Ahad, 16 Januari 2011

Normala Sudirman calon PAS di Tenang - Video.

LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.
Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.
Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.
Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.
Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.
Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.
Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.
Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.
Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.
Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.


Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Normala dan Keluarga Hari Raya 2010

PAS umum Exco Muslimat pusat calon kerusi DUN Tenang

Exco Dewan Muslimat PAS pusat Normala Sudirman dipilih untuk mewakilI Pakatan Rakyat bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Pemilihan Normala, 38, seorang guru sekolah menengah diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Labis malam ini.
Ini kali pertama PAS menurunkan seorang wanita bertanding dalam pilihan raya kecil sejak Mac 2008.
Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang adalah yang ke-13 selepas pilihan raya umum ke-12.
Sebelum ini kedengaran Barisan Nasional juga akan menurunkan calon wanita.
Ketua Dewan Muslimat kawasan Labis juga merupakan muka baru dalam pilihan raya.
Beliau dipilih daripada kalangan lima nama yang disenaraipendekkan oleh jawatankuasa kerja PAS pusat awal minggu lalu.
Pilihan raya kecil diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember tahun lalu.
Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di Johor.
Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS, dengan kelebihan 2,492 undi.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu ditetapkan pada 22 Januari ini dan hari pengundian pada 30 Januari.
Barisan Nasional akan mengumumkan calonnya Rabu ini.

PAS letak calon muslimat bertanding di Tenang

PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Dataran Wayang Pacak di Labis malam ini.

Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

NONENormala (kanan) merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

Normala adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini.

Beliau berbuat demikian kerana undang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.

Keputusan PAS meletak calon wanita di Tenang dilihat sebagai satu langkah untuk mensasarkan sokongan pengundi Cina yang merupakan 39 peratus pemilih berdaftar di Tenang.

Pemilihan Normala juga akan membantu mengikis persepsi di kalangan bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasikan kaum wanita.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini.

Terdapat kemungkinan Umno juga akan meletakkan calon wanita bertanding di Tenang.
Pergerakan itu telah melobi pucuk pimpinan pusat untuk meletakkan ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Calon BN akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon.

Ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman calon Pas Dun Tenang

CALON PAS DUN TENANG NORMALA SUDIRMAN


Calon dari Muslimah PAS itu bekas Guru Pemulihan Khas, Normala bte Sudirman. telah disebut-sebut sebagai calon utama PAS pada PRK Dun Tenang 

Normala yang berumur 38 tahun itu ialah bekas seorang guru pendidikan khas khabarnya telahpun meletakkan jawatan 24 jam sebagai guru baru-baru ini untuk menjadi calon Dun Tenang.

Normala: "Saya akan berusaha membawa suara rakyat ke DUN Johor. Ubah sekarang,selamatkan M'sia."

Restoran Mamak Lagi...????


Salam sahabat semua....

Saja nak timbulkan semula isu kedai makan mamak ni.

Restoran Nasi Kandar Bestari ni popular gak kat area KL. Saya cuma nak kepastian dari sahabat2 yang lebih arif akan status HALAL restoran ni. Image yang saya upload ni adalah salah satu cawangan yang beroperasi di Solaris Dutamas. Nampak cam restoran biasa jer...  ada digantung 1 frame ayat Quran kat dalam kedai tu.

Mungkin dengan adanya frame ayat Quran tu kita sangkakan ianya kedai makan HALAL tapi saya tak nampak pun logo sijil HALAL kat dalam kedai tu. Baru2 ni pemilik kedai ni buka 1 lagi restoran dengan nama BANANA kat area situ jugak tapi lain blok.

Kat BANANA ni saya tanya pekerja dia semuanya bukan muslim tapi ada jugak digantung 1 frame ayat Quran.

Saya harap ada sahabat yagn dapat membantu situasi ini dan memberi pengesahan yang restoran ini disahkan HALAL.

Terimakasih....
Tok Busu

Saya tak faham kenapa ramai sangat orang melayu muslim yang suka makan kat restoran mamak. Dah nyata hanya 10% aje yang ada sijil halal (fakta dikeluarkan oleh JAKIM) kenapa nak ambil risiko makan kat situ?

Bila restoren mamak yang tak halal jer..., penuh orang islam makan, kadang2 saya pernah lihat kedai bukan muslim pun ramai yang makan, janji restoren tu banyak gantung ayat Al-Quran..

Saya memang sanggup berlapar daripada makan kat restoran mamak, geli.........
ISA

Perdana Menteri Wanita: Kenapa Isteri PM Tak Boleh?

A Kadir Jasin

PEMBAHAS “Bawal” dalam perbincangan mengenai tajuk “”Hantu” PRU Ke-13 Bagi BN dan PR.” antara lain, berkata: “komen la sikit pasal lawatan bini PM ke Timur Tengah. Ini lawatan rasmi Dato', siap ada perjumpaan ngan Timbalan Menteri kat sana.

Dah takde ke menteri kat Malaysia ni atau Jawatan sebagai bini PM adalah jawatan kerajaan.”

Terima kasih Sdr Bawal. Sebenarnya beberapa orang pembahas lain juga turut membangkitnya hal ini dan isu-isu lain yang melibatkan kegiatan dan tindak-tanduk isteri Perdana Menteri.

Seperti yang telah tegaskan berulang kali, dalam sistem kita tidak ada satu jawatan yang dipanggil “First Lady” atau Wanita Pertama. Kalaupun ada seorang yang boleh diberikan jolokan “First Lady” atau Wanita Pertama, orang itu adalah Seri Paduka Raja Permaisuri Agung kerana “First Gentleman” atau Lelaki Pertama dalam sistem kita adalah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Hak Guna Duit Negara

Mengenai bolehkah duit negara digunakan membiayai lawatan dan kegiatan isteri Perdana Menteri, saya ingin merujuk Sdr Bawal dan para pembaca sekalian kepada laporan New Straits Times pada 12.11.2010 yang berbunyi:

NO permanent or contractual staff are provided for Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.


In a written reply to Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib said officers from his office sometimes helped his wife in carrying out her official duties.


However, the Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 states that the prime minister's wife is entitled to claim food, lodging and winter apparel allowances when she accompanies her husband on his official duties overseas.”

(Tidak ada pegawai tetap atau kontrak diperuntukkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib berkata pegawai dari pejabatnya kadang kala membantu isterinya menjalankan tugas rasminya.

Bagaimanapun, Akta Ahli Parlimen (Gajian) 1980 mengatakan isteri Perdana Menteri berhak membuat tuntutan elaun makan, penginapan dan pakaian musim sejuk apabila mengiringi suaminya dalam tugas rasmi di luar negara.”)

Terpulanglah kepada pembahas dan pembaca membuat interpretasi dan mencari kesimpulan mengenai lawatan Rosmah ke Asia Barat tanpa diiringi oleh Perdana Menteri.

Cadangan Rosmah Masuk Politik

Dalam bahas blog ini, ada beberapa pembahas mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan bertanding pilihan raya umum akan datang. Bagi saya, cadangan sebegini bukan jenaka tetapi boleh dilihat sebagai sesuatu yang serius dan berkemungkinan berlaku.

Malah seorang bekas menteri kanan yang diketahui cucup akrab dengan Mohd Najib dan Rosmah berkata isteri Perdana Menteri itu berpengaruh dan berpotensi memanfaatkan kedudukan istimewanya untuk satu peranan yang lebih besar.

Kita boleh bincang dan bahas hal ini, tatapi saya minta tolong berhati-hati dan bersopan santun. Saya tidak akan menyiarkan ulasan yang berunsur fitnah dan hasutan yang boleh membawa padah.

Soalnya kenapa tidak Rosmah? Buat permulaan, beliau sudah pun mempunyai profil yang cukup tinggi dan mempunyai kedudukan de fakto dalam sistem pemerintahan negara memalui Projek Permata Negara untuk kanak-kanak pintar yang mendapat peruntukan langsung dari Perbendaharaan sebanyak RM111 juta dalam belanjawan 2011 dan RM100 juta pada 2010. Beliau juga memperoleh dan menikmati liputan berita yang cukup rapi dan meluas daripada media massa arus perdana.

Kenapa tidak? Bukankah sudah wujud gandingan suami-isteri dalam landskap politik Malaysia iaitu Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail? Malahan, gandingan bapa-emak dan anak pun sudah ada – Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Selain itu wujud dinasti politik lain seperti gandingan Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng, Karpal Singh dengan Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo. Malah Mohd Najib, Anwar, Hishammuddin Hussein, Mukhriz Mahathir dan ramai lagi adalah pewaris dinasti politik.

Jadi kenapa tidak Rosmah? Kalau Rosmah tidak ada peranan yang berkesan dan definitif, masakan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, membuat pertemuan khas dengan beliau dalam rangka lawatannya ke Malaysia pada tahun 2009 dan secara terbuka mengiktiraf kesepakatan Rosmah-Mohd Najib?

Jadi apa salahnya atau memeranjatkan sangat jikalau Rosmah bertanding pilihan raya dan akhirnya menjadi pengganti suaminya?

Gandingan Ahli Keluarga Perkara Biasa


Hal ini berlaku bukan sahaja di Singapura di mana Lee Hsien Loong menjejaki bapanya menjadi Pardana Menteri, malah ia juga berlaku di banyak negara di dunia.

Contohnya di India di mana Indira Gandhi menjejaki bapanya Jawaharlal Nehru, menjadi Perdana Menteri. Indira digantikan pula oleh anaknya Rajiv Gandhi. Indira dan Rajiv kedua-duanya mati dibunuh. Kini isteri Gandi, Sonia seorang keturunan Itali menjadi Presiden parti pemerintah, Indian National Congress dan anak mereka, Rahul adalah Ahli Parlimen dan diuar-uarkan sebagai bakal Perdana Menteri.

Di Sri Lanka, Chandrika Bandaranaike Kumaratunga yang menjadi Presiden dari 1994 hingga 2005 adalah anak kepada dua Perdana Menteri -- bapanya S.W.R.D Bandaranaike dan ibunya Sirimavo Bandaranaike.

Di Filipina, apabila calon Presiden Benigno “Ninoy” Aquino dibubuh, isterinya, Corazon Aquino bertanding dan menang. Kini anak mereka, Benigno Aquino III, menyandang jawatan itu. Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pula adalah anak Presiden Diosdado Macapagal.

Sheikh Hasina Wazed, Perdana Menteri Bangladesh sekarang adalah anak sulung Sheikh Mujibur Rahman, pengasas dan Presiden pertama negara itu manakala Begum Khaleda Zia, bekas Perdana Menteri, adalah janda Presiden Ziaur Rahman yang dibubuh.

Di Pakistan, Allahyarhamah Benazir Bhutto menduduki kerusi yang pernah diisi bapanya, Zulfikar Ali Bhutto sebagai Perdana. Zulfikar mati di tali gantung, Benazir mati dalam pengeboman bunuh diri.

Di Argentina, Presiden NĂ©stor Carlos Kirchner digantikan oleh isterinya Cristina Fernandez de Kirchner. Eva “Evita” Peron hampir menjadi Naib Presiden Argentina di samping suaminya kalau tidak kerana mati batuk kering.

Kini, isteri Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Ibu Kristiani Herawati diuar-uarkan akan bertanding jawatan Presiden apabila tempoh perkhidmatan suaminya tamat.

Tidak Mustahil Rosmah Jadi PM

Kesimpulannya, adalah tidak mustahil Rosmah Mansor atau mana-mana wanita selebriti bertanding pilihan raya dan, jika dikehendaki oleh majoriti pembesar parti mereka, dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Saya rasa pembangkang pun akan pening kepala kalau Rosmah bertanding. Hubungan beliau yang akrab dengan bintang-bintang Bollywood, boleh digunakan untuk menarik puluhan ribu hadirin ke ceramah-ceramah pilihan rayanya.

Yang perlu hanya membawa bintang-bintang filem Bollywood dalam kempen beliau. Selain itu, beliau juga seorang penyanyi yang bagus yang tentunya boleh memikat hati pengundi Melayu yang rata-rata gilakan Bollywood dan sukakan hiburan.

Kalau negara Islam yang lebih besar dan konservatif seperti Pakistan dan Bangladesh boleh menerima Perdana Menteri dan Presiden wanita, pastinya Malaysia yang lebih progresif tidak akan menolak kepemimpinan wanita.

Hatta Pas pun sedang hebat mempromosikan penyertaan wanita dalam hierarkinya manakala PKR sudah pun dipimpin oleh wanita. Wallahualam.

Calon PAS di Tenang: Firdaus atau Normala?

Dua nama telah dikemukakan kepada PAS pusat untuk dipilih sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.
Mereka ialah ketua Dewan Pemuda PAS Segamat, Firdaus Mas'ud dan ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman.
azlanFirdaus seorang peguam, juga merupakan exco Pemuda PAS Johor. Normala (kiri) pula merupaka exco Muslimat PAS pusat dan bekas seorang guru.
Sumber-sumber berkata kedua-dua calon mempunyai peluang yang seimbang untuk dipilih sebagai calon, tetapi PAS dijangka memilih Normala.
Sementara itu, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pula dilaporkan berkata, PAS akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Tenang malam ini.
Katanya, pengumuman tersebut akan dibuat oleh presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pekan Labis yang akan disertai ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang.
"Setakat ini, terdapat dua calon yang dikemukakan kepada kita untuk diputuskan selewat-lewatnya petang ini dan calon tersebut akan diumumkan malam nanti pada jam 8 malam di pekan Labis, Johor," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian tidak menolak kesukaran menentukan siapa calon parti itu yang benar-benar layak dipilih mewakili PAS dalam pilihan raya kecil itu dan mengakui salah seorang calon tersebut ialah wanita.

"Bagaimanapun, pimpinan akan putuskan soal calon itu petang ini," katanya sambil menambah kedua-dua calon itu adalah anak tempatan Tenang.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu ditetapkan pada 22 Januari ini dan hari pengundian pada 30 Januari.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, dari BN pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri.

Between Najib and LKY: One brain two halves, one dilemma two resolutions

by  Mariam Mokhtar, Malaysia Chronicle

Between Najib and LKY: One brain two halves, one dilemma two resolutionsIt is interesting to read how two people try to resolve and reverse a problem which every country in the world faces today - brain drain. Malaysia is not alone in the brain drain issue, and all countries in the world, experience immigration and emigration flows, which will ultimately affect the calibre of the workforce.
One cannot help but compare and contrast how Prime minister Najib Abdul Razak and former Premier Lee Kuan Yew try to negotiate this growing phenomenon.
The former’s methods remind us of the Malay saying “nasi sudah menjadi bubur” (the rice has become porridge) whilst the latter is thinking long term and tackling the problem at its roots.
One shows initiative, the other exhibits desperation.
Najib said he was confident that more Malaysians would return home as his administration created more high-income jobs through big-ticket infrastructure projects.
He said on Twitter and Facebook, “In our effort to transform Malaysia to a high-income nation, the income of Malaysians will increase in time to come.”
“I’m confident and I believe that as our economy grows rapidly, more Malaysians who are now overseas will be interested in coming back to work in Malaysia.”
Talent Corporation was launched on January 1 to arrest the country’s brain drain problem.
It has been reported that about 700,000 Malaysians are currently living abroad, with half of them in Singapore, and the rest in Australia, Britain and the United States.
Najib also highlighted his Economic Transformation Programme (ETP), which he said would increase high-income jobs in Malaysia.
He said, “Among the focus of the Talent Corporation is to engage Malaysians that are working overseas so that they know that there are opportunities in Malaysia, especially with the Economic Transformation Programme that we are doing, which involves many entry-point projects (EPPs) that I have announced and will announce more in time to come.”
Among the EPPs is the RM36 billion mass rapid transit (MRT) project in the Klang Valley that will be the largest infrastructure project in the country.
According to Najib, the MRT project is expected to generate a gross national income (GNI) of between RM3 billion and RM4 billion beginning this year until 2020..
Another ETP project will be a nuclear power plant costing RM21.3 billion.
Once operational, the plant is estimated to generate a GNI of RM1.8 billion annually from the electricity generated, according to government projections.
On the other hand, Singapore’s Minister Mentor Lee Kuan Yew said Singapore must preserve meritocracy in government schools to enable the best to rise to the top.
Lee was speaking at the Gryphon Award ceremony of the Raffles Institution (RI). The award is to honour illustrious Rafflesians who have made exceptional contributions to Singapore.
Lee, who is a former RI student, stressed that RI must always remain a school that admits students on the basis of merit, and not on their parents' status or wealth.
He said, “Graduating from a top school like RI does not mean that one will necessarily succeed in life. Academic ability must be matched by people skills, the capacity to adapt and change with changing circumstances, and to keep on learning.
“Rafflesians must understand their own limitations, in order to continue to improve themselves. They need to collaborate with people from different backgrounds to work together and to get tasks done.”
Lee also urged Rafflesians to contribute to RI's 1823 Fund -- a fund started last year -- to help the school get support from alumni, parents and friends.
Sadly, in Malaysia, mission schools are being sidelined by the country’s lop-sided educational policies. These schools, have produced countless numbers of illustrious Malaysians including Prime ministers, professionals and industrialists.
Many past pupils express disappointment and sorrow at how the schools are crumbling and have less than adequate facilities and regret that these schools are ignored by the Education Department. Some schools resort to funding repairs through initiatives of the Parent-Teacher Association.
If Najib is really interested in reversing the brain-drain, then he should tackle the lack of meritocracy in Malaysian education.
High on the list of the concerns of overseas Malaysians about returning to Malaysia are racial tensions and the country’s affirmative action policy, which gives special privileges to ethnic Malays, who make up 60 percent of the population.
Najib and his administration simply cannot see around this problem that if Malaysia were to become more of a meritocracy, it might just succeed in drawing back the diaspora.
Non-Malays need to be assured that they can be appointed to senior civil service positions, and the private sector must be based on transparency and fairness, rather than race.
Otherwise, why would professionals want to return home and work in the public sector, and why should investors come back and invest in the private sector?
Until and unless BN puts its thinking cap on and tries to understand what everyone is trying to tell them, Najib can happily throw more good money into Talent Corporation and other similar institutions. Why waste more of the taxpayers’ money?

Jangan nyanyi kat dapoq

Wassalam...Pak Long Din

Crazy hippo: What will be will be


That crazy hippo....
is already a heavy weight

That crazy hippo....
is indeed a heavy liability

That crazy hippo...
sudah sarat dengan title itu dan ini
Ya Allah, not another one from Sarawak!!

Please.... are you people crazy??
Pity that crazy hippo.
She has become too heavy!!
She will sink...
Not immediately
but eventually.

Wallahu'alam....
What will be, will be

KENAPA ULAMA TAK MAHU DEKATI BN!

UMNO/BN HINA DAN PECAT ULAMA'

Sudah diketahui umum oleh sekalian rakyat jelata pendirian sebenar pemimpin UMNO, khususnya Mahathir terhadap para ulama' samada zaman silam mahu pun ulama' kini.

Mahathir kata:

1. "Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka". (Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC).

2. Kerana ajaran pentafsir-pentafsir ini, orang Islam hari ini menjadi masyarakat yang mundur dan jahil dalam berbagai ilmu".(Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).

3. "Ini Nik Aziz kononnya Tok Guru, tak boleh guna nama lain, kena panggil tok Guru...tok guru apa? (Dr.Mahathir Mohamad, 20 Nov.1994, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).

4. "Belum ada universiti yang mengeluarkan sijil mengakui seseorang itu adalah 'ulama' (Dr.Mahathir Mohamad, 26hb.Nov.1995, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).

5. "Tetapi saya ada ilmu sedikit tentang perubatan dan sedikit mengenai dengan politik. Saya tanya pada beliau (Wan Mokhtar) layak atau tidak saya menjadi 'ulama' dalam bidang perubatan dan politik. Beliau kata layak". (Dr.Mahathir Mohamad, 19 Nov.1989, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).

6. "Di Perlis, saya pecat tiga imam kerana baca khutbah hentam saya".(Shahidan Kassim, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

7. "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada. Kita pun tau. Ahmad Sabu pun ulama' jugak, Mustapha Ali ulamak."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia- inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih." (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

8. "Tapi Mufti Selangor (Dato' Ishak Baharom) raja pun nak suruh buang dia. Raja pun tak setuju dengan dia. I think you'd better take action. Call him up dan tell him that he has breached the government punya regulations that he must be terminated dan kita tak bagi tauliah pada dia. Walaupun dia bukan pegawai kerajaan, orang bersyarah berkenaan dengan agama tanpa tauliah, akan diambil tindakan."(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

9. "Dapat duit banyak (Dr.Harun Din). Hari-hari ada orang yang hantar air di situ depan rumah, - dia boleh jampi on mass production punya system, letak air dalam botol, dia jampi kita buat balik, bayar duit pada dia, kaya bukan main. Bila dia sakit ke mana dia pergi, Australia? Tak berani, saya sakit nak belah saya pergi sini orang nak tau, orang tahulah takpa, saya tak nak sembunyi apa. Ini pasai nak sembunyi pi lari Australia, lebih percaya orang kafir daripada orang Islam.(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

Allah kata (berfirman):

1. "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'"

(Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:28)
Nabi kata (bersabda):

1. "Ulama' itu waris sekalian para Nabi"
2. "Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi"
3. "Ulama' itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya"

Lanjutan dari gesaan Mahathirlah (perkara 8 di atas), maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Melihat kepada penyelewengan yang kian melampau yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN, ramai para ulama' yang mula terjun bersama masyarakat dalam menyedarkan umat Islam akan kezaliman dan kemungkaran kerajaan UMNO/BN yang memerintah hari ini, antaranya ialah:-

1. Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom (bekas Mufti Selangor)
2. Sahibus Samahah Sheikh Azmi (bekas Mufti Pulau Pinang)
3. Sahibus Samahah Dato' Said Ibrahim (bekas Mufti Sabah)
4. Ustaz Prof. Dato' Dr.Haron Din (Majlis Fatwa Perlis / bekas pensyarah UKM)
5. Ustaz Dr.Aziz Hanafi (bekas penyarah Universiti Brunei Darussalam)
6. Ustaz Dr.Badrul Amin (bekas pensyarah UIA)
7. Ustaz Ismail Kamus (pendakwah bebas)
8. Ustaz Taib Azamuddin (bekas Imam Besar Masjid Negara)
9. Ustaz Kamal Ashaari (bekas Imam Masjid Negeri Shah Alam)
10. Ustaz Mohamad Mustapha (ulama' muda yang masyhur dari Kelantan)
11. Ustaz Dato' Tuan Ibrahim T. Man (bekas pensyarah ITM/ panel Forum Perdana)
12. Ustaz Md.Daud Che Ngah (pegawai kanan Tabung Haji)

dan ramai lagi tuan-tuan guru, para alim-ulama', pensyarah-pensyarah Universiti dari seluruh negara yang sudah tidak mampu lagi melihat kesucian dan kemurinan Islam dijadikan bahan ejekan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Bahkan para ulama dari seluruh dunia seperti Sheikh Dr.Yusuff al-Qardawi, Sheikh Taha Jabir al-Alwani, dan ramai lagi yang sepakat mengatakan bahawa adalah HARAM bagi umat Islam berdiam diri melihat kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan Mahathir dan UMNO/BN, dan menumbangkan kerajaan yang zalim ini merupakan suatu yang WAJIB.

Apakah masih ada umat Islam yang mahu bersekongkol dengan puak-puak yang menolak hadith, hina ulama dan menerima pendapat mereka yang menyesatkan masyarakat, atau pun memilih untuk bersama para alim ulama' besar tempatan dan luar negara dan menerima pendapat mereka demi kebahagiaan dunia dan akhirat?

Big sister is checking up on Anifah Aman

by  Mariam Mokhtar, Malaysia Chronicle

Big sister is checking up on Anifah AmanNo one is in a better position to check up on one’s subordinates than one’s wife. In this case, Prime minister Najib Abdul Razak has detailed his wife to go to three countries for visits to promote Malaysia and do some official work.

The First Lady may not be a politician or an elected representative of Malaysia but only a woman of her calibre has the ear of the PM and his sentiments too.

Rosmah need not be on the official government payroll because her husband can easily command that she be paid the necessary expenses as she is promoting Malaysia, on his behalf.

In fact, what the PM has done is superb. More heads of states and industrialists, or multi-tasking managers, should adopt Najib’s idea.

CEOs when pressed for time in between their rounds of golf, power lunches and meetings, need only send their wives to some of the official events, to represent them. Wives normally have an intimate knowledge of what’s happening in the office.

As this is the age of equality, the female ministers in Najib’s cabinet, Shahrizat or Yen-Yen, should get their husbands to stand in for some of their work.

In the case of Yen-Yen, it will help justify his use of the government travel allowance (reportedly first class travel) as he is made to do some work on behalf of the government. There have been complaints that Yen-Yen chalked up RM5 million worth of travel in just a few months.

Perhaps Najib should take a leaf out of Taib’s book and delegate his duties to sisters, nephews, sons, daughters, uncles, brothers-in-law, sisters-in-law and sundry other relatives.

But Najib is conscientious and saving our Malaysian taxpayer’s money by only delegating to his wife.

Rosmah, of course, is perfect for the job of foreign emissary and Anifah Aman, Malaysia’s foreign minister should wise-up to improve his performance before he is out of a job.

The First Lady has been known to speak impeccable English, she dresses well, is distinguished enough to meet heads of state on her own and puts her hosts and guests at ease with her love for a sing-song. To cap the evening’s entertainment, she likes to enthrall everyone with a fireworks display.

Can Anifah do all that and more?

Obviously, someone has complained that Anifah’s work is ineffective. Otherwise, why on earth would Najib send Rosmah to Saudi Arabia from 8 January for three days, then to Oman for four days from 16 January and then to Bangladesh for three days, from 19 January?

Anifah has clearly disturbed Rosmah’s busy schedule as she has had to return to Malaysia, to attend the glittering wedding reception of Sarawak Chief Minister, Taib Mahmud on 15 January.

This meant that she had to break up her middle-east tour by flying back to Malaysia for this event, and then return to the Arabian peninsula the following day, 16 January, as she will be in Oman for a four day official visit.

Rosmah is clearly a busy lady with a hectic schedule. It is fortunate that her husband is the Prime minister.

No one can justify spending that amount of money flying back and forth from the middle-east to Malaysia, with her entourage which consists of members of the Welfare Association of Wives of Ministers and Deputy Ministers (Bakti) as well as senior officials from the Prime Minister's Department.

We are indeed blessed to have someone who will tirelessly work on behalf of Malaysia, even if it cuts into her busy life. Most of us only take the bus or taxi with such regularity, but our First Lady does her travel in style.

It should be good for the Malaysian economy to see her fly the Malaysian colours. Foreign minister Anifah Aman had better-buck up or else he may end up a casualty of Rosmah’s efficiency cuts.

PAS may name woman candidate for Tenang tonight: Slams BN for 'azan' row

PAS may name woman candidate for Tenang tonight: Slams BN for 'azan' rowAmid an intensifying religious row over the loudness of an azan that many have accused the BN of stage-managing ahead of the Tenang by-election, PAS will announce its candidate and there is a 50 percent chance the Islamist party may field a lady - Normala Sudirman, the women's chief of Labis.
“Two people are on the shortlist, and yes, the lady is one of them. But whether she is really the final choice, you have to wait till tonight,” PAS vice Salahuddin Ayub (pic right) told Malaysia Chronicle.
Top Pakatan Rakyat leaders including Opposition Leader Anwar Ibrahim and DAP adviser Lim Kit Siang will also be attending the ceramah or political lecture at Labis, where PAS president Hadi Awang is due to unveil the coalition’s choice.
BN stronghold
Tenang is an urban state constituency in Johor, with 14,753 registered voters. Nearly 48 percent are Malay, 39 per cent Chinese, 12 percent Indian and 1 per cent other races. It fell vacant following the death of Umno assemblyman Sulaiman Taha from diabetes complications.
The seat is an Umno stronghold and expectations are high that Prime Minister Najib Razak’s party will win comfortably. It is unclear if Umno will field a woman candidate, but Wanita chief Shahrizat Jalil has lobbied for one. The party will announce its candidate on Wednesday.
In the 2008 election, the late Sulaiman won with 6,367 votes for a 2,492 majority over his PAS rival. The pressure is now on Umno to maintain this margin or accept that its grip is loosening due to its Malay supremacy policies.
It would also be a slap on Najib's face and a warning that he can no longer hide behind his inclusive-sounding 1Malaysia slogan, and yet say different things to different races in a bid to avoid being pinned down on what his real stand actually is.
“Our chances are good. We are confident the PAS candidate will enhance the Pakatan’s chances. But having said this, Tenang is a BN stronghold. We are entering the lion’s den so to speak. So look at the majority – it will be very revealing and a strong signal to Najib if Umno cannot retain Tenang with same or better margin,” PKR vice president Tian Chua (pic below) told Malaysia Chronicle.
BN cranks up racial and religious differences

Tian and his colleagues from PKR, DAP and PAS have been traveling almost daily throughout the constituency in a bid to increase their rapport with the voters there. So far, their dinner lectures and fund-raising events have been sell-outs.
In particular, Najib has ordered the police to crack down on Anwar, who is famed for his ability to light up crowds wherever he goes with his oratorical charisma. The authorities have canceled permits at the last minute, installed road blocks to create traffic congestion and put off people from going to hear him speak. But that has not stopped the Opposition Leader or his team.
“Winning and losing is part of the game. But PAS is very serious and we are very committed to Malaysia and Pakatan Rakyat. We hope the Tenang voters will give us a chance and not be derailed by the racial politicking of the BN," said Salahuddin.
"Don’t let Umno and MCA and MIC divide us into 3 Malaysias when we are actually one country. Mind you - not Najib’s 1Malaysia that is driven by Perkasa and Utusan but the real one Malaysia that is united for all Malaysians."
Stage-managing the 'azan' row
Indeed, MCA president Chua Soi Lek has already begun the onslaught of racial and religious bigotry favored by the BN. Chua is trying to convince the Chinese there not to trust PAS because the Islamist party will introduce hudud laws and turn Malaysia into an Islamic state.
Although Umno leaders including former premiers Mahathir Mohamad and Abduallah Badawi have claimed Malaysia was already an Islamic state, the party has no choice but to close any eye to Chua's rhetoric given the high Chinese population in Tenang.
But to reassure the Malay community, the party is believed to have engineered the latest Muslim protest in a bid to show the Malays that only it can defend the community.
At a mosque in Kampung Kerinchi within the Lembah Pantai parliamentary constituency of PKR MP Nurul Izzah, Umno-aligned groups burned effigies of an MCA member, who asked the authorities to reduce the volume of its azan or call-to-prayer loudspeakers.
Pakatan leaders have warned Malaysians to remain calm and not to allow the latest "stage-managed drama" frighten them into their respective communal shells.
"If Umno and MCA were to stop politicizing our cultural and religious differences, no one would bother at all. There are rules to protect all communities and where there are none, why not sit down and talk pleasantly to each other?" said Salahuddin.
"But racial harmony and respect is not what Umno and MCA want. If Malaysia is at peace, how can they retain control. They have to keep disturbing the races, creating hate, then only the people will remember - I'm Malay and you're Chinese, we are enemies. For PAS, we are fully committed to Islam but we are also committed to mutual respect."
Nomination day for Tenang is Jan 22 and polling on Jan 30.

Fakta Interlok edisi murid banyak mengelirukanFakta Interlok edisi murid banyak mengelirukan

Penulis tersebut turut mempersoalkan cara berubat 'menggunakan tengkorak'.

