Sabtu, 8 Januari 2011

Peranan APCO - Satu analisa

Oleh: tokpepijat

"Adakah APCO seperti Penasihat Tentera ? Israel terkenal sebagai Negara Pengeksport pakar-pakar dalam bidang perisikan, ketenteraan dan keselamatan. Banyak negara di dunia ini mengambil pakar- pakar daripada Negara Zionis ini untuk dijadikan penasihat dalam hal-hal perisikan, ketenteraan dan keselamatan.

Antaranya seperti Sri Lanka. Dahulu negara tersebut menghadapi ancaman peperangan gerila Tamil Elam yang menuntut negara merdeka untuk kaum Tamil.

Untuk menghadapi ancaman tersebut, Colombo menggunakan penasihat tentera dari Israel. Secara automatik tentunya Israel mengaut keuntungan dengan penjualan senjata dan penggunaan tenaga pakar. Walaupun menggunakan penasihat Israel, perang antara tentera Sri Lanka dengan Gerila Tamil Elam berpanjangan. Ini adalah tektik Israel agar semakin lama peperangan berlaku semakin banyak senjata dibeli dari Israel dan semakin panjang tempoh penggunaan penasihat Zionis itu. Singapura juga menggunakan penasihat Israel dalam bidang ketenteraan. Ini kerana bentuk geografi negara tersebut sama seperti Israel di Timur Tengah.

Israel dikelilingi oleh Arab manakala Singapura dikelilingi oleh Melayu juga persamaan dari segi saiz luas kedua negara. Begitu juga dari segi sejarahnya. Israel asalnya milik Palestin manakala Singapura asalnya milik Kesultanan Melayu Johor. Penasihat Zionis digunakan oleh negara yang berada dalam situasi peperangan seperti Sri Lanka dan situasi ancaman sekeliling seperti Singapura adalah Penasihat Tentera. Bagaimana dengan negara yang aman tetapi menghadapi ancaman parti pembangkang? Tentunya Penasihat Tentera tidak sesuai digunakan. Yang sesuai adalah Penasihat Keselamatan, Perisikan dan Pengaturan Strategi.

Inilah yang digunapakai oleh UMNO sekarang. Pengambilan Syarikat APCO Zionis yang diketuai oleh bekas-bekas orang penting Zionis seperti bekas Duta dan Pegawai Tentera untuk berkhidmat dengan Kerajaan UMNO adalah sesuai untuk menghadapi ancaman pembangkang. Lihatlah kronologi-kronologi peristiwa yang berlaku di negara kita. Begitu "cantik" ianya diatur oleh APCO. Setiap peristiwa adalah silih berganti dan juga penukaran isu-isu. Peranan APCO bukan sahaja untuk lagakan antara sesama parti pembangkang seperti DAP dengan PAS atau PAS dengan PKR tetapi meliputi sesama ahli dalam parti yang sama.

Lihatlah apa yang berlaku dalam PKR. Perkara yang sama juga bakal berlaku dalam PAS dan DAP jika tidak dibendung awal. Kerja APCO adalah menghidupkan api perkauman, melagakan sesama parti pembangkang, ugutan, mengajar polis bertindak ganas terhadap ahli pembangkang, memanjangkan usia ISA, melagakan Raja Melayu dengan Kerajaan Negeri yang di kuasai Pakatan Rakyat dan pelbagai perkara lagi. Yang penting, agar UMNO terus berkuasa di negara ini dan APCO terus dapat ganjaran RM70 juta!"

Ketuanan Binatang: 3 Beradik Perempuan Dirogol Datuk Dan Pakciknya



Kuching: Seorang bapa dan anak lelakinya diperintahkan untuk direman selama 7 hari kerana didakwa merogol tiga beradik yang diletakkan di bawah jagaan mereka

Tertuduh pertama berusia 64, seorang buruh manakala seorang pekerja binaan dari Sg. Bedil berumur 36 tahun, masing-masing adalah datuk dan ayah saudara kepada tiga beradik perempuan tersebut.

Kedua-dua suspek telah berkahwin dan mempunyai anak. Ketiga-tiga orang perempuan tiga beradik diletakkan di bawah jagaan mereka apabila ibu bapa mereka bercerai.

Kakak yang tertua telah dirogol semenjak usia 10 tahun. Dia kini hamil 5 bulan

Dua adik perempuannya yang lain juga masih remaja. Pihak Jabatan Kebajikan kini mengambil alih penjagaan adik beradik perempuan tersebut.

OCPD Kuching, Mun Kok Keong mengesahkan kes berkenaan dan menyatakan beliau laporan polis telah diterima dan ketiga remaja permpuan itu sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Besar Sarawak.

Negara Islam : Harga minyak diturun semula.. PM tunduk kepada tekanan politik

Pakistan's Prime Minister Yousuf Raza Gilani (L) is greets by the leaders of Muttahida Qaumi Movement (MQM) Raza Haroon (R) and Babar Ghori (C) as he arrives at the MQM headquarters in Karachi on January 7, 2011. Pakistan's Muttahida Qaumi Movement (MQM) said January 7,that it would rejoin the government coalition, but not the federal cabinet in a move that restores the prime minister's majority following a five-day crisis.'The Muttahida Qaumi Movement announces it will sit on the government benches in the larger interest of the country and democracy,' senior MQM member Raza Haroon told a news conference with Prime Minister Yousuf Raza Gilani.
Pakistan’s Prime Minister Yousuf Raza Gilani (L) is greets by the leaders of Muttahida Qaumi Movement (MQM) Raza Haroon (R) and Babar Ghori (C) as he arrives at the MQM headquarters in Karachi on January 7, 2011. Pakistan’s Muttahida Qaumi Movement (MQM) said January 7,that it would rejoin the government coalition, but not the federal cabinet in a move that restores the prime minister’s majority following a five-day crisis.’The Muttahida Qaumi Movement announces it will sit on the government benches in the larger interest of the country and democracy,’ senior MQM member Raza Haroon told a news conference with Prime Minister Yousuf Raza Gilani.
A Pakistani employee changes the oil prices on a billboard at a fuel station in Karachi on January 7, 2011. Pakistan's beleaguered Prime Minister Yousuf Raza Gilani on January 6 caved into political pressure and reversed controversial fuel price hikes, in a move designed to prevent his fragile government from collapsing.
A Pakistani employee changes the oil prices on a billboard at a fuel station in Karachi on January 7, 2011. Pakistan’s beleaguered Prime Minister Yousuf Raza Gilani on January 6 caved into political pressure and reversed controversial fuel price hikes, in a move designed to prevent his fragile government from collapsing.

Harga minyak diturun semula

ISLAMABAD 7 Jan. – Perdana Menteri Pakistan yang bermasalah, Yousuf Raza Gilani tunduk kepada tekanan politik dan menarik balik keputusan kenaikan harga bahan bakar di negara ini, semalam.
Tindakan itu diambil bagi menghalang kerajaan pimpinannya yang goyah daripada tumbang.
“Sebagai menghormati pemimpin-pemimpin negara ini, Dewan Parlimen dan seluruh rakyat, saya akan mengekalkan harga bahan api yang lama.
“Terdapat persetujuan antara pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin Parlimen bahawa harga bahan api akan dikekalkan mengikut harga pada 31 Disember lalu, iaitu sebelum kenaikan berlaku,” katanya.
Sejak enam hari lalu, harga diesel dan petrol di negara ini meningkat antara sembilan hingga 5.6 peratus dan menjadi satu daripada 11 pakej pembaharuan yang dituntut oleh ketua pembangkang utama, Nawaz Sharif dengan memberi tempoh 72 jam kepada kerajaan untuk menjawab pada Selasa lalu.
Nawaz kemudiannya memanjangkan tempoh yang mengancam untuk menyingkirkan parti pemerintah dari kerajaan di wilayah Punjab itu bermula selepas tempoh tiga hari berkabung atas kematian ahli politik liberal Pakistan, Salman Taseer yang ditembak mati pada hari sama.
Parti kecil dalam gabungan kerajaan, Pergerakan Muttahida Qaumi (MQM) turut menyatakan kenaikan harga bahan api itu sebagai alasannya untuk keluar daripada kerajaan Ahad lalu, sekali gus akan merosakkan majoriti parti pemerintah dan meningkatkan kebimbangan berlaku pilihan raya awal.
Negara sekutu Pakistan di Barat bimbang dengan sebarang prospek yang akan menambahkan lagi ketidakstabilan di negara ini ketika kegawatan ekonomi, sementara AS meningkatkan tekanan supaya Islamabad perlu melakukan lebih banyak usaha memerangi al-Qaeda dan Taliban.
Namun Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berkata, ia adalah satu ‘kesilapan’ kepada Pakistan untuk menarik balik kenaikan harga bahan api itu yang disifatkan ‘bertindak kebelakang’ dalam usaha meningkatkan ekonomi negara itu yang semakin tenat.
“Kami percaya kerajaan Pakistan perlu memperbaharui undang-undang dan peraturan ekonominya, termasuk yang melibatkan bahan bakar dan kos pentadbirannya,” kata Hillary kepada wartawan.
Sehingga semalam, masih tidak nampak tanda-tanda Gilani akan tunduk dengan tuntutan Nawaz atau MQM yang lain-lain. – AFP

Nurul Izzah lelong gitar akustik RM12,000

Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menunjukkan kemahirannya muziknya bagi mengumpul dana untuk cabang PKR sebelum melelong gitar pemberian bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim 13 tahun lalu.

"Saya dihadiahkan gitar kerana mendapat 8A dalam SPM. Ia antara segelintir hadiah yang diterima daripada bapa saya.

"Beliau jarang memberikan kami sesuatu, selain botel shamfoo daripada hotel beliau menginap," katanya disambut ketawa kira-kira 500 orang yang menghadiri majlis makan malam di Bangsar.

Gitar akustik Albarez berjaya dilelong dengan harga RM12,000 daripada pembida yang mahu identitinya dirahsiakan.

Nurul Izzah sempat menghiburkan penonton dengan petikan lagu-lagu kumpulan rock alternatif Inggeris Radiohead.

Siapa Tanggung Perbelanjaan Rosmah Mansor...????

Sebelum ini ada yang persoalkan Malaysia kita ini ada berapa PM...???

