Rabu, 5 Januari 2011

Beng Hock: Pakatan gesa tubuh Suruhanjaya Diraja

SHAH ALAM, 5 Jan: Pakatan Rakyat mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera bagi mendapatkan keadilan bagi pihak Teoh Beng Hock yang ditemui mati pada 16 Julai 2009.
Desakan ini ekoran Mahkamah Koroner hari ini tidak dapat memutuskan sama ada Beng Hock membunuh diri atau dibunuh.
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Yaakob Sapari menganggap keputusan Koroner Azmil Muntapha Abas sebagai satu drama.
"Kita harap rakyat buka mata bahawa kematian pegawai khas kepada exco ini satu perkara serius.
"Kita menuntut supaya kes ini dibawa ke Suruhanjaya Diraja untuk kita meneliti kes ini. Siasatan awam dan keputusan hari ini satu drama sahaja," kata beliau yang juga Adun Kota Anggerik.
Adun Pandamaran, Ronie Liu pula berkata, Malaysia memerlukan mahkamah rakyat memandangkan mahkamah yang ada ketika ini tidak dapat membuat keputusan secara adil.
"Kita perlukan mahkamah rakyat dan mahkamah tuhan kerana mahkamah yang ada hari ini tidak dapat membantu lagi," katanya.
Sementara itu, bekas majikan Beng Hock, Ean Yong Hian Wah yang merupakan Adun Sri Kembangan melahirkan kesedihan di atas keputusan tersebut dan turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja.
"Saya berasa sedih dengan keputusan hari ini kerana koroner sudah mengesahkan beberapa bukti tapi katanya masih tidak cukup.
"Inilah masanya Perdana Menteri membuat kenyataan adakah beliau akan tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk siasat kes ini sebab tidak ada satu jawapan yang konkrit," katanya.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut hadir mendengar keputusan hari ini pula berkata, adalah sesuatu yang sangat malang apabila persoalan selama 18 bulan siasatan tidak dapat dirungkai hari ini.
"AMK dan Pakatan Rakyat kesal kerana persoalan tidak terungkai dalam tempoh 18 bulan siasatan sedangkan kita ada pasukan peguam.
"Rakyat tak tahu siapa sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap kematian ini dan keptusan ini tidak dapat memberikan keadilan kepada keluarga Beng Hock.
"Saya tegaskan sudah sampai masanya SPRM mengambil sikap yang lebih bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan siasatan terhadap mana-mana suspek dalam kes rasuah ini," katanya.
Pengerusi Persatuan Pegawai-pegawai Khas Wakil Rakyat Selangor, Abdul Razak Ismail pula mendakwa keputusan itu menggambarkan tidak ada perlindungan terhadap pegawai-pegawai khas exco yang disoal siasat atas dakwaan tertentu.
"Open verdict ini menunjukkan tidak ada perlindungan terhadap pegawai-pegawai khas Exco Pakatan Rakyat dan ini menidakkan hak kami.
"Tak mungkin Beng Hock mati begitu sahaja. Oleh itu beliau perlukan pembelaan yang sewajarnya," katanya.
Terdahulu, Koroner Azmil Muntapha Abas yang membacakan keputusan kes kematian Teoh Beng Hock hari ini tidak dapat memutuskan samaada mendiang dibunuh atau membunuh diri, justeru mengumumkan kes tersebut "open Verdict".
Keputusan terbuka itu bermaksud keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekodkan keputusan.
Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri.
Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.

Rais Berhak Nafi Tetapi Polis Perlu Siasat- Badrul Hisham


 SHAH ALAM 5 JAN : Penafian Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berhubung dakwaan rogol yang membelit dirinya adalah tindak balas biasa yang akan dilakukan oleh setiap individu.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi Tv Selangor petang ini berkata, Rais berhak membuat penafian namun ia harus disusuli dengan tindakan bagi membuktikan penafian itu berasas.
"Persoalan dia hendak nafi atau tidak, itu persoalan lain. Itu terpulang pada dia. Baguslah dia nafi. Selama ini dia senyap sahaja dan tidak nafi. Najib pun nafi dia tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Masuk dalam mahkamah, penagih dadah pun sanggup bersumpah tidak mengambil dadah, itu benda biasa," ujar Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard.
Pagi tadi, Badrul tampil membuat laporan polis bagi menggesa satu siasatan dilakukan terhadap Rais yang didakwa merogol pembantu rumahnya.
Menurutnya beliau, pelbagai bukti dan pendedahan yang dilakukan blog dan NGO seperti Migrant Care yang berpengkalan di Jakarta menjadikan impak kes ini besar apatah lagi ia melibatkan seorang Menteri Kabinet.
Malah apa yang lebih merunsingkan katanya, hubungan Malaysia dan Indonesia yang mudah terbakar sentimennya mutakhir ini, harus segera dipulihkan.
"Justeru itu kita hendak polis siasat. Polis siasat dan polis harus umum Dr Rais tidak terlibat, beliau bersih dan ini hanya fitnah. Kalau ini berlaku, Dr Rais harus mengambil tindakan terhadap laporan tersebut," tambahnya lagi.
Dakwaan merogol yang melibatkan bekas Menteri Kehakiman dan Undang-undang ini dikatakan berlaku pada 2007 dan ia didedahkan semula oleh laman wikileaks dan laman blog seantero Malaysia.
Ketika memegang jawatan itu, Rais pernah mendedahkan 18 kes berprofil tinggi yang sengaja disenyapkan pihak tertentu.
Diminta mengulas kenyataan Rais bahawa dakwaan rogol itu sengaja dimainkan oleh bloger dan pembangkang, Badrul berkata, Rais harus terlebih dahulu membersihkan imejnya yang tercemar berikutan tersebarnya laporan yang mengaitkan beliau dengan skandal terbabit.
"Rais harus tampil untuk membersihkan dirinya dengan mencabar kesahihan laporan tersebut, bukan sekadar bercakap di media-media yang dia kuasai. Rais harus tampil memulakan peruntukan undang-undang sedia ada dan bukan sekadar bercakap dan berkokok di dalam negara," jelas Ketua Cabang Rembau itu.
Selain tindakan polis, Badrul juga turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menggantung Rais sebagai anggota Kabinet sehingga siasatan dilakukan.
"Rais harus tampil untuk membersihkan dirinya dengan mencabar kesahihan laporan tersebut, bukan sekadar bercakap di media-media yang dia kuasai. Rais harus tampil memulakan peruntukan undang-undang sedia ada dan bukan sekadar bercakap dan berkokok di dalam negara," jelas Ketua Cabang Rembau itu.
Selain tindakan polis, Badrul juga turut mendesak Perdana Menteri,

Minyak Naik Untuk Bela Koperat, Rakyat Melarat

Parti Islam Semalaysia Pas merakamkan perasaan sedih yang menimpa kepada rakyat Malaysia kerana terpaksa membayar kos hidup yang mahal dengan kenaikan harga minyak RON97 sebanyak sepuluh sen menjadikan sekarang harga RM2.40 sen seliter bermula tengah malam 4 Januari 2011. Sebelum pilihanraya kecil Galas minyak RON 97 naik 15 sen, selepas BN menang pilihanraya kecil RON 95 pula naik 5 sen. Senario yang sama juga akan berlaku sebelum dan selepas Pilihanraya kecil Tenang pada 30 Januari 2011 jika BN menang.

Menjadi kelaziman biasa, ketika minyak naik kerajaan memberi alasan untuk mengurangkan sabsidi petrol untuk 27 juta rakyat sebanyak RM 11 bilion, tetapi untuk penjana bebas (IPP) milik kroni tidak dikurangkan subsidi sebanyak RM19 bilion. Rakyat Malaysia tidak tidak dengar sepatah perkataan daripada pemimpin yang kononnya rakyat didahulukan akan menarik balik subsidi untuk IPP. Apa yang kita kedengaran ialah subsidi untuk rakyat ditarik setiap bulan dengan kenaikan harga minyak.

Kerajaan yang ada tidak pernah memikirkan penderitaan dan keperitan rakyat sehingga berkerut dahi membayar yuran sekolah anak di awal pengajian. Belum sempat bernafas, datang pula berita kenaikan harga minyak RON 97. Layaklah singkatan BN, ialah barang naik, bila naik baru naik, berapa naik, banyak naik dan BN “Bala Nanti”.

Adam Lambert tu nyanyi Lagu-Lagu Islam ke ????

ni yang Rais Yatim suka ni
Ketika ditemui pemberita di sini Jumaat, ketua kumpulan Wali Band, Sarhan Miftahuddin berkata kumpulan itu bercadang untuk memperluaskan dakwah melalui lagu-lagu bercorak Islam ke seluruh nusantara. Lagi di situ ....

Kerajaan UMNO/BN memang la berhati fasik. Bila kerajaan Islam Kelantan buat konsert je heboh puak-puak gerombolan ni cari kesalahan orang tapi mAklonG nak tanya, siapa yang benarkan Adam Lambert doL Gay buat konsert di Stadium Putra Kuala Lumpur dulu? Berakhlak sangat ke Adam Lambert tu? Dia nyanyi lagu-lagu Islam ke? Mereka seolah-olah seperti membaling batu sembunyi tangan.

Allah SWT Berfirman :

وَمَن يَكْسِبْ خَطِيئَةً أَوْ إِثْمًا ثُمَّ يَرْمِ بِهِ بَرِيئًا فَقَدِ احْتَمَلَ بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا ﴿١١٢﴾

"Dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian dia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya dia telah memikul kesalahan berbuat dusta dan melakukan dosa yang amat nyata." (QS An Nisaa : 112)

WAllahua'alam ....

Ketuanan Seks : Jadi Mangsa Nafsu Penguatkuasa PBT


Seorang wanita yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor mendakwa bukan saja menjadi hamba seks anggota penguat kuasa PBT berkenaan, malah diperlakukan seperti haiwan selama tiga tahun oleh tiga lelaki ‘durjana’ terbabit secara bergilir-gilir. Gambar fail.

Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Mohd Hassan, 60, berkata dia tidak menyangka kelakuan isterinya yang kerap mengelak dan memberi alasan untuk pergi bekerja pada hujung minggu atau hari cuti berpunca daripada kejadian itu.

Katanya, perkara itu terbongkar apabila isterinya berhenti kerja dan pulang ke kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan, dengan alasan mahu menjaga rumah ibunya yang menunaikan ibadat haji.

“Selepas setahun membisu dan sering didesak, baru dia membuka rahsia dengan menceritakan kejadian itu kepada saya dan ibunya. Isteri saya memberitahu, dia bukan sengaja mahu menyembunyikan perkara itu, tetapi perasaan bersalah kepada keluarga menghantui diri selain malu,” katanya ketika di temui di rumahnya, semalam.

Menyedari maruah isteri tergadai sedangkan lelaki ‘durjana’ terbabit masih bebas, Mohd Hassan menyarankan isterinya untuk membuat laporan polis supaya dirinya mendapat pembelaan sewajarnya.

“Sehingga kini, anak-anak kami tidak tahu kejadian yang menimpa ibunya, malah saya juga rasa bersalah kerana membiarkan dia bekerja dan tinggal di rumah seorang diri,” katanya yang menemani isterinya membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas, Mac lalu.

Menceritakan kejadian itu, Mohd Hassan berkata, isterinya dirogol buat kali pertama di kawasan berhampiran rumahnya selepas menerima pelawaan seorang anggota terbabit yang mahu menghantarnya pulang.

“Sejak itu, isteri saya menurut kehendaknya kerana dia mengugut untuk mencederakan isteri saya atau dibuang kerja sekiranya keinginannya ditolak. Lebih menyeksakan apabila dia turut membuat ‘promosi’ kepada dua lagi rakan sejawatnya untuk turut melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Tidak cukup memuaskan nafsu dalam kereta dan stor pejabat, isteri saya dirogol dan dipaksa memuaskan nafsu mereka di tangga serta tandas pejabat, malah ketiga-tiga lelaki itu pernah datang ke rumah kami dan membuat bising sehingga isteri saya menurut kehendaknya,” katanya. -hm

REKOD SAYA BERSIH SELAMA 40 TAHUN..fuyooo

“Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet"
“Alegasi liar yang ditujukan terhadap diri saya susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat.”
“Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan alegasi salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek, berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas
sahih di sisi undang-undang,”
"Kerajaan Malaysia yang rekod khidmat saya tidak pernah tercela dengan sebarang salahlaku dalam tempoh hampir 40 tahun,”
"Tindakan mengaitkan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebagai tidak melayani aduan pada 2007 berkaitan kes tersebut adalah suatu perbuatan “politik licik murahan yang semata-mata bertujuan mengelirukan fakta di mata rakyat kerana perkara tersebut tidak pernah dibawa ke perhatian Abdullah dan Musa”

Bukan Bunuh Diri Dan Dibunuh : Teoh Beng Hock Pengsan Jer...!!!!

Koroner Azmil Muntapha Abas membuat penghakiman terbuka berhubung kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009.

Beliau memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri atau dibunuh.

Lu orang mesti dah baca dan tau pasal kes ini kan... so tak perlulah gua bagi link untuk kenyataan di atas tu.

Kalau Teoh Beng Hock mati bukan kerana bunuh diri atau di bunuh.... macam mana dia boleh mati..??? Pelik juga kes kat Malaysia nih....

Kalau kes Altantuya kita tau dia mati sebab tubuh badan dia berkecai di C4 kan..., dan 2 ekoq kambing hitam sedang bersenang lenang dalam kandang sementara menunggu masa nak kena sembelih.

Dan kes Sosilawati and the gang... kita tau diorang mati kena bunuh dan di bakar.... pembunuhnya pula dah kena tangkap, tunggu nak bicara jer.... tapi sampai la ni... masih senyap sepi... apa sudah jadi dengan kes ini haaaa....

Tapi apa jawapannya pada kes Teoh Beng Hock.... takan mamat tu saja2 jer... pergi baring kat tingkat 5 Plaza Masalam tu.... hehehe... pandai sungguh mamat tu buat lawak yeaaa.....

Atau.... kes ini sengaja di lawak kan...??? Al-maklumlah Malaysia darul sarkas...
 
ISA.

Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Mohd Sidek Hassan

5 JAN – Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri Selangor 1959 dalam Perkara LII (1) yang menyatakan bahawa:
“Lll. There shall be constituted the offices of State Secretary, State Legal Adviser and State Financial Officer; and the appointments there to shall be made by the appropriate Service Commission from amongst the members of any of the relevant public services”
Berdasarkan Perkara LII Perlembagaan Negeri Selangor, perkataan ‘appropriate Service Commission’ adalah merujuk kepada Suruhanjaya Pelantikan yang membuat pelantikan terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Dalam hal ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah daripada pegawai-pegawai awam Persekutuan daripada Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan Suruhanjaya Pelantikan mereka adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kerana Perkhidmatan PTD itu adalah terjatuh di bawah perkara 132(2)(c) Perlembagaan Persekutuan iaitu ‘the general public service of the federation’. Perkara ini dinyatakan dalam Fasal (1) Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan.
Fasal 5(B)(i) Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bahawa:
‘Walau apa pun peruntukan Fasal (1) Perkara 135 dan Perkara 139 dan Perkara 141A, semua kuasa dan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau Suruhanjaya Pendidikan yang ditubuhkan di bawah Perkara 139 dan 141A, selain kuasa membuat pelantikan pertama kepada perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, boleh dijalankan oleh suatu lembaga yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.” Dalam hal ini, Yang di-Pertuan Agong telah membuat peraturan yang dinamakan sebagai Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 [P.U.(A)75/2010] bagi menjalankan kuasa SPA khusus berkaitan dengan pemangkuan dan kenaikan pangkat pegawai awam Persekutuan. Oleh itu, penempatan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah dibuat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang saya selaku Ketua Setiausaha Negara mempengerusikan, sebagai suatu kuasa yang sah dari segi Perlembagaan Persekutuan dan merupakan ‘appropriate Service Commision’ menurut Perkara LII (1) Perlembagaan Negeri Selangor. Kenyataan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dibuat oleh Kerajaan Persekutuan adalah tidak tepat dari segi undang-undang.
Perlembagaan Negeri Selangor tidak menetapkan syarat untuk Sultan Selangor meluluskan suatu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Oleh itu perkenan oleh Sultan Selangor dalam pelantikan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi bukanlah sesuatu legal requirement di bawah Perlembagaan Negeri Selangor tetapi ia lebih kepada suatu kelaziman dan courtesy untuk Sultan memperkenankan sesuatu cadangan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang akan menjadi ketua pentadbir di negeri Baginda. Dalam proses itu, jika mana-mana nama, jika ada yang dipersembahkan untuk pertimbangan Sultan Selangor adalah juga sebagai suatu kelaziman dan courtesy sahaja. Apa yang sah dari segi undang-undang ialah pelantikan yang dibuat oleh ‘appropiate Service Commission’ atau oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa SPA seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan 144(5B)(i) dan [P.U.(A)75/2010]. Oleh itu, pelantikan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi sebagai SUK Selangor adalah teratur dan sah dari segi undang-undang.
Di samping itu, Perkara LII, Perlembagaan Negeri Selangor 1959 tidak menyatakan sebarang keperluan untuk Kerajaan Negeri Selangor dirundingi sebelum sesuatu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dibuat. Oleh itu, ketiadaan rundingan dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Selangor tidak menjejaskan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor itu. Namun begitu mengikut amalan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai urus setia Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam mengemukakan cadangan nama-nama kepada kerajaan negeri yang berkenaan melalui Y.B. Setiausaha Negeri sebagai courtesy.
1. Misalnya Y.Bhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam melalui surat bertarikh 23  November 2010 kepada Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika itu telah memaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Negara dan JPA  telah mengenal pasti dan memperakukan 3 orang calon untuk dipertimbangkan sebagai calon bagi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Salah seorang daripada 3 orang calon itu adalah Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi. Cadangan 3 orang calon yang dikemukakan itu adalah berdasarkan kelayakan, pengalaman, sifat-sifat peribadi dan faktor kesesuaian.
2. Ketiga-tiga calon itu diyakini akan dapat menjalankan tugasan dan tanggungjawab dengan berkesan dan berwibawa serta berintegriti sekiranya dipilih untuk menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Surat bertarikh 23 November 2010 (Lampiran A) juga seterusnya  memohon supaya nama 3 orang calon itu dirujuk untuk pertimbangan dan persetujuan Kerajaan Negeri Selangor. Seterusnya JPA melalui surat  bertarikh 3 Disember 2010 (Lampiran B) kepada Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika itu sekali lagi memperakukan 3 orang calon yang sama untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Surat tersebut juga memohon mendapatkan perkenan Sultan Selangor (sebagai amalan).
Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika itu melalui surat bertarikh 13 Disember 2010 (Lampiran C) kepada JPA telah  memaklumkan bahawa nama 3 orang calon itu telahpun dipersembahkan kepada Sultan Selangor dan Baginda telah perkenan supaya Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi  dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.
Dalam proses pelantikan ini saya tidak mengambil input politik dalam urusan pelantikan tersebut dan tidak merujuk kepada mana-mana Anggota Pentadbiran Persekutuan termasuk Y.A.B. Perdana Menteri. Urusan tersebut dilaksanakan secara profesional yang hanya melibatkan Ketua Setiausaha Negara (dan Lembaga Kenaikan Pangkat) dengan Kerajaan Negeri Selangor. Pelantikan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 serta amalan, di mana terdapat elemen konsultasi dengan Kerajaan Negeri Selangor  melalui Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Proses konsultasi ini dilaksanakan dalam proses pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi negeri-negeri lain yang berkaitan sama ada negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional ataupun yang tidak ditadbir oleh Barisan Nasional termasuk pelantikan Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Tidak timbul isu penolakan oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana pelantikan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri bukan merupakan pelantikan oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dibuat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 [P.U.(A) 75/2010].
Dalam urusan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai Persekutuan di peringkat negeri, saya selaku Ketua Setiausaha Negara dan Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan tidak mengambil input politik dalam urusan pelantikan tersebut dan tidak merujuk kepada mana-mana Anggota Pentadbiran Persekutuan termasuk Y.A.B. Perdana Menteri. Urusan tersebut dilaksanakan secara profesional yang hanya melibatkan saya selaku Ketua Setiausaha Negara dan Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat dengan kerajaan negeri yang berkenaan melalui Setiausaha Kerajaan negeri berkenaan.
* Ini ialah kenyataan akhbar Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan yang dikeluarkan hari ini.

RAKYAT UMNO PERTAHAN SULTAN SELANGOR DARI DIBERI KUASA SEMULA....!!!

Jangan risau kita berhimpun tak perlu permit..sebab kita sokong UMNO@BN,,,









Eh Bos Perkatak pun ada...





Mesranya Pihak Polis Dengan Pendemo UMNO






Bebas Berarak Tanpa Ganggu FRU....Tak Payah Permit Pun..





Bro FRU kata mereka ni semua baik belaka..tak payah tembak gas....


Menteri cakap bohong kata jangan bohong

Saya teringat posting saya Harga minyak pun jadi pembohong, pinda ISA pun bohong bila Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob kata dalam berita Astro Awani jam 7.45 nafi kata minyak masak akan naik harga. Dia kata, "jangan cakap bohong kata minyak masak nak naik harga sebelum Tahun Baru Cina..dulu kata gula nak naik harga..."

Menteri cakap mudah lupa apa yang dia cakap tapi kita rakyat tak mudah lupa apa menteri cakap.

Tahun lepas Menteri yang sama kata dalam kosmo online 3 nov 2010-RON 95 kekal tahun ini
KUALA LUMPUR - Pemilik kenderaan boleh berasa lega apabila harga minyak RON 95 dan diesel dijangka kekal masing-masing pada RM1.85 seliter dan RM1.75 sehingga hujung tahun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jangkaan itu dibuat berikutan tiada perbincangan ke arah kenaikan harga kedua-dua jenis bahan api itu di peringkat Kabinet sehingga semalam.
Beliau berharap orang ramai tidak cepat panik apatah lagi dipengaruhi dengan kenaikan harga RON 97 sebanyak lima sen seliter kepada RM2.15 berkuat kuasa semalam.
"Kita dapat kawal harga RON 95 menerusi subsidi 22 sen setiap liter tetapi harga RON 97 berbeza kerana ia ditentukan oleh pasaran," kata beliau ketika dihubungi semalam.
Beliau mengulas laporan kenaikan harga RON 97 itu semalam iaitu yang terbaru selepas kenaikan terakhir pada Julai lalu.Baca juga di sini.

Siasat Dakwaan Laporan Pemalsuan DNA Kes Mata Lebam Anwar



SHAH ALAM 5 JAN : Surat terbuka bekas pegawai penyiasat CID, Datuk Mat Zain Ibrahim  yang mendakwa wujud pemalsuan dalam laporan DNA ketika menyiasat insiden mata lebam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa wujud elemen pemalsuan DNA perlu diberikan perhatian serius, kata Yusmadi Yusoff.
Ahli Parlimen Balik Pulau itu berkata, hal ini kerana pendedahan yang dibuat oleh Datuk Mat Zain Ibrahim kepada Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun menjurus kepada integriti siasatan dalam insiden tersebut.
"Kita pun tahu Dr Mahathir pada tahun 1998 telah menggunakan keseluruhan jentera kerajaan di dalam cuba menyabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kesseperti yang dituduh. Tetapi di sini saya kira kenyataan terbuka Datuk Mat Zain tidak diadili dengan sewajarnya, ia akan melibatkan integriti banyak agensi kerajaan yang terlibat sepanjang tahun 1998,"katanya ketika dihubungi Tv Selangor.
Yusmadi berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung satu lagi surat rayuan terbuka Mat Zain yang bertarikh hari ini.
Mat Zain dalam surat terbukanya mendedahkan, beliau mempunyai maklumat bahawa ada elemen pemalsuan laporan DNA yang membabitkan Anwar 12 tahun lalu.
Surat rayuan terbuka Mat Zain ini turut memberi fokus kepada Bahagian 1 surat beliau iaitu berkaitan dengan penjelasan dan jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sesi penggulungan perbahasan Bajet 2011, yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 2 Disember lalu.
Hishamuddin ketika itu menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berkaitan dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14 Disember sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara.
“Saya percaya Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus jemaah menteri kepada Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim  lalu,” tulis Mat Zain dalam suratnya kepada Idrus.
Oleh itu katanya, beliau percaya Idrus akan bersetuju dengannya jika mengatakan bahawa  Hishammuddin dan Nazri mahupun Rais tidak mempunyai akses kepada kertas siasatan polis ataupun SPRM.
"Mereka juga tidak mempunyai sebarang kuasa penyiasatan seperti mana terdapat dalam Kanun Prosedur Jenayah ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang ‘incidental’ mengenainya sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan.
“Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh Hishammuddin dan Nazri secara berasingan itu adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang,” katanya.
Sehubungan itu, Mat Zain berkata, beliau percaya Idrus sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua menteri berkenaan mengandungi fakta- fakta atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar atau yang mengelirukan atau telah dipesongkan.

Logo 1Malaysia: Dilarang Aktiviti Politik Dan GLC Negeri- MB

SHAH ALAM 5 JAN: Larangan penggunaan logo 1Malaysia dan aktitivi berkaitan kempen politik Umno-Barisan Nasional hanya untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata syarikat berkenaan dilarang menggunakan wang rakyat mempromosikan 1Malaysia.
Premis swasta adalah bebas untuk menggunakan logo dan slogan 1Malaysia, kata Khalid.
Tan Sri Khalid berkata logo dan slogan 1Malaysia boleh digunakan selagi ia tidak mencerca kerajaan negeri atau diguna untuk memancing undi.
"Kita hanya menghalang GLC dari menggunakan wang rakyat untuk mempromosikan 1 Malaysia. Tiada larangan untuk premis swasta, cuma mereka perlu memohon kepada Pihak Berkuasa Tempatan supaya ia menepati garis panduan kerajaan tempatan," jelas Khalid.
Sebelum ini, Exco Kerajaan Tempatan Ronnie Liu berkata arahan menurunkan papan iklan tidak dibekukan.
Undang-undang kerajaan negeri hanya membenarkan papan iklan kempen sekiranya ia mempunyai permit dan piihak berkuasa tempatan tidak menganggapnya sebagai propaganda politik.
"Premis swasta boleh terus guna asalkan ia tidak mencerca atau diguna untuk tujuan politik. Contohnya kalay slogan adalah 1Malaysia dan ditambah undilah BN, (maka ia dilarang)" kata Khalid.
Menjawab larangan keatas syarikat berkaitan kerajaan negeri, Khalid berkata sumber rakyat adalah lebih baik digunakan untuk mempromosikan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.
"Kita mengambil keputusan untuk tidak membazirkan wang rakyat untuk 1Malaysia. Lebih baik menumpukan sumber untuk kempen Merakyatkan Ekonomi Selangor," tegas Khalid.
Program Merakyatkan Ekonomi Selangor seperti pemberian air percuma 20 meter padu, bantuan khairat Skim Mesra Usia Emas, pemberian RM100 setiap bulan untuk anak-anak Selangor yang baru lahir melalui Tabung Warisan Anak Selangor dan bantuan RM1000 untuk anak Selangor yang berjaya masuk ke universiti mendapat sambutan yang amat mengalakkan.

Khalid : Umno Hakis Kuasa Sultan Hakikat Sejarah


 SHAH ALAM 5 JAN: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tidak harus timbul kekaburan mengenai hakikat kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) menghakis kuasa-kuasa Sultan bersabit pelantikan penjawat awam kanan semasa krisis Perlembagaan 1993.
"Kita telah membincangkan impak dari pindaan 1993 telah mengurangkan kuasa istana. Saya tak rasa yang Sultan tidak bersetuju dengan perkara itu, kerana ia adalah fakta sejarah," kata Khalid.
Beliau merujuk kepada pertemuannya dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah di Shah Alam Isnin lalu bagi membincangkan kemelut pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan pelantikan itu tanpa mengadakan perbincangan dengan kerjaan negeri.
Tan Sri Khalid yakin kenyataan setiausaha peribadi kepada Sultan, Datuk Mohamed Munir Bani menolak bantahan kerajaan negeri terhadap prosedur pelantikan Khusrin tidak mencerminkan pendirian Istana.
Beliau berkata Pakatan Rakyat amat komited untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar  melantik  tiga pegawai  eksekutif termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri.
Tan Sri Khalid berkata kerajaan negeri meminta pakar undang-undang Profesor Dr Abdul Aziz Bari dan Param Cumaraswamy untuk membantu mengubal pindaan yang bakal diadakan.
Beliau enggan mengulas kenyataan-kenyataan pemimpin Umno yang menegaskan parti itu tidak akan menyokong usul berkenaan.
"Kita akan menanganinya apabila tiba waktu berbuat demikian. Nanti kita akan lihat siapa sebenarnya yang mahu angkat kedudukan Sultan," kata Khalid.
Semalam, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata wakil rakyat BN tidak akan menyokong usul itu.

Isu SUK: Ada Pihak Pintas Kuasa MB, Kata Khalid



SHAH ALAM 5 JAN: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau mengikut segala prosedur yang ditetapkan berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tetapi pihak lain memintas kuasa beliau.
Khalid berkata manual pelantikan rasmi kerajaan menetapkan Sultan Selangor perlu memperkenankan seorang daripada tiga calon yang dipilih Menteri Besar.
Justeru Tan Sri Khalid menubuhkan panel untuk menyaring calon-calon terbaik bagi mengisi jawatan SUK tetapi "belum sempat saya senarai-pendekkan nama-nama itu, dah ada orang yang serah calon mereka kepada Sultan."
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan mengumumkan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Khusrin Munawi Mohammed sebagai SUK baru, tanpa berbincang dengan kerajaan negeri.
Tindakan itu dianggap bercanggah dengan semangat federalisme kerana SUK berperanan penting dalam memastikan pelaksanaan dasar-dasar yang ditentukan oleh kerajaan negeri.
Peraturan kerajaan juga memerlukan SUK mendapatkan kepercayaan Menteri Besar dengan mengambil ikrar menyimpan rahsia-rahsia kerajaan negeri.
Khalid berkata manual pelantikan rasmi menetapkan calon SUK yang disenarai-pendekkan oleh Menteri Besar mendapat perkenan Sultan sebelum diserah kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk melengkapkan pelantikan itu.
Manual menetapkan calon bakal SUK dipilih dari kalangan penjawat awam JUSA A, B dan C oleh Perkhidmatan Awam.
Lapan nama telah dipilih, termasuk Datuk Mohd Khusrin Munawi diserahkan kepada Menteri Besar untuk disenarai-pendek.
Tan Sri Khalid melantik panel tiga anggota yang dianggotai Speaker Datuk Teng Chang Khim, Exco Datuk Dr Hassan Ali dan Exco Dr Xavier Jayakumar untuk membantu menilai kewibawaan calon.
Malang bagi Khusrin, namanya tidak termasuk dalam tiga calon yang terbaik untuk memikul tugas Setiausaha Kerajaan Negeri.
"Tidak benar kami halang pencalonan Khusrin. Namanya ada dalam senarai yang diberikan. Cuma tiga calon lain disenarai-pendekkan kerana dirasakan oleh panel itu sebagai lebih baik untuk jadi SUK," jelas Khalid.

Tidak Perlu Pinda, Selangor Berhak Lantik SUK


 SHAH ALAM 5 JAN : Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu meminda undang-undang tubuh negeri kerana peruntukan bagi melantik Pegawai Eksekutif dan Setiausaha Kerajaan Negeri sudah termaktub di dalamnya menurut Edmund Bon.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatan Kuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam Malaysia menyatakan Perlembagaan Persekutuan telahpun menjamin kuasa kerajaan negeri untuk melantik pegawai eksekutifnya sendiri termasuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) yang kini menjadi pertikaian.
"Perkara 132 dan 139 tak beri kuasa kepada Persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri kerana negeri Selangor mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sendiri yang ditubuh di bawah Undang-undang tubuh kerajaan Negeri Selangor, jadi bidang kuasa untuk melantik SUK adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor dan bukannya di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan," jelas Edmund dalam perbualan telefon dengan TV Selangor.
Sebagai nota, Perkara 132 menerangkan bidang kuasa perkhidmatan awam dan Perkara 139 menerangkan bidang kuasa SPA tidak termasuk dengan perkara yang di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN).
Semalam Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail dalam satu kenyataan menyatakan Menteri Besar tidak perlu memberi kebenaran kerana bidang kuasa lantikan Pegawai Eksekutif Negeri Selangor memang berada di bawah SPA.
Keadaan dikeruhkan dengan kenyataan Pensyarah dari Pusat Kajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Prof. Dr Ahmad Atory Hussein yang menyatakan hanya negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Terengganu, Kelantan, Perlis dan Kedah sahaja yang berhak melantik pegawai perkhidmatan awam divisyen tinggi dan tidak Selangor.
Edmund membidas perkara itu kerana menurutnya, Fasal 52 Undang-undang tubuh Negeri Selangor merujuk kepada SPN sebagai 'Suruhanjaya yang berkaitan' dalam memilih dan melantik Pegawai Eksekutif negeri.
"Undang-undang perlembaggan Persekutuan telah beri kuasa kepada negeri yang mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sendiri untuk melantik pegawainya sendiri termasuk SUK Selangor jadi apa yang telah berlaku sejak tahun 1960 sejak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Selangor ditubuhkan, ianya  merangkumi semua pegawai kerajaan negeri di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Selangor," tegas beliau.

Keluarga Teoh Beng Hock Mahu Najib Kotakan Janji ...kalau dia tahu soal janji le..!!!


SHAH ALAM 5 DIS: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia mengotakan janji untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mencari pihak yang bertanggungjawab keatas kematian ahli keluarga mereka.

Kakak mendiang, Teoh Lee Lan yang gagal menahan sebak menuntut bukti siasatan Beng Hock dibunuh berikutan kegagalan koroner untuk mengheret individu yang terlibat ke muka pengadilan.

" Kami sangat tidak berpuas hati dengan keputusan hari ini. 'Open verdict', adakah ini jawapan untuk kita semua. Saya mahu tanya kita punya kerajaan, mana janji beliau? Saya mahu tanya Perdana Menteri inikah jawapan anda? Kami tidak boleh terima tiada jawapan," kata beliau kepada media.

Lee Lan turut mengecam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak berjaya mengemukakan perkara sebenar kepada mahkamah selain menuntut bukti Teoh telah diseksa.

" Presiden SPRM, awak janji kami mahu bagi perkara sebenar. Tolong berikan jawapan.  Anda mahu kita terima tanpa penjelasan, beritahu saya. Kami mahu minta semakan, cara-cara penyiasatan dijalankan.

"Koroner kata beliau tiada bukti untuk membuat keputusan. Ini adalah kes pembunuhan. Sepatutnya ada bukti. Kenapa tiada bukti, kerana orang yang terlibat tidak melakukan kerja mereka. Mereka tidak pernah buat dengan cara yang betul," ujar beliau dalam keadaan teresak-esak.

Koroner Mahkamah Majistrate Shah Alam, Azmil Muntapha Abas hari ini mengumumkan kes kematian mengejut bekas pembantu Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, mendiang Teoh Beng Hock adalah penghakiman terbuka.

Azmil turut mengesahkan terdapat kecederaan di bahagian leher mendiang Teoh Beng Hock ketika beliau ditemui mati di Pejabat SPRM, Shah Alam 16 Julai 2009.

Gobind: Kecederaan Pada leher Teoh Beng Hock Perlu Penjelasan ..kerana ada yang disembunyikan..!!

 SHAH ALAM 5 DIS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat tamparan hebat hari ini apabila Koroner Mahkamah Shah Alam, Azmil Muntapha Abas mengesahkan terdapat kecederaan di bahagian leher mendiang Teoh Beng Hock ketika beliau ditemui mati 16 Julai 2009.
Justeru peguam Gobind Singh Deo mendesak SPRM menjelaskan kepada negara bagaimana seorang saksi kes rasuah mati ketika dalam tahanan SPRM dua tahun lalu.
"Pada saya ini adalah keputusan yang positif untuk kita kerana ia membuktikan teori kami bahawa memang Teoh Beng Hock ketika di SPRM tercedera di bahagian leher. Sehingga sekarang pihak SPRM menafikan bahawa sebarang kekerasan digunakan.
"Saya tidak tunjuk jari kepada sesiapa, tapi saya rasa keputusan ini meletakkan beban kepada SPRM untuk jawab, bagaimana boleh dikatakan seorang yang masuk dalam SPRM tanpa sebarang kecederaan, tidak keluar dari SPRM dan jatuh tetapi ada kecederaan di bahagian leher," ujar beliau kepada media.
Mahkamah Shah Alam petang tadi mengumumkan keputusan “terbuka” mengenai punca kematian Teoh Beng Hock justeru menolak teori bahawa beliau dibunuh atau membunuh diri.
Menurutnya lagi, punca utama kematian dikenalpasti dengan terdapat kecederaan serius pada leher mangsa akibat jatuh dari tempat tinggi dan masa kematian adalah di antara 7.15 pagi hingga 11.15 pagi di tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam.
Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong ketika ditemui media di perkarangan mahkamah menyifatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak melaksanakan tugas dengan rapi berhubung kes tersebut sehingga memaksa mahkamah menentukan kecederaan yang ditemui pada Teo sebelum beliau ditemui mati.
Beliau turut menyalahkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang memperlekeh sistem keadilan di negara ini dengan tahap siasatan kurang memuaskan sehingga mahkamah tidak dapat mencari pihak yang harus dipertanggungjawabkan atas kematian pembantu Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah itu.
"Saya mahu minta Peguam Negara jawab, adakah kamu selesa dengan tahap siasatan dalam kes ini di mana semua pegawai mengatakan tidak tahu tidak tahu, tiada siasatan, tiada arahan, tidak tahu dan tidak tahu. Adakah ini jenis sistem keadilan yang kita ada sekarang dan adakah kita terima sistem sebegini.
"Satu tahun kita lawan tapi hari ini tiada keputusan. Cuba bayangkan bagaimana perasaan keluarga.  Walhal apa yang berlaku mahkamah menerima memang ada kecederaan tapi tidak ada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bagaimana kecederaan itu berlaku," kata Gobind.
Menurutnya, beliau dan pihak pendakwaraya akan membuat permohonan supaya kes kematian misteri Teoh Beng Hock dibawa ke mahkamah tinggi untuk disemak semula.
Sementara itu, keluarga Teoh yang tidak boleh menerima keputusan itu menuntut agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kemungkinan yang membawa kepada kematian Teoh termasuk dakwaan dia dipaksa terjun dari tempat tinggi.
Inkues yang dijadualkan selesai dalam masa sebulan berlarutan sehingga 4 November lalu, di mana koroner mendengar keterangan daripada 37 saksi termasuk 12 pakar.
Sementara itu, keluarga Beng Hock yang tidak boleh menerima keputusan itu menuntut agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kemungkinan yang membawa kepada kematian Teoh termasuk dakwaan dia dipaksa terjun dari tempat tinggi.
Inkues yang dijadualkan selesai dalam masa sebulan, akhirnya berlarutan sehingga lebih setahun.

Apakah kebenaran akan ditemui, sebelum dilupai?

Inkues kematian Teoh Beng Hock selama 17 bulan berakhir dengan tanda soal dalam "keputusan terbuka" (open verdict)-nya.  Apapun tuntutan keluarga Teoh atau perkembangan selanjutnya, keputusan ini sekurang-kurangnya memberi ruang untuk kerajaan Najib Razak menarik nafas, melanjutkan masa agar isu ini menjadi dingin.
Tragedi kematian Teoh Beng Hock berlaku dalam tempoh 100 hari pertama Najib Razak menerajui tampuk kerajaan.  Najib sempat bertemu dengan anggota keluarga Teoh, menjanjikan penubuhan inkues untuk menyiasat punca kematian Beng Hock, pada masa yang sama ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk meneliti sama ada proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut prosedur yang betul.
Sesungguhnya, keputusan inkues hari ini mungkin mencungkil ketidakpuasan, malah kemarahan sesetengah rakyat, tetapi setidak-tidaknya ia menolak teori bahawa Teoh Beng Hock membunuh diri - satu kenyataan yang tidak akan diterima sama sekali oleh keluarga Teoh, dan kebanyakan rakyat.  Pada masa yang sama, keputusan terbuka ini menolak teori bahawa Teoh Beng Hock dibunuh SPRM - membersihkan nama institusi yang sedang berusaha memperbaiki reputasinya.
Memberi masa kepada Najib
Paling penting, keputusan ini memberi masa untuk Najib untuk meredakan ketidakpuasan rakyat, khususnya pengundi Cina yang lebih tersentuh dengan tragedi ini.  Tuntutan penubuhan Suruhanjaya Diraja mungkin dipenuhi, tetapi semestinya mengambil masa untuk menentukan terma siasatan, mempertikaikan kelayakan calon anggota panelnya dan sebagainya.  Maka perbicaraan/pendengaran mungkin berlangsung/berulang untuk 17 bulan lagi, sebelum anggota mengambil masa untuk menulis laporan mereka.
Lebih-lebih lagi, seandainya hasil siasatan mendapati Teoh Beng Hock dibunuh, apakah kerajaan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat?  Kes VK. Lingam Tape menjadi rujukan terbaik.  Kerajaan akhirnya tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap nama-nama yang dicadangkan Suruhanjaya Diraja kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.  Sebaliknya, VK. Lingam pula kemudiannya berjaya memohon untuk mencabar penemuan Suruhanjaya Diraja.
Proses ini memakan masa beberapa tahun.  Persoalannya, sekiranya proses yang sama berulang dalam kes Teoh Beng Hock, apakah tidak mungkin ia berakhir selepas PRU ke-13?
Populariti Najib di kalangan Cina
Najib semestinya sedar bahawa popularitinya paling rendah dalam komuniti Cina.  Selepas tragedi kematian Teoh Beng Hock, kepuasan rakyat keturunan Cina terhadap Najib merudum dari 48% kepada 36%.  Malah, dalam beberapa PRK selepas mendiang Teoh Beng Hock meninggal dunia, isu ini tetap menjadi senjata Pakatan Rakyat untuk menyerang BN.
Bagaimanapun, soal selidik baru-baru ini menunjukkan bahawa kepuasan rakyat Cina terhadap prestasi Najib mencatat 54%, dan hanya 31% rakyat Cina tidak berpuas hati dengan Najib.  Fenomena ini mungkin disebabkan penyejukan bahang isu ini, kerana telah lama berlalu.  Kemungkinan juga program transformasi ekonomi Najib telah menawan hati sesetengah komuniti Cina.
Jadi, "keputusan terbuka" ini mampu melanjutkan lebih masa, supaya kerajaan Najib menarik nafas, dan menunggu masa isu ini menyejuk.  Bukan sahaja Melayu yang mudah lupa, tetapi Cina dan kaum lain juga.  Ia menjadi cabaran kepada penyokong keluarga Teoh, dan pembangkang sama ada masih bersemangat untuk memperjuangkan isu ini untuk jangka panjang.
Ini belum termasuk suara-suara yang mempertikaikan pembangkang, kerana dituduh menggunakan isu ini untuk mengaut kepentingan politik.  Persoalannya, apakah kebenaran akan ditemui, sebelum dilupai?