Ahad, 9 Januari 2011

Pejuang Revolusi Tanah Air Makin Uzur dan Daif

Oleh: LeeSlimShady

"Dikamar sepi yang serba kekurangan dan rumah usang warisan keluarga isterinya lelaki ini terbaring tidak bermaya bernama Abdullah Hashim - Tahir- Penghulu,bekas pejuang Rejimen Ke-10 TPRM(Tentera Pembebasan Rakyat Malaya) menghabiskan hari-harinya menanggung sakit didalam perut dan lelah.suaranya kian lemah,perlahan dan terputus-putus disamping ingatannya kian kabur.sesungguhnya kesihatan beliau kian merudum berbanding sebelum bulan Ramadhan tahun lalu ketika mengziarahinya pada PADA .JANUARI 2011.

Tahir atau lebih dikenali oleh kawan-kawan Rejimen Ke-10 sebagai Penghulu adalah seorang kader veteran yang amat dihormati oleh para perajurit. Beliau pulang ke kampung halamannya selepas Rejimen Ke-10 memberhentikan perjuangan bersenjata selaras dengan perjanjian perdamaian 3 pihak antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya yang ditandatangani di Hadyai pada 2 Disember 1989.

Penghargaan malah catatan sejarah hanya di juruskan kepada UMNO (dan pemimpinnya) seolah-olah hanya UMNO-Perikatan-Barisan Nasional sahaja yang menyumbang kepada kemerdekaan tanahaiar.



Hari ini, Pak Syed Hamid Ali(adik Bongsu Syed Husin Ali),Bung Hassan Karim,Pak Sanusi Abas dan Bung Tajudin Ramli sempat mengziarahi seorang pejuang yang sedang terlantar keuzuran di Kg.Bangau Tanjung Temerloh.Pejuang tersebut merupakan salah seorang anggota Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Malaya,PKM yang memilih untuk kembali ke tanahair berikutan Perjanjian Damai Tahun 1989 dahulu.



Pak Abdullah Ibrahim yang juga dikenali dengan nama Tahir dan Penghulu sekarang ini sedang keuzuran terlantar di teratak usang milik keluarga isteri beliau.Anak Semantan yang berjiwa kental ini lahir di Kg.Tualang Temerloh memilih menyertai perjuangan bersenjata Rejimen Ke-10 didalam usia 18 tahun.



Semangat untuk merdeka dan menghalau penjajah British serta kesedaran politik yang mendalam mendorong beliau memilih perjuangan bersenjata.Kebenciannya yang membuak akan penjajahan membuatkan beliau tanpa tangguh mempertaruhkan nyawanya bergerila di hutan belantara.

Beliau menyertai long march Rejimen Ke-10 ke sempadan Thailand bersama denganAbdullah CD dan sahabat-sahabatnya yang lain;atas nama perjuangan beliau memilih berkelana ke negeri orang lain dari memilih berputih mata tunduk kepada penjajah.


Tahir telah menyumbang seluruh usia mudanya kepada perjuangan yang beliau yakini;lebih 40 tahun-sebahagian besar dari usianya-untuk perjuangan membebaskan bangsa dan tanahairnya dari cengkaman British.

Dan lelaki ini tidak pernah menyesali pilihan yang diambilnya.Dalam keuzuran dengan suara yang perlahan tapi tegas,beliau menyebut bahawa beliau tidak pernah kesal dengan perjuangannya.Saya mengesani kekukuhan semangat dan kekentalan hatinya yang saya kira kukuh-kejap bersemangat untuk berjuang.


Pak Abdullah Ibrahim atau Penghulu hari ini hanya mampu terbaring di rumah sahaja dengan di temani seekor kucing comel yang setia berbaring sepanjang waktu di sisinya.Beliau mengidap sakit pasang atau mempasang,ulu ari-arinya bengkak.Tubuhnya kini kurus jangkung tanpa daging namun matanya tetap bercahaya dan tajam.

Pejuang ini hidup didalam kedaifan tetapi masih bersemangat kental.

Kepada individu atau mana-mana pihak,para dermawan yang ingin memberikan sumbangan buat pejuang Revolusi Tanah air dalam menghadapi penderitaan dalam menghabiskan sisa - sisa hidup yang masih kental berjuang menentang penjajah British,UMNO dan Barisan Nasional. Sila bank-in Sumbangan anda ke Tabung Simpati Blogger Pembela Rakyat akaun Hong Leong Bank Kami bernombor : 14651 - 040 - 288(Azalli) atau melalui akaun paypal di laman blog pejuang pro demokrasi di sebelah kiri side bar .hanya RM 1 sumbangan ikhlas anda mampu meringankan penderitaan mereka.Bantu lah bekas pejuang - pejuang Revolusi mereka,kalau tak kita siapa lagi?
"

Keluarga Rosmah tak pandanglah sardin cap Ayam


Saya terpanggil untuk mengongsi secebis coretan hidup ini yang menimpa golongan berpendapatan rendah yang menerima akibat buruk dari inflasi yang bakal menjadi lebih parah tahun ini seperti yang saya sebutkan dalam posting mutakhir saya.
Ini hanya satu dari pelbagai cerita duka dalam negara yg mewah dianugerah kekayaan hasil mahsul dari Allah SWT.
DUKACITA SEBUAH KELUARGA MISKIN: BAHASA DUKA YANG MENITISKAN AIR MATA!
"Bang... sardin tin besar ni minggu dulu harganya RM5.70, tapi sekarang dah RM6.20!" dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya di Shah Alam tadi petang.
Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar merengek beberapa kali. "Abah...nak aiskrim!" Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:"
"Adik...ibu tengok tadi aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya..." lembut suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya. "Belikanlah..." beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu.

Sebelum ke baris sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu. Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. "Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!" dan dia tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.

"Tak jadi nak belilah sardin ni!" katanya seolah-olah sedikit kecewa. "Nak tengok tempat lain nanti," jawapnya. Saya bertanya kenapa dia membeli sardin. "Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk. Nak beli ikan mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin boleh tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi," jawapnya selamba.

Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. "Sekarang kerja kat kilang lama ke?" saya tanya. Dia mengangguk. "Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma gajinyalah. Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer."

Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya. "Anak yang dua orang tu belajar lagi ke?" saya tanya lagi. Dia mengangguk laju-laju. "Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik. Itu yang saya kena berjimat tu bang," jawap lelaki yang saya kenal sejak berbelas tahun lalu.

Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum malam sebab lama kami tidak berjumpa. Nak tahu apa jawapnya? "Maaflah bang... sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan tak sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh bas, nak cari tambah-tambah duit," katanya.

Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. "Dapat empat ratus lagi bang sebab kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki ni.." dia menyelak pangkal seluarnya. "Ni bengkak dah bertahun ni. Entahlah...doktor cakap gout..." dia mengerutkan keningnya.

Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal. Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. Bolehkah kami berdepan realiti kehidupan sebuah negara maju.
Dipetik drp Utara Online

Notakaki:

Dan pada hari ini Rosmah Mansor berlepas ke Arab Saudi dalam rangka lawatan ke tiga negara termasuk Oman dan Bangladesh.

Turut mengiringi Rosmah ialah 20 ahli Bakti dan pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Rombongan itu berlepas jam 2.30 petang tadi menerusi Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Selepas melawat Arab Saudi mereka akan menziarahi Oman sebelum berkunjung ke Bangladesh. Aktif isteri Perdana Menteri Malaysia ini ketika Rakyat berfikir lima enam kali untuk membeli setin sardin cap Ayam.

Bila Aku Mencarut : Lancau laa lu !!

 al banjari online 

Cina Islam kata Utusan itu 'lidah syaitan'. Sebut Utusan mahu tidak mahu kita akan merujuk kepada 2 akhbarnya yang 'melayu' iaitu Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. Tidak mungkin Harakah berada dalam kelompok keluarga Utusan.

Lidah Syaitan :

Merujuk kepada kolum Bicara Agama, yang diterbitkan di akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 15 Februari 2004 yang membicarakan tajuk : Bicara Agama : Memahami Aurat Wanita tulisan Astora Jabat, mengiyakan kata-kata blogger Cina Islam bahawa Utusan itu 'lidah Syaitan'.

Mengapa ? Itu pasal ramai yang tak mahu pakai tudung. Jika pakai tudung pun tetap nampak 'jambul'. Kerana rambut itu bukan aurat.

"..ALLAH MENETAPKAN AURAT WANITA HANYALAH PADA QUBUL DAN DUBUR. ITU SAHAJA. SEBAB ITU SEWAKTU NABI ADAM DAN HAWA DITURUNKAN KE BUMI ALLAH HANYA MENUTUPKAN KEMALUAN MEREKA DENGAN 2 HELAI DAUN TIAP SEORANG.."

Ingat ini bukan aku kata ! Astora Jabat yang kata, Ularmak yang kata pada dia..! Memang kacau jika macam tu punya ijtihad si Astora ni. Baca Umno. Oleh kerana Astora ini berada didalam kelambu dan bergaul najis bersama didalamnya, kerana Utusan itu miliknya mutlak oleh Umno, memang patutpun ramai wanita di Malaysia ni SESAT dalam menakrifkan tentang 'aurat'. Lancau la lu..astora ! ( Carutan ni..baru mukadimah).

Tulisannya boleh dihayati dibawah ini. Godek saja box dan scroll pelan-pelan ke bawah.

Penulis berusaha menyiarkan di ruangan ini menjadi satu rencana yang dipercayai menjadi punca MENGAPA RAMAI WANITA ISLAM TIDAK MENUTUP AURAT(RAMBUT). Rencana bertajuk Rambut Wanita Bukan Aurat ditulis oleh Ustaz Zainudin Idris, pengikut Shah Waliyullah ad-Dihlawi. Berikut disiarkan rencana Ustaz Zainudin itu.

Pertikaian mengenai hukum aurat dan pakaian wanita sebenarnya telah lama berlaku di kalangan umat Islam. Setiap golongan bermati-matian dengan pegangan masing-masing tanpa menganalisis secara teliti sumber asal al-Quran, sunah dan ijmak para ulama. Selain itu mereka tidak merenungi tentang apakah hikmat yang terkandung dalam risalah Nabi Muhammad s.a.w. yang begitu umum dengan kitab suci al-Quran yang amat berhikmat lagi maha agung. Al-Quran diturunkan bukan untuk orang Arab sahaja malah untuk manusia sejagat.

Perkataan aurat menjadi sebutan biasa di kalangan orang kita dengan pengertian anggota-anggota yang diharamkan melihatnya sama ada lelaki dengan perempuan atau perempuan dengan perempuan atau lelaki dengan lelaki. Asal perkataan `aurat' daripada bahasa Arab yang bermaksud `keaiban' atau setiap sesuatu bahagian anggota yang ditutup oleh manusia secara mengejut dan malu.

Imam Waliyullah memberi takrif aurat di dalam kitab Hujjatullah al-Balighah pada halaman 688, jilid 2; beliau berkata:

``Ketahuilah bahawa menutup aurat, saya maksudkan ialah anggota-anggota yang mendatangkan keaiban dengan sebab ia terbuka di hadapan khalayak ramai mengikut adat umat yang sederhana hidupnya seperti yang terdapat pada bangsa Quraisy pada masa itu, ia termasuk di dalam pokok (asas) tamadun yang diakui di sisi setiap golongan yang dinamakan manusia, dan ia di antara perkara yang membezakan manusia daripada sekalian pelbagai jenis haiwan. Dengan sebab itu syariat mewajibkan menutup aurat tersebut, dua kemaluan manusia (qubul/depan dan dubur/belakang), dua buah kemaluan, ari-ari dan bahagian anggota yang mengiringinya termasuk pangkal kedua-dua paha dikira yang paling jelas dari segi agama bahawa ia termasuk ke dalam bahagian aurat.

Tidaklah perlu mendapatkan dalil lagi mengenai perkara itu. Persabdaan Nabi s.a.w. menunjukkan, apabila seseorang kamu mengahwini amahnya maka janganlah ia lihat pada auratnya. Riwayat yang lain pula Nabi s.a.w. bersabda: Maka janganlah lihat kepada anggota yang di bawah pusat dan di atas lutut.

Nabi s.a.w bersabda lagi: Tidakkah engkau tahu bahawa paha itu aurat? Asal hukum menutup aurat di dalam syarak difaham daripada firman Allah taala di dalam surah al-A'raf, ayat 26. Allah berfirman: Wahai anak Adam sesungguhnya Kami turunkan pakaian yang menutup kemaluan kamu dan pakaian menutup seluruh tubuh dan pakaian takwa (sederhana) itu lebih baik.

Pada ayat ini Allah mendedahkan kepada kita tiga jenis pakaian manusia, sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran. Pertama yang menutup dua kemaluan seperti pakaian Adam dan Hawa, sebagaimana Allah berfirman: Mulailah mereka berdua menutup atas mereka dengan dua daun syurga. (surah al-A'raf, ayat 22)

Kedua, pakaian yang menutup seluruh tubuh seperti burung. Ini adalah pakaian berhias-hias. Ketiga, yang berasaskan kesederhanaan, kecergasan dan keadilan itu adalah lebih baik (libasataqwa).

Sebenarnya para imam Islam telah pun menetapkan aurat yang wajib ditutup dan yang tidak wajib ditutup. Imam as-Syafii sebagai contoh mengikut adat resam Arab dan perasaan mereka yang mana kaum perempuannya suka menutup seluruh badan dan kaum lelakinya menutup sekadar tiga per empat badan. Imam Hanafi mengikut adat Ajam (Parsi) yang resamnya tidak jauh dengan Arab. Akan tetapi Imam Malik, guru kepada Imam as-Syafii menetapkan aurat mengikut adat resam orang-orang di sebelah Eropah. 

Dia membenarkan kaum lelaki menutup dua kemaluan sahaja dan begitu juga dengan kaum wanitanya. Jika terbuka buah dada dan belakang sekalipun dikirakan sembahyang mereka sah, apakah lagi di luar sembahyang.Imam Abu Bakar al-Jassas di dalam kitab Ahkamul Quran, jilid 3, halaman tiga berkata: ``Sesungguhnya telah bersetuju ummah bahawa apa yang ditunjukkan oleh ayat (al-Quran) adalah mesti menutup aurat.''

Kemudian beliau mengemukakan beberapa hadis yang sahih daripada Nabi s.a.w. dan athar para sahabat untuk menerangkan maksud aurat sebagaimana yang terdapat pada ayat 26 daripada surah al-A'raf di atas pada halaman 30, jilid tiga, beliau berkata:

``Telah datang beberapa athar daripada Nabi s.a.w. berhubung dengan masalah ini (menutup aurat) di antaranya hadis Bahzun bin Hakim yang diriwayatkan daripada bapanya dan diriwayatkan pula daripada neneknya, beliau berkata: ``Aku bertanya Rasulullah s.a.w. aurat kami apakah yang kami gunakan dan apa yang kami tinggalkan? Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Hendaklah engkau peliharakan aurat engkau kecuali isterimu atau perempuan yang kamu miliki. Lalu aku bertanya: ``Wahai Rasulullah! Jika kami berseorangan?''

Baginda bersabda: ``Sesungguhnya Allah lebih patut dimalukan kepada-Nya.''

Dalam riwayat Abu Said al-Khudri daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda: ``Tidak harus seseorang lelaki yang memandang aurat seorang lelaki yang lain dan tidak harus seseorang wanita memandang aurat wanita yang lain.''

Pada hadis yang lain baginda bersabda: ``Dilaknat mereka yang melihat kemaluan saudaranya.''

Allah berfirman dalam surah an-Nur, ayat 30: Suruhlah kepada orang mukmin hendaklah mereka rendahkan pandangan mereka dan mengawal kemaluan mereka; itu lebih baik untuk mereka; sesungguhnya Allah amat mengetahui apa yang mereka buat.

Pada ayat 31 firman-Nya: Suruhlah para mukminat rendahkan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka melainkan apa yang zahir daripadanya.

Ibnu al-Arabi berkata dalam al-Futuhat al-Makkiah jilid 1, halaman 521 pada bahagian `pada menyatakan batas aurat: ``Sebahagian ulama mengatakan bahawa aurat lelaki itu hanyalah dua kemaluannya sahaja (qubul dan dubur). Manakala sebahagian ulama pula mengatakan aurat lelaki itu dari pusat ke lutut. Di sisi kami (Ibnu al-Arabi) hanyalah dua kemaluannya sahaja yang dikira aurat yang hakiki, iaitu anggota-anggota manusia yang dicaci, dibenci dan dianggap buruk melihatnya. Dua kemaluan itu adalah tempat kepada apa yang kami sebutkan itu adalah menepati hukum haram, anggota-anggota selain daripada dua kemaluan itu dari pusat ke atas dan dari lutut ke bawah adalah menepati hukum syubhat yang sepatutnya berjaga-jaga kerana berternak di sempadan kawasan larangan itu hampir-hampir termasuk ke dalamnya.''

Pada bahagian `Batas aurat perempuan' pula beliau berkata: ``Sebahagian ulama mengatakan keseluruhan tubuh perempuan aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Ada pula ulama yang mengatakan demikian dengan tambahan tapak kakinya tidak termasuk aurat.

Ada yang mengatakan perempuan keseluruhannya aurat.

Ada pun mazhab kami (Ibnu al-Arabi), aurat pada perempuan hanyalah dua kemaluannya sebagaimana Allah berfirman: Mulailah mereka menutup atas kedua mereka dengan daun dari syurga. (Al-A'raf, ayat 22). Allah menyamakan di antara Adam dan Hawa pada menutup aurat keduanya (iaitu dua kemaluan). Jika perempuan diarah menutup adalah mazhab kami, tetapi bukannya tutupan itu kerana aurat malahan itu adalah undang-undang syarak yang berkehendakkan menutup dan tidaklah pasti menutup sesuatu itu kerana ia aurat.

Dengan huraian itu jelaslah bahawa walaupun segala nas, pendapat para ulama muhaqqiqin boleh dikatakan telah ittifak (bersepakat) dan ijmak mengakui bahawa aurat sebenar yang dikehendaki oleh Allah supaya manusia menutupnya itu hanyalah dua kemaluan (qubul dan dubur) sahaja sama ada pada kaum lelaki atau perempuan tanpa sebarang perbezaan kerana menutup dua kemaluan itu adalah suatu sifat yang membezakan di antara manusia dan haiwan sebagaimana berlalu keterangan Hujjatul Islam Shah Waliyullah ad-Dihlawi, termasuklah anggota-anggota yang berhampiran dengannya seperti kedua-dua batang paha dan buah kemaluan lelaki serta ari-ari. Semuanya dikira termasuk ke dalam bahagian aurat. Akan tetapi di akhir huraiannya, Shah Waliyullah menegaskan bahawa semua hadis yang menerangkan masalah aurat dan meletakkan batasan-batasannya adalah berlawanan. Ini bererti keterangan Rasulullah s.a.w. itu tidak sama dalam masalah ini.

Mengikut pendapat Shah Waliyullah semua hadis itu sahih (jelas), maka semuanya boleh dijadikan panduan.

Pengertian aurat ini memang dimaklumi di kalangan umat Arab zaman silam. Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. tidak memberi makna yang jelas atau keputusan yang tidak boleh dipertikaikan. Dengan sebab itu perkhilafan (beza) pendapat di kalangan para ulama Islam tidak timbul sama sekali, tetapi apa yang berlaku adalah sebagaimana yang kita semua saksikan pada hari ini. 

Punca perbahasan mengenai masalah aurat ini hanya timbul daripada kefahaman yang semata-mata diambil daripada hadis-hadis Nabi s.a.w. yang keterangannya berlawanan dan juga pendapat para ahli tafsir yang memberi keterangan di bawah ayat-ayat yang tidak sarih (jelas). Kerana sebab itulah Imam Ibnu Rusyd rahimahullah taala telah memberi penjelasan dalam Bidayatul Mujtahid, jilid 1; halaman 114: ``Para ulama keseluruhannya telah ittifak (sepakat) mengatakan bahawa menutup aurat itu suatu kewajipan yang mutlak, tetapi mereka berselisih faham tentang penutupan itu adakah ia merupakan suatu syarat yang terkandung di dalam beberapa syarat bagi sah sembahyang ataupun tidak.

Demikian pula mereka berlainan faham tentang batas-batas aurat pada lelaki dan perempuan, tetapi yang ternyata di dalam mazhab Imam Malik bahawa menutup aurat itu termasuk di dalam bahagian amalan sunat di dalam sembahyang sahaja. Di dalam mazhab Abu Hanifah dan as-Syafii menutup aurat itu sebahagian amalan fardu di dalam sembahyang. Sebab perselisihan mereka di dalam menentukan perkara itu ialah kerana hadis-hadis dan athar sahabat yang menjadi tunjang kepada masalah itu didapati saling bercanggah kenyataannya serta para sahabat telah berbeza dalam memahami maksud firman Allah (al-A'raf, ayat 31):

Wahai anak-anak Adam pakailah perhiasan kamu pada setiap kali ke masjid. Adakah suruhan Allah dengan menggunakan perhiasan itu menunjukkan suruhan wajib atau sunat jua.

Apakah yang dimaksudkan dengan perhiasan (az-ninah) itu? Imam Assudi mengatakan maksud perhiasan pada ayat itu ialah pakaian yang menutup aurat. Riwayat daripada Abu Hanifah, beliau berkata: ``Aurat terbahagi kepada dua bahagian, aurat mughallazah (aurat berat) dan aurat mukhaffah (aurat ringan).

Aurat mughallazah itu adalah qubul dan dubur dan aurat mukhaffah, iaitu anggota-anggota selain daripada apa yang telah disebut ia daripada aurat.''

Buah Dada dan Mulut Mikrofon

Itu pasal juga jika dibuka akhbar itu, sarat dengan foto-foto artis yang langsung tidak menutup aurat dengan baik. Jangankan rambut, tetek(buah dada) pun nak dibukakannya terus untuk tatapan orang melayu. Pasal apa, pasal aurat wanita itu hanya pada qubul dan dubur. Lain-lain halal untuk dilihat. KLik link ini..muntah kalau nak tengok apa yg telah tersiar di Pancaindera, Utusan.

Elok sangat diboikot akhbar Utusan ni. Ada berani ? Tak berani...! 

Jika berani dah lama Utusan tu lingkup. Pasal apa tak berani..tanya saja pemimpin Pakatan Rakyat, ramai juga yg perlukan Utusan untuk kelangsungan politik peribadi. 

Pantang disua mikrofon oleh wartawan Utusan, sampai kering liur bagi pendapat dan hujah. Mulut mikrofon sungguh ! Sedangkan dimedan ceramah, buih-buih mulut mengata, Boikot utusan, Utusan lidah syaitan. Piiirahhh...!!

Dalam majlis-majlis besar Pakatan Rakyat, media 'lidah syaitan' itu juga yang dipuja. Berlonggok mereka-mereka (orang media) di dalam majlis. Baik majlis PAS mahupun PKR. Sama saja ! Sudahnya berita yang keluar teruk di spin oleh soldadu media ber'lidah syaitan'. Tidak kah bahlul namanya tu ? Tidak lama lagi, PRK Tenang, hangpa boleh tengok gelagat pimpinan Pakatan Rakyat. Betul tak cakap aku ! 

Memperkasa Media Baru

Bagus juga agenda yang cuba diketengahkan oleh beberapa pimpinan untuk 'memperkasa' Media Baru. 


Minggu depan, sarat dengan program untuk meraikan penulis-pemulis dari Media Baru. 


Seminggu ada 3 event. Perhhh...! Mau ada yg hempas tabung gajah atau buluh. Pasal gagah nak pi join. Duit yg ada dah habis kat anak-anak baru masuk sekolah, beli barang yang semakin hari semakin mahal. 

Teringat kata seorang sahabat, ambil berkat harga nyiok tengah mahal sekarang, laa sebijik lepas kupas boleh dapat RM1 sebiji, kait nyiok belakang rumah, 5 tandan dah boleh kumpul RM2-3 ratus buat modal pi event...tapi bila tengok yang mai bentang kertas kerja..langsung tak menarik hati untuk datang. 


Cari la yang 'berjenis' sikit. Tapi kalau tanya aku, aku suka kalau pembentang tu 'Tukar Tiub'. Nampak Profesional. Kita baca pengalaman beliau. Ker modal event ciput ? Adoi..cukup ler aku carut kat atas tu..! Mintak maaf la pasai sebut , lancau..tadi. Dari aku sebut benda bukan aku punya, lebih aula' sebut lancau. 

Jika hangpa nak carut juga pada benda bukan hangpa punya, ikut suka hangpa ! Carut la sebanyak mana yg hangpa buleh. Adios.

PETRONAS UNTUNG BESAR RAKYAT MENAHAN LAPAR

Oleh : MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN

Kenyataan Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkenaan keuntungan bersih Syarikat minyak Malaysia iaitu PETRONAS BERJUMLAH 26.5 BILION DALAM TEMPOH ENAM BULAN BERAKHIR 31 MAC 2011 amat menggembirakan seluruh rakyat Malaysia. Keuntungan ini telah meningkat sebanyak 18.8 peratus daripada 22.3 bilion yang dicatat pada tempoh sama tahun kewangan lalu. Ia diraihnya daripada pendapatan sebanyak RM115.5 bilion, meningkat 17.6 peratus daripada RM98.2 bilion.

Dalam keadaan rakyat Malaysia gembira dengan berita keuntungan PETRONAS, tiba-tiba hari ini kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol (RON97) dan minyak tanah sebanyak RM0.10 sen setelah dinaikan beberapa kali sebelum ini. Dijangkakan selepas ini akan menyusul pula kenaikan harga barangan lain seperti minyak masak, barang keperluan harian, barang peralatan pembinaan, tariff elektrik dan lain-lain.
Dua situasi ini, iaitu keuntungan PETRONAS dan kenaikan harga petrol membuktikan bahawa slogan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” sebagai istilah yang paling tepat untuk misi 1Malaysia, apabila keuntungan PETRONAS diumumkan maka diperdengdangkan kepada rakyat bahawa kerajaan mengutamakan pencapaian yang cemerlang. Namun apabila harga petrol dinaikkan maka disinilah rakyat diutamakan dengan mengemukakan pelbagai alasan yang tidak berasas.
Kenaikan harga petrol ini adalah cara terbaru kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, dulu rakyat akan ke pejabat cukai untuk membayar cukai kepada kerajaan tapi kini rakyat akan ke stesyen petrol untuk membayar cukai dengan cara mengisi petrol sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 94-95
94. Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran (cukai) kepadamu (dari hasil pendapatan kami) Dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara Kami Dengan mereka?"
95. Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh.
Ayat ini menunjukkan Raja Zulkarnain tidak menerima cukai yang hendak diberikan oleh rakyat, tetapi bantuan yang dipinta diberikan tanpa balasan. Jika dilihat dari sudut rakyat yang terdesak, apa salahnya Raja Zulkarnain mengambil cukai daripada mereka? Tetapi Raja Zulkarnain bukan pemimpin umno yang sanggup mengenakan cukai dengan cara menaikkan harga minyak ketika rakyat terdesak untuk menggunakan minyak bagi urusan harian mereka.
Pemimpin Negara sepatutnya adalah individu pertama yang berkorban untuk Negara. Sultan Zahir Bebrus contohnya yang memerintah kerajaan Mamalik di Mesir, sebelum mengutip cukai daripada rakyat, Beliau melelong segala harta kekayaannya bagi menampung kos persenjataan bagi melawan tentera monggol yang kuat dan ganas. Akhirnya kerajaan yang berciri kebajikan ini pertama kali dalam sejarah tentera Monggol dapat dikalahkan.Apakah pemimpin kerajaan Barisan Nasional sanggup berbuat demikian demi kepentingan rakyat?
Saidina Umar R.A pernah mengutus surat pada gabenornya Huzaifah yang berbunyi: "hendaklah kamu mengagihkan rezeki mereka (rakyat)” Huzaifah membalas surat Saidina Umar dengan berkata: “aku telah mengagihkannya tapi ia masih banyak berbaki”. Saidina Umar membalas semula: "harta yang masih berbaki itu ialah harta rakyat yang Allah kurniakan kepada mereka, ia bukan milik umar dan bukan milik keluarga umar(kroni Umar), maka bahagikanlah harta tersebut dikalangan rakyat(subsidi)".
Inilah contoh pemimpin berjiwa rakyat, walaupun harta masih berbaki. Tetapi Saidina Umar R.A masih mengutamakan kebajikan rakyatnya, umum mengetahui bahawa PETRONAS adalah 100% milik kerajaan, dengan keuntungan sebanyak itu, adakah kerajaan tidak terfikir, alangkah bagusnya keuntungan sedemikian diagih-agihkan sesama rakyat. Salah satu caranya ialah dengan menambah subsidi kepada rakyat, iaitu menurunkan harga minyak.
Saidina Umar R.A sangat arif tentang firman Allah dalam surah Al-A’raaf ayat 96:
96. Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan.
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa dengan sebab penduduk yang beriman dan bertaqwa maka Allah melimpahkan kurnianya dari hasil bumi dan langit. Justeru itu, rakyat juga berhak berkongsi pendapatan hasil bumi yang melimpah ruah dengan sebab keimanan dan ketaqwaan mereka.Jangan sesekali pemimpin Negara menafikan hak mereka dengan semata-mata untuk mengkayakan beberapa individu tertentu yang langsung tidak mempunyai ciri-ciri ketaqwaan kepada Allah.
Pada awal November tahun 2010 kerajaan menjanjikan harga RON 95 dan diesel akan kekal masing-masing pada kadar harga RM 1.85 seliter dan RM 1.75 seliter sehingga hujung tahun selepas menaikkan harga RON 97 sebanyak 5 sen pada masa itu. Walaubagaimanapun kerajaan memungkiri janji mereka apabila menaikkan harga RON 97, RON 95, Gula dan Gas pada awal Disember tahun lepas. Perkara ini terjadi semata-mata kehendak kerajaan umno mahu berniaga dan mendapat keuntungan yang besar daripada keperitan rakyat
Ibn Khaldun berkata : “Sesungguhnya perniagaan daripada pihak kerajaan kepada rakyat memudharatkan dan merosakkan pendapatan Negara”. Kata-kata beliau ini boleh dibuktikan dengan fakta dibawah ini:-
Harga minyak bagi Negara yang mengeluarkan minyak seperti Malaysia mengikut nilai RM:
Bil
Negara Pengeluar Minyak
Nilai RM
1.
United Arab Emirates
RM1.22 seliter
2.
Baharin:
RM0.89 seliter
3.
Qatar
RM0.72 seliter
4.
Kuwait
RM0.69 seliter
5.
Libya
RM0.46 seliter
6.
Arab Saudi
RM0.39 seliter
7.
Iran
RM0.36 seliter
8.
Nigeria
RM0.33 seliter
9.
Turkemenistan
RM0.26 seliter
10.
Venezuela
RM0.16 seliter
11.
MALAYSIA
RM1.90 SELITER
RM2.40 SELITER
Inilah akibatnya apabila kerajaan menjadikan hasil Negara sebagai satu perniagaan kepada rakyat. Hasil yang diperolehi bukannya untuk memudahkan kehidupan rakyat, tetapi semakin membebankan rakyat. Sepatutnya sebagai sebuah negara pengeluar minyak yang telah mendapat keuntungan. Kerajaan mestilah menurunkan harga minyak dengan menambah subsidi kepada rakyat, tetapi malang bagi kita apabila kerajaan telah bertindak mengurangkan subsidi.
Seterusnya apabila kenaikan berlaku sudah menjadi satu tradisi pihak kerajaan akan mula masuk ke kampung dan mengedar risalah bahawa kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi yang tinggi untuk rakyat. Sabda nabi SAW: “Apabila umatku melakukan 15 perkara maka akan turun bala: (antaranya ialah)apabila harta negara berpusing di kalangan orang kaya dan pembesar, amanah dianggap satu peluang untuk rebut harta”.
Kenaikan harga minyak ini sebenarnya memberi kesan kepada semua sektor, dikhabarkan bahawa selepas ini akan menyusul pula kenaikan beberapa lagi barang-barang kerpeluan harian. Kenaikan ini sudah pasti menyusahkan golongan miskin dan berpendapatan rendah. Oleh yang demikian, kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan Negara ini. Marilah kita bersatu padu tanpa mengira apa fahaman, apa jua bangsa, apa jua agama untuk bersama-sama menolak Barisan Nasional yang terbukti telah menindas dan mengaburi mata rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 13.

