SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Sabtu, 1 Oktober 2011

Flip-flop : Cakap putar alam Najib yang tak perlu dilayan


Nampaknya Najib terus berusaha untuk melepaskan diri daripada kemelut hukum Hudud yang cuba ditimbulkan umno bagi mewujudkan pergeseran antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Tindakan umno ini telah menyebabkan beberapa pemimpin PR 'melatah' kerana terikut-ikut dengan rentak gendang yang dipalu oleh umno. Nasib baik perkara ini telah dapat diatasi dengan segera.

Najib bukan tak tahu mengenai kewujudan surat larangan dan ugutan yang dikeluarkan oleh Mahathir pada tahun 1994 kepada kerajaan negeri Kelantan. Malah, pada minggu lalu, Najib sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan pusat melarang hukum Hudud dilaksanakan.
Tetapi demi hendak menyelamatkan maruah umno kerana paluan gendang dan rentak tari yang telah menjadi sumbang, Najib memberikan cadangan bodoh hendak melihat PAS melaksanakan hukum Hudud di negeri Kelantan terlebih dahulu. Semakin merapu jadinya.
Sekali lagi, diharap pihak Pakatan Rakyat tidak memberikan respons terhadap saranan Najib. Biarlah pihak BN terus-menerus mengeluarkan kenyataan bodoh. Jangan ada pihak dalam Pakatan Rakyat pun turut terikut-ikut bodoh sekali lagi. Patuhi konsensus yang telah dicapai berhubung isu Hudud baru-baru ini.

Hudud: Putrajaya mahu lihat kesungguhan PAS, kata Najib
KUALA LUMPUR, 30 Sept — Kerajaan kini mahu melihat kesungguhan PAS melaksanakan hukum hudud di negeri yang ditadbir oleh mereka kerana walaupun nampak tegas, hakikatnya ia masih belum dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata niat melaksanakan hudud itu sudah lama dicanang oleh PAS di negeri di bawah pemerintahan mereka tetapi tiada sebarang perubahan.

Minggu lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Najib membatalkan surat kerajaan pusat, yang dikeluarkan pada 1994 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, menghalang negeri itu melaksanakan hukum hudud.

Malah, minggu lalu Najib juga menegaskan pusat tidak akan membenarkan hudud dilaksanakan.

“Kita nak tengok serius atau tidak serius mereka ini, sebab cerita hudud ini bukan cerita baru daripada dulu lagi mereka dah sebut perkara ini tetapi tak menjadi langsung,” kata Najib petang ini.

Najib, Presiden Umno, mengulas demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi di sini hari ini.

1 comments:

  1. UMNO auta saja kalau tak tau memerintah beri saja pada Pakatan Rakyat MEMERINTAH kan senang,,,,SEMASA UMNO kedai judi dan arah bersepah,,rumah pelacuran bersepah...raSUAH MENJADI JADI....DAH LAMA DAH...ORANG UMNO NAIK BOSAN DENGAN SIKAP PEMERINTAHAN UMNO YAMG BANYAK BUAT DOSA.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA