Rabu, 12 Januari 2011

Negara Bankrap Ikut Pelan Ekonomi PR: Najib Salah Tafsir

SHAH ALAM 12 JAN: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri Najib Razak telah silap mengatakan bahawa pelan reformasi Pakatan Rakyat akan membawa Malaysia menuju kemuflisan, sepertimana yang dialami republik Yunani.

Situasi politik dan ekonomi Yunani ketika negara itu muflis mempunyai kesamaan yang menakutkan dengan Malaysia dibawah pentadbiran sekarang.

Lantas, Buku Jingga mengemukakan strategi yang terbukti, bagi mengubati penyakit rasuah dan penyelewengan yang semakin parah.

"Janji seratus hari yang disebut buku jingga itu dirangka supaya kebijakan ekonomi kita itu berlandaskan fakta, kekuatan ekonomi semasa, dan tumpuan kepada keperluan masyarakat sederhana dan rendah.

"Greece itu lingkup ekonominya kerana pengurusan buruk, angka tipu, rasuah, dan pimpinan angkuh menutup kenyataan dan fakta. Di Malaysia perkara sama berlaku, malah kadar hutang negara nisbah KDNK melonjak naik semasa Najib jadi Perdana Merdeka," katanya dalam Program Terus Terang Tv Selangor.

Anwar menjelaskan beberapa strategi yang diambil Najib cenderung untuk mempertahankan kekayaan kelas tertentu.

Saranan dan teguran dari ketua audit negara menggesa tindakan diambil ke atas kesusutan perbendaharaan negara akibat penyelewengan dan pembaziran, tidak diikuti.

Manakala bantuan, bon-bon dan subsidi terus diagihkan kepada golongan terpilih, dan keperluan untuk rakyat kebanyakan diketepikan.

"Menurut Ketua Audit Negara, ketirisan perbelanjaan dan rasuah mencecah RM28 bilion. Kalau kita ambil-alih, kita tetapkan Perdana Menteri, isteri Perdana Menteri, Menteri dilarang terlibat dalam perniagaan dan rasuah, maka saya percaya mesej itu sampai ke bawah dan kita dapat selamatkan puluhan bilion.

"Subsidi kita kepada IPP RM19 bilion. siapa yang punyai IPP ini? Tauke judi Genting, YTL, Syed Mokhtar, Ananda Krishnan. Mereka ini diberi subsidi RM19 bilion. Kalau kita tadbir kita batalkan ini. Mana munasabah bagi subsidi pada bilionaire? soalnya.

Anwar menjelaskan Buku Jingga adalah langkah awal untuk menyelamatkan ketirisan, melalui langkah-langkah yang mudah, tetapi berkesan.

"Kalau kita kira semua, kita boleh berjimat. Kita tidak perlu bincang ekonomi secara menyeluruh, tetapi kita ambil langkah-langkah untuk selamatkan ketirisan," katanya lagi.

Dakwaan rasuah: Karpal mahu CJ dibicarakan

Peguam Karpal Singh hari ini memfailkan semakan kehakiman ke atas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi berhubung dakwaan pengakuannya yang beliau pernah merasuah kakitangan dan pegawai mahkamah.

NONEKarpal, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor MP, memohon bagi mendapatkan perintah mandamus bagi memaksa Zaki menjelaskan perkara itu dan mengheretnya ke Tribunal Kod Etika Hakim.

Beliau juga memohon perintah mahkamah bagi menghalang diri Zaki sendiri bagi menentukan merit aduan ke atas kes berkenaan.

Dalam permohonan itu, Karpal berkata mengikut Seksyen 5, Akta Jawatankuasa Etika hakim 2009, pihak berkuasa yang sewajar mendengar aduannya ke atas Zaki itu seharusnya seorang ketua hakim ataupun hakim mahkamah persekutuan yang telah bersara.

NONE"Tidak ada orang yang sepatutnya menjadi hakim dalam kesnya sendiri,” katanya ketika memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tindakan ini adalah percubaan terbaru Karpal bagi menekan Zaki yang pernah membuat kenyataan bahawa beliau merasuah kakitangan mahkamah ketika menjadi peguam.

Zaki didakwa membuat kenyataan itu pada ucapannya di sebuah konvensyen di Kuching, pada November 2008.

Bercakap kepada wartawan, Karpal berkata beliau terpaksa memfailkan permohonan itu kerana Zaki sehingga hari ini belum mengeluarkan sebarang reaksi.

Usul pindaan perlembagaan negeri Selangor diumum minggu depan, kata MB

SHAH ALAM, 12 Jan – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengumumkan cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri itu bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Rabu depan.
Beliau berkata kerajaan negeri akan mengadakan beberapa peringkat perbincangan berhubung pindaan itu dan exco yang diberi taklimat mengenai perkara itu hari ini, mahukan taklimat lanjut.
Selangor berhadapan dengan krisis perlembagaan ekoran pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru Datuk Mohd Khusrin Munawi tanpa pengetahuan Menteri Besar. Ia diumumkan 27 Disember lalu.
Khalid (gambar) berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.
“Kami juga perlu menjelaskan kepada parti bagaimana pindaan dilakukan serta kesannya kerana ia perkara yang serius, jadi selepas semuanya selesai, barulah kami akan membuat pengumuman sewajarnya,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan cadangan pindaan itu.
Kerajaan negeri bercadang meminda Seksyen 52 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri hendaklah dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan dari perkhidmatan awam yang relevan, pada persidangan Dewan Undangan Negeri 24 Januari ini.
Dipetik Bernama, Khalid berkata pindaan itu bagi membolehkan kerajaan negeri diberi kuasa melakukan pengurusan sendiri.
Sebelum ini, beliau dilaporkan mahu kuasa melantik tiga jawatan eksekutif tertinggi dalam pentadbiran negeri dikembalikan kepada Sultan dan Menteri Besar seperti yang termaktub sebelum Seksyen 52 dipinda selepas krisis perlembagaan nasional pada 1993.
Mengulas kenyataan Umno Selangor bahawa mereka sentiasa menghormati Sultan dan mendapatkan perkenan baginda dalam soal pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Abdul Khalid berkata walaupun begitu, mereka merampas kuasa baginda.
“Walaupun mereka boleh melakukannya tanpa mendapat perkenan Sultan, untuk kelihatan diplomatik, mereka meminta nasihat baginda,” katanya.
Pada sidang akhbar itu, Khalid berkata setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang akan diperuntukkan RM1 juta bagi menyelenggara jalan, jambatan dan sistem perparitan di kawasan masing-masing mulai tahun ini.
Beliau berkata dana itu akan dipantau oleh kerajaan tempatan yang berkaitan dan usaha tersebut adalah bagi memastikan pembangunan yang dilakukan mencapai sasaran, iaitu untuk manfaat rakyat.
Ditanya sama ada Adun Barisan Nasional akan diberikan peruntukan yang sama, beliau berkata tidak, melainkan kerajaan Persekutuan turut memberikan peruntukan kepada anggota Parlimen Pakatan.

Siapa wakil rakyat yang cabul jurusolek?


Portal berita Malaysiakini menyiarkan berita tentang laporan Polis yang dibuat oleh seorang jurusolek berikutan dirinya telah dicabul menurut sumber, payudara jurusolek ini telah diraba oleh seorang wakil rakyat terkenal dari Perak. Sudahlah dicabul dia diugut pula dengan mesej-mesej liar tanpa nama yang mengancam keselamatannya.

Jurusolek itu pada dalam laporannya berkata pada kejadian 31 Disember tahun lalu, ahli politik yang terkenal itu meramas buah dadanya di sebuah kelab di Ipoh.

Persoalan yang timbul selepas membaca berita ini ialah, siapakah ahli politik terkenal dari Perak yang telah mencabul jurusolek itu? Mungkin agak sukar meneka secara tepat nama wakil rakyat tersebut, tapi untuk meneka di pihak mana wakil rakyat tersebut sangat mudah sebenarnya. Ada dua sahaja kemungkinan, sama ada dia dari Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional.

Hint atau klunya sangat mudah, berita sensasi ini langsung tidak disiarkan di Akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo dan Metro. Sepatutnya berita seperti ini harus menjadi tajuk utama akhbar-akhbar yang disebutkan di atas bagi melariskan jualannya.


ReJaM© "Siapa ahli politik yang suka masuk kelab? Kah kah kah..."

Cukai perkhidmatan naik mulai 1 Feb 2011 ..lagi mahal..lagi baik...

Kali ini MiLo SuaM nak hebahkan satu berita baik untuk penyokong-penyokong kerajaan Satu Malaysia yang kaya raya, yang juga merupakan berita baik untuk penyokong-penyokong dari golongan rakyat miskin. Kadar bayaran bil pengguna telefon akan melambung mulai 1 Febuari 2011 ini berikutan Kerajaan Satu Malaysia Najib telah menaikkan kadar cukai yang harus dibayar kepada kerajaan. Sila rujuk pengumuman bertulis yang dipetik dari bil maxis berikut.



Untuk maklumat lanjut, anda dipersilakan menghubungi sendiri khidmat pelanggan Maxis.

Apapun ReJaM nak ucapkan tahniah untuk berita baik ini kepada penyokong-penyokong Kerajaan Satu Malaysia yang kaya raya dan selama ini pening kepala mencari jalan bagaimana untuk menghabiskan duit anda. Inilah masanya untuk anda berbakti kepada kerajaan kebanggaan anda yang sudah semakin kekurangan duit untuk menganjurkan pilihanraya.

Bagi penyokong Kerajaan yang miskin, (ada juga penyokong kerajaan satu Malaysia yang miskin) pula, ini juga berita baik untuk anda, kerana inilah masanya anda menunjukkan taat setia kepada kerajaan. Sebagai rakyat yang taat setia kepada kerajaan, anda wajib bersedia untuk berkorban, terkorban, dan dikorbankan oleh kerajaan demi memastikan kemenangan Kerajaan Barisan Nasional!

Pasti penyokong-penyokong kerajaan sedang terlompat-lompat kerana terlalu gembira mendengarkan berita ini, seruan bakti kepada kerajaan sudah tiba (bagi golongan kaya) juga seruan untuk mengorbankan anda juga sudah menjelma (bagi golongan miskin). Anda tidak perlu risau dan menunggu-nunggu untuk dikorbankan oleh kerajaan, kerana ReJaM akan maklumkan lebih banyak lagi kenaikkan harga barang-barang dan perkhidmatan dalam masa terdekat ini berikutan peningkatan cukai yang mendadak.



ReJaM© "Kalau duit masih banyak lagi jangan lupa belanja ReJaM, ReJaM ni orang miskin je..."

Apa berlaku kepada minyak masak dan bawang?


KUALA LUMPUR, 12 Jan: "Saya sendiri pun hairan kenapa bawang tiba-tiba begitu melambung harganya, manakala minyak masak pula tiba-tiba berkurangan, malah tiada langsung di sesetengah kedai. Saya tak percaya semua ini berpunca dari kekurangan bekalan, tetapi mesti permainan politik pemimpin Umno BN."

Begitulah kata-kata orang ramai ekoran kenaikan harga barangan keperluan utama terutama bawang dan kekurangan minyak masak di pasaran sekarang.

Kata-kata itu dapat disimpulkan hasil tinjauan pendapat orang ramai dan keadaan di kedai-kedai serta pasaraya-pasaraya di Selangor dan di sini, sejak dua hari lalu.

Dari tinjauan yang dibuat oleh Harakahdaily mendapati kebanyakan pasaraya dan kedai-kedai runcit jelas kehabisan bekalan minyak masak, manakala pilihan jenama minyak masak kelapa sawit pula amat terhad. Sementara bekalan bawang turut berkurangan.

Beberapa peruncit di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur mendakwa pembekal minyak masak kelapa sawit telah mengurangkan bekalan sehingga 50 peratus kepada mereka. Ini menjadikan masalah kekurangan bahan itu di pasaran semakin meruncing.

Sementara bekalan bawang merah pula turut berkurangan kerana para peruncit gagal membelinya dalam kuantiti yang banyak dari pembekal disebabkan harganya yang melambung tinggi.

Seorang pekerja di sebuah kedai runcit di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, Mimi Roslinda Alias, 28, menjelaskan, bawang terdiri daripada dua jenis. Satunya bawang putih. Satu lagi bawang merah yang besar yang dikenali sebagai bawang besar India.

"Bawang putih sebenarnya dah lama naik harganya. Harganya dinaikkan perlahan-lahan. Kini sekilo bawang putih berharga RM9.00.

"Yang terbaru dinaikkan harganya bawang merah yang besar atau bawang besar India. Dulu harganya sekitar RM2.30 atau RM2.50 tetapi sekarang dah dinaikkan menjadi RM9.00 sekilogram," katanya.

Kenaikan harga bawang bukan hanya menghimpit pengguna atau orang ramai, tetapi juga turut dirasai para peniaga, sehingga menyebabkan para peniaga mengalami kerumitan untuk menjualnya, terutama untuk dijual kepada mereka yang membeli sedikit-sedikit atau dalam kadar beberapa ringgit. 

Menurut Mimi, sungguhpun begitu, orang ramai tetap juga membelinya kerana ia merupakan barangan keperluan utama untuk masakan.

"Tapi itulah, bila harganya dah naik, kami pun susah nak tentukan harganya. Setiap kali pembeli hendak membayar pula, mereka pasti merungut kerana harganya mahal. Kami pun amat kasihan kepada pembeli, tetapi apa boleh buat, kami faham dan kami pun rasai juga apa yang dirasai oleh mereka," katanya.

Disebabkan kenaikan harga, para peniaga turut mengalami kerugian lain kerana ia terpaksa dibeli dalam bilangan yang terhad disebabkan tidak berkecukupan wang.

"Sebelum ini kami beli dari pemborong dalam bilangan agak banyak, sekitar 10 beg. Sebelum ini harga satu beg RM8.00 atau RM9.00, tetapi sekarang harga satu beg dah melambung menjadi RM16.00.

"Jadi dengan harga yang begitu tinggi, berapa banyak sangat yang mampu kami beli? Kalau beli lagi sedikit lagi mahal pula harganya. Dari setiap beg bawang yang kami beli itu pula, bukannya elok semuanya. Banyak juga yang rosak dan tak boleh dijual. Untungnya pula bukannya banyak," jelasnya.

Menyentuh tentang minyak masak, ia lebih memeningkan kepada para peniaga. Malah di kedai beliau sendiri sudah beberapa hari ketiadaan minyak masak.

"Tiap-tiap hari kami cari minyak masak dari pemborong tapi pemborong pun dah ketiadaan bekalan. Kami pun tak tahu kenapa jadi macam ni? Hairan, pada hal orang cakap ada keluar minyak, tapi minyak tak ada. Ini berlaku sejak lepas raya Aidiladha lagi," katanya.

Untuk menjual minyak masak, ia dibeli dari pemborong dalam bentuk kotak. Setiap kotak mengandungi 17 kilogram. Sekilo minyak masak dijual oleh peniaga kepada orang ramai dengan harga RM2.50.

"Sebenarnya menjual minyak masak itu pun bukannya untung sangat. Keuntungan yang kami dapat hanya 4 sen sahaja dari setiap kilogram yang kami jual. Pendek kata, menjual minyak masak hanyalah sekadar menjual sahaja untuk membantu orang ramai mendapatkannya.

"Kami beli dari pemborong pun dah dengan harga mahal. Nak jual lebih dari RM2.50 kepada orang ramai tentulah tak sampai hati. Tapi sekarang kami menjadi lebih kasihan kepada orang ramai apabila minyak masak dah tak ada langsung. Kami pun dah tak tahu di mana kami hendak mendapatkannya.

"Memang hairan sungguh dengan apa yang berlaku. Jadi kepada pihak-pihak berkenaan yang mencetuskan kejadian ini, tolonglah bersimpati kepada kami para peniaga dan orang ramai selaku penggunanya," ujar beliau.

Seorang pengguna, Norita Mansor, 41, (gambar atas kiri) yang tinggal di Taman Samudra, Gombak, Selangor berkata, beliau tidak fikir apa yang berlaku itu tanpa campur tangan pemimpin kerajaan yang memerintah sekarang, iaitu kerajaan Barisan Nasional.

"Harapan saya, kerajaan BN yang memerintah sekarang fikir-fikirkanlah masalah rakyat yang sedang terhimpit dengan masalah kewangan sekarang," katanya ketika ditemui sewaktu berkunjung ke pasar raya Giant, Batu Caves untuk membeli belah, semalam.

Beliau turut hairan kenapa harga bawang begitu melambung, manakala minyak masak pula sampaikan kehabisan bekalan kerana ia merupakan sesuatu yang tidak masuk akal jika difikirkan secara mendalam.

Sementara pasangan Lokman Hakim, 27, dan Wan Norhafis Wan Zawawi, 25, (gambar) yang tinggal di Subang turut pening kepala memikirkan tentang kenaikan harga bawang dan ketiadaan minyak masak, memandangkan ia merupakan keperluan asas bagi masakan.

"Dengan kenaikan harga bawang dan ketiadaan minyak masak, melainkan minyak masak yang mahal harganya dan itu pun agak terhad, tentulah turut melibatkan kenaikan harga barangan makanan di kedai-kedai makan nanti. Ini pasti berlaku, kalau tidak macam mana peniaga 'nak hidup'. Jadi, ia pasti akan lebih membebankan lagi orang ramai," kata mereka.

Setiap barangan yang dinaikkan harganya, menurut mereka, selalunya amat payah untuk diturunkan kembali harganya, sedangkan barangan yang dinaikkan harganya itu pula merupakan barangan asas kepada orang ramai yang tidak sepatutnya dinaikkan harganya.

Lebih jauh dari itu, mereka turut hairan dengan kenaikan harga bawang kerana ia berlaku secara tiba-tiba tanpa dimaklumkan terlebih dahulu oleh pihak pemerintah, iaitu kerajaan BN kepada rakyat.

"Jadi, kami berharap agar pihak kerajaan berfikir lebih jauh tentang semua ini kerana ia ternyata sesuatu yang tidak dapat diterima oleh orang ramai," kata mereka.

Tinjauan ke pasar-pasar pula mendapati orang ramai cukup marah kepada kerajaan BN dengan apa yang berlaku. Kebanyakan mereka yang ditemui sependapat mengatakan apa yang berlaku itu merupakan sebahagian dari agenda pemimpin Umno BN sendiri yang berpakat dengan pihak tertentu, bagi membolehkan mereka menaikkan harga barangan berkenaan.

Begitu juga dengan ketiadaan minyak masak. Mereka mendakwa ia sengaja dilakukan oleh pemimpin Umno BN untuk menaikkan harganya untuk membolehkan mereka memperolehi keuntungan secara hina dan segera, bagi mengumpul wang untuk kekayaan mereka dan kroni mereka, manakala selebihnya pula untuk digunakan sebagai dana Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Mereka amat kesal kerana pemimpin Umno BN tergamak bertindak seperti itu, sedangkan ia amat membebankan rakyat, terutama golongan yang berpendapatan kecil dan sederhana.

Lantik Satim Diman, Umno tingkat usaha tawan Selangor

Umno kelihatan semakin yakin dengan usaha menawan kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat dengan pelantikan Datuk Mohamed Satim Diman sebagai ketua pembangkang yang baharu.

Tindakan ini memperlihatkan penyusunan Umno negeri itu yang telah diselesaikan oleh Umno ekoran tersingkirnya Datuk Dr Mohamad Khir Toyo dalam satu tindakan yang dilihat sebagai usaha pembersihan.

Pelantikan ini menyelesaikan satu isu dalam Umno Selangor yang sebelum ini meletakkan Khir sebagai ketua pembangkang.

Perbicaraan Khir yang masih jauh juga hampir pasti mengeluarkan bekas menteri besar ini daripada percaturan besar melibatkan posisi di Selangor oleh Umno.

Kemelut ekoran pelantikan setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi telah meletakkan kerajaan negeri PR Selangor dalam keadaan sukar kerana terpaksa berdepan tekanan Umno dan juga menangani istana.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa melawan raja ekoran pendiriannya menolak pelantikan Khusrin yang telah diperkenan sultan Selangor.

Kontroversi Interlok ujian PAS tangani isu Melayu

Walaupun Umno dan Barisan Nasional sebagai kerajaan ialah pihak yang perlu bertanggungjawab dalam kontroversi yang dicetuskan novel Interlok, PAS bakal menjadi pihak yang berjaya mendapat manfaat atau kerugian, bergantung kepada tindakan parti itu dalam menangani isu ini.

Setakat ini, PAS berdepan kritikan banyak pihak terdiri daripada komuniti seni dan pemerhati, ekoran tindakan Ahli Parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud menyertai demonstrasi anti-Interlok, walaupun menafikan terlibat dalam pembakaran novel itu atau menunjukkan sokongan.

Mariah dalam satu kenyataannya yang bernada defensif mengalihkan tumpuan kepada Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya mempersoalkan motif Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan novel tersebut ke sekolah. Saya yakin beliau tahu sangat isi novel dan potensi konflik yang akan timbul. Saya percaya dan yakin bahawa ada motif politik yang tersirat. Mesej yang hendak dihantar kepada murid-murid India ialah 'ketahui lah asal usul anda' apabila membaca buku itu," tulis Mariah.

Interlok telah berjaya dijadikan 'wedge' di antara pejuang sastera dan pejuang rakyat marhaen dengan rakyat yang cuba mereka bela. Hebat Muhyiddin Yassin! Fikir-fikirkan lah. Tidak salah jika saya katakan sesuatu yang berlaku di negara ini yang didalangi oleh pemimpin BN/Umno ada motif tersirat. Ianya tidak berlaku secara kebetulan," tegas Mariah lagi.

Tindakan PAS selepas ini, sekiranya dilihat sebagai menyebelahi kumpulan menolak Interlok mampu mendedahkannya kepada kritikan masyarakat Melayu sebagai lebih mengutamakan undi bukan Melayu dan mengabaikan sifat novel itu sebagai satu karya seni.

Perbincangan ramai, termasuk di laman sosial Facebook telah memperlihatkan kemarahan kepada PAS - ekoran laporan penyertaan Mariah dalam demonstrasi anti-Interlok - yang dilihat memberikan sokongan kepada kumpulan menolak Interlok yang dinilai berasas sentimen dan permainan politik perkauman.

Parlimen Kota Raja diwakili Mariah mempunyai hampir 30 peratus pengundi India, memberi satu gambaran pertimbangan beliau dalam menangani isu ini.

Kontroversi Interlok, Anwar kemuka saranan terbaik

Ketua Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul memberikan kenyataan paling rasional di tengah-tengah kontroversi novel Interlok yang divisif.

Anwar dilapor berkata tidak ada elemen perkauman dalam novel Interlok dan menyarankan pihak terbabit dalam kontroversi berbincang menyelesaikan pertikaian.

Beliau pada masa sama menyifatkan novel itu sebagai satu karya yang baik tetapi bukan istimewa, satu kenyataan yang mengimbangi sokongan beliau terhadap novel itu.

Anwar turut menyarankan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil kira setiap teguran berkaitan karya itu.

Walaupun muncul agak lewat, kenyataan Anwar ini meletakkannya dalam posisi yang positif selepas PAS dikritik hebat aktivis seni ekoran pendirian parti itu tidak mempertahankan Interlok walaupun pernah berpendirian tegas mempertahankan novel Shit karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad.

Parti itu dikritik kerana dilihat tunduk kepada tekanan yang berasaskan politik dan sentimen perkauman kumpulan tertentu dan didakwa tidak mempunyai dasar berhubung seni dan budaya yang jelas dan konsisten.

PAS walau bagaimanapun melalui pemudanya berhasrat mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pihak terlibat untuk mencari penyelesaian isu kontroversi itu.

Semalam, lima persatuan termasuk Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) dan Gabungan Penulis Nasional (Gapena) membuat laporan polis berhubung tindakan membakar novel Interlok oleh beberapa orang individu di Klang, Selangor.

Hari ini, Pena bersama 12 pertubuhan menyerahkan memorandum menyokong novel Interlok kepada Kementerian Pelajaran dan pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Isu Interlok turut dijangka menjadi salah satu isu dalam kempen pilihan raya kecil Tenang di Segamat, Johor bulan ini.

Ancaman hubungan sejenis di Malaysia


PADA 15 Dis 2010, muncul sebuah video di YouTube yang memaparkan Azwan Ismail, 32, seorang lelaki Malaysia Melayu-Muslim, di mana dia menyatakan, “Saya gay, saya ok.”
Seminggu kemudian, dia memberitahu media bahawa dia bimbang nyawanya terancam. Dan siapa yang boleh menyalahkannya? Sudah terdapat menteri yang bertanggungjawab atas hal-ehwal Islam, mufti Perak, Pemuda PAS, blogger-blogger Muslim dan beberapa organisasi Islam yang lain mengawasinya dengan “penuh minat”. Seorang blogger Muslim bahkan mencabar kepimpinan negara untuk membunuh Azwan, dengan sindiran bahawa jika kita adalah negara Islam yang tulen, “pengakuan” Azwan boleh menjadi bukti yang cukup untuk melaksanakan hukuman bunuh. Ini tidak termasuk berbagai ancaman keganasan dan pembunuhan yang ditulis terhadap Azwan di YouTube dan forum internet yang lain. Video Azwan merupakan sebahagian daripada siri yang dihasilkan oleh Seksualiti Merdeka, sebuah inisiatif hak asasi seksualiti, yang akhirnya memutuskan untuk memadamkan video itu kerana bimbang akan keselamatan Azwan.
Ancaman keganasan terhadap Azwan telah dikutuk oleh beberapa blogger, individu, dan juga kumpulan-kumpulan masyarakat sivil seperti Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina. Kutukan sebegini diperlukan kerana kekerasan dan ugutan tidak boleh dibenarkan meresap ke dalam perbincangan awam yang melibatkan kepentingan awam, tanpa mengira samada seseorang itu menyokong Azwan atau tidak.
Tapi mungkinkah perbincangan yang tenang dan tidak memihak atas isu seperti ini dapat wujud? Kita mendengar dua ekstrim dalam debat ini: hak pro-gay, pro-hak asasi manusia di satu hujung — dan sifat anti-gay yang mengaku “Islam” di hujung yang lain. Apakah rakyat negara ini terpolarisasi dengan cara sama? Atau apakah jurang antara dua ekstrem ini dihuni oleh kepelbagaian warga negara yang samada takut, kurang pasti, bingung, dipenuhi ingin tahu, atau acuh tak acuh? Bagaimanakah rakyat Malaysia dari berbagai latar belakang dan kepercayaan boleh berpendapat dalam hal ini jika ianya telah digambarkan oleh begitu ramai orang sebagai pertempuran keagamaan?
Fakta lawan ideologi

Pertamanya, fakta-fakta nyata ada kecenderungan untuk merumitkan tuntutan ideologi yang gah.
Imam Feisal
Tentu saja, pengutukan terhadap hubungan sejenis boleh dilihat dengan banyak dalam fiqh Islam dan tafsir Al-Quran. Ini tidak dinafikan. Tapi ada juga perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam mengenai isu seksualiti dalam Islam. Ulama kontemporari dan cendekiawan seperti Imam Feisal Abdul Rauf dan kiyai Indonesia Husein Muhammad menegaskan bahawa tafsir dan kitab yang penting, bahkan dari zaman awal Islam, telah mengakui dan mungkin membiarkan kepelbagaian seksualiti dan jantina.
Kajian sejarah dan antropologi (misalnya Murray dan Roscoe dalam Islamic Homosexualities) juga telah menunjukkan bukti hubungan bukan-heteroseksual dalam masyarakat Muslim yang telah wujud sejak zaman lampau.
Dengan mengambil kira fakta sebegini, kenapa “wakil” Islam di Malaysia berkeras bahawa debat tentang homoseksualiti adalah hitam-putih dan memerlukan pengutukan dan hukuman kekerasan? Dan mengapa ada kecenderungan, baik di kalangan umat Islam anti-gay atau bukan-Islam yang pro-gay, untuk menganggap Islam sebagai “kes istimewa” secara amnya apabila terdapat isu-isu seksualiti, jantina dan hak-hak asasi manusia? Apakah andaian ini benar?
Kekerasan terhadap golongan bukan-heteroseksual telah dilakukan oleh mereka yang berkuasa setelah mentafsir teks-teks utama dari banyak agama terbesar di dunia. Kefahaman Ibrahimiah yang datang sebelum Islam, iaitu Yahudi dan Kristian, juga mempunyai tempoh intoleransi yang panjang terhadap wanita, bukan-heteroseksual dan bukan-seagama.
Gambar promosi untuk Haram Iran, sebuah filem yang didasarkan pada hukuman bunuh terhadap dua homoseksual remaja di Iran (sumber: haramiran.com)
Namun demikian, ada perdebatan lebih bernuansa yang wujud sekarang di dalam tradisi-tradisi ini. Yahudi reformis dan liberal tidak lagi percaya wanita lebih rendah martabatnya atau bahawa lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah individu yang dilaknat Tuhan. Juga terdapat beberapa pemimpin dari Gereja Anglikan di seluruh dunia yang berusaha untuk lebih inklusif dan kurang menghakimi terhadap wanita, LGBT, minoriti etnik, bukan-Kristian dan sebagainya.
Sudah pasti, gerakan-gerakan ini ada juga mendapat tentangan dalam tradisi-tradisi agama masing-masing, tetapi kenyataannya adalah bahawa semangat inklusif ini juga ada dalam Islam. Namun, Islam mungkin adalah “kes khusus” — dalam erti bahawa undang-undang negara digunakan untuk menahan kepelbagaian pandangan dalam agama di negara-negara yang majoriti penduduknya Muslim.
Implikasi lawan kemungkinan

Tapi mari kita, untuk seketika, bayangkan hal ini dengan cara berbeza. Bayangkan jika pihak berkuasa Islam telah berkata, “Azwan Ismail, awak boleh teruskan dengan sifat awak, dan kami menghormati keputusan awak.” Apakah implikasi yang akan wujud dari pernyataan tersebut? Adakah ini bermakna bahawa pihak berkuasa perlu untuk merombak semua undang-undang jenayah Islam kita? Adakah kerajaan perlu mengkaji semula Seksyen 377 dalam Kanun Keseksaan kita?
Selanjutnya, apakah ini bererti bahawa pihak berkuasa menghalalkan perhubungan sejenis? Jika ya, apakah itu bererti bahawa mereka harus merestui perkahwinan sejenis? Jika ya, apa ertinya untuk pemahaman kita tentang perkahwinan dalam Islam?
Sekarang ini pun, sudah terdapat banyak isu tentang intipati dan pelaksanaan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Berapa keras atau longgarkah sikap pihak berkuasa dalam hal perkahwinan poligami? Berapa seriuskah mahkamah syariah memaksa lelaki untuk membayar nafkah kepada isteri dan anak mereka setelah bercerai? Apakah benar lelaki Muslim dibenarkan untuk memukul isteri mereka? Adakah perkahwinan bawah umur dibenarkan dalam Islam?
Ini bukan sekadar konsep-konsep teologi, tapi mempunyai kesan yang sangat nyata terhadap kehidupan individu dan pada gagasan tentang daulah Malaysia. Dilihat sebegini, ketakutan  “pihak berkuasa” terhadap LGBT Muslim, jika kita mengakui kewujudan mereka, adalah ketakutan akan terurainya Islam itu sendiri — dari segi teologi, sosial, politik dan hukum. Hal inilah yang menerangkan panik moral yang kita lihat.
Tapi dari manakah kita mendapat idea bahawa sesuatu agama boleh hancur hanya dengan pengakuan fakta dan realiti? Dari manakah kita mendapat idea bahawa jika kita tidak menggunakan kekerasan atau paksaan, maka keimanan akan berhenti? Adakah ini dalam teks-teks utama Islam, atau dalam mana-mana agama lain?
Kepastian lawan kekaburan

Mungkin contoh yang berbeza diperlukan di sini. Cendekiawan Muslim Amerika Scott Siraj Al-Haqq Kugle merujuk kepada sebuah hadis sahih yang terkandung dalam Sunan Abu Dawud, Buku 41, No 5106), yang mengatakan:
“Anas bin Malik (r.a) berkata:

(© arte_ram | sxc.hu)
Seorang lelaki sedang bersama Nabi (s.a.w), bila seorang lelaki lain melewati mereka dan lelaki yang bersama Nabi berkata ‘Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku mencintai lelaki tadi.’ Nabi bersabda, ‘Adakah kamu sudah memberitahunya?’ Dia menjawab, ‘Tidak’. Kemudian baginda bersabda, ‘Khabarkan padanya’. Jadi lelaki itu pergi kepada lelaki tadi dan berkata padanya, ‘Aku cinta kamu kerana Allah,’ dan lelaki itu menjawab, ‘Semoga Dia yang kerana-Nya kamu mencintaiku akan menyintai kamu juga!’”
Hadis ini tidak dengan terang mengatakan apakah cinta itu platonik, spiritual atau romantik. Namun demikian, ia secara khusus tentang cinta antara dua lelaki yang tidak berkaitan, dan ia tidak menghakimi. Antara kekaburan dan kekhususan hadis ini, terdapat sebuah ruang besar yang belum diselidiki untuk debat dan pemahaman lebih lanjut. Dengan menamatkan perdebatan, pihak berkuasa Islam di Malaysia menafikan peluang kepada rakyat kita yang luas dan pelbagai untuk mengkaji dan mentelaah kebijaksanaan yang mendalam yang wujud dalam tradisi Islam.
Masyarakat yang luas dan pelbagai merangkumi orang yang punyai kawan, adik-beradik, pakcik atau makcik, anak, anak saudara, bahkan ibubapa (ya, ibubapa) yang bukan-heteroseksual. Tentunya suatu teologi yang kuat tidak akan meminta mereka untuk mengutuk atau menghukum orang yang mereka kasihi? Tentunya suatu teologi yang syumul dan indah akan menjelajah cara-cara di mana hubungan manusia boleh dirayakan dengan cinta dan perasaan saling menghormati?

Mahasiswa tuntut menguruskan pilihan raya kampus

Pilihan Raya Kampus merupakan medan serta wadah untuk mahasiswa dalam memilih pemimpin yang akan membawa suara mereka kepada pihak pentadbiran universiti. Walau bagaimanapun, saban tahun kita sering mendengar pelbagai masalah seperti penyelewengan serta ketidaktelusan yang melibatkan jawatankuasa yang dilantik bagi menguruskan pilihan raya kampus khususnya daripada para pegawai di Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP).
Justeru itu, kami dari pihak Pro-Mahasiswa UPM menuntut supaya mahasiswa diberi peluang sepenuhnya untuk menguruskan pilihan raya kampusnya sendiri.  Tuntutan ini dibuat oleh kerana pihak kami sudah hilang kepercayaan terhadap jawatankuasa yang diamanahkan untuk menguruskan pilihan raya. Ini berdasarkan kepada beberapa fakta kes yang berlaku pada pilihan raya kampus yang lalu antaranya termasuklah;
1. Pembatalan semua calon Pro-Mahasiswa UPM di kerusi umum kerana didakwa melanggar tatacara kempen.
2. Peraturan kempen yang aneh dan lucu kerana tidak membenarkan mahasiswa untuk berkempen di mana-mana laman sesawang, blog, sistem pesanan ringkas serta media elektronik.
3. Perbezaan keputusan yang dikeluarkan pada hari pengumuman keputusan dengan notis rasmi yang dikeluarkan oleh pihak jawatankuasa pemilihan.
Pro-Mahasiswa UPM dengan ini juga mencadangkan agar;
1. Satu jawatankuasa di peringkat mahasiswa ditubuhkan yang berfungsi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menguruskan pilihan raya kampus bermula dari pembelian borang, pendaftaran penamaan calon, hari penamaan calon sehinggalah kepada pengumuman keputusan rasmi.
2. Badan pemantau bebas dari luar seperti Malaysia of Free Election (MAFREL) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) sebagai pemerhati dalam pilihan raya kampus.  Sehubungan dengan itu, kami juga mengharapkan agar pihak pentadbiran universiti dapat memberi respon terhadap tuntutan kami ini dalam tempoh satu minggu setelah memorandum tuntutan tersebut dihantar.
*Kenyataan media oleh Syed Syafiq Syed Hashim selaku Pengerusi Pro-Mahasiswa UPM.

Isu Pemilihan Interlok: Mencari Penyelesaian atau Menempa Kebuntuan?

Memang tidak diduga, sebuah karya sastera seperti Interlok bisa mengundang prihatin dan respons masyarakat yang begitu besar.  Riak dan kocaknya bukan sahaja menampan ahli politik, bahkan melibatkan juga golongan terbanyak, badan-badan NGO, termasuk golongan sasterawan dan badan penulis.  Seperti yang sedia maklum, isu pokok yang mencetuskan kontroversi ialah penggunaan perkataan "paria" melibatkan kaum India dalam Buku Tiga novel tersebut.
Dibaca dalam konteks novel, penggunaan istilah tersebut memang tidak menyanggah lunas-lunas penulisan kerana ia memang menepati fakta sejarah.  Walaupun dakwaan sesetengah pihak bahawa tercetusnya kontroversi disebabkan oleh pembacaan di luar konteks karya, namun perlu diingatkan bahawa lapisan pembaca dalam konteks zaman ini juga sudah berubah dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya sejak sekian lama cetakan pertama diedarkan kepada umum pada tahun 1971.
Enggan hidupkan sejarah kasta
Kini karya tersebut khusus ditujukan kepada anak-anak dewasa ini yang sudah jauh meninggalkan pengalaman pahit yang pernah diharungi oleh moyangnya.  Andaikata diketepikan prasangka politik, kebimbangan Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud (gambar bawah) memanglah berasas dan perlu kita renung sebaik-baiknya.  Kata beliau,

Mereka marah kerana Interlok dijadikan buku teks dan anak-anak kaum India akan terpaksa membaca buku tersebut untuk menjawab soalan peperiksaan.  Mereka tidak mahu sejarah kasta dihidupkan di dalam minda anak-anak India.  Mereka mahu melupakannya dan mahu membesarkan anak-anak tanpa kasta.
Dengan meletakkan novel tersebut sebagai buku teks, sudah pasti anak-anak mereka yang mungkin selama ini tidak tahu sangat mengenainya akan mula bertanya dan perkara dihidupkan semula dalam masyarakat mereka.  Mereka tidak suka istilah pendatang dan beberapa istilah lain yang mereka kira menidakkan keMalaysiaan mereka.  Mereka dilahirkan di sini.  Mereka mahu menguburkan sejarah silam dan usaha ini berlaku secara evolusi, tetapi Interlok dikatakan mengungkit perkara ini dan luka lama akan berdarah kembali. 【Sumber: Blog Siti Mariah
Persoalannya, kenapa baru sekarang masyarakat kita sedar bahawa novel Interlok itu dikatakan rasis dan tidak sesuai dijadikan buku teks?  Saya ingin menarik perhatian bahawa berlakunya insiden sedemikian selain dibayangi tangan-tangan politik murahan dan barangkali juga musibah "tangan-tangan halus" sebagaimana didakwa oleh Ilias Zaidi dalam majlis "Dialog Novel Interlok" baru-baru ini, kita sebenarnya kurang mengambil berat tentang realiti masyarakat Malaysia yang amat ketandusan nilai dan sikap menghormati pandangan dan pendapat yang berbeza.
Ruang bersuara yang terbatas
Bagi saya, berlakunya gejala sedemikian berpunca daripada ruang bersuara yang terbatas selama ini.  Masyarakat kita cenderung mencantas pendapat yang tidak sehaluan atau dianggap menyinggung sensitiviti kaum, budaya dan agama, sama ada atas alasan yang bersifat political correct maupun pegangan nilai yang sempit.  Keterbatasan ruang bagi mengajukan pendapat atau pandangan serta ketiadaan kesempatan untuk bermusyawarah seringkali membawa kepada padah dengan menghasilkan dua situasi yang ekstrem.
Pertamanya sikap melampau dan fanatik dalam serba serbi termasuk tuturkata, sikap dan tindak-tanduk yang disengajakan atau membawa agenda tertentu, guna untuk meraih keuntungan peribadi.  Kedua, keterbatasan ruang bersuara dan kekangan bersuara secara konsisten, terutamanya melalui jentera pemerintahan, akhirnya boleh membawa kepada keruntuhan sistem komunikasi dalam diri seseorang atau sebuah masyarakat.  Akibat keruntuhan tersebut kalau diterjemahkan dalam bentuk yang nyata ialah pengucapan yang fragmented, kasar dan ganas.  Masyarakat terpinggir sering dihantui sindrom sedemikian rupa sehinggakan golongan ini kerapkali dilabel sebagai tidak mahu bekerjasama dan bersikap anti establishment.
Lebih menyedihkan ialah masyarakat terbelenggu dalam perasaan takut dan tidak selamat, hinggakan perasaan tersebut terpendam dan bergolak dalam dirinya untuk mencari laluan keluar.  Tindakan membakar buku dan poster Abdullah Hussain dan beberapa tindakan melulu seumpamanya yang pernah dilakukan dalam insiden lain adalah penjelmaan keterbatasan kebebasan bersuara yang disebut tadi.
Dalam insiden Interlok kali ini, kita lihat kedua-dua gejala tersebut berlaku serentak.  Ugutan membakar buku Interlok pada awalnya sepantas disambut oleh pemimpin PENA dengan cara berkerat rotan berpatah arang, yakni demo dibalas demo, protes dibalas protes.  Ironinya, tindakan awal kedua-dua pihak sebenarnya sudah menyanggah mesej perpaduan bangsa yang cuba diutarakan oleh pengarang novel Interlok.
Dalam kemelut pro dan kontra berkaitan novel Interlok, aspek yang sering dilupakan oleh pihak yang terlibat ialah sejauh mana persekitaran yang dialami selama ini menyumbang kepada kesediaan minda anak-anak kita untuk berdepan dengan paparan fakta sejarah dalam karya tersebut, malah banyak lagi paparan yang lebih menyinggung perasaan dalam pelbagai adikarya yang lain.  Dan kedua, bagaimana harus kita menanggapi matlamat pendidikan sastera itu sendiri?
Hakikatnya, kesediaan minda untuk berdepan dengan fakta sejarah yang dianggap amat pahit ditelan itu dalam kalangan anak-anak kita mahupun masyarakat umum memerlukan suatu persekitaran yang demokratik yang cukup matang dan perlu diasuh sejak awal.  Sejak tercetusnya perkara tersebut, didapati masyarakat intelek kita yang dipandang sebagai agen peneraju belum lagi bersedia untuk berdepan dengan isu kontroversial seumpama ini.  Langkah yang diambil oleh sesetengah badan penulis dan grup seniman rata-rata bersifat reaktif belaka, seolah-olah kita lebih menaruh keyakinan pada kehebatan fizikal untuk menyelesaikan masalah berbanding dengan kekuatan minda yang kita miliki.  Kalau inilah hakikatnya, maka apa akan terjadi dengan masyarakat umum apabila karya tersebut digunakan di sekolah nanti.
Adakah kaum guru telah bersedia?
Bagaimana pula dengan kaum guru?  Adakah mereka sudah bersedia untuk menghadapi insiden pergaduhan tanpa diduga-duga di kalangan pelajar ekoran sengaja mengambil kata-kata dalam novel guna untuk mencaci dan mengejek rakan lain?  Dalam hal ini, saya lihat kaum intelek dan penulis kita masih belum bersedia dari segi mental dan fizikalnya untuk menerajui pembinaan sebuah masyarakat yang sanggup diajak berunding dan berhujah, apatah lagi menghormati pandangan dan pendirian yang berbeza di kalangan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Persoalan kedua melibatkan matlamat pendidikan sastera sengaja diketepikan oleh pihak yang berwajib.  Berdasarkan apa yang dihuraikan di atas, jelas Interlok bukanlah novel sejarah seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.  Memang benar Interlok "mengisahkan bangsa Melayu, Cina dan India yang dibina secara terpisah dan diceritakan dalam bentuk mozaik, tetapi menjurus kepada pertemuan penyatuan bangsa seperti dalam bab akhir."  Namun perlu diakui bahawa fakta penyatuan bangsa dalam bab akhir itu lebih merupakan impian murni seorang sasterawan daripada tanggungjawabnya untuk memaparkan realiti sejarah, sekalipun realiti itu amat pahit didepani.
Dalam hal ini, hakikatnya ialah kerjasama antara tiga kaum dalam mencapai  kemerdekaan sebenarnya dibina atas asas yang rapuh tetapi ia diredhai oleh pihak penjajah kerana sifat kerapuhan hubungan kaum itu membolehkan pihak imperialis dan kolonialis terus memanipulasi pemimpin dan golongan massa ketika itu.  Malangnya hakikat ini tidak digarap sebaik-baiknya oleh Ahdullah Hussain. Sebaliknya babak-babak yang cuba dibangunkan dalam novel Interlok kelihatan lunak-lunak belaka.  Dan ini menimbulkan persoalan untuk apa sebenarnya kehadiran karya sastera dalam dunia manusia?  Pun begitu, apakah tanggungjawab seorang sasterawan terhadap masyarakatnya?
Georg Lukacs dalam buku berjudul The Theory of the Novel menyatakan bahawa kelahiran novel sebagai sebuah genre adalah seiring dengan kebudayaan bourgeois, lalu membentuk hubungan yang intrinsik dan istimewa dengan situasi sejarah.  Menurut beliau, novel tidak wujud dalam zaman epik yang dikelilingi dengan pelbagai babak yang lunak.  Sebaliknya ia hadir di tengah-tengah masyarakat yang bergolak dan berkemelut.  Dari persepsi ini, adalah jelas bahawa novel Interlok adalah terlalu ideal, sekaligus mengetepikan realiti sejarah yang seharusnya menjadi bahan renungan seorang sasterawan.
Hikmah yang dibawa oleh isu pemilihan Interlok sebagai bacaan KOMSAS seharusnya dilihat dari sudut pendidikan sastera dan tuntutan novel sebagai sebuah genre.  Mata pelajaran sastera, dalam konteks ini novel, seharusnya mengajak pembaca berfikir dan bermuhasabah untuk pembaikan diri dan masyarakat, bukan menempa kebuntuan.  

Pemuda PAS buang kain rentang provokasi di Tenang

Ada pihak tertentu yang telah mengedarkan risalah memburuk-burukkan pembangkang kepada pengundi di kawasan berkenaan.
PETALING JAYA: Petugas pilihanraya PAS telah membuang beberapa kain rentang yang didakwa berbaur provokasi membabitkan kepimpinan PAS di Tenang, kata Ketua Pemuda PAS Johor.
Kharil Faizi Ahmad Kami juga mendakwa, ada pihak tertentu yang   mengedarkan risalah yang memburuk-burukkan pembangkang kepada pengundi di kawasan berkenaan.
“KIta juga mengarahkan petugas parti (PAS) supaya bertindak segera menurunkan kain rentang yang memburuk-burukan pembangkang terutama pemimpin PAS.
“Begitu juga jika ada pihak yang ingin mengedarkan risalah berunsur provokasi atau memburukkan mana-mana pemimpin PAS, ia perlu dirampas,” katanya.
Khairil Faizi juga berkata, Pemuda PAS Johor menyediakan 30 orang petugas tetap dan dibantu 500 ahli dan penyokong PAS negeri  untuk pilihanraya Tenang ini.
Pilihanraya kecil Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari BN akhir November lalu.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai hari penamaan calon dan 30 Januari hari mengundi.
Mengenai peluang PAS, Khairil Faizi berkata, dalam tinjauan terbaru mendapati sokongan pengundi terhadap parti itu semakin meningkat.
“Peluang kita waktu ini lebih cerah berbanding tiga minggu lalu setelah banyak maklumat terbaru diberikan kepada pengundi,” katanya.
Menurutnya, oleh kerana itu Pemuda PAS akan mendedahkan lebih banyak masalah yang sedang dihadapi oleh kerajaan negeri Johor sejak pilihanraya umum 2008.
Beliau berkata, ini termasuk masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh pengundi Tenang seperti isu longkang dan beberapa isu setempat  lain.

Harga minyak naik, kelemahan kerajaan jadi beban kepada rakyat!

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Cukup mudah mulut pemimpin kerajaan menyatakan, kenaikan harga minyak tidak dapat dielakkan kerana harga minyak di pasaran dunia meningkat, dan kerajaan tidak mampu lagi menanggung subsidi bagi mengurangkan harga minyak.
Cukup mudah bagi kerajaan yang pemimpinnya kaya raya, menerima elaun perjalanan, mendapat kemudahan pelbagai dari hasil wang rakyat dan mendapat laba dari titik peluh rakyat untuk menyatakan, rakyat perlu berjimat cermat. 


Berdasarkan kepada rekod, bermula dari 1 Oktober 2004, kerajaan telah menaikan harga minyak Ron 97 kepada RM1.42, kemudiannya pada Feb 2006 kepada RM1.92.
Pada Jun 2008, harga minyak dinaikkan oleh kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu pada kadar paling tinggi iaitu RM2.70.Namun akibat bantahan rakyat, harga minyak dikurangkan sedikit pada harga RM2.55 seliter pada 23 Ogos 2008.
Pada 16 Disember 2008, harga minyak sekali lagi turun iaitu pada kadar RM1.80, namun naik mendadak pada harga RM2.05 seliter pada September 2009.
Selepas September 2009, kenaikan berlaku secara bertersuan iaitu pada Julai 2010 dengan harga RM2.10, November 2010 pada harga RM2.15, I Disember 2010 pada harga RM2.30 dan terkini 4 Januari 2011, rakyat dihidangkan dengan kenaikan pada harga RM2.40.
Namun pada rakyat, setiap kali kenaikan harga minyak berlaku, ianya bermakna rakyat semakin terpaksa mengikat perut.Ada juga kalangan pemimpin membandingkan kononnya rakyat Malaysia ramai yang sakit akibat terlebih makan.
Namun pada rakyat yang duduk dirumah tidak beratap, yang duduk di bangsal buruk, yang duduk di pangsapuri kos rendah dan rumah kos rendah, periuk nasi mereka semakin terancam dengan kenaikan harga minyak yang menyumbang kepada kenaikan harga barangan keperluan harian.
Ada mulut-mulut pemimpin Umno/BN yang rakus, yang menyatakan kenaikan langsung tidak membebankan rakyat kerana kerajaan membantu rakyat dengan menyediakan pengangkutan awam yang efisyen.
Namun, kerajaan seringkali terlupa, rakyat di pedalaman, di luar bandar, di Sabah, Sarawak, Galas, Tenang, Batu Sapi dan sebagainya di kawasan hulu semuanya tidak merasai kemudahan dan kecanggihan pengangkutan awam.
Namun, mereka ini juga terpaksa membeli ikan, ayam, daging, beras, gula, minyak masak, tepung dan pelbagai barangan harian pada harga yang dibeli oleh penduduk di bandar, malah ada yang terpaksa membayar lebih kerana kos pengangkutan sangat tinggi.
Lebih mengecewakan lagi, ada pemimpin kerajaan yang isterinya 'joli' ke luar negara, menggunakan wang yang entah datang darimana agaknya untuk berhibur, menganjurkan festival fesyen dan mengadakan lawatan ke atas rakan-rakan isteri pemimpin dunia.
Untuk apa kenaikan harga minyak dibuat sedangkan Malaysia memiliki telaga minyak sendiri?Jawapannya mudah, kerajaan terpaksa mengisi kantung dan poket-poket pemimpinnya untuk terus bermewah berbelanja keluar negara, menanggung bail-out syarikat kroni, menanggung projek mega kroni, dan paling parah menanggung kos untuk 'membeli' (merasuah) rakyat ketika pilihan raya kecil dan pilihan raya umum.
Rakyat kebanyakan terpaksa 'menjadi pelawat sahaja' untuk melihat bangunan pencakar langit seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC), Kompleks Kerajaan Putrajaya, dan suatu hari nanti hanya menjadi pelawat kepada Menara Warisan 100 tingkat, meskipun ianya dibuat dari hasil titik peluh wang rakyat.
Lebih parah lagi, rakyat yang terpaksa membayar harga minyak, dan harga barang yang naik kerana kenaikan harga minyak, suatu hari nanti juga akan terus terpaksa menanggung beban hutang kerajaan kerana keborosan kerajaan Umno/BN!.

Kedah, Pulau Pinang, Selangor Dan Kelantan Di Perintah Oleh Kerajaan Yang Sah!

Oleh P Hayat
Penulis terpanggil untuk memperbetulkan satu tanggapan atau pemikiran yang salah dan songsang bahawa negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan (termasuk Perak dari Mac 2008 hingga ?) di perintah oleh parti pembangkang.
Ini adalah tahyul dan mainan media massa boneka Umno/BN yang telah memperbodohkan pemikiran rakyat sekian lama.


Di peringkat pusat bolehlah diterima. Tetapi barangkali sudah tidak berapa lama lagi akan bertukar. Yang akan menjadi pembangkang ialah Umno/BN dan yang menjadi kerajaan Pusat ialah Pakatan Rakyat. InsyaAllah!
Rakyat perlu dijernihkan kembali pemikiran mereka bahawa negeri-negeri tersebut adalah di bawah pemerintahan kerajaan negeri yang sah yang telah dipilih oleh rakyat melalui PRU.
Penulis sangat kesal kerana media telah berjaya memperbodohkan rakyat sehingga ada segelintir pengulas dan penganalisis politik bertaraf profesor di universiti pun masih melebelkan negeri-negeri tersebut adalah di bawah pentadbiran pembangkang. Inikah yang dicop sebagai profesor kangkong yang terdapat di dalam negara kita?
Inilah yang membimbangkan penulis. Jika profesor pun boleh diputar otaknya oleh media-media nyamuk itu, apalagi rakyat marhaen yang tinggal di Cherok Tok Kun yang Utusan Malaysia menjadi kitab paling sahih di dunia!
Di negeri-negeri tersebut, yang menjadi kerajaannya ialah Pakatan Rakyat dan yang menjadi pembangkang sebenarnya adalah Umno/BN. Saya percaya rakyat seperti di Abi Batas Paip telah keliru kerana otak mereka telah dikuningkan (dibirukan?) oleh media haprak Umno. Persepsi songsang ini pada penulis amat penting diperbetulkan segera kerana isitilah ‘pembangkang’ mengundang banyak tafsiran negatif.
Ternyata Umno gagal untuk menerima hakikat bahawa mereka menjadi pembangkang di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sejak 8 Mac 2008 dan di Kelantan sejak 1990. Kecenderungan media upahan Umno memanipulasi secara halus istilah pembangkang ini amat merbahaya.
Dengan istilah ini pada pengamatan penulis, Umno berjaya membawa rakyat untuk bersamanya bagi menumpaskan pembangkang seperti mana yang telah meraka berjaya lakukan di Perak.
Kini mereka terus lakukan seperti mana yang berlaku di Selangor sekarang, bagaimana layanan mereka yang menguasai kerajaan pusat terhadap negeri yang pemerintahnya di pilih oleh rakyat.
Ternyata Umno telah sekian lama melanggar amalan demokrasi. Mereka seolah-olah tidak mengiktiraf kemenangan Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut. Buktinya, pelbagai tekanan telah dilakukan dari segenap penjuru untuk melemahkan negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat. Umno perlu sedar bahawa yang akan pergi ke Putrajaya menggantikannya nanti adalah kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat melalui demokrasi dan sistem Raja Berperlembagaan yang kita amalkan.
Ketika itu Pakatan Rakyat bukan pembangkang lagi, sebaliknya Umno/BN lah yang akan disebut pembangkang oleh rakyat, itupun jika hayatnya masih ada!
Justeru, tekad Umno untuk mempertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun amat membimbangkan rakyat kerana ternyata ia adalah satu signal untuk cetusan suasana yang tegang dan tidak harmoni di dalam negara.
Hakikatnya Umnolah yang layak di gelar pembangkang biar sekarang pun. Umno bukan sahaja membangkang keputusan rakyat yang memilih Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut, bahkan membangkang sistem beraja yang kita amalkan ketika mana mereka menghadkan imuniti Raja dahulu. Usahlah berlakon seolah-olah mereka konsisten mempertahankan Raja di dalam polimik perlantikan SUK Selangor kerana rakyat sudah tahu.
Bukan itu sahaja, malah Umno juga membangkang sesama mereka seperti mana berlaku di Perlis sekarang, dimana bekas MB sedang mengamuk kerana masih tak diberi kuasa terhadap puaknya.

Dr M: Budaya `cantas’ penghalang BN tawan semula Kedah..dulu..kini...selamanya beb..!!

Bekas Presiden Umno berkata, yang jadi masalah bila orang lain naik, yang tak naik cantas., 

JITRA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula Kedah sekiranya budaya ‘cantas’ dihapuskan di  kalangan pucuk pimpinan khususnya dalam Umno.
Beliau berkata selagi budaya itu subur dalam Umno Kedah, BN tidak akan berupaya memenangi semula negeri tersebut.
“Yang jadi masalah bila orang lain naik, yang tak naik cantas, bila yang tak naik ni naik, orang lain pula cantas dia, jadi tabiat ni patut dihapuskan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan jubli perak Giat Mara  di Giat Mara Prima Kubang Pasu, di sini hari ini.
Bekas Presiden Umno itu berkata demikian ketika ditanya mengenai peluang BN merampas semula Kedah selepas rombakan badan perhubungan Umno negeri yang mana Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik sebagai pengerusi dan anaknya Datuk Mukhriz menjadi timbalan pengerusi.
Mengulas pelantikan Mukriz, Dr Mahathir berkata beliau tidak campur tangan dalam karier politik anaknya itu.
“Waktu jadi perdana menteri dulu pun saya larang anak saya terlibat politik takut orang kata dia anak perdana menteri, dan sekarang ni bapa dia dah tak jadi perdana menteri pun, tapi masih tidak pernah campur tangan,” katanya.
Sementara itu mengenai Giat Mara, Dr Mahathir berkata organisasi itu harus mengembangkan sayapnya ke peringkat antarabangsa untuk mendapatkan kemahiran baru bagi pelatihnya.
Setakat ini katanya, beliau berpuas hati dengan prestasi organisasi itu yang telah banyak membantu golongan muda.
Giat Mara ditubuhkan pada November 1986 dan sehingga kini terdapay 209 pusat di seluruh negara yang menawarkan pelbagai latihan kemahiran kepada belia.
-Bernama

Will it be Haslinda vs Normala in Tenang?

The Tenang by-election may see a contest of the fairer sex.
KUALA LUMPUR: There is a high possibility that the Tenang by-election would witness a contest between the fairer sex, with the main political parties from both sides of the divide contemplating fielding women candidates for the polls fixed for Jan 30.
Indications are that the Barisan Nasional (BN) is keen on pitting a woman candidate to retain the seat, while PAS sources revealed that the party, on behalf of the opposition pact Pakatan Rakyat, would likely give the green light to Normala Sudirman, the PAS Labis Muslimah chief, to file nomination papers representing the opposition on Jan 22.
Sources said that PAS has decided on the fairer sex for the by-election during its central committee meeting at its headquarters in Jalan Raja Laut here recently.
However, the candidate will only be officially announced on Jan 16.
“The candidate is Normala, an ex-teacher who is also the PAS Labis Muslimah chief,” said the source.
However, party secretary-general Mustafa Ali, when contacted, refused to confirm or deny that Normala is the candidate, saying only that the name would be made known on Jan 16.
He also said that the candidate was one of the two names proposed by the state PAS leadership and one of the names was a woman.
Talk is rife that both BN and PAS would field women candidates. BN is said to be keen on nominating Umno Labis Wanita chief Haslinda Salleh as its candidate.
Hailing from Chaah, Johor, Haslinda is said to be the potential candidate due to her outspoken stand in championing various issues. She is also said to be close to former Tenang state assemblyman Sulaiman Taha.
The Tenang by-election was called following Sulaiman’s demise on Jan 17 due to diabetes.

1,000 sertai himpunan sokong Sultan, kerajaan Selangor


SHAH ALAM, 12 Jan: Lebih 1,000 rakyat Selangor hari ini berhimpun di Dataran Shah Alam dalam usaha menunjukkan sokongan kepada kerajan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang dipimpin Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Mereka yang berhimpun sejak jam 3 petang tadi kini berarak menuju ke pejabat pentadbiran kerajaan negeri di bangunan SUK.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani dilihat berada di barisan hadapan perarakan.
Mereka melaungkan 'Hidup Pakatan Rakyat, Hancur Umno dan Reformasi' sepanjang perarakan.
Perhimpunan ini dipercayai diadakan berikutan beberapa isu kontroversi yang melanda Kerajaan Negeri Selangor termasuk terbaru dalam isu perlantikan SUK.
Sebelum ini juga beberapa pihak telah mengadakan himpunan serupa bagi mendesak menteri besar meletak jawatan.
Perarakan itu disambut Menteri Besar sendiri yang turun menerima memorandum tersebut.
Memorandum kemudiannya diserahkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mewakili pimpinan Pakatan Rakyat yang diiringi Pengerusi Kelab Menteri Besar Selangor, Anuar Othman.
Anuar dalam ucapannya sebelum penyerahan itu membaca ikrar sokongan padu kepada pemimpin PR.
"Kami rakyat negeri Selangor dengan ini menyatakan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan kerajaan negeri di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Tan Sri Khalid Ibrahim," ujarnya dengan diikuti peserta himpunan.
Sementara itu, Khalid dalam responnya berkata kerajaan negeri berjanji akan memerintah Selangor dengan bersih dan bertanggungjawab untuk kebajikan rakyat.
Himpunan bagaimanapun bersurai sejam kemudian selepas bacaan doa oleh Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

BN cabar S'gor serah draf pindaan perlembagaan

BN Selangor mencabar kerajaan negeri menyerahkan kepadanya draf cadangan pindaan undang-undang tubuh negeri yang mahu dibahaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 24 Januari ini.

azlan"Kita nak tengok draf (cadangan pindaan) dulu. Kalau berani berilah draf itu (kepada kami)," kata ketua pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman

"Lepas itu baru kita buat keputusan nak pergi atau tidak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

DUN Selangor akan bersidang pada tarikh tersebut untuk meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.

Isu berkenaan tercetus ekoran bantahan kerajaan Selangor terhadap pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

Speaker DUN S'gor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua ADUN Selangor.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi di mana Pakatan Rakyat mempunyai 35 kerusi dan BN pula mewakili 21 kerusi.

Kerajaan negeri memerlukan 37 daripada 56 kerusi itu untuk mendapatkan undi majoriti dua pertiga bagi meluluskan cadangan pindaan tersebut.

ADUN Pakatan terdiri daripada 14 dari PKR, 13 (DAP) dan 8 (PAS). BN pula mempunyai 21 ADUN - 19 Umno dan dua dari MCA. DUN Selangor juga mempunyai seorang ADUN Bebas.

Satim yang juga ADUN Seri Serdang berkata, BN akan mengadakan mesyuarat khas untuk mendapatkan pandangan daripada ADUN BN berhubung perkara itu.

Mengulas mengenai cadangan pindaan itu, beliau berkata: "Apa yang ada sekarang sudah sudah elok...sejak tahun 1959 sampai sekarang tak ada masalah.

"Jadi kita mendapat kebaikan yang betul-betul (daripada cadangan pindaan itu). Jadi keburukannya lebih daripada kebaikan," tambah Satim yang ketua Umno bahagian Puchong.

Sementara itu, ketua penerangan BN Selangor Abdul Shukor Idrus pula berkata undang-undang sedia ada sememangnya merupakan peruntukan terbaik dalam memelihara kuasa sultan berhubung isu tersebut.

Beliau yang juga ADUN Kuang berkata, pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK sememangnya dibuat dengan restu Sultan Selangor

"Jadi kita perlu tengok apakah yang dia hendak buat ini lebih baik daripada sedia ada," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

‘Saya tidak mahu layan permintaan Anwar, buang masa’ – ayat glamour pemimpin BN tolak debat

WarkahDaily – Usah buang masa tunggu jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan ajakan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan debat secara terbuka berkaitan isu Program 100 Hari Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa Najib akan memufliskan negara.

Semalam, Anwar mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka berkaitan sikap prejudis Najib terhadap Program 100 Hari PR.

Sebelum itu, Najib cuba memperolokkan rakyat kononnya Program 100 PR itu sebagai pelan populis serta tidak bertanggungjawab dan boleh memufliskan negara.

“Saya mencabarnya kerana beliau (Najib) berkata kita memperolokkan rakyat, maka sebaiknya Najib sebagai seorang tokoh negara tampil secara berani menyahut dan mempertahankan hujah masing-masing, “ cabar Anwar terhadap Najib.

Najib seharusnya menerima cabaran ini dan memberikan fakta serta hujah yang konkrit berkaitan tuduhan melulunya itu.

Tapi sejarah mencatat, ramai pemimpin Umno-BN tidak berani berdepan dengan cabaran pemimpin Pakatan Rakyat. Kebanyakan mereka sekadar berdiam diri dan cuba mengelak untuk berdepan dengan situasi itu.

Mungkin ayat penyelamat daripada dilabel sebagai pengecut, ‘saya tidak mahu layan permintaan pembangkang, buang masa aje, lebih baik saya memberi tumpuan terhadap rintihan rakyat’. Itulah ayat glamour yang selalu dijawab oleh pemimpin Umno-BN yang sememang pengecut berdepan dengan kebenaran dan kenyataan.

Mereka sekadar berani di kandang mereka sendiri, hanya berani melempar tuduhan tapi takut untuk sahut cabaran membentangkan bukti tuduhan yang dibuat. Mereka hanya pandai ‘baling batu, sembunyi tangan’.

Jadi usah buang masa cabar orang yang memang diketahui sebagai pengecut. Sebenarnya boleh dikatakan Najib terperangkap dengan tuduhannya sendiri tanpa memikirkan akibat tuduhan itu. Bila orang dah ajak berdebat, pertahankan tuduhan yang dibuat, mulalah beliau tersipu-sipu untuk mencari alasan untuk menolak cabaran itu.

Hologram: SPR Harus Laksana Dulu Tuntutan BERSIH


SHAH ALAM 12 JAN : Badan pemantau pilihanraya, Malaysian for Free and Fair Election (Mafrel) berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya menumpukan kepada penggunaan dakwat hitam yang menurutnya lebih memberikan kesan ke atas perjalanan pilihanraya yang diadakan.

Kata Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh penambahbaikan SPR memperkenalkan pelekat hologram kepada setiap peti undi sebagai langkah yang baik, tetapi turut meminta supaya tuntutan atas perkara dasar sebelum ini dapat dilaksanakan.

"Saya rasa banyak yang dituntut seperti pemantau pilihanraya, Mafrel ataupun Bersih 2.0, lebih kepada perkara-perkara dasar iaitu seperti penggunaan dakwat hitam untuk pengundi-pengundi.

"Saya rasa itu yang lebih ditunggu-tunggu dari pihak SPR dan ianya merupakan dalam bidang kuasa mereka," katanya.

Perkara itu kata Syed Ibrahim lebih mudah dilaksanakan dan juga memberikan kesan dalam mengurangkan atau menghapuskan keraguan yang mungkin timbul.

Tegasnya lagi, isu mengenai memperkenalkan ciri-ciri keselamatan merupakan usaha yang baik tetapi tidak merupakan satu keutamaan.

Syed Ibrahim juga menyarankan agar wujudnya ruang dialog di antara pihak yang berkepentingan dalam pilihanraya sama ada pemantau pilihanraya atau pun parti-parti politik.

"Jadi, perkara tersebut sepatutnya tidak sukar dilakukan dan sepatutnya menjadi Prosedur Standard Operasi (SOP) SPR untuk buat.

"Mungkin dia ingat perkara ini tidak memerlukan apa-apa input tetapi dari segi imej dengan melibatkan pihak-pihak lain sepatutnya dilihat dari sudut yang positif dan memberikan imej yang positif kepada SPR," ujar beliau.

Sementara itu bagi PRK Dun Tenang, Syed Ibrahim berkata pihaknya akan tetap menghantar sukarelawan bagi memantau proses pilihanraya tersebut.

"Wakil-wakil kita tetap akan tetap turun kerana kita percaya dan yakini bahawa proses pemantauan merupakan sudut pandangan yang berbeda daripada SPR mahupun daripada parti-parti politik," tegasnya lagi.

Anggota Suruhanjaya Diraja Tunggu Perkenan Agong

PUTRAJAYA: Senarai anggota Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan untuk mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi kes kematian Teoh Beng Hock, akan diumumkan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu masih dalam proses dan kerajaan sedang meneliti nama-nama berkenaan sebelum dikemukakan kepada Seri Paduka Baginda.
"(Bagaimanapun), saya tak dapat menghadap kerana Yang di-Pertuan Agong berada di luar negara," katanya kepada pemberita di Seri Perdana pada Rabu, selepas majlis ramah mesra meraikan skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki bulan lepas.
Minggu lepas, beliau mengumumkan penubuhan satu Suruhanjaya Diraja untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM bagi menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses siasatan terhadap Teoh, pembantu seorang anggota exco kerajaan negeri Selangor yang ditemui mati terjatuh dari bangunan SPRM Selangor selepas disoal siasat oleh suruhanjaya itu tahun lepas.
Najib berkata Suruhanjaya Diraja itu akan diwujudkan dengan terma-terma khusus yang akan ditetapkan dan pihak kerajaan akan melantik ahli-ahli suruhanjaya daripada kalangan mereka yang terbilang dan dihormati.
Mengenai novel Interlok yang menjadi kontroversi kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India, Perdana Menteri berkata perkara itu dibincangkan pada mesyuarat kabinet hari ini tetapi tiada keputusan dibuat.Katanya ini kerana perbincangan perlu diadakan terlebih dahulu bagi menenangkan keadaan.
"Kita minta supaya kaum India memilih beberapa orang untuk berdialog dengan Kementerian Pelajaran supaya kita dapat menentukan cara mana kita boleh menenangkan keadaan," kata Najib.
Sabtu lalu, sekumpulan masyarakat India bertindak membakar novel itu dan terdapat desakan pihak tertentu yang mahukan novel itu diharamkan daripada dijadikan teks untuk komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi Sijil Pelajaran Malaysia bermula tahun ini. -BERNAMA

ADUN Sri Muda Hadir Beri Keterangan Kepada Polis


SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafie pada petang Rabu hadir memberi keterangan kepada pihak polis berhubung penulisannya di dalam blog yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Beliau hadir bersama 100 penyokong di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.
Shuhaimi turut ditemani peguam R Sivarasa, Amer Hamzah Arshad dan Shamsul Iskandar Mad Akin dan dilihat masuk ke balai tersebut pada pukul 4.10 petang.
Selepas kira-kira dua jam memberi keterangan kepada polis wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilihat meninggalkan perkarangan IPD di sini.
“Walaupun saya tidak terima sebarang notis 111 Kanun Acara Jenayah, saya tetap beri kerjasama yang baik kepada pihak polis untuk ambil keterangan saya
“Pada masa yang sama saya juga sedang sediakan draf untuk menghadap Sultan bagi memberi penjelasan berhubung perkara ini. Jika perkara itu menyinggung perasaan baginda, saya akan memohon maaf,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di IPD sini pada Rabu.
Shuhaimi berkata beliau akan memohon perkenan Sultan untuk bertemu dan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.
"Jika ada perasaan tersinggung saya yang rakyat setia, darah Melayu dan mengangkat (kedudukan) Raja- Raja Melayu,"katanya.
Sebanyak 25 laporan polis telah diterima membabitkan tulisan blog Shuhaimi tersebut.
Ini merupakan kali pertama beliau memberi kenyataan kepada polis mahupun pihak media selepas kontroversi yang melanda berhubung tulisan dalam blognya yang didakwa menghina Sultan.
Mengenai khabar angin peletakkan jawatannya sebagai ADUN, Shuhaimi menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan perkara tersebut.
Tegasnya, beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat mahupun dalam parti.
”Khabar angin seperti ini sengaja dilakukan untuk melemahkan Pakatan Rakyat.
"Kita tidak akan meletakkan jawatan walau menerima tekanan. Saya tidak tahu khabar angin ini daripada mana. Saya tuan punya badan pun tidak tahu,"katanya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR.

ETP Najib Belanja RM100 Bilion, Buku Jingga PR Tutup Kebocoran, Banteras Rasuah


SHAH ALAM 12 JAN : Terdapat perbezaan ketara antara Program Transformasi Ekonomi(ETP) dan buku jingga yang mengandungi Program 100 Hari yang dicadangkan Pakatan Rakyat.

Perkara ini dinyatakan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail kerana perbelanjaan RM100 bilion dalam ETP yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberikan apa-apa makna kepada rakyat selagi isu rasuah dan ketidakcekapan sistem penyampaian kerajaan tidak ditangani.

Ketika dihubungi Tv Selangor beliau menegaskan Najib juga bersikap 'acuh tak acuh' dan bertindak menutup sebelah mata sedangkan isu utama adalah mengenai kebocoran dan pembaziran akibat perbuatan tersebut.

Ujar Azan, perkara ini berlandaskan laporan dan teguran Ketua Audit Negara yang mana ia merupakan hasil penemuan kerajaan, PEMANDU sendiri melaporkan perkara ini...macam mana dia hendak bantah.

"Perkara yang paling mustahak sekali yang perlu Najib buat adalah menampung segera kebocoran...tampal segera kebocoran itu.

"Belanja berapa banyak pun tidak ada makna. Lagi besar belanja, lagi besarlah yang bocor," tegasnya lagi.

Azan dalam pada itu menegaskan masalah sebenar yang harus ditangani adalah kebocoran dan pembaziran yang menjadi permasalahan utama. 

"Bayangkan kalau RM100 bilion lagi, bermakna RM28 bilion akan bocor. Saya nasihatkan Perdana Menteri, kalau hendak sokongan rakyat, buat dasar menampung kebocoran dan bukannya buat benda baru.

"Setakat ini dia membisu dan tidak berkata apa-apa mengenai kebocoran, dan yang bercerita mengenainya hanyalah Ketua Audit, Pemandu dan kita di Pakatan Rakyat," tambah Azan.

Berbeza dalam perbelanjaan RM19 bilion dalam program 100 hari Pakatan Rakyat di mana RM 11 bilion diperuntukkan untuk menutup kebocoran, ketidakcekapan  dan sistem penyampaian kerajaan yang membengkak dari segi ketirisan akibat rasuah.

Beliau turut memberi contoh kes rasuah dalam syarikat konglomerat negara, Sime Darby yang kerugian akibat kebocoran akibat rasuah di mana saman yang dikeluarkan terhadap mereka yang terlibat tidak mungkin dapat dikembalikan semula.

Manakala di pihak Pakatan Rakyat pula Azan berkata teras perbelanjaan yang dikemukakan adalah menutup kebocoran dan secara automatik rasuah akan dapat dibanteras. 

"Maka secara automatik, jentera kerajaan juga berbalik asal, akan jadi efisien dan tidak ada lagi rasuah dan sistem pentadbiran semakin pulih.

"Indeks persepsi rasuah terhadap negara dapat diperbaiki, kefahaman dan kepercayaan awam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis juga akan meningkat.

"Itulah kejayaan yang sebenar, kalau hanya biarkan perkara ini sampai bila pun tidak akan jadi elok," ujar beliau.

Sidang DUN tetap terus walau tanpa wakil rakyat BN

SHAH ALAM: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar akan tetap dijalankan pada 24 Januari walaupun tanpa kehadiran wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN), kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Kita sudah maklumkan kepada semua Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri). Jadi, jika mereka tidak datang, bermakna kita akan mendapat majoriti, 35-0.
“Sekarang adalah masanya untuk kita melakukan perubahan. Selangor bersedia tetapi ia dilakukan secara berperingkat-peringkat,” katanya pada sidang media di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.
Pada 11 Januari lalu, Speaker Datuk Teng Chang Kim memaklumkan, pihaknya sudah mengarahkan setiausaha DUN memaklumkan perkara itu kepada semua Adun Selangor.
Sidang DUN itu akan dijalankan menurut Peraturan 10 (3) Peraturan-peraturan Tetap DUN Selangor setelah berpuas hati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar.
Ia bertujuan untuk meminda undang-undang tubuh kerajaan negeri, berhubung pelantikan tiga pegawai eksekutif (ex-offcio) iaitu Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Peruntukan RM1 juta kepada ADUN Selangor


SHAH ALAM 12 JAN: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memperuntukkan RM1 juta kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu bagi membaikpulih keperluan asas di setiap kawasan termasuk jalanraya dan sistem perparitan.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat exco di sini lewat petang tadi.

Bercakap kepada media, Khalid berkata, kepimpinan kerajaan Selangor akan memperhebatkan usaha turun padang mendekati rakyat untuk membawa perubahan di peringkat dasar.

Justeru katanya lagi, perancangan komprehensif tiga bulan akan datang akan menentukan pengurusan negeri yang lebih cekap.

"Setiap ADUN diberi peruntukan RM1 juta untuk menggunakan duit itu untuk pemuliharaan jalan, pembinaan jambatan dan parit-parit yang perlu dibetulkan melalui pihak berkuasa tempatan berkenaan. Oleh sebab itu kita mesti membawa pembangunan dari peringkat bawah," katanya.

Dalam pada itu, ditanya samada pihak pembangkang Selangor akan mendapat peruntukan yang sama, Khalid berkata rujukan akan tertumpu kepada kerajaan persekutuan.

"Kalau kerajaan persekutuan buat untuk semua ahli parlimen dan kita akan melakukan perkara yang sama. Asalkan mereka buat dulu. Kita lihat dahulu. Bukan kita tidak lihat perkara ini tapi, tunggu dulu. Kita tawarkan. Kita lihat dulu kalau persekutuan dan beri sekata kepada semua ahli parlimen dan kita akan ikut," jelas beliau lagi.

Pengurus Felda ‘ugut’ peneroka sebelum terima wang BIPP

BERA 12 Jan: Beberapa orang peneroka dari Felda Tembangau 1 dekat sini, kesal dengan sikap pengurus di rancangan berkenaan yang mengambil kesempatan ‘mengugut’ peneroka menandatangani aku janji ketika menerima wang Bonus Insentif Produktiviti Peneroka (BIPP).
Borang bertajuk Kes Kajian Keberkesanan Sistem Penyampaian Felda itu, menyenaraikan tiga pilihan untuk ditanda oleh peneroka sama bersetuju atau tidak bersetuju.
Pilihan pertama berbunyi pemberian bonus (PIPP) oleh Felda – terima kasih banyak, semoga Felda sentiasa maju, mudah-mudahan bonus BIPP diberi pada tahun-tahun akan datang. Saya akan bersama Felda walaupun susah ataupun senang.
Pilihan kedua, Felda menipu sepatutnya bonus BIPP banyak lagi, saya tidak memerlukan bonus ini, saya bersedia untuk saman Felda di masa hadapan.
Ketiga, catitkan yang difikirkan selain di atas.
Menurut peneroka yang enggan disiarkan namanya, keadaan ini membuatkan 279 peneroka di tanah rancangan berkenaan dalam keadaan serba salah.
“Masalahnya apabila di hadapan pengurus tentulah peneroka akan bersetuju dengan pilihan nombor satu kerana jika ditanda pada pilihan nombor dua, mereka tak dapat wang BIPP.
“Mungkin pengurus itu mahu membuat survey tentang pendirian peneroka berkaitan dengan pelbagai isu termasuk saman Felda ke belakangan ini. Tetapi cara ini seolah-olah mengugut peneroka,” katanya.
Tambahnya lagi, beliau difahamkan tidak semua pengurus rancangan yang mengeluarkan borang untuk ditandatangani kerana peneroka-peneroka Felda Tembangau 2 tidak dikehendaki berbuat demikian.
Baru-baru ini, Felda telah membayar wang BIPP kepada peneroka Felda yang telah menjualkan hasil ke kilang agensi berkenaan bernilai antara RM400 hingga RM1,200 setiap orang.

Bapa terharu terima bantuan sekolah anak

KUALA LUMPUR: Bapa kepada dua anak, Jamal Abd Ghafar, terharu dengan sumbangan yang dihulur Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bagi membolehkan dua anaknya bersekolah.
Keceriaan diriingi  senyuman kegembiraan, jelas terpancar di wajah Jamal yang kesempitan wang dan tidak mampu membayar yuran sekolah dua anaknya, Lokman Hakim  dan Norhana Sofia, masing-masing berusia 11 dan 10 tahun.
Betapa tidak, Lokman dan Norhana, tidak mengikuti sesi persekolahan sejak dua minggu lalu berikutan Jamal ketiadaan wang lantaran tiada pekerjaan tetap. Pada masa ini, isterinya, Intan Safina, 37, pula sarat mengandung anak ketiga.
“Saya bersyukur kerana anak saya, akhirnya dapat ke sekolah dengan bantuan ini. Saya tidak tahu bagaimana untuk mengucapkan terima kasih kepada YB Nurul Izzah. Dengan wang ini, dapatlah anak-anak saya ke sekolah semula,” katanya.
Selain masalah yuran dan perbelanjaan sekolah, Jamal juga berdepan kesukaran untuk menampung kos tambang bas sekolah berikuta anaknya bersekolah di Methodist Primary School (MPS) yang jauh dari rumah mereka.
Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan Nurul Izzah berbentuk wang tunai ketika mengunjungi rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Cempaka, Pantai Dalam di sini, hari ini.
Nurul Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN sempat beramah mesra dengan dua anak Jamal yang kelihatan gembira apabila dimaklumkan yang mereka akan bersekolah semula.
Beliau turut memandang serius masalah sedemikian kerana melibatkan soal pendidikan yang sewajarnya diberi kepada segenap lapisan masayarakat sebagai jaminan masa depan.
“Kita ambil serius isu ini kerana anaknya hampir dua minggu tidak ke sekolah. Pendidikan adalah perkara paling penting untuk anak-anak,” katanya lagi.

Debat 100 hari Pakatan, Najib berdolak-dalih

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beliau berhubung "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat.

Perdana Menteri berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya.

prime minister najib razak at bn meeting press conference 2"Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu. Saya tak nampak ada hasil, yang penting sekali ialah penilaian daripada rakyat," katanya kepada pemberita di Seri Perdana di Putrajaya hari ini selepas majlis ramah mesra meraikan skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki pada bulan lalu.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran Anwar untuk berdebat dengan beliau berhubung "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat jika mereka menang pada pilihan raya umum ke-13 dengan menjanjikan antara lainnya pemansuhan tol dan kenaikan elaun untuk guru.

Sebelum ini, Perdana Menteri dan ramai pakar ekonomi menyifatkan pelan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan negara muflis.

Najib berkata pakatan pembangkang boleh membuat pembentangan mereka dan BN akan turut membuat pembentangan berhubung perkara itu.

"Dan kita boleh buat macam-macam penilaian atas perancangan berkenaan (pelan). Biar rakyat menentukan," katanya.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, jika ada orang lain yang mahu berdebat dengan Anwar seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, itu terserah kepada masing-masing dan beliau tidak akan menghalangnya.

- Bernama