK Hulu Selangor April lalu dan sehingga kini tiada sebarang pembangunan projek dilakukan seperti yang dijanjikan kepada penduduk di FELDA Soeharto.

Pengumuman tersebut dibuat ketika BN bersedia menghadapi PRK DUN Tenang hujung bulan ini jelas membuktikan FELDA bukan sahaja kubu kuat mereka malah ia juga merupakan talian hayat buat mereka.

Kerajaan Selangor tawar latihan usahawan dan modal untuk pekerja Muslim di premis tidak halal

SHAH ALAM, 18 Jan – Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk latihan usahawan dan modal kepada pekerja Islam di premis tidak halal di negeri ini bagi membantu mereka mencari pekerjaan lain dan mendapatkan rezeki lebih berkat.
Kenyataan Sekretariat Akhbar Kerajaan Selangor berkata, kerajaan negeri bersimpati dengan nasib orang Islam yang bekerja di premis seperti kilang arak dan kelab malam serta sektor pekerjaan yang melibatkan arak.
Justeru itu kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan menawarkan peluang latihan usahawan dan modal berkenaan bagi membantu pekerja beragama Islam terbabit memulakan perniagaan sebagai mata pencarian baru.
Antara sektor perniagaan yang ditawarkan adalah kecantikan, jahitan, masakan dan membaiki telefon bimbit.
Mereka yang berminat boleh berurusan di Tingkat 5, Bahagian Sektoral, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam atau menghubungi pegawai di Bahagian Sektoral di talian 03-5544 7115/7965.
Baru-baru ini Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengeluarkan surat peringatan dan garis panduan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak sebagai langkah membendung mereka dari terbabit dalam bidang pekerjaan tidak halal. – Bernama

Krisis Kelantan: Polis ambil keterangan Ku Li esok


KUALA LUMPUR, 18 Jan – Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan diambil keterangan oleh polis Kelantan di ibu negara petang esok berhubung kenyataannya mengenai krisis Kelantan tahun lalu.
Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa polis Kota Baru akan merakamkan kenyataan anggota kerabat diraja itu di rumahnya di Jalan Langgak Golf di sini 3 petang esok.
Pada sidang media di sini awal bulan lalu ahli politik itu yang mesra dikenali sebagai “Ku Li” memberitahu, beliau masih berpendapat Tuanku Ismail Petra adalah pemerintah Kelantan yang sah dan bukannya anakanda baginda Tengku Muhammad Faris Petra.
Pada 7 Disember lalu, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata tindakan Tengku Razaleigh (gambar) yang masih mempertikai kedudukan Sultan Kelantan dari segi undang-undang adalah hak dan pandangan peribadi beliau.
Katanya, ini kerana kedudukan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telah pun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Tengku Razaleigh yang juga bekas menteri kewangan dalam kenyataan kepada medianya masih mempersoalkan status kedudukan Sultan Kelantan dari undang-undang.
Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan itu selepas diminta mengulas keputusan Sultan Muhammad Ke-V memperkenankan penarikan balik dua anugerah kebesaran negeri, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) dan tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi I).
Pada 5 Disember lalu, Istana Kelantan mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran itu yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh.
Ini berikutan kenyataannya sebelum itu yang disiarkan akhbar berbahasa Cina dan menyinggung perasaan Sultan Kelantan.
Tuanku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.
Tengku Razaleigh, 73, yang juga Ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Peguam dibenar tarik diri wakili Tuanku Ismail Petra

Peguam Raja Aziz Addruse dan Abdul Rashid Ismail telah menarik diri daripada mewakili bekas Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra dalam petisyen ketiga yang difailkan baginda bagi mencabar keperlembagaan pemasyhuran anakanda sulungnya sebagai Sultan.

NONEPenarikan diri mereka adalah ekoran keengganan Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh pendengaran petisyen itu pada pertengahan Mac ini seperti yang dipohon.

Alasan itu dinyatakan dalam afidavit Abdul Rashid yang difailkan bagi menyokong notis usul penarikan diri mereka daripada mewakili Tuanku Ismail Petra.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, membenarkan permohonan mereka selepas peguam Sunil Abraham yang mewakili Sultan Muhammad V (Tengku Muhammad Faris Petra) tidak membantah.

Dalam affidavitnya, Abdul Rashid berkata Tuanku Ismail Petra telah melantik Raja Aziz dan firma guamannya, Tetuan Rashid Zulkifli mewakili baginda dalam petisyen itu.

Beliau berkata firmanya telah memohon supaya tarikh pendengaran petisyen itu ditetapkan pertengahan Mac kerana Tuanku Ismail Petra mahu Raja Aziz berhujah, dan peguam itu hanya akan selesai menjalani rawatan di sebuah hospital di Singapura pada awal bulan tersebut.

Bagaimanapun, Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan menolak permohonan itu dan menetapkan 10 Feb untuk mendengar permohonan Sultan Muhammad V bagi membatalkan petisyen tersebut.

NONEMelalui petisyen ketiga yang difailkan 20 Sept lepas, Tuanku Ismail Petra memohon Mahkamah Persekutuan memutuskan beberapa isu perundangan berhubung pindaan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan dan pemasyhuran pemangku raja sebagai Sultan.

Pada 13 Sept lepas, Majlis Perajaan Negeri telah melantik Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan menggantikan ayahanda baginda yang tidak berkeupayaan sejak Mei 2009.

Pada 26 Nov lepas, dua petisyen berhubung kuasa pemangku raja ketika ketidakupayaan Sultan yang difailkan Tuanku Ismail Petra, ditolak oleh Mahkamah Persekutuan, yang memutuskan bahawa bekas Sultan itu tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk merujuk isu yang perlu diputuskan oleh mahkamah tersebut.

- Bernama

PM: Kita juga mahu tahu bagaimana Teoh mati..eh-ele lagi satu lakonan APCO..!!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini mengulangi komitmennya untuk merungkai misteri di sebalik kematian Teoh Beng Hock ketika berucap kepada masyarakat Cina di Tenang.

NONE“Kita juga mahu tahu kebenaran dan apa yang sebenarnya berlaku kepadanya. Jangan politikkan isu ini. Kita ada cara untuk mengetaui kebenaran. Kita tidak akan lindungi sesiapa. Ini ikrar kerajaan.”

Ucapan Najib di SJK(C) Labis ini dilihat bagi mengelakkan penghakiman terbuka inkues Teoh tempoh hari dijadikan modal politik oleh Pakatan Rakyat.

“Hasrat kita pun sama dalam kes Teoh Beng Hock,” katanya kepada kira-kira 700 penduduk Cina semasa sesi minum the di dewan sekolah itu.

NONENamun, Najib mengingatkan pengundi Tenang bahawa kematian Teoh tidak sepatutnya mempengaruhi keputusan mereka dalam mengundi.

“Ini (pilihan raya kecil) lebih besar daripada Teoh Beng Hock, ini adalah mengenai masa depan Malaysia, masa depan semua kita, masa depan generasi kita.

“Jangan perjudikan masa depan kita. Pembangkang tidak boleh mentadbir negara ini,” kata Najib dengan berkobar-kabar sambil disambut tepukan gemuruh.

Anwar Ulangi Ajak Najib Berdebat

MOHD Najib Razak memperli Anwar Ibrahim di Labis hari ini, katanya Anwar akan demam kalau berdebat dengannya. Katanya, Anwar tidak perlu berdebat sebaliknya selesaikan dulu isu peribadi yang mengelilingi diri ketua pembangkang berkenaan.

Najib juga dipetik sebagai bertanya kepada hadiri pada himpunan di sebuah tanah rancangan Felda itu sama ada wajar atau tidak beliau berdebat. Mereka yang hadir dilaporkan sebagai berkata, "tidak perlu".

Minggu lepas Anwar mengajak Najib berdebat mengenai ekonomi negara dan juga pelan 100 Hari Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga. Hari ini Anwar telah menulis sepucuk surat meminta Najib berdebat dengannya.

Keenggnan Najib menyahut cabaran Anwar itu disifatkan oleh penyokong pembangkang PM itu sebagai penakut dan tidak berani untuk mendedahkan fakta sebenar mengenai ekonomi negara sebaliknya berani bercakap di layar atau skrin tv saja.

Dalam surat berkenaan Anwar mengatakan keperluan mengenai debat itu bagi membincangkan isu kenaikan harga barang yang ketara waktu ini di mana sesetengah barang keperluan melonjak sehingga 50%.

Menjawab dakwaan Najib mengatakan pelan 100 Hari yang yang tidak berjejak di bumi nyata dan menyebabkan negara akan muflis, Anwar membalas dengan mengatakan belum pernah berlaku dalam sejarah di mana-mana negara yang melaksanakan tatakelola ekonomi akan muflis.

Adalah molek juga kalau debat di antara kedua mereka itu diadakan di Tenang sempena berlangsungnya pilihan kecil di situ. Debat berkenaan boleh dijadikan bahan kempen untuk meraih undi bagi kedua calon dokongan tokoh berkenaan.

Nik Aziz Lagi Gila ! - Isa Samad

Oleh: sripetaling

""(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” kata Isa. (Malaysiakini 18 Januari 2011)

Terkejut campur tergamam apabila seorang yang mengaku Islam mengungkapkan kata- kata tersebut di hadapan orang-orang yang bukan Islam dalam satu majlis pertemuan dengan penduduk cina di Tenang sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Sebelum ulasan yang seterusnya, penulis ingin memaklumkan bahawa majlis tersebut dihidangkan dengan penari seksi ! dan munuman Bir percuma ! (siapa yang taja?!) ikuti laporan malaysiakini ini :

"Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam."

SubhanaAllah ... penulis mengucap panjang ..bagaimana pemimpin seperti ini menghadiri majlis yang hina tersebut...tak cukup dengan arak!...tak cukup dengan penari seksi! ... kemudian mengutuk para ulama pula !!! lebih menghinakan apabila dilakukan dihadapan orang-orang bukan Islam!!!

WAHAI WARGA FELDA ! SEDARKAH ANDA !!! ORANG SEPERTI INIKAH YANG MAHU KITA PILIH !!! UNTUK DIJADIKAN CONTOH UNTUK GENERASI KITA YANG AKAN DATANG!!! KALAU ANDA MEMILIH UMNO DI TENANG ...SEOLAH-OLAH ANDA MENGIYAKAN APA YANG DIUNGKAPKAN OLEH ISA SAMAD  !!!

Seperkara lagi.. mungkin kita tak perasan ( penulis berharap Isa Samad hanya terlanjur dan tidak berniat) ...secara tak sedar Isa seolah-olah menghina Islam ...SEOLAH-OLAH BELIAU MENGATAKAN ISLAM ADALH AGAMA YANG SUKAR DIFAHAMI !!!!

Kalau anda ingin kepastian sila amati laporan malaysiakini ini :

"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. KITA SEBAGAI MUSLIM,KADANG-KADANG TIDAK BERAPA FAHAM . Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” kata Isa.(Malaysiakini 18 Januari 2011)

Apa perasaan anda apabila membaca sedutan ucapan tersebut ... orang bukan Islam yang mendengarnya mungkin akan berfikir dalam benak pemikiran mereka seperti ini :

" KAN AKU DAH CAKAP ISLAM TU SUSAH TAPI RAMAI TAK PERCAYA! ... INI ISA SAMAD YANG SEBUT SENDIRI ! ISLAM TU AGAMA YANG ORANG ISLAM SENDIRI TAK FAHAM!"  ( bisikan hati)


Anda bersetuju dengan saya?..."

Isu Azan : Formula 3R di praktikkan dengan cukup Licik

Oleh: LeeSlimShady

"Taktik gerombolan main isu agama atau Formula "R" yang kedua cukup licik. Lihat bagaimana gerombolan cuba menciptakan satu Fantasi untuk menjadi hero dalam isu agama contohnya tentang laungan azan.

Ia adalah satu perancangan yang telah dirancang dengan teliti sebagai usaha untuk membersih dan memutih sucikan nama gerombolan.

Dari sebuah regim yang menjadi pembunuh kepada ulama kepada sebuah parti yang pasti akan menjadi hero kepada agama dan bangsa (porrrrahh!!!). Perhattikan,mangkuk ayun MCA ini di arahkan supaya mengadu pasal bunyi azan pakai speaker tu terlalu kuat sedangkan selama 50 tahun memang orang islam azan pakai speaker pun.

Jadi dengan ini apabila situasi ini terjadi,maka barua - barua gerombolan macam pekasam dan pakida akan di gunakan untuk meniupkan sentimen keagamaan yang di lihat seolah - olah akan mencetuskan rusuhan agama dan kaum,tapi tidak.Kerana yang paling sensitif tentang isu azan ini adalah orang melayu yang beragama islam.

Maka di laungkan lah tuntutan yang konon nya peguam MCA ini

Harus di kena tindakan di bawah I.S.A tetapi semua perancang - perancang formula 3R sudah bersiap sedia untuk memainkan drama wayang yang lagi hebat dari filem "faster". Cuba selidiki betul betul apa yang terjadi, mangkuk ayun ini menulis surat kepada najib, nazri, jais , jawi, menteri jais, menteri jawi malah,nurul izah pun ada terima. yang paling lawak,koh tsu koon pun dapat surat dari mangkuk ayun ini.Cuba fikir apa tujuan yang sebenarnya??

Mangkuk ayun ini buat huru hara pasal isu azan terlalu kuat dan dia pindah rumah kerana bunyi azan yang terlalu kuat oleh itu ianya memberi lampu hijau pada barua - barua gerombolan seperti pekasam dan pakida untuk berdemo yang bertujuan menaikkan kemarahan orang melayu yang kita tahu cukup sensitif dalam isu agama.

Tiba - tiba mangkuk ayun ini minta maaf pulak.Siap ada gambar dengan raja yang tak berdaulat. Dah tu minta maaf dengan menteri tak menang pilihanraya yang mana menteri ini cukup di benci oleh orang kampung bandar dalam,kampung baru dan kampung padang balang.

Sebenarnya ini adalah rancangan licik 3R bertujuan untuk menunjukkan kepada warga lembah pantai bahawa "raja tungkek" ini boleh menyelesaikan masalah.Dalam konsep perang psikologi yang memanipulasi formula 3R ini di panggil "gali lobang,kambus lobang" oleh itu apabila ini terjadi maka orang melayu akan cakap,"

"Wuuihh!!!! pandai betul gerombolan setel kan masalah yek,kalau dia tak kambus lobang tu mesti ada yang tergolek jatuh ke dalam"
Oleh itu kesimpulannya di sini apa yang kita dapat lihat ialah masalah isu azan ini sengaja di adakan agar gerombolan akan di lihat sebagai hero dalam filem "kuch - kuch hota - hei" yang pantas tiba dan muncul untuk menyelamatkan orang melayu dari terhumban ke kancah rusuhan agama.

Tapi walau bagaimana pun rancangan jahat ini telah berjaya di patahkan dengan adanya kemajuan teknologi internet.Dan yang paling menyedihkan ialah kelentong stail lawak bangang ini telah menyebabkan bukan sahaja orang PAS malah orang - orang PKR,DAP dan parti K.I.T.A akan tergelak pecah - pecah perut.