Oleh: Teh Tarik Gelas Besar
Banyak juga topik aku nak tulis sepanjang aku hiatus. Tak lama mana pun – seminggu je aku cuba nak berhiatus. Tapi tangan ni gatal sahaja nak ketik menulis. Pernah tengok Idle Hand filem Jessica Alba? Macam tu je tangan aku – gatal tangan.
Ada orang suruh aku comment pasal hudud – tapi aku rasa pandangan aku sama macam tulisan Art Harun – Wet Dreams Nightmare and Marty McFly. Pandangan aku sama macam dia – dan dia tulis lebih baik dari aku dalam hal ni. Ada orang suruh aku komen pasal LGE komen pasal negeri Johor – sebagai anak yang dilahirkan di Johor aku rasa LGE cakap sejujurnya walaupun dia mohon maaf. Anak Johor yang memerintah Pulau Pinang…….
"Kejujuran itu adalah satu dosa" – kata Haizal Yatiran kawan baik aku. Aku rasa benda tu je kot aku boleh komen pasal LGE.
Ada yang suruh aku komen pasal prestasi Liverpool terkini dan rancangan Kenny Dalglish – blergh, aku rasa macam nak tulis pasal Spice Boys Liverpool yang menghancurkan tradisi Liverpool FC. Tapi yang tu aku akan tulis di Sokerleaks akan datang. Jadi aku tulis dan let flow je apa yang aku nak tulis.
Kenapa aku letak gambar si tua mangkuk hayun cium tangan Anwar Ibrahim ni at the first place? Apa motif serta iradat aku untuk letak gambar ni? Apa fungsi gambar ini dengan tulisan aku yang seterusnya. Kata orang – satu gambar cerita seribu kata. Kalau tengok dari sudut semiotik – rasa-rasanya Isham Rais dah tulis dalam Tukar Tiub.
Biar aku cakap terus terang – siapa kat sini yang tahu apa itu membodek? Siapa tahu tentang arselicking? Dalam hal ni – kita dapat lihat manusia membodek untuk mendapatkan sesuatu. Percaya atau tidak – kita semua pembodek. Secara jujur – sejujur-jujurnya – lebih jujur dari mulut Lim Guan Eng – kita semua pembodek. Kalau kita jumpa makwe cun kita akan cuba jaga hatinya. Masa kau interview kerja – kau cakap pung pang pung pang macam semua segala dewa kau boleh buat. Kita seboleh-boleh nak jaga hati orang. Kita seboleh-boleh nak cakap baik-baik.
Aku tak berminat nak bercakap tentang mamat talengong yang pergi cium tangan Anwar Ibrahim tu. Kita semua tahu Pakatan Rakyat takkan boleh memerintah Persekutuan Malaysia ini sampai kiamat selagi PAS sibuk pung pang pung pang pasal hudud dan mimpi basah Anwar ni tak membawa sebarang makna pun. Aku tak ingin bercakap pasal budaya bodek rasuah kontraktor kelas F UMNO. Dan aku tak berminat nak bercakap parti KITA yang senduk mihun pun tak boleh nak sediakan. Aku nak bercakap tentang kita semua. Kita semua ini adalah pembodek.
Pernah aku baca dalam surah dalam Bible KJV kalau aku tak silap, kalau silap maafkan aku – "we’re not saved by God by work but by His Grace". Ada aku pernah dengar kata kita ini masuk ke alam akhirat nanti bukan kerana kita solat atau puasa tetapi kita diselamatkan oleh Tuhan. Entah, aku malas nak cakap. Tapi dari mentaliti ni – kita semua memang mahu diselamatkan kah?
Dan demi untuk menyelamatkan diri – kita terpaksa memohon suaka dengan orang yang lebih berkemampuan, atau orang yang memiliki sesuatu untuk kita terus kekal di alam fana ni. Kita bodek polis untuk mengelakkan diri dari disaman – kerana dia ada kad kuasa untuk menentukan lesen kereta kau digantung atau tak. Kita membodek bos atau supervisor untuk kita terus dapat mencucuk ATM pada hujung bulan walaupun kita menyampah dengan perangainya. Kita membodek awek kita sebab kita tak nak jadi forever alone. Kita membodek kerana kita tiada sesuatu – kepada mereka yang ada supaya kita meneruskan kelangsungan survival hidup kita.
Tapi sejauh mana pembodekan kita itu, menjadikan diri kita ini – diri kita?
Adik aku pernah cakap – kalau nak dapat benefit dari ayah aku – senang je, kau cuba try "tolong-tolong" ayah aku. Tolong-tolong tu macam betulkan SIM Card ayah kau ke, tolong edit sikit Facebook ke, atau paling koman – buat-buat rajin di hujung minggu. Lepas tu kau nak membuta sampai malam – lantak kau lah. Aku – selama 18 tahun menipu diri mendeny diri menjadi fan Liverpool dan hidup "closet scouser" semata-mata sebab ayah aku MU. Bila game MU aku pura-pura tolong tengokkan game MU walhal bila dia blah ke toilet aku seboleh-boleh nak tonton apakah Steven Gerrard dah jaringkan gol atau tidak. Kadang-kadang bila kita membodek, kita tak jadi diri kita. Atau mungkinkah itu memang diri kita?
Aku tak tahu apa jadi kepada dunia ini kalau semua manusia ini tidak membodek – semua jujur dengan diri sendiri dan kepada semua – aku rasa dunia ni penuh dengan kehancuran. Kadang-kadang – kepura-puraan menyelamatkan dunia dari berperang. Kau bayangkan muka pura-pura Barack Obama bersama dengan Vladimir Putin – kau bayangkan kalau dorang tunjuk true colour dorang sebenar? Dua-dua negara memiliki nuklear la beb.
Cuba bayangkan kalau seluruh dunia – pekerja-pekerja tak berpura-pura dan membodek – aku rasa dunia ni penuh dengan penganggur sebab takde sape nak hire pekerja yang sentiasa tunjuk belang sendiri.
Entah, aku rasa aku kena sharpkan skil bodek aku untuk terus hidup. Siapa nak ajar aku Bodek 101 – aku nak belajar kursus ni.

0 comments:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA