Ahad, 2 Januari 2011

VIP yang melindungi kegiatan Gay rupanya adalah....


Oleh: Pria Malaya

Berdasarkan laporan Utusan Malaysia (UM) bertarikh 2 Januari 2011, kegiatan haram homoskesual dalam negara kita rupanya telah dilindungi orang kenamaan (VIP)..namun laporan ini tidak mendedahkan siapakah VIP yg dimaksudkan..kalian boleh rujuk berita penuh dalam Utusan Malaysia versi online di SINI..

Persoalan kini, siapakah dalang yang dikatakan telah melindungi kegiatan homoseksual (gay) di negara ini? siapakah orang kenamaan yang dikatakan menjadi pembela dn penyelamat golongan ini? siapakah pihak yg mempunyai kuasa memberi amaran keras kepada pihak berkuasa supaya tidak mengganggu kegiatan terkutuk ini?...

"Saya Gay, Saya OK"

Sebelum penulis menjawab, atau memberi 'klu' siapakah dalang yg dimaksudkan ini...kita perhati dulu antara laporan UM hari ini berkaitan isu ini..katanya:
"Jika dilihat blog-blog dan laman sosial popular Facebook turut mendedahkan 'keberanian' golongan gay itu berkongsi pengalaman peribadi dan kehidupan mereka sebagai pengamal seks songsang."
Ya, penulis yakin ramai diantara kita telah menyedari kewujudan rakaman video yg mendedahkan keberanian seorang lelaki Melayu/Muslim mengaku dan berbangga dengan kehidupannya sebagai seorang homo (gay)..kalian boleh tonton video itu di SINI..(channel Youtube 'Seksualiti Merdeka' boleh rujuk di SINI..)



Ramai yg tertanya2 siapakah pemilik video ini, siapakah yg bertanggungjawab menghasil dan mewujudkan video ini..kalian boleh lihat pada anak panah bewarna merah pada foto di atas..ya, video yg menggemparkan negara sebulan yang lalu datangnya dari kumpulan yang menamakan gerakan mereka sebagai "Seksualiti Merdeka"..

Siapa "Seksualiti Merdeka"?

Persoalan kini, siapa Seksualiti Merdeka ini? siapa disebalik tabir gerakan 'haram' ini?..apa kaitannya dengan orang kenamaan/VIP sebagaimana dilaporkan Utusan Malaysia hari ini?..

Penulis ada menyentuh isu ini beberapa minggu yang lalu..dan jangan terkejut penulis katakan, VIP tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah anak seorang pemimpin a.k.a tokoh tersohor negara..kalian boleh ikuti pendedahan penulis pada tajuk, "EDISI BONGKAR: Marina Mahathir antara penyokong kuat kumpulan 'Seksualiti Merdeka'?" (wajib baca)...

Umno heret istana, mainkan sentimen Melayu dalam isu pelantikan SUK Selangor

KUALA LUMPUR: Umno sekali lagi memperalatkan istana demi kepentingan politik mereka dan menggunakan sentimen Melayu untuk memberi gambaran bahawa Pakatan Rakyat menentang institusi di raja dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Khusrin Munawi.
Menurut Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli, terdapat dua cara pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor akan disabotaj oleh Umno seandainya Khusrin memegang jawatan sebagai SUK kelak.
“Pertama, ia akan mengganggu kelancaran pentadbiran kerana kakitangan awam menerima arahan daripada SUK. Apabila ada SUK yang memang menjadi musuh (kepada kerajaan negeri), tidak ada keraguan tentang kemungkinan berlakunya sabatoj.
“Yang kedua ialah cubaan kaitkan dengan sultan seperti yang berlaku di Perak. Padahal perancangan ini perancangan Umno, tetapi mereka mainkan isu seolah kita lawan lantikan sultan.
“Sekarang taktik ke arah itu, iaitu jejaskan pentadbiran dan wujudkan seolah-olah ada krisis istana dengan pentadbiran negeri dengan harapan orang melayu marah dengan kerajaan negeri. Mereka guna Sultan supaya mereka boleh main dengan sentimen perkauman orang melayu bahawa Dap dan KEADILAN sebagai anti melayu dan raja,” ujarnya.
Ironinya, kata Rafizi, sewaktu krisis Perlembagaan 1993, Umno bersungguh-sungguh menghapuskan kekebalan sultan, sesuai dengan kepentingan politik mereka pada waktu itu.
Rafizi juga tidak menolak pelantikan itu sebagai taktik untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri sekiranya Pakatan tidak berbuat demikian pada Pilihan Raya Umum akan datang, namun beliau percaya situasinya tidak sama seperti berlaku di Perak kerana majoriti kerusi Dun di Selangor masih memihak kepada Pakatan.
“Yang ini Umno kena ingat, tidak mudah untuk meniru apa yang dibuat di perak sebab keadaan berbeza. Atas dasar apa Dun dibubarkan dalam keadaan majoriti 2/3 berada pada Pakatan.
“Perkara mendesak yang kita perlu uruskan segera daripada isu pelantikan ini adalah usaha Umno untuk mengganggu kelancaran pentadbiran serta memberi gambaran Pakatan Rakyat di Selangor cuba memusuhi pentadbiran istana,” kata Rafizi.
Upacara mengangkat sumpah pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor, akan dilakukan di hadapan Sultan Selangor 6 Januari ini.
Walaubagaimanapun pakar-pakar perlembagaan berhujah upacara Khamis depan itu sebagai “tidak sah” memandangkan perlembagaan negeri menyebut bahawa upacara seumpama itu perlu dilaksanakan di hadapan Menteri Besar dan bukannya Sultan Selangor, sepertimana yang terkandung dalam Artikel 52 (4) perlembagaan negeri.
Peguam veteran Karpal Singh dilaporkan berkata, perkembangan itu akan membawa kepada krisis perlembagaan sepertimana yang berlaku pada 1983 dan 1993 kerana ia tidak selari dengan perlembagaan negeri.
“Sultan perlu mendapatkan nasihat perundangan daripada penasihat undang-undang negeri sebelum majlis angkat sumpah diteruskan. Dalam perkara-perkara seperti  ini, Sultan bertindak atas nasihat Eksekutif, Tuanku tidak boleh bertindak sendirian,” katanya.
Pakar perlembagaan Prof A Aziz Bari pula menyifatkan majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Selangor sebagai “amalan baru” yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.
Menurut beliau, tiada peruntukan dalam perlembagaan negeri Selangor yang memerlukan pegawai-pegawai kanan negeri mengangkat sumpah di hadapan Sultan. Sehubungan itu beliau juga melihat perkembangan tersebut akan membawa implikasi baru dalam politik dan perundangan negara serta memberi kesan ke atas negeri-negeri lain.

Tenang: Jangan gentar hadapi Umno BN

LABIS, 2 Jan: Jentera Pemuda PAS diseru tidak gentar berhadapan dengan Umno BN di Dun Tenang meskipun dikatakan kawasan tersebut merupakan kubu kuat Umno.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, seluruh pemuda seharusnya menanamkan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat khususnya PAS mampu menawan kerusi Tenang.
"Orang kata di sini kubu kuat Umno tapi saya nak bagitahu sifir pilihan raya,sekarang ini tiada lagi istilah kubu kuat bagi Umno BN.
"Di seluruh negara, kita pernah menawan kerusi-kerusi mereka dan di Dun Tenang ini pilihan raya kecil ke 14. Dari 13 pilihan raya kita telah menang dengan agregat 8-5.
“Dalam orang tak percaya kita boleh menang, kita mampu melakukannya.
"Ini bermaksud kita ada keupayaan untuk menang.Inilah yang harus kita yakin. Saya tak mahu pemuda-pemuda kita tak yakin dengan kekuatan yang kita miliki," katanya ketika berucap di majlis pelancaran jentera pemuda Pakatan Rakyat dekat sini, semalam.
Justeru Nasrudin berkata, jentera pemuda harus bersiap sedia dari sekarang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS.
"Saya harap jentera yang turun hari ini mampu menggunakan segala kekuatan untuk memenangi Dun Tenang ini," katanya disambut laungan takbir oleh kira-kira 500 pemuda yang hadir.
Sementara itu, ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, pemuda Pakatan akan membuat agihan tugas secara tepat dan tersusun dalam gerak kerja PRK kali ini.
"Rupa-rupanya di Tenang ini satu kebangkitan rakyat akan berlaku. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Pekan Tenang jangan disangka tak akan mengamuk.
"Kita berhadapan realiti, iaitu kawasan Felda yang dikatakan kubu kuat Umno.
"Pemuda PAS, Dapsy dan AMK akan agih tugas dengan betul kali ini. Kalau kita tengok pengalaman di Sibu, semua orang kata kita susah nak menang. Tapi oleh kerana kita bekerja secara tersusun, kita mampu menawan Sibu," katanya.
Bukan Islam yakin dengan PAS
Penolong setiausaha Dapsy Kebangsaan, Tey Kok Siew pula berkata, orang Melayu Islam harus meninggalkan Umno BN yang ternyata tidak mampu membela nasib mereka.
"Saya tahu Islam itu satu sahaja. Tapi kalau orang tanya saya, saya boleh terima Islam cara PAS atau Islam cara Umno,saya akan jawab saya terima Islam cara PAS.
"Saya dan kawan-kawan saya  orang Cina yang bukan Islam boleh terima PAS, saya nak tanya orang-orang Melayu Islam terutamanya di Tenang, kamu tunggu apa lagi? Nak tunggu Umno berubah? Bila Umno akan berubah? Tunggu kucing bertanduk dulu.
"MCA boleh berubah tak? Boleh...tunggu pisang berbuah dua kali. Jadi kita tidak boleh percaya lagi pembohong-pembohong besar ini.
"Kita nak tanya orang Umno,kalau betul Umno jaga Melayu,kenapa sampai sekarang semakin ramai orang Melayu yang miskin?"soalnya yang juga Adun Bandar Hilir Melaka.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan DHPP Johor, Subramaniam memberi jaminan bahawa mereka akan membantu PAS sedaya mungkin untuk menawan Tenang.
"Saya berjanji Dewan Himpunan Penyokong PAS dengan rombongannya akan bertungkus lumus menggegarkan Tenang terutamanya kaum India.
Tambahnya, orang India sudah yakin bahawa hanya Islam yang dibawa PAS mampu memberikan kesejahteraan kepada negara.
"Saya seorang Hindu, dilahirkan sebagai seorang Hindu, hari ini pun saya masih Hindu, esok belum tahu...di hati saya, di dalam tanah yang bertuah ini, hanya Islam akan menjamin kesejahteraan semua.
"Sekarang masyarakat India tidak bimbang dengan parti PAS. Dulu mereka khuatir kerana mungkin mereka nampak PAS itu parti hanya untuk Islam dan mereka tidak faham kerana tidak terlibat dalam PAS.
"Tapi hari ini mereka faham hanya Islam sahaja boleh membanteras gejala sosial termasuk rasuah dan akan membawa Malaysia menyelamatkan maruah Malaysia," katanya.
Turut hadir dalam majlis berkenaan, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub,setiausaha DPPP, Ahmad Sabki Yusuf, Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Pengerusi DHPP Johor,Nadarajan.

TENANG: PAS akan berhadapan dengan kejutan!


Aktivis politik PKR tapi tak ngaku diri politikal, serta PENAGIH DADAH TEGAR, Hishamuddin Rais suruh PAS batalkan hasrat untuk tanding di Tenang.

Blog Gelombang Rakyat melaporkan kekalahan yang bakal dihadapi PAS akan melemahkan semangat PAS.

Katanya, PAS kena menerima realiti bahawa DUN Tenang bukanlah tempat untuk PAS. Malahan hasrat Pakatan untuk menawan Johor harus dilupakan kerana negeri ini adalah kubu kuat UMNO. DItambah lagi dengan perjuangan Pakatan yang dilihat sebagai berterbangan di langit atau di awang-awangan.

Hishamuddin memperakui janji-janji yang tidak masuk akal Pakatan akhirnya akan menjerut leher sendiri. Teriakan 'Reformasi' dan laungan 'Takbir' tidak lagi sahutan keramat dengan situasi politik pada hari ini. Masyarakat masih keliru dengan perjuangan yang hendak disampaikan Pakatan walaupun telah bergabung hampir 3 tahun.

Kepada pekerja PAS, PKR dan DAP, kami beri amaran supaya jangan bawak tabiat dan perangai buruk mereka setiap kali pilihanraya. PAS dan PKR sering menggunakan tipudaya, keganasan dan pembohongan semasa kempen. DAP dengan drama dan wayang untuk menguruhara dan mensensasikan keadaan.

Tenang sudah sedia dengan semua tipu helah PAS yang mana pernah berlakun menggunakan sos tomato untuk buat-buat pekerja PAS ditetak dengan parang.

Mereka bersedia dengan tipudaya yang pernah dilakukan menuduh YB Kamalanathan menipu sijil ijazah, membuat surat palsu dari Perkasa, dan buat superimpose Kamala masuk masjid.

Tak lupa kami bagaimana di Permatang Pasir PAS bermain isu peribadi terhadap calun UMNO.

PAS selalu membawa entourage gerai-gerai haram mereka untuk menyekat lalulintas dan menarik perhatian terhadap kempen mereka.

Taktik ini tidak akan dapat diguna di tenang kerana gerai ini semua akan dirampas oleh Majlis Daerah jika mereka cuba lakukan. Kumpulan ronda akan menunggu untuk melaporkan sebaik mereka sampai. Mereka akan disusahkan dan mahal belanja untuk mendapatkan balik.

Taktik PAS untuk melangar peraturan kempen untuk tidak boleh berkempen sebelum penamaan calun akan dikuatkuasakan. Laporan akan dibuat jika PAS melanggar peraturan tersebut.

Banyak lagi cabaran bakal dihadapi. Bersedia berhadapan dengan pelbagai kejutan. Bagi blogger2 seperjuangan, sepanjang menghala ke 20hb, serang habis-habisan PAS dan DAP! PKR tu buang masa saja

Jeffrey Kitingan keluar PKR, pengumuman rasmi Khamis ini


KUALA LUMPUR, 2 Jan — Bekas naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang bulan lalu mengumumkan pembentukan satu pergerakan dikenali Barisan Bersatu Borneo (UBF) telah memutuskan untuk keluar parti itu.
Beliau akan membuat pengumuman rasmi bersama sekumpulan pengikutnya pada satu sidang media di Kota Kinabalu, Khamis ini.
“Ya (saya akan keluar). Apabila saya memutuskan untuk keluar parti, saya akan membuat pengumuman rasmi... sidang akhbar Khamis, ramai lagi (akan keluar),” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Bagaimanapun Kitingan tidak menyebut bilangan dan siapa yang akan mengikut beliau.
“Ada banyak perkara yang hendak diumumkan pada Khamis ini,” kata beliau ringkas.
Beliau tidak bertanding pada pemilihan pusat PKR yang baru berlalu.
Sumber mengatakan beliau sudah pun memaklumkan presiden dan setiausaha agung PKR mengenai keputusannya.
Pertengahan bulan lalu beliau mengumumkan penubuhan UBF sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.
Katanya, agenda UBF termasuk mendapatkan kesamarataan dalam formula perkongsian dan perwakilan di peringkat persekutuan.
Dalam pada itu Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi berkata beliau menerima apa-apa maklumat mengenai keputusan pemimpin Sabah itu.
“Saya tidak dengar apa-apa lagi, saya tidak terima apa-apa lagi,” kata beliau lagi.
Ramai meramalkan beliau akan keluar PKR bulan lalu ketika memanggil sidang media untuk mengumumkan barisan tersebut.
Pada Disember 2009, PKR telah memutuskan untuk menolak keputusan Kitingan yang mahu melepaskan jawatan naib presiden selepas dikatakan berselisih dengan kepimpinan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kepimpinan parti memutuskan untuk tidak menerima keputusan beliau meletakkan jawatan peringkat pusat bersama Timbalan Ketua Wanita PKR Sabah Christina Liew.
Kitingan, kini ketua PKR Pensiangan sebelum ini pernah dikatakan mahu menubuhkan parti baru tetapi beliau menafikan perkembangan tersebut.
Kira-kira setahun kemudian, pada Ogos lalu menjelang pemilihan peringkat cabang (bahagian), ibu pejabat PKR menggantung keahlian 12 anggota selama setahun selepas mereka didakwa cuba menubuhkan sebuah parti politik baru - Parti Cinta Sabah (PCS).
Ketika itu, Saifuddin berkata, siasatan Jawatankuasa Disiplin PKR mengesahkan berlaku pelanggaran disiplin parti dan badan itu mencadangkan kepada majlis pimpinan pusat supaya kesemua mereka digantung.
Mereka adalah Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah, Moses @ Mozes Michael Iking, Nicholas James Guntobon, Paul Kerangkas, Slyvester @ Balon Mujim, Innocent Makajil, Nasir Samie, Harry Kujukok Manisit, Rubbin Guriban, Gosibin Yosundang dan Guandee Kohoi.
Kesemua mereka itu dilaporkan cuba membuat permohonan bagi mendaftar PCS pada Disember 2009 selepas Kitingan mengancam untuk meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan ‘campur tangan’ pucuk pimpinan pusat dalam hal-hal PKR Sabah.
Ekoran protes Kitingan keputusan itu dan rayuan, PKR telah mengkaji semula dan mengambil keputusan untuk memaafkan sembilan daripada 12 pemimpin terbabit manakala hukuman ke atas tiga yang lain dikekalkan iaitu Jambun, Awang dan Iking.

UMNO Kata : Kerajaan Selangor ada ‘tujuan politik’ bantah pelantikan SUK baru

Ahmad Zahid Hamidi
BAGAN DATOH, 2 Jan — Kerajaan negeri Selangor yang diterajui kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), mungkin mempunyai niat dan tujuan politik dengan membantah pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri yang baru Datuk Mohd Khusrin Munawi yang mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pelantikan Mohd Khusrin itu menunjukkan kepimpinan PKR di Selangor mengalami ‘‘krisis minda’’ dan enggan menerima hakikat pelantikan yang dibuat Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
“Rakyat perlu menilai kepimpinan kerajaan negeri Selangor yang tidak konsisten kerana keterlaluan mempolitikkan jawatan sehingga sanggup membelakangkan perlembagaan negeri,” kata Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh kepada pemberita selepas menutup program Pembangunan Jati Diri yang melibatkan 230 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perak di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata pelantikan SUK Negeri tertakluk di bawah bidang kuasa KSN yang tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK Negeri mencetuskan kontroversi apabila sekretariat akhbar Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan pada 27 Dis lepas, yang menganggap pelantikan itu belum muktamad, sedangkan ia telah mendapat perkenan Sultan Selangor.
Alasan yang diberikan dalam kenyataan itu ialah pelantikan tersebut tidak dimaklumkan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut berhasrat menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyembahkan perkara berkenaan.
Bagaimanapun hasrat Abdul Khalid itu terpaksa ditunda kerana baginda sedang bercuti dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani juga mengesahkan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, pelantikan SUK Negeri tidak perlu mendapat persetujuan Menteri Besar. — Bernama

Bukti Pemimpin UMNO 'Utamakan Rakyat"!!

Korang ingat menteri ni nak susah hati ke harga minyak naik?


Hidup Melayu!!!! Hidup Ketuanan Melayu!!!! Wakakakaka!!!
adam lambert
adam lambert
adam lambert

adam lambert

Fuhh...Pemimpin PR "Tak Sedar Di Untung" - Ridhuan Tee

Kolumnis kontroversial Mingguan Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempertahankan dakwaan permintaan pegawai-pegawai Datuk Seri Najib Razak agar simbol-simbol Kristian dialih dan tidak diadakan doa selamat ketika perdana menteri menghadiri majlis jamuan teh sempena sambutan Hari Krismas minggu lalu. Malah dalam ruangannya disiarkan hari ini, Ridhuan juga mengecam pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad, yang meminta Najib agar memohon maaf berhubung perkara tersebut.
Seterusnya, Ridhuan juga berkata, jikapun benar permintaan sedemikian Najib dan pegawai-pegawainya tidak perlu memohon maaf atas tindakan mereka dan ia bukan satu perkara berat.
“Pada saya, jika benarlah berita tersebut, permintaan pejabat Perdana Menteri itu tidaklah terlalu berat.
“Ia tidak ada kaitan langsung dengan tindakan untuk menghalang kebebasan beragama kecuali mereka yang ingin mendapatkan laba politik,” kata beliau dalam tulisan terbaru bertajuk “Politik murahan yang memualkan”.
“Ultra kiasu sungguh mereka yang tidak sedar diuntung ini. Mencari politik murahan yang amat memualkan dalam keadaan umat Islam tersepit,” kata beliau merujuk kepada desakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Baru-baru ini, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menggesa Najib memikul tanggungjawab sepenuhnya dan meminta maaf secara terbuka berhubung sikap “tidak senang” akibat tindakan pembantunya ketika majlis sambutan Krismas anjuran Ketua Biskop Katolik pada Hari Krismas.
Gesaan itu dibuat ekoran dakwaan bahawa pegawai-pegawai Najib mengarahkan kepimpinan gereja mengalih salib dan simbol-simbol lain daripada lokasi majlis itu, yang diadakan di Bukit Nanas di sini sebelum ketibaan Najib.
Selain itu, him dan doa juga dilarang ketika kehadiran Najib.
Sumber-sumber mendedahkan bahawa arahan itu dikeluarkan tanpa pengetahuan Perdana Menteri.
Pemimpin-pemimpin DAP, PAS dan PKR menggesa Najib agar bertindak segera dan menjelaskan pendirian beliau mengenai arahan itu atas alasan sebarang kelewatan dikhuatiri boleh menjejaskan hubungan antara kaum yang rapuh.
Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad menggambarkan tindakan pembantu-pembantu Najib itu sebagai sikap “tidak boleh bertolak ansur”, malah mencerminkan sikap kerajaan pusat Barisan Nasional (BN).

Simply put, Najib’s New Year message: I don’t want to lose control

by  Mariam Mokhtar, Malaysia Chronicle

Simply put, Najib’s New Year message: I don’t want to lose controlDespite Prime Minister Najib Abdul Razak’s simple 2011 New Year message stressing how his ‘government was sensitive to the people’, he has nevertheless done his utmost to let the people down by undermining the Pakatan-led state government in Selangor.
He did this by challenging the Selangor Menteri Besar’s choice of State Secretary.
He did this by the back-door route.
But perhaps the most damning bit is that he dragged royalty into this fracas.
Najib reminded us not to gamble away the future of the coming generations with wrong decisions: “Let’s mould a better future for the coming generations.”
He then stressed that the success of the Government’s plans and programmes was dependent on the support and cooperation of the people.
“The power to build lies in the hands of the people. Fulfil this responsibility as best as you can.”
He said that the Government always adopted full responsibility in the management of the country, in particular the economy.
“As a government sensitive to the pulse of the people, we will not at all neglect the people’s interests by making a promise or a decision which seems to be popular but is actually to the detriment of the interests of everyone.”
If so, why has he engineered the current state of confusion in Selangor? Why has he gone against the people’s wishes?
The Federal government appointed outgoing Selangor Islamic Religious Department director Mohd Khusrin Munawi as the new state secretary.
Selangor Menteri besar Khalid Ibrahim was not consulted and the state government under his leadership, rejected the appointment. Khusrin is known as a 'thorn' because he likes to undermine state decisions.
Moreover, Khusrin was the least capable candidate in the selection round conducted by the state-appointed panel.
Nevertheless, Khalid is furious with the Chief Secretary to the Govern­ment Mohd Sidek Hassan, who appointed Khusrin, because a wrong message is being sent to civil servants.
Khalid fears that civil servants will wrongly believe that merits and ability are not priorities in the promotion of government servants, whom he said was already facing criticisms for being ineffective and incompetent.
He is right.
Last September, Rembau MP and Umno Youth chief Khairy Jamaluddin Abu Bakar admitted that the ‘over-inflated’ civil service had to be culled and streamlined.
He suggested ways of reward and promotion improvement: “At the moment, it is not based on productivity, but seniority and length of service. We need to change that so that we can cull the inefficient.” Khairy’s father was a civil servant in Wisma Putra.
Everyone is aware that Umno’s most potent political weapon is the civil servant. With 1.2 million bureaucrats (over 4% of the population), Umno is assured of political commitment. These civil servants represent the fifth column.
But now Umno have introduced another lethal weapon: Royalty.
Perhaps, it is to be expected of a charlatan; A Prime minister who was not elected; who has no sense of how to govern.
Najib’s strategy is to drag the Sultan of Selangor into Umno’s muddy brand of politics. He fears that Umno/BN may lose at the next General Election. He fears the humiliation of not wresting control of Selangor, the ‘jewel in the crown’, from Pakatan.
Failure to regain control of Selangor will mean the end of his career.
Devoid of proper governance, Najib’s only recourse is gutter politics.
The chorus of people who have come to the defense of this controversial appointment include ex-Menteri Besar, Khir Toyo, who faces a corruption charge and who is probably best remembered for his multi-million ringgit mansion and his all-expenses family holiday to Disneyland – his ‘study trip’.
The second voice is that of Noh Omar, a weak and unpopular leader.
Perhaps Najib believes his personal record is relatively clean.
Najib orchestrated a political coup in Perak in 2009. He is attempting a repeat performance in Selangor.
He has already sullied the name of democracy. What is the point of a democracy if the Opposition has to constantly seek redress in the courts?
Najib is a man with no moral scruples. Did he have to compromise the neutrality of our Sultan just so he can perform his dirty deed because he does not want to lose control?

Apakah Sultan dan Raja-Raja Melayu Tidak Punya Perasaan Malu?



Rakyat Malaysia dan mungkin juga Indonesia hampir saban hari berbicara tentang kes rogol yang didakwa dilakukan oleh seorang  pemimpin kerajaan Malaysia bertaraf menteri. Kes yang mula dibongkar oleh laman WikiLeaks ini mengisahkan perbuatan rogol yang didakwa berlaku sekitar tahun 2007 oleh seorang menteri dalam barisan kabinet, bekas presiden Umno yang juga pengasas Islam Hadhari, Dato' Seri (Tun) Abdullah Badawi. Sebelum saya terlupa, apa sudah jadi dengan Islam Hadhari? Berjuta ringgit wang rakyat telah dihabiskan oleh kerajaan Umno/BN untuk mewar-warkan Islam Hadhari, akhirnya ia lenyap bersama hangusnya wang rakyat!!! Apakah mereka yang menyokong Umno/BN masih buta?


Seakan menjadi dasar orang politik hanya pandai bermain kata, menabur janji dan berpura-pura. Sikap ini tidak menjadi pelik lagi dalam senario politik negara. Saya telah lali dengan sandiwara ini. 

Persoalannya sekarang, apakah raja-raja dan Sultan Melayu yang ramai di negara ini juga beramal dengan sikap berpura-pura? Katanya Sultan ditintakan sebagai ketua agama Islam dan payung kesejahteraan rakyat. Apakah sebagai ketua agama Islam, para sultan tidak menyedari hal yang sedang rancak diperdebatkan oleh rakyat? Apakah para Sultan tidak sensitif kepada perasaan dan kebimbangan rakyat? 

Saya mohon kepada para Sultan, jika benar kalian sebagai payung kesejahteraan rakyat, sila campurtangan dalam masalah rakyat ini. Para sultan, ingatlah gaji, elaun dan segala kemewahan kalian adalah hasil daripada titik peluh rakyat yang disalurkan melalui cukai kemudian dijadikan sebagai habuan bulanan buat semua para sultan dan raja-raja Melayu hidup dalam serba kemewahan. Para sultan, tolonglah bersama kami leraikan kekusutan keinginan rakyat ini. 

Rakyat Malaysia berasa malu kerana ada kalangan menterinya yang menjadi perogol. Soalnya apa para raja dan sultan Melayu yang katanya sebagai ketua agama Islam tidak punya perasaan malu dan hanya mendiamkan diri dalam isu besar ini? Cukuplah dengan perangai Siti Aisyah yang berperangai buruk dan memalukan. 

Rais Yatim Menafikan...


"Dioghang tu semuo pembohong bosa....
Jangan pecayolah...!

hahahaha..... ni eden dah nafikan ehhh... apo ekau nak laeiiii.... 

Apo... ekau nak den bersumpah pulak ehhh... eden bukannyo macam si najib tuuuu... aahhh.. nantilah den pikirkan... mungkin den buek pengakuan bersumpah kek PRK Tonang gamak ehhh...

Ekau semuo tunggu yeolah....


Woooiiittt.... Montoghi bn... bilo ekau nak nafikan.... lamo mano nak sonyap oooiiii....!!!!!!!

n3 bengang dengan anak yatim takdo tolo nih...pengecut dayus bacul, kerajaan malaysia pun 2x5 bersubahat kerana tiada tindakan siasatan atas tuduhan nih... akhbar pencacai pun macam sial...

cuba kalau pembangkang kena tuduhan macam tu.., tindakan diorang macam anjing nampak tulang babi...???
 
ISA.

Amah Cuba Bunuh Diri Setelah Dicekup Bawa Matair Ke Rumah Majikannya


Amah curi-curi bawa masuk 'mata air' ke rumah

Gambar: Amah Cik Freda dibawa ke hospital untuk dirawat selepas beliau cuba membunuh diri. - Foto TUKIMAN WARJI

Majikan terperanjat ketika pulang, pembantu rumah pula berlari ambil pisau cuba bunuh diri

MADU yang diberi, tuba pula yang dibalas.

Itulah yang dialami Cik Freda Hassan, seorang deejay sambilan radio, berhubung seorang pembantu rumahnya baru-baru ini.

Sepanjang setahun bekerja di flat keluarganya, Cik Freda sekeluarga memberi sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada pembantu rumah mereka itu.

Tetapi, malangnya tanpa diduga, pembantu yang kini dilihat seperti musang berbulu ayam itu telah meruntuhkan kepercayaan mereka dengan membawa seorang lelaki, yang dipercayai adalah pekerja asing, masuk ke rumah keluarga Cik Freda ketika bapanya yang sudah uzur dan tidak berdaya, tidur di bilik.

Kejadian itu berlaku pada 14 Disember lalu semasa Cik Freda keluar bertemu beberapa rakannya, dan keluarga abangnya pula yang menetap di rumah yang sama, sedang bercuti di luar negara.

'Ketika itu hanya bapa saya yang tidak sihat berada di rumah, selain amah itu yang ditugaskan menjaganya.

'Kebetulan pada malam tersebut, amah itu menghubungi saya minta kebenaran untuk masuk tidur awal.

'Saya kata tiada masalah dan mengingatkannya supaya matikan suis elektrik dan gas sebelum tidur.

'Tetapi, saya rasa hairan kerana beliau minta saya hubunginya dahulu sebelum pulang, padahal amalan tersebut belum pernah dilakukan kami sekeluarga kerana kami semua ada kunci rumah,' kata Cik Freda.

Sekitar sejam kemudian, Cik Freda, yang berusia lewat 30-an tahun, tiba di pintu flatnya yang terletak di Tampines Street 72.

Tetapi, semasa beliau hendak membuka pintu menggunakan kunci rumah, beliau dapati pintu flat itu dikunci dari dalam.

'Saya pun hubungi amah saya. Tak lama kemudian, pintu rumah saya dibukanya, tetapi saya perasan beliau agak cemas sedikit.

'Saya tak syak apa-apa, cuma apabila ke dapur saya perasan ada dua gelas air yang belum dicuci diletak dalam singki.

'Kemudian, saya perasan pula lantai ruang utama flat itu agak basah dan saya tanya kenapa.

'Jawabnya, bapa saya baru keluar tandas, tapi saya rasa tak sedap hati,' cerita Cik Freda.

Beliau kemudian menuju ke bilik bapanya yang ketika itu gelap.

'Selepas saya hidupkan lampu, saya perasan bapa saya sedang tidur, dan ketika itulah tiba-tiba saya tergerak hati untuk melihat belakang pintu bilik tersebut.

'Jantung saya berdegup pantas kerana ketika itu saya terlihat seorang lelaki yang saya fikir mungkin warga asing sedang bersembunyi di belakang pintu itu!' jelasnya.

MOHON MAAF DAN MERAYU

Menurutnya lagi, amah dan lelaki itu kemudian mula meminta maaf dan merayu agar Cik Freda tidak menghubungi polis.

Sedang Cik Freda bercakap dengan amahnya itu, dakwa beliau, lelaki itu membuka secara paksa jeriji tingkapnya sebelum melarikan diri.

'Ini kerana sebelum itu saya telah mengunci pintu dan jeriji pintu, jadi dalam kelam-kabut, lelaki itu pecahkan jeriji aluminium tingkap saya untuk melarikan diri,' katanya.

Sementara itu, menurut Cik Freda, amahnya meluru ke dapur dan mengambil sebilah pisau lalu mengacukannya ke arahnya sebelum mengacukannya ke pergelangan tangan kirinya sendiri.

'Saya melangkah setapak ke belakang lalu menasihatkannya supaya tidak melakukan perkara bodoh.

'Saya nasihatkannya agar meletakkan pisau dan fikirkan suami dan anaknya di Indonesia.

'Tetapi, kemudian beliau berlari masuk ke bilik bapa saya lalu menguncinya dari dalam.

'Mujur ketika itu bapa saya telah bangun dan berdiri menyaksikan semua kejadian itu,' kata Cik Freda lagi. Menurutnya, selain lemah, bapanya juga tidak dapat bertutur kerana penyakitnya.

Pada masa itulah Cik Freda mengambil kesempatan untuk menghubungi polis. Tidak lama kemudian, pihak polis disertai Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) dan ambulans tiba di tempat kejadian.

'Selepas dinasihatkan, amah saya itu mula membuka pintu dan ketika itu terdapat titisan darah di lantai bilik tersebut akibat kecederaan di pergelangan tangannya,' ujarnya. Amah itu kemudian diberkas polis.

Cik Freda mendakwa sehari selepas itu beliau dan kakaknya menemui sebuah telefon bimbit milik amah itu yang disembunyikan di kerusi roda bapanya.

Telefon tersebut mengandungi imej lelaki warga asing yang berada di dalam rumahnya itu. Selain itu, terdapat juga beberapa video lucah.

Telefon bimbit itu telah beliau serahkan kepada pihak polis.

Bukan itu sahaja yang ditemui Cik Freda. Beliau juga menemui perkakas ujian kehamilan yang disembunyikan di atas almari bapanya.

Semasa dihubungi, pihak polis mengesahkan bahawa laporan telah dibuat mengenai kes tersebut.

'Kami menerima panggilan sekitar 9 malam pada 14 Disember daripada seorang wanita yang meminta bantuan di tempat kejadian.

'Setibanya kami di sana, seorang wanita dalam usia 20-an tahun telah diberkas atas tuduhan cuba membunuh diri.

'Wanita itu telah dihantar ke Hospital Besar Changi untuk dirawat dan beliau sedang membantu dalam siasatan yang masih dijalankan,' kata jurucakap polis itu lagi.

Menurut seorang jurucakap kedutaan Indonesia di sini, terdapat sekitar 86,000 pekerja pembantu rumah warga Indonesia di sini.

Meskipun menyedari akan kes- kes pembantu rumah yang membawa pulang lelaki asing ke rumah majikan, kedutaan itu tidak dapat mendedahkan bilangan kes sedemikian.

'Namun kes-kes begini jarang berlaku, atau sekiranya dilaporkan pada kedutaan, jumlahnya hanya segelintir,' katanya. -bhs

Slogan 'Umno Dahulukan Rakyat' Tidak Berpijak Realiti- PR



SHAH ALAM 2 JAN: Pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan kempen  'Umno Dahulukan Rakyat' tidak berpijak kepada realiti apabila kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) tidak prihatin kepada masalah rakyat dengan menaikkan harga barangan dan petrol.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan hari ini sebagai berkata slogan 'Umno Dahulukan Rakyat' akan diperkasakan pada 2011 bagi memberi mesej jelas bahawa Umno sentiasa mahu melakukan yang terbaik dalam hal pembangunan rakyat dan negara.
Menurut Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyatakan ia sekadar propaganda murahan Umno kerana kenaikan harga barang dan petrol berlaku apabila subsidi untuk rakyat ditarik balik sedangkan subsidi kepada kroni-kroni besar tidak disentuh.
"Pada saya pendirian parti jelas dalam isu ini kalau apa pun propaganda murahan Umno yang mahu canangkan isunya masih berbalik kepada dasar kerajaan BN yang sentiasa mendahulukan rakyat yang perlu apabila menanggung beban hutang dan ekonomi yang semakin meruncing tetapi malangnya apabila menyentuh kepada penjana-penjana bebas dan kroni tidak disentuhkan atau diapa-apakan," katanya. 
Sementara itu menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menganggap slogan yang diuar-uarkan Umno tidak konsisten untuk mendahulukan rakyat sedangkan realitinya kerajaan Umno-BN tidak prihatin kepada kenaikan dan beban rakyat mutakhir ini.

" Mereka tidak konsisten dan tidak boleh mempengaruhi rakyat atau menyakinkan rakyat tentang rakyat didahulukan banyak yang melibatkan urus tadbir negara isu yang lebih besar seperti memerangi rasuah,seperti meringankan beban ibu bapa dalam menghadapi persekolahan anak-anak yang terpaksa membayar yuran-yuran tambahan kesan daripada beberapa kenaikan  cukai yang kita lihat yang tidak banyak mengubah dan kepada rakyat di negara kita," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Sementara itu, menurut Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata kempen itu hanya diperingkat slogan dan tidak nampak perlaksaannya dalam membela rakyat dalam polisi dan dasar-dasar kerajaan pimpinan Umno-BN.

"Itu nampaknya masih diperingkat slogan, slogan sahaja dan cogankata sahaja dan bukan mengenai tindakan dan dasar-dasar yang sebenarnya di mana rakyat didahulukan dan ini kita boleh lihat daripada kenaikan harga barang-barang.

"Dan setakat ini semua ini rakyat diutamakan hanya diperingkat slogan tidak banyak bermakna untuk rakyat jelata," kata Kit Siang.
Dalam pada itu menurut Nurul Izzah, Buku Jingga yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat sebenarnya menimbulkan ketakutan kepada Umno sehingga parti itu terpaksa mencipta pelbagai slogan selepas kehilangan sokongan rakyat.

"Pada saya Buku Jingga penting kerana memaparkan realiti masalah semasa ekonomi, sosial di bawah BN, dari segi gaji minima yang belum dilaksanakan, jadi penting untuk seluruh rakyat Malaysia melihat statistik yang dikemukakan dan jalan-jalan penyelesaian yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat," jelasnya.
Hal ini juga disepakati oleh Salahuddin Ayub yang menegaskan Buku Jingga Pakatan Rakyat membuatkan Umno hilang hujah untuk berhadapan rakyat sambil menyatakan rakyat tidak mudah dipercaya dengan kempen terbaru Umno ini.
"Maka dengan sebab itulah mereka agak terkejut dengan 100 hari Pakatan Rakyat itu dan mereka terpaksa menjawab ke tahap mengatakan negara akan bangkrap, itu menyatakan mereka tidak mempunyai hujah dan konkrit untuk menghadapi apa yang ada dalam buku jingga dan rakyat mudah untuk diyakinkan sekiranya apa yang kita janjikan itu praktikal dan ditunaikan dengan penuh tanggungjawab.
"Saya rasa rakyat khususnya orang muda mudah dan cepat boleh akses dan menerima maklumat dan saya rasa mereka tidak mudah dipengaruhi dan mereka tidak mudah untuk memperngaruhi semua rakyat dalam menentukan keputusan dan pemikiran politik mereka dalam menghadapi isu-isu seperti ini," katanya.

Larangan Logo 1Malaysia,Pembangkang Selangor Keliru


SHAH ALAM 2 JAN : Kerajaan Negeri Selangor akan memberi kenyataan rasmi menjelaskan isu larangan logo 1Malaysia esok.
Exco Teresa Kok berkata ramai pihak, terutamanya pihak pembangkang di Selangor, keliru dengan isu ini.
Pembangkang Selangor akan membangunkan laman sesawang khas bagi mengumpulkan nama penduduk yang menyokong gagasan 1Malaysia untuk diserahkan kepada kerajaan negeri.
Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata laman web itu akan dibangunkan dalam tempoh 48 jam.
Mengulas kempen ini, Teresa berkata mesyuarat esok akan membincangkan perkara 1Malaysia ini yang dijadikan isu oleh pembangkang Selangor.
Beliau sebelum itu menyertai konvoi kereta dan motosikal yang dianjurkan MCA Serdang, Klang dan Kapar sebagai tanda sokongan 1Malaysia.
Sebanyak 2,000 pelekat 1Malaysia turut diagihkan semasa konvoi tersebut.
Kerajaan Selangor bertindak melaksanakan pengharaman logo 1Malaysia pada semua papan tanda dan papan iklan di negeri itu kerana didakwa menyelitkan mesej politik Barisan Nasional.
Bagaimanapun pelaksanaan itu ditangguhkan buat sementara sehingga mesyuarat Exco pada Rabu ini.

Isu SUK : GPMS Selangor Disaran Baca Keseluruhan,Kata Shuhaimi


SHAH ALAM 2 JAN : Dilabel sebagai biadap oleh Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd Faizal Salleh dalam akhbar Sinar Harian hari ini,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei tampil membela diri.
Menurut Shuhaimi yang ditemui di Tv Selangor hari ini, pihak NGO itu tidak membaca keseluruhan pendapatnya yang boleh diakses dalam laman blog srimuda.blogspot.com mengenai hal tersebut dan ia berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor yang diwartakan pada tahun 1959.
Komen itu dibuat oleh Shuhaimi berikutan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
"Mereka tidak meneliti. Dan kalau hanya merujuk kepada Utusan Malaysia dan akhbar lain yang melaporkan separuh, itu tidak adil dan saya menasihatkan mereka untuk meneliti penuh dan kalau sekiranya apa yang saya utarakan itu menyalahi Undang-undang kerajaan negeri, maka saya tidak ragu-ragu mohon kepada DYMM Tuanku untuk menghadap dan menjelaskan," katanya.
Pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor mendapat pertikaian dari Pakatan Rakyat kerana ia tidak berlandaskan norma undang-undang negara khususnya Fasal 52 (1) Undang-Undang tubuh kerajaan Negeri 1959.
Menurut entri 30 Disember lalu, Shuhaimi menyatakan Fasal 55 (1), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, bahawa baginda DYMM Sultan Selangor hendaklah menjalankan fungsi baginda mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Exco negeri.
Selain itu, beliau turut menulis  pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagaimana yang diperuntukkan oleh Fasal 52 (1), hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dan tidak menyatakan perlunya untuk mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor.  
Beliau menjelaskan hal itu adalah untuk memastikan Institusi Diraja dihormati dan bukan dilanggar dan dieksploitasi pihak lain.
"Apa yang kita luahkan ini adalah untuk mahukan institusi ini dihormati. Bukan sahaja kepada orang Melayu. Tapi kepada seluruh lapisan masyarakat di negara ini. Hasrat kita ialah mahu memperkukuh dan mempertahankan sebab ia lambang raja berpelembagaan yang wujud dalam negara kita sejak capai kemerdekaan," jelasnya.
Beliau turut menyatakan tidak kisah langsung dengan label biadap dan lain-lain yang diberikan GPMS kerana menganggap ia tidak bermakna.
"Saya bukan orang pertama yang pernah dilabel sebagai kurang ajar dan biadap oleh GPMS. Tapi label hanya sekadar label sahaja. Tiada maksud kerana bagi saya mereka ini tidak habis belajar," katanya sinis.