Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulas perlunya PAS ada satu tokoh yang boleh diterima oleh semua rakyat jika mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat kelak.
Menurutnya PAS sudah berada ditahap matang dalam arena politik, namun menurut bekas mufti Perlis itu, parti Islam tersebut perlu melahirkan ikon yang boleh diterima setiap lapisan masyarakat jika ingin terus kekal relevan. Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini mengetuai PAS memerlukan tokoh ikon untuk mendapatkan kepercayaan rakyat berbilang kaum, seorang tokoh yang bukan sahaja diterima ahli PAS tetapi orang di luar PAS. Apa yang kita lihat terdapat 60 peratus pengundi yang belum membuat keputusan untuk melonjak dan menengahkan tokoh itu.
“PAS perlu seorang tokoh yang bukan sahaja disebut nama sudah dikenali macam Burhanuddin al-Helmy... hebat, bukan sebut nama orang dah kenal, tapi rakyat juga lihat dia layak untuk jadi perdana menteri,” katanya.
Burhanuddin asalnya tokoh pejuang kebangsaan merupakan pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum memimpin Hisbul Muslimin dan kemudiannya PAS.
“Tokoh ikon perlu diwujudkan iaitu kalangan PAS sendiri yang akan membantu PAS bersama Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya”, katanya.
“Umno bukan piawaian untuk PAS buat perbandingan, PAS perlu berada di tempat lebih tinggi,” katanya. Asri turut menekankan agar kepimpinan PAS terus mempertahankan dasar Islam walaupun dikritik pihak tertentu.
“PAS sudah mencapai usia matang kerana bersedia mendengar pandangan yang berbeza, saya melihat PAS telah berjalan di atas landasan sehingga dunia Islam menyedari tentang kebangkitan Islam.
“Pemimpin-pemimpin dalam PAS perlu terus mempertahankan dasar Islam, PAS perlu realistik dan ketepikan retorik politik, PAS juga perlu bergerak ke hadapan dengan lebih terbuka dan memahami Islam secara meluas,” katanya.
Tambah beliau Pakatan Rakyat agar tidak “melambakkan” idea politik secara terus kepada rakyat, sebaliknya jelas Asri, kaedah terbaik adalah melalui dialog atau perbahasan untuk menjelaskannya kepada rakyat"
0 comments:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA