SILA KLIK UNTUK PENAJAAN

Khamis, 1 September 2011

Krisis bangsa

Oleh: MSK
Sesiapa yang beli suratkhabar semalam dan hari ini, sudah pasti akan melihat bermacam-macam gambar menarik tentang hubungan kaum dlMalaysia. Sekali imbas, hubungan kaum di Malaysia nampak cukup harmonis. Seolah-olah tidak ada lagi yang memisahkan antara Melayu, Cina India dan lain-lain. Tapi apakah itu realitinya?
 Kalau itulah realitinya, maka aku rasa…tidak akan berlaku krisis hubungan kaum yang ada sekarang. Apa yang aku fikirkan, semua "keharmonian" yang ditayangkan dalam suratkhabar hanyalah satu impian yang belum menjadi kenyataan. Realitinya, rakyat Malaysia masih lagi penuh kesangsian dan prejudis terhadap satu sama lain.
Sejak dua hari lalu, heboh tentang rating Najib yang semakin merudum. dan ketika melayari laman Merdeka Center, aku terjumpa satu kajian yang dibuat awal Ogos lalu yang aku terlepas pandang. Dan mengapa ianya tidak menjadi tajuk-tajuk berita dalam blog, menunjukkan bahawa hubungan kaum ini kurang mendapat perhatian kalau dibandingkan dengan rating Najib.

Aku lebih berminat dengan kajian terhadap hubungan kaum ini berbanding dengan rating Najib.
 Dalam kajian Merdeka Center, hanya 35% daripada mereka yang ditanya percaya bahawa hubungan kaum benar-benar ikhlas manakala selebihnya percaya bahawa keharmonian yang ditayangkan hanyalah sandiwara. Masih ramai yang menyimpan prejudis terhadap bangsa lain. Masih ramai orang Melayu tak percaya kat Cina. Cina tak percaya kat Melayu. India tak percaya kat Cina.
Bagaimanakah hubungan kaum sekarang kalau dibanding enam tahun lepas? 36% daripada orang India percaya hubungan itu semakin renggang, 34% Melayu dan 31% Cina juga bersetuju bahawa hubungan kaum itu semakin teruk. . Dan apabila ditanya samada hubungan kaum itu akan bertambah baik dalam masa lima tahun lagi,.56% daripada orang India percaya hubungan kaum akan bertambah baik. Melayu 44% dan Cina 17%.
Pelik. Orang India yang kebanyakannya percaya hubungan kaum semakin renggang sejak enam tahun lalu, percaya ia akan menjadi bertambah baik dalam masa 5 tahun lagi. Sebaliknya, orang Cina yang paling sedikit percaya hubungan kaum itu sudah renggang, terlalu sedikit yang percaya hubungan kaum akan bertambah baik.
Pasai apa ini boleh berlaku? Tanya sama itu Umno. Politik rasisme yang dimainkan oleh Umno sehingga ketahap jijik, telah menyebabkan orang Cina tidak percaya bahawa hubungan kaum itu akan bertambah baik. Malah kalau dilihat kepada perkembangan dalam BN, kemungkinan untuk MCA dan Gerakan untuk terus hidup amat tipis. Malah, ramai yang meramalkan bahawa MCA dan Gerakan akan pupus dalam PRU akan datang.
Semasa 1Malaysia dilancarkan, ianya penuh dengan propaganda. 1Malaysia digambarkan  sebagai penyatu rakyat Malaysia, seolah-olah Najib cuba meyakinkan semua rakyat Malaysia bahawa mereka adalah sama. Tiba-tiba, Muhyiddin menyanggah 1Malaysia apabila menyatakan bahawa dia "Malay First, Malaysian second".
Kalau orang nombor dua dalam Umno pun tak percaya dengan 1Malaysia…bagaimana dengan ahli Umno? Ditambah pula dengan sokongan Umno terhadap Perkasa dan Ibrahim Ali…siapa yang percaya dengan 1Malaysia? Akhirnya…1Malaysia akan jadi seperti Islam Hadhari.
Apabila ditanya samaada rakyat Malaysia mahu dikenali sebagai Rakyat Malaysia ataupun mengikut ugama atau bangsa…yang ini juga pelik.

64% daripada orang Melayu lebih suka dikenali sebagai Muslim…berbanding Melayu!! Muslim first, Malaysian second and Malay third.
55% daripada orang Cina lebih suka dikenali sebagai Malaysian first, Chinese second.
74% daripada orang India lebih suka dikenali sebagai Malaysian First, Indian second.
Nampaknya..orang Melayu lebih ramai yang mengalami krisis bangsa ini. 64% lebih suka dipanggil Muslim. 26% suka dipanggil Malaysian. Dan hanya 10% yang lebih suka dipanggil Melayu!!
Sekarang baru aku faham mengapa dengan tiba-tiba Umno cuba menjadi pejuang Islam. Baru aku tau mengapa dengan tiba-tiba Umno memerangi Syiah dan Wahabbi dengan melabelkan kumpulan ini sebagai sesat. Sekarang baru aku tau pasai apa Umno cuba menjadi juara dalam isu murtad. Sedangkan selama ini mereka asyik bercakap tentang Melayu…Melayu…Melayu. Sebab orang Melayu sendiri sudah tidak memandang label bangsa Melayu itu sendiri. Kalau orang Melayu sudah tidak pentingkan bangsa "melayu" sebaliknya lebih suka dipanggil "Muslim" atau "malaysian"…Umno menghadapi masalah besar.
Hangpa jerit la "Takkan Melayu Hilang Didunia" Hangpa jerit la tentang "Ketuanan Melayu"…sebaliknya orang Melayu akan kata…"Mampuih pi la"
Bagaimana dengan tahap kepercayaan terhadap sesuatu bangsa itu?
Orang Melayu yang tak percaya kepada orang Melayu berkurangan 3% kepada 80% berbanding 5 tahun lalu. Masih boleh dikira tinggi. Tapi hanya 32% daripada orang Melayu yang percaya kat Cina. Lebih teruk…hanya 28% orang Melayu yang percaya orang India boleh diharap.
Hanya 34% daripada orang Cina yang percaya kat Melayu. Tapi orang Cina yang tak percaya kat Cina juga berkurangan kepada 53%. Lebih teruk, hanya 24% daripada orang Cina yang percaya kat India.
Dalam hal ini, aku respek kat orang India. Kepercayaan mereka terhadap bangsa lain cukup tinggi. Kalau nak dikatakan orang yang cukup bangga dikenali sebagai rakyat Malaysia…Orang India memang boleh diharap.
74% daripada orang India percaya kat Melayu. Tapi Melayu tak percaya kat India.
71% daripada orang India percaya kat Cina. tapi Cina tak percaya kat India.
87% daripada orang India percaya sesama India. Lebih tinggi daripada Melayu yang percaya kat Melayu.
Ada beberapa kenyataan stereotaip yang selalu kita dengar tentang sesuatu bangsa itu. Berapa ramai yang bersetuju dengan kenyataan ini?

"Orang Melayu memang pemalas."
57% daripada orang Melayu yang setuju dengan kenyataan ini. 58% dari kalangan orang Cina. Tapi orang India tak percaya Melayu itu pemalas. Hanya 39% saja orang India yang percaya Melayu itu pemalas.
"Orang Cina semua tamak"
68% orang Melayu setuju. 50% orang Cina juga setuju. Orang India 59%. Aiyo…susah la Apek.
"Orang India tak boleh harap"
63% orang Melayu kata.."Betui!!". 49% daripada orang Cina kata.."setuju!". 36% daripada orang India juga tak harap sesama India.5 tahun dulu, jumlah orang India yang tak percaya kat India hanya 20%. sekarang semakin ramai orang India yang tak percaya orang dia.
Kesimpulannya?
Majoriti orang Melayu tak percaya kat orang Melayu. Tak percya kat Cina. Dan tak percaya kat India. Habih depa percaya kat sapa?
Awal tahun lepas, semasa aku masih lagi dalam Biro Latihan PKR, Hj. Ismail tanya kat aku. "Mat…hang boleh harap ka kat undi India dalam PRU akan datang." Aku jawab kat Haji Ismail.."Aku tak takut tentang undi India sebab undi India boleh baca. Kalau depa suka atau tak suka..kita boleh tau. Yang aku takut ialah undi Melayu. Sebab kalau depa suka atau tak suka…kita tak tau." Aku harap Haji Ismail baca posting aku ni.
Apa pula tanggapan terhadap 1Malaysia?
1. 52% percaya, dalam konsep 1Malaysia, semua rakyat mendapat hak yang sama.
2. 42% percaya, semua rakyat hidup dalam harmoni tapi pemimpin mesti orang Melayu.
Kalau la pilihan no.1 itu menjadi kenyataan…Umno lingkup sebab tak ada lagi hak istimewa orang Melayu atau Ketuanan Melayu. Sekarang baru aku tau mengapa orang Umno sendiri menentang 1Malaysia. Jadi, kalau populariti Najib merudum..bukan salah orang lain. Tanya sama APCO.
Kalau la pilihan kedua itu menjadi kenyataan…Umno juga lingkup. Sebab tak cukup majoriti.
Terima kasih APCO. 1Malaysia akan menjatuhkan Najib. Dan yang menjatuhkan Najib bukan kuasa dari luar…tapi dari dalam Umno sendiri.

 Kajian Merdeka Center itu boleh didapati disini.

0 comments:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA