Khamis, 13 Januari 2011

Syed Mokhtar 'Anak Manja' Kerajaan Persekutuan


SHAH ALAM 13 JAN: Syed Mokhtar Al-Bukhari yang menerajui pelbagai industri tempatan dilihat sebagai 'anak manja' kerajaan Persekutuan Umno-Barisan Nasional(BN) kerana memperoleh pelbagai kontrak sektor kerajaan yang menjana keuntungan tinggi.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata tindakan kerajaan memberikan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor dan Pelabuhan Johor serta dalam proses memberikan Pelabuhan Pulau Pinang membuktikan kerajaan Persekutuan memberikan ruang yang tidak realistik kepada Syed Mokhtar tanpa tender terbuka.

Beliau juga membidas tindakan kerajaan yang kini dalam proses mempertimbangkan untuk menswastakan Pelabuhan Klang dan memberinya kepada Syed Mokhtar.
"Ini bermaksud bahawa kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pengangkutan memberi ruang kepada beliau untuk mengambil alih semua pelabuhan besar di Malaysia dan yang peliknya tidak ada tender terbuka dan juga tender yang telus yang mengatakan bahawa syarikat Syed Mokhtar sebenarnya ada 'cost efficient' ataupun lebih efisyen, cekap daripada pengusaha-pengusaha lain," jelas beliau.

Beliau berkata, soalan yang perlu ditanya ialah pertama samada tender dibuka untuk perolehan ini dan kedua adalah motif kerajaan mahu menswastakan pelabuhan-pelabuhan ini sedangkan ia mampu menjana keuntungan.

Katanya lagi, penjualan pelabuhan hanya akan menyebabkan rakyat menanggung kerugian akibat penswastaan ini.
"Adakah mereka membuat kerugian dan sekiranya membuat kerugian, berapa kerugian dan sebagainya. Sebenarnya kita tidak patut menjual kesemua harta benda dan servis yang membawa  keuntungan tetapi di sini keuntungan yang akan sampai kepada kerajaan dan kemudian kembali kepada rakyat, kini akan diserahkan kepada swasta," tegas beliau lagi.

Charles menjelaskan, salah satu konsep ekonomi yang diutarakan dalam Program Transformasi Ekonomi yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tahun lalu ialah menswastakan semua perkhidmatan kerajaan termasuk perolehan kerajaan.
"Ini tidak semestinya sebab kerajaan pun hendakkan pendapatan dan kalaulah Pelabuhan Klang Utara membuat keuntungan, kalau Pelabuhan Penang juga membuat keuntungan, mengapa berikan kepada pihak swasta kalau kerajaan lebih efisyen?" soal beliau.

Beliau seterusnya menegaskan, tindakan kerajaan Persekutuan perlu dipersoalkan samada tender terbuka dikeluarkan dan samada kerajaan Persekutuan menggunakan standard penilaian antarabangsa dalam mengeluarkan tender sebegini.

Kementerian Pelajaran Digesa Ambil Tindakan Terhadap Markom


SHAH ALAM 13 JAN: Kementerian Pelajaran digesa mengambil tindakan tegas terhadap Pengarah Pelajaran Johor,  Markom Giran yang didakwa berkempen untuk Barisan Nasional di Sekolah Menengah Tenang Station pada 31 Disember tahun lalu.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berkata, tindakan Markom itu amat memalukan rakyat Malaysia khususnya warga pendidik dan masyarakat di Dun Tenang, Johor.
"Apa yang berlaku sangat mengecewakan sebenarnya. Dia (Markom) sendiri menyusun gerak kerja berkempen ini tindakan tidak wajar.
"kementerian seharusnya mengambil tindakan," gesanya.

Suhaizan berkata, sebagai Pengarah Pelajaran Negeri, Markom perlu bertindak profesional kerana tindakannya itu dikhuatiri memberi kesan negatif terhadap pegawai bawahan yang lain.
"Beliau ini orang nombor satu di Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Jadi bila tak ada sebarang tindakan maknanya pihak kerajaan sambil lewa dalam hal hal seperti ini dan kita khuatir orang nombor satu buat begitu menjadi contoh tidak baik kepada kakitangan lain," jelasnya. 

Suhaizan yang dihubungi Tv Selangor juga tidak menolak bahawa ada jabatan lain yang turut serta berkempen sempena pilihanraya Dun Tenang.

Beliau meminta agar tindakan  segera diambil ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab agar tidak timbul isu penjawat awam yang berkempen semasa pilihanraya diadakan.

Sebelum ini pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata pegawai kerajaan tidak boleh menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti politik dan perlu sentiasa menjaga tahap "profesionalisme" masing-masing.

Abdul Aziz menjelaskan, kakitangan kerajaan mesti mengenepikan "pandangan dan pendirian politik" masing-masing dan menjaga kesopanan "profesional" serta sentiasa bersikap berkecuali.

Beliau mengulas kes seorang pegawai tinggi kerajaan di Johor yang menggesa para guru menyokong "kempen kerajaan" dalam pilihan raya kecil DUN Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari depan.

Bukti yang diperolehi menunjukkan Markom pernah berkempen di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah, Labis pada 31 Disember lalu dan empat buah sekolah kebangsaan di sekitar DUN Tenang pada 3 Januari lalu.

PM YANG TAKUT BINI,..

Ini yang Najib nak cakap agaknya !!.....
Apa kata kalau Rosmah saja yang sahut cabaran Anuar ?


Anuar silap !  sepatutnya pelawa Rosmah sekali.  Najib duduk sebelah! dan biar Rosmah yang berhujjah atau berdebat!  Rosmah apa kurang? Bukankah dia pernah mengganti / memangku tempat Najib sebagai PM?   Kadang-kadang tugas menteri lain pun dia kebas !.  Terbaru beliau telah menggantikan tempat menteri pelajaran semasa kunjungan rasmi ke Negara Teluk

Oleh : rahimothman

Kerajaan BN 'ragut' bantuan makanan tambahan murid miskin

WarkahDaily – Slogan Najib ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ sekadar manis di bibir semata-mata tapi perit di hati rakyat miskin di negara ini.

Syarikat kroni, projek tenat kroni, suntikan modal syarikat kroni terus menerus mendapat ‘simpati’ kerajaan 1Malaysia Najib. Segala bantuan telah diberikan kepada kroni-kroni dan syarikat-syarikat luar yang mahu bertapak di negara ini. Tapi rakyat sendiri yang hidup dalam kemiskinan tidak dihiraukan.

(Gambar kanan: Bantuan makanan RMT murid sekolah pun mahu dirampas kerajaan Umno-BN )

Bantuan tak seberapa yang sebelum ini diberikan kepada murid-murid kurang bernasib baik telah pun ‘diragut’ oleh kerajaan 1Malaysia Najib yang dikatakan mendahulukan rakyat.

Memang tidak patut bagi kerajaan yang diamanahkan menjaga kebajikan rakyat sendiri tapi ianya dinafikan kerana mahu menjaga tembolok sendiri. Sedikit makanan tambahan untuk murid sekolah pun mahu 'dikebas' BN. Dah pokai sangat dah ke?

Menurut laporan Harakahdaily, Tindakan Kementerian Pelajaran mengarahkan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid miskin dihentikan serta merta adalah suatu yang sangat mengecewakan.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata, malah ianya dilihat sangat bertentangan dengan slogan kerajaan Umno dan BN kononnya ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Ini, katanya merujuk kepada pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia [KPM] 29/12/2010 No: KP (Bkew/BT)1910/RMT/A5, Jld.5(97) yang mengarahkan agar RMT ditamatkan serta merta atau selewat-lewatnya semalam, 12 Januari.

“Ini dilihat akan memberi kesan kepada ribuan pelajar miskin yang berada di bawah Rancangan Makanan Tambahan tersebut,” ujarnya.

Beliau mempertikaikan langkah Kementerian Pelajaran itu kerana bukan sahaja menafikan hak pelajar miskin mendapat bantuan kerajaan tetapi juga akan menjejaskan tumpuan mereka kepada pelajaran dan sekaligus menjejaskan masa depan mereka.

Katanya, jika kerajaan boleh memberi pelbagai skim galakan kepada sektor-sektor lain serta peruntukan yang wajar kenapa kerajaan sanggup korbankan pelajar-pelajar miskin.

“Apakah kerajaan kini sedang kesempitan dana?

“Bukankah kerajaan telah menguar-uarkan kononnya negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik?” soalnya.

Justeru, tambahnya rakyat memerlukan penjelasan yang wajar daripada kerajaan berhubung perkara itu.

Ketuanan Kroni : Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL

rumah francis yeoh ytl 20 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL
Kalau anda naik tren ERL, mesti ada kaitan dengan syarikat YTL. CEO YTL adalah Tan Sri Francis Yeoh (CEO of the Year 2005). Kemudian yang terbaru, YTL sanggup melabur sekitar RM500 juta semata-semata menjayakan meluaskan lagi projek YES 4G. Kalau pergi ke kawasan Sentul pun banyak pembinaan bangunan  di bawah YTL. Dan..jangan dilupakan IPP yang dikendalikan oleh YTL.  Bukan setakat ipp provider sahaja  tetapi juga chain hotels nationwideseperti Tanjong Jara Resort, Vistana, Majestic, JW Marriott dan Ritz-Carlton dan beberapa hotel di luar negara seperti di Paris dan Japan (kira close rival kepada Berjaya Hotels milik seorang lagi billionaire Tan Sri Vincent Tan) dan banyak lagi rangkaian perniagaannya.
Kami tak pasti nak istilahkan rumah Tan Sri Francis Yeoh ini bagaimana. Sebelum ini, kami pernah berkongsi rumah Tan Sri Francis Yeoh yang lain di sini. Billionaire seperti Tan Sri Francis Yeoh ini kami tak rasakan yang beliau akan tinggal lama di rumah tersebut. Kalau singgah pun sekejap sahaja. Itu pun kalau mereka keluar akan menghabiskan masa di hotel, makan, berhibur semuanya di luar walaupun rumah sudah setaraf hotel. Rumah Tan Sri Francis Yeoh ini akhirnya nanti mungkin sekadar pameran, orang gaji tukang lap sahaja di rumahnya. Itu yang timbulnya ungkapan seperti ini :
“Billionaire can buy a house but not a home.”
Lagi gambar rumah Tan Sri Francis Yeoh (YTL Group) :
rumah francis yeoh ytl 18 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL
rumah francis yeoh ytl 17 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL
rumah francis yeoh ytl 15 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL
rumah francis yeoh ytl 1 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL
rumah francis yeoh ytl 2 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL
rumah francis yeoh ytl 31 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL
rumah francis yeoh ytl 41 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL
rumah francis yeoh ytl 61 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL
rumah francis yeoh ytl 7 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL
rumah francis yeoh ytl 8 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL
rumah francis yeoh ytl 9 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL
rumah francis yeoh ytl 10 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL
rumah francis yeoh ytl 11 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL
rumah francis yeoh ytl 13 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL
rumah francis yeoh ytl 151 Rumah Tan Sri Francis Yeoh YTL


Menteri kita hantar ke tak anak ke Kelas Agama?

 Oleh: rozmal

"Menteri-menteri kita kat Malaysia ni, bila buat sesuatu dasar tu, turun padang ke tidak, tengok keberkesanan dasar baru? Tuan-tuan dan puan-puan yang ada anak sekolah rendah dan hantar anak ke Kelas Agama Petang atau KAFA perasan ke tidak anak-anak kita sekarang ni pergi sekolah jam 6.30 pagi, balik rumah jam 6 petang. Yang naik bas mungkin ada yang balik Maghrib, pergi sebelum Subuh.

Jangan nanti ada ibu bapa dan pelajar tidak hantar anak ke KAFA sebab dah terlalu lama masa di sekolah.

Bila masa nak buat kerja sekolah di rumah? Bila masa nak ulangkaji? Bila masa nak bawa anak berjemaah Maghrib dan Isya di Surau? Bila masa nak ajar anak kemas baju, kemas tempat tidur? Bila masa aktiviti Koko di sekolah, atau cukup minum air koko je?

Apa menteri kita, terutama menteri yang jaga JAKIM tu, ada anak atau cucu yang pergi KAFA?

 Rozmal bin Malakan, Seremban http://waghih.blogspot.com

ELAUN TIDAK PADAN DENGAN BEBAN GURU KAFA

Utusan Malaysia 12 Jan 2011

Bermula tahun ini, elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) telah dinaikkan kepada RM800 daripada RM500 sebelum ini.

Namun apa yang amat dikesali oleh semua guru KAFA adalah sebelum tahun 2011, kelas KAFA hanya diadakan selama dua jam sehari dan tiga hari seminggu. Jumlah seminggu adalah enam jam.

Tetapi pada tahun ini, kelas KAFA telah dilanjutkan selama tiga jam sehari dan kelas diadakan selama lima hari seminggu.

Dengan itu, tempoh waktu mengajar untuk seminggu adalah 15 jam.

Elaun dinaikkan sebanyak RM300 sahaja, sedangkan masa mengajar meningkat lebih sekali ganda.

Persoalannya, adakah elaun guru KAFA yang dinaikkan kepada RM800 itu memadai.

Apa yang nyata elaun itu menunjukkan bahawa semua guru KAFA masih berada di bawah paras kemiskinan. Ini jelas jika dibandingkan dengan harga barangan yang telah meningkat berkali ganda sejak awal tahun 2011.

Saya yang mewakili suara guru KAFA menggesa pihak kerajaan agar lebih prihatin dan dapat menambah lagi elaun guru KAFA agar berbaloi dengan peningkatan tempoh mengajar daripada enam jam kepada 15 jam seminggu.

Semoga harapan kami untuk mendidik anak bangsa tidak akan luntur selama-lamanya.


GURU KAFA

Aiming to break BN grip in Johor

A five-cornered fight is shaping up in the Tenang by-election with the entry of another independent candidate.

LABIS: The Tenang by-election may see a five-cornered fight after a PKR member declared his intention to contest as an independent.
S Jeevan, 39, a successful businessman from Kluang, said today that he intends to contest to break BN dominance in Johor.
“My main aim is not to win but to break the BN’s grip in Johor, which is considered its stronghold,” he said.
He added that his decision to contest nothing to do with PKR.
“I was not forced by any party to contest. I am doing this voluntarily,” Jeevan said.
Jeevan, who has been an ordinary PKR member of the Batu division since 2008, claimed the party’s central leadership did not give its full attention to the grassroots leaders here although it was they who made a lot of sacrifices for the party.
According to him, the PKR top leaders only focused on a small group which was working for the former’s interest.
“I was disappointed with these leaders who only paid attention to members like me during election to gain public support,” he told FMT.
He, however, said that he was still a strong supporter of Pakatan Rakyat.
Jeevan, who holds a diploma in electronic engineering, is fluent in Tamil and Malay.
When asked about his chances of winning, he admitted that hit would not be easy.
“But, at the same time, I will ensure that the BN and MIC will not get votes from the Indians and Malays.”
Indian life now worse
Jeevan also thinks luck may be on his side and he may score an upset win.
“I have had a relationship with Tenang for over 30 years. Many people here know me. If the Chinese do not choose the BN or Pakatan, then my chances of winning are very bright.”
“My message to the Indian community in Tenang: is do not forget your history and the ‘violence’ of  the BN.
“The Indian community landed in this nation and ate ubi. And today our lives have become worse,” he said.
Jeevan is the third candidate to announce his intention to enter the fray. The others were S Sanjeevan of Asthivaaram Foundation and G Sivanandan, a member of National Union of Plantation Workers.
BN/Umno is set to contest to retain the seat and is likely to face a stiff challenge from PAS. Both these parties are believed to have zeroed in on women candidates for the Jan 30 by-election.
The Tenang seat fell vacant with the death of two-term BN state assemblyman Sulaiman Taha on Dec 17 due to blood infection and diabetes.
Nomination day is Jan 22.

Ada Pensyarah Jahil Konsep Islamiyah.

Oleh: mahmod

"Pensyarah yang tak faham Konsep Islamiyah.

Menurut Dr. Azmi dalam UM hari ini: Sukar dilaksana, hanya mahu pancing undi

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Program 100 Hari pakatan pembangkang yang antaranya mahu menghapuskan tol dan merombak struktur subsidi sukar dilakukan kerana akan membabitkan perbelanjaan berbilion ringgit dan memberi kesan buruk kepada struktur ekonomi negara.

Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr. Azmi Hassan berkata, program itu juga tidak memberi manfaat kepada rakyat kerana tiada pembangunan dapat dilakukan sejurus program itu dibuat."

Dari sudut ekonomi, ia sukar dilakukan dan lebih menjurus kepada agenda politik pembangkang yang tidak diteliti sewajarnya dan tidak selari dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju," katanya.

Azmi berkata, langkah mengarahkan Khazanah dan KWSP mengambil alih aset lebuh raya dengan tujuan menghapuskan tol adalah tidak praktikal kerana perjanjian sudah termaktub dan sebarang pembatalan memaksa kerajaan menanggung kos pampasan yang tinggi.

Beliau juga berkata, Felda Plantations seharusnya dimantapkan bukan melupuskan organisasi itu dan kemudian diurus generasi kedua dan ketiga Felda yang masih belum diketahui kemampuan menguruskannya.

"Saya bersetuju dengan Perdana Menteri bahawa apa yang dilakukan pakatan pembangkang itu adalah cara populis untuk meraih sokongan daripada rakyat pada pilihan raya akan datang.

"Saya juga percaya pakatan pembangkang tahu mereka tidak boleh melaksanakan program itu tetapi apa yang mereka fikir adalah keuntungan hari ini iaitu untuk mendapatkan undi," katanya

Ulasan Pengirim:Jika kita rujuk ayat ke-4 surah fatihan dan ayat ke-2 surah al-Ikhlas, jelas Allah surah kita meminta dan Allah adalah tempat meminta bertepatan dengan memadai beberapa contoh nama Asmaul Husna iaitu "Al-Bari' -  Maha Perancang yang tidak pernah gagal dengan perancangannya. "Al-Hakim"- Maha bijaksana dalam semua urusan dunia mahupun akhirat, "Al-Hadi" - maha pemberi pertujuk, "Al-Mujib" - yang maha pengabul, "Al-Muqtadir" - yang maha penentu segala kejadian yang telah, sedang dan akan berlaku"

Jika kita yakin dengan Allah, Insya-Allah maha suci Allah akan membantu kita selalu dan setiap masa. Wahai Dr. Azmi, cuba fahami dan belajar semula pula tentang Rukun Iman kalau tak faham-faham."

Anwar : Hayati Idea Perubahan Yang Dibawa Za'ba


SHAH ALAM 13 JAN: Perubahan atau reformasi yang dibawa Za'ba perlu dihayati dan dikembangkan dan dikupas oleh setiap peringkat rakyat di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap di Majlis Syarahan Za'ba Dan Pelancaran Buku 'The Straight Path' di Dewan Serbaguna Universiti Industri Selangor (Unisel), Shah Alam semalam, Ketua Umum PKR itu berkata hanya dengan mendengar satu ataupun dua pidato dan kupasan karya adalah tidak mencukupi bagi memahami intipati sebenar perjuangan Za'ba ata nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad, terutamanya berkenaan pembaharuan dan perubahan yang dicadangkan oleh Za'ba.

"Perubahan, yang dibawa itu perubahan, islah, reformasi, bukan mempertahankan kuasa yang ada. Perubahan ini, kata Za'ba, dari kepercayaan bodoh dan melemahkan akal, dan iqtihar dari segi pemikiran. Perubahan itu bukan pada sistem bukan pada undang-undang mesti bertitik tolak pada pangkalnya ialah pemikiran." kata beliau lagi.

Jelas beliau, karya Za'ba juga membincangkan kewujudan kumpulan didalam masyarakat Islam pada masa itu yang dipercayai menyalahgunakan kuasa yang diberi, dengan menggelar golongan ini sebagai golongan 'feudal'
"Bila beliau menyebut tentang sikap golongan feudal, terutama dalam konteks sekarang seolah-olah ada aliran neo-konservatisme dalam pemikiran Islam dan masyarakat Melayu dan ada juga bahaya neo-feudalisme," jelas beliau.
Tambah beliau, konsep 'feudal' ini terjemahan terus adalah merujuk kepada sistem raja berperlembagaan dan memprtahankan 'feudalisme' merujuk kepada mereka yang mempertahankan perlembagaan dan bukannya berjuangkan untuk mengembalikan kuasa raja-raja Melayu.

Katanya lagi, Za'ba juga menyebut mengenai pembaharuan pemikiran masyarakat Melayu yang digelarnya konservatif pada masa itu.
"Ada baiknya juga perbahasan tentang Melayu dan ketuanan Melayu dan kuasa Melayu sekarang ini. Negatifnya ialah perbahasan itu pada tahap yang terlalu politik picisan, terlalu dangkal, ia tidak memberi ruang untuk kita bahaskan secara terbuka," tegas beliau.

Beliau menambah, karya Za'ba perlu digunakan sebagai panduan terutamanya apabila membincangkan isu-isu yang telahpun dikupas oleh Za'ba pada masa lalu.
"Maknanya ia juga harus mendidik kita, mempertahankan institusi ini adalah mempertahankan institusi berlandaskan perlembagaan dan peraturan, dan bukan memperhamba atau menghina atau mendera rakyat. Jadi harus jelas, sikap Melayu yang mahu, dalam aspek pembaharuan atau islah yang dibawa oleh tokoh atau pendita ini," kata beliau.

Katanya lagi, mendahulukan perubahan pemikiran seperti yang disarankan oleh Za'ba adalah amat relevan walaupun untuk konteks perjuangan hari ini.
"Jadi ini yang disebut oleh Za'ba, bahawa perubahan itu tidak mungkin berlaku jika kita kekalkan kepercayaan yang bodoh dan tidak memungkinkan wacana ilmu," jelas beliau lagi.

Gadis Kliwon itu memang cantik !

Siapa gadis cantik ini? Wajahnya seperti baik-baik sahaja. Memang dia ber'wajah' baik. Dia juga bukan lawan Fasha yang sendat sana-sini itu, minah gila glamor yang tahu hanya tayang bodi pakai bikini di pantai Indon.

Gadis/bini orang ini lebih baik dari si Fasha.

Tunggu eksklusif berkaitan gadis/bini orang ini di blog pada lewat petang ini. Gegar..!! Sekadar merai malam kliwon..tidak apa yaa..! Terbitan boleh dibaca pada jam 6 petang ini. - Bomoh Ah Fatt 


Malam Kliwon terus GAGAL : Sinopsis kisah benar 1 oleh MRK albanjari

Sebentar tadi(baca malam tadi) ada seorang suami datang jumpa saya mengadu sejak dia kahwin 3 bulan lepas dia belum dapat bersama(berkliwon) dengan isterinya.

Sebab utama kerana isterinya kata, dia masih sayangkan boi frenk dia dan siap bagi warning lagi benda 'tut-tut' dia itu hanya untuk boi frenk. Dan tubuhnya bukan utk mamat yang jadi suami dia yang sah sekarang ini. Isterinya selalu berkepit dengan boi frenk dia, itu yang mamat beritahu, malah siap tunjuk rakam aksi sex isterinya dengan balak dia(isterinya) dan ada gambar sekali.

(*) Bro..kalo macam itu, sampai kiamat ler tak boleh nak berkliwon. Walaupun sah jadi isteri. Ker jadahnyer punya bini macam tu? Tapi kalo dah ada bukti di'preetttt' oleh boi-frenknyer, sesyuaaii lagi ker nak dijadikan bini..huhuhu, tak rela aku. Tak tahu ler kalo suami tu jenis 'cukong', semua sapuu...!

RAJA DARI SEGALA RAJA GOPAL

YANG INI NAK JADI SULTAN


nota:
kenapa raja gopal lain senyap sunyi
tidak bersuara apabila sultan melaka
mula bertitah !

kenapa tidak datang mengadap sultan melaka?
apakah bezanya sultan melaka ini denagn sultan perak?
apakah bezanya sulatan melakan ini dengan sulatn kelantan?

kah kah kah





MAAFKAN SAYA....
meloya

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), (Datuk) Mohd. Ali Baharom memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya dengan gelaran ‘Datuk’ sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak diperakukan.

Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.

“Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran ‘Datuk’ yang telah saya ‘beli’ pada 2006 dengan RM250,000.

“Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Ali memakai gelaran itu yang kononnya dianugerahkan oleh institusi diraja dari sebuah negeri di bahagian utara Semenanjung pada 2006 menerusi seorang ejen dan ahli kerabat institusi itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada ahli kerabat itu memandangkan individu tersebut telah diisytihar muflis beberapa tahun lalu.

Menceritakan pengalamannya, kata Mohd. Ali, ‘nafsu’ untuk memakai gelaran ‘Datuk’ pada masa itu timbul kerana berfikiran ia boleh memudahkan urusan perniagaannya sebagai kontraktor.

Namun, katanya, ia tidak lagi perlu kerana menginsafi gelaran itu diperoleh secara palsu dan berpendapat ia boleh mendatangkan kemudaratan kepadanya dari segi sosial dan ketuhanan pada masa depan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... MALAON INI BETUL BETUL BANGANG.... kah kah kah..

kah kah kah.... BUKAN SAHAJA KENA TIPU... MAHAL PULAK HARGANYA.... kah kah kah...

kah kah kah....ADA DATUK DIJUAL LAGI MURAH.... kah kah kah..

kah kah kah.... BUKAN SAHAJA DATUK BOLEH DIBELI DENGAN MURAH...ADA MACAM MACAM... kah kah kah..

kah kah kah...DATUK SERI... DATU PADUKA... DATU BAGINDA....SEMUA ADA... kah kah kah

kah kah kah... NAK JADI RAJA PUN BOLEH.... kah kah kah..

woit.... NAK TAHU DIMANA?.... kah kah kah...

kah kah kah.... INI BUKAN RAJA GOPAL YANG MENIPU DARI PERAK..... kah kah kah..

kah kah kah.... INI RAJA DARI SEGALA RAJA RAJA.... kah kah kah..

kah kah kah...BELI DERAJAH KEBESARAN DARI SULTAN SULU...kah kah kah..

woit... INI SULTAN LAGI HEBAT... SULTAN SABAH, SERAWAK DAN BERUNAI.... kah kah kah..

kah kah kah... LEBIH HEBAT DARI RAJA BEROOKE... kah kah kah..

kah kah kah... INILAH DIA RAJA SEGALA BALAK.... kah kah kah..


kah kah kah... NAK JUMPA?...kah kah kah..

kah kah kah... HUBUNGI PENGURUSI JARINGAN MELAYU MALAYSIA ... kah kah kah..

kah kah kah... NGO JMM INI CUKUP PINTAR TENTANG JUAL BELI DATUK DARI SULU.... kah kah kah

woit... KALAU NAK CEPAT PAKAI DATUK... JUMPA DUTA SULTAN INI DI HOTEL LIDO BIKIK NO 7 - BRICKFEILD.... kah kah kah

Kenaikan Caj Perkhidmatan Terus Bebankan Pengguna


SHAH ALAM 13 JAN: Kerajaan patut mencari alternatif lain mendapatkan dana tambahan bagi menampung perbelanjaan dan bukannya menggunakan kaedah menaikkan cukai perkhidmatan  penggunaan telefon bimbit berbil, televisyen berbayar ke enam peratus berkuatkuasa Februari 2011. 
Setiausaha Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Sha'ani Abdullah berkata kenaikan cukai hanya akan membebankan lagi para pengguna yang mana pada masa ini telahpun dibebani dengan kenaikan harga pelbagai barangan am. 
"Sebagai pengguna dalam suasana semua harga barang naik, seharusnya kerajaan mencari jalan lain. Contohnya mengurangkan kos, mengurangkan pembaziran, meningkatkan kecekapan untuk meningkatkan dana untuk keperluan kerajaan," jelas beliau. 
Katanya lagi, kerajaan sepatutnya mengambil serius langkah-langkah tersebut daripada menekankan untuk menaikkan tarif ataupun cukai bagi membantu meningkatkan dana kerajaan. 
Sha'ani menegaskan, walaupun  kenaikan tersebut telah dicadangkan dalam pembentangan belanjawan lalu, tetapi kerajaan yang prihatin kepada rakyat patut mencadangkan alternatif lain sekiranya kenaikan tersebut membebankan para pengguna.
 "Walau bagaimanapun yang diumumkan dalam belanjawan kalau perlaksanaan cadangan itu membebankan pengguna seharusnya kerajaan mencari cara lain atau mekanisma lain untuk mendapatkan dana untuk perbelanjaan kerajaan," tegas beliau lagi.

Pindaan perlembagaan S’gor: Draf hampir siap

Dewan Undangan Negeri akan membentangkan pindaan perlembagaan bulan ini. 

PETALING JAYA: Draf bagi meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 yang akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 24 Januari hampir siap, kata Prof Datuk Dr Abdul Aziz Bari.
Dr Abdul Aziz yang juga pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bersama peguam terkenal Datuk Param Cumaraswamy dilantik oleh kerajaan negeri Selangor menyediakan draf pindaan tersebut.
Kerajaan Selangor baru-baru ini menolak pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru menggantikan Datuk Ramli Mahmud kerana ia dilantik oleh kerajaan pusat.
Menurut Dr Abdul Aziz, pindaan itu untuk mengembalikan kuasa melantik ketiga-tiga pemegang jawatan utama termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri dikembalikan kepada Sultan dan Menteri Besar.
Dakwanya, peruntukan itu dipinda secara “senyap-senyap” oleh kerajaan negeri semasa diperintah oleh Barisan Nasional-Umno.
Bagaimanapun, menurutnya setakat ini tiada aspek lain yang akan dibentangkan dalam sidang dewan melainkan berkaitan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor itu.
“Saya hanya memberi buah fikiran dan nasihat. Setelah perbincangan bersama para Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN),  draf itu kini hampir siap.
“Setakat ini pindaan itu hanya untuk mengembalikan peruntukan lama yang dipinda secara senyap-senyap oleh Umno. Tetapi raja ini ialah raja berperlembagaan.
“Jadi meskipun istilahnya mendaulatkan raja ia bukan menambah kuasa kerana ia sedia ada tapi dipadam oleh Umno,” katanya kepada FMT.
Dr Abdul Aziz berkata, setelah draf itu selesai tiada perbincangan lanjut akan dibuat memandangkan DUN berdaulat dan  mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang.
“Tiada individu yang dilibatkan kerana DUN berdaulat;  yakni boleh buat undang-undang tanpa berbincang dengan sesiapa selagi DUN ada bidang kuasa,” jelas beliau.
Isnan lalu, Speaker DUN Datuk Teng Chang Kim memaklumkan bahawa sidang akan diadakan pada 24 Januari ini.
Sidang DUN tergempar ini bertujuan mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik ketiga-tiga pegawai tinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.
Malah Menteri Besar pada 10 Januari lalu menegaskan bahawa sidang DUN akan terus dijalankan walaupun agak mustahil  bagi kerajaan Pakatan Rakyat  Selangor untuk mendapatkan majoriti 2/3 undi dewan.
Daripada 56 kerusi DUN, Pakatan Rakyat mempunyai 35 kerusi iaitu 14 PKR, 13 DAP, lapan PAS dan seorang Adun Bebas  manakala BN mempunyai 20 kerusi.

Bodoh Punya Manusia.

Ini cerita orang yang syok sendiri. Nak jadi hebat dengan beli gelaran Dato". Apa benda Dato' ni? Mai mana Dato' ni?.


Orang politik suka bila di panggil Dato'. Orang meniaga pun suka di panggil Dato'. Penyanyi pun nak juga dapat Dato'. Tapi siapa yang nilai depa ni untuk dapat Dato'. Sultan atau barua barua dalam kerajaan?

Siti Norhaliza yang lansung tak ada jasa pada negara pun dapat Dato'. Sharuk Khan yang tak ada ugama tu pun dapat Dato'. Lagi best orang Pas pun gila Dato'. Tak usah kiralah orang PKR.

Tak sampai sebulan jadi MB Perak Nizar dah pakai Dato'Seri. Tak sampai setahun jadi MP Mahfuz dah pakai nama Dato'. Ini semuanya merepek. Ini semuanya satu pembodohan yang di buat sendiri.

Hanya Guan Eng dan orang besar DAP di Pulau Pinang saja yang tak gilakan gelaran Dato'. Ini adalah kerana mereka tahu satu sen pun tak ada nilainya gelaran Dato' yang syok sendiri.

Mengapa aku katakan Dato' syok sendiri? Sebab orang mendapat Dato' ini sendiri kasi dia punya nama bukan Sultan atau raja yang kasi.

Orang yang dapat gelaran Dato' dengan meminta dan membeli semuanya Dato' ?????. dato ?????? samalah dengan Dato' dalam berita ni. Cuma yang baiknnya Dato ni cepat sedaq diri yang dia tu Dato' yang tak ada nilai. Yang masih tak sedaq diri pun berlambak lagi.

Dato' yang ada nilai hanyalah Ustaz Fadzil Noor. Ustaz Fadzil Noor dapat Dato' kerana Sultan nak bagi bukan sebab dia meminta-minta. Ustaz Fadzil Noor dapat Dato sewaktu dia jadi pembangkang bukan waktu dia menjadi pemerintah. Inilah satu2nya gelaran Dato' yang paling bernilai dan berharga.


Ini baru satu Dato penipu yang mengaku dia menipu... yang beribu lagi Dato penipu kat luar sana tu amacam...??? Dan di Malaysia lah paling banyak gelaran yang mengarut-ngarut ini... macam lah gelaran boleh bawak masuk kubur.... bodoh punya manusia.... hahahaha.... 
 
ISA.

50 Orang GAPS Nak Desak ADUN Letak Jawatan?


 

Kira-kira 50 anggota Gagasan Anti Penyelewangan Selangor (GAPS) berhimpun di pejabat ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, untuk mendesak beliau meletak jawatan ekoran kenyataannya yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Mereka berhimpun di pusat khidmat ADUN Sri Muda itu di Bukit Kemuning , mulai jam 12.20 tengahari tadi.

Polis memberi mereka masa selama 15 minit untuk berhimpun.

Sebelum itu, mereka berkumpul di sebuah restoran berhampiran, sebelum berarak menuju ke pejabat Shuhami.

Mereka turut membawa kain rentang bertulis 'Kami Menjunjung DYMM Sultan Selangor' dan 'Pakatan Rakyat merosakkan institusi diraja', sambil menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita".

Mereka juga membawa dua patung - satu ditulis 'Shuhaimi' dan satu lagi bertulis 'Khalid gagap'.

Mereka tidak membakar patung tersebut, tetapi tertindak memijak dan menyepaknya.

Dalam ucapan ringkasnya, pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin turut mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ISA terhadap mereka yang menjejaskan institusi raja.

Ketika itu, ada di kalangan mereka hadir melaung mencabar Shuhaimi keluar menemui mereka.

Bagaimanapun difaham, ADUN Sri Muda itu tiada di pejabatnya.

Kumpulan tersebut bersurai pada kira-kira jam 12.30 tengahari.

Polis mula berkawal di situ sejak jam 10 pagi tadi.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Hamidzun berkata, mereka yang hadir terdiri daripada anggota GAPS, Majlis Belia Malaysia Sslangor, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan anak jati Jalan Kebun.

Ditanya mengapa mereka tidak menyerah sebarang memo, Hamidzun berkata ia kerana mereka mahu bersemuka dengan Shuhaimi tetapi tidak dapat.

"Kita nak nasihat, bila tulis blog itu, baik-baik, jangan menderhaka kepada sultan," tegasnya.

Ulasan GB

Cuma 50 orang saja orang Noh Omar buat demo? Nak batalkan keputusan pilihanraya 2008 dimana calon PKR itu memperolehi 15,962 undi dengan majoriti 6,000 ?



Dah hilang akal?

Hukuman Berat Kepada Penghina Islam - Hanya 5 Negara Amalkan

Negara Umat Islam Majoriti (Warna Hijau)
Pernahkah anda mendengar orang mengeluarkan perkataan yang menghina agama Islam di depan anda. Sebagai seorang Islam yang percaya dengan agama suci itu, walaupun seseorang itu tidak pernah lengkap solat 5 waktunya kejap buat kejap tinggal, tetapi jika ada orang terutamanya yang bukan Islam memaki hamun agama Islam di depan kita, sudah tentu akan tersirap naik darah kelakian kita (Peringatan ! : Anda lebih layak mampus atau semak semula keimanan anda jika anda lansung tak rasa apa-apa!!!).


Perasaan sebegitulah yang menyebabkan agama Islam telah tersebar ke seluruh dunia dan menjadi sebuah kuasa yang besar dan mat kuat suatu masa dahulu. Perasaan sebegitu juga telah diterjamahkan sehingga ke tahap pemerintahan di mana ketua-ketua pemimpin besar Islam sanggup menghantar bala tenteranya menyerang sesebuah negara hanya apabila mendapat tahu ada warga muslim di situ telah dihina.

Mungkin juga itu merupakan salah satu sifat mukmin iaitu amat berlemah lembut dengan sesama muslim tetapi amat keras dengan kaum kafir yang kurang ajar serta biadab kepada agama Islam.

Namun segalanya telah berubah sekarang ini di mana umat Islam amat berlemah lembut dengan orang kafir tetapi amat keras dengan sesama Islam. Terdapat sebanyak 57 negara di dunia yang majoriti rakyatnya beragama Islam (rujuk sini) dan daripada semua jumlah itu hanya 5 buah negara yang melaksanakan undang-undang yang keras kepada mereka yang didapati bersalah menghina agama Islam.

Salah satu daripada negara yang mempunyai undang-undang sebegitu adalah negara Pakistan yang telah mencetuskan kontroversi seluruh dunia kerana menjatuhkan hukuman mati kepada seorang kristian yang dituduh menghina Nabi Muhammad.

Dikalangan rakyat Pakistan sendiri berlaku perpecahan. Ada yang setuju dengan undang-undang tersebut dan ada juga yang bersekongkol dengan tekanan barat yang berpendapat hukuman dan undang-undang itu kejam dan tidak boleh diterima. Kes pembunuhan gabenor di Punjab baru-baru ini adalah rentetan dari isu yang sama.

Apa pendapat para cendikiawan agama pakistan yang mengamalkan undang-undang keras kepada penghina agama Islam apabila di tanya kenapa hanya 5 daripada 57 negara Islam sahaja yang mengamalkan undang-undang keras. Adakah negara umat islam yang lain tidak mengamalkan Islam. adakah Pakistan mengamalkan ajaran Islam yang salah.

Jawapan mereka ialah, semua negara yang majoriti Islam dan mengakui islam sebagai agama rasmi negara mereka menuduhkan atau membina negara masing-masing atas dasar "KEBANGSAAN", sebab itulah tidak ada roh memertabatkan Islam diserapkan dalam undang-undang mereka.

Menarik untuk difikirkan kenapa agaknya umat Islam lemah dan menjadi bahan buli di seluruh dunia sekarang ini. Mungkin jawapannya sebagaimana yang dijawab oleh para cendikiawan Pakistan di atas, dalam 57 negara Islam, ada 52 negara yang dibina atas dasar "kebangsaan" manakala hanya 5 sahaja atas dasar Islam, macam mana nak kuat?.

Bagaimana dengan negara Malaysia agaknya, atas dasar apa kita membina negara kita?, Nak tahu jawapannya tanyalah UMNO...anda tentu boleh agak apa jawapannya.

Mustafa wakili Pakatan jumpa SPR bincang p'raya adil

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Pakatan Rakyat diwakili Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan isu pilihan raya yang bebas dan adil.

Demikian kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Pertemuan itu dicadangkan pada 19 Januari ini, tiga hari sebelum penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dun Tenang.

"Datuk Mustafa Ali mewakili ketiga-tiga parti telah menghubungi SPR untuk mengadakan pertemuan dengan kadar segera dalam isu menyentuh pilihan raya Tenang dan juga prosedur dan keprihatinan kita dalam isu SPR," kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Menurut Anwar, mesyuarat juga meminta Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat dengan pengarah pilihan raya ketiga-tiga parti untuk mengatur pertemuan dengan Bersih bagi membincangkan isu-isu percanggahan peraturan pilihan raya.

"Kita juga minta YB Azmin Ali untuk menyegerakan mesyuarat bersama pengarah-pengarah pilihan raya untuk mengadakan pertemuan khas dengan Bersih supaya isu-isu yang menyentuh pilihan raya diteliti dengan bukti-bukti percanggahan peraturan dan semangat pilihan raya bebas," katanya.

Sementara itu, Mustafa menambah, pertemuan dengan SPR itu bagi memastikan pilihan raya dapat berjalan dengan adil tanpa sebarang penipuan.

"Menjadi kelaziman apabila kita menghadapi pilihan raya kecil atau pilihan raya umum, kita mengadakan pertemuan dengan SPR kerana yang penting bagi kita ialah pilihan raya yang bebas dan adil," katanya.

Beliau juga berkata, pertemuan itu bukan sahaja untuk membincangkan prosedur pilihan raya di Tenang tetapi turut akan membincangkan pilihan raya Dun Sarawak yang dijangka berlangsung April ini.

"Hari ini saya telah menghubungi SPR untuk adakan perjumpaan, bukan sahaja membincangkan soal pilihan raya di Tenang tapi juga pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak.

"Kita nak tahu adakah satu peraturan lain kerana  kadang-kadang dalam menghadapi pilihan raya ada tambahan-tambahan peraturan.

"Kita cadangkan tarikh pada 19 Januari tapi kita masih menunggu jawapan SPR dan ketiga-tiga parti akan hantar wakil," katanya.

Pertemuan 24 Dis: PAS ulangi komitmen bersama Pakatan


KUALA LUMPUR, 13 Jan — PAS mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat bahawa ia tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno di sebalik spekulasi ekoran pertemuan 24 Disember lalu di Istana Terengganu di sini.
Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu pemberita petang ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memberi penjelasan mengenai pertemuan itu pada mesyuarat majlis kepimpinan di ibu pejabat PAS hari ini.
“Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.
“Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka,” kata beliau.
Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) juga bersetuju dengan pandangan ketua pembangkang itu sambil berkata, perkara itu harus ditutup dan tidak dibangkitkan lagi.
Kata Lim, beliau juga berpuas hati dengan penjelasan Hadi.
“Kami ada menerima penjelasan daripada presiden PAS berhubung pertemuan pada malam menjelang Krismas bersama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan kami berpuas hati dengan pendirian PAS yang komited kepada Pakatan dan mereka akan terus bersama perjuangan kami untuk mencapai agenda yang sama,” katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, partinya sedang menyiasat satu laporan berita memetik Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Mahfuz Mohamad berkata pada satu ceramah di Tenang Isnin lalu bahawa PAS merancang untuk menubuhkan negara Islam jika mengambil alih kerajaan persekutuan.
“Saya sedang siasat mengenai apa yang sebenarnya dikatakan. Kalaupun beliau mengatakan yang itu, beliau tidak membuat keputusan bagi pihak PAS,” katanya.
Lim juga berkata majlis kepimpinan Pakatan juga menyentuh isu negara Islam pada mesyuarat hari ini tetapi diberi jaminan semula bahawa ia akan berpegang pada dasar-dasar yang telah dipersetujui semua parti.

PAS Selangor komited bersama Pakatan Rakyat

PAS Selangor ingin menegaskan bahawa kenyataan akhbar yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Mohamad Ali (gambar bawah) semalam di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia berhubung isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru adalah selaras dengan arahan parti dan Presiden PAS.
PAS Selangor kesal bahawa kenyataan yang dibuat dalam sidang akhbar tersebut telah diputar-belitkan oleh portal berita Malaysiakini sehingga menggambarkan seolah PAS Selangor bersetuju dengan proses perlantikan Mohd Khusrin Munawi dan terpisah dari pendirian Pakatan Rakyat Selangor dan kerajaan negeri.
PAS Selangor ingin mengulangi bahawa ia komited dengan pendirian kerajaan negeri dan bersetuju dengan sidang khas Dewan Negeri Selangor yang dijadualkan pada 24 Januari ini yang bermatlamat mengembalikan kuasa istana dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor.
Sesungguhnya PAS Selangor menolak sebarang bentuk campurtangan dan gangguan dari kerajaan persekutuan berhubung perlantikan khasnya para pegawai kanan negeri tanpa melibatkan kerajaan negeri dalam prosesnya.
Sehubungan itu PAS Selangor sedang menimbang untuk mengambil tindakan tegas terhadap Malaysiakini kerana melaporkan perkara yang tidak benar dan berbentuk fitnah.
Siang tadi rombongan diketuai Pesuruhjaya, Setiausaha Perhubungan dan Ketua Penerangan PAS Selangor telah mengunjungi Abd Hadi Awang, Presiden PAS, dalam mana video rakaman sepenuhnya sidang tersebut telah dipertontokan yang ternyata membuktikan fitnah Malaysiakini itu.
*Kenyataan media oleh Roslan Shahir Mohd Shahir (gambar kanan) selaku Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.

Ng Wei Aik: Jangan serang tanpa meneliti niat murni di sebaliknya

Terlebih dahulu, saya ingin melahirkan rasa kesal terhadap kehadiran saya semasa tindakan penguatkuasaan MPPP diambil dan ini telah memberi suatu gambaran yang tidak tepat dan menyimpang daripada tujuan sebenar tindakan MPPP diambil pada malam itu.
Mulai hari ini, saya (Ng Wei Aik, gambar kiri) tidak akan melibatkan diri dalam mana-mana tindakan penguatkuasaan yang bakal diambil oleh MPPP atau Pihak-Pihak Berkuasa pada masa yang akan datang.  Ini adalah untuk mengelakkan sebarang fitnah dan tohmahan terus dilemparkan terhadap saya.
Saya juga ingin mengecam serangan bersistematik yang berunsurkan fitnah terhadap peribadi saya dengan pelbagai jenis label tanpa meneliti apa yang telah berlaku di Gat Lebuh Macallum sehingga tindakan penguatkuasaan perlu diambil oleh MPPP dengan kadar paling segera.
Kemalangan melibatkan dua buah kereta yang berlaku pada 2 Januari 2011 di Gat Lebuh Macallum yang hampir-hampir mendatangkan maut terhadap pelanggan-pelanggan sebuah restoran Nasi Kandar yang digelar sebagai Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar menyebabkan tindakan penguatkuasaan perlu diambil oleh MPPP untuk merampas meja, kerusi serta segala peralatan yang merupakan halangan di atas muka jalan dan juga kaki lima.
Tindakan penguatkuasaan diambil oleh MPPP untuk mengelakkan sebarang malapetaka yang lebih serius akan berlaku pada pelanggan-pelanggan restoran serta menjamin kepentingan dan keselamatan awam.  Tiada wujudnya unsur atau niat jahat untuk tindakan-tindakan tersebut diambil.  Maka, sebarang tindakan yang diambil oleh MPPP dengan niat murni atau tujuan yang baik perlu disokong oleh semua pihak.
Kita tidak ingin tindakan baru diambil selepas sebarang malapetaka yang membawa maut atau menggugat keselamatan nyawa orang awam berlaku.  Sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab ada kewajipan untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta benda rakyatnya supaya tidak terjejas oleh apa-apa kejadian yang bakal berlaku.
Sehingga kini, tiada apa-apa bukti yang dapat menunjukkan bahawa saya pernah meluahkan sebarang kenyataan yang berbaur perkauman.  Semua wartawan yang membuat liputan berita pada malam tersebut juga dapat menjadi saksi saya bahawa tidak pernah saya mengeluarkan kata-kata yang mahukan pemilik atau pekerja-pekerja restoran "balik India".
Ini merupakan suatu fitnah dan tohmahan yang liar dan jahat terhadap saya.  Saya bertegas dengan pendirian saya bahawa saya akan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang jikalau ada apa-apa bukti tulen yang menunjukkan bahawa saya pernah meluahkan kata-kata yang berbaur perkauman.  Tindakan saman mahkamah tetap akan diambil terhadap pihak-pihak yang membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap saya.
Secara kesimpulannya, tindakan-tindakan yang diambil oleh MPPP perlu dilihat dari keseluruhan konteksnya dan tidak harus diberi liputan yang kurang lengkap atau kurang tepat sehingga memberi suatu tanggapan salah kepada orang awam.
Yang saya kesal adalah kehadiran saya pada malam itu telah memberikan ruang bagi pihak-pihak tertentu untuk melakukan fitnah terhadap saya dan ini tidak akan saya ulangi lagi.

*Kenyataan media oleh Ng Wei Aik selaku ADUN KOMTAR, Pulau Pinang.

Menteri, Bibik dan Moshe Katsav yang malang

Ia sangat sinonim malah dekat dengan hati rakyat Malaysia lebih-lebih lagi dengan masyarakat Melayu.  Samaada sedar atau tidak sedar; perkataan rogol (selain bunuh atau dibom- tetapi "dibom" sangat jarang berlaku di Malaysia) diulang hampir setiap hari oleh media arus perdana dan hari ini anda menemuinya di sini.
Isu ROGOL bukan sebagai strategi pemasaran murahan tetapi cuba untuk mencari kebenaran dan keadilan terhadap seorang wanita pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa dirogol oleh majikannya seorang menteri kira-kira empat tahun lalu.  Menteri tersebut masih berkhidmat dalam Kabinet Najib sehingga detik ini.
Maklumat bocor anggota kabinet yang terlibat dalam jenayah rogol ini telah didedahkan kembali dalam WikiLeaks sebelum tersebar dengan meluas di kalangan blog-blog lokal dan laman sosial yang lain.  Ia telah menjadi rahsia umum dan semakin rancak diperbualkan rakyat.  Memang benar kata sesetangah dari kita; WikiLeaks menyusahkan orang!
Menurut pendedahan "Laporan Investigasi" yang dikeluarkan oleh Migrant Care Indonesia, Menteri yang tertuduh melakukan jenayah rogol ini adalah Rais Yatim yang memegang jawatan sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.  Kes ini dilihat sebagai "Pembuka 2011 yang panas".
Telah lama diketahui
Persoalan demi persoalan timbul.  Anehnya, Menteri tersebut masih "selamat" walaupun laporan mengenainya telah lama sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Abdullah Ahmad Badawi.
Subjek (mangsa) dalam kes Menteri rogol ini adalah Robengah yang berasal dari Desa Pagelak, Kecamatan Madukara, Banjarnegara Jawa Tengah.  Seperti yang umum ketahui, Ibu kepada Monica dan Tina ini telah berkhidmat dirumah Menteri tersebut selama lapan tahun.  Laporan penyiasatan yang dibuat Migrant Care, Robengah mendakwa "pernah diperkosa" majikannya saat terakhir akan pulang ke kampung halamannya.
Menurut Pengarah Migrant Care Malaysia, Alex Ong, Robengah dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur.  Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007.
Laporan polis dan penafian Menteri?
Saat artikel ini ditulis, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telahpun membuat laporan polis terhadap Menteri tersebut berhubung kes ini dan pada masa yang sama pula, Menteri tersebut mengeluarkan kenyataannya kepada media seperti berikut "Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik."
Penulis ingin membawa anda semua lari sebentar untuk menghayati sebuah filem bertajuk Jamila dan Sang Presiden karya Ratna Sarumpaet yang meraih anugerah NETPAC di Festival Filem Mediale Rom.  Jamila (lakonan Atiqah Hasiholan) telah membunuh seorang Menteri bernama Nurdin (lakonan Adjie Pangestu) atas kebenciannya terhadap ahli politik dan negara yang telah membiarkan kehidupannya sengsara sejak kecil.  Atas desakan pelbagai "aktivis masyarakat" pro-Nurdin, Jamila dijatuhkan hukuman mati.  Sehingga saat akhir beliau tidak mahu untuk membuat sebarang rayuan atas hukumannya.  Jamila mati bermaruah mempertahankan tindakannya.
Sinonim dengan kes rogol yang hangat diperkatakan ini.  Walaupun Bapak Sukirman (suami Robengah) tidak mahu kes ini diperbesarkan kerana ia melibatkan "orang atasan", cerita ini telahpun "heboh" dan langkah seterusnya harus diambil.  Siasatan terperinci dibuat dengan kadar segera demi keadilan dan menjamin keselamatan mangsa, keluarga serta menjaga kemaslahatan kedua negara.
Nasib Moshe Katsav yang malang
Di Israel, keadilan dua pekerja bawahan Katsav akhirnya terbela selepas bos mereka itu didapati bersalah dengan tuduhan merogol.  Bekas Presiden Israel yang berumur 65 tahun itu didapati bersalah merogol pekerjanya dalam tempoh semasa berada dalam kabinet Israel.  Pada tahun 1998, seorang pekerja wanitanya telah ditolak ke lantai sebelum dirogol manakala pada tahun 2005, seorang lagi pembantunya dipeluk dalam jangkamasa agak lama sambil lehernya dihidu.  Walaupun Katsav mengatakan bahawa dia telah menjadi mangsa kepada politik, Mahkamah Israel menjatuhkan beliau hukuman minimum empat tahun sehingga enam belas tahun penjara.
Memetik kata-kata Shimon Peres yang menjadi pengganti Katsav sebagai Presiden, "Tidak ada dua negara Israel, cuma satu negara".  Katanya lagi, "Di sini tidak ada dua jenis warganegara...semuanya sama di mata undang-undang."
Kita berada dalam dunia ketiga.  Situasi di mana yang berkuasa adalah absolute dalam hampir semua keadaan!  Walaupun kita lebih baik dan maju dalam beberapa bidang berbanding negara seangkatan, tetapi dalam soal keadilan, status selalunya menjadi kasta yang mungkin akan "mencipta keadilannya tersendiri secara magis" terutama apabila melibatkan kes yang berprofil tinggi.
Penulis samasekali bukan merendahkan atau mempersoal kreadibiliti sistem perundangan negara ini mahupun negara apapun.  Cuma, persoalan akan terus timbul sekiranya perlaksanaan keadilan terus diganggu maupun terganggu oleh entiti-entiti asing seperti "politik".
"Tiba-tiba" Robengah nafi dirogol?
"Magik" sedang berlaku?  Setelah laporan "diperkosa" dibuat beberapa tahun lalu, dengan tiba-tiba ada berita dikhabarkan dari Banjarnegara.  Sepucuk surat yang ditandatangani Robengah pada 7 Januari 2011 menyatakan antaranya "...Mulai keberangkatan selama di Malaysia sampai pulang di Indonesia, tidak pernah terjadi masalah apapun pada diri saya..".  Media arus perdana mengganggap surat ini sebagai "killer point" mereka dan seolah-olah Rais "manusia bersih dari tuduhan".  Adakah ini bermaksud kes selesai?
Seolah-olah isu ini tidak perlu siasatan terperinci; penafian sudah cukup.  Kerajaan harus ingat bahawa rakyat sekarang tidak terlalu bodoh untuk dibohongi.  Penulis bertegas bahawa tulisan ini bukan beerti menuduh menteri terbabit bersalah tetapi mahukan siasatan terperinci dijalankan.
Perbicaraan Lim Guan Eng 1997 dan Menteri kanan dari Kedah
Anda tentu masih ingat perbicaraan Lim Guan Eng pada tahun 1997 (Ketua Menteri Pulau Pinang ketika ini).  Kes ini adalah kes pembelaan beliau untuk mangsa rogol seorang gadis Melayu bawah umur berusia 15 tahun oleh tertuduh pada waktu itu bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik.
Pada 28 Februari 1995, Lim Guan Eng telah didakwa dibawah Akta Hasutan 1948 kerana menyebabkan "perasaan tidak puas hati akan pelaksanaan keadilan di Malaysia".  Rentetan dari pendakwaan itu, pada 17 Mac 1995, satu tuduhan tambahan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan dikenakan kepadanya kerana "mencetak dengan niat jahat" risalah yang mengandungi "maklumat palsu", khususnya kerana beliau telah menggunakan perkataan "mangsa terpenjara" untuk menggambarkan murid sekolah itu yang akhirnya menyebabkan beliau dipenjarakan tiga tahun.
Para pemerhati politik melihat beliau sebagai mangsa kepada campurtangan politik dalam perjuangannya membela mangsa yang rogol.
Kalau anda masih ingat lagi pada tahun 2005 seorang "Menteri kanan dari Kedah" yang dituduh terlibat dalam kes rogol dilupakan begitu sahaja.  Malah pembelaan terhadap gadis-gadis Penan yang diperkosa sekitar 2008 juga tidak dapat pembelaan sewajarnya dari kerajaan.
Berbalik kepada kes Menteri rogol amah ini.  Persoalan pertama; adakah ini akan disiasat dengan telus dan terperinci?  Persoalan kedua; adakah rakyat akan diperlihatkan lagi dengan keadaan di mana campurtangan politik mengganggu proses siasatan dan perundangan dijalankan?  Persoalan ketiga; adakah kes ini akan "masuk bakul sampah" begitu sahaja?
Hubungan Malaysia-Indonesia
Rakyat negara ini, malah dunia sedang memerhati dan menuntut agar kes rogol yang melibatkan Menteri ini di tangani dan diadili sebaiknya.  Rakyat di kedua-dua negara pasti ternanti-nanti di hadapan kaca televisyen masing-masing mengenai laporan berita "Menteri Malaysia rogol Amah Indonesia" bersama popcorn dan Coke mereka di sisi!
Sekiranya sistem perundangan negara kita gagal menangani "skandal" ini dengan baik dan adil.  Ia akan membawa "kecelakaan lebih besar" dalam hubungan baik diplomatik di antara Kuala Lumpur dan Jakarta manakala rakyat pula mampu untuk membuat pengadilan mereka dengan cara yang tersendiri.
Penulis suka menggungkap sebahagian kenyataan Marina Mahathir, merujuk kepada kes perbicaraan Lim Guan Eng pada tahun 1997 "Terdapat ketidakadilan dalam undang-undang yang amat membingungkan... Pengajaran adalah jelas... pilihlah perogol anda dengan teliti... Sebagai seorang wanita, khususnya wanita Muslim, saya berasa marah, meluat dan malu... Sebagai seorang ibu, kini saya mengalami ketakutan yang benar terhadap anak perempuan saya. Apakah perlindungan yang kami dapat berharap bagi anak-anak perempuan kami sekiranya, dalam kepentingan politik, seorang gadis bawah umur boleh dikorbankan dengan amat mudah?"
Malah kita juga bersetuju; bukan sahaja gadis bawah umur boleh dikorbankan dengan mudah; siapapun boleh menjadi korban mudah "politik", kerana kezaliman, penindasan dan salah guna kuasa takkan kenal apa itu "undang-undang".  Rakyat sudah lama menanti sinar baharu dengan penuh harapan agar keadilan akan tertegak dengan gemilangnya di tanah air ini.

*Hafiz Zainuddin

Kemelut SUK Selangor: Jangan ulangi sejarah Kelantan tahun 1977

Kerajaan negeri Selangor terpaksa mengakur apabila institusi Raja dijadikan perisai, dalam silat politik antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat.  Isu pokoknya adalah konflik antara kerajaan persekutuan (BN) dengan kerajaan negeri (PR), namun kini tumpuannya dialihkan kepada isu "Raja Melayu".
"Kami sedang mengelakkan diri daripada bertembung dengan institusi Raja," kata Naib Presiden PKR, Tian Chua (gambar kanan) yang mengakui bahawa PR kini berdepan dengan dilema, apabila kerajaan persekutuan enggan bertembung secara langsung dengan PR, sebaliknya berselindung dan menggunakan isu Raja untuk menyerang PR.
Ia bermula dengan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, seorang calon yang tidak dipersetujui kerajaan negeri PR.  Kemelut SUK ini sebenarnya berkisar kepada soal federalisme, tetapi perkembangan selanjutnya pula menyaksikan bagaimana tulisan ADUN Sri Muda, Suhaimi Shafie dalam blognya mencetuskan pertikaian.  Serangan demi serangan dari UMNO, Utusan Malaysia, PERKASA mahupun GAPS (Gagasan Anti Penyelewengan Selangor) yang menyasarkan Suhaimi dilakukan atas tuduhan "penderhakaan terhadap Sultan".
Pusat Perkhidmatan Suhaimi disimbah cat merah, malah beliau dipanggil untuk memberi keterangan di Balai Polis.  Semalam, Suhaimi menyatakan kesudiannya untuk memohon maaf kepada Sultan, seandainya kenyataan dirinya menyinggung.
Lebih awal, Menteri Besar Khalid Ibrahim terpaksa menghadiri upacara angkat sumpah Khusrin Munawi pada 6 Januari 2011, walaupun bertegas bahawa "kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri" tiga hari yang lalu.
Jadual program istana berubah
EXCO Senior Selangor, Teresa Kok ketika dihubungi MerdekaReview berkata, kerajaan negeri mendapati jadual program tersebut berubah, apabila Sultan Sharafuddin Idris Shah turun sendiri untuk menyaksikan upacara angkat sumpah SUK baru, menggantikan adindanya Tengku Sulaiman Shah yang dijadualkan sebelumnya.  Malah, upacara yang dijadualkan termasuk anugerah Darjah Kebesaran Datuk Setia kepada Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor.  Situasi ini membuatkan kerajaan negeri Selangor serba salah, yang akhirnya terpaksa menghadiri upacara tersebut.
Menurut Teresa Kok (gambar kanan), Sultan Selangor yang menganggap diri baginda menjalankan tugas mengikut perlembagaan, tidak senang apabila dilaporkan media seolah-olah baginda berat sebelah.  Maka, Sultan merasakan diri baginda diheret ke dalam kemelut ini.
Alasan Kerajaan Persekutuan ambil alih Kerajaan Negeri
Tian Chua yang pernah menjadi Pengarah Strategi PKR sebelum ini, meluahkan keresahan beliau apabila melihat kain rentang palsu yang digantung dengan "nama Pakatan Rakyat", sebagai cubaan untuk menimbulkan persepsi bahawa PR ingin menggulingkan institusi Raja dan sistem Raja Berperlembagaan.  Beliau bimbang kerajaan persekutuan mungkin menjadikan ia sebagai alasan untuk mencampur tangan dalam kerajaan negeri Selangor.
Beliau merujuk kepada kes kerajaan Kelantan pada tahun 1977, di mana kerajaan persekutuan UMNO-BN mengambil alih kerajaan Kelantan melalui Mageran.  Menteri Besar Kelantan yang dipecat PAS, Mohamed Nasir, mendapat sokongan daripada UMNO ketika itu.  Mohamed Nasir mengetuai Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), dengan Ketua Pemudanya pada ketika itu Ibrahim Ali.  PAS hanya mengembalikan kuasa kerajaan negeri di Kelantan pada tahun 1990.
"Orang yang sama, cara yang sama," kata Tian Chua kepada MerdekaReview, merujuk kepada Ibrahim Ali.  Tian Chua berulang kali mengingatkan bahawa PR harus berhati-hati, ketika berdepan dengan serangan yang menggunakan isu institusi Raja.

Another sex scandal in MCA?

A beautician had lodged a police report against a MCA leader for allegedly molesting her. 

KUALA LUMPUR: A MCA leader from the party’s Lenggong division in Perak has been accused of molesting a beautician at a club on New Year’s Eve.
The beautician had lodged a police report against the prominent politician on Dec 31 last year, claiming that he had groped her breast at a club in Ipoh.
According to Chinese vernacular newspaper reports, Perak police chief Mohd Shukri Dahlan confirmed the matter but declined to elaborate.
Party insiders told FMT that the politician, who is holding a “high position” in the division had denied the allegation, but claimed that he was drunk at the time of the incident.
“He told us that he did not molest the women but nobody knows what exactly happened as he said he was drunk at that time,” said a leader from Perak, known to be a close associate of the accused.
Several MCA leaders contacted by FMT refrained from commenting on the issue, with some even claiming that they had no knowledge of the incident despite it being widely reported by the Chinese newspapers.
The beautician, it is also learnt, had since lodged a second police report and engaged a prominent lawyer in Ipoh after receiving some lewd SMSes and allegations that “she was out to make some money” from the accused politician.
This is the latest sex-related case involving a politician from MCA in the last three years or so. In 2007, the then MCA vice-president Dr Chua Soi Lek was forced to resign as health minister after admitting that he was the person in a widely circulated sex-DVD.
Chua, however, managed a dramatic political comeback in 2008 winning the party deputy presidency. Last year, he won the MCA top post at the party polls.
Coincidentally, Chua is also the current MCA Perak chairman.

RMB, Salah Satu Mata Wang yang Paling Selamat



Matawang Negara China, Renminbi (RMB) atau Yuan merupakan salah satu mata wang yang paling selamat di seluruh dunia. Demikian dinyatakan oleh pelabur antarabangsa yang terkenal, Jim Rogers di Chicago semalam. Beliau bercadang kepada kesemua pelabur global supaya terus menjadi pemilik RMB.

Ketika menyentuh tentang pertumbuhan ekonomi China yang telah meningkat dengan pesat yang berlarutan selama 30 tahun, Jim Rogers menyatakan bahawa pembaharuan China telah mendatangkan perubahan di seluruh dunia dan perubahan itu akan diteruskan. Beliau menambah bahawa ekoran A.S. berubah menjadi negara yang berhutang paling besar dalam sejarah, dolar Amerika sekarang telah menjadi satu pilihan yang salah belaka bagi para pelabur.

Khairy Jamaludin Perlu Ukur Baju Di Badan Sendiri

"Ukur baju di badan sendiri," - mungkin itu ungkapan yang akan diguna oleh Karam Singh Walia terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin yang mendesak mahu berbahas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Program 100 hari Pakatan Rakyat.
Khairy tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan. Beliau tidak dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menganggotai kabinetnya, walaupun sebagai Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen.
Khairy juga memimpin Exco Pemuda Umno yang berpecah belah dengan sebilangan mereka menolak kepimpinan beliau.
Khairy juga gagal menyahut cabaran oleh rakan-rakan seangkatannya daripada Parti Keadilan Rakyat khususnya Badrul Hisham Shaharin untuk berbahas mengenai nasib masyarakat di kawasan parlimen Rembau.
Khairy adalah Ahli Parlimen Rembau yang gagal untuk menunaikan pelbagai janji kepada penduduk setempat, termasuk pembinaan sebuah hospital dan masjid baru.
Malah dalam cubaan terdesak untuk meraih sokongan pada PRU12, Khairy telah menjanjikan pembinaan sebuah lapangan terbang di Rembau!
Semua janji itu tidak dipenuhi. Khairy sendiri tidak merasakan keperluan untuk menjawab kenapa projek-projek itu tidak dilaksanakan.
Justeru tidak ada pihak yang harus keliru atau terkejut dengan pengumuman Khairy bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Rembau pada pilihanraya umum akan datang.
Hakikat ialah selepas ayah mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur sebagai Perdana Menteri, jangka hayat politik Khairy kini bagaikan telur di hujung tanduk.
Najib lebih cenderung "membela' anak Mahathir, Mukhriz demi meraih sokongan politik Mahathir yang jauh lebih berguna berbanding sokongan Abdullah.
Maka tinggalah Khairy mengamalkan formula Umno yang berpaksi kepada budaya mengampu dan membodek Perdana Menteri .
Beliau sering membuat kenyataan-kenyataan biadap di Parlimen dan akhbar arus perdana dalam hasrat menarik perhatian Perdana Menteri atas kebergunaannya tetapi nyata gagal.
Apabila Anwar mencabar Najib berbahas mengenai program 100 hari Pakatan Rakyat dan bukan menggunakan media kawalan pemerintah untuk membidas rancangan itu, Khairy terus tampil menawarkan diri untuk debat itu.
Deria bau politik Khairy begitu kuat, sehingga dapat menghidu peluang keemasan untuk 'membodek' Najib demi kelangsungan politik beliau dalam Umno.Maka beliau "sanggup" mengambil alih tempat Najib untuk berbahas dengan Anwar.
Namun, baju yang disarung oleh Khairy adalah saiz Pemuda dan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin sudah pun menawarkan diri untuk berbahas dengan Khairy.
Sehingga sekarang, jemputan Shamsul itu tidak dijawab.
Ini kerana Khairy masih lagi sibuk menghidu bau yang pada perkiraan beliau, menawarkan laluan terus untuk menjadi orang kepercayaan Najib,sekali gus menghidupkan sinar karier politiknya.
Namun dalam keghairahan berbuat demikian, Khairy dinasihati supaya tangani dulu janji-janji yang dibuat kepada penduduk Rembau, janganlah pinggirkan mereka semata-mata demi nafsu politik sendiri.
Dan seperkara lagi Khairy ... tunggulah sehingga beliau layak menyarung baju yang "lebih besar" sebelum membuas dengan keinginan berbahas dengan pemimpin-pemimpin yang jauh lebih matang dan terhormat daripada anda. -tvs

Hanya raja yang boleh rosakkan institusi raja


Menggila sakan puak yang mendakwa diri mereka Gagasan Anti Penyelewangan Selangor (Gaps) kononnya mempertahankan sultan mereka (lihat Malaysiakini hari ini "GAPS desak ADUN Sri Muda letak jawatan" dan "50 Gaps protesters stomp on PKR effigies"). Baguslah kalau anti penyelewengan. Kalau mereka lawan penyelewengan, saya sokong. Tak kira penyelewengan siapa sekalipun

Puak penyeleweng mesti dilawan. Peduli apa parti mana pun yang dianggotai si penyeleweng itu.

Masalahnya, tak pernah dengar pula mereka menentang penyelewengan yang dibuat oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional (BN). Adakah mereka pecacai Umno BN? Nahi mungkar tidak boleh bersifat buta sebelah mata. Itu bukan nahi mungkar namanya. Itu amar mungkar atau meransang kemungkaran.

Kalau benar ada orang berkendak dengan Kavita Kaur dan macam histeria berniaga arak, itu sah-sah penyelewengan dari ajaran Islam. Kalau benar perkara itu berlaku, adakah Gaps tak nampak atau buat-buat tak nampak?

Kalau sungguh tak nampak dan tak tahu, itu tak bolehlah kita nak kata apa-apa. Tetapi, kalau buat-buat tak nampak, Allah jualah yang akan menghakimkan mereka.

Mereka juga membawa placard yang menyatakan "Pakatan Rakyat merosakkan institusi diraja". Saya tak marah kepada yang usung placard itu. Nampak macam dia pun tak tahu apa-apa (gambar saya copy paste dari Malaysiakini dengan memohon maaf).

Tetapi kalau ada yang berakal, tidakkah mereka tahu bahawa orang lain termasuk Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh merosakkan institusi diraja. Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu berusaha keras meminda perlembagaan yang mengkudungkan imuniti raja-raja bukan kerana dia seronok sangat berbuat demikian. Banyak dugaan dan kecaman yang terpaksa ditempuh.

Dr Mahathir pinda perlembagaan kerana ada kezaliman yang berlaku sebelum itu. Akhbar-akhbar pro Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak menyiarkan berita-berita yang mengecam raja-raja kerana saja-saja mereka syok buat gitu. Ada sebab yang mendorong mereka. Sepatutnya kita berterima kasih kepada mereka. Saya tidak mahu bersikap munafiq dan berpura-pura mengecam Dr Mahathir dan akhbar-akhbar tersebut kerana kononnya mereka "menghina raja-raja". Secara terbuka, saya sangat menyanjungi apa yang mereka lakukan yang saya yakin adalah jasa yang sangat besar kepada negara ini.

Kecuali Dr Mahathir dan pengikut-pengikutnya yang sanggup bangkit dengan berani, Melayu lain kebanyakannya terus bersikap pondan pada masa itu. Ah, aku pun tak berani. Takut Akta Hasutanlah, itulah, inilah.

Sekali lagi saya nak bangkitkan, adakah mereka duduk tak duduk dan tiba-tiba merasa syok dan gian nak "menghina raja-raja", lalu mereka berbuat demikian? Bukankah ada sebab mereka berbuat demikian?

Bolehkah saya duduk tak duduk tiba-tiba suka-suka dan syok-syok mengambil keputusan membenci raja-raja? Melainkan saya gila, ia tidak berlaku begitu.

Sebab itulah saya kata, orang lain termasuk PR tidak boleh merosakkan institusi diraja. Hanya raja-raja sendiri yang boleh berbuat demikian melalui tingkah laku mereka. Kalau raja-raja dibenci, orang tak benci tak fasal-fasal.
PB.