Isnin, 17 Januari 2011

Siapa yang dipanggil minah katek bersama Menteri Oman?

Kedua-duanya dipercayai beragama Islam, dan aku pasti yang dari Oman tu memang beragama Islam berdasarkan cara pemakaiannya, tapi yang sorang lagi tu susah nak cakap lah ... yang aku tahu si katek ni memang pemboros orangnya, kerja dia perabih duit negara.
Minah Katek bersama Menteri Pembangunan Sosial Oman, Dr Sharifa Khalfan - semasa minah katek bersama rombongan "perabih duit rakyat"nya ke Oman selepas ke Arab Saudi baru baru ni.
Maka keluarlah cerita dalam akhbar pencacai umno, lawatan minah katek ini demi merapatkan hubungan kedua negara. Siapa si katek ni? Menteri ke? TPM ke? Seingat aku belum ada perangai TAK SENONOH macam ni pada isteri-isteri PM yang lalu.
- Sumber: Mimpi Senja di sini.

Kisah Orang Melayu Panas Tahi Ayam

Orang Melayu lembut, pemaaf dan mudah lupa. Apakah penyakit ini menggambarkan akan kelemahan genetik Melayu? Orang Melayu lekas marah, tetapi lekas sejuk. Orang Melayu macam tahi ayam monel.

Dua tiga hari lepas orang Melayu ramai-ramai angkat sepanduk marahkan orang Cina yang minta supaya azan di sebuah surau atau masjid diperlahankan. Mereka keluar ramai-ramai tunjuk perasaan. Kalau baca apa yang ditulis di sepanduk atau manila kad, kecut perut sampai leper macam papan. Bukan main lagi garang dan bengisnya orang Melayu.

Dikatakan orang Cina yang membuat permintaan itu sebagai kurang ajar. Sebagai pengkhianat. Dan Cina itu juga diberi ingatan supaya tidak melampau. Ditulis di manila kad kononnya negeri ini negeri Melayu. Saya rasa Cina itu pun tahu juga negeri ini negeri siapa?

Melihat kepada gelagat Melayu itu macamlah Cina itu tidak akan tinggal lagi di negara ini. Dia akan keluar dan menginap di mana-mana negara. Tidak katakan kepada Cina itu, saya sendiri pun takut menyaksikan gelagat sekumpulan Melayu itu.

Tetapi orang Melayu marahnya seketika saja. Rajuknya sekerat hati saja. Hatinya akan sejuk jadi macam peti sejuk bila diberikan segelas sirap atau serbat. Marah orang Melayu yang keras macam kayu akan jadi macam tapai ubi kayu basi. Wehhhh...

Hari ini bila orang Cina itu dibawa oleh seorang menteri berjumpa dengan orang Melayu dan cinta itu memohon maaf orang Melayu pun memaafkannya. Imam sendiri yang memaafkan, yang kata isu sudah selesai. Sebab sikap orang Melayu seperti itulah menyebabkan orang politik tidak kisah. Hari ini orang Melayu boleh mengeluarkan kata-kata yang berapi-api esok dia boleh memuji, walaupun apa yang dijilat itu najis.

Sesiapa pun tidak mahu bergaduh dalam hal-hal yang remeh temeh. Tetapi orang Melayu janganlah lepas menyentak. Kalau kita tahu marah kita tidak ke mana dan kita boleh dipujuk usahlah tunjuk lagak awal-awal lagi. Lebih baik diam daripada mempamerkan muka berani walhal kita pengecut.

Ini bukan kali pertama orang Melayu jadi layu begitu. Sebelum ini ada anak Cina lempar cat ke dalam masjid di Melaka. Mulanya bukan main lagi orang Melayu bingkas macam Hang Tuan dan Hang Jebat yang dogenagnya itu. Ooiiii... bukan main lagi. Alih-alih bila anak Cina yang lempar cat itu mohon maaf, marah orang Melayu pun ranap dan jadi debu macam bara api kena simbah air. Sebab itu orang Melayu tidak hairan kalau ada orang kafir heret anak dara mereka.

Apakah boleh disimpulkan Melayu yang angkat sepanduk, yang melaung takbir Allahuakbar di kampung Kerinchi beberapa hari lalu adalah Melayu yang menjadi watak dalam sandiwara? Mereka sebenarnya diupah untuk menunjukkan orang Melayu tinggi semangat tolenrasaninya. Mereka diajar buat-buat marah kemudian untuk menakutkan orang Cina. Begitukah?

Lagi sekali duhai orang Melayu, usahlah bersikap bodoh lembu Makkah. Kalau kita penakut, tunjukkan yang kita penakut. Kalau kita lemah dan bertolanrasi tunjukkan kita ada semangat tolanransi yang tinggi. Jangan pula kita jadi macam kacang hijau dalam kawah sayura. Mulanya kita keras melenting lepas tu bila dikacau dan diunggul api kita lembik kemudian hancur.

Kerana sikap demikianlah menyebabkan akan berlaku lagi apa yang tidak perlu kita tenguk itu. Orang Cina, India dan lain-lainnya berani mempermainkan Melayu kerana Melayu tidak ada prinsip dalam mempertahankan hak dan agamnya. Itu sebabnya.

Yang lebih afdal bagi orang Melayu ialah berpijak di bumi nyata. Jangan mengaku bumi ini hak Melayu kalau kaki orang lain juga tetap terpancang di sini. Sebaik-baiknya jangan berpura-pura dalam hidup. Hiduplah dengan seadanya. Kalau tidak lebih banyak biadalan dan perumpamaan terhadap Melayu akan direka dan menjelma.
MSO.

Macam Bapak Babi Mengajar Anak...!!!! MUJAHADATUNNAFSI...!!!!

KUALA LUMPUR, 17 Jan — Jabatan Pelajaran Johor hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya telah memberi arahan pertukaran sekolah 24 jam kepada suami Normala Sudirman, yang akan turun sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Tenang.

Pengarahnya Markom Giran bagaimanapun memberi amaran kepada Makrof Abdul Mutalib supaya tidak terlibat dalam sebarang kempen membantu Normala yang mesra dikenali sebagai “Cikgu Mala”.

“Tidak ada sebarang arahan pertukaran 24 jam. Ini hanya propaganda dibuat parti politik,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. (selanjutnya lu orang klik link tersebut)

Gua bukannya nak persoalkan samada benar atau tidak suami calon PRK Tenang di arahkan pertukaran sekolah 24 jam. Itu mampuih pi kat depa... sebab gua memang kenal sangat dengan perangai haramjadah puak2 umnoapco nih...., walau semalam ada arahan di keluarkan.... tapi bila tembelang sudah pecah maka anytime boleh dibatalkan dan buat kenyataan tiada arahan di keluarkan.... tambahan pula jika ianya adalah arahan secara lisan, senang2 jer... boleh spin... hahaha... semua game diorang dalam poket jelah....

Tapi percayalah.... selepas senyap semua ini atau selesai PRK-Tenang... sudah pasti Suami Cikgu Mala akan mendapat hukumannya.... sebab puak2 umnoapco nih jenis tinggi PHd..... hahahahaaa....

ooopppssss.... berbalik pada tajuk..., gua cuma nak persoalkan AMARAN dari Markom Giran kepada suami Cikgu Mala. hehehe.... siap bagi amaran tuuuuu.... ok lah... boleh di terima amaran tersebut dari seorang Pengarah Pendidikan kepada Cikgu Cikgi supaya tidak terlibat dengan kempen pilihanraya...

Tapi bila nonton video kat bawah ni.... siapa pula nak bagi AMARAN pada Markom Giran ni.... kah... kah.. kah.....ISA.
 

Najib Bakal Jatuh Tergolek Sakan Kerana Rosmah


Najib perlu tegur belanja boros rosmah

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak diseru supaya menegur tabiat isteri kesayangannya, Datin Seri Rosmah Mansor yang boros dan gemar berbelanja besar.

Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin berkata, kerajaan pimpinan Najib kerap memberi alasan untuk memotong subsidi rakyat disebabkan kos pengurusan ekonomi negara meningkat setiap tahun.

Dalam pada masa sama, katanya, Najib merayu rakyat agar mengubah cara hidup dan tidak boros berbelanja.

“Peliknya, Presiden Umno itu kekal membisu apabila pemborosan melibatkan isterinya Rosmah Mansur. Sebab itu, saya melihat Rosmah ini sudah menjadi beban utama kepada seluruh rakyat Malaysia. Najib perlu berani menegur isterinya,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Badrul berkata demikian mengulas pendedahan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang mendakwa Rosmah membelanjakan RM100,000 semalam untuk menginap di hotel Atlantis di Dubai.

Menurutnya lagi, bukti betapa rakyat Malaysia muak dengan perangai Rosmah tidak dapat dibendung apabila mereka menanyakan soalan bertalu-talu mengenai cara Rosmah ketika Perdana membuka segmen #TanyaNajib di laman Twitternya pada 11 Januari lalu.

“Hampir 90 peratus dari soalan yang ditanyakan rakyat dalam Twitter berkaitan perangai Rosmah. Sudah tiba Najib memberanikan diri menegur perangai isteri kesayangannya itu,” ujarnya.

Turut dikemukakan oleh rakyat kepada Najib di lama sosial itu berkaitan peningkatan kos sara hidup di negara ini serta kematian tragis wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dikaitan dengan Presiden Umno itu.Secara sinis, Badrul berkata cara hidup Rosmah yang boros berbelanja hanya boleh diubati sekiranya suaminya itu tidak lagi menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum akan datang.

“Sebab itu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menilai secara adil kepimpinan Najib ini. Sejak beliau menjadi menteri sehinggalah bergelar PM, dasar Najib lebih kepada perbelanjaan bermewah-mewah tanpa mengambil kira kesengsaraan rakyat. Rakyat menderita tidak mengapa, yang penting Rosmah berbelanja mewah,” katanya sinis.

Ulasan GB

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam.

Kompius. Sorry. Settled!!


Fuuhh....cepat jer demer settlekan isu azan Kg Kerinci. Ater yang membantah bunyi azan itu dari pihak sekapal dengan demer. Cer kata kalau yang bantah tu dari DAP, pasti isu ini akan disensasikan dan diperapikan bagai nak gilerr. Berpanjangan ler kemelut ini, dimainkan tanpa henti.

Tapi, oleh sebab puak MCA yang punya angkara, maka kenaler cepat-cepat mereka padamkan api kemelut ini, sebelum mereka terkena kesan, yang pasti akan menjejaskan kepentingan politik mereka.

I'm sorry. So.... forgive and forget!! Tamat cerita.

Jan 17, 11 8:31pm

Peguam yang mengadu mengenai bunyi azan di Masjid Al-Ikhalasiah di Kampung Kerinci, Kuala Lumpur, hari ini memohon maaf kerana mencetuskan kontroversi tersebut. Ng Kiam Nam, seorang ahli MCA, berkata dia keliru mengenai ceramah dan laungan azan dalam aduannya kepada Jabatan Perdana Menteri mengenai bunyi pembesar suara dari masjid tersebut.

Baca seterusnya...

UMNO... UMNO..... kawan sekapal mereka pun tak boleh nak berikan kefahaman tentang Islam, nak perjuangkan Islam apa ke bendanya?? Sebab itu, mamat MCA keliru.... Kompius!! Kompius dia weh...

Baca juga di sini.

Hukum hudud dilaksana secara berperingkat

KUALA LUMPUR - Keputusan Kerajaan Kelantan tidak melaksanakan hukum hudud adalah kerana tidak mahu Perlembagaan Negeri digantung sekali lagi seperti yang pernah dilakukan Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada sekitar 1977.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri mengambil keputusan melaksanakan undang-undang tersebut secara berperingkat-peringkat.

"Langkah ini sebagai membawa seguni beras. Sekiranya tidak mampu membawanya, maka diambil secupak demi secupak hingga habis.

“Semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dahulu, beliau datang ke Kelantan dan beri amaran sekiranya hudud dilaksanakan, kerajaan pusat akan mengambil tindakan," katanya semasa pertemuan bersama hampir 130 blogers, di sini, kelmarin.

Katanya, walaupun Perlembagaan Negeri Kelantan pernah digantung Mageran, tidak semestinya bermakna hudud tidak boleh melaksanakan secara keseluruhan.

Mursyidul Am Pas itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.

“Oleh itu, kita laksana hudud secara berperingkat dan Alhamdulillah, kaum Cina dan India turut menyokong langkah Pas,” katanya sebagai menjawab soalan penulis blog, Azizi Abdullah yang mendakwa semangat Pas menegakkan undang-undang jenayah Islam itu dilihat 'mengendur' selepas bersama Pakatan Rakyat (PR).

Terdahulu, Exco Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga seorang peguam, turut memberi respons terhadap soalan berkenaan dengan menegaskan bahawa undang-undang tersebut sudah diluluskan pada 1993 dan belum dimansuhkan.

"Bahkan ia juga telah mendapat perkenan Sultan Kelantan tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana ada halangan dan cabaran tertentu," katanya.

Menurutnya, pendirian pada ketika itu adalah memikirkan kemudaratan yang akan dihadapi Kerajaan Negeri sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.

“Kita berfikir, kalau laksanakan hukum hudud, apa halangan dan cabarannya. Disebabkan itu, kita tidak laksanakan hukum hudud secara keseluruhan.

“Tetapi ia tetap dilaksanakan dalam bentuk lain,” katanya.

Takiyuddin berkata, walaupun tidak dilaksanakan, undang-undang kecil yang lain dapat dilaksanakan, terutama dalam kes jenayah seperti mencuri, bunuh, merompak.

“Pelaksanaan tersebut sudah menjadi undang-undang dan masih berjalan,” katanya.

Mintak maaf tidak cukup, BN dan UMNO mestilah disungkurkan



14 Safar 1432H.

Hari ini, 17 Januari 2011 ada hari yang dihiasi dengan permohonan maaf dari pihak tertentu atas ketelanjuran mereka sehingga menimbulkan sedikit kecelaruan dalam masyarakat dan negara Malaysia yang kita sayangi.

Namun begitu perlulah diingat bahawa permohonan maaf itu hanya boleh menyelesaikan perkara tersebut buat sementara waktu sekiranya BN masih lagi memegang tampuk pemerintahan negara. Oleh itu untuk memastikan permohonan maaf dibawah ada jaminan untuk tidak berulang lagi, BN dan UMNO mestilah disungkurkan dalam PRK Tenang dan PRU ke 13 tidak berapa lama lagi..

Mohon maaf (1).
Peguam yang mengadu mengenai bunyi azan di Masjid Al-Ikhalasiah di Kampung Kerinci, Kuala Lumpur, hari ini memohon maaf kerana mencetuskan kontroversi tersebut.

Ng Kiam Nam, seorang ahli MCA, berkata dia keliru mengenai ceramah dan laungan azan dalam aduannya kepada Jabatan Perdana Menteri mengenai bunyi pembesar suara dari masjid tersebut.

Surat aduannya itu telah mencetuskan bantahan oleh beberapa NGO Islam yang diketuai oleh Majlis Ayahanda Wilayah Persekutuan Jumaat lalu.

Mereka mendakwa tindakan Ng itu telah menghina Islam.

Ng membuat permohonan maaf itu dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal.

Sidang akhbar itu diadakan di pejabat Umno bahagian Lembah Pantai, yang diketuai oleh Raja Nong Chik.

Sebelum itu, Raja Nong Chik mengadakan pertemuan dengan Ng dan wakil-wakil kumpulan yang terlibat dalam protes tersebut.

Raja Nong Chik mendesak masyarakat menerima permohonan maaf itu, sambil menekankan ia berpunca daripada salah faham.

Mohon maaf (2)
Seorang pengetua wanita yang dikatakan telah membuat ucapan yang menghina masyarakat India di Malaysia, telah memohon maaf kepada para pelajarnya.

Menurut pengadu, AP Raja Retinam, yang juga ketua penerangan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia, pengetua tersebut memohon maaf pada jam 12.30 hari ini.

"Beliau membuat permohonan maaf kepada pelajar India hari ini, jadi
perkara itu ditutup," katanya.

Pengetua Zaini Mohd Zin dari SMK Taman Tasik Ampang di Selangor, dilaporkan telah menyebut perkataan 'paria' dalam ucapannya.

Beliau bagaimanapun kemudiannya memberitahu media bahawa ucapannya diambil dari luar kontak kerana beliau menyebut perkataan itu ketika merujuk pada novel 'Interlok' yang menarik banyak kontroversi.

"Beliau (kata) telah menggunakan buku itu sebagai rujukan. Inilah yang kami tidak mahu dan inilah sebabnya kami mahu buku itu diharamkan," kata Raja Retinam.

Inilah "Peguam MCA" Itu!

Ng Kian Nam menyampaikan permohonan maaf pada sidang media di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini. – Foto oleh Choo Choy May

Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 17 Jan – Peguam yang didakwa meminta sebuah masjid di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam di sini memperlahankan azan hari ini menyifatkan ia salah faham yang diperbesarkan pihak tertentu. 

Peguam tersebut, Ng Kian Nam, pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili penduduk di kawasan Pantai Dalam turut memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat negara ini terutamanya orang Islam.

Ng yang juga ahli seumur hidup MCA berkata, isu azan yang melibatkan Masjid Al-Ikhlasiah itu hanya salah faham dan sudah diselesaikan.

“Saya nak pohon maaf terhadap semua orang Islam kerana menimbulkan salah faham itu ... sebenarnya saya tidak tahu bagaimana untuk membezakan antara azan dan kuliah subuh.

“Saya akui setiap orang ada kelemahan termasuk saya, saya tulis surat itu kerana tidak dapat bezakan antara azan dan kuliah subuh. Jadi saya pohon maaf secara terbuka sekiranya surat yang saya tulis telah timbulkan salah faham.

“Secara terbuka saya pohon maaf kerana telah berlaku kekeliruan dan salah faham ini,” katanya pada sidang media di pejabat Umno Lembah Pantai di sini.

Beliau juga melahirkan rasa kekecewaan apabila surat aduan yang dihantar kepada Jabatan Perdana Menteri dihebohkan kepada umum.

“Saya juga sudah jelaskan perkara sebenar kepada NGO, sudah minta maaf dan berharap mereka akan terima saya untuk terus tinggal di sana,” kata Ng yang juga bekas pelajar Universiti Malaya....-Syed Mu'az

Mereka timbulkan isu, mereka jugalah jadi hero. Musykillll!

Perkasa sees red over flyer making rounds in Tenang

It's a deliberate attempt by PKR to provoke Malay rights NGO, charges its youth chief after filing police report. 

KUALA LUMPUR: Malay rights NGO Perkasa lodged a police report over a what it claimed is a racially-tinged flyer being widely circulated, especially in the Tenang constituency.
The flyer was also posted on several blogs and on social website Facebook.
Written in Malay, it reads: ‘Warning! To all Chinese businessmen. Do not raise the prices of essential goods arbitrarily. To all Chinese voters, make sure a Malay candidate wins.’
A symbol of Barisan Nasional with an ‘X’ is depicted at the bottom of the flier.
Perkasa Youth chief Arman Azha Abu Hanifah said the flyer, on a Perkasa letterhead is a mischievous attempt to provoke and smear the image of Perkasa.
“This flyer is not from Perkasa. We have investigated and found that it is a forged  letterhead,” Arman told reporters after lodging a report at the Sentul police station today.
He said checks revealed that a user by the name of ‘Tibai Umno’ has circulated the image via ‘media pakatan rakyat’ and further checks showed that the individual was ‘employed’ by PKR.
“It’s stupid and immature coming from Pakatan Rakyat. They have run out of ideas for their Tenang campaign. This is childish politics, simply done to tarnish Perkasa’s image,” he said.
Arman said Perkasa is considering legal action against Pakatan Rakyat or and whoever was behind the defamatory flyer.
“Because of this, we may be forced to go down to Tenang to explain ourselves. We have never been involved in Tenang before this but now we’ve been dragged in,” said Arman.
Arman added that Johor Perkasa has been advised and more police reports on the matter will be lodged.

Fighting hard for women’s vote

By unveiling a woman candidate for the Tenang by-election, PAS is signalling its seriousness about rebranding itself. 

KUALA LUMPUR: PAS may have more in mind than just a possible upset at the Tenang by-election when it announced a female candidate, political analysts say.
Gender equality isn’t exactly the Islamist party’s forte. When president Abdul Hadi Awang named Muslimah (women wing) executive committee member Normala Samsudin as its candidate last night, it was clear that PAS had a wider, national target.
Professor Abdul Aziz Bari, a political analyst from the International Islamic University, was of the view that PAS is pragmatic enough to know that the odds are against the party in Tenang, a known Barisan Nasional (BN) fortress.
He added that it is unlikely that PAS can pull off a stunner despite its confidence of causing an upset.
The battle would be won if PAS could slash the 2,492 majority garnered in the 2008 general election by the late Sulaiman Taha of Umno, whose death a month back triggered the by-election.
But the most important thing is, fielding a female candidate indicates that PAS is serious about rebranding itself as a progressive Islamic party as it prepares for the next general election which is widely speculated to be held year-end.
“The selection of a woman as the PAS candidate underscores the serious attention given by PAS to local and national sentiments at the moment,” Abdul Aziz told FMT.
Gender equality is not PAS’ forte

While the same can be said of other Pakatan Rakyat component parties, the low number of women representation in PAS has drawn flak from a growingly sophisticated electorate who attributes the gender lopsidedness to its Islamic credentials.
PAS may have a few women parliamentarians though the numbers are still very low compared to PKR or the DAP, but at state level, the nationalist-turned-Islamist party’s female state representatives averaged at two per state.
PKR and DAP, on the other hand, average at four to five women representation per state.
Dr Ong Kian Ming, a prominent political analyst with UCSI University, said that picking Normala signalled PAS’ intention to dispel the negative perception attached to it.
“The candidate will not make much difference considering that Tenang is a BN stronghold, but it would mean much in terms of positioning PAS at the state and national level. This also shows the confidence they have in their image and party,” he told FMT.
All eyes on non-Malay votes
Tenang, which falls under the Labis parliamentary constituency, has some 14,700-odd voters comprising 49% Malays, 38% Chinese, 12% Indians and 0.9% others. Labis is a known bastion of MCA president Dr Chua Soi Lek. It is now helmed by his son Chua Tee Yong.
BN leaders, particularly Umno’s, are confident of retaining Tenang despite having its majority slashed to half. In the 2004 general election, it gained a 5,517 majority. Four years later, amid the “political tsunami”, it was slashed to almost half.
Abdul Aziz said the huge numbers of non-Malay voters would give PAS what it needs to achieve its target. Non-Malay votes were the major factor that gave Pakatan’s its strength in the historic 2008 election.
In all 12 by-elections since then, the trend continued until Galas which saw the Chinese votes returning to BN.
However, analysts believe this trend was unique to the constituency and are sceptical that it would be replicated at the national level.

Rombak SPR Untuk Baiki Sistem Pilihanraya

SHAH ALAM 17 JAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum menunjukkan sebarang kesediaan untuk membaik pulih sistem pendaftaran walaupun spekulasi Pilihanraya Umum ke 13 semakin hangat diperkatakan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang ditemubual Tv Selangor berkata, perlu ada rombakan ketara dalam pelaksanaan dasar SPR seraya dapat meminimakan kecacatan dalam sistem yang telah digunapakai selama ini.

Selain itu katanya, sebahagian undang-undang yang tidak relevan harus dipinda untuk memudahkan perjalanan pilihanraya tanpa sebarang permasalahan.

"Saya rasa perlu ada reformasi yang segera dalam hal berkaitan SPR kerana ia walaupun terdapat pelbagai alasan diberi pengerusi SPR tetapi ia adalah perkara dalam pengetahuan pegawai termasuk pengerusi SPR sendiri.

"Rakyat mempertikaikan tentang daftar pemilih misalnya. Undang-undang daftar pemilih apabila digazetkan tidak boleh dicabar kesahihannya di mahkamah. Ini satu undang-undang bersifat berat sebelah. Kalau kita dapati ada pengundi yang meninggal dan kita memberitahu pegawai SPR, kalau ikut undang-undang mereka tidak boleh memotong nama tersebut. Ini satu perkara yang tidak betul dan harus disegerakan," ujar beliau.

Shamsul menambah, sekiranya SPR tidak menunjukkan usaha merubah kecacatan sistem sedia ada maka keyakinan rakyat akan terhakis selain bertanggapan bahawa SPR sebagai alat meligimitasikan kuasa demokratik di Malaysia.

"Sakarang ini dalam zaman teknologi maklumat, saya percaya sepatutnya ada usaha untuk memastikan penyelarasan di peringkat daftar kematian, kelahiran, mereka yang telah berumur 21 tahun supaya dapat diselaraskan agar daftar pemilih itu bersih," katanya lagi.

Memetik laporan The Malaysian Insider hari ini, bilangan bahagian parlimen yang menyaksikan bantahan terhadap pemilih-pemilih baru didaftarkan bertambah pada suku ketiga 2010 berbanding enam bulan pertama tahun lepas oleh faktor spekulasi PRU Ke-13.

Shamsul yang  juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Melaka menjelaskan SPR harus menyelaraskan setiap peruntukan undang-undang pilihanraya bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap badan bebas itu.

Tambahnya, adalah tidak adil bagi pihak pembangkang dianak-tirikan dalam proses demokrasi justeru menyifatkan SPR tidak konsisten dengan pendirian.

"Mereka seharusnya menunjukkan bahawa usaha sedang dan telah dilakukan, kalau tidak rakyat sedang beranggapan dan mempunyai persepsi bahawa tiada sebarang usaha dilakukan. Sebagai contoh kita lihat kenyataan bernada bias.

"Dalam hal ini saya merujuk kepada PRK Tenang di mana kita tidak dibenarkan berkempen sebelum pengumuman dan penamaan calon. Dalam masa yang sama agensi kerajaan dan pemimpin BN dibiarkan turun padang tanpa mendapat sebarang teguran daripada SPR," jelas beliau lagi.

Shamsul berkata usaha untuk terus mendesak SPR bersikap profesional dan bebas tidak akan berhenti termasuk akan mengenakan tekanan diplomatik daripada negara luar selain mengarahkan badan itu memberi jawapan terhadap pelbagai persoalan.

Maklumat terkini mengenai pilihanraya kecil Dun Galas tahun lalu mendapati isteri kepada setiap anggota tentera di Gua Musang didaftarkan sebagai pengundi pos dan dalam masa yang sama mengundi di pusat membuang undi menurut Shamsul.

Jelasnya, perkara itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan yang memberikan hak satu undi kepada setiap individu.

"Ini terdedah kepada unsur penipuan dan sebab itu kita konsisten dengan pendirian SPR harus memberi jawapan segera kepada pelbagai persoalan yang kita bangkitkan secara berterusan sejak dari awal lagi," ujar beliau.

Dalam pada itu Shamsul berkata, adalah tidak munasabah sekiranya kerajaan mahupun SPR mahu merahsiakan tarikh PRU ke 13 kerana menurut beliau pengumuman awal dapat membantu semua pihak bekerja kepada satu tarikh yang jelas.

"Saya tidak nampak kenapa harus dirahsiakan kerana ini adalah amalan negara maju yang telah mengamalkan total demokrasi yang tidak khuatir mereka menang atau kalah. Kalau Datuk Najib berkata dengan survey yang dibuat mengatakan bahawa beliau adalah popular dan BN ada kelebihan untuk memenangi pilihanraya akan datang, kenapa takut untuk umumkan awal," ujar beliau.

Ketuanan Kencing : Penafian Serlah Sikap Pura-Pura Markom

SHAH ALAM 17 JAN:  Alasan Markom Giran bahawa ucapannya kepada guru-guru sekitar Labis baru-baru  ini bertujuan berkempen untuk Barisan Nasional(BN) ditempelak Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Salahuddin Ayob berkata beliau cukup yakin Markom mengunakan platform itu untuk berkempen bagi Barisan Nasional dan hari ini dia menafikan apa yang dia buat dan itu saya rasa itu adalah sikap kepura-puraannya untuk menafikan apa yang telah dibuat.

Salahuddin kesal kerana sehingga ini Kementerian Pelajaran tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Markom.

"Apa yang kita boleh harapkan daripada pihak Kementerian Pelajaran yang sudah tentu akan menyokong dia, jadi kita akan terus memantau dengan lebih spesifik dan fokus terhadap isu ini dan tunggulah beberapa tindakkan yang akan diambil," katanya.

Malaysiakini memetik Markom sebagai mendakwa  kakitangan awam  tidak seharusnya menentang kerajaan, tetapi mematuhi apa juga dasarnya.

Namun beliau mencabuli  peraturan am yang  tidak melarang mana-mana pegawai kerajaan untuk memilih mana sahaja parti yang  ingin di sokong  selagi ia tidak menjejaskan usaha melaksanakan tanggungawab mereka,

"Dia memperbodohkan dirinya sendiri dan dia kini terbelit dengan kenyataannya sendiri sebenarnya, dia juga tidak dapat lari dari ucapannya itu, kita akan pastikan dia diambil tindakan atas apa yang dia telah lakukan," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Ucapan Markom sebelum ini dirakam mengarahkan guru-guru untuk memastikan kemenangan Umno-Barisan Nasional pada PRK Tenang.

Tindakan Markom mengeluarkan arahan sebegitu ditegur oleh Suruhanjaya Pilihanraya namun setakat ini Kementerian Pelajaran tidak mengambil sebarang tindakan,

Markom pula memberi  alasan  cetek disebalik ucapannya itu.

Beliau mendakwa memberikan ucapan itu hanya kerana  mahu mengenalpasti kecenderungan politik para guru untuk memastikan mereka "menyokong dasar kerajaan

Anda Boleh Dakwa Polis Atau SPRM Jika Anda Yakin Anda Tidak Bersalah


Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 28 Februari depan untuk mendengar kes saman seorang peguam Rosli Dahlan terhadap 17 defendan termasuk pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan ekoran penahanannya dan seterusnya didakwa kerana gagal menyatakan maklumat mengenai asetnya.

Timbalan Pendaftar Anisah Normah Muhammad Noor menetapkan tarikh itu di dalam kamar di sini.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad mewakili defendan yang terdiri daripada pegawai SPRM, Timbalan Pendakwa Raya dan kerajaan memberitahu pemberita, bahawa pada tarikh itu hakim akan mendengar permohonan defendan ke-16 iaitu Pengurus di Unit Perisikan Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM) Abdul Rahman Abu Bakar untuk membatalkan saman itu kerana mendakwa ia menyalahi proses mahkamah.

Pada 16 September 2009, Rosli memfailkan saman berjumlah RM50 juta itu dengan menamakan pemilik dan penerbit Utusan Malaysia Bhd, sebagai defendan pertama, diikuti pengarang akhbar itu Datuk Mohd Zaini Hassan dan Abdul Rahim Lajis.

Pegawai SPRM yang turut dinamakan sebagai defendan ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Datuk Abu Kassim Mohamed (kini Ketua Pesuruhjaya) dan Timbalan Pengarah Penyiasatan dan Pendakwaan Kevin Morais.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rosli mendakwa penahanannya adalah salah di sisi undang-undang dan notis diserahkan kepadanya pada 17 Julai 2007 oleh SPRM sungguhpun agensi itu sedar bahawa siasatan terhadap anak guamnya iaitu bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff, pada masa itu sedang berjalan.

Beliau mendakwa pemeriksaan untuk mendapatkan maklumat kedudukan kewangannya yang dijalankan mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram oleh pegawai dari Bank Negara juga tidak wajar.

Peguam itu mendakwa bahawa SPRM (dahulunya Badan Pencegah Rasuah - BPR) memutuskan untuk mendakwa beliau meskipun beliau menawarkan secara bersumpah untuk memberikan butiran yang diperlukan mengikut notis itu.

Rosli juga mendakwa artikel berbaur fitnah yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 12 Oktober 2007, iaitu menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri, memuatkan berita seorang peguam kanan akan didakwa di mahkamah.

Bagaimanapun, empat defendan pertama daripada akhbar berkenaan telahpun memohon maaf dan permohonan maaf mereka tersebut disiarkan oleh akhbar itu pada 14 April 2008.

Rosli memohon untuk mendapatkan ganti rugi am RM20 juta dan ganti rugi teladan serta ganti rugi teruk RM30 juta.

Pada 20 Disember lalu, Rosli dibebas tanpa dipanggil membela diri selepas Mahkamah Sesyen di sini memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kegagalannya mematuhi satu notis untuk mendedahkan segala maklumat mengenai asetnya. - BERNAMA

Ulasan GB

Yang penting di dalam kes di atas ialah : Sebagai seorang rakyat, ANDA boleh mengheret polis atau SPRM jika anda tahu dan yakin anda tidak bersalah atau jika Polis / SPRM bertindak di luar batas undang-undang.

Pemuda PAS Selangor sokong saranan Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPS) menyokong penuh cadangan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya diadakan satu pertemuan antara tokoh-tokoh pelbagai agama di negara ini bagi membuat rumusan mengenai judi, arak, zina dan juga pergaulan bebas.
Pertemuan seperti itu amat penting bagi membolehkan semua pihak memahami hak masing-masing dalam melaksanakan ajaran agama mereka, terutama hak umat Islam dalam mengamalkan ajaran Islam.
Ketua DPPS, Ustaz Hasbullah Mohd Redzwan (gambar) menegaskan, dengan pertemuan seperti itu, umat Islam akan lebih berpeluang menjelaskan kepada mereka yang bukan Islam tentang hak umat Islam yang wajib mengelakkan diri dari sebarang maksiat.
Menurut beliau, antara yang perlu dijelaskan kepada yang bukan Islam termasuk kewajipan umat Islam untuk tidak melibatkan diri dengan sebarang perkara yang melibatkan judi, arak, zina dan pergaulan bebas seperti yang disebutkan oleh Tun Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Cadangan dan pandangan Tuan Guru Nik Aziz itu sememang cadangan dan pandangan yang baik. Jadi, kita sokong sepenuhnya cadangan dan pandangan Tuan Guru Nik Aziz itu bagi membolehkan semua pihak faham tentang kewajipan umat Islam untuk membebaskan diri dari perkara-perkara mungkar," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurut beliau, pertemuan seperti itu merupakan sesuatu yang penting bagi membolehkan semua pihak memberikan pandang bersama ke arah menghormati pengamalan agama masing-masing.
"Dengan pertemuan seperti itu, semua perkara yang kusut dapat diselesaikan dengan baik dan dalam suasana aman, bagi membolehkan semua pihak dapat mengamalkan agama masing-masing dengan baik dalam suasana kehidupan yang harmoni," jelasnya.
Dalam masa yang sama, beliau berharap agar semua pihak tidak mengeruhkan suasana yang timbul dengan membuat kenyataan-kenyataan mengikut perasaan, sedangkan semua perkara boleh diselesaikan dengan baik jika disusuli dengan tindakan yang betul.
Tuan Guru Nik Aziz hari ini mencadangkan agar diadakan satu pertemuan antara tokoh-tokoh pelbagai agama di negara ini bagi membuat rumusan mengenai judi, arak, zina dan juga pergaulan bebas seperti yang dilaporkan Harakahdaily.
Cadangan tersebut dibuat ekoran perbezaan pendapat tentang kedudukan pekerja Islam bekerja di premis-premis arak di Selangor.     
Sebelum ini, Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Ronnie Liu membantah keputusan melarang umat Islam bekerja di premis-premis menjual alkohol sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Ekoran itu, beliau mengarahkan agar MPSJ menarik balik larangan tersebut yang dikuatkuasakan baru-baru ini, bagi mengelakkan umat Islam kehilangan mata pencarian.
Tindakan beliau ternyata bertentangan dengan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang melarang umat Islam bekerja di premis berkenaan.

Isu SUK: Siasatan terhadap Adun Sri Muda selesai...untuk PR Pantas dan Cekap beb..!!

PUTRAJAYA, 17 Jan – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata polis telahpun menyelesaikan siasatan mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei berhubung dakwaan bahawa beliau menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam blognya pada 30 Disember lepas.
Justeru, beliau berharap pihak Peguam Negara dapat mengambil tindakan selanjutnya dengan segera untuk menentukan sama ada Shuhaimi melanggar undang-undang sedia ada dan perlu didakwa di mahkamah atau sebaliknya.
“Dan jika terdapat kelewatan dalam siasatan polis, bahawa kita tidak memberikan peluang sepenuhnya kepada mereka bagi membawa perkara itu ke depan, saya harap polis akan beri kerjasama penuh,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu di sini hari ini.
Hishammuddin berkata lebih 20 laporan polis berhubung perkara tersebut, yang turut melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) yang tiada kaitan dengan politik.
Mengenai isu azan, Hishammuddin berkata isu-isu sensitif seperti isu agama tidak seharusnya dipolitikkan.
“Saya fikir orang ramai dah penat berpolitiking mengenai setiap perkara termasuk agama. Sebagai menteri, saya hanya bimbang jika ia melibatkan keselamatan negara tapi sebagai individu, sebagai seorang rakyat Malaysia, perkara ini telah dibangkitkan untuk menimbulkan perasaan marah, perpecahan dan berkesudahan sebaliknya,” katanya.
Beliau mengulas tentang isu seorang pengadu mempersoalkan azan dari Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Jalan  Pantai Permai, Kuala Lumpur yang didakwa mengganggu tidurnya, sehingga menyebabkan demonstrasi di masjid itu baru-baru ini.
Ditanya mengenai kes tahanan yang meninggal dunia di bawah jagaan polis di Bukit Jalil baru-baru ini, Hishammuddin berkata ia tidak harus dilihat sebagai kes yang berasingan dan semua pihak perlu membenarkan pihak polis membuat siasatan.
Beliau berkata setiap agensi di bawah kementerian itu telah diingatkan untuk tidak mengambil mudah berkenaan  perkara tersebut, dengan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dibekalkan dan telus dalam setiap siasatan.
“Kita pastikan mereka yang betul-betul bersalah dibawa ke muka pengadilan tapi jangan ada mana-mana pihak yang tidak berdosa dianiaya kerana sebab-sebab nak memperjuangkan keterbukaan kononnya,” katanya.
M. Krishnan, 37, didapati meninggal dunia dalam tahanan dan isterinya, P. Revathi, 37, mendakwa beliau telah didera sehingga meninggal dunia. – Bernama

Selangor kaji skop PBT kuat kuasa Enakmen Jenayah Syariah


Enakmen tersebut melarang orang Islam berkerja di premis menjual arak. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 17 Jan — Kerajaan negeri Selangor akan membuat satu kajian bagi menentukan sama ada pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh menguatkuasakan undang-undang jenayah Syariah terhadap orang Islam yang bekerja di premis menjual alkohol. Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kajian itu akan melihat kesan pelaksanaan kepada orang Islam sekiranya undang-undang itu dikuatkuasakan.
“Kerajaan Selangor akan membuat kajian terperinci untuk menentukan sama ada PBT boleh melaksanakan undang-undang jenayah syariah dalam peraturan kecil atau syarat lesen.
“Kajian akan melihat kesan kepada umat Islam yang mungkin akan hilang punca pendapatan jika undang-undang jenayah syariah dilaksanakan.
“Angka yang melibatkan pekerja Islam dalam penjualan minuman keras tidak besar, jadi perkara ini boleh dikawal dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sambil merujuk kepada kira-kira 170 premis yang menjual alkohol di Subang Jaya dengan hanya 13 peratus yang menggaji orang Islam.
Menurut Khalid, sementara menunggu kajian itu siap kerajaan negeri akan meneruskan rancangan untuk mewujudkan tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan menjual minuman keras.
“Sementara menunggu kajian terperinci disiapkan, Kerajaan Negeri akan meneruskan rancangan untuk mewujudkan tabung bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk membantu orang Islam yang mahu meninggalkan pekerjaan itu.
“Selepas ini, semua undang-undang atau syarat tambahan yang melibatkan Undang-undang Jenayah Syariah perlu dirujuk kepada kerajaan negeri menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) bagi tujuan penyeragaman,” katanya.
Sebelum ini Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memutuskan untuk membatalkan lesen perniagaan permis yang melanggar Enakmen Jenayah Syariah Selangor, yang melarang umat Islam bekerja di premis-premis yang menjual alkohol.
Sebahagian Exco Kerajaan Negeri Selangor tidak bersetuju dengan larangan seumpama itu.
Exco bagi pihak berkuasa tempatan Ronnie Liu mengarahkan MPSJ agar membatalkan larangan itu.
Pada 14 Januari lalu, Khalid  berkata, kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan menjual minuman keras.
Jelas Khalid, empat ahli exco negeri iaitu Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Rodziah Ismail — diminta menubuhkan sebuah sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan LZS bagi membincangkan penubuhan tabung berkenaan.
Beliau berkata kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan atas sebab ekonomi.
Katanya, kerajaan negeri menghormati pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang melarang umat Islam bekerja di premis berkenaan.

CIJ: Hata Tidak Boleh Dihukum Kerana Pandangan Berbeza

KUALA LUMPUR 17 JAN: Pusat Kewartawanan Bebas(CIJ) berpendapat kesatuan(NUJ) tidak boleh dihukum kerana mengeluarkan pandangan yang berbeza dengan polisi majikan.

Pegawai Eksekutifnya, Masjaliza Hamzah berkata menjadi tanggungjawab Hata Wahari selaku Presiden NUJ untuk mempromosikan perkara pertama perjuangan kesatuan, iaitu kebebasan media.

Masjaliza memberitahu kes ini memberi impak yang besar kepada masa hadapan kesatuan media.

"Kebebasan media berkait rapat dengan kerja. Bagi membolehkan wartawan berfungsi, mesti ada suasana yang membolehkan wartawan itu berfungsi.

"Untuk membolehkan perkara itu berlaku, mesti ada kebebasan media. Mereka perlu boleh untuk bersuara lantang, dan ketua persatuan berhak berbincang tentang isu yang ada kesan langsung kepada kerja wartawa."

"Ini bukan soal isu periuk nasi. Perlembagaan NUJ sendiri meliputi kebebasan media. Jadi sudah tentu dalam bidang kuasanya untuk berkata lantang tentang kebebasan media," katanya.

CIJ juga ujarnya melahirkan kekhuatiran diatas tindakan Utusan menafikan pembelaan sewajarnya untuk Hata Wahari.

CIJ juga menyifatkan penggantungan Hata Wahari adalah tidak wajar, kerana beliau dihukum tanpa dipanggil untuk membela diri.

"Hata sudahpun dihukum. Dalam surat penggantungan, dia menyatakan tempat yang dia boleh keluar, dan di mana dia boleh pergi. Dari segi hukuman sudah ada. Walaupun siasatan dalaman ini sudah dibatalkan, sudah ada hukuman yang telah berlaku walaupun tidak formal," katanya kecewa.

Asri: Puji Langkah Hikmah Kerajaan Selangor Tangani Isu Pekerja Arak



SHAH ALAM 17 JAN: Hasrat kerajaan negeri Selangor untuk mewujudkan tabung khas bagi membantu peralihan pekerja beragama Islam adalah langkah tepat.

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin Beliau menyarankan kerajaan negeri Selangor untuk terus mengambil langkah yang berhikmah, supaya mereka yang mencari mata pencarian melalui bidang tersebut tidak teraniaya dengan perlaksanaan enakmen tersebut.

Sambil itu, beliau juga menyokong penguatkuasan Enakmen Jenayah Syariah sebagai langkah yang wajar bagi memelihara kemurnian masyarakat beragama Islam.

"Saya menyokong perlaksanaan larangan ini, tetapi haruslah perlaksanaan dengan hikmah. Perlu ada proses yang memastikan tidak timbul salah-sangka terhadap ajaran Islam. Sebelum ini ramai orang bekerja di tempat-tempat ini.

"Langkah lain yang wajar misalannya memastikan mereka ada peluang pekerjaan di tempat lain, atau alternatifnya penganut beragama Islam dibolehkan bekerja di premis berkenaan, tetapi tidak menjual," katanya.

Sementara itu, Asri berkata beliau tidak faham mengapa akhbar The Star perlu membangkitkan kecurigaan masyarakat bukan Islam berhubung larangan itu.

The Star memperlekehkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Dalam lidah pengarangnya, akhbar itu mendakwa undang-undang itu jika dilaksanakan adalah langkah ke belakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan.

Dalam cubaan terdesak untuk membakar sentimen bukan Melayu, akhbar itu menuduh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor kononnya mahu menubuhkan sebuah pemerintahan Islam di negeri itu.

Menurut Asri, hak orang bukan Islam untuk menikmati minuman arak tidak terjejas dengan larangan tersebut.

"Perlaksaaan Syariah Islam itu mudah untuk kita faham jika dilaksanakan dalam kerangka yang betul. Orang Islam tidak boleh bekerja di premis arak tidak jejas keamanan dan mata pencarian orang bukan Islam. Semuanya masih macam biasa," katanya.

Asri berkata  hasrat  kerajaan negeri Selangor bercadang untuk menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah yang tidak dipandang sepi oleh sebahagian besar negeri-negeri Melayu yang lain.
"Kita boleh berterima-kasih kepada kerajaan Selangor. Sebagai orang Islam, kita lihat Selangor buat, dibandingkan kerajaan-kerjaaan  negeri lain. Walaupun ada sedikit pertikaian, tetapi ada usahalah.

"Di Malaysia ini, tidak ada penguatkuasakan undang-udang syariah dalam erti kata sebenarnya. Jika kita lihat dapat apa yang dilaksanakan, hanya nikah kahwin. Hatta hukuman yang ada pun tidak menepati syariah, seperti hukuman khalwat adalah interpretasi ala Malaysia, bukan 'in the spirit of Syariah'," katanya.

Markom!! Kita Tukarlah JPN Kepada Jabatan Pengampu Bahagian Umno Johor


Markom!! Bagaimana kalau kita tukarlah JPN kepada Jabatan Pelngampu Bahagian Umno Johor. Setuju tak Markom!! Atau Jabatan Pengampu Negeri Jawa. Setuju kan!!

Markom berkempen untuk Umno BN tetapi dia menafikannya. Biawak pun tak sedar lidahnya bercabang, tak gitu Markom!! Markom berkata haknya untuk mengenal pasti parti politik yang disokong seseorang guru. Nak buat macam mana mak bapak dia yang bagi gaji guru.

Apa gunanya kebenaran kerajaan untuk guru berpolitik. Oooo...HANYA untuk guru yang menyokong Umno BN. Sokong selain itu akan dihantar berkursus pemulihan akhlak kerana telah menjadi tidak berakhlak kerana telah menentang dasar kerajaan.

Markom!! Markom!! Kaulah letak jawatan, bertanding pilihanraya. Kaya kau Markom. 
 

30,000 Orang Jayakan PGU !!

Hari ini, Awang terasa sangat letih pada seluruh badan dan tidak bercadang untuk menulis dengan lebih panjang.
Storynya, mengenai sama ada ‘kejayaan’ PAS melaksanakan projek “PAS Ganti Umno” atau ‘kegagalan’ Barisan Nasional untuk sekat penganjuran program tersebut.
Cuma….Awang akan paparkan serba sedikit rakaman foto-foto pada sehari pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman.
‘SELAMAT DATANG’…Pimpinan PAS dan orang ramai sedang menunggu ketibaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Dua pesilat veteran yang membuat persembahan sebahagian dari gimik awal pada Majlis Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat diberi baju T untuk dipakai pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Bendera besar yang dipasang berhampiran pintu gerbang ‘PAS Ganti Umno’ sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Bendera besar yang dipasang berhampiran pintu gerbang ‘PAS Ganti Umno’ sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Pimpinan Pakatan Rakyat dari kiri Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (bersongkok), Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Harun Taib di pentas utama Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Sebahagian dari orang ramai yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Sebahagian dari 3,000 buah Pemuda PAS berkonvoi motosikal daripada Masjid Bukit Kuang, Chukai mengiringi pimpinan PAS Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
‘GIMIK’…Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama-sama memukul paluan gong sebagai tanda perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
‘AMANAT’… Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat menyampaikan Amanat Khas kepada para hadirin Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap merasmikan Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Muslimat PAS berteduh di celah rimbunan pokok rhu di tepi pantai Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Belon ‘gergasi’ PAS Ganti Umno yang dinaikan sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Pasukan gendang silat yang didatangkan khas bagi menyambut kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
‘SAMBUT’….Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik dan Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali menyambut ketibaan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Harun Taib pada Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Pasukan motosikal berkuasa tinggi yang mengiringi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
‘KASIH BAPA’… Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut membawa seorang puterinya ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Ketibaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat disambut oleh Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Ketibaan dua pemimpin iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disambut oleh Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Ketibaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat disambut oleh Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Baju T ‘PAS Ganti Umno’ berwarna hijau untuk peserta muslimin dan selendang hijau bagi peserta muslimat dibuat khas untuk program Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
‘LAUTAN MANUSIA’…orang ramai yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
‘CURI TUMPUAN’…tiga orang anak muda yang berada di atas pokok untuk melihat dari dekat pemimpin Pakatan Rakyat di pentas utama Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap pada Majlis Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
‘DERMA’….para petugas Unit Amal sedang mengira wang sumbangan derma kilat yang dilancarkan sempena program Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Orang ramai terutama anak-anak muda mengambil peluang bersalam dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, selepas Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Orang ramai terutama anak-anak muda mengambil peluang bersalaman dengan Ketua Pembangkang Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR, selepas Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Sebahagian dari 3,000 buah Pemuda PAS berkonvoi motosikal daripada Masjid Bukit Kuang, Chukai mengiringi pimpinan PAS Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
‘SANTAI’…Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berehat selepas menyertai pertandingan memancing pada Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap pada majlis perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Pimpinan Pakatan Rakyat dari kanan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing dan Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik di pentas utama Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Harun Taib turut menderma pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim antara tetamu pada Majlis Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Kesimpulannya, Awang minta pembaca menilai sendiri daripada paparan gambar-gambar yang dirakamkan pada hari program tersebut berlangsung. Sama ada berjaya atau tidak nilailah sendiri. Ada mata lihat…ada mulut cakap…ada akil fakir-fikirkan.