1) PM Najib Razak
2) PM Rosmah Mansor
3) PM Mahathir Mohamad Al-Kutty

Jawapan terjawap sudah.....

Lepas tu diorang tanya lagi PM Najib portfolio dia apa...., PM Rosmah Mandor portfolionya apa dan PM Mahathir Kutty portfolionya apa...???

Gua dah tak tau nak jawap.... hehehehe....



Tapi gua nak tau jugak PM Rosmah ni.... atas kapasiti apa.... siapa pilih dan melantik dia sebagai PM... siapa bayar gaji dia sebagai PM dan apa... apa... apa.... lagilah yang berkaitan dengan Jawatan PM yang di sandang olehnya....

Cuba lihat di sini... dan juga di sini, siapa yang tanggung semua kos perbelanjaannya untuk tugas2 seperti itu....

Aduhai.... negara ku.... awat jadi lagu ni.... Malaysia CacaMerba...

Kepada PM yang sebenarnya PM... kalau takda kote... jangan jadi PM... bikin malu kat kaum yang ada kote jelah..... 
 
ISA.

Pendedahan Panas Mesti dibaca Semua Khususnya Pak Mentri

Dr Dzul.
Saya terpanggil untuk mengongsi secebis coretan hidup ini yang menimpa golongan berpendapatan rendah yang menerima akibat buruk dari inflasi yang bakal menjadi lebih parah tahun ini seperti yang saya sebutkan dalam posting mutakhir saya.
Ini hanya satu dari pelbagai cerita duka dalam negara yg mewah dianugerah kekayaan hasil mahsul dari Allah SWT.
Singalautmetro.blogspot.com (Jumaat, 7 Januari, 2011)

DUKACITA SEBUAH KELUARGA MISKIN: BAHASA DUKA YANG MENITISKAN AIR MATA!


“Bang…sardin tin besar ni minggu dulu hargnya RM5.70, tapi sekarang dah RM6.20!” dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya di Shah Alam tadi petang.
Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar merengek beberapa kali. “Abah…nak aiskrim!”
Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:” Adik…ibu tengok tadi aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya…” lembut suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya.
“Belikanlah…” beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu. Sebelum ke baris sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu.
Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. “Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!” dan dia tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.
“Tak jadi nak belilah sardin ni!” katanya seolah-olah sedikit kecewa. “Nak tengok tempat lain nanti,” jawapnya.
Saya bertanya kenapa dia membeli sardin.
“Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk. Nak beli ikan mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin boleh tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi,” jawapnya selamba.
Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. “Sekarang kerja kat kilang lama ke?” saya tanya.
Dia mengangguk. “Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma gajinyalah. Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer”
Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya. “Anak yang dua orang tu belajar lagi ke?” saya tanya lagi.
Dia mengangguk laju-laju. “Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik. Itu yang saya kena berjimat tu bang,” jawap lelaki yang saya kenal sejak berbelas tahun lalu.
DUKACITA SEBUAH KELUARGA MISKIN MENDEPAN KENAIKAN HARGA BARANG HARIAN: BAHASA DUKA YANG  MENITISKAN AIR MATA!
Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum malam sebab lama kami tidak berjumpa.
Nak tahu apa jawapnya? “Maaflah bang…sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan tak sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh bas, nak cari tambah-tambah duit,” katanya.
Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. “Dapat empat ratus lagi bang sebab kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki ni..” dia menyelak pangkal seluarnya. “Ni bengkak dah bertahun ni. Entahlah…doktor cakap gout…” dia mengerutkan keningnya.
Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal. Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. Bolehkah kami berdepan realiti kehidupan sebuah negara maju nanti?

"Kaset lawan kaset la!"


"Kaset lawan kaset la! Ni kaset lawan tangkap," demikian lebih kurang ungkapan dalam salah satu ceramah Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang sukar saya lupakan. Ketika itu, ceramah-ceramah PAS mendapat sambutan luar biasa. Kaset-kaset ceramah PAS, terutama ceramah Datuk Seri Abdul Hadi Awang, larisnya mengalahkan goreng pisang panas.

Ketika itulah juga semakin kasar tindakan pihak berkuasa terhadap ceramah-ceramah PAS dan penjual-penjual kaset ceramah PAS. Beberapa aktivis penting ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Suami dipisahkan dari isteri. Ayah dipisahkan dari anak-anak. ISA bermaharajalela membuli mangsa yang tak berdaya seperti syaitan kelaparan.

Ustaz Fadzil tidak henti-henti mengecam tindakan barbaric itu. Beliau mencabar Umno supaya hujjah dilawan dengan hujjah. Bukan dilawan dengan kuasa dan kekerasan. Sebab itulah antara lain beliau kata "kaset lawan kaset la". Malangnya, penyimpan mohor besar raja-raja Melayu mengiyhtiharkan debat Umno dan PAS tak jadi. Mungkin kerana anak bulan tak kelihatan.

Kalau tak silap, Almarhum juga pernah kata, PAS buat kaset, Umno pun buat kaset, tengok kaset siapa yang laku.

Semalam, khabarnya AdukaTaruna telah dikeronyok berdekatan rumah Datuk Seri Abdul Hadi di Rusila (lihat "Siapa aduka bukan isu,isunya bagaimana dia dilayan oleh TGHH dan Jemaah Rusila", "Samseng TGHH Membelasah Aduka Taruna!!" dan "Kes Aduka Taruna : Kredibiliti Presiden PAS Tercalar"). Sebelum itu, Aduka dilaporkan mengekori Datuk Seri Abdul Hadi sehingga ke halaman rumah Presiden PAS itu dan memberikan tekanan kepada beliau dengan soalan-soalan mengenai kerajaan perpaduan (unity government atau UG).

Selepas ini, pelbagai versi akan bermunculan. Ada yang membela Datuk Seri Abdul Hadi. Dan sudah tentu ada pula yang membela AdukaTaruna. Sebaik-baik penghakiman ialah penghakiman Qadhi Rabbul-Jalil nanti. Allah akan menunjukkan siapa benar dan siapa salah. Silat lidah dan kuntau bahasa tiada gunanya pada masa itu.

Cerita dari AdukaTaruna sendiri:
Gua akan jumpa Hadi di Rusila lagi, insyaAllah

PB.

Kesan Perlantikan William Daley Terhadap Malaysia


Perlantikan William M. Daley pada 6 Januari lalu sebagai Setiausaha Ekonomi Amerika dalam kerajaan Obama sangat memberi tekanan tersirat kepada rakyat Malaysia.
Apakah kaitan rakyat Malaysia dengan perlantikan Daley?

Tidak ada kena-mengena tetapi hakikat yang besar dapat dilihat pada perlaksanaan program pemvaksinan percuma HPV kepada rakyat Malaysia. Semenjak pelancaran program vaksin HPV percuma itu ramai pihak yang membantah khususnya Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Semua pihak sedia maklum (pihak2 yang mahu berfikir) bahawasanya vaksin Gardasil yang dibeli Kementerian Kesihatan amat diragui akan kandungannya. Malah program pemvaksinan percuma itu juga diragui kerana dibuat dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mempertimbangkan pandangan masyarakat.
Gardasil (vaksin HPV) yang diberikan kepada pelajar-pelajar perempuan Malaysia jika di luar negara, pastinya menghadapi tekanan hebat dari masyarakat antarabangsa. Syarikat pengeluar Gardasil pula sentiasa menghadapi saman berjuta-juta oleh rakyat kerana menyebabkan kematian.
Tetapi bila terlantiknya William M. Daley, ia terbukti rungutan rakyat Malaysia tidak akan dipedulikan oleh kementerian kerana Daley adalah ahli lembaga pengarah syarikat Meck & Co. iaitu pengeluar vaksin Gardasil yang diimport kementerian kesihatan.
Keadaan ini memungkinkan wujud dua pilihan untuk kerajaan iaitu:
  1. Sama ada mengutamakan aduan rakyat tentang bahaya Gardasil
  2. Atau mengutamakan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika.
Sekiranya kerajaan membatalkan serta-merta vaksin HPV keluaran Merck & Co., ia secara tidak langsung telah menarik perhatian William M. Daley sebagai setiausaha kerajaan Obama. Kemungkinan usaha kerajaan Malaysia untuk mendapat perhatian Amerika mungkin terjejas. Selain itu, Perdana Menteri juga perlu menjawab berkenaan punca pembatalan tersebut jika ditanya oleh Daley.
Jika kerajaan berani memutuskan pembelian Gardasil dan memilih vaksin lain, hanya ada satu jenis vaksin lagi yang dikeluarkan iaitu Cerverix, itu pun keluaran GlaxoSmithKline (GSK) syarikat pengeluar vaksin H1N1 yang penuh kontroversi.
Ringkasnya, jika kerajaan memilih pilihan (1) maka hubungan baik dengan kabinet Obama mungkin sedikit terjejas dan kerajaan perlu menjaga hubungan ini.
Keduanya, jika kerajaan memilih pilihan ke-2 maka secara automatiknya, kerajaan telah membelakangkan slogan yang dicanang-canangkan di seluruh Malaysia iaitu
“Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.
Ini sudah pasti boleh menjadi modal besar kepada pihak pembangkang dalam menghadapi pilihanraya akan datang.
Berikut ialah kesan-kesan sampingan akibat Gardasil yang tidak didedahkan Kementerian Kesihatan
  1. 1. Guillain-Barre Syndrome
  2. 2. Thromboembolic Events
  3. 3. Amyotrophic Lateral Sclerosis
  4. 4. Seizures and/or Epilepsy
  5. 5. Paralysis
  6. 6. Severe Allergic Reactions
Wallahu’alam …

Bongkarrrr..!! Satu Lagi Kerja "Jahat" Umno Terhadap Umat Islam..

Kerja jahat Umno menghalang tertegaknya syiar Islam di negara ini semakin terselah apabila satu kejadian yang memilu dan menguris hati penduduk di Taman Klebang Prima yang terletak berhampiran bandar Ipoh menjadi isu yang semakin panas dan menyebabkan ramai dikalangan ahli Umno telah meninggalkan Parti Reput itu.

Menurut pengerusi Surau sementara Taman Klebang Permai,peruntukan sejumlah RM200 000 yang telah dipohon kepada pihak tertentu untuk membina sebuah surau baru yang badjetnya sejumlah RM300 000.

Maka dengan bangganya Datuk Husni sebagai timb. menteri Kewangan (gambar) telah hadir dalam satu perjumpaan dengan penduduk taman tersebut bersama ketua Umno Bahagian Tambun dan telah berjanji akan memberikan sejumlah wang RM 200 000 untuk pembinaan surau yang baru.Maka bertepuk tangan dan mengucap syukurlah setiap penduduk Taman Klebang Prima tanpa mengira fahaman politik.

Terbayang kini,tesergam indah sebuah surau yang sekian lama di idamkan.Namun setelah beberapu bulan berlalu maka diberitahu oleh pihak Umno Bahagian Tambun bahawa peruntukan tersebut diBATALkan kerana Taman Klebang Prima dikuasai pembangkang.

Hancur luluh dan berkecailah harapan penduduk islam setempat.Mengapa Umno sanggup melakukan kerja jahat sebegini rupa?Ini duit rakyat?sedangkan mereka bersatu padu untuk sama-sama menyebarkan syiar islam dikawasan tersebut.Maka,dengan kerja jahat tersebut ramailah dikalangan ahli Umno telah dibukakan hati mereka untuk berhijrah kepada PR.Bertambah melopong la Umno dikawasan itu.

Diberitakan juga,selepas sebulan berita yang mengecewakan penduduk setempat terhadap kerja jijik Umno itu maka dengan kuasa Allah yang maha memberi rezeki ke atas hambanya yang ingin menyebarkan agama Allah maka tercatatlah dalam akaun surau tersebut jumlah RM 300 000 dari hamba Allah yang tidak dikenali.

Maka hebohlah seluruh Taman bahawa Allah telah menggantikan wang RM 200 000 yang disekat itu dengan RM 300 000 dari penderma yang ikhlas dan memahami pahala yang akan diperolehi di akhirat kelak,lalu bersolat syukurlah penduduk di Taman Klebang Prima.Sehingga saat ini penderma tersebut masih lagi menjadi misteri,mungkin keikhlasan beliau mengatasi segalanya.Jazakallah kepada penderma tersebut semoga Allah memberkati dan merahmatimu.


Juragan : InsyaAllah bulan hadapan surau tersebut akan mula dibina..Inilah kerja Allah,janji Allah bahawa Ia akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya telah tercatit dalam Al Quran adalah tepat dan wajib diyakini.Maka kesombongan Umno di atas muka bumi ini akan dibalas oleh Allah suatu hari nanti..tunggu...InsyaAllah...


Untuk penyokong Umno : Ayat Allah yang bermaksud.:Barang
siapa yang cenderung kepada pemimpin yang zalim,maka
kelak akan disambar oleh api neraka."

Dialog kuasa kartun bersama zunar

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Peminat-peminat berpeluang bertemu kartunis politik Zunar secara langsung dalam program santai di KL Sentral, Brickfields pada 13 Januari ini.

Program "Teh Tarik Session" anjuran portal web "Malaysian Digest" itu bertempat di kedai makan Killiney Sooka bermula dari jam 4.30 petang dan berakhir pada jam 7.30 petang.

Dengan tema "Cartoon as a Powerful Communication Tool" (kartun sebagai media komunikasi paling berkesan), Zunar akan mengadakan sesi dialog, menjelaskan falsafah dalam bekarya dan berkongsi pengalaman secara interaktif dengan peminat-peminatnya. Turut diadakan ialah sesi tandatangan autograf dan penjualan buku.

Ini adalah sesi pertama kartunis kontroversi itu bersama peminat selepas dibebaskan dari lokap kerana ditahan di bawah Akta Hasutan 26 September tahun lepas kerana buku terbarunya "Cartoon-O-Phobia" dituduh kerajaan sebagai "mengancam ketenteraman awam."

Program itu terbuka kepada semua dan menurut pihak penganjur minuman percuma akan diberi kepada 40 perserta pertama yang membuat pendaftaran awal. Pendaftaran boleh dibuat di http://www.malaysiandigest.com/teh-tarik.html.

Lapor SPRM: Badrul Hisham dibidas Naib KP Umno Padang Terap

ALOR SETAR, 8 Jan: Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrul Hisham Hashim yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah atas dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pengurusan syarikat berkaitan kerajaan atau GLC Kedah dibidas oleh Naib Ketua Umno Padang Terap, Datuk Syed Sobri Syed Hashim.
Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang berkata, sumber rujukan berpandukan penulisan blog bersifat peribadi yang dijadikan sandaran oleh Badrul dalam membuat laporan kepada SPRM amat bahaya kerana ia tiada mempunyai kekuatan serta boleh menyusahkan Umno.
"Sepatutnya beliau perlu membuat kajian dan penelitian mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan berhubung kelemahan Kerajaan Pakatan Rakyat. Kesahihan bersandarkan kepada bukti yang kuat adalah satu keperluan. Mintalah pandangan pemimpin yang lebih berpengalaman sebelum bertindak," tegasnya.
Malah tindakan Badrul itu disifatkan oleh Syed Sobri dengan sebagai satu tindakan yang boleh mencalarkan imej Umno sendiri apabila rancangan tersebut tidak membawa kesan yang baik kepada parti yang dinaungi.
Sebelum ini Ketua Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya turut membidas Badrul kerana menggunakan tulisan diblog sebagai rujukan untuk membuat laporan kepada SPRM.
Badrul yang juga Ketua Pemuda BN Kedah sebelum ini juga bertindak bersama-sama penyokong beliau mengadakan bantahan dengan mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan SPRM Kedah mendesak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar (MB).
Namun begitu tindakan mereka ini dilihat pemerhati sebagai satu usaha politik bagi mendapati publisiti menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Najib: Jumpa MP bukan hanya untuk p'raya

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata perjumpaannya dengan ahli parlimen BN hari ini bukanlah semata-mata sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya.
Sebaliknya, pertemuan itu merupakan sebahagian daripada proses transformasi politik yang dipelopori beliau, kata Najib dalam sidang media selepas bertemu seramai 105 ahli parlimen berkenaan hari ini.
"Saya nak kata bahawa ini merupakan proses transformasi politik. Pilihan raya itu sebahagian dariapda apa yang terpaksa kita lalui. Tapi lebih besar daripada itu adalah hasrat kita untuk menampilkan BN sebagai parti yang mendahulukan rakyat.
prime minister najib razak at bn meeting press conference 2"Sepertimana saya telah umumkan dalam perhimpunan agung dulu bahawa kita akan melancarkan program yang berbentuk transformasi politik
"Ertinya, keseluruhan kepemimpinan BN dari peringkat tertinggi sampailah ke peringkat akar umbi iaitu ketua-ketua cawangan akan melalui proses transformasi ini dengan pelbagai kaedah dan program yang kita sedang atur," katanya lagi
Tambahnnya, pertemuan juga lebih mirip kepada usaha untuk mendengar masalah yang dihadapi masyarakat di kawasan yang diwakili parti itu.
"Saya dapati ia amat berguna untuk saya dapat perspektif yang tepat tentang kedudukan di setiap kawasan parlimen yang diwakili oleh BN," katanya dan menambah beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan wakil rakyat berkenaan.
"Tapi masih ada ruang untuk (MP BN) tingkatkan peranannya dan sebahagian daripada usaha mempertingkatkan kemampuan mereka adalah kalau kita dapat membantu mereka menyelesaikan masalah rakyat.
"Sebab sebahagian besar dairpada masalah itu di luar kemampuan mereka untuk selesaikan sebab memerlukan kelulusan kerajaan," katanya lagi.
Namun, beliau berkata pertemuan selama kira-kira lapan jam itu bukanlah khusus untuk menilai prestasi wakil rakyat berkenaan.
"Saya tak tetapkan secara khusus dari segi KPI (indeks prestasi utama) tapi kita ada cara dan kaedah untuk mengukur prestasi setiap ahli parlimen. Ini dijadikan asas untuk kita membuat pertimbangan apabila sampai masanya," tambahnya.
Ditanya mengenai isu-isu yang diutarakan dalam pertemuan itu beliau sekadar berkata: "Yang pentingnya semua berkenaan masalah dan kepentingan rakyat. Projek-projek pun, program pun menyentuh soal kepentingan rakyat."
Tambahnya lagi, apabila berkesempatan kelak, beliau juga akan bertemu dengan ketua-ketua bahagian parti dan juga ADUN BN.

DUN Tenang: Pemimpin NUPW mahu tanding calon Bebas

LABIS, 8 Jan – Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang hujung bulan ini bukan sahaja akan menyaksikan pertandingan di antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS, tetapi juga berkemungkinan calon Bebas.
Ini berikutan hasrat G. Sivanandan, 50, seorang pemimpin tempatan Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Ladang (NUPW) untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu bagi mewakili suara hampir 800 pengundi berdaftar di kalangan pekerja ladang di DUN Tenang.
“Nasib dan kebajikan pekerja ladang perlu dibela dan pencalonan saya sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil itu adalah untuk mewakili suara mereka (pekerja ladang DUN Tenang),” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau yang tinggal di pekan Chaah dan telah bergiat aktif di dalam NUPW kawasan tempatan selama 20 tahun mendakwa mendapat sokongan kuat daripada keseluruhan pekerja ladang di DUN Tenang.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, allahyarham Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Disember lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.
Proses penamaan calon telah ditetapkan pada 22 Januari ini.
DUN Tenang mempunyai empat buah ladang kelapa sawit iaitu Ladang North Labis, Ladang Sungai Labis, Ladang Voules dan Ladang Bukit Datok.
Sivanandan berkata, sokongan kuat yang diterimanya daripada pekerja ladang di DUN Tenang itu disebabkan oleh kekecewaan terhadap taraf hidup dan gaji rendah yang diterima oleh pekerja terbabit daripada majikan mereka.
Beliau bagaimanapun bersedia untuk mengkaji semula keputusannya hendak bertanding pada pilihan raya kecil itu, jika kerajaan dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja ladang itu.
“Saya bersedia menarik diri (daripada bertanding) jika kerajaan dapat memperbaiki kehidupan pekerja ladang,” katanya dan menambah beliau berhasrat berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menyampaikan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja ladang.
Beliau berkata pada ketika ini gaji yang diterima oleh pekerja ladang adalah di antara RM20 hingga RM30 sehari dan jumlah itu adalah tidak mencukupi untuk menampung kehidupan keluarga mereka.
“Gaji yang diterima itu tidak termasuk potongan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Socso (Pertubuhan Keselamatan Sosial), bayaran elektrik dan air, kos persekolahan anak-anak, pinjaman, makanan dan lain-lain. Kehidupan mereka memang amat susah,” kata beliau.
Sivanandan berharap kerajaan mengambil perhatian serius dan menyelesaikan masalah yang telah membelenggu pekerja-pekerja ladang sejak sekian lama.
Ditanya sama ada beliau menganggotai parti politik, beliau menafikan pernah menjadi anggota parti politik atau memegang jawatan di dalam mana-mana parti politik tempatan.
“Bagaimanapun, parti-parti pembangkang memang meminta saya supaya meneruskan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas dengan alasan untuk memecahkan undi Barisan Nasional pada pilihan raya kecil itu,” dakwanya. – Bernama

