Khamis, 6 Januari 2011

Pihak tuduh Beng Hock bunuh diri perlu minta maaf

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Keputusan mahkamah koroner semalam jelas menunjukkan pandangan pihak tertentu khususnya media pro Umno BN bahawa mendiang Teoh Beng Hock membunuh diri adalah salah.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, tohmahan awal oleh pihak tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja salah, namun tidak menghormati pihak keluarga dan keputusan mahkamah.
"PAS mendesak supaya pihak media yang membuat tohmahan sebelum ini memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Teoh Beng Hock dan rakyat Malaysia amnya dengan mengeluarkan kenyataan penuh bagi menghormati keputusan mahkamah," gesanya.
Koroner Azmil Muntapha Abas semalam tidak dapat memutuskan sama ada mendiang dibunuh atau membunuh diri, justeru mengumumkan kes tersebut sebagai penghakiman terbuka atau "Open Verdict".
Azmil ketika membuat penghakiman berkata masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, mahu siasatan sepenuhnya dibuat dengan menubuhkan suruhanjaya diraja.
"Masa yang lama diambil dalam siasatan koroner telah menunjukkan tidak ada penyelesaian yang konkrit dalam kes ini," tambahnya lagi.
Ekoran itu juga, beliau turut mencadangkan supaya pegawai SPRM yang terlibat dalam penyiasatan mangsa pada malam kejadian, digantung tugasnya bagi memudahkan siasatan dijalankan.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.
Sementara itu, mengulas isu sama, Presiden Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan turut sependapat dengan pandangan Tuan Ibrahim.
Beliau dalam reaksi spontannya semalam mendakwa penghakiman terbuka tersebut telah menolak teori SPRM bahawa kematian Teoh disebabkan bunuh diri.
“Kenyataan bodoh SPRM tentang bunuh diri kini satu penipuan. Mesti ada orang yang kena bertanggungjawab,” kata melalui Twitter.
Inkues yang telah berlangsung selama 18 bulan tersebut diibaratkan banyak pihak sebagai membazir waktu kerana kes tersebut masih tergantung.
Keputusan inkues semalam turut memberikan tamparan hebat kepada keluarga Teoh yang telah menunggu sekian lama untuk mencari jawapan terhadap kematian Teoh.
Turut berkongsi pandangan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
“Keputusan inkues yang telah menidakkan teori bunuh diri dan mengesahkan terdapat kecederaan pada Beng Hock sebelum jatuh adalah satu bukti kesalahan pada pihak SPRM dan polis dan juga satu munasabah yang kuat untuk mewujudkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, The Malaysian Insider hari ini melaporkan bahawa kemungkinan besar kabinet Datuk Seri  Najib Razak akan mengumumkan pembentukan sebuah suruhanjaya diraja minggu hadapan selepas perbincangan diadakan dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

Kisah tujuh kali menunaikan haji, tujuh kali tidak nampak kaabah

Salam,

http://dnexusholidays.com/e107_images/custom/kaabah.jpg

Kisah ini berlaku bukan di Malaysia, namun boleh menjadi iktibar kepada kita sebagai umat Islam. Bacalah.......

Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan nama sebenar), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima.Ibunya gembira dengan ajakan anaknya itu. 

Sebagai seorang Islam yang berkemampuan, mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Setelah segala persiapan dilakukan, mereka akhirnya berangkat ke tanah suci. 

Keadaan kesihatan mereka baik dan tidak ada tanda-tanda akan sakit. Tiba harinya mereka melakukan tawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. “Labaik allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah”.

Hasan mendekati ibunya dan berbisik, “Ummi undzur ila Ka’bah (Bu, lihatlah Ka’bah).” Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. 

Ibunya yang berjalan di sisi Hasan tidak menunjukkan reaksi, ia terdiam. Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya.

Hasan sekali lagi berbisik kepada ibunya. Ia hairan melihat raut wajah ibunya. Wajah ibunya seperti kebingungan. 

Ibunya sendiri tak tahu mengapa ia tak boleh melihat apapun selain kegelapan. beberapa kali ia mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang ada hanyalah kegelapan.

Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya. Sebelum itu ia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gelita.
 
Setiap kali menunaikan haji, Hasan bersimpuh di hadapan Allah. Ia solat memohon keampunan-Nya. Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitullah, mengharap rahmatNya.
 
Terasa hampa menjadi tetamu Allah, tanpa menyaksikan segala kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.

Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan menatap Ka’bah, kelak.

Anak yang saleh itu berniat akan kembali membawa ibunya menunaikan haji tahun depan. 

Ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya.Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali dibutakan di hadapan Ka’bah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan simbol kesatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak boleh melihat Ka’bah.

Hasan tidak berpatah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya.

Anehnya, ibunya tetap juga tak dapat melihat Ka’bah. Setiap kali berada di Masjidil Haram, yang ada di matanya hanyalah gelap dan gelap. Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri ibunya. Kejadian itu berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji.

Hasan tidak dapat memahami, ia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Ka’bah. Padahal, setiap berada jauh dari Ka’bah, penglihatannya selalu normal. 

Ia bertanya-tanya, apakah ibunya ada membuat kesalahan sehingga mendapat azab dari Allah SWT ?. Apa yang telah diperbuat ibunya, sehingga mendapat musibah seperti itu ? 

Segala pertanyaan berkecamuk dalam kepalanya. Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim ulama, yang dapat membantu permasalahannya.

Tidak berapa lama kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal karena kesolehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat). 

Tanpa mengira kesusahan,Hasan akhirnya bertemu dengan ulama yang dimaksud. Ia pun mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini. 

Ulama itu mendengarkan dengan teliti, kemudian meminta agar ibu Hasan menghubunginya, ia hendak bercakap terus dengan ibu Hasan. anak yang berbakti ini pun pulang. 

Setibanya di tanah kelahirannya, ia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut. Beruntunglah, ibunya memenuhi permintaan Hasan.

Ibunya pun menelefon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci. 

Ulama itu kemudian meminta ibu Hasan bertenang, mengingat kembali, mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa lalu, sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah. Beliau diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya.

“Anda harus berterus terang kepada saya, karena masalah anda bukan masalah kecil,” kata ulama itu pada ibu Hasan.

Ibu Hasan terdiam sejenak. Kemudian ia meminta waktu untuk memikirkannya. 

Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama itu tidak mendapat khabar dari ibu Hasan. Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Ibu Hasan menghubungi ulama tersebut.

“Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat di rumah sakit,” cerita ibu Hasan akhirnya.

“Oh, bagus…..Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia,” potong ulama itu. 

“Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya itu halal atau haram,” ungkapnya terus terang.

Ulama itu terperanjat. Ia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian.

“Disana….” sambung ibu Hasan, “Saya sering kali menukar bayi, kerana tidak semua ibu suka dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang mahukan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan bayaran wang, saya menukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka.”

Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan ibu Hasan.

“Astagfirullah……” sanggup wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak. bayangkan, betapa banyak keluarga yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya.

Apakah ibu Hasan tidak tahu, bahwa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting.

Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas. Padahal, nasab ini sangat menentukan sah perkawinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi.

“Cuma itu yang saya lakukan,” ucap ibu Hasan tanpa berasa bersalah.

“Cuma itu ? tanya ulama terkejut. “Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang sangat besar, betapa banyak keluarga yang sudah anda hancurkan !”. ucap ulama dengan nada tinggi.

“Apa lagi yang anda kerjakan ?” tanya ulama itu lagi sedikit kesal.

“Di rumah sakit, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati.”

“Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia,” kata ulama.

“Ya, tapi saya memandikan orang mati kerana ada kerja sama dengan tukang sihir.”

“Maksudnya ?”. tanya ulama tidak mengerti. 

“Setiap kali ingin menyeksa orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas sihir itu sesuai dengan syaratnya, sepatutnya harus ditanam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak memasukkan di dalam tanah, melainkan saya masukkan benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati.”

“Pernah sekali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang sihir seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya. 

" Entah mengapa benda-benda itu seperti terlekat, tidak mahu masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam-dalam. Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi begitu seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi naik marah, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan.” 

Mendengar percakapan ibu Hasan yang tidak merasa bersalah dan tanpa rasa berdosa, ulama itu berteriak marah.

“Cuma itu yang kamu lakukan ? Masya Allah….!!! Saya tidak boleh menbantu anda. Saya angkat tangan”.

Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui perbuatan ibu Hasan. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apalagi ia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu keras, begitu keji.

Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. 

Akhirnya ulama itu berkata, “Anda harus memohon ampun kepada Allah, kerana hanya Dialah yang akan mengampuni dosa Anda.”

Bumi menolaknya. Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian ulama tidak mendengar khabar selanjutnya dari ibu Hasan. 

Akhirnya ia berusaha dengan menghubunginya melalui telefon. Ia berharap ibu Hasan telah bertaubat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah akan mengampuni dosa ibu Hasan, sehingga rahmat Allah datang kepadanya. 

Oleh kerana lama tidak mendapat khabar, ulama itu menghubungi keluarga Hasan yang tinggal di mesir. Kebetulan yang menjawab telefon adalah Hasan sendiri. 

Ulama bertanya khabar ibu Hasan, ternyata berita sedih yang diterima ulama itu.
 

“Ummi sudah meninggal dua hari setelah menelefon ustaz,” ujar Hasan. 

Ulama itu terkejut mendengar berita tersebut. 

“Bagaimana ibumu meninggal, Hasan ?”. tanya ulama itu. 

Hasanpun akhirnya bercerita : Setelah menelefon ulama itu, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. 

Apa yang mengejutkan adalah peristiwa pengkebumian jenazah ibu Hasan.

Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian dimasukkan jenazah dengan izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras.

Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. 

Peristiwa itu berlaku begitu cepat, sehingga tidak seorangpun pengantar jenazah yang sedar bahwa tanah itu kembali rapat. Peristiwa itu terjadi berulang-ulang. 

Para pengantar yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh terjadi. Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat.

Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus asa dan harapan kerana pekerjaan mereka berhasil. 

Siangpun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satupun lubang yang berhasil digali. 

Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja terbaring di hamparan tanah kering kontang.

Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak sanggup meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikebumikan.

Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri.

Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian tempatan orang Mesir. 

Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya yang melabuh ke depan. 

Lelaki itu mendekati Hasan kemudian berkata padanya,” Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!”. kata orang itu.

Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, Ia berharap laki-laki itu akan menunggu jenazah ibunya. Harap-harap mahu menggali lubang untuk kemudian mengebumikan ibunya. 

“Aku minta supaya kau jangan menengok ke belakang, sampai tiba di rumahmu, “pesan lelaki itu.

Hasan mengangguk, kemudian ia meninggalkan kawasan penguburan. Belum sempat ia di luar lokasi pemakaman, terasa keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan jenazah ibunya.

Sedetik kemudian ia menoleh ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan, melihat jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. 

Belum habis rasa hairanya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa wajah Hasan. Hasan ketakutan. Dengan langkah seribu, ia pun bergegas meninggalkan tempat itu.

Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahawa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman karena terbakar. 

Ulama itu mendengarkan dengan teliti semua cerita yang diungkapkan Hasan. Ia menyarankan, agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya. 

Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu.

Ulama itu meyakinkan Hasan, bahawa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang. 

Benar kata ulama itu, tidak berapa lama kemudian Hasan kembali memberitahu ulama itu, bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitaman hilang. 

Tanpa tahu apa yang telah dilakukan ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allah SWT.Tausyiah275

Wassalam

Chong Wei kini ditinggalkan pakar psikologinya....ape citer BAM nie..!!!

JOHOR BAHARU, 6 Jan - Datuk Lee Chong Wei kini berdepan dengan dilema apabila bukan sahaja kehilangan jurulatihnya Datuk Misbun Sidek malah tidak akan mendapat motivasi pakar psikologinya Federick Tan.

Tan, yang membantu mempersiapkan pemain nombor satu dunia itu dari segi mental sejak tiga tahun lalu, kini telah meninggalkan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai Majlis Sukan Pulau Pinang (PSC).

Tan, anak kelahiran Kuching, Sarawak, kini memulakan tugas baru sebagai Pengarah PSC berkuat kuasa 1 Jan lalu.

Keadaan ini menyebabkan Chong Wei atau MSN terpaksa mencari pakar psikologi yang baru untuk mempersiapkan pemain itu menghadapi Sukan Olimpik London 2012.

Pengarah Bahagian Atlet Elit MSN, Ariffin Ghani hari ini mengesahkan bahawa mereka sedang mencari pengganti Tan.

