Selasa, 1 November 2011

Mat Rempit Penang Sempit.

Demonstrasi Bantah Kerajaan DAP
sumber-utusan meloya-


GEORGETOWN 31 Okt. – Pergerakan lalu lintas di beberapa jalan utama di bandar ini hampir lumpuh selama sejam berikutan tindakan kira-kira 200 belia yang menaiki motosikal mengadakan demonstrasi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dengan memakai baju T berwarna kuning yang tertera perkataan ‘Selamatkan Pulau Pinang, LGE (Lim Guan Eng) Rasis’,




Demonstrasi bermula kira-kira pukul 12.30 tengah hari di depan Pasar Chowrasta, Jalan Penang di sini dengan para peserta berarak menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang sejauh satu kilometer.

Mereka kemudian mengelilingi Komtar sebanyak tiga kali sambil melaungkan kata-kata ‘Selamatkan Pulau Pinang’, ‘Selamatkan Mat Rempit’ dan ‘Kami Mahu Litar Lumba’.

Mereka seterusnya bergerak ke Dewan Undangan Negeri (DUN) di Lebuh Light di sini sebaik anggota-anggota polis tiba di Komtar bagi mengawal keadaan.Di depan DUN, kumpulan berkenaan berhimpun hampir 15 minit.Bagaimanapun, keadaan yang pada mulanya terkawal bertukar kecoh apabila beberapa peserta demonstrasi bertindak kasar dan ingkar dengan arahan polis supaya bersurai.


Seramai lima orang ditahan termasuk Pengasas Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga), Sabaruddin Ahmad. Sejak DAP mentadbir Pulau Pinang pada 2008, tidak kurang 50 demonstrasi telah diadakan oleh pelbagai pihak bagi membantah corak pentadbiran Guan Eng.

Demonstrasi terhadap Guan Eng juga membabitkan pelbagai cara aneh yang dilakukan oleh para peserta termasuk menghantar hadiah keranda, kek hitam, bunga hitam dan pakaian dalam wanita.-
------------------------------------------------------------------------------------------------

Cuba perati elok2 gamba yg no 3 kat atas nih...
Bagi yg rabun pegi amik spek mata cepat...
Apa yg ngkorang nampak dan perasan...

KAH KAH KAH...

Nih bukan mat rempit woi.... kah kah kah..
Nih namanya MAT GENDUT.... kah kah kah...
Mana ada mat gendut jadik mat rempit woi...
Mat gendut jadik pemuda amnuuu hebat laa...

KAH KAH KAH...

Mcm nerr mat gendut nak buat pacak woi ...
Mcm nerr mat gendut nak belasah kona cecah telinga woi...
Mat rempit main kona cecah pedal, cecah telinga..
Mat gendut dia kona cecah bo**ot.......

KAH KAH KAH....

Yang gamba no 1 kat atas sekali tuh pun problem gak...
Ada pulak gamba budak sekolah pakai spek mata jadik mat rempit...

KAH KAH KAH...

Mat rempit main moto waktu malam dik...
Orang rabun tak bleh jadik mat rempit...
Karang ke longkang pulak ngko......

KAH KAH KAH....

nih kat bawah nih baru mat rempit....




Pabarang mat rempit penang kawan ngan amnuuuuu...Tak rempit arr geng...
Plet spenda yg jadik trademark mat rempit penang pun amnuu yg kaco...
Amnuuu kencing lu org kasik seploh hinggit... Lu org dtg... aparra lu org....
Chamber PDK, KMC, BM Power pun Amnuu yg haram...aparra lu org...
Polis yg suka balun lu org pun Amnuu punya org.... aparra lu org...





Sekian,

Selamat Sejahtera,
Asalamualaikum wbt.

-kandis-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA