Sabtu, 1 Januari 2011

Himpunan mahasiswa,tekad bela nasib mahasiswa dan rakyat

PETALING JAYA, 1 Jan – Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia (HMUM) hari ini mengeluarkan tiga deklarasi bagi terus memperjuangkan nasib rakyat dan mahasiswa bagi memastikan golongan mahasiswa kekal relevan dan tidak tenggelam di negara ini.

Lebih 200 mahasiswa dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi berhimpun di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi menunjukkan “persaudaraan bawah semangat patriotisme”.

“Kita kena nyatakan pada rakyat pada tahun 2011, mahasiswa akan lebih garang untuk membela rakyat.

“Kita kena nyatakan kepada seluruh warganegara pada 2011 tuntut kebebasan mahasiswa di kampus, politik.

“Pada 2011 kita akan cakna segala dasar kerajaan dan lebih sensitif memberi respon serta jadi semak dan imbang.”

Pengarah HMUM 2011 Ezuan Saad menganggap perhimpunan ini merupakan titik tolak bagi meneruskan perjuangan yang dititipkan pemimpin pelajar terdahulu seperti Anwar Ibrahim, Hishammudin Rais dan Yunus Ali pada era 70-an.

Bekas Presiden Gerak, Nazree Yusof turut bersama pada hari ini bagi membakar semangat mahasiswa yang hadir.

Jom Fikir! Tahun Baru Masehi dan Budaya Paganisme

Oleh laniisma

"Malam tadi adalah malam tahun baru Masehi, iaitu permulaan tahun pada kalender Gregorian. Majoriti manusia di bumi ini merayakannya. Hmmm… untuk apa? Untuk apakah meraikan penambahan tahun? Malaysia juga tidak ketinggalan meraikannya dan ditunggu-tunggu kebanyakkan anak muda untuk meraikannya dengan konsert yang disediakan kerajaan.

“Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka.” (Hadits Riwayat Abu Dawud)

 
Merujuk kepada hadis di atas, maka alangkah baiknya kalau kita seharusnya menyelidik terlebih dahulu asal usul perayaan tahun baru Masehi. Kenapa harus 1 Januari? Budaya dari kaum apakah perayaan tersebut? Hal ini dibangkitkan agar kita tidak terjebak disebabkan kita jahil dan boleh menuju kesesatan.

Sejarah Tahun Baru 1 Januari

Mari kita buka The World Book Encyclopedia tahun 1984, volume 14, halaman 237.

“The Roman ruler Julius Caesar established January 1 as New Year’s Day in 46 BC. The Romans dedicated this day to Janus , the god of gates, doors, and beginnings. The month of January was named after Janus, who had two faces – one looking forward and the other looking backward.”

Maksudnya lebih kurang begini :

“Penguasa Romawi Julius Caesar menetapkan 1 Januari sebagai hari permulaan tahun baru semenjak abad ke 46 SM. Orang Romawi mempersembahkan hari ini (1 Januari) kepada Janus, dewa segala gerbang, pintu-pintu, dan permulaan (waktu). Bulan Januari diambil dari nama Janus sendiri, iaitu dewa yang memiliki dua wajah – sebuah wajahnya menghadap ke (masa) depan dan sebuahnya lagi menghadap ke (masa) lalu.”

Dewa Janus sendiri adalah dewa sembahan kaum Pagan Romawi, dan pada peradaban sebelumnya di Yunani telah disembah dewa yang sama bernama dewa Chronos. Kaum Pagan, atau dalam bahasa kita disebut kaum kafir penyembah berhala, hingga kini berjaya memasukkan budaya mereka ke dalam budaya kaum lain, sehingga tanpa sedar kita mengikuti mereka. Sejarah budaya Pagan (penyembahan berhala) wujud semenjak zaman Hermaic (3600 SM) di Yunani, dan dikawal oleh sebuah persaudaraan rahsia yang disebut sebagai Freemasons. Freemasons sendiri adalah kaum yang memiliki misi untuk melenyapkan ajaran para Nabi dari dunia ini.

Bulan Januari (bulannya Janus) juga ditetapkan setelah Disember. Ini kerana Disember adalah pusat Winter Soltice, iaitu hari-hari di mana kaum pagan penyembah Matahari merayakan ritual mereka semasa musim dingin. Pertengahan Winter Soltice yang jatuh pada 25 Disember, dan inilah salah satu dari sekian banyak pengaruh Pagan pada budaya Kristian selain penggunaan lambang salib. Tanggal 1 Januari sendiri adalah seminggu setelah pertengahan Winter Soltice, yang juga termasuk dalam bahagian ritual dan perayaan Winter Soltice dalam Paganisme.

Kaum Pagan sendiri biasa merayakan tahun baru mereka (atau Hari Janus) dengan mengelilingi api unggun, menyalakan lilin dan menyanyi bersama. Kaum Pagan di beberapa tempat di Eropah juga meraikannya dengan memukul loceng atau meniup trompet.

Konsep Waktu Dalam Islam

Dalam ilmu pengetahuan dan sains Islam sendiri, waktu adalah salah satu makhluk yang Allah ciptakan untuk mengiringi keseimbangan di dimensi ketiga, iaitu dimensi yang kita hidup kini. Tanpa adanya waktu, maka dimensi tiga (ruang, massa, dan waktu) ini tidak akan terdapat ruang dan massa, begitu pula sebaliknya. Ketiga makhluk Allah tersebut adalah sesuatu yang Allah ciptakan supaya kita ini dapat hidup di dunia ini. Waullahu’alam.

Kesimpulan

Sekarang kita mungkin tahu apa itu tahun baru masehi dan sejarahnya. Jadi apakah masih mahu meraikannya? Itu adalah perayaan kaum penyembah berhala yang dibenci oleh Allah.

‘Sedangkan Israel pun menghukum Presidennya kerana merogol’

KUALA LUMPUR: Kegagalan membuat siasatan apatah lagi pendakwaan terhadap seorang menteri Kabinet yang didakwa merogol amah Indonesia, menunjukkan pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) jauh lebih teruk dari kerajaan Israel.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin hairan kerana kerajaan Umno BN langsung tidak mengambil tindakan, malah tidak membuat sebarang penafian.
“Israel – sebuah negara Zionis pun membawa pemimpin tertinggi mereka ke muka pengadilan, kenapa Umno BN masih lagi tidak mengambil tindakan terhadap menteri berkenaan?” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas paparan blog Rocky Bru yang menyebut bekas Presiden Israel, Moshe Katsav dihukum penjara 16 tahun atas dua kesalahan merogol dan mencabul kakitangannya.
Beberapa blog menyatakan Moshe terpaksa turun dari kedudukannya akibat wujud pertuduhan berkenaan.
WikiLeaks, portal yang digunakan pimpinan Umno BN untuk menyerang keperibadian Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan seorang menteri terlibat dalam kes rogol tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan hingga ke saat ini.
Mengulas lanjut, Samsul berkata, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan segera supaya insiden ini tidak memberikan imej buruk kepada negara
Beliau berpendapat, kerajaan Umno BN perlu memberi makluman rasmi berkaitan isu menteri yang didakwa merogol pembantu rumahnya itu, bagi membersihkan nama baik Malaysia.
“Lebih lama kerajaan berdiam diri, rakyat akan ada tanggapan, kita mempunyai dua set undang-undang. Satu untuk pemimpin-pemimpin negara yang lepas bebas dari sebarang dakwaan, dan satu lagi untuk rakyat kebanyakan,” katanya.

Pelantikan SUK Selangor: Aziz Bari saran MB cabar ke mahkamah

Pakar Perlembagaan, profesor Dr Abdul Aziz Bari mencadangkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya membawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru ke mahkamah.
Memetik laporan dari sebuah laman  portal hari ini, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu berkata, peruntukan berkenaan termaktub dalam perlembagaan kerajaan negeri.
“Melihat pada kontroversi yang berterusan, kemungkinan jalan terbaik bagi Menteri Besar Khalid ialah membawa perkara ini ke mahkamah dan melihat bagaimana hakim-hakim akan menari kelak, sama ada mereka ada akrobatik perundangan baru untuk tunjuk kepada kita.”katanya.
“Undang-undang, sebagaimana termaktub, memihak Menteri Besar Khalid (gambar) dan pentadbiran Pakatan Selangor. Di bawah perlembagaan, kuasa untuk melantik anggota ‘ex-officio’ Exco termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri terletak pada Sultan.
“Tetapi baginda (Sultan) perlu mempertimbangkan nama-nama yang dipersembahkan oleh suruhanjaya perkhidmatan yang berkaitan, dan sebelum baginda melakukannya, Sultan mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar,” kata Aziz.
Semalam, Aziz dan peguam veteran Karpal Singh berkata pelantikan kontroversi  Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengulangi krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual berlangsung 6 Januari ini diteruskan.
Karpal sedang menguruskan nasihat perundangan untuk Menteri Besar Selangor.
Mereka berhujah upacara Khamis depan itu sebagai “tidak sah” memandangkan perlembagaan negeri menyebut bahawa upacara seumpama itu perlu dilaksanakan di hadapan Menteri Besar, bukannya Sultan Selangor.

NAJIB INTAI KEMENANGAN BESAR..????

kedahlama,

http://4.bp.blogspot.com/_AGKNCci_S2w/TIWLfDrgXHI/AAAAAAAACLU/Hx8nV1bC3sM/s1600/najib.jpg
Dalam kemelut Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kerapuhan organisasi
Pakatarn Rakyat (PR), Barisan Nasional (BN) seolah-olah mengambil
peluang bagi mengadakan Pilihanraya Umum (PRU) dalam masa terdekat.
Tindakan PM memanggil semua Ahli Parlimen (MP) BN pada Sabtu ini
merupakan satu isyarat bahawa mereka sebenarnya sudah bersedia untuk
bertempur dalam PRU-13 nanti.

Dengan beberapa isu yg melanda PR, nampaknya BN benar2 yakin bahawa
mereka boleh menang dgn majoriti besar dalam PRU-13 nanti.Mereka
seolah-olah sudah benar2 bersedia di setiap negeri. Pelbagai helah,
isu dan strategi BN gunakan utk kembalikan keyakinan rakyat dalam
usaha mendapat majoriti besar. Media Prima dan Perdana digunakan
sepenuhnya..premis kerajaan termasuk sekolaah digunakan untuk
kepentingan politik.

Pengerus Perhubungan UMNO Kedah, Mat Basah yang
dilabelkan berpendidikan rendah tak henti-henti melawat sekolah dgn
niat agar rakyat nampak bahawa dia ini seorang yg baik dan prihatin
kpd anak2 di sekolah.

Padahal dia sendiri pun berpendidikan rendah dan tidak ada apa2
jawatan dalam kerajaan.

Begitulah hebatnya pemimpin UMNO yang sudah hilang punca sehingga
tidak dapat membezakan antara parti dan kerajaan. Apapun sebagai
pengundi dan rakyat Malaysia, kita semua tahu dan sedar mana intan dan
mana kaca. Biarlah apapun depa nak buat....pengundi yg mampu
menilainya. Pengundi sudah mangli, masak dan tahu mana yg berpura-pura
dan mana yang ikhlas.....

Sehingga ke hari ini, ramai penjawat awam dan para pengundi atas pagar
sangat-sangat mengharapkan agar PM umumkan secepat mungkin tarikh
PRU-13...lagi cepat lagi baik dan amat bermanfaat bagi memastikan BN
akan berkubur terus dari bumi Malaysia ini.....Rata-rata pengundi yang
ditemui sudah tidak sabar-sabar lagi menunggu pemgumuman PM. Mereka
sangat gembira melihat telatah kepimpinan BN di semua negeri termasuk
Sabah dan Sarawak yang nampaknya benar-benar yakin akan menang.

Galas dan Batu Sapi bukanlah ukuran sebenar kepada kekalahan Pakatan
Rakyat yang terpaksa berlawan dengan BN dan jentera kerajaan
sepenuhnya. Media digunakan sepenuhnya siang dan malam...saat penentu
sebenar adalah PRU-13 nanti.....kita tunggu pabila tiban
masanya...

InsyaAllah Putrajaya akan kita tawan.....

Another leak? From down under... Panas tahun 2011 ni!

Nampaknya Rakyat akan terus dihidangkan dengan pelbagai 'leaks' (kebocoran / pembocoran) selepas kemunculan WikiLeaks yang tidak diundang tetapi menerima sambutan seram-sejuk beberapa pihak dan sambutan hangat di pihak yang lain.
Terbaru (tiada kaitan dengan WikiLeaks) tapi dalam kategori 'Leaks' yang bakal menggoncangkan seluruh negara... Harganya: semurah seorang kusrin.



Cantik dan hebat kereta ini. Mungkin sebiji tayarnya, sama harga
dengan seorang kusrin.
WeblogM@RHAEN telah dimaklumkan oleh KTBN bahawa SteadyAku47 ada sesuatu sebagai hadiah tahun baru....
Yang ingin membaca salinan tulisan SteadyAku47 dan menggunakan Penterjemah Google, sila ke sini.

Kusrin - Kavita Kaur: Selangor KKKGates?

Mengapalah beriya-iya Ketua Setiausaha Negara Sidek Hassan melantik seorang kusrin bertaraf JUSA C ke jawatan JUSA A? Dah habiskan penjawat JUSA B yang layak dinaikkan pangkat ke JUSA A - kelayakan bagi seseorang dilantik ke jawatan Ketua Setiausaha (KSU) di kementerian-kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Apa istimewa sangatnya seorang kusrin JUSA C di negeri Selangor Kota Darul Ehsan ini. (JUSA: Jawatan Utama Sektor Awam) hinggakan isu pelatikannya mencatat capaian yang tinggi di dunia siber pada awal tahun 2011?
Setelah digoogle ke sana ke mari, satu artikel yang diterbitkan dalam blog Beduk Canang menarik perhatian. Ada sesuatu yang menarik. Satu persoalan yang masih belum menemui jawapan pasti tetapi bayang-bayang terdapat di mana-mana. Tunggulah dalam sehari dua lagi, dunia Internet 1Malaysia akan meriah dengan nama seorang kusrin, kavita kaur dan .....

Beduk Canang: Ada apa di sebalik nama Kavita Kaur? (7 Disember 2010)

Apakah sangkut paut pelakon Kavita Kaur dengan dunia politik tanah air mahupun kepada golongan istana di negara ini?

Persoalan ini tentunya kerap bermain-main di minda para pembaca blog terkenal, Tukar Tiub (TT) apabila pengendali blog tersebut dilihat kerap menimbulkan nama pelakon jelita yang juga bekas ratu cantik itu tatkala melaporkan sesuatu isu politik yang melibatkan golongan diraja atau kerabat-kerabatnya.

Blog yang terkenal dengan penyampaian berita dengan gaya bersahaja ini juga kerap menyampaikan berita-berita denga cara tersirat yang memerlukan pembacanya menganalisa atau mencari kebenaran terhadap apa yang cuba disampaikan.

Menurut seorang pengikut setia blog tersebut yang enggan disebutkan namanya, beliau percaya ada sesuatu yang mahu disampaikan oleh TT apabila sering menimbulkan nama Kavita Kaur disamping entri yang membabitkan seseorang raja.

Bagaimanapun sehingga kini, beliau masih belum mendapat jawapan yang jelas berhubung perkara ini kecuali beberapa andaian rakan-rakan lain yang tidak dapat dipastikan kebenarannya.

"Saya masih kabur apa yang cuba disampaikan tetapi saya yakin memang ada sesuatu yang mengejutkan. Lebih-lebih lagi TT tidak akan memasukan nama Kavita Kaur tanpa bersebab.

"Mungkin sengaja ia disampaikan dalam bentuk tersirat begini bertujuan mengelak daripada serangan pihak-pihak tertentu atau pun berhadapan kekangan tertentu yang mungkin berkaitan kebebasan bermaklumat.

"Oleh itu, jika perkara ini menyentuh soal keadilan, kenteraman mahupun moral pemimpin, sebagai rakyat sebuah negara yang cintakan kebenaran, maka menjadi tanggungjawab kita untuk mencari jawapannya kerana kita tentunya tidak mahukan pemimpin yang hipokrit," katanya.

Sebelum ini blog ini beberapa kali berjaya memecah berita baik secara langsung atau tidak langsung berhubung salah laku beberapa pemimpin-pemimpin dalam negara ini.
.... jadi jangan ke mana-mana dalam sehari dua ni... kusrin - kavita kaur (KKKGates) dan dot dot dot bakal mengambil alih kedudukan carta daripada RobengahLeaks.

Utusan diminta jangan terlalu obses

Wakil pertubuhan wanita hari ini mengecam pihak yang menyerang ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching brhubung "pakaian ketat" yang dipakainya ketika menyertai senamrobik anjuran sebuah masjid awal bulan ini.

Menurut pengarah eksekutif Empower, Maria Chin Abdullah perhatian kepada pakaian Teo merupakan bukti diskriminasi gender terhadap wakil rakyat wanita.

NONE"Ini adalah arus yang menyedihkan. Bahkan, kita dapat melihatnya berlaku sewaktu kempen pilihan raya umum di mana calon wanita menjadi sasaran serangan peribadi tentang bagaimana mereka berpakaian dan dengan siapa mereka bergaul.

"Ini terjadi dalam kes (ahli parlimen Seputeh) Teresa Kok, Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), dan Fong Poh Kuan ((Batu Gajah), yang terpaksa berdepan dengan komen rasis di Parlimen," kata Chin ketika dihubungi.

Khamis lalu, akhbar Utusan Malaysia melaporkan di muka depan bahawa Teo "buat hal" lagi dengan berpakaian ketat ketika menyertai senamrobik di tempat letak kereta sebuah masjid dalam kawasan pilihan rayanya.

Jawatankuasa masjid tersebut menjemput Teoh menyertai acara tersebut, yang merupakan sebahagian daripada sambutan Maal Hijrah anjuran mereka.

Teo menghadiri acara tersebut dengan mengenakan seluar panjang sukan dan baju-T putih.

"Mengapa sasar Teo?"


Presiden Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Meera Samanther bersetuju dengan Chin, dan bertanya mengapa Teo (di bawah) sering menjadi sasaran komen seperti itu.

teo nie ching uncensored 120908 03Ahli parlimen Serdang itu sebelum ini menjadi bahan laporan Utusan
apabila akhbar itu menyiarkan di muka depan Teo memakai baju kebaya ketat dan tidak memakai tudung ketika hadir di sebuah surau Ogos lalu.

"Kenapa sasar beliau? Adakah kerana beliau seorang wanita, lantang dan ada kuasa?

"Kami kecewa dengan kenyataan seperti itu tapi saya mahu beritahu Teo bahawa memang ramai orang yang tidak puas hati seperti itu, dan beliau jangan pedulikan mereka dan teruskan jalan tugasnya," kata Samanther.

Kedua-dua aktivis hak wanita itu juga menegaskan bahawa Teo menghadiri acara tersebut sebagai tetamu jemputan jawatankuasa masjid tersebut yang tidak ada masalah pun dengan pakaian yang dipakainya.

77 k'tangan kontrak sambut 2011 sebagai penganggur

Ketika kebanyakan rakyat Malaysia mengisi pelbagai azam baru sempena ketibaan tahun 2011, seramai 77 bekas pekerja rendah awam (PRA) di Kangar berharap kontrak perkhidmatan mereka yang berakhir semalam, disambung semula.

Jurucakap kumpulan itu, Jamaludin Husin, 49, merayu Kementerian Pelajaran menimbang semula nasib mereka yang kebanyakannya telah bertugas selama 15 tahun.

"Kami tidak sangka apabila menerima surat penamatan kontrak kerja daripada Jabatan Pelajaran Perlis kerana kebiasaannya kami akan terima surat untuk sambung kontrak dua tahun sekali," katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata pelbagai cara telah dilakukan agar kontrak perkhidmatan disambung semula, termasuklah menghubungi kementerian namun tiada jawapan yang diterima.

"Tiada sesiapa pun yang akan ambil kami bekerja memandangkan usia kami sudah tua," katanya sambil menyifatkan kehidupan mereka kini gelap.

Selain itu, katanya, mereka juga buntu memikirkan pinjaman bank yang perlu dijelaskan selain sewa rumah dan tanggungan anak yang masih bersekolah.

"Kami berharap pihak kerajaan mempertimbangkan semula dan menyarankan sama ada kontrak kami disambung semula atau diserap terus ke jawatan tetap," katanya.

Sementara itu, seorang lagi bekas PRA, Zulkafli Md Isa, 48, yang tugas terakhirnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, berkata beliau kini
buntu memikirkan nasibnya setelah ditamatkan perkhidmatan kerana terpaksa menjaga ibu yang terlantar sakit di rumah.

Beliau yang ditemui di rumahnya di Kampung Tok Kuning hari ini berkata ibunya terpaksa duduk di atas kerusi roda dan tidak mampu berjalan
berikutan terjatuh di bilik air pada tahun lalu.

Menurutnya, sewaktu bekerja di sekolah itu, beliau dapat pulang semasa waktu rehat sebelah tengah hari untuk membeli makanan dan menjenguk ibunya di rumah.

Zulkafli berkata ibunya pernah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi masih belum menerima sebarang bantuan jabatan itu.

- Bernama

Eksperimen politik: Slogan retorik Najib

KUALA LUMPUR, 1 Jan: PAS berpandangan ucapan Datuk Seri Najib Razak sempena tahun baru 2011 satu pemikiran ke belakang bukan ke hadapan walaupun beliau ini terkenal dengan slogan retorik, namun dalam tindakan beliau masih berfikiran sempit seolah-olah negara ini hanya boleh ditadbir oleh BN sahaja.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata demikian sebagai mengulas gesaan Perdana Menteri itu supaya rakyat jangan membuat ekperimen dalam politik untuk menukar kerajaan yang sedia ada, kerana ia akan mendatangkan masalah kepada rakyat pada masa akan datang.
“PAS hendak mengingatkan kepada Datuk Seri Najib, tugas pemimpin ialah berfikir untuk menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat.
“Gaji yang sudah lumayan diberikan kepada kepada pemimpin negara adalah wajar dibalas balik dengan merangka strategi untuk kebaikan rakyat bukan sebaliknya,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya, PAS berpendapat rakyat yang membuat eksperimen untuk menukar kerajaan negeri dalam Pilihanraya Umum 2008 dahulu adalah tepat.
Katanya, kebahagiaan rakyat yang dapat diukur seperti banyak program-program kebajikan untuk rakyat seperti air percuma di Selangor, skim kifalah untuk warga emas, bantuan sekolah agama rakyat, tamil dan China, bantuan kemasukan universiti, walaupun menghadapi kekangan kewangan di peringkat negeri.
“Kesemua ini tidak pernah difikir oleh pemimpin Umno sepanjang 53 tahun memerintah,” katanya.
Beliau menambah, jika pemikiran yang ada pada pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah negara ini rakyat tidaklah susah sebegini rupa dengan tekanan hidup yang teruk, kuasa membeli semakin menurun, kualiti hidup sudah merosot. 
Soalnya, apakah salah rakyat membuat eksperimen untuk beralih pemerintah yang selama ini megkhianat amanah rakyat.
Menurutnya, akibat rakyat masih belum buat ekperimen untuk menumbangkan Barisan Nasional di peringkat pusat maka rakyat dibeban dengan cukai perkhidmatan 6% daripada 5%, barang makanan naik 10% sementara Persatuan Peniaga Kedai Kopi Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menaikkan kopi dan teh susu sebanyak 20 sen mulai 1 Januari 2011.
Katanya, apabila barang naik menteri cuba hendak tunjuk hero bela rakyat dan marah kepada peniaga, pada hal yang buat fasal ialah pemimpin BN yang bertindak menaikkan minyak petrol walaupun negara kita pengeluar minyak.
Baginya, eksperimen yang dibuat oleh rakyat sehingga menumbangkan kerajaan BN telah menyebabkan pelabur asing yakin dengan kemampun kerajaan Pakatan Rakyat.
Buktinya, kata beliau pada 21 Oktober 2010, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir mengakui "Negeri yang paling tinggi menerima kemasukkan FDI adalah selangor dengan pelaburan sebanyak RM5.66 bilion, yang kedua tinggi adalah Johor iaitu di bawah kerajaan Umno-BN, yang ketiga dan keempat adalah Pulau Pinang dan Kedah manakala Perak pula di tempat yang kelima”.
“PAS hendak berpesan kepada Presiden Umno sudah cukuplah Umno BN mengkhianat amanah rakyat, dan janganlah ugut rakyat, mereka sudah mempunyai jiwa merdeka dan tahu beza mana kerajaan yang amanah dan kerajaan yang bernanah,” katanya.

MB Selangor dinasihat cabar kemelut SUK di mahkamah

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Seorang pakar perlembagaan berpendapat peluang terbaik yang ada pada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri baru ialah dengan membawa pertikaian itu ke mahkamah.
“Undang-undang, sebagaimana termaktub, memihak Menteri Besar Khalid (gambar) dan pentadbiran Pakatan Selangor,” kata Profesor A Aziz Bari kepada The Malaysian Insider hari ini.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ini memberitahu, peruntukan berkaitan sangat jelas dalam perlembagaan kerajaan negeri.
“Di bawah perlembagaan, kuasa untuk melantik anggota ‘ex-officio’ Exco termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri terletak pada Sultan,” kata Aziz.
“Tetapi baginda (Sultan) perlu mempertimbangkan nama-nama yang dipersembahkan oleh suruhanjaya perkhidmatan yang berkaitan, dan sebelum baginda melakukannya, Sultan mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar,” kata beliau lagi.
Dalam kenyataan dikeluarkan pagi tadi, Khalid berkata, beliau kesal kerana Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang didakwanya sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
“Pemilihan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ketua Setiausaha Negara telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri,” kata beliau.
Mengikut pengumuman Sidek Isnin lalu, pelantikan Khusrin berkuat kuasa hari ini dan akan mengangkat sumpah 6 Januari.
“Proses pemilihan itu memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan Menteri Besar sebelum diserahkan kepada Sultan Selangor untuk diperkenan.
“Selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri memanjangkan nama calon berkenaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat untuk proses dokumentasi pelantikan,” kata Khalid lagi.
Sehubungan itu tegas Khalid, kerajaan negeri Selangor telah mengambil langkah sewajarnya dengan membentuk sebuah jawatankuasa khas diketuai Speaker Dewan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim untuk menemu duga kesemua lapan calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.
Semalam, Aziz dan peguam veteran Karpal Singh melahirkan pendapat bahawa pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung 6 Januari ini, diteruskan.
Karpal sedang menguruskan nasihat perundangan kepada Menteri Besar Selangor.
Mereka berhujah upacara Khamis depan itu sebagai “tidak sah” memandangkan perlembagaan negeri menyebut bahawa upacara seumpama itu perlu dilaksanakan di hadapan Menteri Besar, bukannya Sultan Selangor.
Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin.
Khalid yang bercadang untuk menghadap Sultan Selangor Rabu lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat beliau sebab baginda bercuti sehingga awal minggu depan.
Menjelaskan lanjut, Aziz berkata, “melihat pada kontroversi yang berterusan, kemungkinan jalan terbaik bagi Menteri Besar Khalid ialah membawa perkara ini ke mahkamah dan melihat bagaimana hakim-hakim akan menari kelak, sama ada mereka ada akrobatik perundangan baru untuk tunjuk kepada kita.”
Beliau juga menyebut keputusan-keputusan mahkamah selepas pilihan raya umum 2008 yang dengan jelas menunjukkan memihak Umno, parti teras dalam Barisan Nasional (BN).
Aziz juga memberitahu, krisis semasa di Selangor adalah akibat tindakan pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila beliau meminda Perlembagaan Persekutuan dan memperkukuh kuasa eksekutif dengan mengehadkan kuasa istana.
“Sekarang ini undang-udangnya – malah perlembagaan berkata, selepas mempertimbangkan nasihat (daripada perdana menteri atau menteri besar), Agong atau Sultan mesti menerima nasihat itu,” kata beliau lagi.
“Sekarang, Umno cuba menggunakan raja-raja untuk mensabotaj negeri-negeri diperintah Pakatan.
“Umno sudah lupa bahawa, satu hari ia akan jatuh; dan kesemua pendekatan yang ia ambil untuk memperkukuhkan kuasa kerajaan (BN) akan mengheret mereka ke bawah(jatuh),” tambah beliau.
Aziz menambah, jika mahkamah membuat keputusan memihak Umno dalam kemelutu Selangor, maka ia perlu memutuskan bahawa pindaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1994 adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan.

Harga minyak : Presiden Bolivia tahu peranan sbg Ketua Negara

Presiden Bolivia batal perintah naikkan harga minyak BH 2011/01/01

LA PAZ: Presiden Bolivia, Evo Morales, lewat Jumaat (waktu tempatan) membatalkan perintah undang-undang kerajaan susulan kekacauan di negara itu berpunca daripada kenaikan harga minyak.
Naib Presiden Alvaro Garcia mengeluarkan perintah itu Ahad lalu menamatkan pemberian subsidi bagi mengekalkan harga minyak pada paras rendah tetapi menyebabkan kerajaan Bolivia menampung kira-kira AS$380 juta setiap tahun.
Susulan kenaikan harga minyak sehingga 83 peratus menyebabkan harga minyak naik pada paras tinggi sejak 1991. - AFP

Sudah tentu rakyat Bolivia gembira dengan kewujudan dan peranan Presiden mereka sebagai ketua negara
.

Mana Melayu...mana Islam..?

Dua gambar dibawah..siapa Melayu siapa Islam..?siapa yang berminat dengan Islam dan siapa bukan Melayu..?
Jawapan..........


wanita yg berebut utk menjadi wanita 1malaysia..?
islam le dia..tapi ikutan Islam ke..?luorangh sendiri jawab le...

sahabat saya bersama isteri..duaduanya bukan melayu dan juga bukan islam tetapi sejak bersama dengan PAS..berminat dengan Islam dan selalu sgt mencuba pakaian-pakaian menutup aurat..?
siapa yang lebih BAIK dan disokong diantara...dua gambar ini..?luorang sendiri jawable..?

sori MR beh:guna gamabr utk kebaikkan...

Andaikata yang Merogol Amah itu Anwar Ibrahim..



Andaikata yang didakwa merogol amah itu bukanlah seorang Menteri dari Barisan Nasional tetapi ianya adalah Anwar Ibrahim, pasti kita akan menyaksikan Anwar Ibrahim akan diheret kemuka pengadilan dengan sepantas kilat, tak kiralah walau dimana beliau berada samada didalam Malaysia atau di Turki.

Necsaya akan merengkoklah Anwar dalam penjara dalam kadar segera.. mungkinkah akan lebam kedua-dua belah matanya pula..


Maka akan riuh-rendahlah media-media tunggangan UMNO memainkan isu ini selama 7 hari 7 malam jika mengizinkan akan dimainkan isu ini sehingga PRU13 nanti.. Gegak gempitalah seluruh blog yang menyokong UMNO/BN memainkan isu ini.

Akan diketawakan mereka penyokong PKR yang bermati-matian menyokong Anwar.. ditertawakan akan kebodohan mereka kerana terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim.



(Anda nampak nama yg tertera pada line hitam di atas?..gambar berdasarkan dokumen kes menteri rogol amah di SINI...kes ini bukan hanya bersandarkan kpd pendedahan Wikileaks semata2, tetapi dahulunya telah dikaitkan menteri Malaysia oleh badan NGO Indonesia, 'Migrant Care'.)

Najib nescaya akan berkata “Lihatlah bagaimana bijaknya Anwar menipu rakyat jelata, berpura-pura seperti insan yang baik, padahal diri terpalit penuh noda. Hentikanlah menyokong PKR sokonglah UMNO yang dibarisi pemimpin yang bersih.”

Nazri mungkin berkata “ Terbukti Anwar memang hipokrit”

Andaikata Anwar yang dituduh merogol itu, Saiful pasti akan turut gembira, gembira kerana kononnya bukan dia saja yang menjadi mangsa malah ada lagi manusia yang turut menjadi mangsa kerakusan nafsu Anwar yang menggila tanpa mengenal jantina.

Tapi itu andaikata Anwar yang dituduh merogol amah bukannya Menteri dari Barisan Nasional punya kerja..

Oleh: onemalasiaonline.blogspot.com

Ayuh Isytihar 2011 "Tahun Pemulihan Malaysia"!

SHAH ALAM 1 JAN : Tahun 2011 seharusnya menjadi fasa pembaikpulihan Malaysia dengan menolak Umno-BN di dalam Pilihanraya Umum akan datang, tegas Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Dalam kenyataan medianya Shamsul berkata di sebalik perencanaan agenda transformasi yang bermacam-macam jenis oleh Umno-BN, rakyat seolah-olah tidak merasai kesannya baik secara langsung ataupun tidak langsung. 
Yang pasti, kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kemungkinan kenaikan harga tarif air dan elektrik nyata sekali akan terus menghimpit kehidupan rakyat yang terus terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meninggi dari hari ke hari.
"Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) meyakini sepenuhnya bahawa cabaran tahun 2011 bukan sesuatu yang mudah bagi generasi muda Malaysia. Ternyata, melalui propaganda Umno-BN, rakyat seolah-olah sedang dihipnotis agar melupakan bala yang dilakukan oleh Umno-BN. Dalam masa yang sama, tawaran KEADILAN dan Pakatan Rakyat (PR) diperkecil dan dihenyak sepanjang masa oleh media," tegas Shamsul.
Shamsul berkata KEADILAN dan PR konsisten di dalam menawarkan penyelesaian kepada kemelut politik dan ekonomi yang membelenggu rakyat Malaysia. Segalanya dihalusi dengan kajian dan penyelidikan yang terperinci dengan mengambil kira pembaziran yang dilakukan oleh Umno-BN.
"Memperlihatkan kepada keampuhan KEADILAN dan PR, Umno-BN tergamak untuk membelakangi prosedur untuk melakukan pelbagai tekanan ke atas KEADILAN, antaranya ialah mengharamkan permit Suara Keadilan dan juga menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi Ahli Parlimen PR: YB Karpal Singh, YB Azmin Ali dan YB Sivarasa Rasiah daripada menghadiri Sidang Dewan Rakyat selama 6 bulan," katanya.
Shamsul juga menegaskan dalam keadaan 2011 bakal menyaksikan Pilihanraya Umum Ke-13 bakal diadakan dalam suku tahun kedua, rakyat seharusnya membulatkan tekad menolak Umno-BN.
"AMK percaya bahawa rakyat semakin bijak. KEADILAN dan PR, dengan kepimpinan yang ada, jelas terbukti menawarkan sesuatu yang lebih adil, telus dan demokratik," katanya lagi.

Cukai Perkhidmatan Naik, Rakyat Terus Terbeban

SHAH ALAM 1 JAN : Selesaikan dahulu  masalah gaji minima yang membelenggu nasib pekerja di negara ini sebelum menaikkan cukai perkhidmatan yang ternyata cukup membebankan bukan sahaja rakyat miskin bahkan memberi kesan kepada golongan kelas pertengahan.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago yang dihubungi TV Selangor berkata kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 kepada 6 peratus berkuatkuasa hari ini akan menyebabkan caj hospital,bil elektrik  serta bil-bil perkhidmatan yang lain sekaligus memberikan tekanan kepada rakyat yang kini terbeban dengan kenaikkan harga barangan keperluan.
"Bukan sahaja golongan berpendapatan rendah sahaja merungut tetapi golongan kelas pertengahan turut merungut bahawa harga barang keperluan naik tetapi gaji tidak naik. 
"Menurut laporan Bank Dunia menunjukkan 34 peratus daripada pekerja Malaysia, gaji mereka kurang daripada RM700, iaitu kurang daripada garisan paras kemiskinan di negara kita," katanya.
Tegasnya, dalam keadaan begini apakah tindakan kerajaan dalam membela nasib mereka soal beliau.
"Apa keluarga ini akan buat dalam membela nasib mereka jika harga naik seperti itu.
"Oleh kerana itu, kita hendak satu gaji minima (bukan gaji minima seperti dicadangkan oleh kerajaan untuk pengawal keselamatan). Apa yang kita hendak adalah gaji minima yang berpatutan bagi menyara keluarga mereka," ujar beliau. 
Menurut Charles, gaji minima yang dicadangkan oleh kerajaan daripada apa jumlah yang digunakan bagi menampung keluarga mereka khusus yang tinggal di bandar-bandar.

"Apa yang jelas ialah selepas 53 tahun Barisan Nasional menguruskan ekonomi negara kita, kebanyakkan nasib pekerja di Malaysia masih lagi berada di bawah paras kemiskinan.
"Oleh kerana itu, kita hendaklah adakan konsep baru dalam menetapkan gaji minima,"  katanya.
Sebelum itu, dalam ucapan Bajet 2011 Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, Oktober lalu  mengumumkan kadar cukai perkhidmatan atas semua perkhidmatan bercukai dinaikkan daripada berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.
Cukai perkhidmatan itu turut akan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar yang juga akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011. 

Sudah jijik undi BN

Saya sebagai pengundi berdaftar dengan Suruhjaya Pilihan Raya (SPR) sudah rasa jijik untuk undi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum atau kecil kerana parti itu dibarisi ramai pemimpin yang tidak bersih, akhlak buruk, kaki rasuah, kaki betina yang boleh menjeaskan imej negara dan bolehkan menjadi negara ini bankrap.
Mereka yang menjadi bapak menteri tidak tahu penderitaan rakyat dengan kenaikan harga barang, sebaliknya mereka membazirkan wang rakyat kepada perkara perkara tidak berfaedah.
Rasa rasa terpanggil untuk merayu kepada pengundi pada pilihan raya baik pilihan raya kecil atau pilihan raya umum, supaya memberhentikan tindakan mereka mengundi BN cubalah kepada parti yang berteraskan Islam supaya kerajaan yang akan dibentuk kelak dibarisi pemimpin yang bersih, beriman, jujur, amanah dan berkahlak mulia.
Pemimpin yang dikehendaki ialah yang berperikemanusiaan, membela nasib rakyat serta tahu dosa pahala terhadap rasuah, berzina, melakukan maksiat, merogol seperti cerita yang digembar gemburkan kebelakangan ini.
Pemimpin yang dikehendaki ialah pemimpin yang tidak menggunakan wang rakyat sesuka hati seperti wangnya sendiri, sedang rakyat masih ramai yang menderita dengan dibebani pelbagai masalah, termasuk terpaksa bayar hasil, cukai, saman polis dan sebagainya.
Kalau negara ini ada pemimpin yang berakhlak mulia, alim, dan tahu dosa pahala, mereka tidak akn guna wang kerajaan dengan sewenangnya, menolak rasuah kerana tahu akibatnya dan balasan Allah terhadap seorang yang menerima rasuah.
Saya sering dengan cerita daripada bapa mentua saya yang juga penggali kubur serta selalu mengusung orang mati ke kubur di kampungnya.
Menurutnya, sepanjang hidupnya dia tidak pernah merasai jenazah seorang anngota polis yang diusungnya untuk di bawa ke tanah peberkahwin di ka,pung itu begitu berat sekali hingga terpaksa banyak kali bertukar orang yang mengusungnya.
Bapa mentua saya mengandaikan ini mungkin kerana dia menerima rasuah ketika bertugas sebagai anggota polis menyebabkan jenazahnya terlalu berat untuk diusung penduduk kampung ke kubur dan begitu juga ketika hendak menurunkan jenazah itu ke dalam kubur hingga runtuh tebing kubur yang digali itu.
Dia memberitahu dia tidak pernah berjumpa jenazah seberat itu yang diusungnya secara sukarela apabila ada penduduk kampungnya yang meninggal dunia.
Jadi beringatlah mereka yang menerima rasuah, jangan sampai perkara yang sama menimpa diri anda, rakan keluarga juga pemimpin negara dan negeri
Mengenai pengundi pilihan raya, satu ketika dulu saya pernah mengundi BN, tetapi disebabkan berlaku perkara yang tidak dingini, seperti pembunuhan, rogol, rasuah serta mementingkan kekayaan peribadi dilakukan pemimpin yang dihormati,  sejak itu saya bertukar mengundi PAS iaitu sejak PAS bergabung dengan Parti Semangat 46 pada pilihan raya umum 1990.
Kalau rakyat terus mengundi BN bermakna rakyat merestui dan membiarkan gejala yang tidak sihat tadi dilakukan pemimpin yang dipilih memerintah negara.
Cubalah bertukar sekali sebagaimana rakyat Kelantan menerima baik kepemimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memerintah negeri Serambi Makkah itu. Saya juga berharap rakyat Selangor, Kedah, Pulau Pinang kekalkan pemerintah yang ada kerana terbukti sudah melakukan yang lebih baik daripada sebelumnya walaupun baru setahun memerintah.
Saya yakin kehidupan rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang akan bertambah baik jika pemimpin yang memerintah negeri berkenaan terus dikekalkan.

Mohamed Noor Jaafar,
Kuala Lumpur.

Akibat pendedahan menteri rogol amah, blogger Umno hentam blogger Umno!



Oleh: Pria Malaya

Tidak tahan dengan isu panas yang mengaitkan menteri Ketuanan Melayu Umno merogol dan memperkosa amah warga Indonesia, beberapa blogger Umno dan team 'Nadi Rakyat' memberontak dan berang..

Papa Gomo, antara blogger tersohor Umno kali ini dilihat tidak dapat menahan sabar apabila blogger yang dilihat mesra dan pro-kerajaan (BN) sendiri telah bertindak memberi peluru kepada pembangkang dalam masa yg cukup 'tidak tepat'..isu yg dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah isu 'menteri BN rogol amah'!!



Mereka mula menabur kata-kata kecaman terhadap rakan mereka sendiri..tidak cukup dengan itu, diciptanya gambar/banner mengutuk blogger Rocky' bru dan menuduhnya blogger itu adalah 'blogger cari makan', dan tidak layak bersama pejuang bangsa!..

Antara kata-kata team Nadi Rakyat ini:
"AKU PEDULI APA KAU SIAPA!!!
TAPI KALAU NAK MENULIS SEKADAR NAK CARI KEPENTINGAN DIRI, BAIK KAU BERAMBUSSSSSS.... ORG MACAM KAU TAK LAYAK DUDUK BERSAMA PEJUANG!!
KEPADA KERAJAAN, CUKUPLAH DI TIPU OLEH MEREKA YG PERNAH HENTAM KERAJAAN!!!
TUIH!!! KAU ADA TAK UNTUNG, KAU TIADA TAK RUGI!!!"
Kalian boleh lihat sikap kebudak-budakan Papa Gomo n The Geng di SINI dan di SINI..

Untuk makluman, blogger Rocky's bru adalah blogger terawal yg membongkar isu menteri BN rogol amah ini..pendedahan ini adalah berdasarkan laporan Wikileaks, sebuah laman yang pernah 'diagung-agungkan' pemimpin2 BN serta medianya berminggu lamanya apabila sumber itu mendedahkan berita mengenai Anwar Ibrahim..kalian boleh rujuk di SINI dan di SINI..

Selain Rocy's Bru, terdapat beberapa lagi blogger pro-kerajaan yang lain turut sama mendedahkan isu ini...antaranya ialah "bigdogdotcom.wordpress.com", "novandri.blogspot.com", "theflyingkick.blogspot.com" dan ramai lagi...mungkin Papa Gomo dan team 'Nadi Rakyat' tidak mengetahui bahawa blogger2 pro-kerajaan ini juga adalah blogger terawal yg mendedahkan sumber dan dokumen berkaitan, bukan Rocyk bru semata-mata..

Kenapa mereka begitu berang?

Sebagaimana yg kita ketahui, Papa Gomo adalah antara blogger yg terlibat dgn misi pembongkaran isu kononnya ADUN Selising telah berzina dengan isteri orang..selain Papa Gomo, gerakan 'haram' ini dibantu beberapa facebooker seperti 'Pas Beruk' dan 'Azmy Awang Kelana Jaya' yang menggelar diri mereka sebagai team "Nadi Rakyat"..mereka inilah yg terlibat dengan filem kononnya saksi zina ADUN selising cuba dilanggar dan dibunuh dengan pedang..

Kalian boleh rujuk filem panas arahan Papa Gomo yang TERKANTOI di bawah (18PL):
- SIRI 1
- SIRI 2

Ya, atas sebab inilah Papa Gomo dan team 'Nadi Rakyat' bergitu berang dan marah dengan tindakan beberapa blogger pro-kerajaan kerana mendedahkan isu panas melibatkan menteri BN ketika asyik mereka menjaja isu ADUN Selising, menyebabkan isu yg mereka bawa tidak mencapai klimaks sepertimana yg diharapkan..

Isu menteri rogol amah menenggelamkan isu ADUN zina..

Apa tidaknya, mereka inilah yg bersungguh2 menjaja berita isu ADUN Selising di serata ceruk maya dengan harapan ianya bakal menjadi isu PANAS penghujung tahun 2010, dan berita GEMPAR bagi pembuka tirau tahun baru 2011..namun ternyata malang, isu yg mereka bawa tenggelam dek isu besar yang lebih menggemparkan negara, yg mana bukan sahaja melibatkan Malaysia, malah hubungan dengan negara jiran..


(Bannar yang dihasilkan oleh facebooker pro-PR memperli tindakan Papa Gomo dan team 'Nadi Rakyat' menghentam Rock's bru gara-gara isu yg mereka jaja tidak mendapat sambutan...)

Kini, Papa Gomo dan rakan-rakannya di Facebook telah dipandang sinis oleh pengguna facebook yang lain..sudahlah isu lakonan saksi ADUN Selising terkantoi di tengah jalan, ditambah pula isu lebih besar melibatkan moral pemimpin Umno oleh blogger mesra kerajaan menenggelamkan isu yg mereka cipta...sungguh memalukan..

Kerajaan perlu guna kuasa politik untuk laksana setiap dasar

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Kerajaan disaran menggunakan kuasa politik dalam melaksanakan setiap dasar berkaitan perpaduan agar tidak dipermainkan pihak tidak bertanggungjawab, kata seorang ahli akademik.
Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman berkata ia penting bagi memudahkan kerajaan memberi penerangan seterusnya mengelakkan kekeliruan yang mungkin dan cuba ditimbulkan pihak-pihak tertentu bagi menggagalkan dasar itu.
“Pemerintah yang memegang kuasa dan dengan kuasa yang ada padanya, mereka (kerajaan) perlu bertegas dalam memastikan setiap dasar yang dikemukakan dapat dilaksana dengan sempurna,” katanya ketika menjadi panel pada “Diskusi Kebudayaan Kebangsaan: Kemampuan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Sebagai Alat Perpaduan dan Cabaran-Cabarannya” di Dewan Pusat ABIM, di sini, hari ini.
Diskusi anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) itu disertai bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad dan Pensyarah Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan.
Nik Hassan berkata ketegasan pembuat dasar penting bagi memastikan usaha pihak-pihak tidak sehaluan yang sentiasa mencipta ‘‘kerenah’’ bagi menggagalkan dasar itu gagal.
Katanya usaha pihak tertentu untuk menggagalkan dasar kerajaan tidak boleh dipandang remeh kerana terbukti mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan.
“Sebab itu bila kita wujudkan dasar untuk perpaduan akan muncullah kumpulan-kumpulan yang berkepentingan menentang dasar itu. Malah sudah ada antara mereka yang berani mempertikaikan hak-hak yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang seharusnya tidak kita senangi,” katanya.
Nik Hassan turut menggesa kerajaan lebih bertegas dan bersedia menghadapi kerenah dalam pelaksanaan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.
Katanya telah kedengaran suara-suara menentang dasar itu dengan pelbagai tuduhan negatif bertujuan menggagalkan usaha kerajaan memberi didikan mengenai sejarah dan perpaduan kepada masyarakat.
Diskusi itu turut merumuskan resolusi, yang mengisytiharkan 2011 sebagai tahun kebangkitan kebudayaan kebangsaan ke arah menggerakkan momentum lebih besar pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Presiden PKPIM Muhammad Faisal Abdul Aziz yang membacakan resolusi itu berkata momentum itu akan digerakkan melalui dua peringkat iaitu mewujudkan kesedaran massa menerusi penganjuran siri wacana, dialog dan debat terbuka serta menerusi peringkat advokasi politik untuk merealisasikan penggubalan akta dan Falsafah Kebudayaan Kebangsaan sebagai langkah memartabat dasar berkenaan.
“Resolusi diskusi menetapkan PKPIM bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan budayawan, sasterawan dan cendekiawan serta pemimpin masyarakat berganding bahu menubuhkan Gerakan Kebudayaan Kebangsaan sebagai wadah untuk menggerakkan misi ini,” katanya. – Bernama

Isu Teoh Nie Ching: Tindakan Umno jauhkan minat orang bukan Islam

Umat Islam perlu merujuk kepada golongan ulama sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh merencatkan minat orang bukan Islam untuk memahami Islam dengan lebih baik, demikian kata Dr Muhammad Nur Manuty, Ketua Penerangan KEADILAN.

Dr Manuty, berkata demikian sewaktu mengulas kecaman berterusan yang dihamburkan Umno melalui media arus perdana terhadap isu Ahli Parlimen Serdang, Teoh Nie Ching, yang menyertai aktiviti senamrobik di perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong baru-baru ini.

“Isu ini sepatutnya tidak disensasikan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sepatutnya, sebelum sebarang kenyataan dikeluarkan, orang Islam perlu merujuk dengan ulama-ulama besar dahulu agar hukum yang betul dan gambaran yang tepat tentang Islam dapat difahami oleh mereka yang bukan beragama Islam,” kata Dr Manutysewaktu bercakap kepada KeadilanDaily.com.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Islam (BIPPA) Keadilan juga sependapat dengan Mursyidul Am Pas,  Datuk’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kawasan luar masjid bukanlah satu kawasan larangan untuk orang Islam.

Malah katanya, sewaktu pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W dahulu, masjid menjadi pusat untuk kegiatan masyarakat setempat melakukan pelbagai aktiviti.

“Masjid Nabawi dahulu sewaktu pentadbiran Rasulullah S.A.W menjadi pusat kegiatan setempat masyarakat. Malah, orang Kristian Najran juga datang ke Masjid Nabawi untuk mengadakan perbincangan dengan Rasulullah,” kata Dr Manuty yang juga merupakan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Semalaysia (ABIM).

Menurut Dr Manuty lagi, kecaman berterusan yang tidak berasas terhadap Nie Ching bertentangan dengan risalah Al-Quran yang bersifat universal. “Isu ini sepatutnya tidak disensasikan kerana ia mungkin akan mewujudkan fenomena prejudis kepada Islam,” kata Dr Manuty.

Melayu rugi jika tolak Pakatan Rakyat

TASEK GELUGOR, 1 Jan: Orang Melayu di Pulau Pinang akan rugi sekiranya mereka menolak PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Begitu luahan rasa Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa ketika berucap sempena Jubli Perak, PAS kawasan Tasek Gelugor di Sungei Dua semalam.
Kata beliau, sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) masih lagi diberi kuasa maka banyak kerosakan sedia ada akan bertambah seperti kerakusan kuasa, skandal dan penyeleweangan serta ketidakadilan.
Tambahnya, isu PR tidak ambil peduli mengenai nasib orang Melayu di Pulau Pinang sengaja dimainkan oleh Umno dan BN.
Menurutnya, walaupun mereka sedar PR banyak membantu mengatasi masalah yang dihadapi orang Melayu seperti penyelesaian masalah tanah dan perumahan, tetapi mereka tetap memainkan isu itu.
"Sebagai bukti dalam isu penduduk Kampung Pokok Assam di Jelutong, terbukti PAS dengan kerjasama Kerajaan Negeri telah berjaya membela nasib penduduk kampung tersebut apabila persetujuan dicapai melalui cara rumah yang diambil oleh pemaju bagi pembangunan akan diganti dengan rumah yang siap dibina dalam kawasan yang sama.
"Begitu juga dalam masalah tanah perkuburan Islam di Jelutong, turut berjaya diselesaikan oleh PAS dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Namun begitu Umno dan BN akan memainkan isu yang diselesaikan dengan elemen lain pula untuk kepetingan politik mereka," ujarnya lagi. 
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, pemerintahan singkat PR di Pulau Pinang telah berjaya mengatasi masalah penempatan orang Melayu di Jelutong yang selama ini tidak mampu diatasi oleh Umno dan BN walaupun menerajui pentadbiran negeri lebih lama dari PR.

Isu SUK: Khalid dakwa KSN tak hormati fungsi MB, sabotaj Selangor

KUALA LUMPUR, 1 Jan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau kesal kerana Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang didakwanya sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
“Pemilihan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ketua Setiausaha Negara telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Mengikut pengumuman Sidek Isnin lalu, pelantikan Khusrin berkuat kuasa hari ini dan akan mengangkat sumpah 6 Januari.
“Proses pemilihan itu memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan Menteri Besar sebelum diserahkan kepada Sultan Selangor untuk diperkenan.
“Selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri memanjangkan nama calon berkenaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat untuk proses dokumentasi pelantikan,” kata Khalid lagi.
Sehubungan itu tegas Khalid, kerajaan negeri Selangor telah mengambil langkah sewajarnya dengan membentuk sebuah jawatankuasa khas diketuai Speaker Dewan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim untuk menemu duga kesemua lapan calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.
Hasilnya menurut Khalid, jawatankuasa tersebut telah memilih tiga calon terbaik berdasarkan jasa-jasa mereka selain kriteria yang diperlukan bagi mengisi jawatan strategik dan paling kanan dalam pentadbiran awam kerajaan negeri Selangor.
“Ketika mengumumkan pelantikan Datuk Khusrin, Ketua Setiausaha Negara bukan saja membelakangkan Menteri Besar, malah mengabaikan proses pemilihan calon berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman,” kata Menteri Besar.
Menurut Khalid lagi, tindakan Sidek bukan sahaja melanggar Perlembagaan, malah tidak bertanggungjawab dan tidak profesional.
“Malah boleh dianggap bermotifkan politik, sebagai salah satu usaha untuk mencabar kredibiliti kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,” kata Khalid (gambar).
“Lebih merungsingkan saya, tindakan Tan Sri Mohd Sidek tersebut telah menghantar mesej yang tidak sihat iaitu kemampuan dan pengalaman bukan keutamaan dalam mempromosikan kenaikan pangkat pegawai kerajaan.
“Mesej ini sangat bahaya apatah lagi sememangnya perkhidmatan kerajaan acap kali dikritik sebagai tidak efisyen,” kata beliau lagi.
Khalid memberikan kenyataan rasmi bertulis kedua dalam seminggu ini ketika pakar perundangan dan perlembagaan berpendapat bahawa pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung 6 Januari ini, diteruskan.
Pakar-pakar perlembagaan berhujah upacara Khamis depan itu sebagai “tidak sah” memandangkan perlembagaan negeri menyebut bahawa upacara seumpama itu perlu dilaksanakan di hadapan Menteri Besar bukannya Sultan Selangor.
Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin.
Khalid yang bercadang untuk menghadap Sultan Selangor Rabu lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat beliau sebab baginda bercuti sehingga awal minggu depan.
Peguam veteran Karpal Singh berkata, perkembangan itu boleh membawa kepada krisis perlembagaan kerana ia tidak selari dengan perlembagaan negeri.
“Sultan perlu mendapatkan nasihat perundangan daripada penasihat undang-undang negeri sebelum majlis angkat sumpah diteruskan.
“Dalam perkara-perkara macam ini, Sultan bertindak atas nasihat Eksekutif, Tuanku tidak boleh bertindak sendirian. “Perkara yang dikhuatiri ialah jika majlis itu diadakan, ia boleh diisytihar sebagai tidak sah oleh mahkamah,” kata beliau kepada The Malaysian Insider semalam.
Dalam pada itu, pakar perlembagaan Prof A Aziz Bari juga menyifatkan majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Selangor sebagai “amalan baru” yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Pada pengetahuan dan pengalaman saya ini kali pertama majlis angkat seumpama diadakan, walaupun saya berpendapat ia hanya satu majlis rasmi semata-mata dan tidak diperlukan,” kata beliau.
Menurut beliau, tiada peruntukan dalam perlembagaan negeri Selangor yang memerlukan pegawai-pegawai kanan negeri mengangkat sumpah di hadapan sultan.
Dalam kenyataan pertama, Khalid berkata pelantikan Khusrin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru belum muktamad kerana beliau tidak pernah dimaklumkan mengenainya.

Khir Toyo: Panel pilih SUK tidak sah


KUALA LUMPUR, 1 Jan — Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat campur tangan dalam pelantikan pegawai tertinggi perkhidmatan negeri dengan mengadakan jawatankuasa pemilihan sebagai langkah yang tidak sah.
Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang menekankan pendirian kerajaan pusat bahawa soal pelantikan ketua pegawai perkhidmatan kerajaan negeri adalah prerogatif Ketua Setiausaha Negara.
“Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah sah apabila Ketua Setiausaha Negara menyatakan persetujuan,” kata Dr Khir (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.
Dr Khir juga membidas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mengadakan proses pemilihan sendiri untuk memilih calon Setiausaha Kerajaan Negeri, yang menurutnya ia satu tindakan tidak yang sah.
“Jawatankuasa yang dibentuk oleh Khalid untuk memilih (calon) Setiausaha Kerajaan Negeri adalah tidak sah. Kemungkinan beliau tidak berunding dengan penasihat undang-undang negeri,” kata beliau.
Malah menurut beliau, Khalid sangsi dengan perkhidmatan awam kerana beliau lebih berminat untuk mencapai agenda politiknya.
“Beliau ada begitu banyak agenda politik, disebabkan itu beliau meragui semua orang,” kata Dr Khir.
“Ketika saya jadi MB, saya bekerja dengan empat Setiausaha Kerajaan Negeri dan saya tidak menghadapi sebarang masalah dengan mereka. Mereka semua kakitangan awam,” kata beliau.
Negeri paling kaya ini kini berhadapan dengan kemelut ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang diumumkan oleh Putrajaya Isnin lalu.
Pelantikan itu berkuat kuasa hari ini.
Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat tidak menerima pelantikan itu dengan menyifatkannya sebagai tidak muktamad.
Istana Selangor pula menegaskan pelantikan itu sebagai muktamad dan Khusrin dijadual untuk mengangkat sumpah pada 6 Januari ini.
“Apa yang dikatakan oleh Lau Weng San tidak betul. Selangor tidak (boleh) melantik Setiausaha Kerajaan Negeri sendiri,” kata Dr Khir.
Baru-baru ini, Lau, ADUN Kampung Tunku berkata pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri mesti dibuat dengan persetujuan Khalid selaku Menteri Besar.
Bagaimanapun Dr Khir berkata, majlis angkat sumpah hanya prosedur pentadbiran semata-mata.
“Sama ada majlis angkat sumpah diadakan di istana atau tidak, bukan isunya. Ia hanya prosedur pentadbiran,” kata beliau lagi.
Sehubungan itu beliau menasihatkan Khalid agar tidak membantah pelantikan itu memandangkan Sultan Selangor sudah memberi perkenaan.
“Tan Sri Khalid harus tahu bahawa beliau akan berhadapan dengan banyak masalah jika perselisihan dengan Tuanku berterusan. Malah beliau juga memerlukan perkenan Tuanku untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri,” kata Dr Khir.
“Saya percaya Tuanku mahukan seseorang yang boleh berkhidmat tanpa mengira hubungan politik,” kata beliau.

2011 : Berbini 'muda' untuk kuat blogging ?

 by : radens al banjari

Seusai solat zohor dimasjid, tanpa kehadiran jamaah yg ramai seperti selalu(mungkin ramai jamaah sibuk berjemaah di shopping complex) pasal New Year Sales kot terbit semula azam untuk blogging. Bukan nak bilang sebelum ini tak blogging, tapi..semua org tahu, dah slow ! Maka dengan terbitnya azam baru lepas zohor tadi..pembaca ABO mungkin akan merasa semula tulisan2 wak dalam suasasana semangat baru.

Macamana kuatnyer wak hentak kaki masa balik dari masjid tadi, itulah "misal" yg menunjukkan akan semangat yg berkobar-kobar nak blogging semula. Orang kata, " blogging kuat-kuat, boleh menyihatkan lutut ". Bila lutut sihat, senang nak pi Labenon. Bila sampai ke Labenon jangan lupa kenyit mata dgn awek Labenon. Kenyitan mata pula perlu fokus kepada gadis labenon umur 28 tahun. Baru namanya " taib mamut".

Walaupun dah dikira jejaka tamat 'tempoh", lutotnya masih kuat 'menendang'. Lalu jika mahu kuat lutot menendang, kena kuat-kuat 'blogging' macam dulu-dulu.

Ada blogger cakap, " ramai yang mengatakan kekuatan lelaki terletak pada kekuatan isteri, kalau isterinya muda dan jelita walaupun sumai berusia agak lewat tetapi jiwanya secara automatik akan menjadi cergas dan cerdas. Dalam lain perkataan mineral dan vitamin yang disajikan "isteri muda" akan menjadi lonjakkan bagi meneruskan perjuangan selagi minda mampu mengenali bulan dan matahari ".

Wow ! Dahsyat tu..! Jika dulu ada MB Umno bikin kempen 'Mari minum air kelapa muda", tak kan Najib tak boleh nak bunyi sikit lancar kempen " Mari ber"BINI" muda" pula. Lebih-lebih lagi dalam keadaan momentum pemimpin Umno yg makin lelah sekarang, elok sangat pakat semua pasang bini 'muda' buat semangat harung perjuangan di PRU13. Amacam menteri Umno ? Berbini 'muda' tak salah, yang salah pi 'kangkang' amah..itu dah boleh sabit hukum kerja 'berat' mandatori. Ikut cara 'taib mamut' jangan ikut cara 'taik kemut' tengok tiang letrik pun 'kontol' dia boleh keras. 

Sempena azam wak nak blogging kuat-kuat semula ini, harap sangat kot bik.momma wak tunjuk sokongan yang lebih mantap dan maksimum. Lagipun bik.momma wak bukan tak tahu wak minat sangat dengan seorang selebriti tu.., tak salah kot kalau dipanjang2kan hasrat itu kan bik.momma. Hehehehe..(petang ni nak belanja bik.momma pi minum ayaq kelapa muda 3 bijik..di Ban Pecah)..mana tau lembut hati dia lepas minum ayaq kelapa muda!
 
(*) kuat blogging ker kuat 'guling-guling' ?

Ini Zaman Realiti Beb....!!!!

Waris berkata...

Ini bukan zaman hang tuah lagi nak hormat atau derhaka pada sultan. Mintak ampun dan maaf je le. Mana2 manusia yang tak berapa bijak maka tidak layak dihormati walaupun bertaraf ulama, sultan, perdana menteri atau presiden.

Biarlah meLAYU2 HUTAN saja yang nak tunduk hormat kat orang2 macam tu. Ini zaman realiti bukan zaman cerita dongeng lagi. Kalau rasa kita patut hormat, kita akan hormat. Tak perlu nak paksa2.

Sultan pun kalau rasa diri ingin dihormati maka kelaku kena betul. Kena jadi role model pada rakyat. Kena jadi ketua agama yang baik macam sultan kelantan sekarang. Jangan sibuk nak pertahankan meLAYU tapi dalam istana cakap inglis. Anak2 pulak sepatah haram tak reti cakap meLAYU.

Budaya meLAYU pulak hanya digunakan pada majlis rasmi saja serupa dengan pengantin (Raja Sehari) yang berjalan sopan santun bila bersanding tapi perangai disebalik tabir baik sikit dari setan.

Rakyat sekarang hidup dalam dunia realiti bukan khayalan. Apa yang sultan buat itu yang rakyat ikut. Kalau sultan ke hardrock cafe maka rakyat akan ikut ke hardrock cafe. Ini realiti... jangan salahkan bila ada rakyat yang kurang ajar macam aku sebab ini kehidupan realiti.

Rakyat macam aku dah tak bergantung pada propaganda tv lagi. Aku dah bertahun tak tengok tv3 apatah lagi rtm. Aku pun tak pasti samada rtm masih ujud lagi atau tak. Terpulang samada meLAYU2 HUTAN nak marah atau maki aku. Aku peduli apa?

Kalau penguasa atau sultan tak hormat undang2 maka jangan harap rakyat nak hormat sama. Undang2 tuhan pun orang langgar inikan pula undang2 ciptaan manuasia... Apa ada hal?

N3 di atas tu... gua petik dari ruangan komen di sini, saja jer.. nak kongsi dengan lu orang semua bahawa kita sekarang ini berada dalam zaman realiti bukannya fantasi seperti zaman yang masih di perjuangkan oleh puak2 umnoapco iaitu zaman "Ketuanan Melayu" dan bla... bla.. bla... seperti yang selalu di melalakan oleh menteri2 umnoapco, terutama sekali Menteri yang menjaga Warisan dan Kebudayaan... hahahaha....

Kepada pengomen bernama "Waris", wa caya sama lu bro... 
 
ISA.

Menyayatkan Hati - Budak Terbunuh Dilanggar Dua Motosikal


Tak sabar nak sekolah’

JEMPOL: “Dia begitu bersemangat dan beritahu tidak sabar untuk mula bersekolah dan berulang kali mencuba pakaian sekolah baru yang dibeli, selain mengemas beg sekolahnya,” kata Norlida Khalid, 39, mengenai anaknya, Siti Nurzulaihah Mohd Zaidi, 6, yang maut apabila dirempuh dua motosikal dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Bahau-Juasseh di sini, malam kelmarin.

Insiden menyayat hati berkenaan sekali gus memusnahkan impian dan harapan kanak-kanak itu yang sepatutnya dijadualkan mendaftar di sebuah sekolah rendah di daerah ini, semalam.

Menceritakan detik tragis kira-kira jam 11.15 malam itu, Norlida berkata, dia yang menunggang Honda EX5 bersama anaknya itu mahu pulang ke rumah mereka di Kampung Kuala Jempol di sini.

“Kami berdua dan seorang rakan saya yang menunggang motosikal berasingan ketika itu baru selesai menjamu selera di restoran berdekatan untuk memenuhi keinginan Nurzulaihah yang beria-ia mengajak keluar makan bihun sup.

“Sewaktu perjalanan pulang, saya tersentak apabila sebuah motosikal tidak berlampu ditunggang laju dari arah belakang tiba-tiba mencelah di antara motosikal kami hingga berlaku pergeseran dengan motosikal saya.

“Pergeseran itu menyebabkan kami terjatuh di atas jalan dan penglihatan saya turut menjadi kabur. Tidak lama kemudian, rakan memberitahu Nurzulaihah yang ketika itu berdiri untuk mencari saya sambil menangis turut dirempuh sebuah motosikal lain hingga tercampak agak jauh,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Felda Pasoh 1, di sini, semalam. Menurut ibu kepada lima anak itu, dia yang patah kaki kiri menggagahkan diri pergi ke arah anaknya yang terbaring di tengah jalan lalu memangku kepala sambil memanggil namanya, namun tiada sahutan dan tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Gambar: SEBAK...Norlida yang cedera di kaki hiba terkenang arwah anaknya.

“Pada waktu itu terdetik kuat mengatakan Nurzulaihah sudah meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya,” katanya yang gagal menahan sebak.

Harian Metro difahamkan kanak-kanak malang itu tercampak hampir 10 meter akibat rempuhan kedua berkenaan dan maut di tempat kejadian akibat cedera di kepala, badan dan kaki.

Katanya, dia dan lima anaknya menetap sementara di Felda Pasoh 1 untuk menemani serta menjaga ibunya yang kurang sihat selepas kematian bapanya, Khalid Ujang, 70-an, kira-kira tiga minggu lalu.

“Namun semalam (kelmarin), anak saya itu bersungguh-sungguh mengajak saya pulang ke rumah kami kerana tidak mahu terlewat untuk mendaftarkan diri di sekolah pada hari ini (semalam),” katanya.

Menurutnya, pada hari kejadian, anak keempat daripada lima beradik yang lebih banyak tersenyum dilihat turut amat berselera untuk makan berbanding biasa.

“Dia yang agak sukar menghabiskan makanan, makan tiga pinggan nasi sebelum disusuli beberapa keping roti potong. Sebelum kejadian, dia turut memakan bihun sup dan minuman sehingga habis,” katanya.

Katanya, lebih menyedihkan Nurzulaihah sempat memberitahu mahu pergi mengikut arwah datuknya, namun tiada siapa mengambil perhatian apa yang dicakapkannya itu.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Zaidi Mohamad, 39, berkata dia ketika itu tiada di rumah kerana bekerja sebagai pemandu kren di Kuala lumpur.

“Kejadian ini sememangnya mengejutkan kami sekeluarga, namun saya tetap reda dengan ketentuan Allah swt yang ternyata lebih menyayanginya,” katanya.

Selain Nurzulaihah, pasangan berkenaan mempunyai empat anak lain iaitu Mohd Rafzanani, 16; Mohd Hafizuddin, 14; Nurhidayatul Husna, 11, dan Siti Nurabihah, 2.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Pasoh 1, petang semalam.

Sementara itu, jurucakap polis berkata siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan itu membabitkan tiga motosikal lain. -hm

MOTOSIKAL Yamaha RXZ yang merempuh motosikal dibonceng Siti Nurzulaihah bersama ibunya di Jalan Bahau-Juasseh, Negeri Sembilan kelmarin. -kosmo

3 PEMIMPIN DEWAN PEMUDA JASIN DITAHAN POLIS


Bandar Hilir, Melaka : 3 orang pemimpin Dewan Pemuda PAS Jasin ditahan Polis di Dataran Ayer Keroh awal pagi tadi atas tuduhan mengedarkan risalah tanpa permit yang melanggar akta mesin cetak dan penerbitan.

Ketiga-tiga mereka termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin, Aminuddin Abdul Jalil (gambar), 40; Bendahari Dewan Pemuda PAS Jasin, Rashidi Ismail, 32 dan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Jasin, Daud Dalip, 24.

Mereka telah ditahan pada jam 12.15 pagi tadi selepas selesai mengedarkan risalah di Dataran Ayer Keroh pada Program Ekspedisi bertemu rakyat sempena sambutan tahun baru 2011.

Aminuddin berkata sebaik sahaja selesai mengedarkan risalah mereka telah ditahan oleh seorang Pegawai Polis, ASP Mohamed Yusoff Basha dari Balai Polis Ayer Keroh.

"Kami telah disoal siasat di Balai Polis Ayer Keroh sehingga jam 2.45 pagi dan dipindahkan ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di Bandar Hilir".

"Soal siasat tersebut berlangsung sehingga jam 12.00 tengahari baru kami dibebaskan dengan jaminan Polis" kata Aminuddin yang juga merupakan bekas Calon PAS Dun Sungai Rambai pada Pilihanraya Umum 2008.

Menurutnya, penahanan itu tidak melemahkan semangat beliau dan rakan-rakannya untuk terus membongkar segala penyelewengan dan salah laku kerajaan negeri Melaka dan kerajaan pusat.

Beliau berkata demikian sebaik dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini petang ini.

Daud dalam kenyataannya pula kesal dengan tindakan Pegawai Penyiasat Polis yang tidak membenarkan mereka menunaikan solat subuh sehingga waktu solat hampir habis baru dibenarkan.

"Saya minta untuk solat subuh tetapi Polis tidak benarkan sehingga 5 minit hendak habis waktu baru saya dibenarkan untuk solat subuh".

"Ini merupakan satu tindakan yang zalim dan melanggar hak asasi saya sebagai orang Islam, lebih malang lagi Pegawai itu pun Islam juga" kata Daud dengan nada kesal.

Rashidi pula berkata tindakan Polis menahan mereka merupakan tindakan yang tidak masuk akal kerana mereka tidak melakukan sebarang kesalahan lebih-lebih lagi rakyat Malaysia sepatutnya bebas menyuarakan pandangan dan idea masing-masing.

"Kami tidak menerima sebarang bantahan atau cemuhan dari para pengunjung Dataran Ayer Keroh itu, cuma pihak Penguatkuasa Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPTHJ) yang bersikap kasar menghalau kami".

Menurutnya penahanan beliau bersama rakan-rakannya ini merupaka satu pencabulan kepada kebebasan bersuara rakyat dan ini melambangkan bahawa negara kita adalah sebuah negara yang tidak bebas dan sentiasa mencengkam rakyat.

Kira-kira 30 orang pimpinan dan ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka hadir pada program Ekspedisi Dakwah yang bermula pada jam 11.00 malam tadi. Program tersebut diketuai sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek.

MB Selangor: pelantikan Khusrin tidak ikut proses pemilihan.

Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan melantik Setiausaha kerajaan Negeri Selangor, Datuk Khusrin Munawi yang disifatkan membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih setiausaha kerajaan negeri.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, KSN telah mengabaikan proses pemilihan mengikut nota amalan perkhidmatan awam yang menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat dalam pelantikan tersebut.
“Proses pemilihan itu memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan menteri besar sebelum diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor untuk diperkenan.
“Selepas mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri memanjangkan nama calon berkenaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat untuk proses dokumentasi pelantikan,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Khalid berkata, kerajaan Selangor telah mengambil langkah sewajarnya  membentuk sebuah jawatankuasa khas diketuai speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang
Khim untuk menemuduga semua lapan calon yang dicadangkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan negeri Batu tiga, Rodziah Ismail berkata kebolehan calon adalah kriteria utama yang digunapakai dalam pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa wujud kecenderungan politik.
“Ada tatacara yang digunapakai untuk perlantikan, maksudnya sebelum perlantikan ada mekanisma untuk memilih calon. Itu yang kerajaan Selangor buat. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengamalkan pilih kasih, kita mengamalkan merit. Siapa yang terbaik, mereka lah yang sepatutnya diiktiraf,”  jelas Rodziah.
Sewaktu mengulas dakwaan nama calon lambat dihantar kepada istana, Rodziah berkata, Datuk Ramli Mahmud, SUK sekarang akan hanya melepaskan jawatan secara rasmi pada bulan Mac 2011. Oleh itu, menurutnya, isu kelambatan menghantar nama calon sepatutnya tidak timbul.
“Kerajaan Selangor telah pun bersedia mencari pengganti dan kita tidak lewat. Tidak sampai tiga bulan kita sudah ada calon. Sebab kita tahu dari sudut pentadbiran, perlu ada peralihan (tugas) yang licin,” tegas Rodziah seperti dilaporkan TV Selangor.
Pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baru menimbulkan kontroversi kerana beberapa tindakan beliau yang dilihat membelakangi kerajaan negeri Selangor sewaktu menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Khusrin mengarahkan penangkapan Dr Mohd Asri Zainal Abidin, mantan Mufti Perlis atas tuduhan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah di negeri Selangor.

Selain itu, Khusrin turut memberi amaran kepada Teoh Nie Ching, Ahli Parlimen DAP yang memasuki sebuah surau di Selangor namun tindakan yang sama langsung tidak dikenakan kepada P Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor dari Barisan Nasional (BN).

Parti Sosialis Malaysia Tidak Iktiraf Khusrin

Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat kesal dengan pelantikan “pintu belakang” Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dimana pemilihan tersebut merupakan langkah tidak menghormati kedaulatan Kerajaan Negeri Selangor sebagai kerajaan yang sah dipilih rakyat Selangor mengikut amalan sistem demokrasi negara kita.
Pemilihan SU Kerajaan Negeri yang baru ini tanpa sebarang rundingan dengan Kerajaan pilihan rakyat Selangor adalah tindakan biadap dan telah membelakangan amalan biasa dimana proses pemilihan itu sepatutnya memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan  Menteri Besar sebelum diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor untuk diperkenan.
Oleh yang demikian, PSM berpendapat pelantikan Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak sah dan bermotifkan politik. Kami juga tidak hairan andaikata pelantikan ini bermotifkan untuk membuat rampasan kuasa secara tidak sah memandangkan SU negeri mempunyai kuasa yang luarbiasa seperti yang pernah kita lihat di negeri Perak.
PSM juga berpendapat adalah amat wajar untuk Kerajaan Negeri Selangor untuk melantik seorang Setiausaha Kerajaan Negeri yang mempunyai kredibiliti dan kemampuan untuk melaksanakan dasar Kerajaan Negeri Selangor. Keseluruhan jentera Kerajaan Negeri Selangor juga harus akur kepada sebarang pelantikan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri memandangkan Kerajaan Selangor dibawah Pakatan Rakyat (PR) adalah kerajaan pilihan rakyat Selangor.

Kenyataan dikeluarkan Oleh

S.Arutchelvan
Setiausaha Agung
Parti Sosialis Malaysia (PSM)