Pak Lah nafi arah tutup kes rogol amah Indonesia

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan beliau pernah mengarahkan supaya menutup insiden pembantu rumah Indonesia, didakwa dirogol oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, empat tahun lalu.
Abdullah (gambar) juga berkata beliau tidak tahu-menahu insiden seumpama itu ketika era pentadbirannya.
Laporan semalam juga menyebut pembantu rumah berkenaan menafikan dia diperkosa oleh Rais, yang turut berada dalam Kabinet Abdullah ketika itu.
“Saya tidak tahu (perkara itu). Saya tidak fikir adanya kejadaian itu,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Kuliah Peringatan Abdullah Yusuf Ali di Kolej Universiti Mahsa di sini.
Dakwaan itu muncul dalam blog pro-Umno bulan lalu mendakwa Rais merogol pembantu rumah berkenaan pada 2007 ketika Abdullah masih merupakan perdana menteri.
Abdullah melepaskan jawatan perdana menteri pada April 2009 dan beberapa blogger menuduh beliau menutup kes tersebut.
Kes itu didawa didedahkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Indonesia Migrant Care.
Laporan Migrant Care yang mengandungi temu bual dengan pembantu rumah berkenaan juga diedarkan menerusi internet.
Abdullah yang mesra dikenali sebagai “Pak Lah” juga berkata, Rais telah pun mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut.
Sehubungan itu kata beliau, terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang membuat dakwaan ke atas Rais jika didapati tidak betul.
Laporan media Indonesia semalam memetik wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah Rais selama lapan tahun sehingga 2007 menafikan dakwaan  bahawa dirinya pernah diperkosa oleh bekas majikannya itu.
Menurut laporan portal berita detik.com, wanita itu menafikan dakwaan tersebut ketika ditemui empat petugas Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI) Semarang.
Dalam pernyataan bertulis yang ditandatanganinya, pembantu rumah itu menegaskan tidak pernah terjadi cubaan gangguan seksual oleh majikannya selama beliau bekerja di Malaysia.
Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia Jumhur Hidayat telah dilaporkan memberitahu detikcom mengenai pertemuan ini berdasarkan laporan empat petugas BP3TKI itu.
Sehubungan itu Jumhur menegaskan bahawa kes kononnya berlaku pemerkosaan terhadap pembantu rumah itu oleh Rais, tidak pernah terjadi.
Rabu lepas, Rais menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.
 “Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik,” katanya.

Ketuanan Islam : RM1,500 Kepada Setiap Mangsa Banjir Di Kelantan

GUA MUSANG: Kerajaan Pas Kelantan akan mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir sebanyak RM1,500 bagi setiap keluarga dari Tabung Serambi Mekah.
Bagaimanapun Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yaakub berkata mangsa banjir akan diberi RM700 buat permulaan manakala bakinya sebanyak RM800 akan diberikan kemudian.
Beliau menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di mana seramai 50 keluarga yang mendiami kawasan setinggan di Jalan Sungai Chinda di sini kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran awal pagi kelmarin.Mereka kini ditempatkan di Dewan Pusat Sivik Gua Musang.
"Tabung Serambi Mekah mendapat sambutan penderma sepanjang masa," kata Ahmad, Sabtu.-BERNAMA

Anwar in quandary over Baru Bian’s post

Keruah Usit
PKR leader Anwar Ibrahim is being subjected to a “fierce SMS campaign” urging him to remove national PKR vice-president Baru Bian as state party chief, according to sources close to the party.
Over the past week, there has been intense lobbying for Granda Aing, state PKR vice-chairman, to replace Baru Bian, a well-known land rights lawyer, as Sarawak PKR chief. 
Having helmed the Sarawak PKR liaison committee for a little over a year, Baru Bian has a number of party rivals working against him despite making some headway in the campaign against the ruling BN coalition.
“Within the short period of time, Baru has raised the standard on the challenge mounted against the state BN,” said a political scientist who follows Sarawak politics closely.
NONE“No wonder the Sarawak chief minister, and BN at the national level, are working even harder in their desperate attempt to retain Sarawak in the upcoming state election.”
According to a party leader, the PKR political bureau met last night ostensibly to confirm Baru Bian as state PKR chief, but the SMS drive appears to have thrown the appointment into doubt. There will be another meeting tomorrow.
“It seems like Anwar is still in two minds,” said the political observer.
“Anwar’s main political weakness is that he is still living in the old PKR trying to be inclusive in the appointment of leaders and selection of candidates,” he said, referring to how the relatively unknown Granda Aing is even being considered.
“Anwar has obviously not learned to accept the ground realities.”
The two leaders in Sarawak PKR have separate approaches to state politics.
Baru Bian has put emphasis on the native customary rights (NCR) to land and linking such rights to the broader rights of Sarawakians, a pressing issue among all ethnic groups: Dayak, Malay and Chinese.
He has also won several celebrated court cases on behalf of rural NCR landowners against the state government and its favoured logging and oil palm plantation companies.
“Baru Bian has the image of not just being a humble man and a justice-minded politician but his integrity has broad base appeal among the public.”
The political observer was referring to Baru’s high-profile land rights cases which cut across racial boundaries, including a landmark victory for Mohd Rambli Kawi, whose Malay land rights were also illegally infringed by the state BN government.
Granda lacks public appeal
Meanwhile, Granda, a Bidayuh from Bau, has spoken out strongly for his own community, but he does not have the same public appeal throughout the state.
He had weighted into an internal BN debate over the non-appointment of Bidayuh as chairman of the Padawan Municipal Council, without realising that he was drawn into the divisive polemic of racial politics.
“Coming from a PKR vice-chairman, a party professing to be non-racial, it just shows how BN-type of people are very much alive and kicking in PKR,” observed a Sarawakian blogger who criticised Granda in the popular Sarawak blog ‘Hornbill Unleashed’.
“If Anwar picks Granda over Baru, then Anwar is doomed to repeat his destructive path and Sarawak will continue to be under the corrupt BN for another 50 years,” said the blogger.
“Baru is the obvious leader to take on Sarawak’s ruling BN,” said the political analyst.
“He has spearheaded a PKR campaign that gained much momentum in Sarawak, especially by making use of all alternative information to great effect, such as the Sarawak Report and Radio Free Sarawak, which have disseminated reports of alleged wealth and land grabs by Chief Minister Abdul Taib Mahmud.”
NONEThe PKR under Baru Bian has overseen the distribution of tens of thousands of pamphlets and VCDs containing information form theSarawak Report, which have made the BN extremely edgy, as attested to by yesterday’s arrests of Dayak activists in possession of these compact discs.
“The BN has reacted in a big way, and I dare say the spread of information has thrown Taib’s leadership into doubt, with reports of (premier) Najib Razak wanting Taib to step down,” the political observer said.
“Baru’s public record over the last two decades has gained him many friends, locally and abroad, and from non-partisan Sarawakian groups who have now turned Pakatan-friendly,” he said.
“The fact that Anwar’s choice of leader can determine how Sarawak will perform in the upcoming state election speaks volume of the sense of helplessness that Sarawakians must feel, especially after almost 50 years of BN.”

Prime Minister Najib’s new rival............

Mariam Mokhtar, Malaysia Chronicle

Prime Minister Najib’s new rivalRosmah Mansor, the wife of Prime minister Najib Abdul Razak is on a whirlwind, three-nation visit starting today. She will be, accompanied by members of the Welfare Association of Wives of Ministers and Deputy Ministers (Bakti) and senior officials from the Prime Minister's Department.
According to a Foreign Ministry statement, Rosmah’s first stop is a three day sojourn in Saudi Arabia. This is followed by a hectic four-day Oman extravaganza before the three-day finale in Bangladesh.

In Saudi Arabia, Rosmah is scheduled to deliver a keynote address at the 1st International Conference of Total Quality Management (TQM) in K-12 Education in Riyadh.
She will also witness the signing of a Memorandum of Understanding (MoU) between Permata Insan Academy, Islamic Science University of Malaysia (Usim) and the King Abdulaziz and his Companions Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).
The second phase will prepare her for a meeting with Oman’s deputy prime minister for the Council of Ministers Sayyid Fahad Mahmood Al-Said and Social Development Minister Dr Sharifa Khalfan Al Yahya'eyah.
Finally, Bangladesh’s Prime minister Sheikh Hasina will be meeting Rosmah who will then deliver a keynote address at the 'Symposium for Imagining Another Future For Asia: Ideas And Pathways For Change' in Dhaka.
As Malaysia under Najib seems to be falling apart, perhaps our only savior is for Najib’s wife to step in and rescue the coutry.
There is no reason why Malaysia cannot be run along family lines. It gives the husband and wife tag team, the same sense of belonging and the same reassuring feeling that they are part of a powerful set-up known as 1Malaysia.
Rosmah may be petite but she is not short of ideas. Even the government’s media apparatus have always known that her vision and views are exceptional.
Malaysia should be run like it was a family affair. As everyone knows, a strong woman is able to bind the whole family together. Even straying husbands are kept in check.
Political infighting has never been more vicious than it is today with so many politicians in a greater hurry to get to the top.
Rosmah has proven her credentials as a potential premier and the transition of power should not be difficult. A few things are already in place.  For instance, Najib’s own blog to interact with the rakyat, is mirrored by Rosmah’s official site.
At the Hulu Selangor by-election, she promised its people that a Permata centre would be built there in the event that BN wins the parliamentary seat in the by-election in April.
When Najib was ill with chicken pox, Rosmah ‘officiated on Najib’s behalf’ at the ‘1Malaysia Deepavali Carnival’ at Little India in Brickfields.
Australia’s Prime minister Julia Gillard and US Secretary of State, Hilary Clinton arrived in Malaysia on an official visit and Rosmah was on hand to receive them.
She has shown extreme ability in running several government departments and television channels. Moreover, her word is law and her ideas are always accepted by those running the government’s media show.
Her ability to spot talented staff and weed out those who think they know better are legendary. Obviously her talents are wasted on trying to provide domestic stability.

Penting! Solat Hajat Perdana "Selamatkan Selangor dan Malaysia"

Datang beramai-ramai. Kalau anda baca Utusan 1Malaysia, tengok RTM dan jegakan mata depan TV3, nampaknya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor macam akan jatuh sehari dua lagi. Umno lagakan MB Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Sultan Selangor terang-terang dalam siang. Rakyat jelas melihat ini. Rakyat nampak mainan jahat Umno-BN.
Apa lagi cara Najib nak berkuasa semula di Selangor? Lubang pasir sudah dikorek sehingga bu mi ke tujuh. Adun Sekincan telah ditumbuk lesut muka oleh geng Noh Omar. Khir Toyo yang tidak disangka-sangka akan dipanggang jadi "kambing golek" yang tak hitam lagi, untuk perlihat kepada rakyat Umno telus, mulus dan kudus dalam memerangi rasuah


Apa lagi cara Najib nak berkuasa semula di Selangor? Najib jadi Pengerusi Umno Perak, Kerajaan PR Perak berantakan. MB Nizar Jamluddin gagal "menendang" SUK itu. Angkaranya, kerajaan PR tak dapat diselamatkan dengan bantuan PDRM, SPRM, SPR dan SUK itu. Adakah Najib mahu lakukan modus operandi yang sama di Selangor? 

Bukankah Najib juga Pengerusi Umno Selangor? Justeru itu, PAS akan mengadakan Solat Hajat Perdana dan Ceramah Mega pada Ahad, 9 Jan 2011, di Stadium Tertutup Shah Alam jam 8 malam. 

Kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tujuan program ini diadakan untuk memohon kehadrat Allah SWT supaya dapat menyelamatkan negara ini daripada kerakusan mereka yang tidak bertanggungjawab ketika menguruskan negara. 

"Negara ini perlu diislahkan daripada gejala yang merosakkan seperti pengurusan ekonomi, kehakiman, pencabulan terhadap demokrasi," ujarnya kepada Sanggahtoksago.Com.

Antara pemimpin utama Pakatan Rakyat yang akan hadir, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Semua rakyat Malaysia dialu-alukan hadir.

Pemuda PAS siap sedia hadapi Tenang

PETALING JAYA: Pemuda PAS menyelar pihak tertentu menggunakan fitnah dalam usaha untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya kecil Tenang, 30 Januari ini.
Ketua Pemuda PAS, Nasharuddin Hassan berkata, menabur fitnah bagi menjatuhkan reputasi lawan secara tidak bermoral dan tidak gentleman.
“Kempen dari parti-parti yang bertanding sewajarnya adalah untuk memberi maklumat dan membuat tawaran-tawaran yang positif kepada rakyat demi kepentingan mereka.
“Sangat tidak wajar apabila pilihanraya dijadikan medan untuk menyogok dan mengugut. Lebih malang medan demokrasi itu dicemari dengan fitnah dan tohmahan yang tidak berasas,” katanya.
Menurutnya,  Pemuda PAS  negeri dan kawasan yang bertugas diletakkan dalam keadaan siap siaga mendepani fitnah jahat yang dilancarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ini, katanya  adalah tindakan desprado yang hanya berusaha meraih simpati, sokongan dan pengaruh murahan.
Pilihanraya, tambahnya  adalah medan demokrasi untuk rakyat diberi kebebasan dan hak dalam memilih pemimpin mereka.
Justeru itu, katanya, suasana yang hormonis dan kondusif sangat diperlukan oleh pengundi agar mereka mampu membuat pilihan yang tepat tanpa sebarang tekanan dan gangguan yang boleh mengalih tumpuan mereka.
“Saya menyeru kepada semua pihak agar beraksi di gelanggang pilihanraya ini dengan mengamalkan pendekatan politik yang matang dan berhemah .
“Santuni pengundi, menangi hati mereka dan raih sokongan mereka secara positif dan informatif .
“Elakkan sebarang tindakan provokatif yang mencetus suasana tidak aman dan tenang justeru pilihanraya untuk memilih pemimpin bukan untuk beradu kekuatan fizikal,” katanya lagi.
Pilihanraya Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha dari BN bulan lalu.
PAS akan mengadakan mesyuarat bagi memilih calonnya untuk bertanding kerusi Tenang malam ini.

Wahab: PBB tiada masalah kekal kemenangan

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yakin mampu mempertahankan rekod cemerlang memenangi semua kerusi yang diwakili calon mereka dalam pilihan raya akan datang, meskipun terdapat muka baru bakal diketengahkan.
Naib presiden PBB, Haji Abdul Wahab Aziz berkata dakwaan pembangkang konon mampu merampas 40 kerusi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya ini diibarat hanya fantasi semata-mata.
Beliau berkata, pembangunan yang dinikmati rakyat hari ini berkat usaha gigih kerajaan tidak mungkin dapat dinafikan oleh mana-mana pihak pembangkang.
“PBB mempunyai keyakinan teguh mampu mempertahankan semua kerusi kita dalam pilihan raya akan datang kerana PBB adalah penyumbang utama kepada kekuatan BN.
“Keyakinan rakyat terhadap BN juga sukar untuk diganggu-gugat walaupun pembangkang berusaha menghasut pengundi agar membenci kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka itu menambah, kekerapan wakil rakyat turun padang menyelesaikan masalah rakyat kawasan juga menyebabkan keakraban antara BN dengan rakyat sukar dipisahkan.
Tanggungjawab dan amanah
“Kita melaksanakan tanggungjawab dan amanah untuk rakyat secara berterusan manakala pembangkang hanya muncul berlagak sebagai hero apabila tiba musim pilihan raya,” katanya.
Beliau menambah, BN merupakan kerajaan yang adil dan tidak pernah memaksa rakyat menyokong kita, namun rakyat juga mesti berlaku adil menyokong BN yang sudah banyak membantu.
Terdahulu, Wahab menegaskan isu benteng penghalang ombak yang mendap di Pantai Alit, Kabong yang disiarkan dalam akhbar bahasa Inggeris tempatan baru-baru ini, dilihat sengaja diperbesarkan oleh pihak pembangkang sebagai modal kempen pilihan raya.
Beliau menyifatkan kenyataan pihak pembangkang itu agak melampau apabila menjangkakan kawasan berdekatan termasuk dua buah rumah panjang akan terjejas lebih teruk dari Tsunami jika berlaku ombak besar.
Sedangkan kata Wahab, pembinaan projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) itu bertujuan untuk melindungi Sekolah Kebangsaan (SK) Alit dari hakisan ombak dan tiada kaitan dengan dua buah rumah panjang tersebut.
Dakwaan pembangkang konon tiada pembelaan untuk penghuni Rumah Panjang Ek dan Rumah Beti, Wahab menafikan keras tuduhan tidak bertanggungjawab tersebut.
“Kerajaan telah menawarkan pinjaman kepada penghuni Rumah Ek apabila rumah mereka rosak teruk dipukul ombak pada 2008 dan mereka kini bakal mendiami rumah baru yang lebih selesa dan lengkap dengan kemudahan asas pada pertengahan tahun ini,” jelasnya.
Rumah Beti pula yang hanya mengalami kerosakan kecil dalam kejadian sama telah segera dibaik pulih apabila penghuninya enggan memohon pinjaman dari kementerian, tambahnya. Hadir sama, Pengarah DID Sarawak Ir. Wong Siu Hieng.

AMK Selangor : Ketua Pembangkang Baru Tidak Mampu Gugat Pakatan Rakyat


SHAH ALAM 8 JAN : Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor, Khairul Anuar Zainuddin yakin pelantikan Ketua Pembangkang yang baru, Datuk Mohamad Satim Diman hanya memenuhi jawatan dan tidak akan menggugat pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Beliau melihat usaha kerajaan Umno-BN untuk menawan kembali negeri Selangor tidak akan berjaya, apabila rakyat kini dilihat sudah semakin bijak menilai kebobrokan kerajaan Umno-BN dengan bersandarkan fakta dan asas yang kukuh. 
Khairul Anuar ketika dihubungi TvSelangor berkata, rakyat di negeri ini sudah menentukan pilihan pada pilihanraya umum 2008, bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang mampu mentadbir negeri ini dengan telus dan bertanggungjawab.
"Saya rasa bila rakyat Selangor membuat keputusan pada 2008 memangkah selain daripada BN, kerana rakyat tidak sanggup lagi atau tidak tahan lagi dengan penipuan atau penyelewengan Umno-BN," katanya.
Khairul turut menyentuh keupayaan pentadbiran kerajaan negeri kini sudah terbukti dengan pelbagai pembaharuan dan pulangan yang menguntungkan rakyat biarpun Pakatan Rakyat baru memimpin Selangor selama hampir 3 tahun.
"Kenyataan ketua pembangkang yang baru ini saya rasa dia masih lagi tidak keluar daripada karekter pemimpin Umno yang selesa duduk dalam kuasa yang tak tahu bahawa mereka banyak melakukan kesilapan pada rakyat. Ketua pembangkang kononnya mahu kembalikan kepercayaan rakyat walhal mereka yang mencatatkan rekod buruk dan dinilai oleh rakyat sebab itu rakyat buat hukuman pada mereka pada pilihanraya lalu," katanya lagi.
Sebelum ini, Mohamad Satim berkata pihaknya mengisytiharkan 'perang' terhadap kerajaan negeri kerana dakwanya rakyat menjadi mangsa janji-janji manis yang tidak ditunaikan.
Terdahulu jawatan Ketua Pembangkang Selangor disandang Datuk Seri Khir  Toyo tetapi beliau meletak jawatan awal Disember lalu.
Pelantikan Satim juga bagi yang menggantikan bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang kini berhadapan dengan kes rasuah di mahkamah.

Tenaganita : Kerajaan Perlu Mengambil Serius Dakwaan Menteri Rogol Amah


SHAH ALAM 8 JAN: Kerajaan perlu mengambil serius dakwaan seorang menteri kerajaan telah merogol pembantu rumahnya  warga Indonesia tanpa mempersoalkan tempoh masa kes tersebut.
Ketika dihubungi TV Selangor , Pengarah Tenaganita, Irene Fernandez membidas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan mengapa perlu diungitkan kes yang berlaku tiga tahun lepas. 
"Kerajaan mesti ambil serius tentang isu itu, kalau seorang menteri itu ada libatkan diri dalam perkosaan itu atau tidak, isu itu. Bila berlaku, masa itu, berapa tahun pun tak kira, kalau ada dakwaan itu berlaku dan kerajaan yang bertanggungjawab mesti siasat dan mengambil tindakan selanjutnya memastikan keadilan dibawa kepada mangsa," tegas beliau.
Jelas beliau, kes ini telahpun dikeluarkan oleh pihak berkuasa Indonesia pada masa itu tetapi kerajaan Malaysia telah mengambil sikap acuh tak acuh terhadap isu tersebut, sehinggalah kini apabila kes tersebut didedahkan kembali oleh laman portal Wikileaks.
"Isu itu memang sudah keluar di Indonesia bila perkosaan itu berlaku kepada pembantu rumah, tetapi isu itu tidak diambil kira oleh kerajaan masa itu dan bila isu itu dikeluarkan dari Wikileaks, selepas itu beberapa blogger pun sama keluarkan dan isu itu dibincang," kata beliau lagi.
Beliau seterusnya menjelaskan apabila sesuatu kes seperti ini dilaporkan, maka kerajaan perlulah mengambil etika yang betul dengan membela hak-hak si mangsa, pada masa yang sama menghormati keputusan mangsa.
"Keputusan untuk meneruskan membuat aduan tentang perkosaan itu terpulang kepada si mangsa. Kalau si mangsa pada masa itu tidak mahu mengambil tindakan, kita mesti hormat keputusan itu," jelas beliau.
Irene berkata, beliau merasakan Migrant Care juga mempunyai pendapat yang sama maka memutuskan untuk menutup kes berkenaan demi menjaga kebajikan si mangsa.
"Saya fikir Migrant Care juga ada pendapat yang sama iaitu hormati keputusan si mangsa kerana dia takut ataupun tidak dapat bela diri, kita tidak tahu apakah masalah si mangsa pada masa itu," kata beliau.

Umno jamin selesai air di Kelantan dalam lima tahun

BACHOK, 8 Jan – Badan Perhubungan Umno Kelantan memberi jaminan akan menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri itu dalam tempoh satu penggal atau lima tahun jika Barisan Nasional diberi peluang memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Timbalan Pengerusinya Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata tempoh itu lebih cepat berbanding jaminan kerajaan PAS Kelantan bahawa isu itu akan dapat diselesaikan dalam tempoh 17 tahun akan datang.
“Kita tidak mahu rakyat Kelantan menerima kesulitan itu dalam tempoh yang terlalu lama kerana isu itu merupakan antara keperluan asas yang mesti diutamakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.
Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata satu projek contoh untuk menyelesaikan isu air bersih akan dibina di Kampung Gunong di sini dalam tempoh terdekat.
Projek itu menggunakan sistem bekalan air tiub bagi keperluan 30 rumah yang kini terpaksa menggunakan air dari perigi yang seakan bercampur minyak.
 “Jika kaedah itu berjaya kita akan perluaskan ke seluruh Kelantan, itu pun jika rakyat Kelantan memberi kepercayaan,” katanya. – Bernama

Mantan SUK Susup Kuasa MB Urus Pelantikan

SHAH ALAM 8 JAN : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud menyusup kuasa-kuasa Menteri Besar apabila menguruskan pelantikan bagi  mengisi  kekosongan jawatan itu.
Beliau berkata tugas itu adalah tanggungjawab Menteri Besar dan tidak pernah disandarkan kepada Datuk Ramli. 
"Pihak Menteri Besar dan EXCO tidak pernah mengeluarkan arahan kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menguruskan perlantikan jawatan itu bagi pihak mereka.  Kalau dia cakap dia tak beritahu Menteri Besar  atau pun dia beritahu, yang sebenarnya dia tak disuruh untuk buat kerja itu, kerana MB yang sepatutnya buat kerja tersebut," katanya.
Justeru menurut beliau, kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab untuk membetulkan keadaan bagi memastikan pelantikan SUK dan jawatan penting lain dibuat secara telus dan mengikut landasan yang ditetapkan.
"Kita mesti membetulkan keadaan, jadi inilah yang saya sedang usahakan. Rakyat harus sedar bahawa apa juga yang kita lakukan, ia adalah untuk manfaat mereka.
Jika saya berpeluk tubuh, maka saya akan dilihat sebagai akur dengan situasi yang ada," tambah beliau.
Khalid  berkata atas hasrat itu, kerajaan negeri mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor pada penghujung bulan ini.
Sidang itu untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri.
"Saya mahu mengatasi masalah ini, itu sebabnya kita berusaha untuk mengadakan sidang Dewan, sebab pada zahirnya ini adalah isu enakmen," tambah beliau lagi.

Pilihanraya : 'Itu Antara Saya Dengan PM', Kata Khairi


KUALA LUMPUR 8 JAN : Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata sebarang perkara berhubung kedudukannya pada pilihan raya akan datang hanyalah antara dirinya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ia hanya antara saya dan Perdana Menteri," katanya ringkas kepada pemberita selepas menemui Najib pada sesi pertemuan anggota Parlimen Barisan Nasional dengan PM di tingkat 4, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Baru-baru ini Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno mengesahkan spekulasi bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga dipetik sebagai mengatakan "ya" dan mengesahkan spekulasi mengenai keputusannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Terdahulu, Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional mencetuskan kekecohan di Twitter apabila mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada bidang politik.
"Hope to help win more youth support for BN (Barisan Nasional) in 2011 & work hard preparing for elections. Then I'm taking a break from politics. Can'twait" (Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik.Tidak sabar), katanya menerusi Twitter pada Sabtu lepas.
Kenyataan itu mendapat respons hebat daripada pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada beliau tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak.

Tahniah : Harga Minuman Teh Dan Kopi Naik Di Sibu Mulai 15 Jan Ini..lagi mahal..lagi baik..!!


SIBU 8 JAN :  Harga secawan teh atau kopi di bandaraya Sibu,Kanowit, Selangau dan Machan akan dinaikkan antara 10 hingga 30 sen mulai 15 Januari ini, menurut Persatuan Pemilik Kedai Kopi dan Restoran Sibu hari ini.
Persatuan tersebut, yang mempunyai 360 ahli dari empat kawasan itu, telah memutuskan untuk mengurangkan kenaikan harga dari 10 hingga 50 sen pada awal tahun ini kepada 10 hingga 30 sen.
Pengerusinya Tong Ink Kon berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sibu.
"Gula bukan semestinya ramuan utama tetapi kenaikan harga susu dan produk susu juga dipertimbangkan. Harga barangan itu telah naik dengan ketara sejak beberapa tahun lepas," katanya kepada pemberita di sini.
Tong berkata persatuan itu tidak mengemaskini harga minuman itu sejak lima tahun lepas walaupun semua bahan ramuan untuk membuat kopi dan teh sentiasa naik.
"Juga faktor lain seperti sewa kedai, gaji, gas dan tarif elektrik telah naik dan ini meningkatkan kos operasi kami," jelasnya. Katanya mulai 15 Januari ini, harga secawan kopi dan teh naik 10 sen, 20 senuntuk gelas sederhana dan 30 sen untuk gelas besar.

Najib Disaran Serah Jawatan Perdana Menteri Kepada Rosmah


SHAH ALAM 8 JAN : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disaran meletak jawatan dan memberi jawatan tersebut kepada isterinya, Rosmah Mansor yang lebih 'giat' mewakili negara dalam persidangan asing berbanding Najib sendiri.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata demikian kepada TV Selangor mengulas lawatan Rosmah ke tiga buah negara Timur Tengah. Rosmah dijadualkan memberikan ucapan di dua persidangan antarabangsa mewakili negara, menyaksikan upacara perjanjian memorandum persefahaman serta bertemu beberapa pemimpin utama  Oman dan Bangladesh.
"Melihat kepada kapasiti, kapasiti apa yang dia buat kunjungan hormat dan sebagainya? Itu kerja Perdana Menteri dan menteri, adakah dia salah satu daripada menteri Kabinet? Kalau begitu maknanya Najib kena letak jawatanlah, bagi dekat Rosmahlah untuk pegang (jawatan) Perdana Menteri, barulah sesuai kerana ia mewakili negara," tegas beliau.
Beliau berkata, kapasiti yang diambil oleh Rosmah dengan menjadi saksi upacara menandatangani perjanjian tidak memberikan satu isyarat yang bagus kepada para pengundi.
"Rakyat memilih seseorang itu untuk mewakili (mereka), bukan 'bagi pihak', kalau 'bagi pihak' maknanya keupayaan tuan tubuh itu sendiri tidak upaya untuk menjadi duta kepada negara, itu sudah mengguriskan atau dalam erti kata lain letak jawatan lebih baik daripada berselindung di bawah seseorang," kata beliau lagi.
Beliau seterusnya berkata situasi ini memberikan gambaran seolah-olah Najib berpaut kepada Rosmah dan ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang memberangsangkan dari segi mewakili negara.
Selain itu, Abdullah juga mempersoalkan tanggungan perbelajaan lawatan Rosmah kerana dalam keadaan ekonomi yang kurang sihat, perbelanjaan perlulah dibuat secara bijak.
"Perbelanjaan itu siapa yang tanggung? Untuk menanggung perbelanjaan itu yang mana dah belanjakan hampir RM10 juta pada tahun 2010, itu lebih bersikap tidak berjimat cermat. Negara dalam keadaan yang begitu kritikal ekonominya tetapi pada masa yang sama kita pula membelanjakan seperti mana yang boleh diberikan pengurangan untuk memastikan kewangan itu diberikan kepada saluran yang lebih (membawa) manfaat," kata beliau.

Bekas SUK tidak pernah maklum MB pelantikan Khusrin

YAB Dato’ MB terharu dengan titah DYMM Tuanku Sultan pada 6 Jan lalu. Tuanku ternyata melihat keikhlasan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri ini dengan telus cekap dan efisien. Tuanku juga menegur sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan di dalam isu yang hangat ini dengan memberi persepsi silap kepada rakyat. Pakatan Rakyat bersyukur dengan titah ikhlas yang dikeluarkan Duli Tuanku.
Mengambil maklum dan menjunjung titah Tuanku tersebut, Dato’ MB ingin memperbetulkan beberapa dakwaan oleh bekas Setiausaha Negeri, Dato’ Ramli Mahmud dan KSN kononnya Dato’ MB telah dimaklumkan berkenaan lantikan Dato’ Mohamad  Khusrin Munawi sebelum 21 Disember. Dato’ MB menegaskan beliau telah dibelakangkan dalam semua urusan penyerahan nama ke Istana sebelum 17 Disember 2010. Begitu juga maklumat dari KSN diserahkan kepada Dato’ Ramli dan beliau tidak memanjangkan kepada Dato’ MB.
Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mentadbir negeri secara profesional dan mantap tanpa ada niat untuk bermain politik dalam soal pentadbiran mahupun  mempolitikkan isu-isu tertentu. Namun apabila sesuatu fakta itu diputar belit serta bercanggah dengan bukti yang sedia ada, adalah menjadi tanggungjawab Dato’ MB memberi penjelasan. Bukti amat jelas bahawa tindakan Kerajaan Persekutuan yang melantik Setiausaha Negeri tanpa rundingan dengan Menteri Besar adalah satu tindakan sabotaj yang memang bersifat politik. Tindakan arbitrasi inilah yang telah memulakan segala kekeliruan dan akhirnya menjadi masalah.
Dato’ Ramli akan bersara wajib pada 24 Mac 2011. Justeru, pada 26 Oktober Pejabat Menteri Besar telah diberi nota amalan (practice notes) dari Pejabat Setiausaha Negeri melalui Pusat Sumber Manusia (PSM) Negeri. Nota amalan ialah berkenaan amalan yang biasa (convention) yang dilakukan untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ). Nota amalan tersebut jelas menyatakan tatacara yang perlu diambil iaitu;
i)                    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.
ii)                  Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.
iii)                Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Dato’ MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.
Sebaliknya apa yang berlaku ialah Ketua Setiausaha Negara ( KSN ) telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Dato’ Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan  Dato’ Menteri Besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional.
Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember, Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor, Dato’ Mohamad Munir Bani  telah menghantar surat kepada Setiausaha Sulit Dato’ MB dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember  yang beliau hantar kepada Dato’ Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Dato’ Khusrin sebagai SUK.
Antara 10 hingga 21 Disember, Dato’ Ramli telah hadir pada dua Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Mesyuarat Exco), dua mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES). Majlis persaraan beliau juga diadakan. Dalam lima pertemuan ini, Dato’ Ramli tidak pernah menyebut bahawa Tuanku telah memberi perkenan kepada Dato’ Mohamad Khusrin.
Justeru, kenyataan  KSN dan Dato’ Ramli bahawa Dato’ MB telah dimaklumkan sebelum 21 Disember ternyata salah. Tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada  dari KSN mahupun dari Dato’ Ramli.
Kerajaan Negeri Selangor bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ikhlas memperjuangkan kebajikan rakyat. Sekiranya kerajaan Persekutuan menghormati semangat Federalisme dan memahami kehendak rakyat yang telah memilih kerajaan Negeri Selangor hari ini, pastinya mereka tidak akan melantik seorang Setiausaha Negeri tanpa sebarang konsultasi dengan Dato’ MB yang telah dipilih rakyat.
Dato’ MB berharap KSN dan amnya SPA akan sanggup bekerjasama untuk mencari penyelesaian terbaik dalam masa terdekat. Tidaklah perlu memanjangkan perkara ini dengan menimbulkan isu lain kononnya Dato’ MB terlewat menghantar nama dan sebagainya.  Dato’ MB percaya hanya dengan bertindak secara profesional serta jujur pada amalan, isu ini boleh diselesaikan.
FAEKAH HJ. HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR.

Umno melagakan MB dan Exco dengan pegawai kerajaan

Menteri Besar dan Exco-Exco bukan bermusuhan dengan Datuk Khusrin bila menolak beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Yang dipertikaikan adalah cara Ketua Setiausah Negara membuat perlantikan tanpa berbincang dengan Menteri Besar.
SUK adalah pegawai tinggi kerajaan yang paling utama dan bertanggunjawab melaksanakan polisi-polisi yg dibuat oleh Menteri Besar dan Exco-Exco. Jadi tidak logik perlantikan tidak dibincang dengan mereka.
Selepas menjadikan isu perlantikan SUK ini isu perkauman dan cuba melaga-lagakan kerajaan negeri dengan Istana, UMNO cuba melaga-lagakan kerajaan negeri dengan pegawai-pegawai kerajaan.
Saya yakin usaha ini tidak akan berjaya kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor amat menghargai akan sumbangan kesemua kakitangan kerajaan. Polisi-polisi dan program-program baru yang dibawa oleh Pakatan Rakyat telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang oleh mereka.
Iskandar A. Samad
Exco Kerajaan Negeri Selangor
8 Januari 2011

‘Bersihkan nama anak saya’

Nor Hafizah Mad Razali, ibu kepada remaja 15 tahun yang ditembak mati mahu membersihkan nama anaknya yang dilabel polis sebagai penjenayah.
Beliau berkata, Muhammad Syamil Hafiz Shapiei  bukan seorang penjenayah tetapi anak yang baik dan mahu menuntut keadilan terhadap anak sulungnya itu.
“Saya mahu nama anak saya dibersihkan. Beri keadilan kepada Syamil” katanya yang mengadakan sidang media di pintu Bukit Aman pada 9 Januari lalu.
Sebaik menyebut nama Syamil, sidang media itu terpaksa dihentikan kerana beliau tidak dapat menahan sebak.
Suaminya, Shapiei Zainal Abidin dan peguam Lawyer for Liberty (LFL), Fadiah Nadwa Fikri, terpaksa mententeramkannya.
Pada sidang media sama, Fadiah berkata, LFL dan keluarga mangsa kesal kerana polis gagal memaklumkan status kes yang hampir dua bulan berlaku.
“Kami kesal dengan sikap sambil lewa polis yang tidak tahu status siasatan hingga kita terpaksa datang ke Bukit Aman untuk penjelasan tapi gagal,” katanya.
Terdahulu, peguam LFL yang juga Naib Presiden KEADILAN, N Surendran bertelagah dengan anggota polis berikutan mereka dihalang memasuki Bukit Aman untuk menyerahkan memorandum berkaitan kes itu.
Turut serta ialah dua Ahli Parlimen KEADILAN, Sivarasa Rasiah dan Nurul Izzah Anwar serta kira-kira 20 ahli keluarga tiga mangsa yang ditembak mati itu.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, usul berkaitan Syamil yang dibawanya ke Parlimen sebelum akan diteruskan Nurul Izzah Anwar walaupun ditolak beliau digantung dewan.
Berikut ialah enam tuntutan LFL kepada polis.
1. Segera menyiasat kes tembak mati melibatkan Muhammad Syamil Hafiz Shafie, 15, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20 dan Mohd Hanafi Omar yang ditembak mati oleh polis di Glenmarie, Shah Alam pada 13 November lalu.
2. Mendakwa dan mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai polis yang terlibat menembak mati ketiga-tiga remaja tersebut serta jenayah lain yang dilakukan pihak kuasa itu.
3. Menghentikan tindakan polis yang melepaskan tembakan sesuka hati.
4. Mendedahkan kepada umum berhubung IGSO atau arahan tetap kepada pegawai polis berkaitan prosedur melepaskan tembakan.
5. Menyokong dan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Bebas Menyiasat Salah Laku Polis (IPCMC)
6. Menyokong dan mengadakan program latihan berhubung Hak Asasi Manusia kepada polis

Calon Tenang: Pemuda mahu PAS letak orang muda

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Dewan Pemuda PAS pusat mahu calon yang bakal dipilih parti itu, mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding di Tenang hujung bulan ini, seorang yang muda dan berpotensi untuk menang.
Ketuanya, Nasrudin Hasan at-Tantawi berkata, walaupun keputusan calon akan diputuskan oleh pimpinan tertinggi, namun beliau mahu orang muda dipilih bagi mewakili parti Islam itu.
PAS dijangka akan memutuskan bakal calonnya pada mesyuarat pusat di sini, esok.
“Dari segi itu kita sebenarnya meletakkan sasaran calon paling berpotensi untuk menang iaitu calon orang muda dan anak tempatan.
“Kita nak calon orang muda yang mampu memikul amanah dengan baik, kita mahu calon itu berupaya untuk menjiwai masyarakat tempatan di sana (Tenang),” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS pusat.
Sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan bahawa Ahli Jawatankuasa PAS pusat Mazlan Aliman akan terpilih menjadi calon PAS mewakili Pakatan Rakyat yang akan menentang calon Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil itu.
Pakatan Rakyat akan mengumumkan calon yang akan memikul tanggungjawab itu pada 16 Januari ini.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha daripada Umno-BN 17 Disember lepas.
Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang ialah pada 22 Januari manakala manakala hari pengundian diadakan pada 30 Januari.
Tambah Nasrudin, walaupun DUN Tenang adalah kubu kuat BN, namun Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP mampu untuk merampas kerusi tersebut.
“Kita yakin boleh beri saingan sengit kepada Umno-BN walaupun Tenang adalah kubu kuat mereka.
“Namun kita mempunyai peluang sekiranya maklumat dapat disampaikan dengan tepat kepada pengundi-pengundi.
“Selama ini pengundi berikan sokongan kepada Umno-BN kerana dapat maklumat sehala sahaja, mereka tidak tahu perubahan yang dilakukan Pakatan Rakyat dan ini yang akan kita sampaikan,” katanya sambil menambah akan meletakkan seramai 500 jentera Pemuda PAS di DUN Tenang bermula 20 Januari depan.
Selain itu, menurut Nasrudin, pihaknya akan meningkatkan usaha untuk membawa pulang pengundi muda di DUN Tenang yang bekerja di luar.
“Kita tahu ramai orang muda berada di luar, jadi kita akan berusaha untuk memastikan mereka pulang mengundi.
“Kita akan usahakan perkara ini, kita akan dekati pengundi muda ini. Straregi bagaimana kita akan lakukan biarlah ia menjadi rahsia.
“Atas perkembangan mutakhir ini, kita lihat banyak isu yang boleh kita mainkan supaya mereka (pengundi muda) tidak lagi terlalu bergantung kepada Umno-BN,” katanya.
DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.
Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus) dan lain-lain 11 orang (0.07 peratus).

