Selasa, 4 Januari 2011

Harga RON97 Naik, Akan Diikuti RON95 Dan Minyak Masak

Harga petrol RON97 naik 10 sen

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.40 seliter mulai tengah malam ini.

Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah.

“Ya, benar harga RON97 naik 10 sen esok, bermakna mulai tengah malam ini, hanya membabitkan kenaikan RON97,” kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pada 1 Disember lalu, harga RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.30 seliter.

Harga petrol RON97 tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter. -TMI


Harga kekal tetapi dijangka naik 15 peratus tahun ini

Negara tidak menghadapi kekurangan bekalan minyak masak tetapi 'belian panik' menyebabkan satu lagi pusingan kekurangan 'palsu', kata seorang peserta industri.

sundry shops kedai runcit everyday goods 250907 cooking oilMinyak masak berasaskan sawit segera disambar di kedai-kedai, dan yang tinggal hanyalah minyak makan diimport yang mahal, yang diperbuat daripada minyak jagung, minyak kanola dan lain-lain.

Minyak masak merupakan barangan kawalan harga di Malaysia.

Peserta industri berkata belian panik dicetuskan oleh khabar-khabar angin tentang kemungkinan harga dinaikkan, seperti yang dinyatakan dalam cadangan skim pengurangan subsidi oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), yang diterajui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Sumber yang enggan disebut namanya berkata bahawa kebanyakan usahawan kecil dan sederhana dalam perniagaan makanan membeli barangan kawalan mereka dalam jumlah yang besar kerana bimbang harga akan naik dalam tahun ini.

"Belian panik biasanya berlaku apabila tercetus khabar-khabar angin tentang kenaikan harga. Kekurangan bekalan minyak masak akan berlaku kerana orang ramai akan mula menyorok minyak makan. Inilah juga yang terjadi bila harga gula naik," kata peniaga itu.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe, semalam memberikan jaminan kepada pengguna bahawa harga minyak masak tidak akan berubah buat waktu ini.

Di bawah pengurangan subsidi, harga minyak masak akan meningkat sebanyak 15 peratus sekilogram pada 2010 dan 15 peratus sekilogram pada 2011 dan selepas itu, lima peratus setiap tahun hingga Januari 2014.

ementara itu, ada kemungkinan penyeludupan minyak masak ke Indonesia, Thailand dan Singapura menyebabkan kekurangan itu.

Peniaga-peniaga berhasrat menjual minyak makan yang diseludupkan itu pada harga yang lebih tinggi dalam pasaran-pasaran ini, kata seorang peniaga.

Seorang peniaga lain mengaitkan kekurangan ini kepada harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi kerana kebanyakan pengilang tidak dapat membeli dan menjualnya pada harga semasa.

Harga semasa MSM berlegar sekitar RM3,800 setan metrik.

oil palm under threat 010306 dyingHarga MSM di kilang adalah RM70-RM80 setan metrik lebih tinggi dan kebanyakan pengilang bukan sahaja tidak mampu membayar harga yang tinggi itu malah juga menjualnya pada harga terkawal sekarang.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang berkata kekurangan minyak masak tidak seharusnya berlaku di negara ini kerana Malaysia merupakan pengeksport utama produk minyak sawit.

"Kerajaan harus memantau kegiatan membeli dan menjual untuk menyelesaikan masalah ini dan menjadikan harga lebih rendah," kata Presidennya, SM Mohamed Idris.

Pengguna-pengguna dinasihati supaya tidak mendengar khabar-khabar angin tentang harga yang "bakal" naik dan melaporkan kegiatan menyorok. - Bernama


Ulasan GB

Berdasarkan kepada "precedent", kerajaan UMNO BN akan "melaraskan subsidi" sebaik saja kenaikan harga minyak RON97.

Kenaikan harga RON95 meyusulinya.

Ia diikuti juga dengan kenaikan harga minyak masak jika berdasarkan kenyataan Bernama di atas dimana harga minyak masak akan meningkat sebanyak 15 peratus sekilogram pada 2010 dan 15 peratus sekilogram pada 2011.

Kenaikan RON95 & minyak masak akan berlaku SELEPAS pilihanraya kecil DUN Tenang apabila UMNO BN memenangi kerusi itu. Ini berdasarkan juga pengalaman-pengalaman yang lalu dimana sebaik saja kemenangan UMNO BN diisytiharkan di mana-mana PRK, kenaikan harga barang sudah menjadi semacam sesuatu yang pasti.

Bernegara Serius Atau Main2

Kepala hotak yang tidak bersandar kan Agama menganggap dan mengira politik bernegara adalah main2, begitu juga pada pengikut2 nya, suka2, main2 asal dapat habuan dan kuasa  sementara mampos semata2.
Berpolitik untuk bernegara kalau bersandar kan ajaran Agama sudah tentu ada sempadan2 tertentu yang di tetapkan olih Pencipta Alam ini.
Disini jelas ternampak umno dan BN mentah2 menolak ajaran dan sandaran kepada agama, bukti jelas apa yang berlaku di Selangor, umno apco bn menggunakan dengan semaksimum kuasa yang ada, KERAjaan tengah tanpa rasa bersalah kepada pengundi2 majoriti yang memilih PR, telah dengan rakus berselindung di sebalik hukum peraturan yang di cipta manusia mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan negeri selangor yang di pilih rakyat, apa yang di kata kan demokrasi berparlimen kepala bapak diorang, mana demokrasi nya ?.
Nampak sangat gila kuasa, di samping dengan berbagai2 kontoversi pemimpin2 Umno BN, ada lagi manusia2 bangang bolih memilih bangang2 untuk mewakili mereka sebagai rakyat dalam p/raya.
Woit ! manusia2 yang ada otak dan beragama………….. sudah2 lah memilih parti2 KERAjaan yang di nasihat yahudi ni…………….banyak kerosakan dari baik kalau di biar kan meraka bermahrajalela…………….memang celaka lah kita kalau PRU13 nanti umno bn apco di beri kuasa lagi…………….
Ppppperghhhhh !…………………………. selangor, perak…………………………..

Keputusan Inkues Teoh Diumum Petang Esok

 KUALA LUMPUR 4 JAN: Keputusan inkues kematian pembantu politik kepada seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Teoh Beng Hock dijangka diketahui pada petang esok.
Koroner Azmil Muntapha Abas akan menyampaikan keputusan di Mahkamah Majistret Shah Alam pada pukul 2.30 petang esok.
Anggota keluarga Teoh, peguam yang mewakili pelbagai pihak, orang awam dan wakil media dijangka berada di bilik mahkamah itu yang terletak di tingkat dua,bangunan sambungan kompleks mahkamah itu.
Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa ketika dihubungi Bernama berkata setakat ini tidak ada tanda-tanda sebarang penangguhan mengenai keputusan itu yang diterima daripada pegawai mahkamah berkenaan.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.
Setelah banyak menuding jari dan tuduhan, pejabat Peguam Negara mengarahkan inkues itu diadakan berikutan kematian Teoh yang membangkitkan beberapa persoalan sama ada beliau membunuh diri atau dibunuh dan paling penting, bagaimana, bila dan cara mangsa itu menemui ajalnya.
Laporan meluas bahawa beliau mati beberapa jam selepas disoal siasat oleh SPRM mengenai dakwaan menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor.
Pada awalnya, inkues itu dijadual diselesaikan dalam masa sebulan tetapi ia berlarutan sehingga 4 Nov tahun lepas, di mana Koroner Mahkamah itu mendengar keterangan daripada 37 saksi termasuk Patologis Thai yang terkenal Dr Pornthip Rojanasunand.
Dr Pornthip, yang dijemput oleh kerajaan Selangor, menimbulkan kontroversi di mana beliau mendakwa Teoh mungkin dibunuh yang menyebabkan mayat Teoh digali semula untuk bedah siasat kedua.
Bagaimanpun, apabila mahkamah itu dijangka mendengar pandangan kepakarannya selepas autopsi kedua, beliau menimbulkan bantahan awam khasnya daripada  kalangan pegawai SPRM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz apabila beliau mendakwa diugut agar jangan hadir pada inkues tersebut.
Semasa kehadiran beliau di mahkamah buat kali kedua pada 18 Ogos, Dr Pornthip berkata bedah siasat kedua menunjukkan Teoh bukan diserang atau diseksa, tetapi mengekalkan keterangan bahawa ia bukanlah pembunuhan diri.
Pakar forensik British Prof Dr Peter Vanezis yang diambil oleh SPRM memberikan keterangan bahawa Teoh masih sedar apabila beliau terjun dan ditemui mati.
Beliau berkata kecederaan menunjukkan Teoh sedar sepenuhnya pada masa kejadian itu.
Katanya dalam keterangan bahawa bedah siasat kedua yang diawasi oleh beliau membuktikan bahawa tidak ada kecederaan itu menunjukkan beliau dibunuh dengan  cara lain atau dicampak ke luar tingkap. -Bernama.

Pemimpin seronok berkahwin, rakyat dibaham buaya!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Sekiranya kamu bersyukur di atas segala nikmat yang telah Aku kurniakan, nescaya Aku akan menambah lagi nikmat-Ku itu. Sebaliknya andai kata engkau kufur terhadap nikmat-Ku, ingatlah sesungguhnya seksaan-Ku teramatlah pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)
***

KETIKA membelek akhbar Utusqn Meloya baru-baru ini, saya diserang satu perasaan aneh ketika menatap salah satu muka suratnya. Ini kerana di bahagian atas ada laporan dan gambar pemimpin sebuah negeri mengahwini seorang gadis Arab manakala di bawahnya dipaparkan berita seorang imam di negerinya dibaham buaya ketika menjala udang.

Alangkah hebat dan ke depannya pemikiran editor dan petugas akhbar ini; dua situasi berbeza dapat diletakkan sebelah menyebelah (dalam kes ini di atas dan di bawah), lantas membolehkan pembaca yang berfikir (kritis) membuat pelbagai andaian dan tafsiran. Terima kasih sang editor yang berfikiran begitu hebat! ‘Bravo’ kepada akhbar ini kerana mendedahkan situasi dua derajat pemimpin dan rakyat.

Kini berakhirlah sudah tahun 2010 dan masuklah 2011. Jika ketika musim cuti sekolah yang panjang (November dan Disember), berlangsung banyak perkahwinan (termasuklah perkahwinan pemimpin dengan gadis Arab), bermulanya tahun 2011, banyaklah ibu bapa pening kepala bagi memikirkan wang membiayai persekolahan anak-anak termasuk set kelengkapan ke sekolah seperti pakaian seragam, beg dan kasut. Pemimpin bolehlah tersenyum menikmati kemewahan termasuk kahwin baru tetapi rakyat bersiap sedialah untuk dibaham pelbagai jenis buaya, di daratan dan juga di lautan.

Baru-baru ini buaya-buaya ini telah menaikkan harga barangan keperluan harian – petrol, gas dan gula sedangkan pada pilihan raya kecil Galas ada buaya menyatakan harga minyak RON-95 tidak akan dinaikkan sehinggalah tahun baru. Nampaknya buaya ini berlaku curang, mungkinkah ia daripada jenis yang sama yang membaham imam yang sedang menjala udang itu?

Banyak lagi karenah buaya-buaya daratan ini yang menyusahkan rakyat awam, tetapi mereka bersandiwa kononnya merekalah yang terbaik, mendahulukan kepentingan rakyat sedangkan orang awam makin lama makin susah kehidupannya. Memang betul pendapatan rakyat semakin tinggi tetapi kos kehidupan adalah tersangat tinggi. Jika dulu anak-anak bolehlah dibekalkan dengan wang RM1 sehari ke sekolah, sekarang RM3 pun tidak cukup. Tetapi buaya-buaya daratan (domestik) ini terus memperbodohkan rakyat dengan slogan murahan harga barangan keperluan di negara ini adalah terendah berbanding negara jiran dan negara maju seperti UK atau AS dan juga ‘kenaikan ini tidak membebankan rakyat’.

Buaya-buaya jenis lautan pula memperdaya rakyat dengan operasi internasional mereka. Ada yang membabitkan komisen urus niaga kapal selam sehingga RM500 juta, ada yang membawa wang tunai berpikul-pikul ke luar negara dan ada yang membeli hartanah hebat-hebat di luar negara yang dilihat di luar kemampuannya. Mungkin ada buaya yang ada simpanan besar di Swiss Bank dan bank antarabangsa lain sebab kalau setakat menjadi buaya darat yang membina rumah bagaikan istana dalam negeri, mudahlah kena cekup seperti yang menimpa seorang doktor gigi.

Kegiatan pemimpin seperti berbini warga asing ataupun mengambil puteri-puteri raja tentunya memerlukan pembiayaan yang sangat besar. Tentunya mereka banyak duit dan harta, tetapi rakyat tidak kisah itu semua jika jalan ditempuhi (bagi mendapatkan bini dan harta) adalah melalui cara sah. Tetapi yang membengangkan rakyat jika caranya secara haram iaitu dengan melapah hak rakyat, menindas mereka seperti menggunakan taktik licin mengambil alih tanah seterusnya mengusir rakyat daripada penempatan tradisional mereka.

Tidak salah untuk pemimpin untuk berkahwin baru (dalam Islam dibenarkan sehingga empat) tetapi berwaspadalah agar kehidupan mewah yang sedang anda lalui tidak menerbitkan hal yang mengguriskan hati rakyat. Tidakkah anda mendapat iktibar daripada peristwa anda sedang seronok berkahwin sedangkan ada rakyat anda dibaham buaya gara-gara pergi ke sungai dengan tujuan untuk mendapatkan sesuap nasi?

Tentunya anda tidak seronok ketika detik anda gembira bernikah gadis cantik, rakyat dibuai kepiluan, meratap salah seorang anggota keluarga di baham buaya. Sudah semestinya anda tidak mahu rakyat dihadapkan dengan kedua-dua situasi ini secara serentak. Namun nampaknya editor akhbar Utusan Meloya telah merosakkan kegembiraan anda, mereka terlalu bijak dalam dunia persuratkhabaran, mereka meletakkan dua laporan ini beriringan. Mungkin mereka ada motif, hanya mereka yang tahu.

Nampaknya anda sebagai pemimpin dan editor Utusan Meloya merancang tetapi hakikatnya Allah SWT penentunya. Maka ditunjukkan-Nya pemimpin sedang berseronok dengan segala kemewahan dan kemampuannya termasuk berkahwin wanita muda sedangkan rakyat ditunjukkan begitu daif sekali sehingga terpaksa ke sungai yang mengakibatkan dirinya dibaham buaya! Jadi nasihat kepada rakyat, masih tidak sedarkah kita?

Majlis Angkat Sumpah Diteruskan.. Bermulalah Sketsa Perak 2


Istana Selangor teruskan majlis angkat sumpah SUK Khamis ini

Majlis angkat sumpah taat setia Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Khusrin Munawi Khamis ini akan diteruskan sebagaimana telah ditetapkan sebelum ini, kata Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani hari ini.

Munir berkata, majlis itu diteruskan kerana sepengetahuan Sultan Selangor, Khusrin telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Katanya, pada majlis tersebut akan diadakan upacara pengurniaan darjah kebesaran negeri Selangor kepada Raja Muda Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 Sultan Selangor.

Selain itu kata beliau, pada majlis tersebut juga akan diadakan upacara angkat sumpah taat setia penjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Ahli Dewan Diraja Selangor, pelantikan Jaksa Pendamai Selangor, Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.

“Kenyataan akhbar ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru,” kata beliau petang ini.

Majlis itu akan diadakan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

“Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan.

“Majlis tersebut bukanlah merupakan majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi merupakan majlis angkat sumpah taat setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada negeri Selangor,” katanya.

Malah menurut Munir, berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar.

Semalam, Khalid berkata sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor,” katanya.

Ulasan GB

Jika masih ingat, demikian kisah bermulanya episod rampasan Perak apabila istana meneruskan perlantikan MB daripada UMNO-BN.

Cuma kini ia dimulai dengan SUK.

Adun seolah cuba beri Sultan Selangor amaran, kata SU Sulit

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Istana Selangor menyifatkan tulisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda Shuhaimi Shafie menerusi blognya yang menyatakan Sultan Selangor seolah-seolah sebagai “beraja di mata, bersultan di hati” sebagai “sindiran” yang amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata, kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci baginda.
“Mengulas mengenai artikel pada 29 Disember 2010 dalam akhbar Sinar Harian mengenai ‘Pelantikan SUK Tidak Semestinya Dibuat SPA’ oleh Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng San, yang menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan boleh dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN).
“Walaupun terdapat SPAN di negeri-negeri lain yang boleh melantik Setiausaha Kerajaan tetapi di negeri Selangor kuasa pelantikan tersebut adalah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Persekutuan selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959,” kata beliau.
Laporan Bernama hari ini menyebut tujuh lagi laporan polis dibuat berhubung kenyataan Shuhaimi yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya.
Tiga laporan dibuat oleh Pemuda Umno, MCA dan MIC Bahagian Kota Raja, sementara empat lagi daripada badan bukan kerajaan, Persatuan Bugis Selangor, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) cawangan Klang, Gabungan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) serta Pusat Komuniti Andalas.
Dalam laporan itu, Shuhaimi menerusi laman blog http://srimuda.blogspot.com didakwa memberi gambaran Sultan Sharafuddin bertindak sewenang-wenangnya tanpa mengambilkira amalan perlembagaan ketika memperkenankan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.
Mengulas mengenai kenyataan akhbar Menteri Besar Tan Sri Menteri Besar semalam yang menyatakan Sultan Selangor telah berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat.
“Apa yang sebenarnya berlaku, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa SPA selaras dengan kedudukan baginda sebagai Ketua Negeri Selangor.
“Baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan.
“Selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh SPA melalui surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
“Perkara ini telah menjadi amalan di negeri Selangor,” katanya.
Mengenai cadangan Khalid untuk berbincang dengan JPA atau SPA, Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan.
Oleh itu katanya, tindakan Khalid untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti dan integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam negeri Selangor.
Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dikatakan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Sultan Selangor, kata Munir, baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapat perkenan baginda terlebih dahulu.

Bunuh pengkritik sultan, satu cadangan yang hina

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

4 JAN — Seorang YB dan NGOs tertentu mencadangkan agar pengkritik sultan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun ada kaitan dengan politik kepartian tertentu -itu bukan urusan saya — tetapi saya ingin mengulas cadangan ini di sudut hukum Islam seperti berikut;
Cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain.
Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain.
Sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik. Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja melayu dengan para nabi a.s. Sedang para al-khulafa al-rasyidin iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali yang jauh lebih mulia dari sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.
Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan  mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih.
Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini.
Sahabat Nabi s.a.w tidak pernah menggesa agar dibunuh pengkritik mereka. Bahkan dalam Sirah, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi s.a.w dan membantah baginda seperti yang berlaku kepada ‘Umar r.a ketika perjanjian Hudaibiyyah, pun Nabi s.a.w tidak membunuh beliau.
Pada saya, pencadang hukuman tersebut; adalah pengampu yang melebihi had. Jika dia muslim, dia seorang yang ‘kering perasaan’ dan tidak takutkan Allah mengenai ‘darah orang lain’.
Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak. Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut.

* Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah ahli akademik di Universiti Sains Malaysia dan bekas Mufti Perlis.

Datuk Inikah Punca Datuk Misbun Sidek Letak Jawatan?

PUNCA peletakan jawatan Misbun daripada BAM terus menjadi tanda tanya.


“SAYA tidak ada sebarang masalah dengan Misbun.”
Demikian pengakuan Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj ketika diminta mengulas mengenai isu peletakan jawatan jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek.
Sebelum ini, ada segelintir pihak membuat andaian bahawa keputusan yang dibuat Misbun untuk meletak jawatan disebabkan rasa tidak puas hatinya terhadap James.
Ia ekoran tindakan James yang melakukan rombakan terhadap sistem kejurulatihan dan corak latihan yang diterapkan sebelum beliau dilantik menjadi Pengarah Prestasi Tinggi BAM.
Bagaimanapun, James yang memulakan tugasnya pada 1 September 2010 menafikan sekeras-kerasnya andaian tersebut.
Menurut James, jika beliau yang menjadi punca keputusan Misbun untuk meletak jawatan, sudah pasti jurulatih tersebut telah berbuat demikian sejak mula dia dilantik menjadi Pengarah Prestasi Tinggi BAM.
Datuk James Selvaraj


“Itu semua andaian semata-mata. Saya sebenarnya langsung tidak mempunyai sebarang masalah dengan Misbun dan begitu juga dengan dia.
“Bukan sebab saya dia meletak jawatan. Saya tahu apa sebenarnya punca dia berbuat demikian, namun saya mahu berjumpa dengan dia terlebih dahulu sebelum memberi penjelasan lebih lanjut,” jelas James ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurut James lagi, Misbun ada memberitahunya untuk berjumpa hari ini kerana ada sesuatu yang ingin dibincangkan.
“Dia (Misbun) ada beritahu saya untuk berjumpa esok petang (hari ini) dan saya akan berjumpa dengannya.”
“Saya tahu dia meletak jawatan pun pada hari Sabtu lalu ketika menghadiri upacara pengkebumian abang iparnya dan ketika itu juga dia memberitahu saya yang dia telah letak jawatan,” jelasnya lagi.

Isu SUK: MB bagi taklimat kepada Adun Pakatan


SHAH ALAM, 4 Jan - Dalam pada itu Tan Sri Abdul Khalid petang tadi memberi taklimat kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Pakatan Rakyat (Pakatan) mengenai isu perlantikan Datuk Khusrin oleh Putrajaya.
Taklimat itu juga bertumpu kepada hasil pertemuan Menteri Besar dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Tan Sri Khalid berkata, kerajaan negeri akan membuat persiapan rapi untuk membentangkan usul bagi memulihkan kuasa Sultan dan menteri besar bersabit perlantikn SUK dan Pegawai Kewangan serta Penasihat Undang-undang Negeri.
“Kita bercadang untuk mengadakan sidang dewan dalam masa yang terdekat sebelum minggu keempat bulan ini.
“Kita juga telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hasan bagi berbincang semula berhubung pelantikan SUK negeri Selangor.
“Kita juga ingin perkara ini diperbetulkan dengan konsep bahawa Kerajaan Negeri juga mempunyai kuasa dalam pelantikan jawatan negeri”
Khalid berkata beliau menggunakan mesyuarat hari ini untuk menjelaskan secara terperinchi hak-hak kerajaan negeri yang telah diabaikan dengan sewenang-wenangnya oleh Putrajaya.
Beliau juga memberitahu para adun mengenai nasihat sultan atas keperluan untuk mengadakan perbicangana dengan suruhanjaya perkhimdatan awam bagi menyelesaikan kemelut pelantikan Khusrin.

DIMANA ADA GADIS DI SITU ADA RAIS YATIM.. kahkahkah!

harharhar

gelak lah dulu oi!

bukan aku nak citer sangat pasai RAIS YATIM nih.. RAIS YATIM DA DALAM PEMERHATIAN POLIS! lagipun dia da tua beb... da tua beb...! hormatlah dia.. kahkahkah tapi dalam tak sangka kalau ada citer hangat sikit mesti ada muka dia... harharhar kecik sungguh dunia.. lihat saja senam aerobik big mama.. sape paling bersemangat... pantang ada gadis ramai kat bawah tu.. masing2 tunjuk masih kuat.. hak! taknak kalah menteri2 kita tunjuk kehebatan memasing... ishishish!

nih aku nak citer pasal isu teo dalam perkarangan mesjid dengan pakaian sexy depa (baca pencacai BNAPCO) kata.. harharhar.. kalau bincang banyak pun tarak guna... baik aku buat perbezaan.. hakhakhak jadik korang leh pikioq sindri.. ok bebeh...

ini pakaian teo bersenam aerobik...
ini pakaian big mama senam aerobik...
hahaha nampak perbezaan? jangan tanya pencacai BNAPCO.. pasai depa mana nampak.. kahkahkah mata da buta.. hak! sama2 sexy.. cuma bila tengok teo aku suka (i like! aku tak tipu).. hahaha keranjangnya mata aku... tapi bila tengok big mama... huhu apa 2? nasik lemak 50posen (kata farid kamil dalam cuti2 cinta) hak! pikirlah sindri ek!

kedua bab perkarangan mesjid... nih aku bagitau apa yg selalu berlaku kat mesjid yang mungkin buleh bukak sikit mata pencacai BNAPCO walaupun mereka takde otak!

1) depan mesjid biasa ada parking/padang... biaselah orang kampung/taman buat senam aerobik ujong minggu.. mungkin tempat korang takde.. tapi jangan lah pelik tempat orang len ada... dan jangan marah, dan padang tempat aku tiap2 pagi ada cina wat taichi.. padang tu bersambung dengan padang masjid tempat orang parking kete bile ada sembahyang macam semayang jumaat atau raya.. ada masalah?

2) tempat orang len lak... hahaha ada tempat orang len tu siap buat majlis sunat ramai2 dalam masjid.. ada masalah? siap terkeluar "adik" masing2... hahahaha takde masalah! tapi umngok cuba buat ia satu masalah..

3) Ini ada orang bagitau aku... Zaman Nabi depan masjid di adakan tempat latihan ketenteraan... atau senang citer zaman tu orang training lawan pedang depan masjid... polik? tak pelik kan... Nabi pun siap benarkan orang bukan Islam masuk masjid inikan kita sebagai orang biasa nak melebihi Nabi Muhammad... korang carik sejarah nabi benarkan sendiri.. kahkahkah

4) kalau bab mencemarkan rumah ibadah nih kite kene tanya Umngok sebab merekalah dalang utama... kahkahkah bape banyak dah gambar sebelum nih di sediakan bahawa UMNGOK BERPOLITIK DALAM MASJID... tapi orang ISLAM tak amik pusing sebab bukan satu masalah.. hahaha (bukti)

inilah seba sikit aku punya citer... kahkahkah

Kerajaan terpaksa naikkan harga Petrol RON97..!!! Kalau tak negara akan muflis...he..he..he..!!

Sebuah portal berita semasa, Malaysiakini malam ini telah melaporkan bahawa harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM 2.40 seliter berkuat kuasa tengah malam ini, mengikut sumber.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 dilaporkan akan kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.



Kepada penyokong-penyokong kerajaan UMNO dan Barisan Nasional semua, anda janganlah marah dengan kenaikkan ini. Anda sudah sedia maklum bahawa kebanyakkan tokey-tokey besar yang selalu memberikan dana besar kepada Kerajaan untuk mengadakan pilihan raya kini sudah tidak yakin lagi dengan Kerajaan Barisan Nasional.

Tokey-tokey besar ini sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk menaja Calon-calon Wakil Rakyat Barisan Nasional sebelum ini sebagai pelaburan yang menguntungkan. Apabila selesai Pilihan raya, dan calon BN menang kebanyakkan kerusi yang dipertandingkan, maka mereka akan mendapat pelbagai projek-projek sebagai balasan kerana sanggup menaja Calon Barisan Nasional.

Sebelum ini, penajaan calon Barisan Nasional adalah satu pelaburan yang menguntungkan. Namun kini ramai tokey-tokey besar sudah tidak berani lagi menaja calon Barisan Nasional, bimbang BN akan tumbang pada PRU13 maka pelaburan mereka menjadi sia-sia.

Dengan itu kerajaan sudah kekurangan dana untuk mengadakan Pilihanraya. Pilihan Raya menelan belanja yang sangat besar. Tanpa penaja, sekiranya anda bukan orang berada, sampai mati tak akan mampu untuk bertanding. Maka kerajaan terpaksa mencari dana alternatif, untuk memenuhkan kantong dana PRU13.

Maka kerajaan terpaksa menaikkan harga barang-barang seperti minyak masak, minyak petrol, dan sebagainya, lantas memperolehi keuntungan cukai yang berlipat kali ganda. Teruskan menyokong kerajaan, tanpa sokongan anda bagaimana mereka mahu menaikkan harga barang-barang?

Biar rakyat sengsara asalkan Barisan Nasional terus memerintah! Hidup Barisan Nasional! Hidup Barisan Nasional!


