Selasa, 11 Januari 2011

KES LIWAT DS ANWAR - JAMIL KHIR PENGHALANG UNTUK BICARA DI MAHKAMAH SYARIAH?

Oleh: WFAUZDIN NS
DS ANWAR dituduh melakukan perbuatan liwat dengan Saiful Bukhari Azlan dan jika difahami dari seksyen pertuduhan yang dihadapkan ke atas beliau, perbuatan itu dilakukan secara `suka sama suka'. Berlawanan dengan apa yang disebut oleh Saiful Bukhari di dalam mahkamah bahawa beliau `dipaksa' melakukannya walaupun pemuda ini telah `bersedia' dengan memakai tuala dan berwangian.

DS Anwar selaku yang dituduh ingin menuntut keadilan bukan sahaja untuk dirinya bahkan juga keadilan buat Saiful. Mencari keadilan, tempat yang sesuai buatnya selaku umat Islam dan kebetulan juga Saiful yang dikatakan menjadi pasangannya juga berugama Islam sudah pastilah beliau memilih Mahkamah Syariah. Bukankah zina dan liwat `suka sama suka' itu tarafnya sama di sisi Islam dan Mahkamah Syariah sahaja tempat paling layak untuk mencari keadilan dan kebenaran. DS Anwar dari awal lagi menyangkal keras tuduhan terhadapnya, namun tetap mahu merujuk ke Mahkamah Syariah untuk mendakwa Saiful yang telah melakukan fitnah terhadapnya. Maka, DS Anwar mohon agar kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah di bawah pertuduhan `Qazaf'. Saiful pula memilih jalan mudah iaitu dengan melakukan `sumpah laknat' yang tidak pernah diakui oleh Syarak di dalam menghadapi kes seperti ini.

Mengikut berita yang dilaporkan oleh akhbar Buletin Rakyat edisi 119, DS Anwar memberitahu beliau mempunyai maklumat bahawa kertas pertuduhan kes liwatnya sudah disiapkan untuk pendakwaan di Mahkamah Syariah namun ianya telah ditahan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Mej (Jen) Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau mempersoalkan mengapa Menteri yang tahu tentang hukum Islam ini dan juga sebagai bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera boleh menggunakan kuasa menyekat pendakwaan.

Di dalam berita yang dilaporkan oleh akhbar itu juga menyebut DS Anwar memohon agar DYMM YDP Agong yang bertindak sebagai Ketua Agama agar melihat kedudukan Mahkamah Syariah supaya terpelihara dari dipergunakan demi kepentingan politik. Begitulah komitmen DS Anwar yang mahukan agar kes beliau dibicarakan secara adil mengikut lunas-lunas Islam dan sewajarnya Menteri yang berada di dalam Umno yang kununnya mengaku sebagai pejuang Islam menyokongnya. Tetapi, ini tidak berlaku dan DS Anwar masih dibawa ke mahkamah sivil yang dilihat semakin cerca merba perjalanannya.

Jelas kepada kita, siapakah yang tidak mahu melihat kepada keadilan di dalam kes ini. Adakah Mahkamah Syariah di negara ini tidak setaraf dengan Mahkamah Sivil? Adakah perundangan Islam tidak membantu Umno untuk melaksanakan kehendaknya? Adakah Umno tidak percaya kepada keadilan Islam apabila melibatkan Ketua Pembangkang ini?

Sekiranya Umno menolak Islam, Umno menghakis kuasa raja-raja dan Umno juga gagal membela Melayu, maka apa lagi boleh kita harapkan dengan parti ini? Jika Islam dan Melayu pun Umno gagal martabatkan, usah kita bicara lagi tentang keadilan Umno terhadap ugama dan bangsa dan suku yang lain. Maka, wajarlah Umno segera ditalkinkan.

MB akan pilih calon BN Tenang

Naib ketua bahagian Labis juga kesal dengan kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mahu seorang wanita menjadi calon BN 

PETALING JAYA: Umno bahagian Labis memilih sembilan nama untuk dicalonkan bagi bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Tenang, 30 Januari ini, kata naib ketua bahagian, Hashim Daud.
Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani selaku pengerusi BN negeri dan pengarah pilihanraya BN Tenang akan memilih nama calon BN tersebut.
Pemilihan sembilan nama tersebut dibuat dalam mesyuarat AJK Umno Labis yang dipengerusikan sendiri oleh Abdul Ghani kira-kira dua minggu lalu.
Mereka ialah Hashim, Rusdin Mahmud (timbalan ketua bahagian) , Haslinda Salleh (ketua wanita), Mohamad Kahiruy (ketua penerangan), Nurul Huda Marsidin (ketua puteri), Mansor Birat (ketua penerangan) dan tiga AJK bahagian iaitu Saadon Wardini  Omar Talib dan  Adam Nasrun.
Abdul Ghani, kata Hashim, mempunyai kuasa yang besar dalam pilihanraya ini termasuk pemilihan calon.
“Jika ada nama lain daripada yang dipilih oleh Umno bahagian bermakna ia adalah usaha peribadi mereka dan tiada kena mengena dengan kami,” katanya.
“Bahagian (Labis) tidak mempunyai kuasa untuk memilih calon kerana kuasa pemutus adalah di tangan Menteri Besar kerana beliau merupakan pengerusi perhubungan BN Johor.
“Malah setiap mesyuarat Umno Labis akan dihadiri oleh Abdul Ghani kerana beliau juga pengarah pilihanraya BN Tenang,” katanya.
Pilihanraya kecil Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha akhir November lalu.
Hashim menegaskan sembilan nama tersebut merupakan senarai yang diluluskan oleh Umno bahagian Labis.
“Jika ada nama lain, itu bukan tanggungjawab kami sebaliknya ia dilakukan sendiri oleh individu berkenaan mungkin atas dasar hubungan baik dengan pihak berkenaan.
“Kini terpulang kepada Ghani untuk memilih siapa sahaja calon BN untuk Tenang. Kita akan menerima pilihan beliau,” tambahnya.
Beliau juga menjelaskan laporan-laporan tertentu termasuk Umno bahagian memilih calon Wanita untuk Tenang bukan datang dari Umno bahagian Labis.
“Ia adalah pandangan mereka sendiri dan kami tidak bertanggungjawab dengan laporan sedemikian rupa,” katanya.
Sementara itu, Hashim kesal dengan kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mahu Haslinda menjadi calon BN Tenang.
“Kalau saya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) saya sudah panggil Shahrizat untuk memberi penjelasan mengapa membuat kenyataan sedemikian rupa.
“Dia (Shahrizat) telah mendahului keputusan yang dibuat oleh pengerusi BN negeri sedangkan pengerusi BN negeri yang boleh mengumumkan calon di Tenang,” katanya.
Shahrizat, menteri wanita, keluarga dan masyarakat dilaporkan berkata, beliau membuat cadangan itu atas pertimbangan jumlah pengundi lelaki dan wanita sama ramai di Tenang.

Sabah PKR hot seat a poisoned chalice?

KOTA KINABALU: If the gasp of surprise is any indication, newly-appointed Sabah PKR top man Pajudin Nordin has jumped into a hot seat and bets are on as to whether he will last long in the post.
The stakes are high and the expectations even higher given that even PKR de facto leader Anwar Ibrahim didn’t last more than a few months as Sabah state chief before he relinquished it to Azmin Ali, who in turn lasted for only a few weeks before handing the reins to Ahmad Thamrin Jaini.
Thamrin was heavily criticised for “non-performance” or failing to come up to the expectations of his peers, a charge that he disagrees with.
“Qualified” people, such as former PKR vice-president Jeffrey Kitingan, a Harvard scholar, were sidelined as they were believed to be not good enough to head PKR in the second-biggest state in Malaysia.
Now Pajudin, 42, not even a divisional head, has been entrusted with the task of leading the state by party president Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Perhaps, a more pertinent question is whether Pajudin will be able to perform better than all his predecessors, including recent leaders like Thamrin and Ansari Abdullah.
It is an open secret that many in Sabah PKR are disgusted (disappointed is too meek a word) at the way the PKR central leadership has handled Sabah matters, including this one.
Nasty text messages and cynical comments from PKR state leaders were flying around soon after they learnt that Pajudin had been appointed Sabah PKR Chief.
Some of the messages were harsh, to say the least.
Sabah’s view not important
But Pajudin is an educated person having pursued Islamic and Quranic studies in Saudi Arabia. In fact, his credentials are better than most of the divisional heads in Sabah. So what’s the fuss?
Anwar was not looking for the most educated person or he would have appointed such a one from among the leaders in Sabah.
Said a former founding member of Sabah PKR Awang Ahmad Sah Awang Sahari: “It is the same old story with PKR when it comes to Sabah and Sarawak.
“What the leadership in Kuala Lumpur wants overrides what Sabahans aspire to.
“The appointment of ustaz Pajudin confirms that Sabah’s views and aspirations are not important to PKR… rather it is who and what they want that matters more to them.”
The PKR constitution that provides for members of the state liaison to reach a consensus or to forward a choice to the president to appoint the state chief is only for reading and never meant for sincere adoption, he charged.
Awang Ahmad Sah, who has had skirmishes with PKR central leaders and their proxies in Sabah, argued that merit, contribution, sacrifice and loyalty are irrelevant in the eyes of PKR decision- makers.
“What comes first is whether they can use and trust a particular Sabahan leader to dance to their music.
“Forget about the feelings and intelligence of Sabahans in PKR; they just want to be on top of you, using you to achieve their dream to capture Putrajaya,” he alleged.
But Pajudin certainly has all the values Awang Ahmad Sah mentioned – merit, contribution, sacrifice and loyalty.
He has been one of those most loyal to party leadership and he did not go out of his way to seek the post.
Can he lead?
But can he manage a broken team? Will they listen to him? Can Pajudin convince people to rally behind him or Anwar?
These are questions that party supporters have lined up against this diminutive Bajau from Tuaran.
The way analysts see it, Pajudin cannot stop the exodus from PKR, especially the Kadazandusun and Murut (KDM) community who left earlier and will continue to leave following PKR’s clearest indication yet of the axis of Ansari-Anwar-Azmin behind Pajudin’s appointment.
Pajudin will sit as just one of the vice heads in the Tuaran division whenever Ansari chairs a divisional meeting. This is not entirely an anomaly and was probably foreseen.
But it is not something that will go down well with independent-minded Sabahans.
Comments by PKR state leaders like Kong Hong Ming speak volumes on how things will percolate to the top and be managed soon in Sabah.
Kong, Tawau divisional chief, claimed that he was not even notified of Monday’s press conference to unveil Pajudin as the new head.
It was not clear if others were notified, but if they were, then their absence also spoke volumes of the arduous task ahead for Pajudin.
Only three out of 26 divisional heads, including one from Labuan, were present and they were Ansari and his two inseparable allies, Hassnar Ebrahim of Batu Sapi and Anthony Mandiau of Kota Marudu who days ago heaped criticism on Thamrin and rallied support for Ansari for the post.
Though Pajudin claimed that many divisional chiefs had congratulated him, it would be naive of him to take it as support for his new seat.
At Monday’s press conference, Pajudin was ably assisted by former Sabah PKR communication director Ronnie Klassen who eloquently introduced Pajudin to the press.
While fluent in Arab and Malay, Pajudin is not well-versed in English which, by the way, will  not pose a problem for him in Sabah.
Fighting a stigma
If Pajudin knows how to rise above internal bickering, play the peace-maker role and at the same time manage the growth of PKR in Sabah, he might just be the person to lead Sabah PKR in the looming general election.
At least Pajudin is not burdened with managing his own division as he is not a divisional chief. That’s an advantage for him.
He will have a big problem though if he allows himself to be either too close or too detached from any of the rival groups within Sabah PKR.
He is already fighting a stigma of being Ansari’s man and it will only need a tiny mistake to see him become irrelevant.
Observers also said that the soft-spoken and without much clout Pajudin is vulnerable to revolts, especially orchestrated ones.
If this happens, then Anwar might replace him with a stronger personality, an attribute that right now had been brushed aside.

