Isnin, 3 Januari 2011

Khusrin: Tidak Akan Lepas Jawatan SUK..!!!

SHAH ALAM 3 JAN : Walaupun tidak dibenarkan menyertai mesyuarat Exco kerajaan negeri dan majlis-majlis rasmi yang lain, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) baru Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi berkata beliau tidak akan melepaskan jawatan itu.

Pelantikan Khusrin sebagai SUK adalah ibarat durian runtuh untuk bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu.

Ini kerana beliau diangkat daripada kategori pegawai gred Jusa C bagi mengisi jawatan SUK yang bertaraf Jusa A.

Khusrin memulakan tugasnya hari ini.Namun beliau tidak mahu menjawab desas-desus bahawa perlantikan beliau berserta kenaikan kenaikan pangkat yang begitu tinggi adalah untuk memenuhi agenda politik Umno semata-mata.

"Saya dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, saya yakin mereka ada jawatankuasa untuk menilai kelayakan. Saya tidak boleh komen kerana saya tidak boleh menilai diri sendiri," jelasnya.

Khusrin berkata beliau memahami tanggungjawabnya terhad dengan kemelut bersabit pelantikannya namun itu bukan masalah kepadanya.

"Perlantikan saya dari segi undang-undang tubuh adalah sah, cuma saya perlu angkat sumpah di depan Menteri Besar, iaitu sumpah menyimpan rahsia. Selagi ini tidak dibuat, saya tahu saya tidak boleh masuk mesyuarat Exco. Bagi saya tidak ada masalah," jelasnya.

Selaku SUK negeri paling maju dan kaya di Malaysia, Khusrin terpaksa berurus dengan pelabur-pelabur asing disamping mengariskan dasar-dasar kerajaan negeri di peringkat antarabangsa.

Semua itu memerlukan keyakinan kepada program-program kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan kebolehan bertutur bahasa antarabangsa untuk menyampaikan mesej yang jelas.

"Ya saya akui saya ada kelemahan dari segi itu, tetapi itu tidak menghalang saya dari melakukan tugas. Saya mengaku saya tidak fasih, tetapi saya faham," katanya.

Bukan sahaja kelayakan Khusrin dipersoalkan untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, tetapi turut dipersoalkan ialah pendirian beliau sebagai pegawai kerajaan yang berprinsip. 

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata keghairahan Khusrin untuk menerima pelantikan beliau adalah petanda jelas beliau lebih cenderung menerima arahan dari Putrajaya tanpa mempersoalkan kewajaran arahan itu.

"Orang yang mengikut arahan sahaja tanpa kira betul atau tidak itu yang menjadi masalah. Kita mahu orang yang memahami profesionalism dia sendiri dan kita mahu orang yang tahu bagaimana untuk memainkan peranannya seperti yang dikehendaki kerajaan negeri," katanya.

Khalid berkata tindakan Putrajaya meminggirkan kerajaan negeri dari proses pemilihan calon SUK hanya mengundang kecurigaan dan kesangsian.

"Diorang semua tahu yang kerajaan negeri juga ada calon dan proses pemilihan, tetapi perlantikan dibuat secara diam-diam. Kerajaan negeri berhak untuk sangsi dengan perlantikan itu. Apakah peranan yang kita inginkan seorang SUK lakukan? soalnya.

Pemimpin Umno yang sepatutnya ke ‘tali gantung’ kerana mansuh kuasa Raja Melayu

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar berkata, bukan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Shuhaimi Shafie yang sepatutnya dijatuhkan ‘hukuman gantung’, sebaliknya pemimpin Umno yang telah melucutkan kuasa raja-raja Melayu pada 1983 dan 1993.

Shamsul berkata demikian mengulas tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) yang mahu  Shuhaimi Shafie ‘dihukum gantung’ kerana kononnya cuba mencetuskan ‘peperangan terhadap Sultan Selangor’, berdasarkan satu tulisan di  blog beliau.

Kedua-dua NGO berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam yang mahu Shuhaimi diheret mengikut Seksyen 121 Kanun Jenayah atau Seksyen 121 (1B), masing-masing memperuntukkan hukuman gantung dan penjara seumur hidup.

“Bagi saya ini adalah tindakan terdesak yang dilakukan Perkasa dan Gaps yang menggambarkan mereka tidak memahami undang-undang sedia ada, sebaliknya jelas mereka sebenarnya didokong oleh Umno, ” kata Shamsul.

Menurut Shamsul, beliau percaya apa yang ditulis Shuhaimi berdasarkan takrifan dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, dalam konteks kuasa yang ada pada Sultan dan bukan bermakna ‘mengisyitiharkan perang kepada baginda.

Perkara itu, katanya diperkukuhkan lagi dengan penjelasan Sultan Sharifuddin Idris Shah hari ini, bahawa baginda tidak dapat berbuat apa-apa dalam isu pelantikan SUK yang baru, Datuk Khusrin Munawi kerana kuasa yang ada pada baginda telah dilucutkan ketika pindaan perlembagaan pada 1993.

Jesteru Shamsul melontarkan pertanyaan kepada Perkasa dan Gaps tentang siapakah sebenarnya yang telah menghina raja-raja Melayu dengan meminda perlembagaan pada 1983 dan 1993.

“Sepatutnya pemimpin Umno pada waktu itu lah yang dibawa ke tali gantung kerana menderhaka kepada raja. Kerana Umno-BN lah yang terang-terang telah menempelak kuasa yang ada pada raja-raja Melayu. Jadi siapa sebenarnya yang telah menderhaka kepada raja-raja Melayu kalau bukan Umno,” tegas Shamsul.

Krisis utama yang membabitkan Raja-Raja dengan Kerajaan Persekutuan berlaku pada 1983 membabitkan soal perkenan diraja dalam penggubalan rang undang-undang yang diluluskan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, serta kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam mengisytiharkan darurat.

Pindaan Perlembagaan 1983 itu bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka, Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja, yang telah meletakkan kedudukan raja dipandang hina di mata rakyat.

Pindaan Perlembagaan tahun 1993 pula melibatkan cubaan Umno menghapuskan imuniti raja-raja meskipun keputusan Majlis Raja-Raja pada masa itu meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut, namun ditolak Umno.

Media-media massa yang dikawal Umno pada masa itu menyiarkan kenyataan biadap beberapa Menteri yang mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat Diraja tertentu.

Tegas kawal harga minyak masak, elak disorok

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku kenaikan harga minyak masak tahun ini bagi mengelakkan berlakunya perbuatan menyorok barang kawalan itu.
Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, selagi kerajaan tidak mengeluarkan satu kenyataan yang tegas, spekulasi kenaikan harga akan terus berlaku dan peniaga akan terus menyoroknya manakala pengguna pula membuat pembelian panik.
"Sehingga hari ini kabinet belum buat keputusan lagi sama ada nak naikkan harga (minyak masak) ataupun tidak.
"Jadi kalau ada khabar angin kenaikan harga ini, memang munasabahlah. Ini akan menimbulkan suasana kenaikan harga barang.
"Saya harap kerajaan bertegas mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan menaikkan harga minyak masak dalam tempoh setahun ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kehabisan bekalan minyak masak di Lembah Klang dan beberapa negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak seminggu lalu.
Beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Krai turut berkata, pengumuman kerajaan akan melegakan semua pihak dan peniaga tidak boleh mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang.
"Pengumuman kerajaan paling tidak akan melegakan rakyat dan menolak sebarang khabar angin dan juga hasrat mana-mana pihak untuk menaikkan harga barang," katanya.
Menurutnya juga, bekalan minyak masak dalam negara tidak akan habis kerana Malaysia merupakan negara pengeluar utama minyak.
"Bekalan tak habis, tapi ada pihak yang mengambil kesempatan berpunca daripada khabar angin dan ketidaktegasan kerajaan menangani situasi ini," katanya.
Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50).
Terdapat peniaga yang menyorok bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga akan naik sebanyak 40 sen sekilogram.
Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.
Timbalan menterinya, Datuk Tan Lian Hoe berkata, jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai.
Beliau berkata, kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan.

Kerajaan negeri belum buat keputusan pengganti Rosmah

SHAH ALAM, 3 Jan – Kerajaan Selangor belum membuat keputusan mengenai calon Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) walaupun ada cadangan melantik pemimpin politik.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelantikan canselor baru itu hanya akan dibuat selepas kerajaan negeri bermesyuarat dengan Unisel.
Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini sebagai mengulas kenyataan pelajar Pro-Mahasiswa Unisel yang tidak mahu ahli politik atau yang berlatar belakang politik dilantik sebagai canselor baru menggantikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Sebelum ini, dilaporkan ada pihak mencadangkan sama ada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau bekas Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali dilantik ke jawatan tersebut.
Pada November lepas, Rosmah yang dilantik sebagai Canselor Unisel pada Feb 2006 mengumumkan pengunduran diri daripada jawatan itu sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir pada Februari ini.
Terdahulu pada satu sidang media pagi tadi, Presiden kumpulan Pro-Mahasiswa Unisel Muhammad Nasir Abu Bakar berkata mereka mahukan seorang ahli akademik sebagai canselor.
Mereka turut mencadangkan kepada kerajaan negeri dan pihak pentadbiran Unisel agar mempertimbangkan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sebagai canselor baru berikutan pengalaman luas beliau dalam bidang akademik.
Muhammad Nasir berkata penuntut Unisel juga menolak campur tangan parti politik dalam pembangunan pendidikan negara.
“Mahasiswa-mahasiswi Unisel menggesa supaya pendidikan bebas daripada campur tangan politik yang jelas menunjukkan bertujuan untuk menjaga  posisi dan kedudukan seseorang,” katanya. – Bernama

Ops Gerhana mahu tukar kepimpinan PAS...la...ada lagi budak kulim nie....he.he..!!!

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Bharu Zulkifli Noordin mendakwa sudah ada perancangan sulit untuk menukar barisan kepimpinan PAS pada pemilihan Jun ini menerusi usaha dikenali sebagai “Ops Gerhana”.
Katanya, kepimpinan golongan ulama yang bertapak sejak lebih tiga dekad lalu hendak ditukar dengan “Kaum Si-Tanggang” – calon-calon yang kononnya dikatakan lebih bersifat moden dan profesional.
Zulkifli (gambar) mengeluarkan pandangan ini ketika terdedah laporan bahawa pemimpin-pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Disember lalu.
Pertemuan itu turut dilaporkan dihadiri Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di sini.
“Apa yang lebih memeranjatkan teman ialah sudah adanya satu perancangan sulit dibuat untuk menukar saf kepimpinan PAS yang dikuasai oleh para ulama sekarang kepada golongan yang dikenali sebagai “Kaum Si-Tanggang” pada Muktamar Agung PAS Jun 2011 nanti.
“Teman mendapat maklumat satu gerak saraf dan kempen halus sedang dijalankan untuk meletakkan calon-calon yang kononnya dikatakan lebih bersifat moden dan profesional menggantikan kepimpinan “serban jubah” yang kelihatan kolot dan kekampungan; yang jelas bagi para Pak Tanggang ini akan memalukan untuk dibawa bermahkota di Putrajaya nanti,” katanya.
Pemilihan dua tahun sekali PAS dikatakan tidak akan ditangguhkan walaupun ada cakap-cakap bahawa pilihan raya umum ke-13 diadakan tahun ini.
Dalam blognya hari ini, bekas ahli PAS dan PKR ini berkata, “bila teman tengok di kalangan pak jangoat di Parlimen pun dah jelas.”
“Ramai di kalangan mereka dah malu nak pakai kopiah, walaupun sebelum ditabal sebagai YB kopiah tak lekang dari kepala.
“Hari ni, tinggal beberapa kerat sahaja yang mahu berkopiah, yang lain dah jadi YB Tanggang dah pun,” katanya lagi.
Zulkifli yang dipecat PKR awal tahun lalu menambah, dalam perancangan itu, beliau diberitahu bahawa beberapa nama telah disenaraikan untuk menandingi semua jawatan utama termasuk presiden, timbalan presiden dan naib-naib presiden.
“Dan, jawatan setiausaha agung serta bendahari agung juga akan dilantik daripada kalangan kaum tanggang ini. Siapa mereka, insya-Allah tiba masanya akan teman dedahkan.
“Namanya telah pun diberikan kepada teman, cuma teman perlu buat beberapa rujukan dan ‘counter check serta double check’ sebelum teman dedahkan,” katanya.
Wakil rakyat Konsensus Bebas ini berkata, beberapa mesyuarat dan perbincangan sulit telah pun mereka adakan untuk merancang dan melaksanakan konspirasi “Ops Gerhana”.
“Jika konspirasi sulit ini berjaya dilaksanakan, teman cukup percaya dan yakin prinsip dan semangat perjuangan PAS akan berubah daripada negara Islam kepada Putrajaya, demi memahkotakan pemimpin yang ditabal oleh bininya sendiri sebagai anugerah tuhan.
“Sebab itu teman namakan konspirasi ini sebagai ‘Ops Gerhana’, pakatan untuk menggelapkan lambang bulan purnama PAS dengan perjuangan negara Islamnya! Semoga perkara itu tidak terjadi, na’uzubillah,” katanya.
Oleh itu tambah beliau, menjadi tanggungjawab semua ahli PAS mengekalkan kepimpinan yang ada, yang bernaung di bawah kepimpinan ulama.
“Saudara-saudari akan diduga dengan habuan dan jawatan, dan mereka yang gelap mata pasti akan tewas,” katanya.

Bukan Malaysia, tapi Marussia...fuhh Mantop beb...!!!

Ganazzzz ..... !
Kereta ni adalah Supercar yang terkenal di Rusia. Di beri nama Marussia B2.
Rekaan dalaman yang menarik di lengkapi dengan 4 kamera. Setipa kamera di letak di sisi kenderaan. Imej boleh di lihat menerusi paparan LCD di dalam nya.
Mempunyai gear 6 kelajuan automatik. Mencapai kelajuan 100km di dalam masa 3.8 - 4.2 saat. Maksima kelajuan 260km/jam. Berharga 100,000 Euro.

Terkini Dari Labis...Polis cuba gagalkan ceramah Anwar





Sumber Foto : Yb Tian Chua.

Selangor : Orang UMNOpun getik dan meluat pada kelaku pemimpin UMNO ...

Oleh : Aspan Alias
Secara peribadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang telah mengambil keputusan untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa melantik 3 Ex-offico dalam barisan Exco Kerajaan Negeri kepada Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor dengan nasihat Menteri Besar. Ketiga-tiga jawatan yang dimaksudkan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Dalam peruntukkan sekarang Kebawah Duli Tuanku telah dilucutkan kuasa melantik ini semasa krisis perlembagaan 1993 yang dicetuskan oleh UMNO pimpinan Dr Mahathir. Saya telah menulis isu ini acapkali didalam blog ini beberapa ketika dahulu untuk membayangkan kekesalan diri saya sendiri diatas tindakkan pemimpin UMNO semasa itu yang beriya-iya benar untuk menghakis kuasa Raja-Raja Melayu termasuklah kuasa Raja-Raja Melayu untuk melantik 3 jawatan Ex-Officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-Negeri diseluruh Negara.

Tuanku Sultan telah bertitah yang Baginda tidak ada kuasa untuk menerima dan menolak nama sesiapa yang dicadangkan oleh PSC kepada Baginda kerana kuasa itu telah ditarik balek hasil dari krisis perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. Semasa itu UMNO bertindak tanpa sebarang ‘mercy’ kepada Raja-Raja Melayu dan kata-kata pemimpin kita semasa itu sangat mengguris hati orang Melayu seperti saya yang tahu tidak ada Melayunya seseorang itu tanpa Raja yang berdaulat.

Saya sedang tercari-cari potongan-potongan akhbar yang boleh membuktikan perlakuan pemimpin-pemimpin kita semasa itu tetapi sampai sekarang saya belum terjumpa lagi. Saya pernah berucap dimerata-rata diseluruh negara membidas tindakkan UMNO ‘menderhaka’ kepada Raja-Raja Melayu tetapi seperti biasa saya menjadi mangsa kutukkan pihak pimpinan UMNO kerana kononnya saya dan ramai yang lain telah menderhaka kepada UMNO.

Sekarang UMNO baru merasakan betapa lemahnya mereka dan dimana-mana pimpinan mereka sedang berlindung dicelah ketiak Raja-Raja Melayu. Sekarang Najib baru merasakan betapa pentingnya Raja-Raja Melayu dan pernah berkata didalam perhimpunan agung UMNO yang lalu yang Raja-Raja masih ada kuasa untuk melantik pimpinan Kerajaan jika ada pihak yang akan cuba untuk mengambil alihnya. Tetapi beliau selaku Ketua Pemuda semasa itu bersama-sama berlegar keseluruh negara untuk mendapat sokongan untuk melakukan kepada pindaan perlembagaan itu.

Sekarang UMNO pula yang menuduh pihak pembangkang yang menderhaka sedangkan kuasa Raja telah menjadi tirus seperti tali gasing yang dilakukan oleh pindaan perlembagaan dicetusan oleh UMNO semasa itu. Kepada semua yang membidas saya tidak berapa lama dahulu elok berfikir; siapa yang durhaka kepada Raja-Raja Melayu….UMNO kah atau pembangkang?

Saya bergembira kerana Negeri Selangor akan memanggil sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Kebawah Duli Tuanku dengan nasihat Menteri Besar seperti sebelum pindaan yang dilakukan oleh UMNO pada tahun 1993 dahulu.

Rupa-rupanya Pakatan Rakyat (PR) yang membuktikan mereka adalah pihak yang mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Jika UMNO jujur dengan apa yang mereka katakan sekarang Negeri-Negeri yang ditadbirnya mengembalikan peruntukan itu kepada peruntukkan asal semasa perjanjian persekutuan ditanda tangani dahulu. Ikutlah contoh Kerajaan Negeri Selangor jika benar UMNO mendaulatkan Raja-Raja Melayu. Jangan bercakap manis dimulut sahaja ibarat menanam tebu dihujung bibir.

Setelah dululuskan oleh DUN Selangor pindaan ini nanti maka Negeri Selangor akan menjadi Negeri yang pertama yang telah sedar dan bertindak membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh UMNO pada tahun 1993 dahulu. Didalam sidang khas itu wakil-wakil UMNO wajar memberikan sokongan kepada usul pindaan itu jika UMNO benar-benar telah berubah dan mendaulatkan Raja-Raja Melayu seperti sebelum pindaan pada tahun 1993 itu.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakyat Negeri Selangor diatas kejayaan saudara-saudari sekelian.

GEMPAR!!! Laporan Polis Terhadap Menteri Perogol Amah !!!


Ayuh bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) & Che'gubard ke Sidang Media Pendedahan Bukti Dokumen Menteri Rogol Amah & Laporan Polis Pada 5 Jan 2011 (Rabu) Jam 10.00 Pagi di IPD Seremban 2.  

Demi menjaga maruah Negeri Sembilan , Chegubard, SAMM dan rakyat N.Sembilan akan berkumpul beramai-ramai di IPD Seremban 2 untuk menyerahkan bukti dokumen bahawa salah seorang Menteri Kabinet Najib telah merogol seorang amah ~Pertanyaan 012-3696474 Azizi~

Azam tahun baru peguam

Oleh Puspawati Rosman

Ketika a rtikel ini ditulis, lagi beberapa hari nak masuk bulan Januari 2011. Ramai orang sibuk buat azam baru tetapi bukan saya. Ini kerana azam saya sejak beberapa tahun yang lepas pun belum tercapai lagi, iaitu untuk melihat pemansuhan akta ISA dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Jadi saya mengambil keputusan untuk tidak perlu membuat apa-apa azam lagi tahun ini. Buat penat badan sahaja.


Bagaimanapun, empat tahun yang lepas, bulan Januari itu adalah bulan yang sungguh istimewa bagi saya. Ini adalah kerana pada Januari 2007, saya telah mendapat lesen penuh untuk beramal sebagai peguam.

Dalam tempoh empat tahun menjadi peguam, macam-macam yang telah saya pelajari, bukan sahaja dari segi pengamalan undang-undang dan profesyen, tetapi juga sebagai seorang manusia.

Sebelum seseorang boleh mendapatkan lesen untuk beramal sebagai peguam, beliau wajib menjalani latihan dalam kamar selama sembilan bulan dahulu di mana-mana firma dan membuat kerja-kerja sukarela di Pusat Bantuan Guaman selama 14 minggu.

Ketika saya masih membuat latihan dalam kamar, setiap kali saya ditanya apakah perancangan saya selepas tamat latihan, entah kenapa saya akan kata: "Nak bagi legal aid".
Walaupun itu bermakna saya tidak akan dibayar untuk perkhidmatan yang diberikan, tapi saya rasa seronok dan puas hati.

Disebabkan sikap saya yang beriya-iya, saya selalu diberikan tugas yang memerlukan saya 'turun padang' oleh Pusat Bantuan Guaman.

Antara kes pertama saya yang diberikan oleh Pusat Bantuan Guaman ialah untuk menghalang sebuah rumah setinggan daripada dirobohkan oleh DBKL, akibat notis pendek dan tiada pampasan rumah sewajarnya yang diberikan.

Kes roboh setinggan

Hanya tinggal empat hari sahaja sebelum notis tamat tempoh. Oleh kerana saya kurang berpengalaman, Pusat Bantuan Guaman telah meminta seorang peguam senior untuk menemankan dan memberikan nasihat kepada saya ketika bertugas.

Kami turun naik ke Pejabat Tanah sebanyak dua kali, dan pergi ke tempat kejadian sebanyak 3 kali. Rumah yang hendak dirobohkan tu, kalau tak dirobohkan pun, hanya menanti masa sahaja untuk rebah ke tanah. Sangat usang.

Melihat keadaan itu, saya rasa sedih dan marah-marah akan ketidakadilan dunia. Walaupun kami telah berusaha berbincang dengan pihak Pejabat Tanah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendapatkan rumah, namun usaha kami sia-sia.

Tinggal beberapa jam lagi sebelum rumah dirobohkan. Kami semua menunggu di depan rumah. Saya buat mimik muka segarang mungkin untuk 'bergaduh' dengan pihak DBKL yang akan datang bersama dengan jentolak.

Dua orang rakan peguam yang berada di sebelah saya pun sama. Akhirnya, jentolak yang ditunggu-tunggu telah sampai. Kami meluru ke arah pegawai DBKL dan mula marah-marah.

Pegawai tersebut menyuruh kami bertenang, dan kata, dia dah ambil rumah.

Saya tergamam dan hanya mampu membalas: "Ha?"

"Dia dah ambil rumah," kata pegawai itu lagi sambil menunjukkan sehelai surat.

Tetap naik angin

Saya mengambil surat tersebut daripada tangannya dan berpaling ke arah 'anak guam'.

Peguam senior yang berada bersama-sama saya di situ, bertanya dengan tegas dan bertubi-tubi kepada 'anak guam' kami tersebut sehingga beliau akhirnya mengaku: "Ada ambil, tapi saya sudah beri kepada saya punya abang".

Perasaan marah saya mula berpindah arah, daripada DBKL kepada anak guam sendiri. Mana boleh seorang dapat dua buah rumah pampasan dalam kes sebegini?

Lebih marah lagi kerana beliau telah menyembunyikan perkara ini daripada kami. Saya rasa tertipu dan malu. Kami meminta maaf kepada pegawai DBKL yang hampir kami serang dan meninggalkan tempat itu.

Pengalaman di atas mengajar saya supaya berhati-hati ketika menjalankan tugas guaman dan tidak cepat melatah. Tapi itu juga tidak mematahkan semangat saya untuk memberi bantuan guaman kepada mereka yang memerlukan.

Saya juga cuba untuk tidak marah-marah sewenang-wenangnya terhadap pihak berkuasa sebelum usul periksa.

Akan tetapi, terdapat banyak situasi di mana walaupun saya telah cuba sedaya upaya untuk tidak marah-marah dan bersikap profesional, saya tetap akan naik angin dengan pihak berkuasa. Tapi itu cerita lain.

Jumpa lagi di tahun kelima saya sebagai peguam dan selamat tahun baru.M/Kini

Siapa Lagi Kamu Bodohkan Khusrin???


Apa sekalipun alasan kamu wahai Khusrin Munawi, kamu telah berjaya!

Berjaya menjadi pencacai Umno-APCO sama ada kamu sedar atau tidak!

Berjaya melangkaui batas kamu sebagai seorang pegawai kerajaan yang sepatutnya berkecuali dan tidak memihak!

Berjaya menjadikan Selangor kekal di tangan Pakatan Rakyat (insya-Allah)!

Berjaya memalukan Umno-APCO dengan tindakan terburu-buru tanpa memikirkan kuasa lebih tinggi mengatasi kuasa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan yang kamu sendiri pinda!

Tahniah Khusrin, kamu memang pencacai Umno-APCO sejati!/Jalan Pulang

Ketuanan Sumpah : PKR Cabar Rais SUMPAH LAKNAT?

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim agar melakukan ‘Sumpah Laknat’ di Masjid Negara?

Bagi aku ini satu tindakan yang hanya akan mencetuskan 'Back Fire' yang pasti tak terjawab.. lainlah kalau cabaran ini di lakukan oleh PAS atau DAP.. dah lupa ke?


PKR CABAR RAIS SUMPAH LAKNAT
Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim agar melakukan ‘Sumpah Laknat’ di Masjid Negara atau melalui RTM jika beliau benar-benar tidak melakukan jenayah rogol terhadap pembantu rumahnya, Robengah, pada 2007.

Naib Ketua Cabang merangkap Setiausaha Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan mencabar Rais bagi membersihkan namanya yang didakwa melakukan jenayah rogol tetapi disembunyikan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.


“Memandangkan Rais masih berada dalam Kabinet Malaysia, maka saya mencabar beliau untuk membuat ‘Sumpah Laknat’ bagi membersihkan nama Malaysia kerana pindaan Undang-Undang Seksyen 376 Kanun Keseksaan dilakukan ketika Rais menjadi Menteri Kehakiman,” ujar Zainuddin yang memuji tindakan berani media mendedahkan kelakuan pemimpin UMNO yang lembut gigi daripada lidah.

Bagi PKR kata Zainuddin, tidak pernah berniat serong untuk mendedahkan keaiban pemimpin BN terutama Menteri Kabinet Najib selepas Pak Lah meninggalkan ‘saka’ yang bersiluman di dalam tubuh menteri yang mengkhianati amanah rakyat.

“Kita tidak mahu Malaysia terpalit dengan pelbagai Skandal Seks kerana dunia mengetahui Malaysia ialah Negara Islam dan Negara Hukum. Menyembunyikan perbuatan jenayah rogol dan melindungi penjenayah adalah perbuatan terkutuk. Jika ingin Malaysia terus dihormati oleh dunia, jalankan siasatan dan hukuman setimpal,” ujar Zainuddin yang berkata Rais masih berpeluang membersihkan namanya dengan meletakkan jawatan dan bersedia tampil di mahkamah atau melakukan ‘Sumpah Laknat’.

Undang-undang di Malaysia kata Zainuddin tidak pernah membezakan kasta, hanya pemimpin dan pihak berkuasa yang sering menyalahgunakan kuasa untuk melindungi diri mereka daripada menerima hukuman dunia; namun sebagai manusia yang beragama sudah pasti tidak akan terlepas daripada hukuman di akhirat.

Tegas Zainuddin lagi, menurut undang-undang Islam, jika didapati bersalah Rais dan mereka yang bersubahat boleh direjam sehingga mati, namun undang-undang sekular mungkin akan menyelamatkan Rais di Malaysia.

Tuan puteri mencemar duli.....

Tuan puteri mencemar duli, sengeh sampai lenguh pipi...

Salam semua...

Sumpah Pak Long tak jeles punya... tapi kalau Pak Long la jadi budak nih... hihi... lima tahun Pak Long tak kelapaq masuk kedai gunting... seminggu Mak Long hang tak leh picit kepala, takut hilang wangi... addehh... hihi...

Habih ikhtiaq dah la depa ni dekat dekat nak pilihanraya nih... haha... hangpa pikiaq senang ka woii, nak dapat Puteri bangsa Umno tu ronyeh remoih kita... haha... tunggu la lagi lima tahun...

Foto Bernama kat ataih nu tunjukkan Rosnah Abdul Rashid Shirlin mempamerkan kemahirannya membelasah kepala budak Syawal Khairul Nizam sempena Program “Barber On Wheel” di Subang Jaya.

Hihi... macamana gaknya kalau Pak Long buat program camni kat kampung, gulung tikaq la Zam kedai gunting tuh... haha... nak kena tanya Mak Long hang gunting kain dia boleh pinjam dak...

Wassalam...

Pak Long Din.

Khusrin’s appointment violates nation’s founding principles

Kim Quek

JAN 3 — A bizarre and comical drama is being played out in the running feud between Malaysia’s ruling coalition Barisan Nasional (BN) and opposition alliance Pakatan Rakyat (PR).
BN is attempting to force an unwelcome top public servant down the throat of a PR-controlled state government, which naturally has fiercely resisted the force-feeding. The scenario is rendered more ridiculous when, in its earnestness to overpower PR, BN has brought in the Sultan of the state to administer the swearing-in of the new recruit, though the Sultan, being a constitutional monarch, has no apparent role to play in this appointment under the state constitution.
On December 27, 2010, the Chief Secretary to the BN-controlled federal government Tan Sri Sidek Hassan suddenly announced that Selangor Islamic Department (Jais) Director Mohd Khusrin Munawi will take over as PR-controlled Selangor’s State Secretary (head of state civil servcie) from January 1.
This unexpected news came like a bolt from the sky for PR, for Khusrin , well known for his  pro-Umno and anti-PR stance, is regarded as a thorn in the flesh in the Selangor state government. Within hours, the Selangor Mentri Besar’s Office refuted the appointment, stating that the mentri besar had no prior knowledge of it, and that the state government was still in the process of finalising the appointment from its own short-list. Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim was then on oversea leave.
In a chorus of angry protests, PR leaders described this sneak attempt to appoint a hostile candidate to head the state’s civil service as an outright sabotage against the PR government. They accused Prime Minister Datuk Seri Najib Razak of trying to replicate the infamous coup d’├ętat that overthrew the PR state government of Perak almost two years ago when a similarly pro-Umno  state secretary played a key role in the illegal power grab.
Another surprise awaited PR.  On December 30, 2010, the Sultan’s private secretary Mohamad Munir Bani (apparently another Umno loyalist) announced that Khusrin was scheduled to be sworn in at the Sultan’s palace on January 6, for which invitations have been sent out.
This move is clearly intended to pit PR on a collision course not only with Umno/BN but also the Sultan, keeping in mind that both chief secretary Sidek and private secretary Munir had stated earlier that the Sultan had given his approval to the appointment.
Meanwhile, controversy over the legality and propriety of this appointment rages on with a variety of opinions from the academic and the judicial circles. However, before we delve into the legal intricacies, let us first look at the issue from a commoner’s point of view.
A few facts need be straightened out first.
The state secretary is a state government employee, whose salary is paid for by the state government.  He heads the state’s civil service and serves the executive council (Exco) of the state (the state cabinet) and reports directly to the mentri besar.
Hence when the federal Public Services Commission (PSC) selected Khusrin as Selangor’s state secretary, it was in effect serving the Selangor government as a personnel agency. The Selangor government remains the employer.
Does it make sense then that PSD should have selected someone without the knowledge of and without consultation with the Selangor government, the Exco, and, above all, the mentri besar?
It is akin to an employment service agency thrusting a general manager to a company without the knowledge of the chairman and board of directors. The latter must be thinking that the agency has gone mad!
Now we are talking about running a government, which is immensely more complex and serious than a company. Is it not the height of absurdity that the federal recruitment agency would appoint someone to head the civil service of an adversary state government in a process that was completely hidden from the latter? Worse, when that candidate is a putative “trojan horse” to sabotage the state government!
How is the new state secretary expected to serve his employer when the former is regarded with such mistrust and detestation? Isn’t this move a manifestation of evil intention to cause grievous damage to the PR state government? Isn’t this the crudest expression of contempt and betrayal of the interests of the Selangor people who have chosen PR to administer their state?
Now, let us look at the legal aspects.
Under the state constitution (Article 52 Clause 1), the appointment of the state secretary “shall be made by the appropriate Services Commission” — not by the Sultan.  So, both Sidek and Munir have falsely invoked the name of the Sultan to over-rule objection from PR.
Next, the state secretary must take his Oath of Secrecy “in the presence of the Mentri Besar” before he can attend meetings of the Exco, according to Article 52 Clause 4 of the same  constitution.
With these two provisions, it is apparent that arrangement of Kushrin’s oath-taking in the palace is not an orthodox constitutional practice of the state, but an expedient political machination devised to outmanoeuvre PR.
As for “the appropriate Services Commission” mandated by Article 52 Clause 1 for this appointment, Khalid contended that the state’s own Public Services Commission should have been involved in accordance with services practice notes prepared by the Commission.
While the issue of the “appropriate Services Commission” is being debated, one thing is crystal clear.  The employer has the final say as to who can or cannot work for him. No government can tolerate a key officer who is an anathema to its agenda, much less the head of the entire government machinery. It is against all norms of justice and fair play.  It is certainly against the democratic principles upon which this nation was founded.
* Kim Quek is the author of “The March to Putrajaya”, which is banned in Malaysia.

Rantau Panjang : Projek tebatan banjir sudah 10 tahun berlalu

RANTAU PANJANG, 3 Jan: Projek tebatan banjir yang membabitkan kos sehingga RM2 bilion kini dicanang kembali selepas projek diuar-uarkan sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menjadi kenyataan.
Ketika merasmikan jambatan Sultan Ismail Petra di Tendong, Pasir Mas kira-kira 10 tahun lalu Dr Mahathir sebagai perdana menteri mengumumkan kerajaan pusat akan membina projek tebatan banjir RM2 bilion di Kelantan.
Ketika itu lakaran projek RM2 bilion diedar kepada orang ramai yang hadir pada majlis berkenaan. Dan selepas kira-kira 10 tahun berlalu, projek tersebut difahamkan tidak disenarai dalam rancangan pembangunan Malaysia iaitu Rancangan Malaysia Ke-8, RMK-9 atau RMK-10.
Namun semalam projek itu diuar-uarkan kembali. Kali ini disebut pula Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika melawat mangsa banjir di sini.
Bagaimanapun beliau mengakui projek itu tidak dimasukkan dalam RMK-11 kecuali dalam jumlah yang kecil sahaja.
Mengulas isu berkenaan, Adun Gual Periuk, Mohamad Awang berkata, cadangan membina tebatan banjir sudah lama diuar-uarkan, namun ia tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.
”Malah pengakuan menteri tiada peruntukan bagi membina projek berkenaan menggambarkan tiada kesungguhan kerajaan persekutuan bagi mengatasi masalah banjir di sini.
”Sedangkan di sebelah Thailand benteng bagi mencegah banjir sudah lama dibina. Sebab itu setiap kali hujan lebat di negara jiran, air mudah melimpah di sebelah Rantau Panjang,” katanya di sini.
Sebelum ini seramai 494 penduduk yang tinggal di tebing Sungai Golok di Rantau Panjang berpindah ekoran banjir yang berlaku Sabtu lalu.
Mangsa banjir yang tinggal di sekitar kedai lama Rantau Panjang berpindah ke stesen kereta api.
Mohamad juga berkata, banjir mudah melimpah di kawasan berkenaan kerana sebuah jabatan kerajaan membina pusat kuarantin sehingga menimbuskan laluan air di kawasan terbabit.
”Sebelum ini pada mesyuarat pembangunan di peringkat jajahan Pasir Mas saya sudah bangkitkan perkara itu, namun pembinaan pusat kuarantin diteruskan juga tanpa ada sistem saluran yang sesuai.
”Sepatutnya pembentungan lebih besar dibina bagi mengelakkan air bertakung sehingga menyebabkan banjir,” ujarnya.
Beliau juga berkata, mangsa banjir yang berpindah mendapat bantuan yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Menurutnya penghulu ditugas memantau mangsa banjir bagi memastikan mereka mendapat bantuan yang disediakan.
Bagaimanapun kata beliau mangsa hanya berada di pusat pemindahan satu malam sahaja dan pulang ke rumah selepas air surut.
Sementara itu anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof bertungkus lumus menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang tidak berpindah.

Gara-gara khutbah, imam dipanggil ke balai polis

KOTA BHARU, 3 Jan: Gara-gara berkhutbah mengingatkan umat Islam menghindarkan gejala maksiat menyebabkan seorang imam dipanggil ke Balai Polis bagi diambil kenyataan.
Imam Muda Masjid Gong Dermin, Pasir Tumbuh, Rosadi Awang, 50, petang tadi dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu ekoran menyampaikan khutbah Jumaat lalu dengan mengupas tajuk tersebut.
Katanya, sudah menjadi kebiasaan di negara ini sambutan tahun baru disambut dengan hiburan dan tarian sehingga larut malam.
“Saya sebut dalam khutbah mengingatkan umat Islam supaya menjauhi amalan tersebut kerana ia boleh mengundangkan gejala sosial.
“Sepatutnya anggota polis yang mengawal ketenteraman tidak membenarkan perkara seperti berlaku dan bukannya melancarkan program hiburan dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini.
Menurutnya juga pegawai polis yang mengambil kenyataannya berhubung perkara itu memberitahu ada laporan polis dibuat penduduk tempatan terhadap khutbah yang disampaikannya.
Rosadi berada kira-kira dua jam di IPD untuk diambil kenyataan berhubung isi khutbah yang disampaikan.
“Anggota polis datang ke rumah saya kira-kira jam 2 petang tadi dan meminta saya ke balai untuk diambil kenyataan,” ujarnya.
Bagaimana kata beliau pihak polis akan memanggilnya semula sekiranya belum berpuas hati terhadap siasatan awal yang dilakukan.
Sementara itu Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, imam terbabit menjalankan tugasnya bagi mengingatkan anak mukim supaya menjauhi gejala yang merosakkan.
Katanya, perkara itu tidak sepatutnya dipertikaikan kerana gejala sosial sekarang semakin parah terutamanya di bandar-bandar besar.
“Namun kerana tidak faham agama mereka tidak mahu isu seperti itu disentuh dalam khutbah mungkin bagi mengelakkan penduduk kampung tahu isu semasa yang berlaku,” katanya.

Ucapan Mahathir Semasa Membahaskan Pindaan Imuniti Raja-Raja Melayu 1993!!


Oleh/By                : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tempat/Venue     : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh/Date         : 08/03/93
Tajuk/Title           : SEMASA PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993

Tuan Yang di-Pertua,

Saya telah menjelaskan dengan panjang lebar pada 18 Januari 1993 mengenai tujuan Kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan apa yang dianggap sebagai kekebalan atau immunity Raja-Raja, iaitu mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa untuk orang ramai kerana melakukan apa-apa kesalahan.

Pindaan ini dibuat kerana difikirkan pengecualian Raja-Raja daripada tindakan undang-undang sudah tidak sesuai lagi dengan aliran zaman.

Dengan pindaan ini adalah dipercayai perasaan marah kepada Rajaatau Sistem Beraja dapat dielakkan kerana rakyat akan dilindungi oleh undang-undang daripada dianiaya oleh Raja dan dengan itu adalah dipercayai dan diharap Raja tidak akan melakukannya.

Dengan pindaan ini, perhubungan di antara Raja dengan rakyat akan menjadi lebih teratur dengan kedua-kedua pihak mempunyai hak-hak tertentu di bawah undang-undang yang jelas dan bukan lagi hanya ditentukan oleh adat yang mudah disalaherti dan disalahtafsirkan.

Rakyat tidak lagi akan marah kepada Raja kerana apa yang dilakukan oleh
Raja adalah terhad kepada peruntukan di bawah undang-undang. Sebaliknya jika rakyat melakukan sesuatu kesalahan terhadap Raja, maka yang akan menentukan hukum ialah pengadil atau hakim dalam Mahkamah Khas yang akan menguatkuasakan undang-undang biasa.

2. Setelah dibahas, Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 telah diluluskan mengikut peruntukan Perlembagaan dengan lebih daripada dua pertiga majoriti oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Menurut prosedur, Rang Undang-undang ini telah dihantarkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

3. Setelah menerimanya Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan mempunyai dua pilihan, iaitu:

* Baginda memberi perkenan kepada Rang Undang-Undang tersebut dalam tempoh 30 hari; atau

* Baginda memulangkan balik kepada Parlimen dengan menyatakan mengapa Rang Undang-Undang tersebut tidak diperkenankan untuk dipertimbangkan semula atau diubahsuaikan oleh Parlimen.

4. Kini Yang di-Pertuan Agong telah mengembalikan Rang Undang-Undang tersebut dengan cadangan beberapa pengubahsuaian untuk dipertimbangkan semula oleh Parlimen.

Jika Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang ini, sama ada dengan pengubahsuaian atau tidak, ia akan dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong. Jika Yang di-Pertuan Agong memperkenankannya maka ia akan menjadi sebahagian daripada undang-undang yang sah. Jika tidak diperkenankan ia akan menjadi sah selepas genap 30 hari.

5. Pengubahsuaian yang dibuat terhadap Rang Undang-Undang berkenaan adalah hasil daripada beberapa perbincangan di antara pihak Kerajaan dengan pihak Raja-Raja.

Pengubahsuaian ini disyorkan demi memperkemaskan undang- undang berkenaan dan menjaga kehormatan Raja-Raja.

6. Pengubahsuaian ini tidak menjejaskan tujuan utama Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) l993 yang diluluskan oleh Parlimen, iaitu menentukan Raja boleh didakwa di bawah undang-undang negara.

Perbezaannya ialah Raja-Raja akan dihadapkan ke Mahkamah Khas sahaja.
Peruntukan asal dalam Perlembagaan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa dikekalkan.

7. Penyesuaian ini memerlukan dua perkara yang baru ditambah kepada Rang Undang-Undang berkenaan. Perkara yang pertama ialah mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau kedudukan Raja sekiranya Baginda atau Raja menghadapi tindakan undang-undang. Yang di-Pertuan Agong hendaklah berhenti menjalankan fungsinya sebagai Agong apabila
menghadapi tindakan undang-undang. Begitu juga dengan Raja-Raja Negeri.

Sekiranya Raja menghadapi tindakan undang-undang, Raja hendaklah berhenti menjalankan fungsi Baginda dan jika didapati bersalah dan dihukum penjara lebih daripada satu hari akan diturunkan takhta melainkan jika Baginda diampun.

Dalam tempoh Raja berhenti menjalankan fungsi-fungsi Raja, seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja akan dilantik mengikut Perlembagaan Negeri untuk menjalankan fungsi Raja negeri berkenaan.

Bagi membolehkan fungsi-fungsi Raja itu dijalankan oleh seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja, Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda.

Penyesuaian ini, saya percaya, disyorkan oleh Raja-Raja kerana tentulah aneh dan tidak dapat diterima oleh masyarakat dan juga oleh Raja-Raja jika seorang Raja yang dihadapkan ke Mahkamah Khas ini terus menjalankan tugasnya sebagai Raja atau ianya masih terus menjadi Raja setelah dihukum oleh mahkamah dan menjalani hukuman.

8. Mengikut peruntukan Perkara 71 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri mesti mengandungi peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

Maka selaras dengan pindaan-pindaan yang diperbuat kepada Jadual Kelapan itu Kerajaan Negeri juga perlu mengambil tindakan untuk meminda Perlembagaan Negeri masing-masing supaya Perlembagaan Negeri juga selaras dengan peruntukan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

9. Adalah diharapkan Kerajaan-Kerajaan Negeri akan menghormati keputusan Raja-Raja dan Perlembagaan Persekutuan dengan membuat pindaan tersebut.

10. Sekiranya Perlembagaan Negeri tidak juga dipinda supaya peruntukan Perlembagaan Negeri sejajar dengan pindaan yang dibuat kepada Jadual Kelapan itu, maka mengikut kuasa yang diberi di bawah Perkara 71 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan, satu undang-undang boleh dibuat di peringkat Persekutuan untuk memastikan bahawa peruntukan-peruntukan di dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan itu dapat juga dikuatkuasakan di dalam negeri-negeri.

Dengan demikian kita berharap pindaan-pindaan yang dimaksudkan itu akan dilaksanakan oleh semua Kerajaan Negeri.

11. Pindaan yang kedua ialah sebarang tindakan ke atas Raja-Raja tidak boleh diambil tanpa persetujuan Peguam Negara. Ini adalah bagi menjamin Raja-Raja tidak diheret ke mahkamah oleh pihak-pihak yang hendak memalukan Raja-Raja atas sebab-sebab yang tidak berasas.

BACA SETERUSNYA DI SINI

NGO yang NGOK

1. ADUN Kuang dalam Utusan Meloya cadangkan ADUN Sri Muda dikenakan hukuman ISA.

2. gAPs & Perkasa cadangkan ADUN ni dihukum Gantung (rujuk malaysiakini) atau penjara seumur hidup (kenyataan penuh hangpa carilah dalam blog pro umno) sendiri.... PRK lagilah nampaknya & terciptalah satu sejarah dalam dunia.

3. Amboi-amboi bagus punya idea.

4. Apa masaalahnya, masa MB jumpa Sultan pagi tadi, baginda OK aje, siap bagi tahu dalam bahasa yang tersurat ini semua berlaku kerana Umno dan Khir Toyo lah yang punya angkara (pi baca malaysiakini) dan minta bincang dengan SPA. Tindak tanduk Baginda jelas berbeza dengan kenyataan Setiausaha sulit Baginda sebelum ini. Baginda amat perihatin dengan masaalah yang sedang dihadapi oleh MB. Baginda sangat sporting dan amat memahami masaalah yang sedang bersarang diSelangor. Nasihat Baginda amat baik dan menunjukkan kematangan Baginda dalam memberi nasihat untuk menyelesaikan kemelut ini agar tidak berpanjangan amat dihargai. Ini hangpa (gAPs & Perkasa) dok jadi batu api dan cucuk sana sini apa hal?

5. Yang tarik kuasa Baginda berhubung perlantikan ini pun di buat oleh Umno pada tahun 1993. Baca Siapa Pengkhianat Sebenarnya?: Ucapan Presiden UMNO pada tahun 1993.

6. Kini Umno berada dalam keadaan menyusahkan orang dari dulu kini dan selamanya, kerja -kerja terbarunya sejak hilang kerajaan negeri pada mac 2008 ialah menjadikan NGO yang NGOK sebagai balachi mereka.

Mungkir janji DEBAT: Bukti Pemuda Umno Larut PENGECUT!!


Oleh: Pria Malaya

Sah, baka Umno bukanlah baka yang berani berdepan secara jantan..mereka berdegar-degar di depan rakyat menerusi media kononnya mereka adalah 'bangsa' yang berani, pejuang rakyat dan tidak gentar dengan lawan..

Namun, ternyata mereka adalah bangsa hipokrit..penulis yakin ramai dikalangan penyokong Umno khususnya Umno di bahagian Larut, kecewa dan hampa dengan pemuda Umno bahagian itu..

Apa tidaknya, beberapa hari sebelum berlangsungnya debat ini, beberapa blogger pro-Umno yang sudah mempromosi debat ini..antaranya blog 'mataharisayang.blogspot.com'..
"Justeru saya amat berharap agar sebuah perdebatan yang berkualiti ditampilkan untuk santapan warga Larut dan Selama khasnya dalam suasana persaudaraan dan perpaduan yang tinggi. Kekalkan keharmonian kawasan kita yang selama ini cukup terpelihara.

Pemuda UMNO Perak juga diseru supaya turun ke gelanggang menyokong acara ini sekali gus membuktikan kepada anak-anak muda di sini bahawa suara mereka juga didengar oleh pimpinan atasan.

Kepada warga Selama, ayuh kita berkumpul di Dewan Serbaguna MDS dan tunjukkan kepada rakyat negara ini bahawa politik kita sentiasa mementingkan nilai-nilai perpaduan dan persaudaraan yang tinggi, insya-Allah."
Semetara sebuah lagi blog pro-Umno, 'Taiping Mali' menyiarkan:
"Debat Pas Umno (Larut)..Jangan lupa penduduk Selama Perak terutama orang Parlimen Larut agar dapat menyokong pasukan masing-masing, bukan bola sepak tetapi debat Ketua Pemuda Umno Larut dan Ketua Pemuda Pas Larut. Debat akan diadakan di Selama malam ini."
Dan ramai lagi..namun..inilah wajah sebenar Umno..begitu juga apa yang terjadi di Pulau Pinang, tawaran pemimpin Pakatan Rakyat utk berdebat dengan wakil Umno dinegeri itu berkenaan isu Melayu ditolak mentah-mentah dengan pelbagai alasan...boleh lihat kronologinya pada link sebelah: 1 > 2 > 3...

Nasihat akhir penulis kepada penyokong Umno, khususnya golongan akademik dan mahasiswa, inilah sikap sebenar parti kamu..janganlah terlalu berharapkan parti kalian mampu berdebat secara live dengan parti Pakatan Rakyat..sejarah telah membuktikan..(baca di SINI dan di SINI)..fikir2kan..wallahua'lam...


Debat: Pemuda Umno Larut penakut

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Ketua Dewan Pemuda PAS Larut Nazri Din menyelar tindakan Ketua Pemuda Umno bahagian yang mungkir janji untuk berdebat isu Melayu Islam.

Beliau yang kecewa dengan ketidakhadiran Mohamad Anuar Arifin pada debat yang dijadual malam semalam mendakwa, pemuda Umno penakut dan hanya pandai bermain wayang.



"Pemuda Umno dilihat cuba bermain wayang apabila satu persatu alasan diberikan untuk mengelak dari menyertai debat dan itu sudah disyaki sedari awal lagi.

"Buktinya sehingga tepat hari dan masa yang dijanjikan untuk berdebat, pemuda Umno masih lagi menyorokkan diri disebabkan takut untuk berdepan dengan pemuda PAS di pentas debat," kata Nazri kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan, Debat itu pada asalnya dicetuskan Pemuda Umno Larut sendiri yang mencabar Pemuda PAS Larut dan kemudiaannya dipersetujui bersama dengan tajuk 'Islam dan Melayu'.

Inisiatif penganjuran debat itu kemudiannya disambut oleh sebuah badan NGO dari Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) yang bersedia menjadi penganjur debat itu.

Apakah Rakyat Kena Tipu Lagi?


 

Harga minyak masak kekal

Gambar: TIADA...Pemilik Kedai Runcit Datuk Keramat, Abdul Samad Hamzah, 58, mengangkat tangannya sebagai tanda stok minyak masak di kedainya sudah habis dijual di sini, hari ini. Menurutnya, sudah hampir dua minggu tidak menerima stok minyak masak untuk dijual kepada pelanggan. ehsan Bernama

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe, berkata jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai.

Beliau berkata, kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan.

"Minyak memang mencukupi untuk negara kita. Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin sebegini.

"Kabinet belum mencadangkan untuk menaikkan harga (minyak masak), jadi tidak akan ada kenaikan harga buat masa ini melainkan ditentukan oleh Kabinet," katanya kepada pemberita selepas melawat Tesco Mutiara Damansara di sini, hari ini.

Minyak masak adalah salah satu barang kawalan yang disenaraikan oleh kementerian itu.

Tan berkata, kementerian memantau keadaan semasa dan memberi amaran bahawa peniaga yang menaikkan harga barang ini akan menghadapi risiko untuk didakwa mengikut Akta Anti-Pencatutan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sokongan pengguna terhadap usaha mengurangkan penggunaan beg plastik adalah penting dan janganlah hanya mengadu mengenai larang itu pada setiap Sabtu.

"Adalah amat wajar kita sedar akan perlunya mengurangkan penggunaan beg plastik demi alam sekitar dan masa depan," katanya.

Katanya, secara purata Malaysia menggunakan lapan juta beg plastik setiap tahun.

"Purata, kita gunakan seliter petroleum untuk mengeluarkan satu plastik beg dan beg itu akan mengambil masa 500 tahun itu reput. Mengambil kira harga tenaga tidak diperbaharui ini, kita hendaklah mengurangkan penggunaannya," katanya. - BERNAMA


Cooking oil shortage is serious

PETALING JAYA: Small retailers fear the cooking oil shortage will worsen if manufacturers do not increase production, said the Federation of Sundry Goods Merchants’ Association.

Its president Lean Hing Chuan described the current situation as serious.

“Cooking oil in 1kg packets have already sold out in most shops. The 3kg and 5kg bottles are also in short supply,” he said in a telephone interview.

Lean said there was concern that the 3kg and 5kg bottles would be sold out within the next two to three weeks if manufacturers don’t increase production.

“Perhaps hypermarkets may still have stock but small retailers, especially groceries are already facing a bad situation,” he said.

He urged Deputy Domestic Trade, Cooperatives and Consu­merism Minister Datuk Tan Lian Hoe to go down to the ground to see the real situation.

Lean said the minister should not just conduct random checks on cooking oil stock in some hypermarkets.

“Tan should see the real situation small retailers are in now.

“The ministry should advise manufacturers to supply enough cooking oil to traders,” Lean said.

Lean also added that hawkers would soon grab all existing stock and make the situation even worse.

Seremban Kee Mei Siew Pow bakery owner, who only wanted to be identified as Yong, said he found it difficult to buy a 5kg bottle of cooking oil.

“The short supply is serious. Retailers have no stock to sell even though we have placed orders earlier.

“Some desperate hawkers who are willing to pay more are also unable to get cooking oil,” Yong said.

Yong is afraid that the shortage would seriously affect his business soon if nothing is done. -thestar


Ulasan GB

JANJI.. tetapi belum pasti dapat ditunaikan. Rakyat masih ingat bagaimana Kementerian yang sama berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak RON95 tetapi tidak sampai 3 minggu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga RON95 di malam hari untuk menipu rakyat.

Setiausaha Sulit Sultan Penipu... Khus... Khus... Kepala Hotak Heeiiii... !!!!

Hari ini mamat nih.... jadi bahan beb..., hampir semua blog belasah mamat tak tau malu ni sampai lunyai.... ada yang mencadangkan supaya mamat nih pindah ofis kat sini, sini dan sini

yes...yes...yes.... Khusrin... you get out from the office....

Hello bro.... lu masuk pejabat pukul 6.45 pagi tadi... lu mau repot duty sama siapa bro... kan gua dah cakap... lu di jadikan kambing hitam oleh puak2 haramjadah Putrajaya dalam usaha matlamat menghalalkan cara mereka untuk merampas Selangor.. kah.. kah.. kah...

Errr... mana lu punya songkok tinggi bro.... ha..ha..ha... errrr... esok pagi pukul berapa lu nak masuk kerja bro.... sesudah subuh ke...???? Gua nasihatkan lu sumbat bawang merah dalam lubang jubor lepas tu pergi klinik ambil MC... hahaha...

Kuasa Rakyat Kuasa Keramat..., tak kira siapa hatta Sultan sekalipun. Pesanan kepada Sultan2 atau Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri... don't play play aaarrrr...

Buat Kerajaan Persekutuan (Kerajaan barisan nasional haramjadah) lain kali belajar hormat Perlembagaan Kerajaan2 Negeri, jangan nak tunjuk lu orang punya KURANG AJAR... tak tau hormat Negeri2 lain.... PRU-13 nanti rakyat akan kasi tunjuk ajar pada lu orang (kerajaan bn) cara menghormati hak orang lain.

Zaman hanya barisan nasional mampu memerintah dah lapuk beb..... pi mampuih la dengan barisan nasional.... ini bukan negara tok nenek kaum kerabat kroni umnoapco/barisan nasional yahudi laknatullah lagi...

Dalam isu perlantikan SUK Selangor si Khusrin Munawi, setelah perbincangan antara MB dengan Sultan Selangor pagi tadi, maka kata putusnya ialah Sultan Selangor menasihatkan kerajaan negeri untuk mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk mencari jalan penyelesaian terbaik mengenai perlantikan Khusrin.

MB Selangor juga menegaskan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri, Khusrin Munawi tidak akan mengangkat sumpah dihadapan Menteri Besar.

Khusrin juga tidak akan dibenarkan hadir pada sebarang majlis mesyuarat kerajaan negeri "Sehingga penyelesaian dicapai kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang majlis berkaitan jawatan SUK," tambah beliau

Sumber TVS
Akhirnya ada juga Sultan yang berani mengakui diorang dah takda kuasa akibat perbuatan umnoapco yahudi laknatullah.... baru sedar diri kot... hahaha... dan gua tersangatlah berharap pada keesokkan hari... yea... gua maksudkan esok iaitu hari Selasa ompek haribulan januari 2011.... terpapar di muka depan akhbar pencacai seMalaysia Utusan Melayu dan Berita Harian dengan tajuk sebesar-besarnya.

Sultan Selangor Akui Tiada Kuasa Melantik SUK
Kerana telah di tarik oleh umno pada 1993.

Tapi gua pelik aarrr... jika Sultan Selangor mengatakan yang beliau sendiri tiada hak dan kuasa untuk menerima dan menolak calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Kerana kuasa yang ada pada raja-raja telah pun ditarik oleh UMNO pada tahun 1993.

Persoalannya di sini, habis tu... anjingsan mana pulak yang mengatakan Sultan Selangor dah perkenan dengan perlantikan tersebut...??? Anjingsan tersebut harus bertanggungjawab beb.... kerana sudah jual nama Sultan sebelum ini demi menjayakan konspirasi perlantikan ini.

Siapa mau jawap beb....!!!! KSN... mau jawap kaaa...???

Atau Wak Munir mau tolong jawap...??? hahaha... lu orang memang macam cibai wa cakap luuuu.... jadi anjing politik umnoapco wal haramjadah. Sultan pun lu orang mau tipu kaaaa...????

Apa pun gua ucapkan syabas dan tahniah kepada MB Selangor kerana berjaya mempertahankan hak kerajaan negeri. Cuma gua tak puashati dengan statement MB yang mengatakan;

"Khalid, bagaimanapun mengakui perlantikkan Khusrin sebagai "sah" dan berkata beliau boleh melaksanakan tugas-tugas tidak rasmi seperti menyelia pegawai daerah." - mkini.

hehehe... MB sengaja mau bikin lawak dengan khusrin ke...??? dah puas berperang tiba2 lu boleh kata "sah" pulak.... apa cerita ni... kat mana "sah" nya.... MB tak payahlah nak saiko dan pertahankan kemaluan Khusrin tu... sebab dia jenis muka tak tau malu bro... alang2 dah belasah... belasah jelah sampai lunyai, jangan bagi muka kat puak2 pengampu dan penjilat bn... nanti pentadbiran Kerajaan Negeri jugak yang susah beb...

Tengok contoh negeri Silver Darul Perak, Sultan boleh di jual beli.... apa barang beb.... 
ISA.

Nasrudin tawar Khairy masuk PAS...apa macam YB...!!!

KUALA LUMPUR, 3 Jan: "Marilah bersama saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS untuk menyertai perjuangan Islam," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Kenyataan Nasrudin ini dibuat ekoran kenyataan Khairy yang menyatakan hasrat untuk berundur dari pentas politik dan tidak lagi bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen  Rembau yang beliau wakili sekarang.

"Saya mengajak Khairy mempelopori gerakan anak muda yang bangkit seimbang antara tuntutan Amal Islami dengan keperluan Transformasi Politik dalam negara kita," kata Nasrudin.

Bagi Nasrudin, Umno di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib jelas tidak mahu menghargai malah tidak menghormati Khairy Jamaludin yang dipilih sebagai pemimpin Pergerakan Pemuda Umno sebaliknya mengambil Datuk Razali orang no 2 dalam Pergerakan Pemuda Umno ke jawatan Timbalan Menteri.

"Ini juga dilihat satu tamparan hebat buat Khairy Jamaludin," katanya.

Bagaimanapun, kata Nasrudin, beliau menghormati hasrat peribadi Khairy dan menyifatkannya sebagai "satu manifestasi penyisihan beliau dari menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Abd Razak sebelum ini sedang beliau adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kebangsaan dan Ahli Parlimen Rembau."

Menurut Nasrudin, Khairy mempunyai potensi  dan bakat kepimpinan yang baik terutama untuk mendekati anak - anak muda negara pada hari ini "dan saya kira ia lebih sempurna serta menjadi nilai tambah yang lebih baik jika Khairy melengkapkan diri dengan ilmu dan fikrah Islam yang mantap lalu menyertai Gerakan Islam ini untuk memperjuangkan Islam dan memimpin anak - anak muda menerajui kebangkitan dan perubahan era ini ke arah membina peradaban yang sejahtera dan negara yang aman membangun."

"Tidak baik mempersiakan bakat kepimpinan yang sedia ada sedang ia masih boleh digilap dan disempurnakan untuk menjadi seorang pemimpin anak muda yang berilmu dan beramal soleh," tambahnya.

"Jika Khairy sudah berasa letih dan bosan dengan politik lalu memilih untuk berehat , saya jangka ia adalah respon kepada situasi politik dalaman Umno yang beliau hadapi," katanya lagi .

Katanya, jiwa seorang pejuang mana mungkin boleh berehat dari perjuangannya.

"Justeru itu saya menghulur tangan mengundang Khairy Jamaludin untuk menyertai perjuangan Islam ini  kerana indahnya perjuangan ini , ia tidak semata - mata berorientasikan gerakan politik sebaliknya diseimbangkan dengan gerakan tarbiyyah untuk membina aqidah yang benar, pemikiran Islam yang jelas dan syakhsiyah yang soleh serta gerakan dakwah untuk menyedarkan ummah agar kembali mengabdikan diri kepada Allah swt.

"Akhirnya saya mendoakan agar rakan sejawatan saya Sdr Khairy Jamaludin dikurniakan Allah swt akan kesejahteraan serta kekuatan untuk mendepani cabaran dan pentunjuk demi membuat pilihan yang tepat dan benar," kata Nasrudin lagi dalam kenyataannya itu.

Kenyataan Sedih Khusrin.."Saya Akan Pergi..."

Datuk Mohamad Khusrin Munawi berkata beliau akan meneruskan tugasnya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru selagi tiada arahan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk ditukarkan ke peringkat kerajaan pusat. Mohamad Khusrin berkata beliau akan menjalankan tugasnya itu meskipun pelantikannya ke jawatan SUK oleh kerajaan pusat ditentang oleh kerajaan negeri Selangor.
"Saya ingin menegaskan di sini bahawa sebagai penjawat awam, saya tahu peraturan dan tahu apa yang saya boleh dan apa yang tidak boleh dibuat oleh seorang penjawat awam.
"Saya akan buat kerja mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada selagi tiada arahan selanjutnya dari JPA. Kalau hari ini saya diarahkan pergi (oleh JPA), saya akan pergi...tiada masalah," katanya pada sidang media yang penuh sesak dengan wartawan di pejabatnya di Bangunan SUK di sini, Isnin.
Pelantikan Mohamad Khusrin sebagai SUK baru mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan berkata pelantikan itu belum muktamad kerana beliau tidak pernah dimaklumkan mengenainya.

Juragan : Lu dah tahu..elok lu blahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....