ReJaM© "Sebagai pejuang dan penyokong BN, anda haruslah sanggup berkorban dan dikorbankan demi kemenangan Barisan Nasional dan UMNO!"

PKR Perak: Siapa Yang Sudah Nyanyuk?

Anwar Ibrahim ataupun Wan Azizah?

Soalan di atas mula berlegar setelah Dr. Wan Azizah membuat pengumuman yang berbunyi lebih kurang begini:
“Sebagai Presiden parti (PKR), saya gunakan kuasa mutlak yang ada di tangan saya untuk melantik Dr. Mohammad Nor Manuty sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Perak.”
Pengumuman itu sekali gus menggugurkan Mustafa Kamil Ayub, penyandang jawatan itu selama ini.

Pengumuman itu juga menafikan pilihan majoriti pemimpin akar umbi PKR di Perak. Sebelum itu pemimpin cabang telah bertemu dan membuat pemilihan. Mereka telah memberikan 13 undi kepada Mustafa Kamal Ayub, 10 undi kepada Dr. Mohd Nor dan satu undi kepada Dr. Lee Boon Chye.
Dalam PKR pemilihan pemimpin cabang diadakan dua tahun sekali. Terdapat 24 cabang semuanya dan apabila mereka memberikan 13 undi kepada Mustafa Kamal Ayub bererti kuasa majoriti seharusnya menjadi panduan Presiden Parti dan Ketua Umum Parti.

Tentu orang ramai kesal dengan pengumuman Wan Azizah, kerana ini amat bertentangan dengan pemilihan majoriti. Kenapa pula Wan Azizah berbuat demikian, sedangkan semasa pemilihan Naib Presiden Parti dahulu di mana Mustafa menentang Azmin Ali, Wan Azizah dan anaknya Nurul ternyata memihak kepada Mustafa?

Dengan menggunakan ‘kuasa mutlak’ itu Wan Azizah sebenarnya tersilap besar daripada segi teknikal. Dia boleh gunakan kuasa mutlak itu kalau undi yang diperolehi oleh calon bertanding adalah sama dan kuasa mutlaknya itu adalah untuk memilih siapa yang patut menang lantas merungkaikan apa yang mat salleh kata sebagai ‘impasse’.
Akan tetapi apabila dia gunakan kuasa mutlak itu memihak kepada yang kalah bererti dia mempersendakan amalan demokrasi.

Sesungguhnya Ketua Cabang telah bertemu tiga kali untuk membuat pilihan. Dua kali berlaku dan Mus telah menang. Kali yang ketiga tidak ada pemilihan kerana ini bercanggah dengan perlembagaan parti.

Jelas kini, Wan Azizah telah mengikut arahan abang si suaminya. Kerana Anwar ternyata berdendam dengan Mustafa kerana sanggup melawan Azmin Ali.
Soalnya sekarang Wan Azizah bukannya suri rumah yang menjadi Presiden parti. Dia mempunyai kelayakan akademik yang lebih tinggi daripada Anwar Ibrahim. Tentunya dia boleh bertindak rasional. Kita boleh kecewa dengan Anwar Ibrahim dan beristigfar kerana memikirkan bahawa kesan racun arsenik yang diterimanya semasa dalam penjara dahulu sudah menampakkan kesannya. Tidak begitu dengan Wan Azizah kerana dia ternyata sihat, segar-bugar. Jadi kenapa dia ikut telunjuk suami dan mengetepikan amalan demokrasi.
Tindakan menggunakan kuasa mutlak ini mempunyai implikasi yang amat besar dalam perjalanan PKR di Perak dan di seluruh Negara. Ia akan menjadi senjata tajam oleh pihak lawan mempersendakan amalan demokrasi Anwar dan Wan Azizah. Besar kemungkinan ada pengikut parti yang naik muak dengan PKR dan keluar parti untuk menyertai UMNO, PAS dan mungkin juga DAP.

Penggunaan kuasa mutlak sepatutnya tidak berlaku kerana Mustafa ternyata menang besar. Tidak ada krisis dalam pucuk kepimpinan parti di Perak hingga membolehkan Presiden campur tangan. Kalaulah ada krisis pucuk kepimpinan negeri, sudah tentu Wan Azizah boleh menggunakan kuasa veto itu kerana kuasa mutlak adalah bersamaan dengan kuasa veto.

Bayangkan apa yang boleh jadi kalau esok lusa tiga belas cabang PKR negeri berdemonstrasi secara bertali arus di depan rumah Anwar Ibrahim? Ataupun di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya?

Seperti yang pernah saya tulis dahulu, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah semacam menerima nasihat songsang daripada pembodek mereka. Mereka tidak fikirkan keharmonian parti dan keselesaan akar umbi ke? Apakah mereka tidak pandang ke hadapan sambil memikirkan tenaga yang diperlukan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum yang dijadualkan pada Mac ini?

Kalau nasihat itu ternyata songsang, siapakah yang memberikan nasihat tersebut? Tidak mungkin Wan Azizah bertindak dengan Anwar Ibrahim tanpa pembabitan Azmin Ali.

Saya melihat kemelut baru di Perak ini akan menjalar ke seluruh Negara. Ia berikutan saranan Gobalakrishnan dan Dato' Zaid yang mahukan Anwar Ibrahim berundur daripada parti. Mereka berdua sependapat bahawa masalah parti PKR sekarang ini memang berpunca daripada Anwar Ibrahim juga.

Nampaknya PKR akan melutut kalau isu ini tidak dapat diselesaikan dengan segera. Wan Azizah harus tarik balik pengumuman kuasa mutlak itu dan lantik seseorang yang berpengaruh untuk selesaikan isu ini.

Isu ini mudah sangat diselesaikan kalau semua pihak mahu. Pertama, Dr. Mohamad Nor Manuty menolak pelantikan itu kerana dia sendiri tahu dia sudah kalah dua kali. Apabila dia berdiam diri dia akur dengan pelantikan itu. Nampak sangat dia pelahap dan gilakan pangkat untuk kembangkan pengaruhnya. Dia mahu tentukan ada tempat dalam Pilihan Raya Umum nanti.
Akan tetapi, Dr. Mohamad Nor Manuty harus ingat tindakan Wan Azizah dan juga Anwar adalah satu tindakan mengikut nafsu syaitan. Mereka sanggup merendahkan martabat diri untuk mengaibkan Mustafa Kamal secara terbuka.

Soalnya sekarang, siapa yang sudah jadi nyanyuk dalam hal ini. Wan Azizah ataupun Anwar Ibrahim? Kalau akar umbi di Perak sayangkan parti mereka, humban sahaja kedua-dua orang ini. Senang cerita.
- Marhaintua

Ketuanan Buruk Siku : Bangunan hak kita, walaupun tanah milik MPKJ

MCA Selangor MCA lebih rela pusat khidmatnya di Taman Indah, Cheras dirobohkan daripada melihat bangunan berkenaan diserahkan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).

Menurut parti itu, mereka mempunyai hak ke atas banngunan berkenaan meskipun mahkamah telah memerintahkan bahawa MPKJ mempunyai hak ke atas tanah di mana bangunan itu terletak.

NONE“Kita bina pusat khidmat itu melalui derma. Justeru, mereka tidak boleh ambil bangunan kita. Mereka hanya boleh arahkan kita untuk robohkannya,” kata timbalan pengerusi MCA Serdang, Hoh Hee Lee.

Hoh bercakap pada sidang akhbar bersama beberapa pemimpin MCA tempatan di gelanggang bola keranjang yang terletak berdekatan bangunan yang dipertikaikan itu.

Menurut naib pengerusi MCA Selangor, Datuk Liew Yuen Keong, MPKJ mesti mengemukakan perintah mahkamah jika mereka mahu merampas bangunan berkenaan.

Dakwanya, tiada dokumen seumpama itu dikemukakan ketika pegawai penguatkuasa MPKJ cuba memasuki bangunan berkenaan pada 24 disember lalu sehingga menyebabkan berlakunya pergelutan kecil. Hasilnya enam anggota MCA didakwa cedera ringan.

NONELiew berkata penghakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada 24 September lalu tidak menyatakan MCA mesti menyerahkan bangunan berkenaan kepada MPKJ walaupun tanah tersebut diisytiharkan hak majlis perbandaran itu.

Namun, pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata pihaknya akan mencabar perkara itu di mahkamah jika MPKJ bercadang merobohkan bangunan mereka.

“Semua boleh dicabar di mahkaamah sehingga penghakiman muktamad dibuat,” katanya.

Tok Guru Sudah Jelaskan, Tutuplah Facebook

TOK GURU Nik Aziz telah membuat penjelasan mengenai pertemuan beliau dengan Najib di rumah Agong. Katanya dia pergi kerana Sultan Mizan suruh pergi. Dia tidak akan tergamak untuk menolak permintaan itu.

Bukan dia seorang yang diajak, pemimpin lain juga termausk Abdul Hadi. Tidak dijelaskan apakah malam itu Hadi ada sama. Tetapi yang diketahui Najib dan Muhyiddin ada.

Kata Nik Aziz dia tidak akan dedahkan butir percakapan. Itu rahsia di antara mereka yang berjumpa saja. Molek benarlah kalau tak jelas, biarlah para peramal 'sinting' membuat macam-macam telahan.

Kata Nik Aziz dengan penjelasan itu diharap semua orang yang 'tersolor-solor' nak ambil kesempatan dan nak mengenakan orang lain dengan pertemuan itu akan berhenti buat kerja jahat. Niat jahat yang dipasangkan nak buruk dan kenakan tahi kepada orang lain akan dibatalkan. Bungkuslah tahi dan kilas dalam pelikat sendiri.

Begitu juga dengan media dan para bloger tidak payahlah cuba mainkan lagi berita yang tidak betul. Cubalah buat cerita yang boleh menimbulkan kebaikan dan keisnfan kepada semua. Kalau tidak malukan kepada Tuhan sebab Tuhan nak nampak tengok, malulah kepada lembu.

Tetapi saya tidak fikir Adun yang iseng di Rantau Panjang sana akan kendur dan akan terus membuka pekong dan kilasnya sendiri. Dia akan cari helah lain pula. Orang jahat macam anjing, kalau tidak makan tahi hidu pun jadilah.

Apa yang saya bimbang kerana lagak terlebih itu nanti boleh rosak taukeh sendiri. Tidak fasal-fasal kerana excited nak burukkan orang lain nanti terburuk pula pihak lain. Al maklumlah Adun berkenaan dikenal pasti rapat dengan seseorang yang diingini untuk dinaikan dan tumpang mengakarkan umbi dalam politiknya.Kerana tak hati-hati niat nak memabntu terjadi sebaliknya.
MSO.

'Demokrasi' tarikan perhimpunan pelajar 11.1.11

Penganjur Perhimpunan Mahasiswa Negara berharap lebih ramai pelajar akan mendaftar untuk mengikuti program yang menyediakan "dimensi baru" dalam ruang demokrasi kepada golongan berkenaan.

NONEPerhimpunan berkenaan akan diadakan pada 11 Januari di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur/Selangor (KLSCAH).

Salah seorang penganjurnya P Dineswari berkata, setakat ini seramai 150 orang daripada sebanyak 50 buah IPT telah mendaftarkan diri untuk mengikuti program berkenaan.

Beliau sebelum ini menyasarkan seramai 300 orang pelajar daripada 85 buah IPT akan menyertai program berkenaan.

Ketika ditanya, beliau yakin program berkenaan akan berjaya menyediakan ruang demokrasi kepada para pelajar berdasarkan aktiviti yang dirangka.
Dewan Mahasiswa

Jelasnya, para kumpulan peserta tersebut akan menyenaraikan masalah yang dihadapi mereka dalam satu bengkel.

NONEMasalah yang diperolehi daripada bengkel berkenaan kemudiannya akan disusun mengikut kategori dan akan dikemukakan sebagai usul dalam parlimennya - Dewan Mahasiswa.

Katanya, semua usul dan keputusan berkenaan isu terbabit akan diputuskan oleh para peserta sendiri, kata Dineswari lagi.

Ketika ditanya, beliau juga berkata para pelajar berkenaan juga akan memutuskan sama ada PMN akan ditubuhkan secara rasmi dengan struktur tertentu.

"Itu terpulang kepada pelajar. Kami hanya menganjurkan saja. Bagaimana PMN ini akan berkembang, itu terpulang kepada pelajar sendiri.

"Kami tidak boleh kata ini boleh dan ini tidak boleh sebab (program) ini untuk beri ruang kepada pelajar suarakan pendapat mereka sendiri," katanya lagi.
Penyertaan, ruang terbuka
Tambahnya, penyertaan ke program berkenaan tidak terhad kepada wakil pelajar yang dipilih di kampus masing-masing.

NONE"Sesiapa saja (pelajar) boleh datang dan menjadi wakil kampus mereka.

"Kalau ada 100 orang wakil, semua 100 orang akan diberi peluang untuk bercakap," kata pelajar pengajian bahasa Inggeris di Universiti Malaya itu lagi.
Seorang lagi penganjurnya, Abu Abas berkata, PMN diyakini akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar.

"Contohnya, jika kampus menghadapi masalah bekalan air. Masalah ini akan dibincangkan dalam Dewan Mahasiswa yang akan buat ketetapan.

"(Dewan) mungkin boleh putuskan untuk buat aduan kepada syarikat pembekal air atau tulis cadangan kepada kampus untuk wujudkan pusat rawatan air mini dalam kampus," kata pelajar diploma penyelenggaraan helikopter di Universiti Kuala Lumpur itu lagi.

Program sehari itu merupakan anjuran bersama dengan pergerakan pemuda KLSCAH.
Maklumat lanjut program boleh diperolehi di laman rasminya.

RIZALMAN WAJAR SEDIA JADI PEMBANGKANG!


Oleh: IBN ABDULLAH
SEMAKIN tidak karuan. Bahasa tidak karuan ini sebenarnya berasal daripada Indonesia. Kalau saya tidak salah tafsir, ertinya semakin tidak menentu/semakin gelabah. Begitu rasanya ungkapan yang wajar diberikan kepada mantan Ahli Parlimen Tenom, Datuk Rizalman Abdullah apabila beliau memperlekeh 10 teras utama Program Reformasi dalam tempoh 100 hari Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberikan mandat menguasai Putrajaya. Rizalman menyifatkan 10 teras utama reformasi tersebut sebagai gimik politik Pakatan Rakyat.
Janji para pemimpin UMNO/BN untuk membawa pembaharuan dalam tempoh 100 hari pentadbirannya ketika memenangi pilihanraya Negeri Sabah 2004 merupakan gimik politik yang berhasil memperdayakan rakyat Sabah sehingga meletakkan para pemimpin UMNO/BN sebagai manusia yang 'Bersultan Di Mata, Beraja Di Hati’.
Pemimpin UMNO/BN mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membayar RM500,000.00 bagi menutup kes rogol akibat angkara nafsu yang semakin membuas. Saranan serta paluan canang para pemimpin UMNO untuk konon memperkasakan akhlak dan jatidiri melalui pelbagai program transformasi adalah gimik politik UMNO untuk menyembunyikan nafsu besar para pemimpinnya yang bukan sekadar mahu membolot harta rakyat negeri ini tetapi juga hatta untuk memperkosa isteri orang.
Janji Sabah Baru hanya sekadar permainan lidah yang dilafazkan tanpa keazaman roh para pemimpin UMNO kerana memang sesungguhnya perjuangan UMNO sendiri adalah berasaskan kepada pragmatisme iaitu perjuangan yang memfokuskan kepada kepentingan keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan halal haramnya sesuatu pendekatan tersebut. UMNO menggunakan pendekatan Machiavelli, 'the ends justify the means'.
Rizalman memang gelabah, bimbang tidak terpilih sebagai calon untuk PRU 13 yang semakin hampir. Cara paling berkesan untuk menarik perhatian tuannya di atas ialah dengan mengkritik Kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi Datuk Rizalman tidak kelihatan bijak apabila menidakkan kebaikan yang banyak dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang ditadbir oleh PR.
Contoh terbaik ialah pemberian air percuma dan pemberian bantuan kewangan kepada golongan warga emas serta pelajar-pelajar yang berjaya memasuki IPTA/IPTS. Juga kepada ibu-ibu yang bersalin, cuti 90 hari diberi berserta hadiah wang tunai kepada bayi yang baru lahir dalam bentuk tabungan.
Selama berpuluh tahun pemerintahan UMNO/BN di Sabah, mana dia subsidi yang dinikmati oleh rakyat Sabah? Jangankan subsidi, harta rakyat lagi dirampas! Tanah adat dirampas, pasir dicuri, balak ditebang secara haram, rumah yang didirikan atas keringat rakyat dibakar dan kampung halaman dirobohkan. Semuanya dilakukan ala kerajaan mafia dan ala gangster di Colombia dan Mexico.
Mana dia pemimpin UMNO/BN atau Ketua Menteri UMNO/BN yang sanggup berkorban untuk mengembalikan elaun berjumlah lebih RM200,000 setahun kepada kerajaan sepertimana contoh terpuji yang dizahirkan oleh Menteri Besar Kelantan? Kalau rompak balak itu memang ‘benchmark’ pemimpin UMNO/BN. Jangan cakap soal berkorban.
Akhir sekali, saya suka memperingatkan Rizalman dan seluruh pemimpin UMNO/BN, bahawa masanya sudah hampir untuk giliran kamu berlatih sebagai pembangkang. The time for you and all UMNO/BN leaders to adapt to a new environment as opposition members is imminent. The exercise should start now!

TSUNAMI POLITIK DI SILAM MULA MEMBADAI?


Oleh: SURIATI MAHMUD

APAKAH akan berlaku Tsunami politik di Silam dalam masa yang terdekat ini setelah Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur terselamat daripada ‘Badai’ politik 2008 melalui ‘Silap Mata UMNO Silam’ sehingga UMNO Silam tidak lagi mempunyai Laman Web?
Kejadian perletakan jawatan beramai-ramai AJK Pemuda UMNO Silam sebelum ini menggegarkan kepimpinan Nasrun yang didakwa memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Silam dengan cara tidak sah dan penuh konspirasi; turut membenarkan desas desus akan berlaku Tsunami politik di Silam.
Berita angin ini mula didengar sejak sebulan bulan lalu apabila ramai AJK Bahagian UMNO Silam ‘Ponteng’ daripada mesyuarat UMNO Bahagian selama lebih lima kali berturut-turut kerana tidak senang hati dan kecewa dengan mutu kepimpinan Nasrun yang terlalu lemah.
“Memang benar ada pihak yang telah menghubungi kita dengan niat suci murni mereka, tetapi kita rahsiakan dahulu agar ia akan menjadi kenyataan yang menggembirakan semua pihak, terutama rakyat yang tertindas,” ujar Ketua Cabang PKR Silam, Johani Abdul Halim ketika dihubungi Sabahkini.net.
Johani bagaimanapun mengakui bahawa jumlah mereka yang ingin menyertai PKR agak ramai dan boleh menggugat kepimpinan Nasrun jika menjadi kenyataan, namun enggan mengulas lanjut kerana bimbang akan dimanipulasi pihak lain dan usaha pihak tertentu yang ingin menggagalkan penyertaan ‘Jentera’ UMNO kepada PKR.
Walaupun belum ada tanda-tanda pilihanraya akan dilakukan serentak dengan Sarawak, sekurang-kurangnya menjelang Julai 2011, namun penyertaan berpusu-pusu ahli UMNO ke dalam PKR menunjukkan riak gelombang politik mula membadai kepimpinan UMNO Silam.
“Setakat ini, jumlah kita 17 orang yang telah bersepakat untuk meletakkan jawatan dan menyertai PKR kerana kita berpendapat menyokong Nasrun sama juga dengan menyokong SAPP, berbanding Pakatan Rakyat iaitu PKR. Lebih baik kita keluar UMNO agar dapat berbakti kepada rakyat dengan lebih sempurna,” ujar jurucakap G17 yang telah bersepakat untuk memberikan maklumat awal namun meminta agar namanya dirahsiakan sebagai sahsiah politik.
Kegelinciran kuasa Nasrun yang dianggap sebagai penamat kerjayanya sebagai ahli politik, kata AJK berkenaan bukan lagi ribut dalam cawan tetapi telah menjadi Tsunami politik yang bukan sahaja akan menenggelamkan kepimpinan UMNO di Silam malah mampu mencabar kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang pro kepada Nasrun.
“Kita telah mengemukakan rayuan kepada pucuk pimpinan parti, tetapi rayuan dan aduan kita dipandang remeh dan kita terpaksa membuktikan bahawa kita bersungguh-sungguh membela rakyat kerana selama menjadi AJK UMNO Silam kita bagaikan ‘nasi basi’ yang tidak langsung dipandang Nasrun dan pucuk pimpinan UMNO. Lalu buat apa lagi kita bertenggek di dalam UMNO Silam?,” kata AJK tersebut yang memberitahu bahawa keretakan UMNO Silam bukan rahsia lagi.
Manakala seorang AJK Wanita UMNO turut mengesahkan bahawa empat AJK Wanita telah bersedia meninggalkan perjuangan sia-sia bersama Pergerakan Wanita UMNO Silam yang diterajui oleh Hajjah Saleha Abdul Wahid; namun enggan mendedahkan siapakah AJK terlibat.
“Buat masa ini biarlah menjadi rahsia dahulu dan kita harap Saleha memperbaiki pentadbiran kerana ramai lagi yang akan menyertai kita meninggalkan UMNO Silam,” ujar AJK berkenaan yang turut mencela pentadbiran UMNO Silam yang disifatkannya sebagai ‘Harta Peribadi’ Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Puteri dan Ketua Pemuda.
Sementara itu, salah seorang daripada AJK Pergerakan Pemuda UMNO Silam yang meletakkan jawatan serentak pada 28 Februari 2010, tetapi perletakan jawatan mereka ketika itu tidak dilayan kerana ada AJK yang membelot dan kembali menyokong Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Silam, Halim Ghulam Hassan; mengesahkan bahawa beliau dan enam orang AJK Pemuda yang pernah meletakkan jawatan sebelum ini nekad untuk ‘berkerat rotan dan berpatah arang’ dengan UMNO.
“Kita agak kesal kerana akibat pembelotan beberapa AJK, tujuan asal kita agar diadakan pemilihan semula kepimpinan pemuda UMNO Silam gagal. Kita malu kerana Halim gagal menunjukkan mutu kepimpinan yang baik dan kita rasa menjadi tanggung jawab kita untuk membuat teguran. Tetapi pucuk pimpinan parti menjadi dalang untuk memadam api kecewa kita dengan merasuah tiga AJK Pemuda agar berpaling tadah. Jadi adalah lebih baik kita keluar parti dan menyertai PKR dalam masa yang terdekat,” ujar AJK tersebut yang tidak lagi akan berganjak dengan keputusan nekad mereka.
Dalam pada itu, dipercayai 12 orang Ketua Cawangan UMNO Silam telah diugut oleh pihak berkuasa keselamatan yang PRO UMNO bagi menghalang niat mereka untuk menyertai PKR bersama lebih daripada 250 ahli sedikit masa lagi.
“Ya. Kami telah dipanggil secara berasingan dan diminta memikirkan semula hasrat kami menyertai PKR. Tapi kami bertegas bahawa itu adalah hak kami. Kami bukan PATI sebagaimana yang dimanjakan Ketua UMNO Bahagian Silam. Kami anak jati Silam. Tidak ada gunanya kami dalam UMNO kerana nasib kami dan ahli semakin teruk,” ujar Ketua G12 yang mengetua 12 Ketua Cawangan UMNO Silam yang telah mengisi borang dan menunggu majlis yang sesuai untuk menyerahkan borang mereka secara rasmi kepada pucuk pimpinan PKR.
Kata Ketua G12 itu, mereka tidak gentar walaupun sering didatangi SB dan diugut dengan pelbagai cara termasuk menarik balik jawatan Pengerusi JKKK, Ketua Kampung, lesen berniaga, peruntukan projek dan memberhentikan kerja mereka dengan agensi kerajaan.
“Kami tidak dimakan gertak. Kami ingin hantar mesej kepada Presiden UMNO bahawa UMNO Silam adalah ‘Haram’ kerana begitu banyak ahli hantu sehingga banyak cawangan yang tidak dapat bermesyuarat; apatah lagi masih banyak PATI yang dipelihara Ketua Bahagian,” ujar Ketua G12 yang menyifatkan perlantikan Ketua Penerangan UMNO Silam, Sharif Saidi Shariff Alawi (PATI) telah menjatuhkan maruah orang tempatan.
Senario ini, jika menjadi realiti, Nasrun akan kehilangan jawatan sebagai Ketua UMNO Silam kerana daripada 20 AJK yang dipilih secara sah, 17 daripadanya akan meletakkan jawatan serentak; tidak termasuk lantikan.
Antara punca yang dinyatakan ialah mereka hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan UMNO Silam yang tidak berusaha untuk membantu rakyat miskin dan kecewa Ketua Perhubungan UMNO Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah gagal mempertahankan kredibiliti kerajaan yang dipimpinnya sehingga menerima pelbagai tohmahan pembangkang; tetapi sebenarnya bukan tohmahan sebalik kebenaran yang berbukti secara nyata; terutama kemiskinan yang merantai mereka dan ahli sejak Nasrun menjadi Ketua UMNO Bahagian Silam.

PRICES HIKE AFFECTING CONSUMERS


By: DAP MEDIA
SABAH DAP interior recently conducted a general opinion survey in the rural areas and received numerous public complaints from the rural communities that the increase in fuel prices have resulted in many rural folks and the poor having worse financial burdens as prices of commodities, transportation and services are more expensive.
The prices of certain goods and provisions have increased in prices, and the rural people are worried that the increase in prices of fuel would expect to increase every six months in random with the reduction of fuel subsidies.
Sabah DAP urged the Government to review the increase in prices of petrol, diesel and liquefied petroleum gas that have adversely affected consumers in the rural areas.
The poor rural folks have to depend on public transport to travel from the remote villages to the rural sub-districts and townships on a regular basis to attend to their daily needs, and in search of money to buy food and provisions for their families.
Schooling children are badly affected as their poor parents could hardly afford to pay for bus fares. Ordinary working people in the rural areas complained to Sabah DAP of the heavy cost for their car petrol and maintenance to travel to and fro their villages to their places of work in the townships.
There are also many public complaints from the elderly people who have the needs to visit the rural clinics and district hospital to seek for medical treatments. They lamented that with the high cost of fuel, they have to bear the cost of transportation and other necessities.
Many of the sick and aging folks could hardly afford to pay for the increased in transportation fares if the prices of petrol and diesel keep increasing. Farmers also complained of their difficulties, especially with the increase in the prices of petrol and diesel as this also affected the prices of car maintenance, accessories, spare-parts and services.
The rural roads are bad in many of the rural kampungs and the commuters faced problems in regular maintenance and repairs of their cars and vehicles that cost more with the increase in prices of fuel and commodity.
According to Sabah DAP interior mobile service volunteers, the general public were unhappy and feared that their standard of living became worse. Dr Benjamin Yapp, Sabah DAP Parliamentary Liaison Chief for Keningau and Tenom advised the rural folks to be prepared for the worse, and to practice self-discipline and be prudent in their spending.
In the meantime, Sabah DAP urged the Government to find ways and means to generate revenues and not to burden the hundreds of thousands of rural people who are already living in adjunct poverty and their standard of living in the interior gets from bad to worse. Even business communities in the interior also felt the pinch as prices of materials, transportation, labour charges and services have increased.
Sabah DAP interior Mobile service volunteers came across many hardcore poor families still living in a pitiful state without proper, decent homes and the poor children could hardly afford a decent two meals a day.
Some of the poor rural families have to eat porridge and cheap salted fish and ikan bilis bought from the temu ground just to survive, let alone to buy essential commodities with the ever increasing prices of fuel and commodity imposed by the Government.

Tiada perbincangan perpaduan PAS-Umno

PETALING JAYA: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan bahawa isu perbincangan antara PAS dan Umno tidak timbul langsung.
“Majlis itu adalah majlis Yang Dipertuan Agong, nak bincang dengan Perdana Menteri macamana?,” beliau dipetik berkata oleh laman web Harakahdaily ketika menghadiri majlis santapan malam yang DiPertuan Agong.
“Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan isi perbualan semasa mengadap,” kata beliau yang juga merupakan mursyidul am PAS.
Pertemuan Nik Aziz dengan pimpinan Umno pada 24 Disember lalu dikaitkan dengan kemungkinan berlakunya perbincangan kerajaan perpaduan yang sering dimainkan oleh Umno sebagai satu tipu helah untuk memecah-belah perpaduan Pakatan Rakyat.
Nik Aziz menghadiri majlis santapan malam itu bersama pimpinan PAS atas jemputan Yang Di-Pertuan Agong menerusi mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian baru-baru ini.
Sementara, itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengiyakan bahawa tiada perbincangan politik berlaku semasa majlis santapan malam tersebut.
“Tidak ada perjumpaan lain, selain majlis santapan malam itu,” Hadi dipetik berkata oleh Bernama.
Isu kerajaan perpaduan sudah beberapa kali digembar-gemburkan sebelum ini.
Pada sesi Muktamar Tahunan PAS yang lepas, isu kerajaan perpaduan hampir meretakkan parti tersebut kerana Hadi dan timbalannya Nasharudin Md Isa cenderung untuk menyokong cadangan kerajaan perpaduan manakala Nik Aziz pula menentang keras cadangan ini.

Sodomy trial: ‘Why should I be a witness?’

PETALING JAYA: DAP chairman Karpal Singh brushed off a suggestion that he should be called as a witness in the ongoing sodomy trial of Opposition Leader Anwar Ibrahim.
Bayan Baru MP Zahrain Mohd Hashim, an independent MP, yesterday urged Attorney-General Abdul Gani Patail to call Karpal as a prosecution witness.
Zahrain referred to Karpal’s earlier admission that he had urged the government to investigate Anwar for the first sodomy allegations in 1997 and that Karpal had met with the complainants in that case.
Zahrain said Karpal must be called as he possessed “important information” about Anwar’s alleged acts.
“It is mind-boggling that Zahrain can suggest that the attorney-general call me as a witness in Anwar’s trial involving Mohd Saiful Bukhari Azlan after Anwar had been cleared by the Federal Court (of the first sodomy),” Karpal said in a statement today.
“I cannot see how I can give any material evidence in Anwar’s ongoing sodomy trial… ”
Karpal is now Anwar’s counsel in the present case where Anwar is being charged with sodomising Saiful in June 2008.
Karpal admitted that he, as an opposition MP, did urge that Anwar (who was an Umno leader then) be investigated for sodomy after the complainant, Azizan Abu Bakar, had met him.
“True, I had called for an investigation… Dr Mahathir Mohamad, then prime minister, immediately came out publicly in support of Anwar saying, on Aug 23, 1997 that the alegations were ridiculous and that the case had been closed,” he said.
‘Zahrain’s ignorance exposed’
Karpal added that the then Inspector-General of Police Rahim Noor had also said on Sept 2, 1997, that investigations showed there was no truth in the allegations.
“Subsequently, the then A-G Mohtar Abdullah publicly stated that the allegations were baseless and no action was to be taken.”
But Karpal said after Anwar was dismissed as the deputy prime minister and finance minister on Sept 2, 1998, he was jointly charged with Sukma Darmawan Sasmitaat Madja with sodomising Azizan Abu Bakar.
“I was, in fact, subpoenaed as a prosecution witness in that trial, in which initially I defended Sukma. I was then invited by Anwar to join his defence team in the course of the trial, which I did.”
Karpal said Sukma was later represented by Jagdeep Singh Deo and Gobind Singh Deo and there were no objections from the prosecution team, led by Mohtar, of him joining Anwar’s team.
“Anwar was freed by the Federal Court of the charge against him involving Azizan Abu Bakar on Sept 2, 2004, and his conviction and sentence of six years imprisonment and two strokes of the rotan were set aside.”
“Zahrain’s ignorance is clearly exposed,” said Karpal.
“I would advise Zahrain in future to be sure of his facts before making public statements. He should think before speaking.”

1Malaysia: Harga didahulukan, Nilai diperlekehkan

Bukan Melayu sahaja, tetapi 1Malaysia memasuki zaman harga didahulukan, nilai diperlekehkan.  Manusia dilatih untuk menyukat dan mengukur berdasarkan harga, tetapi gagal membezakan antara yang benar dengan yang salah.  Manusia sebagai insan dalam masyarakat ini kehilangan keupayaannya untuk menilai apa yang harus dan sebaliknya, tetapi sekadar mampu untuk bertanya berbaloi atau tidak.
Saya tidak pasti sama ada "lonjakan nilai" yang diperhatikan Hishamuddin Rais ini hasil daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dijulang United Malays National Organisation (UMNO), dan saya gagal meramalkan apakah pula bentuk masyarakat 1Malaysia pada hari ini jika tanpa DEB.  Namun, saya amat yakin bahawa krisis nilai turut melanda masyarakat bukan Melayu, sekurang-kurangnya masyarakat Cina.
Untuk saya, sesebuah masyarakat masih tidak berada pada tahap paling bahaya jikalau hitam diputihkan dan putih dihitamkan.  Ia sekadar munafik namanya apabila seseorang itu mengingkari naluri hatinya - sama ada disebabkan beliau tunduk kepada realiti mahupun goyah kerana tekanan.  Namun, kayu ukur masih berada dalam genggamannya - seseorang itu sedar mana yang betul dan mana yang salah - cuma beliau tidak memilih yang betul mengikut hatinya.
Tetapi sesebuah masyarakat akan berada pada tahap yang paling bahaya apabila hitam dan putih dikelabukan.  Ia berlaku apabila seseorang itu tidak berpegang, malah bersahaja dengan apa yang benar dan apa yang salah.  Garis yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dikaburkan begitu sahaja.  Pada hakikatnya, kita tidak perlu menunggu sehingga tahun 2019 untuk menjadi muflis dari segi nilai.  Kita telah bankrap nilai pada detik saat kita tidak percaya apa-apa.
Penduduk Taiwan bangkit menjulang nilai
Sekali imbas, masyarakat Cina di merata dunia amat terharu pada September 2006, apabila jutaan penduduk Taiwan bangkit untuk menjatuhkan Chen Shui-bian, Presiden Taiwan pada ketika itu yang terpalit dengan amalan nepotisme, membabitkan isteri dan menantu Chen Shui-bian.  Penduduk Taiwan menyarung jersi berwarna merah, mengepung kediaman rasmi Chen dalam hujan, tak kira siang mahupun malam - menuntut agar Chen berundur dari jawatannya segera!
Angka rasuah yang terbabit sememangnya gagal menandingi komisen yang dipunggah ketika Malaysia membeli kapal selam Scorpene.  Namun di sini hebatnya ketamadunan sesebuah masyarakat yang tidak sekadar menyoal "berbaloi atau tidak".  Antara mereka yang menyertai perhimpunan dan perarakan aman ini termasuklah golongan pendidik.  Ketika ditanya, dengan jujur mereka berkata, "Kami menghadapi kesukaran untuk mendidik anak murid kami, jikalau kita membenarkan Presiden yang tidak jujur dan tidak tahu malu ini untuk terus kekal pada jawatan tersebut."
Mahu atau tidak, sama ada kamu memangkahnya atau tidak pada kertas undi, Presiden adalah lambang sesebuah negara yang terpilih melalui sistem demokrasi (dalam konteks Taiwan).  Penduduk Taiwan akhirnya tidak rela diwakili seorang Presiden yang muflis nilainya - kerana terlibat dalam rasuah, malah enggan memohon maaf dan meletak jawatan selepas terdedah kesalahannya.
"You help me, I help you"
Tanpa berselindung penganalisa, pemerhati politik, kolumnis dan wartawan media cetak bahasa Cina tempatan menzahirkan kekaguman mereka terhadap tekad penduduk Taiwan, yang tidak berganjak selangkah pun untuk mempertahankan benteng ketamadunan mereka.  Pujian dan sanjungan dikalung-kalungkan pada leher Shih Ming-teh (gambar kanan, bawah), pemimpin gerakan sosial Taiwan untuk menolak rasuah dan mendesak agar Chen Shui-bian berundur.
Media cetak bahasa Cina Malaysia terbeliak dengan ketegasan rakyat Taiwan untuk menolak rasuah, mengangkat nilai kejujuran dan menjulang keadilan.  Jelas, itu bukan soal "harga" rasuah, tetapi maruah yang berlandaskan nilai.
Demonstrasi menggulingkan Chen Shui-bian berlaku sebelum tsunami politik pada 8 Mac 2008.  Saya masih teringat bagaimana pembangkang kita pada ketika itu cuba menyamakan Khairy Jamaluddin dengan menantu Chen.  Malah, sesetengah masyarakat Cina yang teruja dengan demonstrasi di Taiwan, turun ke gelanggang untuk menyertai perhimpunan BERSIH pada tahun 2007.  Dan di sini berlakunya sesuatu yang meluat dalam media cetak bahasa Cina.
Apabila kaum Cina buatan Malaysia turun ke jalan raya untuk menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih, media cetak tempatan bahasa Cina pula membuat liputan dari persektif bagaimana demonstrasi ini mengakibatkan kesesakan jalan raya - jauh terbabas dari tema asalnya.  Nilai keadilan yang cuba ditegakkan di sepanjang jalan menuju Istana Negara dibingkaikan menjadi gambar kesesakan kereta yang tidak bernyawa di muka akhbar.
Peristiwa yang menjijikkan ini tidak berhenti begitu sahaja.  Apabila Perdana Menteri Najib Razak tanpa segan silu menyogok pengundi Rasa dengan janji peruntukan RM3 juta kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (c) Rasa sebelum hari pengundian PRK Hulu Selangor, dan menyerahkan cek selepas itu walaupun hilang sokongan Cina - ia dilaporkan dari perspektif "PM tunai janji".  Dengan kata lain, RM3 juta yang gagal untuk membeli hati pengundi, cukup pula untuk menggadaikan nilai kejujuran!
Belum lagi dengan ungkapan terkenal Najib berbunyi "You help me, I help you" ketika PRK Sibu, yang telah menodai nilai saling membantu dalam Pendidikan Moral.  Saya tidak berminat untuk menyindir Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mencadangkan agar ungkapan Najib ini dijadikan iklan membanteras rasuah, saya cuma ingin bertanya kepada guru besar dan guru sekolah, bagaimana anda mendidik anak murid anda untuk bersikap jujur dan bersih, apabila kita menggantung gambar pemimpin sebegini rupa pada dinding sekolah?
Masyarakat muflis nilai
Di sini ranapnya ketamadunan masyarakat kita.  Apabila Barisan Nasional dilemparkan tuduhan rasuah, ia akan dibalas dengan "Pakatan Rakyat rasuah juga".  Akhirnya yang dibandingkan adalah harga - angka tawaran / sogokan mana yang lebih lumayan, jarang sekali ditimbang mana yang lebih berat dosanya.  Ia berbalik kepada ukuran harga, dan nilai "kejujuran" terus diperlekehkan.
Lama-kelamaan ia menjadi kebiasaan.  Setiap anggota masyarakat cuba membiasakan diri dengan rasuah, dan kemudiannya jenayah seperti rogol dan bunuh - seolah-olah rasuah bertujuan untuk membantu seandainya dihulurkan dari tangan Perdana Menteri; seakan-akan jenayah hanyalah cerita lama apabila masa berlalu.  Duit kopi bukan rasuah jika ia bernama komisen, pembunuhan menjadi perkara kecil jika mayat diletupkan menggunakan C4.
Sikap sedemikianlah yang membantutkan diri kita - kita sekadar mampu untuk mengkagumi demokrasi negara lain, tetapi tidak sesekali memperjuangkannya di bumi yang dipijak.
Untuk saya, masyarakat kita ini semakin cetek untuk mendalami sesuatu yang gagal dilihat mata kasarnya - perspektif yang semakin sempit apabila menilai segala-galanya dengan "harga".  Otak masyarakat 1Malaysia tergendala apabila disumbat dengan angka dan huruf besar seperti NEM, ETP, NKEA, NKRA dan sebagainya.  Maka 1Malaysia sujud berkiblatkan angka dan harga.  Mereka bangkit menumbuk udara melaungkan "Ketuanan Melayu".  Bermati-matian mereka berperang menuntut kuota 30% , 51% atau 67%.... Mereka ghairah menyifatkan pemansuhan duti import seluar dalam berjenama dalam Belanjawan 2011 sebagai mesra rakyat, tanpa belas kasihan sehiris pun kepada golongan berpendapatan rendah yang terpaksa berhempas pulas membanting tulang untuk tepung susu bayinya...
Demi "harga" kita gadaikan "nilai" - demi peruntukan bangunan sekolah kita gadaikan jiwa pendidikan yang sebenarnya.  Saya gagal melihat di manakah masa depan masyarakat 1Malaysia seandainya kita dahulukan harga dari nilai, utamakan angka dari jiwa.  Percayalah, bangunan seutuh manapun bakal ranap jika ditimpa bencana.  Cuma, seandainya ketamadunan 1Malaysia begitu rapuh sehingga hancur berkecai hanya dengan tusukan satu jari telunjuk, bagaimanakah agaknya kita mendirikan jiwa yang roboh di atas Menara 100 tingkat yang mencakar langit?

Rogol Amah: SAMM Buat Laporan Polis Esok



SHAH ALAM 4 JAN: Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan membuat satu laporan polis esok berhubung salahlaku seorang menteri di dalam kabinet Malaysia yang didakwa terbabit merogol pembantu rumah warga Indonesia .
Laporan akan di buat di IPD Seremban Dua, Jam 10.30 pagi.

Dikendalikan Soladiriti Anak Muda Malaysia(SAMM), Badrul berkata segala dokumen berkaitan akan dedahkan sebagai bukti yang mengaitkan menteri terbabit dan mendesak agar perkara ini dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Terdapat dokumen yang mengaitkan beliau. Jadi demi keadilan kepada mangsa dan menteri tersebut, polis harus tampil jalankan siasatan. Kedua, Najib(Perdana Menteri) perlu nyatakan pendirian tegas dalam hal ini dan rakyat Malaysia perlu lakukan sesuatu kalau tidak jangan marah jika orang Indonesia berkumpul dan menyerang identiti negara. Kerana sekali lagi rakyat Indonesia diperlakukan sebegitu, tanpa pembelaan. Malah diberi perlindungan dan keistimewaan kepada penjenayah itu," katanya.

Beliau menyifatkan pihak berkuasa dilihat sengaja menutup mata mengenai kes ini apabila ia mengaitkan menteri kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Perkara ini lebih kritikal apabila esok kita akan maklumkan dan dedahkan isyarat dari keluarga mangsa mereka dalam ketakutan dan kalau boleh jangan  dedahkan identiti mangsa kerana mereka takut 'diAltantyuakan'. Malaysia punya rekod yang terpalit sebegini dan merugikan negara," jelasnya yang juga Ketua Cabang PKR Rembau.

Sebelum ini isu yang tersorok selama tiga tahun muncul semula di alam siber sejak beberapa minggu lalu apabila ia didedah oleh laman WikiLeaks.

Kejadian rogol ini ddakwa berlaku semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagaimanapun mangsa dan keluarganya merayu agar identiti mereka dirahsiakan.

Ini kerana mereka bimbang impak skandal itu ke atas mereka dan kemungkinan menteri berkenaan yang kini berkhidmat di bawah pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai kesan kepada mereka meskipun berada di Indonesia.

Menurut sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh adik perempuan mangsa yang disiarkan di beberapa blog dan dihantar ke kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, kejadian rogol itu terus dirahsiakan kerana “menteri berkenaan mempunyai banyak wang dan kenalan di Indonesia.”

“Adalah dikhuatiri sesuatu akan berlaku kepada keluarga dan kakak saya seperti yang berlaku dalam kes Altantuya di Malaysia,” petik surat  adik perempuan mangsa.

Pindaan Untuk Kembalikan Kuasa Sultan Uji Kesetiaan ADUN Umno-BN



SHAH ALAM 4 JAN: Cadangan pindaan undang-undang tubuh negeri Selangor  bagi mengembalikan kuasa  kepada Sultan dan Menteri Besar untuk melantik  tiga pegawai eksekutif termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri bakal menguji kesetiaan Adun-Adun Umno-Barisan Nasional(BN) terhadap istana.

Pindaan yang dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat itu memerlukan majoriti dua pertiga untuk diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor, bermakna sokongan ADUN BN adalah perlu bagi memulihkan kuasa Sultan yang ditarik balik oleh pemerintah ketika krisis perlembagaan pada tahun 1993.

Pakatan Rakyat mempunyai  35 daripada 56 kerusi DUN Selangor, kurang  tiga untuk majoriti dua pertiga.

Pindaan yang dicadangkan oleh kerajaan negeri  Pakatan Rakyat  bertujuan  mengembalikan kuasa perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

Pindaan itu dicadangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah Putrajaya memulau  kerajaan negeri dan melantik bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK,  berkuatkuasa 1 Januari.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohamad Sidek Hassan mendakwa Sultan Selangor  memperkenan perlantikan itu walaupun ia dibuat tanpa sebarang rujukan atau perbincangan dengan  kerajaan negeri.

Namun dalam pertemuan dengan Tan Sri Khalid semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah menjelaskan baginda tidak ada kuasa untuk menerima atau menolak pelantikan Khusrin.

Ini kerana kuasa yang ada pada Istana bersabit pelantikan jawatan-jawatan kanan kerajaan negeri   ditarik balik oleh Umno-Barisan Nasional pada tahun 1993 bagi menambah kuasa kerajaan persekutuan. 

Speaker Dewan Negeri Selangor Datuk Teng Cheng Khim  yakin  ADUN-ADUN Umno-BN tidak akan bermasalah untuk memberikan sokongan kepada usul pindaan bagi memperkukuhkan kuasa Sultan.

“Saya akan meluluskan pindaan itu jika ia mendapat persetujuan dua pertiga ahli dewan.  Kita tidak boleh menganggap ini tidak akan berlaku kerana Menteri Besar boleh menyakinan beberapa ADUN pembangkang(BN)  untuk memberi sokongan,” beliau memberitahu sidang akhbar. 

Menjawab soal wartawan, Teng  berkata pindaan itu boleh dikuat kuasakan pada 1 Januari 2011 jika usul berkenaan dibentangkan sedemikian.

Jika ini berlaku, maka pelantikan Khusrin mungkin tidak sah kerana melanggar pindaan baru yang berkuatkuasa itu.

Teng berkata setakat ini beliau belum menerima sebarang notis rasmi daripada kerajaan negeri untuk mengadaan sidang tergempar bagi membentangkan usul pindaan yang diumumkankan oleh Khalid semalam.

Namun beliau menjelaskan bahawa sidang DUN boleh dipanggil pada bila-bila masa tanpa jika Speaker berpuas hati atas keperluannya.