Panas! Blogger UMNO kata Solat Hajat bidaah!!

Sabda Rasulullah SAW. "Tidaklah seseorang dari kamu apabila berhajat, berwuduk dan solat dua rakaat dengan surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas melainkan di makbulkan hajatnya"

Para Sahabat sering solat hajat dua rakaat walaupun ketika diluar rumah.

LinkBerita lanjut.. KLIK sini!!
Wah.. Pondok mana blogger YB Hamidah di belajar? Pandai benar tafsir.. Mengalahkan Mufti Melayu Haruss Sani.. haha.. Si Zambry main tiang tu tak salah pulak. Dituntut ke?

UMNO buat isu ni apabila mereka gerun dengan kehadiran rakyat di Majlis Solat Hajat Pakatan Rakyat di Malawati. Usah lah tunjuk ketengin mu wahai UMNO!!


Blogger YB Hamidah ini menyarankan ulama yang mengamalkan dan membiarkan umat mengerjakan solat hajat ketika mereka ada keperluan, seperti amalan di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi apabila hampirnya menghadapi peperiksaan akhir, persatuan-persatuan agama apabila ada perayaan-perayaan tertentu, masjid-masjid dan surau-surau serta orang-orang perseorangan apabila menyambut hari-hari yang dianggap sebagai kebesaran Islam. Begitu tenginnya UMNO.

Wajah Baru Orang-Orang Yahudi


Orang terperangah mendengar Mark Zuckerberg, yang menghibahkan kekayaannya $ 100 juta dolar kepada sebuah sekolah di AS.
Pemilik ide facebook, yang sekarang sudah menjadi kegiatan global itu, tidak menikmati kekayaannya, semata untuk pribadinya. Zuckerberg mendermakan kekayaan itu, sebagian besar untuk amal.
Mahasiswa Harvard yang menggagas facebook ini, sekarang menikmati hasil jerihpayahnya, dan kemudian dia berbuat untuk orang banyak.
Inilah kecenderungan (trend) orang-orang kaya di Barat, khususnya di AS, yang sekarang berlomba-lomba menghabiskan kekayaannya untuk melakukan amal (charity). Mereka membuat lembaga amal yang bersifat global. Membantu kaum miskin di Afrika, Asia, dan beberapa negara di Amerika Latin.
Warren Buffet, seorang investor yang memiliki kekayaan tidak tanggung-tanggung, senilai $ 47 miliar dolar, dan Bill Gate yang tak kalah kekayaannya dengan Warren Buffet, sekarang ini totalnya mencapai $ 57 miliar dolar.
Dua raksasa ini belum lama melakukan perjalanan keliling Cina dan India. Sebelumnya orang terkaya di muka bumi ini, berkeliling ke seluruh negara bagian AS. Keduanya sudah memasuki usia senja. Kedua tokoh ini sekarang lebih banyak tinggal di kampung halamannya, menikmati hari tuanya.
Warren Buffet menghibahkan 99 persen asset kekayaan kepada isterinya untuk kegiatan amal. Bill Gate menyisihkan kekayaannya senilai $ 2 miliar dolar tahun ini, yang digunakan untuk membantu kesehatan masyarakat, pendidikan, dan pembangunan. Bill Gate, juga membantu kegiatan kaum Evengelist, yang sekarang ini terus menyebarkan kegiatan di seluruh dunia, terutama di negara-negara dunia ketiga.
Kedua tokoh ini mendirikan apa yang disebutkan dengan “Greats Givers”, sebuah lembaga charity yang bersifat global, dan menyerukan kepada orang-orang kaya, agar mereka menyisihkan kekayaan mereka untuk kepentingan amal (charity). Bayangkan apa yang akan dihasilkan dengan dana yang demikian besar, yang dimiliki oleh dua tokoh ini, yang sudah menghibahkan dananya untuk kepentingan amal ke seluruh jagad.
Ada Dominique Strauss-Kahn yang menjadi Direktur IMF (International Monotary Fund), dan Robert Zoelick, yang menjadi Direktur World Bank. Keduanya menangani krisis ekonomi global yang sekarang bukan hanya menghentakkan ekonomi AS, tetapi telah memporak-porandakan Uni Eropa.
Kedua lembaga multilateral itu, menangani krisis yang sekarang terjadi di Eropa. Yunani, Irlandia,  Portugal, Spanyol, Ukraina, dan bahkan Pakistan. Lembaga multilateral itu harus mengeluakan uang bersama dengan Uni Eropa, tak kurang mencapai 110 miliar euro, hanya untuk memberikan talangan kepada Yunani yang sudah bangkrut dan tenggelam dihantam krisis utang. Eropa yang kini terkena krisis akan menjadi menjadi taruhan. Akankah Eropa tetap bersatu menjadi sebuah zona, yang sekarang ini beranggotakan 27 negara?
Bernanke yang menjadi kepala Federal Reserve AS (Bank Central AS), bersama dengan Dominique dan Robert Zoelick, menyelamatkan ekonomi AS, yang menggelontorkan dana talangan kepada bank-bank di AS, yang tergilas krisis fininsial, yang jumlahnya mencapai 900 miliar dolar.
Mereka semuanya adalah tokoh-tokoh Yahudi, dibalik kehidupan ekonomi global, yang sekarang ini porak-poranda, akibat krisis.
Krisis diakibatkan  oleh sistem kapiltalisme yang sangat rakus, dan dengan dasar riba, yang sudah menjadi ideologi dasar mereka. Kaplitalisme yang sangat rakus dan tamak, menghancurkan kehidupan  adalah buatan  mereka sendiri. Tak ada solusi akibat krisis sekarang ini. Ideologi-idelogi yang mereka ciptakan itu, akhirnya secara bertahap justru menghancurkan diri mereka sendiri secara sistematis.
Maka, di sini ada sosok lainnya, seperti George Soros, yang membangun sebuah gerakan yang bersifat global, yang diberi nama The Open Society Institute, yang tujuannya ingin membangun sebuah kehidupan baru, yang berdasarkan kesetaraan, toleransi, keadilan, terbuka, dan demokratis. The Open Society Institute itu, yang sekarang ini terus terlibat dalam berbagai perubahan di seluruh dunia, dan terus meningkatkan jaringannya.
Warren Buffet dan Bill Gate yang membuat gerakan “Great Givers”, dan ditopang dana yang besar, dan seruan-seruannya yang massif kepada orang-orang kaya di seluruh jagad ini, serta meminta mereka mendermakan kekayaan mereka untuk kepentingan amal bukan tanpa tujuannya.
Mereka hanya ingin membangun sebuah gambaran baru, yang lebih beradab bagi entitas Yahudi, yang lebih humanis, dan memiliki rasa tanggung jawab kepada dunia, dan ummat manusia, terutama atas nasib mereka yang miskin. Ini menjadi sarana menutupi kebiadaban dan kejahatan yang mereka lakukan selama berabad-abad ini.
Di AS seorang tokoh Yahudi dibidang finansial, Madock, yang sudah dijatuhi hukuman oleh pengadilan 150 tahun, akibat penipuan yang jumlah mencapai $ 50 miliar dolar. Ini merupakan bentuk penipuan dengan menggunakan cara yang disebut ‘Skema Vonzi’, yang merupakan kejahatan dibidang finasial yang terburuk disepanjang sejarah AS.
Karena dengan ekonomi yang kapilistik itu, betapa banyaknya negara yang telah dihancurkan oleh entitas Yahudi. Dengan sistem yang kapitalistik itu, dan  negara-negara miskin telah masuk dalam jebakan utang (the debt trab), yang akhirnya mereka hanya menjadi bangsa budak. Tergantung kepada para ‘tuan’ yang menjadi pemiliki modal. Negara-negera berkembang asset mereka telah habis dikuras oleh perusahaan multi nasional (MNC), yang sebagian besar dikendalikan para baron Yahudi.
Jangan lupa orang-orang Yahudi itu, juga ada yang bertindak lebih biadab, seperti Ariel Sharon, yang membantai ribuan rakyat Palestina. Perdana Menteri Robert Olmert dari Partai Buruh (Kadima), yang dianggap lebih moderat (lunak) dibanding dengan Partai Likud, yang konservatif, tetapi Olmerts telah melakukan ageresi militer yang menewaskan ribuan orang Palestina di Gaza, dan meluluh-lantakkan wilayah itu.
Ada juga Paul Wolfowitz yang menjadi inisiator invasi AS ke Irak. Sesudah agresi yang menghancurkan itu, Wolfowitz diangkat menjadi kepala World Bank, dan meninggalkan jabatannya, sesudah terkena skandal 'cinta' dengan seorang bawahannya. Bekas Dubes AS di Jakarta itu, ternyata pengikut Partai Likud, yang sudah mempunyai obsesi menghancurkan Irak, sejak tahun 1982, dan baru terlaksana pada pemerintah Bush.
Yahudi yang sudah dikutuk karena berbagai kejahatannya, dan sekarang masyarakat dunia mulai menyadari kejahatan mereka, dan menjauhi orang-orang Yahudi, dan sekarang menyebabkan Yahudi sebagai komunitas yang terisolir.
Sekarang orang-orang Yahudi menampilkan wajah baru dengan tokoh-tokoh  seperti Warren Buffet, Bill Gate, dan Mark Zuckerberg, yang menjadi manusia-manusia 'mulia'  penuh dengan belas kasihan. Terhadap sesamanya. Wallahu’alam.
[eramuslim.com] Senin,

Najib claims credit for stock market rise but analysts unconvinced

Najib claims credit for stock market rise but analysts unconvincedPrime Minister Najib Razak moved to claim credit for the historic gains ratcheted in the stock market in the first week of trading in 2011, but analysts were unconvinced saying the bullish sentiment part of a region-wide climb due to ‘hot’ U.S. funds seeking short-term refuge in the world's equity markets.
“Malaysia’s economy is recovering in tandem with other neighbours but what is basically pushing markets up from Tokyo to Hong Kong to Singapore are foreign funds looking for the good deals of 2011. Portfolio managers seldom stay long, but when they come, they can create a lot of bubbles if the authorities are not careful,” Singapore-based economist David Cohen told Malaysia Chronicle.
Indeed, many pundits including former premier Mahathir Mohamad have warned of inflationary pressures as the local asset markets sky-rocketed.
“Some people believe that the rise of the KLCI is an indicator of the healthy state of the Malaysian economy. This may be true but let me throw some cold water in the belief that the index indicates that the economy is doing very well,” Mahathir had said in his blog late last year.
“What is happening is that a lot of foreign money is coming in to buy Malaysian stocks. In itself it is not bad. It is also a kind of foreign direct investment. But this kind of FDI is not about setting up industries to produce goods for export. The latter will not be easily liquidated to take the invested capital out. The plants which are set up cannot be easily sold. The investors will have to manage them through good and bad times to get a return on their investments.
"I would not be surprised when the KLCI peaks the foreign investors will dump their shares and collect capital gains. The share prices will fall rapidly and Malaysians who had chased the shares on their way up will be asked to meet margin calls. If they fail they will lose a lot of money.”
Even opposition politician, Charles Santiago, a trained economist, advised that Malaysia took precautions and considered imposing capital controls. “Hot money has the tendency to create asset bubbles in the currency, stock and property markets,” Santiago, who is also the Klang MP, had warned.
Fruit of his policies, ETP now in "overdrive"
Nonetheless, Najib was confident the stock market rally on the local bourse was due to his policies bearing ‘fruit’.
"The confidence of the business sector and investors in the Malaysian economy is rising higher. This we can see from the performance of Bursa Malaysia which had touched the highest closing level on Jan 7 which was 1,572.21 points," he said at media briefing on Tuesday.
The PM added that the latest Grant Thornton International Business Report showed 50 per cent of medium to large enterprises were positive about Malaysia's economic prospects this year. "It shows confidence towards Malaysia is at its highest since our participation in the report," said Najib, who also holds the Finance portfolio.
The Malaysian premier had earlier unveiled 19 more entry-point projects for his controversial RM1.4 trillion Economic Transformation Programme. According to him, the 19 projects could generate RM67bil in investments, RM36bil in gross national income and create 35,000 new jobs.
"As you can see, the ETP has started the year very strongly by going into overdrive and is surging ahead with more EPPs and developments. As the saying goes, the proof of the pudding is in the eating. By kick-starting these projects as well as the earlier announced projects, the economic effects will soon be tangible," Najib said.
Debate challenge as debt soars to historical high
However, he omitted to mention that the Auditor General had warned in a Report released on October 25, 2010 that the national debt to Gross Domestic Product ratio had breached the 50 per cent mark for the first time in Malaysia’s history.
“Malaysia government’s debt for 2009 rose to RM362.39 billion or 53.7% of GDP. The level of national debt in fact worsens under the stewardship of the current Prime Minister. The government undertook 19 bond programmes with a combined value of RM58.1 billion in 2010,” Opposition Leader Anwar Ibrahim revealed at a separate press conference on Tuesday.
Anwar also challenged Najib to a national debate on the economy and the governance styles of their respective Pakatan Rakyat and BN coalitions. However, Najib is unlikely to accept the dare given Anwar’s famed oratorical skills.

Cabaran Tahun 2011

Oleh Ruhanie Ahmad
Kedatangan tahun 2011 diiringi rungutan rakyat mengenai ketiadaan bekalan barang-barang kawalan di pasaran, terutamanya minyak masak. Tahun ini juga berhadapan dengan persoalan sama ada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 akan diadakan dalam tempoh terdekat, mungkin selari dengan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Jun atau Julai 2011. Paling mendebarkan lagi, apakah peluang BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang, Labis, Johor, yang hari pembuangan undinya pada 30 Januari 2011.


Bekalan minyak masak: Sampai bilakah rakyat akan didera oleh pihak pembekal dengan masalah kekurangan bekalan barang-barang kawalan seperti gula, minyak masak, dan lain-lainnya? Apakah ini melambangkan sikap tamak pihak pengeluar dan pembekal atau mencerminkan ketidakcekapan pihak penguatkuasa di kementerian yang bertanggungjawab? Di mana pun silapnya, janganlah rakyat yang terus dijadikan mangsa deraan mereka. Mungkin juga wajar SPRM memberikan tumpuan kepada persoalan ini untuk memastikannya ianya bebas daripada amalan rasuah!
PRU13: Banyak penganalisis dan pemerhati sentiasa memperkatakan kemungkinan PRU13 diadakan tahun 2011---dua tahun lebih awal daripada tempoh tamatnya Parlimen ke-12 pada Mac 2013. Blog ini telah memberikan pendapatnya menerusi posting pada Jumaat 10, Disember 2010, dengan tajuk Persoalan Strategik Menjelang PRU13. Antara komen yang menarik mengenainya adalah daripada Spycatcher yang mengketengahkan soal perisikan terhadap kesiapsediaan BN di peringkat akar umbi. Saya amat setuju dengan Spycatcher kerana perisikan memainkan peranan penting untuk menentukan kesediaan BN mengadakan PRU13 pada bila-bila masa sebelum Mac 2013.
Selain itu, BN perlu mewujudkan sistem perisikan multi-sumber, jangan hanya bergantung kepada risikan rasmi KEMAS, JASA, SERANTA FELDA, MIO dan SB sahaja. BN perlu mempunyai satu mekanisme khas untuk double check seluruh laporan rasmi pihak-pihak ini, bukan kerana tidak mempercayai mereka yang selama ini pun sudah menjalankan tugas cemerlang, tetapi untuk menentukan segala-galanya adalah sahih dan benar kerana PRU13 adalah amat mencabar dan penuh dugaan.
PRK DUN Tenang: Saya mengenali DUN ini secara peribadi sewaktu bertugas sebagai Setiausaha Politik Tun Musa Hitam (1982-1986). Ramai sahabat dan kenalan saya daripada semua kaum. Ada Koon Yew, ada Abang Juraimi, Penghulu Ibrahim, Cikgu Ismail dan lain-lainnya. Pastinya mereka sudah pun lebih lanjut usia daripada saya. Lantas, kemenangan PRK DUN Tenang bukan sahaja bergantung kepada mereka malahan pengundi generasi barunya.
Tapi, bila saya tinjau beberapa blog tempoh hari, nampaknya seakan-akan ada juga perebutan soal calon di Tenang. Moga-moga ini cuma ribut dalam cawan yang tidak akan menjejaskan peluang kemenangan DUN Tenang. Saya yakin YAB Ghani Othman yang jadi pengarah PRK tersebut mampu mengekalkan kemenangannya.

Sokong Penjawat Awam Berkempen Untuk Kerajaan, Tindakan Terdesak BN

SHAH ALAM 11 JAN: Salahuddin Ayub menyelar kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi kerana menyokong tindakan Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran yang merayu undi di sekolah-sekolah sekitar Johor baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai terdesak dan tidak profesional apabila seorang penjawat awam dibolehkan untuk berkempen di sekolah-sekolah bagi meraih undi.

"Sampai ke tahap seperti ini menggunakan penjawat awam, adakah mereka kekurangan juru kempen atau kehabisan modal untuk berkempen dan menggunakan pengarah pelajaran negeri untuk mereka. Ini tindakan terdesak.

"Itu menyalahi etika, seharusnya kalau dia benar-benar berminat untuk berkempen dia perlu menanggalkan pakaian penjawat awam itu dan cuba berpolitik. Itu lebih beretika dan bersesuaian kalau kita nak berlawan dengan mereka," kata Naib Presiden PAS itu ketika dihubungi Tv Selangor.

Salahuddin berkata, taktik kotor seperti ini jelas menunjukkan sikap berat sebelah kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) yang secara terang-terangan menggunakan penjawat awam untuk berkempen dan merayu pengundi di kawasan itu.

"Kalau berpihak kepada dia memang tidak salah lah. tetapi kalau untuk pembangkang itu salah dan diambil tindakan. Jadi saya rasa itu yang sebenarnya terpaksa kita alami di negara kita. sikap berat sebelah.

"Sepatutnya dia tunjukkan sifat profesional dalam menunjukkan arah tuju dan etika seorang penjawat awam. Bukan dia yang secara terang di youtube itu kita lihat jelas berkempen untuk Barisan Nasional," katanya.

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Puad Zarkashi hari ini menyifatkan dakwaan PAS bahawa Pengarah Pelajaran Negeri, Markom Giran menyalahgunakan jawatannya untuk berkempen di kalangan guru sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sebagai gimik politik.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman telah membuat satu laporan polis terhadap Markom Giran kerana melanggar tatacara sebagai penjawat awam dengan mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi bagi memenangkan umno barisan dalam pilihan raya kecil DUN itu akhir bulan ini.

Bukti yang diperolehi menunjukkan Markom pernah berkempen di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah, Labis pada 31 Disember lalu dan empat buah sekolah kebangsaan di sekitar DUN Tenang pada 3 Januari lalu.

Pengundi Rembau kena putar alam oleh Media Umno

Oleh: amkns

"Nampaknya wartawan N9kini kena buat lebih banyak kerja rumah sebelum buat berita di bawah ini.  Pengundi Rembau bertambah-tambah poning dengan laporan terkini N9kini yang bercanggah dengan laporan media perdana , susulan YB Hj Taufek ADUN PAS N.Sembilan dan Chegu bard turun padang di Rembau pada 11 Jan 2011.

Petikan laporan N9kini http://n9kini.com/?p=20998

Krew N9kini telah menghubungi sdr Adira Abdullah dari pejabat Parlimen Rembau untuk ulasan.

APAKAH MUNGKIN CHEGU BARD HILANG AKAL , UNTUK APA MAHU DIBINA LAPANGAN TERBANG DI REMBAU? BN TIDAK PERNAH MENJANJIKAN LAPANGAN DAN INI HANYALAH PROVOKASI DARI PAKATAN RAKYAT .

(Akhbar Utusan Malaysia bertarik 21 Februari 2008 antara lain menyebut bahawa Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bahawa kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil. Keratan akhbar pada pautan berikut rembau-hari-ini.blogspot.com

MENGENAI PEMBINAAN UITM , IANYA MEMANG AKAN DIBINA DI SEREMBAN 3, WALAUPUN LUAR REMBAU TAPI IANYA BERHAMPIRAN DAN SEMPADAN DENGAN REMBAU. APAKAH INI MENJADI SATU ISU YANG BESAR KEPADA PEMBANGKANG JIKA IANYA DIBINA DI SEREMBAN 3.

(Mohamad menjelaskan, pembinaan 'City Campus' bukan atas geran kerajaan, sebaliknya berasaskan pembiayaan swasta. "Begitu juga untuk projek pembinaan cawangan UiTM di Chengkau, Rembau. Kedua-dua projek berkenaan adalah di bawah pembiayaan swasta," katanya.
utusan.com.my

BN MENJANJI MEMBINA HOSPITAL , IANYA SEMEMANGNYA DALAM PERANCANGAN UNTUK DIBINA DAN IANYA PERLU PENELITIAN YANG RAPI

(Antara janji Pilihanraya Umum ke 12 di Rembau ialah pembinaan Hospital Rembau. Bukan main hebat upacara pecah tanah. Berita penuh di pasns.blogspot.com"

Adakah siasatan polis bermula dengan keyakinan PM?

Usaha untuk menjatuhkan seseorang di dalam organisasi berlaku di mana-mana; di dalam parti, di luar parti, di dalam syarikat, di dalam jabatan - pada ketika mereka merebut kerusi dan jawatan.
Kali ini, usaha bagi menjatuhkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim (gambar kiri) berlaku dengan menyebarkan berita beliau memperkosa pembantu rumahnya, Robengah yang bekerja di rumah menteri itu sejak 23 Disember 1999 hingga 2007 selama lapan tahun.
Insiden dikatakan berlaku sekitar 2007 yang diketengahkan oleh Migrant Care, sebuah badan bukan kerajaan yang menjaga kebajikan pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia.  Pada tahun 2007, sekiranya perkara ini dibangkitkan, sesungguhnya warga Indonesia serta kerajaan Indonesia sendiri sudah "mengamuk" kerana perhubungan Malaysia-Indonesia pada waktu itu tidak berapa baik, malah lebih teruk daripada kemarahan Indonesia terhadap Malaysia atas kekalahan semasa perlawanan bola sepak akhir Piala Suzuki baru-baru ini.

Oleh kerana kejadian berlaku pada tahun 2007 dan dibangkitkan sekarang, maka menimbulkan persoalan sendiri.  Adakah pihak yang membangkitkan isu ini benar-benar simpati terhadap mangsa dirogol si menteri atau tujuan menjatuhkan kerjaya menteri tersebut?
Sumber yang mendedahkan jenayah Menteri pada asalnya datangnya dari WikiLeaks dan kemudiannya diperbesarkan lagi oleh blog bigdogdotcom.wordpress.com dan rockybru.com.my.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) didapati lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, sedangkan SKMM tangkas bertindak ke atas RockyBru melalui laman blognya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini.
Media Indonesia sendiri tidak terbakar dengan liputan yang dibuat.  Mereka berpendapat, sikap Robengah itu sendiri yang sudah membuat pengakuan bahawa beliau tidak dirogol menutup segala spekulasi.  Pihak Migrant Care yang menerima laporan awal kes ini juga tidak berhasrat untuk memperbesarkan kes tersebut kerana menghormati permintaan Robengah dan Pejabat Luar Negara Indonesia juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kes tersebut ditutup.
Robengah tidak mengakui dirinya dirogol.  Suaminya juga meminta supaya tidak memporak-perandakan keluarganya.  Bagi Perdana Menteri pada waktu kejadian berlaku, Abdullah Badawi juga mengeluarkan kenyataan dengan menafikan tindakannya berdiam diri berhubung tuduhan memperkosa terhadap Rais Yatim bertujuan menutup kes dan melindunginya.  Abdullah berkata dakwaan penulis blog dan pembangkang itu adalah tidak berasas, malah kejadian itu tidak pernah dilaporkan kepadanya sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009.
Lagipun, perkara ini dibangkitkan oleh seorang penulis yang sememangnya dijangkakan beragenda tersendiri.

Keputusan atas keyakinan PM
Berlainan sungguh dengan dakwaan yang dikenakan sebelum ini terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim (gambar kiri) sewaktu waktu dahulu.  Di saat Anwar Ibrahim diserang media, dinafikan hak bersuara, dikecam peribadinya di sebalik perbicaraan mahkamah yang lompong dan belum dibuktikan bersalah.  Anwar berkali-kali menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa dia meliwat pemandu kereta isterinya, tetapi dakwaan tetap dikenakan - kerana Perdana Menteri yakin perkara ini berlaku.
Sehingga rencana ini ditulis, tiada sebarang dakwaan oleh pihak Peguam Negara terhadap Rais Yatim.  Barangkali keputusan Peguam Negara (untuk tidak bertindak) berdasarkan atas keyakinan Perdana Menteri bahawa perkara tersebut tidak berlaku.
Tolak-tarik Pengakuan Bersumpah

Di Malaysia, pengakuan bersumpah seperti suatu yang boleh dipermainkan.  Terdapat beberapa kes di mana pengakuan bersumpah yang dibuat, boleh dibuat pengakuan bersumpah lain satu lagi bagi menutup pengakuan bersumpah yang awal.  Antara faktor-faktor yang menjadikannya begitu ialah kerana dipaksa membuat pengakuan, ada juga tidak lari daripada diugut, dan diberi rasuah.

Berikut beberapa contoh insiden pengakuan bersumpah yang dibuat di negara ini:

1. Julai 2008: P.Balasubramaniam (gambar kanan), seorang peyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak Baginda memperincikan kisah yang mahu diceritakan berkenaan apa yang berlaku dan apa yang diberitahu kepadanya oleh tokoh-tokoh utama dalam kes tersebut termasuk Abdul Razak Baginda dan Altantuya sendiri.  Pengakuan berkanunnya juga mengaitkan Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.
Pada 4 Julai 2008, P.Balasubramaniam didapati menarik kembali pengakuan tersebut.  Akuan berkanun yang baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut.

2. Penghujung tahun 1998: Pengakuan bersumpah Munawar Ahmad Anees, penulis ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang memperjelaskan betapa keji dan hinanya perbuatan polis Malaysia di dalam tindakan mereka yang mereka banggakan sebagai "profesional".  Munawar mendakwa dipaksa membuat pengakuan bersumpah untuk membebaskannya daripada pendakwaan diliwat oleh Anwar Ibrahim.
3. Penghujung tahun 1998: Pengakuan bersumpah adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja bahawa dia diliwat oleh Anwar Ibrahim kemudiannya membuat pengakuan bersumpah yang lain yang menyatakan beliau dipaksa membuat pengakuan bersumpah awal dan kemudiannya menafikan segala dakwaan liwat antara beliau dengan Anwar Ibrahim.

4. September 2008: Pengakuan Doktor Mohamed Osman, doktor yang memeriksa Saiful Bukhari (pihak yang mengadu diliwat Anwar Ibrahim) bahawa tiada kesan tusukan pada dubur Saiful.
5. 19 Jun 2008: Pengakuan bersumpah Raja Petra Kamarudin penglibatan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri sekarang, dalam kes pembunuhan Altantuya.  Raja Petra kini menjadi buruan polis dan dakwaan di dalam pengakuan bersumpah tersebut langsung tidak dipertikaikan.

Mungkin benar, bahawa daripada pendakwaan tersebut mempunyai kepentingan tertentu, tetapi mengapakah siasatan tidak dibuat ke atas laporan polis (gambar kiri) yang telah pun dibuat oleh Norazizi Abd Aziz, Penyelaras SAMM b/p Solidariti Anak Muda Malaysia?

*Faisal Mustaffa

Pakatan ke Putrajaya: Realiti atau fantasi?

Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Gembar-gembur pilihanraya umum ke-13 semakin hari semakin hangat diperkatakan dengan pelbagai versi dan spekulasi tarikh pembubaran parlimen sekaligus memberi laluan pilihanraya umum diadakan.

Antara spekulasi yang semakin kencang bertiup pada masa ini ialah jangkaan ia akan diadakan pada tahun ini khasnya setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) hujung minggu lalu.

Dua parti utama ketika ini melahirkan keyakinan masing-masing untuk meraih kejayaan dalam pilihanraya nanti. Masing-masing BN dan Pakatan Rakyat (PR) ketika ini mula mencongak kekuatan dan kelemahan mereka dan juga pihak lawan.


Di pihak PR pada masa ini sedang menjulang harapan dan keyakinan yang cukup tinggi untuk menyingkirkan BN daripada Putrajaya sekaligus buat pertama kalinya menamatkan dominasi 53 tahun BN.

PRU-13 peluang terbaik PR
Bagaimanapun, benarkah pada masa ini PR sedang berada di atas landasan yang betul untuk menerjah ke Putrajaya? Apakah faktor yang menyumbang kepada keyakinan mereka itu?

Pada masa ini faktor utama kelebihan PR bukanlah kekuatan PR itu sendiri tetapi ianya lebih merupakan kelemahan BN dengan pelbagai isu rasuah, penyelewengan, skandal dan yang paling utama keputusan-keputusan BN yang memberi kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat negara ini.

Walaupun kerajaan berusaha menerangkan kepada rakyat negara ini tentang pemulihan ekonomi negara dengan menghidangkan angka-angka keluaran dalam negara kasar (KDNK), indeks saham, unjuran pertumbuhan ekonomi dan sebagainya gagal menarik minat rakyat .

Pada masa ini, perkara utama yang menjadi pertimbangan umum ialah tekanan terhadap kos sara hidup yang semakin memuncak sekaligus menjadikan ianya isu utama yang mempengaruhi undi dalam pilihanraya kelak.

Tatkala BN di bawah pimpinan Najib masih lagi terus membuat keputusan yang kurang disenangi rakyat terbanyak dengan siri-siri kenaikan harga barangan keperluan, PR pula dilihat bijak memainkan peranan maksima bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Malahan bagi sesetengah pihak, imej dan tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sedikit sebanyak turut menambah memberatkan lagi langkah BN untuk terus berkuasa selepas pilihanraya umum kelak.

Bagaimanapun sedikit sebanyak konsep 1Malaysia Najib mampu memulihkan kembali sokongan pengundi bukan Islam yang beralih kepada pembangkang akibat penolakan konsep ‘Islam Hadhari’ ketika era Tun Abdullah Badawi sebagai PM.

Sekiranya arus utama tsunami politik dalam pilihanraya umum lalu adalah manifestasi penolakan terhadap konsep Islam Hadhari, Abdullah oleh golongan tersebut, maka sekurang-kurangnya Najib sedikit mampu menarik nafas lega dengan slogan 1Malaysianya.

Suka atau tidak, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah salah satu faktor kelebihan bagi PR. Dalam keadaan kredibiliti beliau yang mulai terhakis disebabkan isu pemilihan PKR mahupun keputusan dan tindakan kontroversinya, beliau masih lagi merupakan salah satu sumber kelebihan PR.

Imej Anwar pada masa ini, dilihat hampir menyamai imej lima tahun terakhir Tun Dr Mahathir Mohamad bergelar Perdana Menteri. Walaupun ketika itu Dr Mahathir merupakan ketua yang mempunyai kekuatan tersendiri ketika mengepalai BN tetapi pada masa yang sama, sedikit demi sedikit beliau mula dianggap sebagai liabiliti kepada partinya itu.

Pengundi muda undi penentu
Anggapan PR bahawa majoriti anak-anak muda menyebelahi mereka hanyalah satu tanggapan berdasarkan kepercayaan terhadap mood anak-anak muda yang mahukan perubahan.

Hakikatnya, tiada parti yang boleh mendakwa peratusan sokongan kelompok ini akan memihak kepada mereka. Tambahan pula, kebanyakkan anak-anak muda ini merupakan pengundi baru dalam pilihanraya yang masih tidak dapat dicula undian mereka nanti.

Meskipun ada kajian-kajian yang dijalankan oleh badan-badan tertentu terhadap pendirian politik kelompok anak muda ini, ia masih tidak boleh dijadikan gambaran sepenuhnya mood kelompok ini.

Menurut hasil kajian penganalisis politik terkenal, Profesor Abu Hassan Hasbullah, golongan pengundi berumur 21 hingga 40 tahun ini merupakan kelompok penentu dalam pilihanraya nanti nanti.

Salah satu faktor yang boleh dianggap sebagai kekuatan PR di peringkat pusat pada masa ini ialah dengan menjadikan contoh kerajaan PR Pulau Pinang yang dianggap berjaya menguruskan pentadbiran negeri yang dianggap cemerlang berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara.

Pada masa ini kerajaan PR Pulau Pinang dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memperolehi mandat semula dalam pilihanraya umum berbanding Selangor walaupun kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng itu turut diserang dari segenap sudut.

Serangan bertali arus Umno terhadap kerajaan negeri dianggap tidak mampu memberi kesan yang maksima terhadap pengundi majoriti berbangsa Cina di Pulau Pinang berbanding serangan yang sepatutnya datang dari parti Gerakan.

Umno, dengan berbekalkan isu yang banyak menyentuh kepentingan kaum Melayu sahaja, maka isu yang dibawakan oleh Umno telah gagal menarik perhatian masyarakat bukan Melayu di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Gerakan yang sepatutnya memegang peranan sebagai penyerang utama bagi menarik kembali sokongan majoriti bukan Melayu Pulau Pinang bagi pihak BN berbanding Umno, ketika ini hanya mampu melancarkan serangan yang hambar.

Sebenarnya keadaan ini wujud apabila Lim sendiri agak bijak meminimakan kesilapan percaturan tatkala membuat keputusan-keputusan penting, mampu menutup titik-titik kelemahan yang ada dan akhirnya menyempitkan peluang serangan di pihak pembangkang negeri itu.

Secara umumnya, masyarakat Cina di Pulau Pinang dianggap tidak menghadapi sebarang masalah dengan kehadiran Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi masyarakat Melayu dan India pula, pertambahan sokongan terhadap kepimpinan Lim dari golongan ini juga dikatakan meningkat ekoran beberapa pendekatan kerajaan negeri yang dilihat menguntungkan penduduknya.

Faktor kerajaan negeri yang berbelanja dengan berhemah, menaikkan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, sekolah agama dan madrasah, keupayaan memberi bonus tahunan, satu-satunya kerajaan negeri yang memberi bonus tahun baru hijrah dan lain-lain telah berjaya memikat hati pengundi golongan ini.

Kerajaan PR Selangor bermasaalah pertahankan kerajaannya?
Kerajaan PR Selangor pula, walaupun bermula baik pada dua tahun pertamanya namun pada masa ini mulai dihantui dengan pelbagai kontroversi berhubung politik dalaman PKR.

Menjadikan keadaan lebih malang lagi apabila kerajaan PR Selangor bukan sahaja terpaksa menghadapi serangan tanpa henti dari pihak lawan dari luar, malahan kewujudan ‘parasit-parasit’ di dalam kem lebih banyak menyumbang kepada kerosakkan dalam parti.

Sekiranya PR gagal mempertahankan kerajaan di negeri terkaya negara ini, ianya bukanlah sekadar disebabkan serangan bertali arus atau kebangkitan Umno dan BN Selangor tetapi juga disebabkan pertelagahan sesama mereka sendiri.

Tan Sri Khalid Ibrahim dianggap oleh sesetengah pihak di Selangor gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar dengan baik disebabkan terdapat gangguan daripada pihak dalaman PKR sendiri.

Antara teori yang menjelaskan keadaan tersebut ialah tindakan Khalid yang tidak bertanding dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR walaupun sebelumnya telah menawarkan diri untuk menyertai persaingan itu.

Khalid dikatakan menerima ‘wahyu’ supaya menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan tujuan memancing Datuk Zaid Ibrahim keluar dari pertandingan jawatan nombor dua itu sekaligus memberi laluan mudah kepada Azmin Ali.

Sebelum itu, Zaid berkata dalam satu kenyataan medianya, beliau akan menarik diri sekirannya Khalid turut menyertai persaingan tersebut dan memberi sokongan kepada Khalid.

Bagaimanapun helah tersebut tidak berkesan apabila Zaid masih meneruskan hasratnya untuk bertanding dan memaksa Khalid menolak pencalonan di saat-saat akhir bagi mengelak perpecahan undi di cabang-cabang negeri Selangor dan menjejaskan peluang kemenangan Azmin.

Sebelum itu, Zaid berkata dalam satu kenyataan medianya, beliau akan menarik diri sekirannya Khalid turut menyertai persaingan tersebut dan memberi sokongan kepada Khalid.

Dari sudut kelebihan yang ada pada kerajaan PR Selangor pula, pada masa ini tertumpu kepada beberapa program yang dijalankan oleh kerajaan negeri khususnya berkaitan isu kembalikan hak air Selangor yang masih belum dapat dimuktamadkan lagi.

Melalui isu air ini, masyarakat di Selangor lebih cenderung untuk memberikan sokongan kepada kerajaan negeri kecuali penyokong tegar dalam BN dan golongan kelas atasan.

Juga merupakan bonus bagi PR apabila bekas Menteri Besarnya, Dato Sri Dr Khir Toyo terjerumus dalam dakwaan kancah rasuah dan bakal didakwa pada bulan Jun nanti.

Harapan PR Selangor untuk kembali berkuasa selepas PRU-13 tetap masih ada walaupun mereka sendiri telah memilih jalan paling sukar dengan membiarkan permainan politik dalaman menguasai pentadbiran kerajaan negeri itu.

Hadi Kesal Laporan The Star


SHAH ALAM 11 JAN : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kesal dengan laporan akhbar The Star semalam bahawa beliau tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak dalam melaksanakan agenda negara Islamnya termasuk dalam Pakatan Rakyat.

Justeru, kata Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar laporan bertarikh 10 Jan 2011 dengan tajuk "PAS won’t bow to pressure from any quarter, says Hadi”  sebagai tidak benar dan tersasar.

Tegasnya melaui satu kenyataan media hari ini menegaskan  berita yang disiar akhbar tersebut telah memberikan gambaran yang salah terhadap ucapan Presiden PAS di Majlis Suai Kasih yang dianjurkan oleh PAS dan Pejabat Parlimen Titiwangsa pada 9 Januari lalu.

"Presiden PAS sebenarnya menjelaskan bahawa PAS melihat perkembangan yang sangat positif di kalangan rakan dalam Pakatan Rakyat dalam memahami maksud Islam yang ingin dibawa oleh PAS," katanya.

Ujarnya, ia adalah dalam kerangka perlembagaan persekutuan yang turut dipertahankan oleh semua pihak dalam Pakatan Rakyat.

Perubahan paradigma ini memperkukuhkan lagi kerjasama erat PAS bersama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, bertepatan dengan semangat dalam dasar bersama yang dipersetujui sebagaimana yang dirangkakan dalam  Dasar Bersama Muafakat Rakyat.

Apa yang dipertegaskan oleh Presiden PAS dalam majlis berkenaan adalah rentetan terhadap ucapannya di Konvensyen Pakatan Rakyat yang kedua di Pulau Pinang kira-kira hampir sebulan lalu bahawa PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

"Perubahan yang ingin dilaksanakan adalah semestinya dalam ruang lingkup perlembagaan dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar, tanpa menjejaskan amalan penganut agama lain di negara kita ini.

"Inilah yang ingin ditonjolkan oleh PAS, bahawa Islam adalah adil untuk semua," ujar beliau.

Rancangan sulit tukar kepimpinan PAS hanya propaganda

ALOR SETAR, 11 Jan: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Dato' Ir.Phahrolrazi Zawawi mengingatkan ahli PAS supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya wajud perancangan sulit di kalangan kumpulkan tertentu dalam PAS untuk mengubah pucuk pimpinan parti yang diterajui oleh Ulama.
Malah beliau menyifatkan khabar angin tersebut sebagai propoganda pihak lawan yang sentiasa merancang strategi untuk mencetuskan suasana panas dalam PAS bagi tujuan melemahkan perjuangan PAS selain mengalih tumpuan pendokong PAS daripada agenda yang sepatutnya.
Selain itu, beliau juga tidak menolak cerita yang disebarkan kononnya usaha sedang dilakukan untuk mengambil alih kuasa dari kepimpinan ulama dalam PAS itu juga strategi jangka pendek untuk memecah-belahkan ahli PAS menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Johor tidak lama lagi.
"Sebenarnya golongan ulama dan juga golongan profesional merupakan golongan yang mempunyai peranan tersendiri. Dalam PAS amalan kronisme dan puak tidak pernah wujud.
"Kumpulan dari kalangan profesional dan ulama sering bergandingan bagi mencapai aspirasi perjuangan parti untuk menegakkan keadilan dan memartabatkan Islam sebagai wadah perjuangan, " kata beliau.
Phahrolrazi berkata demikian mengulas dakwaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendakwa wujudnya perancangan sulit bagi mengubah pucuk pimpinan menjelang pemilihan PAS menjelang Jun yang akan datang.
Sebelum pemilihan pimpinan PAS dua tahun lalu, PAS juga pernah menghadapi krisis yang dilihat seolah-olah berlaku pertembungan antara dua kumpulan dalam parti yang mewakili kumpulan Ulama dan profesional melalu laporan-laporan di media dan internet.
Bagaimanapun isu tersebut semakin kurang diperkatakan selepas muktamar berlangsung.

Ugutan pecat ahli Felda, Pemuda PAS berang

Pemuda PAS berang dengan tindakan pengerusi baru Felda, Tan Sri Isa Samad yang dilaporkan mengugut untuk memecat mana-mana kakitangannya yang menyokong Pakatan Rakyat.

Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen berkata ugutan Isa itu disampaikan ketika pertemuan sulung Isa dengan seluruh kakitangan syarikat kumpulan Felda, baru-baru ini.

azlanHerman berkata ugutan terbuka itu membuktikan betapa terdesaknya BN untuk merampas semula sokongan daripada kakitangan Felda menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Ugutan terbuka itu mengambarkan betapa terdesaknya BN untuk mengembalikan sokongan kakitangan dan seluruh peneroka Felda kepada mereka.

"Inilah budaya lapuk BN, bila terdesak mereka akan mengugut dan menekan kakitangan kerajaan dan agensi yang berkaitan supaya terus menyokong BN.

"Kalau 10 atau 20 tahun lalu, bolehlah beliau buat ugutan begini kerana pada masa itu rakyat tak celik undang-undang dan pelembagaan. Hakikatnya Isa tidak boleh sesuka hatinya memecat kakitangan Felda yang menyokong Pakatan,” kata Herman dalam satu kenyataan media.

NONEBeliau berkata hak setiap kakitangan Felda adalah untuk menyokong mana-mana pemimpin dan parti yang dipilih merekaadalah dijamin oleh perlembagaan.

Justeru, menurut Herman adalah kesilapan besar jika Isa, memecat kakitangan Felda kerana tindakan itu akan menyaksikan beliau diheret ke mahkamah.

"Kita menggesa supaya pihak SPRM meningkatkan pemantauan kepada organisasi Felda di bawah pengurusan Isa, kerana rekod sudah membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang bersih.

"Skandal rasuah beliau ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan tidak mudah dilupakan rakyat. Begitu juga dengan rasuah yang beliau tebarkan sepanjang kempen di Bagan Pinang tahun lalu.

"Kenapa orang sebegini masih mendapat tempat dalam organisasi seperti Felda. Apa agenda Najib sebenarnya?" soalnya.

Anwar: Hadi, Nik Aziz rakan karib saya

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa rakyat supaya tidak mempercayai dengan cerita-cerita musuh yang mahu melihat Pakatan Rakyat berpecah, lapor TV Selangor.

ceramah selamatkan malaysia pas shah alam 090111 anwar ibrahim dan hadi awangSambil menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai rakan karibnya, Anwar ketika ceramah di Gombak malam semalam mempertahankan presiden PAS itu yang kini berhadapan dengan kritikan berikutan pertemuan bersama pemimpin Umno pada 24 Disember lalu.

Kata Anwar, Hadi dan PAS telah memperlihatkan sokongan padu mereka kepada beliau ketika berhadapan dengan hukuman penjara pada 1999.
Rakan karib

“Ketika saya dipenjarakan, mereka yang menyokong saya ialah PAS, (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Nik Aziz, dan Tok Guru Hadi Awang.

“Mereka menghimpunkan ribuan penyokong mereka untuk mendoakan kesejahteraan saya. Mereka rakan karib saya,” katanya.

NONEKelmarin PAS mengadakan program solat hajat dan pidato perdana di Stadium Malawati Shah Alam yang antara lain berdoa agar negara ini diselamatkan daripada dimusnah oleh BN.
Selain itu, 12 ribu hadirin berkenaan juga berdoa agar Pakatan Rakyat diberi kemenangan dalam menangani beberapa 'serangan' seperti yang berlaku di Selangor dan juga bidasan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipalitkan dengan dakwaan meliwat.

Malam semalam, Anwar juga memberikan amaran bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk memperlekehkan Pakatan Rakyat.

NONE“Ada banyak dakwaan tetapi semua itu hanya cerita semata-mata. Jangan percaya mereka,” katanya.

Selepas pertemuan kelmarin, Anwar berkata Pakatan Rakyat sudah menyelesaikan kontroversi berhubung pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu di Kuala Lumpur pada 24 Disember lalu.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis anjuran Yang di-Pertuan Agong.
Tiada tafsiran lain

azlan“Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum.

“Tiada masalah dan tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu,” kata Anwar.

Pada sidang media yang diadakan malam Ahad lalu, Hadi juga dilaporkan berkata, pihaknya telah menjelaskan “pertemuan 24 Disember itu” kepada Pakatan Rakyat.

Anwar, yang juga pemimpin PKR meminta penyokong-penyokongnya supaya meletakkan keyakinan dan percaya pada Pakatan Rakyat yang bercita-cita mahu menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Sambil itu Anwar memaklumkan negara boleh mencapai perubahan jika setiap kaum boleh bekerjasama ke arah satu matlamat.

azlan“Kita perlukan sokongan daripada semua orang. Kita tidak boleh melakukannya menerusi perhimpunan politik atau slogan politik. Kita hanya boleh menang menerusi keyakinan, kesabaran dan strategi yang kukuh.

“Kita mesti faham bahawa kita hanya boleh menang jika masyarakat Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan bekerjasama dan mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.

BN umum calon Tenang 19 Januari

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Umno akan mengumumkan calonnya yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang 19 Januari ini.
Pengumuman calon BN dibuat tiga hari selepas Pakatan Rakyat yang akan mengumumkan calon mereka pada Ahad ini.
Kelmarin Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti Islam itu sudah membuat keputusan muktamad berhubung siapa yang bakal mewakili Pakatan Rakyat.
Menurut sumber The Malaysian Insider, pengumuman calon BN itu akan diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu program yang akan diadakan di Labis, Segamat.
“Ya, kita akan umumkan calon yang akan mewakili BN pada 19 Januari ini,” kata sumber itu.
Sementara itu  Setiausaha Umno Labis Abd Razak Abd Rashid enggan memberikan sebarang komen berhubung pengumuman calon BN.
Sebaliknya, Abdul Razak berkata ia terserah kepada kepimpinan Umno untuk mengumumkan calon yang bakal memikul tanggungjawab itu.
“Saya tidak boleh komen apa-apa mengenai perkara itu, biar kepimpinan tertinggi yang tentukan.
“Kita hanya buat kerja sahaja dan memastikan (DUN) Tenang tetap akan jadi milik BN,” katanya sambil menambah calon BN adalah anak tempatan.
Beliau juga berkata persiapan rapi sudah dibuat dan percaya Umno-BN akan tetap mempertahankan kerusi DUN Tenang.
“Persiapan sudah bergerak, saya percaya BN akan tetap menang di sini (Tenang). Saya kata akan menang.
“Jangan mimpi pembangkang (Pakatan Rakyat) akan menang, kalau pembangkang kuat dah lama mereka perintah negara,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Ketua Wanita Umno Labis Haslinda Salleh juga enggan memberikan sebarang komen berhubung pengumuman calon BN.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN pada 17 Disember lepas.
Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang ialah pada 22 Januari in manakala manakala pengundian jika ada persaingan akan berlangsung 30 Januari.
Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. Kawasan itu mempunyai tiga penempatan Felda dengan pengundi dianggarkan lebih 3,000 orang.

Isu SUK: Pakatan nafi naik kain rentang

Pakatan Rakyat Selangor hari ini menafikan bahawa gabungan itu menggantung kain rentang yang yang didakwa menolak campur tangan sultan dalam pentadbiran negeri.
NONE"Kami menafikan ianya daripada pihak kami. Daripada isu kandungan (kain rentang) ia bercanggah dengan (pendirian) Pakatan.

"Kita tidak mahu ada sengketa dengan pihak Istana. Ia terbukti apabila MB dan Exco hadir dalam majlis Sultan (dalam pelantikan setiausaha kerajaan negeri," kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad (dua dari kiri).

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Shah Alam, Khalid berkata, terdapat tiga kain rentang, di mana salah satu daripadanya berbunyi "Dimanakah Keadilan Sultan Dalam isu pemilihan SUK Siapa Lebih Berhak?" ditemui di Seksyen 9, Shah Alam.
Dua lagi kain rentang ditemui di seksyen 13 dan satu lagi bulatan di kawasannya.

NONEMenurutnya lagi, dalam kain rentang tersebut tertera bendera ketiga-tiga parti gabungan Pakatan, dan tertulis biro penerangan PKR Selangor.
Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah ahli Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor (MPN) Yahya Sahri, timbalan setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim dan Presiden Kelab Penyokong Menteri Besar Selangor Khairul Anuar Othman.

Mengulas lanjut, Khalid berkata pendirian Pakatan Rakyat jelas terus mempertahankan Islam, Institusi Raja, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan.

Katanya, perkara tersebut telah diputuskan dan ditandatangani oleh ketiga-tiga presiden gabungan itu pada September 2008.

"Tetapi sikap kita terhadap (pihak) Istana dan orang Melayu sering dijadikan isu," kata beliau yang juga yang dipertua PAS Shah Alam.

Ditanya jumlah kain rentang yang ditemui, Khalid menjelaskan setakat ini hanya tiga yang diperolehi dan beliau tidak menolak kemungkinan "ada lebih daripada itu" terutama di luar kawasannya.

"Saya meminta ahli majlis menurunkan kain rentang tersebut dan Dr Badrul Amin (pengarah penerangan Selangor) juga mengarahkan AMK menurunkkannya sekiranya jumpa," katanya.

Sementara Yahya menyifatkan tindakan menggantung kain rentang itu adalah "satu provokasi dan ianya bukan satu perkara baru" kerana sebelum ini Pakatan menghadapi situasi yang sama di Johor.

Malah katanya, isu pelantikan SUK melibatkan soal pentadbiran dan kuasa Sultan serta menteri besar perlu dihormati.

Manakala Suee Lim pula berkata DAP Selangor sepakat menjunjung perlembagaan dan komited menjunjung prinsip demokrasi.

"Kita tidak ada unsur-unsur untuk melakukan apa yang dinyatakan dalam kain rentang di Shah Alam," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta polis menyiasat terperinci perkara tersebut serta mendesak ahli politik mengamalkan budaya politik sihat dan membendung perbuatan "jijik" seperti itu.

Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa PAS Shah Alam telah membuat laporan polis berhubung kain rentang tersebut.

Mohd Sofian Mohd Shariff membuat laporan tersebut di balai polis Seksyen 11, Shah Alam.

Dalam laporannya, Mohd Sofian berkata, beliau menemui kain rentang tersebut pada jam 9 pagi di Seksyen 9 dan mengesyaki ianya dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"PAS tidak pernah mempersoalkan keadilan Sultan. YDP (yang dipertua) mengarahkan saya menurunkan banner (kain rentang) tersebut. Sejurus selepas itu, sebuah kereta peronda polis datang dan mengambil banner (kain rentang) tersebut.

"Saya membuat laporan polis ini kerana ia merupakan fitnah jahat yang dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab untuk menimbulkan perasaan benci oleh rakyat kepada Pakatan rakyat," laporan polis itu dipetik.

Sehubungan itu, Mohd Sofian meminta polis menyiasat pihak yang bertanggungjawab membuat hasutan tersebut dan dibawa kemuka pengadilan.

Dewan Negeri Selangor Siap Sedia Pinda Perlembagaan


SHAH ALAM 11 JAN : Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata pihaknya sudah selesai memberikan pandangan dan nasihat serta kesan-kesan  pindaan dalam draf yang disediakan Kerajaan Negeri Selangor bagi meminda perlembagaan negeri itu.

Aziz Bari ketika dihubungi Tv Selangor berkata, kerajaan negeri menyediakan draf pindaan dan Khalid sebagai Menteri Besar akan menjelaskan kepada Dewan mengenai kronologi dan isu sebenar dalam krisis pelantikan tersebut.

Sebelum itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri melantik Aziz Bari yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Ujar Khalid, ia membabitkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada Sultan dan Menteri Besar, kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang.

"Menteri Besar juga akan menerangkan bagaimana kerajaan negeri menangani isu ini setakat ini serta menjelaskan kekeliruan supaya ahli Dewan dapat faham kedudukan sebenar.

"Kita cuma diminta memberikan nasihat dan menyediakan draf pindaan sahaja, yang lain itu merupakan keputusan dan pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan negeri dan saya tidak campur tangan dan saya pun tidak tahu kerana perkara itu berada di dalam pengetahuan dan kebijaksanaan kerajaan negeri," jelasnya.

Cuma jelas Aziz selepas itu, mungkin ahli Dewan akan bertanyakan soalan dan mungkin usul tertentu yang akan dibawa oleh ahli Dewan dan terpulang kepada Dewan untuk menerima atau tidak.

Dalam kenyataan pejabat Speaker DUN Selangor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua ADUN Selangor.

Sidang 24 Januari ini nanti diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Menurut kenyataan itu, Speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan.

Pasukan khas pantau Umno di Tenang ‘ikut shif’

Penubuhkan pasukan khas untuk memantau pergerakan agensi kerajaan yang berkempen bagi pihak Umno-Barisan Nasional dalam pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, akan bertugas secara bergilir mengikut shif yang ditetapkan.
Menurut Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman, pasukan itu yang dianggotai sekurangnya 20 pemantau, akan menjalankan pemantauan ke atas agensi-agensi kerajaan yang melakukan kempen untuk Umno.
“Setiap hari, pemantau akan bergilir menjalankan tugas mereka bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam kerana dalam tempoh ini kita percaya agensi kerajaan Umno akan bergerak aktif ,” kata Mazlan ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Sementara itu, Mazlan turut memberitahu pihaknya mula curiga dengan kehadiran kenderaan-kenderaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang semakin kerap keluar masuk terutamanya di kawasan penduduk Felda di Tenang.
“Sejak akhir-akhir ini, kita dapati banyak kenderaan keluar masuk di kawasan Felda yang boleh menimbulkan pelbagai perasangka. Kami tidak mahu mereka melanggar apa-apa peraturan pilihan raya sehingga menyebabkan berlakunya sogokan (kepada pengundi),” kata Mazlan.
Selain itu, antara badan-badan yang turut dipantau oleh pasukan khas termasuk Jabatan Agama Islam dan juga kawasan Orang Asal.
Menurut Mazlan, sekiranya terdapat bukti dan maklumat, pihaknya akan menyerahkan kepada pihak polis, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap minggu sehingga pilihanraya kecil itu selesai.
Baru-baru ini, Pas membuat laporan polis terhadap Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran kerana menjalankan kempen kepada pengetua, guru kaunseling dan guru-guru di sekitar Dun bagi membantu BN dalam pilihan raya kecil ini.
Menurut Mazlan, pihaknya turut mempunyai bukti rakaman video Markom menemui guru-guru kaunseling untuk memberi tekanan kepada mereka supaya menyokong BN dan merayu undi dalam pilihanraya kecil itu.
Dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Labis, Pas menyatakan Markom menyalahgunakan kuasa sebagai Pengarah Pelajaran untuk berkempen secara terang-terangan untuk BN.
Antaranya menjalankan kempen kepada guru-guru kaunseling di daerah Segamat, guru-guru di SMK Munshi Ibrahim Labis, SK Kg Tenang, SK Pekan Air Panas, SK Felda Chemplak dan SMK Tenang Station agar mengundi Barisan Nasional.

PRU: Kedah bayangkan tidak ikut pusat

ALOR SETAR, 11 Jan:  Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak membayangkan negeri itu tidak semestinya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU) peringkat pusat.
Menurut Menteri Besar, pembubaran DUN Kedah bergantung kepada keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan rakyat (PR) yang bersepakat untuk memutuskan sendiri tarikh PRU bagi negeri-negeri yang dikuasai.
Ketika ini PR menguasai empat buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
"Bagi kerusi DUN, kehendak kerajaan BN (menentukan tarikh pilihan raya umum) tidak semestinya menjadi ikutan (negeri)," kata beliau dalam pertemuan dengan seorang wakil media.
Bagaimanapun kata Azizan dalam kontek kerusi parlimen, PAS akan menyertainya tidak kira waktu bila pilihan raya itu akan diumumkan oleh kerajaan pusat.
"Kita tidak akan beri ruang sedikit pun kepada BN walaupun pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat. Tapi bagi negeri yang kita kuasai, ia bergantung kepada Majlis Pimpinan PR untuk memutuskan bila DUN akan dibubarkan," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.
Pembubaran DUN walaupun lazimnya dilakukan selepas pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum dijalankan serentak tetapi Menteri Besar mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya negeri dengan mendapat perkenan Sultan.
Sebelum ini, Kerajaan Selangor turut menegaskan untuk tidak membubarkan DUN sekiranya kerajaan pusat mengadakan pilihan raya umum tergempar atau dalam masa terdekat.
Keputusan yang diambil hasil perbincangan pimpinan PR peringkat negeri itu antaranya mengemukakan alasan mahu menggunakan mandat lima tahun sepenuhnya bagi melaksanakan janji-janji kepada rakyat tanpa terikat dengan rentak Barisan Nasional.
Mengulas lanjut tentang tarikh pilihan raya umum yang sentiasa menjadi teka-teki di negara ini, Azizan menasihatkan pimpinan kerajaan BN supaya tidak lagi mengamalkan sikap demikian.
Kata beliau, rakyat hari ini tidak boleh diperbodohkan sepertimana yang dilakukan sebelum ini kerana sebahagian besar rakyat sudah celik politik malah menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Selain itu kata beliau, teka-teki tarikh pilihan raya yang menjadi permainan BN langsung tidak menggusarkan Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya BN yang takut untul mengumumkan tarikh PRU sekiranya mereka merasa sukar untuk mendapat kemenangan.

Kain rentang palsu: AMK buat laporan polis

SHAH ALAM: Timbalan Ketua AMK , Khairul Anuar Khairudin hari ini membuat laporan polis berhubung kain rentang palsu  yang ditemui di beberapa kawasan bandar Shah Alam dan menggunakan nama Biro Penerangan Parti Keadilan.
Antara lain kain rentang itu berbunyi “Say Yes To Ketuanan Rakyat Say No To Royal” yang didakwa sengaja diletakkan pihak tertentu bagi memberi gambaran buruk terhadap Pakatan Rakyat.
Satu lagi kain rentang berbunyi “AMK Selangor menolak campurtangan istana dalam pemilihan SUK: Lawan tetap Lawan”
Laporan itu dibuat kira-kira pukul 2.30 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Seksyen 11, Shah Alam.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yang turut hadir ketika laporan polis itu dibuat berkata pimpinan Pakatan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan  menggantung kain rentang palsu itu.
“Kita mengesyaki ia dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memburukkan nama Pakatan Rakyat di Selangor,” kata Tian.
Mereka yang berbuat begitu, kata Tian Chua, adalah pengecut yang tidak berani berdepan dengan KEADILAN dan cuba melaga-lagakan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor dengan pihak istana.
Tian Chua menggesa pihak polis segera menyiasat dan bertindak secara adil menyelesaikan kes kain rentang palsu itu secepat mungkin.
Pakatan Rakyat Selangor awal hari ini menafikan sekeras-kerasnya tindakan menggantung kain rentang itu yang didakwa menolak campurtangan sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri, terutama dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika bercakap dalam sidang media hari ini berkata terdapat sekurangnya tiga kain rentang yang ditemui di sekitar seksyen 13 Shah Alam.

Salah satunya berbunyi “Di mana keadilan Sultan, dalam isu pelantikan SUK siapa lebih berhak?”.

Kain rentang yang terdapat lambang bendera ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat turut tertera perkataan ‘Biro Penerangan Selangor.

Anwar khuatir Suruhanjaya Diraja Beng Hock Tidak Selesai Masalah


PETALING JAYA 11 JAN : Suruhanjaya Siasatan Diraja yang bakal ditubuhkan bersabit kes Teoh Beng Hock dikhuatiri tidak akan membawa kepada sebarang penyelesaian berasaskan kegagalan Umno-BN bertindak atas hasil siasatan seumpama itu sebelum ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan kerajaan menyembunyikan fakta dan melindungi pihak tertentu menyebabkan tidak ada tindakan diambil mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad bersabit video VK Lingam mahupun terhadap Peguam Negara yang didakwa memalsukan bukti dalam kes mata lebam beliau.
"Soal Teoh Beng Hock, Suruhanjaya Diraja. Setakat siasatan akan dihadkan dan kalaupun keputusan dibuat, tindakan tidak diambil. Sebagai contoh kes VK Lingam disahkan tapi tiada tindakan diambil kerana pembesar-pembesar UMNO terlibat. Tokey kaya terlibat dalam UMNO.
"Kedua kes mata lebam. Saya dah perhatikan Datuk Mat Zain yang siasat buktikan bagaimana Peguam Negara terlibat dalam sembunyi fakta. Ini ketua penyiasat polis dan kita hanya padamkan. Dia kata DNA di situ Peguam Negara, Ketua Polis Negara terlibat dalam penipuan. Tapi kes ini ditutup," ujar Anwar.
Perdana Menteri, Najib Razak berkata Suruhanjaya Diraja itu hanya akan menyiasat sama ada hak asasi Beng Hock dicabuli dan bukannya merungkai kematian mendiang, sebagaimana yang dituntut oleh keluarga beliau dan rakyat keseluruhan.
Koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan minggu lalu bahawa tidak ada bukti mencukupi untuk beliau memutuskan sama ada Beng Hock mati dibunuh atau membunuh diri selepas mayatnya di jumpa di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Shah Alam pada Julai 2009.
Anwar berkata keputusan itu tidak masuk akal itu dan menzahirkan kegagalan sistem keadilan negara.
"Apa yang kita pelajari dari kes Teoh Beng Hock ialah kegagalan Badan Penguatkuasaan dan kegagalan sistem kehakiman negara. Dia tidak berani membuat keputusan yang tidak memihak dari segi politik kepada UMNO dia ambil jalan selamat. Jadi bahan lucuan tapi ini tragedi, seorang mati tak dibunuh atau bunuh diri, jadi jatuh dengan sendirinya,"kata Anwar lagi pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beng Hock adalah Pembantu kepada Exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah. Mendiang mati setelah menjalani soal siasat sepanjang malam  oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Kewibawaan inkues itu dipertikaian oleh keluarga mendiang yang khuatir pihak berkuasa sedang cuba menutup kebenaran yang mengakibatkan kematian mengejut Beng Hock.

Najib dicabar sahut jemputan debat- Zuraida

Wanita Keadilan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menyahut cabaran Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat secara terbuka berhubung Program 100 Hari Pakatan Rakyat.
Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata jika benar Najib  ikhlas memperjuangkan agenda ‘Rakyat Didahulukan’ yang diperkenalkannya, beliau perlu menyambut cabaran itu.
“Malahan, saya juga mencabar agar pemimpin Umno-BN lain termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berani ke hadapan bersama menyahut cabaran ini dan bersedia untuk debatkan perkara ini secara terbuka dan biar rakyat yang menentukan mana yang terbaik,” kata Zuraida.
Mengulas tindakan Najib yang membidas program Pakatan rakyat itu ketika berucap kepada penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, Zuraida menyifatkan kenyataan itu memperlihatkan kelemahan Najib umpama ‘ayam jantan tiada bertaji’.
“Saya juga menyelar tindakan PM Najib sendiri yang telah membuat kenyataan biadap tersebut di hadapan kakitangan awam kerajaan, yang membuktikan bahawa PM Najib sendiri tidak bersikap professional dan tidak menghormati hak kebebasan memilih dan membuat penilaian setiap rakyat,” kata Zuraida yang menyifatkan tindakan itu sebagai ‘hina’ dan mengaibkan’.
Menurut Zuraida, ketika ini kerajaan berterusan membazirkan wang rakyat dengan pembayaran RM5.1 juta kepada Pengerusi Syabas, RM65 juta untuk memperbaiki ‘tandas’ di Sri Perdana, RM5 bilion untuk Menara Warisan, RM40 bilion untuk MRT, RM26 bilion untuk pembinaan KLIFD dan pembaziran lain.
“Untuk rekod, gaji Pengerusi Syabas adalah lebih tinggi berbanding gaji CEO Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) bank terbesar di dunia, yang hanya dibayar RM1 juta setahun,” kata Zuraida.
Malahan, bukan sahaja Pengerusi Syabas, kebanyakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) lain di Malaysia menerima gaji yang amat lumayan dan tidak selayak dengan kemampuan, kelayakan dan pencapaian mereka.
“Jika Najib tidak mahu negara bankrap, segera kaji kembali semua kedudukan, kelayakan, pencapaian dan pemberian gaji serta faedah yang lumayan, melampau dan membazirkan kepada CEO-CEO ini,” kata beliau.

Kajian PEMANDU Tipu Rakyat - Tony Pua


 HULU KELANG 11 JAN :  Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU) gagal berperanan memberi informasi sebenar dan mengawal harga barangan walaupun sepatutnya unit itu membantu program merasionalisasikan subsidi, ujar Tony Pua.
Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mendakwa kajian yang dilakukan PEMANDU terhadap impak kenaikan harga barangan merupakan penipuan kerana hakikatnya adalah berbeza.
PEMANDU dipimpin oleh dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Tan Sri Koh Tsu Koon.
"Dia kata kita buat kajian. Bila Barisan Nasional(BN) naikkan harga petrol, gula, diesel dan lain, lain harga teh tarik akan naik satu sen. Saya tak cakap main-main. Boleh tengok website pemandu www.pemandu.gov.my ada kertas fakta boleh muat turun. 70 perkara dia kata mee goreng mamak naik dari RM3 kepada RM3.01
Tetapi memberi contoh lain berkenaan harga teh tarik, walaupun PEMANDU menyatakan kajian harga teh tarik hanya akan naik  satu sen daripada harga asal RM 1.20 sen.
Hakikatnya harga teh tarik yang telahpun dinaikkan sebanyak 20 sen pada awal tahun ini seperti dirancang Persatuan Pekedai kopi dan teh Selangor dan Kuala Lumpur menjadikan harga naik kepada RM 1.40.
Justeru Tony secara berseloroh meminta kerajaan Barisan Nasional 'memulangkan' 19 sen bagi setiap teh tarik yang diminum oleh rakyat sebagai tanda prihatin dan berpegang kepada kajian yang dibuat.
"Saya nak minta sama kerajaan hari ni saya minum teh tarik di kedai mamak RM1.40. Saya nak mintak BN pulangkan 19 sen kepada saya untuk setiap gelas yang saya minum. Kita mintak pulangkan setiap 19 sen kerana kerajaan kata harganya hanya RM 1.21," jelasnya.
Kenaikan harga barangan makin menjadi apabila harga gula meningkat sebanyak 55 peratus pada tahun lepas sahaja dan harga petrol dan diesel dinaikkan secara berjadual setiap beberapa bulan.
Menurut Tony lagi, kerajaan BN pula gemar  menggunakan istilah 'penyelarasan subsidi' berbanding 'naik harga' demi memaparkan kononnya kesejahteraan negara di masa akan datang atau penggunaan istilah ekonomi berbunyi pengurangan defisit.
"Kita dapat lihat dengan jelas bila kos naik. Subsidi kena potong. Dia kata kena rasionalkan subsidi di negara kita kalau tidak kita muflis. Yang akan muflis itu Barisan Nasional," katanya.

Kerana terdesak, boleh pulak dah....


PRK Tenang sudah mari
Pengarah Pelajaran Johor gilerr babi
Gesa para guru mengundi
Undi parti yang sudah mahu mati

Tak boleh!! Tak boleh!!
Ini negara demokrasi
Undi hak individu
Takleh paksa-paksa
Kita undi siapa kita suka
Jangan ugut, jangan paksa, ya??

Tim. Menteri Pelajaran, si Puad Zarkashi,
pun 2x5 gilerr babi
Sokong Pengarah Pelajaran Negeri,
buat kerja giler begini.
Uisy...
Apa punyer Tim. Menteri ruperr ni??

Eeeee... terdesaknya ngkorang
Salah guna kuasa tu.....
Salah guna kuasa untuk terus berkuasa
Gilerrr!! Gilerrr!!

Para guru di sana...
Jangan turut ikut gilerrr babi
Guna otak yang Allah SWT beri,
Apabila memberikan undi.

Jangan sekali-kali jadi lembu.
Lembu yang dicucuk hidung.
Ikut arahan gilerr babi dari....
penyokong parti yang dah nak mati!!
Menyesal tak sudah nanti.

Wahai warga guru!!
Jangan zalimi diri,
ikut parti yang dah nak mati.
I repeat....
Parti yang dah nak mati!!

So, jangan teragak-agak lagi
Ucapkan Bye..bye...
kepada parti yang dah nak mati.

Kerajaan Republik: Mingguan Malaysia dikecam

Petaling Jaya: Ketua Penerangan Keadilan Dr Muhammad Nur Manuty menyelar laporan Mingguan Malaysia  yang menyiarkan artikel kononnya Pakatan Rakyat akan mewujudkan negara republik jika mengambil alih tampuk pentadbiran negara kelak.
“Kita melihat tulisan dalam ruangan editorial di Mingguan malaysia itu merupakan satu siri yang tak putus-putus untuk mengaburi mata rakyat terutama orang Melayu bahawa Pakatan Rakyat ingin memansuhkan perkara yang telah diperuntukan dalam perlembagaan terutamanya berkaitan institusi raja.
“Dakwaan ini sengaja direka oleh akhbar Utusan Malaysia dan berita Harian untuk meraih pengundi ketika Umno sudah kehabisan modal dan mencari apa sahaja ruang untuk mendapatkan modal politik,” tegas  Dr Muhd Manuty ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat keadilan pagi tadi.
Utusan Malaysia pada 9 Januari lalu, dalam ruang editorial yang ditulis penulis  Awang Selamat menuduh Keadilan dan Dap berusaha untuk menubuh ‘kerajaan republik.’
Tulisan itu mengulas isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, Datuk Khusrin Munawi sebagai asas kepada dakwaan tersebut.
Menurut Dr Manuty, Konvensyen Pakatan yang diadakan di Pulau Pinang Disember lalu jelas menegaskan bahawa Pakatan menjunjung prinsip yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan.
Antaranya Islam sebagai agama rasmi dan persekutuan, agama lain bebas mengamalkan ajaran masing-masing, menghormati Institusi Raja, menghormati kedaulatan dan hak istimewa orang Melayu serta memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
“Perkara ini sepatutnya tak perlu disensasikan oleh akhbar semata-mata dalam keadaan rakyat yang semakin yakin dengan Pakatan Rakyat terutama selepas konvensyen di Pulau Pinang,” tegasnya.