“Kami sedang berurusan dengan Institut Sukan Negara (ISN) untuk mencari calon yang sesuai bagi menggantikan Tan. Chong Wei memerlukan pakar psikologi dalam usaha menyiapkan diri untuk Sukan Olimpik London tahun depan.

“Tan telah berkhidmat dengan baik dan kami sedih untuk melihat beliau meninggalkan kami. Namum demi kerjayanya, kami mengucap selamat maju jaya di Pulau Pinang,” kata Ariffin.

Sebelum ini, Misbun secara mengejut meletak jawatan jurulatih perseorangan bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 31 Dis lalu.

Chong Wei kini berada di Taiwan untuk Kejohanan Super Siri Masters Akhir.

-Bernama

Perihal Lawyer Cabuk Bernama Zul Nordin Dalam Isu Anak Munawi

NOTA EDITOR: Membaca kenyataan pakar Perlembagaan, Lawyer Tommy Thomas, Tulang Besi tertarik dengan satu kenyataan beliau:

Thomas said the MB’s role in the appointment process can be seen clearly in Article 52(4) of the Selangor Constitution, that states: “Before any such official (including the State Secretary) first attends a meeting of the State Executive Council, he shall take and subscribe in the presence of the Menteri Besar the following Oath of Secrecy.”


Dengan kata lain, mengikut Artikel 52(4) Undang Undang Tubuh Negeri Selangor, sebelum mana-mana pegawai kerajaan menghadziri mesyuarat Exco, beliau haruslah mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan Menteri Besar.

Sekiranya Menteri Besar menolak untuk hadir di majlis tersebut, maka pegawai itu tidak langsung boleh menghadiri mesyuarat Exco. Dengan kata lain, Khusrin hanya akan menjadi SUK pada nama sahaja, tapi tidak boleh berfungsi sebagai SUK kerana beliau tiada kelayakan menghadiri mesyuarat Exco.

Ini bererti perlantikan Khusrin Munawi:

1.0 Menunjukkan betapa bodohnya Ketua Setiausaha Negara kerana tidak mengetahui peruntukan Undang-Undang Tubuh Selangor ini.

2.0 Menghabiskan duit rakyat kerana terpaksa membayar gaji Khusrin dan elaun beliau

3.0 Mensabotaj kerajaan negeri untuk memalukan kerajaan negeri dengan niat yang sangat jahat. Ya Allah, makbulkan doa laknat aku ke atas Khusrin Munawi dan KSN sewaktu aku mencium kaabah tempohari. AMIN!!!!!

Di sini juga saya ingin menunjukkan KEBODOHAN ZUL NORDIN. Lawyer cabuk bernama Zul Nordin kata:

Perlantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah kuasa mutlak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tidak saperti Kedah dan Johor yang mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, bidangkuasa perlantikan SUK Selangor adalah khusus dibawah SPA. Malah dinegeri dimana ianya terletak dibawah SPN, Menteri Besar langsung tiada kuasa mengenai perlantikan SUK, ianya antara SPN dan Sultan yang memerintah negeri


Maknya Zul Nordin tak baca Undang-Undang Tubuh Selangor Artikel 97(1) yang membuktikan wujudnya Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri.

Dah nama pun lawyer cabuk. Apa nak harapkan dengan Zul Nordin ni?

Hahahahaha

Tulang Besi


PSC can end Selangor stalemate by talking to MB, says lawyer
UPDATED @ 09:15:18 PM 04-01-2011
By Debra Chong
January 04, 2011

KUALA LUMPUR, Jan 4 — Constitutional lawyer Tommy Thomas has advised the Public Service Commission (PSC) to discuss with the Selangor governmet on resolving the ongoing deadlock over Datuk Mohd Khusrin Munawi’s appointment as state secretary.

The senior lawyer said the PSC, headed by Chief Secretary to the federal government, Tan Sri Sidek Hassan, appeared to be the right body to decide who becomes Selangor’s No. 1 civil servant; but added that it must first consult the state.

Referring to both the federal and Selangor constitutions, Thomas noted the laws provided for two separate bodies to be set up to deal with the appointment of civil servants.

“Article 52 (1) of the State Constitution of Selangor states that the State Secretary shall be appointed by the appropriate Service Commission from amongst members of any of the relevant public services,” he said.

“Article 132 (1) of the Federal Constitution lists seven different types of public services,” he pointed that it included the general public service of the Federation of Malaysia — as the country is officially called — and the public service of each state.

“Article 139 (1) of the Federal Constitution states that there shall be a Public Services Commission which shall extend to the general public service of the Federation.

But he said the “ambiguous” language made it difficult to decide which of the two bodies had real power to appoint the state’s No. 1 civil servant.

“Article 97(1) of the Selangor Constitution establishes a State Service Commission which shall extend to all members of the public service of the State.

“In essence, federal civil servants belong to the Public Services Commission, while Selangor state civil servants belong to the Selangor Services Commission,” the lawyer said.

“Let me therefore assume for the purposes of discussion, that the ‘appropriate’ appointing authority of Selangor’s State Secretary under Article 52(1) of the Selangor Constitution is the Federal Public Services Commission,” he said in an email to The Malaysian Insider today.

“It does not however follow that the PSC has a free hand in appointing whoever it wishes, and, particularly, a person against the wishes of the State,” he added.

“Accordingly, the PSC (if it is the appropriate appointing Service Commission) must constitutionally consult the mentri besar of Selangor and secures his consent before nominating a candidate.

“What the PSC cannot constitutionally do is to ‘thrust’ or ‘impose’ a state secretary upon an unwilling mentri besar,” he continued.

Thomas said the MB’s role in the appointment process can be seen clearly in Article 52(4) of the Selangor Constitution, that states: “Before any such official (including the State Secretary) first attends a meeting of the State Executive Council, he shall take and subscribe in the presence of the Menteri Besar the following Oath of Secrecy.”

The lawyer said that if Selangor MB Tan Sri Khalid Ibrahim was not happy with the PSC’s pick, he could “frustrate the appointment” by refusing to attend the state secretary’s oath-of-secrecy ceremony as required under Article 52(4) of the state constitution.

By doing so, the state secretary would lose his membership in the state executive council, which is the highest executive decision-making body in the state.

“Further, for practical purposes, a state secretary who does not enjoy the trust and confidence of a mentri besar will be sidelined, and will just fade away,” he added.

But Thomas noted that the Pakatan Rakyat (PR) state government would be going against its own principles if it refused to negotiate with the federal body.

“The fact that the federal and Selangor state governments are in the hands of opposing political coalitions should not foreclose such cooperation and consultation, which is vital for the system to work properly.

“The people of Selangor deserve nothing less,” he said.

Some parties, including Umno lawyer Datuk Hafarizam Harun, have warned that the stalemate could effectively jeopardise the administration of the state, and the effect would be felt on the ground.

The crisis in Selangor started last month when Sidek named Mohd Khusrin as the new state secretary to replace Datuk Ramli Mahmud who left the post on December 31.

Khalid refused to accept the former director of the Selangor Islamic Religious Department (Jais), with whom he and his executive council had clashed with previously.

The first-term mentri besar insisted that he had the right to decide on a person he could work with and was still working on the final name list.

Foto Terkini : Ceramah Pakatan Rakyat Di Tenang

Hari ini Tenang dimeriahkan lagi oleh Ceramah Pakatan Rakyat. Yang hadir, Anwar Ibrahim, YB Zuraidah dan lain-lain...


Kak Zu Sedang Berucap
Anwar berucap dijamuan makan malam



Shamsul Iskandar dan Khalid Samad melaporkan ribuan penduduk telah menghadiri Ceramah Pakatan Rakyat di Tenang station...

KhalidSamad:
Semakin ramai brkumpul bila DSAI mula berucap. Angin perubahan d Johor. Tua, muda inginkn perubahan.

The Khusrin affair — Another Perak?

By Nathaniel Tan
Is the Perak comparison overdramatic?Let’s take a step back and examine the institution that Datuk Mohd Khusrin Munawi has been selected to lead in Selangor.The civil service exists to provide continuity between governments.
While institutions like an independent judiciary, an empowered legislature and a free media (none of which seem to exist in Malaysia) are designed to provide checks and balances to the executive, the noble role of the civil service is to implement all legal policies of the government of the day — not to challenge it, frustrate it, or act as a political force of their own in any way.


Unfortunately, in Selangor, there have been numerous complaints of civil servants —  especially at the local government level — that have quietly bottlenecked, failed to implement or actively blocked policies by the new state government.
While some civil servants have demonstrated impeccable professionalism and dedication to duty, others appear to be in denial of what they feel is a one-term government and seek to curry favour with the political coalition whose return to power they feel is only a matter of time.
Khusrin ranked eighth out of eight
Against such a backdrop, let’s revisit what happened. As the outgoing state chief secretary retired, a commission was appointed by the state government to interview potential replacements.
It must  be noted that the current law regarding the appointment of the state secretary is vague, saying that the decision should be done by “the relevant public services commission.”
Eventually, eight individuals were interviewed by the state-appointed commission, and three were short-listed. It is understood that Datuk Khusrin was ranked last of these eight candidates.
As these names were being presented to the Sultan of Selangor, the federal government pre-emptively announced that Datuk Khusrin had been picked as the new Chief Secretary of Selangor. The elected chief executive of the Selangor government was at no point consulted regarding this appointment.
Appointing a man known to have strained relations with the government of the day and deemed by the same government to be least suitable amongst qualified candidates is nothing less than an act of sabotage.
Sabotage and destabilisation?
How tragic that the federal government would knowingly spark such a crisis, blatantly ignoring the negative impact on the people of Selangor.
Is this a precursor to further attempts to create a conflict that will destabilise the Selangor state government and render it inoperable? Would the ruling party sink to such levels as to knowingly destabilise the state government in some attempt to make their political opponents look bad?
I suppose we need only look to our neighbours to the north for an answer.
As the Perak constitutional crisis waged on, the State Secretary of Perak had a pivotal role to play. His actions and true allegiances became plain for all to see when he played a partisan role and at one point had then mentri besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin unceremoniously thrown out of the state secretariat.
Selangor is clearly not at the stage Perak was in early 2009, but in creating a conflict within the institutions of government, we can see the same hand brewing the same recipe for disaster.
Federal strong-arm tactics
Again, is this interpretation over dramatic?
Let us start by asking the simple question: Why Khusrin?
There must be a good working relationship between the government of the day and the civil service. As the government is democratically elected, it must surely be allowed as the people’s representatives and custodian of authority to have a say in how the civil service is led and run. How else would they ensure that the policies that they have been voted in to enact will be implemented professionally?
As Khalid himself rightly pointed out, could we expect the federal government to function properly if an individual known to be at odds with the prime minister and his government was appointed as Chief Secretary of the federal government?
I think many observers will agree that Khalid has been extremely accommodating of the civil service, and vigorously upheld the principle that politics should not have an undue influence on the civil service.
Such a track record suggests that of the candidates available, surely the federal and state governments can — if they so wish — be reasonable and agree to a compromise candidate.
The three candidates chosen by the state government are all fully qualified members of the civil service who meet every criteria necessary for the position of chief secretary.
What possible reason could there be for the federal government to refuse to consider even one of these candidates, to break this impasse and ensure the smooth running of the government?
Sadly, it is the tragedy of politics that sometimes the most obvious, appropriate solutions seem to be the ones most scarcely found to be practised in reality.
Solutions
If the federal government persists most illogically and without any clear reasoning to insist on a candidate that seems to be selected on the basis of political inclinations, we can only hope that an alternative solution can be found.
As the state government now looks to the state assembly for such a solution, we hope that any new law or amendment passed will reflect a spirit of co-operation and emphasis on the welfare of the people, rather than narrow political interests.M/Insider

Beg plastik: Media umpama lalat mencipta kudis

Oleh Mohd Nasir Awang     
Tanpa hipokrasi setiap warga negara yang prihatin terhadap masa depan wajar mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan di atas pelaksanaan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik”. Bermula 1 Januari lalu, kempen dikendalikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu akan diteruskan pada setiap Sabtu di seluruh negara.
Kesan negatif penggunaan bahan plastik dalam aktiviti harian sudah dimaklumi umum. Ia bukan sahaja dibuktikan secara saintifik berupaya memudaratkan kesihatan penggunanya, malah turut meninggalkan kesan jangka panjang terhadap alam sekitar.


Justeru, sebagai usaha menyelamatkan bumi yang bakal diwariskan kepada generasi akan datang, kerajaan dianggap mengambil langkah tepat menggerakkan kempen lebih bersungguh mengurangkan penggunaan pelbagai barangan dari bahan yang sukar dihapuskan itu.
Sasaran utama buat masa ini ialah mengajak rakyat mengurangkan penggunaan beg plastik. Menerusi kempen ini pelanggan pasar raya, pasar raya besar dan beberapa premis perniagaan terpilih di seluruh negara tidak lagi dibekalkan beg plastik percuma tatkala membeli-belah di situ.
Sebaliknya, mereka akan dikenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dibekalkan premis berkenaan pada setiap Sabtu. Hasil jualan beg tersebut akan dikumpulkan dalam tabung khas bagi melaksanakan program kepenggunaan dan kemasyarakatan, terutama yang menjurus ke arah pemuliharaan alam sekitar.
Setakat ini semua kerajaan negeri mengambil perjalanan serius menjayakan kempen berkenaan. Beberapa premis yang dikenalpasti termasuk kategori premis dimaksudkan juga dikatakan memberikan kerjasama sangat baik.
Reaksi para penggunaan juga disorot. Rata-rata mereka digambarkan media sebagai menerima secara positif langkah dilaksanakan kerajaan itu.
Namun, secara tiba-tiba gambaran amat berbeza muncul tatkala media menyorot isu sama di negeri diperintah Pakatan Rakyat. Bagaikan satu magis segala reaksi dan komen positif itu bertukar sebaliknya.
Satu laporan yang menyorot reaksi pengguna di Pulau Pinang misalnya dipenuhi berbagai persepsi negatif mereka terhadap kerajaan negeri. Ada pengguna malah menyalahkan kerajaan pimpinan DAP itu dan menyifatkan tindakan mengenakan bayaran 20 sen bagi satu beg plastik itu membebankan pengguna, terutama yang berpendapatan rendah.
Ada juga yang menganggap kerajaan negeri kurang bijaksana apabila meluaskan pelaksanaan kempen tersebut setiap hari. Memang diakui tindakan Pulau Pinang dalam hal ini agak terkedepan berbanding negeri-negeri lain.
Sementara seluruh negara sekadar menghadkan pelaksanaannya pada setiap Sabtu di beberapa premis tertentu sahaja, negeri di bawah PR itu telah memasuki fasa ketiga dan meliputi hampir keseluruhan premis perniagaan
Kerajaan Pulau Pinang dikatakan telah memulakan kempen itu untuk sehari seminggu sejak 1 Julai 2009 hingga Disember tahun sama. Ia diperluaskan kepada tiga hari seminggu menerusi fasa kedua bermula 1 Januari 2010.
Kini, kempen itu bukan sahaja dilaksanakan setiap hari, bahkan turut diperluaskan kepada lebih banyak premis perniagaan termasuk farmasi, rangkaian kedai nasi kandar, restoran makanan segera dan kedai serbaneka.
Bagi kita langkah Pulau Pinang itu suatu yang wajar. Ia menampakkan usaha serius menghampiri hasrat menjadikan negeri itu bebas dari beg plastik, sepertimana dialu-alukan pelbagai pihak yang mengutamakan pemuliharaan alam sekitar.
Tambahan pula penguatkuasaan peraturan terbaru itu tidak dibuat secara mengejut. Ia dilakukan setelah didahului dengan proses pendidikan berperingkat sejak Julai 2009.
Malangnya, tindakan proaktif yang sepatutnya disambut baik dan diberikan gambaran positif itu tidak dilayan sewajarnya terutama oleh media talibarut Barisan Nasional (BN). Memang benar kata orang, bagi mereka ini segala apa yang dibuat parti lawan akan sentiasa disuluh dan dinilai secara negatif.
Ibarat “lalat-lalat yang mencipta kudis”, peranan utama media pro-BN sejak dulu ialah menyorot apa juga isu dan kes yang berlaku di negeri-negeri diperintah PR dari perspektif yang boleh memberikan imej dan reputasi buruk terhadap parti itu, sekali gus memberikan mileage politik kepada BN.
Kempen tanpa beg plastik ini juga tidak terlepas dari manipulasi politik sebegitu. Sehinggakan ada penguasa media arus perdana tergamak mengaitkan tindakan kerajaan Pulau Pinang itu dengan kesukaran rakyat negeri berkenaan menguruskan sisa pepejal di rumah masing-masing. Perhatikan catatan berikut.
“Bagi rakyat, mereka terpaksa pening kepala memikirkan macam mana untuk mengisi sisa makanan, sisa ikan dan sampah apabila mereka tidak lagi dibekalkan beg plastik. Mungkinkah sisa makanan dibuang terus ke dalam tong sampah tanpa perlu dimasukkan ke dalam plastik. Agaknya, tong sampah di flet akan menjadi ‘kolam’,” sebuah akhbar pada Selasa melontarkan andaian negatifnya.
Kita tentu kecewa dan tertanya apa rasionalnya media tersebut menyeret perkara ini sampai ke situ, sedangkan ia sesuatu yang dilaksanakan kerajaan BN sendiri? Apakah semata-mata kerana Pulau Pinang diperintah PR, maka ia terus sahaja dinilai negatif walau pun menjayakan kempen yang turut dilakukan BN?
Sikap ditunjukkan media itu sebenarnya cerminan tabiat sama membelenggu pemikiran para pemimpin BN. Kecenderungan menilai setiap yang dilaksanakan PR secara negatif bagaikan lumrah di kalangan mereka.
Kes melibatkan sambutan di ambang Tahun Baru di Kedah beberapa malam lalu adalah contoh terkini. Kerajaan negeri pimpinan PAS memperkenalkan peraturan mengasingkan tempat duduk dalam majlis tersebut mengikut jantina.
Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan sosio-budaya negara dan perjuangan kewanitaan antarabangsa, peraturan sedemikian bukan suatu yang mengejutkan. Sebelum ini pun kita telah dimaklumkan dengan beberapa langkah diambil pelbagai negara dunia mengasingkan penggunaan berbagai kemudahan awam mengikut jantina.
Ada negara memperkenalkan teksi khas untuk wanita, ada yang mengadakan khidmat bas khas untuk mereka. Malah ada juga yang mengadakan koc keretapi dan pesawat khas untuk golongan tersebut.
Negara kita juga ikut melaksanakan pendekatan serupa. Kita telah diperkenalkan dengan perkhidmatan koc dan bas khas untuk wanita di ibukota tahun lalu.
Dorongan utama mewujudkan perkhidmatan berasingan mengikut jantina itu ialah kerana wanita mendambakan persekitaran selamat dan selesa terutama dari sebarang gangguan kaum lelaki ketika berada di tempat awam. Dalam keadaan berasak-asak di tempat awam sebegitu, seribu satu perkara menjejaskan keselamatan dan maruah wanita boleh berlaku.
Dengan penerimaan baik pelbagai pihak atas pembaharuan itu, tindakan kerajaan Kedah memperkenalkan pengasingan tempat duduk dalam majlis terbuka baru-baru ini sepatutnya dinilai dari perspektif sama. Malangnya, itu tidak berlaku. Sekali lagi kita andaikan hal itu sedemikian hanya semata-mata kerana ia dilakukan kerajaan PR.
“Saya rasa pengasingan jantina tidak sesuai kerana ia tidak mempedulikan sensitiviti rakyat berbilang agama dan kaum,” media memetik komen Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew.
Beliau malah mendakwa menerima banyak rungutan hadirin mengenai pelaksanaan peraturan itu.
Bagi kita, dua kes dicoretkan di atas hanya menguatkan kesimpulan sekian lama tertanam dalam minda rakyat, bahawa bagi BN dan media talibarutnya, apa juga yang dibuat PR akan dianggap salah dan buruk, walau pun perkara sama dianggap baik dan betul ketika dilaksanakan BN.

BN may back MB on amendment, says Khir

Syed Jaymal Zahiid | January 6, 2011
KUALA LUMPUR: Former Selangor Menteri Besar Dr Khir Toyo said today the state’s Barisan Nasional (BN) lawmakers may back its rivals move to amend the state constitution.
“Depending on what they amend. If we see that the amendments is good and favourable to Tuanku (Sultan), we may back it,” the former Selangor opposition chief and Sungai Panjang assemblyman  told FMT.
Khir’s statement came just after BN’s Selangor deputy liaison chief, Noh Omar, hinted at snubbing any such move by Pakatan Rakyat.
Nevertheless, Khir’s statement may give current Menteri Besar Khalid Ibrahim a glimpse of hope to solve the state’s constitutional crisis involving his Pakatan administration, the BN-led federal government and the Selangor palace.
The impasse was triggered by Putrajaya’s move to appoint its man, former Selangor Islamic Religious Department, Khusrin Munawi, as the state secretary.
The conservative Khusrin is known to be at odds with the Pakatan government, but his appointment was consented by Sultan Sharafuddin Idris Shah amid Khalid’s insistence that the move was unconstitutional.
Teng may get two-thirds approval
Yesterday, Selangor State Legislative Assembly speaker, Teng Chang Kim, said he will convene an emergency meeting to propose an amendment to the state constitution that will see restore the power to appoint three top state officers to the state and the Sultan.
However, he noted that proposed amendments needed a two-thirds approval. Pakatan, which captured Selangor in the last general election, controls 35 out of the 56 state seats. The coalition is three seats short of commanding a two-thirds majority.
“I will pass (the amendment) if it receives two-thirds support and will not if it doesn’t. But we should not assume it will not be passed: the menteri besar may convince some opposition reps (to back it),” Teng told a press conference at his office in Shah Alam yesterday.
Teng also said that he did not need the palace consent to convene an emergency meeting, citing Standing Order 10(3), adding that the speaker could call for an emergency meeting if he deemed the reason given was of public importance.
Khalid had verbally informed him about the request for an emergency meeting, but a decision would only be made when a formal letter was submitted.
Two-thirds or not, all depends on the Sultan
But in a sharp rebuke, the palace issued a statement against Khalid, Teng and two other Pakatan lawmakers, accusing them of issuing misleading statements on the fiasco while maintaining that the consent to Khusrin’s appointment was done in accordance to the 1959 Selangor State Constitution.
It also demanded that Khalid seek royal consent if his administration wants to amend the state constitution. This was backed by Khir, who said that regardless of what the proposed amendments are, palace consent is needed for the changes.
“Everything has to be passed by him,” Khir told FMT.
Khusrin took the oath of secrecy before the Sultan today, a move that will allow him to attend all meetings by the state executive council.

Dr Asri : Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik




1 Safar 1432H.

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.

Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.

“Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.

“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.

Justeru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.

Dosa besar

“Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain,” katanya.

Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.

“Jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.

"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut,” katanya.

Pada 3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.

Shuhaimi antara lain, dalam blognya menulis - jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, Shuhaimi didakwa seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

Sumber : Malaysiakini dengan tajuk asal "Asri: Bunuh pengkritik Raja Melayu, cadangan hina"

Bekas Pegawai Penyiasat Polis dedah konpirasi jahat pemimpin BN dan peguam negara!




KUALA LUMPUR: Bekas Pegawai Penyiasat Polis tragedi mata lebam, Datuk Mat Zain Ibrahim sekali lagi meletupkan 'bom' melalui surat terbukanya kepada Peguam Cara Negara.

Dalam surat terbuka kepada Datuk Idris Harun bertarikh 5 Januari 2011 itu, Mat Zain mendakwa, ujian DNA yang dilakukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah satu pemalsuan.

Dia juga mendakwa dalam surat itu, pemalsuan juga berlaku dalam insiden mata lebam Anwar itu.

Tidak cukup dengan itu, dia juga mendakwa melalui surat terbuka itu, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein di parlimen adalah satu maklumat palsu atau penyelewengan fakta.

Semuanya berpunca dari Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dakwa Mat Zain dalam surat itu.



Bekas pegawai kanan polis itu mendakwa, satu kes prima facie boleh dibentuk terhadap Gani Patail dan orang-orang yang bersubahat dengannya berdasarkan laporan yang beliau buat pada 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja.

"Datuk (Peguam Cara Negara) bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini, supaya membolehkan Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG’s Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998," tulis Mat Zain dalam surat itu.

Berikut adalah surat penuh Mat Zain
SURAT RAYUAN TERBUKA

Mat Zain bin Ibrahim 5 hb.Januari 2011

Kepada;

Yang Berbahgia Datuk Idrus Harun,

Peguam Cara Negara Malaysia,
(Solicitor General of Malaysia)
Jabatan Peguam Negara, Dengan tangan.
Block C3,Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62152 Putrajaya.

YBhg.Datuk,

Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid (“DNA”) dalam kes berprofil tinggi 1998.

Assalamualaikum YBhg.Datuk,semoga dalam sihat walfiat.

2. Sehubungan dengan perkara tajuk,sukacita saya menjemput YBhg.Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27hb.Disember 2010,berkaitan isu diatas yang dialamatkan kepada YDH Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan YBhg.Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga.

2.1. Dalam Surat Rayuan Terbuka ini,saya akan tinggalkan dahulu buat sementara waktu, kandungan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk,yang saya huraikan dalam Bahagian II dan Bahagian III dalam muka surat 7 hingga 20 surat tersebut.Saya berasa yakin bahawa YDH Ketua Polis Negara sedang dalam proses menyiasat kesahihan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk dalam Bahagian II , manakala maklumat berkaitan “subsequent conduct” individu tertentu dalam Bahagian III surat tersebut.

2.2. Dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 itu juga,saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas,perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata-lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah “bertindih” (overlapping) lebih-lebih lagi “pemain utama” kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan “DNA” adalah sama.

3. Fokus saya dalam Surat Rayuan Terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu;

3.1. Berkaitan dengan “Penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sessi penggulungan perbahasan Bajet 2011” yang diberi oleh YB Dato’Seri Hishammuddin Tun Hussein (YB Hishammuddin),Menteri Dalam Negeri,pada 2.12.2010,sebagai menjawab soalan daripada YB Tuan Lim Kit Siang dan;

Gambar sekitar demo 'haram' 5 Januari: Apabila demontrasi jalanan sudah di-HALAL-kan Umno..



Oleh: Pria Malaya

Dahulu, muka2 inilah yang menyarung baju yang tertera perkataan "Demontrasi Jalanan Bukan Budaya Kita"..

Hari ini mereka menyarung pula baju tertera perkataan, "Demontrasi Jalanan sudah menjadi Budaya Kita"..

Gambar-gambar di bawah adalah gambar ketikamana demontarasi jalanan yang dianjurkan kumpulan pro-Umno pada 5 Januari lalu di Shah Alam..sebagaimana dilaporkan Malaysiakini, dianggarkan 600 telah hadir...jika dahulu demo dianggap satu yang asing malah haram, hari ini ia merupakan satu keperluan bahkan 'wajib' bagi mereka..

Sikap munafik

Jika dahulu, mereka mencerca dan menghina hadirin yang menghadiri demo sebagai pengkhianat, golongan pengacau, mengganggu lalulintas, dan lain2 makian dna herdikan..hari ini mereka terpaksa menjilat balik air liur basi mereka..ya, kata2 nista terhadap demontarsi jalanan dan pihak pembangkang sudah tidak kedengaran lagi...

Segala2 hukum2 Islam yang digarapnya dahulu berkaitan hukum haram berdemontrasi kini sudah ditinggalkan jauh2..ianya kini sudah menjadi halal..namun yg peliknya, udang2 itu masih wujud dan hanya 'terpakai' untuk pembangkang..





Antara dua darjat

Bayangkan jika demo ini dianjurkan oleh PR, sudah tentulah berlaku sebaliknya..hal ini sedia maklum..kerana itu tidak pelik, sehingga kini hujah penulis mengenai isu demontrasi jalanan ini masih tidak terjawab oleh penyokong2 otai Umno...

Apa yang menghairankan (xhairan pun), pihak polis ternyata telah bertindak bias dan berlaku zalim (tidak adil), apabila langsung tidak menghalang atau menghentikan demontrasi ini sebagaimana lazimnya apabila ianya dianjurkan oleh pembangkang..mungkin benar telahan ramai orang, polis adalah 'kuda tunggangan' Umno..

Sebarkan..

Utk yg terakhirnya, penulis gesa pejuang maya pro Pakatan Rakyat supaya kumpul dan simpan bukti bergambar ini, dan hebahkan kepada masyarakat, bahawa Umno kini sudah menghalalkan demontrasi jalanan, dan yang penting, nyatakan sekali POLIS masih menjadi pak turut dan kuda tunggangan pihak pemerintah..ingat, ini penting bagi menjelaskan hakikat yg sebenar..

Akhir kalam, sebagaimana yang dibangkitkan sebelum ini, satu siri demontrasi terbesar akan diadakan sebelum berlangsungnya PRU ke-13 akan datang..perancangan harus dimulakan dari sekarang..usah bimbang, Malaysia sudah menghalalkan demontrasi jalanan..insyaAllah, anak muda akan turun untuk demo nanti sebagai menyahut 'cabaran' peserta demo pro-Umno semalam..fikir2kan..wallahua'lam..








Keselamatan Dalam Ngeri: Basmi Jenayah dengan Jenayah


Puspawati Rosman 

Tahun lalu, negara kita telah dikejutkan dengan pendedahan beberapa kes mangsa dan saksi tembakan rambang polis sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan.  Antaranya ialah kes Aminurasyid remaja 16 tahun yang mati ditembak di kepala selepas memandu tanpa lesen, Norizan (gambar bawah) seorang ibu tunggal yang ditembak sebanyak lima kali dan dibelasah; Azlan seorang pemuda yang ditembak di bahagian dada selepas mengundurkan kereta ketika "road-block", Mohd Afham seorang pelajar kolej berusia 18 tahun yang ditembak sebanyak tiga kali selepas dikejar secara tiba-tiba oleh polis-polis berpakaian biasa dan lain-lain.
Kita juga telah mendengar banyak sisi cerita dan alasan yang diberikan oleh pihak polis dan juga orang ramai yang menyokong perbuatan pihak polis untuk menjustifikasikan perbuatan menembak mangsa sampai mati.
Ya, memang ada orang ramai yang menyokong perbuatan pihak polis tersebut.  Mengapa itu terjadi?  Ia adalah kerana setiap kali selepas kejadian, pihak polis akan mengklasifikasikan mangsa-mangsa kejadian sebagai "penjenayah".  Antara jenayah yang paling popular dan acapkali digunakan oleh pihak polis ialah rompak.  Oh ya, tidak ketinggalan juga "jenayah" mengundurkan kereta dan oleh itu mangsa memang layak menerima tembakan.
Dan jangan lupa dengan aksesori penting para penjenayah ini, iaitu parang atau pisau panjang yang selalunya diletakkan di dalam bonet kereta dan bawah tempat duduk motosikal.  Nampaknya parang ialah aksesori yang paling bergaya sepanjang tahun 2010 kerana ia dibawa ke mana-mana oleh remaja belasan tahun, ibu-ibu tunggal dan juga pelajar kolej.  Yang paling mengkagumkan, pihak polis kita mempunyai mata "super" atau mungkin juga alat teropong x-ray yang boleh mengesan kedudukan dan kewujudan parang dan pisau ini walaupun ia dikatakan disimpan di bahagian dalam bonet kereta atau motosikal yang tertutup.
Dengan cerita-cerita lagak filem aksi Hollywood ini, patutlah sebilangan orang ramai ini percaya betapa jahatnya mangsa-mangsa tembakan polis ini dan mereka wajib dihapuskan demi keamanan negara.
Persoalannya, adakah anda yakin bahawa negara ini akan aman damai jika pihak polis diberikan kuasa untuk melepaskan tembakan sesukahati tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya?  Baik, tak usahlah kita mendebatkan perihal prosedur untuk melepaskan tembakan yang kita sendiri pun tak tahu hujung pangkalnya, kerana dokumen berkenaan prosedur tersebut telah diklasifikasikan sebagai Rahsia Rasmi.  Mari kita bercakap tentang hak:
Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.
Semua orang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.
Dan, jika anda berasa bahawa pihak polis memang patut melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri mereka, mari kita fikir secara logik: Parang lawan Pistol, siapa yang menang?  Terlalu bodohkah para penjenayah itu untuk menggunakan parang dan berlawan dengan pistol?  Dan, terlalu lemahkah anggota polis kita sehingga tidak mampu melawan remaja berusia 16 tahun tanpa menggunakan pistol?
Seperkara lagi, lepas menembak mati penjenayah yang didakwa, adakah pihak polis akan terus menutup fail tanpa membuat apa-apa siasatan susulan?  Adakah mereka juga telah menjustifikasikan perbuatan menembak anggota-anggota mereka ini sebagai peperangan terhadap orang jahat dan terus mengangkat mereka sebagai wira?  Adakah mereka lupa bahawa samada seseorang itu masih hidup ataupun telah meninggal dunia, beliau masih dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya?
Jika anda berasa bahawa sudah terlewat untuk mempertahankan hak orang yang sudah mati, pernahkah anda terfikir apakah perasaan seorang ibu atau bapa yang diberitahu bahawa anaknya yang berusia belasan tahun ditembak mati oleh polis kerana melakukan jenayah yang belum dibuktikan?
Pada hari Sabtu bersamaan dengan 13 November 2010 yang lalu, tiga orang pemuda iaitu Mohd Shamil Hafiz Shafie, 15, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22 telah dibunuh dengan tembakan oleh pihak polis di Glenmarie, Selangor.  Walaupun ketiga-tiga pemuda ini tidak mempunyai rekod jenayah, Pemangku Ketua Polis Selangor, A.Thaiveegan telah mendakwa bahawa ketiga-tiga mereka ialah "seasoned criminals" dan beraksesorikan parang.  Sehingga kini, pihak polis masih belum melengkapkan siasatan terhadap kejadian tembakan maut tersebut.
Shamil Hafiz ditembak mati seminggu sebelum hari lahirnya yang ke-16.  Nampaknya, walaupun statistik mengejut menunjukkan pertambahan bilangan kematian akibat tembakan polis dikeluarkan pada November tahun lalu, dan dengan perlantikan Ketua Polis Negara yang baru, masih terdapat sebilangan pihak polis yang tidak mengambil iktibar dan menjalankan tugas mengikut undang-undang yang sepatutnya.  Tidakkah pihak polis berasa bahawa tindakan mereka ini akan memakan diri sendiri dan menyebabkan orang ramai tidak percaya dan hilang hormat terhadap mereka?
Disebabkan persoalan-persoalan yang timbul sebeginilah, kita semua harus berganding bahu untuk mendesak pihak polis supaya mempercepatkan proses siasatan yang mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap pihak-pihak yang terbabit.  Sila pejamkan mata sejenak dan fikirkan apakah perasaan anda sekiranya kejadian-kejadian yang disebutkan di atas berlaku kepada ahli keluarga anda.
Pada pukul 10 pagi 8 Januari 2011 ini, kumpulan Peguam untuk Kebebasan (Lawyers for Liberty) akan menyerahkan satu memorandum protes kepada Ketua Polis Negara di Bukit Aman, Kuala Lumpur bagi mendesak pihak polis mempercepatkan proses siasatan terhadap kes tembakan di Glenmarie dan seterusnya mendedahkan kepada umum hasil siasatan tersebut demi keadilan kepada para mangsa dan juga ahli keluarga mereka.  Jika benar kejadian adalah seperti yang didakwa, maka kita secara adil telah memberikan penutup kepada tanda tanya setiap ahli keluarga.  Tetapi jika tidak, maka wajiblah pihak polis untuk meminta maaf secara umum kepada semua ahli keluarga dan rakyat Malaysia dan seterusnya mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab.
Kami, kumpulan Peguam untuk Kebebasan (Lawyers for Liberty) ingin mengajak anda semua bersama-sama dengan kami pada acara yang singkat tetapi bermakna tersebut.  Ini penting untuk menunjukkan kepada pihak yang bertanggungjawab bahawa rakyat Malaysia memandang serius kejadian seumpama ini dan berharap supaya ia tidak berulang lagi.
Tunjukkan sokongan anda untuk negara yang lebih aman dan selamat.
*Puspawati Rosman ialah seorang peguam, ahli Lawyers for Liberty (Peguam untuk Kebebasan) dan ahli sekretariat SUARAM (Suara Rakyat Malaysia).

BERTUDUNG TAPI HANYA HIPOKRIT?

بسم الله الرحمن الرحيم

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...
- Diera -

JAWAPAN

Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-

1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

* Aurat wanita apa sudah jadi?

* Wanita, aurat dan Kerjaya


Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.

Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.
Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.

Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.

2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.

Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.

Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.

Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.

Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha

Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Sabda Nabi :-
خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..


Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.

Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.

Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.

Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :

Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.

Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.

Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.

Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.

4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.

Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.
Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Note: Langar jer lampu trafik walaupun warna merah kerana tak jadi hipokrit..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.