Gambar : Penjaga Gol Kebangsaan Khairul Fahmi BersamaTok Guru Nik Aziz












 
Kelantan hadiah rumah untuk Khairul Fahmi

KOTA BHARU, 3 Jan:
Penjaga gol skuad Harimau Malaya yang berjaya membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki, Khairul Fahmi Che Mat dihadiahkan sebuah rumah oleh kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat sendiri oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meraikan kepulangan beliau ke Kelantan di Chabang 4, Cherang dekat sini hari ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan apakah nilai rumah berkenaan. Pengumuman itu dibuat di majlis yang dianjurkan oleh pejabat Anggota Parlimen Kota Bharu dan juga kerajaan negeri Kelantan.
Tuan Guru ketika berucap pada majlis menyambut kepulangan Wira Negara itu berkata beliau yang turut menyaksikan perlawanan akhir kedua di Indonesia mengakui aksi Fahmi memang hebat.

"Saya memang kagum, saya tengok dia beraksi begitu hebat bergetah sungguh tangan budak ni," ujarnya sambil disambut laungan takbir oleh orang ramai.
Khairul Fahmi berjaya mempertahankan gawang Malaysia dari ditembusi semasa Indonesia bertandang ke Malaysia yang membawa Malaysia menang 3-0 dalam pusingan pertama perlawanan akhir piala itu di Bukit Jalil.

Beliau juga berjaya menjaga gawang Malaysia dengan baik apabila pasukan negara itu berkunjung ke Jakarta termasuk menyekat sepakan penalti oleh Indonesia.

Malaysia menang dengan agregat 4-2 walaupun kalah di Jakarta dengan 2-1.

Media hari ini melaporkan, sebuah laman web menyiarkan berita kononnya Mancester United berminat dengan Khairul Fahmi apabila pengurusnya, Sir Alex Ferguson mengarahkan lamaran ke atas Khairul dibuat selepas dua jam perlawanan akhir di Jakarta itu.
Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan pernah menghadiahkan rumah kepada Nik Madihah, pelajar Kelantan yang berjaya menjadi pelajar terbaik Malaysia dalam peperiksaan SPM.Hrkh

Letak Jawatan : KBS minta BAM, Misbun beri penjelasan.....???

PUTRAJAYA, 3 Jan – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek masih menunggu penjelasan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi mencari punca terhadap tindakan mengejut Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan.
Ahmad Shabery berkata beliau akan bertemu dengan Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh yang akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat ini bagi mendapatkan penjelasan sebelum beliau bertemu dengan Misbun.
“Masih terlalu awal untuk kita buat andaian dan dalam masa sehari dua ini saya sengaja membiarkan perkara ini berlalu bagi membolehkan kedua-dua pihak mendapat pertimbangan yang sewajarnya bagi menyelesaikan perkara ini,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.
Beliau berkata sebelum mengambil apa-apa tindakan, kementerian berkenaan ingin mencari punca masalah tersebut tanpa menyalahkan mana-mana pihak.
“Setelah mendapat pejelasan daripada kedua-dua pihak barulah kita cari jalan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
“Apa pun keputusaan yang bakal dibuat nanti mestilah tidak membelakangkan kepentingan negara kerana badminton adalah salah satu daripada acara sukan yang dijangka mampu memberi sumbangan pingat kepada negara pada Sukan Olimpik London pada 2012 nanti,” katanya.
Ahmad Shabery berkata beliau tidak menyalahkan pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mengambil keputusaan untuk keluar daripada BAM kerana faham dengan tekanan yang bakal dihadapinya.
“Sudah pasti Chong Wei akan rasa tertekan apabila jurulatih yang dianggap sebagai bapanya sendiri membuat keputusan untuk letak jawatan.
“Namun sebagai jurulatih yang diberi amanah oleh negara, Misbun sewajarnya memberi keutamaan kepada kepentingan negara sebelum melakukan keputusan tersebut,” katanya.
Semalam media tempatan hangat menyiarkan berita tindakan Misbun menghantar surat peletakan jawatan bertarikh 31 Disember lepas kepada BAM, yang telah mencetus pelbagai persoalan dan tanda tanya punca beliau sanggup mengambil tindakan tersebut.
Rasa tidak puas hati terhadap pelantikan Datuk James Selvaraj sebagai Pengarah Prestasi Tinggi BAM dikatakan sebagai salah satu daripada punca utama yang menyebabkan Misbun membuat tindakan tersebut. – Bernama

Berkaitan...

Misbun hilang sabar

Oleh Mohd Hilmie Hussin

DATUK LEE CHONG WEI anggap terlalu banyak faktor dan tekanan yang mengheret kepada peletakan jawatan jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.
Sambil menafikan alasan tunggal kegagalan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menunaikan permintaan jurulatih itu agar anaknya Misbun Ramdan diletakkan di bawah kendaliannya, Chong Wei, semalam mendedahkan Misbun sebenarnya sudah tidak lagi gembira dengan pelbagai masalah ditimbulkan pihak pengurusan persatuan.

“Bagi saya, masalah ini sudah lama berlarutan. Misbun tidak gembira dengan tindakan seorang pegawai persatuan yang hanya pandai cakap sedangkan tidak tahu apa-apa mengenai sukan,” kata Chong Wei.

“Pegawai itu dan juga persatuan sering memberi tekanan kepada jurulatih dan kami, sebagai pemain. Kami tahu tugas kami perlu hasilkan keputusan terbaik, malah kami sentiasa berusaha ke arah itu dengan berkerja keras. Mereka bagaimanapun menuduh kami, tidak menjalankan tugas.


“Pegawai itu sering meminta laporan jika kami tewas di mana-mana kejohanan. Saya tahu itu tugas mereka, tapi peliknya, mereka tidak pernah minta laporan jika menang. Ini tidak betul, malah persatuan mahupun pegawai itu langsung tidak mengucapkan tahniah kepada kami. Saya sendiri tidak sukakan pegawai itu,” kata Chong Wei yang enggan mendedahkan identiti pegawai itu.

Begitupun, Chong Wei berkata dia menghormati keputusan jurulatihnya itu yang mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

Chong Wei turut mendedahkan dia dan pemain lain yang dilatih legenda badminton itu mengetahui mengenai niat Misbun meletak jawatan selepas tamat latihan, Khamis lalu.

“Selepas latihan, jurulatih (Misbun) menangis sambil beritahu dia sayangkan kami semua. Dia kata akan letak jawatan kerana tidak tahan lagi dengan pegawai itu. Selama ini dia bertahan kerana tahu itu tanggungjawabnya,” kata Chong Wei.

“Saya terhutang budi pada Misbun. Sejak di bawahnya, saya berada di ranking pertama dunia hingga kini. Saya akan teruskan rekod di puncak dunia sebagaimana yang Misbun mahukan.”

Tanpa Misbun, BAM perlu segera mencari pengganti untuk melatih pemain elit, terutama Chong Wei yang menjadi sandaran utama pingat emas Sukan Olimpik 2012 di London.

“Saya harap bila kembali dari Final Siri Super Masters di Taiwan, semua ini sudah selesai. Selepas itu saya harap Misbun dapat hadir ke Stadium Bukit Jalil menyaksikan permainan saya di Terbuka Malaysia, sama ada sebagai jurulatih atau penonton.

“Apapun saya rasa untuk membuatkan Misbun kembali melatih saya amat susah. Saya tidak tahu bagaimana BAM nak pujuk dia,” kata Chong Wei yang menyerahkan tugas mencari pengganti Misbun kepada BAM.

“Siapa jurulatih saya selepas ini saya tidak tahu. Yang penting, saya perlu dapatkan keputusan baik di Olimpik London. Sebelum itu, apapun terjadi saya tidak kisah apa orang nak kata, saya sudah lali.”

Dalam pada itu, Pengurus Besar BAM, Kenny Goh berkata peletakan jawatan Misbun berkuat kuasa hari ini. Pihaknya sudah mengedarkan surat peletakan jawatan jurulatih itu kepada semua exco persatuan untuk mendapatkan pandangan.

“Persatuan tidak akan memanggil satu mesyuarat disebabkan hal ini. Kami edarkan surat peletakan jawatan Misbun kepada semua exco sebelum Presiden Datuk Mohd Nadzmi Salleh bertemu dengan jurulatih itu sendiri,” kata Kenny.

Pada September lalu, selepas mesyuarat bersama Nadzmi dan Pengarah Prestasi Tinggi, Datuk James Selvaraj, tiga jurulatih - Misbun, Rashid Sidek dan Hendrawan - dipanggil semula untuk berbincang dengan James, Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai dan Kenny kerana dikatakan tiga jurulatih perseorangan itu bermasalah dengan senarai pemain yang ditetapkan persatuan.

Misbun dikatakan tidak berpuas hati apabila permintaannya melatih Misbun Ramdan dan Iskandar Zulkarnain tidak dibenarkan.

Namun isu sebenar masih tersembunyi kerana Misbun yang dihubungi menghantar pesanan ringkas menerusi telefon bimbitnya berkata belum bersedia membuat sebarang kenyataan.

“Minta maaf, saya tak mahu bercakap sekarang. Mungkin lain kali. Selamat Tahun Baru,” katanya.