SHAH ALAM: Seorang penulis keturunan India menggesa Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain tidak dibabitkan dalam kontroversi buku ‘Interlok’ sekarang.
Uthaya Sankar SB,  Presiden Kumpulan Penulis Kavyan, berkata ini  kerana buku yang dibicarakan ialah edisi murid yang disunting Ruziati  Abdul Rani dan Baharin Aiyob yang dicetak kali pertama pada tahun 2010.
Terdapat kesilapan fakta dalam buku komponen sastera dalam bahasa Malaysia tingkatan 5, edisi murid Interlok.
Begitulah pandangan Uthaya dalam majis taklimat buku Interlok edisi murid di sini hari ini.
Kesalahan fakta yang diketahui ramai ialah kasta Paria dan kasta Brahma kerana menurutnya kasta Paria dan Brahma tidak wujud.
“Kamus Dewan mendefinasi kasta sebagai pengelasan kumpulan manusia secara berperingkat iaitu Brahmin, Kshatriya, Vaisya dan Sudra.”
Menurutnya lagi, Brahma dalam agama Hindu merujuk kepada dewa.
Mengulas watak dalam keluarga Maniam, Uthaya menyatakan bahawa novel itu tidak jelas dalam menyatakan keturunan Maniam ialah Tamil, Malayali atau Telugu meskipun kisahnya bermula di Kerala. Tambahan pula nama Maniam bukan nama Malayali.
Menurutnya Malabar dan Kerala dirujuk sebagai dua tempat berbeza sedangkan Malabar ialah nama lama negeri Kerala.
Penerangan kepada tarian Kathakali juga adalah salah kerana dijelaskan sebagai tarian menggunakan topeng sedangkan ia menggunakan ‘make-up’.
Dari segi geografi Kerala digambarkan sebagai negeri yang terletak di ‘utara sedikit dari Tamil Nadu’ sedangkan negeri yang terletak di utara Andhra Pradesh.
Suasana di negeri Kerala juga digambarkan dengan sawah padi walhal ia terkenal dengan pohon kelapa.
Uthaya turut menyenaraikan sebab lain orang India berhijrah selain dari perbezaan kasta. Antaranya peluang pekerjaan, peningkatan cukai tanah dan tekanan British terhadap industri tempatan yang menyaingi industri tekstil.
Selain itu buku tersebut turut menggambarkan masyarakat India di Pulau Pinang dengan pecahan 50% Malayali dan bakinya orang Tamil dan Telugu sedangkan hakikatnya ialah 80 peratus masyarakat India ketika adalah orang Tamil.
Uthaya memberitahu hadirin di Perpustakaan Shah Alam bahawa bab keluarga Maniam menunjukkan ‘world view’ bukan India yang tidak menghayati budaya India.
Watak Malini memanggil suaminya Maniam dengan nama sedangkan wanita zaman tersebut tidak berbuat demikian.
Uthaya turut hairan mengapa watak Malini memanggil bapanya Perumal sebagai ‘papa’ dan bukan ‘appa’.
Watak Mariama pula dikatakan’ membujang selepas kematian suami’ sedangkan perkataan yang lebih sesuai ialah balu
Dalam buku tersebut Maniam dikatakan datang sendiri ke Tanah Melayu pada tahun 1910 sedangkan buku Pengajian Malaysia menerangkan bahawa kemasukan buruh bebas terbantut pada 1859 kerana tambang terlalu mahal.
Perbuatan sujud kaki oleh watak Suppiah juga disalah gambarkan seperti memperhambakan diri kepada orang putih sedangkan ia hanya dibuat kepada ibu bapa untuk mendapat restu.
Penulis tersebut turut mempersoalkan cara berubat ‘menggunakan tengkorak’.
“Mengapa NGO Melayu membantah? Ia menyesatkan.”
Beliau turut mengulas komen Abdullah yang mengaku menjadi pengikut ajaran Gandhi.
“Gandhi merujuk kepada mereka sebagai Harijan yang bermaksud Anak Tuhan.
Sebagai respon kepada resolusi Gapena yang ‘tidak mahu buku Komsas diubah walau sepatah perkataan’, Uthaya menyatakan terdapat beberapa ayat yang ada di dalam edisi khas tetapi di dalam edisi murid.
Beliau menggunakan contoh sajak Gagak Hitam tulisan Sasterawan Negara A Samad Said.
Sajak tersebut bukan sahaja dialih bahasa ke bahasa Inggeris, malah sebaris sajak diubah.
Beliau turut menjawab persoalan kolumnis Utusan berkisar mengenai protes terhadap buku Mulk Raj Anand, Untouchables.
“Adakah buku tersebut digunakan sebagai komponen sastera bahasa Inggeris atau sastera Inggeris di Malaysia?”
Penulis Lim Swee Tin yang turut hadir dalam sesi taklimat ini berpendapat,”adalah baik sekiranya jika Abdullah Hussein sendiri membuat perubahan dalam buku tersebut demi kepentingan pelajar sekolah’.
Lim berkata begitu kerana sebagai penulis seseorang akan rasa perit sekiranya karyanya diubah begitu sahaja.

Guan Eng: Projek ETP punca ketirisan, bukannya dasar Pakatan

Lim Guan Eng berucap pada Majlis Tertutup Bengkel Pilihan Raya Kebangsaan DAP di Kuala Lumpur hari ini.
KUALA LUMPUR, 16 Jan — Pakatan Rakyat mendakwa pentadbiran Najib sekali lagi membuktikan kerajaan pusat bakal merekodkan ketirisan besar ekoran pengumuman 19 lagi projek permulaan (EPP) Program Transformasi Ekonomi (ETP) — yang menurut kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal menjana pelaburan hampir RM67 bilion dan 35,000 pekerjaan baru. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ia terbukti apabila kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memerlukan RM67 bilion untuk mewujudkan hanya 35,000 pekerjaan baru ataupun hampir RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru.
“Adakah RM2 juta diperlukan untuk wujudkan satu pekerjaan baru? Ia memang satu rekod,” kata Lim lagi.
“Jumlah besar RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru menunjukkan ketirisan ekonomi dalam bentuk amalan rasuah dan penyelewengan kewangan yang hanya boleh diatasi dengan kemenangan Pakatan dalam pilihan raya besar akan datang,” kata beliau.
Pada 11 Januari lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan 19 lagi EPP di bawah ETP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan kasar negara dan mewujudkan 35,000 pekerjaan baru.
Sebelum itu sebanyak 18 EPP telah diumumkan sejak ETP dilancarkan pada 25 Oktober 2010.
Kesemua projek 19 EPP dan pembangunan itu akan dilaksanakan di bawah 10 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), yang diterajui oleh empat EPP di bawah NKEA minyak, gas dan tenaga.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata adalah jelas tindakan itu akan memufliskan negara, bukannya Program 100 Hari Pakatan.
“Sebaliknya Program 100 Hari Pakatan akan selamatkan negara dengan pulihkan ekonomi negara.
“Jangan lupa bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala sendiri yang telah pun menyatakan bahawa Malaysia mungkin bankrap pada 2019,” kata Lim ketika berucap pada Majlis Tertutup Bengkel Pilihan Raya Kebangsaan DAP di sini hari ini.
Program 100 Hari Pakatan diumumkan menerusi Buku Jingga pada konvensyennya bulan lalu.
Kata Lim, BN mungkin lupa dengan projek mega ini tidak ada kena-mengena dengan masalah rakyat biasa yang berpendapatan rendah.
Lim menambah Malaysia mengalami ketidakadilan perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin yang paling tinggi di Asia Tenggara.
“Kumpulan termiskin golongan bawah 40 peratus penduduk hanya memiliki 14.3 peratus pendapatan negara sedangkan golongan atas 20 peratus memiliki 50 peratus pendapatan negara.
“Dengan kata lain lebih 10 juta rakyat Malaysia dalam golongan bawah 40 peratus penduduk menerima purata pendapatan RM1,500 sebulan,” katanya.
Justeru kata beliau, golongan ini yang akan dibantu menerusi Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang di antara lain manambah insentif kepada anggota kerajaan tertentu, bantu peneroka Felda, wang penghargaan warga emas RM1,000 setiap tahun, khidmat wifi percuma untuk semua pekan di seluruh Malaysia, menghapuskan tol lebuh raya dan juga mengurangkan harga minyak untuk orang miskin.
Kata Lim, Pakatan bukan cakap sesuka hati kerana ia telah pun dilaksanakan di negeri-negeri di bawah pemerintahan perikatan tiga parti itu.
Sungguhpun banyak program telah dijalankan oleh kerajaan negeri yang di bawah Pakatan, tidak ada satu negeri pun yang bangkrap, katanya.
“Sebaliknya ia lebih kukuh seperti Pulau Pinang yang telah dipuji dua tahun berturut-turut oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009. Malah Pulau Pinang dianggap sebagai mempunyai prestasi terbaik di negara pada 2009,” katanya.
Lim menjelaskan, ketirisan ekoran penyelewengan kewangan dan amalan rasuah setahun melibatkan sekurang-kurangnya RM28 bilion setiap tahun dalam kerajaan persekutuan.
“Bila ketirisan dihapuskan banyak program memanfaatkan rakyat boleh dibuat seperti wifi percuma dan menghapuskan tol.
“Oleh itu banyak Program 100 Hari Pakatan seperti membayar RM1,000 setiap tahun kepada warga emas melebihi 60 tahun boleh dilaksanakan,” katanya.
Beliau berpendapat dengan 2.1 juta warga emas, pembayaran RM1,000 setahun hanya melibatkan RM2.1 bilion setahun yang tidak sampai 10 peratus RM28 bilion.
“Ada baki lagi. Inilah yang harus dikongsi bersama dengan rakyat di bawah dasar ekonomi berjiwa rakyat Pakatan,” katanya lagi.

Peneroka Felda, orang asli di Tenang akan menangkan Pakatan Rakyat

Pengerusi Biro Felda dan Masyarakat Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata beliau yakin sokongan peneroka Felda dan orang asli terhadap Pakatan Rakyat akan memenangkan gabungan parti itu pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang, 20 Januari ini.
Menurutnya, selepas beberapa kali mengadakan ceramah di kawasan Felda di situ, reaksi masyarakat peneroka dan orang asal terhadap Pakatan Rakyat di Tenang sangat memberangsangkan.
“Di pekan Labis kita dapati sokongan orang Cina dan golongan muda terhadap Pakatan Rakyat sangat kuat. Sekiranya kita berusaha keras untuk menumpukan kawasan Felda dan kampung orang asli, ia pasti dapat menambahkan undi kepada Pakatan Rakyat.
“Saya yakin Pakatan mempunyai potensi untuk menang di Tenang,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Terdapat tiga kawasan Felda dalam Dun Tenang iaitu Felda Tenang, Felda Chempelak dan Felda Chempalak Barat serta beberapa buah perkampungan orang asli.

Menurut Suhaimi, masalah utama yang membelenggu peneroka Felda di Tenang masih lagi berkisar tentang penyelwengan yang berlaku di tanah rancangan itu seperti  Kadar Perahan Gred (KPG) tanaman sawit dan Kadar Getah Kering (KGK).
“Selain itu isu yang dihadapi peneroka Felda adalah isu pembuangan tandan-tandan muda kelapa sawit yang mengurangkan pendapatan peneroka, isu dana tanam semula seperti yang diperjuangkan di Felda-Felda seluruh negara. Ada lebih 20 hingga 30 peneroka yang hanya memiliki 6 ekar tanah, tidak seperti 10 ekar tanah yang sepatutnya mereka perolehi,” ujar beliau.
Menurut Suhaimi, semasa berceramah di Felda Tenang semalam, beliau turut menjelaskan tentang Program 100 Hari Pakatan Rakyat, antara lain memansuhkan Felda Plantations.
“Kita nak berikan hak ini bukan sahaja untuk diberikan kepada peneroka tetapi kita nak berikan ladang-ladang kepada kakitangan Felda yang sudah bersara.
“Semasa saya berceramah, orang Umno terutama golongan Pemudanya sendiri mendengar program kita. Kita nak beritahu mereka perjuangan kita bukan pilih bulu, bukan hanya untuk orang KEADILAN, bukan hanya untuk orang Pas, tetapi semua sekali peneroka tanpa mengira fahaman politik,”katanya.
Sementara bagi orang asal pula katanya, antara masalah utama yang dihadapi masyarakat pribumi itu sehingga kini masih tidak mendapat geran tanah walaupun negeri itu telah diperintah selama 50 tahun oleh Barisan Nasional.
Beliau turut menyatakan kesal dengan pendekatan Umno yang mengugut masyarakat orang asli termasuk menyogok mereka dengan pelbagai janji serta program hiburan.
“Insyaallah pada 21 haribulan ini saya dan Biro Felda dan Orang Asal akan sekali lagi melawat perkampungan orang-orang asli di sana bagi menerangkan dasar kita,” ujarnya.

Pinda AUKU Jalan Terbaik Bebaskan Kongkongan Mahasiswa


KUALA LUMPUR 16 JAN : Memansuhkan peruntukan yang mengekang kebebasan mahasiswa dalam Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) dilihat lebih rasional dan jalan terbaik berbanding memansuhkan akta tersebut keseluruhannya, kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli.
Rafizi menjelaskan keseluruhan kandungan AUKU adalah mengenai perjalanan urustadbir dan kawal-selia institusi-institusi pengajian tinggi negara ini dan memansuhkan akta itu boleh mengganggu urus tadbir perjalanan universiti.
Beliau berkata perbezaan antara AUKU dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah pemansuhan ISA tidak menjejaskan operasi kerajaan kerana kekhususannya memburu dan mematikan elemen-elemen insurgensi.
"Kalau saudara-saudari baca AUKU, bab kongkongan aktiviti mahasiswa dan kebebasan intelek pensyarah hanya sikit sahaja. Yang lain adalah tatacara  mentadbir universiti dan bidang pendidikan. Ada dua jenis akta, satu adalah boleh dimansuh terus tanpa jejas apa-apa institusi, contohnya ISA. Saya banyak ditanya oleh pengamal media mengapa akta media cetak tidak disertakan dalam 100 hari. Ini kerana ia termasuk dalam kategori kedua, kerana ia menjelaskan bagaimana kita kawal selia universiti. Kalau dimansuhkan AUKU, maka tidak ada undang-undang untuk mentadbir universiti kita," katanya.
Rafizi berkata demikian menjawab soalan hadirin di Forum Mahasiswa Malaysia di ibu negara, 14 Januari lepas.
Beliau menjelaskan PKR mahu mengambil pendekatan realistik memperkenalkan perubahan secara langsung tetapi pantas dalam masa 100 hari Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran negara.
"Kita ada dua cara untuk kita tangani kekangan mahasiswa, pertama kita mansuh terus, untuk itu berlaku ia memerlukan draf pertama,kedua, ketiga dan memerlukan masa yang lama. Cara kedua adalah kita ambil jalan lebih cepat dengan mengambil langkah meminda dan mansuhkan bahagian-bahagian yang mengongkong mahasiswa dan pensyarah," katanya.
Dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan Biasiswa Kerajaan, Rafizi menjelaskan biasiswa yang ditekankan dalam Buku Jingga berbeza dengan konsep biasiswa boleh-ubah yang diamalkan kerajaan sekarang ini.
"Sudah tidak ada biasiswa di Malaysia ini, yang ada ialah pinjaman boleh-ubah. Maknanya adik bila keluar sekolah dapat biasiswa,tetapi bila balik dari luar negara, adik perlu bekerja dengan petronas contohnya. Sekarang lebih teruk kerana bukan semua yang dapat biasiswa itu dapat kerja. 
Bagi mereka yang tidak diterima kerja, mereka perlu bayar wang besar, kalau diberi diskaun pun sedikit. Contohnya saya sendiri terpaksa membayar hingga 30-40 ribu kerana saya meletak jawatan dari Petronas enam bulan lebih awal dari tempoh tujuh tahun yang diperlukan," katanya.
Menurut Rafizi, perbezaan paling ketara adalah Pakatan Rakyat mahu memperkenalkan dasar yang maju ke hadapan, dengan menjamin hak pendidikan rendah, pendidikan menengah dan ijazah pertama percuma untuk rakyat.
"Kerajaan akan menjamin hak pendidikan tinggi secara percuma itu adalah hak rakyat, rakyat paling kurang mendapat ijazah pertama percuma, terutamanya di Eropah. Masalah di Malaysia adalah tiada komitmen itu, sebab itu PTPTN ditubuhkan. Mekanismanya adalah PTPTN akan meminjam institusi kewangan biasa pada kadar empat peratus, dan dipinjamkan semula pada adik-adik dengan caj perkhidmatan satu peratus," katanya.
"Kalau saya jadi CEO PTPTN pun saya tidak ada jalan lain kerana saya tidak dapat wang dari kerajaan. Saya terpaksa pinjam dari swasta untuk dipinjamkan kepada adik-adik," katanya lagi.

Isu Azan: Jangan Jadi Seperti Singapura, kata Mufti Selangor


SHAH ALAM 16 JAN : Desakan naib presiden MCA, Gan Ping Sieu supaya kerajaan Umno-Barisan Nasional mengkaji dan mengawal selia penggunaan pembesar suara di masjid mahupun surau adalah mirip taktik yang digunapakai di Singapura untuk membendung Islam, kata Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.
Katanya, cadangan oleh pemimpin MCA itu seolah-olah cubaan untuk menjadikan Malaysia seperti Singapura yang melarang laungan azan didengar dari luar lingkungan kawasan rumah ibadat termasuk masjid.
"Ini adalah satu agenda daripada luar, kalaulah Singapura berjaya untuk menahan ataupun memperlahankan azan di surau, jadi mereka nak supaya Malaysia macam seperti itu juga. Kita ini beragama Islam,  agama Persekutuan tidak mungkin kita hendak ikut agama jiran? Saya cukup tidak suka perkara ni," ujar Tamyes ketika dihubungi Tv Selangor, di sini, hari ini.
Cadangan Ping Siue itu dibuat pada hari sama akhbar The Star yang juga di miliki oleh MCA menyiarkan lidah pengarang, membidas kerajaan negeri Selangor kerana mahu melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah yang melarang orang Islam bekerja dipremis menjual arak.
The Star menyifatkan langkah itu sebagai cubaan untuk menerapkan undang-undang Islam di Selangor dalam cubaan terdesak untuk meraih sokongan bukan Melayu untuk MCA di bawah presiden barunya Chua Soi Lek.
Portal The Malaysian Insider hari ini melaporkan, Ping Siue sebagai berkata, kemelut laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah Kampong Kerinchi harus diambil bagi mengawal selia penggunaan pembesar suara di semua rumah ibadat demi mengelak perselisihan faham di kalangan masyarakat di negara ini.
Menurut Tamyes, soal laungan azan harus dilihat dari sudut keperluan agama Islam sendiri dan keperluan pemerintah Islam mempertahankan keperluannya.
"Ini (laungan azan) adalah satu syiar Islam yang menjadi tanggungjawab kepada umat Islam, khasnya pemerintah yang beragama Islam mempertahankan perkara ini.Ia sebenarnya syiar Islam yang begitu sensitif kalau sekiranya diperlahankan," kata beliau.
Ping Sieu adalah pemimpin MCA pertama mempersoalkan keperluan memperlahankan laungan azan dan penggunaan suara pembesar di rumah ibadat termasuk masjid dan surau.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan isu laungan azan Masjid Al-Ikhlasiah aduan seorang ahli MCA, sebagai "mainan politik" pihak tertentu untuk melaga-lagakan orang Islam dan orang bukan Islam.
Ketua Imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu. Namun Jamil menafikan pihaknya mengeluarkan arahan seumpama itu walaupun mengesahkan pihaknya menerima aduan daripada ahli MCA berkenaan.  
Kelmarin, kira-kira 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat mendesak ahli MCA berkenaan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Susulan bantahan itu, ahli MCA berkenaan yang tinggal di Pantai Hill Park iaitu kira-kira satu kilometer dari Masjid Al-Ikhlasiah dilaporkan akan berpindah dari kawasan itu.

GMPP : Yuran Persekolahan Perlu Dimansuhkan

KUALA LUMPUR 16 JAN : Sebuah badan bukan kerajaan, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) hari ini meminta kerajaan supaya menghapuskan yuran sekolah yang didakwa mereka semakin meningkat setiap tahun.
Penyelaras GMPP K.S. Bawani mendakwa yuran persekolahan tahun ini meningkat 10 peratus daripada tahun-tahun sebelumnya, dengan yuran sekolah rendah yang sebelum ini hanya antara RM26-RM28 bagi setiap pelajar kini meningkat kepada antara RM35-40 seorang.
"Bagi sekolah menengah jumlah bayaran tambahan dikenakan sekitar RM100 seorang berbanding RM60-RM80 seorang pada tahun-tahun sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Bawani berkata kerajaan juga perlu mengawal selia yuran tadika yang kini mencecah RM300-RM400 seorang hanya untuk yuran pendaftaran dan yuran bulanan antara RM50-RM60 seorang.
Beliau mendakwa akibat yuran yang semakin meningkat ramai ibu bapa tidak lagi menghantar anak-anak mereka di bawah umur tujuh tahun ke tadika. "Pendidikan tidak patut dijadikan alat perniagaan," katanya.

Pengundi India Tenang semakin matang untuk menolak BN

Naib Presiden Keadilan, N Surendran yakin majoriti masyarakat India di kawasan Tenang semakin matang untuk menentukan wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan pada 30 Januari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab kenyataan MIC Johor yang mengatakan 80 peratus pengundi keturunan India di kawasan Tenang akan mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya kecil itu.
“Setiap kali pilihan raya kecil MIC akan keluar kenyataan mereka mendapat sokongan 80 peratus atau 90 peratus masyarakat India dan sebagainya tetapi setelah mendapat keputusan kita tahu bahawa dakwaan MIC tidak benar,” kata beliau.
Menurutnya, masalah seperti isu kemiskinan,  pendidikan, perumahan, peluang pekerjaan dan kemudahan asas menjadi antara faktor pengundi India di kawasan itu akan menolak calon Barisan Nasional pada PRK tersebut.
“Saya percaya pengundi India di Tenang semakin matang untuk menentukan wakil mereka terutama apabila saya sendiri telah turun ke Tenang dan kawasan-kawasan masyarakat India seperti di ladang estate. Kita mendapati sokongan mereka amat positif dan responsif terhadap Pakatan Rakyat.
“Ini disebabkan keadaan hidup mereka yang sangat buruk, masih ada yang tidak mendapat bekalan air, kemudahan asas yang buruk, pendapatan kecil dan sebagainya. Selepas 50 tahun BN memerintah mereka masih tidak mendapat apa-apa,” kata Surendran.
Menurut Surendran, beliau menolak tanggapan bahawa Johor merupakan kubu kuat Umno-Barisan Nasional, sebaliknya yakin bahawa kesedaran rakyat telah semakin meningkat untuk menolak parti itu pada PRK itu.
“Apa yang paling penting ialah Pilihan Raya Kecil ini akan jadi penanda aras kepada sokongan rakyat untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan pada Pilihan Raya Umum akan datang. Kita lihat orang asli juga menyatakan sokongan mereka. Saya percaya rakyat sudah mula merasakan arus perubahan,” katanya lagi.
Ditanya mengenai isu seperti Interlok yang kononnya mencetuskan kegelisahan di kalangan kaum India, Surendran berkata isu yang cuba dimanipulasi Umno itu tidak timbul kerana isu utama yang dihadapi masyarakat India khususnya di Tenang adalah isu-isu asas.
“Isu utama yang diperjuangkan oleh masyarakat India di Tenang adalah soal kemiskinan, kemudahan asas, air, pendidikan dan sebagainya. Isu-isu seperti Interlok ini tidak akan memberi sebarang impak kepada masyarakat India,” tegasnya.

Debat: Sahut cabaran kami, Pemuda PKR gesa Khairy


Shamsul Iskandar Mohd Akin: Surat jemputan telah dihantar.
PETALING JAYA, 16 Jan — Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Pemuda Umno memberikan respons kepada cabaran mereka agar berdebat berhubung Program 100 Hari Pakatan Rakyat. Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, surat jemputan cabaran telah pun dihantar ke pejabat Pemuda Umno pada 12 Januari lalu - sehari sebelum pergerakan itu mencabar Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengadakan debat dengan ketua mereka Khairy Jamaluddin.
“Tetapi belum ada respons daripada Pemuda Umno untuk berbahas mengenai pelan pembaharuan Pakatan.
“Kami hendak menjelaskan dasar-dasar kami, apa yang kami lakukan bukan untuk kemegahan peribadiv . . . ia antara Pemuda Umno dan PKR, tiada yang lain,” kata Shamsul Iskandar hari ini.
Cabaran debat daripada kedua-dua Pemuda PKR dan Umno mendapat perhatian selepas Anwar mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berdebat dengan beliau berhubung dasar-dasar Pakatan Rakyat.
Anwar membuat cabaran itu selepas Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, membidas Program 100 Hari Pakatan Rakyat sebagai langkah yang akan memufliskan negara.
Bagaimanapun Najib mengetepikan cabaran Anwar itu dengan berkata, beliau tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang.
Perdana Menteri berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya.
Khairy menawarkan dirinya untuk berdebat dengan Anwar.
Malah Najib berkata, jika ada orang lain yang mahu berdebat dengan Anwar seperti Ketua Pemuda Umno, itu terserah kepada masing-masing dan beliau tidak akan menghalangnya.
Shamsul Iskandar berkata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah ditawarkan oleh parti untuk berdebat dengan Khairy berhubung perkara tersebut.
“Isu debat adalah perkara serius . . . jika Pemuda Umno tidak memberikan jawapan, Angkatan Muda PKR akan menganggap ia sebagai petanda bahawa Pemuda Umno tidak bersedia untuk berdebat dengan kami (mengenai dasar-dasar kami),” kata Shamsul Iskandar.
Dalam pada itu mengenai isu novel Interlok, kata beliau, pihaknya akan menghantar satu rombongan untuk bertemu dengan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain untuk membincangkan pertikaian yang tercetus sejak sebulan lalu.
Timbalannya Khairul Anuar berkata, pengkritik novel itu perlu membawa keseluruhan novel sebelum “menyerang” novel tersebut.
“Saya menggesa setiap pihak supaya membaca Interlok terlebih dahulu sebelum memberikan komen. Jangan keluarkan komen berdasarkan apa yang orang lain kata,” kata Khairul.

PEMUJA SYAITAN BAKAL DATANG KE MALAYSIA

Artis Pop R&B dari Kanada, Justin Bieber yang popular dengan lagu Baby akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada April depan disamping mempromosikan albumnya berjudul My Worlds The Collection yang dilancarkan tahun lalu.

Konsert Justin Bieber My World Tour In Malaysia itu dijadualkan berlangsung pada 21 April depan di Stadium Merdeka disamping mengutip dana untuk Rumah Nur Salam di Chow Kit.

Bintang berusia 17 tahun yang turut membintangi filem Never Say Never itu dibawa ke Malaysia dengan kerjasama Tune Talk Mobile Prepaid bagi menghiburkan peminat di Malaysia serta mempromosikan filem lakonannya itu di negara ini yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara seminggu sebelum konsert terbabit berlangsung.
Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo, berkata konsert yang dijangka berlangsung kira-kira dua jam itu akan turut dihiburkan dengan persembahan artis tempatan pada pembukaan konsert.

Tujuan konsert ini diadakan bukan saja untuk menghiburkan peminat di sini tetapi untuk mengutip sumbangan bagi membantu Rumah Nur Salam dan hasil jualan tiket VIP itu nanti akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan, katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, sebanyak 300 tempat duduk untuk VIP akan disediakan dengan harga RM1,000 bagi tujuan mengutip sumbangan itu, malah pelanggan Tune Talk Mobile Prepaid boleh mendapatkan tiket dengan tawaran harga yang menarik.

Katanya, tiket akan mula dijual hari ini di laman web www.airasiaredtix.com dan www.ticketpro.com.my atau di rangkaian Victoria Music Centre dan Rock Corner di seluruh negara.
Jason berkata, sebanyak 3,000 tiket mula dijual semalam kepada pelanggan tetap Tune Talk Mobile Prepaid di pusat beli-belah Bangsar Village 2 di sini.

Difahamkan ada peminat yang sanggup datang seawal jam 4 pagi dan beratur panjang di hadapan pintu masuk pusat beli-belah terbabit walaupun kaunter tiket dibuka jam 11.30 pagi.

Selain Justin Bieber, kita akan turut membawa artis lain dari luar negara untuk mengadakan persembahan di sini tetapi kita belum menentukan lagi siapa artis terbabit untuk membuat persembahan selepas Justin, katanya.

Seorang peminat, Cheah Suan Lyn, 15, adalah penerima tiket pertama yang berharga RM498 daripada Jason selepas berjaya membuat aksi akrobatik semalam.

Huh!! Dapat Lagi....dia lagi..!!! adooi apa citer bini aku tak dapat....


Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Ahad menerima darjah kebesaran Datuk Amar Bintang Kenyalang yang membawa gelaran 'Datuk Amar' daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Huh!! Dapat lagi. Bulan lepas sahaja dia baru dapat anugerah tertinggi dari Melaka. Sebab-sebabnya, dia bini PM. Selebihnya anda fikirlah sendiri. Salah satu membawa Program Permata ke peringkat dunia.

Asyik bini PM je......chaik!!!!

Penulis Blog MPP Yang Pro Umno Murtad & Kafir!

MPP memfitnah TG Nik Aziz
Tulisan yang ditulis oleh penulis blog pro-Umno MPP membawa penulis tersebut menjadi seorang kafir laknatullah secara terang. Dia menuduh Nik Aziz telah mengaku Mahadhir sebagai Tuhan yang ternyata adalah palsu belaka dengan hujah-hujahnya yang dangkal.

Tidak akan selamat seseorang yang menuduh orang lain kafir melainkan salah seorang daripadanya adalah kafir. Jika yang dituduh itu ternyata kafir maka selamatlah penuduh sebaliknya jika tidak maka yang menuduh itulah sebenarnya kafir. 

UMNO perlu buat sesuatu untuk menguruskan mereka yang telah menjadi kafir atau bukan Islam adakah mereka masih berada dalam kategori bangsa Melayu kerana definasi Melayu tidak dapat menerimanya. Adakah mereka masih lagi boleh menjadi ahli UMNO


Budah darjah 6 pun boleh faham apa maksud ucapan Tuan Guru pada malam perjumpaan bersama blogger semalam apa maksudnya apabila berkata Mahadhir menjadi penghalang negeri Kelantan untuk melaksanakan undang-undang hudud yang bermakna kepimpinan BN ketikan itu mahu menyeret isu itu ke Mahkamah dan ini mampu mencelarukan pemerintahan Pas di Kelantan sebagai mana mereka berjaya menumbangkan PR di Perak dan kini sedang berusaha membuat perkara yang sama di Selangor.

Perkara yang menyentuh akidah bukanlah sesuatu isu yang dengan mudah untuk diambil sebagai bahan lawak atau bahan jadi popular. Ia adalah isu Islam atau Kafir. Janganlah pula kita memutar belitkan fakta-fakta dan bermain-main label Tuhan sesuka hati.

Jika di Pakistan penulis itu dah lama kena pancung, kalau kerajaan tak pancung tentu perutnya sudah terburai dirobek umat Islam yang perihatin.