Pemuda anjur forum perjelas Janji 100 Hari Pakatan

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengadakan forum "Janji 100 Hari Pakatan Rakyat' bagi mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak mengenai program 100 hari yang terkandung dalam buku jingga Pakatan Rakyat.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, selepas buku jingga itu dikemukakan sewaktu konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember lalu, ianya belum dinilai secara terbuka oleh mana-mana pihak melainkan mendapatkan kritikan daripada Umno BN.

"Dalam forum ini kita akan bahas pro dan kontra program 100 hari ini dan kita akan bagi peluang kepada rakyat untyuk menyatakan pandangan," kata Nasrudin dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ibu Pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Menurutnya, forum itu akan diadakan pada 15 Januari ini bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) jam 9.30  hingga 12 malam dan terbuka kepada semua.

Ianya akan menampilkan panel daripada pimpinan PAS, PKR, DAP,Umno dan Gerakan manakala moderatornya ialah penganalisis politik, Prof mohd Agus Yusof.

Bagaimamapun, pihak DPP masih dalam proses mendapatkan nama daripada wakil-wakil parti berkenaan untuk manjadi panel.

"Kita mahu panel-panel ini memberikan penilaian mengenai program 100 hari ini, di mana asasnya, apa relevannya.

"Kita juga ingin beri peluang kepada NGO-NGO untuk menyatakan pandangan mereka menegani program ini melalui forum tersebut," katanya.

Selain itu, DPPP juga akan mengadakan Malam Anugerah Budayawan Islam bagi memberikan pengiktirafan kepada seniman dan budayawan yang membangunkan seni tanah air yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Ianya juga sebagai langkah membuka minda ahli PAS agar menggunakan seni dan budaya untuk menyanpaikan dakwah kepada masyarakat.

Sebelum malam anugerah yang dijangka berlangsung pada Mac itu, pemuda akan mengarahkan satu teater Islam yang akan dipersembahkan pda malam tersebut.

"Kita akan jemput seniman yang aktif menggerakkan seni Islam seperti Dinsman dari Paksi dan pemuda sendiri akan menghasilkan teater dan persembahan lain," katanya.

Tambahnya,bekas vokalis Wings yang merupakan kumpulan rock Malaysia, akan turut menghadiri malam anugerah itu bagi menarik golongan muda.

"Kita berhasrat untuk pergi jauh dalam bidang Islam yang tidak mengenepikan nilai-nilai Islam sebab itu kita berusaha melancarkan produk-produk seni kita sendiri," katanya.

Dalam pada itu , beliau turut melancarkan logo Himpunan 30 ribu pemuda PAS yang akan berlangsung pada 19 Februari depan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Himpunan itu sebagai persiapan pemuda menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang melibatkan pemuda dari seluruh negara.

Sementara itu, menurut Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiyat, DPPP akan mengadakan  pertemuan dengan  peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional  (PTPTN) pada 12 atau 13 Februari depan di sekitar Lembah Klang.

Pertemuan itu sebagai langkah mencari formula penyelesaian  ekoran rungutan daripada peminjam yang terbeban akibat tidak dapat membayar balik pinjaman sehingga tidak membolehkan mereka ke luar negara.

MB Selangor cabar Umno sokong pindaan, buktikan ikhlas pertahan raja

SUBANG JAYA, 8 Jan – Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mencabar Umno menyokong pindaan perlembagaan jika ia benar-benar ikhlas dalam menjunjung institusi diraja, yang dialung-laungkannya selama ini.
Menteri Besar (gambar) merancang untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas hujung bulan ini bagi menyelesaikan kemelut ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.
Sidang itu akan membincangkan pindaan perlembagaan negeri.
“Umno (mengatakan bahawa) ia memandang tinggi (kedudukan) Sultan. Mereka (mengatakan) mereka yang mempertahankan raja,” kata beliau sambil menggesa Umno menunjukkan keikhlasan jika benar parti teras Barisan Nasional itu mempertahankan institusi diraja.
Pakatan Rakyat mempunyai 35 anggota di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 56 kerusi.
Pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga untuk diluluskan.

Pena Pertahankan Novel Intrelok

PERSATUAN Penulis Nasional (Pena) menjadi NGO pertama yang mengambil inisiatif mengadakan majlis untuk mempertahankan novel Intrelok yang menjadi teks bacaan wajib pelajar sastera tingkat lima yang menjadi persoalan segelintir masyarakat India di negara ini pada masa ini.

Tindakan Pena itu kena pada tempatnya memandang NGO berkenaaan bergerak atas landasan bertunjangkan maksud untuk meneguh, mengawal dan mengamalkan persurataan (sastera dan budaya) Melayu di negara ini.

Sebenarnya selain dari Pena wujud beberapa badan lain seumpamnya di seluruh negara. Malangnya badan lain sehingga kini seolah tidak ada idea untuk menganjurkan majlis bagi menyatakan sikap mereka terhadap novel yang ditulis oleh Sasterawan Negara, Abdullah Hussein itu.

Gapena - Gabung Penulis Nasionak sendiri yang menjadi induk kepada persatuan penulis dan persuratan Melayu di negara ini, masih terpinga-pinga dan mencari rentak untuk memulakan aksi mereka. Gapena difahamkan belum mengadakan apa-apa majlis atau tindakan rasmi mempertahankan novel berkenaan. Kalau ada pun reaksi dari pemimpin gabungan itu secara peribadi sekadar menjawab pertanyann media saja.

Adalah perlu dirasakan kalau Gapena dan selurh anggota gabungannya bangkit mempertahankan keutuhan ataupun menjawab bantahan segelintir masyarkat India terhadap novel berkenaan. Lebih baik lagi kalau Gapena mengunggulinya dan mengajak sama NGO lain kkhasnya yang mengaku dan mendakwa mereka sebagai memperjuangkan Melayu untuk mempertahankan karya sastera berkenaan.

Seperti mana yang dipersetujui ataupun disimpulkan dalam Dilog Interlok yang dianjurkan Pena pagi ini menetapkan bahawa tidak ada catcat celanya novel berkenaan termasuk menghina mana-mana kaum di negara ini.

Ia adalah novel sejarah berdasarkan fakta yang menggunakan latar realiti tiga kaum terbesar di negara ini dan menceritakan sejarah kewujudan ataupun mengenai kedatangan mereka ke negara ini. "Novel itu tidak menghina mana-mana pihak sebaliknya ia sebuah fakta sejarah yang jelas yang sudah diterima umum," demikian tegas Pena.

Dilog anjuran Pena hari ini dipanalis oleh tiga anggota yang pakar dalam bidang sastera dan persurata Melayu, mereka ialah Prof Dr Ilias Zaidi, Prof Dr Fatimah Busu dan sdr Syed Zakir Syed Othman, Setiausaha Pena dan ianya dipengerusikan Mohamad Salleh Rahmad, Ketua Pena.

Kehadiran pada majlis itu memberangsangkan di mana hampir 100 orang terdiri dari ahli bahasa, penulis dan pencinta budaya. Kehadiran itu menjelaskan mereka serius memberi semangat kepada Pena mempertahan novel berkenaan.
Majlis yang sepatutnya turut dihadiri masyarakat India atau bukan Melayu bagi menjelaskan penghuraian mengenai novel berkenaan bagaimana pun gagal menarik kaum India. Tidak ada seorang kaum India yang hadir, manakala hanya seorang pelajar Cina.
Di hujung dialog yang menerima berbagai pandangan dan saranan termasuk desakan agar Pena terus memperjuangkan supaya novel itu kekal pada verisinya turut diistyharkan 14 ketetapan.

Ketetapan itu dibaca oleh Ketua Pena, Mohamad Salleh Rahmad, antaranya;
1. Sebarang campur tangan politik yang dibuat berdasarkan kepentingan peribadi dan perkauman dalam bidang persuratan dan pendidikan secara keterlaluan akan menimbulkan kekeliruan dan pergeseran yang tidak berkesudahan;

2. Interlok tidak menghina mana-mana kaum di negara ini sebaliknya menggambarkan sejarah dan realiti sosial yang berlaku, disamping menonjolkan gagasan perpaduan untuk melestarikan kemerdekaan bagi sebuah negara yang baru dibentuk dan berdaulat;

3. Pena meragui hasrat dan niat pihak yang mempersoalkan perkara tersebut pada masa sekarang setelah empat dekat diterbitkan. Kita bimbang tanggapan negatif kelompok tertentu akan mencetuskan gejala yang tidak sihat kepada perpaduan yang telah wujud di negara ini.

Dalam pada itu dalam sidang akhbar Pena menjelaskan pihaknya akan terus memperjuang untuk mempertahankan novel berkenaan dijadikan teks dalam keadaan asalnya. "Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengubah keaslian novel ini," demikian tegas timbalan ketau Pena, Amiruddin Md Ali Hanafiah.

Katanya, pihaknya akan mengemukakan ketetapan dan keputusan yang diambil menerusi dialog berkenaan kepada pihak berewajib termasuk Menteri Pendidikan dan juga badan-badan tertentu.

Ada kemungkinan juga pendekatan politik diambil bagai mengatasi perkara berkenaan sekiranya jalan yang dilalui kini tidak mencapai sebarang hasil.

Ditanya apakah Pena mendapat apa-apa gangguan terhadap majlis yang berlangsung hari ini, jelas Saleh tiada apa-apa gangguan diterimanya. Sebelum ini ada maklumat mengatakan segelintir orang India akan menghadiri dialog berkenaan dan akan menunjuk protes membakar novel Intrelok di perkarangan rumah Pena.
MSO