Mahasiswa Khuatir Harga Barangan Tidak Terkawal


KUALA LUMPUR 9 JAN : Trend kenaikkan harga barangan runcit yang semakin tidak terkawal menimbulkan kebimbangan dikalangan mahasiswa di negara ini.
Dalam satu kenyataan Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (MPP GMUKM) merasa bimbang serta khuatir dengan keadaan semasa.
"Mahasiswa selaku jurubicara rakyat melihat perkaitan antara harga minyak petrol dan diesel yang dinaikkan bulan lepas adalah tidak berkadar langsung dengan kenaikan barangan runcit rumah ketika ini sepertimana yang dilaporkan dalam akhbar hari ini," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu merujuk akhbar Berita Harian semalam bertajuk 'Harga bawang melambung, stok minyak masak kurang'.
MPP GMUKM memandang serius isu ini kerana ia melibatkan kepentingan bersama rakyat dan pemimpin di mana secara jelas mengikut Teori Rantaian, apabila minyak petrol dan diesel dinaikkan, maka kos tersebut terpaksa ditanggung oleh pihak peniaga.
Maka, tidak dapat tidak harga jualan barangan runcit rumah terpaksa dinaikkan mengikut keperluan.
"MPP GMUKM yang telah menjalankan kaji selidik sekitar UKM kampus Bangi dan Cheras mendapati majoriti mahasiswa UKM hari ini mengeluh dan mengaku semakin kesusutan kewangan akibat kenaikan harga barangan dan makanan yang mana rata-rata mahasiswa akan makan di kedai," tambah kenyataan itu.
Justeru, apabila harga minyak petrol dan diesel dinaikkan makan harga barangan runcit dinaikkan, maka pengusaha kedai makan turut terpaksa menaikkan harga minuman dan makanan untuk menyerap kos yang ditanggungnya, akhirnya akibatnya jelas terpaksa ditanggung oleh golongan mahasiswa selaku pengguna akhir yang terpaksa akur suka atau tidak.
Tinjauan kaji selidik GMUKM mendapati secara purata, mahasiswa terpaksa membelanja RM5 hingga RM7 untuk satu hidangan tengah hari atau malam manakala RM3 hingga RM4 untuk sarapan.
"Isu ini telah kami utarakan kepada pengurusan universiti. Namun malangnya pihak pengurusan menjawab mereka tidak dapat membantu mahasiswa kerana kontrak dengan pihak kafe-kafe sudah dimeterai.
"Manakala untuk kedai-kedai luar universiti adalah terletak pada pengusaha kedai makan itu sendiri. Apa yang mampu dilakukan oleh pihak pengurusan universiti adalah sekadar menasihati mahasiswa untuk berjimat-cermat dan bersabar," kata kenyataan itu lagi.
Tinjauan GMUKM juga mendapati terdapat segelintir mahasiswa yang mengambil langkah bekerja secara sambilan di luar waktu kelas untuk menampung kos sara hidup di universiti.
MPP GMUKM berpandangan perihal ini tidak perlu kerana sepatutnya pinjaman atau biasiswa yang diperoleh sepatutnya sudah mencukupi.
Ironinya perihal ini disanggah sendiri oleh rakan-rakan mahasiswa yang memaklumkan bahawa duit pinjaman atau biasiswa yang diperoleh sekadar cukup untuk makan dan belanja 'isi minyak', tetapi tidak cukup untuk membeli buku-buku rujukan dan tidak termasuk kos untuk membuat kerja lapangan di luar kelas.
"Justeru itu, kami di peringkat ahli Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa UKM (MPP GMUKM) menggesa pihak-pihak terbabit khususnya pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta agensi-agensi di bawahnya untuk segera bertindak segera mengawal inflasi dengan cara mengekang sebarang kenaikan barangan primer seperti minyak gas, minyak masa, gula, tepung serta yang lebih penting minyak petrol dan diesel," ujarnya lagi.
Ini demi menyelamat dan mengekang inflasi yang semakin hari kelihatan semakin tidak terkawal di dalam negara.

Jeffrey Keluar Parti Hanya Beri Impak Minima


KELANA JAYA 9 JAN: Penarikan diri oleh Datuk Jeffrey Kitingan dan 26 lagi ahli daripada PKR beberapa hari lalu hanya memberikan impak yang amat sedikit terhadap parti dan cabang asal Jeffrey iaitu Pensingan.
Dalam satu sidang media di ibupejabat PKR petang tadi, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan media arus perdana telah mengembar gemburkan isu tersebut.
"Yang menjadi isu ialah semasa saya sampai, keluar berita, satunya mengenai 27 anggota parti mengumumkan akan menyertai Barisan Bersatu Borneo(UBF), di mana sembilan daripada mereka adalah yang telah digantung ekoran keterlibatan dalam pewujudan Parti Cinta Sabah. Belumpun tempoh penggantungan berakhir, mereka telah memutuskan untuk menyertai UBF," jelas Saifuddin.
Beliau berkata, isu ini diperbesarkan lagi oleh media arus perdana kononnya berlaku satu situasi ahli keluar parti besar-besaran hanya kerana beberapa ahli pimpinan cabang turut serta keluar parti pada masa itu.
Katanya lagi, dalam perjumpaan terbaru beliau dengan pimpinan cabang-cabang negeri Sabah pada 6 Januari lalu, beliau dimaklumkan bahawa tiada seorangpun ahli jawatankuasa Cabang Pensiangan yang turut beserta Jeffrey keluar parti.
"Cabang Pensiangan ketuanya Jeffrey Kitingan, timbalannya memaklumkan kepada saya, pemergian Jeffrey meninggalkan parti tidak diikuti oleh mana-mana annggota pemegang jawatan, samada ahli jawatankuasa (AJK) cabang, Angkatan Muda mahupun Wanita. Begitu juga beberapa cabang lain yang menyaksikan pimpinan keluar tetapi tidak disertai dengan penarikan diri beramai-ramai daripada parti," jelas beliau lagi.
Ditanyakan berkenaan dakwaan berlakunya kekecohan semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) baru-baru ini, beliau menjelaskan kedua-dua mesyuarat yang diadakan dalam tempoh sebulan lalu berjalan dengan amat lancar.
"Umumnya saya tidak melihat, sekurang-kurangnya pada dua 'event' yang saya hadiri, ia berlangsung dengan baik daripada awal hingga akhir tak seperti gegak gempita atau porak peranda seperti yang digambarkan," kata beliau lagi.

Wanita lwn wanita di Tenang?

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Besar Kemungkinan pertembungan antara wanita berlaku di Tenang apabila BN dikatakan akan mengemukakan calon wanita manakala PAS juga mempertimbangkan dua calon iaitu seorang lelaki dan seorang wanita.

"Mesyuarat hari ini telah membuat keputusan calon yang akan mewakili PAS tetapi ianya hanya akan diumumkan 16 Januari ini di Tenang," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Katanya, mesyuarat telah memilih salah seorang dari dua calon yang telah disenarai pendek oleh PAS Johor iaitu seorang dari Pemuda dan seorang lagi dari Muslimat PAS.

PAS hari ini mengadakan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Ini adalah mesyuarat pertama yang diadakan disitu selepas bangunan itu mengalami kebakaran kecil hujung tahun lalu.

Antara agenda mesyuarat hari ini adalah mempertimbangkan calon untuk pilihan raya kecil Tenang bagi mewakili Pakatan Rakyat.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat 19 Disember lalu di Pulau Pinang telah memutuskan calon PAS akan mewakili Pakatan rakyat dalam pilihan raya kecil ini.

Menurut sumber media, BN akan meletak calon wanita dalam pilihan raya kecil ini. Ia dikaitkan dengan lobi MCA. Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah bekas anggota Parlimen Labis manakala dalam pilihan raya umum lalu anak beliau menjadi calon BN dan menang.

PAS Johor pula telah menghantar dua calon, seorang lelaki dan seorang wanita untuk dipilih oleh pucuk pimpinan PAS dalam mesyuarat hari ini.

Sebelum ini, lima nama disebut-sebut untuk dipilih sebagai calon PAS.

"Kita telah pilih salah seorang dari dua calon yang dikemukakan oleh PAS Johor itu," kata Mustafa kepada Harakahdaily hari ini.

PAS dijangka akan memaklumkan keputusan ini kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat dalam pertemuan menjelang ceramah dan solat hajat di Stadium Melawati malam ini.

Normala Sudirman Calon PAS DUN Tenang?


Meskipun belum ada sebarang hint diberikan oleh pimpinan PAS berkenaan siapakah calon PRK DUN Tenang, nampaknya sudah ada "cakap-cakap" yang menggambarkan bahawa PAS akan mencalonkan seorang muslimah anak tempatan.

Calon Muslimah PAS bagi PRK Dun Tenang. Bekas Guru Pemulihan Khas, Normala bte Sudirman. Sebelum ini telah disebut-sebut sebagai calon utama PAS pada PRK Dun Tenang oleh sumber dalaman "orangg kuat" PAS di Labis, Segamat Johor.

Calon muslimah yang berumur 38 tahun itu ialah bekas seorang guru pendidikan khas khabarnya telahpun meletakkan jawatan 24 jam sebagai guru baru-baru ini (dipercayai untuk persediaan menjadi calon di DUN Tenang).

Apa pun sama-sama kita nantikan pengumuman yang akan diadakan pada 16 Januari ini.

Mahfuz : Umno Kian Terdesak 'Peralat' Utusan Kaburi Mata Rakyat

KUALA LUMPUR 9 JAN : Datuk Mahfuz Omar menyifatkan parti Umno kini berada dalam keadaan terdesak sehingga menggunakan Utusan Malaysia bagi mengaburi mata rakyat dalam isu hubungan antara parti politik dan monarki di Malaysia.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, tuduhan mengenai PKR dan DAP anti sultan dan mahu menjadikan Malaysia sebuah republik dalam kolum Awang Selamat hari ini membelakangi hakikat sebenar cadangan yang cuba dilakukan Pakatan Rakyat.
"Kenyataan yang dibuat Awang Selamat ini menunjukkan Umno dalam keadaan kritikal apabila cuba menonjolkan dan menaikan isu bahawa PKR dan DAP sebagai anti sistem kesultanan dalam negara kita ini dan cuba mengaitkan isu Khusrin seolah mengkhianati tapi pada hakikatnya kita cuba mengembalikan kuasa lantikan kepada Sultan atas nasihat Menteri Besar," katanya kepada Tv Selangor.
Dalam kolum hari ini, Awang mendakwa Khalid dengan didalangi oleh DAP  mahu mencetuskan krisis perlembagaan di Malaysia  serta PKR dan DAP sengaja memainkan isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi kerana mahu mengalihkan perhatian daripada kegawatan dalam PKR serta kelemahan kerajaan negeri.
Mahfuz dengan tegas menyatakan bahawa Rancangan Pemindaan Undang Tubuh Negeri Selangor Pakatan Rakyat dan Akta Pemulihan Demokrasi bertujuan menguatkan kuasa Sultan dan Yang Di-Pertuan Agong yang telah ditarik oleh Umno pada tahun 1993.
"Ini bukan isu nak menjadikan Malaysia sebagai Republik, ini isu yang kita nak mengangkat kuasa Raja kembali. Kita bukan nak buang Raja, kita nak kukuhkan kuasa Raja yang bukannya diperalat oleh pemimpin Umno seperti sekarang ini," jelasnya.
Sentimen sama dikongsi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini.
Melalui kenyataan medianya, Kit Siang menganggap Utusan sebagai punca perpecahan masyarakat dalam negara ini dan menjadi duri dalam daging slogan 1 Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Apa yang dinyatakan Awang Selamat adalah berteraskan pembohongan. Dalam tujuh perenggang artikel 'Iktibar Kemelut Selangor', Awang Selamat telah menyatakan lebih dari tujuh pembohongan dalam usaha mereka menyemai kebencian dan cubaan merosakkan hubungan di antara Parti Pakatan Rakyat dalam kerajaan Selangor," tegas beliau.
Beliau turut menuntut agar Najib mengambil tindakan di atas hal ini serta agar kabinet BN tidak lagi berdiam diri.
"Jika Najib dan pemimpin Umno serta pemimpin komponen Barisan Nasional yang lain samada dari MCA, Gerakan, MIC atau Sabah dan Sarawak, terus menutup mata dengan penipuan ini, Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan taraf hidup, sepatutnya tahu kredibiliti slogan 1 Malaysia Najib di mata dunia," kata Kit Siang lagi.

Kit Siang: Utusan terus berbohong, semai sikap ancam perpaduan

Lim Kit Siang: Utusan Malaysia “rasis”.
KUALA LUMPUR, 9 Jan — Akhbar “rasis” Utusan Malaysia terus kekal menjadi ancaman utama kepada slogan 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tegas Lim Kit Siang hari ini. Pemimpin veteran DAP itu berkata, akhbar milik Umno tersebut terus-menerus meracuni pemikiran rakyat dengan retorik menyemai sikap benci-membenci, tidak percaya satu sama lain dan memudaratkan perpaduan.
Kata beliau, tulisan-tulisan yang bersifat pembohongan dan tidak benar akhbar terbitan Kumpulan Utusan bagi menyemarakkan racun perkauman dan membenci, menyemai perasaan tidak yakin dan memudaratkan perpaduan merupakan “sumbangan paling  buruk” kepada usaha Najib yang membawa gagasan 1 Malaysia dalam membina negara.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Lim berkata, Mingguan Malaysia sekali lagi menghidangkan penipuan dan pembohongan untuk meracuni sistem politik dan memperlekehkan proses membina negara, dengan membuat dakwaan tidak berasas dan membuta tuli menerusi editorialnnya bahawa DAP sedang bertindak ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara republik dan menghapuskan sistem Raja-raja Melayu.
Dalam ruangan Awang Selamat hari ini, akhbar itu mempersoalkan apakah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan didalangi oleh DAP yang sememangnya mahu mencetuskan krisis perlembagaan di Malaysia.
Katanya, isu di Selangor itu dikatakan menjadi kes ujian sebelum Pulau Pinang dan akhirnya, di seluruh negara.
“Kedua, PKR dan DAP sengaja memainkan isu pelantikan Khusrin kerana mahu mengalihkan perhatian daripada kegawatan dalam PKR serta kelemahan kerajaan negeri,” katanya.
Akhbar itu menambah, “tetapi iktibar daripada kemelut di Selangor itu ialah jika PKR dan DAP memerintah, lagi banyak berlaku kemudaratan”.
“Yang paling pasti, Malaysia akan berada di ambang republik. Kebangkitan badan-badan bukan kerajaan (NGO) terutama di Selangor menentang penderhakaan PKR dan DAP, membuktikan majoriti rakyat terutama orang Melayu tidak akan membenarkan cubaan itu berlaku,” katanya lagi.
Ia juga mendakwa pemimpin utama PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sengaja berdiam diri kerana mahu rakyat tidak memberi perhatian kepada isu moral termasuk kes perbicaraan liwatnya.
Dalam respons, Lim juga berkata, dakwaan Awang Selamat satu penipuan yang bertujuan untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan PAS dan kerajaan Selangor.
“Tidak perlu bagi saya untuk mengulangi semula pendirian DAP sentiasa menyokong sistem raja berperlembagaan di Malaysia,” katanya.
Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, apa yang cuba disampaikan oleh Awang Selamat merupakan mutu kewartawan yang paling buruk.
Sehubungan itu, Lim menggesa Najib mengambil tindakan ke atas Kumpulan Utusan yang terus membawa mesej mahu menjatuhkan imej pentadbiran 1 Malaysia Najib.
Malah katanya, Kabinet Najib tidak boleh kekal ideal dengan tindakan akhbar kumpulan itu membawa maklumat-maklumat yang meracuni pemikiran rakyat.
“Di bawah kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan presiden Umno, Utusan Malaysia berubah menjadi akhbar yang berbohong, yang jauh bertentangan dengan objektif Najib menggalakkan media yang bersifat inklusif,” katanya lagi.
Oleh itu kata Lim, jika Najib dan pemimpin-pemimpin Umno, dan juga pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional sama ada MCA, Gerakan, MIC atau parti-parti komponen Sarawak dan Sabah terus menutup mata dengan tidak mengambil tahu tulisan akhbar Kumpulan Utusan, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama berhak untuk mengetahui kewibawaan slogan 1 Malaysia.
Kerajaan negeri Selangor kini berhadapan dengan krisis perlembagaan ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dan merancang untuk meminda perlembagaan negeri, dijangka hujung bulan ini.
Sebelum ini, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberi amaran kepada kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat tentang risiko kehilangan sokongan orang Melayu ekoran kemelut semasa.

Penduduk bakar patung ADUN Sri Muda

Kira-kira 300 penduduk Kampung Jalan Kebun di Klang hari ini mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah tindakan ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie yang didakwa mengeluarkan
kenyataan biadap terhadap Sultan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas dakwaan memutarbelit titah ucapan baginda.

Mereka menuntut Shuhaimi agar segera memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor dan meletakkan jawatannya sebagai ADUN.

Sambil melaungkan 'Daulat Tuanku' dan menyanyikan lagu 'Selamat Tuanku', penduduk kampung terbabit turut bertindak membakar poster Shuhaimi bagi menggambarkan kemarahan mereka.

"Kami berasa malu dengan tindakan Shuhaimi kerana sebagai orang Melayu dan juga ADUN, beliau tergamak berbuat demikian kepada Sultan Selangor serta sanggup dipergunakan oleh orang lain demi kepentingan politik peribadi," kata ahli Jawatankuasa Penduduk kampung itu Buang Abdul Basir kepada pemberita.

Shuhaimi dalam blognya baru-baru ini didakwa berkata bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tidak perlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia adalah di bawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Timbalan Ketua Umno bahagian Kota Raja, Kamal Ariffin Kaimin yang turut menyertai demonstrasi itu berkata penduduk kampung juga kesal dengan tindakan Abdul Khalid yang sanggup memutar-belitkan titah ucapan Sultan Selangor baru-baru ini mengenai pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baru.

- Bernama

Isu SUK: Cubaan keruh hubungan MB-istana, kata Ibrahim

Isu penolakan pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi bagi jawatan Setiausaha Kerajaan negeri (SUK) Selangor dilihat sebagai satu usaha pihak tertentu yang cuba mengeruhkan hubungan antara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan istana, kata ahli parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali.

Menurutnya, Khalid tentunya tidak mahu pening kepala dengan isu berkenaan apatah lagi mahu bermasalah dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Tetapi saya lihat ada pihak yang cuba mengeruhkan suasana ini dengan bertindak umpama baling batu sembunyikan tangan dalam isu-isu tertentu.

"Kesungguhan MB (Khalid) menolak Khusrin jelas ada dalang di belakangnya," katanya kepada Bernama hari ini.

Ibrahim, yang juga presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), berkata setakat ini Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak bersuara dalam media, tetapi bukannya bermakna mereka tidak berperanan.

"Tapi apa MB boleh buat. Dia ikut sahaja dalang di sebalik isu ini. Isu ini tidak menguntungkan beliau (Khalid) malah merugikannya. Matlamat utama ialah bermulanya pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor," katanya.

Anwar, yang juga adalah penasihat ekonomi Selangor manakala Azmin adalah ADUN Selangor kawasan Bukit Antarabangsa, merangkap pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor.

Ibrahim berkata dalam isu ini, satu analisa politik perlu dibuat dengan tepat kerana untuk meminda undang-undang, sebanyak 2/3 majoriti atau 37 kerusi diperlukan sedangkan kerajaan Selangor sekarang hanya mempunyai 35 kerusi daripada 56 kerusi keseluruhannya.

Sementara itu, bekas ADUN Batang Kali, Datuk Zainal Abidin Sakom mendakwa isu ini disengajakan oleh satu gerakan dalaman PKR sendiri untuk menghilangkan keyakinan sultan dan rakyat kepada peribadi dan kepimpinan seterusnya kewibawaan Khalid.

Beliau berkata PKR seolah-olah sengaja membiarkan malah menggalakkan Khalid terus membuat kesilapan demi kesilapan yang dianggap besar sehingga sanggup mempertikaikan perkenan Tuanku Sultan.

"Ini menyebabkan segala tindak tanduk sebagai seorang MB tidak mendapat keyakinan dan restu Sultan.

"Akibatnya bila isu menjadi semakin besar, kemungkinan besar Sultan akan mengeluarkan titah bahawa Tuanku tidak dapat bekerjasama dengan Khalid dan akan menggantikan dengan muka baru untuk menjadi MB," katanya yang dipetik dari kenyataan di sebuah blog hari ini.

Zainal Abidin berkata beliau melihat dan meramalkan tindakan Khalid meneruskan sidang DUN tanpa perkenan Sultan Selangor tanpa kehadiran SUK baru yang dilantik akan memberikan kesan negatif hingga boleh mengakibatkan sidang tidak sah.

Katanya, gerakan menolak dan mengetepikan Khalid sebagai pemimpin PKR yang berwibawa seterusnya sebagai menteri besar telah telah lama dirancang oleh pemimpin dalaman PKR sendiri.

Beliau berkata sandiwara PKR untuk mengetepikan Khalid juga dapat dilihat melalui keputusan Anwar melantik Azmin mengambil alih jawatan sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor yang pada mulanya dipegang oleh Khalid tahun lepas.

- Bernama

PTPTN: Buku Jingga ada penyelesaian realistik

Aktivis mahasiswa percaya Buku Jingga, satu dokumen yang dilancarkan Pakatan Rakyat dalam Konvensyennya bulan lepas, mampu menyelesaikan kemelut isu pembayaran balik Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Malah, Aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohd Aizat Mohd Salleh menyeru mahasiswa supaya memberi peluang kepada Pakatan untuk diberi mandat dalam pilihan raya umum akan datang, supaya janji-janji berkenaan dapat dilaksanakan.
“Seperkara yang tidak dibuat dan tidak diusahakan pun oleh kerajaan BN pada hari ini adalah menyelesaikan kemelut anak muda ini iaitu bagaimana semua rakyat itu boleh mendapat pendidikan tanpa bebanan, kerana pendidikan merupakan tanggungjawab asasi yang perlu dimiliki oleh rakyat seperti juga air,” kata Mohd Aizat dalam satu kenyataan.
Menurutnya, polisi kerajaan hari ini, yang mewajibkan mahasiswa yang telah menamatkan pengajian di Universiti membayar semula pinjaman PTPTN dalam masa enam bulan, membebankan pelajar.
Sehubungan itu katanya, beliau mahu menarik perhatian mahasiswa dengan janji Pakatan dalam Buku Jingga berkenaan, antaranya memperkenalkan polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan, hanya selepas peminjam mendapat pekerjaan tetap.
“Oleh hal yang demikian, saya bukan mahu ‘mengangkat bakul’ kepada janji PR ini, namun ia adalah pendekatan serta penyelesaian realistik yang wajar anak muda hari ini beri perhatian.
“Setidak-tidaknya ‘suara’ mahasiswa dan anak muda didengari oleh pemimpin PR, dan apa salahnya memberi peluang kepada PR mandat memimpin kerajaan Malaysia. Jika janji ini ditepati, maka pada penggal akan datang anak muda wajar meneruskan sokongan. Jika tidak, kita beralih kepada yang lebih baik. Mudah saja,”katanya.

Enam cabang PKR diarah adakan pemilihan semula


PETALING JAYA, 9 Jan — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan semula pemilihan membabitkan enam cabang yang tergendala ekoran “kekecohan” tahun lalu, kata Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail hari ini.
Cabang-cabang terbabit ialah Kuala Langat, Kapar, Klang dan Subang di Selangor, Jerai (Kedah) dan Batu Sapi di Sabah.
Saifuddin (gambar) berkata, pemilihan kesemua enam cabang itu tahun lalu, yang diadakan di bawah sistem pemilihan langsung julung kali diperkenalkan, diisytihar tidak sah disebabkan beberapa sebab.
“Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah mengarahkan jawatankuasa negeri menetapkan tarikh baru bagi pemilihan di cabang-cabang berkenaan,” kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR hari ini.
Katanya, sebaik sahaja tarikh baru ditetapkan jawatankuasa pemilihan akan menyempurnakan tanggungjawab mereka yang sewajarnya.
Saifuddin juga berkata, aduan yang dikemukakan berhubung pemilihan cabang Kelana Jaya dan Semporna juga telah diselesaikan semalam.
Pemilihan langsung kali pertama PKR tahun lalu dicemari dengan dakwaan kepincangan dan kecacatan dengan bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada saingan timbalan presiden dan kemudian memutuskan untuk keluar parti.
Saifuddin juga mengumumkan perubahan barisan kepimpinan peringkat negeri.
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, yang bulan lalu dilantik sebagai naib presiden, melepaskan jawatannya dan digantikan oleh  Datuk John Tenewi Nuek.
Wan Salleh Wan Isa pula akan mengetuai Kedah, Dr Mohd Nur Manuty (Perak), Azan Ismail (Terengganu), Abdul Aziz Kadir (Kelantan), Pajuddin Nordin (Sabah) dan Dr Idris Ahmad (Wilayah Persekutuan).
Datuk Mansor Othman kekal di Pulau Pinang dan begitu itu Shamsul Iskandar Mohd Akin di Melaka.
Mansor dan Shamsul Iskandar masing-masing merupakan naib presiden dan ketua Angkatan Muda PKR.
Mansor juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.
Datuk Chua Jui Meng kekal pengerusi PKR Johor manakala Azmin Ali, Johari Shafie, Datuk Fauzi Abdul Rahman, Datuk Kamarul Bahrin Abbas masing-masing kekal di Selangor, Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan.
Pada pemilihan lalu, Azmin dipilih sebagai timbalan presiden.
Low Chee Chong dilantik sebagai timbalan bendahari agung manakala Syed Hamid Ali, S. Manickavasagam, Zulrusdi Mohamad Hol, Mohd Rafie Abdul Malek, See Chee How dan Chang Li Kang dilantik menyertai MPP.
Rosli Abdullah dari Terengganu akan menggantikan Badrul Hisham Shaharin, yang dikenali sebagai “Chegubard”, yang menolak tawaran pelantikan sebagai timbalan setiausaha agung.

KEADILAN umum MPN baru

KELANA JAYA: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hari ini mengumumkan senarai baru Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan Pengerusi Biro-biro KEADILAN bagi penggal 2010 – 2013.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan senarai baru itu selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di ibu pejabat KEADILAN petang tadi yang menampilkan beberapa muka baru dilantik ke jawatan tertinggi negeri dan juga untuk biro-biro KEADILAN.
Antaranya, jawatan Pengerusi Pimpinan Negeri (PPN) Wilayah Persekutuan yang diisi Ketua Cabang Segambut, Dr Idris Ahmad yang menggantikan  Datuk Zaid Ibrahim yang meinggalkan parti itu November lalu.
Mustafa Kamil Ayub akan digantikan oleh Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Dr Mohd Nor Manuty sebagai PPN Perak yang baru dan Saifuddin yang menyandang jawatan PPN Kelantan bagi penggal lalu pula akan digantikan oleh Ahli Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir.
Manakala bagi Terengganu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dilantik sebagai PPN baru menggantikan Haji Abdul Rahman Yusof.
Senarai lengkap ahli MPP adalah seperti berikut:
Ketua Umum : Datuk Seri Anwar Ibrahim
Presiden : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan Presiden : Mohamed Azmin Ali
Setiausaha Agung : Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Setiausaha : Haji Rosli Abdullah, Steven Choong, T Kumar, Ignatius Darell Leiking
Naib Presiden : Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chang, Fuziah Salleh, Datuk Mansor Othman, Datuk Chua Jui Meng, N Surendran, Datuk John Tenewi Nuek
Ketua Wanita : Zuraida Kamaruddin
Timbalan Ketua Wanita : Rodziah Ismail
Ketua AMK : Shamsul Iskandar Mohd Akin
Timbalan Ketua AMK : Khairul Anuar Zainudin
Bendahari Agung : William Leong
Timbalan Bendahari : Low Chee Chong
Ketua Penerangan : Dr Mohd Nor Manuty
Pengarah Komunikasi : Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Strategi : Rafizi Ramli
Pengarah Latihan : Mustafa Kamil Ayub
Pengarah Guaman : Latheefa Koya
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin : Tan Kee Kwong
Ahli MPP (Dipilih) : Elizabeth Wong,    Dr Badrul Amin Bahron ,Hee Loy Sian, Khalid Jaafar, Abdul Rahman Yusof, Johari Abdul, Haniza Talha,    Fariz Musa, Zakaria Abdul Hamid, Roland Chia, Siti Aishah Ismail Yusop, Latheefa Koya, S Kesavan, Shuhaimi Shafiei, M R Summugam, Yusmadi Yusoff, S Manikumar, Mustafa Kamal Yusoff , Christina Liew
Ahli MPP (Lantikan) : Syed Hamid Ali, S Manickavasagam, Zulrusdi Mohamad Hol, Mohd Rafie ,Abdul Malek, See Chee How,   Chang Li Kang
Ahli MPP (Ex-Officio) : Sivarasa Rasaiah, Dr Xavier Jeyakumar, Syed Husin Syed Ali, Tan Yee Kew, Abdul Khalid Ibrahim
Pengerusi MPN : Perlis – Johari Shafie
Kedah – Wan Salleh Wan Isa
Perak – Dr Mohd Nor Manuty
Wilayah Persekutuan – Dr Idris Ahmad
N Sembilan – Datuk Kamarul Bahrin Abbas
Pahang – Datuk Fauzi Abdul Rahman
Terengganu – Azan Ismail
Kelantan – Abdul Aziz Kadir
Sabah – Syeikh Pajuddin Nordin Tajawi
Sarawak – Baru Bian
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama : Ahmad Kasim
Biro Kemasyarakatan dan Aduan Rakyat: S Manickavasagam
Biro Pelaburan dan Perdagangan : Wong Chen
Biro Integrasi Nasional : Datuk John Tenewi Nuek
Jawatankuasa Dasar : Rafizi Ramli
Biro Sains dan Kesihatan : Dr Lee Boon Chye
Biro Pendidikan : Abbas Awang
Biro Antarabangsa : Yusmadi Yusoff
Biro Pennyelaras Ahli Parlimen dan DUN : Datuk Kamarul Bahrin Abbas
Biro Masyarakat FELDA Orang Asal : Suhaimi Said
Biro Pekerja : Abdullah Sani Abdul Hamid
Biro Kepenggunaan : Yahya Sahri
Biro Kerajaan Tempatan : Hee Loy Sian
Biro Srikandi : Siti Aishah

Janji 100 hari melemaskan BN

Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya terus mencanangkan janji 100 harinya kepada rakyat kerana tindakan itu boleh membuatkan Barisan Nasional (BN) macam `cacing kepanasan’.
Soal BN mempertikaikan perkara itu bukan perkara pokok, asalkan ia lojik dan boleh diterima kebanyakan rakyat.
Apa yang janji PR itu boleh diterima kerana wang yang dibazirkan, kerugian perniagaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan rasuah yang dilakukan kerajaan yang memerintah sekarang lebih besar berbanding yang akan dibelanjakan untuk faedah rakyat.
Kenaikan harga barang, petroleum, pelbagai cukai, saman polis yang dilakukan kerajaan cukup membebankan rakyat.
Adalah lebih baik rakyat ‘cu cuba alih’ pemerintahan daripada BN kepada PR seperti  yang dilakukan rakyat Kelantan yang mengubah daripada BN kepada Pas pada pilihan raya umum 1990.
Banyak perkara yang tidak betul dan karut marut dilakukan BN selama 50 tahun memerintah Negara, sedang rakyat tidak banyak berubah, malah lebih tertekan dan menderita kerana dibebani pelbagai masalah, termasuk kena bayar hutang, rumah, kereta, cukai pendapatan, saman polis, JPJ, cukai pintu, tol dan petroleum yang naik sampai dua tiga kali dalam setahun.
Kalau rakyat memilihkan pemimpin seperti yang digariskan dalam Islam iaitu yang mampu mentadbir negara dengan baik, tidak rasuah, tidak membazir wang rakyat, tidak salah guna kuasa serta mengkayakan kroni dan saudara mara, InsyaAllah rakyat dapat hidup lebih baik daripada yang dinikmati sekarang.
Saya rasa nak termuntah apabila mendengar janji Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein yang memberi jaminan akan menyelesaikan masalah air di Kelantan dalam masa lima tahun.
Kalau saya jadi Timbalan Menteri seperti Awang Adek, saya juga berani memberi jaminan selesai masalah air di Kelantan dalam masa kurang daripada lima tahun kerana boleh menyalahgunakan wang royalti minyak untuk Kelantan yang dipanggil wang ehsan itu melaksanakan projek berkenaan.
Saya baru tahu rupanya selama ini cukai setem yang dibayar untuk urusan tukar syarat tanah dan sebagainya di pejabat tanah itu dikaut Kerajaan Pusat bukannya menjadi hak kerajaan negeri.
Jadi apalah hasil yang diperoleh kerajaan negeri kalu semua hasil ‘disapu’ kerajaan pusat.
Yang jadi menteri ke timbalan menteri yang berasal dari Kelantan, usahlah bercakap berkobar-kobar tapi tahi lekat celah lantai.
Kalau macam tulah Awang Adek bercakap, nampak gaya kalau dia bertanding lagi di Bachok, jangan harap dia nak menang, begitu juga Datuk Mustapha Mohamad yang menang kerana bantuan undi pos askar di Jeli.
Insya Allah pilihan raya ke-13 nanti, PR akan sapu bersih semua kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan.

Utusan Warisan Melayu? Awatla bengap sangat dia ni..

Orang Melayu perlu sedar tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyaman akhbar Utusan Malaysia merupakan satu permainan politik pembangkang dalam usaha menutup antara warisan Melayu di negara ini kata Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir..

Macam tu punya media pun dia nak jadikan warisan Melayu?? Aduss.. malu aku nak mengaku sebagai Melayu kalau media yang penuh dengan hasutan dan fitnah tu dijadikan warisan Melayu..

Kalau Bangunan UMNO kat Tanah Liat tu nak dijadikan warisan Melayu tak apa lah juga Datuk Musa Woi.. kalau bukan bangunan UMNO, dua biji rumah yang hang baru beli kat depan Politeknik yang berharga hampir RM1 Juta tu sesuai juga kalau diwakafkan sebagai Warisan Melayu..


Permainan politik pembangkang

KUALA LUMPUR 8 Jan. – Orang Melayu perlu sedar tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyaman akhbar Utusan Malaysia merupakan satu permainan politik pembangkang dalam usaha menutup antara warisan Melayu di negara ini.


Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambar) berkata, sudah menjadi kebiasaan pemimpin pakatan pembangkang menyaman pihak yang membuat pendedahan dan teguran bagi menutup kelemahan mereka.

“Tidak terkecuali disaman adalah Utusan Malaysia yang menjadi warisan Melayu di negara ini kerana keberanian akhbar ini mendedahkan kelemahan pembangkang terutamanya di Pulau Pinang.

“Orang ramai terutama sekali orang Melayu perlu sedar permainan politik pembangkang yang menyaman kerana tidak mahu Utusan Malaysia banyak cakap di samping menutup salah satu warisan Melayu yang masih ada,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Guan Eng memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia pada 6 Januari lalu atas dakwaan menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap beliau.

Dalam pernyataan tuntutannya, Guan Eng mendakwa artikel bertajuk Kebiadaban Guan Eng yang disiarkan pada 20 Disember tahun lalu telah menggunakan perkataan tidak benar serta berniat jahat sehingga menyebabkan beliau mengalami kerosakan dan kerugian.

Dalam perkembangan berasingan, Musa turut bersetuju dengan dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kelmarin bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya menurut perintah Guan Eng yang dibantu pakar undang-undang dari Singapura untuk menimbulkan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Sebagai orang Pulau Pinang saya berbangga kerana Menteri Besar negeri lain (Selangor) mengikut telunjuk Ketua Menteri Pulau Pinang tentang apa yang perlu dilakukan.

“Saya bersimpati kerana Khalid terpaksa tunduk kepada Guan Eng tapi tindakan (meminda perlembagaan) yang memang tidak boleh menang tanpa majoriti dua pertiga itu menunjukkan beliau diarahkan berbuat demikian,” dakwanya.


Media UMNO